Jemaat-jemaat
Allah Al Maséhi
[CB18]
Naomi dan Rut [CB18]
(Edisi 1.0 20020216-20020216)
Kitab Rut merupakan suatu cerita yang indah mengenai keberanian, kesetiaan, kasih dan persahabatan di antara dua perempuan. Kita juga akan melihat daripada cerita ini pelajaran serta arahan penting untuk umat Kristian.
E-mail: secretary@ccg.org
(Hakcipta ã 2002
(Tr. 2003)
Karya tulis ini boleh disalin semula dan didistribusikan secara bebas dengan syarat ia disalin semuanya tanpa apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat penerbit serta notis hakcipta harus disertakan. Sebarang bayaran tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima salinan yang didistribusikan. Petikan-petikan ringkas daripadanya boleh dimasukkan ke dalam artikel-artikel kritis dan karya ulasan tanpa melanggar undang-undang hakcipta.
Karya ini
boleh didapati daripada Internet di:
http://www.logon.org
dan http://www.ccg.org
Naomi dan Rut [CB18]
Kita dapat membaca mengenai Naomi dan Rut
di dalam Buku atau Kitab Rut. Cerita ini berlaku sewaktu zaman apabila para
pemimpin
Bersama suaminya dan dua anak lelakinya,
Naomi telah meninggalkan rumahnya di Yehuda dan pergi untuk tinggal di
Bangsa Moah merupakan musuh lama bani Israel dan sering terjadi peperangan di antara mereka. Tetapi pada masa ini Israel berdamai dengan Moab. Bangsa Moab merupakan keturunan Lot iaitu anak saudara Abraham (Kejadian 19:30-38). Jadi terdapat pertalian yang jauh di antara kedua bangsa ini. Namun begitu mereka tidak menyembah Tuhan yang sama ataupun mempunyai kepercayaan agama yang sama.
Suami Naomi bernama Elimelekh dan anak-anaknya bernama Mahlon dan Kilyon. Ketika berada di Moab, suami Naomi telah mati dan kedua anaknya menjadi dewasa dan berkahwin dengan perempuan Moab. Nama-nama mereka adalah Orpa dan Rut (Rut 1:3-4). Bani Israel diperintahkan untuk tidak berkahwin dengan bangsa lain di sekitar mereka, namun isteri-isteri berbangsa Moab dibenarkan (Ulangan 7:1-3). Ini adalah kerana apabila orang Israel bercampur dengan suku-suku lain mereka akan menyembah dewa-dewa kafir negeri lain. Namu tiada seorangpun lelaki Moab yang boleh masuk bersama umat Tuhan. Sebabnya bagi ini dapat dilihat di dalam Ulangan 23:3-4.
Sepuluh tahun selepas suaminya mati, Naomi terpaksa berdepan dengan lebih banyak dukacita. Kedua-dua anaknya Mahlon dan Kilyon juga telah mati (Rut 1:5). Mungkin terdapat penyakit keturunan di dalam keluarga ini dan Tuhan membiarkan mereka mati agar tidak menurunkan penyakit itu kepada keturunan kemudiannya. Kemudiannya di dalam cerita ini kita akan lihat bahawa dari Rut akan lahir dua orang yang sangat penting di dalam keturunan Yehuda pada masa hadapan. Namun begitu, tiada anak dilahirkan bagi kedua anak Naomi sebelum mereka mati.
Ketika di Moab, Naomi tidak menyembah tuhan-tuhan asing bangsa Moab. Dia tetap setia kepada kepercayaannya sendiri. Selang masa berlalu dan melalui teladannya yang baik Naomi pasti telah mengajar kepercayaannya itu kepada anak-anak mertuanya. Dengan memelihara hukum Tuhan dan tidak menyembah dewa-dewa negeri asing, Naomi merupakan seorang saksi kepada Allah Benar yang Satu. Dia tidak kisah bahawa dirinya berbeza dan kita di dalam Jemaat Tuhan juga sepatutnya begitu hari ini.
Apabila Naomi mengetahui bahawa kebuluran di Yehuda itu telah berakhir dia membuat keputusan untuk kembali pulang. Dia ingin bersama umatnya sendiri yang menyembah dan mempercayai sama sepertinya. Juga, keluarganya telah mati jadi tiada alasannya lagi untuk tinggal lebih lama di Moab. Naomi masih mempunyai hubungan keluarga di tempatnya sendiri. Kedua-dua anak mertuanya yang kini janda memilih untuk pergi bersamanya walaupun Naomi cuba mengubah fikiran mereka. Akhirnya dia berjaya meyakinkan Orpa namun Rut tidak berjaya dipujuknya untuk terus tinggal di Moab (Rut 1:6-15).
Rut membuat sumpah untuk pergi dengan Naomi dan menerima Tuhannya dan kepercayaannya dan cara hidupnya (Rut 1:16-18). Ini bermakna dia bersedia untuk meninggalkan bangsanya sendiri dengan tuhan-tuhan dan kepercayaan mereka. Ini bukanlah sesuatu yang senang dilakukan. Ini bererti dia akan pergi jauh dari ibubapanya, saudara-saudaranya, teman-temannya dan tempat di mana dia membesar.
Umat Kristian dewasa dijangkakan untuk melakukan ini apabila mereka telah mengenali Allah Benar yang Satu dan HukumNya. Sebagai orang dewasa kita harus bertaubat dan dibaptiskan ke dalam tubuh Kristus, iaitu Jemaat (Kerajaan) Tuhan. Setelah pembaptisan kita seharusnya tidak kembali kepada kehidupan yang berdosa. Kita harus terus cuba untuk menurut hukum Tuhan dan menjadi lebih kuat di dalam iman ini (Roma 6:1-6; Kolose 3:3-10).
Jelas sekali Rut telah memeluk kepercayaan ini. Tuhan membenarkan dia mencapai pemahaman kebenaran itu melalui Roh KudusNya seperti yang dilakukanNya dengan kita. Namun Orpa memutuskan bahawa berpindah jauh dari tempatnya sendiri dan menjalani hidup yang baru mungkin terlalu sukar (Rut 1:15). Dia memilih untuk terus bersama umatnya dan menyembah tuhan-tuhan Moab. Ada umat Kristian yang gembira mengikut Tuhan untuk masa yang pendek, namun apabila mereka perlu melepaskan sesuatu atau seseorang yang mereka kasihi, mereka lebih suka kembali kepada cara hidup mereka yang lama (2Korintus 7:10; Lukas 9:62). Allah dan Kristus tidak dapat menggunakan orang-orang seperti itu untuk membantu mereka di dalam kerajaan itu buat masa ini.
Dengan itu, Naomi dan Rut berangkat ke Betlehem dan semua orang di situ gembira melihat mereka. Naomi telah banyak berubah jadi kawan-kawannya tidak mengenalinya pada mulanya. Dia lebih tua dan kelihatan tidak gembira kerana kehilangan kedua anaknya dan suaminya. Dia juga adalah miskin. Namun teman-temannya menguatkannya dan memberitahunya bahawa kini semuanya pasti baik kerana dia telah pulang. Sungguhpun banyak yang dideritai Naomi ketika berada di Moab, dia tidak pernah berhenti menyembah Tuhan atau meninggalkan kepercayaannya (Rut 1:19-22).
Ramai dari kita terpaksa melalui hal-hal seperti ini juga di dalam hidup kita. Kadangkala mereka yang kita kasihi jatuh sakit dan mati, dan perkara ini membuatkan sangat sedih. Senang sekali untuk kita marah dengan Tuhan pada waktu-waktu seperti ini dan melepaskan iman kita dan pulang seperti Orpa. Namun jika kita percaya dan terus bersandar pada Tuhan, kita akan menjadi lebih kuat dari ujian-ujian kita itu. Kita harus memelihara iman kita dan menolong sesama sendiri melalui masa-masa yang sukar. Ada masanya apabila setiap orang perlu diberikan galakan.
Kedua-dua Naomi dan Rut adalah miskin kerana tidak mempunyai suami untuk menyediakan keperluan mereka. Jadi mereka perlu mencari jalan untuk mendapat makanan yang cukup untuk keperluan serta-merta serta untuk masa depan. Kedua-dua perempuan ini kuat dan berani dan telah bersedia untuk menjaga diri mereka sendiri. Tidak lama kemudian mereka menemui cara untuk melakukan itu.
Memungut [sisa] adalah suatu kebiasaan bagi orang-orang miskin di Israel. Ini bukanlah mencuri. Di bawah peruntukan Hukum, apa yang tertinggal selepas penuaian ladang, taman anggur atau kebun buah-buahan harus dibiarkan untuk dipungut oleh golongan miskin (Imamat 19:9; Imamat 19:10). Janda-janda serta orang asing juga dibenarkan memungut. Ini merupakan cara masyarakat menjaga golongan miskin mereka. Tuhan juga mengkehendaki kita yang mempunyai banyak untuk berkongsi dengan mereka yang miskin.
Rut menawar dirinya untuk pergi memungut di ladang-ladang sewaktu penuaian musim bunga untuk mendapatkan makanan untuk Naomi serta dirinya. Dengan belas kasihan Tuhan, Rut telah pergi memungut di ladang-ladang Boas iaitu seorang dari kerabat suami Naomi yang telah mati. Boas belum berkahwin, kaya-raya dan percaya pada Allah Benar yang Satu. Dia memastikan Rut selamat ketika memungut di ladangnya. Dia juga sangat menyukai dan mengagumi Rut (Rut 2:1-16).
Rut bekerja keras dan membawa pulang bekalan makanan yang banyak. Naomi berasa senang dan menasihati Rut untuk tinggal dan memungut di ladang-ladang Boas dan tidak pergi ke ladang-ladang lain. Rut setuju dan tetap di situ sehinggalah hujung tuaian jelai dan tuaian gandum (Rut 2:17-23).
Perayaan-perayaan Tuhan dipanggil
tuaian-tuaian. Tuaian jelai adalah tuaian pertama, yang berlaku sewaktu
Paskah/Roti Tidak Beragi. Tuaian gandum berlangsung semasa Pentakosta. Tuaian
terakhir adalah tuaian u
Sama seperti Rut terus memungut sehinggalah hujung penuaian, begitu juga umat Kristian harus tetap berada di dalam Jemaat Tuhan sehinggalah penghujung tuaian jemaat. Setelah kita dibaptiskan dan ditempatkan di dalam Jemaat Tuhan, kita harus terus berada di sana dan bekerja sehingga pekerjaan itu tamat dan Kristus kembali. Kita janganlah kembali kepada jalan-jalan duniawi.
Satu perkara menarik untuk diperhatikan adalah bahawa pemilik ladang-ladang itu menyediakan tanah itu dan kemudiannya menanam tunasnya (benihnya) dan menyiramnya. Namun seorang pemungut dibenarkan berkongsi di dalam tuaian itu tanpa melakukan sebarang kerja persediaannya. Kesemua kerja ini di dalam menyediakan tanah, menanam tunasnya dan menuai hasilnya adalah serupa dengan pekhabaran firman Allah.
Perumpamaan penabur benih di dalam Matius 13:3-9 menjelaskan hal ini. Di sini firman Tuhan dipanggil sebagai “benih”. Kristus adalah orang yang menyediakan tanah (kita) agar benih itu (firman Tuhan) dapat bertumbuh di dalam hidup kita. Ini berlaku selama masa yang panjang dan biasanya bermula sebelumpun kita menyedarinya. Bukan semua orang dapat memahami firman Tuhan buat masa ini. Tuhan telah memilih hanya beberapa orang untuk diberikan kepada Kristus untuk menolong menyediakan jemaat bagi Kerajaan Tuhan. Kristus bekerja mengikut arahan Allah dan kita bekerja mengikut arahan Kristus.
Dengan itu, mari kita teruskan dengan cerita kita. Naomi dapat melihat bahawa Tuhan sedang mengerjakan suatu rencana di dalam kehidupan mereka. Dia juga mengetahui tentang ketetapan (hukum) bagi perlindungan perempuan dan keluarga. Dia menyuruh Rut untuk berbuat sesuatu agar Boas tahu yang dia mahu mengahwininya. Ini adalah perkara yang berani untuk dilakukan Rut kerana dia adalah seorang bangsa lain dan haram bagi bangsa Israel. Dia dianggap lebih rendah daripada pekerja-pekerja Boas. Namun, ia adalah haknya di bawah hukum untuk menuntut perkahwinan dan perlindungan daripada keluarga suaminya.
Rut menyayangi dan menghormati Naomi dan sedia menurut perempuan yang lebih tua ini. Jadi di bawah bimbingan Naomi, satu malam Rut telah datang diam-diam ke tempat di mana Boas bekerja dan menemui di mana tempat tidurnya dan telah berbaring di sebelah kakinya. Dia kemudiannya meminta Boas “mengembangkan sayapnya” ke atasnya. Boas mengetahui maksudnya dan gembira kerana Rut mengasihi dia sama seperti dia mengashi Rut. Ini bukanlah perbuatan berdosa. Perkara ini mungkin terlalu pelik untuk dilakukan perempuan hari ini, namun itu adalah adatnya pada masa itu (Rut 3:1-10).
Ia hanya bermakna bahawa Rut meminta Boas untuk melindunginya dan melakukan tanggungjawabnya sebagai seorang kerabat terdekat di bawah hukum-hukum Lewi (Rut 3:1-18). Dia mengingini Boas mengahwininya dan menjadi bapa kepada anak yang kemudiannya akan menjadi keturunan bagi suaminya yang telah mati. Ini juga akan memastikan bahawa dia dan Naomi akan mendapat pusaka mereka di dalam suku Yehuda.
Boas cukup gembira untuk melakukan ini untuk kedua perempuan itu. Dia adalah seorang saudara dan mempunyai tanggungjawab dari segi undang-undang untuk menolong mereka. Dia belum berkahwin dan kaya-raya, namun terdapat seorang saudara Elimelekh yang lebih dekat lagi yang mempunyai hak terdahulu ke atas Rut dari segi perkahwinan di bawah hukum. Jadi, hal ini perlu dibereskan terlebih dahulu (Rut 3:11-18).
Di dalam masyarakat kita hari ini, seorang perempuan bebas untuk berkahwin lagi jika suaminya mati, namun ianya berlainan di dalam Israel kuno. Di dalam masyarakat itu seorang perempuan berkahwin dan memasuki suku suaminya. Ini bermakna bahawa keluarga suaminya harus menjaganya selama dia berada di dalam keluarga tersebut. Pada zaman itu, keluarga-keluarga hidup dan bekerja bersama-sama dan berkongsi di dalam apa saja yang mereka miliki. Golongan perempuan tidak bekerja di luar rumah di dalam pekerjaan-pekerjaan lain.
Bapa merupakan kepala keluarga. Jika dia mati, maka anak lelaki paling tua akan mengambil alih sebagai kepala keluarga. Ini termasuklah menjaga harta benda dan golongan perempuan di dalam keluarga tersebut. Juga jika sesiapa lelaki di dalam keluarga itu mati tanpa seorang waris, hukum menuntut seorang saudaranya berkahwin dengan isterinya itu. Anak pertama perkahwinan ini kemudiannya akan menjadi pewaris sah kepada orang yang telah mati itu. Ini adalah untuk memastikan bahawa namanya tidak dilupakan di Israel. Ini juga merupakan caranya unutk kaum keluarga menjaga isteri yang telah menjadi janda itu (Ulangan 25:5-9).
Naomi mempunyai harta pusaka keluarga di Betlehem, yang ingin dituntutnya. Jadi lelaki yang akan mengahwini Rut harus menebus kembali (membeli balik atau menuntut semula) pusaka keluarga Naomi. Boas mengatakan dia akan melakukan ini tetapi mula-mula sekali dia perlu menjemput saudara terdekat untuk melakukan tanggungjawab ini untuk keluarga Naomi. Masa ini, semua orang telahpun mengenali dan menyayangi Rut. Mereka tahu bagaimana dia menjaga ibu mertuanya dan bekerja keras, dan bahawa dia percaya dan menyembah sama seperti mereka semua.
Boas telah berbincang dengan saudara tersebut mengenai keadaannya dan orang itu bersedia untuk membeli tanah tersebut. Namun apabila Boas memberitahunya bahawa membeli tanah itu juga memerlukan dia mengahwini Rut dan menyediakan seorang waris untuk nama Elimelekh, dia tidak sanggup. Dia telah menanggalkan kasutnya, sebagai tanda bahawa dia tidak mahu menunaikan tanggungjawabnya terhadap keluarga Elimelekh (Rut 4:1-10).
Menanggal kasutnya adalah seperti membuat perjanjian pada hari ini. Jadi, Boas dan Rut dapat berkahwin. Mereka mempunyai seorang anak yang dipanggil Obed. Naomi sangat gembira dengan cucunya. Teman-temannya tumpang gembira dengannya dan memberitahunya bahawa nama cucunya itu akan menjadi besar di dalam Israel. Dan memang begitulah jadinya. Obed akan menjadi datuk kepada Raja Daud (Rut 4:11-22). Juga, kira-kira dua puluh lapan generasi selepas Daud, Yesus Kristus dilahirkan di dalam keturunan Yehuda (Matius 1:7).
Kita telah membincangkan mengenai beberapa perkara yang dapat dipelajari umat Kristian daripada cerita ini dan ada banyak lagi yang akan kita pelajari nanti. Umat Israel merupakan umat pilihan Tuhan. Namun mungkin bagi bangsa lain (iaitu yang bukan Israel) untuk menjadi umat Israel rohani. Ini menjadi mungkin apabila kita berpaling daripada menyembah tuhan-tuhan lain dan mula menyembah Allah Benar yang Satu dan memelihara hukum-hukumNya.
Kita melihat contohnya di dalam cerita Rut, yang bersedia meninggalkan kepercayaan-kepercayaan kafirnya serta tempat asalnya, keluarga dan teman-temannya dan mengikuti jalan hidup yang baru bersama Naomi. Dia telah membuat komitmen sepenuhnya kepada Allah Benar yang Satu. Kita semua harus bersedia melakukan semua ini apabila kita dibaptiskan dan dipanggil ke dalam Jemaat Tuhan.
Untuk belajar lebih dalam lagi mengenai Buku Rut, lihatlah karya Rut [027].
q