Jemaat-jemaat
Allah Al Maséhi
[CB19]
Peraturan Makanan Alkitab [CB19]
(Edisi 1.0 20020410-20020410)
Alkitab mengandungi peraturan dan hukum yang mengajar kita apakah makanan yang boleh dimakan. Ia juga mengajar kita bagaimana haiwan harus disembelih dan apakah bahagian haiwan itu yang tidak boleh dimakan. Makanan dibahagikan kepada haram dan tidak haram.
E-mail: secretary@ccg.org
(Hakcipta ã 2002 Carrie Farris dan
(Tr. 2003)
Karya tulis ini boleh disalin semula dan didistribusikan secara bebas dengan syarat ia disalin semuanya tanpa apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat penerbit serta notis hakcipta harus disertakan. Sebarang bayaran tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima salinan yang didistribusikan. Petikan-petikan ringkas daripadanya boleh dimasukkan ke dalam artikel-artikel kritis dan karya ulasan tanpa melanggar undang-undang hakcipta.
Karya ini
boleh didapati daripada Internet di:
http://www.logon.org
dan http://www.ccg.org
Peraturan Makanan Alkitab [CB19]
Tuhan
memberitahu kita makanan apa yang boleh dimakan dan yang tidak boleh dimakan
Allah menunjukkan kepada kita di dalam Imamat 11 dan Ulangan 14, benda-benda yang boleh dimakan dan yang tidak boleh dimakan. Dia memberikan kita satu panduan pemakanan dan cara hidup yang sihat. Tuhan mempunyai sebab-sebab yang baik untuk memberikan peraturan-peraturan ini kepada kita. Makanan yang dibenarkanNya adalah sangat baik untuk kita dan menolong kita menjadi kuat. Makanan yang tidak dibenarkanNya boleh membuat kita sakit.
Peraturan Tuhan berkenaan binatang
Binatang
yang halal
Imamat 11:1-3 1 Lalu TUHAN berfirman kepada Musa dan Harun, kata-Nya kepada mereka: 2 "Katakanlah kepada orang Israel, begini: Inilah binatang-binatang yang boleh kamu makan dari segala binatang berkaki empat yang ada di atas bumi: 3 setiap binatang yang berkuku belah, yaitu yang kukunya bersela panjang, dan yang memamah biak boleh kamu makan.
Ulangan 14:3-6 3 "Janganlah engkau memakan sesuatu yang merupakan kekejian. 4 Inilah binatang-binatang berkaki empat yang boleh kamu makan: lembu, domba dan kambing; 5 rusa, kijang, rusa dandi, kambing hutan, kijang gunung, lembu hutan dan domba hutan. 6 Setiap binatang berkaki empat yang berkuku belah--yaitu yang kukunya bersela panjang menjadi dua--dan yang memamah biak di antara binatang-binatang berkaki empat, itu boleh kamu makan.
Ini bermakna bahawa kita boleh memakan apa saja binatang yang kukunya atau tapak kakinya berbelah dan ia memamah biak. Antara binatang yang boleh kita makan adalah lembu, rusa dan kerbau dan juga kambing dan domba.
Dari Imamat 7:22-24 kita diberitahu bahawa kita tidak boleh memakan lemak sebarang binatang ini, atau binatang yang telah mati dengan sendirinya atau yang telah dibunuh oleh binatang lain. Sungguhpun kita tidak boleh memakan lemak ini, kita boleh menggunakannya untuk membuat benda-benda seperti sabun dan lilin.
Imamat 7:22-24 22 TUHAN berfirman kepada Musa: 23 "Katakanlah kepada orang Israel: Segala lemak dari lembu, domba ataupun kambing janganlah kamu makan. 24 Lemak bangkai atau lemak binatang yang mati diterkam boleh dipergunakan untuk segala keperluan, tetapi jangan sekali-kali kamu memakannya.
Kita juga tidak boleh memakan darah binatang-binatang ini.
Kejadian 9:4 4 Hanya daging yang masih ada nyawanya, yakni darahnya, janganlah kamu makan.
Imamat 3:17 17 Inilah suatu ketetapan untuk selamanya bagi kamu turun-temurun di segala tempat kediamanmu: janganlah sekali-kali kamu makan lemak dan darah."
Ulangan 15:23 23 Hanya darahnya janganlah kaumakan; haruslah kaucurahkan ke tanah seperti air."
Binatang yang haram
Sama seperti Tuhan memberitahu kita binatang apakah yang boleh dimakan, Dia juga memberitahu kita binatang yang kita tidak boleh makan.
Imamat 11:4-8 4 Tetapi inilah yang tidak boleh kamu makan dari yang memamah biak atau dari yang berkuku belah: unta, karena memang memamah biak, tetapi tidak berkuku belah; haram itu bagimu. 5 Juga pelanduk, karena memang memamah biak, tetapi tidak berkuku belah; haram itu bagimu. 6 Juga kelinci, karena memang memamah biak, tetapi tidak berkuku belah, haram itu bagimu. 7 Demikian juga babi hutan, karena memang berkuku belah, yaitu kukunya bersela panjang, tetapi tidak memamah biak; haram itu bagimu. 8 Daging binatang-binatang itu janganlah kamu makan dan bangkainya janganlah kamu sentuh; haram semuanya itu bagimu.
Ulangan 14:7-8 7 Tetapi inilah yang tidak boleh kamu makan dari antara yang memamah biak atau dari antara yang berbelah dan bersela kukunya: unta, kelinci hutan dan marmot, karena semuanya itu memang memamah biak, tetapi tidak berkuku belah; haram semuanya itu bagimu. 8 Juga babi hutan, karena memang berkuku belah, tetapi tidak memamah biak; haram itu bagimu. Daging binatang-binatang itu janganlah kamu makan dan janganlah kamu terkena bangkainya.
Di sini Tuhan sedang memberitahu kita untuk tidak memakan binatang seperti babi, unta dan kuda. Ada sebab-sebab yang baik kenapa kita patut tidak memakan binatang-binatang ini. Para doktor telah menemui bahawa binatang-binatang seperti ini menyebarkan penyakit. Memakan binatang-binatang ini boleh memberikan kesan yang sangat buruk kepada jantung, hati (limpa) dan lain-lain organ di dalam tubuh kita.
Babi bertanggungjawab menyebarkan lebih banyak penyakit berjangkit kepada manusia daripada mana-mana binatang lain. Apabila istilah “pork” digunakan, ia merujuk kepada semua hasil dari babi – termasuklah bakon (daging babi salai) dan sosej. Para doktor kini mengetahui bahawa terdapat kaitan di antara memakan daging babi dengan penyakit limpa. Bahkan anak-anak kecilpun boleh mendapat penyakit ini.
Tidak kira betapa bersihnya babi diternak, ancaman penyakit sirosis limpa daripada pemakanan daging babi tidak boleh dihapuskan. Juga perlu diperhatikan adalah bahawa mereka yang meminum arak dan memakan daging babi nampaknya bertambah kemungkinannya untuk mendapat penyakit hati. Daging babi itu sendiri yang menjadi penyebab utama di dalam kejadian penyakit sirosis.
Untuk maklumat dan laporan terperinci mengenai aspek penting pemakanan daging babi ini, sila rujuk kepada karya Hukum-hukum Pemakanan [015].
Peraturan Tuhan berkenaan ikan
Ikan
yang halal
Imamat 11:9 9 Inilah yang boleh kamu makan dari segala yang hidup di dalam air: segala yang bersirip dan bersisik di dalam air, di dalam lautan, dan di dalam sungai, itulah semuanya yang boleh kamu makan.
Ulangan 14:9 9 Inilah yang boleh kamu makan dari segala yang hidup di dalam air; segala yang bersirip dan bersisik boleh kamu makan,
Tuhan memberitahu kita bahawa apa saja ikan yang ada di dalam air yang mempunyai sirip dan sisik adalah halal untuk dimakan. Terdapat banyak ikan yang mempunyai sirip dan sisik, termasuklah ikan salmon, perch, trout, whiting, snapper, bass dan banyak lagi.
Ikan yang haram
Tuhan juga memberitahu kita ikan apakah yang tidak boleh dimakan.
Imamat 11:10-12 10 Tetapi segala yang tidak bersirip atau bersisik di dalam lautan dan di dalam sungai, dari segala yang berkeriapan di dalam air dan dari segala makhluk hidup yang ada di dalam air, semuanya itu kejijikan bagimu. 11 Sesungguhnya haruslah semuanya itu kejijikan bagimu; dagingnya janganlah kamu makan, dan bangkainya haruslah kamu jijikkan. 12 Segala yang tidak bersirip dan tidak bersisik di dalam air, adalah kejijikan bagimu.
Ulangan 14:10 10 tetapi segala yang tidak bersirip atau bersisik janganlah kamu makan; haram semuanya itu bagimu.
Ini termasuklah pelbagai jenis ikan dan haiwan kerang, antaranya ikan yu, ikan todak, ikan keli, ikan paus, dolfin atau lumba-lumba, udang, ketam, udang galah atau lobster, kepah, tiram, dan banyak lagi.
Sekali lagi, Tuhan mempunyai sebab-sebab yang baik untuk membuat peraturan yang melarang memakan jenis-jenis ikan ini. Para doktor kini mengetahui bahawa jenis-jenis ikan serta haiwan kerang ini mempunyai kandungan logam berat yang tinggi dan mungkin mempunyai racun yang wujud semulajadi di dalam mereka. Mereka sangat berbahaya kepada manusia. Namun begitu, ikan yang haram adalah juga sebahagian penting daripada bekalan makanan untuk ikan dan spesis yang boleh kita makan. Dengan memakan jenis-jenis yang dilarang ini, kita sebenarnya menolong merosakkan alam sekitar. Ikan yang haram itu mempunyai peranan di dalam menolong sekitaran dengan memakan ikan yang telah mati. Lain-lain ikan yang tidak mempunyai sisik menolong membersihkan dasar sungai-sungai dan tasik-tasik.
Peraturan Tuhan berkenaan
burung
Burung yang haram
Imamat 11:13-19 13 Inilah yang harus kamu jijikkan dari burung-burung, janganlah dimakan, karena semuanya itu adalah kejijikan: burung rajawali, ering janggut dan elang laut; 14 elang merah dan elang hitam menurut jenisnya; 15 setiap burung gagak menurut jenisnya; 16 burung unta, burung hantu, camar dan elang sikap menurut jenisnya; 17 burung pungguk, burung dendang air dan burung hantu besar; 18 burung hantu putih, burung undan, burung ering; 19 burung ranggung, bangau menurut jenisnya, meragai dan kelelawar.
Ini kelihatan seperti banyak sekali burung-burung tetapi sebenarnya kita boleh memakan banyak jenis burung.
Tuhan juga mempunyai sebabNya untuk kita tidak memakan jenis-jenis burung ini. Salah satu sebab yang paling ketara sekali adalah kebanyakannya, kalau tidak semuanya, adalah burung-burung yang memakan bangkai. Ini bermakna mereka memakan pelbagai jenis benda termasuklah binatang-binatang yang sudah mati. Ini membuatkan burung-burung ini tidak baik untuk dimakan manusia kerana mungkin telah mendapat penyakit daripada makanan yang telah dimakannya. Mereka juga mempunyai enzim-enzim khusus di dalam tubuh mereka, yang menolong mereka menghadam binatang-binatang mati itu serta lain-lain binatang yang haram, dan ini adalah berbahaya kepada manusia.
Burung yang halal
Burung-burung yang halal datang dari jenis ayam, ayam belanda, tekukur dan merpati; iaitu burung-burung yang mempunyai tembolok. Itik, angsa dan angsa putih juga adalah burung-burung yang halal.
Kebanyakan burung yang lain adalah haram. Kajian sains sedang menemui lebih banyak lagi mengenai perpindahan penyakit-penyakit virus di kalangan burung-burung haram. Nampaknya penyakit-penyakit ini sedang dipindahkan kepada burung-burung yang halal, khususnya itik, di kawasan-kawasan seperti Hong Kong, di mana burung-burung itu diternak dengan babi. Virus-virus menjangkiti babi daripada burung-burung haram yang bermigrasi, dan ini dipindahkan ke dalam rantai makanan.
Cetusan-cetusan wabak influenza dari Asia
telah dijejak ke sumber ini. Kita semua tahu mengenai penyakit flu atau selsema
yang biasa terjadi setiap musim sejuk dan yang membuatkan orang ramai sangat
sakit. Burung-burung halal u
Peraturan Tuhan berkenaan serangga
Imamat 11:20-23 20 Segala binatang yang merayap dan bersayap dan berjalan dengan keempat kakinya adalah kejijikan bagimu. 21 Tetapi inilah yang boleh kamu makan dari segala binatang yang merayap dan bersayap dan yang berjalan dengan keempat kakinya, yaitu yang mempunyai paha di sebelah atas kakinya untuk melompat di atas tanah. 22 Inilah yang boleh kamu makan dari antaranya: belalang-belalang menurut jenisnya, yaitu belalang-belalang gambar menurut jenisnya, belalang-belalang kunyit menurut jenisnya, dan belalang-belalang padi menurut jenisnya. 23 Selainnya segala binatang yang merayap dan bersayap dan yang berkaki empat adalah kejijikan bagimu.
Mungkin untuk beberapa antara kita, ianya nampak pelik untuk sesiapapun memakan serangga, namun untuk orang-orang tertentu di sekeliling dunia belalang merupakan sebahagian daripada makanan harian mereka. Jika kamu cukup lapar kamu mungkin akan memakannya juga. Tuhan membenarkan memakan belalang, cengkerik dan jenisnya.
Peraturan Tuhan berkenaan binatang dengan telapak kaki (bercakar)
Imamat 11:27 27 Demikian juga segala yang berjalan dengan telapak kakinya di antara segala binatang yang berjalan dengan keempat kakinya, semuanya itu haram bagimu; setiap orang yang kena kepada bangkainya, menjadi najis sampai matahari terbenam.
Kita tidak boleh memakan kucing dan anjing atau lain-lain binatang yang mempunyai empat kaki serta telapak kaki (bercakar).
Peraturan Tuhan berkenaan
binatang rodensia dan reptilia
Imamat 11:29-31 29 Inilah yang haram bagimu di antara segala binatang yang merayap dan berkeriapan di atas bumi: tikus buta, tikus, dan katak menurut jenisnya 30 dan landak, biawak, dan bengkarung, siput dan bunglon. 31 Itulah semuanya yang haram bagimu di antara segala binatang yang mengeriap. Setiap orang yang kena kepada binatang-binatang itu sesudah binatang-binatang itu mati, menjadi najis sampai matahari terbenam.
Imamat 11:41-42 41 Segala binatang yang merayap dan berkeriapan di atas bumi, adalah kejijikan, janganlah dimakan. 42 Segala yang merayap dengan perutnya dan segala yang berjalan dengan keempat kakinya, atau segala yang berkaki banyak, semua yang termasuk binatang yang merayap dan berkeriapan di atas bumi, janganlah kamu makan, karena semuanya itu adalah kejijikan.
Di sini Tuhan memberitahu kita supaya tidak memakan benda-benda seperti ular, cicak, tikus, semut, cacing dan lain-lain haiwan dari jenis rodensia (tikus), reptilia (ular), dan kumbang. Ramai antara kita mungkin tidak inginpun memakan benda-benda ini.
Umat dunia melawan peraturan makanan Tuhan
Ramai orang di sekeliling dunia memakan benda-benda yang dilarang Tuhan. Antaranya yang paling biasa sekali adalah babi dan haiwan kerang. Ada juga yang memakan kesemua benda-benda yang telah dilarang Tuhan.
Mungkin ada yang mengatakan bahawa apa yang kita makan tidak penting lagi bagi Tuhan, namun itu adalah salah.
Yesus mengatakan bahawa hukum itu tidak akan berlalu sehingga semuanya digenapi (Matius 5:17-18). Jadi, sehinggalah semua perkara di dalam Alkitab telah berlalu kita harus pelihara Hukum Tuhan, dan memelihara peraturan-peraturan makanan itu adalah sebahagian daripada hukum Tuhan.
Matius 5:17-18 17
"Janganlah kamu menyangka, bahwa Aku datang untuk meniadakan hukum Taurat
atau kitab para nabi. Aku datang bukan untuk meniadakannya, melainkan untuk
menggenapinya. 18 Karena Aku berkata kepadamu: Sesungguhnya selama
belum lenyap langit dan bumi ini, satu iota atau satu titikpun tidak akan
ditiadakan dari hukum Taurat, sebelum semuanya terjadi.
Ada yang mengatakan bahawa Kisah bab 10 membenarkan memakan makanan haram. Namun bab tersebut digunakan untuk menunjukkan kepada Petrus bahawa Tuhan telah membuka keselamatan kepada bangsa-bangsa lain yang sehingga masa itu telah dianggap sebagai haram. Teks ini tiada kena-mengena dengan makanan halal dan haram.
Juga tertulis di dalam Roma 2:13-15 bahawa Allah menulis hukumNya pada hati kita dan bahawa bukannya mereka yang mendengar hukum itu tetapi mereka yang melakukannya yang akan dibenarkan.
Roma 2:13-15 13 Karena bukanlah orang yang mendengar hukum Taurat yang benar di hadapan Allah, tetapi orang yang melakukan hukum Tauratlah yang akan dibenarkan. 14 Apabila bangsa-bangsa lain yang tidak memiliki hukum Taurat oleh dorongan diri sendiri melakukan apa yang dituntut hukum Taurat, maka, walaupun mereka tidak memiliki hukum Taurat, mereka menjadi hukum Taurat bagi diri mereka sendiri. 15 Sebab dengan itu mereka menunjukkan, bahwa isi hukum Taurat ada tertulis di dalam hati mereka dan suara hati mereka turut bersaksi dan pikiran mereka saling menuduh atau saling membela.
Allah mengasihi kita dan Dia membuatkan kita mengetahui hukum-hukumNya di dalam hati kita dan juga di dalam AlkitabNya. Dia telah memberikan kita satu panduan tentang bagaimana kita harus makan. Dia juga telah menyatakan kepada kita benda-benda yang kita tidak boleh makan. Untuk tetap sihat dan berkenan kepada Tuhan, kita harus menurut hukum-hukumNya. Jika manusia menjalankan tanggungjawab mereka untuk melindungi serta memelihara kebersihan alam sekitar, maka planet ini pasti menjadi suatu tempat yang lebih baik lagi dan umat manusia juga menjadi lebih sihat.
Untuk kajian yang lebih terperinci mengenai hukum-hukum makanan ini serta hal-hal berkaitan, rujuk kepada karya Hukum-hukum Pemakanan [015].
q