Jemaat-jemaat Allah Al Masehi
[CB54]
Kisah Ayub
(Edisi 2.0 20060320-20061214)
Di negeri Us hidup seorang yang bernama Ayub. Dia saleh dan jujur dan takut akan Tuhan serta menjauhi kejahatan. Karya ini disesuaikan daripada Bab 57 dan 58 The Bible Story Volume III oleh Basil Wolverton, diterbitkan oleh Ambassador College Press.
E-mail: secretary@ccg.org
(Hakcipta ã 2006 Jemaat-jemaat Allah Al Masehi,
ed. Wade Cox)
(tr. 2009)
Karya tulis ini boleh disalin semula dan didistribusikan secara bebas dengan syarat ia disalin semuanya tanpa apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat penerbit serta notis hakcipta harus disertakan. Sebarang bayaran tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima salinan yang didistribusikan. Petikan-petikan ringkas daripadanya boleh dimasukkan ke dalam artikel-artikel kritis dan karya ulasan tanpa melanggar undang-undang hakcipta.
Karya
ini boleh didapati daripada Internet di:
http://www.logon.org dan http://www.ccg.org
Kisah
Ayub
Watak utama kisah ini daripada
kitab Perjanjian Lama ialah Ayub. Kebanyakan perkataan kitab ini diucapkan oleh
Ayub dan para penasihatnya, tetapi Ayub bukan penulisnya (Ayub 1:1). Nampaknya
Musa orangnya yang menulis Kitab Ayub.
Ayub ialah seorang anak Isakhar
(Kejadian 46:13) dan sebab itu dia ialah cucu Yakub. Isakhar merupakan suku
yang paling jelas memahami kalendar Tuhan. Bukan saja Ayub mengenali Allah yang
Maha Esa, tetapi dia juga mengetahui hari-hari yang betul untuk beribadah
kepada Tuhan.
Ayub sering digambar sebagai
seorang Arab yang memerintah satu daerah – negeri Us – yang sampai Sungai
Efrat. Ayub merupakan orang terkaya di negeri timur itu (Ayub 1:3).
Tentang panggilannya sebagai
seorang luar biasa, Ayub bukan itu sebenarnya. Mungkin dia mendapat panggilan
ini kerana dia seorang yang amat bijak dan seorang jurutera cekap (Ayub
3:11-15; 29:21-25).
Apa yang menonjol tentang Ayub
ialah dia menurut segala Hukum Tuhan dan menggunakan kuasanya untuk melindungi
orang yang tidak berdaya (Ayub 29:7-17). Dia menggunakan pengaruhnya demi
kepentingan Allah Maha Esa, dan pada waktu sama berusaha menghapuskan
kepercayaan dalam tuhan-tuhan pagan (Ayub 29:20-22, 25).
Bahagian kehidupan Ayub yang
diceritakan dalam Kitab Suci bersangkutan dengan tahun-tahun hidup dewasanya.
Dia telah menjadi seorang yang lebih terkenal dan dihormati daripada
sebelumnya. Dia lebih kaya lagi, memiliki tujuh ribu ekor domba, tiga ribu ekor
unta, satu ribu ekor lembu dan lima ratus ekor keldai. Ayub memiliki banyak
bangunan, banyak tanah untuk penggembalaan ternakannya. Dia juga mempunyai
rumah yang sangat baik, dan banyak bangunan serta khemah dalam mana
hamba-hambanya, orang upahan dan gembala-gembalanya tinggal (Ayub 1:3).
Bagaimanapun, harta Ayub yang
terbesar sekali ialah sepuluh anaknya yang sudah dewasa – tujuh lelaki dan tiga
perempuan. Mereka mempunyai rumah mereka sendiri yang selesa dalam mana mereka
sering berkumpul untuk mengadakan jamuan-jamuan makan malam dan pesta-pesta
hari lahir. Ayub memperhatikan bahawa mereka mengadakan banyak sekali pesta dan
merasakan mereka mungkin melakukan berdosa. Oleh itu, dia kerapkali memberi
korban demi mereka. Doa-doanya yang tak henti-henti kepada Tuhan adalah supaya
Pencipta berbelas kasihan kepada keluarganya (Ayub 1:4-5). Nampaknya Ayub tidak
menghadiri pesta-pesta hari lahir ini dalam mana mereka merayakan “hari
mereka”. Hari lahir dan pesta hari lahir mempunyai asal usul pagan. Lihat karya
Hari Lahir (No. 287).
Orang ramai sudah lama diajarkan
bohong bahawa satu pertempuran besar sedang berlaku antara kuasa-kuasa baik dan
jahat dengan Tuhan sebagai wakil kebaikan dan Iblis sebagai wakil kejahatan.
Oleh itu, ini kelihatan seperti satu perang yang berpanjangan antara Tuhan dan
Iblis, dengan tiap satunya berganti-ganti mengelak pukulan kuat dari yang satu
lagi, dan proses ini berulang abad demi abad sehingga Tuhan akhirnya mengenakan
satu pukulan menang terakhir yang membuatkan semuanya menjadi betul.
Tuhan membataskan kuasa
Iblis
Ini bukan keadaannya. Tuhan ialah
Raja semesta alam dan segala di dalamnya (Daniel 14:17, 25, 32; Ayub 38:1-19).
Iblis ialah tuhan atau penguasa dunia ini (Efesus 2:2). Dia takluk di bawah
kuasa dan kekuasaan Tuhan. Dia hanya boleh melakukan apa yang Tuhan izinkan dia
lakukan. Dengan kata lain, Tuhan boleh dan memangpun mengizinkan kejahatan berlaku
dengan memberi izin kepada Iblis untuk menggoda atau mencuba orang-orang yang
memerlukan pengajaran, namun Tuhan hanya membenarkan Iblis sampai ke satu tahap
saja dalam melakukan hal-hal tertentu.
Tuhan mengawasi semua malaikat,
termasuk malaikat derhaka, atau iblis setan. Jika Dia memanggil mereka
menghadapNya untuk memberi laporan, mereka harus taat, termasuk Iblis.
Pada waktu ini, ketika hayat Ayub,
Iblis datang bersama malaikat lain untuk menghadap Tuhan dan ditanya apa yang
telah dia lakukan. Jawapannya ialah dia telah mengelilingi dan menjelajahi
Bumi. Dia tidak mampu berbohong kepada Tuhan. Menjelajah sudah lama menjadi
aktivitinya bersama dengan iblis setannya, sambil mencari peluang untuk
memisahkan manusia daripada Tuhan (Ayub 1:6-7).
“Kalau engkau sudah pergi ke
seluruh Bumi, maka kamu pasti telah memperhatikan bahawa seorang yang bernama
Ayub merupakan salah seorang hambaku yang paling taat sekali,” Tuhan berkata
kepada Iblis. “Apa pendapat kamu tentang dia?”
“Aku mengenal orangnya,” Iblis
menjawab. “Aku tahu engkau telah memberinya kekayaan, kuasa dan kebolehan
besar. Pada waktu sama engkau telah melindunginya dan keluarganya daripada
kesusahan, penyakit dan kematian. Dia tahu segala berkat ini datang daripadamu,
jadi dia berusaha untuk taat kepadamu. Tetapi ambil kemakmuran dan keselesaan
ini daripadanya, dan dia akan berpaling daripadamu. Malah, dia akan mengutuk
Engkau!” (Ayub 1:8-11). Perhatikan bagaimana Iblis mengaku Allah maha berkuasa
dan mampu melindungi Ayub sepenuhnya daripadanya.
“Kamu ingin sekali musnahkan iman
orang ini,” Tuhan berkata. “Aku akan memberimu peluang untuk mengujinya.
Lakukan kepadanya apa yang kamu ingin, tetapi jangan sakiti tubuhnya” (ayat
12). Perhatikan bagaimana Tuhan menetapkan batas pada kejahatan Iblis, dan
membiarnya sampai satu takat saja dalam menggoda dan mencuba Ayub. Iblis tidak
tahu bahawa Tuhan menggunakannya untuk mengajar Ayub pengajaran yang amat
diperlukan. Namun Iblis fikir dia mendapat peluang untuk membinasakan salah
seorang hamba Tuhan. Iblis berangkat, tidak sabar-sabar untuk mendatangkan
kesusahan kepada salah seorang pengikut Tuhan yang paling setia. Tidak lama
kemudian Ayub, yang sedang memeriksa sebahagian kebun anggurnya, dikejutkan
oleh kedatangan riuh salah seorang pembajaknya.
Kemusnahan tiba-tiba datang
“Kami sedang membajak
ladang-ladangmu di sempadan timur,” kata orang itu dengan asyiknya, “apabila
satu pasukan orang Syeba berkuda menyerbu kami! Mereka membunuh semua kecuali
aku, dan mengambil semua lembu dan semua keldai yang memakan rumput
berhampiran!”
Sebelum Ayub yang terkejut dapat
berbuat apa-apa, seorang lagi orangnya dengan penat berlari kepadanya untuk
memberitahunya bahawa satu siri kilat telah menyambar di mana semua domba dan
gembala berkumpul, sehingga semua domba itu mati dan dia seorang saja yang
terlepas.
Orang kedua ini belum lagi habis
memberi berita sedih itu apabila seorang ketiga bergegas ke arah Ayub, sambil
melambai-lambai tangannya dan berteriak.
“Tiga pasukan orang Kasdim
menyerang tempat penggembalaan unta!” orang yang ketakutan itu berkata. “Mereka
membunuh orang-orangmu, kemudian mengambil kesemua tiga ribu unta! Aku sempat
melarikan diri untuk memberitakannya kepadamu!” (Ayub 1:13-17).
Ketiga-tiga berita ini membuatkan
Ayub terdiam terkejut. Dia hampir tidak percaya bahawa kerugian begitu besar
boleh datang tiba-tiba sekali. Perlahan-lahan dan dalam keadaan bingung dia
duduk bersandar pada batang pohon. Tiba-tiba dia menyedari adanya orang keempat
berdiri di sampingnya, berkata-kata dan melambai liar tangannya.
Ayub bergetar dengan fikiran yang
timbul dalam fikirannya. Dengan semua ternakannya hilang, apa saja berita buruk
lain tentunya mengenai keluarganya!
Tragedi menyedihkan
“Aku kenal siapa kamu,” Ayub
berkata kepada orang itu. “Kamu seorang daripada hamba dari rumah anak
sulungku. Khabar sedih apa yang kamu ada untukku?”
“Mungkin tuan tidak mendengar apa
yang baru aku katakan,” kata hamba yang nampak sedih itu. “Dukacitanya aku
ulangi bahawa semua anak-anakmu baru saja mati ditimpa dalam kerobohan rumah
anak sulungmu!” (Ayub 1:18-19).
Ini merupakan pukulan terbesar bagi
Ayub, sungguhpun pada masa ini dia tidak lagi terlalu terkejut dengan berita
dahsyat itu. Dengan pilunya dia mengangkat wajahnya untuk menatap mata hambanya
yang bergetar.
“Bagaimana ia terjadi?” Ayub
bertanya. “Semua anakmu lelaki dan perempuan berkumpul untuk pesta makan malam
di rumah anak sulungmu,” jelas hamba itu. “Mereka semua berada di dalam, makan
dan minum dengan riang. Tiba-tiba angin ribut melanda rumah itu, mencabutnya
daripada dasarnya kemudian melemparnya dengan kuat sekali sehingga hancur
remuk. Aku berada tidak jauh dari rumah itu, sedang membawa buah segar untuk
mereka, dan aku terpukul sampai jatuh ke tanah. Aku bersusah payah bangun,
bergegas ke rumah rosak itu dan membuka cukup banyak runtuhan, dengan bantuan
tetangga, dan mendapati bahawa tujuh anak lelaki dan tiga anak perempuanmu
telah mati semuanya!”
Ayub dengan gemetar berdiri dan
berjalan perlahan-lahan ke arah rumahnya. Dalam perjalanannya dia mengoyakkan
jubahnya. Waktu itu isterinya memandang ke luar rumah dan melihat perbuatan
ini, yang di Timur purba merupakan satu tanda dukacita besar.
”Apa terjadi?” isteri Ayub
memanggil sambil berlari menemuinya.
Sesudah Ayub memberitahunya,
isterinya sambil tersedu-sedu mengiringinya ke rumah. Ayub cuba
menghiburkannya, tetapi dia tidak begitu berjaya. Dia meninggalkan isterinya
sendirian, mencukur kepalanya, keluar rumah dan sujud menyembah, dengan mukanya
ke tanah. Cukuran kepala itu juga merupakan tanda purba untuk dukacita,
walaupun tidaklah lebih aneh, mungkin, daripada kebiasaan kita hari ini memakai
pakaian hitam dan ban lengan hitam ketika dan selepas penguburan, yang semakin
berkurangan.
Ayub tidak mahu merungut
“Aku lahir ke dalam dunia ini dengan
telanjang tanpa apa-apa,” Ayub berbisik. “Memang adil yang aku keluar
daripadanya tanpa apa-apa. Ketika aku berada di sini, Tuhan telah mengizinkan
aku banyak perkara baik, dan aku bersyukur kepadaNya dan memujiNya untuk segala
itu!”
Ayub bersikap baik terhadap Tuhan,
walaupun Tuhan telah mengizinkan Iblis melenyapkan kekayaannya, anak-anaknya,
dan kegembiraannya. Bagaimanapun, Iblis tidak berjaya membuat Ayub berdosa
dengan mengadu terhadap Tuhan (Ayub 1:20-22).
Beberapa lama kemudian, apabila
para malaikat sekali lagi menghadap Tuhan untuk melaporkan segala aktiviti
mereka, Tuhan bertanya Iblis seperti yang sebelumnya.
“Aku jelas mengetahui apa yang
sudah engkau lakukan kepada hambaku Ayub,” Tuhan mengingatkan Iblis. “Engkau
tentu nampak bahawa dukacitanya terhadap kehilangan yang engkau sebabkan tidak
menyebabkan dia mengutuk aku, seperti engkau katakan.”
“Dia terus setia hanya kerana
engkau tidak mengizinkan aku menyakiti tubuhnya,” balas Iblis. “Jika seseorang
menderita kesakitan jasmaniah yang amat sakit, sehingga dia merasakan dia akan
mati, dia akan melakukan apa saja untuk menyelamatkan dirinya. Izinkan aku
membawakan penyakit pada Ayub dan dia pasti cepat melepaskan ketaatannya dan
berpaling mengutuk engkau.”
“Kita akan lihat kalau kamu silap
lagi,” kata Tuhan. “Kamu boleh lakukan apa yang kamu ingin dengan Ayub, hanya
jangan ambil nyawanya” (Ayub 2:1-6).
Dilepas pergi, Iblis kembali ke
Bumi, senang hati kerana dia sekali lagi diberikan peluang untuk melihat jika
dia boleh membuat Ayub menderhaka terhadap Penciptanya. Dia kini mempunyai izin
untuk mengambil kesihatan Ayub dan sumber pendapatannya yang terakhir.
Satu pagi apabila Ayub bangun dia
gelisah bila mendapati dia sangat sakit di seluruh badannya. Pada mulanya dia
atau isterinya tidak tahu kenapa dia berasa begitu sakit, tetapi dalam beberapa
jam kulitnya sudah bergumpal dengan bisul-bisul yang membengkak!
Kesakitan ditambah kepada
dukacita
Ini cara yang dipilih Iblis untuk
menyakitkan Ayub, walaupun Ayub tidak tahu kenapa atau bagaimana luka-luka
dahsyat yang begitu menyakitkan itu tiba-tiba timbul dari atas kepalanya sampai
tapak kakinya.
Memandang saja bisul-bisul kulitnya
begitu menjijikkan sekali sehingga Ayub berasa malu walaupun dengan isterinya.
Dia juga begitu kesakitan sekali sampai dia tidak dapatpun berfikir tentang
pelaksanaan tugas-tugasnya. Walaupun seorang lain menjalankan perniagaannya,
Ayub tidak dapat mengambil wang yang seharusnya miliknya. Justeru, Ayub menjadi
miskin sama sekali tanpa apa-apa cara untuk menyara hidupnya. Dia tidak mahu
duduk atau berbaring di sekitar rumahnya dan melihat ekspresi jijik daripada
isterinya. Dia memutuskan untuk meninggalkan rumahnya dan pergi ke satu tempat
abu tidak jauh dari situ. Di sana Ayub mengambil sekeping tembikar (beling) dan
menggaruk-garuk dirinya dengannya sementara dia duduk di tengah-tengah abu itu
(Ayub 2:7-8).
Duduk di tengah-tengah abu pada
zaman itu merupakan satu tanda kerendahan hati, iaitu menyedari kedudukan kita
dan tidak terlalu berbangga dengan diri kita.
Ayub dan isterinya kini mempunyai
kehidupan yang amat pahit, tanpa anak-anak dan tiada pendapatan – dan dengan
kesihatan Ayub hilang. Sedangkan dahulu Ayub merupakan seorang yang kaya dan
penting, kini dia mendapati dirinya tanpa apa-apa dan dengan sedikit teman.
Malah saudara-saudaranya tidak lagi berhubung dengannya. Dia tiba-tiba saja
menjadi orang buangan masyarakat kerana teman-temannya berfikir Tuhan telah
mengutuknya; dan semua kenalannya tidak lagi boleh menganggapnya sebagai kaya.
Seperti dijanjikannya, Tuhan telah mengizinkan Iblis mengambil SEGALANYA
daripada Ayub (Ayub 2:6).
Meskipun dengan kata-kata isterinya
yang dia berlaku tolol, Ayub terus tinggal di timbunan abu itu. Malah di atas
tumpukan lembut itupun dia sengsara, kerana sama ada dia duduk atau berbaring,
bisul-bisul itu berasa amat sakit sekali dengan sedikitpun tekanan padanya.
Lewat satu malam isteri Ayub pergi
ke timbunan abu itu. Dia malu pergi pada waktu siang kerana Ayub dahulunya
seorang yang amat terkenal dan telah menderita kehilangan yang begitu besar
sehingga kelihatannya bagi sesetengah orang yang dia mungkin telah menjadi
gila. Isteri Ayub tentunya susah hati mengetahui yang tetangga sedang
melihatnya. Daripada menghibur suaminya, dia mula berteriak padanya.
Sekarang pula – isteri yang
mengomel!
“Kenapa engkau berkeras duduk di
situ dalam kekotoran tempat ini sementara aku sudah putus asa berfikir
bagaimana untuk menyara hidup?” dia memarahinya. “Kenapa engkau harus memalukan
aku seperti ini? Kalau engkau fikir engkau hampir mati, kenapa buat di tempat
seperti ini?”
Ayub terus duduk senyap, dan
keadaan segera bising lagi.
“Ingatku engkau tentu akan lebih
mementingkan aku, perempuan yang telah memberimu sepuluh anak,” isteri Ayub
meneruskan. “Apa dapat engkau lakukan tanpa aku? Baikkah tempat ini untukmu,
walaupun ramai orang sudah lupa engkau pada masa ini?”
Ayub tidak berkata apa-apa. “Kamu
tiada harapan!” pekik isterinya. “Teruskan doa-doamu! Kamu hanya menambah
kesengsaraanmu dengan berada di luar sini. Tidak kira berapa hari kamu duduk di
sini memuji Tuhan, kamu akan mati! Kenapa tidak mengutuk Tuhan supaya Dia
membunuhmu dan melepaskan kamu daripada sengsara?” (Ayub 2:9). Ayub bukan saja
kehilangan kekayaan, anak-anak, kesihatan, kuasa, pengaruh, kehormatan, martabat
dan sahabat tetapi kini juga telah kehilangan rasa hormat isterinya.
Isteri Ayub dengan tersedu-sedu
berpaling untuk pergi, tetapi Ayub berdiri dan berbicara pedas.
“Engkau berkata-kata bodoh,” Ayub
memberitahunya dengan tegas. “Engkau kedengaran seperti perempuan muda yang
telah berdosa berat ketika masih berada dalam rumah bapanya. Kenapa kita harus
mengeluh apabila kesusahan datang? Tuhan telah melakukan banyak perkara yang
baik sekali untuk kita. Haruskah kita menjangka akan melalui hidup kita tanpa apa-apa
kesusahan? Adakah kita percaya Tuhan harus memberi kita benda-benda yang baik
saja? Haruskah kita memarahi Pencipta kita bila saja Dia mengambil balik
sementara sesetengah benda baik yang banyak yang memang milikNya pada mulanya?
Tidak! Kita harus bersyukur dan tidak mengeluh, tidak kira apa terjadi!” (ayat
10).
Isteri Ayub sedar betapa sia-sianya
usaha untuk berbincang dengan seorang yang mempunyai sikap baik begitu terhadap
Tuhan, dan dia berjalan pergi ke dalam kegelapan.
Beberapa sahabat yang tinggal
Oleh sebab jasa tingginya dalam
hidupnya, Ayub mempunyai ramai kenalan yang kaya dan berpendidikan baik.
Apabila khabar tersebar di seluruh negeri itu tentang keadaan Ayub, kebanyakan
kenalan Ayub ini tertanya-tanya kenapa seorang yang begitu taat kepada Tuhannya
boleh mendapat kemalangan dan kesengsaraan seperti itu. Kebanyakan mereka
kemudian meninggalkannya.
Bagaimanapun, antara ramai orang
yang kenal rapat dengannya, tiga orang sahabat baik Ayub merancang untuk
bertemu dan melawatnya bersama (ayat 11). Nama-nama mereka ialah Elifas, Bildad
dan Zofar, dan mereka datang dari wilayah-wilayah yang tidak begitu jauh.
Khalifah gabungan tiga orang ini
tiba di rumah Ayub yang agak terabai untuk menemui hanya isterinya di situ.
“Engkau akan temui suamiku duduk
atau tidur di timbunan abu kota tidak jauh dari sini,” dia dengan kaku
memberitahu para pelawat itu.
Ketiga-tiga sahabat Ayub itu
menyuruh hamba-hamba mereka untuk berkhemah tidak jauh dari timbunan abu itu.
Kemudian mereka berjalan ke arah satu-satunya orang yang mereka dapat lihat
dari jauh. Mereka diiringi seorang yang lebih muda bernama Elihu yang juga
terpelajar dan bijaksana, dan dia, sebab kekagumannya terhadap semua pencapaian
Ayub yang diketahui ramai, telah meminta untuk menyertai tiga sahabat itu (Ayub
32:2).
Walaupun bila para pelawat itu
beberapa ela (yar) saja dari Ayub, mereka tidak boleh mengenalinya disebabkan
bisul-bisul pada mukanya dan jumlah berat badannya yang telah hilang.
Keadaannya lebih teruk lagi daripada yang mereka bayangkan sehingga mereka
berfikir yang dia sudah hampir mati. Mereka menangis kesedihan melihatnya.
Sekarang mereka mengerti bahawa ada lebih daripada satu sebab kenapa Ayub telah
memilih untuk menghabiskan waktunya di timbunan abu. Ratusan bisul berdarah yang
amat sakit menjadikannya hampir perlu.
Menurut kebiasaan zaman itu,
ketiga-tiga orang itu mengoyakkan jubah mereka dan menaburkan debu di kepala
mereka dalam kesedihan (Ayub 2:12).
Elihu dengan hormatnya berdiri
berhampiran sementara Elifas, Zofar dan Bildad – yang semuanya lebih tua –
melangkah dekat kepada Ayub. Ayub mengintai melalui kelopak matanya yang
bengkak ke arah sahabat-sahabatnya. Dia tidak dapat menyentuh sesiapapun untuk
menyambutnya, dan terlalu sakit untuknya menunjukkan penghargaannya atas
kehadiran mereka dengan cuba berdiri. Dia tersentuh perasaan kerana mereka
telah datang untuk menghiburnya, namun dia hanya mengangkat tangannya dan
mengangguk kepada tiap mereka. Kemudian dia menundukkan kepalanya dan duduk
dengan senyap. Sahabat-sahabat Ayub begitu takjub melihat betapa sengsaranya
dia sehingga mereka duduk bersamanya dalam keadaan diam terkejut untuk
berkongsi kesakitannya.
Kesunyian itu kekal satu minggu,
dan sepanjangnya orang-orang itu duduk bersama Ayub siang dan malam (ayat 13).
Pada akhir tujuh hari dan tujuh malam tanpa apa-apa percakapan, Ayub dengan
sakitnya meluruskan tubuhnya dan tiba-tiba berbicara daripada bibir bengkak.
“Biarlah hari kelahiranku lenyap
dan dilupai!” dia meraung. “Biarlah hari itu dikutuk! Janganlah kiranya Tuhan
memasukkannya dalam bulan atau tahun!” (Ayub 3).
Kontroversi tentang penyebab
keadaan Ayub
Para sahabat Ayub terkejut dengan
ledakan tiba-tiba ini, tetapi mereka juga berasa lega mengetahui bahawa Ayub
akhirnya telah memilih untuk bersuara. Ayub terus berbicara selama beberapa
minit, menggambarkan bagaimana kematian lebih baik daripada kesedihan pahit
keadaannya. Sesetengah ucapannya membuatkan sahabat-sahabatnya mencurigai dia
mempunyai dosa tersembunyi, dan sebaik saja Ayub habis bercakap, Elifas
bersuara.
“Aku harus katakan apa yang aku
fikir,” dia bermula. “Engkau telah mengajar bangsaku dalam kehidupan dan dalam
pembangunan perwatakan, tetapi sekarang bila kesusahan menimpamu, engkau
pengsan. Jika engkau sedang dihukum kerana kesusahan tertentu yang kamu temui,
pergilah kepada Tuhan. Jika Tuhan sedang menegur kamu, jangan bersedih
tentangnya. Dia akan bersamamu melalui kesukaran dan pencubaan, dan engkau akan
lanjut umurmu sebelum engkau mati” (Ayub bab 4 dan 5).
Elifas meneruskan lagi bicaranya,
dan ada kata-katanya, sebaliknya, mendorong Ayub bercakap lebih banyak.
“Aku fikir engkau datang ke sini
untuk menghibur aku,” dia berkata, “tetapi sekarang kamu menegur aku dan
menuduh aku seorang jahat!” (Ayub bab 6 dan 7).
Ayub terus berbicara untuk
seketika, dan apabila dia berhenti sementara, Bildad banyak bicaranya untuk
membetulkan dia. Sebaik saja Ayub selesai menjawabnya, Zofar bercakap. Dia juga
menegur Ayub, yang kemudian membela dirinya. Ini mengakhiri yang pertama
daripada satu siri tiga percakapan luar biasa. Dalam dua perbincangan umpama
perdebatan ini yang seterusnya terdapat lebih banyak teguran daripada
sahabat-sahabat Ayub dan lebih banyak belaan daripada Ayub. Ketiga-tiga sahabat
ini berkeras bahawa Tuhan sedang menghukum Ayub kerana berdosa. Ayub menegaskan
Tuhan sedang menghukumnya tanpa apa-apa sebab. Malah hari inipun apabila ada
orang sakit orang lain cuba menegaskan bahawa mereka telah berdosa dan itulah
sebabnya kenapa mereka sakit. Ini bukan cara Tuhan bekerja atau berfikir.
Ayub sama seperti ramai orang hari
ini yang berkata mereka sangat baik sehingga mereka selalu melakukan apa yang
betul hanya kerana mereka mengasihi Tuhan. Alkitab mengatakan ini tidak benar
(Yeremia 17:9; Yeremia 10:23; Amsal 12:15; Mazmur 39:5; 1 Yohanes 2:4; Yohanes
14:15). Sepanjang percakapan-percakapan ini antara Ayub dan tiga sahabatnya,
yang dituliskan dalam Alkitab dalam bentuk puisi yang baik sekali, Ayub terus
bertegas bahawa dia tidak berdosa dan tiada sebab untuk bertaubat (Ayub, bab 8 hingga
31).
Akhirnya ketiga-tiga sahabat yang
lebih tua itu berhenti mencuba untuk menjawab Ayub kerana apa yang kelihatan
seperti sikap benar dirinya (Ayub 32:1). Ini memberi peluang kepada Elihu yang
muda yang menyuarakan pandangannya.
“Engkau cuba membenarkan dirimu
daripada Tuhan,” dia memberitahu Ayub, dengan sopan dan hormat tetapi jelas.
“Engkau tiga sahabat pula, engkau mengkritik Ayub tanpa dapat menjawab
pembenaran dirinya” (Ayub 32:2-22).
Elihu terus bercakap dengan
bijaksananya bagi seorang yang lebih muda, mengingatkan orang-orang lebih tua
ini bahawa Roh Tuhan, bukan akal fikiran manusia, memberi kita jawapan sebenar
kepada semua masalah. Dia terus menegur dan membetulkan kesemua empat lelaki
itu kerana silap dalam sesetengah perkara yang mereka telah katakan. Namun dia
tidak memperlakukan Ayub dengan kasar (Ayub 33:7). Kata-katanya yang baik
sekali, seperti tertulis dalam bab-bab 33, 34, 35, 36 dan 37 Kitab Ayub
merupakan beberapa daripada kata-kata paling bererti dalam Alkitab. Dia
menunjukkan kepada orang-orang ini bahawa kesilapan Ayub bukanlah dalam dosa
rahsia tertentu yang disembunyikannya – seperti yang mereka andaikan – tetapi
dalam memuji dirinya dan bukan Tuhan, atas segala perbuatan benar yang Tuhan
telah ilhamkan dia lakukan, dan dalam berfikir dia boleh MENDAPAT GANJARAN
keselamatan dengan pekerjaan baik.
Elihu tahu bahawa kebenaran manusia
sama seperti kain kotor (Yesaya 64:6). Tiga sahabat lebih tua itu telah
bercakap tentang hak Tuhan untuk menghukum manusia kerana dosa. Elihu berbicara
tentang kerelaan Tuhan untuk berbelas kasihan dan memberi keselamatan kepada
mereka yang bertaubat. (Lihat juga Mazmur 103:10-14.) Nampaknya tiada lagi
apa-apa untuk dikatakan atau dilakukan, jadi empat orang itu dengan letihnya
bersedia untuk berangkat.
Walaupun waktunya siang, langit
telah menjadi semakin gelap untuk beberapa lama. Jelas sekali cuaca buruk bakal
terjadi. Di langit awan mula berputar dan mendidih. Kumpulan kecil atas
timbunan abu itu tiba-tiba mendengar bunyi raungan angin. Ayub memandang ke
atas, tetapi dia tidak bergerak. Sedar akan tiada gunanya melarikan diri, empat
orang lain itu berdiam diri, namun bukan tanpa rasa takut. Bagaimanapun,
beberapa orang yang ingin tahu yang berkumpul dekat timbunan abu itu lari untuk
menyelamatkan nyawa mereka.
Tuhan menyatakan kesalahan
Ayub
Entah bagaimana angin itu kelihatan
meliputi kelima-lima orang itu – bukan untuk mencederakan mereka, tetapi dengan
hati-hati memisahkan mereka daripada sekitaran mereka. Ada angin badai di
sekeliling, tetapi tiada pada timbunan abu itu (Ayub 38:1).
Kemudian satu suara besar jelas
keluar daripada angin yang mengelilingi itu (ayat 2). Terkejut, Ayub mula
bangun, tetapi tiba-tiba dia sujud dengan mukanya ke bawah apabila menyedari
yang dia disapa. Empat orang lagi begitu takut mereka juga sujud, menundukkan
kepala mereka ke tanah.
“Siapa dia yang berpura-pura
berbicara tentang hal-hal Tuhan yang paling bererti, tetapi tiada pengetahuan
tentangnya?” suara kuat Malaikat Tuhan, bertanya (Ayub 38; 39; 40:1-2).
Ayub berasa malu dengan kata-kata
yang menyakitkan itu sementara suara itu terus dengan membandingkan pengetahuan
dan usaha remeh manusia dengan kebijaksanaan maha tahu dan kuasa penciptaan
maha hebat Tuhan. Dia mengingatkan Ayub bahawa hanya Tuhan saja Pencipta agung.
Sesudah Dia akhirnya berhenti berfirman, Ayub menjawab:
“Aku mengaku aku jahat dan hina,
dan aku tidak mempunyai kebijaksanaan untuk menjawabmu!” (Ayub 40:3-5).
Tuhan kemudian mengingatkan Ayub
bahawa dia tidak mampu menyelamatkan dirinya – bahawa hanya Tuhan saja yang
boleh memberi keselamatan – dan bahawa segala kuasa manusia datang daripada
Tuhan, dan manusia bukan apa-apa tanpa Tuhan (Ayub 40:6-14).
Tuhan terus menyatakan betapa
banyak lagi yang harus dipelajari manusia, sekalipun tentang makhluk-makhluk
yang ada atas planet ini, dan bahawa tiada seorangpun selain Pencipta yang
benar-benar memahami apa yang diperlukan untuk mencipta dan menguasai
makhluk-makhluk sebegitu (Ayub 40:15-24; Ayub 41). Sesudah Tuhan berhenti
berfirman, Ayub akhirnya melihat dirinya sebagai orang berdosa yang sangat
tidak bernilai, yang memerlukan belas kasihan Tuhan sama seperti yang
diperlukan setiap orang. Ayub kemudian mengambil peluang itu untuk berucap
lagi, sementara dia terus berbaring di atas timbunan abu itu.
Ayub akhirnya bertaubat
“Aku menyesal aku berbicara seperti
sebelumnya,” dia berkata. “Sekarang aku tahu yang engkau mengetahui segalanya
dan boleh melakukan segalanya dan bahawa aku telah berbicara hal-hal yang aku
tidak mengerti. Aku membenci diriku kerana menganggap dirimu terlalu bijak,
terlalu berdaya cipta dan terlalu benar, sedangkan aku sebenarnya hanya debu
dan abu!” (Ayub 42:1-6).
Tuhan kemudian berfirman kepada
Elifas, sahabat tertua Ayub di situ.
“Aku sangat tidak senang dengan kamu
bertiga,” katanya. “Engkau tidak berkata kepada aku apa yang betul, seperti
yang dikatakan hambaku Ayub. Sekarang ambil tujuh lembu jantan dan tujuh domba
jantan dan persembahkan itu untukmu sebagai korban bakaran. Hambaku Ayub
kemudian akan berdoa untukmu. Jika kamu gagal berbuat demikian, aku akan
berlaku kasar dengan kamu!” (ayat 7-8).
Tiga orang itu menurut. Korban
bakaran dibuat, Ayub berdoa untuk sahabat-sahabatnya dan Tuhan menerima semua
yang dilakukan (ayat 9). Tentang Elihu, dia tidak membuat tuduhan palsu
terhadap Ayub atau membuat pernyataan tidak benar mengenai keadilan Tuhan. Dia
baik bicaranya, dan Tuhan tidak menuntut persembahan daripadanya.
Keadaan sengsara Ayub lenyap
tiba-tiba sebagaimana ia telah menimpa. Serta-merta selepas berdoa untuk tiga
sahabatnya, bisul berdarah yang gatal dan sakit itu berkurang sampai hilang dan
sembuh tanpa bekas. Ayub sekali lagi selesa dan sihat. Bermula dari itu,
seolah-olah dengan ajaibnya, segala-galanya betul baginya. Semua saudaranya
lelaki dan perempuan, dan sahabat-sahabat yang telah meninggalkannya kembali
kepadanya untuk melawat dan menghiburnya serta membawa hadiah-hadiah wang dan
barang perhiasan. Dia membeli ternakan, dan ternakan itu bertambah begitu baik
sekali sehingga akhirnya dia mempunyai dua kali ganda kekayaan daripada
sebelumnya! (ayat 10-12). Selain menggandakan bilangan binatang miliknya, satu
berkat jasmaniah yang lebih besar lagi datang padanya.
Ini ialah keluarga baru. Tuhan
menganugerahkan Ayub dan isterinya tujuh anak lelaki dan tiga anak perempuan
lagi, dan anak-anak perempuannya dikenali sebagai perempuan tercantik di negeri
itu (ayat 13-15).
Ayub memang mempunyai anak-anak
dewasa apabila kesusahan besar itu menimpanya, tetapi selepas itu dia hidup
bertahun-tahun lagi dan melihat cucu-cucunya sampai keturunan keempat (ayat
16-17).
Sepanjang abad-abad kemudian Ayub
telah dikenali sebagai orang paling sabar pernah hidup. Bagaimanapun,
seharusnya lebih sesuai kita mengenalnya sebagaimana yang ditunjukkan Alkitab –
dia mungkin orang yang paling benar diri di dunia ini. Bersifat benar diri
tidak sentiasa bererti memandang rendah orang lain sebagai orang berdosa yang
hina sementara melihat diri sendiri sebagai sangat baik. Dalam keadaan Ayub,
ini bererti bahawa dia begitu prihatin dan bangga mentaati sehingga dia
merasakan dirinya tidak berdosa, dan bahawa penderitaan besarnya datang tanpa
sebab.
Ayub memerlukan beberapa pengajaran
untuk belajar tentang dirinya dan Penciptanya tetapi dia tidak pernah putus asa
dengan Tuhan. Dia terus teguh dalam kepercayaannya dan keyakinannya dalam
Tuhan, walaupun semua orang lain menentangnya.
Kesudahan bahagia kisah in ialah
selepas banyak percubaan Ayub dapat melihat kekurangannya dan sudi bertaubat.
Pertaubatannya inilah yang mengakhiri percubaan besarnya itu. Ayub
mempersembahkan korban untuk mereka yang dikatakan sahabatnya yang salah
menuduhnya. Kita diingatkan di sini bahawa kita harus mengasihi musuh kita dan
berdoa untuk mereka yang menganiaya (atau mengganggu) kita (Matius 5:44). Lihat
juga karya Mengerti Ucapan Bahagia
(No. CB27).
Pengalaman manusia yang penting ini
mungkin telah kehilangan sepenuhnya bagi kita hari ini. Namun Tuhan
memerintahkan kepada Musa, ketika pengembaraan padang gurun itu, bahawa kisah
penderitaan Ayub harus menjadi Kitab Suci – satu bahagian penting “Perjanjian
Lama” Alkitab, untuk kegunaan kita hari ini.
q