Jemaat-jemaat Allah Al Masehi

[CB62]

 

 

 

 

Daud dan Goliat

(Edisi 2.0 20060218-20070210)

 

Terdapat banyak erti dan simbolisme dalam kisah Alkitab tentang Daud dan Goliat. Di sini kami sajikan satu lakonan untuk anak-anak melakonkan kisah ini dan juga untuk belajar pelajaran-pelajaran rohaniah yang dibentangkan.

 

 

 

Christian Churches of God

 

PO Box 369, WODEN ACT 2606, AUSTRALIA

E-mail: secretary@ccg.org

 

(Hakcipta ă 2006, 2007 Diane Flanagan, ed. Wade Cox)

 (tr. 2009)

 

Karya tulis ini boleh disalin semula dan didistribusikan secara bebas dengan syarat ia disalin semuanya tanpa apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat penerbit serta notis hakcipta harus disertakan.  Sebarang bayaran tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima salinan yang didistribusikan.  Petikan-petikan ringkas daripadanya boleh dimasukkan ke dalam artikel-artikel kritis dan karya ulasan tanpa melanggar undang-undang hakcipta.

 

Karya ini boleh didapati daripada Internet di:
http://www.logon.org dan http://www.ccg.org


 

Pelajaran: Daud dan Goliat

 

Sasaran:

Untuk meninjau konsep-konsep asas berhubungan dengan Daud dan Goliat dan simbolisme yang terbabit dalam teks ini.

 

Objektif:

1.      Anak-anak akan dapat memahami erti siapakah Saul dan permulaan jabatan raja.

2.      Anak-anak akan mengerti kenapa Saul kehilangan peranannya sebagai raja.

3.      Anak-anak akan mengerti bahawa Daud diurap sebagai raja ketika Saul masih hidup.

4.      Anak-anak akan mengerti bahawa apabila kita mengingkari Tuhan Roh Kudus akan meninggalkan kita lama kelamaan dan kita takluk kepada roh jahat Iblis.

5.      Anak-anak akan mengerti bagaimana Daud dan Saul bergaul sebelum pertempuran dengan Goliat.

6.      Anak-anak akan dapat menyenaraikan apa senjata-senjata yang dibawa Daud ke dalam pertempuran dengan Goliat.

7.      Anak-anak akan memperlihatkan kesedaran tentang simbolisme dalam pertempuran Daud dan Goliat.

8.      Anak-anak akan memiliki kesedaran tentang bagaimana pertempuran Daud dan Goliat membayangkan peristiwa-peristiwa pada akhir zaman.

 

Sumber:

1 Samuel bab 8-17

 

Ayat Alkitab yang Relevan

Ayat Hafalan: 1 Samuel 12:24: Hanya takutlah akan TUHAN dan setialah beribadah kepada-Nya dengan segenap hatimu, sebab ketahuilah, betapa besarnya hal-hal yang dilakukan-Nya di antara kamu. (NIV)

 

Format:

Buka dengan doa.

Tanya anak-anak apa mereka fikir kisah-kisah “Saul dan Daud” dan “Daud dan Goliat” ini bayangkan.

Pelajaran tentang Saul dan Daud.

Pelajaran tentang Daud dan Goliat.

Aktiviti berhubungan dengan Daud dan Goliat.

Mula dengan memberi anak-anak teg atau kertas lukisan yang besar; ajar mereka untuk melipat kertas ini separuh dan tolong anak-anak yang lebih muda jika perlu. Minta anak-anak melukis satu gambar pertempuran sebenar Daud dan Saul dan satu gambar tentang apa erti pertempuran itu.

Tutup dengan doa.

 

Pengenalan pelajaran:

 

Aktiviti

1.      Baca keseluruhan lakonan itu.

2.      Tugaskan peranan.

3.      Izinkan anak-anak membuat boneka, pemandangan atau dapatkan baju-baju untuk pertunjukan boneka atau lakonan itu.

4.      Buat latihan lakonan itu.

5.      Teruskan meninjau simbolismenya.

6.      Jika mungkin izinkan anak-anak melakonkan dan menjelaskan lakonan itu.

 

Jika membuat pertunjukan boneka buat potongan sedia garis kasar badan asas untuk anak-anak. Izinkan anak-anak memakaikan boneka-boneka mereka dengan kertas pembuatan, guna benang tenun untuk rambut dan pena penanda untuk menghiasi muka-muka. Satu cara yang telah digunakan dengan baik pada masa lalu ialah dengan mempunyai nama watak serta nama simboliknya di bawah nama itu di depan atau di belakang boneka itu. Satu lagi cara ialah memasang tanda-tanda dengan nama-nama, erti-ertinya, serta benda serupanya yang simbolik untuk para penonton.

 

Salinan-salinan diterangi untuk bahagian-bahagian setiap pembicara boleh membantu.

 

Anak-anak cenderung bercakap dengan sangat diam-diam, khususnya anak-anak kecil, jadi mikrofon dalam kawasan itu membantu. Jika ini pertunjukan boneka dan mereka berada di bawah meja dengan lapik kain atas mereka, suara mereka akan lebih tidak jelas lagi. Jika mikrofon tidak boleh didapati, beberapa salinan lakonan ini di kalangan penonton akan membantu. Anak-anak juga akan benar-benar suka melihat pertunjukan mereka sekiranya ada orang yang mempunyai perakam video untuk merakamnya.

 

Lakonan/Pertunjukan Boneka tentang Saul dan Daud

Watak mengikut urutan kemunculan

 

Lakonan/Pertunjukan Boneka Daud dan Goliat

1 Samuel 17

 

Watak mengikut urutan kemunculan

Goliat = Iblis dan sistem Babel.

Pembawa perisai Goliat = nabi palsu (watak tidak bercakap)

Isai = (mewakili) Allah Bapa.

Perajurit 1

Perajurit 2

Daud = Mesias

Eliab = abang tertua Daud

Saul = (SHD 7586) “diingini”/

 

Mengikut keperluan tambah lebih watak dengan lebih banyak perajurit dalam pertempuran itu.

 

Gambaran Keseluruhan Lakonan

 

Adegan 1: Goliat Mencabar Tentera Israel

 

Gambar latar belakang menunjukkan lembah antara tentera-tentera orang Israel dan Filistin.

 

Prop/Alat pentas:

Goliat: ketopong tembaga, baju zirah tembaga bersisik, penutup kaki tembaga, lembing tembaga antara bahunya, gagang tombak (ini sebesar pesa tukang tenun dengan mata tombaknya seberat 600 syikal).

 

Perisai untuk pembawa perisai.

 

Adegan 2: Isai memberi arahan kepada Daud

Latar belakang: Rumah Isai dengan padang-padang rumput dengan kawanan domba di latar belakang dan latar belakang pertempuran.

 

Adegan 3: Di medan pertempuran

Latar belakang pertempuran.

 

Perlengkapan Saul: ketopong dan pedang

 

Adegan 1: Goliat Mencabar Tentera Israel

Gambar latar belakang menunjukkan lembah antara tentera-tentera orang Israel dan orang Filistin.

 

Prop:

Goliat: ketopong tembaga, baju zirah tembaga bersisik, penutup kaki tembaga, lembing tembaga antara bahunya, gagang tombak (sebesar pesa tukang tenun dengan mata tombaknya seberat 600 syikal.)

 

Watak:

Pencerita

Goliat

Pembawa perisai dengan perisai

 

Pencerita: seperti kamu ingat daripada lakonan Saul dan Daud, Samuel mengurapi Daud untuk menjadi raja sementara Saul masih hidup dan memerintah sebagai raja. Saul terus-menerus mengingkari Tuhan. Disebabkan keingkaran Saul Roh Kudus Tuhan meninggalkan Saul. Daud dipanggil untuk memainkan kecapi di hadapan Saul apabila roh jahat itu mengganggu Saul.

 

Orang Filistin telah mengganggu Israel banyak kali pada masa lalu. Dalam konflik kali ini orang Filistin memutuskan untuk mengutus keluar juara mereka Goliat dari Gat.

 

Nama Goliat bererti “kemegahan tempat pemerasan anggur”. Di sini kita lihat Goliat mewakili Iblis dan sistem Babelnya.

 

Goliat setinggi 6 hasta, iaitu kira-kira 9-10 kaki; dia membawa 6 perlengkapan senjata. Menurut The Companion Bible, dalam Lampiran 10, Bullinger mengatakan 6 ialah bilangan manusia. Goliat, Nebukadnezar dan Antikristus semuanya mempunyai 6 dihubungkan dengan mereka.

 

Pada zaman itu apabila tentera-tentera pergi berperang bukan tidak biasa untuk seluruh pertempuran itu diputuskan oleh dua orang; juara setiap pihak berlawan dengan juara pihak satu lagi. Ini disebut sebagai pertempuran tunggal. Pihak juara yang menang dikatakan memenangi perang itu. Dengan cara ini tidak begitu ramai orang perlu mati dalam pertempuran.

 

Pembawa perisai Goliat mewakili nabi palsu. Dalam zaman akhir akan ada nabi palsu yang mengatakan dia memiliki segala kebenaran Tuhan tetapi dia akan bercakap dusta. Dia memperolehi (atau mendapat) kuasanya daripada Iblis.

 

Orang Filistin bersedia untuk perang dan membawa semua pasukan tenteranya bersama untuk menyerang kota Sokho di Yehuda. Mereka mendirikan perkhemahan di Efes-Damim, antara Sokho dan Azeka. Raja Saul dan tentera Israel berkhemah di atas bukit yang memandang ke bawah Lembah Elah (Tarbantin), dan mereka bersedia untuk memerangi tentera Filistin yang berada di atas bukit di seberang lembah itu.

 

Goliat: (berseru kepada tentera Israel)

Kenapa kamu berbaris untuk perang? Aku perajurit terbaik dalam tentera kami, dan semua kamu berada dalam tentera Saul. Pilihlah perajuritmu yang terbaik untuk keluar dan melawan aku. Jika dia dapat membunuh aku, maka kami akan menjadi hambamu. Tetapi jika aku membunuhnya, maka kamu akan menjadi hamba kami. Di sini dan sekarang aku mencabar seluruh tentera Israel. Pilihlah seorang untuk melawan aku!

 

Pencerita: Saul dan tentera Israel mendengar kata-kata Goliat dari Gat dan mereka takut dan hilang semangat.

 

Isai, bapa Daud, sudah tua dan tiga daripada anak-anak tertuanya berada di pertempuran itu. Nama Isai (SHD 3488) bererti: “Aku miliki”. Dia ialah Isai orang Betlehem (SHD 1022) yang bererti, “rumah roti”. Jadi nama penuh Isai dalam Alkitab bererti: “Aku miliki rumah roti”. Daud, dan akhirnya Mesias, datang daripada keturunan Isai. Kristus ialah Roti hidup sebenar. Eloah Bapa kita telah mengirim kita Roti hidup itu.

 

Daud (SHD 1732, dikasihi) menggembala domba bapanya. Suatu pagi Isai mengutus Daud ke pertempuran itu untuk mengirim satu efa bertih gandum dan 10 roti. Simbolisme 10 ini, sebagai roti, jug diulangi kemudiannya dalam Bait Suci dengan meja-meja dan kandil-kandilnya.

 

Goliat menyiksa dan mendorong Israel untuk berlawan selama 40 hari. Bilangan 40 mengikut Bullinger dalam Lampiran 10 ialah bilangan perintah ilahi yang disediakan bagi benda-benda duniawi. Empat puluh juga merupakan bilangan tahun dalam satu keturunan/generasi; ini juga waktu pengujian dan pembuktian, contohnya hari-hari air banjir, tempoh untuk Niniwe bertaubat, 40 tahun manna di padang gurun. Kita juga tahu adanya prinsip sehari untuk setahun dalam Alkitab, maknanya satu hari sama dengan satu tahun. Kita tahu bahawa Mesias telah pergi selama 2,000 tahun atau 40 Yobel. Mesias masih menggembala dombanya dari langit tetapi dia tidak memerangi Iblis secara terus sekarang ini. Mesias akan kembali ke Bumi dan Dia akan memerangi Iblis dan sistem Babel dan menjatuhkan sama seperti yang Daud lakukan dengan Goliat.

 

Adegan 2: Isai memberi arahan kepada Daud

 

Latar belakang: Rumah Isai dengan domba di latar belakang dan juga latar belakang pemandangan pertempuran itu.

Isai kepada Daud

 

Watak:

Isai

Daud

Pencerita

 

Isai: Cepat dan bawa guni berisi bertih gandum dan sepuluh roti ini kepada saudara-saudaramu di khemah tentera. Di sini pula ialah sepuluh potongan besar keju untuk dibawa kepada kepala pasukan mereka. Tengoklah bagaimana saudara-saudaramu dan bawa pulang sesuatu yang menunjukkan mereka semuanya baik. Mereka bersama tentera Saul, memerangi orang Filistin di Lembah Tarbantin.

 

Daud: Aku akan lakukan seperti engkau minta bapa. Esok pagi aku akan pergi awal-awal dengan bekalan itu sebaik saja aku selesai meminta orang lain untuk menggembala domba.

 

Pencerita: Dia sampai khemah tentera itu tepat pada waktu para perajurit mengambil tempat mereka dan membuat sorakan perang. Tentera Israel dan tentera Filistin berdiri di situ saling berhadapan.

 

Daud meninggalkan barang-barangnya dengan orang yang menjaga bekalan dan berlari ke barisan perang untuk bertanya saudara-saudaranya sama ada mereka selamat. Ketika Daud berbicara dengan mereka, Goliat tampil dari barisan orang Filistin dan mula berbangga, menyombong diri dan menggoda Israel seperti biasa.

 

Adegan 3: Di medan pertempuran

 

Watak:

Goliat

Pembawa perisai Goliat

Perajurit 1

Perajurit 2

Daud

Eliab

Saul

 

Prop: Kelengkapan perang/Perlengkapan senjata Saul

 

Goliat: Pilih perajuritmu yang terbaik untuk keluar dan melawan aku! Di sini sekarang aku mencabar seluruh tentera Israel! Pilih seorang untuk melawan aku! Bilakah seseorang akan melawanku? Aku telah keluar 40 hari dan masih tiada seorangpun yang membela Israel dan Tuhan mereka! Kamu akan berperang atau tidak?

 

Perajurit 1 kepada perajurit 2 sementara mereka berlari dari Goliat:

Lihat bagaimana Goliat terus keluar untuk menghina kita. Raja menawarkan ganjaran besar kepada orang yang membunuh Goliat. Malah orang itu akan dapat mengahwini anak perempuan raja, dan tiada seorangpun dalam keluarganya akan perlu membayar pajak lagi.

 

Daud kepada beberapa perajurit: Apakah ganjaran orang yang membunuh orang Filistin ini dan menghentikannya daripada menghina bangsa kita? Siapakah orang Filistin tidak berguna ini? Dia mengejek tentera Tuhan yang hidup!

 

Perajurit 2 kepada Daud: Raja menawarkan ganjaran besar kepada orang yang membunuh Goliat. Malah orang itu akan dapat mengahwini anak perempuan raja, dan tiada seorangpun dalam keluarganya akan perlu membayar pajak lagi.

 

Pencerita: Saudara tertua Daud, Eliab, mendengarnya berbicara dengan perajurit-perajurit itu. Eliab marah dengan Daud.

 

Eliab: Untuk apa juga engkau ada di sini? Siapa yang menjaga kawanan domba yang kecil itu di padang gurun? Nakal! Engkau datang ke sini hanya untuk melihat pertempuran itu, bukan?

 

Daud: Sekarang apa yang sudah kulakukan? Tidak bolehkah aku bertanya?

 

Daud kepada perajurit 1: Apa ganjaran membunuh orang Filistin ini dan menghentikannya daripada menghina bangsa kita?

 

Perajurit 1: Raja menawarkan ganjaran besar kepada orang yang membunuh Goliat. Malah orang itu akan dapat mengahwini anak perempuan raja, dan tiada seorangpun dalam keluarganya akan perlu membayar pajak lagi.

 

Pencerita: Di sini kita lihat Daud mengesahkan semua fakta dengan sekurang-kurangnya dua saksi. Daud terus bertanya perajurit lain persoalan yang sama.

 

Di sini kita lihat simbolisme yang Allah Bapa merupakan pemilik segalanya dan penguasa seluruh planet ini. Allah Bapa memberi Kristus seluruh planet ini untuk dijaga. Kristus akan mengambil kedudukan itu pada satu waktu di masa depan. Kristus juga diberikan Jemaat sebagai pengantin perempuannya.

 

Beberapa perajurit terdengar Daud bercakap, jadi mereka memberitahu Saul apa yang dikatakan Daud. Saul memanggil Daud.

 

Saul masuk.

 

Saul: Suruh orang muda yang bertanya semua pertanyaan ini datang berbicara dengan aku!

 

Daud: Tuanku, orang Filistin ini sepatutnya tidak menjadikan kita penakut. Aku akan pergi dan melawannya sendiri!

 

Saul: Engkau tidak mungkin menghadapinya. Engkau masih muda, dan dia sudah menjadi perajurit sepanjang hidupnya. Dia jauh lebih tinggi daripadamu!

 

Daud: Tuanku, aku menggembala domba bapaku. Apabila singa atau beruang menerkam seekor daripadanya, aku mengejarnya dan memukul binatang liar itu sampai ia melepaskan domba itu. Jika binatang itu menyerang aku, aku menangkap janggutnya lalu membunuhnya. Tuan, aku telah membunuh singa dan beruang seperti itu, dan aku dapat membunuh orang Filistin yang tidak berguna ini. Dia sepatutnya tidak mengejek tentera Tuhan yang Hidup! TUHAN telah menyelamatkan aku daripada cakar singa dan cakar beruang, dan dia akan menjaga aku supaya selamat daripada tangan orang Filistin ini.

 

Pencerita: Di sini kita perhatikan iman Daud yang teguh dan tidak goyah dalam Tuhan untuk menjaga keselamatannya jika musuh itu binatang liar, raksasa atau apa saja. Kristus ialah gembala kita; dia menjaga semua orang/domba dan melindungi mereka supaya tiada bahaya menimpa mereka.

 

Saul: Baik, pergilah dan lawan dia. Aku berharap TUHAN akan menolongmu. Engkau boleh menggunakan peralatan perang dan kelengkapan senjataku.

 

Pencerita: Saul menyerahkan Daud ketopong tembaga dan pedangnya; Daud memasang pedang itu dan cuba bergerak, tetapi dia tidak biasa memakai benda-benda itu. Kita semua tahu daripada Efesus 6 bahawa Perlengkapan Senjata Tuhan termasuk ketopong keselamatan, baju zirah keadilan, pinggang diikat dengan kebenaran, kaki berkasutkan injil damai sejahtera, pedang firman Tuhan dan perisai iman.

 

Daud: Aku tidak dapat bergerak dengan semua benda ini. Aku memang tidak biasa dengannya. Aku perlu menanggalkannya dan berlawan dengan senjata-senjata yang aku tahu gunakan dan meminta Tuhan menolongku membela NamaNya dan bangsa Israel. Aku akan membawa tongkat gembalaku dan pergi ke sungai untuk mendapatkan 5 batu licin dan meletakkannya ke dalam kantung gembalaku. Aku akan membawa itu dan umban aku dan pergi menghadapi Goliat.

 

Goliat dan Daud berjalan ke arah satu sama lain

 

Goliat: Engkau ingat aku anjing? Itukah sebabnya engkau datang kepadaku dengan tongkat? Aku mengutuk engkau dalam nama tuhan-tuhan Filistin. Marilah! Setelah aku selesai dengan kamu, aku akan memberikan dagingmu kepada burung-burung dan binatang-binatang liar!

 

Daud: Engkau keluar untuk melawan aku dengan pedang dan tombak dan lembing. Tetapi aku keluar melawanmu dalam nama TUHAN yang Maha Kuasa. Dia Tuhan tentera Israel, dan engkau telah menghinanya juga! Hari ini TUHAN akan menolongku mengalahkan kamu. Aku akan menjatuhkan kamu dan memenggal kepalamu, dan aku akan memberi mayat perajurit Filistin yang lain kepada burung-burung dan binatang liar. Waktu itu seluruh dunia akan tahu bahawa Israel mempunyai Tuhan sejati. Semua di sini akan melihat bahawa TUHAN tidak memerlukan pedang atau tombak untuk menyelamatkan umatnya. TUHAN akan sentiasa memenangi pertempurannya, dan dia akan menolong kami mengalahkan kamu.

 

Pencerita: Daud sekali lagi menunjukkan iman teguhnya dalam Tuhan; Daud dilengkapi perlengkapan senjata Tuhan dan jelas memperlihatkan perisai iman. Apabila Goliat maju ke depan, Daud berlari ke arahnya. Daud mengambil tongkat gembalanya. Seorang gembala menggunakan tongkat gembala untuk menjaga dombanya. Di sini kita lihat ia juga digunakan untuk menyampaikan konsep Mesias yang bertanggungjawab memerintah dan menjaga planet ini.

 

Dengan tongkat gembala itu, kantung kulit dengan 5 batu dan umbannya, Daud berlari ke arah Goliat.

 

Pencerita: Dia memasukkan satu batu ke dalam umbannya dan mengayunkan umbannya dengan tali-tali pengikatnya. Apabila dia melepaskan satu tali, batu itu terbang keluar dan menghentam Goliat di dahinya. Batu itu meretakkan tengkoraknya, dan terbenam dalam ke dalam dahinya, dan dia terjerumus jatuh ke tanah dengan muka ke bawah – mati. Daud mengalahkan Goliat dengan umban dan batu. Dia membunuhnya tanpa menggunakan pedangpun.

 

Daud: Terima kasih Tuhan kerana menolongku mengalahkan musuh. Sebab aku tidak mempunyai pedang, aku akan menggunakan pedang Goliat sendiri untuk memenggal kepalanya.

 

Pencerita: Apabila orang Filistin melihat apa terjadi kepada wira mereka, mereka mula melarikan diri. Tetapi para perajurit Israel dan Yehuda mengeluarkan sorakan perang dan mengejar mereka sampai Gat dan Ekron. Mayat-mayat orang Filistin bertaburan sepanjang jalan dari Saaraim sampai Gat dan Ekron. Apabila tentera Israel kembali daripada mengejar orang Filistin, mereka mengambil apa yang mereka ingini daripada khemah musuh. Daud membawa kepala Goliat ke Yerusalem, namun dia menyimpan senjata-senjata Goliat di dalam khemahnya sendiri.

 

Terdapat banyak erti dan simbolisme dalam jalan cerita di atas. Mula-mula kita lihat bahawa Daud tidak menggunakan senjata-senjata dunia untuk berlawan. Kita semua berada dalam pertempuran rohaniah dan setiap hari kita perlu memakai segala perlengkapan senjata Tuhan. Daud pergi ke sungai untuk memungut 5 batu. Seringkali dalam Alkitab kita lihat air mewakili Roh Kudus Tuhan. Kita lihat Daud/Mesias memilih 5 batu licin. Kita tahu daripada Wahyu bahawa 5 daripada 7 Jemaat itu layak untuk digunakan oleh Mesias untuk menjatuhkan sistem-sistem dunia. Daud (Mesias) menggunakan 5 batu (Jemaat-jemaat) ini untuk mengalahkan dan menjatuhkan Goliat (Iblis) dan sistem palsunya. Walaupun Alkitab tidak mengatakan mana satu daripada 5 batu itu yang membunuh Goliat, secara logiknya Daud menggunakan kesemua 5 batu itu dan batu terakhirlah yang terbenam di dalam kepala Goliat (Iblis). Jemaat terakhir daripada 5 Jemaat setia ini, Jemaat Filadelfia, akan menolong menjatuhkan sistem Babel.

 

Kepala menunjukkan kita apa yang menguasai segalanya. Meterai Tuhan terletak antara mata kita. Inilah tempatnya batu itu, pesan Tuhan yang hidup, memukul kalah Goliat/Iblis, semua ajaran palsunya dan sistemnya. Eloah ialah gunung (Ulangan 32:4) yang mana Mesias merupakan batu penjuru utama dan kita semua dipahat (atau dipotong) daripadanya. Sebagaimana mereka cuba menyakiti umat pilihan begitu jugalah mereka akan disakiti (2 Raja-raja 1:10-15; 2:23,24). Pedang Goliat sendiri digunakan untuk memenggal kepalanya. Pada Zaman Akhir Mesias akan menjatuhkan semua tentera dunia dan mereka akan membunuh sesama sendiri dengan senjata-senjata mereka sendiri. Pada Zaman Akhir kita juga tidak akan menggunakan pedang; pekerjaan Tuhan tidak akan dilakukan dengan keperkasaan dan kekuatan, tetapi dengan Roh Tuhan (Zakharia 4:6). Kepala Goliat dibawa ke Yerusalem. Ini menunjukkan satu waktu di masa depan bilamana sistem Babel Iblis akan dijatuhkan dan digantikan, dengan Mesias memerintah planet ini mengikut Hukum-hukum Tuhan dari Yerusalem.

 

Banyak yang boleh dipelajari daripada pemerintahan tiga raja Israel itu. Apabila kita melihat nama-nama tiga raja itu mengikut urutan pemerintahan mereka kita ada Saul, Daud, dan Salomo. Jika kita perhatikan maksud nama-nama mereka dalam Ibrani ini ialah: diingini, dikasihi, damai sejahtera. Betapa indahnya pernyataan yang Tuhan tunjukkan kepada kita walau dalam nama orang-orang inipun, yang memandang ke depan kepada pemerintahan milenium Mesias dari Yerusalem. Biarlah setiap kita menjadi orang yang diperkenan hati Tuhan seperti Daud dan melakukan pekerjaan Tuhan.

 

 

q