Jemaat-jemaat Allah Al Masehi
[CB89]
Samuel
Mengurapi Daud
(Edisi 1.0 20060816-20060816)
Dalam karya tulis ini kita melihat Saul ditolak sebagai Raja dan Roh Allah
meninggalkan dia. Samuel mengurapi Daud dan Roh Tuhan datang keatas Daud dalam
kuasa. Kita juga melihat Daud menang keatas Goliat, raksasa filistin. Bab 86-88
dari The Bible Story oleh Basil Wolverton, diterbitkan oleh Ambassador College
Press telah diadopsikan untuk membenruk dasar karya tulis ini.
E-mail: secretary@ccg.org
(Hakcipta
ă 2006 Christian
Churches of God,
Disunting
oleh Wade Cox)
(tr. 2009)
Karya tulis ini
boleh disalin semula dan didistribusikan secara bebas dengan syarat ia disalin
semuanya tanpa apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat
penerbit serta notis hakcipta harus disertakan. Sebarang bayaran tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima
salinan yang didistribusikan.
Petikan-petikan ringkas daripadanya boleh dimasukkan ke dalam
artikel-artikel kritis dan karya ulasan tanpa melanggar undang-undang hakcipta.
Karya ini boleh didapati daripada Internet di:
http://www.logon.org dan http://www.ccg.org
Samuel Mengurapi Daud
Kita teruskan
disini dari karya tulis (No. CB88), dari rentetan Cerita Alkitab.
Saul ditolak sebagai Raja
Suatu hari Samuel
datang untuk berjumpa dengan Saul tentang perkara yang sangat penting.
“Aku mempunyai
mesej bagi kamu dari Tuhan,” Samuel memberitahu Saul apabila mereka
bersendirian. “Sebagai orang yang mengurapi kamu sebagai raja Israel dan yang
menasihati kami dalam banyak perkara, kamu harus percaya dengan aku dan bertindak
dari apa yang aku akan beritahu kamu.”
Samuel mengingati
Saul tentang bagaimana kaum Amalik melayani Israel dengan kejam ketika mereka
datang dari Mesir lebih dari empat ratus tahun sebelumnya (Kel 17:8-14), dan
tentang janji Allah kepada Israel bahawa selepas umat itu sampai ke Kanaan,
Israel akan kembali kepada tanah Amalik untuk memusnahkan seluruh bangsa itu
(Ul. 25:17-19).
“Allah telah
memilih masa ini untuk menghukum bangsa itu,” Samuel menjelaskan. “Sebagai raja
Isrel, adalah tugas kamu untuk membawa bala tentera ke tanah musuh ini dan
memusnahkan semua orang Amalik yang kejam seluruhnya, termasuk kaum perempuan
dan kanak-kanak. Tidak ada yang harus ditinggalkan hidup. Tidak ada binatang
yang harus diambil sebagai rampasan. Unta, keldai, lembu dan kambing semuanya
harus dimusnahkan!” (1 Sam 15:1-3).
Jadi Saul
mengumpulkan semua bala tenteranya – dua ratus ribu tentera dan sepuluh ribu
orang dari Yudah. Saul pergi ke kota Amalik dan melancarkan serang hendap di
dalam jurang. Kemudian tenteranya mara kearah selatan melalui wilayah Yudah dan
Simon (ay. 4-5).
Saul menunda
kemaraannya untuk menghubungi ketua kaum Keni – orang yang berketurunan dari suku kaum padang belantara
dari semenanjung Sinai. Ketika umat Israel berada dalam perjalanan dari Mesir,
orang keni membantu mereka ketika mereka memerlukan petunjuk untuk menyeberangi
wilayah padang belantara. Pemandu itu ialah Hobab (SHD 2246, dihargai), seorang
Keni (1 Taw 2:55, dari sub-kaum Kayin, dari Midian) yang telah membantu
memimpin mereka melalui padang belantara (Bil 10:29-32). Hobab adalah anak
kepada Reuel atau Raguel (bererti sahabat kepda Allah, Kel 2:18; 18:12; Hakim.
4:11), bapa mertua Musa, yang juga dipanggil Yetro. Kerana orang Keni seperti
umat Israel, ramai dariapda orang ini pergi bersama dengan Israel ke tanah
Kanaan, diman mereka diberikan tanah bersama dengan suku kaum Yudah. (Hakim
1:16; petikan dari Kej 15:19; Bil 24:21; 1 sam 27:10; 30:29) dengan cabang di
utara (Hakim 4:11). Disana mereka tinggal di utara wilaya orang Amalik. Ianya
dianggap dua bangsa ini saling bergaul di antara satu dengan yang lain.
“Kita akan
bergerak melawan orang Amalik,” Saul memberitahu orang Keni. “Orang kamu
menjadi sahabat kami sejak kami datang dari Mesir, jadi kami memberi amaran
kepada kamu untuk berpisah dari orang Amalik serta merta. Sesiapa di antara
kamu yang bersama dengan mereka mungkin akan dibunuh bersama dengan mush kami!”
Dalam beberapa
jam kebanyakan orang Keni dengan diam-diam meninggalkan negara orang Amalik
(ay. 6). Kemudian Saul menyerang orang Amalik dan membunuh mereka semua kecuali
rajanya, raja Agag. Saul dan tenteranya juga membiarkan domba-domba dan
lembu-lembu yang baik – semuanya yang baik (ay. 7-9).
Tetapi Saul telah
diberitahu dengan jelas bahawa tidak membiarkan seorangpun orang Amalik hidup
atau membiarkan apa saja yang dipunyai mereka. Ketidakturutan ini mengakibatkan
satu masalah besar bagi dia.
Allah memilih Daud
Sementara Saul
dan tenteranya dalam perjalanan balik, berikutan dengan kemenangan mereka
keatas orang Amalik, samuel menerima satu mesej dari Tuhan.
“Samuel, Aku
tidak senang dengan orang yang berada di takhta Israel,” Tuhan memberitahu dia.
“Dia telah memberontak. Dia enggan melaksanakan semua perkara yang diberitahu
kepada dia tentang misi ini.”
Samuel merasa
kecewa dengan laporan ini. Dia merasa sangat suah hati dimana dia mengambil
masa sepanjang malam untuk berdoa supaya Allah akan memberikan kepad Saul satu
lagi peluang untuk memperbetulkan caranya (ay. 10-11).
Sementara senya
menghampiri, Samuel pergi berjumpa dengan Saul, tetapi dia diberitahu bahawa
Saul telah pergi ke Carmel dan disana dia telah mendirikan satu monumen dalam
kehormatannya sendiri dan pergi ke Gilgal (ay.12).
Apabila akhirnya
Samuel mendapat dia, Saul berkata, “Semoga berkat Allah ada beserta dengan
kamu. Aku telah melaksanakan perintah Tuhan”.
“Jadi darimanakah
semua binatang yang saya dengar sekarang?” Samuel berkata.
“Oh, itu adalah
binatang peliharaan yang dibawa oleh orang-orangku dari orang Amalik,” Saul
menjawab. “Mereka memilih binatang yang terbaik untuk dibawa balik untuk
dikorbankan untuk Allah, dan kami telah musnahkan yang lain” (ay. 13-15).
“Berhenti!”
Samuel berkata. “Hanya semalam Tuhan berkata kepadaku. Dia mengingatkan aku
bahawa dia telah memilih kamu sebagai ketua orang Israel ketika kamu bersifat
merendah diri dan tidak memegahkan diri. Tetapi dia tidak merasa senang dengan
kamu sekarang kerana kamu tidk mengendahkan perintahnya dan melaksanakan
sesuatu perkara dengan kehendak kamu sendiri. Kamu dihantar untuk memusnahkan
SEMUA orang Amalik dan SEMUA kemilikan mereka. Mengapa kamu tidak menurut?”
“Tetapi aku
menurut,” Saul berdebat. “Aku melihat semua orang Amalik dimusnahkan kecuali
pemerintah mereka, yang aku bawa untuk menjadi bukti atas kemenanagan kami, orang-orang
aku yang mendesak untuk membawa ternakan hidup mereka untuk dikorbankan kepada
Allah.”
“Dengan Allah,
penurutan datang sebelum persembahan bakaran dan korban,” Samuel mengingatkan
raja itu. “Ketidakturutan adalah sejahat ilmu sihir dalam pandangan Allah, dan
kedegilan seperti yang kamu miliki adalah sejahat menyembah patung-patung
berhala! Apa yang kamu telah lakukan adalah memberontak terhadap Allah.
Sekarang aku mesti beritahu kamu bahawa Allah telah akan menolak kamu sebagai
raja Israel!” (ay. 16-23).
Saul memandang
Samuel dengan hati yang tidak senang. Dia tahu bahawa nabi tua ini
memberitahukan kebenaran. Saul berkata, “Aku telah berdosa. Aku tidak menurut
perintah Tuhan dan perintah kamu. Aku merasa takut kepada orang-orang itu jadi
aku mengiuti mereka. Sekarang aku merayu untuk memaafkan dosaku dan pergi
bersama dengan aku supaya aku dapat menyembah Allah.”
Samuel menjawab,
“Aku tidak akan pergi bersama dengan kamu. Kamu telah menolak kerja Tuhan dan
Dia telah menolak kamu sebagai raja Israel” (ay. 24-26).
Samuel mula pergi
dan Saul memegang kelepet jubahnya dan ianya terkoyak.
Samuel berkata
kepad Saul. “Sama seperti jubahku telah terkoyak dariku, demikian juga kerajaan
Israel akan terkoyak darimu pada masa ini. Dan pemerintah akan diambil dari
satu dariapda jiranmu – kepada seseorang yang lebih baik dari kamu – dan Allah
tidak menukar fikiranNya” (ay. 27-19).
Saul merayu kepada
nabi itu untuk kembali dengan dia untuk menghargai dia dihadapan umat dan
penatua Israel. Jadi Samuel kembali dengan Saul dan Saul menyembah dihhadapan
Allah (ay. 30-31).
Kemudian Samuel
mahukan Agag, Raja Amalik itu, untuk dibawa kehadapan dia. Agag datang
kehadapan Samuel dengan keyakinan bahawa dia tidak akan dibunuh.
Samuel berkata
kepad Agag, “Sama seperti pedang kamu telah mengakibatkan ramai wanita
kehilangan anak, demikian juga ibu kamu akan kehilangan anak!”
Samuel telah
membunuh Agag dihadapan Tuhan di Gilgal, yang tidak dilakukan oleh Saul (ay.
32-33).
Pada tahap ini
beberapa pembaca – khususnya ibu bapa yang membacakan kisah ini kepada
anak-anak mereka – akan merasa ngeri dengan cerita akhir Agag. Tetapi ianya
harus ditekankan bahawa Alkitab adalah sumber dari kisah ini. Ianya menunjukkan
sifat semulajadi manusia yang sebenarnya. Tidak ada bahagian dalam Alkitab yang
disimpan dari sesiapapun, walaupun ramai yang berpendapat dengan salah bahawa
beberapa bahagian dalam Alkitab ini tidak layak dibaca. Fikiran ini membantu
mengembangkan dan mempromosikan ratusan yang dipanggil mazhab Kristian yang wujud
pada hari ini. Tidak ada di antara jemaat ini boleh mendakwa dengan betul
sebagai jemaat Allah kecuali mereka mengajar SEMUA perkara dalam Alkitab
seperti yang diinspirasikan Allah, dan memelihara semua perintah Allah bagi
kehidupan yang baik.
Sementara itu,
Samuel kembali ke Ramah dan Saul pulang ke rumahnya di Gibeah. Sehingga Samuel
mati dia tidak pergi berjumpa dengan Saul lagi, walaupun di berkabung untuk
Saul. Dan Tuhan menyesal kerana dia telah menjadikan Saul sebagai raja keatas
Israel (ay. 34-35).
Allah tidak
melakukan kesilapan dengan membuat Saul sebagai raja dimana dia merasa
menyesal. Allah mengetahui segala sesuatu apa yang akan berlaku dan Dia melihat
hati Saul dan keperluan untuk membuat satu perubahan dalam kepimpinan.
Sekiranya seorang ketua umat Allah tidak menuruti Allah maka dia akan
kehilangan haknya untuk memerintah. Walaupun Samuel memutuskan segala
perhubungan dengan Saul, dia tidak berhenti untuk berkabung untuknya. Kita juga
harus berdoa bagi ketua kita walaupun mereka telah berdosa.
Samuel diutus kepada Isai
“berapa lama kamu
harus merasa sedih bagi Saul?” Tuhan bertanya kepada Samuel. “Kamu tahu dia bukan lagi raja di mataku, jadi lupakan
tentang dia. Isikan tanduk kamu dengan minyak zaitun bagi pengurapan dan
pergilah ke Betlehem. Aku akan mengutus bagi kamu seorang yang bernama Isai.
Aku telah memilih satu daripada anak lelakinya menjadi raja.”
Allah sekarang
mahu menggenapi janji yang dibuat kepada suku kaum Yudah.
“Tetapi Saul
sangat marah dengan aku,” Samuel memberitahu Tuhan. “Sekiranya aku ditangkap
oleh orang-orangnya dan sekiranya mereka tahu mengapa aku pergi ke Betlehem,
mereka mungkin akan membunuh aku.”
“Jangan kamu
bimbang,” Tuhan menjawab. “Ambil lembu yang muda bersama dengan kamu, dan
sekiranya ada orang yang bertanya, jelaskan bahawa kamu sedang membawa lembu
itu bagi korban. Apabila kamu tiba di betlehem, minta supaya Isai dan
anak-anaknya pergi bersama dengan kamu untuk memberi korban. Selepasa itu Aku
akan beritahu apa yang harus kamu lakukan” (1 Sam 16:1-3).
Samuel melakukan
apa yang dikatakan Tuhan. Apabila dia tiba di Betlehem, para penatua kota itu menggigil
bila bertemu dengan dia.
“Kamu percaya
bahawa kedatangan kamu disini adalah dengan damai.”
“Ya,” kata
Samuel. Aku datang untuk memberi korban kepada Tuhan. Sediakan diri kamu
sepertimana seharusnya untuk memberi korban dan datang dan sertailah aku.”
Kemudian Samuel
mengurapi Isai dan anak-anaknya dan menjemput mereka untuk memberi korban.
Apabila mereka
sampai disana Samuel melihat anak Isai Eliab, dan dia merasa kagum dengan saiz
dan penampilan Eliab. Dia menyimpulkan bahawa inilah orang yang akan dipilih
Allah untuk menjadi ketua kepada umat Israel (ay. 4-6).
Tetapi Tuhan
berkata kepada Samuel, “Jangan cuba untuk menetapkan dengan melihat kepada
penampilan seseorang itu sahaja. Aku menghakimi manusia dengan apa yang ada
dalam fikirannya dan hatinya. Ini bukanlah orang yang Aku pilih untuk
menggantikan Saul.
Isai memanggil
satu lagi anaknya, Abinadab, yang juga dikagumi oleh Samuel. Tetapi sekali lagi
Tuhan memberitahu dia bahawa Abinadab bukan orang yang dipilihnya. Anak ketiga,
yang bernama Shammah, dibawa keluar. Samuel diberitahu untuk tidak mengurapai
dia juga. Empat lagi anak muda keluar, tetapi Samuel telah diberitahu bahawa
tidak ada seorangpun dari mereka yang dipilih.
“Adakah ini saja
anak-anak kamu?” Samuel bertanya kepada Isai.
“Aku ada seorang
lagi anak, bernama Daud, tetapi dia adalah anak bongsu dan dia keluar untuk
menggembalakan domba.”
Samuel berkata,
“bawah dia kemari. Kita tidak akan duduk sehingga aku melihat Daud” (ay. 7-11).
Tidak lama
kemudian Daud tiba. Samuel menyedari bahawa dia adalah anak yang terkecil
diantara anak-anak Isai, walaupun penampilannya baik dan muka yang kacak.
“Inilah orang
itu; bangkitlah dan urapilah dia,” Tuhan berkata kepada Samuel. Jadi Samuel
mengambil minyak dari tanduk itu dan mengurapi duad dalam kehadiran bapanya dan
saudara-saudaranya. Kemudian Roh Tuhan datang keatas Daud dalam kuasa. Samuel
kemudian pergi ke Ramah (ay. 12-13).
Pada masa yang
sama satu peruabhan berlaku dalam diri Saul. Dia menjadi lekas marah dan
bimbang. Dia telah melalui depresi yang sukar, dan mencurigai semua mereka yang
berkaitan dengan dia sebagai perisik. Roh Tuhan telah keluar dari diri Saul dan
roh jahat dari Tuhan telah menyeksa dia (ay. 14).
Daud berjumpa dengan Raja Saul
Saul tidak
sepenuhnya menyedari bahawa Allah telah mengambil dari dia kedamaian dan
fikiran yang aman yang diberikan Allah kepada orang yang meuruti
Hukum-hukumNya.
Hamba-hamba Saul
merasa bimbang kepada sifat tuan mereka dimana mereka mencadangkan bahawa dia
gunakan muzik untuk membawa dia keluar dari depresinya.
Mereka berkata,
“Mari kita mencari seseorang yang boleh bermain kecapi. Dia akan bermain ketika
roh jahat dari Tuhan datang kepada kamu, dan kamu akan merasa lebih aman” (ay.
15-16).
Saul kemudiannya
memberitahu hamba-hambanya untuk mencari seseorang yang boleh bermain muzik
dengan baik.
Satu daripada
hambanya berkata, “Aku pernah melihat anak Isai dari betlehem yang tahu bermain
kecapi. Dia seorang yang berani dans eorang pahlawan. Dia bercakap dengan baik
dan dia kacak. Dan Tuhan ada bersamanya (ay. 17-18).
Kemudian Saul
mengutus pada pengutus kepada Isai dan berkata, “Utuslah anak kamu Daud, yang
bersama dengan domba”.
Jadi Isai
memberikan wain dan roti yang ditunggangkan di atas keldai, dan satu kambing
muda dan menghantarnya bersama dengan anaknya Daud kepada Saul (ay. 19-20).
Kemudian Daud
masuk kepada pelayanan Saul. Saul menyukai dia dan Saul mengutus para pengutus
untuk bertanya kepada Isai untuk membenarkan dia kekal dalam pelayanannya.
Bilamana roh
jahat datang kepada Saul, Daud akan bermain kecapi dan Saul akan merasa lebih
baik. Dan roh jahat ini akan meninggalkan Saul (ay. 21-23). Disini kita lihat
bahawa Daud mempunyai kuasa keatas iblis melalui Roh Kudus.
Tidak lama
selepas Daud menjadi dewasa, tentera Filistin mengumpulkan tenteranya ingin
berperang dengan Israel. Mereka berkemah di Ephes Dammin, diantara Socoh dan
Azekah. Saul dan tenteranya berkumpul dan berkemah di lembah Elah dan bersedia
untuk berjumpa dengan tentera Filistin dalam peperangan. Orang Filistin berada
di bukit dan Israel berada di bukit sebelahnya dan lembah memisahkan mereka (1
Sam 17:1-3).
Goliat raksasa Filistin
Seorang pahlawan
bernama Goliat, yang berasal dari Gath, keluar dari kemah Filistin. Tingginya
lebih dari sembilan kaki dan mempunyai helmet gangsa di kepalanya dan memakai
perisai gangsa yang berat. Ditambah dengan pedang dan tombak. Batang tombak itu
panjang, dan kepala tombak itu adalah besi yang tajam yang beratnya lebih dari
lapan belas poun. Orang yang berperisai itu dengan raksasa itu berjalan
beberapa kaki di hadapan perisai Goliat. Tugasnya adalah untuk melindungi orang
yang lebih besar itu dari anak panah, batu dan tombak (ay. 4-7).
Goliat berdiri
dan berteriak kepada orang Israel. “Mengapa kamu keluar untuk berperang?
Pilihlah seorang untuk berlawan dengan aku. Sekiranya dia boleh berlawan dan
membunuh aku kami akan takluk kepada kamu. Sekiranya aku membunuhnya kamu akan menjadi
takluk kepada kami.”
Saul dan
pegawainya, yang sedang melihat dan mendengar, melihat diantara satu dengan
yang lain dalam ketakutan. Disini adalh satu situasi yang gentar dan sudah
pasti tidak adil kepada orang Israel. Ianya memalukan Saul, yang tahu dia tidak
setanding dengan raksasa itu, walaupun ketua Israel itu sangat tinggi, kuat dan
seorang pahlawan tentera. Tidak ada orang lain lagi dalam tentera Saul yang
boleh menjawan cabaran itu (ay. 8-11).
Ianya mudah bagi
tentera Israel untuk turun ke lembah itu dan membunuh Goliat dengan
mengelilingi dan menyerang dia, tetapi tindaka seperti itu akan membuat tentera
Filistin akan turun juga ke lembah untuk menyerang balas. Umat Israel bersedia
untuk mempertahankan negara mereka dari serangan. Tetapi mereka tidak ingin
memulakan peperangan yang mungkin mengakibatkan kekalahan.
Selama empat
puluh hari orang Filistin itu keluar setiap pagi dan petang (ay. 16).
Sementara itu.
Daud terus menggembalakan domba dengan aman. Dia pergi dan balik dari Saul ke Betlehem
untuk menggembalakan domba bapanya. Tiga abangnya menjadi tentera Saul, dan
sementara mereka berkemah, mereka bergantung makan dari keluarga mereka. Bapa
Daud bersedia untuk menghantar beberapa keperluan kepada anak-anaknya (ay.
12-15)
“Aku menghantar
kamu ke kemah tentera bersama dengan beberapa keperluan abang-abangmu dan
melihat keadaan mereka,” Isai berkata kepada Duad. “Aku akan mengupah jiran
untuk menggembalakan domba kamu esok.”
Pagi berikutnya
sebelum matahari terbit daud keluar bersama dengan keldai yang penuh dengan
bertih gandum, sepuluh roti sepuluh keju.
Daud datang ke
perkemahan pada masa para tentera bersedia berperang dengan Filistin dan
kedua-duanya berhadapan satu dengan yang lain. Daud meninggalkan makanan itu
dengan penjaga makanan dan berlari ke barisan perang untuk memberi salam kepada
abang-abangnya (ay.17-22).
Pada masa itu
Goliat keluar dari barisan dan berteriak seperti biasa untuk mencabar. Daud
mendengar bagaimana raksasa itu mencabar umat Israel dan menghina. Umat Israel
berlari undur ketakutan.
Daud mengetahui
bahawa ini berlarutan sejak berminggu, dan Saul telah menawarkan upah yang
pelbagai kepada orang yang membunuh Golait, termasuk memberi kekayaan,
kebebasan dari cukai dan berkahwin dengan anaknya (ay. 23-25).
Daud kemudian
bertanya apa yang akan berlaku kepada orang yang membunuh orang Filistin ini
dan membuka malu dari umat Israel. Dia berkata, “Siapakah orang Filistin yang
tidak bersunat ini yang menantang tentera Allah yang hidup?”
Merasa malu
dengan sifat Daud, Eliab saudara tertuanya, menyatakan bahawa dia hanya datang
untuk melihat peperangan, dan memberitahu dia untuk kembali kepada
domba-dombanya. Jadi Daud pergi dan bercakap kepada orang lain dengan
pertanyaan yang sama. Akhirnya perkara ini dilaporkan kepada Saul dan di
menemui Daud (ay. 26-32).
Daud bercakap
dengan Saul, “Tidak ada alasan bagi sesiapapun untuk takut kepada orang
Filistin ini. Aku akan menentang dia seakrang.”
Daud memahami
tujuan Allah dan dia mengetahui bahawa dengan Roh Kudus tidak ada yang menang
menantang tentera Allah yang hidup.
“Aku sanjung
semangat kamu, anak muda,” Saul menjawab dia, “tetapi kamu tidak ada harapan
bertanding dengan orang yang besar ini. Kamu masih muda dan tidak ada latihan.
Dia sudah menjadi tentera yang terlatih untuk sekian lama.”
Daud menjelaskan.
“Aku menggembalakan domba bagi bapaku, dan sekali aku telah membunuh beruang
dewasa yang telah mencuri seekor domba. Ada sekali lagi seekor domba telah
dimabil oleh seekor singa. Aku membunuh binatang buas ini dengan tangan yang
kosong!”
“Allah membuat ia
tidak mustahil bagi aku untuk menyelamatkan kedua-dua domba dengan memberikan
aku keupayaan untuk membunuh singa dan beruang itu. Allah juga akan membantu
aku untuk membunuh musuh ini, orang Filistin yang kafir yang menentang tentera
Allah yang hidup!”
Kemudian Saul
berkata kepada Daud, “Pergilah dan Allah bersama dengan kamu” (ay.33-37).
Saul menyuruh
Daud memakai perisai khusus bagi perlindungan. Ia dengan cepat dipakaikan
kepadanya, malah diberikan kepadanya pedang Saul yang paling baik. Tetapi
peralatan besi ini berat dan Daud tidak biasa memakainya, jadi dia membuka
semua peralatan perisai itu.
Daud mengambil
barang yang dia selalu bawa dan memilih lima batu yang halus dari anak sungai
dan menyimpannya dalam kandongnya yang diikat ikat pinggangnya bersama dengan
lastiknya. Kemudian dia menghampiri orang Filistin ini (ay.38-40).
Barang peralatan
Daud ini melambangkan pemerintahan Mesiah dan kuasa yang diberikan kepada dia
melalui Roh Kudus. Lima batu halus ini melambnagkan ima Jemaat Jemaat Allah,
yang akan memasuki Kerajaan Allah. Batu-batu ini dipilih dari anak sungai yang
mewakili air hidup dari Roh Kudus. Kantong gembala itu mewakili perlindungan
dari Mesiah.
Sementara itu
Goliat, bersama dengan pembawa perisainya berada didepannya, semakin mendekat
kepada daud. Dia melihat Daud dan melihat bahawa dia hanya seorang anak kecil
dia membenci dia.
Daud melawan Goliat
Goliat berkata
kepada Daud, “Adakah aku seekor anjing dimana kamu datang dengan kayu pemukul?”
Dan dia mengutuk Daud dengan tuhan-tuhannya.
“Datang lebih
dekat dengan aku, dia berkata, dan aku akan memberikan dagingmu kepada
burung-burung di udara dan binatang di hutan” (ay.41-44).
Daud berteriak
kepada Goliat, “Kamu datang disini untuk berlawan dengan pertolongan pedang dan
tombak kamu. Kamu hanya mempunyai perisai untuk melindungi kamu. Aku datang
disini dalam nama Tuhan yang maha kuasa, Allah kepada tentera Israel yang kamu
tentang sejak empat puluh hari yang lalu. Kamu percaya kepada pedang, tombak,
dan perisai kamu. Aku percaya dengan Allah yang hidup. Pada hari ini Tuhan akan
memberikan kamu kepadaku dan aku akan menumbangkan kamu dan memotong kepalamu!
Kemudian burung-burung dan binatang akan mempunyai makanan yang banyak, kerana
hari ini mereka akan makan besar dari bangkai beribu dari tentera kamu termasuk
bangkai kamu sendiri! Semua yang akan melihat perkara ini atau mendengar
tentang perkara ini akan menyedari bahawa peperangan tidak ditentukan dengan
rencana manusia dan kekuatan tenteranya. Peperangan adalah ditentukan oleh
Tuhan dan dia akan menentukan siapa yang akan menang, dan dia akan memberikan
kamu semua kedalam tangan kami” (ay.45-47).
Orang Filistin
itu mara kedepan untuk menyerang Daud dan Daud berlari untuk bertemu dengan
dia. Daud mengambil satu batu dari kantongnya dan menghayunkannya dengan
lastiknya kearah orang Filistin ini dan batu itu mengenai tepat di dahinya.
Tombak raksasa
itu tidak sempat dilontar. Batu itu masuk ke dahinya dan dia jatuh ke tanah.
Daud dengan cepat
mendekati raksasa itu. Dia mengambil pedang Goliat. Selepas Daud membunuh
raksasa itu dia memotong kepalanya dengan pedang tersebut. (ay.48-51).
[Catatan: Kisah
Daud dan Goliat mengandungi perlambangan yang dijelaskan dalam karya tulis Daud dan Goliat
(No. 126)].
Apabila orang
Filistin melihat bahawa pahlawan mereka mati mereka berpaling dan lari.
Kemudian tentera Saul bergegas mara dengan seruan dan mengejar orang Filistin
sehingga ke sempadan Gath dan ke pintu masuk Ekron. Bangkai mereka telah ditabur
di jalan-jalan.
Apabila umat
Israel kembali dari mengejar orang Filistin mereka mengambil perlengkapan dan
senjata dari kemah Filistin, dan memusnahkan semua yang mereka lihat
(ay.52-53).
Berjam sebelum
itu, apabila Daud keluar untuk melawan Goliat, Saul bertanya kepada Abner,
ketua panglima tentera Israel, sekiranya dia tahu siapakah orang muda itu dan
dari mana dia datang. Abner menjawa yang dia tidak langsung mengenai siapa
Daud.
Apabila Duad
kembali dari membunuh Filistin itu, Abner membawa dia berjumpa dengan Saul.
Daud masih memegang kepala raksasa itu.
“Anak siapakah
kamu anak muda?” Saul bertanya kepada Daud.
“Aku adalah Daud,
anak bomgsu kepada hambamu Isai dari Betlehem,” Daud menjawab (ay.54-58).
Dari hari itu,
Saul memelihara Daud bersama dengan dia dan dia tidak tidak kembali ke rumah
bapanya (1 Sam 18:2). Dia bermain dengan muzik untuk menyenangkan Saul ketika
Saul dalam ketegangan.
Pada hari-hari
yang berikutnya, Daud dan anak Saul, Yonatan, menjadi sahabat baik. Yonatan
menghargai Daud dengan memberikan beberapa pakaian ketenteraan yang mahal dan
senjata. Daud disukai, khususnya oleh Yonatan, dan Saul membuat dia sebagai
pegawai administrasi dalam ketenteraan. Ini tidak bererti dia mula memerintah
orang dalam peperangan, tetapi bahawa dia mempunyai tugas lain yang lebih
ringan yang membuat dia dihormati. Dan dia dilatih dengan cepat untuk mengetuai
tentera kedalam peeprangan (1 Sam 18:1, 3-5).
Kemudian satu
kejadian terjadi yang mana memusnahkan persahabatan diantara Daud dan Saul.
Ianya adalah sebahagian daripada rencana Allah yang akan akhirnya membuat Daud
menjadi berkuasa di Israel sebagai raja.
Apabila
orang-orang kembali selepada Daud membunuh pahlawan Filistin itu, perempuan-perempuan
dari semua kota Israel keluar untuk
berjumpa dengan Raja Saul dengan nyanyian dan tarian. Sementara mereka menari
mereka menyanyi: “Saul telah membunuh beribu-ribu musuh, dan Daud membunuh
berlaksa-laksa”.
Saulus merasa
sangat marah. Orang ramaid lebih dari nama Saul. Dari masa ini Saul merasa
cemburu dengan Daud (1 Sam 18:1-9).
Pagi berikutnya
Saul bangun dan mendapati dia masih dalam keadaan yang risau kerana
keadaan-keadaan yang lalu. Dia merasa risau dan bimbang. Dia sedang bernubuat dalam
rumahnya, sementara Daud bermain kecapi seperti yang dia slalu lakukan.
Ini adalah kali
pertama permainan kecapi Daud membuat ketua Israel itu marah dan bukannya
merasa tenang. Semua yang dia fikirkan adalah bagaimana untuk menghapuskan
orang muda ini. Dia mengambil tombak yang selalu ada bersamanya, dan
melontarkannya kearah Daud. Tetapi Daud mengelak dia dua kali (ay.10-11).
Saul berkomplot menentang Daud
Saul merasa takut
dengan Daud kerana Tuhan ada bersama dengan dia dan meninggalkan Saul. Jadi dia
menghantar Daud jauh darinya dan mengangkat dia sebagai panglima kepada satu
ribu tenteranya yang terlatih.
Berbulan sudah
berlalu, Daud membuktikan dirinya seorang ketua yang berkebolehan untuk
memimpin bala tentera yang diberikan kepadanya. Dia mengawal dirinya dengan
baik pada setiap masa, pada masa yang semakin disukai oleh para tentera dan
umat, yang menjadi Saul lebih benci. Daud telah berjaya dalam setiap perkara
kerana Tuhan ada beserta dengan dia (ay.12-16).
Saul berkata
kepada Daud, “Aku akan memberikan kamu anak perempuan aku yang lebih tua, Merab
menjadi isteri kamu. Tentu saja dari sini aku menjangkakan kamu dengan berani
berperang untuk Tuhan.”
Tetapi Saul
berfikir dalam dirinya bahawa orang Filistin akan membunuh Daud dan dia tidak
perlu mengangkat tangan menentangnya.
Daud berkata,
“Aku bukan dari keluarga yang kaya atau keluarga yang terkenal. Siapakah aku
yang menjadi anak menantu seorang Raja?”
Saul menjangkakan
bahawa Daud akan menerima anak perempuannya yang lebih tua itu, dan bahawa
obligasai bagi orang yang lebih muda adalah didedahkan dalam peperangan dimana
Daud akan dibunuh kelak oleh orang Filistin. Apabila masa itu tiba dimana Merab
diberikan kepada Daud, dia telah diberikan kepada lelaki lain.
Daud tidak merasa
kecewa. Mikhal, anak perempuan Saul yang lebih muda, adalah perempuan yang dia
lebih berkenan, dan Mikhal juga mengasihi Daud.
Saul merasa
gembira apabila dia mengetahui bahawa Daud menyukai Mikhal dan dia mula
berkomplot lagi (ay. 17-21).
“Sekarang kamu
mempunyai peluang kedua untuk menjadi anak menantu aku”, Saul berkata kepada
Daud.
Saul
memerintahkan hamba-hambanya untuk memberitahu Daud bahawa dia disukai oleh
Saul dan orang-orangnya dan diharap oleh semua orang dia akan mengawini Mikhal
secepat mungkin (ay.22).
Mereka
mengulangai perkataan Saul kepada Daud tetapi Daud memberikan jawapan yang luar
biasa, bahawa dia seorang yang miskin dan mengetahui sedikit perkara.
Perkataan Daud
ini dibawah kepada Saul, yang mencadangkan bahawa satu-satunya halangan kepada
perkawinan Daud dengan Mikhal adalah ketidakupayaan Daud dan keluarganya untuk
menyumbangkan hadiah-hadiah mahal yang biasanya dijangkakan dari mempelai
lelaki dan ibu bapanya.
“Sebaik
sajapeluang itu datang,” Saul memberitahu hamba-hambanya, “beritahu daud bahawa
aku tidak mahu harga dari mempelai perempuan selain dari satu ratus kulup orang
Filistin, untuk membalas dendam terhadap musuhku.” Sekali lagi, rencana Saul
adalah semoga Daud dibunuh oleh orang Filistin (ay.23-25).
Apabila Daud
mendengar perkara ini dia merasa senang menjadi anak menantu kepada raja. Jadi
bersama dengan orang-orangnya Daud keluar dan membunuh dua ratus orang Filistin
(dua kali lebih ramai dari yang diperlukan) dan membawa kulup mereka kembali
dan memberikan kepada raja. Kemudian Saul mengawinkan Mikhal dengan Daud.
Orang Filistin
terus berperang, dan sekerap peperangan yang berlaku, Daud selalu mencapai
kejayaan daripada pegawai-pegawai Saul, dan namanya menjadi dikenali (ay.30).
Apabila Saul
menyedari bahawa Tuhan ada bersama dengan Daud dia menjadi lebih bimbang dan
Daud kekal menjadi musuhnya selama hidupnya.
Perasaan tidak
suka Saul terhadap Daud membawa dia dalam percubaa membunuh Daud bilamana dia
mendapat peluang, tetapi dia tidak berjaya seperti yang kita lihat dalam
pelajaran yang seterusnya: Saul Cuba Membunuh Daud (No.
CB90).
Sumber-sumber
lain untuk Rujukan:
The New
International Study Bible.
q