Jemaat-jemaat Allah Al Masehi

[CB90]

 

 

 

 

 

Saul Cuba Membunuh Daud

(Edisi 1.0 20060819-20060819)

 

 

Saul memberitahu anak lelakinya Yonatan dan semua orang yang menyertainya untuk membunuh Daud. Tetapi Yonatan sangat rapat dengan Daud dan memberi dia amaran. Daud mempunyai peluang untuk membalas dendam terhadap Saul tetapi dia tidak mengangkat tangannya terhadap orang yang telah diangkat oleh Tuhan. Karya tulis ini telah diadaptasikan dari Bab 89-92 dari The Bible Story Jilid IV oleh Basil Wolverton, yang diterbitkan oleh Ambassador College Press.

 

 

Christian Churches of God

 

PO Box 369, WODEN ACT 2606, AUSTRALIA

E-mail: secretary@ccg.org

 

(Hakcipta ã 2006 Christian Churches of God,

Disunting oleh Wade Cox)

 (tr. 2009)

 

Karya tulis ini boleh disalin semula dan didistribusikan secara bebas dengan syarat ia disalin semuanya tanpa apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat penerbit serta notis hakcipta harus disertakan.  Sebarang bayaran tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima salinan yang didistribusikan.  Petikan-petikan ringkas daripadanya boleh dimasukkan ke dalam artikel-artikel kritis dan karya ulasan tanpa melanggar undang-undang hakcipta.

 

Karya ini boleh didapati daripada Internet di:
http://www.logon.org dan http://www.ccg.org

 

Saul Cuba Membunuh Daud

 


 


Kita teruskan disini dengan cerita Saul dan Daud dari karya tulis (No. CB89).

 

Saul berkomplot untuk membunuh Daud

 

Sementara itu, Saul merasa semakin takut, tidakmenyukai dan cemburu dengan Daud. Ianya semkain jelas kepada dia bahawa Allah sedang melindungi Daud, dan bahawa dia sudah ditetapkan menjadi raja Israel yang seterusnya. Tidak kira apa yang dia fikirkan apa yang dilakukan Allah kepada dia, Saul memberitahu para hambanya, pembantu dan pegawainya bahawa mereka harus membunuh Daud bilamana ada peluang dan menjadi pembunuhan itu seperti satu kemalangan. Dia juga mengarahkan ini kepada anak lelakinya Yonatan, yang begitu rapat dengan Daud. Saul harus menyedari bahawa persahatan anaknya dengan Daud ini bererti bahawa Yonatan akan memberi amaran keapda Daud bahawa hidupnya dalam bahaya.

 

Yonatan bercakap tentang Daud kepada bapanya dan berkata, “Sudah pasti kamu tidak mahu bertanggung jawab keatas kematian seorang muda yang berani yang begitu setia dengan kamu – yang telah membunuh Goliat selepas dia Goliat telah menghantui tentera kamu selama empat puluh hari. Mengapa kamu ingin membunuh orang yang tidak bersalah?”

 

“Kamu benar, anakku,” Saul akhirnya berkata. “Sudah tentu selagi Tuhan itu hidup aku berjanji Daud akan kekal hidup.”

 

Yonatan memberitahu Daud apa yang dikatakan oleh bapanya. Daud kemudiannyaditerima dalam keluarga Saul seolah-olah semuanya menjadi sahabat yang baik (ay.4-7).

 

Tidak lama kemudian orang Filistin mulakan satu lagi siri peperangan keatas orang Israel. Seperti biasa, oleh kerana perancangan yang teliti, strategi perang yang bijak dan kepimpinan yang berani, tentera Daud sekali lagi mencapai kemenangan dan menghalau orang Filistin dan sekali lagi Daud diangkat sebagai pahlawan negara.

 

Sekali lagi Saul merasa iri hati. Dia telah dimasuki roh jahat membuat dia bimbang di amsa lepad ketika dia tidak dapat mengawal emosinya. Dia sedang duduk dalam rumahnya bersama dengan lembing dalam tangannya, sementara Daud bermain muzik. Saul cuba menusuk dia di dinding tetapi Daud mengelak dan lembing itu tertusuk ke dinding. Sekali lagi Daud melarikan diri (ay.8-10).

 

Tetapi Saul mengutus orang-orangnya untuk pergi ke rumah Daud untuk memerhatikan dia dan membunuh dia apda waktu pagi. Isteri Daud memberi amaran kepada dia untuk melarikan diri pada malam itu kerana pada paginya dia akan dibunuh. Jadi Mikhal menyuruh Daud turun melalui jendela dan dia melarikan diri (ay.11-12).

 

Tidak lama kemudian apabila orang-orang Saul datang untuk menangkap Daud, Mikhal berkata, “Suamiku sakit”.

 

Kemudian Saul mengutus orang-orangnya kembali untuk melihat Daud dan memebritahu mereka untuk membawa dia supaya dia (Saul) boleh membunuhnya. Apabila mereka kembali dan melihat kepada bentuk manusia di katil, mereka mendapati bahawa Daud tidak ada disana. Mikhal telah menyelimutkan objek yang kelihatannya seakan bentuk manusia, dan ini memberi masa yang cukup untuk suaminya untuk melarikan diri (ay.13-16).

 

Saul berkata kepada Mikhal, “Anak apakah kamu yang secara sengaja membiarkan musuhku melarikan diri?” dia mengomel.

 

Mikhal tidak tahu apa yang perlu dikatakan, jadi dengan ketakutan dia berbohong kepada bapanya: “Aku perlu melepaskan dia; dia telah mengancam aku” (Ay.17).

 

Daud melaporkan diri kepada Samuel

 

Tidak lama selepas dia melarikan diri, Daud tiba di rumah Samuel di ramah. Dia memberitahu kepad Samuel semua perkara yang telah berlaku diantara dia dan Saul.

 

Kemudian Daud dan Samuel pergi ke Naioth, di Ramah. Tidak lama kemudian Saul mengetahui dimana Daud berada dan mengutus orang-orangnya untuk menangkap dia. Tetapi apabila mereka melihat sekumpulan nabi-nabi, yang bernubuat, dengan Samuel berdiri disana sebagai ketua, Roh Tuhan datang kepada orang-orang Saul dan mereka juga bernubuat (ay. 18-20).

 

Saul diberitahu apa yang berlaku dan menghantar lebih ramai orang, dan mereka juga bernubuat. Apabila Saul mendengar apa yang telah berlaku kepada orang suruhan yang kedua, dia menghantar kumpulan yang ketiga, dimana mereka juga ikut bernubuat. Jadi Saul pergi ke Ramah sendiri dan pergi ke waduk di Seku dan bertanya dimana Daud dan Samuel.

 

Jadi apabila Saul pergi ke Naioth Roh Tuhan datang kepadanya dan dia berjalan sambil bernubuat. Saul membukan jubahnya dan bernubuat dalam kehadiran Samuel. Kemudian dia tinggal selama satu hari dan satu malam bersama dengan Samuel keadaan yang mesra, berbakti, tidak menyedari bahawa Allah mewujudkan sifat ini supaya Daud boleh melarikan diri lagi (ay.21-24).

 

Daud dan Yonatan

 

Daud melarikan diri dari Naioth di Ramah dan kembali melawat Yonatan untuk mengetahui mengapa Saul ingin membunuhnya.

 

“Aku pasti dia tidak sebenarnya mahu membunuh kamu, kerana dia selalu memberitahu aku apa yang dia akan lakukan. Sudah pasti dia tidak akan menyembunyikan perkara seperti ini dari aku”, Yonatan berkata (1 Sam 20:1-2).

 

“Sudah tentu kamu tidak mengetahui tentang ini” Daud berkata. Bapa kamu mengetahui tentang persahabatan kita dan dia tidak akan memberitahu kamu dan menyakiti kamu. Kebenarannya adalah bahawa aku hampir terbunuh!”

 

“Beritahu aku apa yang harus dilakukan”, Yonatan berkata.

 

Daud menjawab, “Esok adalah Bulan Baru, dan aku dijangka hadir dalam perayaan bulanan ini. Bapa kamu pasti akan bertanya dimana aku berada. Beritahu dia bahawa aku telah pergi bersama dengan ibu bapaku kerana ada pertemuan keluarga yang penting. Sekiranya dia berpuas hati dengan penjelasan itu, dan tidak bimbang kerana aku tidak hadir, ini bererti bahawa aku salah anggap bahawa dia mahukan aku mati. Tetapi sekiranya dia menjadi marah apabila dia mengathui aku sudah jauh, maka kamu akan mengatahui bahawa aku betul kerana dia akan menjadi marah apabila dia mengetahui aku selamat darinya.”

 

“Sekiranya aku bercakap sedemikian dimana aku membuat diriku menjadi musuh bapamu, maka setialah kepada bapa kamu dan lindungi dia dengan menusuk aku dengan pedangmu!”

 

Yonatan menjawab, “Percayalah, sekiranya aku mendapati bahawa bapaku benar-benar ingin membunuh kamu, aku akan berusaha untuk memberitahu kepada kamu serta merta” (ay.3-9).

 

“Kamu tidak boleh memberitahu aku sekiranya bapa kamu memerhatikan kamu dari dekat,” Daud menjawab.

 

Yonatan mendahului Daud keluar ke dalam sebuah padang terbuka di mana mereka boleh jadi pasti yang tiada siapa akan mendengar perbualan mereka. Di sana, Yonatan bertanya Tuhan untuk menyaksikan bahawa dia akan melakukan apa terbaik untuk Daud. Dia mungkin direalisasi oleh kali ini yang Daud akan menggantikan bapanya sebagai pemimpin Israel. Yonatan bertanya kepada Daud untuk menjanjikan dia yang dia dan keturunannya akan selalu dipertimbangkan sebagai rakan-rakan setia Daud. Daud senang dengan janji itu. Dia sedar yang Yonatan bersetuju untuk melepaskan prospek dirinya untuk menjadi raja Israel yang seterusnya. Pada kematian Saul, dalam keadaan yang biasa, anak Saul akan menggantikan tempat bapanya untuk menjadi ketua (ay. 10-17).

 

Kemudian Yonatan berkata, “Ya, kamu akan dirindui esok apabila mejamu kosong. Hari sebelum esok, pada petangnya, pergilah ke tempat dimana kamu sembunyi sebelum ini dan tunggu dekat dengan batu Ezel. Aku akan datang dan melepaskan tiga anak panah di hadapan tumpukan seolah-olah aku memanah kepada satu sasaran. Kemudian aku akan menghantar seorang budak untuk membawa panah itu kembali.

 

Sekiranya aku berteriak kepaa dia, “Anak panah itu ada di sebelah kamu”, maka kamu akan mengetahui bahawa bapa aku tidak memurkai kamu, dan bererti kamu boleh kembali serta merta. Sekiranya aku berteriak kepada budak itu, “Anak panah itu ada di atas kamu”, maka kamu mengetahui bahawa ianya amaran Allah kepada kamu untuk meninggalkan tempat itu serta merta. Apa sahaja berlaku, aku percaya bahawa kita selalu menjadi sahabat yang dipimpin oleh Allah kita” (ay.18-23).

 

Pada esok harinya, ketika Saul dan para pegawainya duduk untuk makan seperti tradisinya pada waktu Bulan Baru yang mana permulaan bulan Lunar dalam kalendar Allah, Saul serta merta menyedari bahawa kerusi Daud kosong. Dia tidak berkata apa-apa tentangnya, orang lain juga tidak menyebut perkara itu. Dia ingat bahawa mungkin Daud tidak murni dalam upacara ini.

 

Pada hari berikutnya apabila tempat duduk daud kosong Saul bertanya kepada Yonatan, “Mengapa Daud tidak ada disini untuk makan bersama dengan kita sejak beberapa hari ini?”

 

“Orang-orang Daud mengadakan pertemuan keluarga tahuhan,” Yonatan menjawab. Abang-abangnya mahukan dia disana jadi aku beritahu kepadanya untuk pergi. Pertemuan dengan keluarganya itu sangat penting kepada dia.”

 

Sejurus Yonatan selesai berkata, muka Saul menjadi marah. Dia menjeling anaknya dengan marah.

 

“Keturunan kamu dari dari perempuan bawahan!” dia berteriak. “Mengapa kamu bersahabat dengan Daud? Tidak kah kamu sedar bahawa dia bercadang untuk mengambil takhta Israel dari aku? Sekiranya aku mati, kamu tidak akan menjadi raja sekiranya kamu terus mengikuti rencananya/ pergi cari dia dan bawa dia kesini supaya dia boleh dibunuh” (ay.24-31).

 

Mengapa dia harus dibunuh?” Yonatan bertanya sementara dia berdiri menghadap bapanya. “Apa sebenarnya yang dia telah lakukan kepada kamu sehingga kamu begitu marah tanpa sebab?”

 

Perkataan Yonatan ini membuat Saul lebih marah lagi. Dia mengacukan lembing kepada Yonatan, mahu membunuh dia. Yonatan akhirnya menyedari bahawa bapanya sangat serius apabila dia berkata Daud harus mati. Dia mengetahui bahawa bapanya boleh melakukan apa saja, dan cepat melarikan diri dari sebarang kematian (ay.32-33).

 

Sekarang, ianya giliran Yonatan untuk marah, tetapi dengan sebab yang khusus. Dia meninggalkan meja itu dengan marah dan tidak mahu makan pada hari itu, kerana dia merasa terluka dengan sifat bapanya terhadap Daud (ay.34).

 

Pada pagi berikutnya, seperti yang dipersetujui, Yonatan keluar bersama seorang budak untuk memungut anak panahnya. Yonatan memberitahu budak itu untuk mula berlarisupaya dia boleh mencari anak panah itu sementara ianya dilepaskan. Jadi sementara budak itu berlari. Yonatan melepaskan anak panah itu di atasnya tetapi apabila dia sampai kepada anak panah itu, Yonatan berteriak, “Anak panah itu masih didepan kamu, cepat dan jangan tunggu”.

 

Yonatan tahu bahawa sekiranya Daud mendengar dia, dia akan memahami bahawa dia bermaksud Daud harus pergi serta merta.

 

Jadi budak itu dengan cepat mengumpul anak panah itu dan berlari kembali kepada tuannya. Kemudian Yonatan memberitahu budak itu untuk mengambil panah dan anak panah itu dan kembali ke kota (ay.35-40).

 

Sejurus selepas dia pergi, Daud keluar dari tempat persembunyiannya. Kemudian mereka bercakap seketika saja, kerana mereak tidak mahu dilihat bersama, dan ianya bahaya bagi Daud untuk dilihat dalam keadaan apapun. Daud terjatuh ke tanah di hadapan Yonatan, tiga kali meratap. Kedua-duanya menangis kerana mereka terpaksa berpisah, mungkin tidak akan bertemu lagi.

 

Yonatan memberitahu Daud untuk merasa senang kerana mereka telah membuat perjanjian bersama dan mereka akan selalu menjadi sahabat (ay.41-42).

 

Daud di Nob

 

Tiga hari selepas dia berpisah dengan Yonatan, Daud tiba bersama dengan orang-orangnya di tempat yang bernama Nob. Lapar dan penant Daud dan orang-orangnya mencari tempat dimana para imam melaksanakan tugasan mereka dihadapan Tabut Perjanjian Allah. Daud mengenali ketua imam, Ahimelek, datang ke rumah Ahimelek. Ketikan imam itu melihat siapa yang datang, dia merasa hairan mengapa seorang bangsa Israel yang terkenal bersendirian.

 

“Mengapa kamu sendirian?” Ahimelek bertanya (1 Sam 21:1).

 

Daud tidak mahu memberitahu imam itu bahwa dia sedang melarikan diri dari Saul, jadi dia dengan cepat membuat penjelasan yang dia harap akan diterima. Dia mahu keluar dari negara itu dimana dia bergantung kepada gerak hatinya sendiri, dalam kes ini bukannya kepada Allah, jadi dia berbohong.

 

“Saul telah menghanta aku atas satu misi,” Daud memberitahu Ahimelek. “Dia tidak mahu ada orang yang mengetahuinya, dan aku mahu kamu tidak memberitahu sesiapapun bahawa kamu telah melihat aku disini. Aku mempunyai orang-orang adalam misi ini, tetapi mereka sedang menunggu di tempat lain. Kami merasa bangsa sekiranya kamu boleh memberi apa sahaja – khususnya roti. Lima buku roti sudah pasti membantu kami.”

 

“Kami tidak mempunyai roti,” Ahimelek berkata. “Kami mempunyai buku roti dari persembahan roti kelmarin, tetapi hanya imam yang boleh memakannya.”

 

Daud berkata bahawa orang-orangnya tidak menyentuh perempuan, dan bejana itu tahir untuk diletakkan makanan sama seperti ianya dikuduskan.

 

Jadi, oleh kerana tidak ada lagi makanan yang ada, imam itu memberikan roti kudus itu kepada Daud. Ianya diganti dengan roti segar pada hari itu (ay.2-5).

 

Ianya tidak baik untuk Daud memakan roti sajian itu. Bagaimana pun, ianya diberikan kepada dia dan orang-orangnya untuk melambangkan bahawa umat pilihan (atau orang kudus) Allah akan menjadi elohim (atau tuhan-tuhan) pada waktu kebangkitan, sama seperti Mesiah yang merupakan kelahiran pertama dari orang mati.

 

[kebetulan, Doeg, ketua gembala Saul, juga ada disanan pada waktu upacara pemurnian.]

 

Daud kemudian bertanya Ahimelek sekiranya dia mempunyai pedang. “Kamu diutus dengan cepat dalam misi kamu dan kami tidak mempunyai masa untuk mengambil senjata bagi diri kami,” Daud memberitahu imam itu.

 

Ahimelek menjawab, “Aku mempunyai pedang Goliat, orang Filistin itu yang kamu telah bunuh di lembah Elah. Sekiranya kamu memerlukan pedang, kamu boleh mengambilnya.”

 

Daud menjawab, “Ianya pedang yang baik dan saya sangat memerlukannya” (ay.6-9).

 

Kemudian Daud bergegas, kerana dia merasa takut kepada Saul. Dia pergi kepada Raja Akish dari Gath. Tetapi pegawai bagi raja itu tidak merasa gembira melihat Daud disana.

 

“Bukankah orang ini yang diagungkan sebagai pahlawan besar di tanah Israel, dan diberikan pujian bagi kemenangan keatas kita daripada raja Israel itu sendiri?” mereka bertanya.

 

Daud mendengar ulasan ini dan merasa takut kepada apa yang mungkin dilakukan oleh raja Akish kepadanya jadi dia berpura-pura gila. Dia mencakar di pintu-pintu dan membiarkan air liurnya meleleh di janggutnya (ay.10-13).

 

Akhirnya raja itu berkata kepada orang-orang ini, “Tidak kira siapa orang ini, keluarkan dia dari ini! Mengapa ada orang yang berfikir bahawa aku memerlukan orang gila untuk menghibur aku? Kita sudah ramai orang seperti ini disini.”

 

“Bawa dia keluar dari pintu gerbang dan lihatlah supaya jangan dia kembali masuk”, Akish memberitahu pengawal pintu. “Aku tidak menyediakan makanan dan perlindungan bagi orang yang gila!” (ay.14-15).

 

Daud meninggalkan Gath dan melarikan diri ke gua Adullam, dimana abang-abangnya dan saudara maranya yang bertemu dengan dia. Kemudian orang lain juga mula datang – mereka yang ada hutang, atau yang tertekan, atau orang yang tidak berpuas hati. Mereka berkumpul di sekeliling Daud dan dia menjadi ketua kepada kira-kira empat ratus orang (1 Sam 22:1-2).

 

Kemudian, Daud pergi ke Mizpeh di Moab untuk meminta kebenaran dari raja bagi bapanya dan ibunya untuk tinggal disana dibawah perlindungan diraja sehingga Daud mengetahui apa yang dilakuakn Allah kepadanya. (Mereka tinggal di Moab sepanjang jangka masa ketika Daud tinggal di gua.)

 

Suatu hari dia mengetahui, melalui nabi Gad, yang dekat dengan Allah, bahawa Allah tidak tidak mahu dia tinggal disana lagi, dan bahawa dia harus kembali ke wilayah Yudah. Daud dengan taat meninggalkan tempat itu dan pergi hutan Hereth (ay.4-5).

 

Saul membunuh imam di Nob

 

Pada masa ini Saul sudah merasa sangat marh dari kemunculan Daud. Dia berharap Daud sudah mati, tetapi dia mengetahui bahawa dia tidak akan berehat sehingga bukti dibawah kepadanya. Bagaimana pun, dia menerima berita bahawa Daud masih lagi hidup.

 

Tidak lama kemudian selepas Daud kembali ke wilayah Yudah, satu laporan datang kepada Saul bahawa daud sedang bersembunyi di kawasan hutan di antara Yerusalem dan Filistin di kota Gath. Pada masa itu Saul berada di Gibeah duduk dibawah satu pohon ek bermain dengan lembingnya, yang dikelilingi oleh pewagai-pegawainya.

 

“Dengar, kamu orang Benjamin!” Saul dengan marah berteriak. “Adakah diantara kamu yang mendengar tentang perkara ketaatan? Adakah kamu fikir Daud akan memberikan kamu ladang, kebun anggur, atau mengangkat kamu menjadi penglima keatas ratusan atau ribuan tentera seperti yang aku telah lakukan! Adakah diantara kamu yang cemas kerana aku, atau mungkin kamu semua berkomplot dengan anakku Yonatan, untuk membawa aku kedalam masalah dengan musuhku, Daud?” (ay.6-8).

 

Kemudian Doeg, orang Edom itu, melihat satu peluang untuk menyenangkan ketuanya, walaupun pada masa yang sama dia mengambil satu langkah bahaya dengan memberikan informasi yang sudah lewat.

 

“Ketika aku berada di Bait Suci di Nob, aku melihat imam Ahimelek, memberikan roti kepada orang yang tidak bukan selain dariDaud sendiri. Kemudian, aku melihat imam itu memberikan kepada dia pedang Goliat” (ay.9-10).

 

Ketua orang Israel itu pergi dan memerintah dengan kuat supaya tentera akan pergi dengan serta merta di Nob dan membawa Ahimelek dan semua keluarga imam itu ke Gibeah. Tidak lama kemudian orang-orang ini berkumpul di hadapan Saul.

 

“Mengapa kamu berkomplot terhadap aku dengan memberikan makanan dan senjata kepada Daud, musuhku?” Saul bertanya kepada Ahimelek.

 

“Adakah diantara hamba kamu yang taat sama seperti Daud anak menantu kamu?” Ahimelek bertanya. “Dia adalah panglima kepada pengawal dan anggota keluarga mu yang dihormati. Ini bukan kali yang pertama aku berhubung dengan Allah bagi dia. Ianya tidak adil kamu menuduh aku dan keluargaku dalam perkara ini, kerana kami tidak membuat sebarang komplot melawan kamu.”

 

Sebelum imam itu sempat berkata-kata, Saul mengarahkan pengawalnya mengelilingi Ahimelek dan semua orang yang dibawah disana bersama dengan dia. “Bunuh setiap dari mereka disini sekarang!” perintah Saul (ay.11-17).

 

Tetapi para tentera itu tidak mahu mencederakan imam itu. Kemudian raja itu berkata kepada Doeg, “Lakukan”.

 

Jadi Doeg telah membunuh semua mereka, lapan puluh imam semuanya, semuanya memakai juba imam mereka. Kemudian dia pergi ke Nob, kota imam-imam itu, dan membunuh keluarga imam-imam tersebut, dan semua binatang ternakan.

 

Hanya seorang yang diketahui berjaya melarikan diri dari pembunuhan kejam ini. Dia adalah Abiatar, satu daripada anak Ahimelek yang tidak dibawah ke Gibeah bersama imam yang lain kerana dia tidak berada di Nob pada masa itu. Bagaimana pun, Abiatar mengetahui dimana Daud bersembunyi dan melarikan diri untuk memberitahu apa yang berlaku (ay.18-20).

 

“Ketika aku berada di Nob aku teringat Doeg menjeling kepadaku,” Daud memberitahu Abiatar, “dan aku tahu bahawa akan ada masalah sebaik saja dia melaporkan perkara ini kepada Saul. Sekiranya aku lebih berhati-hati supaya tidak dilihatnya, mungkin perkara teruk ini tidak akan berlaku. Aku tidak boleh beritahu kamu betapa aku kecewa tentang perkara ini, tetapi sekurang-kurangnya aku boleh berjanji kamu berlindung bersama dengan kami. Orang-orangku dan aku akan melindungi kehidupan kamu” (ay.21-23).

 

Satu hari satu laporan datang kepada Daud bahawa orang Filistin membuat serangan kepada kota Keilah di Yudah. Mereka merompak orang Israel disana dari tuaian musim luruh. Daud tidak merasa tidak senang dengan hanya duduk saja bersama dengan tenteranya sementara perkara ini berlaku. Dia mahu membantu. Ettapi sebelum melakukan apa-apa tentang perkara itu, dia berdoa, meminta Allah supaya membolehkan dia melaksanakan tugas yang besar ini.

 

“Pergi ke Keilah”, Tuhan memberitahu Daud.

 

Tetapi orang-orang Daud merasa takut dan tidak mahu berlawan dengan tentera Filistin. “Kita sudah menghadapi cukup bahawa dengan bersembunyi disini dalam hutan,: mereka berkata dengan hormatnya kepaa ketua mereka. “Sekiranya kita pergi ke Keilah kita akan mendedahkan diri kita kepada Saul dan juga kepada orang Filistin.”

 

Sekali lagi Daud berdoa, dan Tuhan menjawab lagi, “Pergi ke Keilah, kerana aku akan membantu kamu menakluki orang Filistin.”

 

Oleh kerana Daud telah diurapi dan ditetapkan untuk menjadi raja, dia mempunyai tanggung jawab untuk melindungi Israel.

 

Apabila Daud memberitahu tenteranya, mereka pergi ke Keilah dan membunuh Filistin dan mengambil binatang ternakan mereka, dan orang-orang disana terselamat. Abiatar, imam itu pergi bersama dengan Daud, mengambil efod demi untuk mendapat jawapan bagi Daud dari Tuhan (a Sam 23:1-7).

 

Saul mengetahui bahawa Daud berad di Keilah jadi dia mengarahkan semua tenteranya untuk berarak dan menangkap Daud dan orang-orangnya. Tetapi Daud mengetahui rancangan Saul dan memberitahu Abiatar imam itu untuk membawa efod itu dan bertanya kepada Tuhan apa yang harus dilakukan.

 

Daud bertanya kepada kepada Tuhan sekiranya orang-orang Keilah menyerahkan dia kepada Saul dan sekiranya Saul akan datang.

 

Tuhan menjawab, “Dia akan datang dan orang-orang Keilah akan menghianati kamu” (ay.8-12).

 

Yonatan masih seorang sahabat

 

Jadi Daud dan orang-orangnya meninggalkan Keilah dan mula berligar di perdesaan. Oleh kerana Saul mendengar bahawa Daud telah melarikan diri, dia tidak jadi datang ke Keilah. Daud sekarang tinggal di gua-gua padang belantara di Ziph.

 

Satu hari dekat Horesh Daud menerima berita bahawa Saul sedang dalam perjalanan ke Ziph untuk mencari dia dan membunuh dia. Saul terus memburu Daud tetapi Tuhan tidak membernarkan dia untuk mencari Daud. Yonatan sekarang pergi mencari Daud. Dia menemui dia di Horesh dan menguatkan dia (ay.13-16).

 

“Jangan putus harapan,” Yonatan menasihati Daud semasa perbualan mereka. “Bapaku tidak akan berjaya untuk memusnahkan kamu, tidak kira bagaimanapun cara yang dia lakukan. Aku menyedari bahawa kamu akan menjadi ketua Israel yang seterusnya, dan demikian juga dia, tetapi perasaan bencinya menghindari dia dari melepaskannya. Jauhkan diri dari dia, dan dengan pertolongan Allah masa kesukaran ini, persembunyian ini adakan berakhir.”

 

Dengan membawa penghiburan dan harapan kepada Daud, Yonatan pergi dan kembali ke rumag di Gibeah. Yonatan bukannlah seorang penghianat kepada bapanya. Dia sebenarnya membantu Saul dengan menghindarkan dia dari menyakiti Daud (ay.17-18).

 

Tetapi sekarang orang-orang Ziph pergi kepad Saul dan menghianati Daud.

 

“Sekiranya kamu mengikuti kami,” Mereka memberitahu Saul, “kamu akan memimpin kamu kepada perkemahan Daud dan membantu kamu menangkap dia.”

 

“Baik!” Saul berkata dengan masam. “Akhirnya orang telah tampil untuk membantu aku! Kembalilah dan ketahuilah tentang pergerakannya dan tempat-tenpat persembunyiannya di kawasan itu. Apabila aku tahu tentang perkara ini, aku akan datang kepada dia. Sementara itu, aku tidak mempunyai maksud untuk mengejar dia di seluruh Yudah” (ay.19-23).

 

Orang-orang Ziph kembali kepada rumah mereka. Tetapi apabila Daud mendengar bahawa Saul dalam perjalanan ke Ziph, dia dan orang-orangnya pergi jauh ke padang belantara. Saul kemudiannya mengetahui tentang ini, dan mengikuti mereka disana. Dia dan Daud sekarang berada dalam sisi yang bertentangan di gunung itu.

 

Apabila Daud mendapati bahawa tentera Saul sudah dekat, dia cuba untuk melarikan diri. Tetapi Allah tidak bermaksud bahawa Daud akan ditangkap. Pada masa itu  seorang pengutus tiba untuk memberitahu Saul bahawa orang Filistin sedang menyerang sekali lagi.

 

Merasa terhina dan kecewa, Saul memberi arahan kepada orang-orangnya untuk berhenti untuk mengejar dan kembali untuk berlawan dengan Filistin. Apabila Daud mengetahui bahawa tentera Saul telah pergi, dia dan orang-orangnya tinggal di gua-gua di Engedi (ay.27-29).

 

Daud tidak mengambil nyawa Saul

 

Selepas Saul kembali dari peperangan dengan orang Filistin, dia ttelah diberitahu tentang tempat persembunyian Daud yang terbaru. Mengambil tiga ribu daripada tenterayang yang terlatih, dia bergerak cepat ke wilayah persembunyian Daud, dan mula mencari semua gua dan jurang.

 

Pada satu tahap dalam pencarian yang sukar ini, Saul pergi ke gua untuk berehat. Sementara ini berlaku Daud dan orang-orangnya sedang bersembunyi jauh di dalam gua itu.

 

Orang-orang Daud berkata, “Ini adalah hari Tuhan bercakap tentang bila dia bercakap Dia akan memberikan musuh kamu kedalam tangan kamu untuk kamu menangani sesuka kamu.”

 

Memberi arahan kepada orang-orangnya untuk kekal dimana mereka pada saat itu berada, Daud bergerak tanpa disedari dan memotong sudut jubah Saul (1 Sam 24:1-4).

 

Selepas itu, perasaan Daud mengganggu dia. “Aku tidak harus melakukan perkara ini”, Daud berkata. Allah telah mengurapi Saul sebagai raja kami, dan ianya salah bagi aku untuk melakukan sesuatu seperti ini kepada dia – yang boleh menyebabkan dia merasa malu.”

 

Kemudian orang-orang ini memahami apa yang dia maksudkan, dan tidak berkata kepada dia lagi tentang membunuh Saul. Dan Saul meninggalkan gua tiu dan kembali kepada perjalanannya (ay.5-7).

 

Kemudian Daud keluar dari gua dan lari mengejar Saul. “Tuan Rajaku”, dia berteriak. Saul berpaling untuk melihat siapa yang memanggil dia. Daud menundukkan kepalanya sehingga ke tanah untuk beebrapa saat.

 

“Mengapa kamu mendengar untuk orang tertentu yang telah memberitahu kamu yang saya adalah musuh kamu?" Daud dengan kuat berkata kepada Saul. "Hari ini Tuhan menyebabkan kamu untuk memasuki gua ini di mana saya telah bersembunyi, dan saya dengan mudah boleh telah mengambil hidup kamu. Beberapa orang saya menyeru saya membunuh kamu, tetapi saya memberitahu mereka yang saya tidak dapat lakukan sedemikian kerana Tuhan telah mengurapi kamu sebagai raja Israel. Lihat di jubah kamu. Saya boleh saja memotong kamu sama seperti aku memotong sebahagian daripada pakaian kamu yang aku pegang. Tidaklah ini membuktikan bahawa saya tidak mempunyai niat untuk membunuh kamu, walaupun kamu memburu hidupku?”

 

"Mengapa kamu mahu bersusah untuk membunuh aku?" Daudd meneruskan. "Allah mengetahui yang saya belum merancang membunuh kamu , jadi apakah sebab kamu berada di sini dengan askar-askar kamu? Punca kamu sebenarnya tidak ada lebih besar daripada ia akan jadi jika kamu mencari anjing yang mati atau mengejar seekor kutu. Tentu Tuhan tidak senang, kerana Dia mengetahui yang perasaan cemburu telah membuat kamu begini."

 

“Semoga Tuhan menghakimi siapa diantara kita yang benar  dan menghukum mana-mana satu daripada kita yangh bersalah. Dia adalah perlindungan aku dan dia akan menyelamatkan aku dari kuasa kamu” (ay.8-15).

 

"Adakah kamu sebenarnya Daud, menantu saya?" ditanya Saul sedikit dengan syak. Kemudian dia bermula meraung-raung. Katanya kepada Daud, “Kamu lelaki yang lebih baik daripada saya, kerana kamu telah membayar balik kebaikan untuk kejahatan. Kamu terbukti bahawa kamu bukan musuh saya dengan tidak mengambil hidup saya, walaupun Tuhan memberi kamu peluang. Mana-mana lelaki lain dalam tempat kamu pasti akan tentu terbunuh saya. Saya mempercayai Tuhan itu akan memberi ganjaran kamu untuk kebaikan kamu. Daud, saya sedar yang kamu akan menjadi raja lain Israel.  Aku mahu kamu berjanji kepada aku sekarang bahawa kamu ridaj melakukan apa-apa untuk menyingkirkan namaku dalam umat Israel, dan kamu tidak akan memusnahkan keluarga aku yang muncul selepas aku.”

 

Jadi Daud berjanji apa yang diminta oleh Saul, selepas itu raja itu pergi. Sementara Daud melihat orang-orang ini pergi, dia mengetahui bahawa Saul akan terus memberi dia masalah walaupun dia sudah menyatakan kekesalannya kepada Daud (ay.16-22).

 

Beebrapa hari kemudian perkataan datang bahawa Samuel telah mati. Daud merasa sangat sedih, ettapi dia tahu bahawa ianya tidak bijak untuk menghadiri pengkebumian kerana kematian Samuel akan membuat Saul merasa lebih bebas untuk menyingkirkan Daud.

 

Cerita Alkitab ini diteruskan dalam karya tulis Daud, Nabal dan Abigail  (No. CB91)

 

 

q