Jemaat-jemaat Allah Al Masehi
[CB94]
Masalah
dalam Keluarga Daud
(Edisi 1.0
20061214-20061214)
Walaupun Daud mengakui dosanya dan bertobat dan Allah mengampuninya, dia
masih belum mengalami sengsara akibat melanggar Hukum Allah seperti yang
diberitahu oleh Natan, nabi itu. Karya tulis ini telah diadaptasikan dari bab
102 dan 103, Jilid IV dan bab 104, Jilid V dari The Bible Story oleh Basil
Wolverton, yang diterbitkan oleh Ambassador College Press.
E-mail: secretary@ccg.org
(Hakcipta
ă 2006 Christian
Churches of God,
Disunting
oleh Wade Cox)
(tr. 2009)
Karya tulis ini
boleh disalin semula dan didistribusikan secara bebas dengan syarat ia disalin
semuanya tanpa apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat
penerbit serta notis hakcipta harus disertakan. Sebarang bayaran tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima
salinan yang didistribusikan.
Petikan-petikan ringkas daripadanya boleh dimasukkan ke dalam
artikel-artikel kritis dan karya ulasan tanpa melanggar undang-undang hakcipta.
Karya ini boleh didapati daripada Internet di:
http://www.logon.org dan http://www.ccg.org
Masalah dalam Keluarga Daud
Kita akan
teruskan disini dari karya tulis Penaklukan-Penaklukan Daud (No. CB93).
Amnon dan Tamar
Keadaan bagi Daud
adalah baik semasa beberapa bulan berikutnya. Kemudian satu kejadian yang tidak
menyenangkan telah berkembang. Seperti biasa, ianya disebabkan oleh pelanggaran
Hukum-hukum Allah dan menjadi sebahagian daripada hukuman yang diberitahu oleh
Natan. Amnon, satu daripada anak lelaki Daud, jatuh cinta dengan Tamar, satu
daripada anak perempuan Daud, tetapi melalui ibu yang lain. Tamar adalah adik
tiri kepada Amnon. Ia adalah pertalian darah yang terlalu dekat dimana ianya
dosa untuk mereka dikawinkan. Walaubagaimana pun, Amnon mempunyai kehendak yang
besar untuk memiliki adik tirinya itu, dan begitu terseksa sehingga dia jatuh
sakit.
Amnon mempunyai
seorang sahabat bernama Yonadab, yang juga adalah sepupuhnya. Yonadab adalah
seorang yang sangat cerdik dan apabila dia mengetahui apa yang mengganggu
Amnon, dia mencadangkan satu rancangan dimana anak Daud ini boleh bersendirian
dengan Tamar.
“Pergi ke katil
dan pura-puralah menjadi sakit,” Yonadab berkata. “Apabila bapa kamu datang
untuk melawat, dia mungkin bertanya apa yang dia boleh lakukan untuk kamu.
Beritahu dia bahawa kamu mahu adik kamu Tamar untuk datang dan menyediakan
makanan untuk kamu. Dia pasti akan menyuruh Tamar untuk membawa makanan itu
kepadamu seperti yang kamu minta” (2 Sam 13:1-5).
Kemahuan Amnon
untuk bersama dengan Tamar adalah sangat besar dimana dia jalankan cadangan
Yonadab itu. Apabila raja itu datang meihat anaknya, Amnon berkata kepadanya,
“Aku mahu adikku untuk datang dan membuat beberapa roti yang istimewa di
depanku, supaya aku boleh makan dari tangannya.”
Daud bersetujuh
dan memberitahu Tamar untuk pergi ke bilik Amnon dan menyediakan makanan
untuknya. Jadi Tamar pergi ke bilik abangnya dimana dia mengambil beberapa
adunan tepung, dan membuat roti dalam pandangannya dan membakarnya.
Apabila makanan
itu sudah siap, dia mengambil roti itu dari tempat bakaran dan meletakkannya di
atas pinggan. Tetapi Amnon menolak makanan itu.
Dia bersungut
marah, “Aku mahu Tamar datang dan memberi aku makan! Semua orang lain keluar
dari rumah!” (ay.6-9).
Tamar memasuki
bilik abang tirinya dengan makanan. Sementara dia meletakkan pinggan itu di
hadapannya, Amnon memegang tangan dia dan berkata, “Marilah tidur dengan aku,
adikku.”
“Jangan paksa aku
abangku,” dia berkata kepadanya. “Kamu tahu perlakuan ini adalah kesalahan bsar
di Israel! Dimana nanti aku sembunyikan malu ku? Dan kamu akan dianggap satu
daripada orang yang bodoh di Israel. Sekiranya kamu mahukan akumenjadi
isterimu, berbicaralah kepada raja, dan dia akan mengatur perkawinan kita!”
(ay.10-13).
Tamar mengetahui
bahawa Daud tidak akan melakukan perkara itu. Tetapi hanya itu sahaj yang dia
boleh katakan dalam keadaan itu untuk cuba melepaskan diri dan Amnon.
Tetapi dia tidak
mendengarkan dia; dan oleh kerana dia lebih kuat dari adiknya itu dia
memperkosa adiknya itu. Kemudian kasihnya menjadi kebencian secara tiba-tiba,
dan sekarang dia membenci dia lebih daripada perasaan kasih kepadanya sebelum
ini.
Untuk menambahkan
kehinaan, dia mahukan bahawa dia serta merta meninggalkan dia.
“Tidak!” dia
berkata. “Mengusir aku lebih buruk daripada apa yang kamu lakukan terhadap aku
sebentar tadi.”
Tetapi Amnon
tidak mendengarnya, dan dia berteriak kepda hambanya untuk menghumban Tamar
keluar dan mengunci biliknya.
Allah meletakkan
pengalaman ini dalam Alkitab sebagai pelajaran bagi setiap orang muda supaya
tidak terlibat perzinaan.
Tamar memakai
baju kurung yang indah pada zaman itu bagi seorang perawan anak raja. Sekarang
dia mengoyakkan baju kurunya yang indah itu dan meletakkan abu di kepalanya dan
meratap dengan snyaring dengan tangannya memegang kepalanya.
Abang Tamar,
Absalom, bertanya kepada dia, “Adakah Amnon abangmu memperkosa kamu? “Jangan
bimbang tentang perkara ini,” Absalom berkata. “Dan jangan beritahu sesiapapun
tentang perkara ini. Sekiranya kamu beritahu, skandal ini akan menyakiti kamu
dan keluarga kita.” Jadi Tamar tinggal bersama dengan abangnya Absalom
(ay.14-20).
Rancangan untuk membalas dendam
Absalom mah
bapanya, Daud adalah orang yang terakhir mengetahuio perkara ini. Tetapi
perkara yang paling rahsia boleh dibongkar. Ianya tidak lama sebelum raja itu
mendapat tahu apa yang dilakukan oleh Amnon. Dia merasa sangat marah, tetapi
dia tidak memberi hukuman kepada Amnon kerana dia adalah anaknya yang sulung,
dan dia mempunyai perasaan suka akan dia. Satu daripada kelemahan Daud adalah
kegagalannya untuk mendisiplinkan anak-anaknya (1 Raja 1:6).
Bagi Absalom, dia
juga tidak berkata apa-apa kepada Amnin, walaupun dia membenci dia kerana apa
yang dia lakukan. Dia merasa bahwa satu peluang akan datang apabila dia membuat
Amnon membayar jenayah yang dia lakukan terhadap adiknya itu (ay.21-22).
Dia menunggu
selama dua tahun untuk peluang itu. Pada masa itu adalah musim pengguntingan
buluh domba, satu masa apabila terdapat perkumpulan khusus saudara mara dan
sahabat-sahabat untuk merayakan tuaian buluh itu. Absalom mahu menjadikan ini
sebagai yang paling istimewa, jadi dia menjemput bapanya dan semua saudaranya
utuk makan jamuan dan merayakan musim itu. Daud menolak dengan penjelasan
bahawa ianya terlalu membebankan Absalom sekiranya mereka semuanya.
Absalom menjemput
bapanya tetapi bapanya tidak datang, walaupun dia menghantar ucapan terima
kasih.
“Sekiranya kamu
tidak boleh berada disini, maka aku suka menjemput Amnon menjadi tetapu
khusus,” Absalom menyatakan.
“Mengapa Amnon?”
Daud bertanya, dimana dia mengingati apa yang terjadi dengan Tamar.
Absalom mendesaj
dan raja tiu akhirnya setujuh untuk membenarkan anaknya itu untuk datang,
termasuk Amnon (ay.23-27).
Kemudian, ketika
semua tetamu berkumpul di rumahnya, Absalom telah memberi perintah kepada
hamba-hambanya.
Absalom berkata
kepada orang-orangnya, “Tunggu sehingga Amnon mabuk, kemudian apabila aku
memberi isyarat, bunuh dia! Jangan takut. Aku akan bertanggung jawab. Akulah
yang memberi arahan disini, dan inilah arahanku. Kuatkan hatimu dan lakukan.”
Jadi mereka
membunuh Amnon. Anak-anak yang lain sangat terkejut dan takut dengan pembunuhan
ini dimana mereka melarikan diri dari rumah Absalom (ay.28-29).
Alkitab tidak
mendedahkan sama ada Amnon dibunuh oleh lembing, pisau atau pedang, tetapi dia
mati serta merta di meja sementara dia tidak sedar tentang rancangan bunuh ini.
Sementara
anak-anak Daud yang lain dalam perjalanan mereka masing-masing, berita ini
sampai juga kepada Daud bahawa Absalom telah membunuh anak-anaknya. Tidak ada
jalan untuk membuktikan atau tidak membuktikan laporan ini. Daud merasa sangat
gerun. Dia berkabung, yang mana termasuklah mengoyakkan pakaiannya dan duduk di
lantai dan semua hamba berdiri disampingnya dengan pakaian-pakaian yang
dikayakkan.
Pada ketika itu
Yonadan (anak kepada saudara Daud Shimeah) tiba dan berkata, “Tidak, bukan
semua anak-anak kamu mati. Yang mati hanyalah Amnon! Absalom telah membuat
rancangan ini sejak Amnon merogol Tamar (ay.30-33).
Sementara itu,
Absalom melarikan diri (ay.34). dia mengetahui bahawa ianya tidak selamat
baginya untuk tinggal di rumah, ataupun dijemput untuk masa yang lama dalam
kota-kota perlindungan di Israel. Satu-satunya tempat yang selamat adalah di
wilayah Geshur, satu kawasan di utara-timur Siria. (2 Sam 15:8) Talmai. Raja
Gesur, adalah datuk kepada Absalom di sebelah ibunya. Tidak begitu mesra dengan
orang Israel, tetapi menjemput Absalom kerana mereka bersaudara. Bagi tiga
tahun berikutnya dia merasa senang untuk mengasingkan cucunya dari mereka yang
hanya cuba untuk membalas dendam terhadap kematian Amnon.
Sekarang para
pemerhati di tembok Yerusalem melihat orang yang sangat ramai datang kepada
kota ini sepanjang jalan di sisi bukit itu.
“Lihat!” Yonadab
berkata kepada raja. “Anak-anak kamu datang seperti yang aku katakan.”
Anak-anak raja
tiba berteriak dengan nyaring dan raja itu serta pegawai-pegawainya meratap
bersama dengan mereka (ay.35-36).
Pada waktu itu
Daud belum lagi pulih sepenuhnya dari kematian anak sulungnya. Tetapi sementara
keperitannya beransur baik, dia berfikir lebih mengenai Absalom, akhirnya
memaafkan dia dari apa yang dia lakukan kepada Amnon, dan mengharapkan Absalom
akan kembali ke Yerusalem (ay.37-39).
Absalom kembali ke Yerusalem
Yoab, panglima
Daud yang setia, menyedari bahawa raja itu rindu untuk melihat Absalom. Dia
tahu Daud akan mengutus ke Gesur bagi anaknya itu, tetapi dia merasa takut apa
reaksi orang ramai sekiranya dia memaafkan seorang pembunuh dalam keluarga
diraja. Yoab mempunyai satu rancangan yang mana dia berharap Daud boleh membawa
Absalom kembali ke Yerusalem. Dia mengatur dengan seorang janda tua, seorang
yang asing di Yerusalem, untuk bertemu dengan raja, dan memberitahu dia apa
yang harus dia katakan. Apabila dia datang kepada Daud dia memberitahu dia
bahawa dia adalah janda, ibu kepada dua anak lelaki yang telah bergaduh dimana
satu daripadanya mati. Dia berkata bahawa saudara mara yang marah mahukan
bahawa dia memberikan satu-satunya anak lelakinya yang tertinggal supaya mereka
boleh membunuh anak itu kerana apa yang dia lakukan kepada abangnya.
“Sekiranya mereka
membunuh satu-satunya anak aku itu, maka nama suamiku yang sudah mati dan
keluarga akan berakhir,” wanita itu berkata dengan sedih.
“Jangan bimbang
dengan perkara ini,” Daud berkata kepada dia. “Aku akan pastikan anak kamu itu
dimaafkan dan bahawa tidak ada orang yang menyakitinya” (2 Sam 14:1-10).
Wanita itu
perpura-pura merasa lega dan bersyukur. Kemudian dia berkata bahawa dia mahu
Daud jelaskan sesuatu untuk dia.
“Sekiranya kamu
boleh mengampuni anak aku, mengapa tidak kamu melakukan perkara sama dengan
anak kamu sendiri, yang telah hilang untuk sekian lama? Menyelamatkan anak aku
adalah penting bagi aku dan keluarga suamiku, tetapi menyelamatkan anakmu adalah
penting bagi hal ehwal seluruh Israel.”
Daud akhirnya
berkata, “Adakah Yoab membuat kamu datang kesini?”
“Ya benar,”
wanita itu berkata. “Dialah yang memberitahu aku apa yang harus dikatakan
supaya kamu boleh memutuskan untuk mengambil anak kamu kembali ke rumah. Tetapi
kamu bijak seperti malaikat Allah, dan kamu mengetahui semua yang berlaku”
(ay.11-20).
Jadi raja itu
mengutus Yoab dan memberitahu dia untuk pergi dan membawa Absalom kembali.
Beberapa hari
kemudian Absalom kembali ke rumah di Yerusalem, tetapi dia tidak dibawa
berjumpa dengan bapanya. Daud berfikir bahawa itu tidak mencukupi, untuk
seketika waktu, untuk memaafkan dia. Walaupun dia mahu melihat anaknya, dia
tidak memilih untuk mengadakan perjumpaan yang meriah yang menandakan kepada
orang ramai bahawa Absalom dianggap tidak bersalah kerana dia adalah anak
kepada raja (ay.21-24).
Absalom seorang
yang kacak orangnya yang penampilannya membuat dia mendapat reputasi sebagai
seorang yang paling kacak di Israel. Tidak ada kecacatan pada kulitnya.
Rambutnya tebal dan berat sehingga dia menjadi angkuh kerananya. Dia biarkan ia
tumbuh dengan panjang dan setiap tahun dia akan memotongnya kerana ia sangat
berat di kepalanya. Dia mempunyai tiga anak lelaki dan seorang anak perempuan.
Dia namakan anak perempuannya Tamar, sempena adiknya yang terlibat dalam
rancangannya untuk membunuh Amnon (ay.25-27).
Dua tahun telah
berlalu dan Absalom belum berjumpa dengan bapanya. Dia menganggap Yoab adalah
sahabat yang boleh membina perhubungan diantara dia dan bapanya. Jadi dia
mengutus mesej meminta dia untuk cuba mengatur perjumpaan dengan raja itu. Yoab
tidak menjawab. Selepas mengutus mesej yang kedua dan sekali lagi tidak
menerima jawapan, Absalom memutuskan untuk melaksanakan kaedah yang lebih
efektif untuk mendapatkan perhatian Yoab.Absalom berkata kepada hamba-hambanya,
“Pergilah dan bakarlah ladang gandum Yoab yang berdekatan dengan ladang aku,”
dan mereka lakukan itu.
Kemudian Yoab
berkata kepada Absalom, “Mengapa hamba-hambamu membakar ladangku?” (ay.28-31).
Absalom menjawab.
“Aku harus melakukan perkara ini untuk kamu datang kesini. Pergilah kepada
bapaku dan tanya dia mengapa aku dibawah kembali dari Gesur. Beritahu dia
bahawa aku lebih suka tinggal disana sekiranya aku tidak dibenarkan berjumpa
dengan dia. Sekiranya dia menganggap aku sebagai penjenayah, dia seharusnya
sudah membunuh aku. Ia mungkin lebih baik daripada tinggal disini sebagai orang
buangan dari keluargaku sendiri.”
Jadi Yoab
memberitahu raja itu apa yang Absalom katakan. Kemudian Daud tergerak hatinya
untuk bertemu dengan anaknya serta merta. Absalom merasa gembira untuk datang
ke istana. Apabila dia melihat bapanya, dia berlutut dan tunduk dihadapan raja,
dan Daud mencium dia (ay.32-33).
Ianya tidak lama
kemudian selepas Absalom datang ke istana dimana dia mula berubah. Absalom
tidak pernah diberi disiplin dengan baik, dia mempunyai keinginan sendiri dan
bersifat mementingkan diri sendiri. Dia mula mengingini takhta bapanya.
Kematian Amnon membuat Absalom percaya baahwa dialah yang akan menggantikan
bapanya untuk mengambil takhta di Israel.
Fikiran yang datang itu membuat dia berazam untukmempercapatkan masa
untuk ini berlaku dengan cepat.
Kesombongan
Absalom kian bertambah dengan azam. Dia menyediakan dirinya dengan kereta kuda
dan kuda-kuda dengan lima puluh orang untuk pergi di hadapannya. Dia akan
bangun awal pagi dan berdiri di sisi jalan yang menuju ke gerbang kota, dan
apabila orang ramai datang dengan rungutan di hadapan raja itu, Absalom akan
memanggil mereka. Apabila mereka menjadi dia memanggil mereka kerana dia
berminat untuk mendengar masalah mereka.
Dia cuba untuk
membuat keputusan berpihak kepada mereka yang boleh memberi sokongan pada hari
dia memerlukan sokongan dari orang ramai. Dia sedang membina pengikut yang dia
perlukan di masa hadapan.
Tidak lama
kemudian anak Daud ini sangat terkenal di Israel. Pada masa ini, dia sudah
disanjung cdengan ara dia mempengaruhi orang ramai, dimana dia memutuskan
bahawa ini adalah masa untuk dia untuk bergelut dengan pemerintahan Israel dari
bapanya, Daud! (2 Sam 15:1-6).
Absalom melancarkan pemberontakan
Untuk melakukan
ini, dia perlu pergi untuk mengatur ketenteraan dan politiknya. Sebagai alasan
untuk meninggalkan yerusalem, dia memberiathu bapanya bahawa dia telah berjanji,
ketika dia berada di Gesur, bahawa sekiranya dia boleh kembali ke Yerusalem dia
akan membuat kesyukuran khusus dan akan melayani Allah.
“Aku mahu pergi
ke Hebron, kota kuno para imam, untuk memberikan persembahan korban
kesyukuran,” Absalom memberiathu Daud.
Daud bersetujuh,
merasa senang dengan anaknya yang mempunyai kehendak demikian. “Pergilah dengan
damai,” raja itu berkata kepada dia. Dua ratus orang dari Yerusalem menemani
Absalom ke Hebron.
Dengan tidak
diketahui oleh raja, Absalom membawa ramai pengomplot bersama dengan dia,
selain dari dua ratus orang itu yang tidak menyedari bahawa mereka akan
dijadikan bukan hanya sebagai pelindung kepada anak raja itu. Absalom sudahpun
mengatur dengan rahasia untuk mengutus orang-orang keluar dari bangsa itu untuk
membantu dia mendapat sokongan untuk menjadi raja. Oleh kerana Daud sudah
semakin tua dan oleh kerana dia telah melakukan perkara yang orang anggap tidak
bijak dan tindakan yang tidak wajar,Pembantu kempen Absalom mempunyai kaedah
yang efektif untuk digunakan dalam mempromosikan anak Daud itu untuk menjadi
raja. Orang-orang kian menjadi terangsang setiap hari, dan perkara ini lebih
daripada yang Daud diberitahu dan jangkakan (ay.7-11).
Malah Ahitopel,
seorang penasihat utama Daud, berpihak kepada Absalom. (ay.12). Mungkin
alasannya adalah bahawa dia adalah datuk kepada Batsyeba (2 Sam 11:3; 23:34).
Kedua-dua bapa Batsyeba, Eliam, anak kepada Ahitopel dari Gilon, dan suaminya
Uria orang Het itu adalah dari Tiga puluh, orang kuat yang merupakan ketua perang
di Israel.
Dia boleh saja
melawan Daud secara sembunyi oleh kerana apa yang dia telah lakukan terhadap
Batsyeba dan suaminya.
Daud terpaksa melarikan diri dari Yerusalem
Daud sangat
terkejut apabila dia diberitahu oleh orang setianya bahawa hal ehwal
kerajaannya di Israel telah berubah hanya dalam masa semalaman. Dia mentahui
pada waktu itu bahawa Absalom cuba untuk merampas takhta dan dia cuba untuk
membuat serangan mengejut kepada Israel untuk mendapatkan bangsa itu dengan
mengambil kedudukan dalam kerajaan (2 Sam 15:13).
Daud boleh saja
mengarahkan bala tenteranya untuk mengawal tembok kota Yerusalem, tetapi dia
tidak mahu kota itu menjadi medan peperangan yang akan memusnahkan kota itu.
Daripada mengambil tindakan untuk mempertahankan kota itu, dia memanggil semua
keluarganya, hamba-hambanya dan pengawal-pengawal istana.
“Bersedialah
untuk meninggalkan Yerusalem serta merta!” dia memberi amaran. “Absalom
menentang aku, dan mungkin akan menyerang kita disini bersama dengan
tenteranya!”
Hamba-hamba itu
menunjukkan kesetiaan kepada Daud, dan menyakinkan dia bahawa mereka akan
mengikuti dia diman saja.
Dengan
meninggalkan sepuluh wanita untuk menjaga istana, Daud dan keluarganya, serta
hamba-hamba dan para pengawal keluar. Kumpulan ini termasuk enam ratus
orang-orang Daud yang dibawah dari kota Gat di Filistin bertahun dahulu, dan
yang masih setia kepadanya.
Daud terlalu
tergerak hatinya bahawa orang-orang ini mahu bersama dengan dia pada waktu
ramai orang Israel yang mengubah pihak kepad Absalom. Daud mencadangkan kepad
aItai, yang mengetuai para pengawal istana dan orang lain dari Gat, bahawa dia
dan orang-orangnya serta keluarganya akan tetap tinggal di Yerusalem, tetapi
Itai menjelaskan bahawa dia mahu tinggal bersam dengan raj tidak kira apa yang
berlaku. Jadi Daud mengizinkan Itai pergi bersama dengan dia.
Seluruh kawasan
perdesaan mertap sementara orang-orang ini lalu di tempat mereka. Mereka
merentasi Lembah Kidron, dan semua orang berjalan menuju ke padang belantara
(ay.14-24).
Abiatar dan Zadok
dan orang-orang Lewi mengambil Tabut Perjanjian dan meletakkannya di sisi jalan
sehingga semua orang telah lalu.
Wakil Rahsia Daud
Daud merasa marah
apabila dia melihat Tabut itu dan berkata, “Kembalikan Tabut itu ke tempat
asalnya. Kita harus bergantung kepada Allah, bukan Tabut itu. Sekiranya Tuhan
melihat dengan kehendaknya, dia akan membawa aku kembali melihat Tabut itu dan
Bait Suci itu. Tetapi sekiranya dia sudah bosan dengan aku biarlah Dia
melakukan apa yang baik bagiNya.”
Daud berjalan di
jalan yang membawa ke Gunung Zaitun untuk berdoa kepada Allah. Ini dilakukan
dengan sifat yang bertobat, dengan menutupi kepalanya dan tidak memakai apa-apa
di kakinya. Ramai orang yang bersamanya melakukan perkara yang sama, meratap
sementara mereka pergi. Daud telah diberitahu bahawa Ahitopel, penasihatnya,
ada bersama dengan Absalom. Daud berdoa kepada Allah akan mengubah kaunsil
Ahitopel menjadi kebodohan.
Apabila Daud tiba
di puncak Gunung Zaitun, diman orang-orang menyembah Allah, Daud mendapati Husai
menunggu dia dengan jubahnya dikoyakkan dan abu di kepalanya (ay.30-32).
“Daripada pergi
bersama dengan aku,” Daud memberitahu dia, “kamu boleh membantu aku sekiranya
kamu kembali ke Yerusalem dan bergabung dengan Zadok dan Abiatar untuk
memberitahu aku perkembangan, melalui anak-anak mereka, tentang bagaimana
keadaan di Yerusalem apabila Absalom tiba disana. Mungkin kamu boleh menjadi
seorang yang diyakini oleh Absalom dan
mengimbangi nasihat yang mungkin diberikan oleh Ahitopel, yang
menderhaka kepada aku kerana anakku.” Husai dengan taat kembali ke kota, tiba
disana sama masa dengan ketibaan Absalom (ay.33-37).
Daud dan Ziba
Ketika turun dai
Gunung Zaitun Daud disambut oleh Ziba, pengurus kepada rumah Mefiboset. Ziba
membawa dua keldai yang membawa banyak makanan. Apabila Daud bertanya kepada
dia dimana dia membawa makanan itu. Ziba memberiathu dia bahawa keldai-keldai
ini adalah untuk membawa Daud dan ahli keluarganya, berganti-ganti supaya
mereka tidak akan penat dengan berjalan kaki.
“Roti dan
buah-buahan ini adalah untuk mengekalkan tenaga orang-orang muda itu, dan
wain-wain ini adalah untuk menyegarkan kepada orang yang jatuh pengsan
sekiranya kamu perlu pergi ke padang belantara,” Ziba menjelaskan.
“Dimanakah
Mefiboset?” Daud bertanya. “Aku mahu mengucapkan syukur kepadanya.”
“Dia tinggal di
Yerusalem,” Ziba memberitahu. “Dia merasa bahawa dia harus menjadi raja yang
seterusnya kerana dia adalah keluarga diraja Saul.”
Daud merasa
terkejut dan kecewa mendengar bahawa orang yang sangka setia telah menjadi
orang yang bersifat seperti Absalom. Dibawah tekanan, Daud membuat satu
kesilapan dalam persepsi. Dia telah ditipu.
“Jika demikian,”
raja itu memberitahu Ziba, “Aku akan memberikan segala yang dipunyainya.”
Terima kasih,”
Ziba menjawab.
Ziba telah
berbohong mengenai Mefiboset,yang sebenarnya masih setia kepada Daud. Dia cuba
untuk mendapatkan kehendak dan sokongan kesyukuran Daud. Dia pasti ini adalah
berbaloi kerana dia yakin bahawa Daud akan kembali ke Yerusalem menjadi
pemimpin di Israel (2 Sam 16:1-4).
Kutuk dan Kebencian
Kemudian,
sementara Daud dan pengikutnya melalui Bahurim, seorang lelaki dari suku kaum
Saul datang berlari dari perdesaan dan melontarkan batu kepada Daud dan mereka
yang bersama dengan raja. Dia adalah Simei, anak kepada Gera. Dia dengan marah
berteriak untuk mengutuk dan menghina serta menuduh Daud telah membunuh Saul
dan keluarganya dan mengambil takhta Israel dari Saul.
“Sekarang,
sekurang-kurangnya kamu membayar segala jenayah jahat yang telah kamu lakukan!”
orang itu berteriak. “Anak kamu sendiri akan mengambil dari kamu apa yang kamu
ambil dari Saul! Keluarlah kamu dari sini!”
Abisai, panglima
kedua dalam ketenteraan Israel, adalah di kalangan orang yang menemani Daud.
Apabila di dapati apa yang orang yang marah ini lakukan, dia juga menjadi
marah.
“Mengapa anjing
ini dibiarkan menghina kamu seperti ini?” dia bertanya kepada Daud. “Biar aku
arahkan orang-orang kita untuk menangkapnya dan memancung kepalanya!”
“Tidak!” Daud
dengan cepat menjawab. “Cara kamu bukanlah cara aku menangani perkara ini.
Diarkan dia mengutuk aku. Allah membenarkan dia mengutuk aku. Allah tidak
menghalangi anak aku dari mencari hidupku, mengapa pula Dia mahu menghalang
orang ini dari menunjukkan kebenciannya terhadap aku? Sekiranya aku bertahan
dengan keadaan ini, Allah akan menunjukkan belas kasihan kepadaku, dan mungkin
akan membantuku dari masa kesukaran ini.”
Jadi raja itu dan
orang-orangnya meneruskan perjalanan dan Simei terus mengutuk dia dan
melontarkan batu kepada Daud dan melontarkan abu ke udara sementara mereka
berlalu. Akhirnya raja itu dan semua pengikutnya tiba di destinasi mereka
dengan kepenatan (ay.5-14).
Sementara itu,
Absalom dan para tenteranya dan penyokongnya bergerak di Yerusalem dan
mengambil kota yang tidak dipertahankan itu. Di kalangan orang yang menyambut
anak raja itu di Yerusalem adalah Husai, sahabat Daud yang bersetuju untuk
membantu Daud.
“Hiduplah raja!”
Husai berteriak sementara Absalom melalui jalan bersama dengan pengawalnya.
Apabila Absalom
mengenali Husai, yang dia tahu sebagai sahabt baik bapanya, dia memanggil, “Apa
kamu buat disini? Aku terkejut kamu tidak melarikan diri bersama dengan dia!”
Absalom meminta nasihat
“Siapa saja yang
diangkat oleh Allah untuk menjadi raja, dan siapa saja yang disukai oleh orang
ramai, orang itulah yang aku akan ikut, “ Husai menjelaskan. “Aku melayani
bapamu dengan baik, dan sekarang aku bersedia untuk melayani kamu juga”
(ay.15-19). Husai sebenarnya bermaksud ingin melayani Daud di hadapan Absalom.
Absalom kemudiannya
berkata kepada Ahitofel, “Berilah nasihat. Apakah yang harus kita lakukan?”
Sepuluh wanita
yang ditinggalkan oleh bapamu di istana adalah gundiknya,” Ahitofel berbisik
kepada Absalom. “Sebagai pemenang, kamy harus mengambil mereka secara terbuka
sebagai isteri-isterimu. Aku akan melihat bahawa orang ramai tidak lama lagi
akan mendengar bahawa bapamu akan membenci kamu. Dengan ini, lebih banyak orang
yang akan berdiri di pihak kamu. Dalam keadaan ini pihak kamu pasti akan
menang.”
Absalom melaksanakan
nasihat Ahitofel, dan mengambil sepuluh gundik bapanya (ay.20-23). Allah
membenarkan jenayah ini berlaku sebagai kegenapan kepada nubuatan yang dibuat
oleh Daud melalui Natan. Nabi itu telah memberitahi raja tiu bahawa seseorang
akan mengambil isteri-isterinya kerana dia telah mengambil Batsyeba, isteri
Uria itu (2 Sam 12:9-12). Ahitofel sendiri berdendam dengan Daud kerana Daud
telah mengambil Batsyeba, cucunya, dari Uria dan dia menggunakan nubuatan Natan
untuk melakukannya.
Kemudian,
Ahitofel memberikan Absalom nasihat lain. Ianya adalah satu rancangan yang muda
dimana anak Daud ini akan menjadi raja yang agung di Israel.
“Aku akan memilih
dua belas ribu orang Israel yang terbaik yang kita miliki,” Ahitofel
memberitahu Absalom. “Aku akan mengambil mereka malam ini untuk mengejar Daud
dan orang-orang yang bersama dengan mereka. Aku akan pastikan Daud akan mati,
tetapi pastikan tiada orang lain yang cedera. Ia akan membawa semua orang
datang kepadamu.”
Idea ini disukai
oleh Absalom, dan juga para ketua yang lain (2 Sam 17:1-4). Bagaimana pun,
Absalom memanggil Husai, menjelaskan cadangan Ahitofel, dan bertanya apa
fikiran Husai mengenainya.
“Ahitofel seorang
yang penasihat yang bijak,” Husai berkata, “tetapi aku tidak percaya dengan
rancangannya dalam keadaan ini baik.” Husai mengetahui rancangan itu akan
berhasil. Jadi dia mengatakan bahawa ia tidak baik.
"Anda tahu
bapa anda dan orang-orangnya adalah pejuang-pejuang. Juga dua belas ribu
orang mungkin tidak dapat untuk mencari
Daud, dan dia akan hendaklah didapati untuk dibunuh," Husai menyatakan,
membuat kebanyakan daripada peluang ini untuk memperkecil-kecilkan idea
Ahitofel. "Daud adalah pakar dalam strategi perang. Dalam keadaan
fikirannya kini, dia mungkin adalah menjadi terutama berhati-hati utuk tidak
dikalahkan. Dia seperti ibu beruang yang telah telah membawa anak-anaknya pergi
dari dia. Dia boleh jadi marah dan pandai. Nescaya dia bersembunyi dalam
beberapa gua atau lubang sekarang, berasingan daripada rakyatnya, dengan
askar-askarnya menyembunyikan bagi memerangkap mana-mana yang datang mencari
untuk dia , malah dalam jumlah yang lebih besar daripada mereka. Jika
orang-orangnya dapat membunuh hanya beberapa dari dua belas ribu itu, Israel
akan bersatu serta-merta di pihak bapa kamu, dan kamu akan hilang peluang untuk
takhta itu. Tidak bijak untuk kamu mengikuti nasihat Ahitofel dalam perkara
ini" (ay. 5-10).
Husai meneruskan,
“Aku cadangkan bahawa kamu mengumpulkan bala tentera kamu dari seluruh Israel
untuk membina tentera yang kuat dimana kamu sendiri memimpinnya kedalam
peperangan tanpa rasa takut untuk kalah. Kemudian kamu boleh pasti dapat
mengambil Daud dan memusnhkan semua yang mempertahankan dia. Sekiranya dia
bersembunyi di kawasan terbuka, dia akan pasti ditemui. Sekiranya dia bersembunyi
di kota, kamu mempunyai cukup orang untuk merobohkan kota itu. Lagi pula, kamu
akan memerlukan satu bala tentera untuk melawan serangan dari luar negara ini.”
Apabila Absalom
memberitahu bahawa dia bersetuju dengan rancangan itu, para penyokongnya juga
bersetuju dengan dia, dan Allah mengetahui nya kerana Dia telah tetapkan untuk
terjadi demikian (ay.11-14).
Sementara
rencangan ini dilakukan dengan mengumpulkan bala tentera yang besar, Husai
pergi kepada Zadok dan Abiatar, imam itu, untuk memberitahu mereka apa yang
sedang berlaku.
Husai
berkata,”Utuskan mesej serta merta kepada Daud untuk memberitahu dia supaya
tidak bermalam arungan padang belantara. Beritahu raja itu untuk menyeberangi
tanpa gagal atau dia dan para pengikutnya akan mati.”
Seorang hamba
perempuan diutus untuk memberitahu Yonatan dan Ahimaas apa yang ingin mereka
beritahu Daud.
Menghubungi Daud
bukan tidak mempunyai risikonya sendiri. Sejurus anak-anak imam ini mulakan
misi mereka, mereka melintasi seorang anak yang menganali mereka. Tidak lama
kemudian Absalom mengetahui bahawa Yonatan dan Ahimaas berjalan terburu-buru di
arah utara. Absalom merasa bahawa sesuatu yang bertentangan dengan hal ehwalnya
akan terjadi. Dia mengutus tentera untuk mencari anak-anak nabi itu dan membawa
mereka kembali untuk disiasat.
Yonatan dan
Ahimaas memutuskan untuk melengah-lengahkan perjalanan mereka untuk sedikit
manakala, supaya mereka tidak ditangkap di perdesaan yang terbuka. mereka mencari tempat teduh di rumah seorang
kawan yang setia kepada Daud. Orang-orang
Absalom tidak lama kemudian mengeruk kawasan itu, dan malah memasuki dan
rumah-rumah. Bila mereka datang di rumah di mana anak-anak nabi itu
bersembunyi, pencarian mereka menjadi sia-sia. Selepas askar-askar itu telah
pergi, wanita rumah itu pergi di luar untuk di mana beberapa butir bijian
ditaburkan di sehelai kain. Dia mengambil kain, dengan itu membuka mulut telaga
itu dan Yonatan dan Ahimaas keluar dengan selamat tanpa cedera dan bersyukur
serta meneruskan perjalanan.
Selepas Daud
diberitahu apa yang sedang berlaku, dia dan mereka yang bersama dengan dia mula
berjalan dengan cepat dan menyeberangi Sungai Yordan. Menjelang matahari terbit
mereka semua sudah menyeberanginya (ay.15-22).
Apabila Ahitofel
melihat bahawa nasihatnya tidak dihiraukan, dia menaiki keldainya dan menuju ke
rumahnya. Dia mengetahui bahawa dia bersikap bodoh kerana meninggalkan Daud,
dan dia tidak lagi mempunyai kedudukan politik, dan bahawa dia akan dianggap
sebagai penghianat kepada bangsanya dan mungkin akan dibunh serta merta.
Kemudian,
seseorang menjumpai dia tergantung mati di satu usuk di rumahnya. Dia
mengetahui bahawa ini akan akhirnya terjadi kepada dirinya, dan dia mahu dia
mati di tangannya sendiri (ay.23).
Kumpulan Daud
kemudiannya tiba di kota Mahanaim dan mereka disambut untuk tinggal disana oleh
orang Manaseh dan Gad. Mereka serta merta menunjukkan sokongan kepad aRaja
Daud. Setiap hari semakin ramai orang yang mengikuti Daud dari semua wilayah
Israel, kebanyakan mereka datang secara sukarela untuk memperkuatkan bala
tentera.
Sementara Raj
Daud berada di Mahanaim, malah Sobi, anak kepada bekas raja Amon, membawa
hadiah dan membantu Daud dan orang-orangnya yang bersama dengan dia. Demikian
juga dengan dua tukang masak Israel, Barsilai dan Makir dari suku kaum Manaseh.
Selepas mengetahui bahawa kota manaseh terlalu ramai orang dan kekurangan
makanan kerana terlalu ramai tetamu, mereka menghantar katil, pasu, periuk
belanga, juga gandum, kekacang, jelai ,tepung, dadih, tepung, madu, keju dan kambing-kambing.
Orang-orang ini menjadi lapar dan penat dan haus di padang belantara dan Daud
bersyukur kerana keperluan yang diberikan itu (ay.27-29).
Terlalu ramai
orang yang mengikuti Daud mereka perlu dikira dan mengangkat ketua untuk
memerintahkan tentera yang diatur kepada tida bahagian ini. Dia mengangkat
dikalangan mereka satu ribu ketua pasukan dan seratus ketua pasukan dan
menghantar bala tentera itu keluar – satu pertiga dibawah Yoab, satu pertiga
lagi dibawah saudara Yoab, Abisai dan satu pertiga lagi dibawag Itai.
Daud mahu pergi
bersama dengan bala tentera itu, tetapi orang atasnya mengatakan bahawa ia
adalah satu peperangan demi untuk keselamatan raja, dan bahawa dia tidak harus
mengikutinya tetapi memberi mereka sokongan dari kota (2 Sam 18:1-3).
“Aku akan lakukan
apa sahaj yang kamu fikir terbaik,” Daud akhirnya berkata. Kemudian berkata
kepada Yoab, Abisai dan Itai, dia barkata, “Janganlah berkasar dengan Absalom
demi aku.” Dan semua bala tentera itu mendenar arahan raja ini berkenaan dengan
Absalom (ay.4-5).
q