Jemaat-jemaat Allah Al Masehi

[CB98]

 

 

 

 

Pelajaran:

Nyanyian Musa

(Edisi 1.0 20050910-20060910)

 

Dalam Pelajaran ini kita akan meninjau Nyanyian Musa daripada Ulangan 32. Kita perhatikan bahawa Nyanyian Musa ini juga ada dalam Keluaran 15.

 

 

 

Christian Churches of God

 

PO Box 369, WODEN ACT 2606, AUSTRALIA

E-mail: secretary@ccg.org

 

(Hakcipta ã 2005, 2006 Diane Flanagan, ed. Wade Cox)

 (tr. 2010)

 

Karya tulis ini boleh disalin semula dan didistribusikan secara bebas dengan syarat ia disalin semuanya tanpa apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat penerbit serta notis hakcipta harus disertakan.  Sebarang bayaran tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima salinan yang didistribusikan.  Petikan-petikan ringkas daripadanya boleh dimasukkan ke dalam artikel-artikel kritis dan karya ulasan tanpa melanggar undang-undang hakcipta.

 

Karya ini boleh didapati daripada Internet di:
http://www.logon.org dan http://www.ccg.org


 

Pelajaran:

Nyanyian Musa

 

 


Tujuan:

Meninjau kepentingan Nyanyian Musa.

 

Objektif:

1. Anak-anak akan dapat mengerti kepentingan Nyanyian Musa.

2. Anak-anak akan mengenalpasti Nyanyian Musa dalam Ulangan 32 dan juga dalam Keluaran 15.

3. Anak-anak akan mengerti bahawa Nyanyian Musa harus dibicarakan atau dinyanyikan pada waktu Perayaan.

4. Anak-anak akan didedahkan kepada beberapa poin menarik dalam Nyanyian Musa.

5. Anak-anak akan mengerti Nyanyian Musa ialah sebahagian daripada sistem pemulihan Tuhan.

 

Sumber Bahan:

Perintah Bersepuluh (CB17)

Hukum Tuhan (CB25)

Musa dan orang Israel Berpindah ke Sinai (CB40)

Pelajaran: Perintah Pertama (No. CB70)

Teks Ulangan 32 (NASV) dengan modifikasi di Lampiran A.

Kantilasi (nyanyian ritual) Nyanyian Musa jika ada.

Lihat juga kertas Nyanyian Musa dalam Keluaran 15 (No. 179).

 

Ayat-ayat Relevan:

Wahyu 15:3; Ulangan 32; dan Keluaran 15.

 

Ayat Hafalan:

Wahyu 15:3:

Dan mereka menyanyikan nyanyian Musa, hamba Allah, dan nyanyian Anak Domba, bunyinya: "Besar dan ajaib segala pekerjaan-Mu, ya Tuhan, Allah, Yang Mahakuasa! Adil dan benar segala jalan-Mu, ya Raja segala bangsa! (NASV)

 

Ulangan 32:47:

Sebab perkataan ini bukanlah perkataan hampa bagimu, tetapi itulah hidupmu, dan dengan perkataan ini akan lanjut umurmu di tanah, ke mana kamu pergi, menyeberangi sungai Yordan untuk mendudukinya." (NASV)

 

Format:

Buka dengan doa.

Tanya Anak-anak apa mereka fikir tentang apakah Nyanyian Musa itu dan kenapa dia menulisnya.

Pelajaran tentang Nyanyian Musa.

Aktiviti berhubungan dengan Nyanyian Musa.

Dengar audio Kantilasi Nyanyian Musa jika ada.

Tutup dengan doa.

 

Pelajaran:

Tuhan menetapkan HukumNya dan sistemNya di bawah hamba-hamba setia. Sesudah Musa selesai melakukan segala yang Tuhan minta daripadanya, Tuhan kemudian memberitahu Musa bahawa waktu matinya sudah tiba. Sampai waktu ini Musa sudah berumur kira-kira 120 tahun. Musa dan Yosua berada dalam Khemah Pertemuan, dan Tuhan muncul kepada mereka. Dia memberitahu mereka bahawa dia tahu bangsa itu akan melanggar Perjanjian itu, dan yang Dia akan murka, dan banyak kejahatan akan menimpa mereka. Di akhir hayat Musa dia diperintah untuk meninjau Hukum itu dengan orang Israel dan menulis serta mengajar orang Israel nyanyian ini. Orang Israel harus belajar dan menyanyikan nyanyian ini.

 

Harus diperhatikan di sini bahawa, “Nyanyian Musa” mula-mula muncul dalam Keluaran 15 dan kali keduanya dalam Ulangan 32. Kedua-dua teks ini ialah Nyanyian Musa dan kedua-duanya teguh sebagai kesaksian kepada Israel berkenaan Hukum Tuhan dan segala perbuatanNya. Untuk pelajaran ini kita akan menumpu pada teks Ulangan 32.

 

Pengenalan dan Sejarah kepada Nyanyian Musa

 

Soalan dan Jawapan: (Soalan anak-anak bertulis gelap.)

 

S1. Haruskah Nyanyian Musa diajar kepada Israel?

 

J. Ya. Wahyu 15:3 mengatakan: “Dan mereka menyanyikan nyanyian Musa, hamba Allah, dan nyanyian Anak Domba” … Jika kita harus menyanyikan sebuah nyanyian kita harus mempelajarinya dan mengenalinya.

 

S2. Adakah nyanyian Musa itu suatu saksi?

 

J. Ya. Kita tahu daripada Ulangan 31:19 bahawa nyanyian itu ialah saksi. Ulangan 31: “Oleh sebab itu tuliskanlah nyanyian ini dan ajarkanlah kepada orang Israel, letakkanlah di dalam mulut mereka, supaya nyanyian ini menjadi saksi bagi-Ku terhadap orang Israel.”

 

S3. Apakah ertinya mempunyai saksi?

 

J. Kamus Webster 1977 menyatakan bahawa saksi ialah: “secara literal seorang yang mengetahui, seorang yang secara peribadi melihat atau memerhatikan apa saja; yang memberi keterangan atau bukti; sokongan atau menyatakan suatu fakta atau peristiwa; kesaksian.” Jadi kita lihat Nyanyian Musa bertindak sebagai saksi atau peringatan kepada orang Israel, selamanya.

 

S4. Adakah Tuhan mengetahui segalanya, walaupun sebelum terjadi?

 

J. Ya, (Mazmur 147:5; Yesaya 46:10; Mat. 24:36). Ulangan 31:20 menunjukkan bahawa Tuhan mengetahui semua yang bakal terjadi sebelum halnya terjadi: “Sebab Aku akan membawa mereka ke tanah yang Kujanjikan dengan sumpah kepada nenek moyang mereka, yakni tanah yang berlimpah-limpah susu dan madunya; mereka akan makan dan kenyang dan menjadi gemuk, tetapi mereka akan berpaling kepada allah lain dan beribadah kepadanya. Aku ini akan dinista mereka dan perjanjian-Ku akan diingkari mereka.

 

S5. Adakah Nyanyian Musa akan sentiasa diingati oleh sesetengah orang Israel, walaupun beberapa tahun kemudiannya?

 

J. Ya. Ulangan 31:21 memberitahu kita: “Maka apabila banyak kali mereka ditimpa malapetaka serta kesusahan, maka nyanyian ini akan menjadi kesaksian terhadap mereka, sebab nyanyian ini akan tetap melekat pada bibir keturunan mereka. Sebab Aku tahu niat yang dikandung mereka pada hari ini, sebelum Aku membawa mereka ke negeri yang Kujanjikan dengan sumpah kepada mereka.

 

S6. Adakah Nyanyian itu ditulis dan diajar oleh Musa?

 

J. Ya. Ulangan 31:22: Maka Musa menuliskan nyanyian ini [pada hari yang sama] dan mengajarkannya kepada orang Israel.

 

Yosua Ditugaskan

23 Kepada Yosua bin Nun diberi-Nya perintah, firman-Nya: "Kuatkan dan teguhkanlah hatimu, sebab engkau akan membawa orang Israel ke negeri yang Kujanjikan dengan sumpah kepada mereka, dan Aku akan menyertai engkau."

24 Ketika Musa selesai menuliskan perkataan hukum Taurat itu dalam sebuah kitab sampai perkataan yang penghabisan,

25 maka Musa memerintahkan kepada orang-orang Lewi pengangkut tabut perjanjian TUHAN, demikian:

26 "Ambillah kitab Taurat ini dan letakkanlah di samping tabut perjanjian TUHAN, Allahmu, supaya menjadi saksi di situ terhadap engkau.

27 Sebab aku mengenal kedegilan dan tegar tengkukmu. Sedangkan sekarang, selagi aku hidup bersama-sama dengan kamu, kamu sudah menunjukkan kedegilanmu terhadap TUHAN, terlebih lagi nanti sesudah aku mati.

28 Suruhlah berkumpul kepadaku segala tua-tua sukumu dan para pengatur pasukanmu, maka aku akan mengatakan hal yang berikut kepada mereka dan memanggil langit dan bumi menjadi saksi terhadap mereka.

29 Sebab aku tahu, bahwa sesudah aku mati, kamu akan berlaku sangat busuk dan akan menyimpang dari jalan yang telah kuperintahkan kepadamu. Sebab itu di kemudian hari malapetaka akan menimpa kamu, apabila kamu berbuat yang jahat di mata TUHAN, dan menimbulkan sakit hati-Nya dengan perbuatan tanganmu."

30 Lalu Musa menyampaikan ke telinga seluruh jemaah Israel nyanyian ini sampai perkataan yang penghabisan.

 

S7. Kenapa kita belajar Nyanyian Musa?

 

J. Sebab Tuhan berfirman bahawa tiada keturunan, atau anak Israel, harus melupakan nyanyian itu (Ulangan 31:21). Musa diperintah untuk menulis dan mengajar nyanyian itu kepada orang Israel supaya mereka tidak akan lupa apa yang diajar kepada mereka.

 

S8. Wahyu 15:3 menyatakan orang-orang kudus akan menyanyikan Nyanyian Musa dan Nyanyian Anak Domba. Siapakah orang-orang kudus?

 

J. Orang-orang kudus ialah mereka yang ada dalam Kebangkitan Pertama yang telah mentaati segala Perintah Tuhan dan Kesaksia Yesus Kristus (Wahyu 12:17; 14:12; 22:14).

 

Pada akhir setiap tujuh tahun kita tahu Hukum harus dibacakan (Ulangan 15:1,2; 31:9, 10). Oleh itu seluruh Israel akan berkumpul untuk membaca Hukum itu dan membaca/menyanyi Nyanyian Musa untuk takut akan dan belajar bagaimana untuk menyembah Eloah.

 

Fakta-fakta menarik tentang Nyanyian Musa:

 

a)  Dalam Ulangan 31:28 langit dan bumi dikatakan menjadi saksi kepada penerimaan Hukum Tuhan. Ini salah satu daripada tiga belas kali langit dan bumi bertindak sebagai saksi-saksi kepada suatu peristiwa. Lihat nota dalam The Companion Bible kepada Ulangan 31:28. Untuk teks-teks lain lihat nota kepada Ulangan 4:26, di mana hampir kata-kata yang sama dinyatakan oleh Musa. Namun dalam Ulangan 32:1 kita juga melihat rujukan kepada syurga dan bumi. Kita tahu daripada Ulangan 31:19 Nyanyian Musa ialah satu saksi. Dalam Ulangan 31:26 ini merujuk kepada pemberian Hukum.

 

b)  Gunung Batu digunakan 5 kali dalam Nyanyian Musa mengikut nota kepada Ulangan 32:4 dalam The Companion Bible. Angka 5 ialah bilangan Kasih Karunia. Terdapat juga 5 hal utama, atau benda-benda yang mencirikan Tuhan dan HukumNya: kesucian, kebenaran, kebaikan, kesempurnaan dan kebenaran.

 

c)  Dari Ulangan 31:29 sampai 32:44 Nyanyian Musa ini juga disebut 5 kali.

 

d)  Israel kadangkala juga dipanggil Yakub. Dalam Nyanyian Musa Israel juga dipanggil Yesyurun. Yesyurun ialah nama puitis bagi orang Israel, digunakan sebagai tanda kasih sayang, bermakna, “bangsa tidak bercela yang disayangi” (Ulangan 32:15; 33:5,26; Yesaya 44:2) mengikut Kamus Alkitab Easton. Ini hanya digunakan dalam Alkitab di empat tempat ini. Dalam nota kepada Ulangan 32:15 Bullinger menyatakan ini ialah “tidak bercela iaitu dipilih oleh Tuhan”.

 

S9. Adakah Musa mengajar semua perkataan Nyanyian itu kepada bangsa itu?

 

J. Ya. Ulangan 32:44: Lalu datanglah Musa bersama-sama dengan Yosua bin Nun dan menyampaikan ke telinga bangsa itu segala perkataan nyanyian tadi.

 

S10. Apakah yang Musa beri amaran dan ingatkan orang Israel?

 

J. Untuk berhati-hati menurut segala Perintah Tuhan dan mengajarnya kepada anak-anak mereka. Dalam ayat 46 dia berkata kepada mereka: “Perhatikanlah segala perkataan yang kuperingatkan kepadamu pada hari ini, supaya kamu memerintahkannya kepada anak-anakmu untuk melakukan dengan setia segala perkataan hukum Taurat ini.”

 

S11. Dapatkah kita temui Nyanyian Musa di tempat lain dalam Alkitab?

 

J. Ya, kali pertamanya dalam Keluaran 15. Musa dan orang Israel menyanyikan lagu pujian dan kemuliaan kepada Tuhan sesudah mereka dibawa dengan selamat melalui Laut Teberau dan diselamatkan daripada orang Mesir (lihat Keluaran 14:26-31). Teks dalam Ulangan dan Keluaran kedua-duanya ialah Nyanyian Musa.

 

S12. Adakah Hukum Tuhan hidup kita?

 

J. Ya, dengan mentaati Hukum itu kita akan hidup lebih lama dan mempunyai kehidupan lebih gembira. Datuk nenek, ibu bapa dan anak-anak semuanya bermanfaat daripada mentaati Allah Maha Esa. Ulangan 32:47: “Sebab perkataan ini bukanlah perkataan hampa bagimu, tetapi itulah hidupmu, dan dengan perkataan ini akan lanjut umurmu di tanah, ke mana kamu pergi, menyeberangi sungai Yordan untuk mendudukinya.”

 

Tutup dengan doa.

 

Aktiviti

 

1) Buku mewarna Nyanyian Musa

 

Bekalan diperlukan: Satu buku mewarna untuk tiap anak dan pewarna. Lihat kertas Buku Mewarna Nyanyian Musa (No. CB98 2).

 

Prosedur: Berikan tiap anak buku mewarna untuk digunakan dan belajar daripadanya. Doronglah orang dewasa lain juga untuk melihat kerja mereka dan membaca Nyanyian Musa bersama mereka. Sebaik saja buku mewarna itu selesai itu boleh menjadi cerita waktu tidur yang dibaca setiap malam Sabat.

 

2) Versi memori Nyanyian Musa

 

Bekalan diperlukan: Satu buku mewarna untuk setiap anak dan pewarna atau tanah liat atau bahan-bahan binaan.

 

Prosedur: Berikan mukasurat pertama buku mewarna Nyanyian Musa kepada anak-anak. Izinkan anak-anak mewarna gambar itu dan mempelajari ayat(-ayat)nya. Pada setiap sesi tinjaulah Ayat-ayat pelajaran sebelumnya daripada ingatan atau biarlah anak-anak membaca teksnya bersama-sama dan tambah satu lagi gambar. Dengan itu, setiap hari Nyanyian itu akan diperkuatkan untuk anak-anak.

 

Jika anak-anak mempunyai kesukaran melaksanakan aspek motor halus mewarna, mereka juga boleh membuat ukiran-ukiran “tanah liat” yang cocok dengan tema ayat-ayat/gambar itu.

 

3) Pertunjukan Nyanyian Musa

 

Bekalan Diperlukan:

Buku mewarna Nyanyian Musa.

CD dengan Kantilasi Nyanyian Musa.

Lukisan-lukisan mengikut bilangan pelajar yang membayangkan bahagian-bahagian Nyanyian Musa (lebih baik besarkan gambar-gambar untuk muat papan tag saiz besar dan gariskan bentuk lukisan-lukisan (pena) penanda hitam).

Pewarna, pena penanda atau pensel warna.

 

Prosedur: Anak-anak diizinkan tiap satu untuk memilih satu gambar daripada Nyanyian Musa. Apabila anak-anak mula mewarna, mainkan Kantilasi Nyanyian Musa di latar belakang supaya mereka boleh mendengar bagaimana pertunjukan asal Nyanyian itu. Sepanjang Perayaan tiap anak-anak mengusahakan pewarnaan gambar mereka.

 

Bahagian-bahagian teks Nyanyian Musa dibahagikan untuk cocok atau padan dengan bahagian-bahagian bergambar nyanyiannya. Tuliskan nombor lukisan-lukisan itu di belakang papan tag itu untuk membantu anak-anak mengetahui susunan betul Nyanyian Musa. Pada hari pertunjukan anak-anak tampil menurut susunan bahagian mereka. Jika anak itu cukup tua dia membacakan bahagian mereka dalam Nyanyian Musa itu. Jika anak itu tidak boleh membaca si pencerita membaca untuknya. Bahagian-bahagian berperkataan masing-masing kepada Nyanyian Musa boleh dilekatkan di belakang papan tag itu untuk anak-anak pegang dan baca. Kalau gambar-gambar kecil berfungsi, buku mewarna itu direka supaya teks yang berpadanan dengan gambar boleh dilekatkan kepada belakang gambar itu. Anak-anak boleh membaca Nyanyian Musa kepada para penonton ketika mereka memperlihatkan helai-helai mewarna mereka.

 

Lampiran A: “Nyanyian Musa”

 

Ulangan 32:1 dst.

 

1 "Pasanglah telingamu, hai langit, aku mau berbicara,

dan baiklah bumi mendengarkan ucapan mulutku.

 

2 Mudah-mudahan pengajaranku menitik laksana hujan,

perkataanku menetes laksana embun,

laksana hujan renai ke atas tunas muda,

dan laksana dirus hujan ke atas tumbuh-tumbuhan.

 

3 Sebab nama TUHAN [Yahovah] akan kuserukan:

Berilah hormat kepada Tuhan Elohim kita,

 

4 Gunung Batu, yang pekerjaan-Nya sempurna,

karena segala jalan-Nya adil,

Allah yang setia, dengan tiada kecurangan,

adil dan benar Dia.

 

5 Berlaku busuk terhadap Dia,

mereka yang bukan lagi anak-anak-Nya, yang merupakan noda,

suatu angkatan yang bengkok dan belat-belit.

 

6 Demikianlah engkau mengadakan pembalasan terhadap TUHAN [Yahovah],

hai bangsa yang bebal dan tidak bijaksana?

Bukankah Ia Bapamu yang mencipta engkau,

yang menjadikan dan menegakkan engkau?

 

7 Ingatlah kepada zaman dahulu kala,

perhatikanlah tahun-tahun keturunan yang lalu,

tanyakanlah kepada ayahmu, maka ia memberitahukannya kepadamu,

kepada para tua-tuamu, maka mereka mengatakannya kepadamu.

 

8 Ketika Sang Mahatinggi [Elyon] membagi-bagikan milik pusaka kepada bangsa-bangsa,

ketika Ia memisah-misah anak-anak manusia,

maka Ia menetapkan wilayah bangsa-bangsa

menurut bilangan anak-anak Tuhan (lihat RSV).

 

9 Tetapi bagian TUHAN (Yahovah) ialah umat-Nya,

Yakub ialah milik yang ditetapkan bagi-Nya.

 

10 Didapati-Nya dia di suatu negeri, di padang gurun,

di tengah-tengah ketandusan dan auman padang belantara.

Dikelilingi-Nya dia dan diawasi-Nya,

dijaga-Nya sebagai biji mata-Nya.

 

11 Laksana rajawali menggoyangbangkitkan isi sarangnya,

melayang-layang di atas anak-anaknya,

mengembangkan sayapnya, menampung seekor,

dan mendukungnya di atas kepaknya,

 

12 demikianlah TUHAN [Yahovah] sendiri menuntun dia,

dan tidak ada allah asing menyertai dia.

 

13 Dibuat-Nya dia berkendaraan mengatasi bukit-bukit di bumi,

dan memakan hasil dari ladang;

dibuat-Nya dia mengisap madu dari bukit batu,

dan minyak dari gunung batu yang keras,

 

14 dadih dari lembu sapi dan susu kambing domba,

dengan lemak anak-anak domba; dan domba-domba jantan dari Basan dan kambing-kambing jantan, dengan gandum yang terbaik;

juga darah buah anggur yang berbuih engkau minum.

 

15 Lalu menjadi gemuklah Yesyurun, dan menendang ke belakang, --

bertambah gemuk engkau, gendut dan tambun—

dan ia meninggalkan Eloah yang telah menjadikan dia,

ia memandang rendah gunung batu keselamatannya.

 

16 Mereka membangkitkan cemburu-Nya dengan allah asing,

mereka menimbulkan sakit hati-Nya dengan dewa kekejian,

 

17 mereka mempersembahkan korban kepada roh-roh jahat yang bukan Eloah,

kepada allah yang tidak mereka kenal,

allah baru yang belum lama timbul,

yang kepadanya nenek moyangmu tidak gentar.

 

18 Gunung batu yang memperanakkan engkau, telah kaulalaikan,

dan telah kaulupakan Allah yang melahirkan engkau.

 

19 Ketika TUHAN [Yahovah] melihat hal itu, maka Ia menolak mereka,

karena Ia sakit hati oleh anak-anaknya lelaki dan perempuan.

 

20 Ia berfirman: Aku hendak menyembunyikan wajah-Ku terhadap mereka,

dan melihat bagaimana kesudahan mereka,

sebab mereka itu suatu angkatan yang bengkok,

anak-anak yang tidak mempunyai kesetiaan.

 

21 Mereka membangkitkan cemburu-Ku dengan yang bukan Allah,

mereka menimbulkan sakit hati-Ku dengan berhala mereka.

Sebab itu Aku akan membangkitkan cemburu mereka dengan yang bukan umat,

dan akan menyakiti hati mereka dengan bangsa yang bebal.

 

22 Sebab api telah dinyalakan oleh murka-Ku,

dan bernyala-nyala sampai ke bagian dunia orang mati yang paling bawah;

api itu memakan bumi dengan hasilnya,

dan menghanguskan dasar gunung-gunung.

 

23 Aku akan menimbun malapetaka ke atas mereka,

seluruh anak panah-Ku akan Kutembakkan kepada mereka.

 

24 Apabila mereka sudah lemas karena lapar

dan merana oleh demam yang membara,

dan oleh penyakit sampar,

maka Aku akan melepaskan taring binatang buas kepada mereka,

dengan racun binatang yang menjalar di dalam debu.

 

25 Pedang di luar rumah

dan kengerian di dalam kamar

akan melenyapkan teruna maupun dara,

anak menyusu serta orang ubanan.

 

26 Seharusnya Aku berfirman: Aku meniupkan mereka,

melenyapkan ingatan kepada mereka dari antara manusia,

 

27 tetapi Aku kuatir disakiti hati-Ku oleh musuh,

jangan-jangan lawan mereka salah mengerti,

jangan-jangan mereka berkata: Tangan kami jaya,

bukanlah TUHAN yang melakukan semuanya ini.

 

28 Sebab mereka itu suatu bangsa yang tidak punya pertimbangan,

dan tidak ada pengertian pada mereka.

 

29 Sekiranya mereka bijaksana, tentulah mereka mengerti hal ini,

dan memperhatikan kesudahan mereka.

 

30 Bagaimana mungkin satu orang dapat mengejar seribu orang,

dan dua orang dapat membuat lari sepuluh ribu orang,

kalau tidak gunung batu mereka telah menjual mereka,

dan TUHAN [Yahovah] telah menyerahkan mereka!

 

31 Sebab bukanlah seperti gunung batu kita gunung batu orang-orang itu;

musuh kita boleh menjadi hakim!

 

32 Sesungguhnya, pohon anggur mereka berasal dari pohon anggur Sodom,

dan dari kebun-kebun Gomora;

buah anggur mereka adalah buah anggur yang beracun,

pahit gugusan-gugusannya.

 

33 Air anggur mereka adalah racun ular,

dan bisa ular tedung yang keras ganas.

 

34 Bukankah hal itu tersimpan pada-Ku,

termeterai dalam perbendaharaan-Ku?

 

35 Hak-Kulah dendam dan pembalasan,

pada waktu kaki mereka goyang,

sebab hari bencana bagi mereka telah dekat,

akan segera datang apa yang telah disediakan bagi mereka.

 

36 Sebab TUHAN [Yahovah] akan memberi keadilan kepada umat-Nya,

dan akan merasa sayang kepada hamba-hamba-Nya;

apabila dilihat-Nya, bahwa kekuatan mereka sudah lenyap,

dan baik hamba maupun orang merdeka sudah tiada.

 

37 Maka Ia akan berfirman: Di manakah allah mereka,

--gunung batu tempat mereka berlindung--

 

38 yang memakan lemak dari korban sembelihan mereka,

meminum anggur dari korban curahan mereka?

Biarlah mereka bangkit untuk menolong kamu,

sehingga kamu mendapat perlindungan.

 

39 Lihatlah sekarang, bahwa Aku, Akulah Dia.

Tidak ada Allah kecuali Aku.

Akulah yang mematikan dan yang menghidupkan,

Aku telah meremukkan, tetapi Akulah yang menyembuhkan, dan seorangpun tidak ada yang dapat melepaskan dari tangan-Ku.

 

40 Sesungguhnya, Aku mengangkat tangan-Ku ke langit,

dan berfirman: Demi Aku yang hidup selama-lamanya,

 

41 apabila Aku mengasah pedang-Ku yang berkilat-kilat,

dan tangan-Ku memegang penghukuman,

maka Aku membalas dendam kepada lawan-Ku,

dan mengadakan pembalasan kepada yang membenci Aku.

 

42 Aku akan memabukkan anak panah-Ku dengan darah,

dan pedang-Ku akan memakan daging:

darah orang-orang yang mati tertikam dan orang-orang yang tertawan,

dari kepala-kepala musuh yang berambut panjang.

 

43 Bersorak-sorailah, hai bangsa-bangsa karena umat-Nya,

sebab Ia membalaskan darah hamba-hamba-Nya,

Ia membalas dendam kepada lawan-Nya,

dan mengadakan pendamaian bagi tanah umat-Nya."

 

****************

44 Lalu datanglah Musa bersama-sama dengan Yosua bin Nun dan menyampaikan ke telinga bangsa itu segala perkataan nyanyian tadi.

45 Setelah Musa selesai menyampaikan segala perkataan itu kepada seluruh orang Israel,

46 berkatalah ia kepada mereka: "Perhatikanlah segala perkataan yang kuperingatkan kepadamu pada hari ini, supaya kamu memerintahkannya kepada anak-anakmu untuk melakukan dengan setia segala perkataan hukum Taurat ini.

47 Sebab perkataan ini bukanlah perkataan hampa bagimu, tetapi itulah hidupmu, dan dengan perkataan ini akan lanjut umurmu di tanah, ke mana kamu pergi, menyeberangi sungai Yordan untuk mendudukinya."

48 Pada hari itulah juga TUHAN [Yahovah] berfirman kepada Musa:

49 "Naiklah ke atas pegunungan Abarim, ke atas gunung Nebo, yang di tanah Moab, di tentangan Yerikho, dan pandanglah tanah Kanaan yang Kuberikan kepada orang Israel menjadi miliknya,

50 kemudian engkau akan mati di atas gunung yang akan kaunaiki itu, supaya engkau dikumpulkan kepada kaum leluhurmu, sama seperti Harun, kakakmu, sudah meninggal di gunung Hor dan dikumpulkan kepada kaum leluhurnya--

51 oleh sebab kamu telah berubah setia terhadap Aku di tengah-tengah orang Israel, dekat mata air Meriba di Kadesh di padang gurun Zin, dan oleh sebab kamu tidak menghormati kekudusan-Ku di tengah-tengah orang Israel.

52 Engkau boleh melihat negeri itu terbentang di depanmu, tetapi tidak boleh masuk ke sana, ke negeri yang Kuberikan kepada orang Israel."

 

 

q