Jemaat-jemaat Allah Al Masehi

[CB107]

 

 

 

Bait yang Didirikan Salomo

(Edisi 1.0 20070718-20070718)

 

Kita sudah lihat daripada Tabernacle in the Wilderness dan Garments of the High Priest bahawa Allah Bapa telah membuat rencana untuk keimamatan dan tempat kediamanNya di Bumi. Dalam pelajaran ini kita akan meninjau kembali asas perabot dalam Khemah Suci di Padang Gurun dan melihat bagaimana Tuhan memilih untuk membuat tempat tinggal kekal untuk Tabut Perjanjian untuk satu waktu tertentu dalam sejarah Israel.

 

 

 

Christian Churches of God

 

PO Box 369, WODEN ACT 2606, AUSTRALIA

E-mail: secretary@ccg.org

 

(Hakcipta ă 2007 Diane Flanagan, ed. Wade Cox)

(tr. 2009)

 

Karya tulis ini boleh disalin semula dan didistribusikan secara bebas dengan syarat ia disalin semuanya tanpa apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat penerbit serta notis hakcipta harus disertakan.  Sebarang bayaran tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima salinan yang didistribusikan.  Petikan-petikan ringkas daripadanya boleh dimasukkan ke dalam artikel-artikel kritis dan karya ulasan tanpa melanggar undang-undang hakcipta.

 

Karya ini boleh didapati daripada Internet di:
http://www.logon.org dan http://www.ccg.org

 

Bait yang Didirikan Salomo

 


Kita sudah lihat daripada Khemah Suci di Padang Gurun (No. CB42) bahawa Allah Bapa telah membuat rencana untuk keimamatan dan tempat kediamannya di Bumi.

 

Daud ingin mendirikan Bait itu

 

1 Tawarikh 28:2-3 Lalu berdirilah raja Daud dan berkata: "Dengarlah, hai saudara-saudaraku dan bangsaku! Aku bermaksud hendak mendirikan rumah perhentian untuk tabut perjanjian TUHAN dan untuk tumpuan kaki Allah kita; juga aku telah membuat persediaan untuk mendirikannya. 3 Tetapi Allah telah berfirman kepadaku: Engkau tidak akan mendirikan rumah bagi nama-Ku, sebab engkau ini seorang prajurit dan telah menumpahkan darah. (KJV)

 

Tuhan memberitahu Daud (1 Tawarikh 28:6-7) bahawa Salomo akan mendirikan Rumah Tuhan dan kerajaan itu dikukuhkan selamanya.

 

1 Tawarikh 28:19-20 Semuanya itu terdapat dalam tulisan yang diilhamkan kepadaku oleh TUHAN, yang berisi petunjuk tentang segala pelaksanaan rencana itu. 20 Lalu berkatalah Daud kepada Salomo, anaknya: "Kuatkan dan teguhkanlah hatimu, dan lakukanlah itu; janganlah takut dan janganlah tawar hati, sebab TUHAN Allah, Allahku, menyertai engkau. Ia tidak akan membiarkan dan meninggalkan engkau sampai segala pekerjaan untuk ibadah di rumah Allah selesai.

 

Perhatikan bahawa pada dua peristiwa Daud memerintah Salomo untuk menguatkan hatinya dan melakukan itu (lihat 1 Tawarikh 28:10 dan ayat 20 di atas).

 

Camkanlah sekarang, sebab TUHAN telah memilih engkau untuk mendirikan sebuah rumah menjadi tempat kudus. Kuatkanlah hatimu dan lakukanlah itu." (1 Tawarikh 28:10).

 

Doa Salomo meminta kebijaksanaan

 

Apabila Salomo mengetahui dia akan menggantikan ayahnya Daud sebagai raja, dia meminta daripada Tuhan kebijaksanaan dan pengetahuan untuk memerintah bangsaNya. Tuhan memberinya kebijaksanaan dan juga memberkatinya dengan kekayaan jasmaniah (2 Tawarikh 1:8 dan seterusnya). Di sini kita perhatikan Salomo mentaati Perintah Besar Pertama dan Kedua dengan meminta daripada Allah Maha Esa pertolongan dalam melayani dan memelihara umat Tuhan dengan betul.

 

Bahan-bahan untuk Bait yang didirikan Salomo

 

Daud menyatakan dalam 1 Tawarikh 29:2-3:

 

“Dengan segenap kemampuan aku telah mengadakan persediaan untuk rumah Allahku, yakni emas untuk barang-barang emas, perak untuk barang-barang perak, … Lagipula oleh karena cintaku kepada rumah Allahku, maka sebagai tambahan pada segala yang telah kusediakan bagi rumah kudus, aku dengan ini memberikan kepada rumah Allahku dari emas dan perak kepunyaanku sendiri..”

 

Di sini kita lihat Daud memberi dengan banyaknya untuk bahan-bahan pembuatan Bait itu. Begitu jugalah patutnya dengan kita. Kita sekarang ialah naos Bait; kita harus memberi persembahan terus-menerus dan bekerja tanpa henti melalui Roh Kudus Tuhan untuk membersihkan dan memurnikan fikiran dan badan kita. Kita harus bekerja keras untuk menjadi seperti firman Tuhan yang murni dan dijadikan sempurna.

 

Mazmur 12:6 Janji TUHAN adalah janji yang murni, bagaikan perak yang teruji, tujuh kali dimurnikan dalam dapur peleburan di tanah.

 

Emas tidak pudar dan merupakan logam mudah ditempa atau dilentur. Begitu juga kita harus asli, murni, mudah dilentur dan diajar.

 

Tuhan tidak menginginkan korban sekarang ini; Dia menghendaki hati yang pecah dan remuk lebih daripada korban. Kita boleh memberi korban-korban “jasmaniah” dengan memberi wang untuk pengajaran Injil, tetapi persembahan kita juga boleh dalam bentuk menulis naskah pelajaran, membuat penterjemahan, dan sememangnya berpuasa dan berdoa untuk Pekerjaan ini.

 

Mazmur 51:17 Korban sembelihan kepada Allah ialah jiwa yang hancur; hati yang patah dan remuk tidak akan Kaupandang hina, ya Allah.

 

Daripada teladan Daud, para pemerintah, panglima, dan lain-lainnya semua memberi dengan rela (1 Tawarikh 29:6,9). Sama seperti dengan Khemah Suci, rakyat suka memberi hadiah-hadiah yang boleh digunakan untuk membuat tempat kediaman Tuhan di atas Bumi. Tuhan mengasihi

 

2 Tawarikh 9:7 Berbahagialah orang-orangmu, dan berbahagialah para pegawaimu ini yang selalu melayani engkau dan menyaksikan hikmatmu!

 

Daripada 1 Tawarikh 29:21, kita lihat bahawa 1,000 ekor lembu, 1,000 ekor domba jantan dan 1,000 domba muda dipersembahkan, serta korban-korban curahannya. Di sini kita lihat tiga lot 1,000 yang berbeza yang memberi kita jumlah 3,000. Bilangan 3,000 ialah bilangan alkitabiah signifikan, sebab 3,000 orang dibaptiskan pada waktu Pentakosta dalam 30 CE (Kisah 2:41).

 

Tempat Bait itu

 

2 Tawarikh 3:1 memberitahu kita Salomo mula mendirikan Rumah Tuhan di Yerusalem di atas Gunung Moria. Inilah tempatnya di mana Malaikat Hadirat muncul kepada bapanya Daud, dan tempat di mana Daud menyiapkan satu mezbah di tempat pengirikan Arauna, atau Ornan orang Yebus.

 

Penyakit sampar itu terhenti sebelum sampai tempat pengirikan Arauna yang, sebagai raja, memberi tempat itu kepada Daud. Bagaimanapun, Daud menolak hadiah itu dan membayar 50 syikal perak untuknya. Mezbah itu didirikan di situ dan tulah itu dihentikan.

 

1 Tawarikh 21:25 Maka Daud memberikan kepada Ornan sebagai bayaran tempat itu emas seberat enam ratus syikal.

 

Kontradiksi harga ini hanya boleh diselesaikan dengan kita menganggap bahawa tempat asal dibeli dengan harga 50 syikal dan sekitarannya dibeli dengan harga 600 syikal emas dan kawasan itu diluaskan untuk pembangunan Bait.

 

Nota dalam NASV menyatakan: “Di sinilah Daud mempersembah korban (1 Tawarikh 21:18-30) dan mungkin tempat di mana Abraham cuba mempersembahkan Ishak (Kejadian 22:2 dan seterusnya)”. Kita lihat tempat ini mempunyai pertalian sangat kuat kepada korban-korban yang dipersembahkan.

 

Rencana dan persiapan untuk mendirikan Bait dan sistem ibadah

 

Tuhan memberi rencana untuk Bait itu kepada Daud (1 Tawarikh 28:19) dan Daud memberikannya kepada Salomo (ayat 11-12). Ini termasuk organisasi jabatan imamat dan orang Lewi untuk pelayanan Bait (ayat 13).

 

Salomo membuat satu persetujuan dengan Hiram, raja Tirus, untuk bekalan. Hiram setengah orang Israel. Ayahnya dari Tirus dan ibunya seorang janda daripada suku Naftali. Ini menunjukkan bahawa bangsa lain dibawa masuk dalam pembangunan Bait disebabkan kahwin campur. Ini menunjuk kepada fakta sifat gabungan atau komposisi Israel pada Zaman Akhir dan bahawa keselamatan diberikan kepada bangsa lain.

 

Salomo mempunyai 70,000 orang untuk memikul beban, 80,000 untuk bekerja di kuari/lombong dan 3,600 untuk mengawasi mereka. Salomo menyediakan jumlah besar gandum, jelai, anggur dan minyak untuk para pekerjanya. Kita tahu bahawa Mesias mewakili tuaian jelai dan gandum mewakili tuaian Jemaat (lihat karya Hari-hari Kudus Tuhan (No. CB22)). Minyak seringkali digunakan untuk mewakili Roh Kudus. Anggur jelas mewakili darah Kristus yang mereka yang mati syahid atau terbunuh dalam pelayanan mereka yang setia kepada Tuhan. Ada 153,600 orang asing dalam Israel yang membantu dalam pembangunan Bait itu. Justeru keselamatan adalah universal atau terbuka kepada semua orang. Hari-hari Raya tahunan Tuhan menunjukkan kita Rencana Tuhan.

 

Huram atau Hiram (SHD 2438, bererti mulia/tinggi budi) dipilih untuk mengawasi dan menolong membuat tenunan, mendapatkan bekalan dan berkontrak dengan orang lain untuk bekalan (1 Raja-raja 7:13).

 

Batu-batu untuk Bait diambil dari kuari-kuari bawah tanah di Yerusalem. Ahli-ahli pembuat menyediakan batu-batu ini untuk tempat-tempatnya dalam bangunan itu. Batu-batu ini disiapkan di luar tempat bangunan itu dan dibawa ke Bait sempurna bentuk dan rapinya (1 Raja-raja 6:7). Dengan cara yang sama, batu-batu hidup disiapkan di luar Yerusalem dan dibawa ke situ untuk pendirian Bait Rohaniah pada kedatangan Kristus. Mereka sempurna, dan tidak memerlukan apa-apa persiapan di tempat itu kerana mereka sudahpun rapih tersusun bersama (Efesus 2:21).

 

Seperti disebut lebih awal, Salomo membuat kontrak atau persetujuan dengan Hiram untuk bekalan apa saja lagi yang diperlukan untuk pekerjaan itu. Kayu daripada hutan-hutan Libanon dibawa dengan rakit-rakit besar melalui laut ke Yafo dan selepas itu ditarik atas tanah ke Yerusalem (1 Raja-raja 5).

 

Tiga jenis kayu digunakan dalam pembinaan bait itu: kayu aras, kayu sanobar, dan kayu zaitun (kayu minyak). Kayu aras digunakan untuk melapisi dinding-dinding batu termasuk Tempat Paling Kudus atau Tempat Mahakudus (1 Raja-raja 6:9,10,15,16,18); kayu sanobar digunakan untuk melapisi semua lantai termasuk Tempat Mahakudus (1 Raja-raja 6:15); zaitun digunakan untuk pintu, ambang dan tiang pintu ke Tempat Mahakudus (1 Raja-raja 6:31,33) dan kerub (1 Raja-raja 6:23).

 

Tiga jenis bahan binaan digunakan di dalam Bait itu: batu (1 Raja-raja 6:7); kayu (1 Raja-raja 6:10,15,16,18,31,33; 7:7); dan emas (1 Raja-raja 6:20-22,30,35). Bangunan Bait yang sebenarnya dikelilingi oleh kamar-kamar imam (1 Raja-raja 6:4-10).

 

Tiga jenis logam digunakan dalam keseluruhan Bait itu dan halaman: emas (1 Raja-raja 6:20-22,30,35; 1 Tawarikh 28:14-17; 29:2); perak (1 Tawarikh 28:14-17; 29:2) dan tembaga (1 Raja-raja 7:14-47; 1 Tawarikh 22:14; 29:2).

 

Kamus Alkitab Easton mengulas tentang Bait Salomo:

 

“Sebab bukit atas mana bait itu akan didirikan tidak mempunyai ruang rata yang cukup, satu tembok batu padat yang sangat besar dan sangat tinggi, di beberapa tempat lebih daripada 200 kaki tingginya, didirikan merentasi bahagian selatan bukit itu, dan sebuah tembok serupa pada sebelah timur, dan di ruang-ruang antaranya didirikan banyak lengkungan (balai gerbang) dan tiang, justeru menaikkan permukaan umum ke tingkat yang diperlukan. Salomo juga menyediakan bekalan air yang cukup untuk bait dengan memahat tangki-tangki air (sumur) yang sangat besar dalam bukit berbatu itu, dan ke dalamnya, air dibawa melalui terusan-terusan dari “kolam-kolam” dekat Betlehem. Salah satu sumur ini, “laut besar,” dapat memuatkan tiga juta gelen air. Limpahannya dibawa pergi melalui satu saluran ke Kidron.

 

Dengan semua usaha persiapan ini waktu selama kira-kira tiga tahun digunakan; dan kini proses pembangunan bangunan besar itu bermula, di bawah bimbingan para pembina dan pekerja Fenisia yang cekap, pada tahun keempat pemerintahan Salomo, 480 tahun selepas Keluaran (1 Raja-raja 6; 2 Tawarikh 3). Beribu-ribu buruh dan tukang yang ahli dipakai dalam pekerjaan ini. Batu-batu yang disediakan di kuari-kuari di bawah kota itu (1 Raja-raja 5:17,18) yang sangat besar sekali perlahan-lahan diletakkan di atas tembok-tembok besar itu, dan disusun rapat bersama tanpa apa-apa simen antaranya, sehingga seluruh struktur itu selesai. Tiada bunyi tukul atau kapak atau apa sekalipun perkakas besi didengari selama struktur itu dibangunkan (1 Raja-raja 6:7).”

 

Rangka waktu pembangunan Bait itu

 

Salomo mula membina pada tanggal Dua bulan Dua tahun Keempat pemerintahannya (2 Tawarikh 3:2).

 

Pada tahun kesebelas pemerintahan Salomo, tujuh setengah tahun selepas ia dimulakan, Bait itu siap dan lebih indah lagi daripada semua bangunan lain zaman itu. Orang seperti Ratu Syeba berjalan jauh sekali untuk menemui Salomo dan melihat Bait itu. Ratu Syeba sangat terkesan sekali namun dia tidak melihatpun sebelah dalam Bait itu sebab dia seorang perempuan dan para imam saja boleh memasukinya. Jadi, halaman dan bahagian luar Bait itu tentunya baik sekali (1 Raja-raja 10:6-9).

 

Selama tiga belas tahun ia berdiri di situ, di atas puncak Moria, diam dan tidak digunakan. Salomo tentunya telah mengusahakan Bait itu selama lebih dua puluh tahun (2 Tawarikh 8:1). Dua puluh merupakan bilangan pengharapan dan penungguan (lihat Companion Bible nota kepada 8:1).

 

Waktu tujuh tahun dan tujuh bulan digunakan untuk mendirikan Rumah Tuhan (1 Raja-raja 37:38) dan selepas itu tiga belas tahun untuk Rumah Raja, Balai Pengadilan, dan Rumah Hutan Libanon.

 

Bait itu dimulakan pada tahun 968 BCE, pada tahun keempat pemerintahan Raja Salomo. Ini merupakan tahun ke 480 selepas bangsa Israel keluar dari Mesir. Bilangan 480 ialah 12 kitaran pertaubatan (12 x 40 = 480). Nombor dua belas menandakan kerajaan Tuhan dan semua gandaan dua belas terjadi dalam kerajaan itu. Nombor 40 menyatakan masa percubaan atau pembuktian diri. Waktunya mungkin berhari-hari, berbulan-bulan atau bertahun-tahun, seperti dalam kasus pengadilan individu atau kumpulan orang. Oleh sebab itu, kita lihat selepas 480 tahun “percubaan atau pembuktian” Tuhan mengizinkan Bait itu dibangunkan melalui struktur pemerintahanNya. Lihat karya Simbolisme Nombor (No. 7).

 

Dari waktu pembinaan bermula untuk Bait ia mengambil waktu 20 tahun untuk siap. Ini 500 tahun atau 10 Yobel dari pembukaan Israel sebagai umat pilihan Tuhan dari Mesir sehingga penyelesaian Bait jasmaniah pertama di Yerusalem, sebagai tempat ibadah Eloah. Bilangan 500 atau 10 x 50 juga nampaknya mempunyai erti. Nombor 10 ialah bilangan kesempurnaan susunan ilahi atau kelengkapan dan 5 merupakan bilangan untuk rahmat. Jadi kita lihat 500 tahun boleh mewakili kelengkapan rahmat dengan pentahbisan Bait itu pada tahun ke 500 sejak orang Israel meninggalkan Mesir.

 

Yobel Emas atau ke 50 dari waktu pemulihan Bait sebagai Bait jasmaniah kedua bermula pada 2028. Sama seperti kita melihat Khemah di Padang Gurun dibuat dan didirikan dari tahun kedua Keluaran, begitu juga kita melihat pekerjaan Bait di Yerusalem bermula pada tahun 2028. Bait Milenium Rumah Ibadah Allah Maha Esa di bawah pemerintahan Mesias dan orang-orang kudus akan diselesaikan dalam Yobel itu. Lihat karya Pemerintahan Raja-raja Bahagian III: Salomo dan Kunci Daud (No. 282C) untuk perincian lanjut tentang Bait-bait Tuhan.

 

Halaman-halaman

 

Pelataran Luar

 

Pelataran luar atau halaman besar mengelilingi seluruh Bait (2 Tawarikh 4:9). Di sini rakyat berkumpul untuk beribadah kepada Tuhan (Yeremia 19:14; 26:2). Tahun demi tahun kita diberi contoh-contoh kebolehan untuk bangsa lain mempersembah korban di Bait itu. Seperti dengan Israel, korban diizinkan dengan syarat ini dilakukan oleh para imam. Dalam Khemah di Padang Gurun dan Bait yang didirikan Salomo, halaman ini berbentuk segiempat tepat besar.

 

Mezbah korban bakaran

 

Mezbah korban bakaran merupakan perabot pertama terlihat apabila seseorang berjalan ke dalam kawasan halaman Bait.

 

2 Tawarikh 4:1 Lalu ia membuat mezbah tembaga yang dua puluh hasta panjangnya, dan dua puluh hasta lebarnya dan sepuluh hasta tingginya. (KJV)

 

Dalam Keluaran 27:1-2 kita lihat mezbah korban bakaran asal adalah lebih kecil.

 

"Haruslah engkau membuat mezbah dari kayu penaga, lima hasta panjangnya dan lima hasta lebarnya, sehingga mezbah itu empat persegi, tetapi tiga hasta tingginya. Haruslah engkau membuat tanduk-tanduknya pada keempat sudutnya; tanduk-tanduknya itu haruslah seiras dengan mezbah itu dan haruslah engkau menyalutnya dengan tembaga. (KJV)

 

Kita lihat mezbah korban bakaran bertambah saiznya sebanyak 4 kali dalam panjang dan lebarnya dan 3 1/3 dalam ketinggian. Sama seperti dalam Khemah di Padang Gurun, kita mengusulkan mezbah korban bakaran mewakili korban Yesus Kristus sebagai korban baik yang sempurna, dan simbolisme sama dipakai di sini. Penambahan saiz ini mungkin menandakan bagaimana, dengan waktu, semakin ramai orang pergi kepada Allah Bapa melalui korban Kristus. Ada yang termasuk dalam Kebangkitan Pertama dan lain-lain dalam Kebangkitan Kedua.

 

Juga menarik diperhatikan bahawa mezbah korban bakaran dalam zaman Salomo cocok dengan dua daripada tiga ukuran Tempat Mahakudus dalam Bait Salomo; bagaimanapun, ia hanya setengah daripada ketinggian Tempat Mahakudus.

 

Mezbah itu sebesar 20 x 20 x 10 hasta. Seperti disebut di atas, bilangan 20 menyatakan pengharapan atau penungguan. Naos ialah Tempat Mahakudus, yang mewakili Roh Tuhan dalam Bait Tuhan, dan kita ialah Bait itu.

 

Sebab sepuluh ialah bilangan kesempurnaan susunan ilahi dan dua puluh ialah konsep penungguan, kita lihat bahawa kesempurnaan ilahi dan kelengkapan ialah proses menunggu dengan sabar sementara mentaati Tuhan bagi Bait rohaniah yang tidak dibuat tangan manusia, sebab Tuhan membangunkan kita semua untuk disusun rapi bersama. Kita tahu bahawa ini hanya mungkin melalui korban sempurna dan kebangkitan Mesias kepada Bapa selepas berada dalam kubur tiga hari dan tiga malam.

 

Proses penaklukan, atau penundukan, atau mendengar dan mentaati ini juga membabitkan ketaatan Yesus Kristus. Dengan itu Kristus tidak setara atau sama-sama abadi, tetapi sebaliknya sebahagian daripada proses Tuhan menjadi semua dalam semua. Demikianlah akan adanya Satu Tuhan dan Bapa dari semua dan atas semua, dan dalam semua (lihat juga Efesus 4:6).

 

Pelataran dalam

 

Seperti ditunjukkan di atas, orang ramai boleh memasuki pelataran luar dan membawa korban mereka kepada para imam.

 

Di sekeliling bangunan Bait itu ialah pelataran para imam (2 Tawarikh 4:9), dipanggil “pelataran dalam” (1 Raja-raja 6:36). Ini mengandung mezbah korban bakaran (2 Tawarikh 15:8), laut tuangan/tembaga (2 Tawarikh 4:2-5,10), dan sepuluh bejana (1 Raja-raja 7:38,39).

 

Laut Tuangan/Tembaga

 

Laut tuangan digambarkan dalam 1 Raja-raja 7:23-26 dan 2 Tawarikh 4:2-5,10. Ini terletak di sudut tenggara pelataran dalam (1 Raja-raja 7:39; 2 Tawarikh 4:10). Ini terletak di luar Rumah Tuhan sama seperti mezbah, untuk melambangkan fakta bahawa Kristus mati di luar khemah sebagai korban untuk sekali dan selamanya.

 

Dalam 1 Raja-raja 7:23 dan seterusnya, kita perhatikan bahawa laut itu setinggi lima hasta, sepuluh hasta dari tepi ke tepi dan tiga puluh hasta kelilingnya. Oleh itu, diameter atau panjang garis tengahnya ialah sepuluh hasta dan ukurlilitnya ialah tiga puluh hasta. Perincian teliti diberikan kepada bagaimana rupanya laut tuangan itu berbanding perincian terbatas bejana dalam Khemah di Padang Gurun (Keluaran 30:18-21).

 

1 Raja-raja 7:24 menggambarkan sepuluh buah labu dalam sehasta (NASV), yang jumlahnya 300 dalam setiap jajar (baris) dengan 600 jumlah keseluruhannya. Semua ini adalah sebahagian daripada laut tuangan itu apabila ia dibuat. Di sini sekali lagi kita perhatikan dua jajar sama seperti yang kita lihat di atas tiang-tiang.

 

Berkenaan “buah labu”, Kamus Alkitab Easton mendefinisinya sebagai: “hiasan arkitektur. (1.) Ibrani kaphtor (Keluaran 25:31-36), berlaku dalam gambaran kandil. Ia kembangan hiasan di bawah cawan-cawan kandil, mungkin satu peniruan buah badam. (2.) Ibrani peka’im, hanya ditemui dalam 1 Raja-raja 6:18 dan 1 Raja-raja 7:24, satu hiasan yang menyerupai labu kecil atau telur, pada lapis kayu aras dalam bait dan pada tuangan-tuangan di pinggir laut tembaga itu.”

 

2 Tawarikh selanjutnya memperluaskan gambaran buah labu ini. Kita lihat sebenarnya ia diperbuat dengan rupa kepala lembu.

 

2 Tawarikh 4:2-3 Kemudian dibuatnyalah "laut" tuangan yang sepuluh hasta dari tepi ke tepi, bundar keliling, lima hasta tingginya, dan yang dapat dililit berkeliling oleh tali yang tiga puluh hasta panjangnya. 3 Di sebelah bawah tepinya ada gambar lembu-lembu yang mengelilinginya sama sekali, sepuluh dalam sehasta, merangkum "laut" itu berkeliling; lembu itu dua jajar, dituang setuangan dengan bejana itu.

 

Di sini kita lihat dua jajar 300 kepala lembu di keliling laut tuangan pada pinggi atasnya.

 

1 Raja-raja 7:25 melanjutkan dengan menyatakan ia diletakkan di atas belakang dua belas lembu, tiga menghadap ke utara, tiga ke barat, tiga ke selatan, dan tiga ke timur, dan semua buntut lembu itu menghadap ke dalam. Di sini kita perhatikan 12 suku Israel sedar akan kebenaran dan menyokong kebenaran itu melalui Lembu Jantan Efraim, yang kadangkala digambarkan sebagai lembu hutan. Yang dipanggil “lembu hutan” atau lembu jantan itu ialah Mesias (Ulangan 33:17; lihat Bilangan 23:22; lihat juga Yeremia 31:18).

 

Jadi, kita lihat dua jajar 300 atau jumlahnya 600 buah labu berbentuk seperti kepala lembu dekat sebelah atas laut tuangan itu, dengan 12 lembu di bawah yang menjadi dasar laut itu. Sama seperti itu Bait Tuhan bersandar pada dasar dua belas Rasul yang mengepalai dua belas suku Israel. Dua jajar 300 itu dipisahkan seperti kuasa Roh Tuhan melalui para nabi. Dengan cara yang sama, 300 digunakan untuk pekerjaan Tuhan melalui Gideon dan Simson dan merupakan bilangan penting dalam penggunaan Roh dalam pembangunan Jemaat, iaitu Israel Tuhan dalam nubuatan.

 

Menarik juga untuk memperhatikan bahawa terdapat 12 kitar Yobel yang mempunyai 50 tahun (12 x 50 = 600) secara kolektif antara 2 jajar itu. Waktunya dua belas Yobel dari tahun Yobel pendirian Bait Raja Salomo, yang berakhir pada 924 BCE, dan penyelesaian Pekerjaan Ezra dan berakhirnya Janji Perjanjian Baru pada 324 BCE. Tahun berikutnya Ezra (dan Alexander yang Agung) meninggal, dan Dalih Nubuatan dimeteraikan.

 

Dalam ayat 26 kita lihat tebalnya ialah setapak tangan dan tepinya mempunyai bunga bakung berkembang, sama seperti kepala-kepala tiang juga mempunyai bunga bakung. Di sini kita lihat ia mengandungi 2000 bat air. Bullinger menunjukkan bahawa 2 Tawarikh 4:5 mengusulkan ia boleh mengandungi 3000 bat air. Lihat nota tentang 1 Raja-raja 7:26 dalam The Companion Bible.

 

2 Tawarikh 29:31 dan seterusnya menyatakan apa yang Hizkia persembahkan pada waktu pemulihannya.

 

2 Tawarikh 29:31-33 Kemudian berbicaralah Hizkia: "Sekarang kamu telah mentahbiskan dirimu untuk TUHAN. Mendekatlah dan bawalah korban-korban sembelihan dan korban-korban syukur ke rumah TUHAN!" Lalu jemaah membawa korban-korban sembelihan dan korban-korban puji-pujian; setiap orang yang rela hati membawa juga korban-korban bakaran. 32 Jumlah korban bakaran yang dibawa jemaah ialah: lembu tujuh puluh ekor, domba jantan seratus ekor dan domba muda dua ratus ekor. Semuanya sebagai korban bakaran bagi TUHAN. 33 Persembahan-persembahan kudus terdiri dari: lembu sapi enam ratus ekor dan kambing domba tiga ribu ekor.

 

Kita lihat konsep 70 lembu, 300 domba (100 domba jantan dan 200 domba muda), 600 lembu sapi dan 3000 kambing domba. Daripada Khemah Suci, Bait Suci dan korban-korban jasmaniah kita belajar tentang hal rohaniah (Ibrani 8:5).

 

Bejana terletak antara Khemah dan mezbah korban bakaran dan lebih kecil lagi daripada laut tuangan. Laut tuangan terletak di tenggara pelataran itu.

 

Daripada firman Tuhan kita tahu segala sesuatu bertambah dan berkurang atau menjadi lebih besar atau lebih kecil dengan perjalanan masa. Kita tahu daripada Keluaran 32:24-28 bahawa 3,000 orang kehilangan nyawa mereka disebabkan keingkaran dan pembabitan mereka dengan Anak Lembu Emas selepas Pentakosta pada tahun pertama Keluaran. Namun, dalam Kisah 2:41, kita ketahui bahawa 3,000 orang dibawa masuk ke dalam Jemaat sekitar Pentakosta 30 CE.

 

Bejana merupakan tempat para imam membasuh kaki dan tangan mereka pada zaman Khemah Suci. Laut tuangan ialah tempat pembasuhan para imam pada zaman Salomo (2 Tawarikh 4:6).

 

Dalam Wahyu 4:6 dan 15:2 kita perhatikan bahawa ada lautan kaca di hadapan Takhta Tuhan. Laut tuangan dalam Bait yang didirikan Salomo mungkin gambaran jasmaniah kepada gambar rohaniah ini.

 

Sepuluh Bejana

 

2 Tawarikh 4:6 menggambarkan sepuluh bejana yang lebih kecil dan kegunaannya.

 

Lagipula dibuatnya sepuluh bejana pembasuhan dan ditaruhnya lima pada sisi kanan dan lima pada sisi kiri sebagai tempat pembasuhan; di situ orang membasuh apa yang diperlukan untuk korban bakaran, sedang "laut" itu adalah untuk para imam sebagai tempat membasuh. (KJV)

 

Terdapat sepuluh bejana mudah alih dan lebih kecil. Panjangnya empat hasta, lebarnya empat hasta dan tingginya tiga hasta. Ini diperbuat daripada tembaga. Setiap bejana mengandungi 40 bat air atau keseluruhannya 400 bat air, atau 200 bat pada setiap sisi Bait. Sepuluh bejana itu semuanya sama. Setiap bejana itu mempunyai ukiran kerub, singa, lembu, dan pohon kurma padanya. Untuk perincian lebih tentang 10 bejana lihat 1 Raja-raja 7:27-39.

 

Lima bejana terletak di sebelah utara Bait dan lima bejana di sebelah selatan Bait (1 Raja-raja 7:39). Di sini sekali lagi kita lihat simetri dalam Bait yang dibina Salomo, dengan benda-benda sama cocok di sebelah kanan/selatan dan kiri/utara Bait.

 

Bangunan Bait

 

Ukuran Bait

 

Ukuran Bait menunjuk kepada Rencana Keselamatan. Bilangan-bilangan dalam Khemah di Padang Gurun dan dalam Bait adalah amat signifikan. Kunci Daud ialah pengertian dan pengajaran Rahsia-rahsia Tuhan sesuai dengan struktur Yobel dan menurut Hukum dan Kesaksian. Lihat karya Pemerintahan Raja-raja Bahagian III: Salomo dan Kunci Daud (No. 282C).

 

Kalau kita ingat, ukuran Khemah di Padang Gurun ialah 10 x 30 x 10 hasta. 1 Raja-raja 6:3 memberitahu kita Bait Salomo ialah dua kali dan tiga kali ukuran Khemah itu dengan 20 x 60 x 30 hasta. Jadi, kita lihat Bait Salomo bertambah dua belas kali ganda dalam isipadu kubik daripada Khemah di Padang Gurun, yang mana isipadunya ialah 3,000 hasta kubik berbanding 36,000 hasta kubik bagi Bait yang dibina Salomo. Ingat, bilangan dua belas berkaitan dengan kesempurnaan pemerintahan. Sekali lagi kita perhatikan bagaimana dengan tiap satu bangunan yang diilhami Tuhan, Sidang Tuhan diperluaskan dan bertumbuh mengikut masa.

 

Kita juga lihat bahawa Bait buatan Salomo mempunyai balai yang ditambah kepada bahagian depan timur yang ukurannya 20 hasta panjang dan 10 hasta lebar (2 Tawarikh 3:4). Di balai ini ialah dua tiang besar. Kita tidak melihat apa-apa seperti balai ini digambarkan dalam Khemah di Padang Gurun. Terdapat kain bulu kambing kesebelas yang dilipat dua di bahagian depan atau timur Khemah itu, yang menjadi pelindung tempat masuk.

 

Kita akan sekali lagi bermula dari “luar kawasan Bait” dan maju ke dalam secara progresif. Sementara kita lalui tiap kawasan, atau perabot dalam Bait Salomo, kita akan membandingnya secara ringkas kepada Khemah di Padang Gurun.

 

(Nota: Ada pelajaran aktiviti tertentu untuk setiap perabot dan bekalan yang berhubungan dengannya.)

 

Kamar-kamar imam

 

Kamar-kamar ini dibuat di sekitar Bait di bahagian selatan, barat, dan utara (1 Raja-raja 6:5-10). Kamar-kamar ini merupakan sebahagian daripada bangunan itu. Untuk perincian lanjut tentang kamar-kamar imam lihat 1 Raja-raja 6.

 

Balai

 

2 Tawarikh 3:4 menjelaskan balai atau tempat masuk di depan Bait di sebelah timur (1 Raja-raja 6:3; 2 Tawarikh 3:4; 29:7). Ia berukuran 20 hasta panjang dan 10 hasta lebar.

 

Di sini sekali lagi kita lihat bilangan-bilangan 20 dan 10, seperti kita perhatikan dengan mezbah korban bakaran.

 

2 Tawarikh 3:4 juga terus mengatakan balai itu setinggi 120 hasta. Ini empat kali ketinggian Bait yang sebenarnya (30 x 4). Bilangan 120 melambangkan panjang waktu penciptaan jasmaniah dari mulanya Yobel-yobel bilamana dosa memasuki dunia ini, sampai Milenium. Hidup Musa dibahagikan kepada tiga lot 40 tahun, sama seperti Saul, Daud dan Salomo semuanya memerintah selama 40 tahun. Kita juga lihat adanya 120 orang imam dengan 120 sangkakala di acara pentahbisan itu (2 Tawarikh 5:12).

 

Terdapat enam tingkat ke tempat masuk Bait itu. Tingkat ketujuh membawa masuk ke dalam Bait. Enam tingkat mula-mula itu ialah proses yang kita semua lalui bila kita dipanggil melakukan pekerjaan Tuhan dan dibangunkan. Sesudah kita disempurnakan barulah kita dapat memasuki Bait itu dan menjadi sebahagian daripada Tempat Mahakudus sebagai makhluk-makhluk rohani dalam Bait Tuhan, apabila Mesias kembali ke planet ini. Untuk perincian lanjut tentang Bait Rohani Tuhan lihat Pemerintahan Raja-raja Bahagian I: Saul (No. 292A); Pemerintahan Raja-raja Bahagian II: Daud (No. 282B); Pemerintahan Raja-raja Bahagian III: Salomo dan Kunci Daud (No. 282C).

 

Dua Tiang

 

Salomo juga mendirikan tiang-tiang di balai Bait itu. Tiang kanan (sebelah selatan) dipanggil Yakhin; dan tiang kiri (sebelah utara) dipanggil Boas. Ganja-ganja di kepala tiang-tiang itu berbentuk bunga bakung, dan dengan itu pekerjaan tiang-tiang itu siap (1 Raja-raja 7:21-22). Yakhin (SHD 3199) bererti: Dia akan mendirikan, atau [Yah (atau lebih lengkap, Yaho vah]) akan mendirikan. Ini boleh dilihat sebagai rujukan bahawa Allah Maha Esa akan mendirikan. Boas (SHD 1162) bererti Tuhan ialah kekuatan. Setiap tiang berukuran lapan belas hasta tinggi dan dua belas hasta lilitnya (Yeremia 52:21; 1 Raja-raja 7:15). Tiang-tiang ini penting secara simbolik sebab ia nampaknya tidak penting dari segi struktur.

 

Terdapat pelbagai rujukan kepada bilangan dua dalam Alkitab: dua aspek kepada penciptaan – manusia dan bani Syurgawi; dua sangkakala perak (Bilangan 10:2); dua roti unjukan pada Pentakosta (Imamat 23:17); dua hari Pentakosta; dua batu permata krisopras di atas bahu Imam Besar (Keluaran 28:12; 39:7); dst. Mungkinkah dua tiang di balai Bait yang didirikan Salomo itu mewakili dua aspek penciptaan – manusia dan bani Syurgawi – dan, melalui perayaan dua hari Pentakosta dan Hukum Tuhan selebihnya, kita akan dapat memasuki Bait itu dan menjadi sebahagian daripada Bait rohaniah?

 

Kita perhatikan satu simetri yang ada dalam Bait Salomo yang tidak ada dalam Khemah di Padang Gurun. Contohnya, ada lima bejana di kanan/selatan dan lima di kiri/utara; lima kandil di kanan/selatan dan lima di kiri/utara; dan begitu juga dengan meja-meja roti sajian. Tabut, mezbah pembakaran ukupan dan mezbah korban bakaran terus tetap bilangannya, walaupun mezbah korban bakaran bertambah saiznya. Simetri inilah yang ada dalam Bait Salomo yang membayangi komen dalam Wahyu 21:17: “Lalu ia mengukur temboknya: seratus empat puluh empat hasta (72 yard/ela), menurut ukuran manusia, yang adalah juga ukuran malaikat”? Di sini kita lihat bahawa dua aspek penciptaan – manusia dan bani Syurgawi – bersama-sama membentuk Bait Tuhan sebagai bangunan hidup.

 

Dalam notanya kepada 1 Raja-raja 7:15, Bullinger menyebut bahawa tiang-tiang itu berongga (Yeremia 52:21) dan bukan untuk sokongan. Ia setebal empat jari.

 

Hitchcock menyatakan: Boas: atau Boos: dalam kekuatan; dan, Yakhin: dia yang menguatkan dan mengukuhkan.

 

Tiang-tiang Bait itu secara tradisinya disebut sebagai Boas dan Yakhin dan sesetengah masyarakat menyebutnya begitu sampai ke hari ini. Daripada pelajaran kita tentang Rut, kita mengingat Rut berkahwin dengan Boas yang merupakan tiang utama Bait Tuhan dan melambangkan Kristus. Boas datang daripada suku Yehuda. Yakhin merupakan suku Simeon, leluhur orang Yakhin.

 

Tiang-tiang ini tingginya 17 ˝ hasta (˝ hasta dipakai untuk memasang ganja/bahagian atas kepada tiang itu. Lihat nota tentang 1 Raja-raja 7:15 dalam The Companion Bible. 2 Tawarikh 3:15 menambahkan ketinggian kedua-dua tiang untuk mendapat jumlah gabungan 35 hasta; lihat The Companion Bible nota kepada 2 Taw. 3:15). Ganja atau bahagian atas tiang itu menurut 2 Tawarikh 3:15 menyatakan lima hasta, tetapi 2 Raja-raja 25:17 mengatakan tiga hasta tidak termasuk jala-jala/rantai-rantainya. Jala/rantai/kisi ini, yang digambarkan berasingan, pastinya sepanjang dua hasta. (Setiap tiang juga mempunyai jala/rantai dan buah delima padanya. Nampaknya terdapat 100 buah delima untuk tiap rantai/jala menurut Yeremia 52:21 dan nota kakinya dalam The Companion Bible. Ada empat rantai dengan 100 buah delima untuk tiap rantai, atau 400 buah delima kesemuanya (lihat nota untuk 1 Raja-raja 7:20 dalam The Companion Bible dan dalam Pemerintahan Raja-raja: Bahagian III Salomo dan Kunci Daud (No. 282C)).

 

Motif hiasan buah delima sebanyak 400 (atau dua lot 200) dan gambar buah labu dalam laut dan tempat masuk, semuanya berjumlah 1000. Bilangan ini diketahui sebagai bilangan elohim yang berkuasa, yang salah seorangnya menebus manusia menurut Ayub 33:23.

 

Kita juga ingat bahawa pada hujung bawah jubah biru (gamis) Imam Besar terdapat giring-giring dan buah delima.

 

Tempat Kudus

 

Tempat kudus (1 Raja-raja 8:8-10) juga dipanggil “ruang besar” (2 Tawarikh 3:5) dan “ruang di depan” (1 Raja-raja 6:17). Dalam Khemah di Padang Gurun, Tempat Kudus mengandungi kandil, meja roti sajian dan mezbah pembakaran ukupan. Kita akan lihat sekali lagi bagaimana benda-benda tertentu bertambah saiznya dan benda lain kekal sama besar.

 

Sepuluh kandil

 

Keluaran 25:31-40 dan 37:17-24 menggambarkan kandil tunggal dalam Khemah yang mempunyai tujuh kelopak dengan minyak zaitun tumbuk di dalamnya. Kandil ini terletak di sebelah selatan Khemah. Lampu itu “dirapikan”, maknanya sumbunya dipotong rapi, dan minyak ditambah setiap hari. Lampu-lampu ini terus dinyalakan di hadapan Tuhan dari petang sampai pagi (Keluaran 27:20-21; Imamat 24:2-3). Ia harus bernyala terus-menerus (Keluaran 27:20-21; Imamat 24:2-3).

 

1 Raja-raja 7:48 dan 2 Tawarikh 4:7 menggambarkan sepuluh kandil emas Bait Salomo – lima di kanan dan lima di kiri. Di sini, daripada tujuh kelopak lampu, kini kita ada 70.

 

Bilangan tujuh menyatakan kesempurnaan rohaniah dan seperti dinyatakan di atas bilangan sepuluh bererti susunan ilahi. Oleh itu, kita boleh andaikan bahawa sepuluh kandil yang mengandungi tujuh kelopak itu menandakan susunan ilahi dan kesempurnaan rohaniah. Kita tahu adanya 70 Makhluk dalam Sidang Tuhan dan di sini sekali lagi bilangan 70 ditunjukkan. Lihat karya Penciptaan Keluarga Tuhan (No. CB4).

 

Tujuh benda yang Tuhan anggap Kudus dan/atau Maha Kudus

 

Daripada nota kaki dalam Imamat 2:3 dalam The Companion Bible, kita perhatikan adanya dua kelas bagi tujuh benda kudus: 3 kudus, 4 maha kudus.

 

3 benda kudus ialah:

 

1.     Persembahan unjukan (Imamat 23:20; Bilangan 6:20);

2.     Anak sulung (Bilangan 18:17);

3.     Hasil pertama (Imamat 2:12).

 

4 Benda Maha Kudus ialah:

 

1.     Ukupan (Imamat 30:36);

2.     Roti sajian (Imamat 24:9);

3.     Korban penghapus dosa (Imamat 6:25-29; 7:1; 6:14:13); dan

4.     Korban sajian (Imamat 2:3).

 

Sekarang kita akan tinjau salah satu benda Maha Kudus, roti sajian..

 

Sepuluh meja roti sajian

 

Daripada Keluaran 25:23-30 dan 37:10-29 kita tahu adanya satu meja roti sajian di dinding utara. Ia mempunyai dua belas roti yang mewakili sepuluh suku Israel. Roti-roti ini diatur dalam dua susun dengan satu mangkuk emas berisi kemenyan pada setiap susun. Para imam bertanggungjawab membuat roti tidak beragi setiap minggu dan selepas itu memakan roti itu pada Sabat berikutnya.

 

Dalam Bait Salomo terdapat sepuluh meja roti sajian dengan dua belas roti pada setiap meja. Lima meja berada di kanan dan lima meja di kiri (1 Raja-raja 7:48; 2 Tawarikh 4:8) dengan total 120 roti. Sekali lagi kita lihat bilangan 70 dan 120 muncul.

 

Dengan bilangan dua belas yang bermakna kesempurnaan pemerintahan dan bilangan sepuluh susunan ilahi, mungkinkah sepuluh meja roti sajian yang tiap satunya mempunyai dua belas roti menunjukkan susunan ilahi kesempurnaan pemerintahan?

 

Kita tahu semua orang datang kepada Bapa melalui salah satu daripada dua belas suku itu, dan dalam roti-roti itu kita lihat konsep ini diperluaskan. Pada meja roti sajian kita punyai konsep serupa yang dilihat pada bahu Imam Besar, dengan satu batu permata pada setiap bahu yang diukir dengan nama satu suku Israel. Ada enam nama pada satu bahu dan enam nama pada bahu yang satu lagi. Di atas meja roti sajian kita ada dua susun enam roti itu dengan jumlah keseluruhannya dua belas roti.

 

Roti sajian mungkin menggambarkan dunia yang diberi makan oleh Roh Tuhan melalui sidang Jemaat. Pada mulanya, kita lihat konsep manna yang dibekalkan secara ajaib selama 40 tahun untuk memberi makan Israel tatkala mereka meninggalkan Mesir. Selepas itu kita lihat Mesias sebagai roti hidup (Yohanes 6:35,48,51). Kita tahu melainkan kita dibaptis dan menyertai Perjamuan Tuhan (Perjamuan Suci) setiap tahun, tiada hidup dalam kita. Namun begitu, pesan Injil yang disampaikan kepada dunia melalui Jemaat itulah yang masa kini memberi makan kepada dunia sebelum kelaparan firman itu (Amos 8:11). Seperti dinyatakan sebelumnya, para imam bertanggungjawab membuat roti sajian itu, dan secara rohaniah, para imam bertanggungjawab memelihara kawanan Israel rohaniah, iaitu Jemaat.

 

Kita juga ada 20 mangkuk emas (2 x 10) berisi kemenyan; jadi, kemenyan di dalam mangkuk-mangkuk emas itu boleh mewakili doa semua orang kudus untuk dunia ini (Wahyu 5:8; 8:3). 20 mangkuk ini beserta mezbah pembakaran ukupan memberi kita bilangan total 21.

 

Dalam nota kakinya kepada Keluaran 25:24, Bullinger menyatakan bahawa terdapat 3 mahkota emas:

 

(1) Tabut (25:11) mahkota Hukum. Darah yang mendamaikan antaranya, dan kerub iaitu pelaksananya.

(2) Mezbah pembakaran ukupan (30:3) mahkota keimamatan. Ukupannya dinyalakan hanya dengan api daripada mezbah korban bakaran.

(3) Meja roti sajian (25:24) mahkota kerajaan. Dua belas suku dilambangkan oleh dua belas roti.

 

Bullinger memperkukuhkan konsep 12 roti dan 12 suku, dan dengan itu mari kita perhatikan Mezbah Pembakaran Ukupan, iaitu mahkota keimamatan, dan ukupan sebagai salah satu daripada empat benda maha kudus (Keluaran 30:36).

 

Mezbah Pembakaran Ukupan

 

Keluaran 30:1-3 dan 37:25-28 memberitahu kita bahawa mezbah pembakaran ukupan berukuran satu hasta panjang, satu hasta lebar dan dua hasta tinggi. Tanduk-tanduknya seiras dengan mezbah itu. Ia juga dilapisi dengan emas murni. Di sini kita perhatikan doa orang-orang kudus diwakilkan dan naik kepada Eloah, dan diperhatikan oleh 24 Tua-tua (Wahyu 5:8; 8:3). Mezbah pembakaran ukupan in terletak di depan tirai ke Tempat Mahakudus.

 

Dalam Bait Salomo, mezbah itu disebutkan dalam 1 Tawarikh 6:49 dan 28:18.

 

Kita lihat daripada Wahyu adanya satu mezbah pembakaran ukupan di depan Takhta Tuhan.

 

Wahyu 8:3 Maka datanglah seorang malaikat lain, dan ia pergi berdiri dekat mezbah dengan sebuah pedupaan emas. Dan kepadanya diberikan banyak kemenyan untuk dipersembahkannya bersama-sama dengan doa semua orang kudus di atas mezbah emas di hadapan takhta itu. (KJV)

 

Mezbah pembakaran ukupan nampaknya terus kekal dalam Khemah di Padang Gurun dan di Bait binaan Salomo. Ini satu-satunya mezbah di depan Takhta Tuhan atau Tempat Mahakudus.

 

Pintu dan tirai ke Tempat Maha Kudus

 

Terdapat pintu berdaun dua yang diperbuat daripada kayu zaitun antara Tempat Maha Kudus dan Tempat Kudus yang dilapisi dengan emas (2 Tawarikh 4:22) dan mempunyai rantai-rantai emas yang dipasang merentanginya (1 Raja-raja 6:21). Ada juga tirai daripada kain ungu tua, kain ungu muda, kain kirmizi dan lenan halus (2 Tawarikh 3:14). Kita lihat Khemah di Padang Gurun juga mempunyai tirai daripada kain ungu tua, kain ungu muda, kain kirmizi dan lenan halus (Keluaran 26:33). Lihat Khemah di Padang Gurun (No. CB42).

 

Tempat Maha Kudus

 

Bait terdiri daripada ruang belakang atau Tempat Maha Kudus (1 Raja-raja 6:19; 8:6; 2 Tawarikh 3:8), juga dipanggil “ruang yang di sebelah dalam sekali” (1 Raja-raja 6:27), dan “tempat yang maha kudus” (Ibrani 9:3). Ukurannya 20 hasta panjang, lebar, dan tinggi. Lantai sampai balok-baloknya dibuat dengan papan kayu aras (1 Raja-raja 6:16), dan dinding serta lantainya dilapisi emas (1 Raja-raja 6:20,21,30). Ia tidak berjendela (1 Raja-raja 8:12). Tempat Maha Kudus dilapisi 600 talenta (emas). Ini merupakan tempat kediaman Hadirat Tuhan atas planet ini sehingga Dia memindahkan TakhtaNya ke sin di Bumi.

 

Selepas pengadilan iblis setan dan manusia, Kristus akan menyerahkan segala sesuatu kepada Tuhan (lihat 1 Korintus 15:24-28). Kemudian Tuhan akan datang ke Bumi dan memindahkan pentadbiran alam semesta ke sini. Dunia kemudiannya akan dipenuhi KemuliaanNya (Yesaya 6:3). Tuhan dan Anak Domba menjadi cahaya-cahaya sistem ini. Bait tidak diperlukan kerana Tuhan dan Kristus mendiami seluruh struktur itu.

 

Dalam Khemah di Padang Gurun, Tempat Maha Kudus berukuran 10 x 10 x 10 hasta. Dalam Bait Salomo kita lihat Tempat Maha Kudus juga diluaskan sebanyak dua kali ganda dan merupakan 20 x 20 x 20 hasta; justeru, Tempat Maha Kudus kekal berbentuk kubus. Di sini kita lihat isipadunya (volume) bertambah lapan kali ganda. Bilangan lapan mewakili kebangkitan, kelahiran kembali, permulaan baru atau permulaan (lihat karya Simbolisme Nombor (No. 7)).

 

Seperti kita perhatikan di atas, Tempat Maha Kudus adalah 20 x 20 x 20 hasta namun bangunan Bait itu adalah setinggi 30 hasta. Alkitab tidak jelas bagaimana ruang lebihan sepuluh hasta dalam Bait itu diambil kira berbanding Tempat Maha Kudus. Lantai hanya disebut sebagai ditutup rata. Orang pagan menaiki tangga dan ada ketetapan-ketetapan untuk para imam berkenaan pakaian mereka dan pencegahan amalan-amalan sebegitu. Ukurannya ialah 120 hasta untuk balai atau lorong tengah, turun kepada tiga puluh hasta untuk bahagian utama Bait, dan turun sekali lagi kepada dua puluh hasta untuk Tempat Maha Kudus. Kita mungkin boleh simpulkan bahawa tinggi  tiga puluh hasta dan panjang enam puluh hasta itu dibahagikan kepada dua bahagian, bahagian utama sepanjang empat puluh hasta dan Tempat Maha Kudus dua puluh hasta, dan dengan itu Tempat Maha Kudus harus ditinggikan sebanyak sepuluh hasta (lihat 1 Raja-raja 6:1-36, tetapi tangga tidak disebutkan).

 

Kita juga mungkin berspekulasi bahawa Tempat Maha Kudus sama tinggi dengan Bait sebetulnya sebab Tempat Maha Kudus tidak ditinggikan dalam Khemah di padang gurun.

 

Apa yang kita tahu dengan pasti ialah Tempat Maha Kudus ini mempunyai dua kali ukuran Tempat Maha Kudus dalam Khemah di Padang Gurun.

 

Tabut Perjanjian

 

Tabut Perjanjian kekal tidak berubah dari Khemah di Padang Gurun hingga Bait Salomo. Tabut itu dibawa oleh para imam dan dipindah ke mana saja Khemah itu didirikan. Bila Israel bergerak, Tabut ini bergerak di depan angkatan tenteranya (Bilangan 10:33). Ia dibawa oleh para imam, atau Lewi (Bilangan 4:15; 3:30-31; Yosua 3:3; Ulangan 31:9, 25). Tabut Perjanjian itu mendiami pelbagai tempat.

 

Ketika Salomo memindahkan Tabut itu ke dalam Bait, tiada apa-apa di dalam Tabut kecuali dua loh batu itu (Keluaran 25:16; Ulangan 31:26). Tabut itu juga sepatutnya mengandungi tongkat Harun yang pernah bertunas (Bilangan 17:10), dan buli-buli emas (omer) berisi manna (lihat Ibrani 9:4), tetapi kedua-dua benda ini telahpun tiada (Keluaran 16:33; 34). Untuk keterangan lebih tentang Tabut Perjanjian lihat karya Khemah di Padang Gurun (No. CB42).

 

Kayu-kayu pengusung yang digunakan untuk membawa Tabut itu amat panjang sekali sehingga hujung-hujungnya boleh dilihat dari tempat kudus, tetapi tidak dapat dilihat dari luar (2 Tawarikh 5:9).

 

Seperti disebut di atas, Tempat Maha Kudus adalah 20 x 20 x 20 – pengharapan atau penungguan tiga kali lipat bilangan 20. Volumenya – 8,000 kubik hasta – ialah jumlah keseluruhan Rencana Tuhan dalam struktur itu dari Adam sampai Kebangkitan Kedua dan persiapan untuk Kota Tuhan.

 

Seperti diperhatikan sebelumnya juga, bilangan tiga menandakan kesempurnaan ilahi  dan kelengkapan. Jadi kita lihat bahawa kesempurnaan ilahi dan kelengkapan ialah satu proses menunggu dengan sabar sambil mentaati Tuhan dan sementara naos rohaniah itu sedang didirikan.

 

Tabut melambangkan Roh Kudus dalam umat pilihan yang mendiami atau bertempat di Yerusalem selepas Mesias kembali. Sebab kita ialah imam-imam Tuhan, Hukum Tuhan harus sentiasa berdiam atau hidup dalam diri kita. Orang ramai harus tahu kita ialah umat Tuhan melalui perbuatan kita.

 

Dua Kerub

 

Dalam Khemah di Padang Gurun, kerub muncul seperti atas tutup Tabut. Seluruh penutup atau ‘tutup pendamaian’ (KJV) diperbuat daripada potongan emas yang sama (Keluaran 25:17-20). Di sini lihat Takhta Tuhan dibayangi dua makhluk hidup yang kekal setia dan menutupi Takhta Tuhan. Pada mulanya terdapat empat kerub – dua kerub penjaga dan dua kerub yang berdiri di belakang. Untuk keterangan lanjut tentang Takhta Tuhan lihat karya Penciptaan Keluarga Tuhan (No. CB4).

 

Dalam Bait Salomo dalam 2 Tawarikh 3:10-13, kita lihat kerub dibuat kemudian dilapisi emas. Jumlah panjang sayap ialah 20 hasta dengan setiap sayap sepanjang lima hasta. Sayap-sayap ini menyentuh dinding Tempat Maha Kudus dan kerub yang satu lagi. Kerub-kerub itu berdiri atas kakinya, menghadap kamar utama (2 Tawarikh 3:10-14, NASV) atau menghadap sesama sendiri (KJV). Sayap-sayapnya menudungi Tabut Perjanjian (1 Tawarikh 28:18). Walaupun terdapat dua kerub atas penutup atau ‘tutup pendamaian’ (lapporah) Tabut Perjanjian, di situ kita lihat dua kerub menghadap satu sama lain dengan sayap-sayap mereka terbentang. Kerub itu melindungi Takhta Tuhan dan mewakili Kerub Angkatan Syurgawi. Di sini dalam Bait Salomo, kita perhatikan kerub pengganti dibayangkan terlebih dahulu dalam Tempat Maha Kudus. Elohim-elohim ini ialah Abraham dan Musa, mereka berdua saja yang disebut sebagai “elohim” daripada teks Kejadian dan Keluaran.

 

Tempat Maha Kudus ialah tempat yang direncana Tuhan untuk Hadirat muliaNya ketika memimpin orang Israel dalam perjalanan ke Kanaan dan akhirnya berhenti di Yerusalem. Pada masa hadapan, kita lihat Yerusalem sebagai tempat di mana Kota Tuhan berada (Wahyu 21:2), dan di mana Eloah akan bersemayam (Wahyu 21:22).

 

Pentahbisan Bait

 

Pada tanggal Tujuh bulan Tujuh, Salomo mentahbiskan Bait itu (1 Raja-raja 8:1-66; 2 Tawarikh 7:8-10). Bilangan tujuh menandakan kesempurnaan rohaniah. Bilangan tiga bererti lengkap dan ada disarankan bahawa kesempurnaan rohaniah lengkap pada tahun ke 500. Seperti yang kami katakan terlebih dahulu, 500 bererti rahmat dilengkapi dan kita dapat masuk ke dalam Bait yang dibangunkan Salomo dan merayakan Hari Raya Pondok Daun dan Hari Besar Terakhir, dan sistem Bait berfungsi sepenuhnya berdasarkan sistem yang diberi waktu itu.

 

Hanya selepas Bait lengkap barulah Tabut Perjanjian boleh dibawa ke dalam Bait, agar Tuhan akan dilihat sebagai pusat Bait itu. Waktunya bulan Tujuh dan Hari Sangkakala-sangkakala yang melambangkan Advent atau kedatangan Mesias sebagai Raja dan Pemerintah dan Bintang Fajar Baru planet ini.

 

2 Tawarikh 5:11-14 Lalu para imam keluar dari tempat kudus. Para imam yang ada pada waktu itu semuanya telah menguduskan diri, lepas dari giliran rombongan masing-masing. 12 Demikian pula para penyanyi orang Lewi semuanya hadir, yakni Asaf, Heman, Yedutun, beserta anak-anak dan saudara-saudaranya. Mereka berdiri di sebelah timur mezbah, berpakaian lenan halus dan dengan ceracap, gambus dan kecapinya, bersama-sama seratus dua puluh imam peniup nafiri. 13 Lalu para peniup nafiri dan para penyanyi itu serentak memperdengarkan paduan suaranya untuk menyanyikan puji-pujian dan syukur kepada TUHAN. Mereka menyaringkan suara dengan nafiri, ceracap dan alat-alat musik sambil memuji TUHAN dengan ucapan: "Sebab Ia baik! Bahwasanya untuk selama-lamanya kasih setia-Nya." Pada ketika itu rumah itu, yakni rumah TUHAN, dipenuhi awan, 14 sehingga imam-imam itu tidak tahan berdiri untuk menyelenggarakan kebaktian oleh karena awan itu, sebab kemuliaan TUHAN memenuhi rumah Allah.

 

Di sini kita nampak 120 imam masing-masingnya meniup sangkakala pada waktu pentahbisan itu. Sekali lagi kita perhatikan bilangan 120 digunakan dalam Alkitab. Sama seperti 120 imam mengumumkan pentahbisan Bait, begitu juga 120 Yobel mengumumkan Zaman Pemerintahan Adil di bawah Mesias.

 

Kemudian Salomo berjalan naik ke atas panggung, yang dibuat untuknya, di hadapan semua orang, dan sambil mengangkat tangannya ke Langit mencurahkan isi hatinya kepada Tuhan dalam doa (1 Raja-raja 8; 2 Tawarikh 6).

 

Setelah Salomo selesai berdoa, api turun dari Langit dan membakar korban-korban bakaran. Ini hanya salah satu kejadian bilamana api turun dari langit untuk membakar korban (2 Tawarikh 7:1; 1 Raja-raja 8:63,64). Ini bererti bahawa Tuhan menerima persembahan korban mereka. Lihat juga nota kaki kepada Kejadian 4:4 dalam The Companion Bible.

 

Imam tidak dapat masuk ke dalam Rumah Tuhan, sebab kemuliaan (kemegahan) Tuhan memenuhi Rumah itu (1 Raja-raja 8:11; 2 Tawarikh 7:2). Ini serupa dengan peristiwa bilamana Khemah Tuhan itu ditahbiskan (Keluaran 40:34,35), dan jelas sekali awan sama dengan apa Tuhan telah memimpin umatnya keluar dari Mesir – awan pada siang hari dan tiang api pada waktu malam (Keluaran 13:21,22).

 

Salomo dan bangsa itu mentahbiskan Bait selama tujuh hari dan selepas itu merayakan Hari Raya Pondok Daun dan Hari Besar Terakhir. Untuk maklumat lanjut lihat kertas Hari Raya Tuhan (No. CB22). Pada tanggal 23 Salomo menyuruh bangsa itu pulang ke khemah-khemah mereka (2 Tawarikh 7:9-10).

 

Bangsa itu kembali ke rumah-rumah mereka dipenuhi dengan sukacita dan kegembiraan. Bait itu berada di sana sebagai peringatan kekal dan simbol boleh-nampak akan kehadiran dan perlindungan Tuhan.

 

Pengurusan dan operasi Bait

 

Sebelum kematiannya dan menurut petunjuk Tuhan, Daud mengatur semua divisi dan tugas para imam dan pemain muzik.

 

Dalam 1 Tawarikh 24:1 dan seterusnya kita lihat Daud menghuraikan divisi-divisi untuk para imam. Terdapat 24 divisi keimamatan. Terdapat dua divisi atau imam setiap bulan untuk melayani dalam Bait.

 

Setiap suku ditugaskan untuk memberi bekalan atau keperluan kepada Bait untuk satu bulan setiap tahun (1 Raja-raja 4:1-34).

 

Orang-orang bangsa lain membantu dengan bekalan untuk Bait (1 Raja-raja 5:1-18), sama seperti bangsa lain merupakan sebahagian daripada Jemaat Tuhan dan Bait Rohaniah.

 

Para pemain muzik digambarkan dalam 1 Tawarikh 25:1 seterusnya dan ayat-ayat lain. Kita lihat adanya 288 penyanyi terlatih atau dua lot 144 atau 24 lot 12 orang (1 Tawarikh 25:7).

 

Menyanyi ialah satu cara kita memberi pujian kepada Allah Maha Esa, malah sampai hari ini. Penting sekali ketika kebaktian nyanyian yang kita bernyanyi atau bersenandung dengan sukacita kata-kata nyanyian kepada Tuhan daripada terkacau fikiran oleh hal lain.

 

Baik sekali jika kita dapat belajar nyanyian atau Mazmur Tuhan pada umur muda lagi supaya kita dapat memuji Tuhan melalui Mazmur-mazmurNya. Mazmur juga mungkin sangat mendorong dan menghiburkan bagi orang yang menyanyikannya. Lihat kertas-kertas Mazmur daripada Ibadah Bait (No. 87) dan Alat Muzik dalam Ibadah (No. 33).

 

Ringkasan

 

Seperti yang dapat kita lihat, Tuhan memberi kita gambaran jasmaniah tentang benda rohaniah (Ibrani 8:5). Daripada benda jasmaniah kita sudah lihat adanya simbolisme rohaniah signifikan dalam Khemah di Padang Gurun yang diperluaskan dalam Bait yang didirikan Salomo.

 

Sebagai umat Kristian terbaptis, kita perlu ingat bahawa kita ialah Bait (naos) rohaniah Tuhan (1 Korintus 3:16-17). Dalam nota kaki kepada 1 Samuel 1:9 dalam The Companion Bible kita dapati tujuh rujukan tentang umat percaya sebagai satu bait dalam Perjanjian Baru (lihat 1 Korintus 3:9-17; 6:19; Efesus 2:20,21; Ibrani 3:6 dan 1 Petrus 2:5; 4:17).

 

Setiap kita bertanggungjawab secara individu untuk terus bekerja sementara masih ada terang. Waktunya tidak lama lagi sebelum Dua Saksi dan Mesias tiba, jadi, marilah kita sibuk melakukan pekerjaan Bapa kita dan terus membantu menyebarkan Injil kepada dunia dan membangunkan Bait rohaniah Eloah.

 

q