Jemaat-jemaat Allah Al Masehi

[CB109]

 

 

 

 

Mezbah Pembakaran Ukupan

(Edisi 1.0 20070909-20070909)

 

Kita sudah lihat daripada Khemah di Padang Gurun (No. CB42) dan Bait yang Didirikan Salomo (No. CB107) bahawa bilangan perabot diperluaskan. Dalam pelajaran ini kita akan perhatikan Mezbah Pembakaran Ukupan dan melihat bagaimana ia berubah dari segi pertunjukannya dari Khemah di Padang Gurun sampai Bait-bait masa depan. Kita juga akan meninjau simbolisme berkaitan ukupan.

 

 

 

Christian Churches of God

 

PO Box 369, WODEN ACT 2606, AUSTRALIA

E-mail: secretary@ccg.org

 

(Hakcipta ã 2007 Diane Flanagan, ed. Wade Cox)

 

Karya tulis ini boleh disalin semula dan didistribusikan secara bebas dengan syarat ia disalin semuanya tanpa apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat penerbit serta notis hakcipta harus disertakan.  Sebarang bayaran tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima salinan yang didistribusikan.  Petikan-petikan ringkas daripadanya boleh dimasukkan ke dalam artikel-artikel kritis dan karya ulasan tanpa melanggar undang-undang hakcipta.

 

Karya ini boleh didapati daripada Internet di:
http://www.logon.org dan http://www.ccg.org


 

Mezbah Pembakaran Ukupan

 

 


Kita sudah perhatikan daripada kertas-kertas sebelumnya bahawa Allah Bapa telah menyediakan satu rencana untuk keimamatan  dan tempat-tempat kediamanNya di Bumi. Dalam pelajaran ini kita akan perhatikan Mezbah Pembakaran Ukupan secara terperinci. Kita akan mulakan pelajaran ini dengan pelajaran ini dengan mengkaji Mezbah Pembakaran Ukupan syurgawi yang pertama. Lihat kertas-kertas Khemah di Padang Gurun (No. CB42) dan Bait yang Didirikan Salomo (No. CB107).

 

Mezbah di hadapan Takhta Tuhan

 

Kita lihat daripada Wahyu adanya mezbah pembakaran ukupan di depan Takhta Tuhan.

 

Wahyu 8:3 Maka datanglah seorang malaikat lain, dan ia pergi berdiri dekat mezbah dengan sebuah pedupaan emas. Dan kepadanya diberikan banyak ukupan untuk dipersembahkannya bersama-sama dengan doa semua orang kudus di atas mezbah emas di hadapan takhta itu. (KJV)

 

Wahyu 9:13 Lalu malaikat yang keenam meniup sangkakalanya, dan aku mendengar suatu suara keluar dari keempat tanduk mezbah emas yang di hadapan Allah. (NASV)

 

Daripada dua ayat ini kita lihat adanya mezbah emas di hadapan Takhta Tuhan dan atasnya doa-doa dipersembahkan dan peristiwa-peristiwa penting berlaku atau terjadi.

 

Namun apakah ukupan dari segi erti jasmaniah, dan bagaimana ini diterapkan secara rohaniah?

 

“Ukupan ialah getah harum atau bahan lain yang menghasilkan bau wangi-wangian bila dibakar dan digunakan khususnya dalam upacara keagamaan; wangi-wangian atau asap yang timbul daripadanya. Membakar, ukupan untuk; wangi-wangian dengan ukupan” (The Living Webster’s Encyclopaedic Dictionary, 1977).

 

Ukupan (SHD 7004): pelajaran kunci NASV menyatakan ini ialah kata nama Ibrani feminin yang boleh dijejaki kepada 6999. Ini bermakna ukupan pengasapan (wangi-wangian) (Keluaran 30:1 dst.; Imamat 4:7; 10:1) persembahan ukupan; wangi-wangian (Amsal 27:9) bahagian lemak sesuatu korban (Mazmur 66:15). Ia menunjukkan apa yang mengeluarkan bau wangi bila dibakar.

 

Daripada Keluaran 29:34-38 Tuhan memberitahu orang Israel bahawa empat syarat untuk ukupan ialah: digiling halus, digarami, murni dan kudus. Kita diingatkan supaya tidak sekali-kali menggunakan ukupan ini kegunaan kita sendiri.

 

Jadi kita lihat ukupan ialah bahan jasmaniah yang harus dibakar atau dikenakan api/kepanasan kepadanya untuk menghasilkan bau. Secara rohaniah doa-doa kita disamakan seperti ukupan.

 

Mazmur 141:1-2 Mazmur Daud. Ya TUHAN, aku berseru kepada-Mu, datanglah segera kepadaku, berilah telinga kepada suaraku, waktu aku berseru kepada-Mu! 2 Biarlah doaku adalah bagi-Mu seperti persembahan ukupan, dan tanganku yang terangkat seperti persembahan korban pada waktu petang.

 

Doa-doa kita harus digiling halus.

 

Kita harus berkumpul untuk berdoa pada waktu ukupan dipersembahkan dan itulah sebabnya kenapa pada waktu Perayaan acara-acaranya adalah khususnya pada 9:00 a.m. dan 3:00 p.m. Lukas 1:10 dan 1 Tawarikh 23:30-31 keduanya menunjukkan waktu acara-acara korban itu.

 

Lukas 1:10 Sementara itu seluruh umat berkumpul di luar dan sembahyang. Waktu itu adalah waktu pembakaran ukupan.

 

Di sini kita lihat indikasi bahawa apabila kita bertemu dengan saudara-saudara kita pada hari-hari Sabat dan Perayaan dan Hari Raya Tuhan, kita harus berkumpul untuk doa dan pelajaran pada waktu-waktu korban pagi dan petang.

 

1 Tawarikh 23:30-31 Selanjutnya mereka bertugas menyanyikan syukur dan puji-pujian bagi TUHAN setiap pagi, demikian juga pada waktu petang 31 dan pada waktu mempersembahkan segala korban bakaran kepada TUHAN, pada hari-hari Sabat, bulan-bulan baru, dan hari-hari raya, menurut jumlah yang sesuai dengan peraturan yang berlaku bagi mereka, sebagai tugas tetap di hadapan TUHAN. (NASV)

 

Tuhan tidak mengingini korban sekarang ini, sebaliknya supaya kita mempunyai jiwa yang hancur dan hati yang patah dan remuk (Mazmur 51:17). Kita memang perlu menyembah dan mentaati Allah Maha Esa setiap masa.

 

Mazmur 51:17 Korban sembelihan kepada Allah ialah jiwa yang hancur; hati yang patah dan remuk tidak akan Kaupandang hina, ya Allah.

 

Kita juga belajar bahawa ukupan ialah satu daripada empat benda yang dianggap Maha Kudus bagi Tuhan (Keluaran 30:36 dan nota kaki kepada Imamat 2:3 dalam The Companion Bible).

 

Kita juga belajar bahawa mahkota pada orang atau benda adalah penting. Dalam nota kakinya kepada Keluaran 25:24, Bullinger menyatakan bahawa terdapat tiga mahkota emas: (1) Tabut (Keluaran 25:11), mahkota Hukum. (2) Mezbah Pembakaran Ukupan (Keluaran 30:3), mahkota keimamatan. Ukupannya hanya dibakar dengan api daripada mezbah korban bakaran [yang dinyalakan dengan api secara ghaib pada mulanya (Imamat 9:24; 2 Tawarikh 7:1)]. (3) Meja Roti Sajian (Keluaran 30:3), mahkota kerajaan.

 

Jadi, mari kita perhatikan imamat dan mezbah pembakaran ukupan dalam pelbagai kediaman Tuhan.

 

Mezbah Pembakaran Ukupan dalam Khemah di Padang Gurun

 

Mezbah Pembakaran Ukupan terletak betul-betul di hadapan tirai atau tenda ke dalam Tempat Mahakudus. Ia satu hasta panjang dan satu hasta lebar dan dua hasta tinggi. Tanduk-tanduknya adalah daripada potongan sama. Ia diperbuat daripada kayu penaga dan juga dilapisi dengan emas murni. Ia juga mempunyai hiasan sekitar atasnya seperti satu mahkota. Terdapat dua gelang pada setiap sisi mezbah itu pada penjuru-penjurunya (Keluaran 37:3,13). Kayu-kayu pengusung untuk mengangkatnya diperbuat daripada kayu penaga yang dilapisi emas (Keluaran 30:1-5; 37:25-29).

 

Para imam menjaga Mezbah Pembakaran Ukupan itu dua kali sehari (Keluaran 30:6-8; Lukas 1:9-11). Harus ada pembakaran ukupan yang tetap di hadapan Tuhan selama turun-temurun (Keluaran 30:8). Ukupan ini diperbuat daripada rempah-rempah berharga dan mengikut petunjuk Tuhan (Keluaran 30:34). Ia tidak boleh digunakan untuk apa-apa tujuan lain. Para imam diperintah supaya jangan mempersembahkan apa-apa ukupan lain di atas mezbah ini (Keluaran 30:9) atau menggunakan api lain untuk menyalakannya.

 

Pada mulanya, api untuk menyalakan atau memulakan api di atas mezbah bakaran dibekalkan secara ghaib (Imamat 9:24; 2 Tawarikh 7:1). Untuk perincian lanjut, lihat nota kaki Bullinger bagi Imamat 10:1 dan 16:13 dan Ibrani 8:5.

 

Koleksi doa-doa Jemaat naik kepada Bapa boleh digambarkan dalam Mezbah Pembakaran Ukupan. Daud memberi kita contoh doa yang seperti persembahan ukupan dalam Mazmur 141:2. Kita tahu bahawa dua puluh empat Tua-tua dan empat Makhluk Hidup di sekeliling Takhta Tuhan terus-menerus mengamati doa-doa orang kudus (Wahyu 5:8). Umat Tuhan harus sentiasa berdoa. Di sini kita juga dapat melihat konsep berdoa sekurang-kurangnya dua kali sehari. Untuk penerangan lanjut tentang bagaimana untuk berdoa lihat kertas-kertas Pelajaran tentang Doa Bahagian A Panduan Guru (No. CB31) dan Pelajaran tentang Doa Bahagian B Kertas Kerja (No. CB32).

 

Kita juga tahu bahawa ada orang pernah mempersembahkan api lain kepada Tuhan.

 

Api asing dan doa-doa yang keji bagi Tuhan

 

Kita lihat daripada Imamat 10:1 dst apa yang terjadi kepada Nadab dan Abihu, dua anak tertua Harun, apabila mereka mempersembahkan api asing di atas mezbah pembakaran ukupan itu. Mereka tidak melakukan apa yang Tuhan telah perintahkan mereka lakukan, jadi api daripada Tuhan membakar mereka dan mereka mati.

 

Hal sama bersangkut-paut bagi kita secara rohaniah jika kita tidak menyembah Allah Maha Esa, sepenuhnya dan sama sekali.

 

Betapa malunya kita jika kita tidak mengenal siapa Allah Maha Esa.

 

1 Korintus 15:34 Sadarlah kembali sebaik-baiknya dan jangan berbuat dosa lagi! Ada di antara kamu yang tidak mengenal Allah. Hal ini kukatakan, supaya kamu merasa malu.

 

Jika kita tidak mentaati dan menuruti Hukum atau perintah Tuhan, Tuhan tidak mendengar doa-doa kita.

 

Amsal 28:9 Siapa memalingkan telinganya untuk tidak mendengarkan hukum, juga doanya adalah kekejian.

 

Jika kita tidak mendengar dan mentaati Tuhan kita akan mati secara rohaniah sehingga kita bertaubat dan mengubah cara hidup kita.

 

Pengajaran ukupan asing itu memberitahu kita supaya tidak berdoa kepada atau menyembah ilah-ilah palsu. Untuk keterangan lanjut lihat karya-karya Hari-hari Ibadat Iblis (No. CB23) dan Pentahbisan Harun dan Anak-anakNya (No. CB43).

 

Seperti yang sudah kita lihat, Tuhan mempunyai mezbah emas di hadapan TakhtaNya dan 24 Tua-tua itu bertanggungjawab mengamati doa-doa orang kudus (Wahyu 5:8). Sekarang mari kita perhatikan tempat-tempat kediaman duniawi Tuhan dan melihat bagaimana mezbah pembakaran ukupan itu digambarkan di situ.

 

Mezbah Pembakaran Ukupan

 

Keluaran 30:1-6 "Haruslah kaubuat mezbah, tempat pembakaran ukupan; haruslah kaubuat itu dari kayu penaga; 2 sehasta panjangnya dan sehasta lebarnya, sehingga menjadi empat persegi, tetapi haruslah dua hasta tingginya; tanduk-tanduknya haruslah seiras dengan mezbah itu. 3 Haruslah kausalut itu dengan emas murni, bidang atasnya dan bidang-bidang sisinya sekelilingnya, serta tanduk-tanduknya. Haruslah kaubuat bingkai emas sekelilingnya. 4 Haruslah kaubuat dua gelang emas untuk mezbah itu di bawah bingkainya; pada kedua rusuknya haruslah kaubuat gelang itu, pada kedua bidang sisinya, dan haruslah gelang itu menjadi tempat memasukkan kayu pengusung, supaya dengan itu mezbah dapat diangkut. 5 Haruslah kaubuat kayu pengusung itu dari kayu penaga dan kausalutlah dengan emas. 6 Haruslah kautaruh tempat pembakaran itu di depan tabir penutup tabut hukum, di depan tutup pendamaian yang di atas loh hukum, di mana Aku akan bertemu dengan engkau.

 

Tabir itu adalah untuk memisahkan Tempat Kudus daripada Tempat Maha Kudus (lihat Keluaran 26:33). Ia berperanan sebagai satu rintangan kepada jemaah Israel. Pada waktu ini, Pendamaian hanya boleh dibuat sekali setahun. Pada saat Kristus mati tabir itu terbelah dua (lihat juga Markus 15:38; Ibrani 6:19-20; 10:19-22). Sejak itu kita boleh menemui Tuhan dalam Tempat Maha Kudus, ertinya kita boleh berdoa terus kepada Tuhan dalam nama AnakNya, Yesus Kristus.

 

Korban Pendamaian

 

Penting sekali kita perhatikan mana satu daripada perabot-perabot di dalam Bait yang dikenakan darah pendamaian setiap tahun.

 

Tuhan memberi orang Israel perintah yang amat jelas berkenaan siapa yang akan diizinkan melakukan korban itu pada Hari Pendamaian. Imam Besar bertanggungjawab sepenuhnya bagi tugas-tugas yang terdapat di dalam Khemah di Padang Gurun dan Bait Suci, pada Hari Pendamaian. Ini adalah untuk menunjuk ke arah Kristus yang akan bakal datng, dan dia akan menjadi korban Pendamaian dengan menyerahkan hidupnya untuk membuat pendamaian bagi kita dan menebus kita daripada dosa.

 

Pada Hari Pendamaian seorangpun imam lain tidak boleh berada di dalam Khemah di Padangn Gurun atau Bait Suci sehingga Imam Besar menyelesaikan semua tugasnya.

 

Imamat 16:17 Seorangpun tidak boleh hadir di dalam Kemah Pertemuan, bila Harun masuk untuk mengadakan pendamaian di tempat kudus, sampai ia keluar, setelah mengadakan pendamaian baginya sendiri, bagi keluarganya dan bagi seluruh jemaah orang Israel.

 

Lihat Imamat 16 untuk perincian lengkap tentang bagaimana Imam Besar perlu melaksanakan semua tugas pada Hari Pendamaian. Kita akan pilih tugas-tugas dengan aspek-aspek yang berlaku dengan Mezbah Pembakaran Ukupan.

 

Keluaran 30:10 Sekali setahun haruslah Harun mengadakan pendamaian di atas tanduk-tanduknya; dengan darah korban penghapus dosa pembawa pendamaian haruslah ia sekali setahun mengadakan pendamaian bagi mezbah itu di antara kamu turun-temurun; itulah barang maha kudus bagi TUHAN." (RSV)

 

Selepas lembu dan domba janta dipilih Harun bersiap sedia untuk membawa perbaraan berisi bara api ke dalam Tempat Maha Kudus. Ini kali pertama Imam Besar masuk ke dalam Tempat Maha Kudus pada Hari Pendamaian.

 

Imamat 16:12 Dan ia harus mengambil perbaraan berisi penuh bara api dari atas mezbah yang di hadapan TUHAN, serta serangkup penuh ukupan dari wangi-wangian yang digiling sampai halus, lalu membawanya masuk ke belakang tabir.

 

Harun kemudian keluar Khemah di padang gurun dan ada seorang imam yang memegang bekas berisi darah daripada lembu jantan yang dikorbankan untuk Harun dan keluarganya. Harun kembali ke Tempat Maha Kudus untuk kali kedua dengan darah lembu jantan itu dan memercikkannya tujuh kali pada tutup pendamaian.

 

Imamat 16:14 Lalu ia harus mengambil sedikit dari darah lembu jantan itu dan memercikkannya dengan jarinya ke atas tutup pendamaian di bagian muka, dan ke depan tutup pendamaian itu ia harus memercikkan sedikit dari darah itu dengan jarinya tujuh kali.

 

Harun sekarang keluar daripada Tempat Maha Kudus dan menyembelih domba jantan korban penghapus dosa. Dia kembali ke Tempat Maha Kudus untuk kali ketiga dengan darah domba itu. Dia memercikkan tutup pendamaian tujuh kali dengan darah domba korban penghapus dosa itu.

 

Imamat 16:15 Lalu ia harus menyembelih domba jantan yang akan menjadi korban penghapus dosa bagi bangsa itu dan membawa darahnya masuk ke belakang tabir, kemudian haruslah diperbuatnya dengan darah itu seperti yang diperbuatnya dengan darah lembu jantan, yakni ia harus memercikkannya ke atas tutup pendamaian dan ke depan tutup pendamaian itu.

 

Harun meninggalkan Tempat Maha Kudus dan mencampurkan darah kedua-dua korban itu dan memercikkan darah ini tujuh kali pada Mezbah Pembakaran Ukupan.

 

Imamat 16:18-20 Kemudian haruslah ia pergi ke luar ke mezbah yang ada di hadapan TUHAN, dan mengadakan pendamaian bagi mezbah itu. Ia harus mengambil sedikit dari darah lembu jantan dan dari darah domba jantan itu dan membubuhnya pada tanduk-tanduk mezbah sekelilingnya. 19 Kemudian ia harus memercikkan sedikit dari darah itu ke mezbah itu dengan jarinya tujuh kali dan mentahirkan serta menguduskannya dari segala kenajisan orang Israel. 20 Setelah selesai mengadakan pendamaian bagi tempat kudus dan Kemah Pertemuan serta mezbah, ia harus mempersembahkan kambing jantan yang masih hidup itu,

 

Sisa darah itu dicurahkan ke bahagian bawah mezbah tembaga (Imamat 4:7).

 

Daripada ayat-ayat di atas kita dapati Imam Besar memasuki Tempat Maha Kudus tiga kali – pertama dengan ukupan, dua kali kemudian dengan darah lembu dan domba jantan. Tiga merupakan bilangan kelengkapan. Untuk perincian lanjut lihat kertas Simbolisme Nombor (No. 7).

 

Tempat Maha Kudus, mezbah pembakaran ukupan di tempat kudus dan mezbah tembaga semuanya dipercikkan atau dicurahkan darah yang mendamaikan pada Hari Pendamaian. Dia telah memercikkan darah sebanyak 7 kali 3 (7 x 3) berjumlah 21 kali. Dua puluh satu ialah nombor yang dikaitkan dengan pengudusan. Untuk perincian lanjut lihat kertas-kertas Pengudusan Bangsa-bangsa (No. 77); Pengudusan Orang yang Berdosa dengan Tidak Sengaja dan Tidak Sedar (No. 291); Pengudusan Bait Tuhan (No. 241). Selain itu, darah itu meliputi semua bahagian tempat kediaman Tuhan: Tempat Maha Kudus, Tempat Kudus, dan halaman.

 

Tiga ialah nombor kelengkapan dan tujuh ialah bilangan kesempurnaan rohaniah (lihat kertas Simbolisme Nombor (No. 7)). Oleh itu, kita dapati kesempurnaan rohani lengkap pada hari Pendamaian, jika semua tatacaranya diikuti dengan betul. Kita tahu kita ialah Bait rohaniah sekarang ini dan korban-korban jasmaniah sedang terjadi, namun sebaik-baiknya kita perhatikan semua tugas dan simbolisme yang ada pada Pendamaian dan menerapkan doa-doa dan puasa kita dengan ketekunan dan usaha yang sama yang dilakukan Imam Besar setiap tahun dan yang dipertunjukkan Mesias setiap hari dalam kehidupannya.

 

Kita sudah melihat darah itu dibawa ke tiga bahagian Bait itu. Mari cuba fahami apa yang diwakili tempat-tempat ini.

 

Tempat Maha Kudus merupakan kubus emas. Tabut Perjanjian berdiam di situ. Tempat Maha Kudus menggambarkan Takhta Tuhan di Syurga. Kita tahu daripada Yehezkiel 28:12 bahawa semua makhluk rohani diciptakan sempurna, namun Iblis menderhaka dan memimpin satu pertiga daripada Angkatan Syurgawi menderhaka menentang Tuhan.

 

Kita tahu pada hari Pendamaian Imam Besar mula-mula mengorbankan lembu jantan itu untuk dirinya dan keluarganya. Mesias ialah Imam Besar kita dan dia sempurna serta tidak berdosa; oleh itu, kemungkinan sekali kali pertama darah itu dipercikkan pada Tabut Perjanjian itu adalah untuk penderhakaan rohaniah itu. Sebab Mesias tidak berdosa dia tidak perlu melakukan pendamaian untuk dirinya. Namun keluarga rohaniahnya mempunyai anggota-anggota yang telah menderhaka dan memerlukan pendamaian diberikan untuk mereka.

 

Binatang kedua yang dikorbankan ialah domba jantan Pendamaian untuk dosa-dosa bangsa Israel. Di sini kita lihat darah itu sekali lagi dipercikkan pada Tabut.

 

Kemudian darah kedua-dua binatang yang dikorbankan itu dicampurkan dan dipercikkan untuk tujuh kali terakhir pada mezbah pembakaran ukupan. Di sini manusia dan bani Syurgawi boleh datang kepada Tuhan melalui doa.

 

Mezbah pembakaran ukupan terletak di dalam bangunan Bait sebetulnya, di mana hanya para imam saja dapat masuk. Oleh itu, kita boleh berspekulasi bahawa darah yang mendamaikan dalam Bait meliputi penderhakaan imamat/Jemaat yang telah menderhaka sepanjang zaman.

 

Darah itu kemudiannya dibawa ke halaman dan dicurahkan pada dasar mezbah korban bakaran (Imamat 4:7) itu. Halaman ialah tempat orang ramai/bangsa lain boleh beribadah. Kita tahu kita semua telah berdosa dan kehilangan kemuliaan Tuhan (Roma 3:23; 5:12); oleh itu darah yang tinggal itu mendamaikan bagi dosa semua manusia.

 

Hari Pendamaian ialah hari Shabbath (SHD 7676) Shabbathown (SHD 7677) (Imamat 23:32). Ia hari paling kudus sekali dan kaya dengan simbolisme dan maksud.

 

Pada Hari Pendamaian, Imam Besar menyelesaikan semua tugas dalam Bait sehingga dia menukar pakaiannya kepada pakaian Imam Besar. Seperti kita sudah lihat daripada pelajaran lain, Mesias memenuhi semua aspek korban-korban dan tugas-tugas Bait dengan menjadi korban bakaran itu – kandil atau roti hadirat.

 

Sangkakala Yobel ditiupkan dari Pendamaian sebab daripada Pendamaianlah planet ini didamaikan kembali kepada Bapa. Mesias ialah Anak Domba yang disembelih sejak dunia dijadikan. Pada hari Pendamaian tiap tahun kita meninjau kembali Rencana Tuhan.

 

Dari sini kita lihat bahawa Rencana Tuhan akan dipenuhi; manusia akan menuruti segala Hukum Tuhan dan memperolehi berkat-berkatnya. Mungkin mengambil masa untuk mereka bertaubat dan berubah, dengan itu memanjangkan penderitaan itu. Tuhan ialah Tuhan yang sempurna hukum dan tatatertib dan tidak akan membiarkan apa-apa menghalang RencanaNya.

 

Untuk keterangan lanjut lihat kertas-kertas Hari Pendamaian (No. CB99) dan Pendamaian (No. 138).

 

Sekarang setelah kita meninjau beberapa fakta asas tentang Mezbah Pembakaran Ukupan mari kita perhatikan bagaimana Mezbah Pembakaran Ukupan ini kelihatan dalam Bait yang didirikan Salomo.

 

Bait yang Dibangunkan Salomo

 

Keluaran 30:1-3 dan 37:25-28 memberitahu kita bahawa mezbah pembakaran ukupan ialah satu hasta panjang kali satu hasta lebar dan dua hasta tinggi. Bahagian tepi mezbah pembakaran ukupan itu dan bahagian atas meja roti sajian kedua-duanya 1 hasta kali 2 hasta. Tanduk-tanduknya sama potongannya dengannya. Ia juga dilapisi dengan emas murni. Di sini kita lihat doa orang-orang kudus diperwakilkan dan naik kepada Eloah, dan diamati oleh 24 Tua-tua (Wahyu 5:8; 8:3). Mezbah pembakaran ukupan terletak di hadapan tabir ke Tempat Maha Kudus.

 

Terdapat pintu berdaun dua antara Tempat Maha Kudus dan Tempat Kudus yang dilapisi emas (2 Tawarikh 4:22); ia ada rantai-rantai emas merentangi pintu-pintunya (1 Raja-raja 6:21). Ada juga tabir daripada kain ungu tua, kain ungu muda, kain kirmizi dan lenan halus (2 Tawarikh 3:14). Kita perhatikan Khemah di Padang Gurun juga mempunyai tabir kain ungu tua, ungu muda, kirmizi dan lenan halus (Keluaran 26:33). Lihat kertas Khemah di Padang Gurun (No. CB42). Mezbah pembakaran ukupan terletak di hadapan pintu/tabir ini.

 

Dalam Bait Salomo, mezbah ini disebutkan dalam 1 Raja-raja 7:48, 1 Tawarikh 6:49 dan 28:18.

 

Mezbah pembakaran ukupan nampaknya terus kekal dalam Khemah di Padang Gurun dan dalam Bait yang dibuat Salomo. Ia mezbah emas tunggal di hadapan Takhta Tuhan atau Tempat Maha Kudus.

 

Kita sebenarnya tidak melihat apa-apa perincian dinyatakan bagi Mezbah Pembakaran Ukupan dalam Bait yang dibuat Salomo. Kita memang tahu ia wujud dan diperbuat daripada emas.

 

1 Tawarikh 28:13dst nampaknya menunjukkan bahawa Salomo telah membuat Mezbah Pembakaran Ukupan. Memangpun ada sebuah.

 

1 Tawarikh 28:13-18 mengenai rombongan-rombongan para imam dan para orang Lewi dan mengenai segala pekerjaan untuk ibadah di rumah TUHAN dan segala perkakas untuk ibadah di rumah TUHAN. 14 Juga ia memberikan emas seberat yang diperlukan untuk segala perkakas pada tiap-tiap ibadah; dan diberikannya perak seberat yang diperlukan untuk segala perkakas perak pada tiap-tiap ibadah, 15 yakni sejumlah emas untuk kandil-kandil emas dan lampu-lampunya yang dari emas, seberat yang diperlukan tiap-tiap kandil dan lampu-lampunya, dan perak untuk kandil perak seberat yang diperlukan perak untuk satu kandil dan lampu-lampunya, sesuai dengan pemakaian tiap-tiap kandil dalam ibadah. 16 Kemudian diberikannya sejumlah emas untuk meja-meja roti sajian, meja demi meja, dan perak untuk meja-meja dari perak; 17 selanjutnya emas murni untuk garpu-garpu, dan bokor-bokor penyiraman dan kendi-kendi, juga untuk piala-piala dari emas seberat yang diperlukan untuk tiap-tiap piala, dan perak untuk piala dari perak seberat yang diperlukan untuk tiap-tiap piala; 18 juga emas yang disucikan untuk mezbah pembakaran ukupan seberat yang diperlukan dan emas untuk pembentukan kereta yang menjadi tumpangan kedua kerub, yang mengembangkan sayapnya sambil menudungi tabut perjanjian TUHAN. (KJV)

 

Di sini kita lihat bahawa perak juga digunakan dalam Bait. Jadi Khemah di padang gurun dan Bait Salomo berdua mempunyai tiga logam iaitu tembaga, perak dan emas di dalamnya.

 

Mezbah Pembakaran Ukupan nampaknya kekal sama seperti dalam Khemah di Padang Gurun yang mana terdapat hanya satu Mezbah Pembakaran Ukupan dan ia dipelihara dua kali sehari. Ia diletakkan di hadapan Tempat Maha Kudus.

 

1 Tawarikh 28 memberitahu kita Daud memberi Salomo semua rencana untuk organisasi para imam dan bagaimana pekerjaan itu harus dilaksanakan.

 

1 Tawarikh 28:13Daud juga memberi Salomo segala rencananya untuk membahagikan para imam dan para orang Lewi kepada kumpulan-kumpulan, serta segala pekerjaan yang perlu dilakukan di rumah TUHAN dan untuk memelihara segala perkakas yang digunakan untuk ibadah. (CEV)

 

Kita tahu imamat duniawi meniru imamat syurgawi, yang mana kita lihat 24 Tua-tua berpakaian putih dengan mahkota-mahkota emas atas kepala mereka menyembah Tuhan dan mengawasi doa orang-orang kudus (Wahyu 4:4; 5:11; 7:11).

 

Waktu Pedupaan Emas di Syurga

 

Dalam Ibrani 9:4,5, kita ketahui adanya pedupaan emas dalam Khemah di Padang Gurun.

 

Ibrani 9:4-5 Di situ terdapat mezbah pembakaran ukupan dari emas, dan tabut perjanjian, yang seluruhnya disalut dengan emas; di dalam tabut perjanjian itu tersimpan buli-buli emas berisi manna, tongkat Harun yang pernah bertunas dan loh-loh batu yang bertuliskan perjanjian, 5 dan di atasnya kedua kerub kemuliaan yang menaungi tutup pendamaian. Tetapi hal ini tidak dapat kita bicarakan sekarang secara terperinci. (KJV)

 

Dalam Wahyu 8:1dst., kita diberitahu tentang waktu di satu masa depan yang tidak begitu jauh bilamana seorang malaikat akan menggunakan pedupaan emas di Syurga dan membawa masuk Meterai Ketujuh dengan Tujuh Sangkakala. Apabila Meterai Ketujuh dibuka syurga sunyi senyap selama setengah jam…

 

Tujuh malaikat berdiri di hadapan Tuhan dengan tujuh sangkakala. Wahyu 8:3 menyatakan seorang malaikat lain datang dan berdiri dekat mezbah dengan sebuah pedupaan emas dan dia diberikan banyak kemenyan untuk dia mempersembahkannya bersama-sama dengan semua doa orang kudus di atas mezbah emas di hadapan takhta itu.

 

Wahyu 8:3 Maka datanglah seorang malaikat lain, dan ia pergi berdiri dekat mezbah dengan sebuah pedupaan emas. Dan kepadanya diberikan banyak kemenyan untuk dipersembahkannya bersama-sama dengan doa semua orang kudus di atas mezbah emas di hadapan takhta itu. (KJV)

 

Asap kemenyan yang datang bersama dengan doa semua orang kudus naik ke hadapan Tuhan.

 

Malaikat ini mengambil pedupaan itu dan memenuhkannya dengan api daripada mezbah dan melemparkannya atau membuangnya ke bumi dan ada suara, bunyi guruh, dan halilintar dan gempa bumi. Tujuh malaikat itu bersiap sedia untuk mengguruh.

 

Di sini kita lihat undang-undang syurgawi berkenaan Mezbah Pembakaran Ukupan. Nota kaki kepada Wahyu 8:4 dalam The Companion Bible berkata tentang asap: Yunani kapnos, satu daripada 13 kali digunakan, semuanya dalam Wahyu, kecuali Kisah 2:19. Semua waktu lainnya ia dikaitkan dengan “penghakiman” atau “lubang”.

 

Jadi sini kita lihat suatu roh Tuhan yang melayani pergi ke hadirat Tuhan di Syurga dengan pedupaan emas, dan penghakiman dibuat atau diberikan.

 

Mezbah pembakaran ukupan dalam Bait Milenium Yehezkiel

 

Yehezkiel juga tidak menggambarkan Mezbah Pembakaran Ukupan dengan cukup terperinci. Ada satu rujukan dalam Yehezkiel 41 yang nampaknya merujuk kepada Mezbah Pembakaran Ukupan.

 

Yehezkiel 41:22 mezbah dari kayu, tingginya tiga hasta, panjangnya dua hasta dan lebarnya dua hasta; sudut-sudutnya serta alasnya dan dindingnya dari kayu. Ia berkata kepadaku: "Inilah meja yang ada di hadirat TUHAN."

 

Sebab dalam Keluaran Tuhan menyatakan ukupan dan penjagaan Mezbah Pembakaran Ukupan itu ialah perjanjian kekal, kita harus membayangkan bahawa apabila Bait beroperasi dalam Milenium Mezbah Pembakaran Ukupan itu akan sekali lagi bertempat di hadapan Tempat Maha Kudus.

 

Mezbah Pembakaran Ukupan dalam Kota Tuhan

 

Daripada Wahyu 21 dan 22 kita mendapat pengertian bagaimana rupanya Kota Tuhan itu.

 

Kita tahu bahawa tidak akan ada apa-apa Bait lagi sebab Tuhan dan Anak Domba ialah Baitnya (Wahyu 21:22). Kita tahu Tuhan akan memerintah sampai selama-lamanya (Wahyu 22:5) dan dengan itu kita akan menyembah dan memuji Dia sampai selama-lamanya (Wahyu 4:8-11; 19:4-6; 22:9).

 

Kita lihat daripada 1 Tawarikh 24:1dst. (Bab-bab berikutnya menggariskan organisasi para pemuzik, penjaga pintu, dsb.) Daud menentukan imamat untuk berada dalam 24 divisi atau uni sama seperti adanya 24 Tua-tua di sekitar Takhta Tuhan.

 

Para imam dan Imam Besar harus memakai pakaian putih. Lihat Pakaian Imam (No. CB61).

 

Kita ingat Imam Besar juga harus memakai barang-barang istimewa yang lain berbanding imam-imam biasa. Juga, ingat bahawa pakaian-pakaian putih itu adalah untuk semua orang kudus yang telah membasuh jubah-jubah mereka dalam darah Anak Domba dan memelihara seluruh Perintah Tuhan dan Kesaksian Yesus Kristus (Wahyu 12:17; 14:12; 22:14).

 

Wahyu 22 menggambarkan bagaimana keadaannya bagi kita di masa hadapan.

 

Wahyu 22:3,4 Maka tidak akan ada lagi laknat. Takhta Allah dan takhta Anak Domba akan ada di dalamnya dan hamba-hamba-Nya akan beribadah kepada-Nya, 4 dan mereka akan melihat wajah-Nya, dan nama-Nya akan tertulis di dahi mereka.

 

Sama seperti Imam Besar mempunyai patam emas pada serbannya, begitu juga kita semua akan menerima nama baru (Wahyu 2:17) dan mempunyai nama Tuhan pada dahi kita. Lihat juga Wahyu 3:12; 7:3; 14:1.

 

Jemaat, sebagai badan para raja dan imam, dituntut mempersembahkan doa setiap hari, pagi dan petang (Keluaran 30:7-8). Persiapan dan doa-doa pagi mendahului waktu persembahan korban pagi; dan doa-doa petang menyusul selepas korban petang. Demikianlah doa-doa kita bertindak sebagai persembahan ukupan yang ada di hadapan Tempat Maha Kudus, dan mengantara dengan Tuhan bagi dunia. Itulah sebabnya kenapa 24 Tua-tua itu dipertanggungjawabkan untuk mengawasi doa-doa kita dan membantu kita (Wahyu 5:8-10). Lihat kertas Mazmur daripada Ibadah Bait (No. 87) untuk perincian lanjut.

 

Ringkasan

 

Kita telah lihat bahawa Tuhan mempunyai mezbah emas di Syurga dan di atasnya doa orang-orang kudus dibuat. Kita tahu 24 Tua-tua itu mengawasi doa-doa kita. Golongan imamat pada asalnya bertanggungjawab untuk persembahan ukupan pagi dan petang.

 

Kita semua harus terus-menerus berfungsi sebagai imam atau hamba kepada Eloah. Mari kita berdoa tanpa henti dan mempersembahkan korban-korban yang tak putus-putus kepada El Shaddai dan menyelesaikan pekerjaanNya sementara kita masih mampu bekerja dan sebelum pedupaan emas di Syurga itu dilemparkan ke Bumi.

 

q