Jemaat-jemaat Allah Al Masehi

[CB111]

 

 

 

Meja Roti Sajian

(Edisi 1.0 20070912-20070912)

 

 

Sekalipun dalam Bait Suci di Padang Belantara, Allah mempunyai meja untuk roti sajian dengan dua belas roti yang tidak beragi di atasnya. Dalam karya tulis ini kita akan meneliti bagaimana meja roti sajian ini berkembang dalam sistem Kaabah Allah dan apakah yang diwakili dan dilambangkan oleh roti sajian ini.

 

 

Christian Churches of God

 

PO Box 369, WODEN ACT 2606, AUSTRALIA

E-mail: secretary@ccg.org

 

(Hakcipta ã 2007 Diane Flanagan,

Disunting oleh Wade Cox)

(tr. 2009)

 

Karya tulis ini boleh disalin semula dan didistribusikan secara bebas dengan syarat ia disalin semuanya tanpa apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat penerbit serta notis hakcipta harus disertakan.  Sebarang bayaran tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima salinan yang didistribusikan.  Petikan-petikan ringkas daripadanya boleh dimasukkan ke dalam artikel-artikel kritis dan karya ulasan tanpa melanggar undang-undang hakcipta.

 

Karya ini boleh didapati daripada Internet di:
http://www.logon.org dan http://www.ccg.org

 

Meja Roti Sajian

 


 


Kita semua biasanya makan di atas meja; tetapi apakah meja yang dibicarakan didalam Alkitab dan apakah implikasi spiritual atau maksud meja dan makanan yang dihidangkan di atas meja itu?

 

Ibrani 13:10 kita mempunyai sau mezbah, dan mereka yang melayaninya tidak boleh memakan apa yang didalamnya.

 

Kali pertama perkataan meja (SHD 7979) ada dalam rujukan kepada meja sajian atau “Roti curahan” dalam Keluaran 25:22-30.

 

Catatan bagi Keluaran 25:30 dalam Alkitab Companion menyatakan: “Roti diletakkan bagi kehadiran melalui bentuk. Metonymy A. 6 mewakili kehadiran ilahi dimana roti itu diletakkan, dan dari mana semua bekalan, bahan dan spiritual datang.”

 

Imamat 24:5-9 menjelaskan bagaimana dan bila hendak membuat roti, dan bahawa “ianya ditetapkan di hadapan Tuhan. ...Harun dan anak-anaknya akan memakannya dalam tempat yang kudus”.

 

Catatan Bullinger kepada Imamat 24:6 menyatakan: yakni dalam tempat yang kudus, yang dipanggil “meja kehadiran” (Bil 4:7) dan memanggil “roti kehadiran” (Kel 25:30; 35:13; 39:16). Perkataan “roti sajian” diambil dari Vulgate, dan Luther tidak dengan betul mewakili nama Ibrani. Penggunaan perkataan agak menyembunyikan ekspresi Ibrani “Roti persembahan” (ditetapkan); “set roti-roti’, ‘meja yang sudah ditetapkan”, dalam 1 Korintus 9:32; 23:29. 2 Tawarikh 13:11, dan meja dalam 2 Tawarikh 13:11, Neh 10:33 dan meja dalam 1 Taw 29:18. Ekspresi Ibrani ini berdasarkan dan berasal dari ayat ini.

 

12 keping roti ini mewakili banyak konsep. Satu idea adalah bahawa roti yang tidak beragi ini mewakili satu daripada 12 suku kaum dimana semuanya, umat Israel dan bukan Israel, memasuki Kerajaan Allah.

 

Yang kedua, kita melihat dari catatan Bullinger kepada Imamat 24:6 berkenaan dengan Tempat Kudus – ia adalah tempat kudus kepda Tuhan Allah dan dimana roti itu disediakan dengan tersusun. Allah melakukan perkara dengan sempurna dan dalam jangka amsa yang betul. Dia mempunayi rencana untuk membawa pekerjaanNya kepada kegenapan sebelum Dia mula mencipta.

 

Ketiga, imam itu membuat dan memakan roti yang tidak beragi di setiap Sabat mingguan. Keimamatan bertukar kepada susunan Melkisedek dan menunjukkan kepada kita keimamatan itu tidak lagi berdasarkan pada keturunan. Imam Allah masih memberi makan secara spiritual dan melindungi umat itu.

 

Keempat, kita melihat konsep bahawa Mesiah adalah roti hidup yang “memberi makan” kepada semua bangsa dan memulihkan kita kembali kepada Bapa.

 

Mari kita mula dengan meja roti sajian dalam Bait Suci di Padang Belantara.

 

Meja roti sajian dalam Bait Suci di Padang Belantara

 

Meja roti sajian terletak di sebelah utara Kemah Pertemuan, atau di sebelah kanan apabila seseorang berjalan masuk kedalam Bait Suci (Kel 25:30; 40:22). Ianya dibuat dari kayu acacia dan disaluti dengan emas, dan dua kubit panjang, satu kubit lebar dan satu setengah kubit tinggi. Meja itu mempunyai rim dari satu lengan panjang seluruhnya dan satu gelang pada setiap sudut meja itu. Dua batang dari kayu acacia yang disaluti dengan emas melalui gelang itu untuk membolehkan meja itu diangkat. Peralatan meja itu adalah dari emas tulin (Kel 25:23-30; 37:10-16). Bilangan 4:7-10 memberitahu kita bagaimana meja itu digerakkan dari satu tempat ke satu tempat.

 

Ianya menarik untuk diperhatikan bahawa diatas meja roti sajian itu adalah 2 kubit x 1 kubit, dan sebelah mezbah pedupaan adalah 2 kubit x 1 kubit. Kedua-dua mempunyai satu mahkota diatasnya walaupun meja roti sajian itu tidak mempunyai tanduk seperti mezbah bakaran dan mezbah pedupaan.

 

Ia mengandungi dua belas keping roti yang tidak beragi. Roti itu disusun kepada dua tompok, dengan enam keping dalam sertiam tompok. Imam akan meletakkan frankincense pada setiap tompok untuk menjadikan ia bahagian peringatan dan akan dipersembahkan kepada Tuhan melalui api. Roti itu akan diganti setiap Sabat dengan kepingan roti yang baru yang ditetapkan di hadapan Tuhan sebagai satu perjanjian kekal bagi umat Israel. Ia dipunyai Harun dan anak-anaknua dan mereka akan makan di tempat yang kudus. Ia adalah sebahagian daripada bahagian mereka dalam persembahan yang dibuat kepada Tuhan melalui api (Im 24:5-9).

 

Dua belas keping roti itu mewakili satu kurnia dari dua belas suku kaum Israel, dimana seluruh dunia datang kepada Kerajaan Allah. Ia menandakan kepada fakta bahawa Allah menjaga umatNya dan kita semua akan dibawa kedalam melalui satu daripada 12 suku kaum itu.

 

Lokasi meja roti sajian

 

Kita juga tahu bahawa dalam Bait Suci di Padang Belantara roti sajian ini terletak di sebelah utara (Kel 26:35; 40:24). Apa lagi yang terletak di sebelah utara? Seperti yang kita perkatakan dlam pelajaran tentang Keluarga Allah, Takhta Allah berada di sebelah utara.

 

Mazmur 48:2-3 Cantik dalam ketinggian kesukaan pada seluruh dunia, Gunung Sion ada di sebelah utara, kota Raja besar Allah dalam istananya, mebuat diriNya dikenali sebagai kubu yang teguh.

 

Dari 2 Korintus 12:2 kita melihat Mahkota Allah terletak di Langit yang ketiga dan di sebelah utara (Yes 14:13). Apabila Allah datang ke Bumi pada pertama kalinya, Yerusalem baru akan berada di sebelah utara kawasan itu.

 

Dalam Yehezkiel 1:4, angin dari utara membawa visi dari empat makluk hidup Allah.

 

Kita lihat dari tulisan Kitab diatas bahawa utara adalah tempat istimewa bagi Allah dan mempunyai maksud yang tidak kita sedari pada masa ini.

 

Daud memakan roti sajian

 

Sekiranya imam dibenarkan untuk memakan roti sajian, apakah maksud Daud yang dibenarkan memakannya? Daud memakan roti sajian tanpa kebenaran dari Allah (1 Sam 21:6; Mat 12:3-4; Mar 2:25-26; Luk 6:3-4). Mengapa daud dibenarkan untuk memakannya? Kerana ia memaksudkan kepada sesuatu yang lain yang mana akan dimakan oleh orang yang bukan keturunan Lewi. Ia memaksudkan kepada susunan Melkisedek yang mengambil alih fungsi keimamatan dalam Jemaat, seperti yang kita lihat dari Daud. Perjamuan Suci tahunan adalah perayaan yang mengabadikan aspek ini. Untuk keterangan terperinci lihat karya tulis Sakrame-sakramen Jemaat (No. 150).

 

1 Korintus 10:17 bercakap tentang Jemaat yang mengambil bahagian roti yang satu itu.

 

1 Korintus 10:17 Oleh kerana satu roti, kita yang ramai adalah satu tubuh, kerana kita semua mengambil bahagian roti yang satu itu.

 

Mari kita lihat kepada Kaabah yang dibina oleh Salomo dan lihat sama ada meja dan roti sajiannya masih dalam keadaan yang konsisten.

 

Sepuluh meja roti sajian dalam Kaabah yang dibina Salomo

 

Dari Keluaran 25:32-30 dan 37:10-29 kita tahu bahawa terdapat satu meja roti sajian di dinding utara. Ia mempunyai dua belas keping roti yang mewakili dua belas suku kaum Israel. Ianya diletakkan kepada dua topokan dengan satu bekas emas frakincense pada setiap tompok. Imam bertanggung jawab untuk membuat roti tidak beragi setiap minggu dan kemudian memakann roti itu pada Sabat berikutnya.

 

Dalam Kaabah Salomo, terdapat sepuluh meja roti sajian bersama dengan dua belas keping roti pada setiap meja. Ada lima meja di sebelah kanan/utara dan lima meja di kiri/selatan (1 Raja 7:48; 2 Kor 4:8) bersama dengan total 120 keping roti. Sekali lagi kita melihat jumlah 120 ini muncul. Dari karya tulis Perlambangan Nombor-nombor (No. 7) Kita melihat satu ratus dan dua puluh (120 atau 12 x 10) adalah nombor kerajaan yang diperluaskan. Ini adalah nombor seterusnya dalam urutan Jemaat. Kita juga akan melihat 20 bekas frankincense. Bullinger, dalam catatannya kepada 2 Tawarikh 8:1, menjelaskan nombor 20 sebagai jangkaan dan penungguan. Jadi, 10 meja untuk 120 keping roti itu boleh melambangkan penungguan bagi kerajaan Allah yang diperluaskan.

 

Dalam catatan bawah kepada Keluaran 25:24, Bullinger membuat komentar: “Meja roti sajian, takhta kerajaan. Dua belas suku kaum dilambangkan oleh dua belas keping roti”.

 

Kita tahu semua orang datang kepada Bapa melalui satu daripada suku kaum itu, dan dalam keping roti itu kita melihat konsep ini diperluaskan. Di atas meja roti sajian kita mempunyai konsep yang sama yang kita lihat di bahu Imem Besar, bersama dengan batu pada setiap bahu yang ditulis nama satu suku kaum Israel. Terdapat enam nama pada satu bahu dan enam nama pada bahu yang satu lagi. Diatas meja roti sajian kita mempunyai dua tompok dari enam keping roti dan semuanya berjumlah dua belas keping roti.

 

Roti sajian boleh mewakili dunia ini yang diberi makan oleh Roh Allah melalui kaunsil Jemaat. Pada mulanya, kita melihat konsep manna yang disediakan dengan luar biasa selama 40 tahun untuk memberi makan orang Israel selepas mereka meninggakan Mesir. Kemudian kita melihat Mesiah yang menjadi roti hidup (Yoh 6:35, 48, 51). Kita tahu bahawa kecualu kita dibaptiskan dan mengambil bahagian dalam Perjamuan Kudus tahunan, tidak ada kehidupan didalam diri kita. Namun, ianya mesej dari Injl yang diberikan kepada dunia melalui Jemaat yang pada masa ini memberi makan kepada dunia sebelum kebinadaan dunia ini (Amos 8:11). Seperti yang disebut awal lagi, imam ini bertanggung jawab untuk membuat roti sajian ini dan, secara spiritual, imam ini bertanggung jawab untuk melayani kumpulan Israel spiritual, yakni Jemaat.

 

“Kerja” umat pilihan dalam Lukas 4:18-19 adalah: “untuk berkhotbah kepada orang miskin, membebaskan orang tawanan, memberi penglihatan kepda orang buta, membebaskan mereka yang murtad, untuk memberitakan tahun yang diterima Tuhan:”

 

Dari jumlah kepingan roti sajian yang berjumlah 120 dan dian yang berjumlah 70 kita melihat bahawa Allah sedang memperluaskan Kaunsil dalamanNya untuk menyelesaikan kerjaNya pada masa yang tepat.

 

Mesiah sebagai roti hidup

 

Yohanes 6:28-37 Lalu kata mereka kepada-Nya: "Apakah yang harus kami perbuat, supaya kami mengerjakan pekerjaan yang dikehendaki Allah?"  29 Jawab Yesus kepada mereka: "Inilah pekerjaan yang dikehendaki Allah, yaitu hendaklah kamu percaya kepada Dia yang telah diutus Allah."  30 Maka kata mereka kepada-Nya: "Tanda apakah yang Engkau perbuat, supaya dapat kami melihatnya dan percaya kepada-Mu? Pekerjaan apakah yang Engkau lakukan?  31 Nenek moyang kami telah makan manna di padang gurun, seperti ada tertulis: Mereka diberi-Nya makan roti dari sorga."  32 Maka kata Yesus kepada mereka: "Aku berkata kepadamu, sesungguhnya bukan Musa yang memberikan kamu roti dari sorga, melainkan Bapa-Ku yang memberikan kamu roti yang benar dari sorga.  33 Karena roti yang dari Allah ialah roti yang turun dari sorga dan yang memberi hidup kepada dunia."  34 Maka kata mereka kepada-Nya: "Tuhan, berikanlah kami roti itu senantiasa."  35 Kata Yesus kepada mereka: "Akulah roti hidup; barangsiapa datang kepada-Ku, ia tidak akan lapar lagi, dan barangsiapa percaya kepada-Ku, ia tidak akan haus lagi.  36 Tetapi Aku telah berkata kepadamu: Sungguhpun kamu telah melihat Aku, kamu tidak percaya.  37 Semua yang diberikan Bapa kepada-Ku akan datang kepada-Ku, dan barangsiapa datang kepada-Ku, ia tidak akan Kubuang.

 

Untuk pemahaman yang lebih lanjut tentang bagaimana Mesiah ini adalah roti hidup lihat juga karya tulis: Sakramen-sakramen dalam Jemaat (No. 150) dan Ragi Lama dan Baru (No. 106a)

 

Ianya menarik bahawa Mesiah juga adalah dari keturunan Isyak, bapa Daud. Nama Isyak (SHD 3488) bermaksud: Aku memiliki. Dia adala Isyak orang Bethlehem (SHD 1022) bermaksud, rumah roti. Jadi nama penuh Isyak dalam kitab bermaksud: “Aku memiliki rumah roti”. Daud dan Mesiah datang dari keturunan Isyak. Kristus adalah roti hidup yang sebanar. Eloah bapa kita mengutus Roti Hiduo kepada kita. Lihat juga karya tulis Pelajaran: Daud dan Goliat (No. CB62).

 

Sekarnag mari kita lihat dalama Kaabah Milenial dan lihat berapa perincian yang kita perolehi disana tentang meja roti sajian.

 

Kaabah Milenial

 

Terdapat dua rujukan dalam Yehezkiel yang berkenaan dengan meja. Yang pertama merujuk kepada mezbah pedupaan dan kemudian meja roti sajian.

 

Yehezkiel 41:22 Mezbah ini adalah dari kayu, tiga kubit tinggi dan panjangnya dua kubit. Sudut-sudutnya, dasarnya dan sisinya adalah dari kayu. Dan dia berkata kepada aku, “ini adalah mejar yang berada di hadapan Tuhan.”

 

Ayat dalam 44:16 menjelaskan bagaimana imam-imam berpakaian untuk melayani kaabah Allah.

 

Yehezkiel 44:16 “Mereka memasuki kaabahKu mereka akan datang dekat dengan MejaKu untuk melayani Aku dan memelihara kerjaku.

 

Maleakhi 1:7, 12 membuat rujukan mencemarkan atau makanan buruk: ini adalah sama maksudnya dimana Nadab dan Abihu menawarkan api ganjil kepada Tuhan, atau apabila kita menyembah tuhan palsu.

 

Kita boleh mengetahui perbezaan di antara Kudus dan tidak kudus. Kita harus mengajar dunia ini perbezaan diantara bersih dan tidak bersih, secara fizikal dan spiritual. 1 Korintus berkata mengenai perkara ini.

 

1 Korintus 10:21 kamu tidak boleh mengambil bahagian dalam meja Tuhan dan meja Iblis.

 

Walaupun yehezkiel memberikan kita banyak perinian mengenai beberapa isu, dia memberi komentar yang samar-samar tentang roti sajian.

 

Sekarang mari kita lihat apa Wahyu katakan tentang ‘meja pesanan’ dalam kota Allah.

 

Kota Allah

 

Mari kita baca sebahagiand ari Wahyu 21 dan 22 supaya kita tahu dengan jelas apa firman Allah beritahu kita.

 

Wahyu 21:11-27 Kota itu penuh dengan kemuliaan Allah dan cahayanya sama seperti permata yang paling indah, bagaikan permata yaspis, jernih seperti kristal.  12 Dan temboknya besar lagi tinggi dan pintu gerbangnya dua belas buah; dan di atas pintu-pintu gerbang itu ada dua belas malaikat dan di atasnya tertulis nama kedua belas suku Israel.  13 Di sebelah timur terdapat tiga pintu gerbang dan di sebelah utara tiga pintu gerbang dan di sebelah selatan tiga pintu gerbang dan di sebelah barat tiga pintu gerbang.  14 Dan tembok kota itu mempunyai dua belas batu dasar dan di atasnya tertulis kedua belas nama kedua belas rasul Anak Domba itu.  15 Dan ia, yang berkata-kata dengan aku, mempunyai suatu tongkat pengukur dari emas untuk mengukur kota itu serta pintu-pintu gerbangnya dan temboknya.  16 Kota itu bentuknya empat persegi, panjangnya sama dengan lebarnya. Dan ia mengukur kota itu dengan tongkat itu: dua belas ribu stadia; panjangnya dan lebarnya dan tingginya sama.  17 Lalu ia mengukur temboknya: seratus empat puluh empat hasta, menurut ukuran manusia, yang adalah juga ukuran malaikat.  18 Tembok itu terbuat dari permata yaspis; dan kota itu sendiri dari emas tulen, bagaikan kaca murni.  19 Dan dasar-dasar tembok kota itu dihiasi dengan segala jenis permata. Dasar yang pertama batu yaspis, dasar yang kedua batu nilam, dasar yang ketiga batu mirah, dasar yang keempat batu zamrud,  20 dasar yang kelima batu unam, dasar yang keenam batu sardis, dasar yang ketujuh batu ratna cempaka, yang kedelapan batu beril, yang kesembilan batu krisolit, yang kesepuluh batu krisopras, yang kesebelas batu lazuardi dan yang kedua belas batu kecubung.  21 Dan kedua belas pintu gerbang itu adalah dua belas mutiara: setiap pintu gerbang terdiri dari satu mutiara dan jalan-jalan kota itu dari emas murni bagaikan kaca bening.  22 Dan aku tidak melihat Bait Suci di dalamnya; sebab Allah, Tuhan Yang Mahakuasa, adalah Bait Sucinya, demikian juga Anak Domba itu.  23 Dan kota itu tidak memerlukan matahari dan bulan untuk menyinarinya, sebab kemuliaan Allah meneranginya dan Anak Domba itu adalah lampunya.  24 Dan bangsa-bangsa akan berjalan di dalam cahayanya dan raja-raja di bumi membawa kekayaan mereka kepadanya;  25 dan pintu-pintu gerbangnya tidak akan ditutup pada siang hari, sebab malam tidak akan ada lagi di sana;  26 dan kekayaan dan hormat bangsa-bangsa akan dibawa kepadanya.  27  Tetapi tidak akan masuk ke dalamnya sesuatu yang najis, atau orang yang melakukan kekejian atau dusta, tetapi hanya mereka yang namanya tertulis di dalam kitab kehidupan Anak Domba itu.

 

Dari ayat diatas, kita lihat maksud semua orang datang ke kota Allah melalui satu daripada 12 suku kaum. Ia juga menunjukkan bahawa seorang rasul juga terikat atau dipasangkan dengan setiap suku kaum setiap daripada 12 gerbang adalah mutiara penuh. Untuk keterangan lanjut tentang bagaimana keluarga Allah diperluaskan sepanjang masa, lihat Kota Allah (No. 180) dan Keluarga Allah (No. CB4).

 

Ianya tidak menunjukkan bahawa terdapat meja roti sajian di Kota Allah; namun 12 keping roti itu menjadi 12 gerbang. Pada masa ini, semua akan menjadi makluk spiritual dan akan emmasuku gerbang Kota, dan tidak perlu lagi roti sajian untuk melambnagkan perkara yang akan datang kerana ianya sudah digenapi.

 

Ringkasan

 

Kita lihat awal sejarah Israel bahawa Allah dengan jelas menunjukan umatnya Rencana Keselamatan dan bagaiman semua orang akan datang ke dalam Kerajaan Allah melalui satu daripada 12 suku kaum, dengan mengambil bahagian dari roti Hiduo, yakni Mesiah.

 

Sekiranya kita cuba untuk hidup dengan roti fizikal, kita akan mati. Kerana ada tertulis: “Orang bukan hanya hidup dengan memakan roti sahaja tetapi memakan setiap firman yang keluar dari mulut Allah” (Mat 4:4; Luk 4:4).

 

Namun, roti kita dan air akan mencukupi selagi kita kekal setia kepad Hukum, Jalan dan Firman dari Eloah (Yes 33:16).

 

Kita perlu mengingati bahawa kita adalah Kaabah spiritual (naos) Allah (1 Taw 3:26-17) dan setiap kita secar individu bertanggung jawab untuk meneruskan kerja sementara ada terang untuk bekerja. Marilah kita mengambil firman hikmat Daud dalam 1 Korintus 28:20 di dalam hati kita.

 

1 Tawarikh 28:19-20  Semuanya itu terdapat dalam tulisan yang diilhamkan kepadaku oleh TUHAN, yang berisi petunjuk tentang segala pelaksanaan rencana itu.  20 Lalu berkatalah Daud kepada Salomo, anaknya: "Kuatkan dan teguhkanlah hatimu, dan lakukanlah itu; janganlah takut dan janganlah tawar hati, sebab TUHAN Allah, Allahku, menyertai engkau. Ia tidak akan membiarkan dan meninggalkan engkau sampai segala pekerjaan untuk ibadah di rumah Allah selesai.

 

Marilah kita melakukan kerja Bapa kita dan terus memberitakan Injil kepada Dunia dan membina Kaabah spiritual Eloah.

q