Jemaat-jemaat Allah Al Masehi
[CB129]
Perisai Iman
(Edisi 1.0
20080731-20080731)
Dalam pelajaran ini kita akan perhatikan konsep-konsep apakah perisai itu, bagaimana ia digunakan, apakah iman, ke manakah iman memimpin dan kenapa ia begitu penting.
E-mail: secretary@ccg.org
(Hakcipta ã 2008 Jemaat-jemaat
Allah Al Masehi, ed. Wade Cox)
(tr. 2009)
Karya tulis ini boleh disalin semula dan didistribusikan secara bebas dengan syarat ia disalin semuanya tanpa apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat penerbit serta notis hakcipta harus disertakan. Sebarang bayaran tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima salinan yang didistribusikan. Petikan-petikan ringkas daripadanya boleh dimasukkan ke dalam artikel-artikel kritis dan karya ulasan tanpa melanggar undang-undang hakcipta.
Karya
ini boleh didapati daripada Internet di:
http://www.logon.org dan http://www.ccg.org
Perisai Iman
Efesus 6:13-18 Sebab itu ambillah seluruh perlengkapan senjata Allah, supaya kamu dapat mengadakan perlawanan pada hari yang jahat itu dan tetap berdiri, sesudah kamu menyelesaikan segala sesuatu. Jadi berdirilah tegap, berikatpinggangkan kebenaran dan berbajuzirahkan keadilan, kakimu berkasutkan kerelaan untuk memberitakan Injil damai sejahtera; dalam segala keadaan pergunakanlah perisai iman, sebab dengan perisai itu kamu akan dapat memadamkan semua panah api dari si jahat, dan terimalah ketopong keselamatan dan pedang Roh, yaitu firman Allah, dalam segala doa dan permohonan. Berdoalah setiap waktu di dalam Roh dan berjaga-jagalah di dalam doamu itu dengan permohonan yang tak putus-putusnya untuk segala orang Kudus. (RSV)
Iman ialah satu lagi ciri
perlengkapan senjata Tuhan. Ia digambarkan sebagai perisai iman. Perisai dipegang oleh tangan kita dan kita harus
memegangnya dan menggerakkan perisai itu sementara Iblis melemparkan anak-anak
panah berapinya kepada kita. Kita mesti terus berwaspada terhadap apa yang kita
lakukan dan apa yang sedang berlaku di sekitar kita.
Iman ialah sesuatu yang kita pada
akhirnya dapat daripada Tuhan. Iman timbul daripada pendengaran dan pendengaran
oleh firman Tuhan.
Roma 10:17 Jadi, iman timbul dari pendengaran, dan pendengaran oleh firman Allah. (NKJV)
Iman ialah buah Roh Tuhan dan juga
karunia Roh Kudus. Apabila kita mendengar apa kata Tuhan, dan mengikut
jalanNya, kita memelihara iman kita.
Memang menarik bahawa perlengkapan
senjata yang dipilih untuk iman ialah perisai. Untuk terus hidup dalam dunia
yang sedang diperintah oleh Iblis, kita mesti menggunakan iman kita dalam Tuhan
sebagai perlindungan terhadap anak-anak panah berapi Iblis. Apabila pencobaan
menimpa kita, dan keadaan menjadi sangat sukar, iman kita dalam Tuhan dan
anaknya Yesus Kristus itulah yang mengizinkan kita untuk bertahan. Kita beriman
dalam Rencana Tuhan dan hal-hal indah yang menunggu kita di masa hadapan.
Apabila kita menggunakan iman kita, kita mampu menghalang dan mengalahkan
serangan-serangan Iblis terhadap Jemaat atau kita.
Sementara kita belajar tentang
perisai iman, mula-mula mari kita perhatikan makna perkataan perisai.
Apakah itu perisai?
Perisai ialah sejenis alat yang
melindungi bahagian tubuh yang ditutupinya. Suatu definisi separa daripada http://www.yourdictionary.com/shield
adalah berikut:
kata nama
1.
sekeping logam, kayu, dsb. yang
rata, lazimnya lebar, dibawa dalam tangan atau dipakai pada lengan bawah untuk
menangkis serangan atau peluru;
2.
orang atau benda yang menjaga,
melindungi, atau mempertahan;
3.
perisai berlambang bentara
Kita lihat ia boleh jadi sejenis
peralatan tentera yang digunakan individu untuk melindungi dirinya atau ia
mungkin seseorang, atau Tuhan, atau seorang daripada bani syurgawi setia yang
melindungi atau membela umat pilihan. Apa sekalipun, ia sesuatu atau seseorang
yang melindungi kita daripada celaka atau bahaya.
Mari kita perhatikan penggunaan
perkataan perisai (shield) dalam Perjanjian Lama dan Baru.
Dalam Perjanjian Lama,
SHD 3591, 4043, dan 6793 diterjemahkan terutamanya sebagai perisai. Perkataan-perkataan ini juga kadangkala diterjemah sebagai
buckler (perisai bulat kecil), gorget (sekeping perisai untuk
kerongkong) dan tombak.
Dalam Perjanjian Baru,
perkataan perisai muncul sekali saja.
Ia SGD 2375 dan digunakan dalam Efesus 6:17 – bahagian kelengkapan senjata
Tuhan. Perkataan ini berasal daripada SGD 2374, yang ertinya pintu. Dalam Yohanes 10:9, Yesus
berkata: “Akulah pintu; barangsiapa masuk melalui Aku, ia akan
selamat”.
Sama seperti Yesus Kristus ialah pintu, perisai iman yang Tuhan berikan kita
adalah seperti pintu kepada keselamatan. Kita harus memiliki iman ini untuk memperolehi
hidup kekal.
Perisai kecil dan perisai besar
Kadangkala buckler (perisai kecil) juga disebutkan sebagai perisai. Sebagai
kombinasi dua-senjata, ia boleh melindung dan menyerang.
SHD 4043 diterjemahkan 9 kali
daripada 63 kali sebagai perisai kecil.
The
International Bible Encyclopedia menyatakan:
buk’-ler: Tuhan dipanggil “perisai” (buckler) (Revised Version (British dan Amerika) “shield”) bagi mereka yang mempercayai Dia (Mazmur 18:2,30; 2 Samuel 22:31; Amsal 2:7).
Tuhan ialah perisai atau pelindung
terakhir kita. Ayat lain yang bercakap tentang perlindungan Tuhan ialah:
Ulangan 33:29; 2 Samuel 22:36; Mazmur 5:12; 18:2,35; 33:20; 59:11; 84:9,11;
89:18; 91:4; dan Amsal 30:5.
Kegunaan lain perkataan perisai
Dalam 2 Samuel 22:1 dst. Daud
berkata begini tentang Eloah:
2 Samuel 22:1-3 Daud mengatakan perkataan nyanyian ini kepada
TUHAN pada waktu TUHAN telah melepaskan dia dari cengkeraman semua musuhnya dan
dari cengkeraman Saul. 2 Ia berkata: "Ya, TUHAN, bukit batuku,
kubu pertahananku dan penyelamatku, 3 Allahku, gunung batuku, tempat
aku berlindung, perisaiku, tanduk keselamatanku, kota bentengku, tempat
pelarianku, juruselamatku; Engkau menyelamatkan aku dari kekerasan.
Di sini kita lihat elemen-elemen
perisai dan perlindungan dipertunjukkan oleh Eloah.
Juga dalam Kejadian 15:1 kita terus
melihat elemen perlindungan Eloah ditekankan.
Kemudian
datanglah firman TUHAN kepada Abram dalam suatu penglihatan: "Janganlah
takut, Abram, Akulah perisaimu; upahmu akan sangat besar."
Kita diberitahu berulang kali
bahawa Eloah akan melindungi dan memelihara kita selagi kita taat dan menurut
Hukum-hukumNya. Kemudian nanti kita akan melihat konsep iman yang membawa
kepada ganjaran besar Keselamatan.
Sekarang kita sudah mempunyai
pengertian baik akan perkataan perisai,
jadi marilah kita lihat bagaimana Alkitab menggambarkan perkataan iman.
Apakah Iman?
Dalam Ibrani 11:1 Alkitab
memberitahu kita:
Iman adalah
kepastian (dasar) dari segala sesuatu yang kita harapkan dan keyakinan (bukti)
dari segala sesuatu yang tidak kita lihat. (RSV)
Penggunaan perkataan kepastian ialah satu lagi cara untuk
mengatakan kita mempunyai keyakinan atau kepercayaan. Dan apa yang kita semua
yakin atau percaya ialah Tuhan, melalui iman kita dalam anaknya Yesus Kristus,
telah menjanjikan kita hidup kekal. Keyakinan akan segala sesuatu yang tidak
kita lihat bermakna bahawa iman adalah seperti keterangan atau bukti
benda-benda yang kita tidak dapat lihat.
Satu analogi baik ialah angin sebab
ia sesuatu yang kita tidak dapat lihat. Benda-benda yang berlaku bilamana angin
bertiup, seperti daun-daun bergerak atau rambut kita ditiup, ialah bukti bahawa
angin itu wujud. Iman seperti itu juga. Walaupun kita tidak nampak Tuhan, bukti
adanya Tuhan ada di mana saja kita lihat. Penciptaan alam semesta, planet,
manusia, doa-doa terjawab; semua ini ialah bukti akan sesuatu yang kita tidak
dapat lihat.
Jadi, iman memberi kita keyakinan
dalam pengharapan kita bagi hidup kekal, dan iman membolehkan kita melihat
petunjuk atau bukti adanya Tuhan walaupun kita tidak dapat melihat Dia.
Dalam Perjanjian Lama iman dan kesetiaan datang daripada SHD 530 dan bererti: kesungguhan, ketaatan, ketabahan, keteguhan. Terjemahan paling kerap ialah kesetiaan dan iman;
namun, 13 daripada 49 kali ia diterjemahkan sebagai kebenaran.
Kita lihat Mazmur 89 menggunakan
SHD 530 tujuh kali. Daripada Simbolisme Nombor (No. 7)
kita dapati 7 menunjukkan kesempurnaan rohaniah. Ia mencerminkan pekerjaan Roh
Kudus sebagai kuasa Tuhan. Ia juga waktu kepulangan kepada Tuhan dalam
perhentian dan kembalinya kepada HukumNya, dan itulah sebabnya kenapa Hukum
dibaca pada tahun Sabat dalam kitar. Dengan itu, kita nampak kesetiaan Eloah
digambarkan dalam kesempurnaan rohaniahNya. Menarik diperhatikan bahawa Mazmur
89 merupakan jilid terakhir kitab Lewi dalam Mazmur dan banyak tumpuannya pada
kesetiaan dan tempat kudus, dan berakhir dengan dua Amin.
Kenapakah Iman penting?
(Kebanyakan maklumat berikut dalam
bahagian ini diringkaskan daripada Iman dan Perbuatan (No. 86)).
Roma 1:17 memberitahu kita bahawa orang benar akan hidup oleh iman.
Alkitab mendefinisikan orang benar
sebagai mereka yang benar, tidak bersalah, dan dipersetujui atau diperkenan
Tuhan. Dari satu segi, ayat ini menunjukkan kita hubungan antara iman dan
menjalani kehidupan kita dengan cara yang diperkenan Tuhan. Dengan kata lain,
iman terikat dengan pemeliharaan Hukum-hukum Tuhan. Ini memerlukan tindakan.
Dalam Matius 23:23, Yesus
memberitahu kita bahawa perkara terpenting dalam hukum Taurat ialah keadilan,
belas kasihan dan iman (kesetiaan). Iman ialah satu tiang Hukum Tuhan. Perintah
Besar pertama, kasihi Tuhan, meringkaskan perintah Pertama sampai Keempat. Tiga
Perintah pertama boleh dipelihara dengan iman, namun perbuatan diperlukan untuk
memelihara Perintah Keempat, Sabat, yang merangkumi semua elemennya termasuk
Bulan Baru dan Hari Raya. Tambahan lagi, Perintah Besar kedua, kasihi sesama
sendiri, hanya boleh ditunjukkan dengan perbuatan. Iman dan perbuatan saling
berjalin dan harus sentiasa beriringan.
Yakobus 2:17 Demikian juga halnya dengan iman: Jika iman itu
tidak disertai perbuatan, maka iman itu pada hakekatnya adalah mati. (RSV)
Tuhan memberi kita iman, namun kita
harus mengekalkannya melalui penurutan kita kepada cara hidupNya – kalau tidak
iman kita akan mati.
Ibrani 11 dikenali sebagai bab iman. Ia menunjukkan kita dua konsep
penting tentang iman:
1.
Iman ialah elemen asas untuk ketaatan kepada Hukum Tuhan; dan
2.
Walaupun dengan iman ini, mereka tidak menerima janji itu. Justeru iman
saja bukan kepastian keselamatan.
Kita tidak boleh mewarisi Kerajaan
Tuhan dengan iman saja, sebab iman tanpa perbuatan adalah mati. Demikian juga,
kita tidak boleh mewarisi Kerajaan Tuhan dengan perbuatan saja.
Efesus 2:8 Sebab
karena kasih karunia kamu diselamatkan oleh iman; itu bukan hasil usahamu,
tetapi pemberian Allah. (RSV)
Dengan kasih karunia Tuhan kita
telah diselamatkan melalui iman kita. Namun, iman hanya aktif dengan perbuatan.
Oleh sebab iman merekalah umat pilihan berjalan dengan ketaatan kepada Tuhan
dalam Hukum-hukum Tuhan.
Dengan itu, sambil kita berfikir
tentang perisai iman, kita boleh menganggap ketaatan kepada Hukum ialah tali
pengikat yang kita pegang sementara kita menggerakkan perisai kita untuk
menghindari anak-anak panah patah semangat yang Iblis tembakkan ke arah kita.
Roma 3:21-22 menjelaskan kenapa
iman begitu penting kepada setiap umat Kristian.
Roma 3:21-22 Tetapi sekarang, tanpa hukum Taurat kebenaran
Allah telah dinyatakan, seperti yang disaksikan dalam Kitab Taurat dan
Kitab-kitab para nabi, yaitu kebenaran Allah karena iman dalam Yesus Kristus
bagi semua orang yang percaya. Sebab tidak ada perbedaan.
Iman adalah penting dan betul-betul
perlu untuk hidup kekal. Ia satu daripada tiga elemen hidup kekal – iaitu
pengetahuan akan Allah Maha Esa dan anakNya Yesus Kristus; iman dalam Kristus;
dan memakan minum tubuh dan darah Kristus pada Perjamuan Tuhan (Suci) tahunan.
(Lihat kertas Signifikans Roti dan Anggur
(No. 100)).
Tuhan ialah Juruselamat kita semua
(1 Timotius 4:10), bagi manusia dan bani Syurgawi. Dia memanggil (Yohanes
6:44), Dia memimpin kita kepada pertaubatan dan Dia memberi kita kepada Kristus
(lihat Yohanes 6:44). Yesus Kristus ialah juruselamat peribadi kita. Dialah
yang dipilih Tuhan untuk menyelamatkan kita. Allah Bapa ialah juruselamat Yesus
Kristus dan, secara lanjutan, juruselamat kita semua. Itulah sebabnya kenapa
Yesus Kristus ialah instrumen keselamatan. Korbannya meliputi semua aspek hukum
berkorban, sehingga sekarang ini tiada lagi keperluan untuk mengorbankan
binatang. Hukum berkorban itu ditangguhkan atau dihentikan sejak kematian
Mesias.
Ingat, dalam kertas Korban dan
Persembahan Eloah sewaktu Milenium (No. CB121), kita pelajari bahawa beberapa
acara korban akan diadakan kembali di bawah pimpinan Kristus dalam Waktu
Pemerintahan Adil.
1 Petrus 1:3-5 Terpujilah Allah dan Bapa Tuhan kita Yesus
Kristus, yang karena rahmat-Nya yang besar telah melahirkan kita kembali oleh
kebangkitan Yesus Kristus dari antara orang mati, kepada suatu hidup yang penuh
pengharapan, untuk menerima suatu bagian yang tidak dapat binasa, yang tidak
dapat cemar dan yang tidak dapat layu, yang tersimpan di sorga bagi kamu. Yaitu
kamu, yang dipelihara dalam kekuatan Allah karena imanmu sementara kamu
menantikan keselamatan yang telah tersedia untuk dinyatakan pada zaman akhir.
(RSV)
Kesudahan iman kita ialah
Keselamatan (1 Petrus 9:10).
Lihat kertas Hubungan antara
Keselamatan melalui Rahmat dan Hukum (No. 82) untuk perincian lanjut.
Dari manakah datangnya Iman?
Ibrani 12:2 memberitahu kita Yesus
ialah pemimpin kita dalam iman dan instrumen penyempurnaan iman kita. Iman
ialah satu karunia Roh Kudus daripada 1 Tawarikh 12:9.
Siapakah teladan iman?
Mesias mungkin teladan saksi setia
yang paling dikenali.
Wahyu 1:5-6 … dan dari Yesus Kristus, Saksi yang setia, yang pertama
bangkit dari antara orang mati dan yang berkuasa atas raja-raja bumi ini. Bagi
Dia, yang mengasihi kita dan yang telah melepaskan kita dari dosa kita oleh
darah-Nya-- 6 dan yang telah
membuat kita menjadi suatu kerajaan, menjadi imam-imam bagi Allah, Bapa-Nya,
--bagi Dialah kemuliaan dan kuasa sampai selama-lamanya. Amin.
Malah Kristus harus hidup dengan
iman. Dia diberikan Abraham untuk dibangunkan. Dia harus mempunyai iman dalam
Bapanya bahawa Abraham tidak akan gagal. Abraham berdusta bahawa isterinya
ialah saudaranya, gagal mempercayai Tuhan sebagai pelindungnya. Hanya selepas
Abraham akhirnya sanggup mempercayai Tuhan berhubungan pengorbanan anak
tunggalnya, Ishak, barulah Kristus tahu Abraham akan berjaya.
Kejadian 22:12 Lalu Ia berfirman: "Jangan bunuh anak itu
dan jangan kauapa-apakan dia, sebab telah Kuketahui sekarang, bahwa engkau
takut akan Allah, dan engkau tidak segan-segan untuk menyerahkan anakmu yang
tunggal kepada-Ku." (RSV)
Kristus tidak mempersoalkan Tuhan;
dia terus bekerja dengan Abraham tidak kira berapa banyak kali dia gagal ujian
itu. Teladan ini memberi kita semua pengharapan besar dalam kesabaran dan
ketaatan Kristus. Dia tidak akan kehilangan sesiapa yang Tuhan telah berikan
kepadanya.
Yohanes 18:9 Demikian hendaknya supaya genaplah firman yang
telah dikatakan-Nya: "Dari mereka yang Engkau serahkan kepada-Ku, tidak
seorangpun yang Kubiarkan binasa.” (RSV)
Terdapat banyak teladan tiang iman
seperti Nuh, Abraham, Sara, Musa, Ishak, Yakub, dsb.
Apakah ganjarannya kerana setia?
Kesudahan atau ganjaran iman kita
ialah keselamatan.
1 Petrus 1:9 karena kamu telah mencapai tujuan imanmu, yaitu
keselamatan jiwamu. (RSV)
Kita faham bahawa sistem Tuhan
dinyatakan dan diikuti melalui iman. Orang-orang dahulukala dikenali sebab perbuatan-perbuatan
iman mereka; seperti, Habel, Henokh, Nuh, Abraham, Ishak, Yakub, Sara dan
senarainya berterusan (Ibrani 11:1-40).
Ada yang disiksa kerana tidak
berganjak daripada Iman ini agar mereka dapat bangkit sekali lagi kepada
kehidupan yang lebih baik. Semua orang ini menunjukkan iman mereka tetapi tidak
menerima apa yang dijanjikan sebab Tuhan mempunyai sesuatu yang lebih baik bagi
mereka. Mereka akan bangkit dengan Mesias pada kedatangan kembalinya dan
menerima ganjaran mereka iaitu Kebangkitan Pertama (Ibrani 11:39-40).
Untuk keterangan lebih lihat Firman Tuhan (No. 184).
Sebagai penutupan …
Kita telah lihat bahawa iman datang
daripada mendengar firman Tuhan; iman ialah karunia daripada Tuhan.
Seperti Mazmur 89 nyatakan, sehari
dalam rumah Tuhan lebih baik daripada 1000 hari di luarnya.
Mazmur 84:9-12 Lihatlah perisai kami, ya Allah, pandanglah wajah orang yang
Kauurapi! Sebab lebih baik satu hari di pelataran-Mu dari pada seribu hari di
tempat lain; lebih baik berdiri di ambang pintu rumah Allahku dari pada diam di
kemah-kemah orang fasik. Sebab TUHAN Allah adalah matahari dan perisai; kasih
dan kemuliaan Ia berikan; Ia tidak menahan kebaikan dari orang yang hidup tidak
bercela. Ya TUHAN semesta alam, berbahagialah manusia yang percaya kepada-Mu!
Marilah kita semua mempunyai iman
dan percaya dalam Eloah bahawa Dia akan menyudahi RencanaNya. Marilah setiap
kita melakukan bahagian kita untuk mempertunjukkan iman kepada dunia sementara
kita membawa Injil kepada semua.
Jangan sekali-kali diperkatakan
bahawa kita mempunyai terlalu sedikit iman; seperti yang digambarkan ayat-ayat
Alkitab (lihat Matius 6:30; 8:26; 14:31; 16:8; Lukas 12:28). Janganlah kiranya
Mesias menggambarkan kita seperti orang-orang dalam Matius 16:8.
Matius 16:8 Dan ketika Yesus mengetahui apa yang mereka
perbincangkan, Ia berkata: "Mengapa kamu memperbincangkan soal tidak ada
roti? Hai orang-orang yang kurang percaya! (KJV)
Sebaliknya, biarlah kiranya kita
umat pilihan yang memelihara segala Perintah Tuhan dan Kesaksian Iman Yesus
Kristus (Wahyu 12:17; 14:12).
Bagaimana kita tahu bahawa
seseorang itu memiliki iman? Dengan perbuatan yang mereka tunjukkan melalui
kasih akan Tuhan dan sesama sendiri – iaitu dua Perintah Besar.
q