Jemaat-jemaat Allah Al Masehi
[CB130]
Mengenakan Perlengkapan Senjata Tuhan Melalui Doa
(Edisi 2.0 20080720-20080720)
Efesus 6:11dst. mengajar kita untuk memakai Perlengkapan Senjata Tuhan. Selepas setiap enam kepingan perlengkapan itu disenaraikan, Paulus mendorong kita untuk berdoa sentiasa sementara kita menunggu dengan sabar kedatangan Yesus Kristus. Pelajaran ini disediakan dengan menggunakan kertas Ajar Kami Berdoa (No. 111).
E-mail: secretary@ccg.org
(Hakcipta ã 2008 Leslie and
Russell Hilburn, ed. Wade Cox)
(tr. 2009)
Karya tulis ini boleh disalin semula dan didistribusikan secara bebas dengan syarat ia disalin semuanya tanpa apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat penerbit serta notis hakcipta harus disertakan. Sebarang bayaran tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima salinan yang didistribusikan. Petikan-petikan ringkas daripadanya boleh dimasukkan ke dalam artikel-artikel kritis dan karya ulasan tanpa melanggar undang-undang hakcipta.
Karya
ini boleh didapati daripada Internet di:
http://www.logon.org dan http://www.ccg.org
Mengenakan
Perlengkapan Senjata Tuhan Melalui Doa
Kita teruskan siri kita tentang
Perlengkapan Senjata Tuhan.
Efesus 6:11-18 Kenakanlah seluruh perlengkapan senjata Allah,
supaya kamu dapat bertahan melawan tipu muslihat Iblis; karena perjuangan kita bukanlah melawan
darah dan daging, tetapi melawan pemerintah-pemerintah, melawan
penguasa-penguasa, melawan penghulu-penghulu dunia yang gelap ini, melawan
roh-roh jahat di udara. Sebab itu ambillah seluruh perlengkapan senjata Allah,
supaya kamu dapat mengadakan perlawanan pada hari yang jahat itu dan tetap
berdiri, sesudah kamu menyelesaikan segala sesuatu. Jadi berdirilah tegap,
berikatpinggangkan kebenaran dan berbajuzirahkan keadilan, kakimu berkasutkan kerelaan
untuk memberitakan Injil damai sejahtera; dalam segala keadaan pergunakanlah
perisai iman, sebab dengan perisai itu kamu akan dapat memadamkan semua panah
api dari si jahat, dan terimalah ketopong keselamatan dan pedang Roh, yaitu
firman Allah, dalam segala doa dan permohonan. Berdoalah setiap waktu di dalam
Roh dan berjaga-jagalah di dalam doamu itu dengan permohonan yang tak
putus-putusnya untuk segala orang Kudus.
Perlengkapan Senjata Tuhan terdiri
daripada enam elemen: kebenaran, keadilan, damai sejahtera, iman, keselamatan,
dan firman Tuhan.
Enam ialah nombor manusia dan enam
berhubungan dengan kerja-kerja penciptaan sebelum perhentian Sabat. Di sini
kita lihat jenis konsep yang sama dalam mana adanya enam ciri kepada
perlengkapan senjata Eloah yang Dia telah berikan kepada manusia untuk
digunakan.
Kita tahu bahawa Kebenaran ialah
pakaian dalam untuk semua aspek perlengkapan senjata Eloah (Efesus 6:14; 2
Timotius 2:15-25). Melalui kebenaran kita dapat menggunakan elemen lain
Perlengkapan Senjata Eloah. Kebenaran ialah dasar kepada Iman. Tiada dusta
datang daripada kebenaran (1 Yohanes 2:21).
18 dalam segala doa dan permohonan.
Berdoalah setiap waktu di dalam Roh dan berjaga-jagalah di dalam doamu itu
dengan permohonan yang tak putus-putusnya untuk segala orang Kudus, 19
juga untuk aku, supaya kepadaku, jika aku membuka mulutku, dikaruniakan
perkataan yang benar, agar dengan keberanian aku memberitakan rahasia Injil, 20
yang kulayani sebagai utusan yang dipenjarakan. Berdoalah supaya dengan keberanian
aku menyatakannya, sebagaimana seharusnya aku berbicara. (RSV)
Untuk perincian lanjut sila lihat Kebenaran (No. 168)
dan Konversi dan Kebenaran (No.
72).
Ini juga nampaknya berkaitan dengan
konsep bahawa jika kita tidak menurut Eloah, Dia tidak mendengar doa-doa kita
(Yesaya 59:2; Mazmur 66:18; Amsal 15:8; 28:9). Jika kita mengingkari jalan
Eloah kita memisahkan diri kita daripada Dia. Tanpa kebenaran kita tidak mampu
berbuat apa-apa kerana kita akan dipimpin ke dalam kesesatan dan menyesatkan
orang lain.
Doa nampaknya merupakan elemen
penyatuan ketujuh bagi perlengkapan senjata Eloah. Nombor tujuh menandakan
kesempurnaan rohaniah. Ia mencerminkan pekerjaan Roh Kudus sebagai kuasa Tuhan.
Doa adalah seperti komponen ke 7 perlengkapan senjata Eloah dan merupakan cara
kita mendapatkan kuasa Roh Kudus dan memaklumkan segala keperluan kita kepada
Eloah.
Segera selepas gambaran Perlengkapan
Senjata Tuhan, Paulus menyuruh kita untuk “berdoa setiap waktu di dalam Roh,
dalam segala doa dan permohonan”. Melalui doa kita dapat mengenakan
Perlengkapan Senjata Tuhan. Ia seperti perekat/gam yang menambat semua kepingan
perlengkapan ini bersama. Ia bahagian yang amat rumit dalam hubungan kita
dengan Tuhan dan membolehkan kita mengenakan perlengkapan senjata ini dengan
jayanya setiap hari. Melalui doa, keselamatan kita dibangunkan, pengetahuan
akan kebenaran dan firman Tuhan diperluaskan, iman diperkuatkan, keadilan
dianjurkan, dan kita mampu mendapat damai sejahtera dalam kehidupan kita sebab
kita boleh menyerahkan segala masalah kita kepada Tuhan. Tanpa doa, hubungan
kita dengan Tuhan tidak dapat bertumbuh.
Kadangkala, keperluan doa sukar
untuk kita fahami. Kita tahu Tuhan maha mengetahui, jadi kenapa kita perlu
berbicara dengan Dia tentang hal-hal yang Dia sudahpun tahu? Kenapa pula kita
perlu memohon benda-benda daripadaNya, sedangkan Kitab Suci memberitahu kita
Dia sudahpun tahu apa yang kita perlu?
Ironinya terletak dalam fakta
bahawa hanya melalui proses doa itu sebenarnya barulah jawapan kepada semua
persoalan ini menjadi jelas. Apabila kita mula konsisten dengan doa-doa kita
secara harian, dan bukti doa-doa terjawab kita menjadi jelas, waktu itu kita
dapat mula mengerti bahawa doa ialah alat perlu yang kita boleh gunakan untuk
berhubung dengan dan memberi pujian kepada Bapa kita yang penuh kasih, Tuhan.
Dalam Kitab Wahyu, doa-doa kita
dibandingkan dengan kemenyan/ukupan.
Wahyu 5:8 Ketika Ia mengambil gulungan kitab itu,
tersungkurlah keempat makhluk dan kedua puluh empat tua-tua itu di hadapan Anak
Domba itu, masing-masing memegang satu kecapi dan satu cawan emas, penuh dengan
kemenyan: itulah doa orang-orang kudus.
Kita belajar daripada Mezbah Pembakaran Ukupan (No. CB109)
bahawa ukupan itu dibakar terus-menerus, siang dan malam. Kita boleh anggap ini
sebagai semua doa bersama kita di hadapan Tuhan terus-menerus.
Dalam pelajaran ini, kita akan
menyelidik enam soalan ringkas tentang doa:
1.
Kenapa kita berdoa?
2.
Kepada siapa kita berdoa?
3.
Bagaimana kita bersedia untuk doa?
4.
Di mana kita berdoa?
5.
Bila kita berdoa?
6.
Tentang apa kita berdoa?
Kenapa kita berdoa?
Mazmur mengajar kita bahawa Tuhan
mengetahui segala fikiran manusia. Jadi, jika Dia mengetahui fikiran kita,
kenapa kita perlu berdoa?
Mazmur 94:11: “…Dia yang mengajarkan pengetahuan kepada manusia? TUHAN mengetahui rancangan-rancangan manusia; sesungguhnya semuanya sia-sia belaka.” (RSV kecuali ditulis lain.)
Seringkali kita berdoa sebab kita
memerlukan Tuhan menolong kita dengan sesuatu. Apabila kita amat mengingini
pertolongan Tuhan kita cenderung berdoa bersungguh-sungguh dan kerapkali.
Bagaimanapun, kita lupa bahawa kita dicipta untuk kemuliaan Tuhan.
Yesaya 43:7 “semua orang yang disebutkan dengan nama-Ku yang Kuciptakan untuk kemuliaan-Ku, yang Kubentuk dan yang juga Kujadikan!” (RSV)
Memang mudah untuk lupa bahawa
tujuan utama kita dalam hidup adalah untuk memuliakan Tuhan melalui perbuatan
dan kata-kata kita. Kita perlu berdoa untuk memuliakan Tuhan dan mengadakan
hubungan dengan Dia melalui Yesus Kristus. Kita tidak dapat membentuk hubungan
yang sangat baik dengan Tuhan jika kita tidak belajar bagaimana untuk berhubung
dengan Dia. Cara perhubungan kita ialah doa.
Jika kita menggunakan kebanyakan
waktu kita memuliakan Tuhan dan menumpu pada keindahanNya, ini akan membantu
kita dalam kehidupan kita setiap hari sementara kita menangani keadaan-keadaan
sukar. Dalam memuliakan Tuhan kita ingat bahawa Dia maha kuasa dan hadir untuk membantu
pada waktu-waktu kebutuhan.
Ibrani 4:16 Sebab itu marilah kita dengan penuh keberanian
menghampiri takhta kasih karunia, supaya kita menerima rahmat dan menemukan
kasih karunia untuk mendapat pertolongan kita pada waktunya. (RSV)
Kita juga perlu berdoa kerana kita
memandang kepada Yesus Kristus sebagai guru kita dan kita ingin mengikut
teladannya.
Matius 6:7 “Lagipula [bila kamu berdoa] janganlah kamu
[menggunakan ulangan doa yang sia-sia] seperti kebiasaan orang yang tidak
mengenal Allah. Mereka menyangka bahwa karena banyaknya kata-kata doanya akan
dikabulkan.” (NKJV)
Perhatikan khususnya perkataan
kedua itu. Kristus berkata, bila kamu berdoa, dia tidak
berkata jika kamu berdoa. Ulangan
doa sia-sia golongan kafir merujuk kepada nyanyian mantra untuk menjadikan diri
tidak sedar dan boleh membuka fikiran mereka kepada pengaruh iblis setan. Jelas
sekali, ini ialah sesuatu yang kita, sebagai umat Kristian, tidak ingin ikut
serta.
Yesus memberi kita contoh-contoh
doanya kepada Tuhan yang menunjukkan kita kepentingan kehidupan doa yang kuat.
Satu contoh doa hebat oleh Yesus Kristus berlaku sebelum saja dia dikhianati
apabila dia berdoa dengan bersungguh-sungguh sekali sehingga peluhnya
digambarkan sebagai tetesan-tetesan besar darah.
Lukas 22:39-44 Lalu pergilah Yesus
ke luar kota dan sebagaimana biasa Ia menuju Bukit Zaitun. Murid-murid-Nya juga
mengikuti Dia. Setelah tiba di tempat itu Ia berkata kepada mereka:
"Berdoalah supaya kamu jangan jatuh ke dalam pencobaan." Kemudian Ia
menjauhkan diri dari mereka kira-kira sepelempar batu jaraknya, lalu Ia
berlutut dan berdoa, kata-Nya: "Ya Bapa-Ku, jikalau Engkau mau, ambillah
cawan ini dari pada-Ku; tetapi bukanlah kehendak-Ku, melainkan kehendak-Mulah
yang terjadi." Maka seorang malaikat dari langit menampakkan diri
kepada-Nya untuk memberi kekuatan kepada-Nya. Ia sangat ketakutan dan makin
bersungguh-sungguh berdoa. Peluh-Nya menjadi seperti titik-titik darah yang
bertetesan ke tanah.
Yesus juga mengajar kita bahawa
bilamana kita berdoa kita harus meminta dalam namanya.
Yohanes 14:13-14 dan apa juga yang kamu minta dalam nama-Ku, Aku
akan melakukannya, supaya Bapa dipermuliakan di dalam Anak. Jika kamu meminta
sesuatu kepada-Ku dalam nama-Ku, Aku akan melakukannya."
Yesus ialah Imam Besar kita yang agung.
Dia pengantara untuk semua doa kita. Itu sebabnya kita harus berdoa kepada Bapa
dalam nama Yesus Kristus. Dia berada di sebelah kanan Allah Bapa dan membawa
doa-doa kita kepada Dia.
Kita harus sedar bahawa apabila
kita memohon sesuatu daripada Tuhan dalam doa, dalam nama Yesus Kristus, ia
harus sesuai dengan kehendak Tuhan. Kita tidak boleh meminta benda-benda yang
bertentangan dengan Hukum Tuhan atau tidak mempunyai tempat dalam rencana
Tuhan. Ini umpama menghina nama Yesus Kristus.
Kepada siapa kita berdoa?
Ini ialah aspek doa yang amat
penting sekali. Jika kita tidak berdoa kepada Tuhan dalam nama Yesus Kristus,
maka Dia tidak akan mendengar doa-doa kita.
Yesus Kristus memberitahu kita
bahawa kita harus HANYA menyembah Allah Bapa.
Matius 4:10 Maka berkatalah Yesus kepadanya:
"Enyahlah, Iblis! Sebab ada tertulis: Engkau harus menyembah Tuhan,
Allahmu, dan hanya kepada Dia sajalah engkau berbakti!"
Dia memetik daripada Perjanjian Lama,
Ulangan 6:13: “Engkau
harus takut akan TUHAN, Allahmu; kepada Dia haruslah engkau beribadah dan demi
nama-Nya haruslah engkau bersumpah.”
Kita
harus beribadah di hadapan Tuhan Allah kita (Ulangan 26:10; 1 Samuel 1:3;
15:25). Adakah Tuhan ini terdiri daripada dua, malah tiga oknum? Tidak ! Boleh
kita berkata bahawa Yesus Kristus, anak Tuhan, ialah Tuhan sebagaimana Allah
Bapa ialah Tuhan? Jawapannya pasti “TIDAK”.
Yesus Kristus tidak pernah berdoa kepada dirinya, dia sentiasa berdoa kepada
Bapanya di syurga.
Yesus
dipanggil Tuhan (Yohanes 1:1, malah sebagai Tuhan perkasa (Yesaya 9:6), tetapi
dia tidak pernah disebutkan sebagai Allah Yang Mahakuasa (Kejadian 17:1). Yesus
tidak sekali-kali mengingini kedudukan Bapanya (Lukas 4:8). Yesus seorang
tuhan, tetapi dia bukan Allah Maha Esa. Dia makhluk roh tersendiri, tetapi melalui
ketaatannya dia satu dengan Bapa,
sama seperti kita harus satu dengan
Tuhan (lihat kertas Siapakah Tuhan? (No. CB1).)
Kristus
memberitahu kita bahawa tumpuan ibadah kita ialah Bapa dan bukannya dia
sendiri.
Yohanes 4:23
Tetapi saatnya akan datang dan sudah tiba sekarang, bahwa penyembah-penyembah
benar akan menyembah Bapa dalam roh dan kebenaran; sebab Bapa menghendaki
penyembah-penyembah demikian. (NIV)
Ayat lain
yang boleh dibaca yang menyebut Tuhan sebagai tumpuan ibadah kita ialah:
1 Korintus
8:5-6 Sebab sungguhpun ada apa yang disebut "allah", baik di sorga,
maupun di bumi--dan memang benar ada banyak "allah" dan banyak
"tuhan" yang demikian-- namun bagi kita hanya ada satu Allah saja,
yaitu Bapa, yang dari pada-Nya berasal segala sesuatu dan yang untuk Dia kita
hidup, dan satu Tuhan saja, yaitu Yesus Kristus, yang oleh-Nya segala sesuatu
telah dijadikan dan yang karena Dia kita hidup.
Yohanes 17:3
Inilah hidup yang kekal itu, yaitu bahwa mereka mengenal Engkau, satu-satunya
Allah yang benar, dan mengenal Yesus Kristus yang telah Engkau utus.
Bagaimana
kita bersedia untuk doa?
Minta dalam iman
Apabila
kita pergi kepada Allah Bapa dalam doa, kita harus memohon daripadaNya dalam
iman.
Markus
11:24 Karena itu Aku berkata kepadamu: apa saja yang kamu minta dan doakan,
percayalah bahwa kamu telah menerimanya, maka hal itu akan diberikan kepadamu.
(NIV)
Yakobus 1:5-8
Tetapi apabila di antara kamu ada yang kekurangan hikmat, hendaklah ia
memintakannya kepada Allah, --yang memberikan kepada semua orang dengan murah
hati dan dengan tidak membangkit-bangkit--,maka hal itu akan diberikan
kepadanya. Hendaklah ia memintanya dalam iman, dan sama sekali jangan bimbang,
sebab orang yang bimbang sama dengan gelombang laut, yang diombang-ambingkan
kian ke mari oleh angin. Orang yang demikian janganlah mengira, bahwa ia akan
menerima sesuatu dari Tuhan. Sebab orang yang mendua hati tidak akan tenang
dalam hidupnya.
Di sini
dalam kedua-dua ayat Suci ini Alkitab memberi kita perintah jelas bahawa kita
harus meminta dalam iman.
Ibrani 11:6
Tetapi tanpa iman tidak mungkin orang berkenan kepada Allah. Sebab barangsiapa
berpaling kepada Allah, ia harus percaya bahwa Allah ada, dan bahwa Allah
memberi upah kepada orang yang sungguh-sungguh mencari Dia.
Justeru,
kita dapati dengan menggabungkan semua ayat Kitab ini bahawa untuk doa-doa kita
menjadi efektif kita harus mempunyai iman, dan kita harus percaya tiga perkara
berikut:
· Ada
Tuhan di Syurga.
· Tuhan
mendengar doa-doa kita.
· Tuhan
menjawab doa-doa kita.
Kita juga
harus ingat bahawa kadangkala jawapan Tuhan kepada doa-doa kita bukan apa yang
kita inginkan, atau waktuNya berlainan daripada waktu kita. Kadangkala Tuhan
membuat kita menunggu untuk belajar sabar dan mengatasi dosa, atau belajar
pelajaran-pelajaran tertentu. Atau mungkin Dia mempunyai rencana lain untuk
kita. Kita harus ingat bahawa Tuhan akan bertindak pada waktu terbaik untuk
tujuan yang sudah ditetapkanNya.
Roma 8:28 Kita
tahu sekarang, bahwa Allah turut bekerja dalam segala sesuatu untuk
mendatangkan kebaikan bagi mereka yang mengasihi Dia, yaitu bagi mereka yang
terpanggil sesuai dengan rencana Allah.
Doa
bukannya untuk memaksa Tuhan melakukan benda-benda yang kita minta, tetapi
datang kepada Tuhan dengan iman sepenuhnya bahawa apa yang kita perlu akan
diberikan kepada kita.
Miliki sikap penuh pertaubatan
Alkitab juga mengajar kita bahawa
doa boleh mengganggu doa-doa kita.
Yesaya 59:1-2 Sesungguhnya, tangan TUHAN tidak kurang panjang
untuk menyelamatkan, dan pendengaran-Nya tidak kurang tajam untuk mendengar;
tetapi yang merupakan pemisah antara kamu dan Allahmu ialah segala kejahatanmu,
dan yang membuat Dia menyembunyikan diri terhadap kamu, sehingga Ia tidak
mendengar, ialah segala dosamu.
Jika kita tahu bahawa kita semua
berdosa, maka kita boleh mengerti bahawa ayat Suci ini menunjukkan kita yang
kita perlu berbicara dengan Tuhan tentang dosa-dosa kita, mengatakan kita
menyesal, dan meminta Tuhan menolong kita bertaubat. Kita tidak mahu dosa-dosa
kita terus memisahkan kita daripada Tuhan.
Amsal 28:9 Siapa memalingkan telinganya untuk tidak
mendengarkan hukum, juga doanya adalah kekejian.
Ini menunjukkan kita betapa
pentingnya Hukum Tuhan itu, dan bagaimana kita harus bekerja keras untuk
mengikutnya selalu.
Bersama-sama ini ialah perintah
dalam Markus 11:25.
Dan jika kamu
berdiri untuk berdoa, ampunilah dahulu sekiranya ada barang sesuatu dalam
hatimu terhadap seseorang, supaya juga Bapamu yang di sorga mengampuni kesalahan-kesalahanmu."
Jika kita mahu Tuhan mengampuni
kita daripada dosa-dosa kita (dan kita baru saja belajar kita perlukan Dia
berbuat begitu), kita harus mengampuni orang lain yang telah menyalahi kita.
Miliki sikap rendah diri
Kita juga perlu merendahkan diri
kita sebelum kita berdoa.
Lukas 18:10-14 "Ada dua orang pergi ke Bait Allah untuk
berdoa; yang seorang adalah Farisi dan yang lain pemungut cukai. Orang Farisi
itu berdiri dan berdoa dalam hatinya begini: Ya Allah, aku mengucap syukur
kepada-Mu, karena aku tidak sama seperti semua orang lain, bukan perampok,
bukan orang lalim, bukan pezinah dan bukan juga seperti pemungut cukai ini; aku
berpuasa dua kali seminggu, aku memberikan sepersepuluh dari segala
penghasilanku. Tetapi pemungut cukai itu berdiri jauh-jauh, bahkan ia tidak
berani menengadah ke langit, melainkan ia memukul diri dan berkata: Ya Allah,
kasihanilah aku orang berdosa ini. Aku berkata kepadamu: Orang ini pulang ke
rumahnya sebagai orang yang dibenarkan Allah dan orang lain itu tidak. Sebab
barangsiapa meninggikan diri, ia akan direndahkan dan barangsiapa merendahkan
diri, ia akan ditinggikan."
Miliki sikap penuh kesyukuran
Seperti yang kita pelajari
sebelumnya, Tuhan telah mencipta kita untuk kemuliaanNya. Kita harus sentiasa
bersyukur atas berkat-berkat yang Tuhan telah berikan kepada kita, sedar bahawa
dalam waktu-waktu kesusahanpun Dia membangunkan kita dan mengerjakan segala
sesuatu untuk kebaikan kita.
Filipi 4:6 Janganlah hendaknya kamu kuatir tentang apapun
juga, tetapi nyatakanlah dalam segala hal keinginanmu kepada Allah dalam doa
dan permohonan dengan ucapan syukur.
Di mana kita berdoa?
Kita harus berdoa secara peribadi.
Matius 6:5-6 "Dan apabila kamu berdoa, janganlah berdoa
seperti orang munafik. Mereka suka mengucapkan doanya dengan berdiri dalam
rumah-rumah ibadat dan pada tikungan-tikungan jalan raya, supaya mereka dilihat
orang. Aku berkata kepadamu: Sesungguhnya mereka sudah mendapat upahnya. Tetapi
jika engkau berdoa, masuklah ke dalam kamarmu, tutuplah pintu dan berdoalah
kepada Bapamu yang ada di tempat tersembunyi. Maka Bapamu yang melihat yang
tersembunyi akan membalasnya kepadamu.
Bagaimana dengan berdoa
bersama-sama dengan keluarga kita, atau dalam Jemaat? Adakah Alkitab memberi
kita teladan?
Kisah 12:11-12 Dan setelah sadar akan dirinya, Petrus berkata:
"Sekarang tahulah aku benar-benar bahwa Tuhan telah menyuruh malaikat-Nya
dan menyelamatkan aku dari tangan Herodes dan dari segala sesuatu yang
diharapkan orang Yahudi." Dan setelah berpikir sebentar, pergilah ia ke
rumah Maria, ibu Yohanes yang disebut juga Markus. Di situ banyak orang
berkumpul dan berdoa.
Di sini, sekumpulan orang berdoa
bersama-sama, tetapi seperti teladan yang diberi oleh Kristus, mereka berdoa
bersama-sama dalam suasana peribadi rumah.
Apabila kita berdoa bersama, satu
benda yang kita tidak lakukan ialah berpegangan tangan dalam satu bulatan.
Amalan ini datang daripada agama pagan purba dan bukan teladan yang kita ingin
pamerkan sebagai umat Kristian. Sebaliknya, bersama-sama dalam satu bilik,
dengan semua bersetuju dengan doa itu, dan mengucapkan “amin” bersama-sama
lebih sesuai dengan ajaran alkitabiah.
Bila kita berdoa?
Jawapan paling mudah adalah dengan
memetik ayat suci yang berkata kita harus tetap berdoa. Tetapi apakah sebenarnya
ertinya?
1 Tesalonika 5:17-18 Tetaplah berdoa. Mengucap syukurlah dalam
segala hal, sebab itulah yang dikehendaki Allah di dalam Kristus Yesus bagi
kamu.
Ada terjemahan yang mengatakan berdoa tanpa henti. Ini tidak bererti
kita mesti berdoa sepanjang waktu, tetapi sebaliknya bermakna kita harus
bersikap betul, bersedia untuk doa sepanjang waktu.
Satu lagi teladan dalam Alkitab
datang daripada Daniel.
Daniel 6:10 Demi didengar Daniel, bahwa surat perintah itu
telah dibuat, pergilah ia ke rumahnya. Dalam kamar atasnya ada tingkap-tingkap
yang terbuka ke arah Yerusalem; tiga kali sehari ia berlutut, berdoa serta
memuji Allahnya, seperti yang biasa dilakukannya.
Teladan Daniel ialah satu teladan
baik untuk kita. Jika kita berdoa pada waktu malam sebelum tidur, apabila kita
bangun pada waktu pagi dan pada waktu petang, kita mempunyai peluang untuk
memasukkan Tuhan dalam semua bahagian hari kita. Dengan mengambil masa untuk
berdoa sebelum kita tertidur, kita dapat bersyukur kepada Tuhan untuk setiap hari.
Pada waktu pagi, dengan berdoa kita menunjukkan Tuhan bahawa kita mengakui kita
memerlukan Dia setiap hari dan kita dapat memintaNya memimpin kita sepanjang
hari itu. Dengan berdoa pada suatu waktu ketika pertengahan hari, kita
mengingati bahawa Tuhan lebih penting daripada rutin hari-ke-hari jasmaniah
kita. Dengan meluangkan waktu untuk Tuhan kita mengingatkan diri kita bahawa
Tuhan ialah prioriti nombor satu kita.
Dalam Israel purba, korban pagi dan
petang diadakan pada 9:00 a.m. dan 3:00 p.m.
Kita harus berkumpul untuk berdoa
pada waktu ukupan dipersembahkan dan itulah sebabnya kenapa pada Hari-hari Raya
acara-acaranya diadakan khusus pada 9:00 a.m. dan 3:00 p.m. Lukas dan 1
Tawarikh berdua menunjukkan waktu korban-korban itu.
Lukas 1:10 Sementara itu seluruh umat berkumpul di luar
dan sembahyang. Waktu itu adalah waktu pembakaran ukupan.
Di sini kita dapati satu petunjuk
bahawa apabila kita bertemu dengan saudara-saudara kita pada hari-hari Sabat,
Bulan Baru, dan Hari Raya serta Hari Kudus, kita harus berkumpul untuk berdoa
dan belajar pada waktu-waktu persembahan pagi dan petang itu.
1 Tawarikh 23:30-31 Selanjutnya mereka bertugas menyanyikan syukur
dan puji-pujian bagi TUHAN setiap pagi, demikian juga pada waktu petang dan
pada waktu mempersembahkan segala korban bakaran kepada TUHAN, pada hari-hari
Sabat, bulan-bulan baru, dan hari-hari raya, menurut jumlah yang sesuai dengan
peraturan yang berlaku bagi mereka, sebagai tugas tetap di hadapan TUHAN.
(NASV)
Tuhan tidak mengingini korban
sekarang ini tetapi supaya kita mempunyai jiwa yang hancur dan hati yang patah
dan remuk (Mazmur 51:17). Kita memang perlu beribadah dan mentaati Allah Maha
Esa sepanjang waktu. Dengan itu, satu waktu yang baik untuk berdoa setiap hari
ialah 9:00 a.m. dan 3:00 p.m.
Lihat Mezbah
Pembakaran Ukupan (No. CB109).
Tentang apa kita berdoa?
Walaupun tiada jawapan betul atau
salah untuk pertanyaan ini, Alkitab memang ada memberi kita beberapa garis
panduan bagi benda-benda untuk dimasukkan dalam doa kita, dan benda-benda yang
kita harus renungkan ketika berdoa.
Berdoa untuk Perlengkapan Senjata Tuhan
Setiap hari kita harus berdoa agar
Tuhan akan menguatkan kita dengan mengenakan perlengkapan senjatanya pada kita.
Kita boleh berdoa untuk ketopong keselamatan, baju zirah keadilan, ikat
pinggang kebenaran, untuk kaki kita berkasutkan injil damai sejahtera, pedang
roh, dan perisai iman. Kita sudah belajar dalam siri ini, bahawa secara
individu, setiap bahagian perlengkapan senjata Tuhan merupakan satu bahagian
rumit (ruwet) keselamatan kita dan memainkan peranan penting dalam rencana
Tuhan.
Berdoa untuk Buah Roh Tuhan
Galatia 5:22-23 Tetapi buah Roh ialah: kasih, sukacita, damai
sejahtera, kesabaran, kemurahan, kebaikan, kesetiaan, kelemahlembutan,
penguasaan diri. Tidak ada hukum yang menentang hal-hal itu. (RSV)
Setiap hari kita boleh berdoa
supaya Tuhan akan memberikan kita Roh KudusNya dan supaya buah Roh Tuhan akan
jelas kelihatan dalam kehidupan kita.
Lihat Pelajaran:
Dipenuhi dengan Roh Kudus (No. CB85) untuk keterangan lanjut tentang
buah Roh Tuhan.
Gunakan doa teladan
Untuk benda lain yang kita harus
doakan, kita boleh gunakan doa teladan yang Yesus berikan kepada kita.
Matius 6:9-13 Karena itu berdoalah [seperti ini]: Bapa kami
yang di sorga, Dikuduskanlah nama-Mu, datanglah Kerajaan-Mu, jadilah
kehendak-Mu di bumi seperti di sorga. Berikanlah kami pada hari ini makanan
kami yang secukupnya dan ampunilah kami akan kesalahan kami, seperti kami juga
mengampuni orang yang bersalah kepada kami; dan janganlah membawa kami ke dalam
pencobaan, tetapi lepaskanlah kami dari pada yang jahat.
Bagi sesetengah anak-anak yang
telah menghadiri jemaat-jemaat lain, doa ini mungkin dikenali. Mereka mungkin
telah menghafalnya, dan sering mengulanginya dalam kumpulan-kumpulan besar.
Bagaimanapun, kita mesti perhatikan apa yang Yesus Kristus katakan. Dia berkata
“Berdoalah SEPERTI INI”. Dia tidak mengatakan untuk menyanyikan kata-kata doa
ini berulang kali tanpa erti. Ini ialah teladan dan struktur doa ini harus
menjadi corak doa kita.
Doa ini memasukkan beberapa elemen
berikut:
· Mulakan dengan menyembah
Tuhan, memuliakan Dia dan menumpu pada kebaikanNya.
· Doa-doa kita harus
sesuai dengan kehendak Tuhan. Kita perlu memasukkan Tuhan dalam semua rencana
kita dari mula dan tidak mula berdoa tentang sesuatu sebagai jalan terakhir.
Ini membantu mengingatkan kita bahawa kita mahu mengikut kehendak Tuhan, dan
bukan kehendak sendiri.
· Berdoa untuk keperluan
kita, jasmaniah dan rohaniah. Mari perhatikan apa yang Lukas ajarkan kita.
Lukas 11:13 Jadi jika kamu yang jahat tahu memberi pemberian yang baik kepada anak-anakmu, apalagi Bapamu yang di sorga! Ia akan memberikan Roh Kudus kepada mereka yang meminta kepada-Nya."
· Kita harus meminta Tuhan
supaya Roh KudusNya akan bekerja dengan kita. Kita tahu bahawa hanya melalui
pertaubatan, pembaptisan, dan penumpangan tangan barulah kita betul-betul
menerima Roh Kudus Tuhan. Bagaimanapun, ia mula bekerja dengan kita lama
sebelum pembaptisan, memimpin kita ke arah Tuhan dan cara hidupNya.
· Berdoa untuk pengampunan
untuk semua kelemahan kita. Dengan memohon pengampunan daripada Tuhan kita
mengakui dosa kita terhadap Tuhan. Namun pengampunan ini ada harganya. Kita
harus mengampuni orang lain, supaya kita boleh diampuni.
Matius 6:14-15 Karena jikalau kamu mengampuni kesalahan orang, Bapamu yang di sorga akan mengampuni kamu juga. Tetapi jikalau kamu tidak mengampuni orang, Bapamu juga tidak akan mengampuni kesalahanmu."
· Berdoa untuk
perlindungan Tuhan. Ingat bahawa Tuhan ialah pelindung utama kita.
Contoh benda lain untuk didoakan:
· Berdoa untuk keperluan
orang lain.
Efesus 6:18-19 “dalam segala doa dan permohonan. Berdoalah setiap waktu di dalam Roh dan berjaga-jagalah di dalam doamu itu dengan permohonan yang tak putus-putusnya untuk segala orang Kudus, juga untuk aku, supaya kepadaku, jika aku membuka mulutku, dikaruniakan perkataan yang benar, agar dengan keberanian aku memberitakan rahasia Injil.” Di sini Paulus memberi kita petunjuk untuk berdoa bagi semua orang kudus, yang didefinisikan dalam Wahyu 14:12 sebagai “mereka yang menuruti perintah Tuhan dan iman Yesus.”
· Berdoa untuk golongan
janda dan anak yatim piatu.
Yakobus 1:27 Ibadah yang murni dan yang tak bercacat di
hadapan Allah, Bapa kita, ialah mengunjungi yatim piatu dan janda-janda dalam
kesusahan mereka, dan menjaga supaya dirinya sendiri tidak dicemarkan oleh
dunia. (RSV)
· Berdoa untuk para
pemimpin kita.
1 Timotius 2:1-2 Pertama-tama aku menasihatkan: Naikkanlah
permohonan, doa syafaat dan ucapan syukur untuk semua orang, untuk raja-raja
dan untuk semua pembesar, agar kita dapat hidup tenang dan tenteram dalam
segala kesalehan dan kehormatan.
· Berdoa untuk musuh-musuh
kita.
Lukas 6:28 mintalah berkat bagi orang yang mengutuk kamu;
berdoalah bagi orang yang mencaci kamu. (HNV)
Bila semua yang lain gagal
Bila kita tidak pasti apa yang
harus didoakan, kita diberi bantuan melalui Roh Kudus.
Roma 8:26-27 Demikian juga Roh membantu kita dalam kelemahan
kita; sebab kita tidak tahu, bagaimana sebenarnya harus berdoa; tetapi Roh
sendiri berdoa untuk kita kepada Allah dengan keluhan-keluhan yang tidak
terucapkan. Dan Allah yang menyelidiki hati nurani, mengetahui maksud Roh itu,
yaitu bahwa Ia, sesuai dengan kehendak Allah, berdoa untuk orang-orang kudus.
Roh Tuhan akan memimpin kita untuk
berdoa bagi semua hal sesuai dengan kehendak Tuhan.
Jika kita mengingati selalu
jawapan-jawapan kepada enam pertanyaan ini, yang termasuk Kenapa, Siapa,
Bagaimana, Di mana, Bila, dan Apa, kita boleh mulakan perjalanan kita ke arah
hidup yang berjaya, penuh dengan doa. Ingatlah selalu bahawa maksud dan tujuan
utama doa seharusnya untuk memuliakan Tuhan dan menjalin hubungan dengan Dia.
Doa lebih daripada hanya mengulangi kata-kata. Ia mengadakan hubungan penting
antara Tuhan dan diri melalui Yesus Kristus.
q