Jemaat-jemaat Allah Al Masehi

[CB138]

 

 

 

 

Pentakosta

(Edisi 1.0 20090524-20090524)

 

Perayaan Pentakosta selama dua hari jatuh pada hari Sabat dan hari Pertama minggu dalam bulan Ketiga Kalendar Kudus. Dalam kertas ini kita akan meninjau bagaimana Pentakosta ditentukan, apa yang hari ini lambangkan dan kenapa hari ini penting.

 

 

 

Christian Churches of God

 

PO Box 369, WODEN ACT 2606, AUSTRALIA

E-mail: secretary@ccg.org

 

(Hakcipta ã 2009 Jemaat-jemaat Allah Al Masehi, ed. Wade Cox)

 (tr. 2009)

 

Karya tulis ini boleh disalin semula dan didistribusikan secara bebas dengan syarat ia disalin semuanya tanpa apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat penerbit serta notis hakcipta harus disertakan.  Sebarang bayaran tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima salinan yang didistribusikan.  Petikan-petikan ringkas daripadanya boleh dimasukkan ke dalam artikel-artikel kritis dan karya ulasan tanpa melanggar undang-undang hakcipta.

 

Karya ini boleh didapati daripada Internet di:
http://www.logon.org dan http://www.ccg.org


 

Pentakosta

 


Pengenalan

 

Pentakosta ialah satu daripada tujuh Hari Raya tahunan Tuhan dan satu daripada tiga Perayaan ziarah tahunan yang mana kita diperintah untuk membawa persembahan dan berada di luar kediaman kita. Pentakosta ialah satu-satunya Hari Raya Tuhan yang tidak jatuh pada hari tertentu dalam bulan. Bagaimanapun, ia jatuh pada hari tertentu dalam minggu, hari Minggu, juga dipanggil hari Pertama minggu.

 

Imamat 23:10-11, 15-16, 21 "10 Berbicaralah kepada orang Israel dan katakan kepada mereka: Apabila kamu sampai ke negeri yang akan Kuberikan kepadamu, dan kamu menuai hasilnya, maka kamu harus membawa seberkas hasil pertama dari penuaianmu kepada imam, 11 dan imam itu haruslah mengunjukkan berkas itu di hadapan TUHAN, supaya TUHAN berkenan akan kamu. Imam harus mengunjukkannya pada hari sesudah sabat itu. 15 Kemudian kamu harus menghitung, mulai dari hari sesudah sabat itu, yaitu waktu kamu membawa berkas persembahan unjukan, harus ada genap tujuh minggu; 16 sampai pada hari sesudah sabat yang ketujuh kamu harus hitung lima puluh hari; lalu kamu harus mempersembahkan korban sajian yang baru kepada TUHAN. 21 Pada hari itu juga kamu harus mengumumkan hari raya dan kamu harus mengadakan pertemuan kudus, janganlah kamu melakukan sesuatu pekerjaan berat; itulah suatu ketetapan untuk selama-lamanya di segala tempat kediamanmu turun-temurun. (RSV)

 

Setiap Hari Raya dalam kalendar tahunan Tuhan menunjuk ke arah satu aspek penting dalam Rencana Keselamatan Tuhan (lihat Pengenalan kepada Hari-hari Raya Tuhan (No. CB131)). Perayaan Pentakosta menunjuk ke arah tuaian rohaniah umat pilihan, atau Jemaat Tuhan. Ini dipenuhi sebahagiannya apabila Hukum Sepuluh diberikan kepada Israel di Gunung Sinai, dan selepas itu pada 30 CE apabila Roh Kudus diberikan kepada Jemaat (Kisah 2), tetapi Pentakosta juga memandang ke depan kepada penebusan umat pilihan dalam Kebangkitan Pertama.

 

Bagaimanakah hari Pentakosta Ditentukan?

 

Kertas Unjukan Berkas dan Penghitungan ke Pentakosta (CB137), meninjau bahawa perhitungan ke Pentakosta bermula dalam bulan pertama ketika Hari-hari Roti Tidak Beragi. Hari pertama minggu sewaktu Roti Tidak Beragi itu, hari Minggu, ialah hari pertama perhitungan ini. Kita menghitung setiap hari sehingga kita sampai kepada hari ke 50, Pentakosta. Kedua-dua Unjukan Berkas dan Pentakosta jatuh pada hari pertama minggu (hari Minggu), dipisah 50 hari. Menghitung sampai Pentakosta terdiri daripada tujuh minggu lengkap (7 x 7 = 49). Kitar tahunan ini mencerminkan bagaimana kita menghitung tahun-tahun Yobel. Selewat-lewatnya hari ke 49, kita semua harus berada di tempat di mana Eloah telah menempatkan namaNya supaya kita dapat berkumpul bersama-sama untuk memelihara Sabat mingguan dan Pentakosta. Untuk perincian lanjut lihat Unjukan Berkas dan Penghitungan ke Pentakosta (CB137) dan Penghitungan Omer ke Pentakosta (No. 173z).

 

Dalam Perjanjian Lama, Pentakosta dipanggil “Hari Raya Tujuh Minggu”. Istilah Pentakosta (SGD 4005) diperkenalkan dalam Perjanjian Lama. Ini bererti “hari kelima puluh” dan berasal daripada kata akar yang bererti lima puluh.

 

Mari kita perhatikan sekejap makna bilangan lima puluh. Lima puluh ialah sepuluh kali lima. Kita juga ada tujuh kali tujuh campur satu daripada hitungan sebenar tujuh minggu lengkap. Daripada Simbolisme Nombor (No. 7) kita baca:

 

Sepuluh (10) menandakan kelengkapan urutan dan satu permulaan baru sebagai satu dalam siri baru.

 

Lima (5) menandakan Kasih Karunia Ilahi. Sebagai 4+1, ia perbuatan yang dilakukan dengan Roh Tuhan dalam damai sejahtera ke arah penguatan melalui pengujian. Justeru tahun kelima urutan merupakan tahun rahmat dan tiada pengujian dilalui sepenuhnya dalam fasa ini. Dalam Ibrani, Bullinger menunjukkan bahawa Ha’aretz (Bumi) melalui gematria – iaitu penambahan nilai-nilai angka huruf-huruf itu – merupakan gandaan empat, sementara Hashamayim (langit) merupakan gandaan lima. Gematria bagi istilah Yunani Charis atau Kasih Karunia juga merupakan gandaan lima. Lima ialah faktor utama dalam ukuran Khemah Pertemuan.

 

Tujuh (7) menunjukkan kesempurnaan rohaniah. Ini mencerminkan pekerjaan Roh Kudus sebagai kuasa Tuhan, sebagaimana satu tanda piawaian. Ia tanda kehidupan dan membahagikan masa-masa reproduksi dalam kehidupan binatang. Ini bilangan untuk perhentian dan kitar perhentian dalam Yobel. Ini juga waktu kembali kepada Tuhan dalam perhentian dan kembali kepada HukumNya, dan itulah sebabnya kenapa Hukum dibaca dalam tahun Sabat kitar itu.

 

Apabila kita memerhatikan bilangan-bilangan yang berhubungan dengan lima puluh, kita lihat kesempurnaan rohaniah (7x7) diikuti oleh kasih karunia ilahi yang lengkap (50). Lima puluh ialah kitar lengkap yang dibayangkan dan dicerminkan dalam Yobel dan penghitungan ke Pentakosta.

 

Lima puluh hari ini mempertunjukkan sistem Yobel dalam manusia. Ini mewakili lima puluh tahun Roh Kudus berkembang dalam manusia. (Ini masa antara umur 20 tahun bilamana kita menjadi dewasa dan 70 dan mewakili jangka hayat purata yang diberi kepada manusia.) Ketika 50 hari ini dari Persembahan Unjukan Berkas hingga Pentakosta, kasih dan kesatuan dengan saudara iman dan terhadap Tuhan harus bertumbuh.

 

Lima puluh juga amat biasa dalam Bait Salomo. Untuk perincian lanjut lihat kertas-kertas Khemah di Padang Gurun (No. CB42), Bait yang Didirikan Salomo (No. CB107), Pemerintahan Raja-raja Bahagian III Salomo dan Kunci Daud (No. 282C), Mezbah Korban Bakaran (No. CB108), Tempat Maha Kudus dan Tabut Perjanjian (No. CB112), Pelataran-pelataran Tempat Kediaman Tuhan (No. CB113), dan Laut Tembaga dan Sepuluh Bejana (No. CB114).

 

Signifikans Korban-korban Pentakosta

 

Imamat 23:16-21 sampai pada hari sesudah sabat yang ketujuh kamu harus hitung lima puluh hari; lalu kamu harus mempersembahkan korban sajian yang baru kepada TUHAN. 17 Dari tempat kediamanmu kamu harus membawa dua buah roti unjukan yang harus dibuat dari dua persepuluh efa tepung yang terbaik dan yang dibakar sesudah dicampur dengan ragi sebagai hulu hasil bagi TUHAN. 18 Beserta roti itu kamu harus mempersembahkan tujuh ekor domba berumur setahun yang tidak bercela dan seekor lembu jantan muda dan dua ekor domba jantan; semuanya itu haruslah menjadi korban bakaran bagi TUHAN, serta dengan korban sajiannya dan korban-korban curahannya, suatu korban api-apian yang baunya menyenangkan bagi TUHAN. 19 Kemudian kamu harus mempersembahkan seekor kambing jantan sebagai korban penghapus dosa, dan dua ekor domba yang berumur setahun sebagai korban keselamatan. 20 Imam harus mengunjukkan semuanya beserta roti hulu hasil itu sebagai persembahan unjukan di hadapan TUHAN, beserta kedua ekor domba itu. Semuanya itu haruslah menjadi persembahan kudus bagi TUHAN dan adalah bagian imam. 21 Pada hari itu juga kamu harus mengumumkan hari raya dan kamu harus mengadakan pertemuan kudus, janganlah kamu melakukan sesuatu pekerjaan berat [pada hari itu]; itulah suatu ketetapan untuk selama-lamanya di segala tempat kediamanmu turun-temurun. (NKJV)

 

Memang menarik bahawa Tuhan telah memerintah mereka untuk mengunjukkan roti-roti beragi. Dalam semua keadaan lain, persembahan haruslah tidak beragi. Pada hari Pentakosta, ragi di dalam roti-roti itu mewakili Roh Kudus. Ini memandang ke depan kepada Hari Pentakosta pada 30 CE bilaman Roh Kudus diberikan kepada Jemaat. Ini memenuhi simbolisme roti-roti beragi. Sebab adanya dua roti itu adalah untuk menunjukkan kita bahawa Yesus Kristus akan datang dua kali, sekali sebagai imam dan sekali lagi di masa depan sebagai Raja Segala Raja dan Tuan Segala Tuan untuk memerintah planet ini di bawah Tuhan.

 

Semua korban lain pada hari Pentakosta juga mempunyai signifikans rohaniah. Daripada Pentakosta di Sinai (No. 115z) kita baca:

 

Tujuh anak domba mewakili tujuh roh Tuhan  sebagai malaikat-malaikat tujuh Jemaat.

Lembu jantan, atau lembu jantan muda, ialah Lembu Jantan Efraim; ini melambangkan Mesias (Ulangan 33:17, lihat Bilangan 23:22 dan juga Yeremia 31:18).

Dua domba jantan mewakili dua saksi zaman akhir.

Korban penghapus dosa dan korban keselamatan mewakili pendamaian umat pilihan sebagai pendahulu kepada Pendamaian umum.

 

Pentakosta pada tahun Keluaran – pemberian Hukum Sepuluh

 

Ingat, daripada kertas Musa dan Keluaran (No. CB16), Eloah memerintah elohim (iaitu Malaikat yang telah memberi HukumNya kepada mereka (Hakim 2:1-3). Utusan ini membawa Hadirat Tuhan; dia membawa Wibawa Tuhan (Keluaran 23:20-23), dan nama Tuhan. Dia ialah Malaikat yang telah memberi Hukum itu kepada Musa (Kisah 7:38,53; Galatian 3:19). Dialah Malaikat yang berbicara bagi pihak Tuhan di Sinai (Kisah 7:38).

 

Tidak lama selepas bangsa Israel tiba di Gunung Sinai, Musa menerima permintaan ilahi untuk menaik Gunung Sinai seorang diri untuk menerima pengajaran secara langsung dari Tuhan, Malaikat Yahovah, yang bertindak sebagai jurubicara untuk Tuhan.

 

Keluaran 19:1-25 Pada bulan ketiga setelah orang Israel keluar dari tanah Mesir, mereka tiba di padang gurun Sinai pada hari itu juga. 2 Setelah mereka berangkat dari Rafidim, tibalah mereka di padang gurun Sinai, lalu mereka berkemah di padang gurun; orang Israel berkemah di sana di depan gunung itu. 3 Lalu naiklah Musa menghadap Allah, dan TUHAN berseru dari gunung itu kepadanya: "Beginilah kaukatakan kepada keturunan Yakub dan kauberitakan kepada orang Israel: 4 Kamu sendiri telah melihat apa yang Kulakukan kepada orang Mesir, dan bagaimana Aku telah mendukung kamu di atas sayap rajawali dan membawa kamu kepada-Ku. 5 Jadi sekarang, jika kamu sungguh-sungguh mendengarkan firman-Ku dan berpegang pada perjanjian-Ku, maka kamu akan menjadi harta kesayangan-Ku sendiri dari antara segala bangsa, sebab Akulah yang empunya seluruh bumi. 6 Kamu akan menjadi bagi-Ku kerajaan imam dan bangsa yang kudus. Inilah semuanya firman yang harus kaukatakan kepada orang Israel." 7 Lalu datanglah Musa dan memanggil para tua-tua bangsa itu dan membawa ke depan mereka segala firman yang diperintahkan TUHAN kepadanya. 8 Seluruh bangsa itu menjawab bersama-sama: "Segala yang difirmankan TUHAN akan kami lakukan." Lalu Musapun menyampaikan jawab bangsa itu kepada TUHAN. 9 Berfirmanlah TUHAN kepada Musa: "Sesungguhnya Aku akan datang kepadamu dalam awan yang tebal, dengan maksud supaya dapat didengar oleh bangsa itu apabila Aku berbicara dengan engkau, dan juga supaya mereka senantiasa percaya kepadamu." Lalu Musa memberitahukan perkataan bangsa itu kepada TUHAN. 10 Berfirmanlah TUHAN kepada Musa: "Pergilah kepada bangsa itu; suruhlah mereka menguduskan diri pada hari ini dan besok, dan mereka harus mencuci pakaiannya. 11 Menjelang hari ketiga mereka harus bersiap, sebab pada hari ketiga TUHAN akan turun di depan mata seluruh bangsa itu di gunung Sinai. 12 Sebab itu haruslah engkau memasang batas bagi bangsa itu berkeliling sambil berkata: Jagalah baik-baik, jangan kamu mendaki gunung itu atau kena kepada kakinya, sebab siapapun yang kena kepada gunung itu, pastilah ia dihukum mati. 13 Tangan seorangpun tidak boleh merabanya, sebab pastilah ia dilempari dengan batu atau dipanahi sampai mati; baik binatang baik manusia, ia tidak akan dibiarkan hidup. Hanya apabila sangkakala berbunyi panjang, barulah mereka boleh mendaki gunung itu." 14 Lalu turunlah Musa dari gunung mendapatkan bangsa itu; disuruhnyalah bangsa itu menguduskan diri dan merekapun mencuci pakaiannya. 15 Maka kata Musa kepada bangsa itu: "Bersiaplah menjelang hari yang ketiga, dan janganlah kamu bersetubuh dengan perempuan [isteri kamu]." 16 Dan terjadilah pada hari ketiga, pada waktu terbit fajar, ada guruh dan kilat dan awan padat di atas gunung dan bunyi sangkakala yang sangat keras, sehingga gemetarlah seluruh bangsa yang ada di perkemahan. 17 Lalu Musa membawa bangsa itu keluar dari perkemahan untuk menjumpai Allah dan berdirilah mereka pada kaki gunung. 18 Gunung Sinai ditutupi seluruhnya dengan asap, karena TUHAN turun ke atasnya dalam api; asapnya membubung seperti asap dari dapur, dan seluruh gunung itu gemetar sangat. 19 Bunyi sangkakala kian lama kian keras. Berbicaralah Musa, lalu Allah menjawabnya dalam guruh. 20 Lalu turunlah TUHAN ke atas gunung Sinai, ke atas puncak gunung itu, maka TUHAN memanggil Musa ke puncak gunung itu, dan naiklah Musa ke atas. 21 Kemudian TUHAN berfirman kepada Musa: "Turunlah, peringatkanlah kepada bangsa itu, supaya mereka jangan menembus mendapatkan TUHAN hendak melihat-lihat; sebab tentulah banyak dari mereka akan binasa. 22 Juga para imam yang datang mendekat kepada TUHAN haruslah menguduskan dirinya, supaya TUHAN jangan melanda mereka." 23 Lalu berkatalah Musa kepada TUHAN: "Tidak akan mungkin bangsa itu mendaki gunung Sinai ini, sebab Engkau sendiri telah memperingatkan kepada kami, demikian: Pasanglah batas sekeliling gunung itu dan nyatakanlah itu kudus." 24 Lalu TUHAN berfirman kepadanya: "Pergilah, turunlah, kemudian naiklah pula, engkau beserta Harun; tetapi para imam dan rakyat tidak boleh menembus untuk mendaki menghadap TUHAN, supaya mereka jangan dilanda-Nya." 25 Lalu turunlah Musa mendapatkan bangsa itu dan menyatakan hal itu kepada mereka. (NKJV)

 

Bab selepas ini saja dalam Alkitab memulakan Hukum Sepuluh yang diberikan kepada bangsa Israel.

 

Musa membuat tiga pendakian menaiki gunung ini dalam waktu enam hari pertama bulan Ketiga. Ini berkebetulan dengan tempoh waktu berlakunya Pentakosta. Bangsa Israel diberikan asas Hukum sepanjang tempoh ini yang berkesudahan dengan hari Pentakosta. Bangsa Israel diberi Hukum Tuhan, termasuk Hukum Sepuluh yang ditulis pada batu dari waktu ini. Bagaimanapun, ia terpaksa diberikan dua kali sebab mereka berdosa dan loh-loh batu mula-mula telah pecah.

 

Keadaan bangsa Israel diberi Hukum Tuhan pada waktu Pentakosta ini memandang ke depan kepada satu waktu bilamana Roh Kudus akan diberikan kepada Jemaat untuk menulis Hukum Tuhan dalam hati mereka.

 

Untuk keterangan lanjut lihat Musa dan Orang Israel Berpindah ke Sinai (No. CB40), Pentakosta di Sinai (No. 115) dan Pendakian-pendakian Musa (No. 70).

 

Pentakosta di Sinai menunjuk ke arah penerimaan Roh Kudus oleh Jemaat pada 30 CE. Sekarang mari kita perhatikan Pentakosta dalam Perjanjian Baru.

 

Hari Pentakosta pada 30 CE – pemberian Roh Kudus

 

Dalam Kisah 2 kita membaca kisah Pentakosta pada 30 CE, tahun Mesias terkorban. Kita ketahui bahawa para rasul berkumpul bersama-sama dan Roh Kudus turun pada mereka dengan kekuatan. Mereka mentaati Eloah dan berkumpul dengan orang-orang yang percaya seperti mereka.

 

Kisah 2:1-4 Ketika tiba hari Pentakosta, semua orang percaya berkumpul di satu tempat. 2 Tiba-tiba turunlah dari langit suatu bunyi seperti tiupan angin keras yang memenuhi seluruh rumah, di mana mereka duduk; 3 dan tampaklah kepada mereka lidah-lidah seperti nyala api yang bertebaran dan hinggap pada mereka masing-masing. 4 Maka penuhlah mereka dengan Roh Kudus, lalu mereka mulai berkata-kata dalam bahasa-bahasa lain, seperti yang diberikan oleh Roh itu kepada mereka untuk mengatakannya. (NKJV)

 

Jemaat berkumpul bersama-sama pada 9:00 a.m. pada Hari Pentakosta. Roh Kudus diberikan kepada Jemaat dalam kekuatan dan membolehkan semua orang di situ mendengar apa yang dikatakan semua orang lain dalam bahasa mereka masing-masing. Itu keajaiban besar sekali.

 

Kisah 2:15 menyatakan bahawa 3000 orang dibaptiskan pada hari itu.

 

Roh Kudus

 

Roh Kudus ialah kuasa Tuhan (lihat Apakah Roh Kudus? (No. CB3)). Roh Kudus bekerja dalam individu, memimpinnya ke dalam Tubuh Kristus, dan membangunkan setiap kita untuk menjadi para raja, imam dan nabi. Roh Kudus memberi pengertian tentang segala rahsia kepada umat pilihan dan menjadikan mereka pengurus rahsia Tuhan. Untuk keterangan lanjut lihat Rahsia Tuhan (No. 131).

 

Apa itu pengurus?

 

Pengurus (jamak pengurus-pengurus (stewards))

 

1.    Seseorang yang mengurus harta milik atau hal-ehwal suatu entiti lain.

http://en.wiktionary.org/wiki/stewards (Ada definisi lain, tetapi ini paling relevan.)

 

Kita jelas melihat umat pilihan, sebagai para pengurus, mengurus Hukum Eloah dan menjadikan HukumNya amalan di planet ini. 1 Korintus 4:1-5 menjelaskan halnya dengan lebih lanjut.

 

1 Korintus 4:1-5 Demikianlah hendaknya orang memandang kami: sebagai hamba-hamba Kristus, yang kepadanya dipercayakan rahasia Allah. 2 Yang akhirnya dituntut dari pelayan-pelayan yang demikian ialah, bahwa mereka ternyata dapat dipercayai. 3 Bagiku sedikit sekali artinya entahkah aku dihakimi oleh kamu atau oleh suatu pengadilan manusia. Malahan diriku sendiripun tidak kuhakimi. 4 Sebab memang aku tidak sadar akan sesuatu, tetapi bukan karena itulah aku dibenarkan. Dia, yang menghakimi aku, ialah Tuhan. 5 Karena itu, janganlah menghakimi sebelum waktunya, yaitu sebelum Tuhan datang. Ia akan menerangi, juga apa yang tersembunyi dalam kegelapan, dan Ia akan memperlihatkan apa yang direncanakan di dalam hati. Maka tiap-tiap orang akan menerima pujian dari Allah. (RSV)

 

Umat pilihan diberi laluan untuk mengerti rahsia Tuhan, tetapi pengertian itu bergantung pada hubungan mereka dengan Tuhan dalam Roh Kudus. Kita harus berdedikasi terhadap Tuhan dalam Yesus Kristus. Kita mesti memiliki sikap tidak mementingkan diri – mendahulukan Tuhan dan melakukan pekerjaan Tuhan sebelum semua yang lain. Luasnya rahsia yang bakal dinyatakan dalam Zaman Akhir akan memperlihatkan kebijaksanaan Tuhan kepada kedua-dua Umat syurgawi dan manusia.

 

Roh Kudus bekerja dengan kamu sebelum pembaptisan dan dalam kamu dari pembaptisan (lihat kertas Pertaubatan dan Pembaptisan (No. 52)). Memang tidak boleh diterima jika seseorang dibaptiskan dan selepas itu dia tidak komited kepada pekerjaan Tuhan dalam Yesus Kristus. Tuhan bekerja dengan kita melalui Roh Kudus dan memperkenalkan kita kepada rahsia Tuhan. Sesudah itu kita menggunakan sedikit waktu untuk dilatih dalam firman Tuhan supaya kita mengerti firman Tuhan dan jalan hidupNya. Akhir sekali, kita dipersiapkan untuk mengajar firman Tuhan kepada orang lain. Kita mengajar dengan perbuatan kita serta kata-kata kita. Itulah sebabnya kita dipanggil terang dunia (Matius 5:14). Mereka yang didedahkan dan mempelajari iman ini dari zaman muda mereka memang diberkati.

 

Segala pencubaan yang kita lalui adalah untuk menguji iman kita dan asas diri kita, sebab kita ialah bait Tuhan.

 

1 Korintus 3:16 Tidak tahukah kamu, bahwa kamu adalah bait Allah dan bahwa Roh Allah diam di dalam kamu? 17 Jika ada orang yang membinasakan bait Allah, maka Allah akan membinasakan dia. Sebab bait Allah adalah kudus dan bait Allah itu ialah kamu.

 

Yesus Kristus ialah batu hidup pertama yang dipilih oleh Tuhan. Kita ditambah kepada Yesus Kristus, iaitu batu penjuru, satu demi satu, untuk membangunkan rumah Tuhan. Pada setiap batu hidup (iaitu kita), batu lain ditambah. Kita harus benar (jujur dalam kata-kata dan perbuatan kita) dan tegas (kukuh berdiri dalam jalan hidup Tuhan) supaya bait itu tetap utuh berdiri. Batu-batu hidup itu juga diberi firman-firman hidup (Kisah 7:38), iaitu Kitab Suci, dan pengharapan hidup (1 Petrus 1:3), iaitu iman (lihat kertas Firman Tuhan (No. 184)).

 

Sikap yang diperlukan untuk setiap batu hidup itu terus kekal sebagai sebahagian daripada struktur itu ialah membuang segala kejahatan, dusta, iri hati dan fitnah. Kita dituntut bekerja bersama-sama. Kita harus seperti bayi yang baru lahir, meminum susu rohaniah murni agar kita dapat bertumbuh dan beroleh keselamatan.

 

Pekerjaan sebenar Tuhan dan umat pilihan Tuhan dikenali pasti daripada ajaran sehat dalam rahsia Tuhan, dan cara mereka menyembah Allah Maha Esa. Tuhan memberitahu kita bahawa jika nabi-nabi tidak berbicara menurut hukum dan kesaksian itu, ini adalah kerana tiada terang dalam mereka (Yesaya 8:20).

 

Yesaya 8:16-18,20 Aku harus menyimpan kesaksian ini dan memeteraikan pengajaran ini di antara murid-muridku. 17 Dan aku hendak menanti-nantikan TUHAN yang menyembunyikan wajah-Nya terhadap kaum keturunan Yakub; aku hendak mengharapkan Dia. 18 Sesungguhnya, aku dan anak-anak yang telah diberikan TUHAN kepadaku adalah tanda dan alamat di antara orang Israel dari TUHAN semesta alam yang diam di gunung Sion. 20 "Carilah pengajaran dan kesaksian!" Siapa yang tidak berbicara sesuai dengan perkataan itu, maka baginya tidak terbit fajar.

 

Ini ialah nubuatan. Yesus Kristus telah diberikan umat pilihan, atau Jemaat, oleh Allah Bapa sebagai tanda dan mukjizat kepada Israel dan kepada dunia. Hukum dan kesaksian telah diberikan kepada kita melalui Roh Kudus dan dimeteraikan dalam kita. Oleh sebab Roh Kudus, kita didorong bertindak menurut hukum dan kesaksian ini.

 

Kita harus lakukan usaha terbaik kita untuk membantu pekerjaan Tuhan dan menyebarkan injil kepada semua bangsa. Untuk membantu, kita harus belajar untuk berbuah.

 

Titus 3:13-14 Tolonglah sebaik-baiknya Zenas, ahli Taurat itu, dan Apolos, dalam perjalanan mereka, agar mereka jangan kekurangan sesuatu apa. 14 Dan biarlah orang-orang kita juga belajar melakukan pekerjaan yang baik untuk dapat memenuhi keperluan hidup yang pokok, supaya hidup mereka jangan tidak berbuah. (RSV)

 

Tentang anak-anak pula, ada banyak cara untuk membuahkan hasil. Ini boleh dilakukan dengan doa-doamu, atau berdiri teguh demi apa yang kamu percaya di hadapan rakan-rakanmu. Ini juga boleh dengan mengikuti jalan hidup Tuhan dan mendahulukan Dia. Semua ini membantu orang lain melihat kebenaran Tuhan.

 

Kenapa Roh Kudus penting?

 

Tanpa Roh Kudus kita bukan sebahagian daripada keluarga Tuhan. Tanpa Roh Kudus keadaannya seolah-olah seperti sumber kehidupan kita diputuskan.

 

Kita semua manusia rosak dan bersifat daging. Kita tidak boleh mengatasi dosa tanpa campur tangan Tuhan melalui Roh Kudus.

 

Yeremia 10:23-24 Aku tahu, ya TUHAN, bahwa manusia tidak berkuasa untuk menentukan jalannya, dan orang yang berjalan tidak berkuasa untuk menetapkan langkahnya. 24 Hajarlah aku, ya TUHAN, tetapi dengan selayaknya, jangan dengan murka-Mu, supaya aku jangan Kaubinasakan!

 

Roh Kudus ialah penghubung yang menyatukan kita semua. Ingat, Roh Kudus bukanlah sesuatu yang kita boleh rasa atau sentuh dengan tangan kita. Kita tahu sama ada ia ada atau tidak, daripada apa yang bermain dalam fikiran kita dan bagaimana kita berkelakuan (Galatia 5:16-18, 22,23).

 

Roh Kudus menggabungkan kita semua bersama untuk membentuk Bait Tuhan (1 Korintus 3:16; 6:19). Tuhan memanggil kita ke dalam Kerajaan Tuhan untuk bekerja. Ini bukan kerana kita istimewa atau baik. Roh memberi kita semua karunia atau talenta khas tertentu, supaya kita dapat bekerjasama umpama satu tubuh. Satu tubuh terdiri daripada banyak bahagian. Setiap bahagian tubuh, seperti lengan, kaki, mata dan telinga, bekerjasama dengan semua bahagian lain. Tiada yang bekerja sendirian. Jadi kita perlu membantu sesama sendiri dalam pekerjaan Jemaat dengan kasih dan kekuatan daripada Roh Kudus.

 

Roh Kudus dipanggil “penolong” (Yohanes 15:26). Ia menolong kita untuk mengerti Alkitab dan hal-hal Tuhan. Ia mengajar kita kebenaran (Yohanes 14:16-17, 26; 16:13; 1Jn. 4:6; 5:6). Ia mengetahui segala sesuatu (1 Korintus 2:10-11). Roh Kudus ialah caranya untuk kita menjadi anak-anak Tuhan (Galatia 4:6-7; Roma 8:14). Kristus menolong kita, mengajar kita dan menghibur kita melalui Roh Kudus. Ini sebenarnya kuasa Tuhan yang hidup dalam kita dan dalam Kristus. Ia berasal dari Tuhan dan kemudian kepada kita melalui Kristus. Ia seperti suatu kuasa yang menarik kita kepada Tuhan melalui Kristus (Ibrani 7:25). Ia tidak kelihatan.

 

Roh Kudus juga dilambangkan oleh air (Hakim 15:19; Yohanes 7:37-39). Kita dibaptis dengan Roh Kudus (Matius 3:11; Markus 1:8; Lukas 3:16) dan kuasa itu memenuhi kita dan menjadikan kita makhluk-makhluk baru. Roh Kudus ialah mata air kehidupan (Wahyu 21:6).

 

Roh boleh dipadamkan (1 Tesalonika 5:19) dengan mengabaikan atau mendukacitakannya (Efesus 4:30) dan dengan itu mengakui adanya perolehan dan kehilangan dalam individu (lihat Apakah Roh Kudus? (No. CB3) dan Pernyataan Kepercayaan (A1)).

 

Apabila kita memiliki Roh Tuhan dan hidup mengikut jalan yang diperintahkanNya, kita mula menunjukkan buah-buah Roh Kudus. Kita boleh membaca tentang ini dalam Galatia 5:22-23.

 

Tiga Tuaian Eloah

 

Seperti yang sudah kita pelajari, Mesias ialah hasil sulung tuaian – tuaian jelai dengan persembahan Unjukan Berkas sewaktu hari-hari Roti Tidak Beragi. Jemaat ialah tuaian kedua – tuaian gandum yang bermula pada Pentakosta. Jemaat yang bekerja menurut perintah Yosua Mesias itulah yang melaksanakan pekerjaan Eloah (Ha Elohim) dalam Zaman Akhir. Umat pilihan, Jemaat, mengahwini Mesias pada Perjamuan Kahwin Anak Domba yang berlangsung pada kedatangan kedua kali Mesias (Wahyu 19:7, 9). Ini membawa kepada tuaian ketiga, Hari Raya Pengumpulan Hasil, iaitu tuaian untuk orang jasmaniah yang akan terus hidup sampai ke dalam Milenium (lihat kertas Hari Raya Pengumpulan Hasil (No. 139)).

 

Tuaian Tuhan merangkumi seluruh Bumi, dan termasuk seluruh umat manusia dan Bani Syurgawi. Untuk keterangan lanjut lihat kertas Tiga Tuaian Tuhan (No. CB133).

 

Ringkasan

 

Roh Kudus ialah kuasa Tuhan yang bekerja dalam hati dan fikiran kita, dan memberi kita keinginan untuk mengikut jalan hidup Tuhan. Ia bukan untuk ditakuti, sebab Tuhan tidak memberi kita roh ketakutan, tetapi roh kekuatan dan kasih (2 Timotius 1:7).

 

Tuhan mengingini ketaatan lebih daripada persembahan korban (1 Samuel 15:22). Sementara kita mentaatiNya dan memelihara segala PerintahNya Dia membimbing pemikiran kita (Amsal 6:3) dan menolong kita terus berada di jalan betul.

 

Marilah kita semua bergerak maju menggunakan Roh Kudus yang telah dikaruniakan pada Pentakosta 30 CE untuk melaksanakan pekerjaan Eloah dengan berani sebelum kepulangan Dua Saksi itu ke planet ini.

 

 

 

q