Jemaat-jemaat Allah Al Maséhi

[A2]

 

 

 

 

Perlembagaan

 

Ini adalah perlembagaan rasmi yang didaftarkan di Australia.

 

 

 

Christian Churches of God

 

PO Box 369, WODEN ACT 2606, AUSTRALIA

E-mail: secretary@ccg.org

 

(Hakcipta ã Christian Churches of God)

(Tr. 2003)

 

Karya tulis ini boleh disalin semula dan didistribusikan secara bebas dengan syarat ia disalin semuanya tanpa apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat penerbit serta notis hakcipta harus disertakan.  Sebarang bayaran tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima salinan yang didistribusikan.  Petikan-petikan ringkas daripadanya boleh dimasukkan ke dalam artikel-artikel kritis dan karya ulasan tanpa melanggar undang-undang hakcipta.

 

Karya ini boleh didapati daripada Internet di:
http://www.logon.org dan http://www.ccg.org


 

Perlembagaan

Konferens Sedunia Jemaat-jemaat Allah Al Masehi


 

 



Artikel 1 Nama

 

Organisasi ini dikenali sebagai Jemaat-jemaat Allah Al Masehi dan badan pentadbirnya dikenali sebagai Konferens Sedunia bagi Jemaat-jemaat Allah Al Masehi atau bentuk pendeknya Jemaat-jemaat Allah Al Masehi (Konferens Sedunia) dan selanjutnya akan dirujukkan sebagai Konferens Sedunia. Konferens Sedunia adalah penjaga atau konferens pengawal bagi kesemua Konferens-konferens Jemaat-jemaat Allah Al-Masehi di seluruh dunia. Konferens Sedunia mampu menjadi Ahli kepada Konferens Sedunia Jemaat-jemaat Allah di dalam persatuan melalui persetujuan dengan jemaat-jemaat lain selain daripada Jemaat-jemaat Allah Al Masehi.

 

 

Artikel 2 Tujuan

 

Tujuan Jemaat-jemaat Allah Al Masehi adalah untuk memberitakan Injil Kerajaan Allah kepada semua bangsa melalui kata-kata dan teladan.

 

Pelbagai gereja di dalam konferens seharusnya terikat pada kepercayaan-kepercayaan sepertimana yang ternyata di dalam penerbitan gereja iaitu Pernyataan Kepercayaan-kepercayaan Iman Kristian (edisi keempat) atau sebarang pemindaan yang diterbitkan dengan syarat tiada pemindaan sedemikian yang mengkompromi ciri Unitarian kepercayaan ini serta memasukkan doktrin Trinitarian, Binitarian ataupun Diteis.

 

 

Artikel 3 Bidang Kuasa


 

(1)  Konferens ini tidak mempunyai had di dalam bidang kekuasaannya. Ia menentukan sempadan-sempadan wilayah bagi koordinasi serta pelesenan gereja-gereja nasional yang merupakan ahli dan gereja anggota kepada Jemaat-jemaat Allah Al Masehi.

(2)  Konferens ini boleh memberikan bantuan kepada sebarang Konferens Jemaat in ataupun mana-mana Konferens sepertinya yang memohon bantuan daripadanya. Bantuan sedemikian boleh diberikan sama ada secara sendirian ataupun secara gabungan dengan Konferens-konferens lain.

(3)  Konferens Sedunia seharusnya melantik pengarah-pengarah serantau bagi koordinasi gereja-gereja nasional yang mempunyai tanggungjawab terhadap Konferens Sedunia bagi perjalanan doktrin serta pentadbiran yang betul untuk gereja mereka di dalam penerbitan-penerbitan rasmi jemaat.

(4)  Konferens Sedunia bertanggungjawab mengawal laman web sedunia serta media dan semua jemaat diwajibkan menurut doktrin seperti yang diterbitkan.

(5)  Konferens-konferens Nasional boleh menjalankan kempen-kempen media. Kempen-kempen sedemikian haruslah bersesuaian dengan doktrin gereja dan tertakhluk pada pengkajian semula serta koordinasi oleh Konferens Sedunia.

 

 

Artikel 4 Komposisi Konferens

 

Konferens ini terdiri daripada Jemaat-jemaat yang, termasuklah Jemaat Konferens, diterima atau akan diterima masuk ke dalam persaudaraan oleh Konferens ini.

 

Seksyen 1 Pegawai-pegawai Konferens Sedunia

 

(1)  Dua pegawai pengawal Konferens adalah Koordinator Umum dan Timbalan Koordinator Umum. Mereka memegang jawatan mereka sewaktu tempoh dari Perayaan Pondok Daun pada tahun ketujuh kitaran hinggalah Hari Besar Terakhir bagi Perayaan Pondok Daun pada kitar seterusnya. Pelantik-pelantik pertama, iaitu Koordinator Umum masakini dari Konferens Australasia dan timbalannya, Koordinator Konferens Amerika Utara, memegang jawatan mereka dari masa Perlembagaan ini berkuatkuasa sehinggalah tahun Sabat kitar ini pada tahun 2005 bagi kalendar terkini. Jika salah seorang daripada mereka meninggal maka penggantinya akan dipilih dengan undian daripada penatua-penatua konferens yang masih ada di antara pengarah-pengarah serantau dan ketua-ketua gereja-gereja nasional. Pengganti tersebut haruslah dipersetujui kesesuaian doktrinnya oleh pegawai yang masih tinggal itu iaitu sama ada Koordinator Umum ataupun Timbalannya. Penatua yang masuk itu akan mengambil tugas Timbalan. Jika kedua-duanya meninggal maka pengganti-pengganti mereka akan ditentukan dengan undian daripada Konferens. Seperti yang ternyata di dalam seksyen 1(2) di bawah, mulai tahun 2005, jika kedua-dua koordinator ini meninggal, Pembantu Koordinator-koordinator Umum akan menggantikan mereka dan pengganti-pengganti mereka pula akan ditentukan dengan undian dari kalangan para penatua Konferens.

(2)  Eksekutif Konferens akan diperluaskan pada tahun sabat 2005 dan dua orang penatua lain akan dipilih melalui undian. Mereka akan bertugas sebagai pegawai-pegawai ketiga dan keempat Konferens Sedunia dan dikenali sebagai Pembantu Koordinator Umum dan Pembantu Timbalan Koordinator Umum. Pada penghujung setiap tujuh tahun, pada tahun Sabat keempat-empat koordinator umum ini termasuklah sesiapa daripada koordinator umum dan timbalan koordinator umum yang akan tamat tempoh tugasannya, akan dimasukkan di dalam undian bagi pemilihan jawatan itu. Jika mana-mana satu daripada Koordinator Umum yang masih bertugas itu dipilih daripada undian tersebut maka dia akan kekal di dalam jawatannya selama tempoh yang diperuntukkan oleh pemilihan baru itu.

(3)  Setiausaha-Bendahari Am adalah seorang ahli tambahan kepada Komiti Konferens dan Eksekutif. Setiausaha Am ini dibantu oleh dua Pembantu Setiausaha Am yang juga merupakan ahli-ahli Komiti Eksekutif Konferens Sedunia. Umur persaraan yang wajib bagi Setiausaha Am adalah tujuh puluh tahun.

(4)  Lembaga penatua adalah terdiri daripada koordinator-koordinator wilayah serta koordinator-koordinator nasional yang disediakan atau dipilih daripada jemaat-jemaat nasional.

(5)  Ketua-ketua bagi jemaat-jemaat nasional bagi setiap rantau akan menganggotai setiap sidang majlis serantau serta pegawai-pegawai sepertinya yang dilantik oleh Koordinator Umum atau Timbalannya.

(6)  Lembaga Penatua-penatua haruslah berjumpa keseluruhannya sekurang-kurangnya setiap tahun ketujuh atau Sabat serta pada masa-masa yang ditentukan oleh Koordinator-koordinator Umum dan Komiti Eksekutif Konferens Sedunia. Sebarang urusan boleh dilakukan di dalam sub-komiti wilayah-wilayah yang dibenarkan oleh Koordinator-koordinator Umum. Mesyuarat-mesyuarat Lembaga Penatua boleh dilakukan secara elektronik di dalam Wilayah-wilayah atau melalui Komiti mengikut arahan Koordinator-koordinator Umum.

(7)  Lembaga yang terdiri daripada ketua bagi setiap Konferens Nasional dan Pengarah-pengarah Wilayah bagi kumpulan-kumpulan Nasional serta Koordinator-koordinator Umum dan Pembantu-pembantu mereka haruslah termasuk di dalam pengundian bagi mendapatkan pegawai-pegawai Komiti eksekutif sama ada Koordinator Umum dan Timbalan Koordinator Umum dan/atau Pembantu-pembantu Koordinator Umum. Sebarang pengundian sedemikian haruslah dijalankan menurut aturcara yang betul dan dengan penyeliaan yang betul. Para pemerhati hadir untuk memastikan keadilan pengundian tersebut.

 

Seksyen 2: Jemaat-jemaat Konferens

 

Jemaat-jemaat konferens, apabila dipersetujui, haruslah berada di dalam kumpulan-kumpulan nasional atau bahasa yang berlainan di mana mungkin. Namun begitu jemaat-jemaat boleh menjadi Jemaat-jemaat Wilayah yang meliputi lebih daripada satu kawasan nasional sehinggalah jemaat-jemaat nasional mendapat kebenaran rasmi. Semuanya dibentuk di dalam perlembagaan Konferens Sedunia dan mendapat kekuasaan serta hak kewujudan sebagai entiti-entiti rasmi Jemaat-jemaat Allah Al Masehi daripada dan melalui sokongan mendapatkan kebenaran rasmi daripada Konferens Sedunia Jemaat-jemaat Allah Al Masehi.

 

Artikel 5 Sesi-sesi

 

Seksyen 1: Sesi-sesi Tetap

 

Konferens Sedunia seharusnya diadakan perkumpulannya oleh Koordinator Umum atau Timbalan Koordinator Umum pada waktu atau tempat yang dipilih mereka. Jika mereka telah meninggal maka Setiausaha Am dan Pembantu-pembantu Setiausaha Am atau sebarang pegawai yang dipilih untuk mengisi posisi itu mempunyai kuasa untuk mengumpulkan konferens itu yang akan terdiri daripada koordinator-koordinator umum yang masih ada serta pengarah-pengarah wilayah dan nasional selaku Lembaga Penatua bersama-sama dengan ketiga-tiga Setiausaha Am itu.

 

Konferens-konferens wilayah boleh dikumpulkan oleh koordinator wilayah ataupun pegawai-pegawai Konferens Sedunia yang akan menentukan saiznya serta komposisinya.

 

Sesi-sesi tetap Konferens-konferens anggota nasional haruslah diadakan setiap tujuh tahun pada masa dan tempat yang ditentukan serta diumumkan Komiti Eksekutif melalui Agenda. Perkumpulan-perkumpulan sebegitu haruslah diadakan di antara Hari Pertama Bulan Pertama (digelar 1 Abib atau Nisan) dan penghujung Paskah serta Perayaan Roti Tidak Beragi yang memulakan Tahun Sabat atau ketujuh. Tempoh masakini berjalan dari (1 Abib atau Nisan 1998) atau 1/1/21/40 hingga 1/1/28/40 (iaitu 1 Abib 2005) dan seterusnya di dalam 2012, 2019, 2026. Tahun Jubli haruslah dimasukkan ke dalam kitaran Sabbatikal ini sebagai tahun kelapan bagi perkiraan tempoh-tempoh jawatan di dalam kitar tersebut.

 

Setiap Konferens Nasional haruslah mengadakan perjumpaan tahunan bagi tujuan menyediakan laporan-laporan serta pernyataan-pernyataan kewangannya kepada Konferens Sedunia serta juruaudit-juruauditnya dan pihak-pihak kerajaan menurut undang-undang seperti yang diarahkan.

 

Seksyen 2: Sesi-sesi Khas atau Kecemasan

 

(1)  Sesi-sesi khas Konferens-konferens Nasional boleh diadakan oleh Konferens Sedunia atau Komiti Eksekutif Konferens Nasional tersebut atau sesiapa saja yang diberi kuasa oleh Konferens Sedunia atau Nasional pada tempat dan waktu yang ditentukan oleh pihak penganjur perhimpunan tersebut. Sesuatu Sesi Kecemasan Konferens Sedunia atau Nasional ini diadakan menurut permohonan bertulis para pemegang jawatan daripada kebanyakan Jemaat-jemaat di dalam bidang kuasa Konferens tersebut.

(2)  Urusan yang dibincangkan Sesi Khas atau Kecemasan Konferens Nasional adalah:

(a)  Urusan yang disebutkan di dalam notis yang mengumpulkan sesi tersebut; dan

(b)  Urusan selanjutnya yang ditentukan di dalam Sesi Khas atau Kecemasan itu melalui resolusi yang dipersetujui oleh majoriti tidak kurang daripada dua pertiga daripada mereka yang mengundi di dalamnya.

(c)  Bilangan hadirin seharusnya tidak kurang daripada lima puluh peratus daripada wakil-wakil yang layak atau dalam kes jemaat-jemaat individu tidak kurang daripada lima puluh peratus daripada anggota jemaat.

(3)  Bergantung kepada di atas, sesuatu Sesi Khas atau Kecemasan boleh memilih mana-mana petugas atau orang-orang lain atau komiti-komiti dan melaksanakan urusan serta melakukan apa-apa tindakan yang lain sepertimana suatu sesi tetap di bawah Perlembagaan ini ataupun sepertimana yang dipilih, dilaksanakan, atau dilakukan oleh Komiti Eksekutif di antara sesi-sesi.

 

Seksyen 3: Notis

 

Notis mengenai waktu dan tempat setiap sesi harus diberikan sekurang-kurangnya tiga minggu atau dua puluh satu hari sebelum tarikh pembukaan seperti yang ditentukan oleh pihak penganjur menurut hukum.

 

Seksyen 4: Mengundi

 

Setiap wakil kepada sesi-sesi itu mempunyai satu undian bagi setiap persoalan. Pengerusi sesi itu mempunyai undian untuk membuat perbincangan dan dalam keadaan jumlah undian yang sama boleh membuat undian penentu. Isu-isu pentadbiran harus diundi dengan majoriti ringkas. Isu-isu doktrin ditentukan oleh Konferens Sedunia dan diterbitkan di dalam media. Wakil-wakil kepada sesi-sesi yang terpisah jauh kerana jarak daripada perhimpunan-perhimpunan biasa itu boleh melakukan undian melalui surat kuasa yang dihantar kepada pengerusi serta setiausaha-setiausaha setiap konferens dan adalah menurut polisi seperti yang diarahkan oleh Konferens Sedunia. Dalam semua aspek lain, setiap ahli biasa mempunyai satu undian di dalam konferens tempatannya.

 

Seksyen 5: Kuasa-kuasa Sesi

 

Tertakhluk kepada syarat Konferens-konferens Nasional dalam sesi mempunyai kuasa untuk menentukan segala hal dan perkara-perkara bagi keteraturan serta kepimpinan baik Konferens mereka serta pengawalaturan hal-ehwal mereka. Polisi-polisi atau keputusan-keputusan Konferens Sedunia Jemaat-jemaat Allah Al Masehi adalah mengikat bagi setiap Konferens Nasional. Jika Konferens Sedunia Jemaat-jemaat Allah Al Masehi ingin menganggotai suatu Konferens Sedunia Jemaat-jemaat Allah maka resolusi sebegitu tidak mengikat ke atas sebarang konferens kecuali disahkan oleh Konferens Sedunia Jemaat-jemaat Allah Al Masehi. Tiada resolusi sebegitu yang dibenarkan mengkompromikan struktur Pernyataan Kepercayaan mengenai Ketuhanan dan hukum. Tiada sebarang resolusi yang dibenarkan mengikat Konferens Jemaat-jemaat Allah Al Masehi atau ahli-ahlinya jika bertentangan dengan Hukum Alkitab atau melawan kedaulatan Tuhan serta keterangan Alkitab mengenai kudrat Tuhan dan anakNya Yesus Kristus. Keputusan ini dibuat terlebih dahulu oleh Konferens Sedunia Jemaat-jemaat Allah Al Masehi.

 

Artikel 6 Pemilihan Wakil-wakil ke Sesi-sesi Konferens

 

Seksyen 1:

 

(1)  Konferens Sedunia haruslah terdiri daripada lima (kemudiannya tujuh) pegawai bertugas yang merupakan Komiti Eksekutif konferens serta Ahli-ahli Lembaga-lembaga Konferens Serantau kerana mereka adalah ketua-ketua nasional dan pengarah-pengarah wilayah. Konferens mempunyai kuasa untuk bertindak di dalam rantau-rantau serta berhimpun di dalam sub-komiti di bawah pemerhatian para pegawai jemaat untuk hal-hal pentadbiran. Seluruh lembaga itu boleh dipanggil berkumpul untuk isu-isu doktrin atau lain-lain. Namun begitu, kedua-dua pegawai Jemaat yang bertugas sebagai Koordinator Umum boleh melaksanakan kuasa vetonya ke atas sebarang cadangan atau tindakan yang dianggap bertujuan untuk merosakkan keutuhan doktrin serta fungsi jemaat sebagaimana ia mula-mula ditubuhkan.

(2)  Wakil-wakil Konferens Nasional adalah:

(a)   wakil-wakil yang diiktiraf jemaat-jemaat yang dibenarkan Konferens Sedunia untuk mengambil bahagian di dalam Konferens Nasional. Jemaat-jemaat tersebut boleh diterima ke dalam Konferens setelah Konferens Sedunia membenarkan pembentukan jemaat kawasan itu serta penyertaannya di dalam Konferens Nasional. Setiap jemaat berhak melantik seorang wakil untuk setiap sepuluh anggota atau sebahagian utamanya.

(b)   Kesemua ahli-ahli Komiti Eksekutif Konferens.

(c)   Mereka yang tinggal di dalam wilayah Konferens itu dan sedang memegang kelayakan, lesen serta sijil yang dikeluarkan oleh konferens ini:

(i) Surat-surat tauliah Kependetaan dan sebagainya,

(ii) Surat-surat tauliah Misionaris dan sebagainya,

(iii) Surat-surat tauliah Editorial, Media dan Evangelis Literatur,

(iv) Surat-surat tauliah Penatalayanan Mengajar atau Pengajar Injil dan sebagainya.

(d)   Seorang anggota Konferens Sedunia yang hadir, atau sesiapa yang mempunyai kemahiran-kemahiran penting sepertimana yang disyorkan oleh Komiti Eksekutif atau komiti yang dilantik untuk menguruskan perwakilan, dan diterima dengan undian wakil-wakil yang hadir; bilangan wakil-wakil ini tidak boleh melebihi dua puluh peratus daripada wakil-wakil yang diiktiraf jemaat-jemaat teratur.

(3)  Wakil-wakil seperti di atas berhak untuk berjumpa dengan jemaat di mana keanggotaan mereka dipegang, dan mempunyai hak-hak mengundi sepenuhnya dengan jemaat tersebut di dalam segala perkara yang diundi sewaktu perjalanan sesi perhimpunan yang diadakan.

 

 

Artikel 7 Surat Tauliah, Lesen dan Sijil Kelayakan

 

Seksyen 1:

 

(1)  Konferens Sedunia melalui sama ada Koordinator Umum atau Timbalan Koordinator Umum atau calon mereka sama ada dari wilayah atau nasional mempunyai kuasa untuk mengurap para pelayan jemaat sama ada penatua mahupun diakon. Komiti-komiti Eksekutif Konferens Nasional pada perjumpaan pertama mereka selepas sesi tersebut akan menentukan siapa yang layak sebagai pendeta di dalam kawasan tersebut, memberikan surat tauliah, lesen dan sijil kelayakan kepada para penatalayan sedemikian serta lain-lain orang yang dianggap sesuai untuk memberi pelayanan demi tujuan Konferens mereka, serta meluluskan untuk diurapi mereka yang terbukti menerima panggilan untuk melayani dan telah dicadangkan oleh Konferens mereka atau sesuatu Konferens subdivisi. Tiada pengurapan semula para penatua daripada subdivisi-subdivisi diperlukan. Tidak ada pelayanan yang dibayar. Para pendeta boleh mempunyai pekerjaan berbayar yang lain sementara mereka di dalam pelayanan. Elaun-elaun boleh dibayar kepada ahli-ahli lembaga. Tiada ahli lembaga yang boleh menjadi pegawai berbayar jemaat.

(2)  Tiada ahli daripada sebarang lembaga yang boleh menyertai perbincangan mengenai, atau mengundi bagi, apa-apa perkara di mana mereka atau kerabat mereka mempunyai minat amanah atau kewangan, kerana adanya pertalian darah di situ.

 

Seksyen 2:

 

(1)  Surat-surat tauliah, lesen-lesen dan sijil-sijil yang diberikan atau dikeluarkan oleh Komiti Eksekutif Konferens Nasional adalah berkuatkuasa dan sah sehingga sesi tetap seterusnya kecualilah ditamatkan oleh Komiti Eksekutif atas sebab-sebab perletakan jawatan, salah tingkahlaku atau keputusan melalui tuduhan di hadapan perbicaraan yang termasuk suatu Sesi Khas Konferens Nasional.

(2)  Konferens Sedunia mempunyai hak untuk menarik balik lesen sebarang jemaat atau konferens nasional untuk bertindak sebagai suatu jemaat atau konferens di dalam badan Jemaat-jemaat Allah Al Masehi. Pembatalan lesen ini mungkin kerana sebab-sebab doktrin atau lain-lain. Sebarang jemaat yang dibatalkan pertauliahannya kerana kesalahan-kesalahan doktrin atau lain-lain, kehilangan hak untuk menggunakan sebarang material jemaat atau bertindak sebagai anggota atau organisasi Jemaat-jemaat Allah Al Masehi atau untuk memegang hartanah atau harta benda dalam nama Jemaat-jemaat Allah Al Masehi di dalam mana-mana konferensnya atau organisasinya.

(3)  Pembatalan surat tauliah seseorang individu atau jemaat atau konferens tertakhluk kepada peraturan-peraturan keadilan semulajadi. Sebarang pembatalan harus dibuat berikutan pemberitahuan tuduhan tersebut secara bertulis. Sistem pembetulan dibentangkan di dalam Artikel 20.

(4)  Hakcipta semua bahan terletak di dalam Konferens Sedunia namun tiada karya yang boleh ditindas dengan menggunakan hakcipta. Bilamana terjadinya penindasan sedemikian, dalam semua keadaan, individu atau pewaris dan pengganti mereka, boleh menerbitkan karya mereka sendiri demi kebaikan orang ramai. Di mana bahan-bahan tersebut bertentangan dengan doktrin, karya itu tidak akan diterbitkan oleh Konferens Jemaat-jemaat Allah Al Masehi. Penulisnya boleh disingkirkan daripada jawatannya atau keanggotaannya kerana sebab-sebab itu sebagai tindakan disiplin. Hanya terbitan-terbitan yang dibenarkan Konferens Sedunia sahaja yang boleh menggunakan nama-nama, hakcipta-hakcipta serta logo-logo Jemaat-jemaat Allah Al Masehi. Semua nama, tanda perdagangan, logo serta hakcipta konferens-konferens nasional, contohnya Christen Gemeenten van God di Netherlands, dimiliki oleh Jemaat-jemaat Allah Al Masehi dan dilesenkan oleh Konferens Sedunia di bawah perlembagaan ini.

 

 

Artikel 8 Perlantikan-perlantikan

 

Seksyen 1:

 

(1)  Konferens-konferens Nasional dalam sesi tetap akan melantik:

(a)  Komiti-komiti Tetap sesuai dengan prinsip-prinsip yang ditentukan di dalam Polisi Konferens.

(b)  Pegawai-pegawai dan penolong-penolong pegawai Konferens.

(c)  Ahli-ahli Komiti Eksekutif.

(d)  Setiausaha/pengarah/rakan sekutu jabatan serta penolong-penolong pengarah.

 

(2)  (a) Orang-orang yang dipilih di bawah seksyen ini akan memegang jawatan atau perlantikan mereka masing-masing sehinggalah sesi tetap Konferens Nasional seterusnya kecuali kalau jawatan-jawatan atau perlantikan mereka diberhentikan terlebih dahulu. Penamatan jawatan boleh dibuat oleh Konferens Nasional di dalam Sesi Khas atau oleh Komiti Eksekutif.

(b) Konferens Sedunia mempunyai hak dan kuasa untuk menarik balik lesen individu atau jemaat untuk bertindak sebagai anggota atau jemaat di dalam Jemaat-jemaat Allah Al Masehi atas dasar kedoktrinan atau lain-lain.

(c) Pembatalan perlantikan jika dibuat atas dasar kedoktrinan harus dijelaskan secara terperinci bagaimana tingkahlaku, kepercayaan atau ajaran-ajarannya bertentangan dengan kepercayaan-kepercayaan Jemaat-jemaat Allah Al Masehi sebagaimana yang dinyatakan di dalam Pernyataan Kepercayaan. Tiada seorangpun pegawai yang boleh memegang jawatannya jika percaya pada Ketuhanan bukan Unitarian dan yang lain daripada yang ditetapkan di dalam penubuhan jemaat ini.

(d) Penamatan perlantikan-perlantikan atas sebab-sebab lain harus mengambil kira pembaptisan orang yang terbabit di dalam pemecatan itu dan sama ada kesalahan itu telah dilakukan sebelum atau selepas pembaptisannya. Tiada seorangpun yang boleh dihalau dari jemaat kerana kesalahan yang dilakukan sebelum pembaptisan dan telah diampuni dengan pertaubatannya. Sebab-sebab itu harus ditentukan menurut hukum. Jika orang itu bertindak sehingga merugikan jemaat serta tidak menurut arahan-arahan sah para penatua dan pemimpin jemaat maka dia boleh dipecat. Jika mereka berbuat jenayah selepas pembaptisan mereka, mereka juga boleh dipecat. Penentuannya harus dibuat menurut keadilan semulajadi. Keputusannya boleh dibuat pada peringkat nasional dan disahkan Konferens Sedunia, atau pada peringkat Konferens Sedunia secara langsung menurut kesesuaiannya.

 

Seksyen 2:

 

Konferens Sedunia atau Konferens Nasional di dalam Sesi atau Komiti Eksekutifnya di antara sesi-sesi perhimpunannya boleh menetapkan jawatan-jawatan, posisi-posisi, serta komiti-komiti yang boleh ditentukan, menggambarkan tugas-tugas dan fungsi-fungsinya serta melantik orang-orang yang akan bertugas di dalamnya, dan mempelbagaikan atau menamatkan sebarang jawatan, posisi atau komiti sebegitu.

 

 

Artikel 9 Pegawai-pegawai Bertugas

 

Seksyen 1: Konferens Sedunia adalah seperti yang disebutkan di atas.

 

(1)  Koordinator Umum akan menjalankan urusan Konferens Sedunia. Dia boleh melantik serta mengurap para pegawai. Dia serta Timbalan Koordinator Umum bertugas menentukan gaji-gaji para pekerja staf menurut cadangan lembaga-lembaga serantau dengan mengambil kira nilai-nilai gaji nasional yang ditetapkan setiap komiti nasional.

(2)  Timbalan Koordinator Umum akan membantu Koordinator Umum di dalam perlaksanaan urusan harian jemaat. Mereka boleh memegang jawatan-jawatan wilayah atau nasional yang lain seperti yang diperlukan demi pentadbiran baik jemaat dari semasa ke semasa. Kedua-dua pegawai ini bertanggungjawab di dalam penjagaan doktrin jemaat. Mereka bertanggungjawab untuk pentadbiran Jemaat. Peranan-peranan pegawai-pegawai jemaat seperti yang dicatatkan di dalam Alkitab dan khususnya Perjanjian Baru (contohnya pada Efesus 4:11) diterapkan di dalam pegawai-pegawai ini berdasarkan kedudukan mereka. Mereka berkuasa untuk melantik orang-orang untuk memegang jawatan-jawatan berkenaan di dalam perjalanan fungsi jemaat.

(3)  Koordinator Umum serta Timbalannya akan dibantu oleh dua orang Pembantu Koordinator Umum yang dipilih secara undian pada tahun Sabat 2005 berikutnya dan akan mengganti Koordinator Umum serta Timbalannya ini pada tahun Sabat 2012 pada Hari Besar Terakhir perayaan-perayaan Bulan Ketujuh, dengan syarat juga bahawa Koordinator-koordinator Umum yang sedang bertugas tidak dipilih semula di dalam pengundian.

(4)  Setiausaha-Bendahari Am bertanggungjawab membuat perakaunan yang betul untuk persepuluhan bagi persepuluhan serta lain-lain persembahan dan sumbangan, serta menyimpan rekod-rekod jemaat. Setiausaha-Bendahari ini bertanggungjawab menasihati kedua-dua Koordinator Umum itu. Bantuan pentadbiran bilamana diperlukan haruslah diberikan kepada Setiausaha-Bendahari di dalam perlaksanaan tugas-tugasnya.

(5)  Setiausaha Am ini dibantu oleh dua orang Pembantu Setiausaha Am.

(6)  Pegawai-pegawai ini haruslah diberikan elaun sekurang-kurangnya setara dengan seorang Koordinator Nasional.

(7)  Koordinator-koordinator Serantau juga bertanggungjawab untuk menyelia negara-negara di dalam wilayah mereka dan haruslah dibayar elaun seperti yang ditentukan atau sekurang-kurangnya setara dengan seorang Koordinator Nasional.

 

Seksyen 2: Konferens-konferens Nasional

 

(1)   Pegawai-pegawai Konferens-konferens Nasional haruslah terdiri daripada presiden ataupun pengerusi Komiti Eksekutif, yang menjadi koordinator atau penatua kanan, setiausaha dan seorang bendahari. (Setiausaha dan bendahari mungkin adalah orang yang sama dan dikenali sebagai setiausaha-bendahari). Penatua kanan itu adalah pendeta kanan jemaat nasional itu.

(2)   Akan ada pegawai-pegawai lain yang dilihat sesuai dan disahkan Konferens Nasional di dalam sesi serta pembantu-pembantu pegawai seperti yang ditentukan Konferens di dalam sesi ataupun Komiti Eksekutif. Jika Presiden tidak hadir, komiti boleh memilih seorang pengerusi

 

Seksyen 3:

 

(1)  Presiden akan menyelia urusan umum Konferens Nasional; membuka serta mempengerusi pada semua sesi-sesi Konferens tersebut dan juga semua perjumpaan Komiti Eksekutif, namun jika dia mengingini sesiapa daripada ahli-ahli Komiti Eksekutif untuk membantunya di dalam mempengerusikan sesi-sesi Konferens atau perjumpaan-perjumpaan Komiti Eksekutif, dia berkuasa untuk memanggilnya menjadi pengerusi.

(2)  Tugas-tugas Konferens Sedunia ditanggungi Koordinator Umum atau Timbalannya.

 

Seksyen 4:

 

Setiausaha harus menyimpan rekod kesemua butir-butir perjalanan sesi Konferens sama ada pada peringkat Sedunia ataupun Nasional serta perjumpaan-perjumpaan Komiti Eksekutif dan melaksanakan tugas-tugas lain yang berkenaan dengan jawatan ini. Tugas-tugas setiausaha suatu Komiti Serantau boleh dijalankan oleh seorang Setiausaha Nasional atau pegawai lain yang dilantik untuk tugas itu.

 

Seksyen 5:

 

(1)  Bendahari bertanggungjawab menerima semua wang milik Konferens, menyimpan akaunnya, serta membayarnya keluar menurut arahan Komiti Eksekutif dan membuat laporan penuh mengenainya pada semua sesi-sesi Konferens dan pada masa-masa lain seperti yang diperlukan Komiti Eksekutif, dan melakukan tugas-tugas lain sepadan dengan jawatan ini.

(2)  Komiti Nasional harus membuat pembayaran serta-merta persepuluhan daripada persepuluhan itu serta levi-levi lain kepada Konferens Sedunia.

 

Seksyen 6:

 

(1)   Setiausaha-setiausaha jabatan dan/atau pengarah-pengarah dan/atau rakan dan/atau pembantu pengarah harus bekerja di bawah arahan Komiti Eksekutif melalui presiden, dan menjalin hubungan sebagai penasihat di lapangan.

(2)   Tugas-tugas Konferens Sedunia adalah dilaksanakan bagi dan di bawah tugas-tugas Koordinator Umum atau Timbalannya.

 

Seksyen 7:

 

Para pegawai harus membuat peruntukan bagi pengumpulan serta penjadualan rapi statistik-statistik, laporan-laporan serta audit-audit pekerjaan pelayanan di dalam wilayah Konferens mereka seperti yang diperlukan. Tempoh-tempoh jawatan adalah seperti yang ditetapkan di dalam pelbagai artikel dan tertakhluk kepada batas-batas yang dikenakan ke atas setiap konferens oleh perlembagaan ini.

 

Seksyen 8:

 

(1)  Para pegawai setiap Konferens Nasional memegang jawatan-jawatan mereka menurut pertimbangan Komiti-komiti Nasional. Para pegawai Konferens Sedunia memegang kedudukan-kedudukan mereka seperti yang diarahkan oleh Koordinator-koordinator Umum.

(2)  Pelucutan jawatan haruslah mengikut peruntukan-peruntukan perlembagaan ini dan mungkin berdasarkan sebab-sebab kedoktrinan atau pentadbiran demi kebaikan jemaat.

 

 

Artikel 10 Perlantikan-perlantikan

 

(1)  Sesuatu Konferens Nasional di dalam sesi atau Komiti Eksekutifnya semasa di antara sesi:

(a)  Boleh melantik agen, pendeta, misionaris, dan lain-lain pekerja seperti yang diperlukan untuk menjalankan pekerjaan Konferens Nasional, dan

(b)  Boleh menghentikan atau mempelbagaikan perlantikan-perlantikan sebegitu.

 

(2)  Konferens Sedunia melalui Koordinator Umum atau sewaktu ketiadaannya, Timbalannya:

(a)  Boleh melantik agen, pendeta, misionaris, dan lain-lain pekerja seperti yang diperlukan untuk menjalankan pekerjaan Konferens ini, dan

(b)  Boleh menghentikan atau mempelbagaikan perlantikan-perlantikan sebegitu.

 

 

Artikel 11 Komiti Eksekutif

 

Seksyen 1:

 

Pada setiap sesi tetap, Konferens Nasional akan memilih suatu Komiti Eksekutif yang terdiri daripada presiden dan setiausaha serta lain-lain ahli mengikut keperluan sehingga seramai sepuluh orang dan menjadikannya dua belas semuanya. Lima puluh peratus daripada ahli-ahli terpilih bagi setiap dan semua komiti pada semua peringkat adalah kuorumnya.

 

Seksyen 2:

 

(1)  Semasa di antara sesi-sesi, Komiti Eksekutif akan menguruskan urusan-urusan Konferens Nasional dan boleh menggunakan kuasa-kuasa Konferens Nasional di dalam sesi sepertimana diperuntukkan Perlembagaan ini tetapi yang bukan dikhaskan bagi Konferens Nasional di dalam sesi, seperti perlantikan para pegawainya untuk tempohnya. Komiti Eksekutif adalah tertakhluk kepada Konferens Nasional dan sebarang arahan mengenai polisi atau lain-lain serta sebarang peraturan yang diberikan atau dibuat oleh Konferens Nasional di dalam sesi.

(2)  Setiap Konferens Nasional dan semua pegawai tertakhluk kepada koordinasi polisi para pegawai Konferens Sedunia secara umumnya ataupun yang berkuatkuasa di dalam sesuatu wilayah atau di dalam aktiviti-aktiviti misionaris.

 

Seksyen 3:

 

Komiti Eksekutif bagi setiap Konferens Nasional di antara sesi boleh melucutkan jawatan sebarang pegawai Konferens mereka atau sebarang ahli Komiti Eksekutif, dengan syarat tindakan sebegitu mendapat persetujuan sekurang-kurangnya dua pertiga daripada ahli-ahli Komiti Eksekutif melalui undian peribadi atau melalui tandatangan kepada suatu resolusi bertulis yang diedarkan kepada semua ahli Komiti Eksekutif. Salinan-salinan berasingan resolusi-resolusi sedemikian boleh ditandatangan untuk tujuan ini. Rayuan-rayuan terhadap tindakan sebegitu tertakhluk kepada penelitian semula oleh suatu Sesi Khas Konferens tersebut yang boleh dipanggil berkumpul untuk tujuan tersebut. Rayuan ini haruslah dibuat secara bertulis kepada presiden yang kemudiannya akan mengambil tindakan seperti yang diperlukan bagi menghimpun suatu Sesi Khas Konferens itu.

 

Seksyen 4:

 

Komiti Eksekutif harus sekurang-kurangnya pada setiap tahun memeriksa serta menetapkan gaji-gaji semua pekerja Konferens mereka dan mendirikan suatu polisi gaji dan elaun bagi Konferens-konferens subdivisi yang diadakan.

 

Seksyen 5:

 

Perjumpaan-perjumpaan Luarbiasa sesuatu Komiti Eksekutif boleh diadakan pada bila-bila masa atau tempat oleh presiden, atau di dalam suatu kecemasan, oleh setiausaha suatu Konferens Nasional atau oleh tiga ahli komiti tersebut. Lima puluh peratus daripada ahli-ahli terpilih Komiti Eksekutif itu harus membentuk kuorum.

 

 

Artikel 12 Pemegang-pemegang Amanah

 

Seksyen 1:

 

(1)  Konferens Sedunia berhak memegang hartanahnya sendiri dan mempunyai kuasa untuk memperolehi tanah, mendirikan bangunan, mendapatkan peralatan serta menubuhkan institusi-institusi mengikut keperluan dan sesuai untuk melanjutkan tujuan-tujuan serta tugas-tugasnya. Ia memegang ini untuk selamanya.

(2)  Konferens-konferens Nasional boleh mendapatkan tanah, mendirikan bangunan serta menubuhkan institusi-institusi atau membeli peralatan yang sesuai dengan tugas-tugasnya serta tanggungjawab-tanggungjawabnya seperti ditentukan Perlembagaan ini.

(3)  Hakikatnya, aktiviti-aktiviti Konferens Sedunia di dalam hal ini pasti dijalankan di dalam kawasan sempadan mana-mana satu Konferens Nasional. Di mana aktiviti-aktiviti sebegitu dijalankan, hartanah tersebut terletak di bawah kawalan Konferens Sedunia.

 

Seksyen 2:

 

(1)  Di mana sesuatu Konferens Nasional itu tidak wujud lagi atau dibuang pendaftarannya sebagai suatu badan Jemaat-jemaat Allah Al Masehi maka hartanah serta wang yang tinggal akan diamanahkan kepada Konferens Sedunia untuk disimpan sehinggalah jemaat itu diaktifkan semula atau sisa-sisa anggotanya membentuk semula di bawah pemerhatian Konferens Sedunia.

(2)  Wang dan hartanah boleh dipindahkan kepada Konferens Sedunia menurut peruntukan undang-undang negara-negara yang terbabit. Persepuluhan daripada persepuluhan itu adalah pemindahan mandatori menurut persetujuan lesen Jemaat.

 

 

Artikel 13 Pangkat-pangkat

 

(1) Kependetaan adalah terdiri daripada mereka yang dikenali sebagai penatua-penatua dan diakon-diakon. Para penatua adalah para penatalayan jemaat yang diurapi untuk menjalankan Sakramen-sakramen dan terus kekal di dalam perlantikan mereka itu yang ditauliahkan jemaat. Para penatua boleh mengurap kependetaan lain menurut polisi jemaat. Diakon-diakon dilantik untuk salah satu daripada dua tujuan. Mereka boleh mengambil tugas-tugas kebajikan jemaat agar para Penatua lebih dapat menumpu pada hal-hal lebih penting ataupun mereka diurap untuk menguji kesesuaian mereka untuk mendapat pengurapan tetap iaitu sebagai seorang Penatua.

 

Diakon tidak berhak untuk mengurap. Mereka boleh melakukan sakramen-sakramen Jemaat, iaitu Pembaptisan serta Perjamuan Suci. Penatua (dan di mana dinyatakan, juga Diakon) boleh memegang jawatan-jawatan yang dilantik seperti berikut:

 

(a)  Koordinator-koordinator peringkat Konferens Sedunia dan Nasional.

(b)  Penginjil di dalam kes ketua-ketua kolej serta misi-misi media. Diakon di dalam Alkitab, contohnya Filipus, juga memegang perlantikan ini (Kisah 6:5; 21:8).

(c)  Jawatan Presiden Serantau sesuatu Konferens Subdivisi adalah suatu perlantikan kependetaan. Dia boleh dipanggil sebagai koordinator atau pastor mengikut kesukaannya. Diakon boleh dilantik di dalam kawasan-kawasan subdivisi Konferens Nasional atau konferens-konferens sebagai koordinator.

(d)  Pendeta-pendeta yang diurapi di dalam setiap jemaat seharusnya adalah penatua-penatua. Di mana terdapatnya lebih daripada satu penatua maka seorang koordinator atau presiden akan dilantik. Majlis penatua-penatua di dalam setiap Jemaat harus tidak melebihi tujuh orang. Penatua tidak patut dilantik semata-mata kerana adanya kekosongan. Semua penatua dan diakon memegang lesen untuk berkhutbah dari Konferens ke Konferens. Lesen-lesen ini harus dikeluarkan semula setiap tahun Sabat. Perlantikan penatua adalah tetap tetapi hanya boleh berkhutbah bagi pihak Jemaat dengan kebenaran Sabbatikal itu.

(e)  Diakon atau Diakones harus dilantik di dalam setiap jemaat. Sidang Diakon seharusnya tidak melebihi tujuh orang di dalam setiap jemaat.

(f)   Ketua-ketua misi kepada negara-negara atau wilayah-wilayah lain boleh mempunyai perlantikan-perlantikan daripada (a) hingga (e) di atas.

 

(2) Konferens-konferens harus meletakkan tangan pada pemegang-pemegang jawatan itu. Seorang Presiden Konferens Nasional boleh melantik penatua-penatua serta diakon-diakon menurut polisi Konferens antara sesi-sesi. Koordinator Umum atau Timbalannya atau seorang yang dipilih mereka boleh mengurap pada bila-bila masa untuk apa-apa tujuan tertentu.

 

 

Artikel 14 Persepuluhan

 

(1)  (a) Persepuluhan-persepuluhan seperti yang diperuntukkan di dalam Imamat bab 27; Bilangan bab 18; Ulangan bab 12 dan 26 harus dibayar kepada setiap Konferens Nasional.

(b) Akaun-akaun haruslah disimpan dan diauditkan.

(c) Konferens-konferens Subdivisi di mana ada ditubuhkan harus memberikan persepuluhan daripada persepuluhan kepada Konferens Nasional.

(d) Setiap Konferens Nasional harus membayar persepuluhan daripada persepuluhan kepada Konferens Sedunia Jemaat-jemaat Allah Al Masehi.

(e) Konferens-konferens subdivisi hanya boleh ditubuhkan dengan kebenaran Konferens Sedunia dan apabila bilangan orangnya cukup besar sehingga menyukarkan pentadbiran pada peringkat nasional.

 

(2)  (a) Persepuluhan-persepuluhan harus diambil kira sebagai persepuluhan pertama dan ketiga.

(b) Di mana sistem sekuriti sosialnya mencukupi, pembayaran bantuan-bantuan lain boleh dikecualikan. Konferens Sedunia harus menentukan sebarang keperluan bantuan secara antarabangsa seperti diperuntukkan Artikel 15.

(c) Persepuluhan ketiga ditentukan daripada persepuluhan kedua pada tahun ketiga daripada kitar tujuh tahun sistem jubli itu seperti yang diperuntukkan di dalam Pernyataan Kepercayaan Iman dan doktrin mengenai Persepuluhan serta diterbitkan di dalam kalendar jemaat.

 

(3)  Persembahan-persembahan harus dikumpulkan tiga kali setahun, sebelum waktu pagi Hari Suci Pertama Roti Tidak Beragi, Pondok Daun dan hari Pentakosta, selama tiga tempoh perayaan itu.

 

 

Artikel 15 Kebajikan

 

Setiap Konferens bertanggungjawab ke atas kebajikan orang-orangnya sendiri. Sebarang Konferens boleh memberikan bantuan kepada kawasan-kawasan lain jika diputuskan begitu oleh Komiti Eksekutif. Koordinasi haruslah dibuat oleh Konferens Sedunia serta Koordinator-koordinator atau Pengarah-pengarah Serantau.

 

 

Artikel 16 Media

 

(1)  Pengeluaran laman-laman web, majalah-majalah serta terbitan-terbitan haruslah diselaraskan oleh Konferens Sedunia Jemaat-jemaat Allah Al Masehi yang menyimpan hak serta kawalan ke atas penerbitan-penerbitan itu. Tiada penerbitan yang boleh bertentangan doktrin dengan apa yang dipegang Konferens Sedunia.

(2)  Konferens-konferens Nasional atau Subdivisi boleh menjalankan kempen-kempen media tempatan melalui pekerja-pekerja yang diurapi. Media nasional adalah tanggungjawab suatu Konferens Nasional. Kempen-kempen di dalam negara-negara lain harus dijalankan menurut kawasan-kawasan tanggungjawab seperti yang dipersetujui di antara Konferens Sedunia Jemaat-jemaat Allah Al Masehi dan Konferens Nasional dan Komiti Serantau bagi negara terbabit jika ada. Subdivisi-subdivisi boleh memberikan bantuan bila diminta seperti dari (1) dan (2) di atas.

(3)  Hakcipta sebarang material adalah kepunyaan Konferens Sedunia Jemaat-jemaat Allah Al Masehi kecualilah seperti yang diperuntukkan di dalam Artikel 7 seksyen 2 (4) di atas.

(4)  Kempen-kempen Media Nasional dan Tempatan harus dipersetujui Konferens Sedunia dahulu dari segi kesesuaian doktrinnya menurut Pernyataan Kepercayaan Iman.

(5)  Karya-karya akademik dan sebagainya harus diteliti Koordinator-koordinator Nasional  daripada Komiti Eksekutif dan dihantar kepada Konferens Sedunia untuk diperiksa sebelum dipersetujui dan diterbitkan mana-mana konferens.

 

 

Artikel 17 Perayaan dan Konferens

 

(1)  Konferens Nasional bertanggungjawab di dalam penyusunan dan penentuan, bersama dengan subdivisi-subdivisinya, jika ada, tapak-tapak Perayaan dan Konferens untuk Perayaan-perayaan Paskah, Pentakosta dan Pondok Daun seperti yang disarankan Ulangan 16:6 dan Imamat 23.

(2)  Tapak-tapak perayaan dan konferens adalah tanggungjawab kawasan-kawasan tempatan serta subdivisi-subdivisi seperti yang ada. Semuanya boleh diadakan pada masa yang sama dengan kawasan-kawasan bersebelahan dengan perancangan yang sesuai. Perjalanan di antara tapak-tapak Konferens yang lain haruslah melalui pengaturan dengan pentadbiran Konferens Sedunia.

 

 

Artikel 18 Penentuan Masa

 

(1)  Penetapan masa bagi aktiviti-aktiviti atau hari-hari suci tahunan adalah menurut kalendar yang dipersetujui oleh Konferens Sedunia Jemaat-jemaat Allah Al Masehi sepadan dengan hukum-hukum Alkitab yang mengawal penentuannya. Penetapan Hari-hari Suci harus dihitung daripada pemerhatian astronomikal Bulan Baru dengan konjunksi seperti yang telah dinyatakan.

 

Hari-hari Suci seharusnya seperti apa yang ditemukan di dalam Imamat 23 dan daripada teks-teks berkenaan Bulan-bulan Baru.

 

(a)  Hari Sabat diteruskan sebagai hari ketujuh minggu, yang dikenali pada hari ini sebagai hari Sabtu, menurut perhitungan yang diteruskan. Maksudnya daripada senja hari Jumaat (ENT) sehingga senja hari Sabtu (ENT).

(b)  Perayaan yang dikenali sebagai Paskah terdiri daripada dua hari. Hari pertama atau Perjamuan Suci jatuh pada 14 Nisan, sementara hari kedua pada 15 Nisan meliputi makanan Paskah Keluaran 12, dan merupakan Hari Suci Pertama bagi Perayaan Roti Tidak Beragi.

(c)  Pentakosta dihitung daripada Persembahan Unjukan Berkas pada hari Minggu yang jatuh sewaktu Perayaan Roti Tidak Beragi dan ia seharusnya pada hari Minggu.

(d)  Perayaan-perayaan Sangkakala-sangkakala, Pendamaian serta Pondok Daun atau Khemah-khemah pada bulan ketujuh yang dipanggil Tishri harus dihitung daripada Bulan Baru bagi bulan ketujuh itu melalui pemerhatian astronomikal.

(e)  Bulan-bulan Baru harus dipelihara dan Hari Pertama Bulan Pertama merupakan hari perkumpulan penuh upacara.

 

 

Artikel 19 Keahlian Umum

 

(1)  Konferens ini akan mengiktiraf keanggotaan di dalam Konferens Sedunia Jemaat-jemaat Allah Al Masehi seperti yang ditubuhkan dan di mana dijalankan sesuai dengan hukum-hukum Tuhan. Keanggotaan sebegitu akan meliputi pengiktirafan jemaat-jemaat yang sedia ada yang ingin bersekutu di dalam Konferens tersebut.

(2)  Jemaat-jemaat Allah Al Masehi mengiktiraf upacara pembaptisan orang dewasa yang diberikan kepada anggota-anggota berkenaan di mana Jemaat-jemaatnya adalah Jemaat-jemaat Tuhan pemelihara Sabat yang taat dan anggota-anggota tersebut telah dibaptiskan ke dalam badan Yesus Kristus, dalam nama Bapa, dan ke dalam kuasa Roh Kudus, dan bukannya ke dalam sebarang mazhab atau denominasi. Pengiktirafan sedemikian tidak memerlukan orang ini dibaptiskan semula. Polisi ke atas jemaat-jemaat tertentu adalah ditentukan oleh Konferens Sedunia Jemaat-jemaat Allah Al Masehi.

 

 

Artikel 20 Perbetulan

 

Seksyen 1:

 

(1)  Setiap anggota Jemaat berpeluang mendapatkan bantuan daripada suatu sistem pengadilan rungutan-rungutan. Setiap jemaat harus menyediakan suatu tribunal yang terdiri daripada para penatua, diakon dan seluruh jemaat atau majoritinya yang ada untuk mendengar hal berkenaan dalam masa 30 hari atau seperti yang dipersetujui kesemua pihak.

(2)  Rayuan adalah kepada konferens-konferens subdivisi seperti yang ada atau kepada Konferens Nasional Dalam Sesi atau Sesi Khas. Di mana prosesnya dimulakan Konferens Sedunia, seluruh strukturnya adalah ditentukan daripada Konferens Sedunia dengan bantuan Konferens Nasional jika perlu.

 

Seksyen 2:

 

(1)  Tiada satupun anggota yang boleh dibuang keanggotaannya daripada jemaat (yang bertentangan dengan sekadar diterima menjadi anggota tidak mengundi di dalam jemaat) selain daripada sebab-sebab berasaskan Alkitab yang harus diberikan kepada mereka secara bertulis. Notis sebegitu haruslah diberikan tidak kurang daripada tiga minggu sebelum perjumpaan yang ditetapkan dan anggota tersebut mempunyai peluang untuk tampil ke hadapan jemaat seperti dalam seksyen 1 di atas, di mana ini boleh ditolaknya. Di mana seseorang anggota itu dituduh mencetuskan perbalahan atau pecah-belah atau ketidaksetiaan kepada Jemaat, haruslah dibuktikan bahawa anggota tersebut benar-benar cuba memecah-belahkan Jemaat dan bukannya sekadar tidak menyetujui tafsiran sesuatu teks Alkitab (selain daripada hukum dan Perlembagaan ini).

 

Setiap anggota diwajibkan berpegang pada perlembagaan yang juga meliputi undang-undang sampingan pertubuhan.

 

(2)  Penyingkiran daripada suatu jawatan atas dasar bukan doktrin tidak memberi hak kepada orang itu untuk membuat rayuan di bawah seksyen ini. Jemaat-jemaat Allah Al Masehi berhak untuk menghentikan pekerjaan, bila perlu, dalam lingkungan kewajipan kontrak yang dikenakan ke atas setiap pihak sebagai sebahagian daripada persetujuan-persetujuan tempat bekerja dan percubaan. Di mana ketidaksenonohan terbabit maka rayuan tebus rugi sedia ada menurut peruntukan undang-undang negara yang terbabit.

 

 

Artikel 21 Auditor, Kewangan, Akaun dan Ganti Rugi

 

Seksyen 1:

 

(1)  Semua Konferens haruslah diauditkan akaun-akaunnya setiap tahun.

(2)  Pernyataan Kewangan tahunan haruslah diluluskan pada peringkat Konferens Nasional dan dihantar ke Konferens Sedunia.

(3)  Tahun-tahun kewangan berjalan dari 1 Nisan hingga 1 Nisan sepadan dengan Kalendar jemaat.

(4)  Dokumen-dokumen dilaksanakan oleh para pegawai setiap Konferens, iaitu Pengerusi dan Setiausaha-setiausaha.

(5)  Akaun-akaun bank adalah dibuka oleh Setiausaha-setiausaha dan Bendahari-bendahari pelbagai konferens itu mengikut arahan pegawai-pegawai Konferens. Jemaat-jemaat boleh menjalankan akaun-akaun aktiviti-aktiviti tempatan. Semua akaun lain haruslah berada di bawah kawalan Bendahari-bendahari mengikut arahan Komiti-komiti Eksekutif atau Koordinator-koordinator Umum.

(6)  Konferens-konferens Nasional tidak boleh meminjam wang tanpa kebenaran Konferens Sedunia.

(7)  Koordinator-koordinator, Para Pengarah serta Pegawai Jemaat harus diberi jaminan ganti rugi terhadap aktiviti-aktiviti konferens-konferens di mana mereka melayani.

(8)  Setiap Konferens haruslah mengambil insurans liabiliti awam untuk acara-acaranya untuk memberi jaminan ganti rugi kepada jemaat terhadap kerosakan atau kecederaan tidak sengaja.

(9)  Liabiliti kesemua ahli bagi semua konferens serta organisasi-organisasi berkaitan atau subsidiari dan mereka yang di dalam keanggotaan dihadkan kepada US$20.00 atau yang setara.

 

Seksyen 2 Meterai Am

 

Meterai Am Jemaat disimpan oleh Setiausaha Am bagi pihak Koordinator Umum yang mengawal penggunaannya. Konferens-konferens Nasional boleh dibenarkan menyimpan meterai-meterai am Konferens-konferens Nasional mereka untuk digunakan menurut arahan Komiti-komiti Eksekutif mereka sesuai dengan polisi yang ditetapkan Konferens Sedunia.

 

Seksyen 3 Daftar Keanggotaan

 

(1)  Setiap orang yang dibaptis layak untuk dimasukkan ke dalam keanggotaan dan ini haruslah disahkan oleh Komiti Eksekutif Konferens Sedunia dan seperti yang diperuntukkan dalam lingkungan Perlembagaan ini di bawah pemerhatian Konferens Sedunia. Orang-orang boleh diberikan keanggotaan mengundi melalui jemputan sesudah suatu tempoh percubaan.

(2)  Suatu Daftar Keanggotaan haruslah disimpan pada peringkat Konferens Nasional dan Sedunia. Kemasukan ke dalam kesatuan jemaat tidak bermakna kemasukan ke dalam keanggotaan mengundi jemaat. Rekod-rekod bagi kedua-dua kategori kemasukan harus disimpan oleh Setiausaha-setiausaha pada setiap peringkat.

 

 

Artikel 22 Pindaan-pindaan

 

(1)  (a) Perlembagaan ini boleh dipinda melalui suatu resolusi Konferens Sedunia Jemaat-jemaat Allah Al Masehi dalam sesi yang mendapat undian majoriti tidak kurang daripada tiga perempat wakil-wakil yang mengundi dan tertakhluk kepada kuasa veto Koordinator-koordinator Umum.

(b) Tiada sebarang pindaan boleh diluluskan kecualilah dengan kebenaran Koordinator-koordinator Umum.

 

Pindaan-pindaan Perlembagaan Nasional yang tidak berkonflik dengan perlembagaan ini boleh ditimbangkan dengan kebenaran komiti eksekutif. Notis mengenainya haruslah diberikan kepada setiausaha tidak lewat daripada dua bulan menurut kalendar sebelum tarikh perhimpunan Sesi dan dalam kes sebegitu, notis yang dihantar untuk menghimpun Sesi tersebut haruslah memasukkan sebarang pindaan yang dicadangkan.

 

(2)  Sebelum sebarang pindaan yang dicadangkan bagi Perlembagaan-perlembagaan Konferens Subdivisi, maknanya Perlembagaan Konferens Serantau atau Nasional, diserahkan kepada suatu Konferens dalam sesi, ia haruslah terlebih dahulu dirujukkan oleh Komiti Eksekutif Konferens Subdivisi itu (jika ada) kepada Komiti Eksekutif Konferens Nasional yang akan mempertimbangkan pindaan tersebut dan melaporkan mengenainya secara bertulis kepada Konferens Sedunia dan kemudiannya kepada sebarang sesi berkenaan.