Jemaat-jemaat
Allah Al Masehi
[B7_2]
Mistisisme
Bab 2 Tuhan-tuhan Orang Mesir dan masa Keluaran [B7_2]
(Edition 1.0 19900701-20001008)
Kisah mengenai masa Keluaran adalah penting dengan melihat kepada sistem-sistem kuno di Mesir dari pandangan tersendiri serta mempertalikannya di dalam penemuan-penemuan moden.
E-mail: secretary@ccg.org
(Hakcipta
© 1990, 2000 Wade Cox)
(Tr.
2004)
Karya tulis ini
boleh disalin semula dan didistribusikan secara bebas dengan syarat ia disalin
semuanya tanpa apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat
penerbit serta notis hakcipta harus disertakan.
Sebarang bayaran tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima salinan
yang didistribusikan. Petikan-petikan ringkas daripadanya boleh
dimasukkan ke dalam artikel-artikel kritis dan karya ulasan tanpa melanggar
undang-undang hakcipta.
Karya ini
boleh didapati daripada Internet di:
http://www.logon.org dan http://www.ccg.org
Tuhan-tuhan orang Mesir dan masa Keluaran [B7_2]
Karya ini telah diterbitkan di dalam tulisan Musa dan Tuhan-tuhan Mesir [105]. Ianya penting di sini untuk melihat bagaimana Alkitab menjadi satu set sistem lengkap yang dibentuk berbeza dengan sistem-sistem keagamaan planet ini yang dibentuk oleh kedua-dua kaum orang Asiro-Babilon dan Mesir.
Cerita mengenai Musa bukan hanya sebuah kisah liberasi golongan hamba abdi dari Mesir pada milenium kedua BCE. ia adalah satu rencana terperinci untuk keselamatan dunia seperti yang boleh dilihat dalam struktur yang terkandung di dalam Alkitab.
Musa adalah prototaip Kristus atau Mesiah. Yang lebih penting lagi, bangsa Israel melihat Musa sebagai prototaip dan Alkitab mencatatkan ilustrasi fakta tersebut. Musa berkata:
Lalu berkatalah TUHAN kepadaku: Apa yang dikatakan mereka itu baik; seorang nabi akan Kubangkitkan bagi mereka dari antara saudara mereka, seperti engkau ini; Aku akan menaruh firman-Ku dalam mulutnya, dan ia akan mengatakan kepada mereka segala yang Kuperintahkan kepadanya. (Ul 18:17-18).
Perbandingan ayat bagi aplikasi ini adalah:
Yohanes 6:14 Ketika orang-orang itu melihat mujizat yang telah diadakan-Nya, mereka berkata: "Dia ini adalah benar-benar nabi yang akan datang ke dalam dunia."
Kisah 3:22-23, 26 22 Bukankah telah dikatakan Musa: ‘Tuhan Allah akan membangkitkan bagimu seorang nabi dari antara saudara-saudaramu, sama seperti aku: Dengarkanlah dia dalam segala sesuatu yang akan dikatakannya kepadamu. Dan akan terjadi, bahwa semua orang yang tidak mendengarkan nabi itu, akan dibasmi dari umat kita’....... 26 Dan bagi kamulah pertama-tama Allah membangkitkan Hamba-Nya dan mengutus-Nya kepada kamu, supaya Ia memberkati kamu dengan memimpin kamu masing-masing kembali dari segala kejahatanmu."
Kisah 7:37 37 Musa ini pulalah yang berkata kepada orang Israel: Seorang nabi seperti aku ini akan dibangkitkan Allah bagimu dari antara saudara-saudaramu. 38 Musa inilah yang menjadi pengantara dalam sidang jemaah di padang gurun di antara malaikat yang berfirman kepadanya di gunung Sinai dan nenek moyang kita; dan dialah yang menerima firman-firman yang hidup untuk menyampaikannya kepada kamu.
Tetapi nenek moyang kita menolak untuk menuruti Musa seperti mereka menolak Kristus pada masa kemudiannya.
Kisah 7:39-40 Tetapi nenek moyang kita tidak mau taat kepadanya, malahan mereka menolaknya. Dalam hati mereka ingin kembali ke tanah Mesir. Kepada Harun mereka berkata: Buatlah untuk kami beberapa allah yang akan berjalan di depan kami, sebab Musa ini yang telah memimpin kami keluar dari tanah Mesir--kami tidak tahu apa yang telah terjadi dengan dia.
Mereka membuat patung anak lembu dan memberi korban kepadanya.
Kisah 7:42 Maka berpalinglah Allah dari mereka dan membiarkan mereka beribadah kepada bala tentara langit, seperti yang tertulis dalam kitab nabi-nabi.
Perhatikan bahawa ibadah itu kepada bala tentera langit (stratia tou ouranou).
Kita telah melihat bahawa istilah bintang-bintang bala semesta alam merujuk kepada elohim yang lebih rendah, termasuk Kristus, yang dilambangkan oleh bintang-bintang tersebut (Bil 24:17, Dan 8:10, Amos 5:8,26, Mat. 2:2, Kisah 7:43, 1 Kor. 15:41, 2Pet. 1:9, Wah. 1:20; 2:1; 3:1; 8:11; 9:1; 22:16). Ianya Allah yang menjadikan tujuh bintang (Ibr. Kumah, yakni Pleiade) dan Orion yang dibutuhkan serta disembah (Amos 5:8). Perlambangan kepada tujuh bintang dipertalikan kepada roh Allah. Tujuh bintang ini juga di lihat sebagai malaikat-malaikat dalam tujuh Jemaat yang dijajar kelompokkan seperti Pleiade.
Malaikat di padang belantara ini, yang tampil kepada Musa di Gunung Sinai (Kisah 7:30), malaikat yang telah membebaskan hukum kepada para bapa yang mereka tidak pelihara, adalah Kristus, seorang yang benar yang telah dikhianati serta di bunuh (Kisah 7:53).
Nabi yang akan dibesarkan, dari Ulangan 18:8, juga akan menjadi imam dari Mazmur 110:4, dan juga imam-raja dari Zakariah 6:13. tidak ada keraguan lagi bahawa kit sedang berbicara mengenai Mesiah yang akan mendapat kekuasaan di atas empat bahagian mahkota atau kerajaan di dalam kaabah (Zak 6:14). Ini memberi refleks kepada struktur cerubim dalam Yehezkiel 1:1 dan ayat-ayat seterusnya; 10 dan ayat-ayat seterusnya; Wahyu 4:7.
Kehidupan Musa sebagai
Rencana
Rencana keselamatan telah digambarkan dari keadaan kelahiran Musa dan tahap-tahap di dalam kehidupannya. Kehidupan Musa telah dibahagikan kepada tiga tahap dalam masa 40 tahun. Dia hidup sehingga berumur 120 tahun (Ul 34:7).
Empat puluh tahun yang pertama, dia telah menghabiskan zamannya di Mesir. Empat puluh tahun yang kedua berada di Midian sebagai gembala (Kisah 7:29) dan empat puluh tahun yang terakhir dihabiskan di padang belantara.
Perlambangan kepada tiga rentetan empat puluh tahun ini hanya boleh difahami dari sistem Yobel dan Kalendar yang kudus.
Dari rencana keselamatan seperti yang diuraikan oleh minggu dan Sabat; kita mendapat konsep enam ribu tahun diikuti oleh sistem milenium, atau pemerintahan Yesus Kristus dari Wahyu 20:2-6 yang berlarutan sehingga satu ribu tahun. Petrus memahami persamaan satu hari bagi satu ribu tahun dalam 2Petrus 3:8.
Lebih penting lagi dari kehidupan Musa, kita memahami bahawa rentetan enam ribu tahun ini akan dipecahkan kepada tiga tahap yang mana setiap satunya ialah kira-kira selama satu tahun Yobel. Yakni 40 x 50 = 2000 tahun. Tahap yang pertama adalah dari penciptaan Adam kepada pergerakan Abraham, untuk mendirikan bangsa Israel. Kepentingan dalam tahap yang pertama tidak difahami. Pembentukan planet ini di bawah sistem baru yang berasal dari Adam tidak difahami kerana ianya dianggap salah dari rasionalisasi Augustine dalam Kota Allah, bahawa Alkitab berpegang bahawa Adam adalah makhluk manusia yang pertama yang mana sebenarnya tidak demikian, dan juga bahawa anak-anak Allah dirujuk di dalam Kejadian 6:4 bukanlah makhluk-makhluk malaikat. Sekarang ianya tidak diragui lagi, bahawa orang Ibrani memahami Anak-anak Allah dalam Kejadian 6:4 adalah makhluk malaikat (lihat Vermas Dead See Scrolls (Gulungan Laut Mati) dalam bahasa Inggeris). Yudas 6 mengatakan bahawa malaikat-malaikat itu adalah seperti Sodom dan Gomorah, melakukan perzinaan dan berganti-ganti pasangan (sarkos eteras).
Pemahaman mengenai antropologi manusia adalah subjek yang berasingan dan ianya di teliti dalam karya Cox Penciptaan: Dari Teologi Antropomopik kepada Theomopik Antropologi [B5], CCG, 1990, 2000: dan juga Golongan Orang Raksasa [154] CCG, 1996. Bagaimanapun, kepentingan catatan Alkitab, adalah bahawa pelupusan Musa dengan perletakan di dalam belukar, adalah satu refleksi keselamatan kepada umat manusia melalui Noah dan bahtera. Cerita ini juga boleh didapati di dalam lagenda lain di Timur Tengah. Cerita mengenai Musa mungkin telah mempengaruhi mereka, tetapi ianya berkemungkinan sekali bahawa pemahaman umum mengenai cerita banjir ini adalah dasarnya. Ini adalah tahap yang perlu di dalam pembersihan planet ini. lebih penting lagi ianya memberi refleks keinginan warga yang memberontak untuk menyingkirkan atau memusnahkan bentuk ini, yang memainkan peranan di dalam pemulihan hukum dan keselamatan kepada planet ini. Pecubaan untuk membunuh Musa ketika kanak-kanak, adalah satu refleksi kepada percubaan untuk membunuh Kristus ketika masa kanak-kanaknya, melalui perintah pembunuhan kaum kanak-kanak oleh Herodes dalam Matius 2:13-14.
Kristus juga disimbolkan sebagai penebusan semua suku Israel dan kemudiannya kepada seluruh planet. Kristus telah dipanggil keluar dari Mesir (Hos 11:1 dipetik dalam Mat 2:15) yang mana telah digunakan sebagai simbol kepada sistem dunia di bawah warga yang memberontak.
Abraham telah diberikan Israel. Ishak dan Yakub telah mewarisi hak kelahiran dengan keadaan yang luar biasa. Terdapat suku kaum lain keturunan dari Abraham, seperti suku kaum Ismail (Kej 25:12), suku Edom dari Esau (Kej 25:25 dan ayat seterusnya), dan Anak-anak Keturah yang telah disebut di dalam Kejadian 25:1 yang mana orang Midian adalah satu daripadanya. Hak kelahiran ini diturunkan kepada Ishak (Kej 25:5) dan kemudian diturunkan kepada Yakub (dari Kej 27:6-30). Tetapi Allah telah menetapkan untuk menghantar mereka ke Mesir untuk menggandakan mereka dengan kesengsaraan. Contoh ini menggambarkan umat pilihan, yang mana ianya dengan cara kesengsaraan (Wah 1:9) atau keadaan sengsara kita akan dapat memasuki Kerajaan Allah (Kisah 14:22).
Orang Israel menjadi bertambah dalam jumlah daripada orang Mesir (Kel 1:9). Mereka diberikan kerja yang berat (Kel 1:11) dan para bidan-bidan (Shiphrah bererti Kecerahan atau untuk menghias dan Puah bererti kegemilangan atau kecemerlangan) telah diperintah untuk membunuh anak lelaku (Kel 1:15-16). Para bidan, yang takut akan Allah, menolak untuk membunuh kanak-kanak lelaki. Para bidan yang menuruti Allah daripada menuruti Firaun, telah diberikan rumah atau keturunan oleh Allah (Kel 1:21). Justru, mereka yang dinamakan bagi kecemerlangan mereka memberhentikan tugas mereka seperti yang diinginkan oleh Allah dan mereka telah menserasikan satu masa hadapan dalam bangsa Israel.
Cerita ini memiliki aplikasi kepada pemberhentian pendidikan (kecerahan dan fungsi-fungsi keimamatan (kecemerlangan) dalam pertalian kepada Israel spiritual dan perkembangannya di bawah penganiayaan. Mereka yang menuruti Allah daripada menuruti kuasa yang memerintah akan dilindungi dan diberikan warisan.
Firaun telah memerintahkan bahawa anak-anak itu dibuang ke dalam sungai, yakni sungai Nil (Kel 1:22) demi untuk mengendalikan Israel.
Musa telah dilahirkan dalam suku Lewi (Kel 2:1-3). Dia telah disembunyikan selama tiga bulan dan dibuang ke dalam sungai. Cerita ini sudah dikenali. Bakul bayi telah dilindungi oleh Miriam, sehingga ditemui oleh anak perempuan Firaun, yang telah membesarkan Musa sebagai anaknya (Kel 2:5-10). Tindakan ini menggantikan cerita mengenai Horus yang diselamatkan dari pulau terapung Chemmis. Buto adalah tuhan kepada Pe-Tep dan merupakan satu daripada sepuluh dewata setempat yang kudus di Mesir (lihat Apendiks).
Menurut Josephus (A dari J, Bku. II Bab X) Musa telah menjadi jeneral kepada bala tentera Mesir, di dalam peperangan utama dengan suku Ethopia. Mereka telah menceroboh sejauh Memphis. Para ahli peramal Mesir menyatakan bahawa Musa membebaskan mereka dan Firaun memerintahkan kepada anak perempuannya untuk mengutus dia untuk mengetuai tentera tersebut. Irenaeus memetik tradisi ini di dalam fragmennya (ap. Ed. Grab ms. 472 dipetik oleh Whiston). Kisah 7:22 mungkin merujuk kepada sejarah ini. Dia telah berkahwin dengan anak perempuan raja Ethiopia, yang tertarik kepadanya dan kota pusat utama telah dibebaskan dia. Justru, dia telah diajar di dalam pengetahuan serta struktur tentera Mesir, supaya dia bersedia untuk membawa Israel dalam peperangan dan memimpin mereka ke padang belantara. Justru, Allah menyediakan seorang manusia dan membesarkan dia di dalam kanca sistem dunia untuk membebaskan umatnya keluar dari sistem ini.
Empat Puluh Tahun yang Kedua
Musa dibuang dari Mesir, selepas membunuh seorang suku kaum Mesir. Dia melarikan diri selepas disangkal oleh para saudaranya.
Kisah 7:27-30 27 Tetapi orang yang berbuat salah kepada temannya itu menolak Musa dan berkata: Siapakah yang mengangkat engkau menjadi pemimpin dan hakim atas kami? 28 Apakah engkau bermaksud membunuh aku, sama seperti kemarin engkau membunuh orang Mesir itu? 29 Mendengar perkataan itu, larilah Musa dan hidup sebagai pendatang di tanah Midian. Di situ ia memperanakkan dua orang anak laki-laki. 30 Dan sesudah empat puluh tahun tampaklah kepadanya seorang malaikat di padang gurun gunung Sinai di dalam nyala api yang keluar dari semak duri.
Kepentingan dalam masa yang digunakan untuk menggembalakan kawanan domba, adalah untuk mendemonstrasikan bahawa Israel akan menggunakan empat tahun yobel dari Abraham kepada Mesiah, dalam mengembangkan sejarahnya dan tradisi Alkitabiahnya, dalam perkataan lain, keberadaan rahmatnya. Anak lelaki pertama Musa, dinamakan Gershom (yang bererti seorang asing di tempat yang asing), telah mewakili bangsa Israel dan Yudea.
Masa Empat Puluh Tahun yang
Ketiga
Penebusan terhadap planet ini seperti Israel yang lebih besar akan bermula dengan Mesiah, sama seperti ianya dimulakan oleh Musa bagi Israel fizikal.
Musa telah dipanggil oleh Allah melalui malaikat (Kel 3:2) yang diungkap olehnya sebagai Yahweh (Kel 4:10 yang diganti kepada Adonai oleh Sopherim). Justru, malaikat tersebut memiliki nama tersebut sebagai lambang kekuasaan dari Yahweh Warga Semesta Alam. Allah telah berfirman melalui dia (cth. Kel 3:4).
Doktrin mengenai kebangkitan dihuraikan di dalam Matius 22:31-32, telah didapati perkataan yang diungkap oleh Kristus di sini dalam Keluaran 3:6 kepada Musa di dalam nama Allah.
Lagi Ia berfirman: "Akulah Allah ayahmu, Allah Abraham, Allah Ishak dan Allah Yakub
Allah mendedahkan dirinya kepada Musa dan kemudian kepada Israel di sini melalui kristus, seperti yang akan dilakukannya nanti dengan lebih lengkap melalui Mesiah secara peribadi. Menurut Bullinger, Allah telah mendedahkan namaNya kepada Musa di dalam bentuk (lihat Alkitab Companion catatan kepada Kel 3:14):
'ehyeh
'asher 'ehyeh
Aku akan
jadi kepada apa Aku akan jadi.
Dalam struktur ini kita tahu bentuk ini, adalah sebagai YHVH yang telah diungkap sebagai Yah(o)vah atau Yahovah. YHVH dianggap sebagai dalam bentuk satu orang, tetapi Alkitab versi RSV Annotated Oxford menyatakan YHVH ini sebenarnya dalam bentuk orang ketiga, yang bererti Dia yang menyebabkan. Maksud nubuatan ini adalah bahawa Allah mendedahkan dirinya sebagai satu struktur yang berkembang, yang kita sekarang fahami sebagai menjadi semua dalam segalanya (1 Kor 15:28; Ef 4:6). YHVH telah menjadi orang rujukan yang ketiga kepada wahyu. Justru, Dia yang menyebabkan adalah rujukan kepada setiap elohim yang lebih rendah yang diistilahkan sebagai YHVH.
Orang Israel di lihat telah dijaga dan Musa telah diutus untuk membebaskan mereka keluar dari tanah Mesir dan mengambil warisan bagi mereka yang kehilangan warisan yang disebabkan pemberontakan. Dalam contoh dalam dunia, ianya adalah anak-anak Kanaan, kerana kutukan dari Nuh (Kej 9:25-26) tetapi lebih khusus lagi kerana warga yang telah jatuh.
Allah mengarahkan Musa untuk pergi kepada Firaun bersama dengan para penatua Israel, untuk meminta supaya mereka dibenarkan untuk pergi ke padang belantara selama tiga hari perjalanan untuk memberi korban kepada Allah (Kel 3:18) (mempunyai pertalian dengan Tanda Yunus).
Musa enggan untuk memikul tugasnya. Allah melantik Harun sebagai mulut Musa dan Allah melantik Musa sebagai elohim kepada Harun (Kel 4:16).
Ia harus berbicara bagimu kepada bangsa itu, dengan demikian ia akan menjadi penyambung lidahmu dan engkau akan menjadi seperti Allah baginya.
Justru, pertalian Kristus sebagai yang lebih rendah dari Allah, seperti perkataan Allah, telah dipaparkan di dalam perhubungan Musa dan Harun.
Allah berfirman kepada Musa bahawa dia akan membuat Musa sebagai elohim kepada Firaun dalam Keluaran 7:1.
Berfirmanlah TUHAN kepada Musa: "Lihat, Aku mengangkat engkau sebagai Allah bagi Firaun, dan Harun, abangmu, akan menjadi nabimu.
Justru, perlantikan ini kemudiannya dilihat diaplikasikan kepada sistem dunia, di mana Kristus melalui umat pilihan, dan di sini Musa sebagai satu daripada elohim, telah memikul kekuasaan ke atas bangsa.
Pertalian Musa sebagai elohim, mungkin memberi refleksi di dalam perubahan dalam Markus 9:4. sistem kerajaan ini, akan dikembangkan pada tarikh yang berikutnya. Justru, Para ketua bangsa adalah elohim, seperti Musa dan Elia di bawah Kristus, bersama Daud sebagai elohim bagi Israel dari Zakariah 12:8 di mana rumah Daud seperti elohim seperti malaikat YHVH dihadapan mereka.
Dari Keluaran 7;2 Allah berfirman kepada Musa (melalui Malaikay YHVH):
Engkau harus mengatakan segala yang Kuperintahkan kepadamu, dan Harun, abangmu, harus berbicara kepada Firaun, supaya dibiarkannya orang Israel itu pergi dari negerinya. Tetapi Aku akan mengeraskan hati Firaun, dan Aku akan memperbanyak tanda-tanda dan mujizat-mujizat yang Kubuat di tanah Mesir. Bilamana Firaun tidak mendengarkan kamu, maka Aku akan mendatangkan tangan-Ku kepada Mesir dan mengeluarkan pasukan-Ku, umat-Ku, orang Israel, dari tanah Mesir dengan hukuman-hukuman yang berat. Dan orang Mesir itu akan mengetahui, bahwa Akulah TUHAN, apabila Aku mengacungkan tangan-Ku terhadap Mesir dan membawa orang Israel keluar dari tengah-tengah mereka."
Sekarang ianya penting untuk mengingati maksud perkataan Israel. Israel adalah kombinasi perkataan El (SHD 410 atau Allah) dan sarah (SHD 8280 mempunyai kuasa sebagai putera atau yang memerintah) oleh itu: Dia akan memerintah sama seperti Allah. Ini adalah maksud kepada perkataan Israel. Israel spiritual akan memerintah seperti elohim.
Perlambangan kepada menangani Mesir, adalah bahawa Mesir di bawah pemerintahan warga yang jatuh dan panteonnya mewakili sistem kaunsil Allah tetapi terdiri daripada elohim yang jatuh. Firaun sendiri dipertalian sebagai makhluk tuhan kepada bangsanya. Tetapi lebih khususnya, Allah akan menunjukkan kebesarannya kepada seluruh kaunsil, yang telah dibentuk di bumi, seperti yang dia akan lakukan pada zaman akhir nanti, dengan rentetan tulah dan bencana yang sama.
Di Mesir, Allah menangani setiap sumber asal tuhan-tuhan orang Mesir. Buku Wahyu adalah catatan terperinci mengenai fasa yang terakhir, di mana Allah akan menangani tuhan-tuhan dunia ini, seperti ia disembah pada akhir kurun ke-20. Di Mesir Dia menangani perlambangannya.
Dari Apendiks, kita berupaya untuk melihat aplikasi umum kepada pemahaman terhadap kaunsil Tuhan-Tuhan dan perhubungan mereka yang lebih rendah kepada Pencipta mereka, Yakni Allah Bapa.
Sistem orang Mesir dianggap terdiri daripada sekurang-kurangnya sepuluh tuhan dari Buku Kematian (lihat Apendiks) dan tampak dari sumber ini, ada terdapat kira-kira duabelas tuhan yang terlibat di dalam majlis atau kaunsil yang dipengerusikan oleh Dewata Utama Orang Mesir yang dilambangkan oleh Amun, atau Amun-Ra. Konsep-konsep orang Ibrani yang dibawah ke dalam kurun yang pertama CE adalah bahawa terdapat duabelas anak terang dan duabelas anak kegelapan. Ini menandakan bahawa separuh daripada kaunsil terjatuh bersama Setan.
Buku Kematian diistilah di dalam bahasa Mesir: REU NU PERT EM HRU atau Chapters of the Coming Forth by Day (Babak-babak kedatangan pada waktu Siang Hari). Oleh itu istilah Keluaran adalah refleksi langsung kepada penyangkalan sistem kepercayaan orang Mesir. Tulah-tulah yang dirujuk dalam Keluaran, adalah satu serangan langsung terhadap tanggungjawab khusus atau manifestasi dewata-dewata yang terlibat.
Allah memberikan Musa tiga tanda supaya dia boleh dipercayai oleh orang Mesir. Dari Keluaran 4:2 dan ayat seterusnya., tanda-tanda ini adalah:
Maksud tanda-tanda ini adalah bahawa Musa telah diberikan kuasa ke atas iblis, ke atas dging manusia, dan ke atas air hidup yang melambangkan kuasa roh.
Malapetaka yang terakhir yang diberikan kepada Firaun adalah pembunuhan anak lelaki sulungnya (Kel 4:23). Maksud perkara ini dijelaskan oleh konteks dalam Keluaran 4:24, di mana Tuhan mendakwa telah mencuba untuk membunuh Musa. Sebabnya ialah bahawa dia tidak memyunatkan anaknya, yang mana telah diperintahkan kepada Abraham. Justru, Ziporah mengambil geretan api lalu memotong kulup khatan anaknya (Kel 4:24-26). Justru, Musa dihukum dengan darah. Penyunatan dengan geretan api telah dijelaskan sebelumnya, bahawa Allah adalah batu yang akan menyunatkan hati semua daging dan diberikan keselamatan.
Tuhan juga telah mengutus Harun kepada Musa, justru kesaksian-kesaksian yang lebih besar dan kecil dalam Keluaran, juga sejajar dengan zaman akhir dalam Wahyu 11:3.
Apabila Firaun disuruh untuk membebaskan bangsa Israel dan mengadakan penyembahan di padang belantara, Firaun telah menyatakan bahawa dia tidak tahu Yahovah dan bahawa dia tidak akan membenarkan Israel pergi dan menghukum mereka dengan cara menyingkirkan pembahagian kepentingan mereka. Sekarang pernyataan Firaun yang mengatakan tidak mengenali Yahovah adalah benar. Allah tidak mendedahkan dirinya kepada Mesir dan selepas banjir itu, orang Mesir telah menyembah warga yang jatuh, dibawah siapa mereka diletakkan. Ulangan 32:8 telah diubah di dalam ayat Masoretic yang berbunyi Dia menetapkan bangsa-bangsa menurut bilangan anak-anak Israel. Tetapi Septuagint berbunyi:
Ketika Sang Mahatinggi membagi-bagikan kepada bangsa-bangsa itu, ketika Ia memisah-misah anak-anak Adam, maka Ia menetapkan wilayah bangsa-bangsa menurut bilangan anak-anak Israel.
Ini telah disokong di dalam karya Gulungan Laut Mati yang mana berbunyi bene eliym, atau Anak-anak Allah (lihat Umat Pilihan sebagai Elohim [001]). Justru, wilayah bangsa-bangsa itu difahami telah ditentukan bagi warga semesta dan Mesir tergolong ke dalam kaunsil yang jatuh. Mungkin ada terdapat kira-kira 70 tuhan di antara orang Mesir yang berjajaran dengan bangsa itu.
Selepas permintaan yang pertama, umat itu berpaling kepada Musa, kerana roh mereka yang telah runtuh dan perhambaan yang zalim (Kel 6:9) dan Musa merasa ragu dengan tugasnya, mendakwa bibirnya yang tidak disunat (Kel 6:12.30). tetapi Tuhan berfirman sekarang kamu akan melihat apa yang Aku lakukan kepada Firaun: dengan tangan yang kuar dia akan membebaskan mereka keluar... (Kel 6:1). Ini sejajar dengan masa Keluaran berikutnya yang terdapat di dalam Yesaya 66:22 selepas kedatangan semula Mesiah, di mana umat Israel akan dibawah keluar dari segala bangsa, sebagai satu persembahan bagi Tuhan dan bagi para imam dan bagi suku kaum Lewi. Justru, kekerasan hati orang Mesir telah mendemonstrasikan kebesaran Yahovah ke atas warga yang jatuh dalam cara fizikal.
Musa berumur lapan puluh tahun ketika dia dijadikan elohim (Kel 7:1) dan diutus kepada Firaun (Kel 7:7). Justru, ini memulakan tahap yang ketiga.
Mukjizat
1. Ular
Ular/tongkat memakan ular-ular orang Mesir (Kel 7:10-13) mendemonstrasikan kebesaran Yahovah. Ular Senduk adalah simbol kedaulatan orang Mesir.
2. Darah
Sungai Nil dan semua air di Mesir telah bertukar menjadi darah dan ikan-ikan telah mati (Kel 7:17-19). Para ahli nujum Mesir melakukan perkara yang sama dan orang Mesir menggali-gali (Kel 7:24) di sekitar sungai Nil, cuba menyaring air melalui tanah pasir. Justru, Firaun seolah-olah mempunyai penjelasan saintifik bagi fenomena ini dan dia meragui bahawa ianya didatangkan oleh Allah, sama seperti para ahli sains pada zaman akhir nanti akan menjelaskan apa yang berlaku kepada planet ini semasa sangkakala serta curahan murka Allah. Serangan di sini juga ke atas Buto dan dewata-dewata di lembah sungai Nil.
3. Katak
Selepas tujuh hari Musa sekali lagi diutus kepada firaun untuk meminta pembebasan suku Israel atau tulah yang seterusnya adalah katak dan juga berkenaan dengan sungai Nil (Kel 7:25 sehingga 8:2). Sungai Nil adalah sumber hidup yang utama di Mesir dan mengalirannya sangat konsisten, sehingga orang Mesir lebih bersandarkan kepada sungai itu daripada bersandarkan kepada Allah. Itulah sebabnya orang Israel tidak diberikan Mesir (atau Asiria) tetapi diberikan Israel, kerana musim hujan yang bakal akan datang boleh memberi refleks secara langsung perhubungan mereka dengan Allah.
Katak-katak ini mewakli roh-roh, bukan sahaja dari Mesir. Tulah ini juga menandakan roh-roh yang tidak bersih ketika zaman akhir nanti, yang mana sama seperti katak, yang keluar dari mulut naga, yakni binatang itu dan nabi palsu (Wah 16:13).
Para ahli nujum juga melakukan perkara yang sama, mengadakan katak-katak (Kel 8:7). Firaun mengancam Musa untuk menyingkirkan katak itu, dan meminta ia hanya tinggal di sungai Nil sahaja (Kel 8:9). Musa melakukan ini tetapi Firaun, mempunyai penjelasan bagi tulah ini, dan tidak membenarkan Israel keluar. Ini akan berlaku lagi.
4. Nyamuk
Dalam Keluaran 8:20 dan ayat seterusnya, Tuhan mengutus Musa untuk mengadakan tulah dari nyamuk kepada Mesir. Tetapi wilayah Gosyen, di mana tempat kediaman orang Israel, bebas dari nyamuk. Sekarang tulah ini mungkin dari pelbagai jenis nyamuk, mungkin agas atau lalat. Sifat nyamuk ini dijelaskan.
Tanda ini adalah untuk mengadakan pembahagian di antara Israel dan orang Mesir. Tujuannya jelas, untuk mengasingka Israel dan menjadikan Israel golongan yang Suci. Di antara orang Kanaan, sanak kepada orang Mesir, nyamuk ini juga adalah simbol kepada Baalzeebub, tuhan Ekron. Cacahan nyamuk ini telah di lihat di Mesir sejak akhir milenium yang ketiga BCE, sama seperti bentuk persilangan dalam bentuk swastika. Aspek ini akan dirangkumi di dalam bahagian mengenai Simbol di bawah [005], CCG 2000.
Nyamuk ini merupakan pengunjung yang hadir sewaktu masa pengorbanan dan ianya seolah-olah diambil untuk melambangkan fakta, bahawa tuhan tersebut mengambil bahagian dalam pengorbanannya dalam keadaan itu. Justru, apa yang dianggap sebagai menguntungkan dalam keadaan kesederhanaan, telah bertukar kepada tulah dari pelanggaran. Simbol-simbol ini telah ditusuk ke dalam kerongkong orang Mesir.
Firaun kemudian berkata bahawa orang Israel boleh mengadakan korban di sempadan Mesir (Kel 8:25) tetapi Musa menolak, kerana orang Mesir mempunyai pantang larang yang kuat terhadap praktik keagamaan orang asing dan itu memberikan alasan yang baik. Firaun kemudian berkata dia akan membenarkan mereka pergi jauh sedikit (Kel 8:28). Musa menyingkirkan nyamuk, tetapi Firaun sekali lagi enggan untuk membenarkan mereka keluar.
5. Tulah ke atas haiwan ternak
Tulah yang seterusnya mungkin telah menyebabkan penyakit Antraks atau penyakit yang lain yang disebarkan oleh lalat, tetapi ini adalah perkiraan saintifik moden, untuk mengurangkan sifat ajaib campur tangan Allah. Bagaimanapun, haiwan ternak (termasuk kuda, keldai, unta, kambing dan domba) Israel tidak dijangkiti. Tidak ada keraguan untuk menganggap bahawa ianya kerana lalat itu juga tidak ada di tempat mereka. Firaun telah diberikan peringatan selama dua puluh empat jam namun haiwan ternak itu masih lagi terus mati. Perbezaan kekudusan diperpanjangkan kepada haiwan ternak, kerana tuntutan perbezaan di dalam pengorbanan dan bahawa ia adalah lambang kepada pengorbanan Mesiah. Sapi jantan juga dipercayai suci di Mesir kepada Apis dan dikenal pasti melalui tandanya. Justru, penyembelihan haiwan ternak adalah serangan langsung kepada manifestasi Apis.
6. Bisul
Firaun masih tidak membenarkan Israel keluar maka tulah bisul telah dilontarkan kepada orang Mesir (Kel 9:8-12). Para ahli nujum juga ditimpa, mendemonstrasikan ketidakupayaan mereka untuk mengendalikan masalah ini. Tulah ini adalah serangan langsung kepada fahaman shamanisme dari proses medico-mistikal di Mesir. John J Davis, Moses and The Gods Of Egypt, ms. 82, perhatikan kurangnya perbezaan di Mesir di antara ilmu sihir dan perubatan.
Tulah ini telah melanda kepada haiwan dan manusia, menggambarkan keadaan mereka yang tidak koror, tetapi Firaun masih enggan untuk membenarkan mereka pergi. Keadaan ini akan diaplikasikan pada zaman akhir nanti, ketika manusia akan dilanda dengan luka bisul yang teruk, yang timbul dari tanda binatang (Wah 16:11).
Selepas tulah bisul, ketika Firaun masih enggan membenarkan Israel keluar, ianya dinyatakan kepada Mesir bahawa Allah boleh membinasakan mereka, tetapi mereka tidak dibinasakan supaya kuasa Tuhan boleh dimanifestasikan di seluruh bumi (Kel 9:16).
7. Hujan Es
Orang Mesir telah diberi peringatan dua puluh empat jam untuk menempatkan haiwan ternakan mereka di tempat perlindungan, atau haiwan mereka itu akan mati, binatang dan juga manusia. Peringatan ini diberi sebagai amaran dan celaan kerana para ahli sihir di Mesir juga merupakan dukun pertanian, yang mengendalikan cuaca. Tulah ini akan sekali lagi akan digunakan sewaktu zaman akhir nanti (Wah 11:19; 16:21). Mereka yang takut akan Tuhan akan berlindung; mereka yang tidak akan mati di padang (Kel 9:21). Guruh, hujan es dan api akan turun ke atas bumi menghancurkan setiap binatang dan manusia dan setiap pohon di padang kecuali di wilayah Gosyen (Kel 9:26). Firaun merasa untuk mengalah tetapi Musa mengatakan bahawa dia tahu bahawa Firaun serta pegawainya belum lagi merasa takut akan Tuhan (Kel 9:30).
8. Belalang
Tuhan menggunakan tulah ini untuk membentuk tuntutan, bahawa kekerasan hati Firaun dan Mesir akan diturunkan melalui generasi (Kel 10:2). Belalang ini digunakan untuk menyudahkan pengupasan segala tumbuhan di kawasan lapang, yang telah diulakan oleh hujan es (Kel 10:3-6).
Firaun telah mencuba untuk membenarkan kaum lelaki sahaja untuk pergi dan mengekang kaum perempuan serta kanak-kanak sebagai tebusan kepada kepulangan mereka (Kel 10:8-11). Kemudian tulah ini disampaikan yang mana telah memusnahkan tanah serta kuasa tuhan-tuhan dan dukun-dukun pertanian. Atas permintaan dari Firaun, Musa memohon kepada Tuhan dan angin yang kuat telah menyingkirkan semua belalang itu ke Laut Teberau (Kel 10:19).
9. Kegelapan
Ini adalah serangan langsung kepada kuasa dewata tertinggi di Mesir, yakni tuhan Matahari, Ra atau Amun-Ra. Kegelapan yang amat sangat ini telah melanda Mesir selama tiga hari, tetapi orang Israel masih mempunyai terang di tempat tinggal mereka (Kel 10:21-23).
Firaun kemudian memberikan kebenaran kepada orang Israel untuk pergi tetapi semua haiwan ternak mereka haruslah ditinggalkan. Musa enggan kerana ia digunakan untuk persembahan korban (Kel 10:25). Hati Firaun telah dikeraskan sekali lagi dan menyatakan bahawa pada hari dia melihat muka Musa lagi, Musa aka mati. Musa mengatakan: seperti ucapanmu, aku tidak akan melihat mukamu lagi (Kel 10:29). Firaun melafazkan penghukumannya sendiri.
Allah menyatakan bahawa selepas satu lagi tulah, Firaun akan mengusir orang Israel sepenuhnya (Kel 11:1).
10. Pembunuhan Anak Sulung
Allah memutuskan untuk membunuh setiap kelahiran sulung di Mesir (Kel 11;4), tetapi menjaga Israel daripada dilanda, malah tidak ada seekor anjing pun yang menggonggong, supaya perbezaan di antara dua suku kaum ini akan diketahui. Anak sulung adalah kudus bagi Tuhan dan merupakan lambang kepada kesuburan bangsa tersebut. Orang Mesir menterbalikkan kalendar, membuat malam mengikuti siang dan berdasarkan solar. Thoth, yakni tuhan Bulan, adalah nujum kepada tuhan-tuhan dan orang Mesir sama dengan Hermes. Dia adalah yang paling dekat dengan konsep jurucakap kepada tuhan-tuhan. Isterinya juga diistilahkan sebagao Puan kepada Rumah Buku-buku, Puan kepada Rumah Arkitek, dan Faundres kepada Kaabah. Justru, pasangan ini menganggap bahawa gelaran ini sesuai bagi Mesiah dan Jemaatnya berdasarkan Alkitab.
Justru, perlambangan kepada pembunuhan terhadap anak sulung pada waktu malam bulan penuh dan penyingkiran Israel dari Mesir pada hari siang dan malam, adalah penampilan kepada kekuasaan ke atas dewata-dewata tersebut. Ia juga adalah lambang kepada kekuasaan ke atas istilah: Kedatangan Pada Waktu Siang Hari atau mungkin ke dalam hari seperti beberapa kuasa menterjemahkan perkataan-perkataan Mesir ini. pandangan ini memberi asas kepada gelaran kuno Babak-babak Kedatangan Pada Waktu Siang Hari, yang sekarang dikenali sebagai Buku Kematian (Budge, Arkana, NY 1985 Introduction, ms. xciii-xciv): Bermula Bab I, the PERT EM HRU,
Melambangkan kepercayaan yang sudah dikenali bagi orang Mesir kuno bahawa perjalanan ke Dunia yang Lain yang didiami oleh orang mati seluruh malam dari hari kematiannya, dan bahawa dia tidak muncul ke dalam alam berkat sehingga hari esoknya pada waktu matahari terbit.
Sementara orang yang sudah mati diusung ke kuburan, imam menyatakan kepada orang mati bahawa dia adalah Thoth [nujum kepada tuhan-tuhan] dan tuhan yang besar dan bahawa dia mempunyai kuasa melakukan semua perkara yang dilakukan Horus untuk Osiris bagi pihaknya... (ibid.).
Justru, Allah telah membawa orang Israel keluar dari malam perayaan Paskah sewaktu siang dan malam, untuk mendemonstrasikan aspek penghujatan orang Mesir ini, selepas Dia membunuh anak-anak sulung mereka pada waktu tengah malam. Oleh kerana itu perjalanan orang mati itu difahami oleh mereka sebagai tidak lengkap, dan bahawa Allah menguasai kehidupan dan kematian.
Upacara perayaan Paskah kemudiannya dibentuk seperti yang berlaku pada waktu Abib, atau Nisan, yang mana dari upacara ini, telah membentuk permulaan kepada tahun kudus. Domba akan disediakan pada hari yang kesepuluh dalam bulan itu menurut bilangan seisi keluarga. Dombah perayaan Paskah ini adalah Mesiah dan dia telah dibunuh menurut tuntutan upacara itu, sebagai pengampunan dari dosa serta penebusan. Domba itu akan dibunuh pada hari yang keempat belas dalam bulan itu pada waktu petang. Dalam bulan yang pertama pada hari yang keempat belas dalam bulan itu juga diarahkan supaya memakan roti yang tidak beragi dan sehingga hari yang kedua puluh satu dalam bulan itu pada waktu petang (Kel 12:18). Ini adalah Perayaan Roti Tidak Beragi.
Selepas pembunuhan pada waktu perayaan Paskah, darah itu akan dipercik di tiang dan ambang pintu dan Israel akan tinggal di dalam rumah. Maksud perayaan Paskah ialah bahawa ianya pada waktu malam malaikat kematian akan melewati Israel, domba korban, yakni Mesiah sebagai korban pengampunan dosa. Dia akan dibunuh tepat seperti upacara ini direncanakan, untuk membuka jalan kepada Israel menjalin perhubungan dengan Allah. Perayaan Paskah ini akan menjadi tanda di atas tangan dan di antara mata, di antara kita dan Tuhan.
Tuhan tidak menuntun mereka ke arah jalan menuju ke Filistin, kalau-kalau mereka menghadapi peperangan dan harus kembali ke Mesir, walaupun itu adalah jalan yang paling dekat dan paling senang. Malah, dia membawa mereka berputar menuju ke Laut Teberau (Kel 13:17-18).
Orang Israel berkhemah di Pi Ha Hiroth di depan Baal-Zephon. Beberapa orang menganggap Baal Zephon sebagai Tuhan Taifun atau Pemusnah, ada yang lain menganggapnya sebagai Tuhan Musim Dingin. Kita bagaimanapun, menangani konsep keilahian yang lain dan tulah di Mesir yang kesepuluh. Justru, kita sedang menangani sepuluh pendewaan orang negeri Mesir dan Osiris.
Sementara mereka di sana, orang Israel telah diambil alih oleh tentera Mesir. Alkitab moden cuba menegaskan bahawa ini adalah Laut Teberau di sebelah selatan, dalam percubaan untuk mengurangi kebesaran mukjizat yang terlibat di dalam aktiviti ini. Kristus menempatkan dirinya sebagai bumbungan api dan awan di antara Israel dan orang Mesir. Cerita ini sudah dikenali.
Dari Keluaran 14:10, apabila tentera Mesir menghampiri, umat itu merasa takut. Musa berkata:
Janganah takut, berdiri teguh, dan pandanglah keselamatan Tuhan, yang akan diberikan kepada kamu hari ini; kerana orang Mesir yang kamu lihat hari ini kamu tidak akan melihat mereka lagi untuks selama-lamanya. Tuhan akan berlawan untuk kamu dan kamu hanya perlu untuk bertahan.
Musa diperintahkan untuk mengangkat tongkatnya dan membahagikan laut dan meneruskan perjalanan, supaya kereta kuda yang dipandu oleh bala tentera Mesir akan ditenggelamkan:
Supaya orang Mesir akan mengetahui bahawa Akulah Tuhan Allah.
Ini menggambarkan pengerasan hati Firaun yang terakhir oleh Tuhan. Justru, ini adalah tulah yang kesepuluh dan terakhir.
Bumbungan Api dan Awan
Bumbungan api mempunyai maksud yang istimewa bagi orang Mesir. Bab yang ke-63 dalam Buku Kematian dari gelarannya yang diberi menegaskan bahawa kepala manusia tidak akan dipotong di dalam alam neraka. Dalam bab itu Osiris mendakwah bahawa gelaran itu sesuai kepada Kristus sebagai Mesiah. Ia berbunyi:
Aku adalah yang Besar, Anak kepada yang Besar; Aku adalah Api, Anak kepada Api; kepada dia yang telah diberikan kepalanya selepas ia dipotong... Aku telah menjadikan diriku suci dan lengkap; Aku telah memperbaharui masa mudaku; Aku adalah Osiris; Tuhan kekekalan (Budge ibid. Pengenalan., ms. xxxiv).
Serupa dalam bab 69 (Budge op. Cit. Ms. 234) Osiris menuntut sebagai Allah Api, saudara ilahi kepada Allah Api...anak sulung tuhan dan waris kepada bapa aku Osiris-Seb (?). justru, bumbungan Api dan Awan menjadi sebagai menara pelindung bagi Israel dan juga sebagai comelan bagi orang Mesir (dan Osiris) yang melihatnya sebagai Api, ketika mereka tenggelam dan maka itu tidak ada satu kepalapun yang terpotong dalam peperangan. Labih lanjut lagi, kematian dalam air mungkin merupakan satu ilusi kepada praktik predinastik kuno dan kemudiannya melarang untuk mendidih tubuh orang mati dalam air (ibid.).
Justru, cerita mengenai Musa adalah bahagian integral dalam pemahaman mengenai perayaan Paskah. Ianya penting dalam menangani fasa-fasa ini dan juga bentuk penipuan yang telah digunakan untuk menghalang pemahaman yang sebenarnya mengenai apa yang telah berlaku di dalam pemberontakan warga semesta dan rencana keselamatan dalam menangani struktur tersebut, dan membawa warga ini kembali menjadi satu dalam kehendak Allah.
Justru, pengakhiran cerita ini adalah kisah perjalanan di padang belantara untuk empat puluh tahun yang seterusnya. Perjalanan ini melambangkan Israel spiritual yang terpingah-pingah di tengah-tengah sistem dunia, seperti orang yang dianiaya di kerana penderitaan, tetapi bertumbuh dalam rahmat dan pengetahuan. Empat puluh tahun ini melambangkan empat puluh tahun yobel, atau dua ribu tahun, yang akan berakhir sehingga kedatangan Mesiah bersama dengan kuasa dan kemuliaannya. Dengan tangan yang kuat dia akan membawa Israel keluar dalam Pengeluaran yang seterusnya yang dirujuk di dalam Yesaya 66. Pada waktu ini umat pilihan akan membantu sebagai makhluk roh. Tulah-tulah di Mesir akan berulang, seperti yang terbukti di dalam nubuatan mengenai Perayaan Bait Suci dan kedatangan Mesiah.
Kosmologi Timur Tengah
Ianya difahami dengan meluas pada penghujung air bah dan telah diadaptasikan ke dalam kedua-dua kosmologi Sumeria dan orang Mesir bahawa tuhan-tuhan di dapati di dalam kaunsil. Difahamai bahawa terdapat Pencipta kepada para penatua tuhan ini dan juga mereka diperintah oleh seorang presiden. Orang Cina memberi istilah Allah yang Tertinggi ini sebagai Heavenly Master of the First Origin (Penguasa Sorgawi dalam Keasal-usulan yang Pertama). Peribadi yang kedua dalam Ketuhanan adalah entiti yang dikenali sebagai August Keperibadian Permata yang memerintah disekeliling halaman. Dia memerintah bumi dan pada satu hari nanti akan digantikan oleh The Heavenly Master of the Dawn of Jade of the Golden Door (Penguasa Sorgawi pada waktu Fajar pada Permata pada Pintu Emas) (New Larousse Encyclopedia of Mythology, ms. 381). Pemahaman ini menurut dalam pegangan Alkitab bahawa dunia ini diperintah oleh bintang fajar, yaki Setan, yang akan digantikan dengan bintang fajar yang baru iaitu Kristus. Pemahaman ini meresap ke dalam bangsa-bangsa dunia dan menjadi pusat kepada pemahaman Mistisisme.
Kosmologi bangsa Asiro-Babilon serasi dengan Bapa elim atau tuhan-tuhan yang dipanggil Ea (New Larousse, ms. 56). Dia mencipta Marduk yang merupakan terang kepada Bapa yang telah memperanakkannya. Marduk ini bersesuaian dengan kedudukan kuasa tertinggi dalam perhimpunan tuhan-tuhan, sebelum peperangan sorga yang besar bersama dengan Tiamat. Dia dianggap sebagai pencipta kepada segala sesuatu dan merupakan gembala kepada tuhan-tuhan. Marduk mempunyai semua kekuasaan yang diberikan kepadanya oleh Ea dan justru menyerap elim yang lain dan mengambil alih fungsi serta hak istimewa mereka. Alokasi ini hampir memalsukan pegangan Alkitab.
Demikian juga kaum Sumeria percaya Enki berkata:
Bapa
Aku, raja semesta telah mewujudkan aku dalam alam semesta, moyang aku, raja
atas segala negeri, Himpunkan semua aku, tempatkan aku dalam tanganku... Aku
adalah “saudara kepada para tuhan... Aku adalah pemimpin kepada Anunnaki, Aku
adalah dia yang telah lahir sebagai anak sulung kepada yang kudus An” "(Eliade,
Gods, Goddesses and Myths of Creation, Harper & Row, ms. 22).
Tetapi ianya hanya bersifat politeis dalam pengertian fakta tersebut, bahawa keinginan dari Allah Bapa adalah luaran. Itulah sebabnya mengapa sistem orang Mesir disalahfaham. Mesir mempunyai sistem yang sama. Dari Ayat Coffin (1, 161 ff. Tr. oleh R.T. Rundle Clark in his Myth and Symbol in Ancient Egypt, London, 1959, ms. 80), yang didakwah bertarikh dari c 2250-1580 BC, Atum adalah pencipta kepada para Penatua tuhan (menyamakan dengan Kaunsil para Penatua). Justru, orang Mesir cuba untuk membuat kaunsil Elohim yang berpusat atas jawatan presiden Atum.
Dari Bab 18 Buku Kematian, orang Mesir mempunyai kumpulan tuhan-tuhan dalam sepuluh tempat dan sekitarnya, mewakili sepuluh upacara penting di dalam sejarah Osiris, yang setiap satunya dibawah satu tuhan. Tempat-tempat ini adalah:
1. Annu (Heliopolis)
2. Tattu (Busiris)
3. Sekhem (Latopolis)
4. Pe-Tep (Buto)
5. Wilayah Rhekti
6. Abtu (Abydos)
7. Tempat Penghakiman
8. Tattu (Mendes)
9. An-rut-f.
10. Re-stau.
Tuhan-tuhan dalam tempat ini
adalah:
1. Tem, Shu, Tefnut.
2. Osiris,Isis,Nephthys, Heru-netch-hra-tef-f.
3. Heru-khenti-an maati, Thoth.
4. Horus, Isis, Kestha (formerly
Mestha), Hapi.
5. Horus, Isis, Kestha.
6. Osiris, Isis, Ap-uat.
7. Thoth, Osiris, Anubis, Astennu.
8. Tiga tuhan yang tidak dinamakan
9. Ra, Osiris, Shu, Bebi.
10. Horus, Osiris, Isis (Budge, op. cit. p. cvii).
Orang Mesir percaya bahawa upacara kematian yang khusus oleh sebagaimana yang dilakukan oleh imam yang ditentukan, mereka boleh mendapat kuasa untuk berkembang dari tubuh yang sudah mati, yakni tubuh yang tidak penting yang disebut sahu, yang berupaya untuk naik ke sorga dan diam bersama dengan para tuhan di sana. Sahu adalah kekal dan mengambil bentuk tubuh di tempat di mana dia bangkit. Sahu adalah tempat penyimpanan jiwa, yang diletakkan di sana oleh Tuhan-tuhan (Budge, ibid. ms. 280).
Jiwa terdiri daripada ka yang mana tempat kediaman biasanya ialah dalam pusara bersama dengan tubuh. Bagaimanapun, ia akan berkeliaran atas kehendak dan memasuki apa sahaja patung individu. Justru, orang Mesir tidak menyembah kepada patung; mereka menyembah ka yang mewakilinya. Justru, persembahan kuburan adalah untuk membuat ka berkeliaran. Ba atau jiwa hati bersambungan dengan ka dan boeh dianggap bentuk yang penting atau tidak penting atas kehendak. Ianya digambarkan sebagai manusia yang berkepala helang di dalam papirus Nebqet di Paris.
Kehidupan haiwan, dan yang baik dan jahat, diam di dalam hati atau ba. Ianya akan diukur di dalam penghakiman yang seolah-olah berlaku sejurus selepas kematian di halaman penghakiman Osiris yang mana adalah hakim. Penghukuman ini dilahap langsung oleh Pemakan orang Mati, justru, tidak ada konsep umum mengenai kebangkitan orang yang sudah mati. Mereka yang tidak dihukum pergi langsung kepada wewenang Osiris ke dalam kegembiraan yang berkekalan. Pada zaman raja Umas (Budge ibid. ms. 1xvii & ms. 286) bukti telah didapati mengenai khaibit atau bayangan yang dipertalikan dengan ba dan diam bersama dengan ka. Khu juga dipertalikan dengan ba atau jiwa hati tetapi ia adalah makhluk yang sangat halus, dan sebenarnya ia adalah JIWA. Ia tidak akan mati dalam apa juga situasi. Ia diam di dalam sahu.
Sekhem atau kuasa, boleh dilihat sebagai tenaga yang tidak mempunyai sifat fizikal yang diperlukan manusia. Sekhem diam di sorga di antara khus atau roh. Ia selalunya disebut dengan pertalian jiwa dan roh (ms. 1xviii).
Orang Mesir percaya bahawa ren atau nama seseorang itu harus disimpan atau dia berhenti untuk keluar. Ia sama taraf dengan ka. Pandangan ini konsisten dengan Buku Kehidupan alkitabiah. Justru, terdapat beberapa konsep yang mana berhubungan dengan Alkitab, tetapi di mana ia cuba untuk menyesuaikan kepada individu kepada sifat kekekalan yang mana Alkitab hubungkan ini hanya kepada Allah. Sama juga konsep pemilikan roh jahat boleh dihuraikan dalam kosmologi lain yang kompleks.
Pemujaan terhadap Osiris, Isis dan Horus, juga adalah sebahagian struktur Allah yang mati yang kita lihat juga dalam Attis dan Adonis. Di Mesir Isis telah di lihat sebagai pusat kepada sistem Dewi Ibu dalam Tritunggal Allah. Dia dilambangkan oleh SSS dan dalam istilah nombor, ia adalah 666. justru, identifikasi Kristian kemudiannya terhadap binatang, yang dipertalikan dengan misteri-misteri berdasarkan Isis. Dia juga menjadi Bintang Laut atau Stella Maris. Aspek ini telahdiperkenalkan oleh pelayar Greek dan difahami sebagai Sirius yang bangkit pada bulan Julai dan menggempar-gempurkan air yang tenang dalam kawasan itu. Identifikasi dan aspek yang lain mengenai Isis semuanya diberikan kepada sistem dewi Ibu. Dia juga dikenali sebagai Hathor di dalam pemujaan kesuburan dan dipertalikan dalam aspek itu dengan Anak Lembu Emas seperti yang kita lihat di bawah.
Osiris juga dikenali sebagai Allah yang mati dan dipertalikan kepada pemujaan misteri yang lain dalam aspek ini. para pengamal pemujaan ini akan mencukur kepada mereka dan memakai rambut palsu. Ini dipercayai dengan pasti asal-usul kepada pencukuran kepala dalam fahaman Monastisisme Kristian, dam menjelaskan perbezaan di antara pencukuran kepala di dalam sistem Celtic, melalui Carthage, dan sistem orang Roma. Frazer mempunyai catatan lanjutan mengenai sistem ini dalam The Golden Bough, bab. iv; v; & vi, McMillan, edisi ke-3, cetakan 1976).
q