Jemaat-jemaat Allah Al Maséhi

[003]

 

 

 

 

Soalan-soalan Yang Sering Ditanya Siri 1: Sifat Allah [003]

 

(Edition 1.0 20000115-20000907)

 

Soalan-soalan yang sering ditanya dalam tulisan siri 1 menghubungkan kepada petikan Alkitab dan pandangan mengenai sifat Allah yang belum dijelaskan dan tidak boleh dijelaskan di didalam aliran utama kekristianan moden. Mereka juga menggambarkan pandangan-pandangan salah dalam beberapa Nama Kudus, Mesianik Yahudi dan teologi Yesus Benar orang Cina.

 

 

Christian Churches of God

 

PO Box 369, WODEN ACT 2606, AUSTRALIA

E-mail: secretary@ccg.org

 

(Hakcipta ã 2000 Wade Cox)

(Tr. 2003)

 

Karya tulis ini boleh disalin semula dan didistribusikan secara bebas dengan syarat ia disalin semuanya tanpa apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat penerbit serta notis hakcipta harus disertakan.  Sebarang bayaran tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima salinan yang didistribusikan.  Petikan-petikan ringkas daripadanya boleh dimasukkan ke dalam artikel-artikel kritis dan karya ulasan tanpa melanggar undang-undang hakcipta.

 

Karya ini boleh didapati daripada Internet di:
http://www.logon.org dan http://www.ccg.org

 

 

 

 

Soalan-soalan Yang Sering Ditanya Siri 1: Sifat Allah [003]


 


Tulisan ini disediakan untuk menjawab surat-surat kiriman dan forum e-mail. Soalan-soalan ini menandakan masalah yang serius dalam teologi yang harus ditangani oleh semua umat Kristian pada sepanjang masa. Manfaat telah diperolehi dari memerhatikan ayat-ayat ini dan kami semua berharap boleh menggunakannya dalam aktiviti harian kami, atau dalam pertuturan dan kesaksian.

 

Soalan-soalan disini menandakan teologi yang salah yang selalu terdapat didalam Kumpulan Nama-nama Kudus, khususnya diantara orang-orang Mesianik Yahudi. Gereja Yesus Benar juga mempunyai pegangan mengenai sifat Allah dan Kristus yang menyeleweng seluruhnya.

 

Atas sebab itu, Jemaat-jemaat Allah akan mendapat manfaat kepentingan dari menangani isu ini.

 

Jawapan-jawapan bagi soalan-soalan ditulis dibawa soalan dan ianya seperti berikut:

 

Soalan 1. Kita percaya dalam SATU ELOHIM (ALLAH). Allah dipanggil ‘elohim’ atau ‘eloah’ tetapi dari manakah perkataan “KETUHANAN” itu timbul?

 

Jawpan: Perkataan dan konsep Ketuhanan telah dicipta oleh para pakar teologi untuk menjelaskan masalah yang sukar dalam menangani lebih daripada satu elohim dalam ayat Alkitab (mazmur 45:6-7 dan Ibrani 1:8-9) dan juga fakta bahawa Alkitab mengatakan Setan adalah theos atau elohim dalam dunia ini (2 Kor 4:4).

 

Soalan 2. Pada mulanya ELOHIM (bentuk tunggal atau jamak) telag mencipta langit dan bumi. Siapakah ELOHIM? Apakah namaNya? Adakah Yahweh atau Yahshua?

 

Jawapan: Elohim adalah kedua-duanya. Kumpulan Nama-nama Kudus, membezakan diantara nama Yahweh dan Yashua dan Trinitarian dan Binitarian cuba untuk menyatukan mereka. Elohim adalah Allah yang Benar dan juga makhluk-makhluk yang bertindak baginya. Perkataan itu boleh jadi dalam bentuk tunggal dan jamak. Eloah tidak mungkin dalam bentuk jamak.

 

Teologi Nama-nama Kudus di USA menyalahgunakan dan membatasi nama-nama Yahovah (Strongs Hebrew Dictionary (SHD) 3068 dan Yahoshua (atau Yoshua seperti yang kita tahu dalam singkatannya) kepada Yahweh dan Yashua dan membatasinya kepada dua makhluk, walaupun ungkapan ini digunakan bagi beberapa makhluk didalam Alkitab. Yahovah (Aku adalah Aku) adalah gelaran yang diberikan kepada semua perwakilan Yahovah Semesta Alam atau Yahovah Sorga (Yehovih lihat SHD 3069). Alkitab mencatatkan Yahovah sebagai yang digunakan oleh tiga malaikat pada masa yang sama dalam menangani Abraham, Lot dan Sodom, kemudian Yahovah menjatuhkan api dari Yahovah di Sorga (dipetik dari Kejadian Bab 18 dan 19).

 

Yahovih (SHD 3069) adalah satu-satunya perkataan yang ditujukan kepada Satu Allah Benar, Eloah dan disebut oleh orang-orang Yahudi sebagai Elohim. Yahovah (SHD 3068) adalah ditujukan kepada makhluk-makhluk lain, demikian juga dengan Yahovah Semesta Alam dan disebut sebagai Adonai dalam hal ini. Yahovah telah diubah kepada Adonai pada 134 diletakkan oleh Sopherim bagi tujuan ini (dipeti juga Bullingers Appendix 32 to the Companion Bible for the lists).

 

Ada lagi nama-nama lain yang diberikan kepada Satu Allah yang Benar sebagai Elyon yang Maha Tinggi (Ul 32:8) dan banyak lagi yang lain seperti yang kita lihat dalam tulisan tersebut. Tulisan-tulisan lain mengenai nama-nama serta Sifat Allah dan struktur Warga Semesta Alam boleh didapati dalam website http://www.logon.org  dan http://www.ccg.org

 

Kaunsil Elohim dalam Mazmur menangani kaunsil Warga Alam Semesta yang disebut elohim dan kita menangani sejumlah makhluk. Ketuhanan digunakan untuk meneliti konsep ini tetapi juga telah disalahgunakan untuk membatasinya.

 

Soalan 3. Siapakah Melkisedek dalam Kejadian 14:18? Adakah ia Yahweh atau Yahshua?

 

Jawapan: Kedua-duanya bukan. Ianya Shem atau timbalannya (dipetik dari tulisan Melkisedek [128] di www.logon.org).

 

Soalan 4. dalam Kejadian 1:26, 27; 11:6, 7; Yesaya 6:8; adakah perkataan “kita” ditujukan kepada Bapa dan anak, atau pengantin lelaki dan pengantin perempuan, atau elohim dan para malaikat?

 

Jawapan: Ayat ini berbicara mengenai kaunsil elohim. Ia berbicara mengenai Eloah dan Elohim: Anak Allah (dipetik dari Ay 1:6; 2:1; 38:4-7; Maz 82:1, 6). Umat pilihan juga menjadi elohim sementara malaikat Yahovah mengepalai kita (Zak 12:8). Elohim adalah gelaran yang ditambahkan dimana Allah sebagai Eloah menjadi Allah, sebagai semua dalam semua, sebagai Elohim (Ef 4:6) (dipetik dari tulisan Umat Pilihan sebagai Elohim [001]).

 

Soalan 5. Berapa banyak takhta di sorga? Hanya satu, atau dua, atau tiga?

 

Jawapan: Ada sejumlah takhta. Takhta kamu adalah takhta Allah (Maz 45:6) dikemukakan “takhta kamu O Allah.” Oleh kerana itu, elohim kamu telah mengurapi kamu dengan minyak kesenangan diatas sekutumu. Ada sejumlah elohim tetapi hanya satu Eloah (dipetik dari Ezra 4:24-7:26).

 

Soalan 6. Siapakah didalam Kejadian 32:24-30 (cp. Dengan Hosea 12:3) Yahweh atau Yahshua? Adakah ia malaikat lain? Sekiranya dia malaikat, siapakah namanya?

 

Jawapan:  Namanya ialah Pele atau Wonderful (Indah) dan dia adalah elohim sebagai jurubicara bagi Yahovah Semesta Alam. Dia menjadi Yesus Kristus. Dia adalah Malaikat Yahovah, yang mana dia sendiri dipanggil Yahovah, yang merupakan bentuk orang ketiga bererti “aku adalah aku” (dipetik dari Annotated Oxford RSV kepada Kel. 3:14). Dia juga sering dikenalpasti sebagai Mikhael yang bererti “yang sama dengan Allah”.

 

Soalan 7.  menurut Yohanes 3:13; 6:62; 8:58;  siapakah Yahshua ini? Adakah dia sebelum Abraham? Bagaimana dia sebelum Abraham dan dalam bentuk apa atau dengan nama siapa?

 

Jawapan: Jawapannya sama dengan jawapan 6. dia adalah Muka Allah dan Perwujudan kepada Kemuliaan Allah.

 

Soalan 8. Mengapa Yahshua tampil untuk menyatakan dirinya, bahawa dia adalah Bapa dalam Yohanes 14:8,9? Dia mengatakan perkataan “BAPA” dalam bentuk kata bidalan dalam Yohanes 16:25,26?

 

Jawapan: Mesiah mempunyai Roh Suci, yang mana adalah kuasa Bapa. Tiada manusia yang pernah melihat Allah dan akan melihatNya (Yoh 1:18; 1Tim 6:16). Mesiah diberikan gelaran bapa yang berkekalan, dari Yesaya 9:6, sebab dia adalah putera damai dan Malaikat Kaunsil yang Besar (dipetik dari Yes 9:6 LXX).

 

Soalan 9. dari Yesaya 9:6, siapakah anak yang lahir ini, anak lelaki, Penasihat Ajaib, Allah yang Perkasa, Bapa yang Berkekalan, Putera Damai?

 

Jawapan: Dia dikenalpasti oleh Israel kuno sebagai Malaikat Kaunsil Besar (LXX) atau Malaikat Yahovah (dipetik dari Zak 12:8).

 

Dia dikenalpasti oleh Zakariah sebagai elohim pada kepala keluarga Daud, yang mana adalah umat pilihan sebagai jemaat. Perkara ini selalu difahami untuk mengenal pasti umat pilihan sebagai menjadi elohim atau theoi dalam bahawa Greek. Kamu boleh melihat ini dalam karya Irenaeus dan ini telah diteliti dalam tulisan Umat pilihan sebagai Elohim [001]. Tidak kah ada tertulis dalam kitab Taurat kamu, Aku telah berfirman, kamu adalah allah... sebab kitab tidak boleh dibatalkan (Yoh 10:34-35).

 

Soalan 10. dalam Matius 1:23 siapakah Imanuel? Adakah ini bererti ELOHIM BERSAMA KITA? Sekiranya demikian, siapakah ELOHIM ini?

 

Jawapan: Ia bererti Allah bersama kita. Ini tidak ditujukan kepada satu Allah yang Benar dalam Yohanes 17:3. ianya merujuk kepada elohim yang diurapi sebagai elohim dengan minyak kesenangan diatas sekutunya (Maz 45:6-7; Ibr 1:8-9). Elohim ini adalah malaikat yang telah bergelut dengan penatua dan yang membawa Musa dan umat Israel menyeberangi Laut Merah, sebagai muka haElohim atau Allah (dipetik dari 1 Korintus 10:4 juga). Malaikat Hukum dan Muka Allah, adalah Yahovah dan Elohim orang Israel yang tetetapkan oleh Elohimnya , yang merupakan Yahovah Semesta Alam atau Yahovih (SHD 3069), satu-satunya Allah yang benar, yakni Elyon. Dia sendiri adalah Eloah, satu-satunya Allah yang Benar. Dia telah mengutus Yesus Kristus dan mengetahui bahawa kenyataan ini mengandungi kehidupan kekal (Yoh 17:3). (dipetik dari tulisan Malaikat YHVH [024]; Pra-Kewujudan Yesus [243]; Keilahian Yesus [147];  Tujuan Penciptaan dan pengorbanan Kristus [160]; Mazmur 45 [177]; Mazmur 110 [178];  Bagaimana Allah menjadi satu Keluarga [187]; Kehidupan Kekal [133]; Yoshua, Mesiah, Anak Allah [134]).

 

Dalam perkembangan model Trinitarian, yang mana berada disebalik pertanyaan ini, mengandungi kesalahan teologi yang berasa dari kekafiran. Sejarah dan teologi telah diteliti dalam tulisan yang berkisar mengenai Teologi Awal Ketuhanan [127]; Binitarianisma dan Trinitarianisma  [076] dan Perkembangan Model Neo-Platonist [017].

 

Keperluan yang logik pada proses itu boleh dilihat melalui tulisan Pemerintahan Allah [174]; Kota Allah [180] dan juga Roh Suci [117].

 

Tempat bagi proses ini dalam Hukum Allah dan sebagaimana  ianya ditujukan kepada Yesus Kristus, boleh dilihat melalui tulisan Hukum dan Perintah Hukum Pertama [253] dan Hukum dan Perintah Hukum Kelima [258]. Peranan Mesiah boleh didapati dalam tulisan Peranan Mesiah [226] dan masalah-masalah dalam kitab juga diteliti dalam Pra-Kewujudan Yesus Kristus [243] dan dalam Lengkungan pada Ciptaan Allah sebagai Alfa dan Omega [229]. Semua tulisan ini boleh didapati dari jaringan internet www.logon.org atau www.ccg.org.

 

Soalan 11. Apakah maksud ayat-ayat didalam Matius 11:27 & Lukas 10:22?

 

Jawapan: Ayat-ayat ini dijelaskan didalam karya-karya tulisan diatas. Kristus datang untuk menyatakan Bapa kepada umat manusia. Dia telah diutus dengan Roh Suci, yakni kuasa Allah dan dengan Roh ini dia berupaya untuk mengenali Bapa dan kesempurnaan Sifat Allah yang diam didalam dirinya secara badaniah. Ayat didalam Lukas menunjukkan bahawa utusan tujuh puluh itu telah dipilih dan mereka ditakdirkan dan nama-nama mereka telah tertulis di sorga.

 

Ini mendemonstrasikan panggilan Allah menurut ketakdiran yang diungkap dalam Roma 8:29-30. Rahsia-rahsia Allah tidak akan dinyatakan kepada umat manusia sehingga zaman akhir. Alkitab telah diberikan dalam bentuk perumpamaan dan Kristus berbicara melalui perumpamaan supaya orang tidak memahami dan berpaling dan diselamatkan sebelum masa mereka.

 

Rencana Allah membolehkan umat manusia dibawa ke pengadilan atas dasar progresif. Orang yang meminta Roh Suci akan berpaling dan dibenarkan untuk meneruskan dan mengenali Bapa. Sebab inilah kehidupan kekal, yakni Mengenali Satu-satunya Allah yang Benar dan Yesus Kristus yang diutusNya (Yoh 17:3). Allah mengetahui hati dan keupayaan untuk memasuki ke dalam penghakiman.

 

Mereka yang memulakan dan gagal, akan mengalami kebangkitan kedua bersama dengan semua umat manusia untuk diletakkan dibawah penghakiman pada masa yang tepat. Mereka tidak akan menjadi sebahagian daripada yang dipilih atau umat pilihan. Roh Suci akan diberikan kepada mereka yang diserahkan kepada Kristus dan mereka yang datang kepada Kristus. Ianya dikekalkan oleh penurutan kepada Allah dalam pemeliharaan perintah hukum Allah dan Kesaksian Yesus Kristus (Wah 12:17; 14:12). Allah tahu siapa yang akan menang dan memanggil orang yang dipilih pada masa yang tepat untuk mengambil tempat.

 

Soalan 12. Menurut Kisah 20:28, siapa yang memberikan darah ini:adakah Elohim (Allah), Yehovah atau Yahoshua? Adakah “tuhan” berbeza dari Yahovah (yang disalah panggil Yahweh) yang dipanggil tuhan dlam Perjanjian Lama?

 

Jawapan: Dalam hal ini, kedua-dua ungkapan ditujukan kepada makhluk yang satu seperti yang dijelaskan diatas. Kristus adalah Yahovah sebagai makhluk yang lebih rendah daripada Satu-satunya Allah yang Benar, Yahovah Semesta Alam, atau Yahovah, yakni Elyon dan Eloah.

 

Soalan 13. Adakah Yahoshua semata-mata pengantara seperti dalam 1 Timotius 2:5? Lihat juga Galatia 3:20; Mikha 4:3; dan Yesaya 59:15,16. siapakah pengantara ini?

 

Jawapan: Hukum telah ditahbiskan oleh para malaikat di dalam tangan seorang pengantara. Malaikat Allah yang memberikan Hukum kepada Musa adalah Kristus (Kisah 7:35-36).

 

Kristus adalah batu yang telah bersama Israel di padang belantara (1 Kor 10:3-4). Dia berada pada bumbungan api dan awan dan berbicara kepada Musa muka dengan muka. Lihat juga pada tulisan Musa dan Ilah-Ilah Mesir [105] dan juga Pentakosta di Sinai [115]. Terdapat banyak lagi karya tulis yang berkaitan dengan subjek ini di dalam http://www.logon.org dan http://www.ccg. org.

 

Soalan 14. Siapakah perwujudannya sejak dari permulaan ini dalam Mikha 5:2?

 

Jawapan: Orang ini adalah Mesiah dan tujuan ayat ini dijelaskan di dalam tulisan Mikha 5:2-3 [121]. Ianya salah digunakan untuk menunjukkan bahawa Mesiah adalah  kekal-bersama sebagai Allah kedua bersama dengan Satu-satunya Allah yang Benar. Ayat ini mendemonstrasikan bahawa Mesiah mempunyai pra-kewujudan tetapi dia tidak kekal-bersama. Lihat juga tulisan Pra-Kewujudan Yesus Kristus [243]. Beberapa jemaat menggunakan ayat ini untuk menjelaskan bahawa ada dua Allah, yang mana seorang darinya setuju menjadi sebagai anak kepada yang satu lagi. Ini adalah alasan yang bodoh membuat ungkapan bapa dan anak menjadi tidak bererti dalam penggunaan struktur bahasa.

 

Soalan 15. Bandingkan dan Bezakan Amsal 30:4 bahagian akhir dengan Zakariah 14:9. Berapa jumlah makhluk terkandung disini? Dua atau hanya satu?

 

Jawapan: Amsal bertanyakan soalan: Siapakah namanya dan siapakah nama anaknya, nyatakan sekiranya kamu mengetahuinya? Maka ini menjawab soalan dalam ayat yang seterusnya. Setiap firman Eloah adalah kudus (Ams 30:5). Jawapannya diberi dalam rangkap seterusnya. Mesiah adalah anakNya.

 

Yahoshua bererti keselamatan, dari perkataan Yaho. Yaho ialah bentuk asli nama dasar yang disalahgunakan sebagai Jah. Abjad Aramaik Kaabah di Elephantine di Mesir sehingga Kaabah di Yerusalem pada 410 BCE menunjukkan bahawa perkara ini terjadi demikian (dipetik dari Pritchard The Ancient Near East, Aramaic Letters, Ginsberg tr. vol 1, ms. 278 dan muka surat seterusnya).

 

Soalan 16. Sekiranya tiada yang mengenali Bapa dan tiada yang pernah mendengar suaraNya (seperti dalam Yohanes 1:18; 5:37), dari mana suaraNya datang? Lihat juga Matius 3:17; 17:5; 2 Petrus 1:17, 18. bagaimana kita katakan bahawa ianya datang dari Bapa?

 

Jawapan: Yohanes 1:18 mengatakan anak tunggal Allah, yang ada di pangkuan Bapa (dipetik dari Hort, On Monogenes Theos in Scripture and Tradition). Perkara ini dijelaskan dalam karya tulis diatas terlebih lagi ibid. [243]. Receptus  telah diubah menjadi monogenese uion bagaimanapun ianya jelas dalam ayat tersebut.

 

Soalan 17. Apakah yang terkandung dalam Amsal 8:22-31? Apakah yang ditandakannya, Pengetahuan atau Yahshua?

 

Jawapan: Amsal 8:22 difahami secara umum sebagai merujuk kepada Rahmat Pengetahuan sebagai Roh Suci. Pandangan ini kemudiannya berubah untuk menjadikan Kristus mendahului Roh Suci dan membuat Roh Suci produk dari kedua-duanya dan kemudian, dari fasal Filioque di Kaunsil Toledo, produk dari Anak (dipetik dari tulisan Perwujudan bersama Bapa [081]).

 

Soalan 18. Siapakah batu itu? Adakag dia Yahweh atau Yahshua dirujuk dalam 1 Korintus 10:4? Sekiranya dia adalah Yahoshua, maka adakah Yahovah dalam Perjanjian Lama sama dengan Yahoshua dalam Perjanjian Baru?

 

Jawapan: Nama Yahovah disalahsebut sebagai Yahweh. Nama Yahweh ini dijelaskan dalam tulisan Abracadabra: Erti Nama-nama [240].

 

Yahovah Alam Semesta adalah Eloah (dipetik dari Pernyataan Kepercayaan Iman Kristian [A1]) yang merupakan Batu itu. Ianya Kristus yang telah menjadi batu spiritual bersama dengan Israel ketika di padang belantara dalam 1 Korintus 10:4.Yahovah Kristus bukan Batu tersebut yakni Eloah atau Yahovah Alam Semesta.

 

Perbezaan ini hilang dalam Kumpulan Nama-nama Kudus dan oleh kerana itu, mereka tersandung dalam teologi mereka atas isu ini. Mereka tidak akan memahami Sifat Allah sekiranya mereka tidak memahami perkara ini. Masalah ini tertumpu dalam aplikasi bahawa hanya satu variasi bagi Aku adalah Aku, yang disebut Yahovah bagi Allah. Teologi Nama-nama Kudus benar-benar tidak tahu dalam penggunaan dan aplikasi ungkapan-ungkapan lain bagi Yahovah Alam Semesta dan Yahovih (3069), Eloah dan Elohim dan HaElohim yang ditujukan kepada satu-satunya Allah yang benar dan Yahovah dan elohim yang ditujukan kepada Kristus dan anak-anak Allah yang lain.

 

Soalan 19. Adakah kamu tahu bahawa Tomas memanggil Yahoshua sebagai “Tuhanku (kurios) dan allahku (theos)” dalam Yohanes 20:28?  Maka, siapakah orang ini? Adakah dia Yahoshua, Elohim, atau anak kepada Elohim?

 

Jawapan: ketiga-tiganya sekali, tetapi dia bukan Gr. Ho Theos (Allah) atau Ibr. Ha Elohim (Allah) atau Eloah, nama bentuk tunggal Allah sebagai objek penyembahan dan asal mulanya Hukum (dipetik dari Ezra 4:24-7:24). Artikel yang tentu hanya menggunakan nama Allah, Eloah, Bapa atas semua.

 

Soalan 20. Adakah kita kenal dengan juruselamat elohim dalam Lukas 1:48; 2:11?

 

Jawapan: Ini adalah soalan yang jelas sendiri dari ayatnya, tetapi juruselamat bertindak untuk dan bagi pihak Juruselamat iaitu Eloah. Ini merupakan gelaran perwakilan seperti juga Yahovah dan Elohim. Ayub 33:23 menunjukkan bahawa satu daripada malaikat diantara seribu boleh bertindak dan telah bertindak sebagai penengah. Malaikat Penebusan adalah elohim bagi para Penatua (Kej 48:15-16)

 

Soalan 21(a). Apakah yang ada di tangan kanan Allah dalam Perjanjian Lama?

 

Jawapan (a):  Tangan kanan Allah kedua-duanya adalah kedudukan dan makhluk. Kedudukan ini adalah kelayakan dan Kristus telah layak dan kita sebagai umat pilihan akan layak sebagai pewaris bersama dengan dia. Dalam Perjanjian Lama, Tangan Kanan Allah adalah elohim rujuk dalam Mazmur 45:6-7 yang kita tahu merujuk kepada Yesus Kristus dari Ibrani 1:8-9. Dia setia dan telah diurapi dengan minyak kesenangan keatas sahabat dan sekutu-sekutunya. Takhtanya adalah takhta Allah (dikemukakan takhta mu O Allah dalam Mazmur).

 

Soalan 21(a). Mengapa Stefanus berbicara seperti demikian dalam Kisah 7:55 dan mengapa nabi Mikha berkata seperti apa yang dia katakan dalam 1 Raja-Raja 22:19 & 2 Tawarikh 18:18?

 

Jawapan (b): Anak-anak Allah sebagai Warga Sorga berdiri di sebelah tangan kanan dan tangan kiri takhta Allah. Kristus terangkat keatas sebagai anak Allah dalam kuasa dari kebangkitannya, dari kematian (Roma 1:4) yang mana dia telah dimuliakan dengan kemuliaan yang dia miliki bersama dengan bapa sebelum dunia dijadikan (dipetik dari tulisan-tulisan yang disebut dalam karya Soalan-Soalan Yang Sering Ditanya sebelumnya).

 

Soalan 22. Bolehka kita memberi ulasan terhadap Yohanes 1:1 “Pada mulanya Perkataan itu bersama dengan Yahovah.” Berapa makhluk yang terlibat dalam ayat ini?

 

Jawapan: Perkataan Yahovah tidak digunakan dalam ayat ini dan ianya dalam bahasa Greek. Seperti yang dijelaskan sebelum ini, sekiranya menggunakan ungkapan nama Yahovah, maka ianya seharusnya diungkap sebagai: Yahovah kepada Yahovah Alam Semesta. Terminologi ini boleh didapati dalam Zakariah 2:5-9 sebagai contoh, sebagai Yahovah Sabaoth. Makhluk ilahi yang diutus ke Yerusalem dan Sion pada zaman akhir adalah Yahovah tetapi bukan Yahovah Alam Semesta yang mengutusnya.

 

Dalam ayat 11 ia berbunyi:

Dan banyak bangsa akan menggabungkan diri kepada TUHAN pada waktu itu dan akan menjadi umat-Ku dan Aku akan diam di tengah-tengahmu." Maka engkau akan mengetahui, bahwa TUHAN semesta alam yang mengutus aku kepadamu.

Jelas bahawa ini adalah Yahovah Mesiah atau Tuhan, berbicara mengenai Allah sebagai Yahovah Alam Semesta yang mengutusnya.

 

Ayat dalam Yohanes 1:1 mengatakan firman itu kepada Allah dan bukannya bersama dengan Allah ( pros Ton Theon), dan (a) theos was the logos (pendapat artikel tidak tentu); atau lebih tepat lagi: theos kita adalah logos bererti elohim subordinat dalam Mazmur 45:6-7 yang merupakan Malaikat Yahovah (dipetik dari Zak 12:8). Perkara ini dijelaskan dalam tulisan Pra-Kewujudan Yesus Kristus [243]).

 

Soalan 23. Apakah maksud ayat-ayat dalam Roma 9:5; 1 Timotius 3:16; Titus 2:13 dalam merujuk kepada theos?

 

Jawapan: Theos digunakan untuk anak tanpa artikel tentu dalam Matius 1:23; Yohanes 1:1; (1:18 dalam ayat kuno tetapi tidak dalam Receptus dimana ianya diubah menjadi uion), 20:28 dan ayat-ayat lain. Roma 9:5; 2 Petrus 1:1; 1 Yohanes 5:20 (cp Kol 2:9 dan 2 Petrus 1:3, 4). Penggunaan theos tanpa artikel tentu berada dalam pengertian yang sama seperti dalam Mazmur 45:6-7 dan Ibr 1:8-9. Kristus adalah elohim aeons datang dalam bentuk daging. Perbezaan telah dibuat diantara Eloah dan entiti-entiti yang diungkap sebagai elohim, bersama Kristus sebagai kepala kepada anak-anak Allah, adalah perbezaan diantara doktrin jemaat di sepanjang abad dan Trinitarian, yang muncul selepas mereka dengan doktrin yang dicipta mereka. Komentar Heydock, 1851 terhadap Alkitab Douay mempunyai catatan untuk 1 Yohanes 5:20, yang tidak betul, yang cuba menyatakan bahawa the definite article [artikel tentu benar] (the) disini ditujukan untuk Kristus sebagai elohim. Perkara ini telah dilakukan secara khusus untuk menyerang golongan yang dirujuk oleh Heydock sebagai Socinian, dalam perkataan lain Unitarian dalam bentuk yang sama (dipetik dari tulisan Sociniansma, Arianisma dan Unitarianisma [185]; dan juga Peranan Perintah Hukum Keempat dalam Sejarah pemeliharaan Sabat Jemaat-jemaat Allah [170]).

 

Timotius 3:16 dalam KJV mengemukakan pemalsuan berdasarkan pemalsuan dalam Codex A dalam Muzium British. Catatan dalam Alkitab Companion menerangkan perinciannya. Secara dasarnya uncial O (dia yang) telah diubah oleh dua ahli pemalsu yang kedua-duanya dengan tinta yang berlaianan. Bar telah ditambah kepada O dan menjadi Theta dan kemudian sigma telah ditambahkan dan menjadi Theta Sigma sebagai terjemahan singkatan bagi perkataan theos dan kerana ini membuat ayat ini merujuk kepada Kristus sebagai Allah, yang mana sebenarnya tidak demikian. Ianya satu pemalsuan dan ianya dibetulkan dalam Alkitab-Alkitab yang mempunyai reputasi yang baik.

 

Lihat juga dalam tulisan Lengkungan pada Ciptaan Allah sebagai Alfa dan Omega [229].

 

Soalan 24 (a). Beberapa orang mengajar bahawa ada dua Yahovah (atau Yahweh)! Siapakah mereka? 1) Yahovah yang kelihatan; 2) Yahovah yang tidak kelihatan. Dimanakah bukti untuk pernyataan ini?

 

Jawapan: sekurang-kurangnya ada tiga Yahovah dan sebenarnya ada empat dari ayat Alkitab dalam Kejadian 18 dan 19.

 

Satu Yahovah, yang senior, tinggal bersam Abraham dan Yahovah yang dua lagi pergi untuk bercakap dengan Lot dan menangani Sodom. Kemudian Yahovah menurunkan api kepada Sodom dari Yahovah yang datangnya dari Sorga. Justru, ungkapan Yahovah adalah gelaran yang diberikan kepada makhluk-makhluk malaikat yang bertindak bagi Yahovah Alam Semesta, atau Satu-satunya Allah yang Benar, yakni Elyon atau Maha Tinggi. Ada sejumlah makhluk yang memiliki gelaran Yahovah ini.

 

Teologi Nama-nama Kudus benar-benar tidak berupaya untuk menyelesaikan isu ini, sebab ianya ditujukan kepada gelaran Yahovah sebagai satu-satunya nama bagi Allah dan cuba untuk menujukan sepenuhnya nama tersebut kepadaNya, sedangkan Alkitab secara terang-terangan menujukan gelaran itu kepada makhluk lain yang bertindak bagi Dia. Mereka tidak dapat menangani penggunaan ungkapan-ungkapan ini dan maksud teologi yang terkandung didalamnya. Teologi mereka menyeleweng dengan liciknya dan salah.

 

Soalan 24 (b). Jadi adakah Yahovah Perjanjian Lama sama dengan Yohashua Perjanjian Baru?

 

Jawapan (b): Satu daripada mereka adalah Mesiah Perjanjian Baru, Yahoshua atau Yehoshua, sekurang-kurangnya tiga yang lain bukan. Beberapa makhluk yang tampil kepada manusia dibawa gelaran Yahovah pada waktu Perjanjian Lama, bukan satu-satunya Allah yang benar, yang tidak penah dilihat oleh manusia atau tidak akan pernah dilihat oleh mereka (1Tim 6:16)

 

Soalan 25. Siapakah Imanuel dalam Yesaya 7:14?

 

Jawapan: El bersama kita dalam ayat ini, bukan elohim. El bersama kita ini adalah Mesiah. El boleh digunakan dalam pengertian yang sama yang berkuasa sama ada dewa atau para malaikat atau juga manusia.

 

Soalan 26. Mengapa Yahoshua meratap “Bapa, kedalam tanganMu, kuserahkan nyawaku”? Beberapa dinominasi mengatakan bahawa tidak ada Bapa, Yohanes 16:26. Mereka mendakwa bahawa Yahoshua adalah satu kedewaan, sebagai Bapa dan Anak dan tidak ada perbezaan.

 

Jawapan: Yohanes 16:27 menyatakan dengan agak jelas bahawa Bapa Sendiri mengasihi kamu sebab kamu mengasihi Aku dan percaya bahawa saya datang dari Allah (Concrdant Literal NT).

 

Ini adalah kehidupan kekal untuk mengetahui satu-satunya Allah yang benar dan Yesus Kristus yang diutusNya (Yoh 17:3).

 

Kumpulan Nama-nama Kudus, beberapa teologi Mesianik Yahudi dan juga Gereja Yesus Benar diantara orang-orang cina, berpegang teologi salah ini. Pandangan ini berasal dari kesalahfahaman terhadap ayat-ayat bahasa Ibrani dan penggunaan nama-nama. Ianya satu bentuk modalisma yang terdapat diantara orang-orang Roma dari penyembahan terhadap dewa Attis. Ia tidak mengendahkan teologi awal Jemaat dan beberapa garis besar dan ayat-ayat mengenai Allah dalam Perjanjian Lama dan Perjanjian Baru. Karya-karya tulis yang tersenarai diatas menangani ayat-ayat ini yang diperlukan untuk memahami pandangan ini. Lihat pada tulisan Pra-Kewujudan Yesus Kristus [243].

 

Soalan 27. Siapaka yang membangkitakan Mesiah dari mati? Adakah dia bangkit sendiri atau adakah seseorang yang membangkitkan dia? (cdipetik dari Yohanes 2:19; 11:25; Mar 16:6; Mat 28:6; Luk 24:34, 46).

 

Jawapan: Allah membangkitkan Kristus dari mati melalui perintah firman. Dia telah diperintah untuk menyerahkan nyawanya dan dia menerima perintah untuk mengambilnya kembali. Bagaimanapun, dia telah mati. Tidak ada apa-apa bahagian dalam hidupnya yang masih merayau-rayau di langit. Hal ini adalah doktrin anti-Kristus. Ayat dalam 1Yohanes 4:1-2 telah diubah dalam ayat Greek menurut ahli sejarah iaitu Socrates. Dia katakan itu sudah dimusnahkan oleh mereka yang berkeinginan untuk memisahkan keadaan manusia Kristus dari keilahiannya. 1Yoh 4:1-2 seharusnya berbunyi:

 

Demikianlah kita mengenal Roh Allah: setiap roh yang mengaku, bahwa Yesus Kristus telah datang sebagai manusia, berasal dari Allah, dan setiap roh yang cuba memisahkan Yesus Kristus bukan berasal dari Allah tetpi berasal dari anti-Kristus (Irenaeus 16:8 (ANF, Vol.1, fn. ms. 443; lihat Pernyataan Kepercayaan Dalam Iman Kristian (A1), 4th edition, CCG, ms. 7).

 

Beberapa denominasi menuntut bahawa Allah Bapa bukan makhluk yang berlainan. Mereka menuntut bahawa Yahoshua adalah satu kedewaan, yakni sebagai bapa dan anak dan tidak ada perbezaan.

 

Soalan 28. Adakah kamu tahu mengapa Mesiah berdoa seperti demikian dlam Matius 27:46; Lukas 23:34-46; Yohanes 19:28? Adakah ini menggenapi nubuatan dalam Mazmur 22; Yesaya 53:12; Mazmur 69:3 dan Mazmur 31:4?

 

Jawapan: Doa Kristus dalam Mazmur 22:1 telah dijawab oleh rujukan Mazmur yang sama dalam Mazmur 22:24:

 

Sebab Ia tidak memandang hina ataupun merasa jijik kesengsaraan orang yang tertindas, dan Ia mendengar ketika orang itu berteriak minta tolong kepada-Nya.

 

Ianya dilakukan dalam susunan untuk menunjukkan ketergantungannya dan kita atas kasih Allah dalam kebangkitan dan dalam kesengsaraan. Khususnya lihat dalam tulisan Aku Haus [102].

 

Ini juga menjawab soalan diatas dan ianya diperkembangkan dengan penuh dalam karya tulis yang disenaraikan dan dalam karya yang lain mengenai kebangkitan.

 

Soalan 29. Adakah Mesiah mengatakan bahawa dia sendiri adalah Elohim dalam Yohanes 10:33 atau 5:18?

 

Jawapan: tidak benar! Kristus tidak pernah dalam bila-bila masa mengatakan bahawa dia adlah elohim.komentar ini dibuat apabila mereka menuduh dia mengatakan bahawa dia adlah elohim tetapi dia menjawab mereka.

 

"Tidakkah ada tertulis dalam kitab Taurat kamu: Aku telah berfirman: Kamu adalah allah? (theos/elohim memetik Mazmur 82:6) Jikalau mereka, kepada siapa firman itu disampaikan, disebut allah (elohim) sedang Kitab Suci tidak dapat dibatalkan, masihkah kamu berkata kepada Dia yang dikuduskan oleh Bapa dan yang telah diutus-Nya ke dalam dunia: Engkau menghujat Allah! Karena Aku telah berkata: Aku Anak Allah? (Yoh 10:34-36).

 

Ibrani 2:11 menyatakan bahawa dia yang mentahbiskan dan mereka yang ditahbiskan adalah datang dari asal-usul yang satu. Bagaimanapun, Kristus telah ditahbiskan oleh Allah pada mulanya seperti yang kita lihat dari tulisan Kitab ini. Justru, semua yang ditahbiskan datang dari Allah sama seperti Yesus dari Allah.

 

Soalan 30. Apabila membezakan Mazmur 47:5 dengan Lukas 24:5; Kisah 1:9, adakah dia yang diangkat sebagai Yahovah menjadi Yahoshua Mesiah?

 

Jawapan: Elohim telah terangkat (telah diagungkan) Yahovah bersama dengan tanduk biri-biri jantan. Ini. Ini adalah Kristus tetapi dia telah dimuliakan oleh Elohimnya (dipetik dari Maz 45:6-7; Ibr 1:8-9).

 

Soalan 31. Siapakah ini dalam Wahyu 1:8, Yahovah atau Yahoshua? Adakah dia adalah elohim yang tertinggi?

 

Jawapan: Proses peninggian terhadap Kristus didalam ayat Wahyu dan kesalahan dalam ayat tersebut dalam KJV dijelaskan sepenuhnya dalam tulisan Lengkunga Ciptaan Allah sebagai Alfa dan Omega  [229]. Kristus bukan elohim yang tertinggi. Kedudukan ini dipunyai oleh Eloah, hanya dipunyai oleh Bapa.

 

Soalan 32. Bagaimana kita mengenali bapa Mesiah melalui rujukan-rujukan dalam Yoh 14:7,9; Mar 9:37; Yoh 12:45; 15:24; 1Yoh 2:13,14?

 

Jawapan: sekiranya kamu mengenali Kristus, maka kamu juga mengenali Bapa yang mengutus dia (Yoh 17:3). Mereka bukannya satu dan individu yang sama seperti Pergerakan Yesus Benar cuba satukan mereka dan demikian juga Mesianik Yahudi dan pergerakan Nama-nama Kudus secara salah cuba untuk menegaskan hal ini. Proses hikmat ini datang melalui Roh Suci.

 

Soalan 33. Mungkin kamu berkata Elohim tidak mempunyai persoalan mengenai kelahiran dan kematian; manakala  Mesiah Yahoshua telah mati dan pengsan. Bukankah kelahiran dan kematian hanya untuk tubuh dan bukan untuk roh seperti dalam Yohanes 6:63?

 

Jawapan: Doktrin anti-Kristus mencuba untuk menegaskan perpisahan sifat manusia dan keilahian Kristus seperti diatas. Semasa kematian roh akan kembali kepada Allah yang menciptanya (Peng 12:7)  (dipetik dari tulisan Kebangkitan Orang Mati [143]; dan Jiwa [092]).

 

Kristus telah diberi perintah bahawa dia harus mati dan dibangkitkan semula selepas tiga hari dan malam. Apa yang diperintahkan Allah terjadi.

 

Soalan 34. Apabila membezakan Yohanes 1:14 dengan Ibrani 2:14 tidakkah kita perlu simpulkan bahawa roh Yahovah muncul dalam bentuk Mesiah Yahoshua?

 

Telah dijawab di atas. Satu Yahovah, Malaikat Yahovah Alam Semesta tidak cuba untuk merebut persamaan dengan Allah dan maka dia menjadi manusia Yahoshua (perkataan inggeris yang disingkatkan: Joshua) atau Yesus Kristus dan merendahkan dirinya, taat kehingga mati diatas salib (dipetik dari Fil 2:5-8). Warga Semesta Alam yang taat tidak cuba untuk merebut persamaan dengan Allah dan tetap terus taat. Mesiah telah diutus untuk memulihkan seluruh ciptaan Allah.

 

Soalan 35. Menurut Ibrani 9:16,17 siapakah yang harus mati disini? Adakah Yahovah atau Yahoshua? Siapakah yang membuat perjanjian kematian dalam taman Eden?

 

Telah dijawab diatas. Kematian datang kerana ketidakturutan manusia dibawah pengaruh Setan (dipetik dari tulisan Doktrin asal-usul Dosa Bahagian 1 Taman Eden [246] and Doktrin asal-usul Dosa Bahagian 2 Keturunan Adam [248].

 

Yahoshua adalah yahovah dan elohim seperti yang kita lihat diatas. Dia telah diutus, kerana begitu besar kasih Allah akan dunia ini, sehingga Dia mengutus anakNya yang tunggal (monogene), supaya barangsiapa yang percaya kepadanya tidak akan binasa, melainkan memperolehi kehidupan yang berkekalan. Kita semua akan menjadi elohim. Ianya tertulis dalam kitab Taurat kita. Aku katakan bahawa kamu adalah allah (anak-anak kepada yang Maha Tinggi, semua kamu) (Maz 82:6) ...dan tulisan Kitab tidak boleh dibatalkan (Yoh 10:34-35).