Jemaat-jemaat Allah Al Masehi
[013]
Tanda Yunus dan Sejarah Pembangunan Semula
Bait Allah
(Edisi 3.5
19940402-19980822-20071211-20080106-20180106)
Satu daripada konsep yang sangat
disalahfahamkan ialah konsep Tanda Yunus. Ini adalah tanda yang tunggal yang
diberikan dalam pelayanan Mesiah. Tanda ini berkaitan dengan pembangunan kembali kaabah dan
juga tujuh puluh minggu dalam tahun. Tanda diperluaskan dan
mempunyai kaitan penting bagi zaman kita sekarang. Nubuatan masih lagi
beroperasi dan akan berakhir tidak lama lagi. Kefahaman yang betul tentang masa
pembangunan kembali kaabah adalah sangat mustahak. Kertas kerja ini
menghubungkan injil dan misi Yesus dengan buku Yunus, Daniel, Ezra, Nehemiah,
Hagai dan yang lain-lain.
E-mail: secretary@ccg.org
(Hakcipta
© 1994, 1998, 200, 2008, 2018 Wade Cox)
Karya tulis ini
boleh disalin semula dan didistribusikan secara bebas dengan syarat ia disalin
semuanya tanpa apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat
penerbit serta notis hakcipta harus disertakan.
Sebarang bayaran tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima salinan
yang didistribusikan. Petikan-petikan
ringkas daripadanya boleh dimasukkan ke dalam artikel-artikel kritis dan karya
ulasan tanpa melanggar undang-undang hakcipta.
Karya ini boleh didapati daripada Internet di:
http://www.logon.org dan http://www.ccg.org
Tanda Yunus dan
Sejarah Pembangunan Semula Bait Allah
Pembangunan Semula Bait Allah
Ada tiga versi
mengenai pembangunan semula kaabah:-- pertama, adalah Alkitab, kedua, Apocrypha
dalam 1 Esdras dan ketiga adalah oleh Josephus dalam The Antiquities of the Jews dalam Buku XI Bab I ke IV.
Semua telahpun
dipersetujui bahawa Cyrus telah menghantar perlengkapan rumah Tuhan kepada
Sheshbazzar anak raja (Ezra 1:8) atau pembesar (Ezra 5:15 atau 1 Esdras) di
Yehuda untuk menjaga sehingga pembangunan Kaabah bermula, dan mereka telah
dibawa kembali bersama-sama dengan mereka yang dalam
pembuangan.
(Kecuali Josephus The antiquities of the Jews, Bk. XI, Ch.
III, lihat nota dalam Pemerintahan Magi) Zerubbabel telah direkodkan sebagai
Governor semasa pemerintahan Darius (dalam pembuatan semula dasar) dan
ketiga-tiga pengawal dalam lagenda Apocryphal juga terdapat dalam Josephus
dimana telah disediakan dalam pemerintahan ini
(Zerubbabel mungkin telah kembali dengan yang lain semasa zaman Darius
I, tetapi ini adalah cuma andaian).
Altar Tuhan telah
dibina dalam bulan yang ketujuh dalam tahun pertama mereka kembali. Kebanyakan mereka yang dalam pembuangan
dahulu pergi ke pekan dan bukan ke Yerusalem (kalau bukan semua mereka mengikut
nubuatan) (Ezra 3:1-3). Dasar kaabah
belum lagi dibuat (ayat 6). Kerja telah bermula dalam tahun yang kedua dengan dasar
telah dibuat (ayat 10). Sejak dari masa
ini, orang-orang Yahudi merasa kecewa dalam cubaan mereka oleh penduduk di
kawasan tersebut, selepas itu dikenali sebagai Samaritans, yang bukan orang
Israel tetapi Cuthean dan Medes yang telah menetap di Israel selepas sepuluh
suku kaum telah di usir secara sengaja melalui polisi oleh Esarhaddon, Raya
Asaria. Josephus mengatakan bahawa
mereka telah dipindahkan dari Cutheth dan Media oleh Shalmaneser, Raja
Asaria. Polisi yang sengaja dibuat
mengenai penempatan semula adalah ciri-ciri empayar Tigris-Euphrates dan telah
memberi kesan sejauh ke Ethiopia dan Libya yang jauh di Lembah Indus. Israel telah ditempat semula di Utara
Araxes. Orang-orang terpilih Israel
lewat tahun telah berpindah ke pondok-pondok disepanjang Euphrates dan mereka
juga kelihatan berada diantara orang-orang Yudea, yang memberikan bukti bahawa
orang-orang Israel telah tinggal diantara orang-orang Yudea. Pendapat yang tersalah ini telah disokong
oleh beberapa ahli taurat yang terkenal di sebelah Timur.
Orang-orang Cuthean dan Medes yang dikenali sebagai Samaritans telah menganut agama orang-orang Yahudi dan lewat tahun mereka telah membina sebuah kota, Sechem, di bawah Gunung Gerrizzim yang dihuni oleh orang-orang yang ingkar terhadap agama Yahudi. Sebagai contoh, mereka yang takut dengan pengadilan atas pelanggaran hukum yang berkenaan dengan Sabat dan daging, dan lain-lain. (Josephus The Antiquities of the Jews, Bk. XI, Ch. VII:2 & VIII:6-7 & Ezra 4:2).
Jadual yang berikutnya menunjukkan urutan peristiwa-peristiwa mengikut Alkitab, dengan menggunakan tarikh semasa yang diterima, walaupun ia berbeza dengan pendapat Josephus.
Terdapat satu Kaabah yang dibina di pertengahan kurun kelima BCE oleh golongan Samaria. Fondasi telah ditemui yang mana menyerupai dengan fondasi di Yerusalem, dimana dibuat pada masa kepulangan tetapi tidak disiapkan sehingga pemerintahan Darius II satu kurun kemudiannya, dan selepas struktur di Gerizim.
Josephus telah dibuktikan silap berkenaan dengan tarikhnya terhadap kerja-kerja di Gunung Gerizim. Dr. Yitzhak Magen telah menggali Kaabah yang asal dan memberinya tarikh pada pertengahan kurun kelima BCE. 13,000 duit syiling orang Persia telah ditemui di tempat persepuluhan. Terdapat 68 jenis duit syiling yang berlainan, yang terawal bertarikh 480 BCE. Bahan tembikar ini bertarikh kurun yang kelima dari kurun yang keempat. Tulang-tulang korban bertarikh kurun yang kelima. Di persidangan arkeologi di Copenhagen pada 2006, ianya diumumkan bahawa Josephus tersilap dengan tarikhnya (petikan Y. Magen. Mt. Gerizim Excavations, Jil. 1. Terbitan Judea and Samaria. JSP II, Israel Antiquities Authority 2004 ISBN 965-406-160-0 ISBN 13: 978-965-406-160-5). Perinciannya menandakan satu kaabah dan keimamatan yang aktif di Gerizim dari pertengahan kurun kelima (mungkin sehingga 343 tahun) sebelum pemusnahan Hircanus, dari 113 BCE. Itulah sebabnya mengapa pembinaa di Yerusalem telah ditentang dengan sungguh-sungguh oleh orang-orang ini, seperti yang disebut dalam Alkitab.
Tarikh |
Peristiwa |
539 BCE |
Babylon ditakluki oleh Cyrus dan Darius dari Mede, anak lelaki Astyages (dipanggil Xerses oleh Daniel), pakcik kepada Cyrus dan pengawal yang pertama, memerintah dari Babylon dan Media dimana ia mengambil Daniel. (Josephus Antiq. of the Jews, Bk X, Ch. XI:4). |
538/7 BCE |
Pemerintahan Cyrus secara reBCEi Orang-orang buangan kembali (tarikh tidak pasti). Mereka kembali ke pekan Israel tetapi bukan ke Jerusalam. |
? |
Sheshbazzar membina dasar
bangunan Kaabah (Ezra 5:16). Dasar
mungkin mungkin telah di buat kembali oleh Zerubbabel apabila dia memulakan
selepas membina altar (Ezra 3:2). Ada kemungkinan bahawa Sheshbazzar adalah
Shenazzar dalam 1 Tawarikh 3:17-19, anak lelaki kepada Shealtiel dan saudara
lelaki kepada Pediah, bapa Zerubbabel.
Ada kemungkinan besar bahawa Zerubbabel mengambil alih tempat
Sheshbazzar sebagai Governor semasa ia masih muda. Matius 1:12 merekod Zerubbabel sebagai anak
lelaki Shealtiel, menunjukkan bahawa Pediah mungkin telah meninggal sewaktu
ia muda dan Shenazzar atau Sheshbazzar mengambil tempat Shealties sebagai
Putera Wali di Yudea dan kemudiannya diambil alih oleh Zerubbabel, sama ada
semasa ia tua atau apabile pakciknya meninggal dunia. |
530-522 BCE |
Pemerintahan Cambyses. Dia memerintah selama setahun bersama-sama dengan Cyrus, bapanya. Josephus merujukkan kepada surat rungutan yang ditulis oleh raja ini tetapi tiada rekod yang terdapat dalam Alkitab. Cubaan telah dibuat untuk mengaitkan dia dengan surat kepada Ahasuerus, tetapi ini adalah terjemahan Xerxes dan diterjemah seperti ini oleh Moffatt, NIV dan lain-lain. Herodotus merekodkan bahawa raja ini adalah gila. |
525 BCE |
Berakhirnya teka-teki nubuatan mengenai tangan Pharaoh yang patah dalam peringkat pertama oleh Cambyses menakluki Mesir (Ezek. Chs. 29-30 et seq.), yakni, lapan puluh tahun dari 605 BCE. |
522 BC |
Pemerintahan Magi (rekod oleh Josephus). Magi telah disembelih selepas satu tahun memerintah, dan Darius, anak lelaki Hystaspes telah dipilih oleh tujuh prinsip keluarga Persia sebagai raja. Zerubbabel kembali dari Yudea untuk Vesel Tuhan yang masih di Babylon (mungkin satu pertentangan). BCEerdis, orang Magus telah diganti sebagai BCEerdis, anak lelaki Cyrus, telah dibunuh dibawa arahan Cambyses. Dia memerintah selama tujuh bulan sehingga dia dan saudaranya, Patizeithes, (yang memulakan penggantian) telah diketahui dan telah dipenggal kepala pada malam penyembelihan Magi (Magophonia). Dia bukanlah raja sebenar dan memberi hanya satu perintah iaitu menghapuskan cukai selama tiga tahun. Dia telah ditahan dalam istana atas rasa takut diketahui dengan apa cara pun sebab Cyrus telah memotong telinga BCEerdis orang Magus atas sebab kesalahan yang serius. BCEerdis ini kadang-kadang digunakan sebagai satu daripada tiga raja yang disebut dalam Daniel 11:24. Keempat-empat raja yang disebut, besar kemungkinan mereka ialah Cambyses, Darius, Xerxes dan Cyrus Artaxerxes. Raja-raja yang lain tidaklah begitu terlibat walaupun Darius II telah bercampur tangan dengan hal ehwal di Greek dengan memasuki dalam perjanjian dengan Sparta (Thucydides The Peloponnesian War, Bk. 8:5,6,36,37,57-59). Herodotus telah menulis tiga yang terakhir di Histories, Bk. 6, ms. 100; Semasa tiga generasi yang melibatkan pemerintahan Darius anak lelaki Hystaspes dan anaknya Xerxes dan cucu lelakinya Artaxerxes, Greek telah mengalami penderitaan yang lebih teruk dalam tempoh dua generasi sebelum Darius dilahirkan, yang sebahagiannya disebabkan oleh perang di Persia dan juga sebahagiannya disebabkan oleh perjuangan untuk kemegahan. Selepas Cyrus Artaxerxes, Persia sangat komited untuk kemusnahan dengan Greece sehingga reaksi Greece tidak boleh dihindarkan lagi dan ia dilaksanakan oleh Alexander. |
521 BCE |
Darius I (Yang Agung). Ada pembinaan sedikit kaabah (Ezra 4:4-5). |
516 BCE |
Nubuatan tujuh puluh tahun
berakhir (Jer. 25:8-14 dan Dan.9).
Yerusalem mungkin boleh dihuni sehingga pada tarikh ini. |
486 BCE |
Xerxes I (Ahasuerus), anak lelaki keempat kepada Darius I, cucu pertama kepada Cyrus. Surat telah ditulis kepada dia, tetapi tiada balasan yang telah direkodkan (Ezra 4:6). |
465 BCE |
Artaxerxes I (nama sebenar
ialah Cyrus, juga dipanggil sebagai Macrocheir atau Longimanus). Surat ditulis kepada dia oleh Bishlam,
Mithredath dan Tabe-el (Ezra 4:7) ketua kumpulan penentang pemulihan
anti-Yahudi semasa pemerintahan raja ini.
(Ini adalah berbeza dengan ketua kumpulan yang disebut oleh Nehemiah,
dan mengukuhkan lagi fakta yang ada dua raja yang berlainan telah terlibat. Artaxerxes telah mengeluarkan perintah
untuk menghentikan pembangunan kaabah (Ezra 4:7-24). Penaklukan Mesir oleh orang-orang Athenia
dengan ikatan persatuan Delos telah mendorong untuk mengadakan kawalan
keganasan. Pemberontakan telah dikurangkan
dalam tahun 454 sebelum masihi di
Mesir dan juga di bahagian-bahagian lain dalam empayar. Pembangunan benteng Yerusalem dengan jelas
tidak diingini. Peperangan Greek
bermula dari pembakaran Sardis pada tahun 501 BCE sehingga tahun Artaxerxes
yang ketujuh belas dalam tahun 448 BCE. |
424 BCE |
Xerxes II (tiada rekod alkitabia). Telah dibunuh dalam tahun 424 selepas 45 hari oleh Sogdianus, saudaranya yang tidak sah yang memerintah selama 6? bulan. Dia telah di bunuh oleh saudaranya yang tidak sah yang lain, Ochus, dimana dia menjadi raja Darius II lewat tahun 424 BCE dan permulaan 423 BCE. |
423 BCE |
Darisu II. Telah memerintah supaya
memulakan pembangunan dalam tahun 422 BCE (Ezra 6:1 dan 4:24)(dalam tahun
keduanya). 70 tahun bermula. Dari Ezra 5, ia kelihatan bahawa seperti
nubuatan Hagai dan Zakariah dalam tahun 423 BCE dan 422 BCE. 70 tahun bermula dari 423/422 BCE (tahun pertama dalam masa peringatan
yang baru). Pembangunan siap dalam
tahun keenam Darius dari Persia (Ezra
6:15) in 3 Adar i.e. March 418 BCE.
Darius meninggal dalam lingkungan masa penghujung 405 ke musim bunga
404. Kaabah di Gunung Gerizim mungkin juga terlah bermula pada masa ini,
tetapi mungkin juga tidak sebelum 465 (lihat diatas). |
404 BCE |
Artaxerxes II (Arsakes) menghadapi penentangan Mesir ketika Musim Semi atau Nisan 404 BCE. |
402 BCE |
Artaxerxes kehilangan Mesir. |
401 BCE |
Perang saudara di Persia. Greek telah kalah dalam peperangan Cunaxa dan mereka berundur ke pesisiran Laut Hitam. |
398 BCE |
Syarat ketetapan kepada pengembalian Ezra dalam tahun yang ketujuh puluh, mungkin memberi manfaat kepada ketaatan orang-orang Yahudi (Ezra 7:1-26). |
387 BCE |
Artaxerxes mengalahkan Spartan dan mengakhiri campurtangan mereka. Ketenangan raja melihat Persia dan menduduki kembali Ionia. |
385 BCE |
Nehemiah dijadikan Governor
Yudea dari 385-372 BCE apaibla kota dan benteng telah dibina (Neh.
5:14). Eliashib adalah Imam yang Maha
Tinggi (Neh. 3:1). Ini adalah surat
yang kedua atau perintah Artaxerxes.
Ini adalah pembinaan pintu gerbang benteng Kaabah dan juga benteng
kota (Kaabah sudahpun dibina - Neh.
6:10-11). Kota kelihatan telah
dirosakan dalam perang saudara dimana orang-orang Babylon dan Yahudi Israel
dengan jelas menyokong raja. |
375/4 BC |
Ini mengakhiri nubuatan dalam Daniel 9:25 pengurapan pertama kepada 7 minggu dalam tahun. 49 tahun dari 423/2 BCE – 375/4 BCE. |
374/3 BCE |
Tahun Yobel bermula pada tahun 374 BCE ditahun yang ke-32 Artaxerxes II memerintah. Tidaklah begitu jelas sama ada pemulihan tanah oleh Nehemiah merupakan pemulihan peringatan. Walau bagaimanapun, ia kelihatan bahawa ini lah kemungkinannya, lagi pun ini adalah peringatan yang terakhir telah diketahui. |
374/3 BCE |
Tahun yang ke-32 oleh Artaxerxes. Nehemiah kembali ke Yerusalem dari Babylon dan mendapati bahawa Kaabah adalah dalam keadaan yang tidak teratur dibawah jagaan Eliashib dan Tobiah (Neh. 13:6). Nehemiah telah memulihakan Kaabah dan memberikan syarat-syarat kepada orang-orang Lewi dan pengidung yang telah kembali ke Kaabah. Dia menetapkan semula persepuluhan dan membersihkan Hari Sabat (Neh. 13:12-19). |
323 BCE |
Ezra meninggal pada tahun yang sama Alexander the Great meninggal (Seder Olam Rabbah 30) |
62/63 BCE |
Berakhirnya 62 minggu dalam tahun dan persepuluhan telah dimansuhkan dan pengurangan kuasa imam kepada perkara-perkara kriminal dengan penghukuman James, Bishop di Yerusalem pada tahun 62 BCE. |
70 |
Berakhirnya 70 minggu dalam tahun dan pemusnahan Kaabah. |
73 |
Kejatuhan Yudea dan Masada. |
Josephus
mendapatkan Zerubbabel selepas ia kembali atas perintah Cyrus. Surat kepada Ahasuerus adalah surat kepada
Cambyses dan pembinaan telah siap semasa perintahan Darius I dengan Ezra dan
Nehemiah kembali dalam pemerintahan dan nabi Hagai dan Zakariah telah
dibangunkan dalam tahun yang kedua dalam pemerintahan tersebut. Pembinaan, mengikut dia akan siap dalam tahun
516 BCE. 519-516 BC adalah masa yang
paling awal yang dibenarkan bagi nubuatan tujuh puluh tahun yang dibuat oleh
Jeremiah dan telah diulang kembali oleh Daniel dan memberikan masa dimana
Jerusalam akan dibinasakan. Urutan masa
adalah sangat sesuai, dan semua perkara telah berlalu mengikut kemungkinan yang
paling awal dibenarkan leh nubuatan, mungkin tidak memerlukan misi Hagai, dan
pada satu had, Zakariah untuk memberi arahan kepada mereka supaya meneruskan kerja
mereka (Hagai 1:2-15). Ezra 4:23 dan
5:1-2 menunjukkan bahawa Hagai dan Zakariah telah dilantik dibawah perintah
Artaxerxes yang menghentikan pembinaan (lihat 1 Esdras 7:5).
Josephus
seterusnya mengenal pasti perintah yang memberikan syarat-syarat kepulangan
Ezra dengan Xerxes dan suami kepada Esther sebagai Artaxerxes I. Masalahnya ialah Ahasuerus (atau Ahasaerus)
adalah Xerxes Persia. Artaxerxes I,
telah diberi nama Artaxerxes oleh orang-orang Greek (lihat Josephus Antiq.
of the Jews, Bk. XI, Ch. VI:l).
Maklumat
seterusnya yang boleh memberikan terang ialah ada enam generasi orang-orang
Levite yang terlibat dari kepulangan Zerubbabel dan permulaan sehingga
penyiapan dalam pemerintahan Darius dari Persian (Neh. 12:1-22). Kehidupan Zerubbabel telah diperpanjangkan
oleh Tuhan untuk memimpin penyiapan (Zak. 4:9) dan, selepas meseg Hagai dan
Zakariah, dia bangun dan menyiapkan Kaabah dengan Jeshua, anak lelaki Jozadak.
Dari kedatangan
Jeshua dengan Zerubbabel sehingga pemerintahan Darius dari Persia, telah
direkodkan dalam Nehemiah 12:10-11 bahawa Jeshua mempunyai anak lelaki,
Joiakim, seorang cucu, Eliashib, seorang cicit, Joiada, seorang anak kepada
cicitnya, Jonathan, dan seorang anak kepada anak
dari cicitnya, Jeddua.
Dari Nehemiah
12:22, kita lihat bahawa Jonathan tidak mengganti tempat Joiada sebagai ketua
imam tetapi saudara Joiada telah mendapat tempat itu. Jonathan telah berkahwin Sanballat, anak
perempuan kaum Horon, dan telah dibuka oleh Nehemiah (Neh. 13:28). Walau bagaimanapun, adalah muktamad bahawa
ada lima generasi yang teleh dilahirkan kepada Jeshua sebelum pemerintahan
Darius dari Persia, raja yang telah memberikan perintah untuk membinakan dan
menyiapkan Kaabah. Walaupun Jeshua
mempunyai beberapa anak-anak lelaki yang ada bersama-sama dengannya semasa
pembinaan dasar Kaabah selepas tahun yang kedua (Ezra 3:9), ada kemungkinan
besar bahawa Darius dalam pembinaan itu ialah Darius I, sebab ia telah
memerintah dari 521-466 BCE, kira-kira 16 tahun selepas kepulangan. Ia semestinya Darius II dalam tahun 423-404
BCE kira-kira 114 tahun selepas kepulangan.
Memberikan 20 tahun setiap generasi dan memberikan peluang bagi Jaddua
menjadi imam sebelum raja ini, Zerubbabel mempunyai kira-kira 120 tahun umur
dan dengan ini Jeshua mempunyai kira-kira 140 tahun umur pada masa pembinaan
dan mereka meninggal dunia tidak lama kemudian.
Penggunaan istilah membangunkan
dalam Ezra 5:2 menunjukkan bahawa Zerubbabel dan Jeshua sudahpun lanjut umur
dan telah berhenti daripada tugas-tugas yang berat seperti mana yang dinyatakan juga dalam
Zakariah 4:9.
Perlu juga
diambil perhatian bahawa Iddo juga kembali bersama dengan Zerubbabel. Semasa Joiakim menjadi imam yang maha tiggi,
keimaman telahpun melimpasi dua generasi, jadi kita lihat bahawa Zakariah telah
dipilih diantara orang-orang Lewi, dari zaman Iddo. Dia sebenarnya cucu kepada Iddo, anak lelaki
Berechiah dan dia adalah nabi pada tahun yang kedua semasa zaman Darius. Apabila Zakariah berkata mengenai alat
pengukur dalam tangan Zerubbabel dan imam yang maha tinggi, Jeshua, ia
betul-betul mengkagumkan dan sebagai satu tanda Allah bahawa bukan sahaja
Zerubbabel mesti memulakan dasar tetapi juga mesti menyiapkannya. Kita tahu dari Nehemiah 12 bahawa Zakariah
adalah imam dibawah Joiakim. Dengan ini
dasar aktiviti dari zaman kegemilangan masih lagi berguna.
Nubuatan Zakariah
mempunyai hubungan dengan kepentingan pembangunan Kaabah dan tujuh puluh minggu
dalam tahun, dari tahun pemerintahan Darius II yang kedua, pembangunannya,
penyiapannya dan pemulihannya.
Bukti Yang Bukan Berdasarkan
Alkitab
Kebanyakan
bukti-bukti yang memberitahu cerita-cerita Alkitab adalah berasal dari
huruf-huruf Arab, diterjemahkan oleh H.L. Ginsberg dan dicetakkan di The
Ancient Near East: An anthology of texts and pictures (ed. James B.
Pritchard, Princeton, 1958, pp. 278-282), adalah surat-surat kepada dan dari
orang-orang Yahudi pada benteng Elephantine.
Benteng ini telah dibuat oleh orang-orang Yahudi dan orang-orang
berbangsa Semit bukan Yahudi sejak dari zaman
kerajaan Eghpt sebelum penaklukan Medo-Persians.
Rumah Tuhan yang
menarik telah dibina disana dan sudah lama berdiri apabila Cambyses menakluk
Mesir.
Seperti mana yang
disebut sebelum ini, semasa pemerintahan Cyrus Macrocheir atau Artaxerxes I,
penaklukan Mesir oleh orang-orang Athen telah dihentikan dalam tahun 454 BCE
dan Wali yang tertinggal untuk mengetuai ialah orang Medo-Persia yang bernama
Arsames, yang memerintah sebagai Wali dari tahun
455/4 BCE kepada sekurang-kurangnya tahun 407 BCE.
Semasa,
sekurang-kurangnya sebahagian daripada masa itu, ketua orang-orang garnisun
Yahudi adalah orang Yahudi iaitu ialah
Yedoniah. Dalam tahun yang kelima semasa
zaman Darius II, 420/419 BCE, Hananiah, seorang penulis Yahudi kepada Arsames
telah menulis kepada Yedoniah di Elephantine, memberitahunya bahawa Darius
telah mengirim surat kepada Arsames untuk memberikannya kebenaran untuk
mengadakan upacara Roti Tidak Beragi bagi orang-orang garnisun Yahudi, dan juga
memberikan pengiraan yang terperinci mengenai hari permulaan upacara tersebut
pada 14 Nisan seperti berikut:
Jadi, kamu kira dari
hari yang keempat belas dalam bulan Nisan dan mematuhi perayan paskah, dan dari
hari yang ke-15 sehingga hari yang ke-21 hari Nisan adalah pemeliharaan upacara
Roti tidak Beragi. Hendaklah kamu (dalam
acara agama) bersih dan berhati-hati.
Janganlah melakukan kerja pada hari yang ke-15 atau hari yang ke-21,
atau minum bir, atau makan sesuatu yang dicampurkan dengan ragi. Dari hari yang ke-14, waktu matahari terbenam
sehingga hari yang ke-21 hari Nisan, untuk tujuh hari ia tidak semestinya
kelihatan diantara kamu. Janganlah bawa
ia didalam kediamanmu tetapi tutup ia diantara hari-hari ini. Arahan dari Raja Darius. Kepada saudaraku Yedoniah dan orang-orang
garnisun Yahudi, saudara kamu Hananiah.
Catatan 1. psh
dua ostraca dari Elephantine.
Catatan 2. Arahan termasuk bir adalah konstruksi
berdasarkan kepada tradisi orang-orang Yahudi.
Perayaan yang
diarah oleh Darius pada tahun yang kelima pemerintahannya terhadap orang-orang
Yahudi dan juga Elephantine adalah ialah perayaan paskah yang dirujukkan di
Ezra 6:13-22. Perayaan ini diadakan pada
waktu dedikasi Rumah Tuhan dimana ia boleh terjadi dari surat di Elaphantine
pada 419/8 BCE.
Tahun yang kelima
zaman Darius yang kedua adalah tahun sebelum penyiapan Rumah Tuhan, adalah
menghairankan bahawa terdapat 123 lelaki dan perempuan orang-orang garnisun
Yahudi gdi Elaphantine pada hari ke-3 Phanenoth (bulan dalam calendar Mesir)
dalam tahun ke 5 telah mengumpul dua shekel setiap seorang, berjumlah 12 karash
dan 6 shekel (di mana 20 shekel adalah sama
dengan satu Karash, maka ini adalah 246 shekel). Pungutan ini telah didedikasikan kepada Tuhan, Yaho (Ya[o]weh). Adalah menghairankan bahawa golongan garnisun
bukan berbangsa Yahudi, juga telah mendermakan sehingga 7 karesh untuk
Ishumbethel, dewa lelaki orang Aramean dan 12 karesh untuk Anathbethel, dewa perempuan dimana sama dengan Anath,
isteri Baal.
Pungutan pada
tahun yang kelima ini adalah bersamaan dengan pungutan khas dan kemungkinan digunakan
untuk perhiasan Rumah Tuhan di Yerusalem.
Sama ada sumbangan lain-lain pergi ke bahagian lain di bahagian timur
mediteranean ke kuil-kuil pagan atau ia adalah sumbangan kepada Rumah Tuhan
bagi pihak Aramean cults, kami Cuma membuat tekaan. Walau bagaimanapun, ini mungkin satu petunjuk
bahawa orang-orang telah bercampur gaul dengan orang-orang bukan Yahudi seperti mana yang kita ketahui terjadi dari Ezra 9:1-4 dan disambung sehingga
Nehemiah.
Apa yang kita
tahu ialah pada Marheshwan ke-20 dalam tahun yang ketujuh belas Raja Darius,
contoh 408 BCE, sepucuk surat telah dikirm ke Yerusalem kepada Bagoas, Governor
Judah, memberitahu urutan perkara-perkara yang akan berlaku disekeliling
ketibaan Arsames yang telah kembali ke Mesopotamia kepada raja. Selepas Arsames kembali kepada Darius,
imam-imam Allah, Khnub, dalam benteng di Elephantine, telah membuat pakatan
dengan ketua komandan, Vidaranag, untuk menghapuskan Rumah Tuhan, Yaho di
Elephantine. Anak lelakinya, Nefayan,
yang memegang kuasa terhadap benteng di Syene telah di panggil dan diperintah
untuk memusnahkan Rumah Tuhan di Elephantine “Benteng Yeb”.
Dia dan
orang-orang Mesir dan askar-askar lain telah masuk dan memusnahkan Kaabah
sehingga rata dan menghempaskan bumbungan batu dan kelima-lima pintu gerbang
yang kuat tetapi meninggalkan pintu terngangah.
Mereka telah membawa emas dan perak dan semua artifak-artifak lainnya.
Surat tersebut
telah menunjukkan bahawa ini sahaja lagi Rumah Tuhan yang tertinggal dari
penaklukan Cambyses. Vidaranag kemudiannya
dibunuh dan dimakan oleh anjing-anjing.
Surat itu juga
telah menunjukkan bahawa apabila malapetaka berlaku, sepucung surat telah
dikirim kepada imam besar di Yerusalem yang bernama Johanan, jadi kami tahu
bahawa imam besar dalam tahun 410 BCE ialah Johanan. Ini mengenepikan ketidakpastian bahawa Darius
dari Persia yang dirujukkan di Nehemiah 12:22 adalah Darius yang Kedua.
Surat ini juga
menunjukkan bahawa mereka menulis kepada Ostanes, saudara Anani dan orang-orang ternama
Yahudi. Orang-orang ini tidak membalas
(“Tidak pernah ada surat yang dikirim kepada kami.”). Orang-orang Yahudi di Elephantine memakai
pakaian yang diperbuat daripada karung dan berpuasa bermula Tammuz, tahun yang
ke-14 zaman Darius, 411 BCE, sehingga kepada tarikh surat, 408 BCE.
Mereka telah
memohon bantuan untuk membina kembali Rumah Tuhan dengan cara sangat hormat dan
juga memberitahu Governor bahawa mereka juga telah menulis kepada Delaiah dan
Shelemiah, anak-anak lelaki kepada Sanballat, Governor Samaria. Dengan penuh yakin mereka mahu mereka supaya
menjadi wakil kepada Governor. Sanballat
ini adalah kaum Horon yang disebut dalam Nehemiah 2:10 dan anak perempuannya
telah berkahwin anak lelaki Joiada, anak Eliashib, imam besar.
Ini telah
membuatnya tidak layak sebagai imam besar.
Eliashib, imam besar, masih hidup sebagai kepulangan Nehemiah (Neh. 3:1)
tetapi Johanan sudahpun melaksanakan tugas sebagai imam besar pada masa
kepulangan Ezra pada tahun 410 BCE.
Bolehlah disimpulkan bahawa Eliashib adalah imam besar yang paling tua
yang masih hidup pada masa kepulangan Nehemiah, dan sebagai ketua kepada
keimaman tetapi telah menyerahkan tugas-tugasnya kepada Joiada kemudian kepada
Johanan (mengambil tempat anak saudaranya) dan kemudiannya Juddua telah
mengambil tempat sebagai imam besar menurut Nehemiah 12:22 semasa pemerintahan Darius orang Persia (II).
Nehemiah 12:22
kelihatan telah membahagikan lima masa itu kepada dua era.
Era yang pertama
ialah semasa jagaan zaman Joiakim, anak Jeshua, dan era semasa merujukkan “zaman
Nehemiah, Governor dan Ezra yang imam, orang pintar”. Ini menunjukkan bukti yang kukuh tentang
pembahagian masa sekitar masa keimaman yang sudahpun meninggal (cth. Joiakim
adalah bapa kepada Eliashib), dan era semasa oleh imam-imam yang hidup termasuk
Eliashib sebagai imam yang paling tua diantara imam-imam yang hidup.
Semasa kepulangan
Ezra, Jaddua tidak disebut, hanya Jehohanan sahaja telah direkod mempunyai
bilik imam, menunjukkan bahawa dia masih lagi sebagai imam besar. Jaddua kelihatan termasuk dalam Nehemiah
12:22 yang pernah menjadi sebagai imam yang mungkin sebagai imam sementara
sebagaimana Nehemiah memasukkan semua keimaman sehingga zaman pemerintahan
Darius dari Persia yang tidak diragu-ragu lagi sebagai Darius II. Ezra telah menulis seolah-olah Johanan (atau
Jehohanan) tidak ada dan dia telah mengambil tempat ketidakhadiran Johanan
dalam bilik imam.
Kelihatan dalam
sumber-sumber dari Alkitab dan bukan dari Alkitab, menunjukkan bahawa
keadaankeimaman telah menjadi buruk selepas zaman Joiakim. Eliashib, Johanan dan Jaddua tidak kelihatan
menjalankan kerja-kerja imam dengan teliti dan rajin. Tanpa balasan kepada orang-orang Yahudi di
Elephantine oleh Johanan dan penyertaan yang kurang dalam aktiviti-aktiviti
Ezra dan Nehemiah menunjukkan yang mereka telah mengabaikan tugas-tugas
mereka. Perkahwinan diantara suku kaum,
pencemaran dan mengotoran gereja telah dibuktikan dengan lebih kukuh lagi oleh
surat-surat dari Elephantine. Memorandum
merekodkan bahawa Bagoas dan Delaiah telah menuliskan kepada golongan garnisun
memberikan arahan supaya Arsames diberitahu supaya Rumah Tuhan akan dibangun
kembali di Elephantine dengan daging sebagai persembahan dan kemenyan akan
dibuat di atas altar seperti mana selalu dilakukan dahulu.
Tidak disebut mengenai
korban bakaran supaya tidak menyinggung
Arsames, Mazdean yang menganggap persentuhan api dengan badan yang mati
sebagai suci. Ia kemudiannya direkodkan
bahawa orang-orang Yahudi di Elephantine dibawa Yedoniah akhirnya terpaksa
memohon Arsames berjanji supaya tiada korban bakaran diadakan dalam Rumah Tuhan
dan pembayaran seribu ardab-ardab barli (teks dalam Pritchard, ibid.).
Kelihatan bahawa
Rumah Tuhan siap dibina dalam tahun 417 BCE.
Ketua-ketua keimaman telah meninggal dan terjadi beberapa kekurangan
bimbingan dan petunjuk telah terjadi, dengan Eliashib, Johanan dan Jaddua tidak
aktif dalam suatu tahap.
Apa yang penting
mengenai dengan ayat-ayat ini ialah mereka memberikan bukti kebenaran yang
penting tentang maklumat-maklumat dari alkitab dan mereka menunjukkan ketepatan
Alkitab secara literal. Mereka juga
menunjukkan bahawa tradisi tarikh pembinaan dalam tahun 516 BCE adalah
mustahil.
Satu lagi bukti
kebenaran penting tentang ayat dalam alkitab terdapat dalam tulisan Arab. Mibtahiah, anak perempuan kepada Mahseiah,
anak lelaki Yedoniah, telah mengawini Pi, anak lelaki kepada Pahi (Phy), yang
membina benteng Syene dimana Mahseiah bekerja dibawa Varizata. Ini menunjukkan batas tentang perkahwinan
antara kaum yang terjadi sehingga zaman Ezra dan Nehemiah.
Dalam tahun yang
ke-25 zaman Artaxerxes, pasangan ini telah bercerai dan persetujuan telah
disimpan dalam tulisan Arab. Mibtahiah
telah dipaksa untuk membuat sumpah oleh tuhan orang-orang Mesir (Sati) untuk
pembubaran, dan pemisahan mas kahwinnya telah direkodkan.
Pemusnahan Rumah
Tuhan di Elephantine adalah permulaan siri anti-Semitic orang-orang Mesir yang
bermula dalam tahun 410 BCE dan berterusan sehingga pemerintahan Artaxerxes II
yang telah menghadapi penentangan orang-orang Eghpt dalam kenaikannya dalam
tahun 404 BCE dan dalam tahun 402 BCE dia kehilangan Mesir. Dalam tahun 401 BCE dia menentang perang
saudara di Persia dan sepanjang masa ini, orang-orang Yahudi terus setia
berdasarkan layanan mereka yang baik.
Mitos Tentang Dekrit Artaxerxes
Dalam Alkitab,
dalam peringkat manapun tiada yang mengatakan tentang perintah oleh Artaxerxes
yang berkaitan dengan pembinaan Rumah Tuhan kecuali menghentikan pembinaan,
seperti yang dikaitkan dalam Ezra 4:23.
Apabila ketetapan telah dikeluarkan, Rumah Tuhan sudahpun mula dibina
tidak kira ia arahan dari Xerxes I atau Artaxerxes I atau II. Tiada versi yang diketahui dalam sejarah
purba, sama ada melalui alkitab atau tidak, yang memberikan penghargaan kepada
Artaxerxes I, atas pembinaan Rumah Tuhan atau memberi perintah kepada golongan
Lewi. Ini
adalah merupakan ciptaan moden.
Ahli-ahli teologi
yang menyatakan tentang Artaxerxes I, terutama sekali yang berkaitan dengan
2,300 hari atau tujuh puluh minggu dalam tahun dalam Daniel 9:25 (yang mengandungi
terjemahan yang salah dalam versi King James dan yang lain-lain tetapi
diperbetulkan dalam RSV) adalah salah.
Perbezaan
diantara Alkitab dengan sumber-sumber sejarah, secara terus menerus telah pun
dibuktikan betul apabila pengetahuan bertambah-tambah.
Tujuh Puluh Minggu Dalam Tahun
Kepentingan
nubuatan tujuh puluh minggu dalam tahun dalam Daniel
9:25-27 adalah apabila diambil dari pemerintahan Darius II, ia berakhir dalam
tahun 70 CE,
bermula dari sekeliling Yerusalem oleh Titus Army pada 1 Nisan dan
berterusan kepada pemusnahan Rumah Tuhan dalam 70 CE. Pada hari yang sama, tradisi mendapatkannya,
yang ia telah jatuh kepada orang-orang Babylon (lihat terjemahan Moffatt). Perkara ini berakhir dengan penutupan Rumah
Tuhan di Leonopolis di Mesir (lihat dibawah).
Yang pertama
diminyaki ialah Nehemiah yang telah membentuk semula keimaman Rumah Tuhan pada
tahun 372 BCE (7 minggu dalam tahun) dan membersihkan hari Sabat dan memulakan
kembali perpuluhan. Dia menyiapkan
tembok benteng Rumah Tuhan dan tembok kota dan menyusun semula Yerusalem.
Yang kedua
diminyaki ialah pelayanan Messiah.
Tetapi nubuatan merujukkan kepada Yerusalem dan fungsi Rumah Tuhan dan
bukannya kepada pelayanan Messiah.
Penebusan dosa dan kebenaran yang kekal tidaklah dibawa masuk or siap
semasa upacara hukum masih lagi dijalankan.
Pengakhiran nubuatan adalah bergantung kepada pembukaan atau pemansuhan
tempat korban bakaran.
Selagi korban
bakaran masih lagi dilaksanakan didalam Rumah Tuhan, Messiah belum lagi yang
tertinggi atau korbannya tidaklah boleh dikatakan telah memansuhkan korban
seharian walaupun ia dipengaruhi oleh kematiannya. Nubuatan ini belum lagi berakhir, tetapi
bukanlah minggu yang berlainan sebagaimana ditegaskan oleh beberapa orang. Tetapi dalam
erti kata bahawa pengakhirannya belum lagi dicurahkan ke atas sistem Roma. Ini adalah,
seperti yang diungkap dalam Wahyu, apabila kota dimusnahkan dan empayar yang
ketujuh/kelapan raja akhirnya telah dimusnahkan.
Jika perintah
diambil dari 516 BCE dari pemerintahan Darius I untuk mengikuti secara langsung
dari 70 minggu dalam tahun, maka pengakhiran
nubuatan adalah dalam tahun 26 BCE dimana tiada kaitannya dengan sesuatu. Kristian moden cuba mengaitkan perkara ini
dengan 27 CE dan cuba menegaskan pelayanan Kristus telah bermula dimana ia
tidak terjadi. Josephus dengan jelas
tersalah tentang permulaan dan keberlarutan dinasti golongan Kasdim menunjukkan bahawa ia
bertujuan untuk memperpanjangkan pemerintahan mereka untuk melanjutkan tarikh
raja dari Persia untuk memberikan maksud nubuatan 70 minggu dalam tahun dari
Cyrus. Diantara anak-anak Zadok, 70
minggu dalam tahun mempunyai maksud yang berlainan sekali berhubung dengan zaman manusia, tetapi ia
adalah diluar skop usaha ini (lihat Appendiks untuk Analisis Josephus).
Perubahan dalam
pembinaan Rumah Tuhan dari Darius II kepada Darius I kelihatan sebagai penemuan
Kristian yang awal (diubahsuai oleh Josephus) dimana cuba meruntuhkan
kepentingan nubuatan 70 minggu dalam tahun dan kemungkinan disengajakan oleh
Esdras dimana ia adalah salah.
70 minggu dalam
tahun tidak bermula dari pemerintahan Darius I atau dari ketidakwujudan
perintah Artaxerxes I, tetapi dari Darius II.
Ia adalah satu bukti yang positif tentang Ketuhanan Kristus dan tidak
memerlukan penjelasan bukan-Alkitabiah untuk tiga setengah atau tujuh tahun
tempoh yang tidak lengkap.
Tanda Yunus
Tanda Yunus adalah
yang paling penting dalam aspek pelayanan Mesiah. Kristus menyatakan dalam Matius 12:39-40.
39 Tetapi jawab-Nya kepada mereka: “Angkatan yang jahat dan tidak setia ini
menuntut sesuatu tanda. Tetapi kepada
mereka tidak akan diberikan tanda selain
tanda nabi Yunus. 40 Sebab
seperti Yunus tinggal di dalam perut ikan tiga hari tiga malam, demikian juga
Anak Manusia akan tinggal di dalam rahim bumi tiga hari tiga malam. 41 Pada waktu penghakiman,
orang-orang Niniwe akan bangkit bersama angkatan ini dan menghukumnya
juga. Sebab orang-orang Niniwe itu
bertobat setelah mendengar pemberitaan Yunus, dan sesungguhnya yang ada di sini
lebih dari pada Yunus! 42
Pada waktu penghakiman, ratu dari Selatan itu akan bangkit bersama angkatan ini
dan ia akan menghukumnya juga. Sebab
ratu ini datang dari ujung bumi untuk mendengar hikmat Salomo, dan sesungguhnya
yang ada di sini lebih dari pada Salomo.
Ini telah diulang
dalam Lukas 11:29-32. Dari Lukas kita
lihat bahawa Kristus berkata dalam ayat 30:
Sebab seperti Yunus
menjadi tanda untuk orang-orang Niniwe, demikian pulalah Anak Manusia akan
menjadi tanda untuk mangkatan ini.
Tanda Yunus bukan
saja yang ia berada dalam perut ikan tiga hari tiga malam, tetapi ia juga masuk
Niniwe dengan mengambil masa tiga hari perjalanan, dan satu hari perjalanan
masuk ke kota yang dia nubuatkan terhadap Niniwe. Ia bertobat selepas diberi
masa selama 40 hari untuk berbuat demikian (Yunus 3:3-10).
Kristus memulakan
pelayananNya selepas Yohanes Pembaptis mula mengajar. Yohanes bermula mengajar pada tahun ke-15
pemerintahan Tiberias Caesar. Dengan
menggunakan tahun sivil yang bermula dalam Tishri (Sept/Okt) dan tarikh Tiberius, memerintah dari kematian Augustus dan
bukannya daripada pengumuman secara reBCEi Senat, Tarikh yang mungkin dan yang
paling awal ialah Oktober 27 CE (lihat Masa Penyaliban dan Kebangkitan (No. 159)).
Kita tahu bahawa Yohanes telah pun membaptiskan untuk beberapa lama
apabila Yesus datang dan minta dibaptiskan olehnya. Untuk lebih terperinci lagi kita boleh
mengkonstruksikan hari dari pembaptisannya sehingga Perayaan Paskah pada 28
CE dimana kelihatan kira-kira lima puluh
hari. Dari Matius 4:17, kita tahu bahawa
Yesus tidak memulakan pelayananNya sehingga Yohanes telah dipenjarakan (Matius
4:12). Dari Yohanes 3:22, terbukti
bahawa, selepas Perayaan Paskah pada of 28 CE, Yesus dan murid-muridNya
membaptiskan orang-orang di Judea (walaupun Kristus sendiri tidak membaptiskan,
Yhn. 4:2)). Yohanes belum lagi
dipenjarakan dan membaptiskan di Aenon dekat Salim (Yohanes 3:23-24). Jadi, Kristus tidak memulakan pelayananNya
sehingga selepas Perayaan Paskah pada of 28 CE.
Kristus mengadakan pelayananNya kurang daripada dua tahun. Dengan gandingan pelayanan Yohanes Pembaptis
dengan pembaptisannya dan pemilihan murid-murid, pelayanan berlangsung selama
dua tahun setengah. Ini adalah pada
tahun untuk satu hari prinsip bagi nubuatan Yunus.
Beberapa gereja
moden percaya bahawa pelayanan Kristus ialah tiga tahun setengah dan dia
disalibkan dalam tahun 31 CE. Daripada
urutan Yohanes dan yang lain, a Passover of 30 CE menunjukkan (lihat Masa Penyaliban dan Kebangkita (No. 159)). PelayananNya adalah dua tahun setengah.
(atau dua tahun nabi), dari Perayaan Paskah 28 CE sehingga Perayaan Paskah 30
CE. Terdapat dua sayap dalam 50 hari
atau lebih sebelum pembaptisan sehingga Perayaan Paskah, dan beberapa 50 hari
selepas kebangkitan sehingga pentacosta.
Apabila ditambah
kepada kiraan Yohanes Pembaptis pelayanan yang kurang daripada tiga tahun
setengah (atau tiga hari nubuatan) dihasilakan, setahun untuk sehari mengikut
asas Yunus. Pelayanan Yohanes Pembaptis
sama dengan perjalanannya ke kota dan pelayanan Kristus adalah dua hari
nubuatan. Dari pembaptisan Kristus, kita
boleh melihat bahawa pencobaan setan dalam 40 hari di padang belantara adalah
sebelum Perayaan Paskah pada of 28 CE dan permulaan pelayanan Kristus. Pencobaan setan selama 40 hari di padang
belantara mempunyai perjalanan ceritanya sendiri bersamaan dengan tempoh yang
diberikan di Niniwe, dan setan dihakimi.
Sebagai bukti
yang positif tentang pelayanan Kristus,
Yerusalem diberi setahun untuk sehari berbanding dengan Niniwe. Peringkat ketiga dalam 40 hari, adalah untuk
Judah, 40 hari, berakhir dengan kemusnahan Yerusalem dalam tahun 70 CE, 40
tahun dari kematian Kristus, sebab bukan seperti Niniwe mereka tidak bertobat -
walaupun tanda yang besar telah diberi kepada mereka daripada Yunus di Niniwe.
Kepentingan utama
misi Yunus ialah terhadap orang-orang kafir yang dia sahaja diantara nabi-nabi
orang Ibrani yang telah memyebabkan pertobatan orang-orang kafir. Ini adalah tugas asal Messiah seperti mana
dinyatakan oleh Yesaya 53. Dengan
kesengsaraan, juga dinyatakan juga oleh Mazmur 22, Kristus sedar tentang
applikasi ayat-ayat Alkitab ini. Dia
menyatakan perkataan-perkataan Mazmur dari salib dan memberi notis tentang
misinya kepada orang-orang kafir melalui perumpamaan tentang
penggarap-penggarap kebun anggur dalam Markus 12:1-9. Indikasi injil-injil telah diterangkan secara
jelas dalam injil Yohanes menunjukkan bahawa Kristus melihat kesengsaraan dan
kematian seperti biji benih yang menghasilkan buah dan “menarik semua orang
datang kepada-Ku” (Yohanes 12:32).
Jika orang-orang
Farisi dan Saduki menerima bahawa pembinaan
Rumah Tuhan terjadi ke pemerintahan Darius II, maka ia tidaklah boleh dielakkan
yang mereka akan disalahkan jadi mereka menyusun semula kesilapan-kesilapan dan
urutan-urutan yang disalahubahkan.
Pemutar-balikan oleh Kristian Moden mengenai 70 minggu dalam tahun
sekitar Artaxerxes I adalah bertentangan dengan Ezra dan Nehemiah sama sekali,
dan disebabkan ini ia disingkirkan oleh fahaman Yudaisme. 70 minggu dalam tahun berakhir tepat pada
akhir 40 tahun tempoh yang diberikan kepada Judah dan Yerusalem untuk bertobat
yang bermula 1 Nisan 70 CE kepada 1 Nisan 71 CE, dimana Rumah Tuhan telah
dimusnahkan. Rujukan Kristus kepada
Niniwe dan kepada Solomon menunjukkan kepentingan kepanjangan masa terhadap
Rumah Tuhan dan penghentian korban.
Yerusalem telah dikepung pada 1 Nisan dan ia dirompak dan Rumah Tuhan
dimusnahkan pada Atonement 70 CE. Masih
ada bahagian urutan yang tidak lengkap.
70 minggu dalam
tahun bermula pada tahun pertama Tahun yobel baru. Ia juga pada tahun kedua pemerintahan Darius
II. Pada penghujung Tahun yobel adalah
pemulihan Ezra dan Nehemiah (lihat kertas kerja Membaca Hukum dengan Ezra and Nehemiah (No. 250)).
Apa yang tidak
difahami secara am ialah korban masih lagi diteruskan di Judah selepas
pemusnahan Rumah Tuhan pada penghabisan nubuatan dalam Yesaya 19:19.
Yesaya 19:19 “Pada
waktu itu akan ada mezbah bagi Tuhan di tengah-tengah tanah Mesir dan tugu
peringatan bagi Tuhan pada perbatasannya”.
Adalah difahami
bahawa Rumah Tuhan telah dibina di Elephantine dan korban telah diteruskan
disana sementara Rumah Tuhan di Yerusalem berada dalam masalah dari
pencerobohan Yerusalem oleh orang-orang Babylon. Rumah Tuhan ini terus dalam operasi
sepenuhnya sehingga ia diceroboh selepas Rumah Tuhan di Yerusalem telah dibina
kembali semasa pemerintahan Darius II.
Yerusalem kemudiannya terus menjadi pusat Rumah Tuhan beribadah untuk
hampir dua abad sehingga abad yang kedua BCE.
Yesaya telah bernubuat bahawa sebuah Rumah Tuahan akan dibina di
Mesir. Nubuatan ini telah diberitahu
kepada Messiah (Yes. 19:20) yang akan membebaskan Mesir. Mereka berada dibawah kekuasaan Rom pada masa
itu dan Messiah telah dikirim ke Mesir untuk keselamatan sebagai anak dan untuk
menggenapkan nubuatan ini dan di Hosea, supaya ia akan dipanggil keluar dari
Mesir sebagai anak Allah dan yang pertama untuk Israel.
Pembinaan Rumah Tuhan yang terakhir di Mesir telah direkodkan (pada satu peringkat yang diberi tarikh yang salah pada 1 BCE) oleh The Companion Bible at Appendix 81. Pembinaan direkodkan oleh Josephus (Antiquities of the Jews 13.3.1-3; 6; The Jewish Wars 7.10,3; and Against Apion 2.5). Ringkasannya ialah disebabkan oleh peperangan diantara orang-orang Yahudi dan Syria, imam besar Onias IV melarikan diri ke Alexandria. Dia secara aktif menyokong Mesir menentang Syria. Dia telah diterima disana oleh Ptolemy Philometor disebabkan sokonganya itu. Dia telah dijadikan sebagai ketua orang-orang Yahudi disana membuat Ethnarch dan Alabarch. Dia memohon kebenaran dari Ptolomy dan Cleopatra untuk membina Rumah Tuhan disana untuk menggenapkan Yesaya. Dia meminta kebenaran untuk memenuhinya dengan orang-orang bersama dengan imam-imamnya sendiri and juga orang-orang Levites. Surat yang ditulisnya dan jawapan oleh raja dan ratu telah direkodkan pada appendex di atas.
Rumah Tuhan di Yerusalem telah dikotori oleh kedatangan tuhan-tuhan orang Yunani yang ditempatkan disana oleh Antiochus Epiphanes. Yerusalem menjadi tempat neraka pada zaman ini dan sistem telah menjadi korup.
Onias datang ke Leontopolis di daerah Heliopolite atau nome. Tempat Rumah Tuhan adalah tempat dimana Israel mendapatkan terang dalam tempat tinggal mereka sementara Mesir berada dalam kegelapan. Tujuannya ialah untuk menggambarkan Messiah yang menjadi terang dalam kegelapan. Rumah Tuhan berfungsi lebih daripada 200 tahun dari 160 BCE kepada 71 CE apabila ia ditutup oleh perintah Vespasian. Tempat itu telah dirujukkan dalam LXX sebagai kota kebenaran (‘ir-ha-zedek). Orang-orang Yahudi merasa sangat iri hati keatas Rumah Tuhan ini dan mengubah huruf-huruf dalam perkataan-perkataan, kota matahari menjadi kota kemusnahan (cheres kepada heres).
Lima kota yang dinyatakan dalam Yesaya 19:18 ialah kemungkinan Heliopolis, Leontopolis, Daphne, Migdol dan Memphis.
Penutupan Rumah
Tuhan pada 71 CE atas perintah Vespasian mengakhiri fasa Tanda Yunus. Manakala korban telah diteruskan di
Elephantine semasa tempoh Rumah Tuhan yang pertama dalam masalah, Allah tidak
membenarkan Rumah Tuhan ini untuk terus hidup selepas kemusnahan Rumah Tuhan di
Yerusalem. Kali ini, Rumah Tuhan yang
baru akan diperbuat daripada batu-batu hidup dan kekuasaan telah diluluskan
dari Judah kepada gereja di padang belantara.
Fasa ini dalam Tanda Yunus adalah untuk mengadili bangsa-bangsa dalam 40
Tahun yobel. Korban akan dihentikan
selama 40 Tahun yobel. Sesiapa yang cuba
untuk memulakan kembali korban akan dibunuh atau dihapuskan.
Ini akan
mengakhiri 70 minggu dalam tahun dan kepanjangan masa Rumah Tuhan yang
kedua. Seperti mana Tanda Yunus juga
berakhir dan Rumah Tuhan yang ketiga dari tarikh ini telah dibuka dari
Yerusalem dan disebarkan.
Rumah Tuhan yang
ketiga, atau kaabah yang keempat, akan dibina mengikut blok Roh individu Anak
Allah yang tunggal. Kepentingan ini
terdapat di Zakharia 3:8-10 dan Zakariah 4.
Dari ayat 8,
pengumuman tentang kedatangan cabang telah dibuat dan tujuh mata telah
dinubuatkan (ini adalah tujuh bintang dalam Wah.2:1). Dari kedatangan Kristus, yang akan “membuka
ketidakadilan dibumi dalam sehari”, kita lihat perkembangan melalui Zakharia
4:1-3 mengenai tujuh era gereja dan dua pohon zaitun. Dua pohon zaitun ini adalah yang dua yang
Diurapi dan menggunakan minyak dari
mereka melalui dua paip emas (Zakh. 4:12). Oleh itu, Rumah Tuhan yang ketiga adalah Roh
Allah dan, dengan ini, ia menyempurnakan semua perkara dari minyak Roh
Allah. Dengan belas kasihan diberikan
(Zakh. 4:7) dan dari Zakharia 4:6, kita lihat segala perkara telah
disempurnakan sejak dari masa itu “bukan
dengan keperkesaan dan bukan dengan kekuatan, melainkan dengan roh-Ku,
firman Tuhan semesta alam”.
Disebabkan ini
Rumah Tuhan yang kedua, atau kaabah yang ketiga, terhad dari segi masa dan
terpaksa memberikan jalan kepada yang ketiga dan Rumah Tuhan yang rohani,
kaabah yang keempat, ketujuh tiang lilin dimana kita tahun dari Wahyu 2 dan 3,
adalah tujuh era gereja. Era-era ini
telah diberi nama untuk tempat berasingan dari Yerusalem dan bermula dari
Ephesus sebagai era orang-orang Ephesus.
Tetapi dari 70 CE
hati Judah telah menjadi keras supaya mereka tidak memahami
kepentingannya. Ia juga mempunyai
kemungkinan yang sama bahawa kekuasaan guru-guru agama pada zaman itu melihat
kepentingan penuh tentang nubuatan dan mereka telah dikutuk disebabkan
itu. Sejak dari itu, pembuatan cerita
tentang pembinaan semasa pemerintahan Darius I, mula menjadi kabur tentang
kepentingan perkara tersebut.
Urutan yang
terakhir Tanda Yunus adalah melihatkan empat puluh Tahun yobel, dimana kita
lihat dari kehidupan Musa adalah yang ketiga dan peringkat terakhir
dilambangkan oleh empat puluh tahun dipadang belantara Israel sebelum ia
mengambil harta warisan. Empat puluh
tahun ini adalah bentuk sebenar empat puluh tahun Yobel. Tahun Yobel pertama melibatkan kelahiran
Kristus dan jalan kepada pelayanannya.
Yohanes pembaptis memulakan pelayanannya dalam tahun Yobel 27 CE dimana,
merupakan tahun yang kelima belas zaman Tiberias, dan mestilah ia dalam bulan
Oktober. Jadi, kepentingan disini ialah
bahawa dia memulakan apabila tahun Yobel tiba. Seperti mana yang kita lihat bahawa simbol
pemulihan Josiah adalah dalam tahun pertama Tahun yobel yang baru. Inilah yang dibuat oleh Kristus. Dia memulakan pelayanannya dalam tahun 28 CE
selepas Passover. Jadi, empat puluh
Tahun yobel mengambil Tanda Yunus sehingga
pembentukan Millennium dalam tahun pertama Tahun yobel yang baru pada
Mac/April 2028 CE. Urutan tiga puluh
tahun adalah diantara 1997 dan 2027.
Jalan Yang Salah
Pengambilan tempat yang awal oleh ahli-ahli theology Protestan dengan perintah Artaxerxes menjadi dasar dari cubaan untuk mengaitkan nubuatan kepada penterjemahan yang salah Daniel 9:25 dalam versi King James. Penghujung 1830an William Miller memilih ini sebagai tarikh permulaan nubuatan 2,300 hari. Mengapa ia dan yang lain telah membuat kesilapan, ia adalah yang membingungkan. Permulaan nubuatan telah dinyatakan dalam Daniel sebagai bermula apabila kaabah dimusnahkan dan upacara pembakaran persembahan bakaran di Rumah Tuhan telah dimansuhkan. Ini tidak terjadi dari atau bersama-sama dengan mana-mana perintah pembinaan atau perintah sementara. Miller telah membuat kesilapan yang serius dan manipulasi terhadap post-reformasi tentang nubuatan-nubuatan telah menjadi perhatian yang teguh.
Menghubungkan Nubuatan 2,300 Hari
Masa yang paling awal dimana nubuatan boleh
diberi tarikh ialah masa penaklukan Yerusalem dan pencemaran Rumah Tuhan oleh
Ptolemy (Soter) penghujung tahun 302 BCE.
Ini adalah waktu
penyiapan nubuatan, pada tarikh paling awal, penghujung tahun 1998. Sebagai tarikh yang paling mungkin, ia
bermaksud bahawa semua akan diselesaikan dari 1999. Beberapa orang mengaitkan penghentian
pemberian korban kepada Antiochus Epiphanes dalam tahun 167 BCE, dimana boleh
meletakkan penyiapan pada 2133 atau 2134 tetapi ini tidak boleh terjadi bersama
dengan Daniel 12 atau Wahyu. Seperti
juga tarikh 197 BCE tidak boleh menghasilkan tarikh 2108.
Dalam tahun 197
BCE, Judea menjadi daerah Empayar Seleucid, pengambil tempat Alexander dari
Timur dimana Antiochus Epiphanes datang.
Seleucus IV mula memasukkan kebudayaan Yunani yang ditentang oleh
Zadokite imam besar Onias III.
Akhir kepada 70 Minggu Dalam
Tahun
Pengakhiran
nubuatan 70 minggu dalam tahun dan keterperincian berkenaan dengan pemusnahan
Rumah Tuhan dalam tahun 70 CE memerlukan pemeriksaan yang lebih teliti untuk
memastikan pengertian yang sempurna.
Hak orang-orang
Yahudi keatas Rumah Tuhan telah diterima dan diiktirafkan oleh pemerintahan
Rom. Larangan terhadap orang-orang kafir
memasuki bahagian dalam Rumah Tuhan telah diterima oleh pemerintahan Rom, dan
sebagai akibat atas pelanggaran ialah hukuman mati, walaupun ia adalah seorang
yang berbangsa Rom. Pemerintah Rom
melaksanakan hak orang-orang Yahudi terhadap orang-orang walaupun mereka bukan
berbangsa Yahudi. Inilah sebabnya Paulus
telah membuat rayuan kepada Emperor (Kisah Rasul 25:9-12) dan hanya ini sahaja
telah menghalang Festus daripada berurusan dengan Paulus mengikut hukum
orang-orang Yahudi.
Dari Emile
Schurer's The History of the Jewish People in the Age of Jesus Christ,
Jil. 1, 111.2, T&T Clarke Ltd, Edinburgh, 1973, penyembahan orang-orang Yahudi
bukan saja diberi toleransi tetapi juga menikmati perlindungan dari
pemerintahan pusat Rom. Pengendalian
pentadbiran Rumah Tuhan, terutama sekali dalam aspek kewangan, terjadi dari
5-41 CE (ibid., Vol. 1, pp. 377-379).
Dari 44 CE kepada
66 CE pentadbiran telah dipindahkan kepada Herod of Chalcis dan kemudiannya
Agrippa II (ibid., Vol. l, pp. 377,472).
Gambar Kaisar juga telah dibuka daripada Imperial Standards (ibid., p.
380).
Orang-orang
Yahudi telah dikecualikan daripada perkhidmatan tentera untuk menghalang
konflik dengan upacara hari Sabat (op. cit., Vol. I, pp. 362-363, Vol. II, pp.
474-475, Vol. III, pp. 22-23,120-121).
Judah kekal sehingga 70 CE dalam unit administrasi dengan pemerintahan
daerahnya.
Tentera Rom di
Caesarea, sehingga meletusnya perang orang Yahudi dalam tahun 66 CE, terdiri
kebanyakannya orang Siria Caesarea tentera Sebastene. Pada 66 CE Vespasian telah berupaya
menyenaraikan tenteranya, lima kumpulan dan satu bahagian barisan berkuda dari
Caesarea (ibid., Vol. I, p.364), sama
dengan yang ditempatkan disana pada 44 CE.
Tentera dalam Kisah Rasul 27:1 pada kira-kira 60 CE kemungkinan satu
daripada lima kumpulan yang dinyatakan oleh Josephus di Antiquities of the
Jews, Book XX, 8,7, dimana dia menegaskan bahawa keadaan yang huru-hara
diantara orang-orang Yahudi dan Syria akhirnya menyebabkan peperangan.
Pembinaan
terakhir keatas Rumah Tuhan ialah dinding dalam bahagian teratas bangunan
kepunyaan ruang dalaman sebelah barat untuk menghalang pandangan Agrippa keatas
ruang dalaman sewaktu upacara (Schurer, Vol. I, p. 475). Pemusnahan dinding in telah dihalang dengan
rayuan kepada Nero dan campurtangan Poppea, isteri Nero. Pada waktu ini keimaman besar dilantik oleh
Agrippa, yang mula menghentikan pengambilan perpuluhan dan imam yang miskin
mati kebuluran (ibid., ms. 465, 468-470).
Pada 62 CE
pembinaan yang terakhir terhadap Rumah Tuhan telah siap dan penghentian
pengambilan perpuluhan ditetapkan sebagai norma calon-calon Agrippa, bermula
dengan Ananus.
Tulisan-tulisan
dari kerajaan yang didapati oleh orang-orang Syria dari Nero dengan sogokan
Beryllus, orang pintar Nero yang bertanggungjawab dengan surat-menyurat dengan
Greek, sangat menentang orang-orang Yahudi (ibid., p. 467). Dari 62 CE dibawah imam besar, Ananus, calon
Agrippa, banyak imam-imam telah dibunuh.
Imam besar kepada
tempat beribadat yang keempat atau Rumah Tuhan yang ketiga, James, Bishop
Yerusalem, saudara Yesus Kristus, telah dibunuh (ibid., p. 468). Ini menunjukkan berakhirnya keimaman dalam
Rumah Tuhan di Yerusalem dan berakhirnya 62 minggu dalam tahun. Pemerintah yang baru, Albinus, (62-62 CE)
adalah sangat jahat, merampas wang awam dan persendirian, termasuk harta
kerajaan.
Sejak dari masa
ini, keimaman besar adalah perlindungan bagi orang-orang yang lemah. Seorang imam besar, Jesus anak lelaki Damnai,
terlibat dengan pertelingkahan dengan penggantinya, Jesus anak lelaki Gamaliel,
sebab dia tidak mahu melepaskan pejabat yang suci (ibid., p. 469). Apabila Albinus dipanggil semula, dia
membunuh kriminal-kriminal utama dan melepaskan semua tahanan, membuat penjara
kosong dan negara penuh dengan pencuri.
Penggantinya, penyebab yang terakhir, Gessius Florus (64-66 CE), adalah
lebih teruk, menjadikan dia yang paling jahat yang pernah menjawat
jawatan. Dia merampas seluruh kota and
membiarkan keadaan yang jahat tanpa kawalan (ibid., p. 470).
Dalam 64 CE Nero
mengumumkan penganiayaan orang-orang Kristian di Rome, ini telah memyebabkan
Petrus dan Paulus dianiaya. The “Pact
with many” menentang orang-orang Yahudi dan Kristian disebarkan. Dalam 68 CE Ruman rajah di Qumran telah dimusnahkan, dan Nero juga
telah ditumbangkan.
Orang-orang yang
membawa pembaharuan telah pempraktikkan penculikan imam-imam sebagai ganti
tahanan-tahanan dan dalam tahun 66 CE pemerintah dengan orang Siria memulakan
kerja ini yang mana menjadikan perang orang Yahudi.
Dari 1 Nisan 70
CE Yerusalem dikepung. Pada hari
Pengampunan 70 CE Rumah Tuhan telah dimusnahkan dan dari Atonement 70 CE tiada
Rumah Tuhan atau korban bakaran sehingga tahun terakhir peperangan pada 73 CE
dengan kekalahan Masada. Tempoh ini
dirujukkan oleh Daniel 9:27.
Untuk seminggu
dalam tahun, kumpulan utama orang-orang telah berhenti mengamalkan agama
merekac dari 63 CE sehingga 70 CE atas
sebab pencemaran Rumah Tuhan dan pencuri perpuluhan dan kematian
imam-imam. Istilah yang digunakan “Setengah daripada masa korban dan persembahan akan berhenti”
secara am diambil untuk merujukkan kepada setengah minggu dalam tahun, tetapi
kemungkinan merujukkan kepada masa selepas pemusnahan dari 70-73 CE apabila
bangsa terus menentang tanpa Rumah Tuhan atau korban. Dengan ini, 70 minggu dalam tahun dengan
jelas, menggenapi nubuatan. Selepas
kematian Yakobus dan sebelum pemusnahan dalam tahun 70 CE, Jemaat pergi ke
Yerusalem di Pella (ibid., p. 498 & note 65) sebab mereka tahun dari nubuatan bahawa pada
penghujung tempoh ini akan terjadi dan Rumah Tuhan yang seterusnya daripada
tujuh gereja-gereja, kerubi yang keempat Yehezkiel ((Yeh. 1:15) akan
bermula. Dari Penghkotbah 6:6, Solomon telah menyatakan ia akan berterusan
selama dua ribu tahun. Tanda Yunus
kemudiannya akan pergi kepada fasa yang seterusnya yang sudahpun difahami,
iaitu zaman orang-orang kafir. Ini akan
berterusan selama empat puluh tahun yobel sehingga kedatangan Messiah dan
permulaan Millennium yang dirujukkan dalam Wahyu 20:4.
Gereja dibawah
Symon anak buah Messiah kembali ke Yerusalem sekitar 72 CE dan menubuhkan
gereja-gereja Desposyni atau kepada
yang kepunyaan Tuhan menyediakan Bishop kepada gereja-gereja Asia dan Mesir
untuk beberapa dekad sehingga Rom menggantikan mereka dengan gereja-gereja
Yunani.
Mungkin seorang
akan bertanya soalan: Apakah yang akan terjadi jika orang-orang
Yahudi bertobat? Jawapannya
disediakan oleh rujukan kepada Israel di padang belantara dimana
pengintip-pengintip atau saksi-saksi dikirim untuk mengintip tanah
perjanjian. Mereka dikirim, seorang dari
setiap sukum kaum. Hoshea anak lelaki
Nun adalah dari suku Ephraim dipanggil
Joshua oleh Musa (Bil. 13:8,16). Mereka dikirim dari Zin kembali pada
penghujung empat puluh hari (Bil.13:25).
Mereka enggan menerima warisan pengintipan yang begitu baik - semua
kecuali Joshua dan Kaleb (Bil. 14:6-7).
Tiada seorangpun daripada dua puluh orang yang telah mengeluh kepada
Tuhan dibenarkan masuk ke tanah perjanjian kecuali Joshua dan Kaleb. Anak-anak Tuhan telah diberi empat puluh
tahun di padang belantara sebagai gembala yang mengembara sebagai hukuman
ketidaksetiaan mereka terhadap Tuhan.
Ini mewakili Judah dan Levi dalam zaman Messiah.
Empat puluh hari
sebagai saksi menjadi empat puluh tahun dari Tanda Yunus dari Messiah kepada
pemusnahan Rumah Tuhan. Empat puluh
tahun di padang pasir menjadi empat puluh Tahun yobel daripada pengembaraan
sehingga kedatangan yang kedua kali.
Judah sebenarnya
boleh bertobat dan boleh dibawa masuk dibawah kepimpinan mereka. Mereka tidak bertobat, dan Allah mereka tidak
akan bertobat. Kita kemudiannya
dipanggil keluar dibawah keadaan yang lain.
Bagaimana pun, Judah akan diberi pertobatan tidak lama lagi.
Apendiks
Dekrit Cyrus dan Raja-Raja orang
Kasdim Menurut Josphus
Ramai ahli-ahli
sejarah sibuk sekali dengan membuktikan bahawa nubuatan untuk 70 minggu dalam
tahun adalah berkaitan dengan pelayanan Kristus – dalam satu pandangan ia
menentukan permulaan dan pada satu pandangan ia meninggalkan 3? tahun daripada
zaman akhir. Dalam kegairahan yang
tersalah petunjuk, beberapa penterjemah telah memanipulasikan Daniel 9:25-27
bahawa tuduhan penipuan tidaklah disalahgunakan. Kemungkinan terjamahan yang paling setia dan
tepat ialah oleh Moffatt.
Ketahuilah, fahami,
bahawa diantara isu perintah nabi-nabi kepada pengembalian orang-orang dan
pembinaan semula Yerusalem dan pentahbisan kedudukan tinggi imam besar, tujuh
minggu dalam tahun akan berlaku; Dalam
masa enam puluh dua minggu dalam tahun ia akan dibina kembali, dengan kawasan
dan jalannya; akhir sekali, selepas enam puluh dua minggu dalam tahun, imam
besar yang telah ditahbiskan dihentikan, dan tiada yang mengambilalih; kota dan gereja akan dimusnahkan seiring
dengan imam yang ditahbiskan, dan kemudiannya kesusahan akan keluar dengan
banjir peperangan sehingga akhiar zaman.
Untuk seminggu dalam
tahun kumpulan utama orang-orang akan berhenti mengamalkan agama mereka; untuk setengah daripada masa korban dan
persembahan akan dihentikan, dan selain daripada ini akan terjadi kebencian
yang menggemparkan, sehingga akhirnya kesusuhan yang diundang jatuh kepada yang
melanggar kesucian yang mengejutkan.
Kamu akan melihat
bahawa upacara meminyaki dalam pentahbisan seseorang rupa-rupanya permulaan
kembali keimaman dan kemudian pemusnahan Yerusalem dan Rumah Tuhan dan
penghentian korban.
Sementara tiada
ketidakpastian bahawa itu ialah penyaliban Kristus yang dirujukkan dalam ayat
24, nubuatan dengan jelas tidak mengindahkan dengan pelayanannya tetapi dengan
penggenapan dalam pemusnahan Rumah Tuhan.
Senarai raja-raja
golongan Kasdim sehingga kepada Cyrus dari
Persia telah dibuat dan tarikh-tarikh yang diterima dari Ptolemy Canon juga
telah dimuatkan untuk pengetauhuan.
Josephus juga
merekodkan bahawa Nehemiah telah diberi komisinya oleh Xerxes dalam tahun yang
ke-25 dan tembok telah disiapkan dalam masa dua tahun empat bulan dan mereka
siap dalam tahun yang ke-28 zaman Xerxes.
Nasib tidak
menyebelahi, tarikh-tarikh yang berasal dari Xerxes menggunakan Ptolemy adalah
dari 486 kepada 464 BCE – tempoh selama 22 tahun. Samada terjemahan-terjemahan itu yang salah,
Josephus yang salah atau yang lain, semuanya salah. Raja-rajah yang telah pernah memerintah dalam
lebihan 25 tahun adalah Darius I dan Artaxerxes I dan II sahaja.
Tarikh yang menarik telah timbul. Jika kita mengambil tarikh Cyrus dari pembinaan dari Nebuchadnezzar dalam tarikh yang diterima iaitu 605 BCE dan menambahkan kepada kronologi Josephus untuk raja-rajah golongan Kasdim, ini akan menghasilkan pemerintahan Cyrus dalam tahun 464 BCE.
Tujuh puluh minggu dalam tahun dari tarikh ini adalah penghujung tahun 27 CE. Yohanes pembaptis memulakan pelayanannya penghujung tahun ini. Setahun dua samada sebelum atau selepas dari tarikh permulaan dibenarkan. Masalahnya ini ialah tarikh akhir untuk raja Persia dengan menggunakan peraturan-peraturan Ptolemy dan tarikh-tarikh yang diterima yang kebanyakannya terdapat dalam carta-carta zaman dalam Alkitab adalah 260 BCE – menempatkan penaklukan Alexander yang sudahpun lewat. Kepanjangan zaman raja-raja Persia mungkin terlalu lama atau tarikh permulaan yang tersalah beberapa tahun.
Faktanya ialah peraturan-peraturan Ptolemy secara penerangan adalah betul dengan tarikh 605 BCE yang ditentukan dengan hitungan astronomi. Kemungkinan pula timbul yang 70 minggu dalam tahun dengan menggunakan tarikh Josephus untuk raja-raja Golongan Kasdim, berakhir pada zaman Kristus. Tiada dalam mana-mana fasa dengan menggunakan hitungan-hitungan yang mungkin, Cyrus Artaxerxes I (Longimanus) mungkin sebagai raja pada permulaan tarikh-tarikh tersebut.
Jadual tarikh yang dibina dari Josephus
adalah tidak betul dan tidak mengesahkan nubuatan Alkitab. Josephus menggunakan
struktur dari fahaman selepas-kaabah. Mengikut Josephus ia adalah 96 tahun dari
tindakan Nebuchadnezzar menentang orang-orang Yahudi, yang mengambil tempat
dalam tahun yang ke-23 zamannya, sehingga
pemerintahan Cyrus. Atas sebab ini sendiri, pendapat Josephus
mestilah disingkirkan dan tafsiran asal diterima.
Apa saja titik
permulaan yang digunakan tiada tempoh tujuh puluh tahun dimana tiga setengah
tahun tertinggal dan tergantung yang mesti diserap oleh tempoh dongeng sebelum
kedatangan Kristus. Tiada juga Daniel memberi
isyarat yang terdapat minggu yang terpisah atau minggu yang kemudian. Penyusunan masa tidak membenarkan ini. Daniel secara jelas menyatakan bahawa pada
penghujung tempoh, untuk seminggu dalam tahun, kumpulan besar manusia akan
berhenti mengamalkan agama mereka dan, untuk setengah daripada masa, korban dan
persembahan akan berhenti.
Penyelidikan
tentang pemusnahan Yerusalem dan Rumah Tuhan menunjukkan bahawa nubuatan ini
genap dalam tahun 70 CE.
Beberapa orang
mengajar bahawa perintah akhir akan dikeluarkan kepada yang tertindas untuk 3?
tahun. Sebagai contoh, tempoh kecelakaan
atas murka Allah dalam Wahyu. Sementara
3? tahun tempoh kecelakaan atas murka Allah berlaku, cubaan untuk
menghubungkaitkan mereka dengan nubuatan ini adalah perdebatan yang
meragukan. Yang lain mengajarkan bahawa
tempoh seminggu dalam tahun adalah dikhaskan untuk zaman akhir. Tiada sokongan kukuh untuk menyokong
pendirian ini. Jika seorang pernah
berada ditengah-tengah Yerusalem untuk tempoh 3? tahun sehingga 70 CE, ia akan
lebih sedar tentang ketepatan nubuatan dan gagal tentang pendirian diatas.
Jadual
Raja-raja |
Tahun |
Tarikh |
Nebuchadnezzar (Nabopollance) |
21 |
622 BCE (Tarikh permulaan tidak mengikut Josephus tetapi tahun pemerintahan) |
Nebuchadnezzar |
43 |
605-562 BCE |
Evil Morodach |
18 |
562-522 BCE |
Neglissor |
40 |
522-482 BCE |
Labosordacus |
9/12 |
482-? BCE |
Baltasor (Naboandelus) |
17 |
465-? BCE |
Cyrus (of Darius) |
10 |
465-455 BCE (Pembuatan peraturan Ptolemy) |
Cambyses |
7 |
455-448 BCE |
Darius I |
36 |
448-414 BCE |
Xerxes |
22 |
414-392 BCE |
Artaxerxes |
41 |
392-351 BCE |
Xerxes II |
- |
351 BCE |
Darius II |
19 |
351-332 BCE |
Artaxerxes II |
46 |
332-286 BCE |
Artaxerxes III |
20 |
286-266 BCE |
Darius III |
6 |
266-260 BCE |
Bibliografi
The Common Bible (Revised Standard Version), Collins, 1973.
Herodotus The Histories, tr. by A de Selincourt (Burns Rev.), Penguin, 1983.
Josephus Complete Works, tr. by William Whiston, Kregel Publications, 1981.
Emile Schurer The History of the Jewish People in the Age of Jesus Christ (175 BC - 135 AD), Vols. I to III, rev. by Varnes and Millar, T&T Clarke Ltd, 1958.
James B. Pritchard The Ancient Near East - An Anthology of Texts and Pictures, Princeton, 1958.
q