Jemaat-jemaat Allah Al Maséhi

[022]

 

 

 

 

Angkatan Gideon dan Zaman Akhir

(Edition 2.1 19940507-19991218)

 

Tulisan ini akan meneliti cerita tentang Gideon sebagai nubuatan. Makna cerita ini akan dibentangkan bersama dengan beberapa implikasi yang menarik bagi Kekristianan hari ini.

 

 

 

 

Christian Churches of God

 

PO Box 369, WODEN ACT 2606, AUSTRALIA

E-mail: secretary@ccg.org

 

(Hakcipta ã 1994, 1996, 1999 Wade Cox)

 (Tr. 2003)

 

Karya tulis ini boleh disalin semula dan didistribusikan secara bebas dengan syarat ia disalin semuanya tanpa apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat penerbit serta notis hakcipta harus disertakan.  Sebarang bayaran tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima salinan yang didistribusikan.  Petikan-petikan ringkas daripadanya boleh dimasukkan ke dalam artikel-artikel kritis dan karya ulasan tanpa melanggar undang-undang hakcipta.

 

Karya ini boleh didapati daripada Internet di:
http://www.logon.org dan http://www.ccg.org




 

Angkatan Gideon dan Zaman Akhir



Cerita mengenai Gideon mempunyai perlambangan yang meluas jauh melewati pemulihan Israel pada zaman Yerubaal dan para Hakim, lebih tiga ribu tahun dahulu. Ianya tertumpu kepada pemulihan sistem tersebut dan pergelutan yang besar dengan Baal atau sistem rahsia pemujaan pada zaman akhir.

 

Pemulihan Zaman Akhir

Bagaimana pemulihan itu mendapat efek? Mikha 5:3-6 mengatakan mengenai Mesiah bahawa:

 

Mikha 5:3-6 Sebab itu ia akan membiarkan mereka sampai waktu perempuan yang akan melahirkan telah melahirkan; lalu selebihnya dari saudara-saudaranya akan kembali kepada orang Israel.  4 Maka ia akan bertindak dan akan menggembalakan mereka dalam kekuatan TUHAN, dalam kemegahan nama TUHAN Allahnya; mereka akan tinggal tetap, sebab sekarang ia menjadi besar sampai ke ujung bumi,  5 dan dia menjadi damai sejahtera. Apabila Asyur masuk ke negeri kita dan apabila ia menginjak tanah kita, maka kita akan membangkitkan melawan dia tujuh gembala, bahkan delapan pemimpin manusia.  6 Mereka itu akan mencukur negeri Asyur dengan pedang dan negeri Nimrod dengan pedang terhunus; mereka akan melepaskan kita dari Asyur, apabila ia ini masuk ke negeri kita dan menginjak daerah kita.

 

Konsep di sini adalah bahawa:

 

Mesiah akan menyerahkan umat pilihan kepada sistem dunia sehingga Jemaat (dia yang bekerja keras; lihat juga Wah 12:13-17) disiapkan. Naga itu berperang dengan umat sisa dari benih perempuan itu. Ini bersamaan dengan meterai yang kelima. Ia juga dipertalikan kepada kesinambungan ke dalam Malapetaka Besar bagi kumpulan manusia yang memakai jubah putih di dalam darah anak Domba.

 

Apabila jumlah Jemaat akan siap, yakni jumlah penuh mereka yang dipilih atau yang ditakdirkan sejak dari penciptaan dunia (Efesus 1:4) dan dimasukkan di dalam buku kehidupan anak Domba pada masa dunia dijadikan (Wah 17:8) akan di bawa ke dalam tubuh Kristus, kesudahannya akan tiba.

 

Kesudahan akhir akan membawa serbuan oleh angkatan-angkatan di bahagian utara. Ini merupakan peperangan yang terakhir bagi Raja di Utara yang disebut di dalam Daniel 11.

 

Nubuatan ini seolah-olah menandakan bahawa peperangan terakhir ini akan membawa kepada kebangkitan tujuh gembala dan lapan orang berprinsip yang akan mengalahkan Raja-raja di Utara dan membentuk prasyarat bagi milenium. Penjelasan mengenai perang ini serta urutannya dan jangka masanya adalah subjek di dalam tulisan-tulisan yang lain.

 

Mikha membuat satu ketetapan di dalam Mikha 5:7-15 bahawa umat sisa Yakub akan berada di tengah-tengah banyak bangsa. Mereka akan berada di tengah-tengah orang jahil seperti singa muda diantara sekumpulan biri-biri. Mereka akan, pada masa itu, menjadi kebal. Ini dikenal pasti sebagai zaman akhir dari Mikha 4:1.

 

Apa yang kita prihatin mengenainya, ialah bagaimana urutan aktiviti itu akan terjadi. Bagaimana umat-umat pilihan bersedia untuk menangani keadaan yang akan mereka hadapi pada masa hadapan?

 

Pertama sekali, pra-syarat akan dibentuk untuk memanggil umat-umat pilihan. Ini akhirnya mengakibatkan gencatan era-era Jemaat. Ada empat era Jemaat yang masih wujud pada ketika kedatangan Mesiah dalam Wahyu 2:18 sehingga 3:22. Jemaat Pergamus tampak tidak berfungsi dan telah dimusnahkan di dalam perang, atau di bawa kepada pertobatan seperti dinyatakan di dalam Wahyu 2:16. Ada elemen-elemen di dalam jemaat ini yang masih hidup, tetapi struktur utamanya telah dimusnahkan ketika abad ini, sebelum tahap terakhir kedatangan Mesiah.

 

Era-era yang masih wujud ini difahami sebagai: Orang-orang Tiatira sekarang tertumpu di bahagian Eropah Timur; era Sardis dan Laodikia, yang mana hanya dua jemaat yang boleh didapati dengan meluas di bahagian orang-orang yang berbahasa inggeris, di Amerika dan Pasifik.  Jemaat Laodikia dan Sardis dinyatakan ditolak dan tidak memasuki kerajaan Allah sebagai struktur. Jemaat filadelfia adalah satu organisasi yang kecil dari segi jumlah dengan kekuatan yang sedikit, tetapi ia murni dan dikasihi oleh Kristus. Ia adalah jemaat kasih persaudaraan.

 

Ungkapan-ungkapan ini adalah ungkapan deskriptif dan, sebenarnya terdapat elemen-elemen dalam setiap era di dalam setiap Jemaat. Filadelfia berada di dalam kesemua era dan bumbungan kepada semua era, tetapi pada zaman akhir mereka seolah-olah dibentuk dari elemen empat jemaat yang lain sebelum kedatangan Mesiah.

 

Semua era-era ini akan tertidur pada penghujung masa. Ini digambarkan oleh perumpamaan tentang perawan yang pintar dan bodoh. Matius 25:5-6 menyatakan bahawa sementara pengantin lelaki datang lewat mereka semua tertidur. Pada waktu tengah malam (ketika kesunyian malam yang amat sangat) ada seruan telah kedengaran, Lihatlah pengantin lelaki sudah tiba; pergilah  menyongsong dia. Semua perawan tersebut bangun dan keluar untuk bertemu dengan dia, tetapi perawan yang bodoh tidak mempunyai minyak yang cukup untuk lampu mereka dan mereka lampu mereka terpadam (Mat 25:8). Perawan-perawan, walaupun bertunang, namun tidak berkahwin dengan Kristus pada ketika kebangkita pertama. Sebab Allah tidak membatalkan firmanNya dan oleh kerana pertunangan adalah hanya perkahwinan olok-olok (dan sudah tentu demikian ketika masa itu dan di tempat itu), mereka akan diasingkan untuk perkahwinan kedua di dalam kebangkita kedua.

 

Lebih lanjut lagi, sebelum Mesiah akan datang, bangsa-bangsa akan diberi amaran tentang apa yang akan terjadi. Seruan amaran boleh didapati dalam Yeremia 4:15 (dipetik dari tulisan Amaran pada Zaman Akhir [044]. Sebelum kita menangani perkara ini, kita harus meneliti sekarang pra-syarat yang dibutuhkan yang mesti dipenuhi.

 

Rentetan ini membawa, pertama sekali kejatuhan Jemaat-jemaat (dari Mengukur Bait Suci [137]) dan, kedua kejatuhan bangsa.

 

Contoh yang utama tentang apa yang akan terjadi boleh didapati di dalam cerita Gideon.

 

Angkatan Gideon

Gideon telah dinaikkan dan menjadi hakim di Israel. Cerita ini didapati dalam Hakim-Hakim 6:1 sehingga 8:35. Israel telah jatuh ke dalam penyembahan berhala dan telah diserahkan ke dalam tangan orang-orang Midia selam tujuh tahun dan mereka tinggal di pergunungan, di gua-gua untuk berlindung (Hakim-Hakim 6:1-6).

 

Hakim-Hakim 6:1-6 Tetapi orang Israel melakukan apa yang jahat di mata TUHAN; sebab itu TUHAN menyerahkan mereka ke dalam tangan orang Midian, tujuh tahun lamanya,  2 dan selama itu orang Midian berkuasa atas orang Israel. Karena takutnya kepada orang Midian itu, maka orang Israel membuat tempat-tempat perlindungan di pegunungan, yakni gua-gua dan kubu-kubu.  3 Setiap kali orang Israel selesai menabur, datanglah orang Midian, orang Amalek dan orang-orang dari sebelah timur, lalu maju mendatangi mereka;  4 berkemahlah orang-orang itu di daerah mereka, dan memusnahkan hasil tanah itu sampai ke dekat Gaza, dan tidak meninggalkan bahan makanan apapun di Israel, juga domba, atau lembu atau keledaipun tidak.  5 Sebab orang-orang itu datang maju dengan ternaknya dan kemahnya, dan datangnya itu berbanyak-banyak seperti belalang. Orang-orangnya dan unta-untanya tidak terhitung banyaknya, sekaliannya datang ke negeri itu untuk memusnahkannya,  6 sehingga orang Israel menjadi sangat melarat oleh perbuatan orang Midian itu. Lalu berserulah orang Israel kepada TUHAN.

 

Mungkin kejadian yang sejajar dengan ini ialah Perang Dunia Kedua (1939-1945). Peperangan ini mengikuti pemusnahan yang serupa pada 1914-1918, yakni Perang Dunia Pertama. Israel telah kehabisan tenaga manusia akibat dari peperangan-peperangan ini.

 

Allah telah menaikkan Gideon melalui Malaikat  Elohim atau Malaikat Yahovah (Hakim-hakim 6:20-22), yakni Mesiah, dari Perayaan Paskah. Justru, pemulihan memulakan tahun Kudus.

 

Bersama dengan sepuluh orang dari bapanya, satu suku kaum dari Manaseh, dia menyingkirkan mezbah Baal, yang dibina oleh bapanya sendiri bersama dengan orang-orang Asher yang berdekatan (lambang zakar, bukan gugusan pohon seperti dalam KJV) (Hakim-Hakim 6:25 & Companion Bible). Lambang zakar ini sebagai sebahagian daripada sistem salib masih boleh dilihat sehingga hari ini dengan banyaknya di Lithuania.

 

Selepas ini, semua orang-orang Amalek, orang-orang Midian dan semua orang di bahagian timur akan berkumpul untuk menentang Israel. Gideon telah meniup sangkakala dan mengumpulkan bersama semua suku Manaseh dan mengirim pesan kepada Asher, Zebulun dan Naftali dan mereka bergabung bersama dengan dia (Hakim-Hakim 6:35).

 

Dia menguji Allah dengan doa melalui guntingan buluh domba untuk melihat sama ada Allah benar-benar bersamanya untuk membebaskan bangsa Israel (Hakim-Hakim 6:36-40).

 

Hakim-Hakim 6:36-40 Kemudian berkatalah Gideon kepada Allah: "Jika Engkau mau menyelamatkan orang Israel dengan perantaraanku, seperti yang Kaufirmankan itu, 37  maka aku membentangkan guntingan bulu domba di tempat pengirikan; apabila hanya di atas guntingan bulu itu ada embun, tetapi seluruh tanah di situ tinggal kering, maka tahulah aku, bahwa Engkau mau menyelamatkan orang Israel dengan perantaraanku, seperti yang Kaufirmankan." 38 Dan demikianlah terjadi; sebab keesokan harinya pagi-pagi ia bangun, dipulasnya guntingan bulu itu dan diperasnya air embun dari guntingan bulu itu, secawan penuh air. 39 Lalu berkatalah Gideon kepada Allah: "Janganlah kiranya murka-Mu bangkit terhadap aku, apabila aku berkata lagi, sekali ini saja; biarkanlah aku satu kali lagi saja mengambil percobaan dengan guntingan bulu itu: sekiranya yang kering hanya guntingan bulu itu, dan di atas seluruh tanah itu ada embun." 40 Dan demikianlah diperbuat Allah pada malam itu, sebab hanya guntingan bulu itu yang kering, dan di atas seluruh tanah itu ada embun.

 

Allah sesungguhnya bersama dengan dia dan justru Israel mendirikan khemah di bukit More di bahagian selatan. Orang-orang Midian dan sekutunya berada di bahagian utara (hakim-Hakim 7:1). Perkara ini mempunyai maksud dalam peperangan zaman akhir di antara Raja di bahagian Utara dan Selatan dalam Daniel 11.

 

Maka apa yang telah berlaku sesungguhnya penuh dengan makna. Tuhan telah mengambil keputusan untuk membebaskan Israel tetapi, supaya tidak ada daging yang dimuliakan dalam kemenangan ini dan bahawa itu adalah bukti yang Allah sesungguhnya membebaskan mereka, Dia mengambil keputusan untuk mengurangkan jumlah orang di dalam angkatan (Hakim-Hakim 7:3)

 

Pertama sekali, Dia mengumpulkan angkatan itu. Ini adalah lambang kepada perkumpulan jumlah penuh umat pilihan sebelum kedatangan Mesiah.

 

Kemudian Dia berfirman kepada mereka bahawa sesiapa sahaja yang merasa takut menghadapi perang boleh pulang ke rumah. Dari 32,000 orang yang berkumpul, ada 22,000 orang yang pulang dan hanya 10,000 yang tertinggal (Hakim-Hakim 7:3). Orang yang tertinggal ini sekali lagi dikurangkan.

 

Hakim-Hakim 7:4-8 Tetapi TUHAN berfirman kepada Gideon: "Masih terlalu banyak rakyat; suruhlah mereka turun minum air, maka Aku akan menyaring mereka bagimu di sana. Siapa yang Kufirmankan kepadamu: Inilah orang yang akan pergi bersama-sama dengan engkau, dialah yang akan pergi bersama-sama dengan engkau, tetapi barangsiapa yang Kufirmankan kepadamu: Inilah orang yang tidak akan pergi bersama-sama dengan engkau, dialah yang tidak akan pergi."  5 Lalu Gideon menyuruh rakyat itu turun minum air, dan berfirmanlah TUHAN kepadanya: "Barangsiapa yang menghirup air dengan lidahnya seperti anjing menjilat, haruslah kaukumpulkan tersendiri, demikian juga semua orang yang berlutut untuk minum."  6 Jumlah orang yang menghirup dengan membawa tangannya ke mulutnya, ada tiga ratus orang, tetapi yang lain dari rakyat itu semuanya berlutut minum air.  7 Lalu berfirmanlah TUHAN kepada Gideon: "Dengan ketiga ratus orang yang menghirup itu akan Kuselamatkan kamu: Aku akan menyerahkan orang Midian ke dalam tanganmu; tetapi yang lain dari rakyat itu semuanya boleh pergi, masing-masing ke tempat kediamannya." 8 Dari rakyat itu mereka mengambil bekal dan sangkakala; demikianlah seluruh orang Israel disuruhnya pergi, masing-masing ke kemahnya, tetapi ketiga ratus orang itu ditahannya. Adapun perkemahan orang Midian ada di bawahnya, di lembah.

 

Pelajaran di sini ialah bahawa walaupun angkatan itu dikumpulkan secara efektif dari warisan Tuhan, yakni jemaah pilihanNya, Dia tidak memilih untuk menggunakan angkatan itu dalam ketentuanNya. Mereka telah bersedia, tetapi pulang selepas mereka melaporkan diri dalam tugasan dan bersedia untuk peperangan itu.

 

Penjajaran perkara ini dengan kejadian pada zaman akhir jelas dilihat. Pemusnahan besar-besaran itu berlaku untuk membatalkan hukum Allah dan semua kajian Alkitab dari Eropah dan seluruh dunia. Ia mendapat sokongan dari jemaat-jemaat Trinitarian di Eropah. Kerja dalam jemaat telah diberi masa untuk dikembangkan sepanjang empat puluh tahun selepas perang dari 1946-1986. ini secara efektif satu generasi. Ini juga seperti keadaan aman yang dikecapi oleh Israel selama empat puluh tahun di bawah Gideon, tetapi ianya dikecapi selepas peperangan (Hakim-Hakim 8:28).

 

Jangka masa dari 1987 sehingga tahun yobel keempat puluh pada 2027 adalah tepat empat puluh tahun. Ini adalah generasi terakhir bagi jemaat di padang belantara yang dirujuk oleh Kristus sebagai angkatan ini dalam nubuatan Olivet. Angkatan ini tidak akan berlalu sehingga semuanya ini terjadi (Mat 24:34).

 

Agak jelas Kristus tidak merujuk kepada generasi ketika zamannya, kerana mereka semua mati seribu sembilan ratus tahun dahulu dan mengungkap beberapa nubuatan yang merangkumi abad-abad. Wahyu sendiri adalah ungkapan nubuatan yang dibentangkan, paling minimum, merangkumi tigabelas abad.

 

Penyingkiran Pertama

Penyingkiran yang awal semuanya telah terjadi menurut hukum-hukum Allah seperti yang didapati dalam Ulangan bab 20 (lihat tulisan Ulangan 20 [201]).

 

Bukan semua akan dipilih atau dikumpulkan dan mereka yang dipanggil akan ditetapkan untuk menjalankan proses penyaringan. Ini juga sejajar dengan ungkapan ramai yang akan dipanggil tetapi sedikit yang akan dipilih (Mat 20:16).

 

Pengurangan jumlah yang pertama menambah nombor gasal dari 4 kepada 1 yang menjadikan kira-kira 13 untuk 1 yang memihak kepada angkatan musuh.

 

Nombor-nombor ini dihubungkan dengan nombor unit-unit yang memerintah di kaunsil Allah; dua puluh penatua dalam dua kumpulan dan juga satu rasul dan satu hakim bagi satu suku dibawah Kristus. Struktur Kristus dan para rasul menggambarkan ini pada waktu Perjamuan Malam Yang Terakhir. Bagaimanapun, allah dunia ini juga menggambarkan struktur itu dalam pemerintahannya seperti yang ditentang oleh Kristus.

 

Proses pemilihan yang Terakhir

Pengurangan jumlah dalam angkatan yang kedua kali mempunyai makna yang berhubungan dengan peperangan yang terakhir pada zaman akhir dengan sistem Baal. Proses pemilihan dilakukan sewaktu umat pilihan dalam perjalanan mendekati air. Air melambangkan Roh Suci. Air hidup ini mengalir dari Kristus (Yoh 4:10-11, 14). Air Gideon menunjukkan jalan untuk kita mendekati Allah. Mereka yang menyembah Allah dalam cara diskriminasi boleh digunakan. Penyembahan ini adalah dari Allah (dari Allah Yang Kita Sembah [002]). Menurut kepada dia dan patuh kepada mereka yang bertindak dibawah delegasi adalah tidak berbakti.  Ini mungkin dilambangkan dengan berlutut atau melemahkan seseorang (tindakan melemahkan (proskuneo) di hadapan Kristus dan umat pilihan. Tindakan sedemikian adalah tindakan merendahkan diri yang amat sangat, tetapi ianya sendiri bukan berbakti, seperti ianya diterjemahkan di dalam Ibrani 1:6 dan Wahyu 3:9. Kita menyembah Allah Bapa (Luk 4:8; Yoh 4:21-24; Fil 3:3; Wah 22:9).

 

Pengurangan dari 13 untuk 1 sehingga nombor yang seterusnya yang mewakili 450 untuk 1, mempunyai hubungan langsung untuk bertindak dalam penurutan kepada kuasa delegasi Allah dan diletakkan di dalam diri individu oleh Roh Suci sebagai roh Elijah. 450 untuk 1 adalah jumlah purata para imam Baal dengan Elijah, sebagai nabi utama yang menangani pemusnahan sistem Baal, kedua-dua pada waktu Israel kuno dan sebagau saksi utama pada zaman akhir nanti. Sistem Baal ini yang berjubah hitam dan Kemarim di dalam Alkitab, akan dimusnahkan pada zaman akhir. Angkatan Gideon akan berkumpul pada waktu zaman akhir untuk melaksanakan tugas itu melengkapi perincian mesej dalam wahyu 14 (lihat tulisan Pekabaran Wahyu 14 [270]).

 

Allah telah menyatakan bahawa Dia akan mengutus nabi Elijah untuk memulihkan segala perkara.

 

Maleakhi 4:4-6 Ingatlah kepada Taurat yang telah Kuperintahkan kepada Musa, hamba-Ku, di gunung Horeb untuk disampaikan kepada seluruh Israel, yakni ketetapan-ketetapan dan hukum-hukum. 5 Sesungguhnya Aku akan mengutus nabi Elia kepadamu menjelang datangnya hari TUHAN yang besar dan dahsyat itu. 6 Maka ia akan membuat hati bapa-bapa berbalik kepada anak-anaknya dan hati anak-anak kepada bapa-bapanya supaya jangan Aku datang memukul bumi sehingga musnah.

 

Alkitab adalah jelas bahawa Elijah akan diutus untuk memulihkan segala perkara. Tidak kira apa yang dilakukan oleh seseorang untuk mengajar mengenai pemulihan segala perkara, pemulihan yang terakhir tidak akan lengkap sehingga neksus hukum itu dipulihkan oleh Elijah. Ini telah dimusnahkan dibawah setan dan ini tidak akan dipulihka sehingga Elijah datang dan memulihkan neksus ini. Pada ketika ini ia hujan ke atas orang-orang yang benar dan tidak benar. Dibawah bahagian terakhir pemulihan dibawah Elijah, neksus hukum tersebut akan memulihkan berkat-berkat dan kutukan-kutukan (dari Berkat dan Kutukan [075]) kerana memelihara Hukum Allah.  Sekiranya kamu tidak memelihara Sabat dan Bulan Baru, Paskah dan roti tidak Beragi, Pentakosta dan Perayaan BaitSuci, kamu tidaka akan mendapat hujan pada musim seterusnya dan semua malapetaka di Mesir akan diletakkan kepada mereka yang gagal untuk menghantar utusan ke Yerusalem untuk perayaan Bait Suci (Zak 14:16-19).

 

Perhubungan kepada masa-masa akhir ialah ini. Bangsa Israel akan diberi jangka masa selama empat puluh tahun dalam kedamaian untuk menyebarkan injil dan menyediakan umat pilihan untuk pembebasan di bawah Mesiah yang dibicarakan di dalam Mikha. Kemudian umat-umat pilihan akan didedahkan kepada pengajaran berhala, yang mengakibatkan kemunculan Trinitarianisma di antara jemaat-jemaat Allah. Ini adalah kesilapan jemaat Laodikia. Orang-orang Laodikia adalah miskin, menimbulkan belas kasihan, buta dan telanjang. Mereka fikir mereka kaya, tetapi Allah telah perintahkan Kristus untuk meludahkan mereka keluar dari mulutnya (Wah 3:16). Mereka yang berada di dalam jemaat pada zaman akhir harus membeli emas yang dibersihkan di dalam api 9Wah 3:18) kesengsaraan dan pakaian putih bagi yang mati syahid (Wah 6:11) akan dibersihkan di dalam darah anak Domba (Wah 12:11).

 

Sardis dan Laodikia dipercayai tidak layak utuk memasuki kerajaan Allah dan hanya individu dari struktur itu yang memasuki kerajaan Allah. Yang tertinggal akan berjumlah sikit, seperti unit komando, yang mana akan menyebarkan firman Allah dan memberi amaran kepada bangsa-bangsa tentang kedatangan Mesiah. Dengan penghapusan obor-obor yang diberi makan dari kendi bangsa (lihat Gideon di atas) dan menggunakan sangkakala pada zaman akhir, angkatan ini akan bekerja dibawah pimpinan Mesiah. Ianya akan dikandungi oleh beberapa suku kaum Israel – yang pada mulanya akan dimulakan oleh Manaseh, Asher dan Naftali bersama beberapa dari Zebulun (dari Hakim 6:35, 7:23). Ianya berkembang kepada penerbitan penderitaan oleh Dan-Efraim (Yer 4:15) [044] ibid., dan [137] ibid). Akhirnya ia memperlihatkan pengubahan ke atas Yudea dan kemudian pemanggilan umat-umat ke Yerusalem oleh Zebulun dan Isakhar, yang mana merupakan janji hak kelahiran mereka (dari Memanggil Umat Ke Yerusalem [238]).

 

Dalam satu pengertian, ini adalah kesinambungan kepada kerja yang dimulakan sebelum bermulanya pengukuran Kaabah dalam Wahyu 11:1. Rujukan kepada Buku Kecil dalam Wahyu 10:9-11mendahului pengukuran Kaabah, tetapi ia juga sezaman dengannya dan meneruskan kepada 1,260 hari dari dua saksi di dalam Wahyu 11:2-6.

 

Gideon telah diberi pemahaman mengenai masa dari mimpi yang diberikan kepada salah seorang daripada angkatan musuh (Hakim 7:13-15).

 

Hakim-Hakim 7:13-15 Ketika Gideon sampai ke situ, kebetulan ada seorang menceritakan mimpinya kepada temannya, katanya: "Aku bermimpi: tampak sekeping roti jelai terguling masuk ke perkemahan orang Midian; setelah sampai ke kemah ini, dilanggarnyalah kemah ini, sehingga roboh, dan dibongkar-bangkirkannya, demikianlah kemah ini habis runtuh." 14 Lalu temannya menjawab: "Ini tidak lain dari pedang Gideon bin Yoas, orang Israel itu; Allah telah menyerahkan orang Midian dan seluruh perkemahan ini ke dalam tangannya." 15 Segera sesudah Gideon mendengar mimpi itu diceritakan dengan maknanya, sujudlah ia menyembah. Kemudian pulanglah ia ke perkemahan orang Israel, lalu berkata: "Bangunlah, sebab TUHAN telah menyerahkan perkemahan orang Midian ke dalam tanganmu."

 

300 orang ini dibahagi kepada tiga kumpulan dan diberi lampu dan buyung. Mereka meletakkan lampu di dalam buyung dan, dengan signal yang diberi, semua kumpulan membunyikan amaran ini bersama-sama (Hakim 7:16-18).

 

Hakim-Hakim 7:16-18 16 Sesudah itu dibaginyalah ketiga ratus orang itu dalam tiga pasukan dan ke tangan mereka semuanya diberikannya sangkakala dan buyung kosong dengan suluh di dalam buyung itu. 17 Dan berkatalah ia kepada mereka: "Perhatikanlah aku dan lakukanlah seperti yang kulakukan. Maka apabila aku sampai ke ujung perkemahan itu, haruslah kamu lakukan seperti yang kulakukan.  18 Apabila aku dan semua orang yang bersama dengan aku meniup sangkakala, maka haruslah kamu juga meniup sangkakala sekeliling seluruh perkemahan itu, dan berseru: 'Demi TUHAN dan demi Gideon!'"

 

Tindakan ini memberi bentuk awal divisi-divisi kerja pada zaman akhir dan tiga gembala yang akan disingkirkan dalam masa satu bulan (lihat tulisan Mengukur Bait Suci [137]). Kerja ini kemudian melibatkan Efraim (Hakim 7:24-25). Pengejaran 15,000 umat di bahagian timur oleh angkatan 300 Gideon berkembang ke Yordan. 120,000 telah dibunuh pada malam itu. Peperangan itu bermula pada ketika hampir tengah malam, yakni sejurus selepas 10 malam. Dalam perkataan lain, masa ini adalah sejurus sebelum tengah malam sewaktu pengantin lelaki datang.

 

Idea di belakang perumpamaan ini memberi nama kepada kumpulan meletakkan Alkitab-Alkitab di dalam hotel dan kawasan-kawasan lain, yang dipanggil Gideon. Bagaimanapun, kita dapati bahawa ayat dalam Alkitab telah dicemari dalam semua bangsa dan bahasa-bahasa oleh sistem Protestan dan terjemahan yang salah telah mengaburkan perkataan Alkitab yang benar dan Hukum-Hukum Allah.

 

Gideon menyerang 15,000 dengan angkatan sejumlah 300 orang dan menawan raja Midian, Zebah (bererti korban) dan Zalmuna (bererti naungan telah disangkal), yang telah melarikan diri. (Hakim 8:11-12). Dua kota yang menolak untuk memberi bantuan kepada kumpulan itu, Sukot (bererti (Penyembahan Berhala) pondok atau bait suci) dn Penuel (bererti muka Allah), telah dihukum kerana gagal untuk menyumbangkan bantuan. Ini memberi bentuk awal elemen-elemen jemaat pada zaman akhir, yang mana telah menyeleweng ke dalam amalan agama yang salah, dan yang sebelumnya mengenali Allah seperti umat pilihan, dan yang akan dihukum. Para penatua di Sokut yang menolak untuk memberi makan kepada 300 ini, di kawasan di mana bukan kawasan kekuasaan mereka, akan digaruk dengan duri gurun onak (Hakim 8:7). Orang-orang Penuel sesungguhnya dibunuh dan menara mereka, atau tempat keselamatan dan kuasa, telah dimusnahkan (Hakim 8:9, 17).

 

Gideon diminta untuk memerintah Israel tetapi dia menolak dengan berkata Tuhan akan memerintah kamu (Hakim 8:23). Ini sebenarnya adalah hasil terakhir dari perang zaman akhir. Permintaan yang dibuat oleh Gideon ialah bahawa anting-anting yang telah diambil dari suku Ismail, akan diberikan kepadanya sebagai upah. Ini telah berlaku dan Gideon telah membuat efod daripadanya, sesungguhnya terbukti sebagai satu objek berhala, yang menjadi perangkap kepada rumahnya. Maknanya tidak begitu difahami dari ayat ini. Anting-anting adalah azimat, yang mana melindungi mulut dari roh-roh jahat. Mereka sendiri adalah satu berhala.

 

Anak lembu emas dalam Keluaran dibuat oleh Harun dari anting-anting orang-orang yang keluar dari MEsir. Dia mengatakan bahawa ini adalah allah-allah yang mengeluarkan mereka dari tanah Mesir (Kel 32:4). Ini tidak salah dari segi penggunaan bahasa seperti penulis Nehemiah fikir, mengemukakan ayat dalam bentuk tunggal (Neh 9:18). Justru, anting-anting dilarang bagi Israel. Ayat-ayat yang merujuk kepada anting-anting (kebanyakannya dalam KJV) adalah terjemahan salah bagi permata-permata dahi. Maknanya ialah bahawa benda-benda yang di bawa ke dalam Milenium akan menodai bangsa seperti efod yang dibuat dari bahan-bahan yang menjadi perangkap kepada Manaseh (dari Anak Lembu Emas [222] dan Asal Pemakaian Anting-anting dan Barang Perhiasan Pada Zaman Purbakala [197]).

 

Amaran mengenai kedatangan zaman akhir telah dikeluarkan dari orang-orang Dan-Efraim.

 

Yeremia 4:15-17 Dengar! Orang memberitahukan dari Dan, mengabarkan malapetaka [atau menerbitkan kesengsaraan] dari pegunungan Efraim [atau gunung-gunung Efraim]. 16 Peringatkanlah kepada bangsa-bangsa: Sungguh ia datang! Kabarkanlah di Yerusalem: "Pengepung datang dari negeri yang jauh, memperdengarkan suaranya terhadap kota-kota Yehuda. 17 Seperti orang-orang yang menunggui ladang mereka mengelilinginya dari segala pihak, sebab Yehuda telah memberontak terhadap Aku, demikianlah firman TUHAN.

 

Hasil akhir dari perang ini boleh didapati pada lima ayat dalam yeremia 4:22.

 

Yeremia 4:22-27 "Sungguh, bodohlah umat-Ku itu, mereka tidak mengenal Aku! Mereka adalah anak-anak tolol, dan tidak mempunyai pengertian! Mereka pintar untuk berbuat jahat, tetapi untuk berbuat baik mereka tidak tahu." 23 Aku melihat kepada bumi, ternyata campur baur dan kosong, dan melihat kepada langit, tidak ada terangnya. 24 Aku melihat kepada gunung-gunung, ternyata goncang; dan seluruh bukitpun goyah. 25 Aku melihat, ternyata tidak ada manusia, dan semua burung di udara sudah lari terbang. 26 Aku melihat, ternyata tanah subur sudah menjadi padang gurun, dan segala kotanya sudah runtuh di hadapan TUHAN, di hadapan murka-Nya yang menyala-nyala! 27 Sebab beginilah firman TUHAN: "Seluruh negeri ini akan menjadi sunyi sepi, tetapi Aku tidak akan membuatnya habis lenyap.

 

Seventh-Day Adventist menggunakan ayat ini untuk pembenaran dalam Milenium sorgawi (meninggalkan bumi yang diasingkan untuk Setan selama 1000 tahun, yang bertentangan dengan Wah 20:4) tidak mengendahkan janji bahawa Tuhan tidak akan mengadakan pengakhiran dan bahawa masih ada manusia yang hidup yang disebut tinggal di luar kota-kota dalam Yeremia 4:29. mereka sendiri menyeleweng ke dalam Trinitarian dari proses yang seolah-olah bermula dari penekanan dalam penginjilan mereka, selepas kematian uriah Smith dari 1931, akhirnya memuncak kepada pernyataan kepada Trinitarianisma dalam 1978. justru mereka telah menodai kedudukan mereka bagi tahap yang seterusnya.

 

Dari rentetan ini, yang diambil sebagai nubuatan, kita sedang menangani penerbitan kesengsaraan yang melibatkan beberapa bangsa pada zaman akhir, dibawah pimpinan suku kaum Yusuf seperti suku Dan-Efraim menggunakan kumpulan-kumpulan bersedia sebelumnya, pada mulanya dari Manaseh, menggunakan Asher dan Naftali dan beberapa suku Israel. Masa itu adalah sekarang. Kita sedang bersedia. Bahan-bahan yang diberikan kepada kita akan membentuk nukleus bagi keupayaan kita untuk bertahan di sepanjang penganiayaan dalam masa 100 tahun masa yang tertinggal, yang mana akan bermula dari 1916 yang mengambil tempat sepenuhnya dari 1927. penganiayaan meterai kelima ini akan dijelaskan dengan terperinci di dalam tulisan Bencana Besa: Penganiayaan Meterai Kelima.

 

Setiap angkatan akan menjadi terang dan sangkakala kepada Israel dan kepada dunia. Angkatan akan masuk di antara bangsa-bangsa bersama Gideon dan tersebar ketakutan serta gementar. Jadi, ianya juga akan memasuki di antara banyak bangsa pada zaman akhir dari Mikha 5:7-8. ianya bukan untuk mereka yang tidak mengenali Allah mereka. Tetapi mereka yang mengenali Allah mereka akan melakukan kerja-kerja yang besar.

 

Pra-penempatan dengan bilangan menunjukkan 70,000 dari satu daripada jemaat-jemaat Sabatarian sepanjang sepuluh tahun akan jatuh dan mati dalam dalam spiritual, seperti halnya dengan Daud apabila dia menjumlahkan Israel. Daud menjumlahkan Israel kerana Allah mahu membuat satu contoh dari Israel atas kesalahan mereka (2Sam 24:1-25). Daud telah menjumlahkan Israel walaupun nasihat Allah tidak diendahkan. Ketika dia menyedari kesalahannya, dia diberi tiga pilihan:

·        Tujuh tahun kelaparan;

·        Tiga bulan melarikan diri dari musuh; atau

·         Tiga hari penyakit sampar.

 

Dia memilih untuk tunduk ke dalam tangan Allah dn bukannya manusia dan memilih tiga hari penyakit sampar. 70,000 orang mati.

 

Penyakit sampar berhenti sejurus di tempat pengirikan Arauna, yang mana sebagai raja, memberikan tempat pengirikan tersebut kepada Daud sebagai raja. Tetapi Daud menolak hadiah itu dan membayar 50 syikal perak untuknya. Mezbah itu didirikan  di sana dan tulah itu berhenti.

 

Justru, pusat tengah Kaabah kebaktian telah dibentuk dari wabak sampar. Allah menggunakan urutan ini untuk membawa tujuanNya melalui hambah-hambahNya. Ramai di antara oran yang tidak susila mati dalam proses ini. Ini adalah proses pembersihan yang sama pada masa penghujung.

 

Allah akan mencapai tujuanNya dan mengumumkan firmanNya pada zaman akhir. Untuk melakukan itu, dia harus memurnikan umat pilihan dan menyingkirkan semua kesalahan yang digalakkan oleh mereka yang memilih buluh dan yang tidak berupaya untuk mengenal dan melaksanakan kebenaran.

 

Dari pemulihan pada zaman akhir, jemaat akan dikuatkan dan bersedia bagi kedatangan dua saksi dan pemulihan oleh Elijah terhadap neksus hukum Allah. (dipetik juga dari Hukum Tuhan [L1]; siri Hukum [252-263] dan Saksi-Saksi (termasuk dua Saksi) [135]).

 

Sehingga masa itu roh Elijah akan bersemayam  di dalam jemaat-jemaat Allah, yang harus melaksanakan tugasan yang ditetapkan untuk itu dalam pemulihan dari pemahaman nubuatan Alkitab.

q