Jemaat-jemaat
Allah Al Masehi
[074]
Mentaliti Kultus [074]
(Edisi 2.0 19941029-20000108)
Karya ini mengkaji mentaliti kultus dalam orang yang telah dikaitkan dengan jemaat-jemaat yang tidak mementingkan penerimaan, serta kesetiaan kepada, kebenaran. Definisi sesuatu kultus dikaji, dan juga aplikasi moden istilah tersebut. Impak utama tindakan mendahulukan apa saja sebelum kasih Bapa dilihat sebagai menandakan sesuatu kumpulan itu sebagai suatu kultus.
E-mail: secretary@ccg.org
(Hakcipta ã
1994, 2000 Wade Cox)
(Tr. 2003)
Karya tulis ini boleh disalin semula dan didistribusikan secara bebas dengan syarat ia disalin semuanya tanpa apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat penerbit serta notis hakcipta harus disertakan. Sebarang bayaran tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima salinan yang didistribusikan. Petikan-petikan ringkas daripadanya boleh dimasukkan ke dalam artikel-artikel kritis dan karya ulasan tanpa melanggar undang-undang hakcipta.
Karya ini
boleh didapati daripada Internet di:
http://www.logon.org
dan http://www.ccg.org
Mentaliti Kultus [074]
Kultus-kultus wujud disebabkan keadaan fikiran orang-orang yang berkumpul bersama. Sesuatu kultus itu hanyalah suatu kumpulan orang yang mempunyai keadaan fikiran yang serupa, dan kepercayaan-kepercayaan serupa, yang bertindak mengikut pengertian palsu.
Adanya kecenderungan yang kian meningkat dalam jemaat-jemaat Kristian untuk menggunakan istilah kultus untuk merujuk kepada mazhab-mazhab bukan aliran utama, yang berbeza dari segi ajaran yang mereka sokong. Kesemua mazhab-mazhab aliran utama ini yang timbul dari Knox dan Calvin serta para penulis Reformasi, (contohnya Luther) dan semua organisasi Trinitarian fundamentalis ini, berkumpul bersama dan melabelkan mereka yang tidak sehaluan dengan mereka sebagai kultus-kultus. Kita telah senantiasa wujud sebagai suatu mazhab yang dipanggil jalan. Paulus mengatakan begitu. Namun kultus adalah sesuatu berlainan dan agak umum. Kebanyakan orang salah memakai istilah tersebut.
Aplikasi istilah ini agak salah. Pemahaman serta aplikasi sebenarnya merangkumi kedua-dua kumpulan dengan sama rata, iaitu Kekristianan aliran utama serta kumpulan-kumpulan kecil bersama. Apa yang sebenarnya membezakan antara yang kultus dan yang bukan, sebenarnya jauh lebih nyata dan membezakan jemaat Tuhan sejati dari semua kultus, termasuklah apa yang dipanggil sebagai Kekristianan aliran utama.
Kamus Oxford Universal mendefinisikan kultus dari 1617. [ad. L. cultus ibadah, Sekitar abad ke 19 lazimnya dieja culte seperti di Perancis] † 1. Ibadah - 1683. 2. Sejenis ibadah agama tertentu; khususnya merujuk kepada upacara serta acara luarannya 1679. 3. transf. Pujaan terhadap seseorang atau sesuatu, kini khususnya yang diberikan sekumpulan pengikut 1711.
Jadi kita dapati ianya jenis ibadah dengan hak-hak serta upacara tertentu yang diberikan oleh sekumpulan pengikut – iaitu orang-orang yang menganggotai organisasi tersebut. Dari situ, seluruh rangkabentuk agama terdiri dari kultus-kultus.
Definisi ini diperluaskan dalam Penambahan kepada Kamus Inggeris Oxford untuk memasukkan:
kultus, sb. Tambah: 2.b. Kini kerap digunakan dicirikan oleh para penulis pada upacara kekultusan serta arkeologi kultus-kultus primitif…
Contoh-contohnya adalah dari rujukan-rujukan yang menggambarkan penyembahan dewa dan dewi berlainan di bawah berbagai sistem dan keadaan.
Ciri penting sesuatu kultus adalah bahawa ianya sejenis ibadah agama tertentu, khususnya merujuk kepada upacara serta ritual luarannya, dalam penyembahannya atau pujaannya terhadap seseorang atau sesuatu. Secara automatiknya ia melanggar perintah pertama, di mana suatu organisasi yang ditubuhkan oleh seseorang itu menuntut kesetiaan kepada seseorang, melebihi dan melampaui kebenaran yang Tuhan telah tetapkan dalam Alkitab. Ia kini dikaitkan kepada ciri-ciri yang membezakan antara bentuk-bentuk yang dipegang oleh kumpulan pengikutnya.
Maka semua sistem keagamaan, dari satu segi atau lain, adalah kultus-kultus. Ciri yang membezakan antara kultus-kultus dan umat pilihan, adalah kesetiaan nyata kepada suatu kumpulan pengikut lebih daripada kebenaran-kebenaran alkitab yang mengatur kelakuan serta kesetiaan umat pilihan.
Pembezaan tersebut dibuat apabila seseorang meletakkan kesetiaannya kepada badan atau kumpulan, sebelum kesetiaannya kepada kebenaran yang jelas, seperti yang didasarkan dalam hukum dan kesaksian alkitab.
Pembezaan nubuatan itu didapati dalam Yesaya.
Yesaya 8:16-20 Aku harus menyimpan kesaksian ini dan memeteraikan pengajaran ini di antara murid-muridku. 17 Dan aku hendak menanti-nantikan TUHAN yang menyembunyikan wajah-Nya terhadap kaum keturunan Yakub; aku hendak mengharapkan Dia. 18 Sesungguhnya, aku dan anak-anak yang telah diberikan TUHAN kepadaku adalah tanda dan alamat di antara orang Israel dari TUHAN semesta alam yang diam di gunung Sion. 19 Dan apabila orang berkata kepada kamu: "Mintalah petunjuk kepada arwah dan roh-roh peramal yang berbisik-bisik dan komat-kamit," maka jawablah: "Bukankah suatu bangsa patut meminta petunjuk kepada allahnya? Atau haruskah mereka meminta petunjuk kepada orang-orang mati bagi orang-orang hidup?" 20 "Carilah pengajaran dan kesaksian!" Siapa yang tidak berbicara sesuai dengan perkataan itu, maka baginya tidak terbit fajar. (RSV)
Ini akan terjadi dan Tuhan mengatakan ia akan terjadi dan dalam beberapa kes Tuhan sengaja membiarkan ia terjadi, agar orang-orang ini tidak masuk ke dalam penghakiman. Mereka dibiarkan menjadi suatu kultus dan mereka dikeluarkan dari antara umat pilihan. Mereka tidak dipanggil ke dalam penghakiman dan dengan itu mereka dikekalkan untuk penghakiman pada kebangkitan kedua.
Teks ini lebih senang difahami dari versi Alkitab KJV.
Yesaya 8:16-20 Aku harus menyimpan kesaksian ini dan memeteraikan hukum ini di antara murid-muridku. 17 Dan aku hendak menanti-nantikan TUHAN yang menyembunyikan wajah-Nya terhadap kaum keturunan Yakub; aku hendak mencari Dia. 18 Sesungguhnya, aku dan anak-anak yang telah diberikan TUHAN kepadaku adalah tanda dan alamat di antara orang Israel dari TUHAN semesta alam yang diam di gunung Sion.
Ini adalah nubuatan. Kristus telah diberikan umat pilihan itu oleh TUHAN semesta alam, sebagai tanda dan alamat di antara orang Israel dan seluruh dunia. Hukum dan kesaksian itu dimeteraikan di dalam kita. Kita didorong bertindak menurut hukum dan kesaksian itu.
19 Dan apabila orang berkata kepada kamu: "Mintalah petunjuk kepada arwah dan roh-roh peramal yang berbisik-bisik dan komat-kamit," maka jawablah: "Bukankah suatu bangsa patut meminta petunjuk kepada allahnya? Atau haruskah mereka meminta petunjuk kepada orang-orang mati bagi orang-orang hidup?"
Itulah apa yang sedang berlaku di luar sana sekarang ini dan ia telah dinubuatkan dan ia terus-menerus berlaku. Israel kembali kepada agama-agama serta sistem-sistem palsu. Mereka mula melakukan bermacam jenis benda-benda pelik, seperti menubuhkan kultus-kultus neo-pagan; mengasaskan sistem palsu nekromansi (ilmu tilikan dengan berhubung dengan orang mati) serta merunding roh-roh orang mati (iaitu iblis setan), seperti apa yang mereka lakukan sekarang.
20 "Carilah pengajaran dan kesaksian!" Siapa yang tidak berbicara sesuai dengan perkataan itu, maka tiada terang dalam mereka.
Jika seseorang itu tidak berbicara sesuai dengan kebenaran Tuhan, jika mereka tidak terlibat dan ianya tidak dimeteraikan di dalam mereka, maka mereka bukan sebahagian dari umat pilihan.
Teks dalam RSV tidak menyampaikan sepenuhnya kepentingan hukum dan kesaksian itu bagi murid-murid Tuhan. Apabila sekumpulan orang yang pernah mengakui hukum serta kesaksian itu, mula mengajar bertentangan dengan Alkitab maka tidak ada terang dalam mereka. Mereka adalah satu kultus. Mereka yang kekal bersama kumpulan itu yang taat kepada doktrin palsu, bukan lagi murid-murid Tuhan dan umat pilihan. Mereka hanyalah anggota-anggota suatu kultus, sama seperti sebarang kumpulan penganut bukan alkitab sistem lain juga adalah kultus.
Dari definisi ini, apabila mazhab-mazhab Kristus mula meniru sistem Trinitarian itu, mengikuti doktrin-doktrin sidang-sidang gereja, mereka telah menjadi kultus-kultus. Apabila mazhab-mazhab Kristian aliran utama mula bertumbuh mengikut Sidang Nicaea dan mereka menetapkan pendirian teologi serta falsafah yang bertentangan kepada pendirian alkitab, mereka menjadi kultus-kultus. Apabila kebanyakan dari jemaat menerima sidang-sidang itu dan menerima Trinitas tersebut setibanya waktu Doktrin-doktrin Sidang Chalcedon, mereka semua adalah kultus dan tiada satupun antara mereka yang sebahagian dari umat pilihan.
Jika kamu ada di dalam organisasi-organisasi ini, kamu menyetujui doktrin itu. Jika kamu seorang anggota suatu organisasi yang menyokong suatu doktrin Trinitarian, kamu menyetujuinya dengan kehadiranmu. Hakikatnya yang kamu berada di situ, menyetujukan doktrin tersebut. Kesenyapanmu membenarkannya.
Oleh itu, gereja-gereja Roman Katolik, Anglikan, dan Ortodoks Greek, adalah kultus-kultus, sama seperti semua kumpulan lain yang mempunyai berbagai tuhan atau menyembah tuhan triune adalah suatu kultus. Saiz bukannya batasan atau tidak melayakkan dari diberi gelaran kultus. Hakikat bahawa sesuatu kumpulan meletakkan kesetiaannya kepada seseorang pemimpin individu, melebihi kebenaran alkitab yang jelas, merupakan penanda suatu kultus. Sama ada pemimpin itu adalah Paus atau Biskop Besar, atau Metropolitan, atau Jones, adalah tidak relevan.
Umat pilihan dibaptiskan ke dalam tubuh Kristus dan bukannya ke dalam sebarang jemaat atau denominasi. Kata-kata itu diucapkan atas setiap umat pilihan pada waktu pembaptisan. Oleh itu, umat pilihan diikat kepada tubuh Yesus Kristus dalam penyembahan Allah Maha Esa dari Yohanes 17:3. Maka, apabila umat pilihan disusun kepada jemaat-jemaat berkawasan, mereka dikumpulkan begitu berdasarkan kesetiaan mereka kepada kebenaran serta penyembahan Allah Maha Esa dan pelayanan AnakNya Yesus Kristus.
Apabila jemaat berdepan dengan doktrin yang cuba menjadikan Kristus lebih daripada Anak Tuhan dan menjadikannya setara dengan Tuhan dan memisahkan kemanusiaannya dari ketuhanannya, maka umat pilihan terpaksa menyusun semula dan memisahkan diri mereka dari golongan yang mengekalkan doktrin palsu itu, yang jelas dilabelkan sebagai doktrin Antikristus.
Dasar keimanan ini adalah kebenaran dan tiada kegelapan dalam mereka yang berjalan di dalam kebenaran. Sebabnya kenapa kita akan meneliti 1 Yohanes, adalah kerana pertikaian ini memasuki jemaat di bawah pentadbiran Yohanes. Dia terpaksa menangani doktrin palsu mengenai Ketuhanan ini, pada peringkat terawal jemaat. Tiada satupun yang baru. Hujah ini telah diperiksa dalam jemaat Yohanes, apabila mereka cuba memisahkan kemanusiaan dari ketuhanan Yesus Kristus. Mereka cuba mengatakan bahawa adanya bahagian di atas sana di langit, yang merupakan Yesus Kristus dan dia sebahagian dari Tuhan dan bahawa dia ini setara dengan Tuhan, dan bahawa bahagian tersebut tidak mati pada salib. Ini adalah bidaah dan Yohanes terpaksa menanganinya, seperti yang akan kita lihat dari yang berikutnya. Kita juga akan meninjau apakah doktrin Antikristus itu. Kamu akan dapati bahawa doktrin trinitas itu adalah suatu variasi doktrin Antikristus. Modalisme adalah satu variasi lain. Bagaimanapun, Trinitarianisme adalah doktrin Antikristus dan itulah sebabnya kenapa kamu harus keluar dari posisi tersebut.
1Yohanes 1:1-10 Apa yang telah ada sejak semula, yang telah kami dengar, yang telah kami lihat dengan mata kami, yang telah kami saksikan dan yang telah kami raba dengan tangan kami tentang Firman hidup--itulah yang kami tuliskan kepada kamu. 2 Hidup itu telah dinyatakan, dan kami telah melihatnya dan sekarang kami bersaksi dan memberitakan kepada kamu tentang hidup kekal, yang ada bersama-sama dengan Bapa dan yang telah dinyatakan kepada kami. 3 Apa yang telah kami lihat dan yang telah kami dengar itu, kami beritakan kepada kamu juga, supaya kamupun beroleh persekutuan dengan kami. Dan persekutuan kami adalah persekutuan dengan Bapa dan dengan Anak-Nya, Yesus Kristus.
Hakikat tersebut menentukan persekutuan umat pilihan dan ia menentukan persekutuan umat pilihan dengan Bapa dan Anak. Itu adalah kepentingan dan kemaknaan teks tersebut.
4 Dan semuanya ini kami tuliskan kepada kamu, supaya sukacita kami menjadi sempurna. 5 Dan inilah berita, yang telah kami dengar dari Dia, dan yang kami sampaikan kepada kamu: Allah adalah terang dan di dalam Dia sama sekali tidak ada kegelapan. 6 Jika kita katakan, bahwa kita beroleh persekutuan dengan Dia, namun kita hidup di dalam kegelapan, kita berdusta dan kita tidak melakukan kebenaran.
Apabila kamu menganggotai suatu organisasi yang memeluk doktrin palsu, maka itu satu dusta. Ianya bukan kebenaran dan kamu berjalan dalam kegelapan, jadi tidak mungkin kamu berjalan bersama Tuhan. Kamu tidak bersekutu dengan Tuhan ataupun AnakNya. Itulah sebabnya kenapa kamu tidak boleh terus tinggal bersama orang lain dalam persekutuanmu, yang berjalan dalam kegelapan.
7 Tetapi jika kita hidup di dalam terang sama seperti Dia ada di dalam terang, maka kita beroleh persekutuan seorang dengan yang lain, dan darah Yesus, Anak-Nya itu, menyucikan kita dari pada segala dosa. 8 Jika kita berkata, bahwa kita tidak berdosa, maka kita menipu diri kita sendiri dan kebenaran tidak ada di dalam kita. 9 Jika kita mengaku dosa kita, maka Ia adalah setia dan adil, sehingga Ia akan mengampuni segala dosa kita dan menyucikan kita dari segala kejahatan. 10 Jika kita berkata, bahwa kita tidak ada berbuat dosa, maka kita membuat Dia menjadi pendusta dan firman-Nya tidak ada di dalam kita.
Maka ianya mandatori untuk persaudaraan iman berjalan bersama-sama dalam kebenaran. Kamu tiada pilihan lain. Ianya arahan jelas Roh Kudus melalui Yohanes.
1Yohanes 2:1-29 Anak-anakku, hal-hal ini kutuliskan kepada kamu, supaya kamu jangan berbuat dosa, namun jika seorang berbuat dosa, kita mempunyai seorang pengantara pada Bapa, yaitu Yesus Kristus, yang adil. 2 Dan Ia adalah pendamaian untuk segala dosa kita, dan bukan untuk dosa kita saja, tetapi juga untuk dosa seluruh dunia. 3 Dan inilah tandanya, bahwa kita mengenal Allah, yaitu jikalau kita menuruti perintah-perintah-Nya. 4 Barangsiapa berkata: Aku mengenal Dia, tetapi ia tidak menuruti perintah-Nya, ia adalah seorang pendusta dan di dalamnya tidak ada kebenaran. 5 Tetapi barangsiapa menuruti firman-Nya, di dalam orang itu sungguh sudah sempurna kasih Allah; dengan itulah kita ketahui, bahwa kita ada di dalam Dia. 6 Barangsiapa mengatakan, bahwa ia ada di dalam Dia, ia wajib hidup sama seperti Kristus telah hidup.
Kristus merupakan pengantara dengan Bapa. Seorang pengantara berbicara dengan pihak yang berkuasa bagi pihak orang lain. Seorang pengantara sendirinya bukanlah orang yang berkuasa. Maka cukup jelas bahawa Kristus sebagai seorang pengantara, tidak mungkin adalah pihak berkuasa kepada siapa dia membuat rayuan, ataupun berbicara bagi pihak individu-individu terbabit. Dia tidak mungkin adalah Tuhan dan juga seorang pengantara kepada Tuhan bagi umat pilihan, dalam ertikata yang sama.
7 Saudara-saudara yang kekasih, bukan perintah baru yang kutuliskan kepada kamu, melainkan perintah lama yang telah ada padamu dari mulanya. Perintah lama itu ialah firman yang telah kamu dengar. 8 Namun perintah baru juga yang kutuliskan kepada kamu, telah ternyata benar di dalam Dia dan di dalam kamu; sebab kegelapan sedang lenyap dan terang yang benar telah bercahaya. 9 Barangsiapa berkata, bahwa ia berada di dalam terang, tetapi ia membenci saudaranya, ia berada di dalam kegelapan sampai sekarang. 10 Barangsiapa mengasihi saudaranya, ia tetap berada di dalam terang, dan di dalam dia tidak ada penyesatan. 11 Tetapi barangsiapa membenci saudaranya, ia berada di dalam kegelapan dan hidup di dalam kegelapan. Ia tidak tahu ke mana ia pergi, karena kegelapan itu telah membutakan matanya.
Kasih sesama sendiri merupakan penanda umat pilihan. Di mana sekumpulan orang mengasihi sesuatu organisasi atau pemimpin lebih dari sesama sendiri dan hingga menyisihkan kebenaran, maka kumpulan ini adalah suatu kultus. Di mana para individu terus tinggal di dalam suatu struktur korporat yang mengajar doktrin palsu, maka individu-individu itu membenarkan kepalsuan dan dengan rela menjadi sebahagian dari, dan menyetujui dengan kehadiran mereka, suatu kultus.
Yohanes menulis tentang firman Tuhan yang tinggal di dalam umat pilihan dan melaluinya mereka mengalahkan yang jahat.
12 Aku menulis kepada kamu, hai anak-anak, sebab dosamu telah diampuni oleh karena nama-Nya. 13 Aku menulis kepada kamu, hai bapa-bapa, karena kamu telah mengenal Dia, yang ada dari mulanya. Aku menulis kepada kamu, hai orang-orang muda, karena kamu telah mengalahkan yang jahat. 14 Aku menulis kepada kamu, hai anak-anak, karena kamu mengenal Bapa. Aku menulis kepada kamu, hai bapa-bapa, karena kamu mengenal Dia, yang ada dari mulanya. Aku menulis kepada kamu, hai orang-orang muda, karena kamu kuat dan firman Allah diam di dalam kamu dan kamu telah mengalahkan yang jahat.
15 Janganlah kamu mengasihi dunia dan apa yang ada di dalamnya. Jikalau orang mengasihi dunia, maka kasih akan Bapa tidak ada di dalam orang itu.
Oleh itu kamu tidak boleh mengasihi sesuatu organisasi dunia, kerana ini maknanya kasih terhadap Bapa tidak ada di dalam kamu. Kamu harus mengasihi kebenaran dari Bapa itu melebihi sebarang organisasi atau benda lain, atas planet ini. Tiada apapun yang boleh menghalang hubunganmu dengan Bapa, walaupun Yesus Kristus. Kerana Yesus Kristus satu dengan Bapa, itu bukan lagi satu kemungkinan. Hal pentingnya adalah hubunganmu adalah dengan Tuhan melalui Kristus. Kita dapat masuk ke dalam hubungan dengan Tuhan melalui Yesus Kristus dan melalui pendamaiannya. Itulah apa yang Yohanes katakan.
16 Sebab semua yang ada di dalam dunia, yaitu keinginan daging dan keinginan mata serta keangkuhan hidup, bukanlah berasal dari Bapa, melainkan dari dunia. 17 Dan dunia ini sedang lenyap dengan keinginannya, tetapi orang yang melakukan kehendak Allah tetap hidup selama-lamanya.
Tumpuan kasih umat pilihan akhirnya adalah Bapa. Kasih umat pilihan terhadap sesama sendiri adalah berdasarkan pada kehadiran Roh Kudus dalam setiap umat pilihan, dari Kristus dan seterusnya. Kristus telah menyerahkan dirinya untuk dunia melalui kasih Bapa. Yohanes 3:16 menyatakan bahawa Bapa telah mengaruniakan AnakNya.
Yohanes 3:16 Karena begitu besar kasih Allah akan dunia ini, sehingga Ia telah mengaruniakan Anak-Nya yang tunggal, supaya setiap orang yang percaya kepada-Nya tidak binasa, melainkan beroleh hidup yang kekal.
Ianya memang suatu ungkapan yang lapuk atau terlalu kerap digunakan dalam Kekristianan aliran utama, namun ia satu pernyataan yang sangat berkuasa dan ia mengutuk posisi mereka.
Kamu tidak mungkin memberi apa yang kamu tidak miliki. Tiada kesetaraan bersama dalam pemberian Anak oleh Bapa. Malahan, Kristus telah diutus oleh Bapa mengikut kehendak dan perintahNya.
Yohanes 4:34 Kata Yesus kepada mereka: "Makanan-Ku ialah melakukan kehendak Dia yang mengutus Aku dan menyelesaikan pekerjaan-Nya.
Maka ianya pekerjaan Bapa dan harus dilakukan oleh umat pilihan. Oleh itu, bagaimana mungkin umat pilihan terus tinggal dalam suatu organisasi yang mengajar bertentangan kepada hukum dan kesaksian itu, dan tetap melaksanakan pekerjaan Bapa? Berapa perlunya pekerjaan itu dilakukan serta-merta? Yohanes melihatnya sebagai perlu ketika dia menulis. Bukankah ia semakin perlu lagi sekarang ini? Melalui penyertaan diam-diam dalam suatu kultus, yang telahpun menjadi sebuah kelab sosial, kemampuan bangsa Israel, dan dari mereka seluruh dunia, untuk dibawa bertaubat, dilambatkan atau dijadikan tidak berupaya.
Terdapat satu lagi hujah yang lebih menipu yang dikemukakan oleh beberapa dari umat pilihan, yang berbunyi seperti berikut: Aku tidak dibaptiskan ke dalam sebarang organisasi tetapi ke dalam tubuh Kristus. Oleh itu di mana saja umat pilihan berada di situ aku boleh terus kekal tidak kira apa yang diajar oleh organisasi tersebut.
Orang-orang yang mengatakan bahawa mereka bukan anggota sebarang organisasi melainkan tubuh Kristus, namun terus kekal di dalam sesebuah kultus yang mengajar bertentangan dengan hukum dan kesaksian itu, melakukan pekerjaan Iblis. Mereka menyekat kemampuan umat pilihan untuk mengabarkan kebenaran itu. Mereka menipu diri mereka dengan hujah-hujah berputar belit yang khas dibuat untuk melambatkan keputusan-keputusan yang kurang menyenangkan. Pendek kata, mereka penakut. Mereka telah diutus seumpama domba di antara serigala oleh Kristus untuk mengambil bahagian dalam tuaian tersebut. Melalui kehadiran mereka di dalam organisasi murtad, yang secara definisinya termasuklah sebarang organisasi Trinitarian, mereka tidak melakukan pekerjaan Bapa mereka. Mereka menghalang pemanggilan umat pilihan. Pendek kata, mereka telah mengebumikan talenta mereka.
Bangsa ini harus dipanggil bertaubat dan para pekerjanya sedikit sahaja.
18 Anak-anakku, waktu ini adalah waktu yang terakhir, dan seperti yang telah kamu dengar, seorang antikristus akan datang, sekarang telah bangkit banyak antikristus. Itulah tandanya, bahwa waktu ini benar-benar adalah waktu yang terakhir. 19 Memang mereka berasal dari antara kita, tetapi mereka tidak sungguh-sungguh termasuk pada kita; sebab jika mereka sungguh-sungguh termasuk pada kita, niscaya mereka tetap bersama-sama dengan kita. Tetapi hal itu terjadi, supaya menjadi nyata, bahwa tidak semua mereka sungguh-sungguh termasuk pada kita. 20 Tetapi kamu telah beroleh pengurapan dari Yang Kudus, dan dengan demikian kamu semua mengetahuinya. 21 Aku menulis kepadamu, bukan karena kamu tidak mengetahui kebenaran, tetapi justru karena kamu mengetahuinya dan karena kamu juga mengetahui, bahwa tidak ada dusta yang berasal dari kebenaran.
Begitulah caranya mereka keluar. Mereka mula memberikan khutbah dusta. Ianya tidak kira sama ada mereka mempunyai bilangan ramai. Ianya tidak apa jika mereka membuatkan kamu terpaksa menyusun semula. Mereka memang telah mempunyai bilangan ramai sejak Persidangan Nicaea. Yang pastinya, sejak tahun 381 Persidangan Constantinople, mereka telahpun mempunyai bilangan ramai. Bilangan mereka ini tidak menjadikan mereka sebahagian dari tubuh itu. Mereka keluar kerana mereka menyokong dusta. Kebenaran-lah yang mengekalkan kamu di dalam tubuh Yesus Kristus dan ianya pengumpulan semula bersama mereka yang sama pemikiran, yang mengekalkan kamu di dalam tubuh Yesus Kristus, dan melakukan pekerjaan Yesus Kristus. Jika kamu berhenti melakukan pekerjaan Yesus Kristus, menyusun semula ke dalam tubuh Yesus Kristus, kamu tidak akan memasuki kebangkitan pertama itu.
22 Siapakah pendusta itu? Bukankah dia yang
menyangkal bahwa Yesus adalah Kristus? Dia itu adalah antikristus, yaitu dia
yang menyangkal baik Bapa maupun Anak. 23 Sebab barangsiapa
menyangkal Anak, ia juga tidak memiliki Bapa. Barangsiapa mengaku Anak, ia juga
memiliki Bapa.
Bagaimanakah kamu dapat mengakui Anak jika kamu mengatakan mereka hanyalah hypostases bagi seorang makhluk, satu Tuhan; bahawa mereka hanyalah jelmaan-jelmaan makhluk seorang itu. Kamu menyangkal anak itu dan oleh kerana kamu menyangkal anak itu, kamu tidak memiliki Bapa. Itulah doktrin Antikristus.
24 Dan kamu, apa yang telah kamu dengar dari mulanya, itu harus tetap tinggal di dalam kamu. Jika apa yang telah kamu dengar dari mulanya itu tetap tinggal di dalam kamu, maka kamu akan tetap tinggal di dalam Anak dan di dalam Bapa. 25 Dan inilah janji yang telah dijanjikan-Nya sendiri kepada kita, yaitu hidup yang kekal. 26 Semua itu kutulis kepadamu, yaitu mengenai orang-orang yang berusaha menyesatkan kamu. 27 Sebab di dalam diri kamu tetap ada pengurapan yang telah kamu terima dari pada-Nya. Karena itu tidak perlu kamu diajar oleh orang lain. Tetapi sebagaimana pengurapan-Nya mengajar kamu tentang segala sesuatu--dan pengajaran-Nya itu benar, tidak dusta--dan sebagaimana Ia dahulu telah mengajar kamu, demikianlah hendaknya kamu tetap tinggal di dalam Dia. 28 Maka sekarang, anak-anakku, tinggallah di dalam Kristus, supaya apabila Ia menyatakan diri-Nya, kita beroleh keberanian percaya dan tidak usah malu terhadap Dia pada hari kedatangan-Nya. 29 Jikalau kamu tahu, bahwa Ia adalah benar, kamu harus tahu juga, bahwa setiap orang, yang berbuat kebenaran, lahir dari pada-Nya.
Di sini, konsep keluar atau berasal dari antara kita dikembangkan oleh Yohanes. Hujah yang terbentuk dalam Jemaat yang dimaksudkan oleh Yohanes adalah berkenaan Ketuhanan serta hubungan Bapa dan Anak. Hujah ini merupakan pendahulu kepada Trinitarianisme. Ia cuba memisahkan kemanusiaan Kristus dari ketuhanannya. Secara berkesannya, ia cuba menyatakan bahawa Kristus mempunyai suatu elemen dirinya yang kekal berasingan dari kemanusiaannya dan yang tidak mati. Malahan, ia terus kekal sebagai sebahagian dari entiti yang kita kenali sebagai Tuhan. Secara berkesannya, ia cuba menjadikan Kristus sebahagian dari dan sama tara dengan Tuhan. Ini merupakan doktrin Antikristus itu. Ia jelas sekali berkaitan dengan Trinitarianisme hinggakan teks pada 1Yohanes 4:1-2 telah diubah untuk menyamarkan fakta tersebut.
Konsep sebagai sebahagian dari umat pilihan adalah melalui kelakuan benar. Sesiapa yang berbuat betul adalah benar.
Sesiapa yang melakukan dosa berasal dari iblis (diabolos). Oleh itu ianya mustahil untuk menjadi sebahagian dari sebuah organisasi yang tidak mengajarkan kebenaran. Kerana perintah-perintah Tuhan adalah yang terutama sekali. Dosa adalah pelanggaran hukum taurat itu, atau di sini adalah keadaan ketiadaan hukum. Perintah pertama adalah berhubung penyembahan serta kasih kepada Tuhan. Bolehkah kamu menyembah satu-satunya Allah yang benar sedangkan kamu adalah sebahagian dari suatu sistem yang cuba mendakwa Kristus cuba mencapai kesetaraan dengan Allah Maha Esa dan dengan itu bersalah melakukan dosa yang sama seperti yang pernah dilakukan Iblis. Dengan itu, kita diperlukan menyucikan diri kita sama seperti Kristus adalah suci. Bolehkah kamu menyucikan dirimu di dalam sebuah kelab sosial yang murtad? Bolehkah kamu melayani Tuhan dan memberikan persepuluhan kepada Baal?
1Yohanes 3:1-24 Lihatlah, betapa besarnya kasih yang dikaruniakan Bapa kepada kita, sehingga kita disebut anak-anak Allah, dan memang kita adalah anak-anak Allah. Karena itu dunia tidak mengenal kita, sebab dunia tidak mengenal Dia. 2 Saudara-saudaraku yang kekasih, sekarang kita adalah anak-anak Allah, tetapi belum nyata apa keadaan kita kelak; akan tetapi kita tahu, bahwa apabila Kristus menyatakan diri-Nya, kita akan menjadi sama seperti Dia, sebab kita akan melihat Dia dalam keadaan-Nya yang sebenarnya. 3 Setiap orang yang menaruh pengharapan itu kepada-Nya, menyucikan diri sama seperti Dia yang adalah suci. 4 Setiap orang yang berbuat dosa, melanggar juga hukum Allah, sebab dosa ialah pelanggaran hukum Allah. 5 Dan kamu tahu, bahwa Ia telah menyatakan diri-Nya, supaya Ia menghapus segala dosa, dan di dalam Dia tidak ada dosa. 6 Karena itu setiap orang yang tetap berada di dalam Dia, tidak berbuat dosa lagi; setiap orang yang tetap berbuat dosa, tidak melihat dan tidak mengenal Dia. 7 Anak-anakku, janganlah membiarkan seorangpun menyesatkan kamu. Barangsiapa yang berbuat kebenaran adalah benar, sama seperti Kristus adalah benar; 8 barangsiapa yang tetap berbuat dosa, berasal dari Iblis, sebab Iblis berbuat dosa dari mulanya. Untuk inilah Anak Allah menyatakan diri-Nya, yaitu supaya Ia membinasakan perbuatan-perbuatan Iblis itu. 9 Setiap orang yang lahir dari Allah, tidak berbuat dosa lagi; sebab benih ilahi tetap ada di dalam dia dan ia tidak dapat berbuat dosa, karena ia lahir dari Allah.
Ini adalah pernyataan yang agak relatif. Kita melakukan dosa pada setiap masa. Sifat atau benih ilahi-lah yang menyatakan dosa tersebut. Kamu menyedarinya apabila kamu memikirkan sesuatu yang salah kerana sifatmu memberontak terhadap apa yang kamu lakukan dan hati nuranimu (iaitu Roh Kudus) mengatakan kepadamu tidak, tidak, tidak, ini bukan jalannya. Kamu rasa bersalah kerana kamu telah berdosa. Ianya bukan kerana kamu tidak boleh berdosa. Kamu memang dapat menolak kesaksian itu, namun kamu sedar apa yang kamu lakukan dan kamu meletakkan dirimu di luar Tuhan dan di luar umat pilihan, kerana dosa dan kamu harus bertaubat. Dosa berulang kali tidak menguntungkan kamu, kerana kamu tidak boleh menguji Kristus dengan menyalibkannya secara berulang kali.
10 Inilah tandanya anak-anak Allah dan anak-anak Iblis: setiap orang yang tidak berbuat kebenaran, tidak berasal dari Allah, demikian juga barangsiapa yang tidak mengasihi saudaranya.
Jadi kamu ada dua konsep – satu adalah mengasihi saudaramu dan satu lagi adalah berbuat apa yang baik. Hal yang baik agak jelas diterangkan oleh hukum. Kamu tidak boleh berada di dalam suatu organisasi murtad.
Jika kamu tidak melakukan apa yang baik, maka kamu bukannya milik Tuhan. Kamu tidak mungkin mengasihi umatmu, jika kamu tidak mengkhotbahkan firman Tuhan kepada mereka dalam kebenaran yang tidak tercemar.
Kamu tidak boleh melayani Tuhan dengan berbicara dari kedua sudut mulut kamu. Tidak cukup untuk mengatakan siapa yang bertelinga hendaklah ia mendengarkan. Kebenaran dalam zaman akhir harus diucapkan dengan jelas di kalangan umat pilihan dan diberikan kepada seluruh bangsa dengan kata-kata mudah. Memikirkan sebaliknya bererti menipu diri sendiri. Anugerah-anugerah serta panggilan Tuhan bukannya kepada suatu kelab sosial ataupun pertandingan populariti.
11 Sebab inilah berita yang telah kamu dengar dari mulanya, yaitu bahwa kita harus saling mengasihi; 12 bukan seperti Kain, yang berasal dari si jahat dan yang membunuh adiknya. Dan apakah sebabnya ia membunuhnya? Sebab segala perbuatannya jahat dan perbuatan adiknya benar. 13 Janganlah kamu heran, saudara-saudara, apabila dunia membenci kamu [penekanan ditambah]. 14 Kita tahu, bahwa kita sudah berpindah dari dalam maut ke dalam hidup, yaitu karena kita mengasihi saudara kita. Barangsiapa tidak mengasihi, ia tetap di dalam maut. 15 Setiap orang yang membenci saudaranya, adalah seorang pembunuh manusia. Dan kamu tahu, bahwa tidak ada seorang pembunuh yang tetap memiliki hidup yang kekal di dalam dirinya. 16 Demikianlah kita ketahui kasih Kristus, yaitu bahwa Ia telah menyerahkan nyawa-Nya untuk kita; jadi kitapun wajib menyerahkan nyawa kita untuk saudara-saudara kita. 17 Barangsiapa mempunyai harta duniawi dan melihat saudaranya menderita kekurangan tetapi menutup pintu hatinya terhadap saudaranya itu, bagaimanakah kasih Allah dapat tetap di dalam dirinya? 18 Anak-anakku, marilah kita mengasihi bukan dengan perkataan atau dengan lidah, tetapi dengan perbuatan dan dalam kebenaran [penekanan ditambah]. 19 Demikianlah kita ketahui, bahwa kita berasal dari kebenaran. Demikian pula kita boleh menenangkan hati kita di hadapan Allah, 20 sebab jika kita dituduh olehnya, Allah adalah lebih besar dari pada hati kita serta mengetahui segala sesuatu. 21 Saudara-saudaraku yang kekasih, jikalau hati kita tidak menuduh kita, maka kita mempunyai keberanian percaya untuk mendekati Allah, 22 dan apa saja yang kita minta, kita memperolehnya dari pada-Nya, karena kita menuruti segala perintah-Nya dan berbuat apa yang berkenan kepada-Nya. 23 Dan inilah perintah-Nya itu: supaya kita percaya akan nama Yesus Kristus, Anak-Nya, dan supaya kita saling mengasihi sesuai dengan perintah yang diberikan Kristus kepada kita. 24 Barangsiapa menuruti segala perintah-Nya, ia diam di dalam Allah dan Allah di dalam dia. Dan demikianlah kita ketahui, bahwa Allah ada di dalam kita, yaitu Roh yang telah Ia karuniakan kepada kita.
Allah adalah berlainan dari Anak dan kita memelihara perintah-perintahNya sambil berjalan di dalam kebenaran. Berjalan dalam kebenaran tidak dapat dicapai dengan berdiam sahaja di dalam suatu organisasi yang telah terjerumus ke dalam kepalsuan. Dengan berdiam sahaja kamu langsung menyangkal Kristus. Kelemahan sebegitu telah dimaafkan bagi Petrus sebelum dia bertaubat. Namun ini tidak diterima di dalam umat pilihan.
Ketika Petrus menyangkal Kristus, dia belum lagi bertaubat. Dia berada pada posisi yang lebih rendah dari kamu dan aku dan semua umat pilihan. Petrus tidak sekuat kita ini. Juga dia tidak dijangka untuk mempunyai kekuatan yang sama; kerana dia belum lagi bertaubat. Kamu diadili menurut standard yang lebih tinggi berbanding rasul Petrus pada waktu penyaliban Yesus Kristus. Ini adalah posisi dengan tanggungjawab sangat berat sekali. Menjadi sebahagian dari umat pilihan bukanlah satu permainan.
Umat pilihan diperlukan menguji roh-roh untuk melihat sama ada mereka berasal dari Tuhan. Jika sesiapa mengatakan kepadamu bahawa Kristus adalah Tuhan dan sama tara dan sama abadi dengan Allah Maha Esa, maka mereka tidak berasal dari Roh Tuhan. Umat pilihan diperlukan menyusun semula jauh dari mereka. Orang-orang ini keluar dari antara kita melalui apa yang mereka katakan, bukan kerana di mana mereka duduk. Hakikat bahawa orang murtad menguasai sesuatu pentadbiran tidak menjadikan mereka wakil Tuhan, juga tidak memerlukan kesetiaan atau sokongan umat pilihan. Malahan, hal sebaliknya adalah benar. Mereka, melalui tindakan-tindakan mereka, telah keluar dari antara kita untuk menunjukkan bahawa mereka memang tidak pernah menjadi sebahagian dari kita. Mengecam kepalsuan tidak bermakna bahawa mereka yang dikecam itu tidak dikasihi. Sesiapa yang dikasihi Tuhan, ditegur dan dihukumNya. Biasanya teguran tersebut datang dari mereka yang kuat dalam roh serta firman Tuhan.
1Yohanes 4:1-21 Saudara-saudaraku yang kekasih, janganlah percaya akan setiap roh, tetapi ujilah roh-roh itu, apakah mereka berasal dari Allah; sebab banyak nabi-nabi palsu yang telah muncul dan pergi ke seluruh dunia. 2 Demikianlah kita mengenal Roh Allah: setiap roh yang mengaku, bahwa Yesus Kristus telah datang sebagai manusia, berasal dari Allah, 3 dan setiap roh, yang tidak mengaku Yesus, tidak berasal dari Allah. Roh itu adalah roh antikristus dan tentang dia telah kamu dengar, bahwa ia akan datang dan sekarang ini ia sudah ada di dalam dunia.
Pada zaman Yohanes, roh ini cuba mengatakan bahawa sebahagian dari Yesus Kristus tidak datang sebagai manusia, tetapi terus kekal di atas langit. Roh itu sudah ada pada zaman Yohanes dan ia masih wujud lagi hari ini dan adalah sebahagian dari sistem perempuan sundal itu. Ianya sebahagian dari agama palsu itu. Ia adalah doktrin Antikristus.
Teks mengenai doktrin Antikristus ini telah diubah dalam teks-teks purba. Ini satu dari teks-teks yang mula-mula dipalsukan mereka, kerana ia memberitahu kamu bahawa doktrin Trinitas itu adalah doktrin Antikristus, dan kerana itu mereka terpaksa mengubah teks tersebut. Teks yang betul boleh dibentuk semula dari tulisan-tulisan Irenaeus (lihat karya Ante-Nicene Fathers, Vol 1, nota samping halaman 443). Teks ini berbunyi:
Demikianlah kita mengenal Roh Allah: setiap roh yang mengaku bahwa Yesus Kristus telah datang sebagai manusia berasal dari Allah, dan setiap roh yang mengasingkan Yesus Kristus tidak berasal dari Allah tetapi adalah roh Antikristus.
Ahli sejarah Socrates mengatakan (VII, 32 halaman 381) bahawa petikan tersebut telah dikorupsikan oleh mereka yang ingin memisahkan kemanusiaan Yesus Kristus dari ketuhanannya. Maka hujah bahawa sebahagian dari diri Kristus wujud di atas langit sebagai sebahagian dari Tuhan, berasingan dari kemanusiaannya dan kematiannya pada salib itu, lantas secara langsung menyangkal kebangkitan tersebut dan merupakan doktrin Antikristus. Oleh itu, memang betul Trinitarianisme tergolong dalam doktrin Antikristus.
4 Kamu berasal dari Allah, anak-anakku, dan kamu telah mengalahkan nabi-nabi palsu itu; sebab Roh yang ada di dalam kamu, lebih besar dari pada roh yang ada di dalam dunia. 5 Mereka berasal dari dunia; sebab itu mereka berbicara tentang hal-hal duniawi dan dunia mendengarkan mereka. 6 Kami berasal dari Allah: barangsiapa mengenal Allah, ia mendengarkan kami; barangsiapa tidak berasal dari Allah, ia tidak mendengarkan kami. Itulah tandanya Roh kebenaran dan roh yang menyesatkan.
Maka roh kebenaran diperlukan untuk berpisah dari roh kesesatan itu. Ujian ini dikenakan pada umat pilihan, untuk menunjukkan siapakah umat pilihan dan siapakah yang dipanggil tetapi tidak dipilih.
7 Saudara-saudaraku yang kekasih, marilah kita saling mengasihi, sebab kasih itu berasal dari Allah; dan setiap orang yang mengasihi, lahir dari Allah dan mengenal Allah. 8 Barangsiapa tidak mengasihi, ia tidak mengenal Allah, sebab Allah adalah kasih. 9 Dalam hal inilah kasih Allah dinyatakan di tengah-tengah kita, yaitu bahwa Allah telah mengutus Anak-Nya yang tunggal ke dalam dunia, supaya kita hidup oleh-Nya. 10 Inilah kasih itu: Bukan kita yang telah mengasihi Allah, tetapi Allah yang telah mengasihi kita dan yang telah mengutus Anak-Nya sebagai pendamaian bagi dosa-dosa kita. 11 Saudara-saudaraku yang kekasih, jikalau Allah sedemikian mengasihi kita, maka haruslah kita juga saling mengasihi. 12 Tidak ada seorangpun yang pernah melihat Allah [penekanan ditambah; Kristus berlainan dari Allah]. Jika kita saling mengasihi, Allah tetap di dalam kita, dan kasih-Nya sempurna di dalam kita. 13 Demikianlah kita ketahui, bahwa kita tetap berada di dalam Allah dan Dia di dalam kita: Ia telah mengaruniakan kita mendapat bagian dalam Roh-Nya. 14 Dan kami telah melihat dan bersaksi, bahwa Bapa telah mengutus Anak-Nya menjadi Juruselamat dunia. 15 Barangsiapa mengaku, bahwa Yesus adalah Anak Allah, Allah tetap berada di dalam dia dan dia di dalam Allah. 16 Kita telah mengenal dan telah percaya akan kasih Allah kepada kita. Allah adalah kasih, dan barangsiapa tetap berada di dalam kasih, ia tetap berada di dalam Allah dan Allah di dalam dia. 17 Dalam hal inilah kasih Allah sempurna di dalam kita, yaitu kalau kita mempunyai keberanian percaya pada hari penghakiman, karena sama seperti Dia, kita juga ada di dalam dunia ini. 18 Di dalam kasih tidak ada ketakutan: kasih yang sempurna melenyapkan ketakutan; sebab ketakutan mengandung hukuman dan barangsiapa takut, ia tidak sempurna di dalam kasih.
Kalau kamu takutkan organisasi dan menganggotai organisasi-organisasi untuk mengekalkan kedudukanmu; dan kamu takut untuk pergi ke tempat-tempat atau tempat selamat; dan kamu takut tentang apa yang akan terjadi pada dunia ini sewaktu pengujian tersebut dan memikirkan kamu boleh melarikan diri darinya, maka kamu tidak mempunyai kasih sempurna dan kamu tidak berfikir dengan betul. Kamu tidak memandang kepada Tuhan.
19 Kita mengasihi, karena Allah lebih dahulu mengasihi kita. 20 Jikalau seorang berkata: "Aku mengasihi Allah," dan ia membenci saudaranya, maka ia adalah pendusta, karena barangsiapa tidak mengasihi saudaranya yang dilihatnya, tidak mungkin mengasihi Allah, yang tidak dilihatnya. 21 Dan perintah ini kita terima dari Dia: Barangsiapa mengasihi Allah, ia harus juga mengasihi saudaranya.
Mereka yang memiliki kasih sempurna tidak takut pada sesiapapun, apa lagi mereka yang sesat dari kebenaran itu. Tiada seorangpun umat pilihan yang boleh terus menyetujui kesesatan dengan bersenyap dan terus kekal dalam organisasi tersebut. Mereka hanya akan menjadi anggota-anggota kultus dan bukan lagi sebahagian dari tubuh Kristus.
Kewajipan untuk mengatasi dunia jelas dinyatakan dalam 1Yohanes 5:1-5.
1Yohanes 5:1-21 Setiap orang yang percaya, bahwa Yesus adalah Kristus, lahir dari Allah; dan setiap orang yang mengasihi Dia yang melahirkan, mengasihi juga Dia yang lahir dari pada-Nya. 2 Inilah tandanya, bahwa kita mengasihi anak-anak Allah, yaitu apabila kita mengasihi Allah serta melakukan perintah-perintah-Nya. 3 Sebab inilah kasih kepada Allah, yaitu, bahwa kita menuruti perintah-perintah-Nya. Perintah-perintah-Nya itu tidak berat, 4 sebab semua yang lahir dari Allah, mengalahkan dunia. Dan inilah kemenangan yang mengalahkan dunia: iman kita. 5 Siapakah yang mengalahkan dunia, selain dari pada dia yang percaya, bahwa Yesus adalah Anak Allah?
Jika mengasihi Tuhan maka kita akan memelihara perintah-perintahNya. Dengan ini kita tahu bahawa kita mengasihi anak-anak Tuhan. Dilahirkan dari Tuhan ertinya kamu harus mengalahkan dunia. Untuk mengalahkan dunia kamu harus percaya bahawa Mesias adalah Anak Tuhan. Maka, hubungan ini jelas. Jenis penipuan yang cuba meniadakan kewajipan ini yang dilihat di kalangan umat Trinitarian, ditemui dalam pengubahan-pengubahan kepada teks-teks alkitab itu, atau pada terjemahan palsu mereka yang jauh daripada maksud jelas kata-kata berkenaan seperti yang kita lihat di bawah (khususnya dari 1Yohanes 5:7. Bandingkan yang di bawah dengan teks yang menyesatkan dalam terjemahan KJV.
6 Inilah Dia yang telah datang dengan air dan darah, yaitu Yesus Kristus, bukan saja dengan air, tetapi dengan air dan dengan darah. Dan Rohlah yang memberi kesaksian, karena Roh adalah kebenaran. 7 Sebab ada tiga yang memberi kesaksian (di dalam sorga: Bapa, Firman dan Roh Kudus; dan ketiganya adalah satu. 8 Dan ada tiga yang memberi kesaksian di bumi): Roh dan air dan darah dan ketiganya adalah satu. 9 Kita menerima kesaksian manusia, tetapi kesaksian Allah lebih kuat. Sebab demikianlah kesaksian yang diberikan Allah tentang Anak-Nya. 10 Barangsiapa percaya kepada Anak Allah, ia mempunyai kesaksian itu di dalam dirinya; barangsiapa tidak percaya kepada Allah, ia membuat Dia menjadi pendusta, karena ia tidak percaya akan kesaksian yang diberikan Allah tentang Anak-Nya. 11 Dan inilah kesaksian itu: Allah telah mengaruniakan hidup yang kekal kepada kita dan hidup itu ada di dalam Anak-Nya. 12 Barangsiapa memiliki Anak, ia memiliki hidup; barangsiapa tidak memiliki Anak, ia tidak memiliki hidup.
Perhatikan bahawa Tuhan mengaruniakan hidup kekal kepada kita dan hidup ini ada dalam anakNya. Maka anak itu memiliki hidup kekal dari Bapa, yang juga dikaruniakan kepada kita semua dengan cara yang sama.
13 Semuanya itu kutuliskan kepada kamu, supaya kamu yang percaya kepada nama Anak Allah, tahu, bahwa kamu memiliki hidup yang kekal. 14 Dan inilah keberanian percaya kita kepada-Nya, yaitu bahwa Ia mengabulkan doa kita, jikalau kita meminta sesuatu kepada-Nya menurut kehendak-Nya. 15 Dan jikalau kita tahu, bahwa Ia mengabulkan apa saja yang kita minta, maka kita juga tahu, bahwa kita telah memperoleh segala sesuatu yang telah kita minta kepada-Nya. 16 Kalau ada seorang melihat saudaranya berbuat dosa, yaitu dosa yang tidak mendatangkan maut, hendaklah ia berdoa kepada Allah dan Dia akan memberikan hidup kepadanya, yaitu mereka, yang berbuat dosa yang tidak mendatangkan maut. Ada dosa yang mendatangkan maut: tentang itu tidak kukatakan, bahwa ia harus berdoa. 17 Semua kejahatan adalah dosa, tetapi ada dosa yang tidak mendatangkan maut. 18 Kita tahu, bahwa setiap orang yang lahir dari Allah, tidak berbuat dosa; tetapi Dia yang lahir dari Allah melindunginya, dan si jahat tidak dapat menjamahnya. 19 Kita tahu, bahwa kita berasal dari Allah dan seluruh dunia berada di bawah kuasa si jahat. 20 Akan tetapi kita tahu, bahwa Anak Allah telah datang dan telah mengaruniakan pengertian kepada kita, supaya kita mengenal Yang Benar; dan kita ada di dalam Yang Benar, di dalam Anak-Nya Yesus Kristus. Dia adalah Allah yang benar dan hidup yang kekal. 21 Anak-anakku, waspadalah terhadap segala berhala.
Konsep di sini mengenai dosa yang mendatangkan maut, telah dibawa oleh umat Katolik ke dalam konsep-konsep dosa yang mendatangkan maut dan dosa yang boleh diampuni. Apa yang sebenarnya dikatakan oleh Yohanes di sini adalah bahawa proses penyempurnaan umat pilihan, dengan perlunya membabitkan kesilapan dalam kehidupan harianmu. Kesilapan-kesilapan ini adalah sebahagian dari proses pemenanganmu. Kamu melakukan dosa setiap hari. Dosa yang mendatangkan maut dalam ertikata ini (iaitu dosa yang meletakkan kau dalam kebangkitan kedua), adalah apabila kamu telah begitu berdosa sekali, hinggakan tubuh Kristus melalui para penatua, mengatakan yang kamu tidak mampu lagi masuk ke dalam penghakiman dan meletakkan kamu kembali ke dalam dunia agar kamu diserahkan kepada musuh itu, supaya hidupmu dapat diselamatkan pada akhir zaman nanti. Kamu diletakkan semula dalam kebangkitan kedua itu. Inilah apa yang terjadi dalam 1 Korintus 5:5. Apabila kamu sengaja berbuat dosa, kamu masuk ke dalam dosa-dosa yang mendatangkan maut yang tidak dapat kamu atasi, maka kamu akan diletakkan semula ke dalam dunia. Dengan itu kamu dibawa keluar dari penghakiman. Ianya perbuatan belas kasihan.
Oleh itu, umat pilihan berada di bawah penghakiman melalui apa yang mereka lakukan, katakan dan fikirkan. Perbuatan-perbuatan mereka sentiasa dipertimbangkan oleh Roh Kudus. Kesetiaan umat pilihan kepada kumpulan-kumpulan orang yang bertindak bertentangan kepada Kitab Suci menempatkan umat pilihan di bawah penghakiman. Dengan itu, umat pilihan tidak boleh menganggotai kultus-kultus yang mengikut ajaran manusia, yang bertentangan atau menolak Kitab Suci dan kebenaran.
Apabila kamu menyertai suatu organisasi yang melanggar hukum-hukum Tuhan, kamu meletakkan dirimu di bawah penghakiman. Tiada bezanya antara menganggotai suatu organisasi yang melanggar perintah pertama, dengan menganggotai suatu organisasi yang melanggar perintah ketujuh, kelapan ataupun kesembilan. Tiada bezanya antara menjadi anggota suatu kultus agama yang menyembah tuhan palsu, dengan menjadi anggota sekumpulan pembunuh, atau sekumpulan perompak, atau sekumpulan pencabul. Mereka semua adalah kultus dan kesemua mereka melanggar salah satu dari sepuluh hukum itu dan semuanya dimasukkan ke dalam kebangkitan kedua itu untuk dibereskan.
Terdapat suatu proses penipuan yang mengalahkan mereka yang menganggotai kultus-kultus, yang mengabaikan kebenaran. Seperti yang telah kita lihat, suatu kultus adalah sekumpulan pengikut yang mengikut orang dan upacara dan tidak mendengar firman Tuhan.
Tuhan jelas mengutuk perbuatan ini dalam Yesaya 66:4
Yesaya 66:4 demikianlah Aku lebih menyukai memperlakukan mereka dengan sewenang-wenang dan mendatangkan kepada mereka apa yang ditakutkan mereka; oleh karena apabila Aku memanggil, tidak ada yang menjawab, apabila Aku berbicara, mereka tidak mendengarkan, tetapi mereka melakukan yang jahat di mata-Ku dan lebih menyukai apa yang tidak Kukehendaki.
Memilih untuk tidak mengikut Tuhan akan mengakibatkan Tuhan memperlakukan mereka dengan sewenang-wenangnya. Tindakan ini dinyatakan sebagai merantau dalam kesesatan dalam 2Tesalonika 2:11.
2Tesalonika 2:9-10 Kedatangan si pendurhaka itu adalah pekerjaan Iblis, dan akan disertai rupa-rupa perbuatan ajaib, tanda-tanda dan mujizat-mujizat palsu, 10 dengan rupa-rupa tipu daya jahat terhadap orang-orang yang harus binasa karena mereka tidak menerima dan mengasihi kebenaran yang dapat menyelamatkan mereka.
Orang durhaka ini hanya mungkin wujud di kalangan umat pilihan, kerana anggota-anggota yang berpura-pura berada di dalam tubuh Kristus pada zaman akhir, bukan sebahagian dari umat pilihan. Mereka tidak mengasihi kebenaran itu dan oleh itu mereka tidak dapat diselamatkan. Mereka didatangkan kesesatan oleh Tuhan.
2Tesalonika 2:11 11 Dan itulah sebabnya Allah mendatangkan kesesatan atas mereka, yang menyebabkan mereka percaya akan dusta,
Istilah yang diterjemahkan sebagai kesesatan ini sebenarnya adalah suatu operasi kesesatan/kepalsuan (energeian planes lihat Marshall's Interlinear). Mereka didatangkan suatu operasi kesesatan oleh Tuhan, kerana mereka tidak mengasihi kebenaran itu, agar mereka tidak dibawa masuk ke dalam penghakiman, kerana mereka pasti tidak akan selamat dalamnya.
Jika kamu mengikut manusia dan bukannya kebenaran itu, kamu tidak akan selamat. Tiada lagi sejelas itu.
Jemaat-jemaat dalam sistem abad kedua puluh memperlakukan agama seperti suatu perniagaan dan doktrin sebagai cara untuk menarik pelanggan-pelanggan. Secara asasnya, inilah pendekatan yang diambil oleh gereja Katolik pada abad keempat dan Kekristianan telah binasa kerananya, sebagai satu sistem aliran utama.
Jenis penipuan atau ketidakjujuran intelektual seperti ini, mengakibatkan jenis hujah-hujah yang dikemukakan dalam komentar G.L. Haydock kepada Alkitab Douay-Rheims (cetakan semula 1850 untuk versi 1819), berkenaan Yohanes 17:3.
Ayat 3. Inilah hidup yang kekal itu, iaitu jalan kepada hidup kekal, yaitu bahwa mereka mengenal Engkau, satu-satunya Allah yang benar, dan mengenal Yesus Kristus yang telah Engkau utus. Golongan Arian, dari kata-kata ini, menganggap bahawa Bapa satu-satunya adalah Allah sebenar. S Aug. dan banyak lagi menjawab bahawa ertikata dan binaan katanya adalah, bahawa mereka mengenal Engkau, dan juga Yesus Kristus AnakMu, yang telah Engkau utus untuk menjadi satu-satunya Allah yang benar. Kita juga boleh menghuraikannya bersama S. Chrys. dan lain-lain, supaya Bapa di sini dipanggil sebagai satu-satunya Allah yang benar, bukan untuk mengecualikan Anak, dan Roh Kudus, yang juga adalah satu-satunya Allah benar bersama-sama dengan Bapa; tetapi hanya untuk mengecualikan Tuhan-tuhan palsu orang bukan Yahudi. Biarlah golongan Socinian menyedari bahawa (1 Yohanes ayat 20) Anak Tuhan, Kristus Yesus, nyata sekali dipanggil satu-satunya Allah yang benar, biarpun dengan artikel Yunani, yang lazimnya begitu ditekankan mereka.
Sebaik saja kamu mempercayai bentuk pemesongan kebenaran seperti ini, kamu akan mempercayai apa saja. Perhatikan juga penggunaan label-label menghina yang tidak betul, seperti Arian, yang cuba meniadakan atau menyangkal struktur Unitarian Alkitab yang sah. Ianya tidak mungkin sama sekali untuk panggilan satu-satunya Allah yang benar dalam Yohanes 17:3 atau 1 Yohanes 5:20 merujuk kepada Yesus Kristus, dengan atau tanpa artikel tersebut. Hakikat bahawa versi Douay-Rheims itu adalah terjemahan Latin Vulgate, dan kerana itu artikel tersebut dirumuskan dari bahasa Latin, tidak disebutkan. Istilah dengan artikel itu tidak merujuk kepada Kristus, tapi sebaliknya kepada Allah Maha Esa yang AnakNya adalah Kristus. Golongan Trinitarian terpaksa melakukan penipuan seperti ini demi mengekalkan kedudukan mereka bila berhadapan dengan teks-teks ini. Ini bukanlah sesuatu yang baru.
1Yohanes 5:20 20 Akan tetapi kita tahu, bahwa Anak Allah telah datang dan telah mengaruniakan pengertian kepada kita, supaya kita mengenal Yang Benar; dan kita ada di dalam Yang Benar, di dalam Anak-Nya Yesus Kristus. Dia adalah Allah yang benar dan hidup yang kekal.
Dia Yang Benar adalah satu-satunya Allah benar. Kita mengenali Dia dan ada di dalam Dia yang benar dan di dalam AnakNya Yesus Kristus. Kita menyembahNya yang benar, dan bukan AnakNya Yesus Kristus.
Wahai anak-anak kecil, jauhilah dirimu dari yang berhala: yang berasal dari manusia dan iblis setan, dan jauhilah kepalsuan kultus-kultus. Keluarlah daripadanya wahai umatku (Wahyu 18:4).
Wahyu 18:4 Lalu aku mendengar suara lain dari sorga berkata: "Pergilah kamu, hai umat-Ku, pergilah dari padanya supaya kamu jangan mengambil bagian dalam dosa-dosanya, dan supaya kamu jangan turut ditimpa malapetaka-malapetakanya.
Perempuan sundal di sini yang dikenali sebagai Babilon yang Agung dan Ibu Persundalan, adalah kepala sistem agama palsu dunia ini. Sistem ini telah diketahui adalah berdasarkan agama palsu Tuhan Triune selama lebih dari dua ribu tahun. Umat pilihan tidak pernah menerima sistem tersebut. Perintahnya adalah untuk keluar daripadanya, agar umat pilihan tidak mengambil bahagian dalam malapetaka-malapetaka yang akan dihimpunkan padanya pada zaman akhir – anak-anak perempuan kepada perempuan sundal ini yang muncul sewaktu reformasi itu. Pendeta-pendeta yang sama ini pada mulanya menentang sistem itu, tetapi kini mengajar doktrin-doktrin Triune itu demi wang. Mereka bukan sebahagian dari kita. Bersuaralah dan keluarlah dari sistem itu.