Jemaat-jemaat Allah Al Masehi

[113]

 

 

 

 

Amsal 30

(Edisi 1.0 20020810-20020810)

 

Tujuan kertas ini adalah untuk menganalisis Amsal 30 dengan cara yang merangsang pembaca untuk merenungi kehidupannya. Ia ditulis dengan sebegitu cara agar membuat si pembaca bertanya soalan-soalan berkaitan.

 

 

 

Christian Churches of God

 

PO Box 369, WODEN ACT 2606, AUSTRALIA

E-mail: secretary@ccg.org

 

(Hakcipta ã 2002 Storm Cox, ed. Wade Cox)

(Tr. 2006)

 

Karya tulis ini boleh disalin semula dan didistribusikan secara bebas dengan syarat ia disalin semuanya tanpa apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat penerbit serta notis hakcipta harus disertakan.  Sebarang bayaran tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima salinan yang didistribusikan.  Petikan-petikan ringkas daripadanya boleh dimasukkan ke dalam artikel-artikel kritis dan karya ulasan tanpa melanggar undang-undang hakcipta.

 

Karya ini boleh didapati daripada Internet di:
http://www.logon.org dan http://www.ccg.org

 

Amsal 30 [113]



Untuk perempuan (atau Jemaat) Tuhan memberi kita Amsal 31, untuk lelaki (atau keimamatan) Dia memberi kita Amsal 30. Amsal 30 merupakan tinjauan yang kuat ke dalam pemikiran manusia dan haluan yang harus diambilnya. Ia bermula dengan pertaubatan dan baptisan.

 

Kata-kata Agur

30 Perkataan Agur bin Yake dari Masa.

Tutur kata orang itu: Aku berlelah-lelah, ya Allah,

aku berlelah-lelah, sampai habis tenagaku.

2 Sebab aku ini lebih bodoh dari pada orang lain,

pengertian manusia tidak ada padaku.

3 Juga tidak kupelajari hikmat,

sehingga tidak dapat kukenal Yang Mahakudus.

4 Siapakah yang naik ke sorga lalu turun?

Siapakah yang telah mengumpulkan angin dalam genggamnya?

Siapakah yang telah membungkus air dengan kain?

Siapakah yang telah menetapkan segala ujung bumi?

Siapa namanya dan siapa nama anaknya?

Engkau tentu tahu!

 

Perjalanan hidup bermula dengan kesedaran bahawa kehidupan lama adalah sia-sia dan tidak berhasil. Kita membinasa diri kita sendiri dengan dosa. Dengan mengabaikan Tuhan dan hikmat Kitab Suci, keputusan-keputusan yang kita buat tidak betul. Segala tekanan hidup di Mesir memimpin kita mengejar gaya hidup yang mementingkan kenikmatan. Hidup tanpa Tuhan tidak memberi sebarang tujuan dan masa depan; tiada sebab untuk hidup selain menghasilkan detik-detik kenikmatan, bagaimana sekalipun caranya. Bagi sesetengah orang caranya melalui penyalahgunaan dadah; bagi yang lain caranya melalui seks; dan ada juga yang caranya melalui perjuangan tak kunjung henti untuk memperolehi kekayaan.

 

Dunia bangun untuk bekerja, melupakan keluarga dan sahabat; dan mengetepikan kasih sayang. Persaingan menyaksikan individu berusaha untuk mendapat penghargaan. Kenaikan pangkat bererti lebih banyak kekayaan, kadar kredit yang lebih baik, dan lebih banyak akses kepada barang-barang dan perkhidmatan. Si isteri harus bekerja untuk membayar bil. Anak-anak dijaga oleh orang asing, agar ibu bapa mampu membawa kereta/mobil yang lebih baik. Kita berkata, dia tinggal di dalam rumah yang keci, jadi dia kurang berjaya. Dia mempunyai empat anak, jadi dia tentunya bersusah payah.

 

Dia bekerja 80 jam seminggu dan tidak pernah berjumpa keluarganya; dia pekerja keras. Dia memakai pakaian sut mahal; dia pastinya seorang yang penting. Dia minum minuman keras terlalu banyak; dia pastinya ada tekanan. Dia meminjam wang untuk membawa anak-anaknya bercuti; jadi dia memenuhi kewajipannya. Isterinya memakai perhiasan mahal; betapa dia mencintainya. Dia banyak urusan; tekanan kerja menyebabkan mereka semakin berjauhan. Dia bekerja tujuh hari seminggu; dia keletihan. Bagaimanapun, keluarganya mempunyai keperluan.

 

Dia menghabiskan waktu majikannya melayari internet; kerjanya begitu penting. Betapa produktifnya dia. Dia harus pulang kepada keluarganya kerana itu malam sukan.

 

Kita mengerjakan apa yang penting dalam hidup. Bagaimanakah kita dapat menyayangi apa-apa tanpa mengetahui bagaimana? Kita perlu berfikir: Saya terlalu bodoh sebagai manusia. Kita harus bertanya diri kita: Sudahkah saya lupa segala yang penting dalam hidup? Ibu bapaku membesarkan saya untuk mengasihiku – sudah lupakah saya itu? Siapa yang boleh mengajarku sekarang? Sepatutnya saya tahu.

 

Saya faham hal-hal duniawi melemaskan saya. Saya faham bahawa kekayaan ada dalam manusia. Saya faham emosi lebih kaya daripada batu. Saya faham kebodohan yang ada dalam dosa. Saya faham bahawa Kristus ialah guru saya. Saya merasakan perlunya untuk menjadi suci. Saya ingin belajar bagaimana untuk hidup. Saya ingin mengajar orang lain. Saya ingin orang lain merasai apa yang saya rasai – bebas. Saya ingin bekerja dengan mereka yang merasai seperti saya merasai dan berjuang untuk mereka yang miskin dan jahil. Waktu saya lebih baik. Saya inginkan perayaan dan puasa saya. Semuanya milikku dan saya mengingininya. Saya memerlukannya dan begitu juga keluarga saya.

 

Dalam teks ini kita perhatikan rujukan kepada nama Tuhan dan hakikat kewujudan Anak Tuhan.

 

5 Semua firman Allah adalah murni.

Ia adalah perisai bagi orang-orang yang berlindung pada-Nya.

 

Dialah Allah yang Maha Esa yang memimpinku dan Dia telah mengutus anakNya untuk menyelamatkan aku.

 

Saya begitu yakin dalam segala yang saya lakukan. Aku dibaptiskan dan Kristus guruku. Ada jawapan untuk semua pertanyaanku jika aku duduk sekejap untuk membaca. Saya tahu apa yang harus dilakukan setiap hari, sebab hukum menunjukkan saya apa yang perlu saya lakukan. Saya tidak boleh dicederakan. Roh saya dijaga oleh sepasukan malaikat. Tuhan memberitahu aku Dia mencipta dunia dalam enam hari. Buat apa aku tidak mempercayaiNya? Tuhan memberitahu aku Dia berhenti pada hari Sabat. Buat apa aku berfikir lain daripada itu? Tuhan meminta aku memberi kepada orang miskin seperti yang Dia lakukan. Buat apa aku berbuat lain daripada itu? Tuhan memberitahu aku Kristus akan datang lagi. Buat apa aku berfikir lain daripada itu? Tuhan meminta aku mencari umatku dan meluangkan waktu bersama mereka. Buat apa aku ingin berbuat lain daripada itu? Tuhan meminta aku untuk berpuasa untuk berada dekat Dia. Buat apa aku tidak ingin berada dekat Dia? Tuhan meminta aku pergi ke suatu tempat yang baik untuk perayaan dan membeli apa yang aku ingini, dan mempelajari firman Tuhan bersama umatku dan memakan makanan baik. Buat apa aku tidak mahu melakukan ini? Aku tidak boleh gagal sebab aku percaya. Roh membuatkan aku percaya.

 

6 Jangan menambahi firman-Nya, supaya engkau tidak ditegur-Nya dan dianggap pendusta.

 

Aku dibaptis dan aku mengenali kebenaran. Wahyu yang Tuhan berikan sudah cukup. Perlukah aku memberitahu orang bahawa aku yang mencipta semua ini? Perlukah orang memberitahu aku bahawa akulah yang dapat melindungi kamu? Bolehkah aku memberi kamu hidup kekal? Dapatkah aku memberi kamu tempat di syurga? Bolehkah aku membangunkan jemaat dan menyucikan orang daripada dosa mereka? Bolehkah aku memerintah atas kamu? Bukankah kita sudah mempunyai tuan dan bukankah kita sudah tahu bagaimana kita harus hidup? Bukankah kita sudah tahu apa yang harus dilakukan dari hari ke hari? Bukankah kita sudah terpesona dengan keindahan penciptaan dan keajaiban umat manusia? Bukankah kita sudah diyakinkan dengan kebenaran? Tidakkah kita lihat bagaimana setiap ayat Alkitab saling berkaitan dan menyokong yang lain? Tidakkah kita lihat susunan dan maksud firman itu? Bolehkah kita memperbaiki apa yang sempurna? Mungkinkah kita memotong telinga seseorang dan menjahitnya pada belakangnya, atau mencabut kaki kita untuk muat dalam lubang. Alkitab diilham ilahi dan benar. Imanku bersandar pada premis ini. Aku bagai seekor beruk tanpanya. Aku bagai seekor binatang tanpa kehidupan. Aku boleh membunuh dan memperkosa sembarangan tanpanya. Alkitab menjadikan aku manusia. Alkitab menjadikan aku nyata. Alkitab memperkenalkan aku kepada Tuhan.

 

7 Dua hal aku mohon kepada-Mu,

jangan itu Kautolak sebelum aku mati, yakni:

8 Jauhkanlah dari padaku kecurangan dan kebohongan.

Jangan berikan kepadaku kemiskinan atau kekayaan.

Biarkanlah aku menikmati makanan yang menjadi bagianku.

9 Supaya, kalau aku kenyang, aku tidak menyangkal-Mu

dan berkata: Siapa TUHAN itu?

Atau, kalau aku miskin, aku mencuri,

dan mencemarkan nama Allahku.

 

Kenapakah aku tidak melakukan apa yang Tuhan katakan? Jangan sembunyikan apa-apa daripada manusia. Kenapakah aku berfikir aku haus melindungi diriku dengan bohong? Apakah yang boleh dilakukan seseorang untuk menyakitiku? Adakah aku telah melakukan apa-apa yang begitu jahat? Tidak bolehkah aku menguasai takdir aku sendiri; yakin dan bangga bahawa aku makhluk ciptaan Tuhan? Saya seorang pekerja dalam jemaat, seorang suami dan bapa, saudara lelaki dan perempuan, ibu dan isteri, bapa saudara, ibu saudara, sepupu, dan teman. Perlukah aku lebih daripada itu? Buat apa aku mahu kurang daripada itu? Kenapakah kita berbohong? Kehidupan begitu mudah sekali. Kita tidur; kita bangun; kita makan; kita mengasihi dan kita bekerja. Kita minum dan kita ketawa dan mengingati orang kita. Kita pergi ke gereja apabila kita dapat. Kita berkumpul; kita belajar; kita menunggu dengan sabar dan kita berdoa. Kenapa perlu lebih dan kenapa perlu mengelirukan realiti indah yang diletakkan di depan kita?

 

Kenapa aku mengingini begitu banyak benda? Kenapakah aku perlu diberi hormat seperti itu? Tatkala aku memiliki semua aku tidak memerlukan apa-apa. Ketika inikah aku tidak lagi memerlukan penciptaku dan Tuhanku? Bagaimanakah aku sampai ke situ? Jika wang boleh merosakkan, kenapa pula aku mengambil risiko itu? Kalau kamu tidak mengasihi aku melainkan aku tinggal dalam rumah yang baik dan membawa kereta yang cantik, mungkinkah kamu akan mengasihi aku? Kekayaanku ada pada umatku. Jika kita dapat mengenali Tuhan dengan keadaan kenyang, buat apa Dia meminta kita berpuasa? Jika kita membayar seseorang untuk menanam tanaman, bagaimanakah kita dapat memahami penciptaan? Bolehkan seorang anak kecil memahami penciptaan melainkan dia menjaga binatang peliharaan. Anak-anak kota tidak pernah melihat lembu.

 

Pernahkah kamu mengecapi roti yang kamu bakar sendiri? Memang sakit untuk berasa lapar, tetapi ada makanan yang memang tidak dapat memuaskan. Jangan belikan makanan untuk aku. Berikan tomato daripada pasu/pot kamu; rasanya tiada bandingan. Kenapa aku harus memiliki kereta sedangkan aku boleh berjalan? Dengan itu aku dapat memandang burung-burung. Segala tekanan dan organisasi masyarakat moden telah menjadikan kita lemah dan bersifat ingin memperolehi.

 

10 Jangan mencerca seorang hamba pada tuannya,

supaya jangan ia mengutuki engkau dan engkau harus menanggung kesalahan itu.

 

Jika Tuhan mendengar segala yang kita katakan, dan tahu segala yang kita fikirkan, maka tatkala kita berfikir buruk tentang seseorang kita mengumpat si hamba kepada tuannya. Janganlah kita mempergunakan mereka yang berada di kedudukan rendah. Dunia memelihara semua personaliti dan orang-orang dengan pelbagai idea dan tahap kebijaksanaan. Apakah yang menjadikan kita lebih baik, kalau bukan kemampuan kita untuk mengampuni sebagai mana Bapa mengampuni kita. Apakah yang membuatkan kamu lebih bijak daripada saya? Adakah segalanya sentiasa sempurna untuk kita? Saya boleh memasak, namun engkau boleh membaiki belanga yang pecah. Dia boleh menari, tetapi lukisanmu baik sekali. Begitu ramai orang mempunyai waktu untuk aku, kenapa pula aku tidak boleh mempunyai waktu untuk ramai orang? Buat apa aku menjadikan saudaraku musuhku? Buat apa mencederakan saudara perempuanku? Kenapa menyakiti Bapaku dengan melepaskan kemarahan ke atas anak-anaknya? Kenapa aku mengingini milikmu sedangkan aku sudah memiliki karunia-karunia yang sama? Kelelakianku terletak pada kemampuanku untuk bekerja dengan orang lain. Saya memerlukan orang lain dan orang lain memerlukan saya. Kenapa menghalang seseorang yang menolongku ketika aku mungkin amat memerlukannya.

 

11 Ada keturunan yang mengutuki ayahnya

dan tidak memberkati ibunya.

12 Ada keturunan yang menganggap dirinya tahir,

tetapi belum dibasuh dari kotorannya sendiri.

13 Ada keturunan yang berpandangan angkuh,

yang terangkat kelopak matanya.

14 Ada keturunan yang giginya adalah pedang,

yang gigi geliginya adalah pisau,

untuk memakan habis dari bumi orang-orang yang tertindas,

orang-orang yang miskin di antara manusia.

 

Siapakah aku tanpa ibu dan bapaku dan siapakah mereka tanpa ibu bapa mereka? Hanya mereka saja yang boleh membawaku ke dalam dunia ini dan hanya Kristus saja yang dapat membasuh aku bersih. Bolehkah aku meyakinkan diriku akan keadaan lain? Dapatkah engkau meyakinkan aku kamu boleh menggantikan mereka dalam hal ini? Bolehkah kamu berikan aku kehidupan di luar keluarga dan kekekalan di luar ciptaan? Siapakah engkau hingga menggoda aku dengan idea-idea yang bertentangan kepada semua ini? Aku tidak meminta untuk dilahirkan; aku tidak meminta untuk wujud, dan aku tidak membuat permohonan. Ibuku dan bapaku datang bersama di bawah pimpinan Tuhan dan aku begitu. Keluarga adalah bapa dan anak dan ibu dan bapa dan aku ialah anak – adakah cara selain itu? Aku tidak mengetahuinya. Adakah ia berlainan untuk orang lain di atas planet ini? Bukankah kita semua setara di bawah premis ini? Bukankah kaum berkulit hitam dan berkulit putih, orang Asia dan orang Indian dicipta dengan cara yang sama? Bukankah anak-anak raja dan ratu dihasilkan daripada rencana yang sama seperti anak-anak golongan minoriti? Bukankah keperluan mereka sama? Bukankah kewajiban dan tanggungjawab mereka sama? Bukankah ganjaran mereka sama dengan kita? Siapakah kamu hingga menganggap keperluanmu lebih besar dan nilaimu lebih penting hanya kamu mempunyai label pada kemejamu? Jika begitu, kamu tidak membaca buku-buku yang sama seperti saya. Hanya Tuhan dapat memberi kita makan. Hanya Tuhan dapat memberi kita air dan hanya Tuhan dapat mengajar kita kebenaran. Kenapa mengambil yang sedikit padaNya untuk menambah kepada apa yang tiada padamu?

 

15 Si lintah mempunyai dua anak perempuan:

"Untukku!" dan "Untukku!"

Ada tiga hal yang tak akan kenyang,

ada empat hal yang tak pernah berkata: "Cukup!"

16 Dunia orang mati, dan rahim yang mandul,

dan bumi yang tidak pernah puas dengan air,

dan api yang tidak pernah berkata: "Cukup!"

 

Kenapa kita meyakinkan diri kita akan begitu banyak? Kehidupan kita merupakan pembenaran yang berterusan. Kenapa kita memerlukan benda yang telahpun kita yakinkan diri kita amat diperlukan? Kristus berfirman:

Bapa kami yang di sorga, Dikuduskanlah nama-Mu,

datanglah Kerajaan-Mu, jadilah kehendak-Mu di bumi seperti di sorga.

Berikanlah kami pada hari ini makanan kami yang secukupnya dan ampunilah kami akan kesalahan kami, seperti kami juga mengampuni orang yang bersalah kepada kami;

dan janganlah membawa kami ke dalam pencobaan, tetapi lepaskanlah kami dari pada yang jahat.

Karena Engkaulah yang empunya Kerajaan dan kuasa dan kemuliaan sampai selama-lamanya. Amin.

 

Saya tidak nampak apa-apa tentang pencuci pinggan mangkuk, perhiasan, kereta, hari cuti, dipan kulit, alat sari buah, mesin kopi, spa, mesin pembakar roti, pembersih vakum automatik yang tidak perlu ditolak sekeliling dan benda-benda lain menjengkelkan yang berbunyi tit pada awal pagi. Bukan dosa untuk memiliki benda-benda ini, tetapi berapa pentingkah benda-benda ini dalam hidupku? Berapa banyakkah kita perlu untuk hidup? Adakah warna cerah, rekabentuk indah, bunyi tit dan pergerakan itu memesongkan kita daripada apa yang sebenarnya kita perlukan? Adakah saya melakukan cukup usaha untuk mengenali siapa engkau, atau adakah saya cuba mendapatkan benda-benda yang saya fikirkan kamu mahu? Saya tidak memerlukannya, saya mengingininya. Saya tidak peduli apa yang kamu ada, saya peduli siapa kamu. Orang dalam jemaat adalah yang terkaya di dunia sebab mereka berada dalam jemaat. Saya tidak ingin kaya dan jika kamu berfikir buruk tentang saya sebab saya miskin, maka saya lebih kaya daripada kamu. Jika kamu mengasihiku, maka aku semakin kaya, dan semakin lama kamu mengasihiku semakin besar aku.

 

17 Mata yang mengolok-olok ayah,

dan enggan mendengarkan ibu

akan dipatuk gagak lembah

dan dimakan anak rajawali.

18 Ada tiga hal yang mengherankan aku,

bahkan, ada empat hal yang tidak kumengerti:

19 jalan rajawali di udara,

jalan ular di atas cadas,

jalan kapal di tengah-tengah laut,

dan jalan seorang laki-laki dengan seorang gadis.

 

Ciptaan ialah peristiwa terbesar yang pernah saya saksikan. Akal fikiran Tuhan adalah seperti lembaran yang terbuka. Keluarlah dan baca buku itu. Kita tidak bertanya adakah Tuhan wujud, tetapi kenapakah tiada Tuhan? Ia terlalu nyata dan jelas. Alam semesta tidak mungkin wujud dalam pengertian sains tanpa campur tangan. Manusia manakah yang dapat mengimpikan pohon? Manusia manakah yang dapat melukis burung melainkan dia ditunjuk bagaimana? Malaikat menangis kegembiraan selepas mereka mencipta dunia ini. Bilakah kali terakhir engkau menangis kerana ciptaan ini? Jika belum saya anjurkan kamu lakukannya. Ini tamanmu. Ia dicipta untuk kamu. Ia karunia daripada Tuhan. Sejauh mana engkau bersyukur setiap hari? Peliharalah taman ini; jagalah kebersihannya dan berjuanglah untuk melindunginya. Setiap hari lakukan sesuatu yang positif untuk menyelamatnya. Lindungilah binatang dan tanamannya. Jangan burukkan keadaannya. Berjalanlah, jika mungkin, jangan memandu. Naiklah bas, ia memangpun akan pergi. Jika boleh digunakan semula, maka gunakan semula. Jika boleh rosak, maka biarlah ia rosak. Jika boleh ditukar menjadi benda lain, tukarlah. Kamu mengundi – maka undilah untuk ciptaan. Ia lebih penting daripada pertahanan, jalan atau hukuman mati.

 

Jika kamu mengasihi Tuhan kamu mengasihi akal fikiranNya dan kamu akan menghormati segala karuniaNya. Perlukah aku memahaminya? Kenapakah aku perlu memahami seorang perempuan dan kenapa seorang perempuan perlu memahami si lelaki? Tidakkah keajaibannya terletak pada rahsia itu? Tidakkah kerahsiaan ini menambah daya tarikannya? Tidakkah keinginan itu menimbulkan kekuatan? Bukankah cinta itu satu perjalanan? Kenapa begitu perlu untuk meneliti segala perkara? Adakah dengan mengetahui semua rahsia, segala aspek ciptaan menjadikan saya orang yang lebih baik? Tidak mengetahui segalanya membuatkan kita mengasihi Tuhan. Ini membuatkan kita lebih menghormati Tuhan. Ini membuatkan kita lebih menghormati ciptaanNya.

 

20 Inilah jalan perempuan yang berzinah:

ia makan, lalu menyeka mulutnya,

dan berkata: Aku tidak berbuat jahat.

21 Karena tiga hal bumi gemetar,

bahkan, karena empat hal ia tidak dapat tahan:

22 karena seorang hamba, kalau ia menjadi raja,

karena seorang bebal, kalau ia kekenyangan makan,

23 karena seorang wanita yang tidak disukai orang, kalau ia mendapat suami, dan karena seorang hamba perempuan, kalau ia mendesak kedudukan nyonyanya.

 

Kita harus faham bahawa hanya melalui jemaat kita diselamatkan dan melalui jemaat kita dapat memenangi perjuangan menentang kejahatan. Jemaat Aliran Utama, penzina agama itu, menyeka mulutnya dan berkata “Aku tidak berbuat jahat”. Kita akan menjadi raja-raja. Kristus mengenyangkan kita dengan makanan, jadi kita bukan orang bebal dan kita menjadi raja rumah. Dunia tidak akan kekal seperti sekarang apabila kita mencapai tujuan kita. Suami kita akan mengasihi kita dan yang akhir akan menjadi yang awal.

 

Siapa yang ingin dunia sekarang ini berkekalan? Kita harus bekerja untuk mengubahnya dan untuk Kristus mengambil alih. Jemaat merupakan aspek paling dasar dan integral kepada hidup kita. Jangan tidur dengan penzina agama itu. Tidakkah kamu lebih suka tidur di tempat tidurmu sendiri?

 

24 Ada empat binatang yang terkecil di bumi,

tetapi yang sangat cekatan:

25 semut, bangsa yang tidak kuat,

tetapi yang menyediakan makanannya di musim panas,

26 pelanduk, bangsa yang lemah,

tetapi yang membuat rumahnya di bukit batu,

27 belalang yang tidak mempunyai raja,

namun semuanya berbaris dengan teratur,

28 cicak yang dapat kautangkap dengan tangan,

tetapi yang juga ada di istana-istana raja.

 

Sesiapa yang tidak menyara keluarganya lebih buruk daripada orang kafir. Kita tidak perlu menjadi kuat, hanya tekun dan bijaksana. Buatlah persediaan untuk waktu serba kekurangan. Petani mengisi bangsal jerami dengan hasil tanamannya yang baik untuk musim kemarau – atau adakah dia pergi bercuti? Adakah kita mendirikan rumah-rumah kita di atas pantai berpasir untuk dihanyutkan ombak? Perlukah kita melihat raja kita untuk mengetahui ke mana kita harus bergerak? Perlukah Kristus duduk di meja kamu sebelum kamu diyakinkan untuk pergi ke gereja? Malah belalang, belalang yang lemah, tahu apa kewajibannya. Adakah kita membiarkan Kristus mendukung kita dan membiarkan kita merayau-rayau dalam istana-istananya? Binatang melata (reptilia) membiarkannya berbuat begitu. Adakah kita mendengar nubuatan dan amarannya? Tidakkah Firaun bersedia untuk musim kemarau? Kita tahu kerana firman Tuhan terbukti benar. Ketepikan makananmu, dirikan rumah di tempat yang baik, selesaikan tanggungjawabmu dan biar Kristus mendukungmu.

 

29 Ada tiga binatang yang gagah langkahnya,

bahkan, empat hal yang gagah jalannya, yakni:

30 singa, yang terkuat di antara binatang,

yang tidak mundur terhadap apapun.

31 Ayam jantan yang angkuh, atau kambing jantan,

dan seorang raja yang berjalan di depan rakyatnya.

 

Kristus, tatkala tenteranya bersama dengannya, adalah lengkap. Apabila kita bekerja dalam jemaat dan semua bersatu serta menyempurnakan peranan mereka, Kristus bangga dan tidak dapat dihalang. Kita melawan tentera Iblis bersama Kristus. Kita penting untuk pertempuran itu. Kristus memerlukan kita untuk berlawan bersamanya. Dia berjalan melalui bala tentera dan memenangi semua pertempuran apabila jemaat berjalan bersamanya. Kuasa jemaat tidak boleh diabaikan; kuasa jemaat tidak boleh dianggap sembarangan. Kita tenteranya. Kita tidak membawa senapang, juga tidak diperintah dengan cara yang sama. Kita tentera sukarelawan, orang lemah yang dijadikan kuat dengan tujuan yang sama dan misi yang sama.

 

32 Bila engkau menyombongkan diri tanpa atau dengan berpikir,

tekapkanlah tangan pada mulut!

33 Sebab, kalau susu ditekan, mentega dihasilkan,

dan kalau hidung ditekan, darah keluar,

dan kalau kemarahan ditekan, pertengkaran timbul.

 

[1] Fikirkan tentang apa yang kamu kata dan buat sebelum kamu bertindak. Jangan cari status di dunia melainkan kamu dipelawa. Tanya dirimu. Kenapa pula aku ingin membuat kamu marah? Untuk apa kamu ingin menyakiti saya? Adakah apa yang kulakukan baik? Adakah ia boleh diteruskan? Adakah ia disebabkan kasih? Adakah kita berucap dengan muslihat tersembunyi? Ramai nabi palsu datang dan membuat pernyataan kosong. Adakah kamu salah seorang daripada mereka? Adakah kamu mencari roh atau adakah kamu dipimpin olehnya? Atau adakah kamu ingin berkuasa atas orang demi kesombongan diri? Kenapa aku mencipta benda yang tidak diperlukan sedangkan semua yang aku miliki ada di sini?

 

Kasihilah sesama sendiri sebagai mana Tuhan dan Kristus mengasihi kita.

 

[1]The Holy Bible: English Standard Version. 2001 (Amsal 29:27-30:33). Good News Publishers: Wheaton

 

q