Jemaat-jemaat Allah Al Masehi

[134]

 

 

 

 

Yosua, Mesias, Anak Tuhan [134]

(Edisi 3.0 19950909-20000219)

 

Karya ini membincangkan perihal Eloah sebagai tumpuan ibadah. Anak yang merupakan elohim Israel dan Yosua Mesias ditunjukkan dalam konteks alkitabiah yang betul. Penggunaan Yosua dalam Alkitab juga dibincangkan.

 

 

 

Christian Churches of God

 

PO Box 369, WODEN ACT 2606, AUSTRALIA

E-mail: secretary@ccg.org

 

(Hakcipta ã 1995, 1996, 1998, 2000 Wade Cox)

(Tr. 2004)

 

Karya tulis ini boleh disalin semula dan didistribusikan secara bebas dengan syarat ia disalin semuanya tanpa apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat penerbit serta notis hakcipta harus disertakan.  Sebarang bayaran tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima salinan yang didistribusikan.  Petikan-petikan ringkas daripadanya boleh dimasukkan ke dalam artikel-artikel kritis dan karya ulasan tanpa melanggar undang-undang hakcipta.

 

Karya ini boleh didapati daripada Internet di:
http://www.logon.org dan http://www.ccg.org

 

Yosua, Mesias, Anak Tuhan [134]

 


Ulangan 6:4-5 Dengarlah, hai orang Israel: TUHAN itu Allah kita, TUHAN itu esa! 5 Kasihilah TUHAN, Allahmu, dengan segenap hatimu dan dengan segenap jiwamu dan dengan segenap kekuatanmu.

 

Teks ini adalah Shama atau Shâma´ (SHD 8085). Gelaran ini terbit dari perkataan Shama yang bermakna mendengar, iaitu perkataan pertama teks ini. Maksud tersirat mendengar adalah mendengar dan memahami. Kata-kata ini dalam Ibrani yang telah dirumikan adalah:

 

Shama Y’srael Jehovah Elohinu Jehovah Ehad Dengarlah, hai orang Israel: Jehovah itu Allah kita, Jehovah itu Esa

 

Kata Allah yang digunakan dalam terjemahan ini lazimnya difahami menterjemahkan kata SHD 430 elohim. Namun elohim adalah perkataan plural yang juga boleh digunakan dalam bentuk singular. Kata singular untuk Allah dan perkataan yang lebih tepat dikaitkan dengan gelaran ini adalah gelaran singular Eloah. Teks Ulangan 6:5 selanjutnya menggunakan akhiran kata berbentuk kepunyaan dalam Jehovah Eloheik yang bermakna TUHAN Allah kita. Ulangan 6:3 menggunakan istilah Jehovah Elohi sebagai Allah nenek moyangmu. Semua ini adalah teks-teks yang merujuk kepada seorang makhluk namun Elohi boleh membawa erti plural. Elohim adalah perkataan plural. Eloah adalah perkataan singular yang tidak membawa sebarang maksud plural atau kemajmukan. Eloah adalah Allah Bapa dari Amsal 30:4-5 yang mempunyai seorang anak. Umat pilihan yang memiliki pemahaman boleh mengisytiharkan namaNya.

 

Allah ini, Eloah, adalah Allah yang Maha Tinggi. Allah yang Maha Tinggi ini tidak tinggal di antara manusia (Kisah 7:48). Kita adalah hamba-hamba Allah yang Maha Tinggi (Kisah 16:17) yang dikenalpasti dari Perjanjian Lama sebagai Tuhan kepada Para Bapa. Tiada seorangpun yang pernah melihat Tuhan ini atau mendengar suaraNya (Yohanes 1:18; 1 Timotius 6:16).

 

Nama Tuhan Perjanjian Lama adalah Eloah. Ezra menunjukkan bahawa Eloah adalah Tuhan Bait Suci itu, kepada siapa rumah ini ditujukan (Ezra 6:16-17), dan merupakan tumpuan ibadah di situ (Ezra 4:24; 5:1-2,5,8,13-16; 6:7-8) di Yerusalem (Ezra 5:17; 6:5). Eloah adalah Tuhan semesta langit dan bumi (Ezra 5:11; 6:9). Korban dibuat kepada Eloah semesta langit (Ezra 6:3,10). Eloah yang membuatkan namaNya berdiam di Yerusalem (Ezra 6:12). Para imam ditetapkan dalam golongan-golongan mereka di bawah imam besar dan para Lewi dalam rombongan-rombongan mereka untuk melakukan ibadah kepada Eloah (Ezra 6:18) (lihat juga karya Tuhan Yang Kita Sembah (No. 2).

 

Eloah adalah Allah selaku Pencipta dan Gunung Batu Keselamatan. Yesyurun telah meninggalkan Eloah yang telah menjadikan dia dan yang merupakan Gunung Batu keselamatannya (Ulangan 32:15) dan telah mempersembahkan korban kepada roh-roh jahat yang bukan Allah atau tumpuan ibadah sebenar (Ulangan 32:17). Hanya Eloah seorang yang patut disembah kerana adalah tujuan Bait Suci itu. Dialah yang berhadapan dengan Anak-anak Tuhan dalam Ayub. Nama Eloah muncul 45 kali dalam Ayub. Eloah tidak pernah mempunyai artikel (sungguhpun ini ditentukan oleh akhiran kata dalam Hab. 1:11, dan ditemui sekali dalam pembinaan dalam Mazmur 114:7; Marvin H Pope El in Ugaritic Texts; lihat juga ‘eloah, R. Laird Harris et al., Theological Wordbook of the Old Testament, Moody Bible Institute, Chicago, 1980, halaman 43). Eloah tidak pernah digunakan secara gabungan dengan nama ilahi yang lain (ibid.).

 

Eloah juga dikenalpasti sebagai Tuhan pernyataan Keluaran 34:6-7 seperti yang kita saksikan dari penggunaannya dalam Nehemia 9:17.

 

Keluaran 34:6-7 Berjalanlah TUHAN lewat dari depannya dan berseru: "TUHAN, TUHAN, Allah penyayang dan pengasih, panjang sabar, berlimpah kasih-Nya dan setia-Nya, 7 yang meneguhkan kasih setia-Nya kepada beribu-ribu orang, yang mengampuni kesalahan, pelanggaran dan dosa; tetapi tidaklah sekali-kali membebaskan orang yang bersalah dari hukuman, yang membalaskan kesalahan bapa kepada anak-anaknya dan cucunya, kepada keturunan yang ketiga dan keempat."

 

Maka Yahovah yang berlalu di hadapan Musa sedang mengisytiharkan El yang difahami adalah Eloah sebagai Allah.

 

Nehemia 9:17 Mereka menolak untuk patuh dan tidak mengingat perbuatan-perbuatan yang ajaib yang telah Kaubuat di antara mereka. Mereka bersitegang leher malah berkeras kepala untuk kembali ke perbudakan di Mesir. Tetapi Engkaulah Allah yang sudi mengampuni, yang pengasih dan penyayang, yang panjang sabar dan berlimpah kasih setia-Nya. Engkau tidak meninggalkan mereka.

 

Daniel 11:37-39 menunjukkan bahawa anti-tuhan yang besar mempunyai seorang allah atau eloah, yang merupakan kekuatan itu sendiri. Maka, Eloah dilihat sebagai Allah sebenarnya dan tempat pergantungan. Eloah adalah gelaran yang setara dengan Elah[h] iaitu nama Tuhan dalam bahasa Aramaik alkitabiah. Tuhan ini adalah Yang Maha Kuasa seperti yang kita lihat dari penggunaannya dalam Ayub. Eloah adalah asas kepada nama All’ah di dalam Islam.

 

Eloah muncul tiga kali sejajar dengan gunung batu sebagai istilah gambaran untuk Tuhan (Ulangan 32:15, Mazmur 18:31 [H 32]; Yesaya 44:8). Sebaliknya, Eloah digunakan tiga kali dalam konteks ketakutan untuk orang-orang berdosa (Mazmur 50:22; 114:7; 139:19). Entiti Eloah, iaitu Bapa, adalah pencipta dan pemelihara alam semesta (Kejadian 1:1, Nehemia 9:6; Mazmur 124:8; Yesaya 40:26,28; 44:24; Kisah 14:15; 17:24-25; Wahyu 14:7). Dengan kehendakNya segala sesuatu diciptakan dan wujud.

 

Wahyu 4:8-11 Dan keempat makhluk itu masing-masing bersayap enam, sekelilingnya dan di sebelah dalamnya penuh dengan mata, dan dengan tidak berhenti-hentinya mereka berseru siang dan malam: "Kudus, kudus, kuduslah Tuhan Allah, Yang Mahakuasa, yang sudah ada dan yang ada dan yang akan datang." 9 Dan setiap kali makhluk-makhluk itu mempersembahkan puji-pujian, dan hormat dan ucapan syukur kepada Dia, yang duduk di atas takhta itu dan yang hidup sampai selama-lamanya, 10 maka tersungkurlah kedua puluh empat tua-tua itu di hadapan Dia yang duduk di atas takhta itu, dan mereka menyembah Dia yang hidup sampai selama-lamanya. Dan mereka melemparkan mahkotanya di hadapan takhta itu, sambil berkata: 11 "Ya Tuhan dan Allah kami, Engkau layak menerima puji-pujian dan hormat dan kuasa; sebab Engkau telah menciptakan segala sesuatu; dan oleh karena kehendak-Mu semuanya itu ada dan diciptakan."

 

Dia yang menjadi tumpuan ibadah Anak Domba serta Sidang Tua-tua itu adalah Allah iaitu Bapa. Sidang Tua-tua ini adalah kerajaan syurgawi Tuhan.

 

Tuhan sebelum mulanya

 

Tuhan telah wujud sendirian sebelum sesiapa makhluk lain. Dia seorang diri sebelum segalanya bermula. Oleh itu, Dia seorang saja yang pra-wujud.

 

Yesaya 43:10 "Kamu inilah saksi-saksi-Ku," demikianlah firman TUHAN, "dan hamba-Ku yang telah Kupilih, supaya kamu tahu dan percaya kepada-Ku dan mengerti, bahwa Aku tetap Dia. Sebelum Aku tidak ada Allah dibentuk, dan sesudah Aku tidak akan ada lagi.

 

Sebelum Dia tiada El yang dibentuk dan sesudahNya tiada lagi yang akan dibentuk. Oleh itu, Dia adalah Yang Awal dan Yang Akhir, Alfa dan Omega. Dari Wahyu 1:8, iaitu wahyu yang Tuhan berikan kepada Yesus Kristus, Tuhan menyatakan kepada Kristus bahawa Dia adalah Alfa dan Omega dan Yang Maha Kuasa.

 

Wahyu 1:8 "Aku adalah Alfa dan Omega, firman Tuhan Allah, yang ada dan yang sudah ada dan yang akan datang, Yang Mahakuasa."

 

Maka Bapa, selaku Eloah, adalah Yang Maha Kuasa dan merupakan tujuan penciptaan itu di samping menjadi penciptanya. Dia melanjutkan kemampuan ini kepada Mesias dari kedatangan itu (Wahyu 22:13). Ini juga telah dibincangkan dalam karya Arche Bagi Penciptaan Allah sebagai Alfa dan Omega (No. 229).

 

Pelanjutan Eloah kepada Elohim sebagai suatu struktur plural juga dicerminkan dalam penggunaan Yahovah (Kamus Ibrani Strongs (SHD) 3068) dan Yahovih (SHD 3069). Terdapat berbagai makhluk yang dipanggil Yahovah, (juga dipanggil Jehovah atau Yahweh oleh orang tertentu) dalam Perjanjian Lama. Yahovah dikenali sebagai Tuhan bangsa Israel dan disebutkan sebagai Adonai oleh orang Yahudi apabila membaca nama itu. Yehovih  dikenali sebagai Allah dan disebutkan sebagai elohim oleh orang Yahudi apabila membaca teks-teks itu. Ini membabitkan dua makhluk. Itulah sebabnya kenapa Yahovah telah diubah kepada Adonai sebanyak 134 kali dalam Perjanjian Lama oleh golongan Sopherim. Yahovah adalah gelaran yang diperturunkan yang mencakupi berbagai makhluk, contohnya apabila tiga orang Yahovah muncul dan bercakap dengan Abraham sebelum kebinasaan Sodom dan dua daripada mereka telah pergi kepada Lot di Sodom. Terdapat seorang Yahovah keempat di syurga yang telah menghujankan api ke atas Sodom (rujuk Kejadian 19:24). Teks-teks ini telah diubah oleh Sopherim (rujuk Companion Bible, Apendiks 32) (rujuk juga karya Soalan yang Kerap Ditanya: Siri 1 Sifat Tuhan (No. 3)).

 

Seluruh persoalan tentang permulaan waktu diperiksa dalam karya Kerajaan Tuhan (No. 174). Terdapat satu titik di mana Roh menjadi relatif dan bukan hanya terkandung dalam intisari ilahi sebagai satu sifat Tuhan. Tuhan wujud dalam keabadian berkekalanNya. Hanya Dia seorang yang abadi (1 Timotius 6:16). Tuhan adalah Raja segala zaman (1 Timotius 1:17; rujuk teks Yunani iaitu Tobit 13:6,10) dan Allah segala zaman (theos tõn aiõniõn, rujuk Ecclus. 36:17; Yesaya 9:6; Yeremia 10:10). Perbuatan penciptaan Tuhan memulakan relativiti Roh dan dengan itu, waktu. Tuhan telah melanjutkan kemampuan untuk menjadi kekal kepada anak-anak Tuhan bermula dari penciptaan mereka. Dengan penciptaan Roh yang bebas bergerak atau merdeka, sebagai kebijaksanaan yang berhubung dengan Tuhan, maka waktu bermula.

 

Permulaan

 

Tuhan mula mencipta. Perbuatan penciptaan pertama, melalui pengeluaran, adalah Anak-anakNya yang membentuk golongan elohim. Ini adalah penciptaan rohani. Anak-anak Tuhan ini banyak. Roh Kudus merupakan kuasa atau intisari ilahi yang menghubungkan elohim ini dan yang membolehkan mereka bersatu dengan Tuhan (lihat karya-karya Roh Kudus (No. 117); Hidup Kekal (No. 133); Mengenai Keabadian (No. 165); Satu Bersama dengan Bapa (No. 81); Jantina Roh Kudus (No. 155); Firman Tuhan (No. 184); Tuhan Juruselamat kita (No. 198)). Waktu bermula dari penciptaan bani Syurgawi (lihat juga karya Augustine Kota Tuhan; serta karya Kota Tuhan (No. 180)).

 

Sidang Elohim sebagai Anak-anak Tuhan

 

Anak-anak Tuhan telah disusun mengikut satu struktur. Mereka diperintah oleh satu Sidang, yang ditunjukkan dalam Buku Wahyu. Ia terdiri daripada dua puluh sembilan entiti yang mengelilingi takhta Tuhan. Terdapat dua puluh empat tua-tua di bawah seorang imam besar. Juga terdapat empat serafim (yang dipanggil makhluk-makhluk hidup kerana kepala-kepala mereka). Iblis merupakan Kerub penjaga yang dilantik menjaga takhta Tuhan (Yehezkiel 28:14).

 

Sidang ini dipanggil Sidang Elohim atau Sidang para tuhan. Penciptaan fizikal dilaksanakan oleh elohim.

 

Kejadian 1:1 Pada mulanya Allah menciptakan langit dan bumi.

 

Namun bumi adalah kosong dan tidak berbentuk. Kegelapan meliputi samudera raya dan Roh Tuhan melayang-layang di atas permukaan air (Kejadian 1:2).

 

Elohim telah mencipta manusia menurut gambar dan rupa elohim.

 

Kejadian 1:26-27 Berfirmanlah Allah: "Baiklah Kita menjadikan manusia menurut gambar dan rupa Kita, supaya mereka berkuasa atas ikan-ikan di laut dan burung-burung di udara dan atas ternak dan atas seluruh bumi dan atas segala binatang melata yang merayap di bumi." 27 Maka Allah menciptakan manusia itu menurut gambar-Nya, menurut gambar Allah diciptakan-Nya dia; laki-laki dan perempuan diciptakan-Nya mereka.

Di sini elohim membuat keputusan untuk mencipta manusia (adam tanpa kata artikelnya; oleh itu, manusia) mengikut rupa mereka. Ayat 27 kemudian berubah kepada bentuk singular yang mencipta. Manusia yang dicipta di sini adalah adam dengan kata artikelnya, oleh sebab itu ia adalah Adam. Oleh itu, terdapat dua aspek penciptaan ini.

 

Demikian selesainya penciptaan, kedua-dua langit dan bumi (Kejadian 2:1). Kita tahu, dari Ulangan 32:8-9, bahawa Allah yang Maha Tinggi telah membahagi-bahagikan semua bangsa menurut bilangan Anak-anak Tuhan (bene Eliym; DSS) atau malaikat-malaikat Tuhan (‘agellon theou; LXX). Teks Masoretik telah diubah, beberapa lama sesudah Kristus, hingga berbunyi menurut bilangan Anak-anak Israel.

 

Ulangan 32:8-9 Ketika Sang Mahatinggi membagi-bagikan milik pusaka kepada bangsa-bangsa, ketika Ia memisah-misah anak-anak manusia, maka Ia menetapkan wilayah bangsa-bangsa menurut bilangan anak-anak Israel. 9 Tetapi bagian TUHAN ialah umat-Nya, Yakub ialah milik yang ditetapkan bagi-Nya.

 

Alkitab RSV mengakui teks yang betul dalam terjemahannya. Terdapat ramai Anak-anak Tuhan (lihat juga karya Pra-Kewujudan Yesus Kristus (No. 243)).

 

Bintang-bintang Tuhan

 

Allah yang Maha Tinggi dikenali sebagai Bapa dan pencipta dari Ulangan 32:6.

 

Ulangan 32:6 Demikianlah engkau mengadakan pembalasan terhadap TUHAN, hai bangsa yang bebal dan tidak bijaksana? Bukankah Ia Bapamu yang mencipta engkau, yang menjadikan dan menegakkan engkau?

 

Oleh itu, Yang Maha Tinggi adalah Bapa dan Anak-anak Tuhan adalah para tua-tua. Yahovah dalam teks ini adalah Tuhan Israel yang lebih rendah. Oleh sebab itu, Yahovah adalah kuasa terbitan dari Allah yang Maha Tinggi yang merupakan Bapa. Dia telah membahagikan elohim kepada bangsa-bangsa menurut bilangan mereka, yang pada hakikatnya adalah tujuh puluh. Terdapat sidang dalaman dan sidang luaran Sidang Tua-tua atau Elohim ini. Yahovah telah diberikan tempat duduk dalam Sidang itu. Dia telah diurapi sebagai Tuhan Israel untuk mengasaskan rencana keselamatan Allah, yang diperlukan sejak dari Taman Eden dan penderhakaan bani Syurgawi itu, apabila Iblis ditempatkan atas Taman Eden sebagai Kerub atau Bintang Fajar atau Bintang Timur (rujuk karya Doktrin Dosa Asal Bahagian 1 Taman Eden (No. 246)).

 

Pangkat Bintang Fajar ini memang banyak sejak penciptaan dan dilanjutkan kepada Kristus dan umat pilihan.

 

Ayub 38:4-7 Di manakah engkau, ketika Aku meletakkan dasar bumi? Ceritakanlah, kalau engkau mempunyai pengertian! 5 Siapakah yang telah menetapkan ukurannya? Bukankah engkau mengetahuinya? --Atau siapakah yang telah merentangkan tali pengukur padanya? 6 Atas apakah sendi-sendinya dilantak, dan siapakah yang memasang batu penjurunya 7 pada waktu bintang-bintang fajar bersorak-sorak bersama-sama, dan semua anak Allah bersorak-sorai?

 

Sebuah bintang dikatakan akan keluar dari Yakub, dari Bilangan 24:17. Ini adalah untuk menggantikan bintang yang telah jatuh dari langit (Wahyu 8:10). Ini melambangkan Kristus yang menggantikan Iblis sebagai Bintang Fajar (lihat juga karya Lucifer: Pembawa Terang dan Bintang Fajar (No. 223); Tujuan Penciptaan dan Pengorbanan Kristus (No. 160); Arche Bagi Penciptaan Allah sebagai Alfa dan Omega (No. 229)).

 

Bintang Timur atau Bintang Fajar itu akan terbit bersinar di dalam hati kita (2 Petrus 1:19). Kita diberikan Bintang Fajar itu melalui Kristus (Wahyu 2:28; 22:16). Semua tunduk kepada Allah yang Maha Tinggi.

 

Anak yang menjadi Elohim Israel

 

Israel memahami hubungan elohim lebih tinggi dan lebih rendah ini. Bapa difahami sebagai Allah Tertinggi atau Maha Tinggi. Dia sendirian sebagai Eloah, iaitu El segala El. Anak Tuhan yang diurapi sebagai Yahovah atau Elohi Israel adalah lebih rendah.

 

Mazmur 45:6-7 Takhtamu kepunyaan Allah, tetap untuk seterusnya dan selamanya, dan tongkat kerajaanmu adalah tongkat kebenaran. 7 Engkau mencintai keadilan dan membenci kefasikan; sebab itu Allah, Allahmu, telah mengurapi engkau dengan minyak sebagai tanda kesukaan, melebihi teman-teman sekutumu.

 

Entiti di sini adalah Elohim Israel yang kita kenali sebagai Yesus Kristus.

 

Ibrani 1:8-9 Tetapi tentang Anak Ia berkata: "Takhta-Mu, ya Allah, tetap untuk seterusnya dan selamanya, dan tongkat kerajaan-Mu adalah tongkat kebenaran. 9 Engkau mencintai keadilan dan membenci kefasikan; sebab itu Allah, Allah-Mu telah mengurapi Engkau dengan minyak sebagai tanda kesukaan, melebihi teman-teman sekutu-Mu."

 

Sehinggalah penjelmaan Yesus Kristus sebagai manusia, statusnya adalah sebagai salah seorang dari elohim. Dia merupakan jurucakap bagi elohim dan apabila dia bertindak, mereka sama-sama dilihat bertindak. Dia ditinggikan melebihi teman-teman sekutunya dari kebangkitannya sebagai Anak Tuhan yang berkuasa melalui Roh Kudus.

 

Roma 1:4 dan menurut Roh kekudusan dinyatakan oleh kebangkitan-Nya dari antara orang mati, bahwa Ia adalah Anak Allah yang berkuasa, Yesus Kristus Tuhan kita.

 

Kemajmukan elohim ini disaksikan dari komen orang Filistin.

 

1 Samuel 4:8 Celakalah kita! Siapakah yang menolong kita dari tangan [para tuhan] yang maha dahsyat ini? Inilah juga [para tuhan], yang telah menghajar orang Mesir dengan berbagai-bagai tulah di padang gurun. (RSV)

 

Para tuhan yang maha dahsyat di sini secara literalnya adalah satu kemajmukan para elohim sendiri. Maka, Yahovah berbicara bagi pihak elohim. Anak Tuhan yang memerintah Israel ini bertindak mengikut hak kuasa dan permintaan Sidang ini yang merupakan teman-teman sekutunya (metoxous Mazmur 45:6-7 LXX; Ibrani 1:8-9). Bangsa lain juga memahami ciri kemajmukan elohim ini.

 

1 Raja-raja 20:10 Benhadad menyuruh orang kepada Ahab dengan pesan: "Beginilah kiranya para allah menghukum aku, bahkan lebih lagi dari pada itu, jika rakyat yang mengikut aku masih dapat menjemput segenggam penuh debu puing Samaria!"

 

Para allah di sini adalah elohim. Maka Benhadad mengakui adanya elohim.

 

Yahovah Israel menghakimi di antara elohim itu.

 

Mazmur 82:1 Mazmur Asaf. Allah berdiri dalam sidang ilahi, di antara para allah Ia menghakimi:

 

Di sini, elohim telah mengambil tempatnya di antara para tuhan atau El. Di antara elohim dia menghakimi. Teks ini seterusnya meluaskan Keanakan kepada seluruh bani Syurgawi. Seperti yang kita tahu, ini difahamkan meliputi umat pilihan, dari Irenaeus (lihat karya Teologi Awal Tentang Ketuhanan (No. 127)).

 

Mazmur 82:6 Aku sendiri telah berfirman: "Kamu adalah allah, dan anak-anak Yang Mahatinggi kamu sekalian.

 

Di antara elohim, tiada siapapun yang seperti Yahovah (Jehovah) (di sini diterjemahkan sebagai Tuhan).

 

Mazmur 86:8 Tidak ada seperti Engkau di antara para allah, ya Tuhan, dan tidak ada seperti apa yang Kaubuat.

 

Yosua atau Yesus Kristus Perjanjian Baru

 

Ianya penting untuk kita memahami apa yang berlaku di dalam Perjanjian Baru dan dari manakah datangnya nama Yesus dan apakah tujuan yang ingin dicapai dengan penggunaannya itu.

 

Yesus bukanlah nama Yesus Kristus, iaitu Mesias. Namanya adalah Yosua atau Joshua dalam penggunaan bahasa Inggerisnya, bukan dengan sebutan J yang keras tetapi sebutan J yang lembut. Penggunaan nama Joshua tetap sejajar dalam bahasa Inggeris selama beribu-ribu tahun. Ia dipakaikan kepada watak-watak Perjanjian Lama dan Baru. Bahasa Yunani Perjanjian Baru menggunakan bentuk-bentuknya, yang ditemui dalam terjemahan Septuagint bagi Kitab-kitab Ibrani, yang telah diterjemahkan di Alexandria kira-kira tiga ratus tahun sebelum Kristus.

 

Kitab-kitab Septuagint merupakan pencapaian yang agak istimewa. Ia mempunyai bentuk-bentuk perkataan Yunani standard untuk perkataan-perkataan Ibrani. Ièsous adalah bentuk Yunani dalam Septuagint untuk perkataan Joshua atau Yosua dalam Kitab Perjanjian Lama. Septuagint merupakan Alkitab Perjanjian Baru. Kebanyakan petikan Perjanjian Baru adalah dari versi Septuagint (LXX). Septuagint diterima umum sebagai Kitab Suci sewaktu zaman Kristus. Ia hanya diserang selepas kemusnahan Bait Suci oleh sistem Farisi, iaitu sistem rabbinikal, yang merupakan pengganti kepada sistem Farisi itu, beberapa lama kemudiannya dalam abad kedua.

 

Maka pada zaman Kristus, tiada bantahan mengenai hal Septuagint sebagai Kitab Suci. Malah ia membentuk asas bagi Perjanjian Baru. Kata-kata Yunani dalam Septuagint telah digunakan untuk nama-nama watak dalam jemaat Perjanjian Baru dan bahasa Yunani ini kemudiannya diterjemahkan kepada bahasa Inggeris beberapa lama kemudian. Berabad-abad kemudiannya, kita telah membuat versi bahasa Inggeris Perjanjian Baru ini.

 

Kini masalahnya adalah bahawa nama Yosua diterjemahkan daripada perkataan bahasa Yunani yang digunakan untuk Yosua, yang muncul beberapa kali dalam Perjanjian Baru, dan berkaitan beberapa orang berlainan dan diterjemahkan dengan berbagai cara. Sebagai contohnya, dalam KJV Ibrani 4:8 perkataan untuk Yosua diterjemahkan sebagai Yesus secara tetap, hinggakan perkataan Yosua seluruh Perjanjian Baru diterjemahkan sebagai Yesus dari perkataan Yunani Ièsous untuk Yosua. Namun Ibrani 4:8 merujuk kepada Yosua bin Nun dan ianya disahkan oleh semua Alkitab lain sebagai merujuk kepada Yosua bin Nun. Bullinger dalam catatan-catatan Companion Bible mengakui bahawa Ibrani 4:8 tidak merujuk kepada Yesus iaitu Kristus, tetapi merujuk kepada Yosua bin Nun.

 

Yosua yang satu lagi, yang dipanggil Yustus dalam Kolose juga disebutkan sebagai, Yesus yang dipanggil Yustus (Kolose 4:11). Terdapat anteseden (orang yang sebelumnya) kepada Kristus dalam silsilah. Dalam Lukas 3:29, kita membaca bahawa Yosua (Yesua) adalah anak kepada Eliezer. Perkataan yang diterjemahkan sebagai Yosua ini adalah perkataan Yunani bagi Yosua iaitu Yesus. Tiada seorangpun yang betul-betul serius mencadangkan bahawa Yosua bin Eliezer dan bapa kepada Er ini benar-benar dipanggil Yesus. Ini hanyalah cara orang Yunani menuliskan nama Yosua dengan menggunakan peraturan yang telah ditetapkan dari Septuagint. KJV menyamarkan hakikat ini dengan merujuk kepada Yosua di sini sebagai Yose (Yesua). Kebiasaan cara penulisan Yunani untuk Yosua in diikuti dalam Ibrani 4:8 serta tempat-tempat lain. Ada seorang lagi di mana nama Ièsous digunakan dan ia diterjemahkan kepada sesuatu yang lain lagi. Variasi-variasi Yosua adalah versi penuh Jahoshua (atau Yahoshua) dan juga Yesua, Yesuah, Hosea, Hoshea, Osea namun perbezaan-perbezaannya juga dibuat dalam Ibrani.

 

Penggunaan secara bandingan dalam Septuagint boleh dilihat dari pemeriksaan setiap contoh penggunaan perkataan Yahoshua atau Yahshua dalam bahasa Ibrani Perjanjian Lama dan yang dituliskan dalam bahasa Inggeris sebagai Yosua. Dalam setiap contoh Yosua ditulis sebagai Yesus atau Ièsous dalam bahasa Yunani. Perkataan Yesus adalah satu transliterasi Yunani dan bukanlah cara penulisan nama ini yang betul dalam bahasa Inggeris untuk menjaga kesejajaran. Hakikatnya adalah, perkataan Ièsous adalah bahasa Yunani untuk Yosua dan apabila kamu menterjemahkan bahasa Yunani kepada bahasa Inggeris dengan menggunakan Kitab-kitab Ibrani ini, maka Septuagint menjadi asas peraturannya. Peraturan nama-nama ini adalah mereka haruslah diterjemahkan dalam ertikata bahasa Inggeris yang diterima, iaitu Kitab-kitab Ibrani diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris.

 

Jadi apabila Ièsous dilihat dalam Perjanjian Baru mengikut peraturan-peraturan Septuagint, maka ia merujuk kepada Yosua, iaitu penggunaan standard nama itu yang sudah berabad lamanya. Para sarjana Trinitarian dalam terjemahan KJV ke dalam bahasa Inggeris, cuba membuat perbezaan antara Perjanjian Baru dan Perjanjian Lama, serta memisahkan watak-watak dan orang-orang dalam Perjanjian Baru dari Perjanjian Lama, agar kesinambungan Perjanjian Baru dan Lama disembunyikan. Dengan itu pembahagian dapat dibuat antara hukum itu seperti yang digunakan dalam Alkitab. Hukum Tuhan dalam Perjanjian Lama dipisahkan dari apa yang terjadi dalam peristiwa-Kristus itu (peristiwa Mesianik Yosua, iaitu Mesias Perjanjian Baru). Jadi mereka memanggilnya Yesus Kristus, yang bermakna Yesus Yang Diurapi. Yosua Mesias bermakna Yosua Yang Diurapi. Maka perkataan ini seperti mana ia merujuk kepada Yang Diurapi dituliskan dalam bahasa Inggeris dalam Perjanjian Lama sebagai Mesias, dan terdapat lebih dari satu Mesias.

 

Jadi, Yosua adalah bentuk Ièsous yang betul dalam bahasa Yunani. Kalau kamu seorang Yunani, maka pastinya dalam struktur fonetik kamu, kamu akan masih merujuk kepada struktur Perjanjian Baru dalam bahasa Yunani dan pastinya apabila kamu membaca Perjanjian Lama kamu akan masih membaca (atau sepatutnya membaca) Yosua sebagai Ièsous juga untuk kesejajaran, kerana ia memang begitu di dalam LXX. Kita bukannya mementingkan percakapan dalam bahasa Yunani. Kita mementingkan percakapan dalam bahasa Inggeris, dalam terjemahan-terjemahan bahasa Inggeris yang merujuk semula kepada watak-watak Alkitab agar struktur yang jelas dan konsisten didirikan, dan Perjanjian Baru tidak lagi terpisah daripada Perjanjian Lama.

 

Terdapat satu Alkitab, yang saling bergantungan sepenuhnya untuk kekuasaan dan kesejajarannya. Ianya sangat penting untuk kita semua memahami hakikat ini. Ianya sangat penting apabila Alkitab diterjemahkan ke dalam bahasa-bahasa lain, bahawa watak-watak dalam Perjanjian Baru dengan nama-nama itu diterjemahkan dengan cara yang betul. Dengan itu, mereka akan menyandang nama-nama yang akan disandang mereka dalam Perjanjian Lama dalam bahasa terjemahannya; sama ada bahasa Rusia, Ukraine, Perancis, Jerman, Belanda, atau apa sekalipun. Ianya tidak ikhlas untuk membuat perbezaan-perbezaan itu dan ia tiada tujuan lain selain menyokong teologi antinomian Trinitarian yang merupakan punca asal terjemahan-terjemahan yang dimanipulasikan ini. Ianya penting untuk kita memulihkan maksud serta struktur sebenar Kitab-kitab Suci.

 

Yosua adalah nama untuk Kristus Mesias, kerana ia bermakna Keselamatan Tuhan. Yosua bin Nun telah dinamakan Keselamatan Tuhan Anak Kesabaran, yang bermakna keselamatan datang dari kesabaran. Maksud nama Mesias adalah Keselamatan datang sebagai Anak Tuhan. Keselamatan Tuhan datang dari Tuhan. Itulah kepentingannya kenapa Mesias perlu dinamakan Yahoshua atau Joshua dalam bahasa Inggerisnya dan kenapa nama Yesus menyembunyikan kebenaran itu.

 

Sebagai contohnya, apabila kamu memerhatikan ibu kepada Mesias, kita lihat namanya adalah Mariam dan namanya adalah Mariam secara berterusan sepanjang Perjanjian Baru. Nama saudaranya adalah Maria. Jadi nama Mary (Maria) bukanlah nama yang muncul dalam Perjanjian Baru. Ia merupakan satu Anglisasi nama Maria dan Maria bukanlah ibu Kristus. Dalam setiap contoh kecuali satu, di mana satu variasi yang lebih pendek digunakan, Mariam adalah nama ibunya dan Maria adalah nama ibu saudaranya. Bapanya adalah Yusuf. Kita memang tahu itu. Mereka tiada masalah dengan Yusuf, tetapi apabila mereka berbicara tentang saudara-saudara Kristus, mereka tidak menggunakan nama-nama lazim dalam bahasa Inggeris untuk saudara-saudaranya itu tetapi sebaliknya menutup mereka.

 

Perkara-perkara ini haruslah diakui. Kita akan mengkaji semua ini dalam komentar pengenalan kepada Alkitab dan khususnya kepada Perjanjian Baru, apabila kami mengemukakan nama-nama itu dan menjelaskan penggunaan-penggunaannya. Tiada kebaikannya untuk terus menyebarkan satu cerita rekaan jemaat Trinitarian bahasa Inggeris, yang telah mengakibatkan lebih banyak kerosakan kepada pemahaman teologi Alkitab serta Hukum-hukum Tuhan, daripada sebarang institusi tunggal yang lain dalam masyarakat berbahasa Inggeris. Kristus pastinya telah dan akan menolak mereka sebagai pembidaah. Ini tidak bermakna bahawa kita terpaksa mengikuti dalam kesalahan-kesalahan mereka. Kebenaran Alkitab harus dipulihkan dengan jelas dan koheren.

 

Tuhan segala tuhan

 

Tuhan adalah El yang besar dan raja di atas segala elohim.

 

Mazmur 95:3 Sebab TUHAN adalah Allah yang besar, dan Raja yang besar mengatasi segala allah.

 

Elohim bangsa-bangsa dianggap sebagai hampa (diterjemahkan sebagai berhala).

 

Mazmur 96:4-5 Sebab TUHAN maha besar dan terpuji sangat, Ia lebih dahsyat dari pada segala allah. 5 Sebab segala allah bangsa-bangsa adalah hampa [berhala], tetapi Tuhanlah yang menjadikan langit.

 

Tuhan di sini adalah Yahovah yang ditinggikan mengatasi segala elohim. Ini menimbulkan beberapa aspek penting tentang Yahovah (Jehovah) sebagai satu istilah seperti yang kita lihat di atas.

 

Mazmur 97:7-9 Semua orang yang beribadah kepada patung akan mendapat malu, orang yang memegahkan diri karena berhala-berhala; segala allah sujud menyembah kepada-Nya. 8 Sion mendengarnya dan bersukacita, puteri-puteri Yehuda bersorak-sorak, oleh karena penghukuman-Mu, ya TUHAN. 9 Sebab Engkaulah, ya TUHAN, Yang Mahatinggi di atas seluruh bumi, Engkau sangat dimuliakan di atas segala allah.

 

Di sini Yahovah dikenalpasti sebagai Yang Mahatinggi. Maka apa yang kita perhatikan di sini adalah dua entiti, Yahovah Israel dan Yahovah Mahatinggi. Yahovah (atau Jehovah) yang Mahatinggi ini adalah di atas segala elohim.

 

Imam Besar dan Tuhan segala tuhan

 

Mazmur 135:5 Sesungguhnya aku tahu, bahwa TUHAN itu maha besar dan Tuhan kita itu melebihi segala allah.

 

Di sini Adonim atau Tuhan kita adalah entiti yang melebihi segala elohim. Maka kelebihan di sini diberikan kepada Elohim Israel. Dia disediakan sebagai Imam Besar kepada Elohim. Namun dia bukanlah Elohim atas segala Elohim. Ini dikhususkan untuk Eloah atau Yahovah Mahatinggi.

 

Mazmur 136:2 Bersyukurlah kepada Allah segala allah! Bahwasanya untuk selama-lamanya kasih setia-Nya.

 

Dia seorang adalah adonim segala adonim atau Tuha segala tuhan. Dia mencipta melalui delegasi dan kerana itulah adanya kemajmukan teks dalam Yeremia 10:10-11.

 

Yeremia 10:10-11 Tetapi TUHAN adalah Allah yang benar, Dialah Allah yang hidup dan Raja yang kekal. Bumi goncang karena murka-Nya, dan bangsa-bangsa tidak tahan akan geram-Nya. 11 Beginilah harus kamu katakan kepada mereka: "Para allah yang tidak menjadikan langit dan bumi akan lenyap dari bumi dan dari kolong langit ini."

 

Seperti yang kita lihat, hanya ada seorang Allah yang benar. Dia adalah Allah yang hidup dan Raja yang kekal. Maka elohim mempunyai berbagai peranan di dalam penciptaan. Allah yang benar menjadikan bumi melalui kekuatan dan kebijaksanaanNya.

 

Yeremia 10:12-13 Tuhanlah yang menjadikan bumi dengan kekuatan-Nya, yang menegakkan dunia dengan kebijaksanaan-Nya, dan yang membentangkan langit dengan akal budi-Nya. 13 Apabila Ia memperdengarkan suara-Nya, menderulah bunyi air di langit, Ia menaikkan kabut awan dari ujung bumi, Ia membuat kilat serta dengan hujan, dan mengeluarkan angin dari perbendaharaan-Nya.

 

Tindakan penciptaan ini telah dilaksanakan oleh Tuhan. Beberapa aspek penciptaan telah dilakukan oleh Mesias, iaitu yang sulung dalam penciptaan. Bagaimanapun, satu aspek memerlukan penjelasan.

 

Efesus 3:9 dan untuk menyatakan apa isinya tugas penyelenggaraan rahasia yang telah berabad-abad tersembunyi dalam Allah, yang menciptakan segala sesuatu melalui Yesus Kristus (KJV)

 

Kata-kata dia ‘Iesou Christou atau melalui Yesus Kristus adalah tidak betul. Kata-kata ini ada di dalam Receptus dan dengan itu ada juga di dalam KJV namun mereka tidak muncul dalam teks-teks purba. Mereka tidak muncul dalam versi-versi moden Alkitab. RSV menuliskan teks ini dengan tepat:

Efesus 3:9 dan untuk menyatakan apa isinya tugas penyelenggaraan rahasia yang telah berabad-abad tersembunyi dalam Allah, yang menciptakan segala sesuatu, (RSV)

 

Kolose 1:15-20 Ia adalah gambar Allah yang tidak kelihatan, yang sulung, lebih utama dari segala yang diciptakan, 16 karena di dalam Dialah telah diciptakan segala sesuatu, yang ada di sorga dan yang ada di bumi, yang kelihatan dan yang tidak kelihatan, baik singgasana, maupun kerajaan, baik pemerintah, maupun penguasa; segala sesuatu diciptakan oleh Dia dan untuk Dia. 17 Ia ada terlebih dahulu dari segala sesuatu dan segala sesuatu ada di dalam Dia. 18 Ialah kepala tubuh, yaitu jemaat. Ialah yang sulung, yang pertama bangkit dari antara orang mati, sehingga Ia yang lebih utama dalam segala sesuatu. 19 Karena seluruh kepenuhan Allah berkenan diam di dalam Dia, 20 dan oleh Dialah Ia memperdamaikan segala sesuatu dengan diri-Nya, baik yang ada di bumi, maupun yang ada di sorga, sesudah Ia mengadakan pendamaian oleh darah salib Kristus.

 

Perhatikan ayat ini mengatakan Ialah yang sulung (iaitu Kristus).

 

Struktur pentadbiran sistem cakerawala sepatutnya tidak dikelirukan dengan entiti-entiti elohim itu sendiri. Archai yang dimaksudkan dalam Kolose adalah bertujuan mematahkan hujah mengenai penciptaan dunia melalui benda yang sendirinya dipercayai adalah archai (lihat karya Roh Kudus (No. 117); dan Perkembangan Model Neo-Platonis (No. 17)).

 

Pelahiran Kristus serta anak-anak Tuhanlah yang merupakan permulaan penciptaan Tuhan. Permulaan penciptaan Tuhan ini adalah apa yang dimaksudkan dalam Wahyu 3:14.

 

Di dalam Kristus segala kepenuhan Ketuhanan berkenan untuk mendiami. Oleh itu, Kristus adalah peralatan Tuhan sebagai permulaan penciptaanNya. Dialah yang pertama bangkit dari orang mati agar dalam segala sesuatu dia akan mengambil tempat pertama. Bagaimanapun, segala sesuatu mempunyai seorang Bapa dan satu asal dan satu pencipta yang satu-satunya adalah Allah yang benar.

 

Maleakhi 2:10 Bukankah kita sekalian mempunyai satu bapa? Bukankah satu Allah menciptakan kita? Lalu mengapa kita berkhianat satu sama lain dan dengan demikian menajiskan perjanjian nenek moyang kita?

 

Bapa adalah Tuhan semesta alam (Maleakhi 1:6). Dia meluaskan kedudukan Kebapaan kepada elohim melalui delegasi. Yesaya 9:6 melanjutkan Kebapaan itu kepada Mesias. Terdapat banyak Kebapaan (Patria) di langit dan bumi dan mereka dinamakan sempena nama Bapa (Efesus 3:14).

 

Efesus 3:14-15 Itulah sebabnya aku sujud kepada Bapa, 15 yang dari pada-Nya semua turunan yang di dalam sorga dan di atas bumi menerima namanya.

 

Penjelmaan kepada manusia

 

Ibrani 1:6 merujuk kepada anak sulung yang dibawa ke dalam dunia. Entiti ini, yang sulung (prõtotokos) dari segala yang diciptakan dari Kolose 1:15, dikenalpasti sebagai Anak. Anak ini juga adalah prõtotokos Mariam (atau Mary) (Matius 1:25; Lukas 2:7). Anak in juga adalah prõtotokos di antara banyak saudara. Oleh itu, istilah ini dipakaikan kepada yang pertama dalam satu siri, yang ditandakan dengan penanda ini.

 

Ada pihak Trinitarian yang cuba menekankan bahawa Mariam (Mary) tidak mempunyai anak-anak lain. Ini adalah palsu. Kristus mempunyai saudara lelaki dan perempuan (Matius 13:55-56); (rujuk karya Perawan Mariam dan Keluarga Kristus (No. 232)). Nama-nama saudara-saudara lelaki Kristus adalah: Yakub, yang dipanggil Yakobus oleh orang Pagan; Yusuf, dinamakan sempena bapanya; Yehuda, yang dinamakan sempena nama sukunya, dipanggil Yudas; dan Simon. Kita tidak mempunyai rekod nama saudara-saudara perempuannya, tetapi nama-nama ini adalah cukup jelas dan tersendiri dan mereka dibawa dalam bahasa Inggeris dari Perjanjian Lama. Ada sebabnya yang jelas kenapa mereka diubah. Ini adalah untuk menafikan bahawa Kristus mempunyai saudara lelaki dan perempuan, dan untuk meninggikan darjat Mariam kepada bentuk ibu dewi seperti dalam sistem Easter. Menafikan bahawa Mariam (Mary) mempunyai anak-anak lain, adalah kurang menyenangkan sedangkan adanya Yusuf yang disebutkan sebagai anak Mariam, seorang saudara Kristus, dan nama bapanya adalah Yusuf. Cukup jelas bahawa dia membawa nama bapanya. Mereka adalah nama-nama keluarga yang dijangkakan ada dalam keluarga Kristus.

 

Mesias di sini juga adalah yang pertama bangkit dari orang mati. Oleh itu dia adalah permulaan selaku kepala tubuh itu. Dalam konteks yang sama ini, dia juga adalah permulaan penciptaan Tuhan (Wahyu 3:14). Seluruh struktur itu telah dicipta Tuhan melalui delegasi. Oleh itu dia wujud demi membantu mencapai rencana Tuhan seperti juga seluruh penciptaan. Keutamaan Mesias diterimanya dari rencana Tuhan dan melalui perintah Tuhan (lihat Arche Bagi Penciptaan Allah sebagai Alfa dan Omega (No. 229)).

 

Kita tahu dari Yohanes 17:3 dan 1 Yohanes 5:20 bahawa satu-satunya Allah yang Benar ini adalah Bapa dan bahawa Yesus Kristus adalah anakNya.

 

Yohanes 17:3 Inilah hidup yang kekal itu, yaitu bahwa mereka mengenal Engkau, satu-satunya Allah yang benar, dan mengenal Yesus Kristus yang telah Engkau utus.

 

1 Yohanes 5:20 Akan tetapi kita tahu, bahwa Anak Allah telah datang dan telah mengaruniakan pengertian kepada kita, supaya kita mengenal Yang Benar; dan kita ada di dalam Yang Benar, di dalam Anak-Nya Yesus Kristus. Dia adalah Allah yang benar dan hidup yang kekal.

 

Allah yang benar ini adalah hidup yang kekal. Kita telah diberikan pemahaman ini oleh Anak Tuhan agar kita mengenali Dia yang benar ini dan agar kita berada di dalam Dia yang benar ini dan dalam anakNya Yesus Kristus atau Yosua si Mesias. Allah tunggal yang benar ini adalah hidup kekal. Hanya Dia saja yang abadi.

 

1Timotius 6:13-16 Di hadapan Allah yang memberikan hidup kepada segala sesuatu dan di hadapan Kristus Yesus yang telah mengikrarkan ikrar yang benar itu juga di muka Pontius Pilatus, kuserukan kepadamu: 14 Turutilah perintah ini, dengan tidak bercacat dan tidak bercela, hingga pada saat Tuhan kita Yesus Kristus menyatakan diri-Nya, 15 yaitu saat yang akan ditentukan oleh Penguasa yang satu-satunya dan yang penuh bahagia, Raja di atas segala raja dan Tuan di atas segala tuan. 16 Dialah satu-satunya yang tidak takluk kepada maut, bersemayam dalam terang yang tak terhampiri. Seorangpun tak pernah melihat Dia dan memang manusia tidak dapat melihat Dia. Bagi-Nyalah hormat dan kuasa yang kekal! Amin.

 

Mesias terpaksa melepaskan nyawa kekalnya yang diberi kepadanya oleh Bapa dan mengambil bentuk manusia. Dia telah menyerahkan hidupnya mengikut perintah Bapa dan mengambilnya semula mengikut perintah Bapa (Yohanes 10:17-18).

 

Yohanes 10:17-18 Bapa mengasihi Aku, oleh karena Aku memberikan nyawa-Ku untuk menerimanya kembali. 18 Tidak seorangpun mengambilnya dari pada-Ku, melainkan Aku memberikannya menurut kehendak-Ku sendiri. Aku berkuasa memberikannya dan berkuasa mengambilnya kembali. Inilah tugas yang Kuterima dari Bapa-Ku."

 

Maka dengan itu Tuhan memberikan kehidupan kepada segala sesuatu.

 

Kedatangan kedua

 

Kemunculan Anak Tuhan akan tiba pada waktu yang ditetapkan oleh Penguasa yang satu-satunya adalah Raja segala Raja dan Tuhan segala Tuhan, dan yang satu-satunya memiliki keabadian (lihat karya Hidup Kekal (No. 133) dan Mengenai Keabadian (No. 165)). Dia telah menurunkan aspek-aspek ini kepada Anak untuk mendirikan Kerajaan Tuhan seperti yang kita lihat dari Wahyu 17:14 dan 19:16. Nama-nama itu dituliskan pada jubah serta paha Mesias.

 

Wahyu 19:11-16 Lalu aku melihat sorga terbuka: sesungguhnya, ada seekor kuda putih; dan Ia yang menungganginya bernama: "Yang Setia dan Yang Benar", Ia menghakimi dan berperang dengan adil. 12 Dan mata-Nya bagaikan nyala api dan di atas kepala-Nya terdapat banyak mahkota dan pada-Nya ada tertulis suatu nama yang tidak diketahui seorangpun, kecuali Ia sendiri. 13 Dan Ia memakai jubah yang telah dicelup dalam darah dan nama-Nya ialah: "Firman Allah." 14 Dan semua pasukan yang di sorga mengikuti Dia; mereka menunggang kuda putih dan memakai lenan halus yang putih bersih. 15 Dan dari mulut-Nya keluarlah sebilah pedang tajam yang akan memukul segala bangsa. Dan Ia akan menggembalakan mereka dengan gada besi dan Ia akan memeras anggur dalam kilangan anggur, yaitu kegeraman murka Allah, Yang Mahakuasa. 16 Dan pada jubah-Nya dan paha-Nya tertulis suatu nama, yaitu: "Raja segala raja dan Tuan di atas segala tuan."

 

Tuhan bertindak melalui Anak Tuhan sebagai imam besar yang ditentukan

 

Firman Tuhan adalah Anak Tuhan. Dia pada mulanya ada bersama-sama dengan Tuhan. Dia bersama-sama dengan (atau mengarah kepada) Allah (ton theon) dan dia ini adalah theos atau elohim. Kita tahu bahawa elohim ini adalah subordinat (dari Mazmur 45:6-7; Ibrani 1:8-9). Paulus mengakui bahawa tidak ada Allah (theos) melainkan yang satu; namun terdapat banyak allah-allah (theoi) (theoi polloi) dan tuhan-tuhan (kurioi) di syurga, namun hanya ada seorang Allah Bapa dan seorang Tuhan Yesus Kristus (1 Korintus 8:5-6; lihat Marshall’s Interlinear). Seluruh sistem itu akan digabungkan di bawah entiti-entiti ini dan sistem bait suci akan dipulihkan sepenuhnya, di syurga dan di bumi.

 

Tuhan memilih untuk bertindak dengan membahagikan tugas kepada Yang KudusNya yang kemudiannya mengurap raja Israel seperti yang kita lihat dari Mazmur 89:18-20.

 

Mazmur 89:18-20 Sebab perisai kita kepunyaan TUHAN, dan raja kita kepunyaan Yang Kudus Israel. 19 Pernah Engkau berbicara dalam penglihatan kepada orang-orang yang Kaukasihi, kata-Mu: "Telah Kutaruh mahkota di atas kepala seorang pahlawan, telah Kutinggikan seorang pilihan dari antara bangsa itu. 20 Aku telah mendapat Daud, hamba-Ku; Aku telah mengurapinya dengan minyak-Ku yang kudus,

 

RSV nampaknya memutarbelitkan teks ini mungkin kerana implikasinya (lihat Green’s Interlinear untuk teks utamanya).

 

Sistem syurgawi direplikasi dalam Bait Israel duniawi bermula dari khemah suci, dan memuncak dengan Bait Suci Salomo.

 

Ibrani 8:5 Pelayanan mereka adalah gambaran dan bayangan dari apa yang ada di sorga, sama seperti yang diberitahukan kepada Musa, ketika ia hendak mendirikan kemah: "Ingatlah," demikian firman-Nya, "bahwa engkau membuat semuanya itu menurut contoh yang telah ditunjukkan kepadamu di atas gunung itu."

 

Kita juga melihat bahawa terdapat dua kerub berjaga (yang menudung) atau Kerubim di dalam khemah suci itu, (Keluaran 25:18-22) meliputi dua pada Tabut Perjanjian itu. Kerubim juga termasuklah empat makhluk hidup itu. Namun terdapat dua saja, iaitu Kerubim yang berkepala manusia dan berkepala singa, yang berada di dalam bahagian luar Bait Yehezkiel itu pada setiap sisi pohon kurma itu iaitu Kristus (Yehezkiel 41:19). Iblis telah ditempatkan dengan seorang kerub yang berjaga pada gunung Tuhan (Yehezkiel 28:14).

 

Yehezkiel 28:14-18 Kuberikan tempatmu dekat kerub yang berjaga, di gunung kudus Allah engkau berada dan berjalan-jalan di tengah batu-batu yang bercahaya-cahaya. 15 Engkau tak bercela di dalam tingkah lakumu sejak hari penciptaanmu sampai terdapat kecurangan padamu. 16 Dengan dagangmu yang besar engkau penuh dengan kekerasan dan engkau berbuat dosa. Maka Kubuangkan engkau dari gunung Allah dan kerub yang berjaga membinasakan engkau dari tengah batu-batu yang bercahaya. 17 Engkau sombong karena kecantikanmu, hikmatmu kaumusnahkan demi semarakmu. Ke bumi kau Kulempar, kepada raja-raja engkau Kuserahkan menjadi tontonan bagi matanya. 18 Dengan banyaknya kesalahanmu dan kecurangan dalam dagangmu engkau melanggar kekudusan tempat kudusmu. Maka Aku menyalakan api dari tengahmu yang akan memakan habis engkau. Dan Kubiarkan engkau menjadi abu di atas bumi di hadapan semua yang melihatmu.

 

Di sini kita melihat Iblis dipanggil raja Tirus. Dia telah dilempar ke bumi. Dia adalah pembawa terang atau Lucifer, Bintang Fajar atau Bintang Timur planet ini.

 

Yesaya 14:12-15 "Wah, engkau sudah jatuh dari langit, hai Bintang Timur, putera Fajar, engkau sudah dipecahkan dan jatuh ke bumi, hai yang mengalahkan bangsa-bangsa! 13 Engkau yang tadinya berkata dalam hatimu: Aku hendak naik ke langit, aku hendak mendirikan takhtaku mengatasi bintang-bintang Allah, dan aku hendak duduk di atas bukit pertemuan, jauh di sebelah utara. 14 Aku hendak naik mengatasi ketinggian awan-awan, hendak menyamai Yang Mahatinggi! 15 Sebaliknya, ke dalam dunia orang mati engkau diturunkan, ke tempat yang paling dalam di liang kubur.

 

Di sini, Pembawa Terang atau Bintang Timur ini cuba naik mengatasi bintang-bintang Allah dan menjadi seperti Yang Mahatinggi. Iblis tidak berpuas hati dengan menjadi salah satu Bintang-bintang Tuhan dan Anak Tuhan selaku kerub yang menudung. Dia ingin menjadi Allah yang Mahatinggi.

 

Tidak berpuas hati dengan mempunyai gambar Tuhan, dan memiliki sifat ilahi itu, Iblis ingin mencapai kesetaraan dengan Tuhan. Kerana sebab ini dia telah dibuang ke bumi. Namun dia masih diberi laluan kepada takhta Tuhan.

 

Ayub 1:6 6 Pada suatu hari datanglah anak-anak Allah menghadap TUHAN dan di antara mereka datanglah juga Iblis.

 

Anak-anak Tuhan ini telah menderhaka melawan kehendak Tuhan di seberang sungai itu seperti yang kita perhatikan dari Yosua 24:14-15.

 

Yosua 24:14-15 Oleh sebab itu, takutlah akan TUHAN dan beribadahlah kepada-Nya dengan tulus ikhlas dan setia. Jauhkanlah allah yang kepadanya nenek moyangmu telah beribadah di seberang sungai Efrat dan di Mesir, dan beribadahlah kepada TUHAN. 15 Tetapi jika kamu anggap tidak baik untuk beribadah kepada TUHAN, pilihlah pada hari ini kepada siapa kamu akan beribadah; allah yang kepadanya nenek moyangmu beribadah di seberang sungai Efrat, atau allah orang Amori yang negerinya kamu diami ini. Tetapi aku dan seisi rumahku, kami akan beribadah kepada TUHAN!"

 

Penderhakaan ini merupakan peristiwa berterusan seperti yang kita lihat dari tingkahlaku para malaikat.

 

Kejadian 6:2-4 maka anak-anak Allah melihat, bahwa anak-anak perempuan manusia itu cantik-cantik, lalu mereka mengambil isteri dari antara perempuan-perempuan itu, siapa saja yang disukai mereka. 3 Berfirmanlah TUHAN: "Roh-Ku tidak akan selama-lamanya tinggal di dalam manusia, karena manusia itu adalah daging, tetapi umurnya akan seratus dua puluh tahun saja." 4 Pada waktu itu orang-orang raksasa ada di bumi, dan juga pada waktu sesudahnya, ketika anak-anak Allah menghampiri anak-anak perempuan manusia, dan perempuan-perempuan itu melahirkan anak bagi mereka; inilah orang-orang yang gagah perkasa di zaman purbakala, orang-orang yang kenamaan.

 

Anak-anak Tuhan ini adalah bani syurgawi yang derhaka. Mereka telah meninggalkan kediaman asal mereka dan telah mengejar kepuasan.

 

Yudas 6-7 Dan bahwa Ia menahan malaikat-malaikat yang tidak taat pada batas-batas kekuasaan mereka, tetapi yang meninggalkan tempat kediaman mereka, dengan belenggu abadi di dalam dunia kekelaman sampai penghakiman pada hari besar, 7 sama seperti Sodom dan Gomora dan kota-kota sekitarnya, yang dengan cara yang sama melakukan percabulan dan mengejar kepuasan-kepuasan yang tak wajar, telah menanggung siksaan api kekal sebagai peringatan kepada semua orang.

 

Kristus tidak cuba mencapai kesetaraan dengan Tuhan tetapi sebaliknya memberikan nyawanya atas perintah Tuhan. Kita akan mengkaji ini di bawah. Dia melakukan ini untuk mendamaikan bani syurgawi, selaku Imam Besar.

 

Melkisedek difahamkan adalah imam Allah yang Mahatinggi (lihat karya Melkisedek (No. 128)) dan Mesias difahamkan adalah seorang lagi imam yang juga mengikut aturan Melkisedek (Mazmur 110:4; Ibrani 7:1,11). Tuhan ini yang merupakan Tuhan kepada Daud adalah yang dimaksudkan dalam Mazmur 110:1, yang diperintah untuk duduk di sebelah kanan TUHAN sehingga musuh-musuh Tuhan Daud ini (Mesias) dijadikan tumpuan kakinya. Tuhan ini iaitu Mesias telah ditahbiskan Allah sebagai imam selamanya mengikut aturan Melkisedek. Entiti ini, yang disebut TUHAN di sini, adalah Allah Bapa yang merupakan Tuhan kepada Mesias dan kepada siapa pastinya teks ini merujuk dari Ibrani. Soncino juga setuju bahawa teks ini merujuk kepada Mesias.

 

Kristus atau Mesias dikenalpasti sebagai Anak Allah yang Mahatinggi dalam Perjanjian Baru pada Markus 5:7 dan Lukas 8:28.

 

Mesias mengambil bentuk manusia untuk menjadi korban. Ini telahpun dibayangkan sebelumnya dalam korban Pendamaian bait suci di mana imam besar memasuki Tempat Mahakudus sekali setahun dengan korban darah. Mesias telah melakukan ini seperti yang kita lihat dari Ibrani. Pendamaian melalui korban darah ini adalah untuk mendamaikan bani syurgawi kepada Tuhan melalui sifat Tuhan yang telah diberikan Tuhan kepada bani syurgawi itu. Penderhakaan mereka telah menolak cara berfikir dan bertindak yang menjadi jalan Tuhan. Kristus tidak setara dengan Tuhan namun, sebagai seorang Anak, dia taat. Ini dibayangkan dalam Filipi 2:6, yang mengelirukan dalam KJV. KJV menyatakan teks ayat 5-7 sebagai:

 

Filipi 2:5-7 Hendaklah kamu dalam hidupmu bersama, menaruh pikiran dan perasaan yang terdapat juga dalam Kristus Yesus, 6 yang walaupun dalam rupa Allah, menganggapnya bukan satu kesalahan [rompakan] untuk menjadi setara dengan Allah, 7 melainkan telah mengosongkan diri-Nya sendiri, dan mengambil rupa seorang hamba, dan menjadi sama dengan manusia. (KJV)

 

Teks itu kini diakui oleh para sarjana sebagai terjemahan yang tidak betul. RSV menulisnya:

 

Filipi 2:5-7 Hendaklah kamu dalam hidupmu bersama, menaruh pikiran dan perasaan yang terdapat juga dalam Kristus Yesus, 6 yang walaupun dalam rupa Allah, tidak menganggap kesetaraan dengan Allah itu sebagai milik yang harus dipertahankan [dicapai], 7 melainkan telah mengosongkan diri-Nya sendiri, dan mengambil rupa seorang hamba, dan menjadi sama dengan manusia. (RSV)

 

Maksudnya adalah bahawa kesetaraan dengan Allah itu bukanlah sesuatu yang harus dicapai [seperti yang cuba dilakukan Iblis], dan makna ini bertentangan dengan makna dalam KJV. Arpagmon di sini bermakna perbuatan merampas, atau benda yang dirampas, iaitu barang rampasan atau benda berharga. Thayer membuat pemerhatian ini (halaman 74) dan menjelaskan maksud Filipi 2:6 mengikut morphe (halaman 418). Ertikata kesetaraan ini tidak dilihat sebagai sesuatu yang harus dipertahankan atau disimpan.

 

Versi semakan KJV iaitu American Standard Version yang diterbitkan pada tahun 1901 telah menyemak semula Filipi 2:6 untuk membetulkan kesilapan Teks tersebut. Ia berbunyi:

 

Hendaklah kamu menaruh pikiran dalam hidupmu yang terdapat juga dalam Kristus Yesus, yang walaupun dalam rupa Allah, tidak menganggap kesetaraan dengan Allah itu sebagai benda yang harus dipertahankan, melainkan telah mengosongkan diri-Nya sendiri, dan mengambil rupa seorang hamba, dan menjadi sama dengan manusia.

 

Perjanjian Baru Yahudi (diterjemahkan David Stern) menuliskan ayat 6 sebagai:

 

yang walaupun dalam rupa Allah, tidak menganggap kesetaraan dengan Allah itu sebagai benda yang harus dimiliki secara paksa.

 

Anak-anak Tuhan semuanya diakui adalah malaikat-malaikat atau utusan-utusan untuk Allah yang Mahatinggi. Mereka tidak melakukan apa-apa mengikut kemahuan mereka sendiri. Semua aktiviti mereka adalah mengikut kehendak Tuhan (Lukas 11:2; Yohanes 5:30).

 

Yohanes 5:30 Aku tidak dapat berbuat apa-apa dari diri-Ku sendiri; Aku menghakimi sesuai dengan apa yang Aku dengar, dan penghakiman-Ku adil, sebab Aku tidak menuruti kehendak-Ku sendiri, melainkan kehendak Dia yang mengutus Aku.

 

Elohim Israel adalah seorang malaikat. Dia telah muncul kepada Abraham dan merupakan Tuhan kepada Abraham, Ishak dan Yakub. Elohim Israel juga adalah Malaikat Pelepasan seperti yang dikatakan Yakub:

 

Kejadian 32:1 1 Yakub melanjutkan perjalanannya, lalu bertemulah malaikat-malaikat Allah dengan dia.

 

Ketika bersama-sama dengan malaikat-malaikat itu, dan mereka banyak atau majmuk, dia mengatakan tentang Malaikat Pelepasan (Penebus) dalam ertikata singular.

 

Kejadian 48:13-16 Setelah itu Yusuf memegang mereka keduanya, dengan tangan kanan dipegangnya Efraim, yaitu di sebelah kiri Israel, dan dengan tangan kiri Manasye, yaitu di sebelah kanan Israel, lalu didekatkannyalah mereka kepadanya. 14 Tetapi Israel mengulurkan tangan kanannya dan meletakkannya di atas kepala Efraim, walaupun ia yang bungsu, dan tangan kirinya di atas kepala Manasye--jadi tangannya bersilang, walaupun Manasye yang sulung. 15 Sesudah itu diberkatinyalah Yusuf, katanya: "Nenekku dan ayahku, Abraham dan Ishak, telah hidup di hadapan Allah; Allah itu, sebagai Allah yang telah menjadi gembalaku selama hidupku sampai sekarang, 16 dan sebagai Malaikat yang telah melepaskan aku dari segala bahaya, Dialah kiranya yang memberkati orang-orang muda ini, sehingga namaku serta nama nenek dan bapaku, Abraham dan Ishak, termasyhur oleh karena mereka dan sehingga mereka bertambah-tambah menjadi jumlah yang besar di bumi." (RSV)

 

Malaikat Yahovah (Jehovah) dikenalpasti sebagai Mesias dan juga sebagai Elohim dan Anak Tuhan (lihat karya Malaikat YHVH (No. 24)). Dia telah datang sebagai penebus melalui penjelmaannya sebagai manusia. Maka dia adalah kepala umat pilihan yang merupakan keluarga Daud di bawah Mesias sebagai elohim. Zakharia 12:8 menunjukkan bahawa elohim ini adalah juga Malaikat Yahovah.

 

Zakharia 12:8 Pada waktu itu TUHAN akan melindungi penduduk Yerusalem, dan orang yang tersandung di antara mereka pada waktu itu akan menjadi seperti Daud, dan keluarga Daud akan menjadi seperti Allah, seperti Malaikat TUHAN, yang mengepalai mereka.

 

Malaikat TUHAN di sini adalah Jehovah dalam teks (lihat Green’s Interlinear). Istilah untuk Tuhan dalam teks ini adalah Elohim. Teks ini menunjukkan bahawa Elohim teks-teks itu adalah juga Malaikat Yahovah atau YHVH, dan bahawa keluarga Daud (dalam kata lain, umat pilihan) akan menjadi seperti elohim. Elohim yang mengepalai keluarga ini adalah Mesias.

 

Mesias di sini telah menjadi monogenes theos atau satu-satunya tuhan yang diperanakkan dalam Yohanes 1:18. Sementara dia adalah prõtotokos Anak-anak Tuhan, iaitu elohim, setelah kematiannya dia menjadi satu-satunya anak yang dilahirkan dan dengan itu adalah satu-satunya tuhan yang dilahirkan atau monogenes theos. Receptus mempunyai monogenes uion atau satu-satunya anak yang dilahirkan. Mana sekalipun, dia adalah satu-satunya tuhan dan anak yang diperanakkan – semua anak-anak lain terus kekal sebagai roh-roh. Kita tidak dilahirkan sebagai anak-anak, tetapi adalah anak-anak angkat.

 

Oleh itu, adanya elohim yang lebih tinggi dan lebih rendah. Elohim lebih tinggi ini dikenali sebagai Allah yang Mahatinggi, atau Allah yang Tertinggi (Kejadian 14:18-20,22). Ulangan 32:8 menunjukkan bahawa Allah yang Mahatinggi ini telah membagikan bangsa-bangsa. Seperti yang telah kita lihat, menurut Teks Masoretik (MT) ini adalah menurut bilangan anak-anak Israel. Namun, Septuagint (LXX) menulisnya menurut bilangan malaikat-malaikat Tuhan. DSS menunjukkan bahawa makna dari bahasa Ibraninya adalah menurut bilangan (anak-anak Tuhan) tuhan-tuhan (atau bene Eliym). Israel menjadi bagian Yahovah (Jehovah). Ini membawa kita kepada perbezaan antara dua Yahovah itu. Alkitab jelas menyatakan bahawa terdapat dua Yahovah. Yahovah yang Mahatinggi dan Yahovah Israel serta makhluk-makhluk lain membawa gelaran ini.

 

Seperti yang telah diperhatikan di atas juga, Strong membuat perbezaan antara Yahovah yang Mahatinggi dan Yahovah Israel. Kelainan di dalam nama-nama itu adalah bahawa Yehovih merujuk kepada yang lebih tinggi dan Yahovah merujuk kepada yang lebih rendah apabila digunakan sendirian. Apabila Yahovah digunakan untuk yang lebih tinggi, ia biasanya disertai sambungan kata seperti Yahovah Semesta alam. Bilangan-bilangan relevan adalah SHD 3068 dan 3069. Strong mengatakan tentang SHD 3068 Jehovah bahawa ia adalah nama Tuhan bagi bangsa Israel. Dia mengatakan bahawa SHD 3069 Jehovih digunakan selepas Adonai [oleh itu Dia adalah Tuhan Yehovih] dan disebut orang Yahudi sebagai Elohim untuk mencegah berlakunya ulangan bunyi yang sama, memandangkan di tempat lain mereka menyebut SHD 3068 sebagai SHD 136 Adonai – makhluk ini adalah Tuhan.

 

Oleh itu, orang Yahudi sedar bahawa terdapat dua entiti di sini, seorang yang lebih tinggi dan seorang lebih rendah. Seperti yang telah kita perhatikan, Mesias diakui adalah entiti dalam Mazmur 45:6-7 yang telah diurapi Tuhannya.

 

Zakharia 2:3 menunjukkan bahawa Malaikat Yahovah (yang jelas adalah Mesias di sini) telah memberikan pesanan kepada Zakharia tentang kedatangannya kepada Israel mengikut perintah Allah semesta alam. Pembezaan ini jelas menunjukkan bahawa yang diperkatakan di sini adalah Mesias dan Allah Bapa yang merupakan Allah semesta alam.

 

Zakharia 2:8-12 Sebab beginilah firman TUHAN semesta alam, yang dalam kemuliaan-Nya telah mengutus aku, mengenai bangsa-bangsa yang telah menjarah kamu--sebab siapa yang menjamah kamu, berarti menjamah biji mata-Nya--: 9 "Sesungguhnya Aku akan menggerakkan tangan-Ku terhadap mereka, dan mereka akan menjadi jarahan bagi orang-orang yang tadinya takluk kepada mereka. Maka kamu akan mengetahui bahwa TUHAN semesta alam yang mengutus aku. 10 Bersorak-sorailah dan bersukarialah, hai puteri Sion, sebab sesungguhnya Aku datang dan diam di tengah-tengahmu, demikianlah firman TUHAN; 11 dan banyak bangsa akan menggabungkan diri kepada TUHAN pada waktu itu dan akan menjadi umat-Ku dan Aku akan diam di tengah-tengahmu." Maka engkau akan mengetahui, bahwa TUHAN semesta alam yang mengutus aku kepadamu. 12 Dan TUHAN akan mengambil Yehuda sebagai milik-Nya di tanah yang kudus, dan Ia akan memilih Yerusalem pula.

 

Perbezaan-perbezaan antara Yahovah Israel yang dipanggil elohim dan elohimnya yang dipanggil Eloah atau Allah yang Mahatinggi, Allah semesta alam, adalah satu keistimewaan yang kehilangan di dalam bahasa Inggeris di mana tiada lagi perkataan lain untuk Tuhan. Maksudnya tidak dapat disampaikan kepada para pembaca.

 

Mesias akan mewarisi Yehuda sebagai bagiannya pada zaman akhir. Dia akan sekali lagi memilih Yerusalem pada kedatangan kedua kalinya. Aktiviti-aktiviti Mesias ini dapat dibahagikan mengikut turutan.

 

Penjelmaan

 

Turutan Jemaat-jemaat

 

Zaman Akhir

 

Kedatangan Mesias

 

Milenium (lihat juga Milenium dan Keghaiban (No. 95))

 

Penghakiman (lihat pelbagai karya yang ada)

 

Kota Tuhan (lihat karya Kota Tuhan (No. 180))

 

Karya ini bertujuan sebagai satu pengenalan kepada satu siri karya-karya dengan topik-topik ini, di mana banyak daripadanya tertulis di sini.