Jemaat-jemaat Allah Al Masehi

[159]

 

 

 

Penentuan Masa Penyaliban dan Kebangkitan [159]

(Edisi 4.0 19960413-20040321-20070511)

 

Kekristianan konvensional mengajarkan penyaliban hari Jumaat dan kebangkitan hari Minggu bagi Yesus dari Nazaret. Rekod-rekod sejarah menunjukkan bahawa doktrin ini tidak diajar oleh para rasul ataupun jemaat Perjanjian Baru yang mula-mula. Karya ini mengkaji Kitab Suci, sejarah, data kalendar lunar, serta bukti penyelidikan terkini dan memberikan mereka menunjukkan kebenaran pewaktuan itu. Bukti dikemukakan bahawa pelayanan Kristus adalah selama dua dan setengah tahun, bukannya tiga dan setengah tahun seperti yang kadangkala dibayangkan oleh beberapa terjemahan Daniel 9. Analisa terperinci peristiwa-peristiwa sewaktu tempoh enam hari sebelum Paskah diberikan. Karya ini memuatkan karya baru yang menunjukkan bahawa tahun penyaliban itu adalah 30 TM dan bukannya 31 TM atau 33 TM seperti yang dipercayai ramai orang.

 

 

Christian Churches of God

 

PO Box 369, WODEN ACT 2606, AUSTRALIA

E-mail: secretary@ccg.org

 

(Hakcipta ă 1996, 1999, 2004, 2007 Wade Cox)

 

Karya tulis ini boleh disalin semula dan didistribusikan secara bebas dengan syarat ia disalin semuanya tanpa apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat penerbit serta notis hakcipta harus disertakan.  Sebarang bayaran tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima salinan yang didistribusikan.  Petikan-petikan ringkas daripadanya boleh dimasukkan ke dalam artikel-artikel kritis dan karya ulasan tanpa melanggar undang-undang hakcipta.

 

Karya ini boleh didapati daripada Internet di:
http://www.logon.org dan http://www.ccg.org


 

Penentuan Masa Penyaliban dan Kebangkitan [159]



Penyaliban serta kebangkitan Kristus mungkin merupakan peristiwa tunggal paling penting dalam sejarah manusia dan yang paling disalahfaham sekali.

 

Tradisi-tradisi berkaitan penyaliban menyatakan bahawa Kristus telah disalibkan di atas satu salib. Ini diterjemahkan dari perkataan Latin crux. Asal-usul serta kemaknaan salib telah dibincangkan dalam karya Salib - Asal-Usul dan Maksudnya (No. 39). Companion Bible pada Apendiks 162 membincangkan tentang dua perkataan yang diterjemahkan sebagai salib dari kitab Perjanjian Baru Yunani. Kata-katanya adalah stauros dan xulon. Companion Bible mencatatkan bahawa perkataan Yunani stauros bermaksud tiang menegak atau palang, pada mana para penjenayah dipakukan untuk hukuman bunuh. Perkataan xulon bermaksud sekeping batang kayu atau kayu mati, atau kayu untuk dibakar atau apa-apa tujuan lain. Ia tidak seperti dendron yang digunakan untuk menunjukkan pohon hidup atau yang hijau (seperti dalam Matius 21:8; Wahyu 7:1,3; 8:7; 9:4 dan sebagainya). Apendiks menyatakan bahawa:

 

Oleh sebab perkataan xulon ini digunakan bagi perkataan stauros, ia menunjukkan kita bahawa maksud keduanya adalah betul-betul sama. Perkataan bahasa Inggeris “salib” (cross) adalah terjemahan dari perkataan Latin crux; namun perkataan Yunani stauros langsung tiada pengertiannya sebagai salib, seperti mana perkataan “batang kayu” tidak bererti “topang.” Homer menggunakan perkataan stauros untuk mengertikan tiang atau palang yang biasa, atau sebatang kayu. Dan ini adalah pengertian serta penggunaan perkataan ini dalam karya-karya klasik Yunani. Ia tidak pernah bermakna dua batang kayu yang diletakkan melintang antara satu sama lain mengikut sudut tertentu, tetapi telah  sentiasa bermakna sebatang kayu sahaja. Oleh sebab itu perkataan xulon (no 2 di atas) ada digunakan berkaitan cara kematian Tuhan kita, dan dituliskan sebagai tree (pohon/kayu salib) dalam Kisah 5:30; 10:39; 13:29; Galatia 3:13; 1 Petrus 2:24. Ini dikekalkan dalam nama lama bahasa Inggeris iaitu rood atau rod (batang). Lihat Encycl. Brit., 11th (Camb.) ed., vol. 7, halaman 505d.

 

Tiada apa-apapun dalam bahasa Yunani Perjanjian Baru yang membayangkan dua batang kayu.

Huruf chi, X, iaitu parap/huruf awal perkataan Kristus [Christos] pada mulanya digunakan untuk namaNya; atau Xp. Ini telah diambil-alih oleh simbol-simbol dan yang mula-mula daripada ini juga mempunyai empat tangan setara. Salib-salib ini digunakan sebagai simbol-simbol dewa matahari Babilon, dan mula-mula sekali dilihat pada syiling Julius Caesar, 100-44 BC dan kemudiannya pada syiling yang dihasilkan pewaris Caesar (Augustus), 20 BC … (App. 162, halaman 186).

 

Kekeliruan pertama tentang hal penyaliban ini mungkin lebih jelas lagi. Kristus telah disalibkan pada stauros atau pancang, bukan salib. Dia telah disalibkan pada 14 Nisan sewaktu pemerintahan Tiberius Caesar. Pengenalpastian harinya dalam minggu akan bergantung pada tahun dalam mana dia dibunuh serta turutan peristiwa minggu itu. Paskah berubah-ubah bergantung pada Bulan Baru dan bukan hari di dalam minggu. Terdapat beberapa ayat Alkitab yang menentukan waktu tepatnya dan terdapat beberapa nubuatan yang perlu digenapi untuk Yesus, atau lebih tepat lagi Jehoshua, menjadi Mesias.

 

Cara untuk menentukan tahun dalam mana penyaliban itu jatuh adalah dengan bermula dengan tarikh-tarikh Alkitab yang diketahui. Satu-satunya tarikh pasti yang kita ada adalah dari pelayanan Yohanes Pembaptis.

 

Lukas 3:1-6 Dalam tahun kelima belas dari pemerintahan Kaisar Tiberius, ketika Pontius Pilatus menjadi wali negeri Yudea, dan Herodes raja wilayah Galilea, Filipus, saudaranya, raja wilayah Iturea dan Trakhonitis, dan Lisanias raja wilayah Abilene, 2 pada waktu Hanas dan Kayafas menjadi Imam Besar, datanglah firman Allah kepada Yohanes, anak Zakharia, di padang gurun. 3 Maka datanglah Yohanes ke seluruh daerah Yordan dan menyerukan: "Bertobatlah dan berilah dirimu dibaptis dan Allah akan mengampuni dosamu, 4 seperti ada tertulis dalam kitab nubuat-nubuat Yesaya: Ada suara yang berseru-seru di padang gurun: Persiapkanlah jalan untuk Tuhan, luruskanlah jalan bagi-Nya. 5 Setiap lembah akan ditimbun dan setiap gunung dan bukit akan menjadi rata, yang berliku-liku akan diluruskan, yang berlekuk-lekuk akan diratakan, 6 dan semua orang akan melihat keselamatan yang dari Tuhan."

 

Kata-kata permulaan Lukas 3:1 di sini memberikan tarikh tepat bagi permulaan pelayanan Yohanes Pembaptis. Dengan menetapkan masa pelayanannya itu, Alkitab kemudiannya memberikan petunjuk-petunjuk yang membolehkan kita menentukan dengan pasti permulaan dan tempoh pelayanan Yesus Kristus.

 

Tiberius Claudius Caesar Augustus, pewaris kepada Maharaja Rom Augustus, lahir pada tahun 42 SM kepada ibubapa kaum bangsawan yang telah bercerai agar Livia, iaitu ibunya, dapat berkahwin dengan Ocatavian (Augustus). Augustus telah memaksa dia menceraikan isterinya agar dia dapat berkahwin dengan anak perempuan maharaja, Julia, untuk melahirkan waris kepada takhta. Julia telah dibuang pada tahun 2 SM kerana perbuatan curang, dan, disebabkan kematian kedua-dua anak lelakinya dari perkahwinan sebelumnya, Tiberius terpaksa diambil sebagai anak angkat oleh Augustus untuk dijadikan warisnya pada tahun 4 TM. Senat telah memberikannya kuasa Tribunicia dan hak kuasa prokonsular. Apabila Augustus mangkat, Senat telah menamakan Tiberius sebagai maharaja pada tahun 17 September tahun 14 TM (Interpreters Dict. of the Bible, Abingdon, 1962, Vol. 3, halaman 640).

 

Augustus memerintah sehingga 19 Ogos 14 TM. Ini dicatatkan oleh Schurer (The History of the Jewish People in the Age of Jesus Christ, T & T Clark, 1987, Vol. 1, halaman 203). Schurer mencatatkan permulaan pemerintahan Tiberius dari tarikh ini. Oleh sebab itu, terdapat dua tarikh di sini: tarikh berkesan dan tarikh yang diisytiharkan.

 

Tahun kudus Israel bermula pada bulan Nisan, namun tahun sivil di timur bermula kira-kira bulan Oktober, Bulan Permulaan atau Tishri. Bulan-bulan Baru tahun 14 TM bermula di Yerusalem pada hari Khamis 13 September 14 TM pada jam 04:31 dan hari Jumaat 12 Oktober 14 TM pada jam 19:47 (dipastikan dari karya H. H. Goldstine New and Full Moons 1001 BC to 1651 CE, American Philosophical Society, 1973). Oleh sebab itu, Tishri mungkin bermula pada 13 Oktober atau tahun kelima belas Tiberius adalah pada tahun 28 TM. Bergantung pada cara perkiraan, ianya mustahil untuk 1 Tishri berada lebih daripada 177 hari dari 1 Nisan mengikut sistem penangguhan yang ada atau mungkin kurang (hingga 173 hari) dengan bulan-bulan yang dipelihara. Dari 13 Oktober, 1 Nisan akan jatuh pada kira-kira 26 April. Ini adalah lebih daripada 30 hari dari ekuinoks, yang berlangsung dalam tarikh-tarikh Julian ini pada 20-21 Mac. Maka tarikh ini adalah tidak mungkin. Dengan itu, boleh disimpulkan bahawa 1 Tishri jatuh pada 13 September 14 TM. Tahun kedua Tiberius perlu bermula pada Oktober 14 TM untuk tahun kelima belas Tiberius dianggap bermula pada bulan Tishri 27 TM jika tarikh pengisytiharan itu yang diambil kira.

 

Pontius Pilatus telah memegang jabatannya selama 10 tahun (A of J, xviii, 4, 2) dari tahun 26 TM hingga 36 TM apabila dia diberhentikan tidak lama sebelum lawatan Vitellius ke Yerusalem, tidak lama sebelum Paskah tahun 36 TM. Josephus menentukan tarikh penjawatan Pilatus pada tahun kedua belas Tiberius, yang dianggap sebagai 25-26 TM (Schurer, halaman 382, nota samping 130). Ini hanya bersandar pada pernyataan Josephus. Maka 27-28 TM adalah tahun keempat belas mengikut Josephus. Perkara ini, seolah-olah memperkenalkan satu kontradiksi kepada teks alkitabiah itu, yang boleh disesuaikan jika diandaikan bahawa Josephus menghitung dari tarikh perlantikannya oleh Senat, dan Lukas menghitung dari kematian Augustus.

 

Satu lagi aspek perlu dipertimbangkan. Nama-nama Macedonia bagi semua bulan telah diambil di Syria dari pemerintahan Seleucid, dan kekeliruan dengan Kalendar Julian telah membuatkan tahun bermula pada hari-hari yang berlainan dalam beberapa kota besar. Di Tirus, tahun bermula pada 18 November, di Gaza dan Ascalon pada 29 Ogos (Bickerman Chronology) dan bulan-bulan Julian kemudiannya hanya dipanggil dengan nama-nama Macedonianya (Ideler I, halaman 429 dan seterusnya). Dengan itu wujudnya sedikit pertikaian tentang sama ada Josephus merujuk kepada bulan Yahudi mengikut nama Macedonianya atau, Macedonia/Julian. Persoalan ini serta Kalendar Yahudi yang digunakan dikaji oleh Schurer (ibid., Vol. I, halaman 595-599). Schurer menafikan tanggapan bahawa Kalendar Tyrian (Tirus) telah digunakan orang Yahudi (ibid., halaman 599).

 

Pelayanan Yohanes Pembaptis juga pastinya telah berkebetulan dengan bulan peniupan Jubli, kerana tahun 27 TM merupakan tahun Jubli dan Pendamaian pada 10 Tishri adalah waktu ia ditiupkan. Yohanes tidak mungkin telah memulakan pelayanannya sebelum Tishri 27 TM kerana tahun kelima belas Tiberius bermula pada bulan itu, seawal-awalnya, dengan menghitung dari kematian Augustus.

 

Satu pemerhatian bermakna dari pembinaan kalendar itu dalam Buku Jubli-jubli, yang berdasarkan tahun 364 hari yang mempunyai tepat-tepat 52 minggu, menempatkan Paskah pada hari Rabu setiap tahun dengan hari Pendamaian pada hari Jumaat dan Pondok Daun bermula pada hari Rabu. Terdapat persetujuan umum di kalangan pihak-pihak berpengetahuan bahawa masyarakat Qumran mengutuk penggunaan kalendar luni-solar dan mengikut kalendar yang serupa atau seperti apa yang digunakan dalam Buku Jubli-jubli (Schurer, ibid., halaman 600-601). Maka boleh diandaikan bahawa Qumran mengadakan Paskah pada hari Rabu, yang berlaku pada masa yang sama dengan masyarakat umum hanya dalam beberapa tahun sepanjang tempoh itu.

 

Penempatan Paskah pada hari Rabu dalam tahun 31 TM telah diterima secara umumnya oleh Jemaat-jemaat Allah pada abad kedua puluh. Karya Fred Coulter Harmony of the Gospels, nampaknya menempatkannya pada hari Rabu pada tahun 30 TM dan juga pada tahun 31 TM. Namun begitu, karya Daniel-Rops Jesus and His Times, yang diterjemahkan Ruby Millar, Dutton & Co, New York, 1954, menempatkan penyaliban itu pada 7 April 30 TM yang didakwa adalah hari Jumaat (halaman 432).

 

Fred Coulter memang banyak kesilapannya dan mungkin juga mereka-reka dalam pemahamannya serta huraian-huraiannya tentang Paskah dalam karyanya, The Christian Passover, York Publishing Co, CA, 1993. Bagaimanapun, nampaknya Daniel-Rops membina hujah hari Jumaatnya ini dari keinginannya untuk mengadakan penyaliban itu pada hari Jumaat dan turutan peristiwa disusun semula supaya berpadanan. Palma hari Minggu tanpa penjelasan wajar dijauhkan dan komen-komen bersejarah serta perbandingan antara jalan-jalan yang digunakan Kristus dan kota moden itu adalah bayang-bayangan. Seluruh hujah itu dibina sekitar premis bahawa hari Jumaat merupakan hari penyaliban dan bukannya dengan membina satu jadual peristiwa, yang menunjukkan turutan aktiviti bermula dari kemasukan ke Betania sekitar hari Sabat sebelumnya. Tiada penjelasan diberikan untuk Hari Suci itu. Malah, Paskah ditentukan dari Bulan Baru, yang seperti yang akan kita lihat pada tahun 30 TM, betul-betul menolak berlakunya penyaliban hari Jumaat.

 

Ianya penting untuk Jemaat Ortodoks menetapkan 30 TM sebagai Paskah hari Jumaat kerana kita akan lihat bahawa turutan Paskah-paskah dalam Yohanes dari tahun kelima belas Tiberius menunjukkan penyaliban berlaku pada tahun 30 TM, berdasarkan cerita Paskah dalam Yohanes 11:55 dan Yohanes 12:1. Pewaktuan Paskah dalam 30 TM atau 31 TM mempunyai signifikans besar bagi Tanda Yunus. Daniel-Rops memahami hal ini secara intuitif apabila dia memerhatikan bahawa:

 

Empat puluh tahun kemudiannya, pada awal bulan Nisan, pada tahun 70, sekumpulan tentera Rom telah menyerang Kota Suci itu. Empat pasukan askar bantuan Syria dan Numidia, enam puluh ribu orang dengan peralatan perkakas terbaik, telah dipimpin oleh Maharaja Titus, anak kepada Vespasian, yang baru diisytiharkan enam bulan sebelumnya oleh satu pemberontakan tentera di Mesir (ibid., halaman 452).

 

Oleh itu, jika injil Yohanes merujuk kepada hanya satu Paskah dalam bab-bab 11 dan 12, dan ini hampir pasti, dan permulaan cerita ini adalah pada Paskah 28 TM, maka apa yang kita dapati adalah Paskah 30 TM. Oleh itu, Jemaat Ortodoks terpaksa mereka penyaliban hari Jumaat, dan Tanda Yunus bermula pada tahun 30 TM dan berakhir pada 1 Nisan 70 TM. Kemusnahan Bait Suci kemudiannya serta penutupan Bait Leontopolis di Mesir, adalah hanya penceritaan dari permulaan penutupan itu. Jika ia berlaku pada tahun 31 TM maka penutupan Tanda itu adalah dengan penghentian persembahan korban. Mari kita periksa kemungkinan-kemungkinannya.

 

Satu langkah perlu adalah untuk memastikan tarikh-tarikh Bulan Baru di Yerusalem sepanjang tempoh 28-33 TM untuk mengkaji bila masanya tarikh-tarikh 1 Nisan dan, dari situ, Paskah jatuh pada tahun-tahun itu. Dari situ boleh dipastikan dengan agak tepat bilakah penyaliban hari Rabu atau Jumaat mungkin berlaku, dan sama ada pandangan sebegitu berpadanan dengan teks-teks alkitabiah.

 

Jabatan Almanak Nautika Diraja telah membekalkan tarikh-tarikh pada mana Bulan-bulan Baru jatuh dalam tahun-tahun 28-33 TM berdasarkan hasil kerja H. H. Goldstine (ibid.). Waktu-waktunya dibekalkan dari pemerhatian di Babilon (Baghdad) dan dengan itu 37 minit perlu ditolak dari waktu-waktu ini untuk mendapatkan waktu sivil Yerusalem. Ketidaktentuan dalam pusingan bumi menimbulkan ketidaktetapan kecil pada masa-masa tertentu. Ekuinoks juga adalah lebih awal dari tarikh-tarikh Julian, iaitu 20-21 Mac. Ekuinoks juga mungkin seawal 20 Mac dalam sistem Gregorian. Tarikh-tarikh dan waktu-waktu juga boleh didapati dari observatori Tentera Laut AS dan disesuaikan kepada waktu Yerusalem.

 

Waktu-waktu Bulan Baru adalah seperti berikut:

Isnin 15 Mac 28 TM @ 03:38

Selasa 13 April 28 TM @ 17:21

Jumaat 4 Mac 29 TM @ 04:13

Sabtu 2 April 29 TM @ 20:43

Rabu 22 Mac 30 TM @ 20:59

Jumaat 21 April 30 TM @ 12:48

Isnin 12 Mac 31 TM @ 01:29

Selasa 10 April 31 TM @ 14:45

Sabtu 29 Mac 32 TM @ 23:08

Isnin 28 April 32 TM @ 10:09

Khamis 19 Mac 33 TM @ 13:41

Jumaat 17 April 33 TM @ 22:12

 

Dari pewaktuan-pewaktuan Bulan Baru itu, permulaan tahun suci, atau 1 Nisan, jatuh seperti berikut dengan penggunaan panduan-panduan standard, Bulan Baru paling dekat ekuinoks dan Paskah, pada 15 Abib, jatuh selepas ekuinoks, dan dengan menggunakan hari standard Yahudi yang bermula dari waktu gelap suatu hari hingga matahari terbenam waktu EENT (End Evening Nautical Twilight) pada hari esoknya.

Isnin 15 Mac 28 TM

Ahad/Minggu 3 April 29 TM

Khamis 23 Mac 30 TM

Isnin 12 Mac 31 TM

Ahad 30 Mac 32 TM

Khamis 19 Mac 33 TM

 

Maka Penyaliban itu mungkin jatuh pada hari-hari berikut:

Ahad 28 Mac 28 TM

Sabtu 16 April 29 TM

Rabu 5 April 30 TM

Ahad 25 March 31 CE

Sabtu 12 April 32 TM

Khamis 2 April 33 TM

 

Adalah mustahil bagi penyaliban itu berlaku pada hari Jumaat. Tarikh dalam tahun 30 TM jelas adalah hari Rabu. Tarikh dalam tahun 31 TM adalah hari Minggu. Oleh itu, 31 TM nampaknya terkecuali oleh mereka yang menyokong penyaliban hari Rabu. Bagaimanakah mungkin tahun 31 TM boleh dipadankan? Huraian dibuat bahawa tahun suci pada tahun 31 TM tidak bermula sehinggalah hari Rabu 11 April 31 TM menurut peraturan-peraturan penangguhan yang kini diguna meluas. Bagaimanapun, itu masih hanya meletakkan penyaliban itu pada hari Selasa, iaitu 24 April. Selain dari hakikat ini, terdapat beberapa masalah lain dengan tarikh ini. Dari sistem perhitungan purba mengikut konjunksi, yang digunakan oleh kedua-dua Kristian Ortodoks dan orang Yahudi sebelum pengenalan kalendar Hillel pada tahun 344-358 TM, tarikh terakhir yang mungkin bagi 1 Nisan adalah tarikh Gregorian 7 April (atau lebih awal dengan tarikh Julian).

 

Bulan Baru paling dekat kepada ekuinoks dan Paskah selepas ekuinoks, memperuntukkan tarikh terakhir yang mungkin sebagai 7 April (Gregorian). Penangguhan-penangguhan telah menyaksikan tarikh-tarikh selewat 8 April untuk 1 Nisan (contohnya Kalendar Yahudi tahun 1997), namun ini bukanlah berdasarkan ajaran alkitab dan tidak berlaku begitu sebelum tahun 344 TM. Paskah tidak boleh jatuh lebih lewat dari 22-23 April dalam sebarang tahun. Di bawah sistem Julian, tarikh-tarikh itu adalah lebih awal. Maka 25 April 31 TM nampaknya adalah fiksyen sepenuhnya.

 

Kenapakah dongeng ini diperkenalkan? Jawapannya nampaknya terletak dalam andaian-andaian palsu di sebalik spekulasi teologi mengenai tempoh tujuh puluh minggu-tahun (tujuh puluh kali tujuh masa) yang berakhir dengan Mesias. Ini berdasarkan pada salahtafsir Daniel 9:25 dalam KJV. Tarikh permulaan untuk nubuatan itu diambil dari waktu pemerintahan Artahsasta I dan tempoh enam puluh sembilan minggu itu kemudiannya berakhir pada tahun 27 TM, yang kemudiannya didakwa sebagai permulaan pelayanan Kristus. Dia kemudiannya dikatakan telah berkhotbah selama tiga setengah tahun. Minggu tersebut kemudiannya diperduakan dan satu tempoh lain dituntut untuk zaman akhir yang disifatkan dengan kehadiran saksi-saksi itu serta lain-lain hal berkaitan. Huraian ini merupakan rekaan semata-mata dan tidak berdasarkan sebarang bukti alkitab. H. Hoeh menggunakan teologi bermasalah ini sebagai asas dalam karyanya The Crucifixion Was Not on Friday (Ambassador College Press, 1959, 1961, 1968). Walaupun tajuk ini adalah pernyataan yang betul, hujah-hujah yang dikemukakan oleh Hoeh dan yang lain contohnya Coulter, untuk menyokong pandangan ini adalah tidak betul. Tanda Yunus merupakan isu yang rumit dan dijelaskan dalam karya Tanda Yunus dan Sejarah Pembangunan Semula Bait Suci (No. 13).

 

Dengan itu, alternatifnya adalah hari Rabu 5 April 30 TM, Ahad 25 Mac 31 TM, Ahad 13 April 32 TM, dan Khamis 2 April 33 TM. Kini kita dapat menguji apa yang kelihatannya seperti Paskah tahun penyaliban, berdasarkan bukti alkitabiah dan bukti sejarah. Kita tahu bahawa Kristus tidak memulakan pelayanannya sehingga sesudah Yohanes dimasukkan ke dalam penjara (Matius 4:12-17; Markus 1:14).

 

Matius 4:12-17 Tetapi waktu Yesus mendengar, bahwa Yohanes telah ditangkap, menyingkirlah Ia ke Galilea. 13 Ia meninggalkan Nazaret dan diam di Kapernaum, di tepi danau, di daerah Zebulon dan Naftali, 14 supaya genaplah firman yang disampaikan oleh nabi Yesaya: 15 "Tanah Zebulon dan tanah Naftali, jalan ke laut, daerah seberang sungai Yordan, Galilea, wilayah bangsa-bangsa lain, -- 16 bangsa yang diam dalam kegelapan, telah melihat Terang yang besar dan bagi mereka yang diam di negeri yang dinaungi maut, telah terbit Terang." 17 Sejak waktu itulah Yesus memberitakan: "Bertobatlah, sebab Kerajaan Sorga sudah dekat!"

 

Kita tahu dari injil Yohanes bahawa Yohanes tidak dipenjarakan sehingga selepas Paskah yang nampaknya adalah Paskah tahun 28 TM, memandangkan ia yang mula-mula disebutkan dan berikutan permulaan pelayanan Yohanes seperti yang digariskan. Paskah disebutkan di Yohanes 2:13,23.

 

Yohanes Pembaptis membaptis di Ainon berdekatan Salim. Yesus telah datang ke Galilea bersama murid-muridnya yang sedang membaptis, walaupun dia sendirinya tidak membaptis (Yohanes 4:2). Yohanes belum lagi dibuang ke dalam penjara.

 

Yohanes 3:22-24 Sesudah itu Yesus pergi dengan murid-murid-Nya ke tanah Yudea dan Ia diam di sana bersama-sama mereka dan membaptis. 23 Akan tetapi Yohanespun membaptis juga di Ainon, dekat Salim, sebab di situ banyak air, dan orang-orang datang ke situ untuk dibaptis, 24 sebab pada waktu itu Yohanes belum dimasukkan ke dalam penjara.

 

Kita tahu bahawa Kristus memang sedar bahawa masa pelayanannya belum lagi tiba kerana dia menyatakannya begitu kepada ibunya di perkahwinan di Kana (Yohanes 2:4).

Dari binaan semula pewaktuan-pewaktuan peristiwa-peristiwa itu, kita dapat simpulkan dengan agak pasti bahawa Kristus telah dibaptiskan sekitar Februari kira-kira 50 hari sebelum Paskah. Injil-injil Synoptic tidak memberi sebarang petunjuk tentang bilangan penuh Paskah yang terbabit. Namun begitu, Yohanes menyenaraikan bilangan yang lebih besar. Paskah pertama yang nampaknya merupakan Paskah tahun 28 TM disebutkan dalam Yohanes 2:13,23.

 

Perayaan selanjutnya disebutkan dalam Yohanes 5:1. Perayaan ini tidak dipastikan, namun ia difikirkan mungkin adalah Purim oleh orang-orang tertentu (lihat Comp. Bible, nota samping kepada ayat 1). Bagaimanapun, Kristus dicatatkan oleh Yohanes sebagai berada di Samaria pada waktu tuaian (dan mungkin empat bulan dari Pengumpulan) iaitu kira-kira pada Pentakosta tahun 28 TM (Yohanes 4:35).

 

Hari raya Paskah seterusnya, yang sepatutnya pada tahun 29 TM, disebutkan dalam Yohanes 6:4.

 

Yohanes 6:1-4 Sesudah itu Yesus berangkat ke seberang danau Galilea, yaitu danau Tiberias. 2 Orang banyak berbondong-bondong mengikuti Dia, karena mereka melihat mujizat-mujizat penyembuhan, yang diadakan-Nya terhadap orang-orang sakit. 3 Dan Yesus naik ke atas gunung dan duduk di situ dengan murid-murid-Nya. 4 Dan Paskah, hari raya orang Yahudi, sudah dekat.

 

Dia mengajar di Kapernaum selepas tempoh ini (Yohanes 6:59).

 

Ada hari raya yang disebutkan dalam Lukas 6:1 di mana istilah Sabat kedua selepas yang pertama digunakan untuk menterjemahkan deuteroprotos atau Sabat pertama yang kedua. Ini merujuk kepada Sabat kedua suatu hari raya dari Yom Tov atau Hari Suci pertama. Oleh itu, ia sama ada hari Sabat mingguan (lihat nota samping kepada Companion Bible) atau Hari Suci kedua (Friedrich Westburg Die Biblische Chronologie, halaman 122 – lihat karya H. Hoeh The Crucifixion Was Not on Friday, cetakan 1968, halaman 32). Companion Bible mengaitkan teks ini kepada Matius 12:1 sebagai Sabat mingguan. Hari raya ini dirujukkan sebagai Paskah oleh mereka yang ingin mewujudkan Paskah keempat, dan yang berlainan dari apa yang disebutkan dalam Yohanes, demi membuktikan tahun 31 TM sebagai tahun kematian Kristus.

 

Perayaan Lukas 6:1 ini pada pandangan pertama nampaknya seperti Pondok Daun dan bukannya Paskah kerana gandum telahpun masak. Bagaimanapun, istilah gandum boleh merujuk kepada jelai atau gandum dan oleh itu merujuk kepada tempoh antara Mac dan Jun dan, dengan itu, Paskah atau Pentakosta. RSV Baru menterjemahkan Lukas 6:1 sebagai ladang bijirin dan bukannya ladang gandum. Jika itu adalah Paskah dan ia adalah Sabat mingguan, maka Unjukan Berkas belum lagi dipersembahkan, kerana ia dipersembahkan selepas Sabat (bukan Shabbatown atau Hari Suci). Ingat, Sivan 6 adalah sebahagian dari penangguhan-penangguhan yang ditetapkan di bawah sistem Hillel. Kristus pastinya tidak akan melanggar perintah-perintahnya sendiri dengan memakan bijirin sebelum unjukan berkas dipersembahkan (Imamat 23:14).

 

Jelai (dan gandum) harus digirik (dibanting). Rujukan dalam Lukas 6:1 menunjukkan bahawa bulir-bulir gandum itu dikisar dalam tangan-tangan mereka sebelum dimakan. Jagung (gandum) tidak memerlukan tindakan ini tetapi sebaliknya dikupas. Oleh itu, nampaknya hari ini adalah Hari Suci kedua Paskah, seawal-awalnya. Kemungkinan yang satu lagi adalah ia adalah hari Minggu Pentakosta pada waktu tuaian gandum. Kristus berhak mengumpul sisa gandum. Aktiviti ini mendahului perlantikan dua belas rasul itu (Lukas 6:13) dan dengan itu adalah sangat awal. Dalam keadaan ini, nampaknya ia adalah Paskah tahun 28 TM (atau 29 TM selewat-lewatnya). Aktiviti-aktiviti ini berlaku di kawasan lembah (pinggir pantai) sebelum kemasukan Kristus ke dalam Kapernaum.

 

Hari Raya Pondok Daun disebutkan dalam Yohanes 7:2. Yesus telah pergi dengan diam-diam ke perayaan itu namun kemudiannya telah mengajar di Bait Suci (Yohanes 7:10,14,37; 8:1-2,20).

 

Hari Raya Pentahbisan atau Hanukkah disebutkan dari Yohanes 10:22. Perayaan ini adalah selama lapan hari bermula dari hari kedua puluh lima bulan Chislev. Ia juga dipanggil Hari Raya Cahaya oleh Yehuda. Ini adalah musim dingin, dua bulan selepas Hari Raya Pondok Daun. Pihak penguasa Yahudi cuba membunuhnya, namun Kristus melepaskan dirinya dan pergi ke seberang Yordan ke tempat di mana Yohanes membaptis dahulu (Yohanes 10:39-42). Tidak disebutkan berapa lamakah tempohnya di seberang Yordan ini.

 

Dia kembali untuk membangkitkan Lazarus dari mati dan telah berlepas sekali lagi ke kota Efraim di mana dia tinggal untuk beberapa lama.

 

Paskah seterusnya disebutkan di Yohanes 11:55

 

Yohanes 11:55-57  Pada waktu itu hari raya Paskah orang Yahudi sudah dekat dan banyak orang dari negeri itu berangkat ke Yerusalem untuk menyucikan diri sebelum Paskah itu. 56 Mereka mencari Yesus dan sambil berdiri di dalam Bait Allah, mereka berkata seorang kepada yang lain: "Bagaimana pendapatmu? Akan datang jugakah Ia ke pesta?" 57 Sementara itu imam-imam kepala dan orang-orang Farisi telah memberikan perintah supaya setiap orang yang tahu di mana Dia berada memberitahukannya, agar mereka dapat menangkap Dia.

 

Dari teks ini kita teruskan ke Yohanes 12:1 yang menceritakan kemasukan ke Betania. Lazarus telah dibangkitkan dari mati dan berada di meja bersama mereka. Yesus telah meninggalkan orang-orang Yahudi dan telah pergi ke kawasan lain di dalam kota Efraim selepas pembangkitan Lazarus dari mati dan terus di situ bersama murid-muridnya (Yohanes 11:54).

 

Diandaikan bahawa Paskah Yohanes 11:55 adalah sama dengan Paskah Yohanes 12:1 dst dan ini nampaknya mungkin sekali dari teks ini. Oleh sebab itu, terdapatnya dua Paskah disebutkan dalam Lukas dan tiga di dalam Yohanes. Nampaknya tiada bukti bagi Paskah keempat, melainkan dapat dibuktikan bahawa hari raya Lukas 6:1 adalah Paskah dan berlainan daripada apa yang ditemui dalam Yohanes.

 

Masalah sebenarnya adalah bahawa tempoh empat puluh hari untuk Yunus telah diberikan empat puluh tahun untuk Yehuda bermula dari pelayanan Mesias. Pelayanan Mesias, mengikut tafsiran literal injil Yohanes, adalah kurang dari dua tahun dengan pelayanan Yohanes Pembaptis mendahuluinya sebanyak enam bulan, iaitu perbezaan umur mereka (lihat Lukas 1). Maka tempoh gabungan pelayanan mereka adalah kurang dari tiga tahun kerana pelayanan Yunus adalah kurang dari tiga hari. Maka, Yunus berjalan sehari (yang berpadanan dengan pelayanan Yohanes) dan bernubuat selama dua hari (yang berpadanan dengan pelayanan Kristus selama dua tahun). Perkaitan setahun untuk sehari masih lagi dikekalkan. Maka dari binaan semula peristiwa, nampaknya kita berhadapan dengan tarikh 30 TM untuk penyaliban itu.

 

Walaupun sukar untuk membincangkan semua aktiviti-aktiviti sepanjang tempoh itu dalam karya tunggal ini, ianya tetap berguna untuk membuat satu jadual peristiwa. Ini perlu dilakukan untuk menguji kronologi alkitabiah berbanding tarikh-tarikh ini.

 

Kerja seterusnya adalah untuk terus kepada harmoni hari-hari akhir tempoh Paskah dari kemasukan ke Betania itu.

 

Hukum Taurat mensyaratkan beberapa aspek untuk dipelihara untuk Paskah. Tindakan-tindakan Kristus sebelum Paskah melambangkan syarat-syarat ketetapan-ketetapan Perayaan Paskah serta Roti Tidak Beragi.

 

Syarat-syarat utama adalah:

 

1.      Bait Suci disucikan dari hari pertama Nisan;

 

2.      mereka yang tidak sengaja berdosa ditebus pada hari ketujuh Nisan;

 

3.      keimamatan dikuduskan mengikut tanggungjawab mereka sendiri;

 

4.      anak domba dikhususkan (diasingkan) pada hari kesepuluh Nisan;

 

5.      tempat kediaman sementara disediakan pada hari ketiga belas Nisan dan didiami bermula dari malam yang memulakan hari keempat belas Nisan. Jamuan chegigoh, atau jamuan persediaan, dimakan pada hari keempat belas Nisan. Ini adalah Perjamuan Suci (Perjamuan Tuhan). Ini adalah jamuan waktu Paskah namun ia bukanlah jamuan Paskah itu sendiri (lihat karya Hari Paskah (No. 98)).

 

6.      Anak domba Paskah disembelih pada waktu petang hari keempat belas. Paskah kemudiannya dimakan sambil berdiri sehinggalah waktu malam yang memulakan hari kelima belas Nisan.

 

7.      Pada sebelah pagi waktu siang hari kelima belas, semua orang kemudiannya dibenarkan untuk pulang ke tempat-tempat kediaman mereka (Ulangan 16:6). Perayaan ini kemudiannya berlanjutan selama tujuh hari, di mana hari terakhirnya adalah suatu Hari Suci.

 

Turutan ini membantu kita memahami apa yang terjadi sewaktu Paskah penyaliban itu.

 

Tempoh Perayaan Roti Tidak Beragi adalah tempoh yang diperluaskan, yang meliputi hari-hari persediaan, hari Paskah sebenar serta Perayaan Roti Tidak Beragi. Hari pertama Roti Tidak Beragi adalah sebenarnya hari persediaan yang memulakan hari keempat belas Nisan. Tempoh berkenaan dalam Matius 26:17 adalah dalam tempoh persediaan hari ketiga belas Nisan sebelum tinggal di kediaman sementara untuk tempoh tiga puluh enam jam dari malam hari keempat belas Nisan hingga pagi Hari Suci pertama (Ulangan 16:6).

Aktiviti pertama yang dilakukan oleh Kristus pada Paskah terakhir ini adalah penyucian Bait Suci. Proses ini dilakukan dari hari pertama Nisan. Dia telahpun menyucikan Bait itu sebelumnya pada permulaan pelayanannya seperti yang kita perhatikan dari Yohanes 2:13-21.

 

Pada hakikatnya terdapat dua kemasukan Mesias ke Yerusalem dalam fasa akhir ini dan bukan sekali saja. Kemasukan pertama yang disebutkan dalam Matius 21:1-7 adalah tidak dijangka dan merupakan pendahulu kepada kemasukan keduanya yang dijangka.

 

Turutan ini diperlihatkan untuk menjelaskan keharmonian peristiwa-peristiwa yang dilalui Kristus demi mentaati syarat-syarat yang telah dikeluarkannya kepada Musa di Sinai sebagai Malaikat Hadirat dan elohim Israel, di mana dia telah telah diurapi kepada pangkat iut oleh Allah yang Mahatinggi iaitu Yahovah Semesta Alam, Eloah (Ulangan 32:8 (LXX; RSV); Mazmur 45:6-7; Ibrani 1:8-9).

 

Empat belas hari sebelum Paskah

 

Keimamatan menyediakan diri mereka mengikut perintah hukum. Yehezkiel 45:18-20 menunjukkan proses pentahiran itu. Khemah Suci ditahirkan pada hari pertama Nisan. Mereka yang berdosa tanpa sengaja dan tidak sedar ditahirkan pada hari ketujuh (Yehezkiel 45:18-20). Keimamatan mentahirkan diri mereka untuk Paskah. Ia telah dihentikan oleh Hizkia kerana kegagalan para imam untuk menguduskan diri mereka (2 Tawarikh 30:3).

 

Kini kita dapat menangani peristiwa-peristiwa enam hari sebelum Paskah, bermula dari 9 Nisan.


 

Hari Keenam Sebelum Paskah 9 Nisan (matahari terbenam Khamis hingga matahari terbenam Jumaat)

 

Peristiwa

Matius

Markus

Lukas

Yohanes

Kristus menghampiri Yerusalem dari Yerikho.

 

 

19:1-10

 

Kristus melalui malam Khamis di rumah Zakheus.

 

 

19:6

 

dan memberi perumpamaan tentang mina.

 

 

19:11-27

 

Dia meneruskan perjalanannya ke Yerusalem.

 

 

19:28

 

Dia mengutus dua muridnya untuk mengambil “keldai betina” dan “anaknya”. Perhatikan ada dua binatang.

21:1-7

 

 

 

Dia melalui kemasukan pertamanya dari Betfage (bukan Betania).

21: 8-9

 

 

 

Dia tidak dijangka, dan mereka bertanya “Siapakah orang ini”

21:10-11

 

 

 

Dia menyucikan Bait Suci mengikut hukum.

21:12-16

 

 

 

Dia pergi ke Betania.

21:17

 

 

 

 

 


Kita perhatikan bahawa tujuan kemasukan pertama ke Yerusalem adalah untuk menyucikan Bait Suci, iaitu apa yang perlu dilakukan untuk upacara Paskah di mana Kristus akan menjadi Anak Domba Paskah itu. Dia menggenapi apa yang telah dituliskan tentangnya oleh nabi Zakharia 9:9 dan Matius  mencatatkan bahawa pada kali ini orang ramai juga menghamparkan pakaian mereka di depannya (Matius 21:1-17). Imam-imam kepala justeru sedar mereka harus melakukan sesuatu tentang dia (Matius 21:15). Dia kemudiannya bertolak ke Betania ke Rumah Lazarus di mana Maria meminyaki kakinya dengan setengah kati minyak narwastu murni. Yudas Iskariot menegur perbuatan ini dan Kristus khusus menyatakan bahawa minyak ini telah disimpan untuk kematian dan penguburannya dan ia memang digunakan untuk tujuan khusus itu. Peminyakan ini menandakan pengorbanan Kristus sebagai Anak Domba Tuhan. Ini secara efektifnya mengkhususkannya untuk tujuan itu. Semua aktiviti ini terjadi pada malam tanggal sepuluh Nisan iaitu pengasingan anak domba untuk korban Paskah menurut Keluaran 12:3. Ini berlaku pada waktu matahari terbenam hari Jumaat hingga matahari terbenam hari Sabtu. Kristus mentahbiskan dirinya dan telah diminyaki pada Sabat ini.


 

Hari Kelima Sebelum Paskah 10 Nisan (matahari terbenam Jumaat hingga matahari terbenam Sabtu)

 

Peristiwa

Matius

Markus

Lukas

Yohanes

Tuhan melalui Sabat di Betania.

 

 

 

 

Dari waktu matahari terbenam pada hari Sabat (Sabtu) jamuan pertama dari tiga jamuan diadakan (mungkin di rumah Lazarus)

 

 

 

12:2

Semasa jamuan ini, pengurapan pertama dari dua pengurapan berlaku.

 

 

 

12:3-11

 


Lazarus dicatatkan duduk bersamanya di perjamuan (Yohanes 12:2). Yohanes memberitahu kita bahawa ramai orang Yahudi tahu dia ada di situ dan mereka datang untuk melihatnya pada Sabat itu dan juga untuk melihat Lazarus yang dibangkitkannya dari antara orang mati (Yohanes 12:9). Oleh sebab inilah Imam-imam Kepala (termasuk Imam Besar divisi) bermuafakat untuk membunuh Lazarus juga kerana ramai mempercayai Kristus oleh sebab Lazarus (Yohanes 12:10-11). Perkataan yang digunakan ialah apokteino membunuh yang menyatakan maksud kematian kejam dan bukan mati kerana proses pengadilan.

 

Teks dalam Yohanes meneruskan dalam 12:12: “Keesokan harinya ketika orang banyak yang datang merayakan pesta mendengar, bahwa Yesus sedang di tengah jalan menuju Yerusalem, mereka mengambil daun-daun palem, dan pergi menyongsong Dia dan menggenapi apa yang ditulis dalam Mazmur 118:25-26 dan berseru-seru Hosana! Diberkatilah Dia yang datang dalam nama Tuhan, Raja Israel!’”. Lukas 19:38 berbeza seruannya namun maksudnya sama dan teks dalam Yohanes mengecualikan Anak Daud yang ada dalam Matius 21:9.

 

Kesilapan yang dibuat ialah andaian bahawa istilah keesokan harinya merujuk kepada Sabat pada hari esoknya selepas jamuan malam dan bukan Tanggal Sebelas Abib. Bagaimanapun, istilah ini memang merujuk kepada hari berikut dan bukan pagi atau hari esok Sabat. Bullinger juga berpendapat bahawa istilah ini merujuk kepada Tanggal Sebelas Abib, iaitu hari Minggu itu. Pandangan ini juga disokong oleh fakta bahawa ramai orang telah datang pada hari Sabat itu untuk melihat Kristus dan hampir tidak mungkin mereka bertemu dalam rumah pada waktu malam. Muafakat Imam-imam Besar itu juga patutnya terjadi pada Sabat itu. Justeru Kristus dikhususkan sebagai korban dengan peminyakan itu dan dengan muafakat Imam-imam Besar atau Kepala itu pada hari Sabat, Tanggal Sepuluh Abib, bila mereka berada di situ pada satu tempat kerana Hari Raya itu. Kristus justeru bersedia untuk memasuki Yerusalem dalam kemenangan.


 

Hari Keempat Sebelum Paskah 11 Nisan (matahari terbenam Sabtu hingga matahari terbenam Ahad)

Peristiwa

Matius

Markus

Lukas

Yohanes

Kemasukan kedua atau kemenangan ke Yerusalem.

 

 

 

 

Kristus mengutus dua murid untuk mengambil seekor binatang, iaitu keldai muda.

 

11:1-7

19:29-35

12:12

Tuhan kemudiannya bermula dari Betania (bukan Betfage) dan disambut oleh ramai orang dari Yerusalem.

 

11:8-10

19:36-40

12:12-19

Dia menangisi kota itu.

 

 

19:41-44

 

Dia memasuki Bait Suci dan melihat sekelilingnya.

 

11:11

 

 

Dia kemudiannya kembali ke Betania.

 

11:11

 

 

 

Hari Ketiga Sebelum Paskah 12 Nisan (matahari terbenam Ahad hingga matahari terbenam Isnin)

Peristiwa

Matius

Markus

Lukas

Yohanes

Kristus kembali ke Yerusalem pada waktu pagi.

21:18

11:12

 

 

Pohon ara dikutuk.

21:19-22

11:13-14

 

 

Dia muncul semula di Bait Suci dan menyucikannya semula.

 

11:15-17

19:45-46

 

Mengajar di dalam Bait Suci.

 

 

19:47

12:20-50

Dia menghadapi tentangan para pemimpin.

 

11:18

19:47-48

 

Dia meninggalkan kota itu (mungkin untuk pergi ke Betania; lihat Lukas 21:37-38).

 

11:19

 

 

 

Hari Kedua Sebelum Paskah 13 Nisan (matahari terbenam Isnin hingga matahari terbenam Selasa)

Peristiwa

Matius

Markus

Lukas

Yohanes

Persoalan murid-murid tentang pohon ara itu timbul sewaktu perjalanan ke Yerusalem.

 

11:20-26

 

 

Kristus sekali lagi berada di Yerusalem dan di dalam Bait Suci.

21:23-27

11:27-33

20:1-8

 

Kristus mengajar melalui soalan dan perumpamaan.

21:28-23:39

12:1-44

20:9-21:4

 

Nubuatan besar pertama dalam Bait diberikan.

 

 

21:5-36

 

Pernyataan tentang tabiat Tuhan sepanjang minggu terakhir ini.

 

 

21:37-38

 

Nubuatan besar kedua di atas Bukit Zaitun.

24:1-51

13:1-37

 

 

Nubuatan kedua diteruskan.

25:1-46

 

 

 

 

 


Perkara ini nampaknya berterusan di dalam dialog itu namun ia kemungkinan satu pengunduran kepada peristiwa-peristiwa malam sebelumnya di mana aktiviti-aktiviti di rumah Simon, pesakit kusta itu, telah berlaku. Pernyataan dua hari lagi akan dirayakan Paskah adalah petunjuk masanya. Cerita ini merangkumi aktiviti-aktiviti yang berlaku pada masa yang sama, yang dimulakan untuk aktiviti-aktiviti di rumah Simon. Yudas Iskariot telah pergi untuk mengkhianati Kristus sepanjang aktiviti-aktiviti hari ini. Murid-murid lain telah diutus pada waktu petang untuk menyediakan tempat kediaman sementara. Jika cerita ini sebenarnya adalah terus-menerus, maka jamuan di rumah Simon itu hanya mungkin adalah jamuan tengah hari, dan aktiviti-aktiviti ini bermula dari peristiwa itu. Rangka waktu yang ketat dan komen menunjukkan bahawa cerita ini mungkin telah mengundur kepada malam sebelumnya.

 

Gaya cerita dalam Markus nampaknya meneruskan kejadian tersebut dalam satu senarai aktiviti-aktiviti hari yang sama. Nampaknya banyak aktiviti yang dilakukan untuk hari persediaan dan, selewat-lewatnya, jamuan di rumah Simon sepatutnya adalah jamuan tengah hari pada 13 Nisan. Oleh itu, Apendiks dalam Companion Bible mengenai Tiga Jamuan (Apendiks 157, halaman 182) adalah bergantung pada pengunduran kepada malam sebelumnya atau terbatas kepada hanya tiga jamuan, iaitu dua jamuan malam dan satu jamuan tengah hari. Bagaimana sekalipun, murid-murid itu serta Kristus telahpun tinggal di kediaman sementara mereka setibanya malam hari keempat belas Nisan untuk jamuan terakhir itu.


 

 

Peristiwa

Matius

Markus

Lukas

Yohanes

Pernyataan “dua hari lagi akan dirayakan Paskah”.

26:1-5

14:1-2

 

 

Dia kembali ke Betania dan hadir di rumah Simon si pesakit kusta. Pengurapan kedua berlaku.

26:6-13

14:3-9

 

 

Yudas Iskariot merancang untuk mengkhianati Kristus.

26:14-16

14:10-11

22:1-6

 

Persediaan untuk perjamuan akhir.

26:17-19

14:12-16

22:7-13

 

 


Di sini, murid-murid itu bersedia untuk mengambil Perjamuan Suci (Perjamuan Tuhan) dalam kediaman sementara.

 

Ulangan 16:5-7 5 Engkau tidak boleh mempersembahkan korban Paskah di salah satu tempat yang diberikan kepadamu oleh TUHAN, Allahmu. 6 Tetapi di tempat yang akan dipilih TUHAN, Allahmu, untuk membuat nama-Nya diam di sana, engkau harus mempersembahkan korban Paskah itu pada waktu senja, ketika matahari terbenam, bertepatan dengan saat engkau keluar dari Mesir. 7 Engkau harus memasaknya dan memakannya di tempat yang akan dipilih TUHAN, Allahmu; kemudian paginya engkau harus pulang kembali ke kemahmu.

 

Ini kemudiannya membawa kita kepada penutupan hari ketiga belas Nisan.


 

 

Hari Sebelum Paskah

 

Hari persediaan keempat belas Nisan. Hari penyaliban 14 Nisan (matahari terbenam Selasa hingga matahari terbenam Rabu).

 

Peristiwa

Matius

Markus

Lukas

Yohanes

“Setelah hari malam” muslihat terhadap Kristus dilaksanakan.

26:20

14:17

 

 

Jamuan Akhir bermula dengan pembasuhan kaki.

 

 

 

13:1-20

Pengumuman tentang penkhianatan itu.

26:21-25

14:18-21

 

13:21-30

Jamuan itu dimakan dan Perjanjian Baru Yeremia 31:31 diisytiharkan. Roti dan anggur diasaskan.

26:26-29

14:22-25

22:14-23

 

Nubuatan pertama tentang penyangkalan Petrus dibuat.

 

 

 

13:31-38

Pertengkaran tentang siapa yang akan jadi terbesar.

 

 

22:24-30

 

Nubuatan kedua tentang penyangkalan Petrus.

 

 

22:31-34

 

Rayuan akhir dibuat terhadap pekerjaan pertamanya (Lukas 9:3)

 

 

22:35-38

 

Ucapan terakhir kepada sebelas murid itu diikuti dengan doa Kristus.

 

 

 

14:1-17:26

Kumpulan ini pergi ke Getsemane.

26:30-35

14:26-29

22:39

18:1

Nubuatan ketiga tentang penyangkalan Petrus.

 

14:30-31

 

 

Penderitaan dalam taman.

26:36-46

14:32-42

22:40-46

 

Penangkapan Tuhan.

26:47-56

14:43-50

22:47-54

18:2-11

Pelepasan diri Lazarus (lihat nota samping kepada Markus 14:51-52, Companion Bible).

 

14:51-52

 

 

Perbicaraan-perbicaraan Kristus berterusan sepanjang malam Selasa.

26:57-27:31

14:53-15:19

22:54-23:25

18:12-19:13

Pada tengah malam Selasa, kira-kira jam dua belas, Pilatus mengatakan “Inilah rajamu”.

 

 

 

19:14-15

Kristus dibawa pergi untuk disalibkan.

27:31-34

15:20-23

23:26-31

19:16-17

Bersamanya adalah dua orang penjenayah (kakourgoi).

 

 

23:32-33

19:18

Perbincangan dengan Pilatus mengenai tulisan pada kayu itu.

 

 

 

19:19-22

Pembahagian pakaian berlaku.

27:35-37

15:24

23:34

19:23-24

Dia telah disalibkan pada jam 9 pagi hari Rabu.

 

15:25-26

 

 

Kemudian dua pencuri itu disalib bersamanya.

27:38

15:27-28

 

 

Penghujatan oleh para pemimpin, kedua pencuri dan seorang lagi.

27:39:44

15:29-32

23:35-43

 

Tuhan menyerahkan ibunya kepada Yohanes.

 

 

 

19:25-27

Kegelapan meliputi seluruh daerah itu pada jam dua belas (tengah hari)

27:45-49

15:33

23:44-45

 

Kristus membuat seruan akhirnya pada jam 3 pm hari Rabu dan mati.

27:50

15:34-37

23:46

19:28-30

Aktiviti serta peristiwa kemudiannya.

27:51-56

15:38-41

23:47-49

19:31-37

Kristus dikuburkan dengan cepat sebelum matahari terbenam pada hari Rabu kira-kira 6 pm sebelum Hari Suci Pertama bermula pada waktu matahari terbenam.

27:57-66

15:42-47

23:50-56

19:38-42

 

(lihat juga Schaff-Herzog Encyclopedia of Religious Knowledge, art. Fasting untuk Penyaliban hari Rabu).

 


Kristus kemudiannya berada di dalam kubur selama tiga hari dan tiga malam untuk menggenapi tanda Yunus (Matius 12:39-41).

 

1.      Hari pertama adalah Hari Tinggi (Yom Tov) hari kelima belas Nisan, dari matahari terbenam ke matahari terbenam.

 

2.      Hari kedua adalah dari waktu matahari terbenam hari Khamis hingga matahari terbenam hari Jumaat, yang bukan suatu Hari Suci dan kerana itu Maria dan yang lain-lain boleh mendapatkan rempah untuk menyediakan tubuh Kristus (Markus 16:1). Mereka kemudiannya pergi ke kubur itu sebelum fajar hari Minggu untuk menyediakan tubuhnya (Markus 16:2).

 

3.      Hari ketiga adalah dari waktu matahari terbenam hari Jumaat hingga matahari terbenam hari Sabtu iaitu hari Sabat mingguan.

 

Ini mengakhiri malam ketiga dan hari ketiga di dalam kubur. Ini telahpun diramalkan dalam Matius 12:40 dan dihubungkan kepada Matius 27:63 dan Markus 8:31. Kristus bangkit pada malam hari keempat, iaitu permulaan hari kelapan belas Nisan. Dia terus semalaman dalam keadaannya yang sudah bangkit ini disertai malaikat-malaikat sehingga pagi. Maria Magdalena berbicara dengannya apabila dia pergi ke kubur itu pada pagi hari Minggu ketika masih gelap. Dengan kata lain, ketika ianya masih lagi malam sebelumnya mengikut perhitungan Yahudi.


 

 

Peristiwa

Matius

Markus

Lukas

Yohanes

Kebangkitan

28:1-10

16:1-18

24:1-49

20:1-23

 

 


Matius 28:1-10  Setelah hari Sabat lewat, menjelang menyingsingnya fajar pada hari pertama minggu itu, pergilah Maria Magdalena dan Maria yang lain, menengok kubur itu. 2 Maka terjadilah gempa bumi yang hebat sebab seorang malaikat Tuhan turun dari langit dan datang ke batu itu dan menggulingkannya lalu duduk di atasnya. 3 Wajahnya bagaikan kilat dan pakaiannya putih bagaikan salju. 4 Dan penjaga-penjaga itu gentar ketakutan dan menjadi seperti orang-orang mati. 5 Akan tetapi malaikat itu berkata kepada perempuan-perempuan itu: "Janganlah kamu takut; sebab aku tahu kamu mencari Yesus yang disalibkan itu. 6 Ia tidak ada di sini, sebab Ia telah bangkit, sama seperti yang telah dikatakan-Nya. Mari, lihatlah tempat Ia berbaring. 7 Dan segeralah pergi dan katakanlah kepada murid-murid-Nya bahwa Ia telah bangkit dari antara orang mati. Ia mendahului kamu ke Galilea; di sana kamu akan melihat Dia. Sesungguhnya aku telah mengatakannya kepadamu." 8 Mereka segera pergi dari kubur itu, dengan takut dan dengan sukacita yang besar dan berlari cepat-cepat untuk memberitahukannya kepada murid-murid Yesus. 9 Tiba-tiba Yesus berjumpa dengan mereka dan berkata: "Salam bagimu." Mereka mendekati-Nya dan memeluk kaki-Nya serta menyembah-Nya. 10 Maka kata Yesus kepada mereka: "Jangan takut. Pergi dan katakanlah kepada saudara-saudara-Ku, supaya mereka pergi ke Galilea, dan di sanalah mereka akan melihat Aku."

 

Matius 28:1 diterjemahkan sebagai: Setelah hari Sabat lewat, menjelang menyingsingnya fajar pada hari pertama minggu itu, pergilah Maria Magdalena dan Maria yang lain, menengok kubur itu dst. Teks ini mengelirukan. Green menuliskan teks ini dari bahasa Yunani, Setelah Sabat-sabat itu, bila fajar mula menyingsing, ke dalam hari pertama Sabat-sabat. Bentuk plural Sabat-sabat digunakan kedua-dua kali. Maksudnya lebih jelas difahami sebagai merujuk kepada bentuk plural yang digunakan dalam ertikata Sabat yang sempurna atau minggu dengan tujuh hari. Tiada konflik antara Matius, Markus dan Yohanes. Injil-injil ini harus dibaca secara bergabung. Mungkin lebih tepat lagi ia harus berbunyi: Pada hujung minggu, bila fajar mula menyingsing ke dalam hari pertama minggu. Teks dalam Matius 28:1 menunjukkan bahawa Kristus telah bangkit sebelum fajar menyingsing. Oleh sebab itu, dia tidak bangkit pada hari Minggu itu. Teks dalam Matius menunjukkan bahawa Malaikat itu telah mengguling batu itu. Kristus telahpun bangkit. Maria melihat bahawa dia sudah tiada. Dia kemudiannya pergi kepada murid-murid itu dan kembali pada waktu subuh. Matius nampaknya mempercayai bahawa kedua perempuan itu sujud menyembahnya dan memeluk kakinya. Yohanes menyatakan bahawa dia tidak ingin dirinya disentuh.

 

Yohanes 20:1-17 Pada hari pertama minggu itu, pagi-pagi benar ketika hari masih gelap, pergilah Maria Magdalena ke kubur itu dan ia melihat bahwa batu telah diambil dari kubur. 2 Ia berlari-lari mendapatkan Simon Petrus dan murid yang lain yang dikasihi Yesus, dan berkata kepada mereka: "Tuhan telah diambil orang dari kuburnya dan kami tidak tahu di mana Ia diletakkan." 3 Maka berangkatlah Petrus dan murid yang lain itu ke kubur. 4 Keduanya berlari bersama-sama, tetapi murid yang lain itu berlari lebih cepat dari pada Petrus sehingga lebih dahulu sampai di kubur. 5 Ia menjenguk ke dalam, dan melihat kain kapan terletak di tanah; akan tetapi ia tidak masuk ke dalam. 6 Maka datanglah Simon Petrus juga menyusul dia dan masuk ke dalam kubur itu. Ia melihat kain kapan terletak di tanah, 7 sedang kain peluh yang tadinya ada di kepala Yesus tidak terletak dekat kain kapan itu, tetapi agak di samping di tempat yang lain dan sudah tergulung. 8 Maka masuklah juga murid yang lain, yang lebih dahulu sampai di kubur itu dan ia melihatnya dan percaya.  9 Sebab selama itu mereka belum mengerti isi Kitab Suci yang mengatakan, bahwa Ia harus bangkit dari antara orang mati. 10 Lalu pulanglah kedua murid itu ke rumah. 11 Tetapi Maria berdiri dekat kubur itu dan menangis. Sambil menangis ia menjenguk ke dalam kubur itu, 12 dan tampaklah olehnya dua orang malaikat berpakaian putih, yang seorang duduk di sebelah kepala dan yang lain di sebelah kaki di tempat mayat Yesus terbaring. 13 Kata malaikat-malaikat itu kepadanya: "Ibu, mengapa engkau menangis?" Jawab Maria kepada mereka: "Tuhanku telah diambil orang dan aku tidak tahu di mana Ia diletakkan." 14 Sesudah berkata demikian ia menoleh ke belakang dan melihat Yesus berdiri di situ, tetapi ia tidak tahu, bahwa itu adalah Yesus. 15 Kata Yesus kepadanya: "Ibu, mengapa engkau menangis? Siapakah yang engkau cari?" Maria menyangka orang itu adalah penunggu taman, lalu berkata kepada-Nya: "Tuan, jikalau tuan yang mengambil Dia, katakanlah kepadaku, di mana tuan meletakkan Dia, supaya aku dapat mengambil-Nya." 16 Kata Yesus kepadanya: "Maria!" Maria berpaling dan berkata kepada-Nya dalam bahasa Ibrani: "Rabuni!", artinya Guru. 17 Kata Yesus kepadanya: "Janganlah engkau memegang Aku, sebab Aku belum pergi kepada Bapa, tetapi pergilah kepada saudara-saudara-Ku dan katakanlah kepada mereka, bahwa sekarang Aku akan pergi kepada Bapa-Ku dan Bapamu, kepada Allah-Ku dan Allahmu."

 

Penyatupaduan teks-teks ini adalah sukar. Pemahaman tentang kebangkitan itu telah diberikan kepada perempuan-perempuan itu tetapi nampaknya tidak disampaikan kepada para rasul. Ada dua perempuan di situ namun hanya Maria saja yang disebutkan dalam Yohanes. Jawapannya mungkin adalah bahawa Maria-lah yang cuba memegangnya dan telah dihalang berbuat begitu. Maklumat ini telah disampaikan kepada para rasul namun mereka tidak memahami bahagian Kitab Suci yang sedang digenapi. Perkara-perkara berbeza ditekankan dalam setiap teks. Apa yang pasti dan masih tetap adalah bahawa Kristus telah dibangkitkan lama sebelum fajar.

 

Kemunculan Kristus di jalan yang menuju ke Emaus berlaku tiga hari selepas penyaliban dan penguburan itu (Lukas 24:21). Ini hanya dapat disejajarkan dengan mengira dari hari Khamis sebagai hari pertama dalam ertikata hari-hari penuh. Ia diterjemahkan untuk memasukkan hari Minggu sebagai hari ketiga dan dengan itu bermula pada hari Jumaat. Markus 16:12 tidak memberikan jangka waktunya. Teks Yunani adalah ketiga hari ini ia berlalu yang bermakna bahawa tiga hari penuh telahpun berlalu – dan ini adalah hari yang lain (lihat teks utama Marshall’s RSV).

 

Ianya mustahil secara fizikal untuk Kristus disalibkan pada hari Jumaat dan dibangkitkan pada hari Minggu untuk memenuhi tanda Yunus dan nubuatan-nubuatan tentang Mesias. Dia tidak mungkin dimasukkan ke dalam kubur itu sehinggalah waktu gelap Jumaat dan kerana itu dia akan hanya menghabiskan dua malam (satu daripadanya sebahagian saja) dan sehari dalam kubur itu. Syaratnya adalah untuk tinggal tiga hari dan tiga malam di dalam tanah. Ini hanya mungkin terjadi dengan penyaliban hari Rabu. Dari tarikh-tarikh yang ada, ini hanya mungkin terjadi pada tahun 30 TM. 31 TM memberikan penyaliban hari Minggu. 32 TM menghendaki hari persediaan dan penyaliban hari Sabtu, dan dengan itu penyaliban hari Minggu (ditangguh dari hari Sabat). Hanya tahun 33 TM saja yang memberikan hari persediaan dan penyaliban pada hari Khamis (ditunda dari hari Rabu). Namun begitu, 33 TM adalah terlalu lewat untuk disejajarkan dengan injil-injil dan betul-betul tidak berpadanan dengan turutan peristiwa-peristiwa dalam injil-injil itu. Hanya tahun 30 TM saja yang sesuai dengan semua aspek-aspek itu. Maka kesimpulan dapat dibuat bahawa penyaliban itu berlaku pada hari Rabu 5 April 30 TM.

 

Kristus naik kepada Bapanya dan Bapa kita serta Tuhannya dan Tuhan kita (Yohanes 20:17), pada waktu Persembahan Unjukan Berkas dibuat (Imamat 23:11) sebagai yang sulung dari Israel, yang memang dirinya. Dia adalah yang pertama dari antara orang mati. Dia menjadi anak Tuhan yang berkuasa melalui Roh Kudus melalui kebangkitannya dari antara orang mati (Roma 1:4). Unjukan Berkas diunjukkan pada pagi selepas Sabat mingguan dan bukannya Hari Tinggi atau Shabbathown (lihat karya Persembahan Unjukan Berkas (No. 106b)). Aktiviti-aktiviti berkenaan, sebelum dan selepas penyaliban dan kebangkitan serta tempohnya yang dinubuatkan, semuanya menumpu kepada satu tempoh yang tidak boleh diubah dan membuatkan turutan Easter itu satu dongeng keberhalaan pagan.

 

Kristus telah disalibkan pada hari Rabu dan dibangkitkan pada malam hari Sabtu, dari waktu gelap. Cerita Alkitab tidak dapat disesuaikan dengan apa-apa lagi cara lain dan berpadanan dengan, serta menggenapi semua nubuatan dan teks.