Jemaat-jemaat Allah Al Masehi
[205]
Kolose 2:16-17 [205]
(Edisi 1.0 19970618-19970618)
Teks Kolose 2:16-17 ialah teks penting dalam menentukan sikap terhadap hari Sabat, Bulan Baru dan Hari Raya. Teks ini lazim disalahgunakan dalam cubaan untuk membuktikan bahawa Jemaat telah mengubah atau menghapuskan Hari-hari Raya Tuhan. Karya ini mengkaji latar belakang teks ini dan meninjau beberapa aspek penting Jemaat serta masalah-masalahnya pada waktu itu. Penulis ialah seorang pendeta United Church of God (Jemaat Tuhan Bersatu) di AS. Karya ini disalin semula di sini, dengan izinnya, sebab nilainya kepada persoalan ini. Ejaan AS dikekalkan. Karya ini mempunyai suatu siri nota akhir yang mengenal pasti aspek-aspek karya ini yang memerlukan pengembangan atau mengaitkannya dengan karya-karya lain yang memberi penjelasan lebih lengkap tentang masalah atau persoalan yang disebutkan.
E-mail: secretary@ccg.org
(Hakcipta ã 1995 Larry J. Walker, pendeta, United
Church of God. Segala hakcipta terpelihara. Nota akhir oleh Wade Cox)
(Tr. 2006)
Karya tulis ini boleh disalin semula dan disebar secara bebas demi kepentingan kebenaran dan pengertian. Sebarang penggunaan karya ini untuk perniagaan tanpa kebenaran bertulis daripada penulis adalah dilarang sepenuhnya.
Komen dan kritik membangun sentiasa dialu-alukan. Alamatkan kepada penulis pada P.O. Box 36, La Pine, OR 97739. (Alamat internet: Larry_Walker@ucg.org)
Karya
ini boleh didapati daripada Internet di:
http://www.logon.org dan http://www.ccg.org
Kolose 2:16-17
[205]
oleh Larry J. Walker
Kolose 2:16-17 merupakan salah satu petikan yang lazim digunakan untuk membuktikan tuntutan bahawa hari Sabat dan Hari-hari Raya tidak perlu dipelihara dalam perjanjian yang baru. Kesimpulan yang dibuat adalah bahawa “menghakimi” merujuk kepada penyokong Judaisme yang cuba memaksa orang Kolose memelihara hari-hari tersebut, yang Paulus kononnya mengatakan tidak patut dipelihara kerana itu hanyalah bayangan realiti rohaniah – Yesus Kristus.
Tuan [Herbert] Armstrong terpaksa
berhadapan dengan hujah ini untuk membela kepercayaannya bahawa hari Sabat dan
Hari-hari Raya masih harus dipelihara. Berdasarkan sangkaan itu, dia mencuba
untuk menyangkal penjelasan standar petikan ini dan mempertahankan
pengertiannya. Dia menuntut bahawa orang Kolose dihakimi kerana memelihara
hari Sabat dan Hari-hari Raya. Dia merasakan tambahan para penterjemah akan
perkataan “is” (ialah) selepas “body” (wujudnya) merosakkn makna
ayat itu. Sebaliknya, dia menambah perkataan “let” (biarkan) sebagai
sambungan idea menghukum. Jadi dia mengerti Paulus sebagai berkata, “janganlah kamu biarkan orang menghukum
kamu…, biarkan tubuh Kristus [iaitu Jemaat] menjadi hakimmu.” Dalam kata lain,
jangan biarkan orang di luar Jemaat memujuk kamu hingga tidak melakukan apa
yang diajar Jemaat. Biarkan Jemaat menjadi pemandumu, bukan sesiapapun dari
luar Jemaat.
Mari perhatikan ayat-ayat
ini dengan pandangan mata baru untuk melihat apa erti sebenarnya. Penafsiran
betul adalah perlu untuk menjelaskan makna petikan kontroversial ini. Jika kita
memeriksa ayat-ayat berkenaan dengan cermat dari segi tatabahasa dan fakta
sejarah, kita boleh melenyapkan kesilapan tafsiran dan jelas mengerti apa yang
dimaksudkan Paulus.
Dari segi latar belakang
sejarah, ramai tahu bahawa bidaah Kolose bukanlah penyokong Judaisme
tetapi Gnostikisme. Ramai orang mengandaikan bahawa kedua-dua elemen hadir
disebabkan rujukan kepada penyunatan, hari Sabat dan Hari-hari Raya.
Bagaimanapun, Gnostikisme bukanlah agama berasingan tetapi suatu konsep agama
yang boleh digabungkan dengan agama sedia ada dengan janji “memperbaiki”nya. Ia
seperti sejenis “pembantu hamburger” rohaniah dari segi bahawa ia suatu sistem
kepercayaan yang digabungkan dengan, dan kononnya memperbaiki, agama perumah.
Jadi Judaisme Gnostik ialah campuran amalan agama Yahudi dengan bau Gnostik
(untuk melanjutkan kiasan pembantu hamburger itu). Penting sekali untuk
mengingati bahawa Judaisme Gnostik, yang cuba menyerap masuk agama Kristian
yang baru muncul ke dalam campuran sinkretiknya, ialah pesalah utama yang
dilawan Paulus dalam suratnya, seperti mana dalam Galatia dan kitab Perjanjian
Baru yang lain. Fakta ini memberikan suatu perspektif yang amat penting untuk
memahami maksud Paulus dalam Kolose 2:16-17.
Suatu ringkasan pendek
ajaran-ajaran dasar Gnostikisme akan membolehkan kita memahami sokongan
falsafah di sebalik masalah-masalah di Kolose yang dimaksudkan Paulus.
Gnostikisme mendapat
namanya daripada tuntutannya akan pengetahuan peringkat lebih tinggi (gnosis
Yunani) yang dijanjikannya kepada pengikut-pengikutnya).
Salah satu prinsip asas
Gnostikisme adalah bahawa sebarang bahan adalah jahat. Kepercayaan ini telah
memimpin ramai orang mengikut jalan pertapaan sebagai cara untuk mengelak
keseronokan fizikal, yang dianggap jahat. (Ini menjadikan kiasan pembantu
hamburger suatu istilah lucu.) Ideanya adalah seseorang harus membersihkan
dirinya daripada bahan jahat dengan pertapaan (mengelak keseronokan fizikal)
dan dengan menyiksa tubuh. Elemen jangak Gnostikisme mengambil pendekatan
sebaliknya bahawa kerana kita tidak boleh mengelak daripada bahan, dan menjadi
rohaniah tiada kaitan langsung dengan bahan fizikal, seseorang boleh melakukan
apa saja yang disukainya serta menurut nafsu daging hingga ke batasnya dan
masih bersifat rohaniah. Aspek pertapa ini ialah sasaran jelas amaran-amaran
Paulus dalam bab 2.
Pemujaan malaikat juga
merupakan aspek asas Gnostikisme. Ini banyak bentuknya, termasuk perayaan
hari-hari istimewa dan adat-adat agama lain yang berdasarkan konsep-konsep
waktu1 dari segi astrologi.
Gnostikisme mencapai
kejayaan cukup besar dalam Judaisme dan Kekristianan, seperti terbukti oleh
banyak istilah dan konsep berasaskan Gnostik yang ditemui dalam beberapa kitab
Perjanjian Baru. Ini topik yang sangat menarik, namun kita tidak perlu
mempertimbangkannya pada waktu ini.
Lihat laporan Pastor
General’s Report (WCG) Mac 28, 1989 atau artikel Good News
Julai-Ogos, 1989 tentang Colossian Heresy (Bidaah Kolose) oleh Dr [K.
J.] Stavrinides untuk analisis lebih menyeluruh bagi masalah ini. Daily
Study Bible oleh Barclay (vol. 11, mukasurat 97-99) juga mempunyai gambaran
asas yang baik bagi Gnostikisme. Ensiklopedia International Standard Bible
juga mengandungi banyak maklumat baik tentang topik ini. Dengan semua itu kita
sekarang akan memeriksa teks ini.
Selepas salam Paulus yang
biasa, dia menekankan keinginan supaya orang Kolose dipenuhi dengan, dan
bertambah dalam, pengetahuan (1:9-10). Ini ialah rujukan tidak langsung
kepada, dan penghinaan halus terhadap, Gnostikisme.
Perkataan pengetahuan
dalam bahasa Yunani ialah epignosis (gnosis didahului oleh
kata penghubung epi), yang bermakna pengetahuan lengkap
(membayangkan Gnostikisme tidak lengkap meskipun tuntutan
angkuhnya.
Keunggulan Yesus Kristus yang menjelma merupakan penekanan utama keseluruhan surat itu disebabkan tuntutan Kristologi bidaah Gnostikisme, suatu topik menarik yang tidak perlu kita bincangkan di sini2. Bagaimanapun, suatu perkara yang harus ditekankan adalah penekanan pada tubuh Kristus, secara literal dan secara figuratif. Ketuhanan dan kemanusiaan serta roh dan daging tidak cocok sepenuhnya menurut konsep Gnostik dwirangkap tentang bahan jahat. Pemikiran Gnostik tidak dapat membayangkan bahawa Tuhan boleh muncul sebagai darah3 dan daging literal. Jadi Paulus juga menggunakan sõma (perkataan Yunani untuk tubuh) untuk menekankan kebadanan Kristus (1:22, 2:9), idea yang menjadi dasar kepada pesan salib. Dia juga menekankan dengan penggunaan figuratif sõma bahawa Jemaat ialah tubuh Kristus (1:18,24; 2:17,19; 3:15).
Paulus jelas mengenal pasti bidaah Kolose dalam 2:4-8 sebagai sistem falsafah yang berdasarkan pemujaan roh-roh Elemental dunia ini (Moffatt untuk ungkapan Yunani stoicheia tou kosmou, cf. RSV, NRSV). Expositor's Bible Commentary menjelaskan:
Dengan pemahaman begini, petikan ini sama ada bererti (1) bahawa “falsafah” mereka yang salah ini ialah sistem yang dihasut oleh roh-roh elemental (roh dunia) (mungkin dianggap sebagai kuasa jahat) atau (2) bahawa ini ialah sistem yang mempunyai roh-roh elemental sebagai tumpuannya. Makna kedua lebih berkemungkinan yang dimaksudkan Paulus, kerana kita tahu daripada 2:18 bahawa bidaah Kolose banyak menumpu pada “beribadah kepada malaikat” (vol. 11, mukasurat 198).
Paulus memberitahu orang Kolose, “Pastikan tiada seorangpun yang menawan kamu” (NIV) (“menjarah kamu atau menawan kamu” ruang tepi NKJV)4. Expositor's Bible Commentary menyatakan:
Perkataan yang diterjemah “menawan” (sylagõgõn) biasa digunakan dalam mengambil tawanan dalam perang dan membawa mereka pergi sebagai jarahan, menggambarkan guru-guru palsu sebagai ‘pencuri orang’ yang ingin memerangkap orang Kolose dan menyeret mereka ke dalam perbudakan rohaniah (vol. 11, mukasurat 197-198).
Ini sumber yang sama bagi perhambaan yang sudahpun dialami ramai anggota di Galatia (Galatia 4:3,8-10). Gnostikisme juga pesalah di situ sebagaimana yang dijelaskan Walter Schmithals dalam buku blokbusternya bertajuk Paul & the Gnostics. Pengenalan pengaruh Gnostik dalam Jemaat kerasulan merupakan kunci utama kepada pemahaman banyak ayat kitab yang sudah lama dijelaskan dengan salah dalam konteks anti-Judaisme dan dengan itu digunakan untuk mencaci sebarang benda Yahudi. Sinkretisme tidak membantu apa-apa apabila mengenal pasti sumber bidaah dalam Jemaat mula-mula. Gnostikisme digabungkan dengan Judaisme, dan ini menjadi katalis bagi memperkenalkan Gnostikisme kepada Kekristianan. Kita harus mengenali putar belit Gnostik di sebalik meyahudikan untuk mengelak daripada membuang benda baik bersama-sama benda tidak berguna. Dalam kata lain Paulus bukan mengutuk adat-adat Yahudi tetapi cara adat-adat itu dipelihara.
Kita tidak sukar mendapati daripada konteks bab kedua bahawa tekanan ke atas orang Kolose nyata tidak berpunca daripada penganjur Judaisme. Paulus mengeluarkan suatu siri tiga amaran yang saling berkaitan untuk mengenal pasti sumber bahaya yang sama. Terminologi dalam Kolose 2:8 dan 2:18 (sebelum dan selepas petikan-petikan berkenaan) jelas mengenal pasti Gnostikisme dan dengan jelas juga mengecualikan Judaisme. Oleh sebab itu, tiada maknanya untuk menyimpulkan Judaisme daripada ayat 16. Pokok utama ayat-ayat 16-17 adalah orang Kolose sepatutnya tidak membenarkan pembidaah-pembidaah ini menghukum (menghakimi) mereka. Zodhiates berkata,
Perkataan judge (hakim) (krinõ Yunani) bermakna memisahkan, membezakan, membeza antara baik dan jahat … Dalam Perjanjian Baru, maknanya menghakimi, membentuk atau memberi pendapat selepas meneliti dan mempertimbangkan butir-butir suatu kasus (The Complete Word Study, oleh Spiros Zodhiates).
Bentuk kata kerjanya berciri perintah. Pernyataan
tegas itu dikaitkan kepada konteks sebelumnya oleh kata penghubung oleh itu.
Pokoknya adalah bahawa sebab Kristus telah menghapuskan hutang dosa kita dan melucuti
pemerintah-pemerintah dan penguasa-penguasa (roh-roh jahat di udara
– Efesus 6:12) dengan kematianNya (rujuk Ibrani 2:14, Roma 8:38-39), ibadat
kepada malaikat (menaiki tangga emanasi untuk mencapai Tuhan, idea di
sebalik ibadat malaikat Gnostik) tidak diperlukan dan tidak cocok. Kerendahan
diri palsu (ayat 18) membabitkan amalan-amalan pertapa Judaisme Gnostik,
seperti yang dijelaskan Rienecker, “… hasil amalan pertapa ini ialah kemasukan
ke dalam alam syurgawi.” (A Linguistic Key to the Greek New Testament, oleh
Fritz Rienecker, vol. 2, mukasurat 230)5.
Kamus Exegetical Dictionary of the New Testament oleh Horst Balz dan Gerhard Schneider menjelaskan hubungan antara peraturan makanan pertapa dengan roh-roh dunia Kolose 2:8,20:
Falsafah ini --- menganggap roh-roh ini sebagai kuasa yang mampu menghalang seseorang daripada mencapai kepenuhan keselamatan (rujuk ayat 9), jika orang itu tidak tunduk kepada mereka dengan mengikuti amalan-amalan agama tertentu seperti ibadat kepada malaikat, penolakan sebahagian makanan [penekanan milikku], dan sebagainya (vol. 3, mukasurat 278).
Terdapat banyak maksud tatabahasa yang menerangkan makna sebenar petikan ini. Bahasa Yunani ialah bahasa yang sangat tepat. Infleksi kata kerja, akhiran kasus untuk kata nama, dan sintaksis memberikan petunjuk penafsiran yang penting, seperti yang akan kita lihat nanti. Terjemahan daripada satu bahasa kepada bahasa lain juga memberi masalah yang boleh mengaburkan erti yang dimaksudkan dalam bahasa asal.
Ungkapan mengenai makanan dan minuman dalam ayat 16 (KJV) ialah terjemahan yang tidak tepat dan membingungkan bagi kata-kata Yunani en brõsei kai en posei. Terjemahan yang lebih baik ialah “memakan dan meminum” bukan makanan dan minuman, untuk apa Paulus tentunya menggunakan brõma dan poma (Expositor's Greek Testament, oleh W. Robertson Smith, vol. 3, mukasurat 530). Dua amalan yang dikecam ialah memakan dan meminum (terjemahan betul) dan sebahagian daripada pemeliharaan bahan dalam Hari-hari Raya, Bulan Baru dan hari Sabat. Ini bukan fakta tentang apa yang patut atau tidak patut dimakan atau diminum tetapi perbuatan memakan dan meminum dalam proses ibadat, kerana berpesta dianggap sebagai menurut keinginan daging dan dengan itu perbuatan dosa6.
Persoalannya bukan semuanya antara makanan yang dibenarkan dengan yang tidak, tetapi antara memakan dan meminum dengan pemantangan. Pertapaan bukan kebersihan upacara ada dalam fikirannya. Hukum tidak bersifat pertapa, larangannya terhadap makanan berdasarkan pandangan bahawa makanan itu haram, dan minuman tidak dilarang, kecuali dalam kasus luar biasa, dan itupun bukan untuk sebab-sebab pertapa (Expositor's Greek Testament, oleh W. Robertson Smith, vol. 3, mukasurat 530).
A. T. Robertson menjelaskan,
Di sini Paulus memikirkan tentang
amalan-amalan pertapa – milik orang Gnostik (mungkin daripada pengaruh Essene
atau Farisi … Golongan Essene jauh melampaui peraturan-peraturan Musa (Word
Pictures in the New Testament, vol. IV, mukasurat 496).
Jadi pokoknya di sini jelas bukan makanan halal dan haram tetapi pertapaan lawan kegirangan dan keramaian Kristian.
Sekarang mari pertimbangkan hal yang satu lagi untuk apa orang Kolose dihakimi. Kita menghadapi satu lagi terjemahan yang menyesatkan. Kebanyakan versi membayangkan bahawa kata-kata nama hari raya, bulan baru dan hari sabat ialah objek kata depan mengenai (NKJV). Terdapat beberapa masalah dengan salah faham ini. Jika benar Paulus ingin menggunakan kata depan, dia tentunya boleh menggunakan peri (tentang) seperti dalam 1 Korintus 8:1. Sebaliknya perkataan Yunani meros digunakan yang bukan kata depan tetapi kata nama, yang diperolehi daripada kata kerja merizo, yang bererti memotong menjadi bagian-bagian. Meros hampir selalu diterjemahkan bagian atau porsi di tempat lain dalam Perjanjian Baru. Perkataan ini menandakan pembahagian runcing atau memisahkan daripada sesuatu. Apabila digunakan secara konsep, ini membentuk dua bahagian dengan membuat perbedaan antara apa yang digambarkannya dengan apa yang dibedakan dengannya, dan menekankan perlunya pertimbangan berasingan kedua-dua hal. Dalam petikan ini meros ialah objek kata depan en (in), sedangkan hari raya, bulan baru dan hari sabat mempunyai akhiran kasus genitif, yang menghubungkan kata-kata ini kepada meros dengan erti sebahagian daripada suatu Hari Raya atau Bulan Baru atau hari Sabat. Pembinaan anarthrous kata-kata nama itu (iaitu yang tidak didahului oleh kata sandang definit, the dalam bahasa Inggeris) membayangkan maksud kualiti atau sifat dasar bukan identiti, walaupun identiti sebagai hari-hari Yahudi tidak dipersoalkan. Dengan menggabungkan semua ini, ertinya adalah bahawa hanya sebahagian atau satu aspek kualiti atau sifat dasar Hari-hari Raya, Bulan Baru dan hari Sabat itu saja dikecam, iaitu bagaimana hari-hari ini dirayakan. Gnostikisme tidak mempunyai masalah dengan perayaan hari-hari istimewa. Malah pemeliharaan bahagian khusus waktu secara astrologi merupakan sebahagian besar daripada amalan Gnostik (Galatia 4:10). Konflik di Kolose adalah cara para anggota merayakan hari-hari itu. Kita tahu bahawa Imamat 23 menandakan Sabat mingguan dan tahunan sebagai hari raya. Nampaknya Bulan Baru juga merupakan upacara perayaan utama pada waktu itu, seperti yang disebutkan oleh Vincent:
Hari itu dirayakan dengan peniupan sangkakala, korban istimewa, berhari raya [penekanan milikku semuanya], dan pengajaran agama. Pekerjaan dihentikan, dan tiada puasa kelembagaan atau peribadi dibenarkan. Pihak berkuasa bersusah-payah menetapkan dengan tepat permulaan bulan yang ditandakan oleh kemunculan bulan baru. Utusan-utusan ditempatkan atas puncak-puncak tinggi untuk memerhati langit, dan sebaik saja bulan baru muncul, mereka segera menyampaikannya kepada synod (muktamar gereja), diizinkan berjalan sekalipun pada hari sabat untuk tujuan ini (Word Studies in the New Testament, oleh Marvin R. Vincent, vol. 1, bab II, mukasurat 495).
Sekali lagi, mudah saja untuk melihat kemungkinan untuk mengnostikkan upacara yang ditahbiskan Tuhan ini dengan penekanan pada aspek kronologi dan dengan melenyapkan suasana perayaan atas dasar konsep dwirangkap penyangkalan diri.
Sekarang kita sampai kepada ayat 17, di mana penjelasan7 [Herbert] Armstrong nampaknya menyangkal kesimpulan sebulat suara seluruh dunia Kristian [umum]. Di sini sekali lagi bahasa memainkan peranan penting dalam menentukan makna khususnya.
Penting sekali untuk memperhatikan kala kata-kata kerja itu, yang betul terjemahannya sebagai are (present active indicative) dan to come (present participle). Pokoknya adalah bahawa kala kata-kata ini menyangkal penafsiran bahawa hari Sabat dan Hari Raya menjadi usang dengan kedatangan Kristus kerana perspektif waktu pernyataan itu. Untuk mempunyai makna itu, ia perlu mengatakan were kerana Kristus sudah datang sebagai manusia, mati untuk dosa kita dan sudah dibangkitkan menjelang waktu Paulus menulis Kolose. Namun dia berkata Hari Raya, Bulan Baru dan hari Sabat (masih) merupakan bayangan pada waktu Paulus menulis, bertahun-tahun selepas kematian Kristus. Bayangan apa? Dari apa yang harus datang. Ini ialah terjemahan tepat kala present participle perkataan Yunani mellõ, yang bermakna:
‘baru saja hendak (melakukan sesuatu)’, biasanya membayangkan keperluan dan dengan itu kepastian hal yang akan terjadi (Vine’s Dictionary of Biblical Words).
Susunan serupa (selain jenis kelamin dan kesudahan kasus) juga ditemui dalam 1 Korintus 3:22, dalam mana makna konteksnya mengandungi pelajaran. Kala present participle dalam bahasa Yunani menggambarkan aktiviti berterusan tak habis-habis yang berlanjutan hingga ke masa depan sebagaimana dipandang daripada sudut waktu kata kerja utama, yang dalam kasus ini ialah kala present tense (are atau secara tekniknya is dalam bahasa Yunani menandakan jumlah ketiga-tiga kata nama itu) untuk kata kerja intransitif to be. Jadi tatabahasanya sangat menyokong, bukan menentang, pemeliharaan waktu-waktu itu, bukan untuk memperoleh keselamatan (yang mustahil) tetapi untuk menjadi bayangan kepada peristiwa-peristiwa yang belum terlaksana dalam rencana besar Tuhan, dalam mana Yesus Kristus ialah titik pusat dan watak utamanya.
Di dalam ayat 17 juga, kebanyakan penterjemah memasukkan perkataan is antara sõma (tubuh) dan tou Christou (Kristus) dalam usaha untuk menjelaskan maknanya dalam bahasa Inggeris, kerana tatabahasa Inggeris memerlukan kata kerja dalam klausa ini. Kata kerja tidak diperlukan dalam bahasa Yunani, dan tiada kata kerja dalam teks asal ayat ini. Satu contoh susunan serupa ini ialah 1 Korintus 7:19,
Sebab bersunat atau tidak
bersunat tidak penting. Yang penting ialah mentaati hukum-hukum Allah. (NKJV)
Kata-kata yang penting ditambah untuk mengertikan apa yang dibayangkan tetapi tidak dimasukkan dalam teks itu. Kedua-duanya ialah contoh antitesis,
iaitu kontras retoris idea-idea dengan cara susunan sejajar perkataan, klausa, atau ayat (umpama dalam ‘perbuatan, bukan kata-kata’) (Webster's Ninth New Collegiate Dictionary).
Tambahan perkataan is antara body (tubuh) dan of Christ (Kristus) mewujudkan antitesis antara bayangan dengan tubuh, lantas membayangkan aspek Hari Raya, Bulan Baru dan hari Sabat yang lebih rendah dan berciri bayangan kepada Kristus. Ini menjadi dasar teologi untuk menolak pemeliharaan waktu-waktu ini di bawah perjanjian baru dengan mengadunya dengan realiti Kristus. [Herbert] Armstrong menambahkan kata kerja let (biarkan) sebelum ungkapan body of Christ (tubuh Kristus), yang membentuk antitesis antara sumber menghukum (menghakimi) – iaitu orang di luar Jemaat (ayat 16) lawan tubuh Kristus atau Jemaat. Kedua-duanya diizinkan dalam bahasa Yunani. Mari kita pertimbangkan kedua-dua kemungkinan berdasarkan hal-hal berikut untuk menentukan kata kerja mana yang paling cocok dengan konteksnya.
1. Terdapat contoh-contoh aposisi (keterangan tambahan) antitesis sõma dan skia (bayangan) dalam sumber-sumber bukan alkitabiah sezaman, termasuk Philo, yang sebenarnya seorang tokoh berpengaruh dalam perkembangan Gnostikisme.
2. Bagaimanapun, sõma (di sini
diterjemahkan sebagai substance (dasar) dalam NKJV) tidak pernah
digunakan dalam seluruh Perjanjian Baru untuk apa-apa selain tubuh fizikal
secara literal (biasanya orang) atau tubuh Kristus badaniah, iaitu
Jemaat. Ini menyangkal penggunaan sõma untuk mewujudkan nuansa antitesis
dasar atau realiti yang beraposisi dengan shadow (bayangan).
3. Dalam semua penggunaan sõma yang lain dalam Kolose, maknanya ialah tubuh manusia (2:11,23, rujuk Roma 7:24), tubuh manusia fizikal Yesus (1:22; 2:9, dalam 2:9 ia sebenarnya bentuk adverba sõma) serta tubuh Kristus badaniah, iaitu Jemaat (1:18,24; 2:19; 3:15).
4. Meletakkan is dalam ungkapan body of Christ (tubuh Kristus) juga sesuatu yang tetap dalam Perjanjian Baru. Ungkapan body of Christ ditemui dalam empat petikan lain (Roma 7:4; 1 Korintus 10:16; 12:27; Efesus 4:12) dan dibayangkan dalam banyak petikan lain dalam mana sõma digunakan dalam konteks itu, walaupun ungkapan penuh body of Christ tidak muncul.
5. Menghukum (menghakimi) ialah subjek utama konteks 2:16-17 serta seluruh bahagian itu bermula daripada ayat 8 hingga ayat 23.
Ini lebih memberi sokongan kepada erti yang diperolehi dengan memasukkan perkataan let (biarkan) daripada antitesis bayangan/tubuh yang dibayangkan dengan memecahkan ungkapan body of Christ dengan perkataan is, yang bukan sesuatu yang biasa dalam Perjanjian Baru. Tambahan lagi, 1 Korintus 6:1-7 mempersembahkan hal menghakimi (perkataan Yunani yang sama) dalam Jemaat dalam konteks yang positif seperti yang didefinisikan sebelumnya, membentuk atau memberi pendapat selepas meneliti dan mempertimbangkan butir-butir suatu kasus. Begitu juga dalam ayat ini, Let the body of Christ (Biarkan tubuh Kristus) mengakhiri idea pada awal ayat, Janganlah kamu biarkan orang menghukum, … iaitu tema utama konteks lebih luas bab itu.
Kita ringkaskan kesimpulan-kesimpulan yang diperolehi dalam karya ini.
1. Orang Kolose merayakan Hari Raya, Bulan Baru dan hari Sabat, sementara mereka memakan dan meminum.
2. Golongan pembidaah berunsur Gnostik dan pertapa mengecam mereka kerana memakan dan meminum dan bergembira merayakan upacara-upacara perayaan ini.
3. Acara-acara ini (termasuk Bulan Baru yang bukan salah satu daripada Hari Raya yang diperintahkan tetapi tidak salah untuk merayakannya) masih mempunyai nilai simbolik dan patut terus dirayakan sebagai peringatan berterusan dan sumber pengajaran tentang kebenaran asas rencana Tuhan dalam sejarah, masa lalu, masa kini dan masa depan8.
4. Oleh itu, para anggota tidak patut mengizinkan sesiapapun untuk menghakimi atau mengecam mereka kerana memelihara hari-hari ini.
5. Sebaliknya, mereka harus terus memandang kepada Kristus (titik pusat rencana Tuhan dan perayaan-perayaan ini yang membayangkan peranan masa depanNya dalam rencana itu) untuk menentukan cara mereka merayakan hari-hari ini. Mereka juga harus memandang kepada Kristus untuk mengekalkan kesatuan umat Tuhan. Hari Sabat dan Hari Raya juga membantu memajukan kesatuan ini dengan mengumpulkan anggota bersama dalam perhimpunan yang diperintahkan dan mengingatkan mereka ialah anggota-anggota keluarga Tuhan yang disucikan (suci atau istimewa).
Berikut adalah versi parafrasa kata-kata Paulus dalam Kolose 2:16-17, berdasarkan kesimpulan yang dibuat dalam karya ini,
Jangan biarkan sesiapapun menghakim kamu kerana memakan atau meminum atau sebarang bahagian perbuatanmu memelihara Hari Raya, Bulan Baru atau hari Sabat (yang menjadi bayangan peristiwa masa depan dalam rencana agung Tuhan, dalam mana Yesus Kristus ialah watak utamanya), tetapi biarkan tubuh Kristus (yang “menjadi bayangan” sementara Dia, yang berjalan dalam terang, bergerak maju ke arah penggenapan antitipikal semua bayangan ini) menjadi hakim kamu dalam hal-hal ini.
Paulus berkata dalam 1Korintus 15:19,
Jikalau kita hanya dalam
hidup ini saja menaruh pengharapan pada Kristus, maka kita adalah orang-orang
yang paling malang dari segala manusia.
Hari Sabat dan Hari Raya milik Tuhan mengingatkan kita mengenai realiti masa lalu, masa kini dan masa depan Yesus Kristus. Orang yang menganjur untuk meninggalkan hari-hari yang relevan dan penuh erti ini, dan menganggapnya upacara-upacara usang yang sudah digenapi Kristus, dan yang mengajar bahawa kewajipan (jadikannya hak istimewa!) memelihara hari-hari itu tidak lagi dituntut daripada umat Kristian di bawah perjanjian baru, sememangnya adalah orang malang dan akan menduduki tempat paling rendah di dalam kerajaan syurga (Matius 5:19).
Dalam rayuannya yang terakhir Paulus mengingatkan orang Kolose, “Janganlah kamu biarkan kemenanganmu digagalkan…” oleh penipuan bidaah-bidaah Gnostik pagan yang diselinapkan pada mereka. Vincent menjelaskan:
“… daripada “kata” “melawan”, “brabeuo” “bertindak sebagai hakim.” Jadi “membuat keputusan tidak memihak seseorang, atau “menggagalkan kemenangannya.., yang… saya fikirkan harus dikekalkan, untuk meneruskan idea penghakiman dalam ayat 16, “jangan biarkan orang menghukum,” dan seterusnya. Sikap guru-guru palsu membabitkan mereka menghakimi ganjaran masa depan orang yang menyangkal doktrin pengantaraan malaikat milik mereka (Word Studies in the New Testament, vol. 1, bab II, mukasurat 494).
Orang-orang yang mengizinkan pemikiran
dan kelakuan mereka dipengaruhi oleh pembidaah-pembidaah dari luar Jemaat ini tidak
berpegang teguh (krateõ, Yunani) kepada Kepala [Yesus Kristus], dari mana seluruh tubuh [Jemaat], yang
ditunjang dan diikat menjadi satu oleh urat-urat dan sendi-sendi
[anggota-anggota individu – rujuk Efesus 4:15-16], menerima pertumbuhan
ilahinya.” (Kolose 2:18-19).
Ini mengingatkan tentang
amaran yang menyedarkan dan tepat waktunya yang dikeluarkan Yesus Kristus
kepada jemaat di Filadelfia untuk “Peganglah [perkataan Yunani yang
sama, krateõ] apa yang ada padamu supaya tidak seorangpun
mengambil mahkotamu.”
Adakah terdapat pesanan di
sini walaupun sumber dan alamiah sebenar hujah teologinya tidak sama hari ini?
Adakah kita membahayakan mahkota kita dengan membuang Hari Raya dan hari
Sabat, diperdaya oleh kata-kata indah (Kolose 2:4) dan dusta kosong [tiada
kebenaran] bertentangan dengan apa yang difahamkan Kepala Jemaat kepada
JemaatNya, dan masih terkandung dalam tulisan untuk mengajar (atau menghakimi)
kita? Mungkin cara terbaik untuk menjawab persoalan ini terkandung dalam
kata-kata Yesus Kristus sendiri dalam Wahyu 3:13, “Siapa bertelinga, hendaklah
ia mendengarkan apa yang dikatakan Roh kepada jemaat-jemaat.”
q
Nota Akhir
oleh Wade Cox
1 Pemujaan Aeons atau terbitan demiurge
(pencipta) sebagai kuasa-kuasa langit disebutkan sebagai ibadat malaikat
hari ini yang diperolehi daripada orang Yunani dalam Kolose 2:18. Secara
dasarnya pandangan moden terhadap makhluk-makhluk ini diperolehi daripada
penentuan-penentuan Katolikisme pada Sidang Lateran Keempat tahun 1215. Ini
telah menyelinap masuk ke dalam teologi Protestan dan sebab itu pandangan-pandangan
itu miring sedikit hari ini. Pandangan-pandangan awal boleh dilihat dalam karya
Pengikut Nikolaus (No.
202), CCG, 1997 dan pandangan-pandangan daripada semua Sidang
terkandung dalam karya Socinianisme,
Arianisme dan Unitarianisme (No. 185), CCG, 1996.
2 Lihat karya Pengikut Nikolaus (No. 202), CCG, 1997.
3 Jangan andaikan daripada komen ini bahawa Jemaat awal mempercayai bahawa Allah benar-benar turun sebagai manusia dalam pertikaian Gnostik ini; lihat karya Pengikut Nikolaus, CCG, 1997. Pandangan bahawa Tuhan telah datang sebagai manusia merupakan pandangan Protestan kemudian yang berdasarkan terjemahan salah 1 Timotius 3:16 dalam KJV yang berasaskan pemalsuan dalam Codex A; lihat nota Companion Bible kepada 1 Timotius 3:16.
4 “menjadikan kamu mangsa” (RSV) (mencuri rujuk teks utama Marshall’s Interlinear).
5 Terbitan-terbitan berasal daripada demiurge yang sebenarnya dipanggil Aeons. Adalah salah untuk memahami terbitan-terbitan ini sebagai anak-anak Tuhan yang dipanggil malaikat dalam percakapan biasa moden secara keseluruhannya tetapi sebaliknya ialah penguasa dan pemerintah yang membentuk Angkatan syurgawi. Dengan cara ini, Angkatan derhaka boleh menceroboh ke dalam ibadat Jemaat. Idea ini diperolehi daripada Shamanisme. Tingkat-tingkatnya mungkin berbeza-beza tetapi biasanya lima, tujuh atau sembilan. Ini ditemui dalam Judaisme dalam Kabbalah sebagai Mistikisme Merkabah. Kenaikan adalah daripada Hekaloth dalam mana seorang makhluk bertanggungjawab untuk setiap satu daripada tujuh tingkat kenaikan itu. Sistem ini ditemui dalam Buddhisme dan semua agama yang mempunyai asas mistik. Ini dibincangkan dalam siri karya mengenai Mistikisme (Ilmu Mistik).
6 Proses doktrin-doktrin pertapaan Gnostikisme dikaji dalam karya-karya Vegetarianisme dan Alkitab (No. 183), CCG, 1996 dan Pengikut Nikolaus (No. 202), CCG, 1997.
7 Serta penjelasan berbagai pemimpin lain Jemaat-jemaat Tuhan sepanjang zaman.
8 Jemaat-jemaat Allah Al Masehi percaya, sebagaimana Jemaat awal di seluruh Asia Minor dan Jemaat-jemaat Tuhan di Eropah, bahawa ini merupakan perayaan yang diperintahkan sebelumpun Hari Raya, sebab dari segi keutamaan disebut selepas hari Sabat (Bilangan 10:10, 28:11-15; 1 Tawarikh 23:31; 2 Tawarikh 2:4, 8:13, 31:3; Ezra 3:5; Nehemia 10:33; Mazmur 81:3; Yesaya 1:13-14, 66:23; Yehezkiel 45:17, 46:1,3,6; Hosea 2:11; Amos 8:5; Kolose 2:16; rujuk karya-karya mengenai Bulan Baru).