Jemaat-jemaat Allah Al Masehi

[230]

 

 

 

 

Penggunaan Istilah Hypostasis

(Edisi 1.0 19971214-19971214)

 

Hipostasis (hypostasis) ialah suatu istilah yang menjadi asas kepada Trinitarianisme. Tuhan dipercayai dalam bentuk tiga hypostases dalam satu ousia. Istilah-istilah ini ialah istilah-istilah falsafah Yunani. Semuanya digunakan dalam Perjanjian Baru dan Septuagint (LXX). Apakah ertinya?

 

 

 

Christian Churches of God

 

PO Box 369, WODEN ACT 2606, AUSTRALIA

E-mail: secretary@ccg.org

 

(Hakcipta ã 1997 Wade Cox)

(Tr. 2006)

 

Karya tulis ini boleh disalin semula dan didistribusikan secara bebas dengan syarat ia disalin semuanya tanpa apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat penerbit serta notis hakcipta harus disertakan.  Sebarang bayaran tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima salinan yang didistribusikan.  Petikan-petikan ringkas daripadanya boleh dimasukkan ke dalam artikel-artikel kritis dan karya ulasan tanpa melanggar undang-undang hakcipta.

 

Karya ini boleh didapati daripada Internet di:
http://www.logon.org dan http://www.ccg.org

 

 

Penggunaan Istilah Hypostasis [230]

 


 


Hypostasis pada asalnya ialah istilah Stoic yang berpadanan dengan istilah Platonic ousia. Kedua-duanya secara berkesannya bermakna intisari kewujudan. Istilah-istilah ini mendapat penggunaan keagamaan daripada hujah-hujah trinitarian, yang ingin mendefinisikan Ketuhanan dengan mempergunakan istilah-istilah itu untuk membezakan. Perkataan Stoic hypostasis digunakan untuk menggambarkan manifestasi (penjelmaan) Ketuhanan. Istilah Platonic ousia pula digunakan untuk menggambarkan Ketuhanan yang lengkap. Ketuhanan kemudiannya dibataskan kepada tiga manifestasi sebagai Bapa, Anak dan Roh Kudus. Setiap manifestasi ini dianggap sekadar cara-cara satu entiti menunjukkan dirinya. Bapa, Anak dan Roh Kudus kemudiannya dianggap sebagai manifestasi-manifestasi setara dan sama abadi daripada makhluk tunggal itu. Kelainannya dikemukakan bahawa apabila satu bertindak semua bertindak maka tiada kemungkinan adanya kelakuan tersendiri. Justeru, idea yang tidak masuk akal dikemukakan bahawa hypostases berbeza namun tidak terpisah.

 

Idea ini, secara berkesannya, kemudiannya cuba menyangkal kemampuan untuk umat pilihan menjadi elohim atau theoi sebagaimana yang telah diajar oleh Jemaat awal dan yang sememangnya difahami oleh Irenaeus (lihat catatan dalam karya Umat Pilihan Sebagai Elohim (No. 1)). Kristus dianggap tidak seperti anak sebagaimana Anak-anak Tuhan yang lain dalam Angkatan syurgawi dan seperti apa yang akan umat pilihan menjadi (lihat karya Socinianisme, Arianisme dan Unitarianisme (No. 185)).

 

Terdapat beberapa kemunculan istilah hypostasis dalam Perjanjian Baru dan juga dalam Septuagint (LXX). Istilah ini muncul dalam Mazmur 68 (69):3 (LXX).

 

Ia juga muncul dalam Yehezkiel 43:11. Konsep istilah ini adalah sebagai:

 

Menempatkan atau meletakkan di bawah; benda yang diletakkan di bawah, substruktur atau dasar: Mazmur lxviii (lxix) 3; [tou oikou], Yehezkiel xliii,11… (Thayer’s Greek English Lexicon, mukasurat 644-645).

 

Makna kedua adalah:

apa yang mempunyai dasar, adalah kukuh; jadi, a. benda yang mempunyai kewujudan sebenar; suatu bahan, makhluk sebenar: … b. sifat, kualiti kukuh, sesiapa atau benda

 

Justeru ia digunakan dalam Ibrani 1:3 dalam mana Anak menggambarkan realiti (kewujudan) Tuhan.

 

Teks ini berbunyi [dalam bahasa Yunani yang dirumikan]

 

os oon apaugasma tes dozes

Ia adalah cahaya kemuliaan Allah

kai charakter tes hupostaseoos autou,

gambar wujud (realiti) Allah

pheroon te ta panta too remati tes dunameoos

menopang segala yang ada dengan firman-Nya yang penuh kekuasaan

autou, katharismon toon amartioon poiesameos

setelah Ia selesai mengadakan penyucian dosa

ekathisen en dezia tes megaloosunes

Ia duduk di sebelah kanan Yang Mahabesar

en upselois,

di tempat yang tinggi

 

Maka perkataan di sini sebenarnya ialah realiti. Jadi Kristus ialah gambaran realiti atau kewujudan Tuhan. Ini seperti mengatakan bahawa kamu ialah gambaran realiti Jemaat dan mengatakan bahawa kamu dan Jemaat ialah Tuhan kerana kamu berdua ialah gambaran, atau hypostases, struktur itu.

 

Kumpulan Trinitarian cuba menyangkal perbezaan dan subordinasi dengan menggunakan satu perkataan yang menyampaikan realiti kewujudan. Ini suatu permainan kata.

 

Terdapat kebenaran signifikan dalam hakikat bahawa kamu sebagai individu dan Jemaat secara umumnya semuanya ialah hypostases Tuhan. Namun umat Trinitarian menyangkal perluasan ini. Mereka cuba membataskan penggunaan istilah itu kepada tiga entiti. Justeru Roh Kudus bukan suatu mekanisme tetapi suatu hypostasis berasingan. Di situlah terletaknya bidaah dan sebab kenapa kehidupan bersama dan kesatuan antara umat pilihan dan umat Trinitarian adalah mustahil.

 

Istilah ini digunakan dalam karya Josephus Antiquities of the Jews 18:1,6; ia bererti keyakinan atau kepercayaan teguh dalam 2 Korintus 9:4 (keyakinan) dan juga 11:17. Ibrani 3:14 menggunakannya sebagai keyakinan atau kepastian (Marshall) sebagaimana Ibrani 11:1 menulisnya realiti (Marshall) atau kepastian (RSV), yang mana iman adalah realiti atau kepastian akan hal-hal yang akan datang. Oleh itu, iman ialah hypostasis hal-hal yang akan datang. Daripada teks ini terbukti bahawa semua manifestasi ketuhanan, sama ada iman, atau Kristus, atau Roh Kudus, atau kepastian tenang umat pilihan, adalah hypostases Tuhan maka Tuhan menunjukkan diriNya dalam lebih daripada satu hypostasis dan lebih daripada tiga hypostases. Dengan itu, Trinitas ialah suatu lelucon yang memilih.

 

Penggunaan istilah itu di sini juga ditemui dalam Rut 1:12 (LXX) (untuk SHD 8615; tiqvah) dalam mana Rut berkata seandainya aku bersuami yang bermakna anggaplah ini sebagai kenyataan. Andaian membentuk dasar kenyataannya. Yehezkiel 19:5 (LXX) menggunakan hypostasis untuk teks ini sebagai harapan atau jangkaan. Mazmur 38[39]:8 menggunakannya (untuk SHD 8431; towcheleth) dalam mana ia bererti dasar harapan iaitu dengan Tuhan. Dalam Yehezkiel 19:5 (LXX) harapan induk singa Israel didasarkan pada singa muda yang gagal (apooleto e hupostasis).

 

Justeru iman itu sendiri suatu hypostasis sebagai intisari realiti Tuhan.

 

Umat pilihan daripada pengharapan ini dalam iman melalui Roh Kudus adalah semuanya hypostases Allah Maha Esa (Yohanes 17:3) sebagai waris bersama dengan AnakNya Yesus Kristus sebagai Anak-anak Tuhan (Rom. 8:17; Gal. 3:29; Titus 3:7; Ibrani 1:14; 6:17; 11:9; Yakobus 2:5; 1Pet. 3:7).

 

 

q