Jemaat
Jemaat Allah Al Maséhi
[243]
Pra-Kewujudan Yesus Kristus [243]
(Edisi 2.1 19980404-19980822)
Unitarianisme radikal menyangkal pra-kewujudan Yesus Kristus dalam bentuk bukan fizikal, dan mendakwa bahawa kewujudannya bermula daripada kelahirannya melalui Mariam. Binitarianisme cuba untuk menempatkan dua orang ke dalam Ketuhanan. Diteisme pula menegaskan adanya dua allah sejak dari keabadian. Ada orang yang bertukar daripada Binitarianisme kepada Diteisme tanpa memahami kedua-dua doktrin mahupun asal-usulnya. Apakah pandangan Alkitab?
E-mail: secretary@ccg.org
(Hakcipta ã 1998 Wade Cox)
(Tr. 2002)
Karya tulis ini boleh disalin semula dan didistribusikan secara bebas dengan syarat ia disalin semuanya tanpa apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat penerbit serta notis hakcipta harus disertakan. Sebarang bayaran tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima salinan yang didistribusikan. Petikan-petikan ringkas daripadanya boleh dimasukkan ke dalam artikel-artikel kritis dan karya ulasan tanpa melanggar undang-undang hakcipta.
Karya ini
boleh didapati daripada Internet di:
http://www.logon.org
dan http://www.ccg.org
Pra-Kewujudan Yesus Kristus [243]
Persoalan mengenai pra-kewujudan Yesus Kristus sebenarnya terbahagi kepada dua isu. Satu adalah persoalan mengenai pra-kewujudannya sebagai dan dengan TUHAN sebelum permulaan segala penciptaan. Dalam kata lain, hujahnya di sini adalah bahawa dia telahpun pra-wujud sebelum penciptaan rohani [alam roh]. Aspek yang satu lagi adalah berkenaan Kristus yang pra-wujud sebagai suatu makhluk roh sebelum dia menjadi manusia di dalam Penjelmaan itu. Karya ini adalah berkenaan cadangan bahawa dia telah pra-wujud sebelum penciptaan fizikal tetapi bukanlah Tuhan sebenar yang tunggal.
Alkitab jelas bahawa hanya ada satu Tuhan Sebenar sahaja dan bahawa Dia telah mengutus Yesus Kristus (Yohanes 17:3). Alkitab juga mengisytiharkan bahawa tiada seorangpun yang pernah melihatNya atau yang dapat melihatNya, dan Dia berdiam di dalam terang yang tidak boleh dihampiri. Dia satu-satunya yang abadi (1Timotius 6:16) (lihat karya Mengenai Keabadian [165]). Aspek ini diperiksa dengan lebih lanjut lagi di bawah. Dalam hal ini, Kristus bukanlah pra-wujud sepertimana TUHAN wujud. TUHAN berseorangan sahaja di dalam kekekalan berterusanNya. Namun begitu, Alkitab juga khusus menyatakan bahawa Kristus mempunyai pra-kewujudannya sebagai suatu makhluk roh sebelum permulaan dunia ini.
Rasul Yohanes telah menulis mengenai Kristus dan telah mengisytiharkan, dalam bentuk penceritaan, hal pra-kewujudannya itu. Yohanes 1:1 ditafsirkan oleh para Trinitarian sebagai:
Yohanes 1:1 Pada mulanya adalah Firman; Firman itu bersama-sama dengan Allah dan Firman itu adalah Allah.
Kita tahu bahawa ini adalah terjemahan yang salah daripada Peshitta dan bagaimana teks-teks kuno digunakan. Peshitta menunjukkan bahawa ianya demikian, walaupun menerusi terjemahan Lamsa yang, dalam percubaan untuk mensepadankannya dengan kepercayaan Trinitarian, menuliskan teks itu sebagai:
Firman itu ada pada mulanya, dan Firman itu ada bersama dengan Allah; dan Allah merupakan Firman itu.
Ini menunjukkan struktur perkataan yang berlainan pada kalimat terakhir. Buku Concordant Literal New Testament menunjukkan maksud literal sebenar bagi perkataan-perkataan itu dan strukturnya daripada bahasa Yunani. Perkataan asalnya [yang sebenar] tertulis dengan terang seperti di bawah.
Pada mulanya adalah Firman
dan Firman itu mengarah terhadap Allah dan Allah adalah Firman itu. Ini pada
mulanya mengarah terhadap Allah.
Teks ini menunjukkan perhubungan dan orientasi ketaatan Yesus Kristus terhadap TUHAN. Teks ini diteruskan di dalam Yohanes 1:3.
Segala sesuatu dijadikan
oleh Dia dan tanpa Dia tidak ada suatupun yang telah jadi dari segala yang telah dijadikan.
Dengan itu, teks pertama di sini memperkatakan tentang logos sebagai firman tersebut. Pada zaman-zaman alkitab, mereka telah menggelarkannya sebagai Memra; di mana logos merupakan istilah Yunani sementara memra adalah istilah Ibrani bagi firman Tuhan sepertimana ianya difahami daripada Perjanjian Lama.
Golongan Unitarian yang radikal, iaitu mereka yang menafikan pra-kewujudan Kristus melebihi Mariam (atau Maria) mendakwa bahawa ini bukanlah Kristus tetapi suatu bentuk kuasa TUHAN yang berakal selaku ucapan keilahianNya.
Namun begitu, bab 1Yohanes menerangkan pandangan ini dengan lebih terperinci lagi, lantas mengecualikan tafsiran seperti itu.
Yohanes membicarakan tentang Yohanes Pembaptis (sekali lagi dengan memetik daripada teks Concordant Literal New Testament) daripada Yohanes 1:6-14.
Datanglah seorang yang
diutus Allah, namanya Yohanes; ia datang sebagai saksi untuk memberi kesaksian
tentang terang itu, supaya oleh dia semua orang menjadi percaya. Ia bukan
terang itu, tetapi ia harus memberi kesaksian tentang terang itu. Terang yang
sesungguhnya, yang menerangi setiap orang, sedang datang ke dalam dunia.
Di dalam dunia, adanya dia
dan dunia dijadikan oleh-Nya, dan dunia tidak mengenal-Nya. Ia datang kepada
milik kepunyaan-Nya, dan orang-orang
kepunyaan-Nya itu tidak menerima-Nya. Tetapi barangsiapa yang menerima-Nya
diberi-Nya hak untuk menjadi anak-anak Allah, yaitu mereka yang percaya dalam nama-Nya; orang-orang
yang diperanakkan bukan dari darah atau dari daging, bukan pula secara
jasmani oleh keinginan seorang
laki-laki, melainkan dari Allah.
Dan Firman itu telah menjadi
manusia, dan diam di antara kita, dan kita telah melihat kemuliaan-Nya, yaitu kemuliaan yang diberikan kepada-Nya sebagai Anak Tunggal Bapa, penuh kasih
karunia dan kebenaran.
Logos telah menjadi manusia dan berdiam di antara kita. Kita akan memeriksa hal ini di bawah.
Tidak terdapat sebarang artikel/huruf definit (contohnya suatu) di dalam bahasa Yunani dan kerana itu harus disimpulkan dan diaplikasikan. Ini adalah masalahnya dengan teks di dalam Yohanes 1:1. Ramai penterjemah yang menganggap bahawa ianya harus diandaikan bagi Yohanes 1:1 dan menafsirkannya sebagai dan Firman itu adalah suatu Allah. Pandangan sebegini mempunyai merit sepertimana kita akan lihat daripada Yohanes 1:18 dan teks-teks yang lain. Walau bagaimanapun, Yohanes 1:1 seperti yang biasa kita lihat adalah tidak betul. Terjemahan yang betul, sungguhpun dengan mengekalkan urutan perkataan, membabitkan konsep [mengarah] terhadap dan bukannya bersama-sama sepertimana yang diajar oleh para Trinitarian.
Penggunaan huruf besar bagi perkataan Dia dan sebagainya adalah tambahan-tambahan A E Knoch kerana tulisan-tulisan zaman tersebut semuanya menggunakan huruf besar dan kerana itu tidak ada keistimewaan padanya. Teks itu dikekalkan sepertimana dia menterjemahkannya.
Para Unitarian Radikal cuba untuk menggunakan teks ini sebagai contoh bagaimana kuasa fikiran Tuhan menjadi daging, dan bukannya suatu makhluk menjadi daging. Ini adalah teras kesilapan mereka.
Yohanes Pembaptis memperkatakan tentang Yesus Kristus sebagai lebih dahulu daripadanya. Terdapat satu lagi perubahan pada teks-teks kuno di dalam karya Yunani Receptus atau Received Text of the Reformation, dan dari situ Alkitab KJV, sepertimana kita lihat daripada bahagian seterusnya.
Yohanes 1:15-18 Yohanes memberi kesaksian tentang Dia dan berseru, katanya: "Inilah Dia, yang kumaksudkan ketika aku berkata: Kemudian dari padaku akan datang Dia yang telah mendahului aku, sebab Dia telah ada sebelum aku." 16 Karena dari kepenuhan-Nya kita semua telah menerima kasih karunia demi kasih karunia; 17 sebab hukum Taurat diberikan oleh Musa, tetapi kasih karunia dan kebenaran datang oleh Yesus Kristus. 18 Tidak seorangpun yang pernah melihat Allah; tetapi Anak Tunggal Allah, yang ada di pangkuan Bapa, Dialah yang menyatakan-Nya.
Yohanes jelas sekali mengatakan bahawa Kristus telah ada sebelumnya. Namun kita tahu bahawa Yohanes adalah enam bulan lebih tua daripada Kristus dan adalah mustahil secara fizikal bahawa Kristus telah ada sebelum dia. Oleh sebab itu, Yohanes memperkatakan tentang suatu pra-kewujudan. Pra-kewujudan itu adalah sebagai suatu tuhan, suatu elohim, atau theoi, seperti yang kita sedia tahu daripada teks-teks kuno dan yang telah diubahkan di dalam Receptus itu. Versi Concordant Literal mencatatkan teks itu sebagai:
Yohanes
memberi kesaksian tentang Dia dan berseru, katanya, “"Inilah Dia, yang kumaksudkan ketika
aku berkata, ‘Dia yang akan datang
selepas aku, datang untuk mendahului aku,’ sebab Dia telah ada sebelum
aku." Karena dari kepenuhan-Nya
kita semua telah menerima, dan kasih karunia demi kasih karunia; sebab hukum
Taurat diberikan oleh Musa, tetapi kasih karunia dan kebenaran datang oleh
Yesus Kristus. Tidak seorangpun yang pernah melihat Allah; tetapi satu-satunya
Anak Allah, yang ada di pangkuan
Bapa, Dialah yang menyatakan-Nya.
Teks di sini menunjukkan struktur teks berkenaan hal Yohanes mengatakan bahawa Kristus ada sebelumnya. Teks di dalam Yohanes 1:18 adalah sebenarnya monogenes theos yang bermaksud satu-satunya Tuhan yang diperanakkan dan ini ditunjukkan daripada Marshall’s Greek English Interlinear. (Ianya juga dilihat daripada bahasa Aramaik bagi Peshitta). Dr Hort telah menulis satu buku terpelajar berkenaan kejadian istilah monogenes theos (On Monogenes Theos in Scripture and Tradition; bandingkan juga dengan karya Mengenai Keabadian [165]). Terdapat cukup bukti bahawa istilah itu adalah betul. Ianya cuma telah diabaikan oleh agama Kristian umum dan para Binitarian yang ingin menyangkal implikasi teks tersebut.
Efesus 3:9 mungkin digunakan untuk memperdebatkan pra-kewujudan.
Efesus 3:9 dan untuk menyatakan [kepada semua orang] apa isinya tugas penyelenggaraan rahasia yang telah berabad-abad tersembunyi dalam Allah, yang menciptakan segala sesuatu [melalui Yesus Kristus]. (KJV)
Namun begitu, ungkapan melalui Yesus Kristus tidak wujud di dalam teks-teks kuno dan merupakan suatu tambahan ke dalam KJV daripada Receptus, dan tidak kelihatan di dalam versi-versi Kitab yang lain (lihat catatan pada ayat 9 di dalam Companion Bible).
Ibrani 1:1 di dalam KJV juga mencatatkan penciptaan dunia melalui Kristus.
Ibrani 1:1-2 Setelah pada zaman dahulu Allah berulang kali dan dalam pelbagai cara berbicara kepada nenek moyang kita dengan perantaraan nabi-nabi, 2 maka pada zaman akhir ini Ia telah berbicara kepada kita dengan perantaraan Anak-Nya, yang telah Ia tetapkan sebagai yang berhak menerima segala yang ada, melalui Dia Allah telah menjadikan alam semesta. (KJV)
Begitu juga, teks ini telah disalahtafsirkan kerana perkataan yang digunakan adalah aion yang bermaksud zaman dan bukannya alam semesta sebagaimana yang cuba disampaikan oleh bahasa KJV (rujuk catatan pada ayat 2 di dalam Companion Bible). Kristus memang telah dijadikan lebih rendah daripada para malaikat, namun ini bukan selalunya begitu. Ibrani 2:17 menunjukkan bahawa dia telah dijadikan sama seperti saudara-saudaranya agar dapat menjadi imam besar yang setia dan mempunyai belas kasihan.
Mesias juga mengisytiharkan pra-kewujudannya di dalam beberapa teks.
Di dalam Yohanes 5:37 kita lihat bahawa Bapa telah mengutus Kristus dan Kristus mengumumkan bahawa tiada seorangpun yang pernah melihat Tuhan atau mendengar suaraNya pada bila-bila masa. Jadi, dua saksi Yohanes itu menyatakan bahawa tiada seorangpun yang pernah melihat Tuhan, namun istilah elohim digunakan bagi makhluk yang berbicara dengan para bapa dan nabi Perjanjian Lama. Jika makhluk ini bukannya Tuhan sebenar yang tunggal, siapakah dia itu?
Kita akan lihat bahawa dia adalah Kristus, namun dia dipanggil dengan konsisten dan jelas sepanjang Perjanjian Lama sebagai Malaikat Yahovah dan kita akan lihat bukti di dalam Perjanjian Baru yang juga menyokong penggunaan terminologi ini.
Terdapat satu lagi aspek bagi diutuskan yang harus diperiksa.
Yohanes 13:3 Yesus tahu, bahwa Bapa-Nya telah
menyerahkan segala sesuatu kepada-Nya dan bahwa Ia datang dari Allah dan
kembali kepada Allah.
Di sini ungkapan datang dari Allah diperkatakan secara ringkasnya sebagai terbentuk sebagai zigot di dalam rahim Mariam oleh para Unitarian Radikal. Sebaliknya, para Binitarian mengatakan bahawa ianya suatu bentuk perpisahan daripada Tuhan sebenar yang satu. Pandangan ini telah masuk ke dalam Jemaat Kristian asalnya sebagai Modalisme, yang datangnya daripada pemujaan kafir dewa Attis. Para pengikut pemujaan Attis pada asalnya berpendapat bahawa aspek-aspek Bapa dan Anak adalah fungsi-fungsi Tuhan yang satu. Doktrin ini telah diambil sebagai Modalisme di Roma namun ianya tidak sesuai dengan ajaran Alkitab dan terpaksa diubahsuaikan menjadi Binitarianisme dari Majlis Nicaea pada 325 TM dan kemudiannya Trinitarianisme pada 381 TM dari Constantinople. Menjelang abad ketiga dan keempat para paderi Attis di Rom telah merungut bahawa agama Kristian telah mencuri doktrin-doktrinnya (rujuk karya Asal-usul Krismas dan Easter [235]).
Yohanes 12:44 menunjukkan bahawa Kristus telah diutus oleh Tuhan.
Yohanes 12:44 Tetapi Yesus berseru kata-Nya: "Barangsiapa percaya kepada-Ku, ia bukan percaya kepada-Ku, tetapi kepada Dia, yang telah mengutus Aku;
Ini menunjukkan suatu pengutusan. Para Unitarian Radikal mengatakan bahawa ianya kiasan bagi asalnya dari rahim. Yang lainnya mempelbagaikan hubungan itu untuk cuba menyesuaikan idea satu Tuhan yang benar dengan idea rumit adanya dua makhluk berlainan, di mana satu makhluk adalah subordinat kepada yang satu lagi. Namun begitu, Yohanes 3:17 menunjukkan bahawa dia telah diutus ke dalam dunia oleh Bapa, lantas memperlihatkan adanya pra-kewujudan.
Yohanes 3:17 Sebab Allah mengutus Anak-Nya ke dalam dunia bukan untuk menghakimi dunia, melainkan untuk menyelamatkannya oleh Dia.
Idea berkenaan mengutus ini harus diperiksa di dalam bahasa Yunaninya. Perkataannya adalah SGD 649 apostello yang bermakna mengasingkan atau diutus keluar untuk melaksanakan suatu misi. Konsep dihantar/diutus juga terbabit dan merupakan maksudnya di dalam Konkordans Literal Perjanjian Baru. Perkataan SGD 3992 pempo juga terlibat di dalam teks-teks dengan maksud menghantar. Konsep daripada penggunaan serta bentuk-bentuknya menyampaikan konsep mengutus dengan perintah tersusun untuk tugas sementara.
Ini adalah konsep yang diperlihatkan oleh bentuk-bentuk bahasa yang digunakan di dalam mengisahkan tindakan-tindakan Tuhan di kalangan manusia. Penjelmaan Kristus merupakan suatu tugas sementara untuk Tuhan di dalam rencana keselamatan yang sedang berlangsung.
Namun begitu, terdapat sebilangan teks-teks penting yang mengisytiharkan pra-kewujudan Kristus serta menerangkan perhubungan itu. Suatu contoh utama adalah Filipi 2:5-7. Ianya disamarkan dengan teruk di dalam versi KJV demi sebab-sebab Trinitarian tetapi versi RSV nampaknya menunjukkan suatu terjemahan yang lebih jujur.
Filipi 2:5-10 Hendaklah kamu dalam hidupmu bersama, menaruh pikiran dan perasaan yang terdapat juga dalam Kristus Yesus, 6 yang walaupun dalam rupa Allah, tidak menganggap kesetaraan dengan Allah itu sebagai milik yang harus dipertahankan, 7 melainkan telah mengosongkan diri-Nya sendiri, dan mengambil rupa seorang hamba, dan menjadi sama dengan manusia. 8 Dan dalam keadaan sebagai manusia, Ia telah merendahkan diri-Nya dan taat sampai mati, bahkan sampai mati di kayu salib. 9 Itulah sebabnya Allah sangat meninggikan Dia dan mengaruniakan kepada-Nya nama di atas segala nama, 10 supaya dalam nama Yesus bertekuk lutut segala yang ada di langit dan yang ada di atas bumi dan yang ada di bawah bumi,
Teks itu mempunyai maksud jelas bagi teks di dalam Ibrani. Ianya suatu pernyataan jelas bahawa Kristus mempunyai rupa atau morphe Tuhan namun tidak menganggap kesetaraan dengan Tuhan itu sesuatu yang harus dipertahankan, atau yang harus direbut, sepertimana Iblis telah cuba lakukan (rujuk Yesaya 14:12-14 dan Yehezkiel 28:6-15). Dia kemudiannya merendahkan (atau mengosongkan) dirinya, menjadi manusia, dan telah mati di tiang atau salib itu (rujuk karya Salib - Asal-Usul dan Maksudnya [039]). Teks ini adalah suatu pernyataan jelas tentang pra-kewujudan Kristus. Satu lagi teks yang jelas adalah Yohanes 17:5.
Yohanes 17:5 Oleh sebab itu, ya Bapa, permuliakanlah Aku pada-Mu sendiri dengan kemuliaan yang Kumiliki di hadirat-Mu sebelum dunia ada.
Dengan itu, Kristus mengakui adanya pra-kewujudan di dalam kemuliaan sebelum dunia tercipta. Oleh itu, dia mengakui suatu pra-kewujudan sekurang-kurangnya sama dengan anak-anak Tuhan yang hadir pada waktu penciptaan, sepertimana yang kita lihat dari Ayub 38:4-7.
Ayub 38:4-7 Di manakah engkau, ketika Aku meletakkan dasar bumi? Ceritakanlah, kalau engkau mempunyai pengertian! 5 Siapakah yang telah menetapkan ukurannya? Bukankah engkau mengetahuinya? --Atau siapakah yang telah merentangkan tali pengukur padanya? 6 Atas apakah sendi-sendinya dilantak, dan siapakah yang memasang batu penjurunya 7 pada waktu bintang-bintang fajar bersorak-sorak bersama-sama, dan semua anak Allah bersorak-sorai?
Kita tahu bahawa Iblis merupakan Pembawa Terang atau Bintang Fajar bagi planet ini, dan kita tahu bahawa Kristus menggantinya sebagai Bintang Fajar. Teks-teks tersebut menunjukkan bahawa dia mengakui adanya pra-kewujudannya pada tahap yang sama dengan makhluk-makhluk ini (rujuk karya Lucifer: Pembawa Terang dan Bintang Fajar [223]).
Kristus juga mengatakan: Aku melihat Iblis jatuh seperti kilat dari Syurga (Lukas 10:18). Jadi sama ada dia benar-benar melihat dia jatuh, ataupun tidak. Dia belum lagi naik ke syurga pada waktu itu kerana dia belum lagi mati, apalagi bangkit. Yesaya dan Yehezkiel telah mencatatkan kejatuhan itu di dalam tulisan mereka. Jadi, kalaulah Kristus tidak ada pra-kewujudan maka tidak mungkin untuk dia melihat kejadian ini. Mungkin boleh dikatakan bahawa ini berlaku sewaktu pencubaannya di gurun, namun teks-teks Perjanjian Lama sendiri menganggap kejatuhan itu sebagai sesuatu yang telah berlalu (rujuk Yesaya 14:12). Ini bagaikan suatu imaginasi semata-mata jika Kristus tidak mempunyai pra-kewujudan. Konsep bahawa ini berhubungkait dengan Raja Babilon sebagai manusia, sepertimana yang dikatakan oleh beberapa pakar apologis moden, mensia-siakan kuasa nubuatan.
Kristus juga dikenali sebagai Tuan (Tuhan) Sabat. Maksud latar teks ini adalah bahawa dia yang telah memberikan kepada kita Hukum itu.
Matius 12:8 Karena Anak Manusia adalah Tuhan atas hari Sabat.
Daripada teks-teks ini, kita lihat akan implikasi pra-kewujudan dan pengenalan Bapa.
Matius 11:27 Semua telah diserahkan kepada-Ku oleh Bapa-Ku dan tidak seorangpun mengenal Anak selain Bapa, dan tidak seorangpun mengenal Bapa selain Anak dan orang yang kepadanya Anak itu berkenan menyatakannya.
Pengenalan ini juga menunjukkan adanya pra-kewujudan seperti yang kita lihat juga daripada Yohanes 17:24.
Kristus dikenalpasti di dalam Perjanjian Baru sebagai berada pada tahap yang sama dengan Bintang-bintang Fajar daripada Angkatan Malaikat surgawi seperti yang kita lihat daripada Kisah Para Rasul. Di dalam Kisah 7, kita lihat bahawa seorang Malaikat Tuhan telah berbicara dengan Musa dan Malaikat Tuhan inilah yang telah bersama-sama dengan Musa di gurun pasir (Kisah 7:30, 35-39).
Di dalam teks ini, Stefanus mengenalpasti Kristus sebagai Malaikat Tuhan di Sinai dan yang bersama dengan jemaat di gurun.
Konsep tangan kanan Tuhan di dalam Keluaran 15:6 adalah bahawa Kristus, sepertimana dia bertindak, merupakan Malaikat Yahovah Perjanjian Lama. Kita lihat bahawa Kristus duduk pada sebelah kanan Tuhan.
Yesaya 9:6 di dalam Septuagint jelas menyatakan bahawa dia adalah Malaikat Penasihat Ajaib dan Perjanjian Baru mengaplikasikan teks ini kepada Kristus.
Paulus menyatakan bahawa dia disambut seperti seorang malaikat Tuhan malah seperti Kristus Yesus (Galatia 4:14).
Paulus jelas menyatakan bahawa Kristus berada di gurun pasir itu bersama-sama dengan Israel di dalam Keluaran.
1Korintus 10:1-4 Aku mau, supaya kamu mengetahui, saudara-saudara, bahwa nenek moyang kita semua berada di bawah perlindungan awan dan bahwa mereka semua telah melintasi laut. 2 Untuk menjadi pengikut Musa mereka semua telah dibaptis dalam awan dan dalam laut. 3 Mereka semua makan makanan rohani yang sama 4 dan mereka semua minum minuman rohani yang sama, sebab mereka minum dari batu karang rohani yang mengikuti mereka, dan batu karang itu ialah Kristus.
Mengatakan bahawa Kristus berada di situ hanya sebagai suatu anggapan dalam fikiran Tuhan, yang tidakpun dilihat sesiapa, memperkecil-kecilkan penggunaan bahasa dan kiasan di dalam Alkitab.
Ayub 33:23-26 merujuk kepada Malaikat dari Seribu yang menebus manusia daripada liang kubur itu.
Ayub 33:23-26 Jikalau di sampingnya ada utusan, seorang penterjemah, satu di antara seribu, untuk menyatakan jalan yang benar kepada manusia, 24 maka Ia akan mengasihaninya dengan berfirman: Lepaskan dia, supaya jangan ia turun ke liang kubur; uang tebusan telah Kuperoleh. 25 Tubuhnya mengalami kesegaran seorang pemuda, ia seperti pada masa mudanya. 26 Ia berdoa kepada Allah, dan Allah berkenan menerimanya; ia akan memandang wajah-Nya dengan bersorak-sorai, dan Allah mengembalikan kebenaran kepada manusia. (KJV)
Sekali lagi, versi KJV telah diubahsuai dalam hal ini kerana hanya Kristus seorang saja yang menjadi penengah dan wang tebusan. Versi RSV lebih konsisten.
Ayub 33:23-26 Jikalau di sampingnya ada malaikat, penengah, satu di antara seribu, untuk menyatakan jalan yang benar kepada manusia, 24 maka Ia akan mengasihaninya dengan berfirman: Lepaskan dia, supaya jangan ia turun ke liang kubur; uang tebusan telah Kuperoleh. 25 Tubuhnya mengalami kesegaran seorang pemuda, ia seperti pada masa mudanya. 26 Ia berdoa kepada Allah, dan Allah berkenan menerimanya; ia akan memandang wajah-Nya dengan bersorak-sorai, dan Allah mengembalikan kebenaran kepada manusia. (RSV)
Kejadian 48:15-16 juga menunjukkan bahawa elohim atau Tuhan Yakub merupakan Malaikat Pelepasan/Keselamatan.
Kejadian 48:15-16 Sesudah itu diberkatinyalah Yusuf, katanya: "Nenekku dan ayahku, Abraham dan Ishak, telah hidup di hadapan Allah; Allah itu, sebagai Allah yang telah menjadi gembalaku selama hidupku sampai sekarang, 16 dan sebagai Malaikat yang telah melepaskan aku dari segala bahaya, Dialah kiranya yang memberkati orang-orang muda ini, sehingga namaku serta nama nenek dan bapaku, Abraham dan Ishak, termasyhur oleh karena mereka dan sehingga mereka bertambah-tambah menjadi jumlah yang besar di bumi."
Tugas Pelepasan atau Keselamatan ini adalah bidang tugas Kristus. Mesias merupakan calon pasti bagi tugasan ini. Oleh itu Mesias pastinya pra-wujud sebagai Malaikat Pelepasan dan elohim Yakub atau Israel (rujuk Mazmur 45:6-7 dan Ibrani 1:8-9). Walau siapapun elohim ini, ia bukannya Eloah.
Di dalam Kejadian 7:16, kita lihat bagaimana elohim ini memberi perintah kepada Musa. Juga Yahovah telah menutup Nuh serta keluarganya di dalam bahtera itu. Yahovah elohim-lah yang telah berbicara dengan Adam di dalam Kejadian 3:8.
Ulangan 32:8-9 menunjukkan bahawa Israel telah diberikan oleh Allah Maha Tinggi kepada Yahovah sebagai bahagiannya. Teks ini telah diubah oleh Judaisme rabbinikal di dalam Teks Masoretik tidak lama selepas abad pertama. Pindaan ini dilihat di dalam KJV yang tertulis:
Ulangan 32:8-9 8 Ketika Sang Mahatinggi membagi-bagikan milik pusaka kepada bangsa-bangsa, ketika Ia memisah-misah anak-anak Adam, maka Ia menetapkan wilayah bangsa-bangsa menurut bilangan anak-anak Israel. 9 Tetapi bagian TUHAN ialah umat-Nya, Yakub ialah milik yang ditetapkan bagi-Nya.
TUHAN di sini dalam perkataan asalnya adalah Yahovah dan dia telah diberikan Israel sebagai bahagiannya oleh Allah Maha Tinggi.
Dengan itu kita telah buktikan dengan jelas bahawa Perjanjian Baru menyatakan daripada kata-kata Kristus serta rasul-rasul bermula dari Yohanes Pembaptis seterusnya bahawa Kristus adalah pra-wujud. Jelasnya, dia telah berkata (Yohanes 8:58) bahawa sebelum Abraham jadi, Aku telah ada. Ini merupakan deklarasi pra-kewujudannya. Ini juga telah diambil kira sebagai deklarasi keilahiannya. Adakah dia Tuhan atau adakah dia seorang malaikat atau adakah dia kedua-duanya sekali? Jawabnya adalah dia kedua-duanya sekali sepertimana yang akan kita lihat. Jika dia kedua-duanya, bagaimanakah ini terjadi?
Masalahnya, yang akan kita lihat nanti, terletak di dalam bahasa Inggerisnya dan bukan Ibrani. Bahasa Inggeris hanya mempunyai satu nama bagi Tuhan. Bahasa Ibrani pula mempunyai beberapa nama. Masalahnya juga terletak pada teologi para Trinitarian yang datangnya daripada teologi kafir kuno. Juga perkataan malaikat hanya sekadar bererti utusan. Dia merupakan seorang anak Tuhan yang mana terdapat ramai yang ada di bawah pimpinan Bintang-bintang Fajar (Ayub 1:6; 2:1; 38:4-7).
Lebih-lebih lagi, kita tahu bahawa sebilangan teks-teks merupakan pemalsuan semata-mata yang dibuat para Trinitarian. Contohnya adalah 1Timotius 3:16; 1Yohanes 5:7; dan juga tambahan-tambahan kepada teks-teks Alfa dan Omega awal di dalam buku Wahyu (rujuk karya Arche (Permulaan) Bagi Penciptaan Allah sebagai Alfa dan Omega [229] serta nota-nota kepada teks-teks di dalam Companion Bible).
Kita tahu daripada Perjanjian Lama bahawa Allah Maha Tinggi adalah Tuhan sebenar yang tunggal. Dia dipanggil Tuhan Semesta Alam. Dia dikenali sebagai Eloah. Jadi, Eloah merupakan nama singular bagi Tuhan di dalam bahasa Ibrani yang tidak mempunyai sebarang bentuk plural sekalipun. Kita tahu bahawa Eloah, selaku Tuhan sebenar tunggal yang singular, merupakan tumpuan penyembahan di dalam Bait Suci. Daripada Ayub 33:26, kita lihat bahawa Eloah adalah tumpuan bagi doa sembahyang.
Perbezaan ini dianggap sesuatu yang amat penting pada zaman pemulihan terakhir di bawah pimpinan Ezra dan Nehemia. Buku Ezra bersusah-payah menunjukkan fungsi dan tempat Tuhan yang dinyatakan Alkitab. Nama Tuhan sebenar yang satu adalah Eloah, dan inilah nama dengan mana dia dikenalipasti apabila Pentateuch ditulis kerana gelaran Eloah muncul beberapa kali di dalam buku Ayub. Buku Ayub nampaknya telah ditulis oleh Musa sebagai salah satu daripada kitab-kitab terawal Alkitab.
Amsal menunjukkan bahawa nama Tuhan sebenar yang tunggal adalah Eloah daripada Amsal 30:4-5. Ia bertanyakan suatu pertanyaan retorikal mengenai nama itu dan membezakan anaknya daripada makhluk ini di dalam ayat yang sama. Kemudiannya nama Eloah diberikan di dalam ayat seterusnya.
Ezra menunjukkan bahawa Eloah adalah Tuhan Bait Suci. Dari Ezra 4:23 hingga Ezra 7:26, kita diperlihatkan dengan fungsi serta hubungan Tuhan kepada BaitNya. Bait itu adalah Rumah Eloah dan bukannya Elohim. Kumpulan elohim ADALAH rumah Eloah, dan ini adalah tujuan serta perwakilan simbolik Bait Suci itu (rujuk 1Korintus 3:17). Para nabi bernubuat di dalam nama Eloah Israel (Ezra 5:1). Zerubabel telah bangkit dan membangunkan Rumah Eloah bersama-sama dengan para nabi Eloah yang membantunya (Ezra 5:2). Dia adalah Eloah yang maha besar (Ezra 5:8). Dia adalah Eloah langit dan bumi dan kita adalah hamba-hambanya (Ezra 5:11). Para bapa kita telah membangkitkan kemurkaan Eloah semesta langit (Ezra 5:12).
Perkakas-perkakasnya adalah daripada Rumah Eloah (Ezra 5:14), yang berada di Yerusalem (Ezra 5:15, 17; 6:3). Perkakas-perkakas Bait Salomo juga adalah milik Eloah dan semuanya telah dirampas oleh Nebukadnezar dan dipulihkan kembali kepada Bait Suci Kedua (Ezra 6:5) yang dibina untuk menggantinya (Ezra 6:7). Korban-korban bakaran dibuat untuk Eloah semesta langit oleh para imamNya (Ezra 6:9-10). Eloah telah membuatkan namaNya tinggal di situ (Ezra 6:12). Daripada Ezra 6:13-22 kita lihat bahawa Rumah Eloah dibangunkan bagi Dia. Perayaan Roti Tanpa Ragi telah dilangsungkan di situ untuk Dia dan para imam ditetapkan di dalam divisi mereka untuk melayani Dia sepertimana tertulis di dalam buku Musa (Ezra 6:18). Mereka memelihara Paskah pada hari keempat belas bulan pertama (Ezra 6:19). Hukum itu adalah Hukum Eloah (Ezra 7:14) dan Ezra merupakan seorang ahli Taurat Hukum Eloah (Ezra 7:12). Persembahan-persembahan serta permohonan-permohonan juga ditujukan kepada Eloah (Ezra 7:14-16).
Kehendak Dialah, Kehendak Eloah, yang berkekalan (Ezra 7:18) selaku Eloah semesta langit (Ezra 7:12). Eloah semesta langit yang memberikan perintah (Ezra 7:23). Para pemimpin ditetapkan di dalam nama Dia dan menghakimi menurut hukum-hukumNya, dan mereka yang tidak menurut akan diadili dengan cepat (Ezra 7:25-26).
Kerana sebab itulah, mereka yang bertindak
di dalam namaNya sebagai hakim-hakimNya, sama ada rohani ataupun fizikal,
dipanggil elohim kerana mereka adalah
plural sebagai suatu kumpulan yang
bertindak menurut kehendak Eloah. Telah tercatat: Janganlah engkau mengutuki Allah [elohim] dan janganlah engkau
menyumpahi seorang pemuka di tengah-tengah bangsamu. (Keluaran 22:28).
Teks-teks ini menunjukkan hubungan antara Eloah dengan elohimNya. Dia adalah Bapa manakala mereka adalah anak-anakNya (Ayub 1:6; 2:1) termasuklah Iblis. Disebabkan hukum inilah, Mikhael tidak menghujat Iblis ketika bergelut untuk mendapatkan mayat Musa tetapi sebaliknya berkata: Kiranya Tuhan menghardik engkau! (rujuk Yudas 9).
Istilah bapa dan anak-anak adalah berdasarkan pada suatu hubungan di mana satu pihak timbul daripada pihak yang satu lagi yang singular di dalam perhubungannya. Fakta ini difahami semua di zaman kuno. Perhubungan ini adalah perhubungan keluarga. Itulah sebabnya kenapa Mesias boleh dijadikan seorang bapa kekal daripada Yesaya 9:6 sebagai Malaikat Penasihat Ajaib (LXX). Terdapat banyak kebapaan atau keluarga di syurga dan bumi (Efesus 3:15). Jadi mengatakan bahawa Alkitab tidak menyarankan bahawa Tuhan adalah suatu keluarga makhluk-makhluk sebagai elohim adalah suatu pemesongan besar. Seluruh struktur Alkitab adalah berdasarkan pada hubungan keluarga itu dan seluruh struktur hukum itu dari hukum pertama hingga kesepuluh adalah berdasarkan pada Keluarga Tuhan. Bukankah kita semua mempunyai satu Bapa, bukankah satu Tuhan mencipta kita semua? (Maleakhi 2:10).
Shema adalah berdasarkan pada Yahovah Elohenu. Tuhan telah mengatakan dan telah menyampaikannya melalui Musa bahawa: Aku akan jadi apa yang akan Aku jadi (Keluaran 3:14, rujuk nota kaki kepada Oxford Annotated RSV). Eloah sedang menjadi elohim. Dia sedang menjadi semua di dalam semua (Efesus 4:6). Keistimewaan ini juga dilihat di dalam bahasa Kasdim (Chaldee). Eloah adalah Elahh di dalam bahasa itu. Elohim adalah Elahhin. Nama Elahh menjadi asas kepada gelaran bahasa Arab Allah’h. Ini merupakan isu asas yang terbabit di dalam pengakuan pertama akan iman di dalam Islam: Tidak ada Allah’h [Eloah] melainkan Allah’h [Eloah]. Para elohim, kesemuanya, terbit daripada Eloah yang satu-satunya adalah Eloah Besar semesta langit, Elyon atau Maha Tinggi. Istilah Allah’h cuma digunakan di dalam Islam sahaja kerana ia tidak mempunyai maksud plural sama sekali, dan mengecualikan Kristus serta elohim Angkatan surgawi daripada posisi Tuhan sebenar yang tunggal.
Malaikat Yahovah merupakan seorang makhluk elohim yang dilantik oleh Eloah. Kita semua akan menjadi elohim seperti Malaikat Yahovah yang mengetuai kita (Zakharia 12:8). Fakta ini difahami oleh jemaat awal yang mengisytiharkan pra-kewujudan Kristus serta menyatakan bahawa kita akan menjadi theoi. Paulus mengatakan bahawa terdapat ramai ‘allah’ atau theoi (theoi polloi) dan ramai tuhan, sama ada di syurga atau bumi (1 Korintus 8:5). (Inilah asalnya istilah bahasa Inggeris the hoi polloi). Oleh kerana kesemua angkatan surgawi yang telah jatuh sudahpun dihadkan kepada bumi pada ketika Paulus berkata demikian, pastinya dia berkata-kata mengenai Angkatan Surgawi yang setia. Perkataan theoi merupakan bentuk plural Yunani bagi perkataan theos atau Tuhan. Ini merupakan pembezaan Eloah/elohim itu tetapi dalam bahasa Yunani, satu lagi masalah telah ditimbulkan di dalam tatabahasanya. Dengan itu, artikel definitnya telah digunakan bagi Tuhan dan gelaran theos telah digunakan bagi suatu elohim singular, contohnya Yesus Kristus atau Iblis. (bandingkan: Paulus menyebut Iblis sebagai theos dunia ini yang bermaksud elohim dunia ini (2Korintus 4:4)). Pandangan mengenai terdapatnya perbezaan antara rujukan-rujukan elohim atau theos di dalam Alkitab (dan juga pandangan bahawa kita semua akan menjadi theoi) telah dibawa daripada Yohanes kepada Polycarp, Polycrates dan murid-murid kepada Eropah dengan Irenaeus (rujuk karya Teologi Awal Tentang Ketuhanan [127]).
Jemaat faham tentang konsep ini di dalam Reformasi, dan rujukan dibuat kepada hujah ini dan apa yang digelar golongan Socinian di dalam nota kaki Komentari Heydock 1851 kepada Alkitab Katolik Douay yang tersebar di kalangan masyarakat UK dan masyarakat yang berbicara bahasa Inggeris secara amnya. Hanya Ha Elohim atau Ho Theos yang merupakan Tuhan sebenar yang tunggal.
Dengan itulah, daripada gelaran singular Eloah ini kita dapatkan perkataan elohim. Perkataan plural elohim digunakan bagi suatu sidang majlis sepertimana kita lihat di dalam Mazmur (rujuk struktur di dalam Pernyataan Kepercayaan-kepercayaan Iman Kristian [A1] CCG, edisi 4, 1996, mukasurat 2-6, 12, 27; dan juga karya Yosua, Mesias, Anak Tuhan [134]).
Alkitab jelas menunjukkan bahawa elohim subordinat yang dimaksudkan oleh Mazmur 45:6-7 adalah Yesus Kristus (rujuk Ibrani 1:8-9). Hosea jelas bahawa elohim tersebut adalah malaikat yang telah bergumul dengan Yakub (Hosea 12:3-4). Kita juga tahu bahawa malaikat ini adalah elohim yang mengepalai keluarga Daud (Zakharia 12:8) (rujuk karya Umat-umat Pilihan Sebagai Elohim [001]). Kita tahu bahawa dia dipanggil Yahovah dan telah diutus kepada Israel oleh Yahovah Semesta Alam yang merupakan Tuhan Maha Tinggi (rujuk Zakharia 2:3-11).
Jadi, kita ada dua Yahovah di mana satu daripadanya adalah seorang makhluk subordinat yang dilantik oleh yang satu lagi, dan kedua-duanya adalah elohim. Kita juga lihat daripada Zakharia 12:8 bahawa kita akan menjadi elohim sepertimana kita lihat daripada Mazmur 82:6. Logiknya di sini mudah sahaja. Terdapat pelbagai elohim tetapi hanya ada satu Eloah sahaja dari mana asalnya perkataan elohim itu. Gelaran elohim jelas sekali telah dipakai bagi seorang makhluk yang digelar Malaikat Tuhan yang telah bergumul dengan Yakub atau Malaikat Hadirat yang hadir di Sinai dan yang telah berbicara dengan Musa. Malaikat Tuhan merupakan elohim yang telah berbicara dengan Abraham di dalam Kejadian 22:1-11.
Kita juga tahu bahawa gelaran Yahovah itu digunakan bagi lebih daripada satu makhluk sepertimana yang kita lihat daripada ucapan alu-aluan Abraham kepada malaikat-malaikat yang telah datang untuk menangani Sodom (Kejadian 18:2 dan seterusnya). Di sini, ketiga-tiga makhluk tersebut, yang dicatatkan sebagai orang di dalam bahasa Inggeris, adalah elohim. Teks di dalam bahasa Ibraninya sebenarnya berkata: maka tiga orang [‘enowshim atau manusia] kelihatan berdiri di depannya. Dia berlari kepada mereka dan memanggil mereka sebagai adoni (Kejadian 18:2-3; bandingkan dengan Alkitab Green’s Interlinear). Alkitab jelas mengenalpasti tiga makhluk ini sebagai adoni iaitu satu gelaran yang diberikan kepada orang lain secara ringkasnya sebagai Tuan (contohnya Sara memanggil Abraham). Semuanya adalah malaikat dan tiada antaranya yang merupakan Allah Bapa, yang tidak pernah dilihat orang. Namun, teks-teks asalnya juga menunjukkan bagaimana mereka dipanggil sebagai Yahovah di dalam Kejadian 18:27,30,32 iaitu tiga daripada 134 ayat di dalam Perjanjian Lama yang telah diubah teks oleh golongan Sopherim sehingga berbunyi Adonai.
Salah satu daripada makhluk-makhluk ini kemungkinan sekali adalah Yesus Kristus tetapi yang dua lagi juga merupakan makhluk-makhluk ilahi. Makhluk-makhluk ini semuanya dikenali sebagai Yahovah dan dari situ sebagai elohim seperti yang kita akan lihat nanti, dan hal ini sengaja disalahfaham oleh para Trinitarian dan Judaisme rabinikal di dalam Teks Masoretik (MT) dan seterusnya KJV demi menyamarkan perkara itu.
Seluruh struktur Malaikat Yahovah ini dibincangkan didalam karya Malaikat YHVH [024].
Shema juga telah disalahgunakan sebagaimana Shema Y’isroel Yahovah Elohenu Yahovah Echad. Perkataan elohenu ditulis dan diakui sebagai Elohim, sekali lagi oleh para Trinitarian atau Binitarian berdasarkan pada cara pemikiran salah yang sama seperti yang ditemui di dalam aplikasi teks-teks yang lain itu. Atas sebab yang sama, ‘echad di sini ditafsirkan sebagai bersatu dan bukannya perkataan ordinalnya iaitu pertama yang membawa maksud sendiri atau semua sekali, dalam perkaitannya dengan sebilangan entiti-entiti (rujuk Strongs HD No. 259, juga lihat karya Yosua, Mesias, Anak Tuhan [134]).
Alkitab cukup jelas bahawa ada satu Tuhan sebenar yang tunggal yang merupakan Tuhan Maha Tinggi – Dialah Yahovah Semesta Alam yang juga digelar sebagai Yahovih (SHD 3069). Yahovah merupakan elohim subordinat Israel yang juga adalah Malaikat Tuhan.
Elohim adalah perkataan plural yang diaplikasikan kepada anak-anak Tuhan demi melanjutkan kapasiti sebagai Tuhan kepada anak-anakNya. Dengan cara ini kita menjadi elohim namun tidak akan dapat menjadi Eloah yang singular itu. Terdapat sekurang-kurangnya tiga makhluk yang digelar sebagai Yahovah di dalam Perjanjian Lama pada masa yang sama, dan tiada antara mereka yang merupakan Eloah atau Tuhan Maha Tinggi. Ketiga-tiga makhluk ini juga disebutkan sebagai malaikat-malaikat di dalam pemusnahan kota Sodom. Ketika Abraham dan Lot berbicara dengan mereka, mereka juga dipanggil sebagai Yahovah, dan Sopherim telah mengubah teks-teks tersebut di dalam Kejadian 18: 27, 30,32 dan 19:18, 24 (ada 134 tempat semuanya) daripada Yahovah kepada Adonai untuk menyembunyikan hakikat terdapatnya pelbagai Yahovah. Malaikat-malaikat ini dikenalpasti sebagai Yahovah dan Adonai dan elohim dan malaikat-malaikat semuanya pada masa yang sama oleh para bapa dan nabi. Kejadian 19:24 menunjukkan bagaimana gelaran Yahovah digunakan bagi dua Yahovah:
Kemudian TUHAN [Yahovah] menurunkan hujan belerang dan api atas Sodom dan Gomora, berasal dari TUHAN [Yahovah], dari langit; (bandingkan dengan kami pada ayat 13).
Logik Alkitab mudah sahaja. Ada seorang Tuhan sebenar yang tunggal dan Dia telah mengutus Yesus Kristus (Yohanes 17:3). Tuhan sebenar yang tunggal ini adalah satu-satunya Tuhan. Dia berdiam di dalam terang yang tidak dapat didekati. Tiada seorangpun yang pernah melihat mahupun akan melihat Dia, dan tiada seorangpun yang pernah mendengar suaraNya pada bila-bila masapun (Yohanes 1:18, 5:37; 1Timotius 6:16). Satu-satunya tuhan yang dilahirkan (monogenies theos atau elohi (rujuk Marshall’s Interlinear dan juga teks Aramaik di dalam Peshitta)) mengisytiharkan (atau berbicara; perkataan Dia telah ditambah kepada teks bahasa Inggerisnya). Jadi boleh disimpulkan dari situ bahawa Kristus dan para rasul telah mengatakan bahawa tiada seorangpun yang pernah melihat mahupun mendengar Eloah (atau Ha Elohim) walau sekalipun, dan sesiapa yang pernah muncul di hadapan para nabi tidak mungkin adalah makhluk yang dikenali sebagai Eloah atau Tuhan sebenar yang tunggal.
Makhluk yang dikenali sebagai Yahovah-elohim pula sebaliknya, memang telah menampakkan dirinya kepada manusia dan berbicara dengan mereka semenjak dari Taman Eden lagi. Dia juga berbicara secara plural mengenai elohim (rujuk karya Doktrin Dosa Asal Bahagian 1 Taman Eden [246]).
Secara logiknya, tidak boleh dinafikan lagi bahawa makhluk ini tidak mungkin adalah Tuhan Maha Tinggi (Elyon) atau Eloah. Nama makhluk ini iaitu Yahovah-elohim juga membawakan konsep plural elohim. Jadi, kecualilah Musa, para pemazmur, Kristus, Yohanes dan Paulus merupakan penipu besar, terdapat pelbagai elohim. Fakta ini juga kita tahu daripada teks-teks Ibrani di mana elohim merupakan suatu istilah plural yang umum. Makhluk-makhluk ini bukanlah Tuhan sebenar yang tunggal.
Tidak boleh diragukan lagi bahawa Kristus dikenalpasti sebagai Malaikat Tuhan atau Malaikat Hadirat yang telah berbicara dengan Musa dan yang telah memberikan hukum itu di Sinai. Dia juga merupakan malaikat yang sebagai elohim telah bergumul dengan Yakub dan menyelamatkan Hagar sebagai Tuhan yang melihat (rujuk Kejadian 21:17; Kejadian 16:7-13). Dia merupakan Malaikat Pelepasan/Penyelamat daripada Kejadian 48:15-16 dan juga Tebusan serta Penengah daripada Ayub 33:23-26. Seperti itu juga, makhluk ini adalah Tuhan bagi Rumah Tuhan atau El Bethel. Juga tidak boleh disangkal lagi bahawa istilah-istilah elohim, yahovah dan adonai adalah plural dan digunakan bagi pelbagai makhluk yang bukan merupakan Tuhan sebenar yang satu dan yang juga digambarkan sebagai malaikat-malaikat. Logiknya juga tidak boleh dinafikan bahawa, kalaulah Kristus bukan salah seorang daripada makhluk-makhluk ini, maka istilah ini diaplikasikan kepada lebih ramai makhluk dan bukannya kurang. Namun begitu, nampaknya tidak mungkin bahawa Kristus bukan salah seorang daripada para malaikat Perjanjian Lama berdasarkan pada kesaksian berulang-kali teks Perjanjian Baru.
Dia telah diutus oleh Yahovah Semesta Alam untuk menyelamatkan Sion. Malaikat yang menyampaikan nubuatan kepada Zakharia mengatakan dengan jelas bahawa dialah yang telah diutus oleh Tuhan Semesta Alam untuk menebus Sion dan dialah juga yang telah diutus kepada para bangsa untuk menghancurkan mereka. Aktiviti ini, daripada Wahyu dan Kitab-kitab Injil, adalah tanggungjawab Mesias. Makhluk ini yang berbicara menurut perintah daripada Tuhan Semesta Alam hanya mungkin adalah Mesias yang pra-wujud ataupun dua makhluk diberikan tanggungjawab ini sedangkan Wahyu nampaknya membahagikannya kepada Mesias.
Begitu juga, Panglima Bala Tentera Tuhan atau Panglima Angkatan Surgawi yang telah berbicara dengan Yosua, berada pada posisi yang kita bagikan kepada Kristus dan seluruh cerita Kejatuhan Yerikho membayangi kedatangan kembali Mesias di masa hadapan serta pemulihan dan penundukan para bangsa di bawah Mesias seperti yang kita lihat di dalam cerita Wahyu (rujuk karya Kejatuhan Kota Yerikho [142]).
Dengan itu, Kristus bukan saja pra-wujud, tetapi dia juga merupakan elohim atau Elohi kepada Israel, sebagai Yahovah, yang diutus oleh Yahovih atau Yahovah Semesta Alam, Elyon atau Tuhan yang Maha Tinggi. Makhluk ini, iaitu Tuhan sebenar yang tunggal, adalah Eloah. Dia adalah tujuan penyembahan di dalam Bait Suci sebagai HaElohim atau Elohim itu atau Tuhan. Kristus bukanlah Tuhan sebenar yang satu. Hanya makhluk ini, Eloah (Elahh bagi orang-orang Kasdim dan Allah’h bagi Islam) yang kekal abadi bersendirian, tanpa sesiapapun yang setara atau wujud bersama dengan Dia (rujuk karya Teologi Awal Tentang Ketuhanan [127]). Ha Elohim (Elohim itu) adalah Eloah. Dialah Tuhan kepada Mesias dan dia telah melantik Mesias serta mengurapinya sebagai elohim dengan minyak kesukaan melebihi teman-teman sekutunya (rujuk Mazmur 45:6-7; Ibrani 1:8-9) dan Kristus taat setia kepada dia yang menjadikannya (rujuk Ibrani 3:2 versi Marshall’s Greek English Interlinear RSV).
Pernyataan kepercayaan jemaat awal boleh disimpulkan dengan baik sekali di dalam Creed (Pegangan agama) biskop Ulfilas dari golongan Goth (341-381) yang serba ringkas. Orang-orang ini telah lama berpegang pada kepercayaan ini sebelumpun Nicaea, dan kepercayaan ini dipegang oleh jemaat awal dari Yohanes hinggalah Irenaeus (rujuk Menentang Heresi ANF vol. 1). Ia menerangkan dengan jelas apa yang Tomas katakan.
Creed [381] Ulfilas, Biskop Orang-orang Goth, 341-81
Daripada A, Hahn, Symbole, 3 198:
Aku, Ulfilas, biskop dan pengaku, telah sentiasa percaya sedemikian, dan di dalam iman benar yang satu ini aku nyatakan pengakuanku di hadapan Tuhan aku: Aku percaya adanya satu Tuhan, Bapa, yang tunggal tidak dilahirkan dan tidak kelihatan, dan aku percaya pada AnakNya yang satu-satunya dilahirkan, Tuan dan Tuhan kita, Pencipta dan Pereka seluruh penciptaan, dan tiada seorangpun yang seperti Dia – maka terdapat satu Tuhan saja kepada segalanya, yang juga adalah Tuhan kepada Tuhan kita – dan di dalam satu Roh Kudus, suatu kuasa yang memberi terang serta menguduskan – (sepertimana Kristus katakan kepada para RasulNya: “Lihatlah, aku utuskan janji Bapaku kepadamu; tetapi tinggallah di dalam kota Yerusalem sehingga kamu dipakaikan dengan kuasa dari syurga.” Dan lagi; “Dan kamu akan memperolehi kuasa yang akan diturunkan kepadamu melalui Roh Kudus”) – bukan [Raja, tetapi] tunduk dan taat setia di dalam segala hal kepada Tuhan dan Bapa[nya] …melalui Kristus…di dalam Roh Kudus. – C.A.A. Scott, Ulfilas, 109
Malang sekali kerana kesilapan-kesilapan sudahpun mula masuk ke dalam iman ini di sini dan Ulfilas nampaknya telah mengubahsuai Alkitab serta menyingkir buku Raja-raja kerana ia terlalu mengisahkan peperangan (rujuk B. Lehane, Early Celtic Christianity, Constable London, 1994, muka 176).
Creed ini adalah berdasarkan pada teologi yang digambarkan di dalam Mazmur 45:6-7 dan Ibrani 1:8-9. Ianya dipegang oleh para apologis awal seperti Irenaeus di Lyons pada abad kedua. Teologi ini dipegang oleh orang-orang Goth, Vandal, Alan, Suevi, Heruli, Briton, Lombard, Jerman, dan kesemua suku kaum sebelah utara yang berpunca daripada ajaran-ajaran ahli-ahli teologi serta murid-murid para rasul yang berabad lamanya sebelum Sidang Nicaea pada 325 TM, di mana ramai daripada biskop-biskop ini hadir. Heresi (atau penyimpangan ajaran) Binitarianisme telah bermula daripada Sidang ini. Pada 381, Trinitas telah diumumkan di Constantinople yang berasal daripada teologi golongan Cappadocia iaitu Basil, Gregory dari Nyssa dan Gregory dari Nazianzus. Pembinasaan iman ini oleh orang-orang Yunani serta Rom telah bermula. Para Trinitarian dengan tidak ikhlas telah salah melabelkan pegangan ini sebagai Arianisme demi menjadikan doktrin mereka seolah-olah lebih awal dan doktrin ini berpunca dari Arius pada abad keempat. Para Trinitarian kemudiannya melabelkan doktrin Unitarian subordinationis daripada Arius (Arianisme) dan kemudiannya Eusebius dari Nicomedia (Eusebianisme) dan biskop-biskop lain yang lebih tua daripada Arius (yang tidakpun hadir di Nicaea, dan telah hanya dipanggil ke situ untuk nasihat mengenai logik), sebagai berpegangan bahawa Roh adalah ciptaan anak sedangkan ini adalah doktrin Filioque yang diajukan oleh Sidang Toledo oleh golongan Katolik sendiri pada abad keenam. Orang-orang Yunani sekalipun telah menolak pandangan itu. Mereka yang melabelkan pandangan ini sebagai Arian adalah sama ada sengaja tidak ikhlas ataupun tidak mempunyai pemahaman yang cukup tentang apa yang mereka katakan.
Orang kita di dalam jemaat telah memegang creed kuno ini selama dua ribu tahun dan ramai telah mati kerana kepercayaan ini dan kebenaran (rujuk karya Peranan Hukum Keempat di dalam Jemaat-jemaat Tuhan Pemelihara Sabat dalam Sejarah [170]).
Kita telah diserang dan dikompromi kerana ini, namun tidak sehebat pada abad kedua puluh. Jemaat demi jemaat, dalam setiap keadaan, atas perintah para pemimpinnya telah mengkompromikan iman itu walaupun tanpa apa-apa penganiayaan sebenar dan hanya agar mereka diterima secara sosial.
Bagi jemaat, Kristus yang pra-wujud bukanlah Tuhan Sebenar yang Tunggal. Dr. Samuel Kohn mengatakan:
Doktrin asal Sabatarianisme berpunca daripada pengisytiharan Yahudi dan/atau Unitarian akan kepercayaan di dalam satu Tuhan saja.
Prinsip iman sebenar yang pertama dan tertinggi sekali adalah
Agar kamu percaya kepada satu Tuhan sahaja (Die Sabbatharier in Siebenburgen bab10, muka [47]).
Karya ini telahpun diterjemahkan kepada bahasa Inggeris (lihat karya Para Pemelihara Sabat di Transylvania [B3], CCG Publishing 1998; ia merupakan pembacaan yang disarankan bagi menunjukkan sejarah posisi jemaat. Penolakan doktrin pra-kewujudan Yesus Kristus nampaknya tidak pernah menjadi doktrin bagi jemaat-jemaat sentral pemelihara Sabat selama abad-abad yang sudah.
Asas Falsafah dan Logik kepada Pra-kewujudan Kristus
Penyangkalan pra-kewujudan Kristus, walaupun kenampakan ganjil sekali, adalah sebenarnya satu lagi aspek doktrin-doktrin kafir yang terkandung di dalam pemujaan dewa Attis, di dalam bentuk Binitariannya, di mana anak itu hanya merupakan suatu aspek tuhan tersebut yang beraposisi dengan aspek sebagai Bapa. Ianya cuma suatu pengubahsuaian kepada doktrin-doktrin yang telah mewujudkan Trinitarianisme pada asalnya, sungguhpun ia nampaknya benar-benar bertentangan dengannya.
Posisi Alkitab adalah bahawa Kristus, sebagai salah seorang daripada angkatan elohim, telah mengosongkan dirinya dan kembali kepada Tuhan, yang kemudiannya telah menempatkannya di dalam rahim dalam bentuk manusia.
Iblis serta seluruh Angkatan surgawi boleh melakukannya, tetapi Iblis telah memilih untuk merebut kesetaraan dengan Tuhan dan bukannya dengan taat setia. Kerana itu, Kristus perlu menunjukkan logik rencana Tuhan di dalam bentuk langsung.
Para iblis setan telah menekankan Trinitas sejak dari permulaan, di dalam penyembahan Tuhan Triune atau Bertiga. Mereka menolak bahawa Kristus bukan sekadar suatu aspek Tuhan, kerana perlu bagi mereka menutupi kepalsuan mereka sendiri. Penipuan ini tertumpu kepada takdir kita sendiri. Kita akan menjadi elohim seperti malaikat Yahovah yang mengepalai kita (Zakharia 12:8). Untuk membuktikan fakta ini, Kristus sebagai Malaikat Yahovah, secara sukarela telah kembali kepada Tuhan dan mengambil bentuk manusia menurut perintahNya. Tindakan ini juga menunjukkan bagaimana kita akan kembali kepada Tuhan, dan diberikan tubuh badan yang baru di dalam Kebangkitan itu, namun masih lagi merupakan entiti yang sama. Aspek ini, dengan sendirinya, menunjukkan kuasa Tuhan.
Dengan cara yang sama, para iblis akan dibawa turun ke dalam lubang kubur dan mati, dan kembali kepada Tuhan serta dibangkitkan sebagai manusia di dalam kebangkitan kedua itu, di mana mereka akan diajar semula. Penolakan terhadap hal ini iaitu kebolehan untuk para malaikat dibawa turun ke dalam liang kubur dan mati seperti manusia (rujuk Yesaya bab 14 dan Yehezkiel bab 28) adalah suatu pembatasan Kemahakuasaan Tuhan. Ianya penipuan iblis semata-mata. Trinitas merupakan suatu penipuan yang direka khas untuk menentang kebolehan umat-umat pilihan untuk menjadi elohim atau tuhan-tuhan sepertimana dengan Kristus. Penyangkalan pra-kewujudan Kristus dibuat untuk menutup penipuan yang sama daripada sudut pandangan yang satu lagi, sebagai satu rayuan iblis secara alternatif di dalam pemikiran manusia. Ini membawa kepada Buddhisme dan Teologi Proses moden, yang menyatakan bahawa kita semua adalah aspek-aspek idea di dalam pemikiran Tuhan dan kerana itu adalah kekal abadi seperti Tuhan yang ada di dalam segalanya.
Mekanisme dengan mana Kristus melepaskan bentuk tuhannya dan menjadi manusia, merupakan mekanisme yang sama di bawah kuasa Tuhan dengan mana kita akan dibangkitkan dan menjadi elohim atau theoi, iaitu tuhan-tuhan subordinat, sebagai anak-anak kepada Eloah iaitu Tuhan sebenar yang tunggal.
Menyangkal pra-kewujudan Kristus, bermakna menyangkal kebolehan untuk para malaikat dibawa turun ke dalam liang kubur dan dibangkitkan. Ianya cuba meletakkan Kristus pada tahap yang berasingan dan secara efektifnya menyangkal kebolehan manusia untuk menjadi pewaris-pewaris bersama dengan Kristus, dan juga bagi Tuhan menjadi semua di dalam semua.
Hujah bahawa Kristus semestinya adalah Allah barulah dia dapat menebus dosa-dosa manusia, adalah karut falsafah semata-mata, yang berpunca daripada batas linguistik bahasa Yunani klasik kuno, yang tidak mempunyai perkataan bagi agape iaitu kasih Tuhan, dan telah meminjam perkataan Ibrani itu (rujuk karya Tujuan Penciptaan dan Pengorbanan Kristus [160]).
Kristus perlu menunjukkan bahawa dia layak untuk menjadi Imam Besar bagi Angkatan Surgawi melalui pengorbanannya yang tidak mementingkan diri sendiri. Kristus seharusnya adalah daripada golongan angkatan surgawi ini untuk melakukan semua itu. Manusia berkorban tanpa mementingkan diri untuk sesama sendiri pada setiap masa. Jika Kristus bukan seorang anggota pra-wujud Angkatan surgawi ini, maka peranan itu sudah tentu harus diambil oleh salah seorang daripada golongan ini, contohnya Gabriel. Itu adalah salah satu daripada premis dengan mana Iblis dihakimi di pencubaan gurun itu, selepas pembaptisan Kristus.
Kristus menjadi manusia melalui proses dan urutan yang sama dengan mana kita akan menjadi tuhan-tuhan. Dia telah turun, mati, dibangkitkan dan kembali semula dengan penuh taat melalui kuasa Roh Kudus serta Kemahakuasaan dan sifat Maha Mengetahui Tuhan Maha Besar, Eloah, Bapa kita, dan Tuhan Sebenar yang Tunggal.
q