Jemaat-jemaat Allah Al Masehi
No. 247
Lagu Pujian dalam Kebaktian Kristian
(Edisi 1.0 19980424-19980424)
Karya ini adalah komentar terhadap Kata Pengantar kepada karya Joseph Stennett, Hymns for the Lord’s Supper. Ia meneliti sejarah penggunaan lagu pujian dalam Jemaat-jemaat orang berbahasa Inggeris yang memelihara Sabat dan dasar alkitabiah tentang menyanyi lagu pujian bukan sahaja dalam Perjamuan Kudus tetapi juga dalam aplikasi umumnya. Ia menunjukkan penyusupan yang tersembunyi dari sistem awal kebaktian orang yang memelihara Sabat dan teologi dari doktrin yang salah.
E-mail: secretary@ccg.org
(Hakcipta ã 1998 Dr Thomas McElwain)
(Tr. 2006)
Karya tulis ini boleh disalin semula dan didistribusikan secara bebas dengan syarat ia disalin semuanya tanpa apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat penerbit serta notis hakcipta harus disertakan. Sebarang bayaran tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima salinan yang didistribusikan. Petikan-petikan ringkas daripadanya boleh dimasukkan ke dalam artikel-artikel kritis dan karya ulasan tanpa melanggar undang-undang hakcipta.
Karya
ini boleh didapati daripada Internet di:
http://www.logon.org dan http://www.ccg.org
Kata
Pengantar kepada Karya Joseph Stennett,
Hymns for the Lord’s Supper
Mungkin satu daripada orang yang paling berpengaruh dalam perkembangan lagu dalam kurun yang kesebelas di England adalah Rev. Joseph Stennett (1663-1713). Dia melayani Jemaat Seventh-Day Baptist Pinner Hall sebaga pendetan selama 23 tahun terakhir hayatnya. Sewaktu naik ke atas mimbar pada 1690, satu daripada perkara pertama dia lakukan ialah menyerapkan praktik menyanyi lagu pujian oleh para jemaah. Pada mulanya, praktik ini terhad kepada upacara pembaptisan dan Perjamuan Kudus sahaja, tetapi Stennett sendiri penerbitkan lagu pujian bagi hari-hari Sabat dan juga bagi kegunaan lainnya.
Tidak ada bukti bahawa lagu lain selain dari lagu terbitan Stennet pernah dinyanyikan dalam jemaat-jemaat yang memelihara Sabat di London dalam kurun yang ketujuh belas. Dengan mempertimbangkan hal masa, seseorang mungkin menyimpulkan bahawa tidak ada praktik menyanyi sama sekali dalam jemaah Umum Baptish yang telah dikenali sebagai Mill Yard. Pinner Hall, satu jemaah Baptist yang khusus, mungkin telah mempraktikkan menyanyi kidung Mazmur daripada pendiriannya.
Justifikasi bagi penghindaran para jemaah dari menyanyi adalah bahawa, oleh kerana menyanyi adalah ekspresi dari iman, ia adalah bersifat hipokrit untuk menyanyikan lagu dalam jemaah umum yang mungkin melibatkan orang yang tidak mempunyai kepercayaan iman. Tentangan terhadap menyanyi sangat kuat dalam tahun 1690-an sehingga Stennett merujuknya dalam pengenalan kepada karya lagunya, dan malah sehingga menyuruh orang lain untuk menulis satu pembelaan berkenaan dengan praktik tersebut. Kedua-dua karya tulis tersebut muncul dalam kajian ini. Teks Kitab rujukan dalam catatan bawah dalam karya asalnya telah dipetik semula dalam teks didalam kurungan. Teks Alkitab dalam karya yang asal telah dipetik semula dalam bentuk yang biasa, sementara komentarnya adalah dalam bentuk italic. Saya telah mengekalkan bentuk italic ini di sepanjang karya, dan membuat komentar saya sendiri dalam bentuk teks yang biasa.
Tentangan tidak diketahui terhadap menyanyi lagu pujian oleh para jemaah yang muncul pada permulaan masa buku lagu Stennett mungkin merupakan satu daripada tentangan yang teliti dan dilakukan dengan jelas terhadap praktik tersebut. Seseorang mungkin menganggap Stennett telah menulisnya sendiri tetapi bukan kata-kata pujian terhadap penulis-lagu itu. Ianya bersikap tidak menghargai untuk menuntut bahawa Stennett memuji dirinya sendiri begitu tinggi walaupun dalam penyamaran. Lebih lagi, risalat ini telah diakhiri dengan puisi yang tidak brmutu, yang mana mustahil ianya ditulis oleh seorang pakar puisi berkualiti seperti Stennett.
Karya
pendeta dan ilmuan Encik. Joseph Stennett. Jil. IV. London: Dicetak pada tahun
M.DCC.XXXII, mukasurat 56-71.
…kasih
kepada kebenaran, dan salam yang murah hati kepada orang kristian yang serius
dan saleh, yang begitu bingung dengan keseganan terhadap perundangan tentang
menyanyi dalam kebaktian Allah, yang mana mereka mengabaikan bahagian kebaktian
yang sangat penting, membuatkan hati saya membutuhkan seorang sahabat yang
berkemampuan untuk membuat prefiks kepada buku lagu pujian tentang beberapa
perdebatan terhadap subjek ini, bersama dengan bahan yang telah memikat hati
saya, yang memberikan pernyataan bagaimana prasangka-prasangka terhadap hal
menyanyikan kidung pujian, &c.dirinya sendiri dahulu, telah dibuka.
Ianya jelas bahawa terdapat tentangan kuat terhadap menyanyi lagu pujian. Semestinya tentangan ini terdapat dalam Jemaat Pinner Hall, sekianya tidak ianya tidak perlu untuk menulis justifikasi tentang perkara ini. Tentangan ini datang terutamanya dari penganut Baptis Umum, yang mana pada masa itu seperti Quaker (kumpulan kristian anti-perang atau anti-sumpah) dalam liturgi (tata kebaktian) mereka.
Persahabatannya,
dan harapan yang saya usahakan untuk membuat dia memikirkan apa yang telah
menyakinkan dia, mungkin (dengan berkat Allah) mempunyai efek yang sama kepada
orang lain didalam keadaan yang sama, membuat dia tidak menolak permintaan
saya; walaupun dia tidak memberi hak kepada saya untuk menyebut namanya… Joseph
Stennett (mukasurat 56)
Kata Pengantar: Oleh tangan orang lain.
Saya
telah, atas permintaan dari penulis pendeta yang terhormat, menulis prefiks
bagi huraian pendek dalam buku lagu pujian berikut, dalam mempertahankan
praktik menyanyi untuk memuji Allah, sebagai sebahagian daripada kebaktian
orang kristian. Dan saya yang taat setia untuk menurut, kerana saya sendiri
pernah bekerja dibawah prejudis pelajaran yang bertentangan; sehingga
diyakinkan dari tugas saya yang dihormati, oleh wewenang yang tertinggi, yakni
tugas dari Kristus dan para rasulnya.
Referensi kepada prejudis dari pelajaran menunjukkan betapa dalamnya tentangan terhadap menyanyi lagu pujian. Ini adalah sebelum masa kebangkitan Metodis dan tradisi agung lagu pujian dari Wesleys, belum lagi menyebut tentang Isaak Watt, yang belum lagi muncul pada masa ini apabila Joseph Stennett menubuhkan praktik menyanyi lagu pujian di Pinner Hall.
Saya
tidak ragu akan mendapat sambutan dari orang-orang kristian yang mempunyai
sentimen yang berlainan. Saya hanya membicarakan perkara yang baik, tidak
bertujuan untuk mempersoalkan keadilan dalam apa juga perkara (mukasurat 58)
kepada mereka yang membaca kata pengantar ini, untuk berfikir ianya tidak
mustahil untuk mereka berbuat silap, dan juga rela untuk menerima kebenaran,
dalam segi apa sahaja persoalan ini akan muncul.
Penulis ini bertujuan untuk menggunakan kebenaran dan memohon kepada para pembaca untuk menyisikan prejudis dan rela untuk mengaku bahawa ianya tidak mustahil bahawa ideanya ini adalah salah. Satu cabaran yang hebat!
Seseorang
yang membaca perjanjian baru dengan teliti, harus menghayati satu penyebutan
berkali-kali tentang menyanyi kidung mazmur, dan tentang nyanyian pujian dan
lagu-lagu spiritual.
Para
evangelis (Mat 26, 30, Dan Markus 14, 126, Dan apabila mereka menyanyi lagu
pujian) Matius dan Markus telah memberitahu kita bahawa Juruselamat kita,
bersama dengan para muridnya telah menyanyi lagu pujian di penghujung Perjamuan
Kudus, kemudian menubuhkan ordinan tetap di dalam jemaat.
Hallel yang agung dari Mazmur 111-118 masih digunakan dikalangan orang Yahudi dalam beberapa perayaan tahunan. Dengan buku kelima Mazmur, Mazmur 107-150, menunjukkan bukti bahawa ianya disusun dalam susunannya pada masa sekarang sebagai lagu pujian bagi perayaan-perayaan tahunan, terdapat kemungkinan bahawa Yesus dan para murisnya “menyanyi lagu pujian” dari susunan lagu ini pada masa Perjamuan Paskah. Penulis ini menyatakan bahawa Perjamuan Kudus pada masa itu ditubuhkan sebagai ordinan tetap dalam jemaat termasuklah para jemaah yang menyanyi sebagai sebahagian daripada ordinan yang ditetapkan. Kesimpulan penulis seolah-olah sah kepada beberapa konteks khusus. Sekiranya kita mengakui bahawa ordinan melibatkan para jemaah menyanyi atas dasar teks ini, kita harus juga mengakui bahawa ordinan ini melibatkan menyanyi lagu pujian tersebut dengan tepat sekali. Yakni, seluruh bahagian Hallel agung dari buku Mamur. Tidak ada dalam teks ini yang menyatakan menyanyi dalam apa hal sekalipun.
St. Luke
dalam sejarahnya mengenai kisah para rasul memberitahu kita, bahawa Paulus dan
Silas telah dipenjarakan, dan oleh kerana dianiaya kerana tindakan untuk
mengabarkan kebenaran, pada waktu tengah malam mereka berdoa dan menyanyikan
lagu pujian kepada Allah, supaya para banduan boleh mendengar mereka. (Kisah
16. 25).
Rasul
Paulus memarahi orang Korintus kerana mereka menunjuk-nunjukkan karunia mereka,
khususnya karunia berbahasa lidah (1 Kor 14. 15. Aku akan bernyanyi bersama
dengan roh, dan aku akan bernyanyi dengan pemahaman ini juga.) memberitahu
mereka, bahawa mereka harus bernyanyi dengan pemahaman; yang mana tidak akan
terjadi, sekiranya mereka tidak mengetahui bahasa yang mereka nyanyikan,
walaupun ianya boleh difahami oleh golongan pendeta yang berwibawa, atau orang
yang berwewenang.
Penulis ini membuat beberapa anggapan disini yang mana mungkin tidak boleh diterima oleh beberapa penganut Baptist pada masa sekarang. Dia menganggap bahawa karunia lidah adalah satu kemampuan untuk bercakap dan memahami bahasa asing yang sebenar, bukan penyebutan yang tidak menentu dalam perbicaraan yang tidak difahami. Dia menganggap bahawa masalah yang ditujukan oleh Paulus adalah penggunaan bahasa demikian sebelum seseorang hadirin itu mengetahui bahasa yang lain, bagi tujuan “menunjuk-nunjuk yang sia-sia”. Penulis ini berpendapat dari perkara ini bahawa menyanyi dalam jemaah harus dalam bahasa yang digunakan dan difahami oleh orang itu. Kesimpulan ini sekali lagi melampaui apa yang dicatatkan dalam teks. 1 Kor 14 sebenarnya menyediakan terjemahan terhadap teks yang disebut dalam bahasa asing. Teks Pauline tidak menyatakan bahawa Ibrani tidak harus digunakan secara liturgi, seperti yang telah dilakukan di beberapa sinagog dan jemaat, bersama dengan ajaran sejajar dari Targum atau penjelasan dari tek dalam bahasa yang biasa. Teks Pauline hanya menyebut bahawa bahagian yang tidak boleh difahami dari liturgi harus diterjemahkan.
Rasul
yang sama mendesak kedua-dua (Ef 5. 9, 20. Bercakap kepada diri kamu sendiri
dalam mazmur, dan lagu-lagu pujian, dan lagu-lagu spiritual; menyanyi dan
membuat satu pujian dalam hati kamu kepada Allah; memberi kesyukuran terhadap
segala sesuatu kepada Allah dan bapa, dalam nama Tuhan Yesus Kristus.) golongan
Efesus dan (Kol 3. 16, 17. Biarlah firman Allah diam didalam diri kamu dengan
penuh hikmat; mengajar dan memperingati satu dengan yang lain dalam kidung
mazmur, dan dalam lagu pujian, dan lagu spiritual; menyanyi dengan rahmat dalam
hatimu kepada Tuhan. Dan barang apa sahaja kamu lakukan dalam percakapan atau
dalam perbuatan, buatlah semuanya dalam nama Tuhan Yesus Kristus. Mengucap
syukur oleh Dia kepada Allah dan bapa kita.)Kolose untuk menyanyikan kidung
mazmur, dan lagu pujian dan lagu-lagu spiritual.
Penulis ini tidak menujukan isu dari apa yang kidung mazmur, lagu pujian dan lagu-lagu spiritual maksudkan oleh Paulus. Ianya mustahil untuk menganggap bahawa tidak ada had sama sekali terhadap apa yang terlibat atau yang tidak terlibat dalam pertemuan jemaah. Secara anggapan Paulus merujuk dalam teks ini terhadap kantilasi kidung Mazmur dalam Alkitab, yang mana gelaran dalam Septuagin memasukkan sebutan Yunani yang Paulus gunakan disini, “mazmur, lagu pujian dan lagu spiritual”. Tiga kelas lagu-lagu ini adalah kidung Mazmur dalam Alkitab. Penulis ini tidak mengenal pasti dalam kajiannya bahawa lagu-lagu yang dirujuk oleh Paulus wujud pada zaman Paulusm dan perkataannya tidak boleh ditafsir untuk memberikan kuasa penuh kepada lagu-lagu yang dituis pada masa-masa kemudiannya.
Rasul
(Yakobus 5:13. Adakah di antara kamu terpengaruh? Biarlah dia berdoa? Adakah
kegembiraan? Biarlah dia menyanyikan kidung mazmur.) Yakobus juga mendesak
kepada orang kristian yang tersebar dari dua belas suku kaum yang ditujukaan
oleh tulisannya, untuk menyatakan kegembiraan mereka pada semua upacara dengan
menyanyi kidung mazmur kepada Allah.
Yakobus juga dengan jelas memerintahkan untuk menyanyikan Kidung Mazmur dalam Alkitab.
Sekarang
apa yang dikutip dari contoh-contoh ini, aturan dan peraturan dalam praktik
ini, kecuali menyanyikan untuk memuji Allah adalah sebahagian daripada
kebaktian dalam jemaat kristian? Dan tentu sahaja sesiapa sahaja akan membuat
kesimpulan dari membaca pernyataan ini, yang tidak pernah mendengar kontroversi
tentangnya. Ia sebenarnya tidak mustahil untuk membangkitakan penolakan
terhadap apa sahaja. Kritikan dari segi tatabahasa mungkin dipura-purakan dan
konstruksi yang dipaksakan mungkin dilakukan pada perkataan yang paling senang
difahami: tetapi sekiranya (mukasurat 60) peraturan yang sama dibenarkan bagi
terjemahan terhadap kitab secara umumnya, seperti yang harus digunakan untuk
mengelakkan penekanan teks yang telah saya sebut; aturan yang paling jelas
mungkin diterjemahkan dengan keraguan, dan doktrin yang paling jelas
disingkirkan. Bagaimana pun, oleh kerana terdapat beberapa orang yang masih
tidak yakin dengan tugasan ini, saya harus berusaha, tanpa bermula dari mereka
secara khususnya, untuk menyingkirkan semua penolakan mereka, dan memastikan
kebenaran, dengan menunjukkannya.
Penulis ini menujukan isu tentang menyanyi atau tidak menyanyi pada waktu kebaktian. Dia tidak mempertimbangkan pada tahap ini apa yang harus dan tidak harus dinyanyikan dalam perkumpulan jemaah. Pada isu yang ditujukan, argumannya tampak sah. Teks Alkitab yang dia rujuk dengan jelas menyatakan secara tidak langsung, malah mengatakan tentang perkumpulan jemaah yang menyanyi.
1.
Bahawa menyanyi yang disebut dalam beberapa teks yang dipetik adalah sesuai.
2.
Bahawa ianya dipraktiukkan sebagai sebahagian daripada kebaktian kudus.
3.
Bahawa ianya dipersembahkan melalui suara gabungan.
1.
Bahawa hal menyanyi ini yang disebut dalam beberapa teks yang dipetik, harus
difahami dengan baik dan bukan dalam erti kata perlambangan. Dengan ini tidak
ada penolakan yang dibuat, tetapi kepada beberapa kritikan yang dibuat-buat
terhadap konsep yang asal: bagi semua mereka yang memahami bahasa inggeris,
mengetahui bahawa menyanyi adalah untuk melafazkan suara yang bernada, menurut
kepada peraturan musick; sebagai percakapan yang baik untuk melafazkan
perkataan menurut kepada peraturan tatabahasa: kedua-duanya dipersembahkan oleh
imitasi dan praktik, tanpa pengetahuan tentang (mukasurat 60) teori terhadap
kedua-duanya; kerana kedua-duanya adalah sama lazimnya, walaupun kedua-duanya
boleh dikurangkan kepada tata yang dibuat-buat. Menyanyi dalam bahasa Inggeris
tidak membawa maksud yang lain; tidak juga diragui oleh pembaca bahasa Inggeris
sama ada ini adalah maksud yang sebenarnya.
berkenaan
dengan yang asal: perkataan yang membuat kita (Mat. 26. 30 ‘Umnhsantej. Mar 14. 30 ‘Umnhsantej. Kisah
16. 25. Umnoun mubaligh (pengabar injil)
adalah berasa dari katakerja, yang mana ia menandakan menyanyikan nyanyian
pujian atau lagu-lagu pujian.
Sesungguhnya
kadang-kadang ianya digunakan untuk memuji semata-mata, tanpa determinasi
sifatnya. Tetapi ini adalah peraturan yang pasti dalam terjemahan dari semua
tulisan; untuk mengambil perkataan dalam signifikasi yang paling baik, kecuali
beberapa sebab yang baik ditetapkan mengapa maksud itu tidak boleh diterima di
tempat tersebut. Sekarang dalam contoh sedemikian dibawah pertimbangan, tidak
ada sebab sedemikian boleh dibuat; dan oleh kerana itu, ia seharusnya
diterjemahkan, seperti dalam terjemahan kita, mereka menyanyikan nyanyian
pujian atau kidung puji-pujian.
Dalam
surat rasul kepada (I Kor. 14. 15. Yalw tw pneumati, yalw de kai tw noi.) orang Korintus dan dari (Yakobus 5. 13. Euqumei tij; yalletw.) St.
James, perkataan yang digunakan dalam perkataan asal menandakan hal menyanyi
dengan baik. Kadang-kadang ianya juga digunakan bagi menyanyikan atau bermain
dengan alat muzik; tetapi apabila (mukasurat 62) mengaplikasikan kepada suara,
ianya tidak memaksudkan perkara lain kecuali ia bererti menyanyi semata-mata.
Dalam surat rasul kepada (Kol 3. 16. Adondej) orang Kolose kita mendapati
perkataan lain yang juga menandakan menyanyi semata-mata, tetapi ia kadang-kadang
digunakan untuk melafazkan penulisan puisi atau penyalinan ayat-ayat tertentu;
yang mana maksud perkataan tersebut yang saya fikir tidak ada orang yang boleh
menentangnya di sini, dan lagipun, tidak ada maksud lain yang boleh dibawah
oleh perkataan ini, kecuali membawa maksud menyanyi semata-mata.
Dalam
surat rasul kepada(Ef 5. 19. Adontej kai yallontej.) orang Efesus,
kedua-dua perkataan ini yang disebut
dipenghujungnya digunakan. Supaya sekiranya St. Paul ditetapkan untuk menyanyi
semata-mata, ianya mustahil bagi dia dengan perkataan untuk melafazkan dirinya
dengan lebih jelas dan teliti.
Semua
ini saya fikir, adalah bukti yang penuh, bahawa terjermahan kita dalam perkara
ini adalah cocok, dan bahawa menyanyi disebut dalam semua contoh yang diberikan.
Bagi nada yang khusus dimana sesuatu perkataan itu dilafazkan, ianya adalah
bebas seperti nada atau elevasi yang berlainan dan memberikan tekanan suara
dalam percakapan. Kesopanan adalah hadnya: dan sebagaimana nada suara tidak
disebut dengan sembarangan dan dengan cara yang melucukan. Demikian juga nada
musikal harus ringan dan (mukasurat 63) halus: kedua-dua dilakukan dalam
kebaktian kudus dengan kesungguhan, menjadi satu cara kita berbicara kepada
Allah.
Debat penulis tampak sah bahawa menyanyi adalah tujuan teks yang dia rujuk. Bagaimana pun, Dia telah melampaui tulisan Kitab, dalam kesimpulannya yang lain. Dia menyatakan bahawa nada yang khusus adalah bebas sama seperti nada bercakap. Tidak ada implikasi sedemikian dalam teks ini. Pada sebaliknya, para rasul dengan jelas merujuk kepada kidung Mazmur dalam Alkitab dan mungkin penambahan kepada teks Alkitab yang lain. Oleh kerana itu, implikasinya adalah bahawa ianya dinyanyikan dengan nada yang secara tradisi dikenali pada zaman para rasul. Tidak ada kebenaran yang diberikan untuk menggunakan nada yang lain. Kesimpulan penulis yang terakhir menunjukkan dengan jelas, pada masa awal ini, apa akibat dengan membenarkan praktik yang tidak berlandaskan kitab ini menyerap kedalam kebaktian. Selagi kantilasi Alkitab ini sendiri digunakan, tidak ada persoalan apa yang sopan, apa yang sembarangan, apa yang lucu dll. Sejurus “kesusilaan” menjadi hadnya, jemaat terbuka luas bagi pendirian yang tetap tentang apa muzik dan apa perkataan yang sesuai. Ini adalah keadaan pada masa sekarang dalam Kekristianan. Kesimpulan akhir penulis seolah-olah menyakitkan hati kepada seseorang yang moderen. Dia membutuhkan bahawa semua muzik dalam kebaktian harus “bersungguh-sungguh dan kudus”. Dan tidak “ringan dan ringkas”. Terdapat kemungkinan bahawa muzik yang “ringan dan ringkas” sekalipun pada masa sekarang ini akan menjadi kaku bagi Kristiab moderen.
2.
Bahawa menyanyi yang disebut dalam beberapa teks yang dipetik dipersembahkan
dan ditetapkan sebagai sebahagian daripada kebaktian kudus.
Lagu
eucharistical yang dipersembahkan oleh Tuhan dan para rasulnya, telah
diketahui, malah oleh mereka yang menolak bahawa ianya dinyayikan, bahawa ianya
adalah satu sifat memuji dan memberikan kesyukuran kepada Allah. Kerana ianya
disetujui oleh semua pihak, bahawa menyayikan lagu pujian adalah memuji, sama
ada dengan lagu atau tanpa lagu; dan memastikan bahawa Allah adalah objek yang
mereka kenal dengan sesungguhnya.
Dalam
contoh Paulus dan Silas perkataan yang mereka lafazkan, mereka menyayikan lagu
pujian kepada Allah.
Kepada
orang Efesus rasul itu telah melafazkannya: berbicara kepada diri kamu sendiri
dalam kidung mazmur dan lagu pujian, dan lagu-lagu spiritual dan menyanyikan
didalam hatimu kepada Tuhan; memberikan kesyukuran selalu atas semua perkara
kepada Allah dan kepada bapa, didalam nama Tuhan Yesus kita. Dan kepada orang
Kolose dia berkata, dalam perkataan yang hampir sama: biarlah perkataan Allah
diam didalam diri kamu sepenuhnya dalam semua hikmat, ajaran dan menguatkan sesama
kamu dalam kidung mazmur dan lagu pujian dan lagu-lagu spiritual; menyanyi
dengan rahmat didalam hati kepada Tuhan; dan apa sahaja yang kamu lakukan dalam
perkataan atau perbuatan, buatlah itu (mukasurat 64) semua dalam nama Tuhan
Yesus, memberikan kesyukuran kepada Allah dan bapa melalui dia. Yang mana
kedua-duanya ini membolehkan kita mengamati tindakan ini, memberikan kesyukuran
atau pujian; objek itu, yakni Allah, melalui penengah; dan kaedah luaran, yakni
menyanyi.
Rasul
Yakobus mengatakannya, jika ada di antara kamu yang menderita, biarlah dia
berdoa? Jika ada orang yang bergembira, biarlah dia menyanyi? (Yak 5. 13.) Yang
mana membawa kepada tahap ini – bahawa sementara berdoa adalah kaedah yang baik
untuk melafazkan penderitaan dan kehendak kita kepada Allah, demikian juga
menyanyi adalah cara kita untuk melafazkan kegembiraan dan kesyukuran. Dan
sesungguhnya musick dan puisi adalah sesuai untuk melafazkan serta menggerakkan
kehendak. Ia meningkatkan serta memperbaiki rasa kasih sayang dan kegembiraan,
sementara ia juga boleh menenangkan sensasi dari kedukaan dan kesedihan. Oleh
itu, kita mendapati para pengidung diraja menyanykan lagu pujian yang agung,
kelak menyanyikan lagu melafazkan penyesalan, dan doa yang sungguh-sungguh
serta permohonan untuk diberkati. Supaya tidak ada nyanyian yang cocok
ditujukan kepada Allah, menjadi tidak cocok dinyanyikan bagi dia.
Apa St.
Paul katakan tentang perkara ini kepada orang Korintus; Aku akan bernyanyi
dengan roh, dan aku juga akan bernyanyi dengan pemahaman; (1 Kor 14. 15.)
nampak jelas dilafazkan dari kebaktian publick dalam jemaat, yang digabungkan
dengan doa: yang mana telah menderita dari penyalahgunaan menyanyi, dari
kesombongan (mukasurat 65) dan kepura-puraan dari beberapa orang dalam jemaat,
yang telah menerima karunia bahasa lidah, dan berbangga dengan diri mereka
sendiri di hadapan orang dalam bahasa yang tidak diketahui; padahal mereka
harus berdoa dan menyanyi bagi memuji Allah dalam bahasa yang mana semua orang
yang hadir akan memahamii, dan bergabung dalam kebaktian itu dengan ketekunan
yang ikhlas dan pengetahuan yang wajar.
Sekali lagi, Paulus tidak bercakap menentang kepada penggunaan liturgikal dalam Ibrani, tetapi menentang terhadap pemahaman yang kurang tentang apa yang diperkatakan. Bab ini menyediakan terjemahan, seperti praktik dalam kedua-dua jemaat dan sinagog untuk menggunakan kejajaran teks ini dalam bahasa yang biasa. Penulis ini pergi jauh dengan kesimpulannya.
Sekarang
dari apa yang telah diperkatakan dibawah perkara ini, ia tampak bahawa dalam
semua tempat yang disebut, menyanyi dikatakan dipersembahkan kepada Allah
sebagai objek yang langsung: yang mana ia diperlukan untuk membentuk apa juga
tindakan dalam keagamaan, atau sebahagian daripada kebaktian kudus.
Penulis ini menganggap bahawa semua yang diperlukan untuk membentuk apa juga tindakan sebahagian daripada kebaktian kudus adalah bahawa ianya dipersembahkan kepada Allah sebagai objek yang langsung. Dalam perkara ini dia bersetuju dengan kebanyakan golongan Baptist pada masa sekarang. Bagaimana pun, Pandangannya hanya berlandaskan anggapan semata-mata. Ianya wajar untuk meminta dasar alkitabiah bagi semua perkara yang diakui dalam kebaktian jemaah.
3.
Sekarang tiba masanya saya menunjukkan bahawa menyanyi memuji Allah dipersembahkan
dengan gabungan suara dari beberapa orang. Ianya dikatakan oleh Matius dan
Markus tentang Tuhan kita dan pengikutnya, bahawa mereka menyanyi lagu pujian
(dalam bentuk jamak) manakala berkat Yesus kepada roti, dan memberi kesyukuran
apabila mengambil cawan itu, adalah kedua-duanya dilafazkan (dalam bentuk
tunggal) sebagaimana dipersembahkan oleh Kristus yang berbicara secara satu
persatu, dan yang lain hanya menikuti
secara dalam mental sahaja. Dan bahawa mereka mengikuti Kristus dalam tindakan itu,
Saya menganggap tidak ada yang meragui, bahawa ianya dikatakan, dia memberikan
kesyukuran dan dia memberkati, iaitu, dia dalam nama semua mereka, dan bagi
pihak mereka dan bagi pihak dirinya sendiri, (mukasurat 66) dengan
sungguh-sungguh menyebut permohonan mereka dan kesykukuran mereka kepada Allah.
Tetapi disini frasa ini telag diubahm dan para evangelis memberitahu kita,
bahawa mereka telah menyanyi lagu pujian; iaitu, dengan suara yang digabungkan,
dan dengan hati yang bersatu. Yang mana ia adalah maksud yang jelas tentang
sebutan tersebut, supaya tidak ada sebab lain yang diambil bagi variasi
frasa ini.
Kesimpulan penulis disini adalah sah, kerana teks ini merujuk kepada doa dalam bentuk tunggal “dia” dan menyanyi dalam bentul jamak “mereka”.
St. Luke
memberitahu kita, bahawa para banduan lain mendengar Paulus dan Silas yang
kedua-duanya memberikan kesetiaan mereka kepada Allah. Saya anggap tidak ada
orang yang boleh membayangkan mereka mengatakan doa-doa mereka bersama-sama.
Oleh kerana itu, ini semestinya adalah pujian yang mereka nyanyikan
bersama-sama, dan dengan suara yang ditinggikan, supaya banduan yang lain boleh
mendengar mereka.
Penulis ini memberikan kesimpulan yang tidak yakin mengenai doa ini. Terdapat kebarangkalian bahawa Paulus dan Silas menyebut doa-doa mereka bersama-sama, yang menyatakan bahawa mereka berdoa dalam perkataan alkitabiah yang mereka ketahui dan boleh menyebutnya. Kesimpulan penulis adalah berlandaskan pengalaman Baptist dalam doa secara spontan, yang mana ia adalah sah, tetapi tidak disebut atau dinyatakan dalam teks ini. Manakala, Kesimpulannya yang utama, yakni menyanyi bersama-sama, tampak sah.
Terdapat
satu lagi tulisan dalam sejarah Kisah Para Rasul, yang mana saya fikir
sekiranya dipertimbangkan, ianya adalah bagi tujuan ini. Dalam bab yang ke-4
dalam ayat yang ke-24, ianya dikatakan bahawa mereka (yakni para rasul pada
ketika itu di Yerusalem, dan orang yang percaya yang bersama-sama dengan
mereka, telah dikumpulkan bersama-sama) meninggikan suara mereka kepada Allah
bersama, dan berkata &c. dari konteksnya ia tampak, bahawa kebaktian yang
dipersembahkan pada masa itu adalah satu pemberian kesyukuran yang
sungguh-sungguh (walaupun memasukkan permohonan) dan bahawa pada masa upacara
yang ulung, pembebasan Petrus dan Yohanes dari kemarahan pihak Sanhedrin; yang
mana, selepas penyiasatan, mereka telah (mukasurat 67) dibebaskan tanpa
hukuman, dan ini penggenapan ‘nubuatan Daud’ Mazmur 2. 1. Sekarang perkara yang
diberi pujian yang kesyukuran, dan yang dilafazkan dengan suara yang bersatu
dan dengan hati yang bersatu, saya nampak tidak ada keraguan bahawa ianya
dipersembahkan sebagai satu lagu pujian atau lagu kudus: kecuali ianya dianggap
bahawa mereka menyebut satu ucapan yang kosong dengan suara yang bersatu; yang
mana saya fikir satu maksud yang belum ada orang yang berpendapat tentangnya.
Kita tidak pernah membaca tentang doa yang diucap dengan suara yang disatukan,
tetapi pujian yang dinyanyikan dengan suara yang bersatu, saya sudah memberikan
contoh-contohnya. Dan tindakan disini adalah pujian yang sungguh-sungguh yang
diberikan dengan suara yang disatukan, walaupun ianya tidak mengatakan ianya
dinyanyikan, namun ianya lebih daripada kemungkinan bahawa mereka telah
menyanyi; walaupun semua orang mengatakan (perkataan yang digunakan) ianya
tidak menyanyi, namun yakin semua menyanyi adalah melafazkan kata-kata.
Pendirian penulis tidak mempunyai keyakinan yang kuat, tetapi tampak wajar.
Contoh-contoh
ini, saya fikir cukup untuk membuktikan, bahawa menyanyi dengan suara yang
bersatu telah dipraktikkan dalam jemaat kristian.
Walaupun beberapa kelemahan dalam ekspresi dari perdebatannya kerana pengabaian kepada isu-isu yang dia tidak bertujuan untuk mengajukannya, tesis utamanya, bahawa tulisan kitab, dengan tidak ragu lagi mengusulkan, bahawa menyanyi adalah praktik dalam jemaat kerasulan, adalah sesungguhnya wujud.
Kesimpulan
dari apa yang telah diperkatakan, adalah; bahawa dari pengkaji-pengkaji tulisan
kitab, yang telah diambil dari perjanjian baru, ia tampak bahawa pujian kepada
Allah dinyanyikan oleh suara yang digabungkan dalam jemaat kristian, sebagai
sebahagian dariapada kebaktian kudus; dan tugas ini dalam beberapa upacara
dilaksanakan dan disarankan kepada beberapa jemaat yang ditujukan surat-surat
para rasul dahulu (mukasurat 68). Dari semua perkara yang disebut ini, maka
dengan lazimnya, sekarng adalah tugas bagi semua kristian untuk menyanyi untuk
memuji Allah, dalam perkumpulan umum mereka, dan dalam pelaksanaan upacara
keagamaan mereka yang lebih tersendiri.
Dari dasar yang didemonstrasikan bahawa jemaah yang menyanyi adalah institusi kerasulan, penulis ini membuat kesimpulan bahawa jemaah yang menyanyi adalah tugasan pada masa sekarang. Kesimpulannya ini tampak sah.
Kepada
kenyataan ini dari tulisan kitab, saya harus menambah satu kesaksian asing,
untuk membuktikan bahawa ianya adalah praktik yang tetap dari kristian
primitif, dalam perkumpulan keagamaan mereka, untuk menyanyi dengan suara yang
bersatu, lagu-lagu pujian kepada Kristus sebagai Allah. Dan bahawa ianya dari
Pliny yang muda: yang merupakan governur kepada semua Pontus, dan Bithynia di
Minor Asia, bersama dengan kota Byzantium; bukan seorang pemerintah yang biasa,
tetapi sebagai lefnan kaisar dengan kuasa yang luar biasa. Orang yang agung ini,
dalam suatu masa, dalam penurutannya kepada perimtah tuannya, telah
melaksanakan kuasanya dalam prosekusi yang dahsyat terhadap orang-orang
kristian: tetapi mendapati bahawa sekiranya dia menghukum semua orang yang
menganggap dirinya kristian, dia sememangnya mensia-siakan wilayahnya, dia
berfikir bahawa dia sendiri perlu untuk menulis surat kepada kaisar tentang
perkara ini: dimana selepas diberikan pernyataan khusus tentang prosedurnya
terhadap orang kristian, dan dari kedegilan mereka dalam melawan kematian, dan
dari jumlah mereka yang banyak telah memeluk ketakhyulan baru ini (mukasurat
69), seperti yang dia panggil; dia menceritakan atas pengamatan yang dia
dapati, bahawa ia adalah dasar kepada praktik orang kristian. (Affirmabant
autem hanc fuisse suminam vel culpæ fuæ, vel erroris; quod essent soliti stato
die ante lucem convenire, carmenque Christo, quasi Deo, dicere secum invicem,
seque sacramento, non in scelus alimquod obstringere, sed ne furta, ne
latrocinia, ne adulteria committerent, ne fidem fallerent, ne depositum
appellari abnegarent: quibus peractis morem sibi discedendi fuisse, rursusque
coeundi ad capiendum cibum promiscuum tamen & innoxium. Plin. Ep. Lib. 10.
Ep. 97.) “Mereka menegaskan, dia berkata, bahawa dasar dari segala serangan atau
kesilapan dari perkara ini: bahawa mereka biasanya menetapkan hari untuk
berkumpul bersama-sama sebelum terbit matahari, dan bernyanyi bersama-sama lagu
pujian kepada Kristus sebagai Allah, dan mereka mewajibkan diri mereka dengan
upacara sakramen, tidak melakukan apa-apa kejahatan, tetapi menjauhkan diri
dari pencuri, perompak, perzinaan, memelihara iman, dan memulihkan semua janji
yang diberikan kepada mereka; dan selepas itu mereka berhenti, dn berkumpul
lagi pada perjamuan yang biasa dilakukan, yang mana tidak ada yang luar biasa
atau kriminal.” Surat rasul ini ditulis kepada orang Trajan, kemudian kepada
kaisar, kira-kira tujuh puluh satu tahun selepas kematian juruselamat kita, A.
D. 104. Dan dalam tahun yang ketujuh pemerintah orang Trajan. Dengan kuasa yang
tidak boleh dipertikaikan ini, kita melihat apa kenyataan orang kristian pada
waktu itu berikan dari praktik mereka sendiri: yakni bahawa dalam perkumpulan
keagamaan mereka (mukasurat 70) mereka menyanyikan lagu-lagu pujian kepada
Yesus Kristus sebagai Allah.
Sebagai bukti bahawa Kristian dalam A. D. 104 bernyanyi dalam jemaah, tanpa ragu lagi Pliny adalah betul, dengan mengambil kira surat-surat Pliny. Kononya, ini adalah tujuan penulis. Bagaimana pun, dia tersasar dalam kesimpulan bahawa dia tidak menentukan atau membincangkan, bahawa kristian menyanyikan lagu pujian kepada Yesus sebagai Allah. Yang pertama, ianya seolah-olah bahawa Pliny berupaya untuk membuat satu kesimpulan teologi dalam segi itu. Mungkin kita mempercayai dia dalam hal jemaah yang bernyanyi seumpamanya, tetapi bukan dari kandungan teologi lagu pujian itu. Namun penulis ini tidak mengaplikasikan apa-apa kritisme dalam sejarah.
Yang kedua, pada A.D. 104, doktrin Trinitas belum lagi ditegaskan. Penulis ini melewati pernyataan Pliny dalam menyatakan bahawa kristian dirujuk bernyanyi lagu pujian kepada Yesus sebagai Allah, iaitu, sebagai makluk dari Tinitas. Walaupun lagu-lagu pujian Stennett telah ditulis dengan hati-hati dalam frasa alkitabiah, terdapat dua atau tiga rujukan kepada pra-wujud Kristus (Hymn 29, garis 5, mukasurat 121), dan sekurang-kurangnya satu rujukan kepada Kristus sebagai “Anak Allah yang kekal” (Hymn 36, garis 7, mukasurat 131). Walaupun pra-wujud tidak secara umunya melibatkan Trinitas, dalam hal ini, dan disertakan dengan beberapa ekspresi “Anak Allah yang kekal”, ianya memang melibatkan Trinitas. Ekpresi ini adalah satu sejarah formula fahaman Calvinistik dalam pertentangan kepada fahaman unitarianisme dari Servetus. Stennett dan pembelanya yang tidak diketahui adalah Trinitarian dalam erti kata Calvinist. Bergantung kepada Pliny untuk mempertahankan Trinitas adalah satu anakronisme.
Penulis ini merayu kepada Alkitab untuk mengadakan jemaah yang menyanyikan lagu-lagu pujian. Tujuannya untuk memperkenalkan menyanyikan lagu pujian menjadi nyata. Satu liturgi alkitabiah tidak mencukupi untuk menopang doktrin Trinitarian. Dia meninggalkan isi kandungan dalam buku lagu ini dalam keadaan terbukan selagi ianya “sesuai” menyatakan bahawa Alkitab menerima apa sahaja. Selepas membuktikan bahawa jemaah yang bernyanyi wujud dalam jemaat awal, dia membuat kesimpulan bahawa lagu pujian Trinitarian bukan sahaja dibenarkan, tetapi disokong dalam tulisan kitab. Perdebatan ini tidak dibincangkan, apa lagi didemonstrasikan. Kasuistri yang seolah-olah benar ini sepatutnya jelas kepada keadaan yang jujur dan keadaan yang tidak jujur.
Yang ketiga, tidak ada sokongan Alkitab bagi pra-permulaan institusi jemaah. Malah ianya berkebarangkalian bahawa seawal A.D. 104 Pliny memelihara upacara hari Minggu. Dengan keaddan ini, orang Kristian yang dipersoalkan ini tidak bolehd dibuat teladan kepada pemelihara Sabat, kerana mereka melakukan praktik dengan tidak mengutamakan Alkitab.
Mengenai
dengan ketenangan berikut, saya hanya boleh berkata, bahawa subjek ini telah
dipilih dengan baik, dan telah diadaptasikan didalam upacara, telah
membangkitkan perasaan kasih dalam upacara kasih yang besar, Perjamuan Kudus,
dimulakan untuk memperingati pengorbanan yang besar itu, yang membuat kita dibebaskan
dari kemusnahan yang kekal, dan layak
memperolehi berkat yang kekal. Puisi ini adalah baik dan sopan, ekspresinya
jelas dan adil, dalam semua segi ia menjadi tema yang mulia: dengan ini saya
menyarankannya kepada orang krisian yang setia untuk dilaksanakan secara
publick dan secara tersendiri, yang dadahnya dikuatkan dengan api sorgawi, dan
yang jiwanya diliputi dengan kasih kudus dalam erti kata yang sesungguhnya.
Pujian penulis terhadap lagu pujian Stennett tidak diragui lagi berkaitan dengan kandungannya yang sebenar dan nilai yang indah. Beberapa lagu puian Stennett telah bertahan dalam ujian dalam abad-abad. Penulis ini merayu untuk kesetiaan, kemuliaan, api sorgawi, dan erti kata kasih kudus yang sesungguhnya. Perhatikan bahawa semua kriteria ini adalah sesungguhnya subjektif. Semuanya baik sekiranya satu lagi kriteria ditambahkan: kriteria berdasarkan alkitabiah. Tetapi Stennett sangat berhati-hati. Terdapat petikan Alkitab hampir dalam setiap garis didalam buku lagunya. Rujukan kepada doktrin yang tidak berlandaskan Alkitab, seperti Trinity, sangat jarang dan sukar untuk ditemui. Akibatnya adalah buruk, menyindir doktrin yang salah dalam teks. Lagu pujian yang awal ini dalam langkah pertama dalam perkembangan sejarah yang diterangkan oleh nabi Amos sebagai lagu-lagu kaabah telah bertukar kepada ratapan (Amos 8:3). Ia mengambil tiga setengah abad untuk disiapkan, tetapi akhirnya batu besar yang meresap masuk ke dalam semua umat Kristian adalah kegenapan akhir dari kata-kata Amos.
q