Jemaat-jemaat Allah Al Masehi
[250]
Pembacaan Hukum dengan Ezra dan Nehemia [250]
(Edisi 1.0 19980711-19980711)
Pemulihan di bawah Ezra dan Nehemia adalah besar signifikannya. Cara ianya dilakukan dan waktu dalam mana ia dilakukan merupakan pelaksanaan hukum alkitabiah dan sistem Jubli. Sistem ini adalah sama pentingnya kepada kita hari ini.
E-mail: secretary@ccg.org
(Hakcipta ã 1998 Wade Cox)
(Tr. 2005)
Karya tulis ini boleh disalin semula dan didistribusikan secara bebas dengan syarat ia disalin semuanya tanpa apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat penerbit serta notis hakcipta harus disertakan. Sebarang bayaran tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima salinan yang didistribusikan. Petikan-petikan ringkas daripadanya boleh dimasukkan ke dalam artikel-artikel kritis dan karya ulasan tanpa melanggar undang-undang hakcipta.
Karya
ini boleh didapati daripada Internet di:
http://www.logon.org dan http://www.ccg.org
Pembacaan
Hukum (Taurat) dengan Ezra dan Nehemia
Mengharmonikan peristiwa-peristiwa Ezra dan Nehemia
Nehemia menjalankan pemulihan tembok-tembok kota Yerusalem apabila dia meminta kebenaran raja untuk kembali dan membangunkan semula kota dari Nisan (Bab. Nisanu) dalam tahun kedua puluh Artahsasta II (Nehemia 2:1-20). Dia kembali dan mengatur pemulihan tersebut meskipun dengan adanya tentangan musuh-musuh Yehuda.
Para imam, di bawab Imam Besar, memulakan pembinaan dari gerbang domba dan pemulihan kota ini dilakukan oleh umat itu dalam bahagian-bahagian (rujuk Nehemia 3:2-32); dan lihat karya Tanda Yunus dan Sejarah Pembangunan Semula Bait Suci (No. 13)).
Ia disiapkan pada hari kedua puluh lima bulan keenam Elul dalam tempoh lima puluh dua hari semasa pemerintahan Artahsasta II dalam tahun kedua puluh pemerintahannya. Ini merupakan tahun pemulihan tembok itu yang bermula dari Nisan dengan perintah untuk memulihkan tembok-tembok serta kota itu.
Meskipun adanya pandangan-pandangan bertentangan, tahun ini, bermula pada Oktober 386 hingga Oktober 385 BCE (SM), (mengikut Kalendar Sivil Babilon) bukanlah tahun Sabat, bertindihan dengan tahun ketiga puluh sembilan jubli kesembilan sebelum pelayanan Mesias. Kelahiran Mesias berlaku sekitar 5 SM dalam jubli sebelumnya dari 24 SM hingga 27 TM.
Bagaimanakah kita tahu tentang ini dan bagaimanakah kita dapat menentukan hari Sabat dan jubli-jubli dari sumber-sumber alkitabiah yang lain.
Terdapat dua teks yang boleh digunakan untuk menentukan jubli dan harus dibandingkan dengan teks-teks dalam Ezra dan Nehemia di mana kita temui Pembacaan Hukum dicatatkan.
Satu rujukan adalah dari Perjanjian Lama dan satu lagi adalah penggenapan nubuatan Perjanjian Lama dalam Perjanjian Baru oleh Mesias.
Rujukan dari Perjanjian Lama adalah dalam Yehezkiel 1:1-3
Yehezkiel 1:1-3 Pada tahun ketiga puluh, dalam bulan yang keempat, pada tanggal lima bulan itu, ketika aku bersama-sama dengan para buangan berada di tepi sungai Kebar, terbukalah langit dan aku melihat penglihatan-penglihatan tentang Allah. 2 Pada tanggal lima bulan itu, yaitu tahun kelima sesudah raja Yoyakhin dibuang, 3 datanglah firman TUHAN kepada imam Yehezkiel, anak Busi, di negeri orang Kasdim di tepi sungai Kebar, dan di sana kekuasaan TUHAN meliputi dia.
Butir-butir visi (penglihatan) ini diperincikan dalam karya Maksud Penglihatan Yehezkiel (No. 108). Perhitungannya meletakkan tahun kedua puluh kalendar suci dalam tahun kelima penawanan Yoyakhin atau 594 BCE (SM). Pertimbangannya ditemui dalam jadual yang disertakan.
Maka, berdasarkan pada rekonstruksi dari pewaktuan-pewaktuan Yehezkiel, jubli jatuh pada tahun 574/3 dan dengan itu juga tahun 524/3 dan dari situ 74/3 dan 24/3 dalam abad-abad SM dan 27/28 dan 77/78 dalam abad-abad era ini.
Pandangan ini disokong lebih lanjut oleh satu fakta utama nubuatan yang membabitkan Mesias.
Setelah mulanya tahun kelima belas Tiberias, yang tidak mungkin lebih awal dari tahun sivil dalam Oktober tahun 27 SM, Yohanes Pembaptis mula menginjil dan dia mula membaptis (Lukas 3:1-22). Roh Kudus memanggil Yesus dari Nazaret untuk dibaptiskan oleh Yohanes beberapa ketika selepas Yohanes memulakan pelayanannya ini. Dalam kata lain dari selepas Oktober 27 TM.
Sesudah Kristus dibaptiskan dia pergi ke padang gurun dan dicuba selama empat puluh hari (Lukas 4:1-2).
Dari kepulangannya satu penggenapan nubuatan yang penting dan kurang difahami telah terjadi.
Lukas 4:13-21 Sesudah Iblis mengakhiri semua pencobaan itu, ia mundur dari pada-Nya dan menunggu waktu yang baik. 14 Dalam kuasa Roh kembalilah Yesus ke Galilea. Dan tersiarlah kabar tentang Dia di seluruh daerah itu. 15 Sementara itu Ia mengajar di rumah-rumah ibadat di situ dan semua orang memuji Dia. 16 Ia datang ke Nazaret tempat Ia dibesarkan, dan menurut kebiasaan-Nya pada hari Sabat Ia masuk ke rumah ibadat, lalu berdiri hendak membaca dari Alkitab. 17 Kepada-Nya diberikan kitab nabi Yesaya dan setelah dibuka-Nya, Ia menemukan nas, di mana ada tertulis: 18 "Roh Tuhan ada pada-Ku, oleh sebab Ia telah mengurapi Aku, untuk menyampaikan kabar baik kepada orang-orang miskin; dan Ia telah mengutus Aku 19 untuk memberitakan pembebasan kepada orang-orang tawanan, dan penglihatan bagi orang-orang buta, untuk membebaskan orang-orang yang tertindas, untuk memberitakan tahun rahmat Tuhan telah datang." 20 Kemudian Ia menutup kitab itu, memberikannya kembali kepada pejabat, lalu duduk; dan mata semua orang dalam rumah ibadat itu tertuju kepada-Nya. 21 Lalu Ia memulai mengajar mereka, kata-Nya: "Pada hari ini genaplah nas ini sewaktu kamu mendengarnya."
Mesias telah kembali ke Galilea dari empat puluh harinya di padang gurun dan di Nazaret telah menggenapi nubuatan Tuhan melalui Yesaya ini. Teks ini ditemui dalam Yesaya 61:1-2 dan juga satu gabungan dari Yesaya 58:6.
Yesaya 61:1-2 Roh Tuhan ALLAH ada padaku, oleh karena TUHAN telah mengurapi aku; Ia telah mengutus aku untuk menyampaikan kabar baik kepada orang-orang sengsara, dan merawat orang-orang yang remuk hati, untuk memberitakan pembebasan kepada orang-orang tawanan, dan kepada orang-orang yang terkurung kelepasan dari penjara, 2 untuk memberitakan tahun rahmat TUHAN dan hari pembalasan Allah kita, untuk menghibur semua orang berkabung;
Teks-teks Lukas mengabaikan kata-kata merawat orang-orang yang remuk hati. Kata-kata untuk membebaskan orang-orang yang tertindas adalah satu gabungan kata dari Yesaya 58:6 yang diperuntukkan dalam bacaan-bacaan itu. (rujuk Companion Bible catatan kepada Lukas 4:18). Istilah Tahun Rahmat Tuhan ini dikenalpasti oleh Bullinger sebagai merujuk kepada Jubli dalam teks dalam Yesaya dan dia mengatakan ia sama ada Jubli atau hanya dipanggil begitu kerana ianya tahun bermulanya pelayanan Kristus. Ianya sukar untuk melihat bagaimana ini boleh dikatakan permulaan pelayanan Kristus kerana Kristus tidak memulakan pelayanannya sehinggalah selepas Paskah tahun 28 TM apabila Yohanes Pembaptis dimasukkan ke dalam penjara (Matius 4:12-17; Markus 1:12-14; Yohanes 3:23-24). Dia mengucapkan kata-kata ini di Galilea namun selepas pencubaannya dan sebelum Paskah dan sebelum Yohanes dimasukkan dalam penjara. Lukas 3:18-20 mempunyai rujukan kepada Yohanes yang dipenjarakan namun ianya satu selitan kepada cerita teks itu. Hukuman penjara itu tidak bermaksud untuk dimasukkan dalam teks ini sebagai penunjuk waktu tetapi sebaliknya dalam ertikata tindakan lengkap masa depan. Turutan ini adalah sebagai satu cerita yang meliputi berbagai tindakan Yohanes serta pelayanannya kerana dia mendahului Mesias dan pelayanannya walaupun mereka saling bertindihan. Aktiviti dalam Lukas bab 4:1-20 adalah selepas pencubaannya dan sebelum keajaiban di Kana dan sebelum dia memilih rasul-rasulnya dan pergi ke Yerusalem untuk tempoh Paskah dari 1 Nisan dan proses Pengudusan hingga ke hujung tempoh tersebut (rujuk karya Pengudusan Bait Suci Tuhan (No. 241)).
Maka Pembacaan Yesaya berlaku dalam tahun jubli, jika ia dibandingkan dengan pewaktuan dalam Yehezkiel, dan Alkitab Naves Topical merujuk kepada teks-teks ini sebagai merujuk kepada Jubli (rujuk Jubli halaman 755). Ianya juga Tahun Kebebasan (ibid., rujuk Yehezkiel 46:17). Maka Kristus mengisytiharkan Jubli dalam tahun 27 TM sebelum permulaan tahun pada 1 Nisan dan sesudah aktiviti-aktiviti Yohanes Pembaptis serta baptisannya dan ujian Iblis dalam pencubaan dalam padang gurun. Pelayanannya kemudian bermula pada tahun pertama jubli kesepuluh sejak pemulihan Ezra dan Nehemia. Jika pemulihannya yang berikut bermula dari jubli 2027/28 maka pemulihan milenium 2028 akan memulakan tempoh jubli kelima puluh, atau jubli segala jubli, dari pemulihan itu dan sesudah empat puluh jubli dalam padang gurun sejak Mesias. Mesias akan tiba sebelum jubli 2027/28 kerana waktunya akan dipendekkan (rujuk karya Tanda Yunus dan Sejarah Pembangunan Semula Bait Suci (No. 13)). Teks berkenaan Mesias ini tegak sebagai saksi kedua kepada Yehezkiel dan mengesahkan bahawa komen-komen serta pewaktuan-pewaktuan dalam Nehemia adalah mengenai hari Sabat dan sistem Jubli.
Hukum diwajibkan dibaca pada tahun Sabat menurut Ulangan 31:9-12. Peristiwa ini berlaku setiap tujuh tahun pada hari Sabat. Bagaimana kita dapat mendamaikan apa yang kelihatan seperti kontradiksi ini dalam teks-teks alkitabiah? Jawapannya terkandung dalam teks dalam Nehemia dan Ezra. Terdapat dua perayaan pondok daun yang disebutkan dalam Ezra. Salah satu adalah dalam Ezra 3:4-6. Ia menyebut bahawa mereka mengadakan Pondok Daun dan Bulan-bulan Baru namun mengatakan bahawa dasar bait suci belum lagi diletakkan (ayat 6). Kita tahu dari surat-surat Aramaik dalam papirus Elephantine bahawa satu Paskah telah diperintahkan oleh Darius II pada tahun 419 SM. Ini adalah sebelum sumbangan-sumbangan yang diberikan kepada dedikasi Bait Suci dalam tahun kelima (nampaknya untuk Darius II) (rujuk J.B. Pritchard The Ancient Near East... Vol. 1, Princeton, 1958, halaman 278-279). Maka perayaan-perayaan ini sedang diadakan dan Ezra memperhatikan Yehuda telahpun memelihara Pondok Daun sebelum siapnya Bait Suci, sejak kepulangan mereka dan memang lama sebelum pembacaan Hukum semasa Pondok Daun ini.
Bagaimana kita boleh mendamaikan kedua-dua teks ini serta turutan dalam Nehemia? Jawapannya terletak dalam turutan waktu yang disenaraikan dalam Nehemia. Dari pembacaan sepintas lalu teks Nehemia, kelihatan bahawa cerita pembinaan tembok itu berterusan dari tahun kedua puluh Artahsasta selepas dia mengeluarkan dekri tersebut dalam Nisan. Maka ini adalah Mac/April 385 SM. Hakikatnya adalah bahawa ia telah siap dalam masa lima puluh dua hari pada hari Dua puluh enak bulan keenam (dipanggil Elul). Maka pembinaan bermula dalam bulan kelima pada hari kedua atau ketiga bulan itu.
Tempoh antaranya bukan hanya beberapa bulan. Ia berkaitan waktu antara Nisan tahun kedua puluh Artahsasta II dalam tahun 385 apabila Nehemia dijadikan pemerintah dan masa Pembacaan tersebut. Teks dalam Nehemia 5:14 dan selanjutnya mempunyai rujukan kepada dua belas tahun berikutnya hingga tahun Ketiga puluh dua. Maka aktiviti-aktiviti yang disebutkan dalam Pembacaan Hukum mungkin telah terjadi dalam zaman perantaraan hingga tahun Ketiga puluh dua Artahsasta II iaitu tahun jubli yang bermula dalam Perayaan Sangkakala-sangkakala jubli mengikut kalendar sivil Babilon dan memang itulah yang telah terjadi.
Tahun kedua puluh Artahsasta II bermula pada September/Oktober atau tahun baru Kalendar Sivil Babilon, bulan Teshrituu atau Tishri yang dikekalkan dalam nama Kalendar Yahudinya; bulan segala permulaan tahun 386 SM. Permintaan dan persetujuan Artahsasta telah diberikan pada bulan Nisan atauu Nisanu tahun 385 pada pertengahan tahun kedua puluh Babilon.
Bullinger berpendapat bahawa terdapat perantaraan beberapa tahun antara peristiwa-peristiwa dalam Nehemia 7:73 dan peristiwa-peristiwa Nehemia 8:1 yang pasti kita akan anggap telah berlaku dalam tempoh kemudian itu. Sama ada begitulah keadaannya atau peristiwa-peristiwa yang disebutkan dalam Nehemia 7:4 dan 7:73 berlaku sepanjang rangka masa sama yang diperpanjangkan. Ianya mungkin yang hal kedua itu dan peristiwa-peristiwa dalam 7:73 merujuk kepada pertubuhan bangsa itu sebagai persediaan bagi peruntukan-peruntukan dan pemulihan-pemulihan di bawah jubli bulan ketujuh itu seperti yang akan kita saksikan.
Tahun Ketiga puluh dua Artahsasta II bermula pada Oktober 1 374 SM, iaitu bulan ketujuh Kalendar Suci, tetapi adalah hujung tahun dari segi jubli, dan waktu bagi peniupan Jubli pada hari Pendamaian, dalam tahun tersebut. Tahun Ketiga puluh tiga bermula dalam bulan ketujuh 373/2. Maka tahun Ketiga puluh dua Artahsasta II bermula dalam tahun Jubli untuk jubli kesembilan sebelum pelayanan Mesias. Pembacaan Hukum mungkin jatuh pada sama ada Sabat tahun Keempat puluh sembilan atau Jubli itu sendiri. Kita akan perhatikan bahawa ianya berlaku dalam Jubli itu sendiri. Cerita Nehemia tentangnya telah dibuat dalam tahun kedua belas dan nampaknya tidak lama sebelum 1 Nisan tahun berikutnya iaitu 373 SM. Kita akan memeriksa rangka waktunya di bawah.
Teks dalam Nehemia bab 5 bercakap tentang penebusan bangsa mereka dan dengan itu nampaknya bahawa penebusan bangsa ini dijalankan dalam tempoh berikutan pembinaan itu dan ini adalah tempoh pemulihan yang ditemui dalam suatu jubli (rujuk Nehemia 5:8-11).
Maka bab 6 Nehemia mengisahkan satu tempoh yang jauh lebih awal sebelum aktiviti-aktiviti bab 5 yang nampaknya berada dalam pemulihan jubli sewaktu tahun Ketiga puluh satu dan permulaan tahun Ketiga puluh dua Artahsasta II. Harmoni aktiviti-aktiviti ini terkandung dalam Jadual yang dilampirkan.
Bullinger dalam Companion Bible dengan tepat menyedari bahawa aktiviti-aktiviti ini di sekitar pembacaan hukum itu berkaitan dengan tahun Sabat namun harmoninya pada Apendiks 58 Alkitab Companion adalah salah sepenuhnya seperti mana yang akan ditunjukkan oleh satu perbandingan dengan Apendiks tersebut.
Tarikh-tarikh yang diberikan dalam Soncino bagi aktiviti-aktiviti dua belas tahun Nehemia (rujuk Soncino halaman 213) tidakpun berpadanan dengan sumber-sumber rabbinikal lebih awal (rujuk Seder Olam Rabbah 30) serta pandangan mereka bahawa kematian Ezra sekitar tahun 321 SM dianggap sebagai seerti dengan kemangkatan Alexander the Great. Komen ini nampaknya adalah satu cubaan untuk berpadan dengan terjemahan-terjemahan Protestan moden dan untuk mengelakkan pengutukan yang jelas terhadap Judaisme rabbinikal yang dibuat oleh nubuatan serta kemusnahan Yerusalem pada hujung tempoh tujuh puluh kali tujuh masa Daniel 9:25 (yang disalahterjemah dalam KJV namun tidak di dalam RSV, rujuk Soncino).
Hujung tahun Kedua belas Nehemia adalah dalam tahun Ketiga puluh tiga Artahsasta II yang bermula dari kalendar sivil di timur dari Oktober atau bulan ketujuh di bawah sistem Babilon. Nehemia telah menyiapkan aktiviti-aktiviti tersebut dalam tahun Ketiga puluh dua apabila dia mencatatkan aktiviti-aktiviti berikutan dari hari Sabat dan Jubli tahun 375/4 dan 374/3 SM yang dihitung dari Pendamaian hingga Pendamaian. Dia menulis selepas Tishri 374 dan nampaknya sebelum Nisan tahun 373. Segala pemulihan tersebut telahpun berlalu apabila dia menulis.
Satu lagi faktor penting adalah masa panggilan kembali ke Babilon dan kepulangannya ke Yerusalem. Nehemia dicatatkan dalam Nehemia 13:6b sebagai tidak berada di situ sepanjang tempoh kehancuran atau kemurtadan Elyasib.
Pada tahun Ketiga puluh dua dia kembali dari Babilon. Dia telah berada di situ beberapa waktu bersama Artahsasta. Susunan kata dalam Nehemia berkemungkinan dianggap sebagai menunjukkan bahawa dia tidak hadir pada waktu pembacaan hukum serta pengasingan golongan campuran itu (Nehemia 13:3-6). Elyasib masih lagi Imam Besar dan telah menempatkan Tobia di dalam sebuah bilik dalam Bait. Imam-imam tidak mendapat penjagaan sepatutnya dan ini tidak jelas dalam teks berkenaan Pembacaan Hukum (Taurat) dalam bab 8. Teks ini lebih mungkin menunjukkan bahawa dia tidak hadir sewaktu kemurtadan Elyasib dan datang semula untuk pemulihan ini. Sebelum masa itu dalam Nehemia 13:4 merupakan subjek teks ketika peristiwa itu dalam ayat 6.
Dari sini kita fahami, berdasarkan kalendar Babilon, bahawa Nehemia tentunya telah kembali ke Babilon untuk Tahun Baru. Dia kembali apabila mendengar masalah-masalah di situ berikutan Pembacaan Hukum. Tentunya rakyat tidak senang hati. Ini menjelaskan kenapa Imam Besar tidak Membaca Hukum Taurat dan pemulihan tersebut terserah kepada Ezra si Ahli Taurat dan kemudiannya dikuatkuasakan oleh Nehemia iaitu penguasa. Kita akan lihat kemudiannya apa sebenarnya turutan itu.
Akhirnya hukum itu dibacakan dan pemulihan berlaku dalam tahun Jubli dari 375/4-374/3 SM dalam bulan ketujuh Sabat dan berakhir pada bulan ketujuh tahun Jubli.
Dari rekod-rekod kita perhatikan bahawa Pembacaan Taurat bermula pada hari Sangkakala-sangkakala dan berterusan hingga hari kedua. Dari ini kita dapat simpulkan bahawa Sangkakala-sangkakala jatuh pada hari Jumaat tahun itu dan dengan itu diikuti oleh hari Sabat. Sangkakala-sangkakala tidak pernah menjadi perayaan dua hari dalam Alkitab melainkan apabila ia jatuh bersama dengan hari Sabat. Pewaktuan-pewaktuan perayaan serta Pembacaan Hukum mengesahkan usul ini seperti yang akan kita perhatikan.
Dikatakan bahawa menjelang bulan ketujuh seluruh bangsa telah diatur, bait dipulihkan dan para imam telah ada dan pakaian-pakaian mereka disediakan (Nehemia 7:73). Ini nampaknya bertentangan dengan teks dalam Nehemia 13:11. Mungkin pewaktuan aktiviti-aktiviti 7:73 ini adalah lebih awal dan kekosongan antara aktiviti-aktiviti ini adalah antara bab 7 dan bab 8 Nehemia. Kita akan mengkaji hal ini dengan lebih lanjut.
Nehemia 7:73 Adapun para imam dan orang-orang Lewi, para penunggu pintu dan para penyanyi, juga sebagian dari rakyat, para budak di bait Allah dan semua orang Israel yang lain menetap di kota-kota mereka. (8-1) Ketika tiba bulan yang ketujuh, sedang orang Israel telah menetap di kota-kotanya,
Maka Pembacaan ini berlangsung kemudiannya. Israel nampaknya telahpun diatur untuk peristiwa ini. Penjelasan-penjelasan teks ini dibantu dengan merujuk kepada komentar-komentar rabbinikal.
Nehemia 8:1-18 maka serentak berkumpullah seluruh rakyat di halaman di depan pintu gerbang Air. Mereka meminta kepada Ezra, ahli kitab itu, supaya ia membawa kitab Taurat Musa, yakni kitab hukum yang diberikan TUHAN kepada Israel.
Pemulihan bangsa adalah perlu kepada pemulihan hukum sepenuhnya. Soncino membuat komentar tentang ayat 1:
Dengan tembok-tembok kota yang siap dan perasaan keselamatan bangsa dipulihkan, para pemimpin mengambil langkah-langkah untuk mengukuhkan penggabungan bangsa dengan mempersembahkan kepada rakyat Kod Ilahi dengan apa kewujudan mereka terikat.
Istilah dalam bahasa Ibrani yang ditulis sebagai halaman (street) di sini adalah sebenarnya tempat luas. Komen-komen Soncino bahawa ianya “mungkin sama seperti dalam Ezra x:9 yang dikatakan berada di halaman rumah Tuhan antara tembok timur dan bahagian tenggara Bait Suci”.
Ezra, ahli kitab dan imam dipercayai adalah pengasas Keneseth Haggedolah atau Great Assembly (Perhimpunan Besar) yang dianggap telah menjadi penghubung antara para nabi dan sekolah-sekolah awal para rabbi (rujuk Soncino, nota kepada ayat 1). Pandangan ini adalah perlu kerana tiada hubungan atau sumber langsung dalam waktu bagi sistem-sistem Farisi atau Rabbinikal.
Soncino berpendapat bahawa hakikat bahawa Ezra tidak dimasukkan dalam senarai mereka yang membina semula tembok itu bermakna bahawa dia terlalu tua untuk kerja keras. Ini agak tidak mungkin jika dia meninggal dunia pada tahun 321 SM menurut tradisi-tradisi. Dia telah diberikan dekri untuk menyediakan bekalan golongan Lewi dan perlengkapan semula Bait Suci dalam tahun ketujuh Artahsasta II. Ia telah berdiri sejak pembinaannya pada tahun keenam Darius II tanpa perlengkapan penuhnya. Ia masih tidak mempunyai pakaian-pakaian lengkap para imam (Nehemia 7:70-71), sehinggalah waktu terakhir ini yang membawa kepada peristiwa-peristiwa dalam tahun Ketiga puluh dua Artahsasta. Soncino nampaknya cuba berulang-alik antara rekod purba dan versi-versi Protestan moden dan gagal untuk menerangkan masalahnya seperti yang dipamerkan oleh komen-komen pembukaan pada ayat 1 (rujuk juga karya Tanda Yunus dan Sejarah Pembangunan Semula Bait Suci (No. 13)). Tiada petunjuk bahawa Ezra sudah berusia lanjut di sini. Yang pastinya dia bukan Imam Besar. Atas sebab ini ianya diandaikan bahawa dia mungkin berada semula di Babilon sepanjang tempoh pembinaan tembok ini (rujuk Soncino). Apa sekalipun, dia berada dalam satu kedudukan sebagai seorang imam, guru dan ahli kitab (taurat) untuk melaksanakan tugas ini. Dia nampaknya telah mengambil alih sebagai pemimpin waktu itu dari Elyasib yang sebenarnya tidak disukai kerana telah mencemari bait suci. Apa yang kita perhatikan di sini adalah suatu revolusi keagamaan di mana Imam Besar dan para pegawainya telah mengecewakan rakyat dan pemulihan yang berlaku tanpa mereka dalam ketiadaan Tirshatha atau penguasa (pemerintah) yang berada di Babilon, namun dengan pengetahuannya (rujuk Nehemia 13:4-5, 6-7). Nampaknya dia tidak ada. Dari teks dalam Nehemia 13:6, nampaknya, pada mula tahun Ketiga puluh dua dia telah meminta kebenaran untuk kembali ke Yerusalem mungkin untuk pemulihan keagamaan untuk memulihkan Bait Suci itu dari masalah-masalah yang kita baca ketika berada di bawah Elyasib sehinggalah waktu itu. Bagaimanapun dia dicatatkan sebagai menyumbangkan secara peribadi satu jumlah wang dan barangan yang banyak untuk pemulihan dan perlengkapan Bait Suci serta keimamatan. Ini adalah Oktober 374 dari Tahun Baru Babilon kerana Tahun Baru Babilon Teshritu atau Tishri yang berikut memulakan tahun Ketiga puluh tiga Artahsasta II. Segala aktiviti telahpun disiapkan sebelum bulan ketujuh atau Tishri 373. Kita dapat andaikan dari bawah bahawa Nehemia kembali pada bulan Tishri sebelum Pondok Daun dan nampaknya tepat masanya untuk tempoh Sangkakala-sangkakala. Maka Nehemia 13:6 patut bermaksud untuk menandakan dia kembali untuk tahun Ketiga puluh dua dan susunan ayat terjemahannya adalah janggal, atau terdapat satu penjelasan lain.
2 Lalu pada hari pertama bulan yang ketujuh itu imam Ezra membawa kitab Taurat itu ke hadapan jemaah, yakni baik laki-laki maupun perempuan dan setiap orang yang dapat mendengar dan mengerti. 3 Ia membacakan beberapa bagian dari pada kitab itu di halaman di depan pintu gerbang Air dari pagi sampai tengah hari di hadapan laki-laki dan perempuan dan semua orang yang dapat mengerti. Dengan penuh perhatian seluruh umat mendengarkan pembacaan kitab Taurat itu.
Teks di sini secara literalnya adalah dengan pengertian (pemahaman) untuk mendengar. Konsepnya bukan hanya “semua melainkan anak-anak” seperti yang difahami Soncino tetapi sebaliknya mereka yang mempunyai kemampuan untuk bertindak mengikut apa yang mereka dengar dan mendalaminya. Alkitab menggunakan konsep mendengar tanpa mendengar untuk mereka yang buta dari segi rohani (rujuk Amsal 20:12; 28:9; Pengkhotbah 1:8; Yesaya 33:15; Matius 13:13-15; Lukas 8:10; Kisah 28:26-27; Roma 10:17; Galatia 3:2,5). Mendengar adalah iman.
Istilah Hari pertama berkenaan Sangkakala-sangkakala mempunyai makna bahawa pewaktuan di sini merupakan aktiviti dua hari. Hari Pertama adalah Perayaan Sangkakala-sangkakala dan Bulan Baru. Peristiwa ini mengisytiharkan kedatangan pemulihan. Bolehkah kita sahkan pewaktuan ini dan apakah yang dapat kita pelajari daripadanya?
Pewaktuan-pewaktuan Bulan Baru di Yerusalem untuk tahun 375 SM adalah:
Sep. 12 6:40 p.
m. pada hari Julian 1584709
Okt. 12 6:05 p.
m. pada hari Julian 1584739
Hari pertama
bulan pada setiap hari adalah pada 13 September dan Oktober dan dengan itu pada
hari Julian berikutnya untuk setiap bulan.
1 Tishri adalah
September 13 pada tahun 375 SM. Ini memulakan tahun Jubli sehingga ia ditiupkan
pada Pendamaian 374 SM.
Pewaktuan-pewaktuan
Bulan Baru di Yerusalem bagi tahun 374 SM adalah:
Sep. 1 pada
6:2//7 a. m. pada hari Julian 1585062
Okt. 1 pada
6:29 a. m. pada hari Julian 1585092
Oleh itu,
dari peraturan-peraturan standard, 1 Tishri adalah Oktober 1 374 SM.
Perhitungan-perhitungan
berhubung tahun 374 SM menentukan sebilangan isu-isu berat yang disembunyi atau
dilupakan oleh pihak-pihak berkuasa Rabbinikal.
Nampaknya
terdapat polisi penyembunyian disengajakan antara pihak penguasa rabbinikal dan
Kekristianan aliran utama selama berabad-abad. Keadaan sebenar menyingkirkan
segala keraguan dan membuktikan kedua-dua pihak ini adalah salah dan dikutuk
oleh tradisi-tradisi mereka. Bagaimanapun ia menunjukkan kesetiaan sistem
Judaic (Yahudi) dalam memelihara keutuhan hari Sabat dan minggu sepanjang
tempoh tersebut.
Penentuan
kalendar dengan merujuk kepada Tishri saja sebagai ditentukan dengan ekuinoks
juga ditunjukkan sebagai salah di sini. Ekuinoks jatuh pada bulan September dan
dalam tahun ini, ia tentunya telah meletakkan Bulan Baru terlalu awal dalam
Nisan mengikut peraturan-peraturan kalendar yang diterima umum berhubung
ekuinoks dalam Nisan. Bagaimanapun, dalam kes ini Sangkakala-sangkakala
bukannya jatuh pada hari Jumaat tetapi pada hari Minggu yang lebih menimbulkan
masalah. Bagaimanapun, jika peraturan-peraturan standard untuk Nisan dipatuhi
di sini, seperti yang difahami oleh Jemaat mula-mula dan seperti yang
dipelihara dalam zaman Bait Suci mengikut peraturan-peraturan Saduki dan juga
oleh orang Samaria, maka Oktober 1 menjadi Sangkakala-sangkakala dan hari ini
jatuh, seperti yang kita jangkakan dari susunan ayat teks ini, pada hari
Jumaat. Bagaimanapun, terdapat sebilangan fiksyen-fiksyen lain yang dimusnahkan
di sini juga.
Dengan itu,
pemulihan difahamkan telah berlaku pada jubli sepanjang tempoh bulan ketujuh
sehinggalah Hari Besar Terakhir dan pemulihan-pemulihan tersebut terjadi
seperti yang kita jangkakan mengikut hukum. Nampaknya, dari teks ini dalam
Nehemia bahawa mereka telah hanya memahami hal ini sepenuhnya sewaktu tahun
Sabat dan melaksanakannya pada bulan ketujuh Jubli itu sendiri dan nampaknya
bertentangan dengan Imam Besar dan para pengikutnya. Mungkin ini juga
menerangkan kenapa Bait Suci tidak begitu penting kepada pemulihan ini dalam
Pembacaan Hukum.
Sistem
penundaan (penangguhan) terbukti palsu kerana Bulan Baru berlaku pada 6.29 a.m.
Juga ada terbabitnya Sabat mengikuti Sabat di sini. Maka sistem konjunksi
diperhatikan sebagai telahpun wujud seperti yang kita jangkakan dari
pengetahuan kita tentang sistem-sistem Saduki dan Samaria yang beroperasi
semasa lewat zaman Bait Suci dan dari Mishnah berhubung Sabat mengikuti Sabat
dan juga Pendamaian.
Maka
aktiviti-aktiviti yang disebutkan di sini dalam Nehemia adalah berkaitan dengan
pemulihan dan merupakan apa yang kita jangkakan berlaku dalam Jubli berikutan
tahun Sabat. Persediaan tahun Sabat terikat kepada Jubli dan menandakan satu
tempoh pemulihan yang besar dalam sejarah Yahudi.
Teks ini
menunjukkan bahawa pada ketika ini, Sangkakala-sangkakala diikuti oleh suatu
hari kedua. Alkitab senyap tentang perayaan Sangkakala-sangkakala selama dua
hari dan para Rabbi cuba menyelitkan bahawa ini adalah Rosh Hashanah dua hari
demi membenarkan tradisi-tradisi mereka. Soncino mengatakan ini adalah Rosh
Hashanah, Tahun Baru, hari pertemuan suci dan memetik Imamat 23:24.
Bagaimanapun, ia bertepatan senyap tentang perintah jelas Tuhan bahawa Abib
atau Nisan sepatutnya adalah permulaan segala bulan dan dengan itu adalah Tahun
Baru kepada Israel (Keluaran 12:2). Rosh Hashanah, Tahun Baru Babilon dalam
Tishri, tidak diperkenalkan sehinggalah zaman selepas Mishnah dari abad ke 3
selepas kematian Kristus (rujuk Kohn Pemelihara Sabat Transylvania).
Ayat 3
mengatakan bahawa Ezra membaca taurat sehingga tengah hari. Ini tidak harus
dianggap bahawa mereka tidak meneruskannya selepas tengah hari. Soncino
berpendapat bahawa sama ada penjelasan-penjelasannya diteruskan oleh orang lain
dari waktu itu atau adanya rehat kerana kepanasan waktu tengah hari. Teks ini
meneruskan dengan menjelaskan dengan tepat apa yang terjadi. Mimbar yang
disebutkan di sini adalah pentas yang ditinggikan yang menampung empat belas
imam.
4 Ezra, ahli kitab itu, berdiri di atas mimbar kayu yang dibuat untuk peristiwa itu. Di sisinya sebelah kanan berdiri Matica, Sema, Anaya, Uria, Hilkia dan Maaseya, sedang di sebelah kiri berdiri Pedaya, Misael, Malkia, Hasum, Hasbadana, Zakharia dan Mesulam. 5 Ezra membuka kitab itu di depan mata seluruh umat, karena ia berdiri lebih tinggi dari semua orang itu. Pada waktu ia membuka kitab itu semua orang bangkit berdiri. 6 Lalu Ezra memuji TUHAN, Allah yang maha besar, dan semua orang menyambut dengan: "Amin, amin!", sambil mengangkat tangan. Kemudian mereka berlutut dan sujud menyembah kepada TUHAN dengan muka sampai ke tanah. 7 Juga Yesua, Bani, Serebya, Yamin, Akub, Sabetai, Hodia, Maaseya, Kelita, Azarya, Yozabad, Hanan, Pelaya, yang adalah orang-orang Lewi, mengajarkan Taurat itu kepada orang-orang itu, sementara orang-orang itu berdiri di tempatnya. 8 Bagian-bagian dari pada kitab itu, yakni Taurat Allah, dibacakan dengan jelas, dengan diberi keterangan-keterangan, sehingga pembacaan dimengerti.
Turutannya adalah bahawa semua orang bangkit berdiri untuk berkat dan kemudiannya hukum dibacakan dan diterangkan oleh para imam dan Lewi kepada semua orang sepanjang pembacaan tersebut (beberapa nama muncul lagi dalam 9:4 dan 10:10 dan seterusnya). Ertinya difahami sebagai berdiri atau memberi perhatian kepada pembacaan hukum dan tidak bercakap (rujuk Ayub 32:16). Maka ia bukan hanya pembacaan Torah (Taurat), lima kitab pertama Alkitab, ataupun hanya satu seperti yang dilakukan beberapa pihak, iaitu teks Ulangan. Hukum harus diterangkan “harus ini harus itu, mesti begini mesti begitu, tambah ini tambah itu” (Yesaya 28:10-13). Ajaran-ajaran Hukum ini difahami sebagaimana dijelaskan juga oleh Musa seperti yang kita perhatikan Ibrani 9:19.
Teks dalam ayat 8 menandakan bahawa semua imam yang hadir dapat menatap hukum dan menjelaskannya. Mungkin ini dilakukan dengan pembahagian masa kepada individu-individu ataupun para imam dibahagikan kepada kawasan-kawasan tertentu.
9 Lalu Nehemia, yakni kepala daerah itu, dan imam Ezra, ahli kitab itu, dan orang-orang Lewi yang mengajar orang-orang itu, berkata kepada mereka semuanya: "Hari ini adalah kudus bagi TUHAN Allahmu. Jangan kamu berdukacita dan menangis!", karena semua orang itu menangis ketika mendengar kalimat-kalimat Taurat itu. 10 Lalu berkatalah ia kepada mereka: "Pergilah kamu, makanlah sedap-sedapan dan minumlah minuman manis dan kirimlah sebagian kepada mereka yang tidak sedia apa-apa, karena hari ini adalah kudus bagi Tuhan kita! Jangan kamu bersusah hati, sebab sukacita karena TUHAN itulah perlindunganmu!"
Hari ini dikatakan sebagai Kudus dan dan satu perayaan Tuhan dan kerana itu ia bukan Sabat mingguan, yang pastinya tidak memerlukan sebarang penjelasan, tetapi adalah hari Perayaan pada hari pertama itu. Pergilah kamu, makanlah sedap-sedapan dan minumlah minuman manis dan kirimlah sebagian kepada mereka yang tidak sedia apa-apa adalah satu ordinan (ketetapan) berhubung perayaan-perayaan dan penyediaan keperluan golongan miskin. Maka Nehemia direkodkan sebagai hadir untuk Perayaan Sangkakala-sangkakala dan teks dalam Nehemia 13:6 harus difahami sebagai menandakan bahawa dia kembali dari Babilon untuk tahun Ketiga puluh dua. Ianya tidak mungkin tahun berikutnya kerana dia mengatakan tahun Ketiga puluh dua. Tahun Ketiga puluh tiga bermula pada Bulan Baru Tishri 373 yang merupakan Tahun Baru Babilon. Nehemia menunjukkan semua ini berlaku dalam tahun Ketiga puluh dua dan untuk menyelaraskan kedua-dua teks ini dia patut kembali untuk Tishri 374. Dia tentunya kembali untuk peristiwa yang sangat penting ini dan jelas sekali sokongannya telahpun diperolehi sebelumnya. Dia menyatakan bahawa dia tidak berada di situ ketika peristiwa-peristiwa sebelum tahun Ketiga puluh dua.
Maka terdapat tiga alternatif sekitar peristiwa-peristiwa dan teks-teks berkenaan Sangkakala-sangkakala 374 SM.
Bagaimanapun rangka waktunya adalah tepat untuk tujuan-tujuan menentukan bulan dan tahun dan tidak memberi sebarang ruang untuk kesilapan. Ianya tidak boleh tahun sebelumnya bermula dari tahun sivil di Babilon dan tahun berikutnya bermula pada Sangkakala-sangkakala mengikut kalendar Sivil Babilon yang dibawa masuk ke dalam Yudea oleh penduduknya dan diambil oleh orang Farisi dan tradisi-tradisi Rabbinikal kemudiannya yang diwarisi dari mereka.
Jika pewaktuannya diambil dari Nisan ke Nisan menurut pewaktuan alkitabiah maka aktiviti-aktiviti tersebut berlangsung dari Mac hingga Oktober 374 SM dan tiada satupun masalah yang wujud. Darius II direkodkan sebagai mangkat pada tahun 405 SM oleh Bernard Grun (The Timetable of History 3rd ed., Touchstone, 1991, halaman 14) yang menyokong anggapan ini; (rujuk W. Stein Kulturfahrplan). Malah ini adalah penyelesaian sebenar dan mempunyai akibat-akibat jangka panjang bagi sistem Rabbinikal. Kedudukan terkini kerajaan Mesir adalah bahawa Darius II telah mangkat menjelang Musim Bunga 404 SM (Egyptian Ministry of Tourism http://www.touregypt.net/index.htm). Kamus Klasikal Oxford (("Artaxerxes II" 3rd ed, 1996, halaman 182; rujuk P. Briant De Cyrus á Alexandre, 1996) memberi pemerintahan Artahsasta sebagai 405/404-359/358. Penyelesaiannya adalah sangat mudah dan sangat penting bagi Judaisme moden, Kekristianan dan Islam sama-sama.
Kalendar Sivil Babilon tidak digunakan dalam rujukan-rujukan di sini dalam Ezra dan Nehemia. Ini adalah apa yang dijangkakan dari pemulihan keagamaan yang sejati. Rujukan-rujukannya adalah kepada tahun Kudus yang bermula dalam Nisan. Pewaktuan-pewaktuan semuanya berdasarkan Nisan ke Nisan dan dengan itu tahun bermula dalam Nisan dan rujukan-rujukan dalam Nehemia mengisahkan Nehemia kembali pada permulaan tahun Ketiga puluh dua dengan menghitung dari penerimaannya pada kemangkatan bapanya Darius II. Nehemia kembali beberapa waktu selepas 1 Nisan dan tepat masanya untuk menyediakan bait suci dan mengambil bahagian dalam Pesta-pesta seperti yang dicatatkan dilakukannya oleh Ezra. Ini merupakan pemulihan sebenar Tuhan.
Implikasi-implikasi hakikat ini memang jauh sekali. Ia mungkin menerangkan kenapa tarikh-tarikh penerimaannya serta butir-butirnya begitu teruk sekali penjelasannya oleh Judaisme dan Kekristianan. Ia menunjukkan bahawa kalendar Babilon dan Tahun Baru Babilon merupakan satu ciri Judaisme rabbinikal zaman selepas Bait Suci lewat yang diwarisi dari rabbi-rabbi Babilon. Sistem kalendar mereka tiada kaitan dengan dan tidak pernah mempunyai kaitan dengan sistem Bait sebenar. Atas sebab inilah Judaisme seiringan dengan sistem Protestan dan cuba meletakkan tempoh pembinaan Bait Suci dan nubuatan Daniel dalam pemerintahan Darius I, dan bukannya Darius II, walaupun adanya petunjuk jelas Kitab Ezra serta bimbingan tulisan-tulisan rabbinikal awal, yang menjadikan Ezra sezaman dengan Alexander yang Agung (the Great), kedua-duanya meninggal pada tahun 321 SM. Hakikatnya adalah bahawa kalendar Hillel dan sistem Rosh Hashanah adalah pembuatan anti-alkitab Judaisme Rabbinikal Babilon dan tiada kaitan dengan sistem Alkitab yang dipulihkan di sini oleh Ezra dan Nehemia dan yang digunakan sewaktu zaman Bait Suci. Rosh Hashanah serta kalendar tersebut adalah sama pagan dengan dewa-dewa Yunani yang ditempatkan dengannya dalam bait oleh Antiochus Epiphanes. Sistem ibadah palsu inilah yang ada di Yerusalem dalam Bait Suci yang telah memerlukan pembinaan Bait Suci di Heliopolis oleh Onias IV mengikut petunjuk Tuhan dalam Yesaya 19:19.
Orang-orang yang berada di Pemulihan Ezra dan Nehemia meratap kerana mereka tidak mengikut hukum-hukum Tuhan dan mereka tidak memelihara hukum-hukum itu walaupun ada dicatatkan bahawa mereka telah memelihara Pondok Daun dan Paskah (rujuk Ezra 3:4). Reaksi tersebut adalah seperti yang ada dengan Yosia dalam 2 Raja-raja 22:11,19. Kewajipan raja adalah untuk menyediakan korban-korban dari Cukai Raja dan kerana ianya mungkin Nehemia sebagai Tirshatha (atau pemerintah) yang berbicara dalam ayat 10 (bertentangan dengan dakwaan Soncino).
11 Juga orang-orang Lewi menyuruh semua orang itu supaya diam dengan kata-kata: "Tenanglah! Hari ini adalah kudus. Jangan kamu bersusah hati!" 12 Maka pergilah semua orang itu untuk makan dan minum, untuk membagi-bagi makanan dan berpesta ria, karena mereka mengerti segala firman yang diberitahukan kepada mereka.
Dari pembelajaran serta dukacita mereka melalui kesedaran mereka tentang pengabaian Hukum yang telah mereka lakukan, mereka masih menemui kesukacitaan dalam Hukum dan karunia Tuhan. Mereka sepatutnya telah Membaca Hukum setiap tahun Sabat dan bukan hanya di sini ketika Jubli. Tiada rekod peristiwa atau aktiviti jenis Jubli yang boleh dibandingkan dalam tahun seterusnya. Hukum dibacakan di sini dalam tahun ini dan ia menandakan kedua-dua aktiviti pembacaan dan pemulihan. Patut dipertimbangkan juga bahawa Hukum mungkin dibaca pada hujung Sabat Ketujuh pada Pondok Daun Jubli dan mungkin bukannya, namun lebih berkemungkinan sebagai tambahan kepada, permulaan Jubli dalam bulan ketujuh tahun Sabat dan Keempat puluh sembilan.
13 Pada hari yang kedua kepala-kepala kaum keluarga seluruh bangsa, juga para imam dan orang-orang Lewi berkumpul pada Ezra, ahli hukum Taurat itu, untuk menelaah kalimat-kalimat Taurat itu. 14 Maka didapatinya tertulis dalam hukum yang diberikan TUHAN dengan perantaraan Musa, bahwa orang Israel harus tinggal dalam pondok-pondok pada hari raya bulan yang ketujuh, 15 dan bahwa di semua kota mereka dan di Yerusalem harus disampaikan berita dan pengumuman yang berbunyi: "Pergilah ke gunung, ambillah daun pohon zaitun, daun pohon minyak, daun pohon murad, daun pohon korma dan daun dari pohon-pohon yang rimbun guna membuat pondok-pondok sebagaimana tertulis."
Spesis di sini seperti murad atau hadas shoteh adalah berbeza dari lulab atau daun pohon korma seperti yang digunakan dalam upacara keagamaan. Zaitun liar secara literalnya adalah pohon minyak (rujuk Yesaya 41:19; dan Soncino).
Teks mengenai Pondok Daun ini ditemui dalam Imamat 23:40 dan kerana itu Taurat-lah yang dibacakan dan bukan hanya Ulangan.
16 Maka pergilah orang mengambil daun-daun itu, lalu membuat pondok-pondok, masing-masing di atas atap rumahnya, di pekarangan mereka, juga di pelataran-pelataran rumah Allah, di lapangan pintu gerbang Air dan di lapangan pintu gerbang Efraim. 17 Seluruh jemaah yang pulang dari pembuangan itu membuat pondok-pondok dan tinggal di situ. Memang sejak zaman Yosua bin Nun sampai hari itu orang Israel tidak pernah berbuat demikian. Maka diadakanlah pesta ria yang amat besar. 18 Bagian-bagian kitab Taurat Allah itu dibacakan tiap hari, dari hari pertama sampai hari terakhir. Tujuh hari lamanya mereka merayakan hari raya itu dan pada hari yang kedelapan ada pertemuan raya sesuai dengan peraturan.
Nama Yeshua (Yosua) adalah bentuk Ibrani bagi apa yang kita fahami sebagai Yosua dan ditulis sebagai Yesus dari bentuk Yunani-nya.
Ianya jelas bahawa Perayaan Pondok Daun diadakan pada awal kepulangan tersebut seperti yang kita perhatikan dari Ezra 3:4. Maka Pondok Daun ini adalah istimewa dan berbeza dari yang biasa. Soncino cuba menerangkannya sebagai berada dalam kesukacitaan dengan mana ia dirayakan tetapi ini adalah satu masalah lain lagi. Jawapannya terletak dalam jenis aktiviti-aktiviti yang dijalankan. Pemulihan-pemulihan hartanah, riba dan tanah dan juga orang Israel sendiri menjadikan perayaan ini berbeza sebagai suatu Jubli dan yang menyusuli dari apa yang kita jangka untuk lihat dalam Sabat dan pemulihan Hukum.
Pemulihan hutang-hutang dikuatkuasakan seperti yang diwajibkan dalam tahun jubli seperti yang kita perhatikan dalam Nehemia bab 5, yang nampaknya dari Nehemia 5:14 (dan seterusnya) dilakukan dalam tahun Ketiga puluh dua Artahsasta iaitu dari Oktober 374 SM dalam kalendar Babilon tetapi dari Nisan dalam kalendar Ibrani seperti yang kita lihat. Komen-komen yang dimasukkan dalam Nehemia bab 5 dari ayat 14 dan seterusnya selepas peristiwa-peristiwa berkenaan memperincikan pewaktuan tersebut.
Tahunnya boleh ditentukan dari kalendar dengan adanya tahun-tahun pemerintahan Artahsasta II yang diberikan dalam buku ini serta tahun-tahun kalendar suci. Struktur dan pewaktuan-pewaktuan ini juga terdapat dalam karya Tanda Yunus dan Sejarah Pembangunan Semula Bait Suci (No. 13).
Pembacaan hukum ini dilakukan setiap tahun Sabat sesuai dengan Ulangan 31:10-12. Istilah bagi kitab hukum (kitab Taurat) difahami sebagai Torah (Taurat) dan rujukan ini juga dibuat dalam Ulangan 30:10. Istilah ini difahami sebagai Skrol Torah (Taurat). Bullinger membuat perbandingan yang sama dan merujuk juga kepada 2 Raja-raja 22:8 dan 23:25 dan dia membuat satu catatan tentang Keluaran 17:14 yang dirujuknya. 2 Raja-raja 22:8-13 dalam perbandingan dengan 23:25 menunjukkan bahawa seluruh kitab hukum (Taurat) harus ditaati dan bukan kerana bangsa itu akan dihukum (ayat 14 dan seterusnya).
Kita perhatikan dari ayat 18 bahawa hukum dibaca hari demi hari dan kerana itu tidak boleh diterima jika dibaca hanya pada Hari Besar Terakhir atau pada mana-mana satu hari saja. Perayaan ini dipelihara setiap hari mengikut hukum dan hari kelapan merupakan perkumpulan raya yang dikenali sebagai Hari Besar Terakhir (rujuk Imamat 23:36; Bilangan 29:35 dan seterusnya) dengan korban-korban istimewanya (rujuk Soncino).
Pada hari Kedua puluh empat bulan ketujuh, semua orang kemudiannya memisahkan diri mereka. Soncino berpendapat ini adalah dua hari selepas perayaan Pondok Daun atau lebih tepat lagi dua hari selepas Hari Besar Terakhir. Bullinger berpendapat ini adalah peristiwa berlainan namun Soncino mungkin betul kerana ia dipelihara sebagai satu puasa. Ini adalah hari pertama di mana puasa adalah mungkin dan tindakan-tindakan ini dilakukan kerana Hari Besar Terakhir jatuh pada hari Jumaat juga dalam 374 SM dan kerana itu hari pertama selepas perayaan itu adalah hari Sabat dan dengan itu tiada puasa yang diadakan. Hari Kedua puluh empat merupakan peluang pertama dan juga mengesahkan pewaktuan seperti yang diperhatikan di atas.
Meminta maaf bagi dosa-dosa nenek moyang tidaklah pelik seperti yang kita lihat di sini dan dalam Mazmur dan dalam Ezra 9:6-15. Pertaubatan individu-individu dimasukkan dalam bangsa Israel. Individu adalah sebahagian dari badan kebangsaan dan dengan itu terdapatnya identifikasi sepenuhnya dalam rasa malu dan dalam pertaubatan dari keberhalaan yang diperkenalkan oleh orang asing (rujuk Ezra 9:2; Davies, Soncino).
Di sini pada hari ini mereka membaca teks Hukum itu untuk seperempat hari dan kemudian mengaku dosa-dosa mereka di hadapan Tuhan untuk tempoh seperempat hari lagi. Maka begitulah Soncino mengatakan mereka menghabiskan separuh dari masa itu mendengar pengucapan tersebut dan kemudian separuh masa lagi untuk mengaku dosa dan berdoa. Ini mengikuti format pembacaan ini di mana Hukum dibaca hingga tengah hari dan kemudian dijelaskan.
Perjanjian Kebangsaan yang dibuat pada hari Kedua puluh empat Tishri dikutip dari Kejadian dan boleh dibandingkan dengan teks-teks dalam Yesaya 43:16; 44:6; Mazmur 83:19; 1 Raja-raja 22:19; Mazmur 78:14; 103:21; Keluaran 3:7; 13:21; 14:15 dan seterusnya; 15:10; 18:11; 19:20; Bilangan 14:14.
Soncino berpendapat catatan dalam 9:14 yang merujuk kepada SabatMu yang Suci harus disamakan kepada keputusan Rabbinik Sabat mengatasi semua perintah-perintah Torah (Taurat) (p. Ned. 38b). Ini jelas berbeza dengan kata-kata Mesias di mana dua Perintah Besar Hukum adalah yang terpenting seperti yang dipetik juga oleh Gamaliel.
Seseorang hanya boleh menyimpulkan dari pandangan ini bahawa jika perintah-perintah untuk memelihara tahun Sabat dan Pembacaan Hukum seperti yang diwajibkan oleh perintah Tuhan yang jelas kepada Musa melalui Yesus Kristus telah ditaati maka tidak akan ada sebarang salahfaham. Pembacaan Hukum melenyapkan pencerobohan tradisi-tradisi tersebut dan membolehkan pemulihan Jubli serta Sabat untuk tanah. Pembacaan Hukum mentaati kehendak Tuhan dan menguasakan umat kita serta memberi visi tentang rencana keselamatan.
Ianya penting untuk memperhatikan juga bahawa Sabat tahun Keempat puluh sembilan Jubli ini nampaknya juga berkaitan dengan tujuh kali tujuh masa iaitu empat puluh sembilan tahun nubuatan Daniel 9:25.
Daniel 9:25-27 Maka ketahuilah dan pahamilah: dari saat firman itu keluar, yakni bahwa Yerusalem akan dipulihkan dan dibangun kembali, sampai pada kedatangan seorang yang diurapi, seorang raja, ada tujuh kali tujuh masa; dan enam puluh dua kali tujuh masa lamanya kota itu akan dibangun kembali dengan tanah lapang dan paritnya, tetapi di tengah-tengah kesulitan. 26 Sesudah keenam puluh dua kali tujuh masa itu akan disingkirkan seorang yang telah diurapi, padahal tidak ada salahnya apa-apa. Maka datanglah rakyat seorang raja memusnahkan kota dan tempat kudus itu, tetapi raja itu akan menemui ajalnya dalam air bah; dan sampai pada akhir zaman akan ada peperangan dan pemusnahan, seperti yang telah ditetapkan. 27 Raja itu akan membuat perjanjian itu menjadi berat bagi banyak orang selama satu kali tujuh masa. Pada pertengahan tujuh masa itu ia akan menghentikan korban sembelihan dan korban santapan; dan di atas sayap kekejian akan datang yang membinasakan, sampai pemusnahan yang telah ditetapkan menimpa yang membinasakan itu."
Maka pemulihan di bawah Ezra dan Nehemia ini telahpun diramalkan oleh Tuhan melalui nabi Daniel sebagai sebahagian dari Tujuh puluh Kali Tujuh Masa. Semua itu juga terikat kepada sistem Jubli. Oleh sebab itu, hari-hari terakhir bagi pertaubatan orang Yahudi dalam zaman Bait Suci adalah sewaktu tahun Sabat 69/70 CE (TM). Mereka tidak bertaubat dari kemurtadan serta tradisi-tradisi palsu mereka, dan kerana itu tanggal 1 Nisan 70 TM tentera-tentera Rom di bawah Titus telah mengepung Yerusalem. Segalanya dilakukan menurut sistem jubli Tuhan yang agung. Tempoh tujuh tahun terakhir menyaksikan Yudea di dalam tawanan. Tujuh tahun terakhir bagi Jubli Keempat puluh sembilan dari permulaan tujuh puluh kali tujuh masa yang dinubuatkan oleh Daniel dan yang melalui pemulihan Ezra/Nehemia itu akan menyaksikan Mesias kembali dan menimpakan pemusnahan pada yang membinasakan itu.
Tahun Sabat tahun Kedua puluh satu Jubli Keempat puluh dari Mesias dikenalpasti dari teks ini sebagai 1998. Pembacaan Hukum serta pemulihan sistem Jubli dan kalendar dibolehkan dari aktiviti ini dalam Zaman Akhir.
Tahun Sabat 1998 adalah penting dalam turutan ini kerana ia mengikuti titik-titik pembatasan dalam turutan jubli-jubli penting dan Milenia. 1996 merupakan ulangtahun ke 3000 atau jubli keenam puluh kemasukan Daud ke Yerusalem. Ia merupakan ulangtahun ke 2000 atau jubli keempat puluh kelahiran Mesias. 1997 menandakan penghujung Zaman Bangsa Lain yang dihitung masanya dari tujuh kali atau 2520 tahun sejak serbuan Mesir oleh orang Babilon di bawah Cambyses pada tahun 525 SM yang mengikuti dari dua tempoh empat puluh tahun dari kemenangan Nebukadnezar atas mereka di Karkemis pada tahun 605 SM.
Tiga tempoh Sabat berikutnya hingga 2019 akan menyaksikan kerosakan terakhir sistem bumi sebelum kedatangan Mesias. 2027 adalah Jubli Keempat puluh sejak pelayanan Mesias. 2028 merupakan tahun pertama Jubli segala Jubli, Jubli Kelima puluh sejak perintah untuk membangunkan bait suci itu serta pemulihan Ezra Nehemia. Dalam Jubli ini Mesias akan menubuhkan sistem Milenium serta pemerintahannya atas planet ini mengikut Hukum-hukum Tuhan.
Rencana Tuhan berjalan dengan baik dan teratur menurut HukumNya dan sistem-sistem kalendarNya. Pujilah Tuhan Semesta Alam kerana Dia telah memberikan kita kunci-kunci untuk memulihkan sistemNya menurut firmanNya.
Apendiks
kepada Pembacaan Hukum dengan Ezra dan Nehemia:
Catatan tentang penentuan masa penawanan Yoyakhin
Penentuan penawanan tersebut berpusat pada penentuan Adar dan WeAdar atau Adar II dalam tahun berkenaan. Ini mempunyai kesan penting pada penempatan jubli-jubli dalam tahun-tahun 27/28 dan 77/88 atau dalam 28/29 dan 78/79 dalam abad-abad era masakini. Bulan Adar mempunyai kesan dalam perkiraan-perkiraan regnal purba dalam menjadikan satu tahun lengkap untuk tujuan-tujuan perkiraan. Kesan ini jelas sekali kelihatan dalam penentuan tahun kelima belas Tiberius seperti yang dicatatkan dalam Lukas bagi permulaan pelayanan Yohanes Pembaptis (rujuk karya Penentuan Masa Penyaliban dan Kebangkitan (No. 159)).
Penetapan bulan Adar dan (We)Adar dalam tahun 597 SM ditentukan oleh fasa-fasa bulan. Judaica mengambil kira penawanan tersebut dan meletakkan 2 Adar pada 15/16 Mac 597 SM.
Encyclopaedia Judaica, Volume 6, artikel Ezekiel, halaman 1082, nota samping 1 menyatakan:
Kiraan-tahun dalam tarikh-tarikh tersebut bermula dari buangan Raja Yoyakhin (1:2; 33:21; 40:1), yang dapat ditarikhkan oleh sebuah sejarah Babilon kepada 2 Adar (pertengahan Mac) 597. Bagaimanapun, II Tawarikh 36:10 mencatatkan buangan tersebut bermula pada “pergantian tahun” – iaitu, bulan berikutnya, Nisan, permulaan tahun ke 8 Nebukadnezar (II Raja-raja 24:12). Maka era buangan itu bermula dalam Nisan (April) 597, dan tahun-tahunnya, seperti tahun-tahun regnal Babilon, berjalan dari Nisan ke Adar.
Ini tidak betul. Orang Yahudi merujuk kepada Adar 1 sebagai Adar dan Adar 2 sebagai dan Adar atau WeAdar. Mereka tidak menggunakan istilah-istilah Adar 1 dan 2. Ianya sekadar Adar dan Adar.
Rujukan kepada pergantian tahun dalam 2 Tawarikh 36:10 merujuk kepada ekuinoks dalam Mac. Ia tidak merujuk kepada bulan Nisan. Rujukan Alkitab kepada pergantian tahun untuk Pondok Daun juga bermaksud dalam waktu ekuinoks September. Ekuinoks vernal (musim bunga) jatuh dalam WeAdar sebanyak tujuh kali dalam setiap kitar sembilan belas tahun. Maka tiada konflik apa sekalipun antara Tawarikh Babilon dan 2 Tawarikh berhubung isu penawanan itu.
Rujukan Yehezkiel adalah kepada tahun ketiga puluh. Rujukan sebegitu bukanlah kepada mana-mana tahun ketiga puluh bagi sebarang raja atau sistem yang dikenali. Pernyataan ringkas ini diambil sebagaimana difahami dalam teks Perjanjian Lama itu.
Terdapat juga satu lagi pemulihan oleh Whiston yang tidak betul, yang berdasar pada struktur tahun-tahun regnal yang cacat. Sedikit kekeliruan berlaku dari ini kadangkala.
Menentukan Bulan-bulan Baru untuk 597 menunjukkan kita bahawa terdapat WeAdar dalam tahun itu.
Bulan Baru jatuh pada 12 Mac pada jam 1500 Yerusalem LMT. Bulan Baru berikutnya jatuh pada 11 April pada jam 0733. Ekuinoks jatuh pada 27 Mac pada jam 1333 Yerusalem LMT.
Ianya lebih dari 14 hari lengkap dari 12 Mac 597 hingga 27 Mac 597 petang ke petang di mana kita mempunyai enam belas hari. Oleh sebab itu Mac tidak mungkin adalah Bulan Baru terdekat ekuinoks dan 11 April pada jam 0733 adalah Bulan Baru Nisan. Maka kita ada WeAdar dan hari ke 2 WeAdar adalah 14/15 Mac, walaupun dengan menganggap 13 Mac sebagai permulaan bulan dan bukannya 15/16 Mac seperti yang dipercayai Judaica.
Maka penawanan tersebut berlaku pada pergantian tahun, iaitu pada waktu ekuinoks yang berada dalam WeAdar dan pada 2 WeAdar atau 14/15 Mac atau 15/16 Mac mengikut perhitungan Yahudi.
Maka tahun dihitung dari permulaan tahun sebelumnya pada April 598 SM.
Dengan itu, April 597 SM merupakan permulaan tahun kedua. 596 SM adalah permulaan tahun ketiga. 595 SM adalah permulaan tahun keempat dan 594 SM adalah permulaan tahun kelima penawanan Yoyakhin
Jadual pemerintahan Artahsasta II serta
aktiviti-aktiviti Ezra dan Nehemia
423 SM |
Darius II. Dekri dikeluarkan untuk
memulakan pembinaan pada 422 SM (Ezra 6:1 dan 4:24) (iaitu tahun keduanya) 70
kali tujuh masa bermula. Dari Ezra 5 nampaknya bahawa Hagai dan Zakharia
bernubuat dalam 423 SM dan 422 SM. 70 kali tujuh masa bermula dari 423/22 SM
(iaitu tahun pertama tempoh Jubli yang baru). Pembinaan siap dalam tahun
keenam Darius orang Persia (Ezra 6:15) dalam 3 Adar iaitu Mac 418 SM. Darius
mangkat sebelumnya dalam tempoh hujung 405 hingga musim bunga 404. |
|
|
404 SM |
Artahsasta II (Arsakes) menghadapi
pemberontakan Mesir bila naik takhta (musim bunga atau Nisan 404. |
|
|
402 SM |
Artahsasta kehilangan Mesir. |
|
|
401 SM |
Perang saudara di Persia. Orang Yunani
dikalahkan di Pertempuran Cunaxa dan mereka berundur ke pantai Laut Hitam. |
|
|
398 SM |
Dekri pembekalan dikeluarkan bagi
kepulangan Ezra pada tahun ketujuh, mungkin menghadiahkan kesetiaan Yahudi
(Ezra 7:1-26). |
|
|
387 SM |
Artahsasta mengalahkan orang Sparta dan
menghentikan campur tangan mereka. Keamanan raja menyaksikan Persia menduduki
semula Ionia. |
|
|
385 SM |
Nehemia dijadikan Gabenor (Pemerintah)
Yudea dari Nisan 385-372 SM apabila kota dan tembok-temboknya dibangunkan
semula (Nehemia 5:14). Elyasib adalah Imam Besar (Nehemia 3:1). Ini merupakan
surat atau dekri kedua Artahsasta. Ini adalah untuk pembinaan semula
gerbang-gerbang kubu-kubu Bait Suci dan untuk tembok-tembok kota (Bait Suci
telahpun siap dibina – Nehemia 6:10-11). Kota ini nampaknya telah rosak dalam
perang saudara dalam mana orang Yahudi Babilon dan Israel jelas menyokong
raja. Ini merupakan tahun Pemulihan di bawah Ezra dan Nehemia. Ia bermula
dengan dekri dalam Nisan. Tembok-tembok siap pada hari kedua puluh lima bulan
keenam tepat masanya untuk pemulihan dan Pembacaan Hukum dalam tahun kedua
puluh Artahsasta II iaitu tahun ketiga puluh sembilan untuk jubli kesembilan
sebelum pelayanan Mesias. |
|
|
375/4
SM |
Ini melengkapi nubuatan pada Daniel 9:25
tentang Orang yang Diurapi yang pertama dalam 7 kali tujuh masa itu iaitu 49
tahun dari 423/2 SM – 375/4 SM. Ini juga adalah tahun 49 Jubli. Pewaktuannya
adalah Nisan ke Nisan. |
|
|
374/3
SM |
Nisan tahun Jubli 374 SM memulakan tahun ke
32 Artahsasta II. Tidak dinyatakan secara khusus sama ada pemulihan tanah
oleh Nehemia merupakan pemulihan Jubli. Ini adalah tahun Jubli dan ianya
lebih mungkin bahawa begitulah keadaannya dan oleh kerana itu, ini merupakan
Jubli terakhir yang diketahui dipelihara. |
|
|
374/3
SM |
Tahun ketiga puluh dua Artahsasta. Nehemia
kembali ke Yerusalem dari Babilon dan mendapat Bait Suci dalam keadaan
kekacauan di bawah Elyasib dan Tobia (Nehemia 13:6). Nehemia memulihkan Bait
dan membekalkan para Lewi dan penyanyi yang kembali ke Bait (Nehemia
13:10-11). Dia mendirikan semula persepuluhan dan menguduskan hari-hari Sabat
(Nehemia 13:12-19). |
321 SM |
Ezra meninggal dalam tahun yang sama
seperti Alexander yang Agung (Seder Olam Rabbah 30) |