Jemaat-jemaat Allah Al Masehi

[286]

 

 

 

 

Signifikans Tahun 2000 [286]

(Edisi 1.0 20000101-20000101)

 

Paus telah mengisytiharkan tahun 2000 sebagai tahun jubli. Pakar-pakar mengatakan ia sebenarnya tahun 2001. Bilakah Millenium sebenar dan apakah signifikans sebenarnya? Siapa yang mengatakan ianya tahun 2000 selain dari seorang paderi yang mendapat tarikh mula yang salah.

 

 

 

Christian Churches of God

 

PO Box 369, WODEN ACT 2606, AUSTRALIA

E-mail: secretary@ccg.org

 

(Hakcipta ã 2000 Wade Cox)

(Tr. 2004)

 

Karya tulis ini boleh disalin semula dan didistribusikan secara bebas dengan syarat ia disalin semuanya tanpa apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat penerbit serta notis hakcipta harus disertakan.  Sebarang bayaran tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima salinan yang didistribusikan.  Petikan-petikan ringkas daripadanya boleh dimasukkan ke dalam artikel-artikel kritis dan karya ulasan tanpa melanggar undang-undang hakcipta.

 

Karya ini boleh didapati daripada Internet di:
http://www.logon.org dan http://www.ccg.org


 

Signifikans Tahun 2000 [286]

 


 


Kita sudah hampir memasuki tahun 2000. Lebih banyak kecoh dibuat tentang tahun ini dari yang lain. Orang ramai riuh mengatakan Mesias akan datang dan dunia akan berakhir. Orang Israel sedang mendengarnya sekarang dari ramai antara 2 atau 3 juta pelawat, yang telah pergi ke situ atas hasutan John Paul II untuk merayakan tahun yang dikatakan tahun jubli ini, iaitu tahun Trinitas.

 

Apakah semua kekarutan ini? Kenapakah John Paul menggalakkan orang ramai dalam suatu siri premis-premis palsu yang tidak berdasarkan Alkitab bahawa diketahuinya adalah palsu sepenuhnya dan yang berdasarkan kesilapan-kesilapan yang dibuat kira-kira 1600 tahun yang lalu?

 

Jawapannya adalah politik dan pengenalan histeria kepada orang ramai, yang akan memudaratkan lagi pemahaman, serta jangkaan-jangkaan Mesias dan kepercayaan dalam nubuatan alkitab.

 

Jemaat Roman Katolik telah mula mengabaikan Alkitab dan mengusahakan pertukaran Yehuda kepada Trinitarianisme seawal tahun 600 selepas deklarasi Empayar Rom Suci pada tahun 590 TM (CE).

 

Mengapakah kita menggunakan tarikh-tarikh ini dan kenapa ada orang yang menggunakan AD dan lain-lain CE dan untuk sebab-sebab berlainan? Bagaimanakah kalendar ditentukan? Apakah dasarnya?

 

Penetapan Kalendar

 

Bagaimanakah kita tentukan ini adalah tahun 2000? Kononnya ini adalah dua ribu tahun selepas kelahiran Kristus. Bagaimanapun, Kristus bukannya dilahirkan pada tahun 1 dan, kalaupun dia lahir masa itu, Milenium tidak akan berakhir hingga tahun 2001. Penetapan titik mulanya pada apa yang kita kenali sebagai 1 AD adalah satu kesilapan abad-abad kemudiannya. Kristus tidak mungkin lahir lebih lewat dari 1 Nisan (atau Abib) tahun 4 SM (BCE). Ini kita ketahui dengan pasti. Kita tahu, dari rekod Alkitab, bahawa Kristus telah lahir sebelum Herod mangkat dan Herod telah mangkat antara 1 dan 13 Nisan tahun 4 BCE. Kristus hampir dua tahun umurnya apabila kejadian ini berlaku namun kelahirannya mungkin pada tahun 5 BCE sekitar tempoh Pondok Daun (rujuk Asal-usul Krismas dan Easter (No. 235)).

 

Maka milenium kedua dari Kelahiran Kristus bermula pada 1 Nisan 1997. Tahun ke 2000 sebenarnya adalah pada tahun 1996, iaitu 3000 tahun dari kemasukan kemenangan Daud ke Yerusalem dan 2000 tahun kelahiran sebenar Kristus. Struktur ini telah diperiksa dalam karya Jadual Waktu Ringkasan Segala Zaman (No. 272).

 

Bagaimana kesilapan tersebut berlaku

 

Susunan kalendar terawal yang kita ada adalah susunan Filocalus tahun 354 yang merupakan cetakan semula susunan asal tahun 336. Damasus dari Rom mengambil Furius Dyonisius Filocalus sebagai pekerja untuk beberapa tugas yang membabitkan kubur-kubur mereka yang mati syahid (rujuk Encyc. Of Religion and Ethics (ERE), artikel Calendar (Christian). Dalam teks itu kita nampaknya mempunyai beberapa tarikh yang diberikan untuk kelahiran dan kematian Kristus.

 

Di Itali, pada tahun 536, Dionysius Exiguus telah membuat dua koleksi besar, satu adalah kanun-kanun dan satu lagi adalah decretal (dekri paus) atau surat-surat paus hingga ke Anastasius II (496-498) dan kedua ini apabila digabungkan kemudiannya membentuk buku teks rasmi Roman yang secara berkesannya menyisihkan semua yang lain (ERE, vol. 7, halaman 836). Dia telah diberikan tugas untuk menyusun satu jadual 95 tahun Easter. Pada waktu dan selama beribu tahun sebelumnya, sistem pertarikhan adalah melalui tahun-tahun pemerintahan raja-raja. Ini kemudiannya ditetapkan sebagai sistem pertarikhan dari permulaan pemerintahan Diocletian yang memulakan tahun 1 pada tahun 284. Dennis si Pendek, iaitu makna namanya, atau Dennis Kecil seperti mana dia dipanggil sahabat-sahabatnya, telah mencipta satu sistem pertarikhan sebagai Anno Domini dan menetapkan satu tarikh rambang sebagai tahun 1 pada apa yang dianggapnya mungkin adalah kelahiran Kristus dan mereka sistem terbelakang ini dari tahun 1 juga. Ini kemudiannya dikenali sebagai Before Christ (Sebelum Kristus) atau BC. Dia kemudiannya menulis kepada seorang biskop Petronius pada apa yang kita fahami sebagai tahun 531 atau 247 anni Diocletiani dan mengadu tentang sistem itu. Dia berpendapat bahawa Diocletian adalah seorang penganiaya orang Kristian yang terkenal dengan kejahatannya dan dengan itu dia menyatakan dalam suratnya, bahawa dia:

 

Lebih suka menghitung dan menanda tahun-tahun dari penjelmaan Tuhan kita, agar menjadikan dasar harapan kita lebih diketahui dan sebab penebusan kita lebih jelas kelihatan (rujuk terjemahan teks ini dalam karya David Ewing Duncan, The Calendar, Fourth Estate London, 1998, halaman 100).

 

Dennis tidak meletakkan tahun 0 dalam kalendar dalam peralihan tersebut, kerana angka sifar (zero) belum lagi dicipta.

 

Sama ada atau tidak sistem itu telah digunakan secara tidak rasmi sebagai satu tradisi, kita tidak tahu, dan begitu juga kita tidak tahu dari mana ketua rahib itu mendapat maklumat yang digunakannya untuk membuat perkiraan-perkiraan itu. Bagaimanapun, dia adalah orang pertama yang kita akui menggunakan sistem itu apabila dia mengeluarkan jadual-jadual Easter anni Domini nostri Jesu Christi (tahun-tahun tuhan kita Yesus Kristus) 532-627 (ibid.).

 

Sahabatnya Cassiodorus adalah yang pertama menggunakan sistem tersebut di dalam karya yang diterbitkan apabila dia dan rahib-rahibnya menerbitkan buku teks mereka pada tahun 562 tentang bagaimana untuk menentukan Easter serta tarikh-tarikh lain; karya Computus Paschalis.

 

Mula-mula sistemnya telah dilawan oleh orang Kristian yang lebih menyukai anni Diocletiani kerana mereka merujuk kepadanya sebagai Era Orang Mati Syahid dan menetapkan tarikh segala sesuatu dengan cara ini (ibid. halaman 101). Malah Jemaat Coptic Kristian di Mesir masih menghitung tarikh-tarikh mereka dari Era Orang Mati Syahid dan bagi mereka ia adalah tahun 1716. Perlahan-lahan sistem sekarang ini tersebar ke seluruh Itali selama beberapa dekad berikutnya dan kemudian dengan sangat perlahan ke seluruh dunia (ibid.). Orang Katolik telah membawanya ke Britain dari tahun 595 dan selepas pertukarannya atas ancaman kekerasan di Whitby pada tahun 663 dari iman yang benar. Sistem ini masuk ke dalam Gaul pada abad kelapan dan tidak digunakan dengan meluas di Eropah sehingga abad kesepuluh. Dalam beberapa wilayah terpencil dan dalam beberapa bahagian Sepanyol ia tidak digunakan sehinggalah tahun 1300an. Kebalikan BC iaitu Before Christ (Sebelum Kristus) tidak digunakan sehinggalah tahun 1627 apabila ahli astronomi Perancis Denis Petau memperkenalkan sistem tersebut di Collège de Clermont di Paris (Duncan ibid., halaman 101-102).

 

Sistem pertarikhan masakini akhirnya meresapi dunia barat. Pembaharuan-pembaharuan Kalendar di bawah Gregory XIII tidak membetulkan kesilapan-kesilapan sistem itu. Nampaknya ia tidak begitu disebutkan dalam sebarang teks-teks terkini. Bagaimanapun, kesilapan ini mungkin tidak diperiksa kerana ia sesuai dengan matlamat kumpulan-kumpulan terbabit yang tidak mahu tarikh-tarikh dan kalendar sebenar diketahui.

 

Tahun Baru

 

Tahun Baru tidak dirayakan pada 1 Januari dalam sebarang sistem Alkitab atau Jemaat. Ia telah diperkenalkan dari Rom di bawah sistem Julian. Ia tidak dirayakan di England sehinggalah orang Norman membawanya bersama mereka pada tahun 1066. Ia dibuang tidak lama kemudian dan tahun baru kembali kepada Mac, pada 25 Mac iaitu hari ekuinoks purba yang juga ditetapkan dalam Kalendar Samaria. Ini berkekalan sehingga abad kelapan belas (rujuk karya Bulan dan Tahun Baru (No. 213)).

 

Tahun Baru sebenar menurut Alkitab adalah dalam bulan Abib, iaitu bulan pertama tahun dan ia jatuh pada Mac/April mengikut kalendar Luni/Solar.

 

Maka dunia barat mengikut kalendar pagan yang ditentukan orang Rom dengan menggunakan satu tarikh sebagai Tahun Baru melawan perintah-perintah Tuhan yang jelas dan menurut satu sistem tahun-tahun yang terkeluar perhitungannya sebanyak empat tahun.

 

Jubli

 

Begitu jugalah, deklarasi tahun 2000 sebagai jubli adalah betul-betul silap. Jubli ditentukan dari sebilangan teks-teks Alkitab dan jatuh pada tahun-tahun ke 27 dan ke 77 era sekarang.

 

Penetapan jubli diperiksa dalam karya Pembacaan Hukum Dengan Ezra dan Nehemia (No. 250).

 

Jubli berikutnya adalah pada tahun 2027/8 dan jatuh pada hari Pendamaian dan berlangsung selama dua belas bulan dan berakhir tepat masanya untuk ladang ditanam untuk tuaian Paskah pada tahun berikutnya.

 

Jadi kita ada tarikh tahun palsu. Tahun baru yang bertentangan dengan hukum-hukum Tuhan serta jubli yang tidak sepadan dengan sistem Tuhan dan semuanya bertentangan langsung dengan peruntukan-peruntukan Alkitab dalam sistem jubli sebenar.

 

Apakah tujuan kesilapan itu

 

Ianya bukan kerana mereka tidak tahu betapa beratnya kesilapan-kesilapan dan kelakuan mereka. Apakah tujuannya? Kenapakah mereka melakukannya? Tidakkah mereka takut pada Tuhan? Jawapannya tidak. Mereka tidak takut akan Tuhan. Perayaan Milenium ini adalah sebenarnya penggenapan satu lagi nubuatan Mesias.

 

Lukas 18:8 adalah nubuatan tentang kehilangan iman pada zaman akhir.

 

Lukas 18:7-8 Tidakkah Allah akan membenarkan orang-orang pilihan-Nya yang siang malam berseru kepada-Nya? Dan adakah Ia mengulur-ulur waktu sebelum menolong mereka? 8 Aku berkata kepadamu: Ia akan segera membenarkan mereka. Akan tetapi, jika Anak Manusia itu datang, adakah Ia mendapati iman di bumi?"

 

Bagaimanakah ini tercapai? Perhatikan terdapat dua segi kepada pernyataan ini. Yang pertama bercakap tentang penganiayaan umat pilihan. Penganiayaan Meterai Kelima ini, dari Wahyu akan berterusan sehingga Mesias datang untuk menyelamatkan mereka yang tidak sabar-sabar lagi menunggunya.

 

Satu teks dalam Matius menunjukkan bahawa kita semua berada dalam pelarian sewaktu penganiayaan ini sehingga anak manusia datang.

 

Matius 10:23 Apabila mereka menganiaya kamu dalam kota yang satu, larilah ke kota yang lain; karena Aku berkata kepadamu: Sesungguhnya sebelum kamu selesai mengunjungi kota-kota Israel, Anak Manusia sudah datang.

 

Penganiayaan Meterai Kelima bermula pada abad kedua puluh. Fasa-fasa pertama perempuan dalam padang gurun yang dikejar oleh naga dari Wahyu 12 (khususnya 12:17) adalah untuk tempoh 1260 tahun Empayar Rom Suci dari tahun 590 hingga 1850. Pada waktu itu jemaat lari dari kota ke kota dan dari negara ke negara atau menjadi gerakan rahsia khususnya di Eropah. Fasa berikutnya adalah bencana Holocaust. Ini berlangsung dari tahun 1927 hingga 1945 di Turki dan Eropah dan hingga 1953 di Rusia di bawah Stalin. Gereja-gereja Roman Katolik dan Lutheran memainkan peranan penting dalam tindakan ini. Mereka menyokong kedua-dua SA dan SS dalam aktiviti-aktiviti mereka dan membantu penjenayah-penjenayah perang SS untuk melarikan diri pada akhir Perang Dunia 2 (rujuk karya Holocaust: Meterai Kelima Penganiayaan).

 

Holocaust merupakan tindakan yang diilhami jemaat Trinitarian untuk membasmi hukum Tuhan dari Eropah dan para pewarisnya kini akan cuba untuk menyingkirkannya dari dunia selebihnya.

 

Untuk mencapai tujuan ini mereka harus menghasilkan satu siri tindakan yang bertujuan menggambarkan bahawa nubuatan-nubuatan Alkitab telah disalahfaham dan bahawa kedatangan Mesias tidak terbatas kepada rencana waktu 2000 tahun atau empat puluh jubli dalam batas Tanda Yunus.

 

Tuanku Melambatkan KedatanganNya

 

Nubuatan kelambatan ini diulangi dalam teks-teks Matius 24:48 dan Lukas 12:45

 

Matius 24:48 Akan tetapi apabila hamba itu jahat dan berkata di dalam hatinya: 49 Tuanku tidak datang-datang..

 

Kita perhatikan ungkapan di sini Tuanku tidak datang-datang (melambatkan kedatangannya). Kita tahu bahawa Kristus telah diutus oleh Tuhan pada waktu yang sesuai. Oleh sebab itu seharusnya terjadi suatu aktiviti yang memberi gambaran kelambatan kedatangan Mesias pada zaman akhir yang mempunyai kesan mengubah cara dengan mana umat Kristian memandang dan melayan sesama sendiri.

 

Mari kita perhatikan teks ini dalam Lukas.

 

Lukas 12:35-49 "Hendaklah pinggangmu tetap berikat dan pelitamu tetap menyala. 36 Dan hendaklah kamu sama seperti orang-orang yang menanti-nantikan tuannya yang pulang dari perkawinan, supaya jika ia datang dan mengetok pintu, segera dibuka pintu baginya. 37 Berbahagialah hamba-hamba yang didapati tuannya berjaga-jaga ketika ia datang. Aku berkata kepadamu: Sesungguhnya ia akan mengikat pinggangnya dan mempersilakan mereka duduk makan, dan ia akan datang melayani mereka. 38 Dan apabila ia datang pada tengah malam atau pada dinihari dan mendapati mereka berlaku demikian, maka berbahagialah mereka. 39 Tetapi ketahuilah ini: Jika tuan rumah tahu pukul berapa pencuri akan datang, ia tidak akan membiarkan rumahnya dibongkar. 40 Hendaklah kamu juga siap sedia, karena Anak Manusia datang pada saat yang tidak kamu sangkakan." 41 Kata Petrus: "Tuhan, kamikah yang Engkau maksudkan dengan perumpamaan itu atau juga semua orang?" 42 Jawab Tuhan: "Jadi, siapakah pengurus rumah yang setia dan bijaksana yang akan diangkat oleh tuannya menjadi kepala atas semua hambanya untuk memberikan makanan kepada mereka pada waktunya? 43 Berbahagialah hamba, yang didapati tuannya melakukan tugasnya itu, ketika tuannya itu datang. 44 Aku berkata kepadamu: Sesungguhnya tuannya itu akan mengangkat dia menjadi pengawas segala miliknya. 45 Akan tetapi, jikalau hamba itu jahat dan berkata di dalam hatinya: Tuanku tidak datang-datang, lalu ia mulai memukul hamba-hamba laki-laki dan hamba-hamba perempuan, dan makan minum dan mabuk, 46 maka tuan hamba itu akan datang pada hari yang tidak disangkakannya, dan pada saat yang tidak diketahuinya, dan akan membunuh dia dan membuat dia senasib dengan orang-orang yang tidak setia. 47 Adapun hamba yang tahu akan kehendak tuannya, tetapi yang tidak mengadakan persiapan atau tidak melakukan apa yang dikehendaki tuannya, ia akan menerima banyak pukulan. 48 Tetapi barangsiapa tidak tahu akan kehendak tuannya dan melakukan apa yang harus mendatangkan pukulan, ia akan menerima sedikit pukulan. Setiap orang yang kepadanya banyak diberi, dari padanya akan banyak dituntut, dan kepada siapa yang banyak dipercayakan, dari padanya akan lebih banyak lagi dituntut." 49 "Aku datang untuk melemparkan api ke bumi dan betapakah Aku harapkan, api itu telah menyala!

 

Jadi di sini kita melihat konteks kelambatan tersebut. Kristus mengharapkannya sudah menyala. Orang-orang yang menganggap kelambatan ini sebagai satu alasan untuk menghukum mereka yang juga berusaha melayani Tuhan melalui Kristus akan dibuang keluar bersama mereka yang tidak setia. Ini seharusnya menjadi satu amaran kepada jemaat-jemaat Ortodoks aliran umum yang menganiaya dan membunuh dan menyeksa umat pilihan Tuhan, hanya kerana menolak dari menerima hak orang Katolik dan Protestan untuk mengubah Hukum-hukum Tuhan. Pandangan ini yang merupakan inti antisemitisme adalah penyebab kepada Holocaust serta penganiayaan-penganiayaan Jemaat dan orang Yahudi seluruh Eropah (rujuk S. Kohn, Para Pemelihara Sabat di Transylvania, (kata pendahuluan oleh W. Cox, diterjemah oleh T. McElwain dan B. Rook, CCG Publishing, 1998).

 

Tujuannya adalah untuk mencipta histeria besar sekeliling tahun 2000 berikutan dari salahkira kalendar tersebut dan kemudian cuba mencipta anti-kemuncak yang besar. Kita akan menyaksikan masalah-masalah berlaku yang direka untuk menghilangkan kepercayaan terhadap para pelajar Alkitab dan menjadikan agar Hukum Tuhan dipandang buruk. Sewaktu pengasasan Aturan Dunia Baru, tekanan akan dikenakan ke atas semua bukan Trinitarian yang memelihara Sabat. Tahun ini gunanya adalah untuk memulakan proses itu. Alasan-alasan untuk perkenalan semula Pasitan telah ditetapkan sewaktu surat pekeliling John Paul pada tahun 1993 yang ditentang oleh para pemikir Roman Katolik seperti Morris West.

 

Kita semua diandaikan dibawa bersama dalam sistem satu dunia yang agung ini yang asing sepenuhnya kepada Alkitab dan Hukum-hukum Tuhan. Paus ini telahpun membuat persediaan untuk ini. Itulah sebabnya kenapa nabi Katolik, Malachy, telah menggelarnya sebagai Dari Usaha Matahari dan paus berikutnya akan menyaksikannya berlangsung sepenuhnya sebagai Dari Kemuliaan Zaitun (lihat karya Paus Terakhir: Mengkaji Nostradamus dan Malachy (No. 288)).

 

Kenyataannya adalah bahawa sistem ini dan agama palsunya hanya tinggal beberapa tahun lagi di bawah Tanda Yunus (rujuk karya Tanda Yunus dan Sejarah Pembangunan Semula Bait Suci (No. 13)). Kemudian seluruh sistem penyembah Baal dan Ibu Dewi yang berjubah hitam dari kultus-kultus matahari akan dimusnahkan (rujuk karya Pesanan-pesanan Wahyu 14 (No. 270)).

 

Yerusalem telah dikepung bala tentera pada 1 Abib 70 TM (CE), sepadan dengan Tanda Yunus, empat puluh tahun selepas kematian Mesias. Ia dibinasakan sepenuhnya sesuai dengan tujuh puluh kali tujuh masa Daniel 9:25-26. Yerusalem akan sekali lagi dikepung oleh bala tentera syurga yang berada di bawah kawalan penuh Mesias menjelang tahun 2027, sepadan dengan Tanda Yunus dan tepat 40 jubli dari deklarasi Tahun Rahmat Tuhan dalam jubli berikutan kelahiran Mesias.

 

2000 adalah sebenarnya 2004 sekurang-kurangnya dan tiada hubungannya kepada kalendar sebenar ataupun kepada hukum-hukum Tuhan dan kesaksian Kristus. Ianya pemalsuan para iblis semata-mata untuk merosakkan semangat umat pilihan dan untuk kelihatan seolah-olah Kristus telah melambatkan kedatangannya. Ia direka untuk kelihatan seolah-olah Jemaat Ortodoks akan mempunyai keterusan selepas sandiwara yang dibuat golongan Trinitarian yang beribadah hari Minggu ini yang menentang Tuhan dan MesiasNya. Rancangan mereka seterusnya adalah untuk mendirikan Dewi Langit pada tempat asalnya di bawah nama Maria (sebalik Mariam iaitu nama sebenar ibu Kristus). Sistem yang dimiliki mereka ini adalah satu salinan sistem Easter atau Ishtar para penyembah Baal-Asytoret di bawah Izebel sebagai imamnya dan yang telah dibunuh oleh Elia. (banding dengan karya-karya: Perawan Mariam dan Keluarga Yesus Kristus (No. 232), Asal-usul Krismas dan Easter (No. 235), Anak Lembu Emas (No. 222), dan Bala Tentera Gideon dan Zaman Akhir (No. 22)).

 

Tugas kita adalah untuk berpegang teguh pada iman yang mula-mula disampaikan kepada orang-orang kudus serta memberi amaran kepada dunia tentang pembebasannya yang sudah dekat.

 

q