Jemaat-jemaat Allah Al Masehi

[CB7]

 

 

 

 

Kain dan Habel: Anak-anak Adam

(Edisi 1.0 20030809-20030809)

 

Adam tidur dengan isterinya Hawa dan dia mengandung dan melahirkan Kain. Karya ini telah disesuaikan daripada Bab 2 The Bible Story Volume 1 oleh Basil Wolverton Diterbitkan oleh Ambassador College Press.

 

 

 

Christian Churches of God

 

PO Box 369, WODEN ACT 2606, AUSTRALIA

E-mail: secretary@ccg.org

 

(Hakcipta ã 2003 Jemaat-jemaat Allah Al Masehi, ed. Wade Cox)

(Tr. 2009)

 

Karya tulis ini boleh disalin semula dan didistribusikan secara bebas dengan syarat ia disalin semuanya tanpa apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat penerbit serta notis hakcipta harus disertakan.  Sebarang bayaran tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima salinan yang didistribusikan.  Petikan-petikan ringkas daripadanya boleh dimasukkan ke dalam artikel-artikel kritis dan karya ulasan tanpa melanggar undang-undang hakcipta.

 

Karya ini boleh didapati daripada Internet di:
http://www.logon.org dan http://www.ccg.org

 

Kain dan Habel: Anak-anak Adam

 


Dalam karya No. CB6 kita pelajari tentang Adam dan Hawa di dalam Taman Eden. Apabila mereka berdosa mereka diusir dari taman itu dan dengan itu memulakan hidup yang penuh penderitaan dan kesukaran. Ingat bahawa tanah telah dikutuk kerana dosa itu dan ini sebahagian daripada hukuman mereka. Kemudian Adam mula melaksanakan tugas-tugas yang diberi kepadanya oleh Tuhan. Tugas pertamanya ialah mengisi bumi (Kejadian 1:28-29).

 

Beberapa lama kemudian seorang anak lelaki lahir untuk Adam dan Hawa. Bayi pertama di dunia dipanggil Kain. Tidak lama selepas itu seorang lagi anak lelaki lahir dan namanya ialah Habel (Kejadian 4:1-2). Kain menjadi seorang petani, dan menanam buah, sayur dan padi-padian. Habel merupakan seorang gembala, dan memelihara domba, yang Adam dan Hawa dapati juga baik untuk dimakan setelah dimasak (Kejadian 4:2). Kain dan Habel belajar membuat korban kepada Tuhan di atas mezbah-mezbah batu. Ini ialah cara mereka menghubungi Tuhan dan memohon pengampunan untuk semua benda salah yang mereka lakukan.

 

Hari ini kita tidak mempersembahkan korban kerana Yesus Kristus telah datang hampir dua ribu tahun lalu untuk mati bagi kita semua. Sekarang, jika orang benar-benar menyesal kerana mengingkari Tuhan, mereka boleh menunjukkannya dengan bertaubat dan baptisan bila mereka dewasa (Kisah 2:38). Kemudian Tuhan memasukkan kuasa Roh KudusNya ke dalam akal fikiran mereka agar mereka dapat mengerti dan mentaati hukum-hukum Pencipta. Dengan itu mereka dapat hampir kepada Tuhan dan tahu bahawa Dia mendengar mereka bila mereka berdoa, dan bahawa Dia berbicara kepada mereka bila mereka membaca Alkitab.

 

Sebelum kita cukup dewasa untuk dibaptiskan kita patut beritahu Tuhan kita menyesal kerana dosa-dosa kita dan meminta Tuhan untuk mengampuni kita dan selepas itu tidak membuat dosa lagi. Kita juga boleh meminta maaf kepada orang yang kita sakiti. Anak-anak yang mempunyai sekurang-kurangnya ibu atau bapa yang sudah dibaptis akan dikuduskan (1 Korintus 7:14). Ini bererti anak itu telah dikhususkan dan suci bagi Tuhan. Anak tersebut diberi perhatian dan penjagaan istimewa oleh para malaikat Tuhan dan orang-orang dalam Jemaat.

 

Keadaannya berbeza dengan Kain dan Habel. Pada satu apabila mereka membawa korban mereka ke mezbah sikap-sikap mereka ternyata tidak serupa (Kejadian 4:34). Kain membawa beberapa buah hasil tanah sebagai persembahan kepada Tuhan. Namun Habel membawa beberapa daripada potongan lemak daripada anak sulung kawanannya. Hati Kain tidak betul; dia mempunyai sikap yang tidak baik. Dia merasakan bahawa jalan Tuhan bukanlah jalan terbaik untuknya, jadi dia melakukan apa yang dirasainya betul dalam pemikirannya sendiri. Perkara itulah yang dibuat kebanyakan orang sejak itu. Alkitab menyatakan bahawa jalan yang kelihatan betul bagi manusia hampir selalunya salah, dan boleh membawa maut (Amsal 14:12). Jalan Tuhan sentiasa betul, sama ada ia kelihatan betul atau tidak dalam pemikiran manusia. Ini satu pengajaran yang patut kita semua pelajari awal lagi.

 

Pembunuh Manusia Pertama!

 

Tuhan tidak boleh menerima korban Kain (Kejadian 4:5). Satu sebabnya ialah persembahannya itu datang daripada tanah, yang telah dikutuk. Dengan menerima persembahan Habel juga, Tuhan menjadikannya jelas bahawa korban darah daripada anak sulung (atau hasil sulung) diperlukan. Apabila Kain mengetahui bahawa korbannya tidak diperkenan Tuhan, dia menjadi amat iri hati terhadap adiknya, yang telah melakukan perkara betul. Iri hati ini bertukar menjadi marah dan selepas itu kepada benci. Di sini Kain melanggar perintah kesepuluh: Jangan mengingini harta benda sesamamu.

 

Ini satu pengajaran yang amat kuat dan kita perlu ingat untuk mengawal semua fikiran kita, kalau tidak kesudahannya ialah pelanggaran hukum-hukum Tuhan. Selepas itu, apabila dua saudara ini berada di padang sendirian, Kain dengan marah menerpa Habel dan memukulnya, mungkin banyak kali, dengan begitu kuat sekali sehingga dia membunuhnya (Kejadian 4:8). Dengan perbuatan ini Kain melanggar perintah ketujuh: Jangan membunuh.

 

Alkitab menyuruh kita mengasihi sesama sendiri. Sesiapa yang berdosa ialah milik setan, sebab setan (Iblis) telah berdosa sejak mula. Sini kita lihat bahawa Habel ialah orang benar kerana dia mentaati Tuhan; tetapi Kain jahat. Dia membunuh adiknya kerana pekerjaannya jahat dan pekerjaan adiknya adalah benar (1 Yohanes 3:8-12; lihat juga Ibrani 11:4).

 

Justeru anak pertama lahir di dunia menjadi pembunuh pertama! Apabila Kain sedar apa yang sudah dilakukannya, dia dengan bodohnya cuba bersembunyi. Semestinya Tuhan tahu di mana dia berada, dan menghadapinya. Ini makhluk sama yang telah berbicara dengan Adam dan Hawa di Taman Eden – Malaikat Yahovah.

 

“Di mana Habel, adikmu itu?” tanya Tuhan (Kejadian 4:9).

 

“Aku tidak tahu,” bohong Kain, berharap yang Tuhan tidak akan terjumpa tubuh Habel yang tidak bernyawa lagi. “Manalah aku tahu di mana adikku?” (Baca Amsal 28:13).

 

Sini punca lebih banyak dukacita untuk Adam dan Hawa. Selain kehilangan anak kedua mereka, mereka dapati bahawa anak sulung mereka seorang pembunuh dan pendusta. Adik-beradik itu nyata sekali mengetahui hukum dan tuntutan korban-korban. Korban Habel merupakan hasil sulung seperti dituntut oleh hukum. Kain memilih untuk tidak mengorbankan binatang kawanannya dan sebaliknya memberi hasil daripada tanah yang dikutuk. Daripada pengalaman Kain dan Habel ini kita dapat lihat bahawa korban-korban tuaian telah ditetapkan dengan Adam. Jadi perayaan-perayaan tuaian, serta Sabat, telahpun diketahui sebelum Tuhan menyampaikan hukum taurat kepada Musa di Sinai.

 

Kain tidak bertaubat untuk dosanya, jadi Tuhan mengenakan kutuk ke atasnya sebagai hukuman. Dia terpaksa meninggalkan keluarganya dan menjadi pengembara sendirian di dunia. Selain itu, Tuhan mengkhususkan Kain kerana dia telah membunuh Habel, namun menjelaskan bahawa Kain harus jangan dibunuh oleh sesiapapun. Sebaliknya, dia akan terus hidup dengan ingatan buruk membunuh adiknya (Kejadian 4:11-15). Sekali lagi kita lihat akibat keingkaran yang membawa kepada dosa.

 

Cerita Kain dan Habel adalah seperti Kristus dan Iblis dalam Angkatan Syurgawi. Korban gembala Habel lebih diperkenan oleh Tuhan dan ini melambangkan korban peribadi Kristus. Penolakan korban Kain itu adalah berdasarkan sikap sama yang menyaksikan Iblis ditolak kerana keangkuhan dan ketamakannya. Jadi bila kita menurut Tuhan kita diperkenan dan diterima olehNya.

 

Tuhan yang berhadapan dengan Kain merupakan Malaikat Yahovah sama yang berada di taman dengan Adam dan Hawa. Jadi sekarang Kain terpaksa lari daripada hadirat malaikat ini kerana dosanya. Dia pergi ke tanah Nod, di timur Eden.

 

Seorang lagi anak bernama Set

 

Adam dan Hawa mendapat lebih ramai anak. Mereka membesar dan mempunyai anak-anak mereka sendiri. Kain telah mengahwini salah seorang adik perempuannya, dan mereka mendapat anak (Kejadian 4:16-17). Anak sulung Kain dinamakan Henokh. Keturunan Kain berterusan tetapi tiada daripada anak cucu Adam ini mematuhi hukum-hukum Tuhan.

 

Ketika Adam berumur 130 tahun seorang lagi anak lelaki telah lahir untuknya dan Hawa yang dinamakan Set. Dia, juga, memperisterikan salah seorang saudara perempuannya, dan mereka mendapat anak-anak dan ramai cucu. Generasi Adam di bawah keturunan Set memanggil nama Tuhan (Kejadian 4:25-26).

 

Adam hidup sepanjang 800 tahun lagi selepas Set dilahirkan. Dia mendapat anak-anak lelaki dan perempuan yang lain yang tidak disebut nama mereka dalam Alkitab. Adam kemudiannya meninggal pada umur 930 tahun. Generasi Adam berterusan dan kita perhatikan bahawa orang-orang zaman itu hidup sampai usia amat lanjut.

 

Sementara kita membaca tentang generasi Set, kita lihat seorang lagi orang penting dilahirkan. Namanya Nuh dan Tuhan bakal menggunakannya dengan cara yang amat penting dalam cerita penduduk-penduduk awal dunia ini. Setelah Nuh berumur 500 tahun dia menjadi bapa kepada tiga anak lelaki yang dipanggil Sem, Ham, Yafet.

 

Bila tibanya masa Adam meninggal, sudah ramai orang hidup di atas bumi. Semakin manusia bertambah, semakin mereka menjauhi Pencipta mereka. Ini bukan kumpulan yang gembira sangat. Manusia secara semulajadinya jahat dan tamak. Sebalik bekerja untuk benda-benda yang mereka perlu dan ingini, ramai antara mereka menipu dan menyamun serta membunuh untuk benda-benda ini.

 

Orang-orang berkumpul bersama-sama di pekan dan kota daripada menyebar seperti yang diharapkan Tuhan (Kejadian 4:17). Ini menyebabkan perselisihan dan kesengsaraan, sebab sekarang manusia tidak mematuhi hukum-hukum Tuhan. Mereka tidak mungkin hidup bersama dan terus mengasihi sesama sendiri.

 

Lebih ramai orang berkumpul di kota-kota, lebih ramai orang berkumpul bersama dalam tentera-tentera kecil untuk melindungi diri mereka. Orang lain membentuk kumpulan untuk menyerang pekan dan kota dan merampas kekayaan daripada tempat-tempat ini. Tiada yang selamat daripada orang tamak. Demikianlah perang-perang bermula di bumi. Manusia menjadi begitu jahat sehingga membunuh beratus-ratus orang pada satu waktu merupakan sukan yang suka disertai ramai orang (Kejadian 6:5).

 

Orang raksasa di bumi

 

Pada waktu ini ada orang-orang raksasa di bumi. Mereka dipanggil Nefilim. Alkitab memberitahu kita bahawa mereka ialah anak cucu “anak-anak Tuhan” dan “anak-anak perempuan manusia.” Kita diberitahu bahawa anak-anak Tuhan ialah malaikat-malaikat Tuhan. Dalam kasus ini mereka ialah malaikat-malaikat jahat.

 

Kejadian 6:1-3 Ketika manusia itu mulai bertambah banyak jumlahnya di muka bumi, dan bagi mereka lahir anak-anak perempuan, 2 maka anak-anak Allah melihat, bahwa anak-anak perempuan manusia itu cantik-cantik, lalu mereka mengambil isteri dari antara perempuan-perempuan itu, siapa saja yang disukai mereka. 3 Berfirmanlah TUHAN: "Roh-Ku tidak akan selama-lamanya tinggal di dalam manusia, karena manusia itu adalah daging, tetapi umurnya akan seratus dua puluh tahun saja." (NIV)

 

Iblis dan iblis setannya ingin mengganggu rencana Tuhan untuk manusia. Dengan dosa jasmaniah mereka iaitu mengahwini perempuan manusia, malaikat-malaikat ini menghasilkan satu kaum seperti manusia, kurang cerdas dan bengis. Mereka lazim dianggap lebih besar dan lebih berkuasa dan dengan itu, perkasa. Mereka mencemari sistem Adam.

 

Nefilim juga didikenali sebagai Refaim. Mereka mempunyai bentuk umpama manusia (humanoid) seperti Adam, tetapi bukan ciptaan Tuhan. Alkitab memberitahu kita bahawa mereka tidak mempunyai sebarang kebangkitan. Jadi mereka tidak dapat memperolehi Roh Tuhan dan oleh sebab mereka kurang cerdas, mereka terpaksa dibinasakan. Untuk perincian Refaim lihatYesaya bab 26.

 

Yesaya 26:13-14 Ya TUHAN, Allah kami, tuan-tuan lain pernah berkuasa atas kami, tetapi hanya nama-Mu saja kami masyhurkan. 14 Mereka sudah mati, tidak akan hidup pula, sudah menjadi arwah, tidak akan bangkit pula; sesungguhnya, Engkau telah menghukum dan memunahkan mereka, dan meniadakan segala ingatan kepada mereka.

 

Sebab kenapa Tuhan memilih untuk memusnahkan bumi dengan air banjir adalah kerana semua benda yang telah dilakukan manusia dan Angkatan jahat sampai waktu itu.

 

Selepas orang-orang pertama hidup selama beratus-ratus tahun, Tuhan kini mengurangkan jangka hayat mereka kepada 120 tahun. Manusia menjadi begitu korup melalui campur tangan dan dosa hinggakan Tuhan menyesal Dia pernah mencipta mereka, dan hatiNya pilu (Kejadian 6:5-6).

 

Bagaimanapun, Nuh seorang yang benar dan tidak bercela dalam keturunannya. Jadi Tuhan berkata kepada Nuh “Aku telah memutuskan untuk mengakhiri hidup segala makhluk, sebab bumi telah penuh dengan kekerasan oleh mereka, jadi Aku akan memusnahkan mereka bersama-sama dengan bumi” (Kejadian 6:9-13).

 

Nefilim dan korupsi umum umat manusia itulah yang membuatkan Tuhan berkeputusan untuk membinasakan manusia dan dunia. Kemudian Tuhan teruskan dengan mengajar Nuh bagaimana untuk membina sebuah bahtera untuk menyelamatkannya dan keluarganya untuk memulakan sebuah masyarakat baru selepas banjir itu. Kita akan bincangkan akibat-akibat hal ini dalam karya Nuh dan Banjir (No. CB8).

 

 

q