Jemaat-jemaat Allah Al Masehi

[CB28]

 

 

 

 

Angkatan Malaikat Syurga

(Edisi 1.0 20060715-20060715)

 

Allah Maha Esa (Eloah) menjadi Bapa apabila Dia mencipta anak-anak rohaniahNya. Dalam kertas ini kita akan melihat sekejap pangkat-pangkat dan fungsi-fungsi ciptaan rohaniah.

 

 

 

Christian Churches of God

 

PO Box 369, WODEN ACT 2606, AUSTRALIA

E-mail: secretary@ccg.org

 

(Hakcipta ă 2006 Jemaat-jemaat Allah Al Masehi, ed. Wade Cox)

 (tr. 2009)

 

Karya tulis ini boleh disalin semula dan didistribusikan secara bebas dengan syarat ia disalin semuanya tanpa apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat penerbit serta notis hakcipta harus disertakan.  Sebarang bayaran tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima salinan yang didistribusikan.  Petikan-petikan ringkas daripadanya boleh dimasukkan ke dalam artikel-artikel kritis dan karya ulasan tanpa melanggar undang-undang hakcipta.

 

Karya ini boleh didapati daripada Internet di:
http://www.logon.org dan http://www.ccg.org


 

Angkatan Malaikat Syurga

 

 


Alkitab mengajar bahawa Allah Maha Esa tidak kelihatan, tiada seorangpun pernah melihatNya dan mendengar suaraNya pada bila-bila waktu (Yohanes 1:18; 5:37). Tuhan (Eloah) memiliki hidup dalam diriNya jadi Dia tidak perlu diwujudkan (Yohanes 5:25; 1 Tim. 6:16). Dia telah sentiasa wujud dan akan sentiasa wujud. Pada satu waktu Tuhan bersendirian tetapi Dia memutuskan untuk menghasilkan keluarga untuk diriNya. Lihat kertas Siapakah Tuhan? (No. CB1).

 

Keluaran pertama, atau apa yang mula-mula keluar daripada Tuhan, ialah Roh Kudus. Inilah cara dengan apa ciptaan seterusnya dapat diikat kepada Tuhan. Dari situ Tuhan menghasilkan (atau mencipta) Anak-anak Rohaniah dan melalui Roh Kudus mereka disatukan dengan Tuhan dan dapat melaksana menurut kehendakNya. Waktu itulah Tuhan menjadi Bapa segala Roh (Ibrani 12:9). Lihat kertas Apakah Roh Kudus? (No. CB3).

 

Anak-anak Allah Mahatinggi ini semuanya Elohim atau tuhan (daripada Mazmur 82:1) dengan bermacam-macam darjat. Mereka dicipta sempurna, dan selagi mereka terus taat kepada Eloah mereka akan hidup selamanya sebagai anak-anak rohaniah Tuhan.

 

Siapa atau Apakah Malaikat?

 

Malaikat-malaikat ialah para utusan Tuhan yang menjalankan pekerjaanNya. Anak-anak rohaniah Tuhan tidak dipanggil malaikat sehinggalah selepas penciptaan Adam. Sehingga tiba waktunya bila seseorang wujud untuk menerima pesan, utusan tidak diperlukan.

 

Malaikat merupakan makhluk roh (Ibrani 1:14). Tuhan mencipta anak-anak rohaniahNya sebelum Dia mencipta bumi (Ayub 38:4-7). Mungkin terdapat lebih 100 juta malaikat (lihat Dan. 7:9-10; Mat. 26:53; Lukas 2:13; Ibrani 12:22; Wahyu 5:11). Malaikat merupakan individu yang mempunyai kebebasan memilih, yang diperlukan untuk perkembangan watak.

 

Istilah Ibrani untuk utusan dalam Perjanjian Lama ialah mal’ak dan diterjemah sebagai angel dalam Alkitab-alkitab Inggeris. Istilah ini digunakan untuk merujuk kepada utusan-utusan rohaniah yang diutus oleh Tuhan (Kejadian 32:1-2) dan juga digunakan untuk merujuk kepada utusan-utusana manusia yang dihantar oleh Yakub (Kejadian 32:3).

 

Dalam Perjanjian Baru, perkataan Yunani untuk utusan ialah aggelos, dari mana kita dapat perkataan Inggeris angel. Perkataan ini juga digunakan untuk kedua-dua utusan manusia dan rohaniah.

 

Tuhan mengirim berbagai jenis utusan. Pertama, utusan-utusan manusia yang bernubuat (2 Taw. 36:15-16). Kedua, ada juga utusan-utusan rohaniah yang diutus kepada manusia dengan pesan atau fungsi khusus.

 

Sebagai agen-agen Tuhan mereka dikirim ke bumi untuk melaksanakan semua keputusan Tuhan berkenaan hal-hal hukuman dan pembetulan manusia (Keluaran 12:23; Mazmur 104:4; 2 Sam. 24:16; 2 Raja 19:35; 1 Taw. 21:16; Kisah 12:23; Ibrani 11:28; 1 Kor. 10:10).

 

Malaikat juga membawa pesan kepada nabi-nabi Tuhan dan melindungi umat Tuhan (Mazmur 34:7; 91:11; Dan. 6:22; Mat. 18:10; Ibrani 1:14). Apabila para malaikat muncul kepada manusia ini selalunya dalama rupa bentuk manusia (Kejadian 18:2; 19:1, 10; Lukas 24:4; Kisah 1:10).

 

Anak-anak rohaniah Tuhan juga ada disebut mempunyai pangkat dan kuasa berlainan (Zakharia 1:9, 11; Dan. 10:13; 12:1; Efesus 1:21; Kol. 1:16; 1 Tes. 4:16; Yudas 1:9). Mereka “berkuasa” (2 Tes. 1:7); dipanggil “pahlawan-pahlawan perkasa” (Mazmur 103:20); “kudus” (Lukas 9:26); “pilihan” (1 Tim. 5:21). Bagaimanapun, mereka harus jangan disembah (Kol. 2:18; Wahyu 19:10).

 

Sesetengah malaikat mempunyai sayap dan sesetengah lagi digambarkan sebagai memiliki banyak muka, termasuk muka binatang (Yehezkiel 1:4-14; Yesaya 6:1-3). Mereka dapat mengubah rupa mereka dan boleh kelihatan seperti orang biasa apabila mereka muncul kepada manusia (Ibrani 13:2). Banyak kali mereka ada sinar terang di sekeliling mereka dan memakai pakaian putih terang (Kisah 1:9-11; 22:6-9; 2 Sam. 22:13).

 

Manusia tidak diizinkan melihat Tuhan jadi para malaikat menolong manusia untuk memahami Allah Maha Esa, Eloah.

 

Malaikat-malaikat dalam Perjanjian Lama

 

Utusan paling penting yang diutus oleh Tuhan ialah dia yang dipanggil “Angel of the Lord” (Malaikat TUHAN) dan “Angel of God” (Malaikat Allah) dalam Alkitab-alkitab Inggeris. Gelaran-gelaran ini merujuk kepada malaikat (atau utusan) istimewa yang melaksanakan kekuasaan Tuhan dan mewakili Tuhan. Dia sering dipanggil Yahovah.

 

Orang-orang Perjanjian Lama tahu bahawa utusan dari Tuhan ini sebenarnya bukan Allah Maha Esa. Mereka tahu bahawa Tuhan (Eloah) menyatakan diriNya kepada mereka melalui MalaikatNya yang juga dipanggil mereka Elohim. Apabila Malaikat Yahovah hadir bersama mereka, ini bermakna bahawa Tuhan (Eloah) hadir. Malaikat itu berbicara dan bertindak untuk Allah Maha Esa.

 

Malaikat Yahovah yang seringkali berurusan dengan manusia ialah tuhan (iaitu Elohim) Israel. Dia mewakili Eloah, Allah Maha Esa yang disembah Israel. Dialah makhluk yang kemudiannya menjadi manusia iaitu Yesus Kristus. Lihat kertas Siapakah Yesus? (No. CB2).

 

Mari perhatikan beberapa ketika daripada banyak kejadian bilamana malaikat ini muncul dan berbicara kepada manusia pada waktu dahulukala.

 

Malaikat itu berbicara kepada Hagar pada dua peristiwa (Kejadian 16:7-13; 21:17-18).

 

Malaikat itu berbicara kepada Abraham (Kejadian 12:1-3,7; 22:11-18).

 

Malaikat itu berbicara kepada Yakub dalam mimpi (Kejadian 28:11-17 dan 31:11-13; lihat juga Kejadian 32:24-30).

 

Malaikat itu muncul dan berbicara kepada Musa (Keluaran 3:1-6; 24:12-16).

 

Malaikat di dalam awan (Keluaran 13:21; 14:24).

 

Alkitab menyebut Malaikat Yahovah-lah yang melakukan semua hal itu (Kisah 7:30-38; Gal. 3:19).

 

Rasul Paulus berkata bahawa Kristus-lah yang memimpin Israel melalui Laut itu (1 Kor. 10:1-4). Paulus juga mengenal pasti Malaikat Tuhan sebagai Yesus Kristus dalam Galatia 4:14. Lihat kertas Malaikat YHVH (No. 24).

 

Kejadian-kejadian lanjut malaikat ini muncul kepada manusia:

 

     Bileam dan malaikat (Bilangan 22:21-35).

    

     Yosua dan malaikat (Yosua 5:13-15).

 

     Gideon dan malaikat (Hakim 6:12-24).

 

Ibu bapa Simson dan malaikat (Hakim 13:2-20).

 

Elia dan malaikat (1 Raja 19:5-12 dan 2 Raja 1:15).

 

     Daniel dan malaikat (Dan. 3:24-25, 28).

 

     Zakharia dan malaikat (Zak. 1:9, 13-14, 18-21; 2:3; 4:1, 4-5; 5:5,10).

 

Malaikat-malaikat dalam Perjanjian Baru

 

Kita juga melihat para malaikat melayani Yesus ketika dia di bumi (Mat. 4:11; Lukas 22:43). Seorang malaikat muncul kepada Yusuf dan mengumumkan kelahiran Yesus (Mat. 1:20; Luk. 1:26-38); malaikat-malaikat berada di situ ketika Yesus dibangkitkan (Mat. 28:2-7; Yoh. 20:10-14) dan berbicara tentang kenaikannya (Kisah 1:9-11). Para malaikat merupakan roh-roh yang melayani umat Tuhan (Mat. 18:10; Kisah 5:19-20; 8:26; 10:3; 12:7-10; 27:23; Ibrani 1:14). Mereka bersukacita apabila seorang yang berdosa bertaubat (Lukas 15:10).

 

Dalam Perjanjian Baru, Kristus sebagai manusia masih bertindak sebagai penyata kehendak Tuhan dan menggambarkan kudrat dan sifat Tuhan dengan sempurna. Sebagai pengantara antara Tuhan dan manusia, melihat Yesus bermakna melihat Tuhan dan mendengarnya bermakna mendengar Tuhan (Eloah). Kata-katanya bukan miliknya, tetapi milik Tuhan (Yohanes 14:8-10).

 

Pangkat-pangkat berlainan Angkatan Malaikat

 

Dalam kategori malaikat terdapat banyak jenis berlainan, dengan fungsi dan kuasa berlainan (Zak. 1:7-11; Dan. 10:13; 12:1; Efesus 1:22; Kol. 1:16; 1 Tes. 4:16; Yudas 1:9).

 

Singgasana, Kerajaan, Pemerintah, Penguasa

 

Kita tahu bahawa Kristus merupakan ciptaan sulung dan walaupun dia tidak mencipta anak-anak Tuhan yang lain dia memang mencipta (iaitu mengatur) singgasana, kerajaan, pemerintah, penguasa. Semua itu ialah administrasi dan bukan nama-nama makhluk rohaniah. Dalam Kristus segala sesuatu berpaut bersama (Kolose 1:16-17).

 

Serafim:

 

Serafim mempunyai enam sayap (lihat Yesaya 6:2,6). Mereka memiliki kuasa untuk melenyapkan rasa bersalah daripada dosa untuk menyediakan para nabi (Yesaya 6:7). Enam sayap itu mungkin menunjukkan mereka berpangkat tinggi dan mempunyai banyak fungsi berlainan untuk dilakukan.

 

Perkataan Serafim ialah bentuk majmuk sârâph (SHD 8314) yang bererti yang bernyala. Sebab ular-ular tedung dalam Bilangan 21:6,8 bernyala dalam racun gigitannya, ia dipanggil Serafim. Jadi kita mempunyai konsep Serafim sebagai “ular-ular berapi langit” (banding juga Ulangan 8:15; Yesaya 14:29; 30:6). Tuhan mengutus mereka untuk menjatuhkan hukuman atas manusia kerana dosa. Bentuk mereka kelihatan agak seperti manusia yang mana mereka mempunyai muka, tangan dan kaki selain sayap-sayap mereka. Mereka digambarkan sebagai “berdiri” di atas Raja sementara dia duduk di takhtanya, sedia untuk melayaninya.

 

Makhluk-makhluk ini ialah penghulu-penghulu malaikat dan mempunyai kedudukan penting dalam Angkatan Syurga. Penghulu-penghulu inilah yang seringkali diutus ke bumi untuk menyampaikan pesan dan peringatan Tuhan kepada manusia dan kepada para nabi.

 

Kitab Henokh menamakan enam penghulu malaikat: Mikhael (menjaga bahagian terbaik manusia), Gabriel (menjaga ular-ular, Taman dan Kerubim), Uriel (malaikat atas dunia dan Tartarus) dan Rafael (malaikat roh-roh manusia). Raguel (membalas dendam pada dunia dan cahaya-cahaya) dan Saraqael (ditempatkan atas roh-roh manusia, yang rohnya telah berdosa) (The Book of Enoch, Bab XX, R.H. Charles, 2002).

 

Malaikat-malaikat ini juga dipanggil Penjaga-penjaga.

 

Penghulu malaikat Gabriel:

 

Menafsirkan penglihatan-penglihatan Daniel (Dan. 8:16-26; 9:20-27).

 

Mengumumkan kelahiran Yohanes Pembaptis (Lukas 1:11-20).

 

Mengumumkan kelahiran Yesus (Lukas 1:26-38).

 

Penghulu malaikat Mikhael

 

Mikhael, raja besar, disebut beberapa kali dalam Perjanjian Lama.

 

Dalam Daniel 10:13 dia dipanggil “salah seorang dari pemimpin-pemimpin terkemuka, datang menolong aku”. Lihat juga Daniel 12:1.

 

Yudas 1:9 Penghulu malaikat Mikhael bertengkar dengan Iblis mengenai mayat Musa.

 

Wahyu 12:7-8 Mikhael dan para malaikatnya berperang melawan naga; dan naga serta para malaikatnya melawan balik.

 

Serafim-serafim ini dikenali sebagai Kerubim yang mengelilingi Takhta Tuhan seperti yang kita lihat sekarang.

 

Kerubim:

 

Takhta Tuhan dikelilingi oleh empat binatang dengan kepala-kepala berlainan. Ini ialah kepala singa, lembu, dan burung nasar dan manusia. Mereka disebut sebagai Kerubim (singular “Kerub”). Mereka ada empat semuanya dan mereka mempunyai enam sayap apabila mereka mengelilingi Takhta Tuhan (Wahyu 4:6-9). Suatu gambaran Kerubim diberikan dalam Yehezkiel 1:5-14, Yehezkiel 10:20-21, dan Wahyu 4:6-9. Bila mereka merupakan struktur gabungan dalam Yehezkiel yang melindungi Yahovah Israel yang bawahan, mereka didaftarkan sebagai memiliki empat sayap di bahagian atas tubuh mereka. Tiada disebutkan tentang dua sayap pada kaki mereka yang dikaitkan dengan Serafim yang mengelilingi Takhta Tuhan (seperti kita lihat dalam Wahyu), juga tidak mengenai Serafim atau Mereka yang Bernyala dalam Perjanjian Lama. Bilangan empat berkaitan dengan ciptaan material. Apabila Kerubim ini diutus untuk berurusan dengan ciptaan jasmaniah di bawah Yahovah Israel, dan bertindak bersama-sama, mereka bersayap empat dan bergerak bersama dalam satu kenderaan yang sentiasa menghadap arah yang sama. Kerubim yang mengeliling Takhta Tuhan bersayap enam seperti Serafim.

 

Simbolisme kepala-kepala makhluk yang mengeliling Takhta Tuhan dikenal pasti sebagai Kerubim dalam Yehezkiel 1:1-28. Lihat kertas Erti Penglihatan Yehezkiel (No. 108).

 

Kepala-kepala binatang merujuk kepada panji perang Israel dan divisi suku-suku, daripada Bilangan 10 dan 11. Lihat kertas Penciptaan Keluarga Tuhan (No. CB4).

 

Pada mulanya terdapat empat Kerubim, dua kerub penjaga dan dua kerub yang berdiri di belakang Takhta Tuhan. Yehezkiel 1:4-14 menyebut empat, dan ini ialah bilangan “makhluk-makhluk hidup” yang disebutkan dalam Wahyu 4:6.

 

Kerubim disebut dalam Kejadian 3:24, yang mana kita baca bahawa Tuhan mengusir manusia keluar dari Taman Eden dan meletakkan Kerubim dan pedang bernyala di timur Taman Eden untuk menahan manusia daripada kembali dan mengambil buah pohon kehidupan.

 

Daripada 2 Sam. 22:11, Mazmur 18:10 dan Yehezkiel bab 1, 9 dan 10 nampaknya Yang Abadi menaiki empat Kerubim.

 

Kita lihat gambar-gambar Kerubim digunakan dalam Khemah dan Bait Suci. Kerub-kerub di atas Tabut dipanggil “Kerubim Kemuliaan” (Ibrani 9:5), sebab padanya bersandar kemuliaan Tuhan yang kelihatan.

 

Dua Kerubim yang diperbuat daripada emas dan menghadap sesama sendiri dengan sayap-sayapnya mengembang ke atas diletakkan pada Tabut Perjanjian itu (Keluaran 25:17-20). Tuhan (melalui malaikatNya) berjanji untuk berbicara dengan Musa “dari antara Kerubim” (Keluaran 25:22). Gambar-gambar Kerubim ditenun pada tabir Khemah Suci itu (Keluaran 26:1,31).

 

Raja Salomo meminta diletakkan dua Kerubim yang diperbuat daripada kayu minyak di dalam Bait. Kerubim juga diukur pada pintu-pintu dan tembok-tembok Bait, dan gambar-gamabr Kerubim dijahit pada tabir lenan yang digunakan dalam Bait (1 Raja 6:23-35; lihat 2 Taw. bab 3).

 

Walaupun Alkitab memberitahu kita supaya tidak membuat patung dalam bentuk apapun yang ada di langit atau atas bumi (Keluaran 20:4; Ulangan 4:16dst), orang Israel diperintahkan mengukir gambar-gambar Kerubim ke dalam tembok-tembok khemah itu. Ini hanya sebagai hiasan dan lambang, dan TIDAK digunakan untuk ibadah. Khemah yang dibina Musa dan Bait yang dibina Salomo merupakan gambaran jasmaniah (atau salinan) apa yang ada di syurga.

 

Bintang-bintang Fajar

 

Bintang Fajar, Bintang Timur atau Pembawa Terang ialah pangkat dan bukan nama-nama angkatan rohaniah (Ayub 38:1-7).

 

Bintang-bintang Fajar nampaknya mempunyai tugas-tugas sebagai Kerubim. Bintang Fajar masa kini, Azazel atau Lucifer, merupakan salah seorang kerub penjaga yang diurapi sebelum dia menderhaka. Pangkat dan fungsi ini, yang dipegang Iblis sebagai tuhan planet ini, akan diambil alih oleh Kristus pada kedatangannya yang kedua kali (lihat Wahyu 22:16).

 

Selain daripada Iblis dan Kristus terdapat anggota lain Angkatan ini yang berkongsi pangkat dan fungsi ini. Lihat kertas Lucifer: Pembawa Terang dan Bintang Fajar (No. 223). Pada  waktu penciptaan planet ini Bintang-bintang Fajar berkumpul dan bernyanyi bersama dan semua Anak Tuhan bersorak gembira (Ayub 38:7).

 

Adakah Tuhan mencipta Iblis?

 

Tuhan mencipta anak-anakNya sempurna namun mereka mempunyai kebebasan memilih untuk taat atau ingkar. Kita tahu sesetengah mereka memang telah berbuat dosa dan Alkitab menyebutkan mereka sebagai “malaikat-malaikat yang tidak taat” (Kejadian 6:2,4; Yudas 1:6).

 

Lucifer merupakan teladan kesempurnaan, penuh kebijaksanaan dan sempurna kecantikannya, namun dia menjadi bangga diri dan sombong. Dia dipenuhi kekejaman dan berpaling kepada jalan dosa (Yehezkiel 28:12-17). Dia menganggap dia dapat berbuat lebih baik daripada Tuhan dan dia cuba merampas Takhta Tuhan dan memerintah alam semesta (Yesaya 14:12-14). Pemberontakannya gagal dan dia dibuang kembali ke bumi (Lukas 10:18; lihat juga Wahyu 12:7-9). Lucifer meyakinkan satu pertiga para malaikat untuk mengikutnya menderhaka. Dia kemudian dikenali sebagai Iblis dan para malaikat yang mengikutinya dikenali sebagai iblis setan. Secara kolektif mereka disebut sebagai “Angkatan yang tidak taat”. Lihat kertas Siapakah Iblis? (No. CB60).

 

Sesetengah malaikat tidak taat itu ditahan dalam penjara menunggu pengadilan (1 Pet. 3:18-20; 2 Pet. 2:4-5; Yudas 1:6. Malaikat tidak taat yang lain masih merayau bebas di bumi (Ayub 1:6-12; Lukas 8:30-32).

 

Apa akan terjadi kepada Iblis dan para iblis setan?

 

Kristus layak untuk menebus kedua-dua manusia dan Angkatan tidak taat. Dia membayar penalti untuk semua dosa kita (Kol. 1:19). Tuhan menghendaki supaya tiada yang binasa, tetapi supaya semua orang berbalik dan bertaubat (2 Pet. 3:9).

 

Jadi nampaknya para iblis setan akan dihakimi pada Kebangkitan Kedua orang mati apabila mereka mengambil bentuk jasmaniah sama seperti manusia yang dibangkitkan. Mereka semua akan berpeluang untuk bertaubat dan diubah menjadi anak-anak rohaniah Tuhan. Baca apa kata Alkitab dalam Yesaya 14:11-17. Kita lihat Iblis disebut sebagai manusia dan dari jurang dalam itu dalam ayat 15. Kita tahu bahawa Kristus, sebagai bekas makhluk rohaniah, menjadi seorang manusia dan mati kematian jasmaniah. Dengan itu hal sama harus mungkin bagi Iblis dan iblis setan. Bagaimanapun, akibat sentiasa ada untuk dosa dan Iblis serta iblis setan tidak akan terlepas daripada hukuman. Apa sekalipun, mereka tidak akan mendapat kembali kedudukan yang mereka pegang sebelum penderhakaan itu.

 

Takdir manusia

 

Tuhan ialah roh dan apa yang lahir daripada Roh ialah roh, jadi fasa pertama ciptaan Tuhan ialah ciptaan makhluk-makhluk rohaniah (Yohanes 3:6). Manusia pertama Adam juga dicipta oleh Tuhan, tetapi daripada bahan, iaitu debu tanah, jadi dia dicipta mahkluk jasmniaha. Dia juga dipanggil “anak Tuhan” (Lukas 3:38). Makhluk-makhluk jasmaniah (manusia) ialah fasa kedua ciptaan Tuhan.

 

Apa yang lahir daripada daging ialah daging (Yohanes 3:6), dan daging serta darah tidak boleh memasuki Kerajaan Tuhan (1 Korintus 15:50). Namun takdir manusia adalah untuk menjadi ‘anak-anak Tuhan’, iaitu makhluk-makhluk rohaniah. Semua yang mengenali Allah Maha Esa dan Yesus Kritus, anak yang diutusNya, dan bertaubat dan dibaptiskan dan menerima pemberian Roh Kudus, mempunyai hak untuk menjadi anak-anak Tuhan (Yoh. 1:12-13; Rom. 8:14-15; 1 Yoh. 3:1).

 

Mereka yang ada dalam Kebangkitan Pertama akan diubah menjadi makhluk-makhluk rohaniah dan memerinah sebagai waris-waris bersama dengan Kristus selama seribu tahun Milenium. Mereka yang ada dalam Kebangkitan Kedua, iaitu kebangkitan untuk pembetulan dan penghakiman, juga akan ditukar menjadi makhluk-makhluk rohaniah apabila mereka layak mencapai status itu.

 

Rencana Tuhan untuk Keluarganya tidak akan lengkap sehinggalah selepas penghakiman terakhir dan perubahan seluruh planet ini. Maka seluruh planet akan menjadi anak-anak Tuhan sebagai elohim. Melalui Roh Kudus kita akan menjadi satu dengan Tuhan sebgai keluarga Tuhan.

 

Untuk keterangan lebih dan pelajaran lanjut lihat kertas-kertas:

 

Kerajaan Tuhan (No. 174)

 

Bagaimana Tuhan Menjadi Sebuah Keluarga (No. 187)

 

Penghakiman Iblis Setan (No. 80)

 

q