Jemaat-jemaat Allah Al Masehi
[CB90]
Saul
Cuba Membunuh Daud
(Edisi 1.0 20060819-20060819)
Saul memberitahu anak lelakinya Yonatan dan semua orang yang menyertainya
untuk membunuh Daud. Tetapi Yonatan sangat rapat dengan Daud dan memberi dia
amaran. Daud mempunyai peluang untuk membalas dendam terhadap Saul tetapi dia
tidak mengangkat tangannya terhadap orang yang telah diangkat oleh Tuhan. Karya
tulis ini telah diadaptasikan dari Bab 89-92 dari The Bible Story Jilid IV oleh
Basil Wolverton, yang diterbitkan oleh Ambassador College Press.
E-mail: secretary@ccg.org
(Hakcipta
ã 2006 Christian
Churches of God,
Disunting
oleh Wade Cox)
(tr. 2009)
Karya tulis ini
boleh disalin semula dan didistribusikan secara bebas dengan syarat ia disalin
semuanya tanpa apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat
penerbit serta notis hakcipta harus disertakan. Sebarang bayaran tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima
salinan yang didistribusikan.
Petikan-petikan ringkas daripadanya boleh dimasukkan ke dalam
artikel-artikel kritis dan karya ulasan tanpa melanggar undang-undang hakcipta.
Karya ini boleh didapati daripada Internet di:
http://www.logon.org dan http://www.ccg.org
Saul Cuba Membunuh Daud
Kita teruskan
disini dengan cerita Saul dan Daud dari karya tulis (No. CB89).
Saul berkomplot untuk membunuh Daud
Sementara itu,
Saul merasa semakin takut, tidakmenyukai dan cemburu dengan Daud. Ianya semkain
jelas kepada dia bahawa Allah sedang melindungi Daud, dan bahawa dia sudah
ditetapkan menjadi raja Israel yang seterusnya. Tidak kira apa yang dia
fikirkan apa yang dilakukan Allah kepada dia, Saul memberitahu para hambanya,
pembantu dan pegawainya bahawa mereka harus membunuh Daud bilamana ada peluang
dan menjadi pembunuhan itu seperti satu kemalangan. Dia juga mengarahkan ini
kepada anak lelakinya Yonatan, yang begitu rapat dengan Daud. Saul harus
menyedari bahawa persahatan anaknya dengan Daud ini bererti bahawa Yonatan akan
memberi amaran keapda Daud bahawa hidupnya dalam bahaya.
Yonatan bercakap
tentang Daud kepada bapanya dan berkata, “Sudah pasti kamu tidak mahu
bertanggung jawab keatas kematian seorang muda yang berani yang begitu setia
dengan kamu – yang telah membunuh Goliat selepas dia Goliat telah menghantui
tentera kamu selama empat puluh hari. Mengapa kamu ingin membunuh orang yang
tidak bersalah?”
“Kamu benar,
anakku,” Saul akhirnya berkata. “Sudah tentu selagi Tuhan itu hidup aku
berjanji Daud akan kekal hidup.”
Yonatan
memberitahu Daud apa yang dikatakan oleh bapanya. Daud kemudiannyaditerima
dalam keluarga Saul seolah-olah semuanya menjadi sahabat yang baik (ay.4-7).
Tidak lama
kemudian orang Filistin mulakan satu lagi siri peperangan keatas orang Israel.
Seperti biasa, oleh kerana perancangan yang teliti, strategi perang yang bijak
dan kepimpinan yang berani, tentera Daud sekali lagi mencapai kemenangan dan
menghalau orang Filistin dan sekali lagi Daud diangkat sebagai pahlawan negara.
Sekali lagi Saul
merasa iri hati. Dia telah dimasuki roh jahat membuat dia bimbang di amsa lepad
ketika dia tidak dapat mengawal emosinya. Dia sedang duduk dalam rumahnya
bersama dengan lembing dalam tangannya, sementara Daud bermain muzik. Saul cuba
menusuk dia di dinding tetapi Daud mengelak dan lembing itu tertusuk ke
dinding. Sekali lagi Daud melarikan diri (ay.8-10).
Tetapi Saul
mengutus orang-orangnya untuk pergi ke rumah Daud untuk memerhatikan dia dan
membunuh dia apda waktu pagi. Isteri Daud memberi amaran kepada dia untuk
melarikan diri pada malam itu kerana pada paginya dia akan dibunuh. Jadi Mikhal
menyuruh Daud turun melalui jendela dan dia melarikan diri (ay.11-12).
Tidak lama
kemudian apabila orang-orang Saul datang untuk menangkap Daud, Mikhal berkata,
“Suamiku sakit”.
Kemudian Saul
mengutus orang-orangnya kembali untuk melihat Daud dan memebritahu mereka untuk
membawa dia supaya dia (Saul) boleh membunuhnya. Apabila mereka kembali dan
melihat kepada bentuk manusia di katil, mereka mendapati bahawa Daud tidak ada
disana. Mikhal telah menyelimutkan objek yang kelihatannya seakan bentuk
manusia, dan ini memberi masa yang cukup untuk suaminya untuk melarikan diri
(ay.13-16).
Saul berkata
kepada Mikhal, “Anak apakah kamu yang secara sengaja membiarkan musuhku
melarikan diri?” dia mengomel.
Mikhal tidak tahu
apa yang perlu dikatakan, jadi dengan ketakutan dia berbohong kepada bapanya:
“Aku perlu melepaskan dia; dia telah mengancam aku” (Ay.17).
Daud melaporkan diri kepada Samuel
Tidak lama
selepas dia melarikan diri, Daud tiba di rumah Samuel di ramah. Dia memberitahu
kepad Samuel semua perkara yang telah berlaku diantara dia dan Saul.
Kemudian Daud dan
Samuel pergi ke Naioth, di Ramah. Tidak lama kemudian Saul mengetahui dimana
Daud berada dan mengutus orang-orangnya untuk menangkap dia. Tetapi apabila
mereka melihat sekumpulan nabi-nabi, yang bernubuat, dengan Samuel berdiri disana
sebagai ketua, Roh Tuhan datang kepada orang-orang Saul dan mereka juga
bernubuat (ay. 18-20).
Saul diberitahu
apa yang berlaku dan menghantar lebih ramai orang, dan mereka juga bernubuat.
Apabila Saul mendengar apa yang telah berlaku kepada orang suruhan yang kedua,
dia menghantar kumpulan yang ketiga, dimana mereka juga ikut bernubuat. Jadi
Saul pergi ke Ramah sendiri dan pergi ke waduk di Seku dan bertanya dimana Daud
dan Samuel.
Jadi apabila Saul
pergi ke Naioth Roh Tuhan datang kepadanya dan dia berjalan sambil bernubuat.
Saul membukan jubahnya dan bernubuat dalam kehadiran Samuel. Kemudian dia
tinggal selama satu hari dan satu malam bersama dengan Samuel keadaan yang
mesra, berbakti, tidak menyedari bahawa Allah mewujudkan sifat ini supaya Daud
boleh melarikan diri lagi (ay.21-24).
Daud dan Yonatan
Daud melarikan
diri dari Naioth di Ramah dan kembali melawat Yonatan untuk mengetahui mengapa
Saul ingin membunuhnya.
“Aku pasti dia
tidak sebenarnya mahu membunuh kamu, kerana dia selalu memberitahu aku apa yang
dia akan lakukan. Sudah pasti dia tidak akan menyembunyikan perkara seperti ini
dari aku”, Yonatan berkata (1 Sam 20:1-2).
“Sudah tentu kamu
tidak mengetahui tentang ini” Daud berkata. Bapa kamu mengetahui tentang
persahabatan kita dan dia tidak akan memberitahu kamu dan menyakiti kamu.
Kebenarannya adalah bahawa aku hampir terbunuh!”
“Beritahu aku apa
yang harus dilakukan”, Yonatan berkata.
Daud menjawab,
“Esok adalah Bulan Baru, dan aku dijangka hadir dalam perayaan bulanan ini.
Bapa kamu pasti akan bertanya dimana aku berada. Beritahu dia bahawa aku telah
pergi bersama dengan ibu bapaku kerana ada pertemuan keluarga yang penting.
Sekiranya dia berpuas hati dengan penjelasan itu, dan tidak bimbang kerana aku
tidak hadir, ini bererti bahawa aku salah anggap bahawa dia mahukan aku mati.
Tetapi sekiranya dia menjadi marah apabila dia mengathui aku sudah jauh, maka
kamu akan mengatahui bahawa aku betul kerana dia akan menjadi marah apabila dia
mengetahui aku selamat darinya.”
“Sekiranya aku bercakap
sedemikian dimana aku membuat diriku menjadi musuh bapamu, maka setialah kepada
bapa kamu dan lindungi dia dengan menusuk aku dengan pedangmu!”
Yonatan menjawab,
“Percayalah, sekiranya aku mendapati bahawa bapaku benar-benar ingin membunuh
kamu, aku akan berusaha untuk memberitahu kepada kamu serta merta” (ay.3-9).
“Kamu tidak boleh
memberitahu aku sekiranya bapa kamu memerhatikan kamu dari dekat,” Daud
menjawab.
Yonatan
mendahului Daud keluar ke dalam sebuah padang terbuka di mana mereka boleh jadi
pasti yang tiada siapa akan mendengar perbualan mereka. Di sana, Yonatan
bertanya Tuhan untuk menyaksikan bahawa dia akan melakukan apa terbaik untuk
Daud. Dia mungkin direalisasi oleh kali ini yang Daud akan menggantikan bapanya
sebagai pemimpin Israel. Yonatan bertanya kepada Daud untuk menjanjikan dia
yang dia dan keturunannya akan selalu dipertimbangkan sebagai rakan-rakan setia
Daud. Daud senang dengan janji itu. Dia sedar yang Yonatan bersetuju untuk
melepaskan prospek dirinya untuk menjadi raja Israel yang seterusnya. Pada
kematian Saul, dalam keadaan yang biasa, anak Saul akan menggantikan tempat
bapanya untuk menjadi ketua (ay. 10-17).
Kemudian Yonatan
berkata, “Ya, kamu akan dirindui esok apabila mejamu kosong. Hari sebelum esok,
pada petangnya, pergilah ke tempat dimana kamu sembunyi sebelum ini dan tunggu
dekat dengan batu Ezel. Aku akan datang dan melepaskan tiga anak panah di
hadapan tumpukan seolah-olah aku memanah kepada satu sasaran. Kemudian aku akan
menghantar seorang budak untuk membawa panah itu kembali.
Sekiranya aku
berteriak kepaa dia, “Anak panah itu ada di sebelah kamu”, maka kamu akan
mengetahui bahawa bapa aku tidak memurkai kamu, dan bererti kamu boleh kembali
serta merta. Sekiranya aku berteriak kepada budak itu, “Anak panah itu ada di
atas kamu”, maka kamu mengetahui bahawa ianya amaran Allah kepada kamu untuk
meninggalkan tempat itu serta merta. Apa sahaja berlaku, aku percaya bahawa
kita selalu menjadi sahabat yang dipimpin oleh Allah kita” (ay.18-23).
Pada esok
harinya, ketika Saul dan para pegawainya duduk untuk makan seperti tradisinya
pada waktu Bulan Baru yang mana permulaan bulan Lunar dalam kalendar Allah,
Saul serta merta menyedari bahawa kerusi Daud kosong. Dia tidak berkata apa-apa
tentangnya, orang lain juga tidak menyebut perkara itu. Dia ingat bahawa
mungkin Daud tidak murni dalam upacara ini.
Pada hari
berikutnya apabila tempat duduk daud kosong Saul bertanya kepada Yonatan,
“Mengapa Daud tidak ada disini untuk makan bersama dengan kita sejak beberapa
hari ini?”
“Orang-orang Daud
mengadakan pertemuan keluarga tahuhan,” Yonatan menjawab. Abang-abangnya
mahukan dia disana jadi aku beritahu kepadanya untuk pergi. Pertemuan dengan
keluarganya itu sangat penting kepada dia.”
Sejurus Yonatan
selesai berkata, muka Saul menjadi marah. Dia menjeling anaknya dengan marah.
“Keturunan kamu
dari dari perempuan bawahan!” dia berteriak. “Mengapa kamu bersahabat dengan
Daud? Tidak kah kamu sedar bahawa dia bercadang untuk mengambil takhta Israel
dari aku? Sekiranya aku mati, kamu tidak akan menjadi raja sekiranya kamu terus
mengikuti rencananya/ pergi cari dia dan bawa dia kesini supaya dia boleh
dibunuh” (ay.24-31).
Mengapa dia harus
dibunuh?” Yonatan bertanya sementara dia berdiri menghadap bapanya. “Apa
sebenarnya yang dia telah lakukan kepada kamu sehingga kamu begitu marah tanpa
sebab?”
Perkataan Yonatan
ini membuat Saul lebih marah lagi. Dia mengacukan lembing kepada Yonatan, mahu
membunuh dia. Yonatan akhirnya menyedari bahawa bapanya sangat serius apabila
dia berkata Daud harus mati. Dia mengetahui bahawa bapanya boleh melakukan apa
saja, dan cepat melarikan diri dari sebarang kematian (ay.32-33).
Sekarang, ianya
giliran Yonatan untuk marah, tetapi dengan sebab yang khusus. Dia meninggalkan
meja itu dengan marah dan tidak mahu makan pada hari itu, kerana dia merasa
terluka dengan sifat bapanya terhadap Daud (ay.34).
Pada pagi
berikutnya, seperti yang dipersetujui, Yonatan keluar bersama seorang budak
untuk memungut anak panahnya. Yonatan memberitahu budak itu untuk mula
berlarisupaya dia boleh mencari anak panah itu sementara ianya dilepaskan. Jadi
sementara budak itu berlari. Yonatan melepaskan anak panah itu di atasnya
tetapi apabila dia sampai kepada anak panah itu, Yonatan berteriak, “Anak panah
itu masih didepan kamu, cepat dan jangan tunggu”.
Yonatan tahu
bahawa sekiranya Daud mendengar dia, dia akan memahami bahawa dia bermaksud
Daud harus pergi serta merta.
Jadi budak itu
dengan cepat mengumpul anak panah itu dan berlari kembali kepada tuannya.
Kemudian Yonatan memberitahu budak itu untuk mengambil panah dan anak panah itu
dan kembali ke kota (ay.35-40).
Sejurus selepas
dia pergi, Daud keluar dari tempat persembunyiannya. Kemudian mereka bercakap
seketika saja, kerana mereak tidak mahu dilihat bersama, dan ianya bahaya bagi
Daud untuk dilihat dalam keadaan apapun. Daud terjatuh ke tanah di hadapan
Yonatan, tiga kali meratap. Kedua-duanya menangis kerana mereka terpaksa
berpisah, mungkin tidak akan bertemu lagi.
Yonatan
memberitahu Daud untuk merasa senang kerana mereka telah membuat perjanjian
bersama dan mereka akan selalu menjadi sahabat (ay.41-42).
Daud di Nob
Tiga hari selepas
dia berpisah dengan Yonatan, Daud tiba bersama dengan orang-orangnya di tempat
yang bernama Nob. Lapar dan penant Daud dan orang-orangnya mencari tempat
dimana para imam melaksanakan tugasan mereka dihadapan Tabut Perjanjian Allah.
Daud mengenali ketua imam, Ahimelek, datang ke rumah Ahimelek. Ketikan imam itu
melihat siapa yang datang, dia merasa hairan mengapa seorang bangsa Israel yang
terkenal bersendirian.
“Mengapa kamu
sendirian?” Ahimelek bertanya (1 Sam 21:1).
Daud tidak mahu
memberitahu imam itu bahwa dia sedang melarikan diri dari Saul, jadi dia dengan
cepat membuat penjelasan yang dia harap akan diterima. Dia mahu keluar dari
negara itu dimana dia bergantung kepada gerak hatinya sendiri, dalam kes ini
bukannya kepada Allah, jadi dia berbohong.
“Saul telah
menghanta aku atas satu misi,” Daud memberitahu Ahimelek. “Dia tidak mahu ada
orang yang mengetahuinya, dan aku mahu kamu tidak memberitahu sesiapapun bahawa
kamu telah melihat aku disini. Aku mempunyai orang-orang adalam misi ini,
tetapi mereka sedang menunggu di tempat lain. Kami merasa bangsa sekiranya kamu
boleh memberi apa sahaja – khususnya roti. Lima buku roti sudah pasti membantu
kami.”
“Kami tidak
mempunyai roti,” Ahimelek berkata. “Kami mempunyai buku roti dari persembahan
roti kelmarin, tetapi hanya imam yang boleh memakannya.”
Daud berkata
bahawa orang-orangnya tidak menyentuh perempuan, dan bejana itu tahir untuk
diletakkan makanan sama seperti ianya dikuduskan.
Jadi, oleh kerana
tidak ada lagi makanan yang ada, imam itu memberikan roti kudus itu kepada
Daud. Ianya diganti dengan roti segar pada hari itu (ay.2-5).
Ianya tidak baik
untuk Daud memakan roti sajian itu. Bagaimana pun, ianya diberikan kepada dia
dan orang-orangnya untuk melambangkan bahawa umat pilihan (atau orang kudus)
Allah akan menjadi elohim (atau tuhan-tuhan) pada waktu kebangkitan, sama
seperti Mesiah yang merupakan kelahiran pertama dari orang mati.
[kebetulan, Doeg,
ketua gembala Saul, juga ada disanan pada waktu upacara pemurnian.]
Daud kemudian
bertanya Ahimelek sekiranya dia mempunyai pedang. “Kamu diutus dengan cepat
dalam misi kamu dan kami tidak mempunyai masa untuk mengambil senjata bagi diri
kami,” Daud memberitahu imam itu.
Ahimelek
menjawab, “Aku mempunyai pedang Goliat, orang Filistin itu yang kamu telah
bunuh di lembah Elah. Sekiranya kamu memerlukan pedang, kamu boleh
mengambilnya.”
Daud menjawab,
“Ianya pedang yang baik dan saya sangat memerlukannya” (ay.6-9).
Kemudian Daud
bergegas, kerana dia merasa takut kepada Saul. Dia pergi kepada Raja Akish dari
Gath. Tetapi pegawai bagi raja itu tidak merasa gembira melihat Daud disana.
“Bukankah orang
ini yang diagungkan sebagai pahlawan besar di tanah Israel, dan diberikan
pujian bagi kemenangan keatas kita daripada raja Israel itu sendiri?” mereka
bertanya.
Daud mendengar
ulasan ini dan merasa takut kepada apa yang mungkin dilakukan oleh raja Akish
kepadanya jadi dia berpura-pura gila. Dia mencakar di pintu-pintu dan
membiarkan air liurnya meleleh di janggutnya (ay.10-13).
Akhirnya raja itu
berkata kepada orang-orang ini, “Tidak kira siapa orang ini, keluarkan dia dari
ini! Mengapa ada orang yang berfikir bahawa aku memerlukan orang gila untuk
menghibur aku? Kita sudah ramai orang seperti ini disini.”
“Bawa dia keluar
dari pintu gerbang dan lihatlah supaya jangan dia kembali masuk”, Akish
memberitahu pengawal pintu. “Aku tidak menyediakan makanan dan perlindungan
bagi orang yang gila!” (ay.14-15).
Daud meninggalkan
Gath dan melarikan diri ke gua Adullam, dimana abang-abangnya dan saudara
maranya yang bertemu dengan dia. Kemudian orang lain juga mula datang – mereka
yang ada hutang, atau yang tertekan, atau orang yang tidak berpuas hati. Mereka
berkumpul di sekeliling Daud dan dia menjadi ketua kepada kira-kira empat ratus
orang (1 Sam 22:1-2).
Kemudian, Daud
pergi ke Mizpeh di Moab untuk meminta kebenaran dari raja bagi bapanya dan
ibunya untuk tinggal disana dibawah perlindungan diraja sehingga Daud
mengetahui apa yang dilakuakn Allah kepadanya. (Mereka tinggal di Moab
sepanjang jangka masa ketika Daud tinggal di gua.)
Suatu hari dia
mengetahui, melalui nabi Gad, yang dekat dengan Allah, bahawa Allah tidak tidak
mahu dia tinggal disana lagi, dan bahawa dia harus kembali ke wilayah Yudah.
Daud dengan taat meninggalkan tempat itu dan pergi hutan Hereth (ay.4-5).
Saul membunuh imam di Nob
Pada masa ini
Saul sudah merasa sangat marh dari kemunculan Daud. Dia berharap Daud sudah
mati, tetapi dia mengetahui bahawa dia tidak akan berehat sehingga bukti
dibawah kepadanya. Bagaimana pun, dia menerima berita bahawa Daud masih lagi
hidup.
Tidak lama
kemudian selepas Daud kembali ke wilayah Yudah, satu laporan datang kepada Saul
bahawa daud sedang bersembunyi di kawasan hutan di antara Yerusalem dan
Filistin di kota Gath. Pada masa itu Saul berada di Gibeah duduk dibawah satu
pohon ek bermain dengan lembingnya, yang dikelilingi oleh pewagai-pegawainya.
“Dengar, kamu
orang Benjamin!” Saul dengan marah berteriak. “Adakah diantara kamu yang
mendengar tentang perkara ketaatan? Adakah kamu fikir Daud akan memberikan kamu
ladang, kebun anggur, atau mengangkat kamu menjadi penglima keatas ratusan atau
ribuan tentera seperti yang aku telah lakukan! Adakah diantara kamu yang cemas
kerana aku, atau mungkin kamu semua berkomplot dengan anakku Yonatan, untuk
membawa aku kedalam masalah dengan musuhku, Daud?” (ay.6-8).
Kemudian Doeg,
orang Edom itu, melihat satu peluang untuk menyenangkan ketuanya, walaupun pada
masa yang sama dia mengambil satu langkah bahaya dengan memberikan informasi
yang sudah lewat.
“Ketika aku
berada di Bait Suci di Nob, aku melihat imam Ahimelek, memberikan roti kepada
orang yang tidak bukan selain dariDaud sendiri. Kemudian, aku melihat imam itu
memberikan kepada dia pedang Goliat” (ay.9-10).
Ketua orang
Israel itu pergi dan memerintah dengan kuat supaya tentera akan pergi dengan
serta merta di Nob dan membawa Ahimelek dan semua keluarga imam itu ke Gibeah.
Tidak lama kemudian orang-orang ini berkumpul di hadapan Saul.
“Mengapa kamu
berkomplot terhadap aku dengan memberikan makanan dan senjata kepada Daud,
musuhku?” Saul bertanya kepada Ahimelek.
“Adakah diantara
hamba kamu yang taat sama seperti Daud anak menantu kamu?” Ahimelek bertanya.
“Dia adalah panglima kepada pengawal dan anggota keluarga mu yang dihormati.
Ini bukan kali yang pertama aku berhubung dengan Allah bagi dia. Ianya tidak
adil kamu menuduh aku dan keluargaku dalam perkara ini, kerana kami tidak
membuat sebarang komplot melawan kamu.”
Sebelum imam itu
sempat berkata-kata, Saul mengarahkan pengawalnya mengelilingi Ahimelek dan
semua orang yang dibawah disana bersama dengan dia. “Bunuh setiap dari mereka
disini sekarang!” perintah Saul (ay.11-17).
Tetapi para
tentera itu tidak mahu mencederakan imam itu. Kemudian raja itu berkata kepada
Doeg, “Lakukan”.
Jadi Doeg telah
membunuh semua mereka, lapan puluh imam semuanya, semuanya memakai juba imam
mereka. Kemudian dia pergi ke Nob, kota imam-imam itu, dan membunuh keluarga
imam-imam tersebut, dan semua binatang ternakan.
Hanya seorang
yang diketahui berjaya melarikan diri dari pembunuhan kejam ini. Dia adalah
Abiatar, satu daripada anak Ahimelek yang tidak dibawah ke Gibeah bersama imam
yang lain kerana dia tidak berada di Nob pada masa itu. Bagaimana pun, Abiatar
mengetahui dimana Daud bersembunyi dan melarikan diri untuk memberitahu apa
yang berlaku (ay.18-20).
“Ketika aku
berada di Nob aku teringat Doeg menjeling kepadaku,” Daud memberitahu Abiatar,
“dan aku tahu bahawa akan ada masalah sebaik saja dia melaporkan perkara ini
kepada Saul. Sekiranya aku lebih berhati-hati supaya tidak dilihatnya, mungkin
perkara teruk ini tidak akan berlaku. Aku tidak boleh beritahu kamu betapa aku
kecewa tentang perkara ini, tetapi sekurang-kurangnya aku boleh berjanji kamu
berlindung bersama dengan kami. Orang-orangku dan aku akan melindungi kehidupan
kamu” (ay.21-23).
Satu hari satu
laporan datang kepada Daud bahawa orang Filistin membuat serangan kepada kota
Keilah di Yudah. Mereka merompak orang Israel disana dari tuaian musim luruh.
Daud tidak merasa tidak senang dengan hanya duduk saja bersama dengan
tenteranya sementara perkara ini berlaku. Dia mahu membantu. Ettapi sebelum
melakukan apa-apa tentang perkara itu, dia berdoa, meminta Allah supaya
membolehkan dia melaksanakan tugas yang besar ini.
“Pergi ke
Keilah”, Tuhan memberitahu Daud.
Tetapi
orang-orang Daud merasa takut dan tidak mahu berlawan dengan tentera Filistin.
“Kita sudah menghadapi cukup bahawa dengan bersembunyi disini dalam hutan,:
mereka berkata dengan hormatnya kepaa ketua mereka. “Sekiranya kita pergi ke
Keilah kita akan mendedahkan diri kita kepada Saul dan juga kepada orang
Filistin.”
Sekali lagi Daud
berdoa, dan Tuhan menjawab lagi, “Pergi ke Keilah, kerana aku akan membantu
kamu menakluki orang Filistin.”
Oleh kerana Daud
telah diurapi dan ditetapkan untuk menjadi raja, dia mempunyai tanggung jawab
untuk melindungi Israel.
Apabila Daud
memberitahu tenteranya, mereka pergi ke Keilah dan membunuh Filistin dan
mengambil binatang ternakan mereka, dan orang-orang disana terselamat. Abiatar,
imam itu pergi bersama dengan Daud, mengambil efod demi untuk mendapat jawapan
bagi Daud dari Tuhan (a Sam 23:1-7).
Saul mengetahui
bahawa Daud berad di Keilah jadi dia mengarahkan semua tenteranya untuk berarak
dan menangkap Daud dan orang-orangnya. Tetapi Daud mengetahui rancangan Saul
dan memberitahu Abiatar imam itu untuk membawa efod itu dan bertanya kepada
Tuhan apa yang harus dilakukan.
Daud bertanya
kepada kepada Tuhan sekiranya orang-orang Keilah menyerahkan dia kepada Saul
dan sekiranya Saul akan datang.
Tuhan menjawab,
“Dia akan datang dan orang-orang Keilah akan menghianati kamu” (ay.8-12).
Yonatan masih seorang sahabat
Jadi Daud dan
orang-orangnya meninggalkan Keilah dan mula berligar di perdesaan. Oleh kerana
Saul mendengar bahawa Daud telah melarikan diri, dia tidak jadi datang ke
Keilah. Daud sekarang tinggal di gua-gua padang belantara di Ziph.
Satu hari dekat
Horesh Daud menerima berita bahawa Saul sedang dalam perjalanan ke Ziph untuk
mencari dia dan membunuh dia. Saul terus memburu Daud tetapi Tuhan tidak
membernarkan dia untuk mencari Daud. Yonatan sekarang pergi mencari Daud. Dia
menemui dia di Horesh dan menguatkan dia (ay.13-16).
“Jangan putus
harapan,” Yonatan menasihati Daud semasa perbualan mereka. “Bapaku tidak akan
berjaya untuk memusnahkan kamu, tidak kira bagaimanapun cara yang dia lakukan.
Aku menyedari bahawa kamu akan menjadi ketua Israel yang seterusnya, dan
demikian juga dia, tetapi perasaan bencinya menghindari dia dari melepaskannya.
Jauhkan diri dari dia, dan dengan pertolongan Allah masa kesukaran ini,
persembunyian ini adakan berakhir.”
Dengan membawa
penghiburan dan harapan kepada Daud, Yonatan pergi dan kembali ke rumag di
Gibeah. Yonatan bukannlah seorang penghianat kepada bapanya. Dia sebenarnya
membantu Saul dengan menghindarkan dia dari menyakiti Daud (ay.17-18).
Tetapi sekarang
orang-orang Ziph pergi kepad Saul dan menghianati Daud.
“Sekiranya kamu
mengikuti kami,” Mereka memberitahu Saul, “kamu akan memimpin kamu kepada
perkemahan Daud dan membantu kamu menangkap dia.”
“Baik!” Saul
berkata dengan masam. “Akhirnya orang telah tampil untuk membantu aku!
Kembalilah dan ketahuilah tentang pergerakannya dan tempat-tenpat
persembunyiannya di kawasan itu. Apabila aku tahu tentang perkara ini, aku akan
datang kepada dia. Sementara itu, aku tidak mempunyai maksud untuk mengejar dia
di seluruh Yudah” (ay.19-23).
Orang-orang Ziph
kembali kepada rumah mereka. Tetapi apabila Daud mendengar bahawa Saul dalam
perjalanan ke Ziph, dia dan orang-orangnya pergi jauh ke padang belantara. Saul
kemudiannya mengetahui tentang ini, dan mengikuti mereka disana. Dia dan Daud
sekarang berada dalam sisi yang bertentangan di gunung itu.
Apabila Daud
mendapati bahawa tentera Saul sudah dekat, dia cuba untuk melarikan diri.
Tetapi Allah tidak bermaksud bahawa Daud akan ditangkap. Pada masa itu seorang pengutus tiba untuk memberitahu Saul
bahawa orang Filistin sedang menyerang sekali lagi.
Merasa terhina
dan kecewa, Saul memberi arahan kepada orang-orangnya untuk berhenti untuk
mengejar dan kembali untuk berlawan dengan Filistin. Apabila Daud mengetahui
bahawa tentera Saul telah pergi, dia dan orang-orangnya tinggal di gua-gua di
Engedi (ay.27-29).
Daud tidak mengambil nyawa Saul
Selepas Saul
kembali dari peperangan dengan orang Filistin, dia ttelah diberitahu tentang
tempat persembunyian Daud yang terbaru. Mengambil tiga ribu daripada
tenterayang yang terlatih, dia bergerak cepat ke wilayah persembunyian Daud,
dan mula mencari semua gua dan jurang.
Pada satu tahap
dalam pencarian yang sukar ini, Saul pergi ke gua untuk berehat. Sementara ini
berlaku Daud dan orang-orangnya sedang bersembunyi jauh di dalam gua itu.
Orang-orang Daud
berkata, “Ini adalah hari Tuhan bercakap tentang bila dia bercakap Dia akan
memberikan musuh kamu kedalam tangan kamu untuk kamu menangani sesuka kamu.”
Memberi arahan
kepada orang-orangnya untuk kekal dimana mereka pada saat itu berada, Daud
bergerak tanpa disedari dan memotong sudut jubah Saul (1 Sam 24:1-4).
Selepas itu,
perasaan Daud mengganggu dia. “Aku tidak harus melakukan perkara ini”, Daud
berkata. Allah telah mengurapi Saul sebagai raja kami, dan ianya salah bagi aku
untuk melakukan sesuatu seperti ini kepada dia – yang boleh menyebabkan dia
merasa malu.”
Kemudian
orang-orang ini memahami apa yang dia maksudkan, dan tidak berkata kepada dia
lagi tentang membunuh Saul. Dan Saul meninggalkan gua tiu dan kembali kepada
perjalanannya (ay.5-7).
Kemudian Daud keluar
dari gua dan lari mengejar Saul. “Tuan Rajaku”, dia berteriak. Saul berpaling
untuk melihat siapa yang memanggil dia. Daud menundukkan kepalanya sehingga ke
tanah untuk beebrapa saat.
“Mengapa kamu
mendengar untuk orang tertentu yang telah memberitahu kamu yang saya adalah
musuh kamu?" Daud dengan kuat berkata kepada Saul. "Hari ini Tuhan
menyebabkan kamu untuk memasuki gua ini di mana saya telah bersembunyi, dan
saya dengan mudah boleh telah mengambil hidup kamu. Beberapa orang saya menyeru
saya membunuh kamu, tetapi saya memberitahu mereka yang saya tidak dapat
lakukan sedemikian kerana Tuhan telah mengurapi kamu sebagai raja Israel. Lihat
di jubah kamu. Saya boleh saja memotong kamu sama seperti aku memotong
sebahagian daripada pakaian kamu yang aku pegang. Tidaklah ini membuktikan
bahawa saya tidak mempunyai niat untuk membunuh kamu, walaupun kamu memburu
hidupku?”
"Mengapa
kamu mahu bersusah untuk membunuh aku?" Daudd meneruskan. "Allah
mengetahui yang saya belum merancang membunuh kamu , jadi apakah sebab kamu
berada di sini dengan askar-askar kamu? Punca kamu sebenarnya tidak ada lebih
besar daripada ia akan jadi jika kamu mencari anjing yang mati atau mengejar
seekor kutu. Tentu Tuhan tidak senang, kerana Dia mengetahui yang perasaan
cemburu telah membuat kamu begini."
“Semoga Tuhan
menghakimi siapa diantara kita yang benar
dan menghukum mana-mana satu daripada kita yangh bersalah. Dia adalah
perlindungan aku dan dia akan menyelamatkan aku dari kuasa kamu” (ay.8-15).
"Adakah kamu
sebenarnya Daud, menantu saya?" ditanya Saul sedikit dengan syak. Kemudian
dia bermula meraung-raung. Katanya kepada Daud, “Kamu lelaki yang lebih baik
daripada saya, kerana kamu telah membayar balik kebaikan untuk kejahatan. Kamu
terbukti bahawa kamu bukan musuh saya dengan tidak mengambil hidup saya,
walaupun Tuhan memberi kamu peluang. Mana-mana lelaki lain dalam tempat kamu
pasti akan tentu terbunuh saya. Saya mempercayai Tuhan itu akan memberi
ganjaran kamu untuk kebaikan kamu. Daud, saya sedar yang kamu akan menjadi raja
lain Israel. Aku mahu kamu berjanji
kepada aku sekarang bahawa kamu ridaj melakukan apa-apa untuk menyingkirkan
namaku dalam umat Israel, dan kamu tidak akan memusnahkan keluarga aku yang
muncul selepas aku.”
Jadi Daud
berjanji apa yang diminta oleh Saul, selepas itu raja itu pergi. Sementara Daud
melihat orang-orang ini pergi, dia mengetahui bahawa Saul akan terus memberi
dia masalah walaupun dia sudah menyatakan kekesalannya kepada Daud (ay.16-22).
Beebrapa hari
kemudian perkataan datang bahawa Samuel telah mati. Daud merasa sangat sedih,
ettapi dia tahu bahawa ianya tidak bijak untuk menghadiri pengkebumian kerana
kematian Samuel akan membuat Saul merasa lebih bebas untuk menyingkirkan Daud.
Cerita Alkitab
ini diteruskan dalam karya tulis Daud, Nabal dan Abigail
(No. CB91)
q