Jemaat-jemaat Allah Al Masehi

[CB95]

 

 

 

 

Tujuh Meterai dalam Wahyu

(Edisi 1.0 20060701-20060701)

 

Buku Wahyu adalah berkenaan dengan Tujuh Meterai yang mengungkap rentetan bagaimana Allah menangani dunia ini pada zaman akhir nanti. Ia adalah proses yang berterusan yang meliputi Tujuh Sangkakala dn juga kesengsaraan dan tulah murka Allah. Karya tulis ini akan memfokuskan pada Tujuh Meterai. Urutan kepad karya tulis ini meliputi aspek-aspek yang lain.

 

 

 

Christian Churches of God

 

PO Box 369, WODEN ACT 2606, AUSTRALIA

E-mail: secretary@ccg.org

 

(Hakcipta ã 2006 Ruwani Wijesuriya,

Disunting oleh Wade Cox)

(Tr. 2009)

 

Karya tulis ini boleh disalin semula dan didistribusikan secara bebas dengan syarat ia disalin semuanya tanpa apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat penerbit serta notis hakcipta harus disertakan.  Sebarang bayaran tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima salinan yang didistribusikan.  Petikan-petikan ringkas daripadanya boleh dimasukkan ke dalam artikel-artikel kritis dan karya ulasan tanpa melanggar undang-undang hakcipta.

 

Karya ini boleh didapati daripada Internet di:
http://www.logon.org dan http://www.ccg.org

 

Tujuh Meterai dalam Wahyu



Gulungan dan Domba

 

Wahyu 5:1

Dan aku melihat di sebelah kanan Dia yang duduk di atas takhta sebuah buku ditulis didalam di di belakangnya, dimeterai dengan tujuh meterai.

 

Wahyu bab 5 bercakap tentang satu gulungan (atau sebuah buku) yang Tuhan dalam tangannya yang mempunyai misteri-misteri berkenaan dengan zaman akhir sebelum Kristus kembali ke bumi. Buku ini dimeterai dengan tujuh meterai dan hanya boleh dibuka oleh seseorang yang mulia. Hanya satu makluk sebegitu dan ia adalah Kristus (Domba). Dia layak untuk membuka meterai-meterai ini dengan penurutannya yang sempurna dan ketaklukan yang sepenyhnya kepada Allah Bapa.

 

Wahyu 5:9

Dan mereka bernyanyi lagu baru: “Kamu layak mengambil guluingan itu dan membuka meterainya, kerana kamu telah disembelih, dan dengan darahmu kamu membeli manusia bagi Allah dari suku kaum dan bahasa dan orang-orang dan bangsa-bangsa…”

 

Meterai ini mengandungi misteri-misteri yang tidak diketahui oleh manusia atau roh, sehingga Kristus layak untujk membukanya. Sementara Kristus membuka Tujuh Meterai itu, ia mengungkap rentetan bagaimana Allah merencanakan untuk menangani dunia ini pada zaman akhir nanti. Menurut kepada Yohanes 1:1, hanya Allah Bapa yang bersifat maha kuasa dan mengetahui segala sesuatu. Ini bererti yang Kristus sendiri tidak mengetahui misteri-misteri ini sehingga dia dibenarkan untuk membuka meterai ini. Kristus kemudiannya mengungkapnya kepada Yohanes, yang telah memberikannya kepada kita.

 

Walaupun ia tersembunyi sehingga Yohanes menulis buku Wahyu, meterai ini telah dibuka oleh Kristus lama dahulu sebelum itu dan mereka akan kekal terbuka dan berkembang dengan eksponen (bertumbuh dalam saiz dan intensiti) sehingga dia kembali. Sebenarnya, meterai pertama telah dibuka di Taman Eden apabila Iblis mengakibatkan Adam dan Hawa tidak menurut Allah. Tujuh meterai ini juga melibatkan sangkakala dan tiga tulah yang mengungkap lebih rahsia-rahsia Allah. Kita akan mengkaji ini dalam karya tulis yang lain.

 

Meterai-meterai

 

Wahyu 6:1:

Aku melihat sementara Domba itu membuka satu daripada tujuh meterai itu. Kemudian aku mendengar satu daripada empat makluk hidup itu berkata dalam suara seperti guruh, Mari!”

 

Sekarang mari kita meninjau setiap meterai dan lihat apa maksudnya dan apa mesej dari Kristus bagi kita.

 

Meterai Pertama: Agama Salah

 

Sementara Kristus membuka meterai itu, seekora kuda purih dimana penunggangnya mempunyai mahkota di kepalanya dan panah di tangannya  muncul.

 

Wahyu 6:2

Dan aku melihat sskor kuda putih, dan dia duduk di belakangnya mempunyai panah; dan mahkota diberikan kepada dia: dan di menakluki, dan menkluk.

 

Meterai ini mewakili apa yeng terjadi apabila mereka tidak menurut Allah dan melawan kehendakNya. Inilah yang dilakukan Iblis pada mulanya. Wlaupun putih selalunya mewakili damai, dalam meterai ini ia mewakili damai yang salah yang dicipta Iblis sebagai ilusi, yang bererti ia tidak benar dan tidak bertahan.

 

Kerana Iblis mahukan kuasa dan kawalan, dia menipu beberapa daripada saudaranya untuk memberontak terhadap Allah. Lihat juga Penciptaan Keluarga Allah (No. CB4). Dia juga menipu Adam dan Hawa untuk melakukan perkara yang sama. Sejak itu, dia telah mengambil hati kebanyakan orang di planet ini untuk menyembah dia dan bukannya kepada Satu Allah yang Benar. Beginilah agama sesat bermula. Terdapat tuhan-tuhan yang begitu banyak dan agama yang banyak di planet ini pada hari ini dan ini akan berterusan sehingga Kristus kembali dan mengakhiri semuanya. Sehingga saat itu, meterai pertam terus akan berkembang.

 

Meterai Kedua: Peperangan

 

Kita akan melihat bahawa setiap meterai berkembang dari meterai sebelumnya. Meterai kedua adalah peperangan dan ia adalah sebagai akibat penyembahan terhadap tuhan-tuhan lain (atau meterai yang pertama).

 

Wahyu 6:3-4

Dan apabila dia memecahkan meterai yang kedua, aku mendengar makluk hidup yang kedua berkata, “Mari,” 4 dan satu lagi kuda merah, keluar; dan dia yang duduk di belakangnya, ia mengambil damai dari bumi, dan manusia berbunuhan sesama sendiri; da, satu pedang besar diberikan kepada dia.

 

Kuda merah itu mewakili pertumpahan darah dalam peeprangan dan semua kemusnahan yang diakibatkannya. Apakah akar yang menyebabkan pertumpahan darah ini? Apabila orang percaya dengan agama yang berlainan atau tuhan-tuhan, mereka selalu tidak boleh bersama dengan orang lain. Setiap orang merasa apa yang dia percaya adalah kebenaran. Ini mengakibatkan konflik di antara orang. Ia mungkin dimulakan dengan satu perdebatan kecil tetapi ia bertambah kepada konflik yang lebih besar seperti peperangan di antara kumpulan atau negara. Ini memusnahkan damai yang hanya dimiliki orang yang menyembah kepada Satu Allah yang Benar dan memelihara HukumNya.

 

Dalam ertikata spiritual, meterai ini boleh juga merujuk kepada peperangan yang kita ada terhadap Iblis dan sekutunya, kerana dia adalah singa yang mengaum yang ingin memusnahkan mereka yang menurut Allah dan HukumNya (1 Pet 5:8).

 

Sama seperti meterai yang pertama, meterai yang kedua juga dibuka sejak lama dahulu dan akan berterusan sehingga Kristus kembali dan menunjukkan semua orang bahawa tidak ada tuhan lain selain dari Bapa (Eloah).

 

Ia juga mungkin bahawa meterai ini dibuka di Taman Eden apabila Iblis mencipta pertikaian di antara lelaki dan perempuan. Adam menyalahkan Hawa atas dosanya dan Hawa menyalahkan Iblis. Daripada menerima kesalahan sendiri, kedua-dua mereka mencari orang lain untuk disalahkan (Kej 3:12-13). Ini biasanya bagaimana peeprangan itu bermula.

 

Meterai Ketiga: Kelaparan

 

Wahyu 6:5

Dan apabila memecahkan meterai ketiga, aku mendengar makluk hidup yang ketiga berkata, “Mari.” Dan aku melihat seekor kuda hitam; dan dia yang duduk di belakangnya mempunyai satu pasang pengukur di tangannya.

 

Kuda hitam ini mewakili masa kesukaran. Pengukur itu, sebagai alat mengukur, mewakili kelaparan dimana orang tidak mempunyai makanan yang cukup. Ini adalah akibat langsung dari meterai yang sebelumnya, yakni peperangan. Apabila ada peperangan, tanaman dimusnahkan dan kekurangan makanan akan terjadi. Nabi Yehezkiel juga merujuk masa ini dalam beberapa bab dalam bukunya khususnya dalam bab 14:13, 21.

 

Dalam erti kata spiritual, ia juga bermaksud bahawa terdapat kelaparan atau kekurangan firman Allah, yang adalah makanan spiritual kita (Yoh 4:34). Inilah sebabnya mengapa ianya sangat penting untuk bekerja keras sekarang sementara kita boleh dan mengabarkan firman Allah kepada orang sementara kita boleh kerana akan ada masa apabila kita tidak boleh melakukan kerja ini lagi (Amos 8:1, Yoh 9:4).

 

Walaupun kelaparan datang ke tanah ini, Allah menjanjikanuntuk melindungi mereka yang setia kepada Dia.

 

Wahyu 6:6

Dan aku mendengar suatu suara di tengah-tengah empat makluk hidup itu berkata, “Secupak gandum sedinar, dan tiga cupak jelai sedinar; tetapi jangan rusakkan minyak dan anggur iru!

 

Minyak ini merujuk pada Roh Kudus dan anggur iru merujuk kepada umat pilihan. Dalam ayat ini Allah berjanji kepada kita perlindungan melalui Roh Kudus. Jadi kita lihat bahawa perlindungan kita hanya melalui penurutan dan berpegang kepada kebenaran Allah. Lihat juga yehezkiel 36:29-30.

 

Meterai Keempat: Kematian

 

Wahyu 6:7-8

Apabila membuka meterai yang keempat, aku mendengar makluk hidup yang keempat berkata, “Mari!” 8 Dan aku melihat, seekor kuda hijau kuning dan orang yang menunggangnya bernama Maut, dan kerajaan maut mengikuti dia; dan mereka diberikan kuasa keatas seperempat bumi, untuk membunuh dengan pedang dan dengan kelaparan dan sampar, dan dengan biantang-binatang buas yang ada di bumi.

 

Apakah akibat peperangan dan kelaparan? Ia biasanya kematian. Itulah kuda hijau kuning ini wakili (perkataan hijau kuning dari SGD 5515 bererti hijau dan kkuningan, yang boleh merujuk kepada kesakitan dan penyakit).

 

Meterai ini melihat kepada seperempat daripada orang di planet ini mati. Dalam erti kata spiritual, ia juga boleh merujuk kepada mereka yang jatuh dari kebenaran Allah melalui kelaparan dari firman Allah dan membenarkan Iblis menang dalam peperangan spiritual. Orang-orang ini boleh dianggap mati secara spiritual kerana mereka tidak berpegang kepada kebanran Allah dan hukumNya. Mereka keprihatinan dan kehendak dunia ini mengatasi mereka.

 

Meterai kelima: Syahid (Martir)

 

Lima adalah nombor rahmat dan juga mewakili Jemaat. Dengan itu, ianya tidak hairan meterai yang kelima merujuk kepada tribulasi Jemaat dan para syahid dalam iman.

 

Mereka yang sisa dari empat meterai tersebut dan kekal setia kepada Allah adalah sasaran utama Ibllis. Dia akan melakukan apa sahaja yang mungkin untuk memusnahkan mereka dan menghentikan rencana keselamatan Allah dari digenapi. Tetapi orang-orang ini diberikan Roh Kudus Allah supaya mereka mahu memberikan kehidupan mereka dan mati daripada diberikan kepada Iblis. Ramai orang dalam iman sudahpun melakukan ini di masa lampau.

 

Wahyu 6:9-11

Dan ketika Anak Domba itu membuka meterai yang kelima, aku melihat di bawah mezbah jiwa-jiwa mereka yang telah dibunuh oleh karena firman Allah dan oleh karena kesaksian yang mereka miliki.  10 Dan mereka berseru dengan suara nyaring, katanya: "Berapa lamakah lagi, ya Penguasa yang kudus dan benar, Engkau tidak menghakimi dan tidak membalaskan darah kami kepada mereka yang diam di bumi?"  11 Dan kepada mereka masing-masing diberikan sehelai jubah putih, dan kepada mereka dikatakan, bahwa mereka harus beristirahat sedikit waktu lagi hingga genap jumlah kawan-kawan pelayan dan saudara-saudara mereka, yang akan dibunuh sama seperti mereka.

 

Kita di bawah perlindungan Tuhan selagi kita menyimpan HukumNya dan Dia tidak akan membenarkan mana-mana merosakkan kita. Bagaimanapun, ini tidak bermakna bahawa kita akan menjadi bebas dari penindasan. Kita dicuba oleh kebakaran dan diuji seperti emas ditapis dalam kebakaran (Wah. 3:18; 1Pet. 1:7; Zak. 13:9). Ini bermaksud Tuhan boleh membenarkan sebahagian bagi hamba-hambaNya akan disiksa dan dibunuh sebagai seorang saksi kepada dunia ini. Kita harus sanggup untuk mengasihi Allah yang mana kita mempercayai Dia secukupnya untuk tinggalkan hayat fizikal kita untuk satu ganjaran kerohanian yang lebih banyak dengan Dia. Kita semua harus sanggup untuk menyerahkan hidup kita untuk saudara kita seperti yang Kristus lakukan. Sebaik sahaja beliau menyerah diri hidupnya dan menerima satu helai jubah putih, syahid ini juga akan menerima satu helai jubah putih sebagai satu anugerah. Apakah ia mewakili? Ia mewakili kehidupan yang kekal abadi dengan Tuhan dan satu kedudukan sebagai bumbungan dalam kaabahNya. (Wah. 3:11).

 

Meterai Keenam: Tanda-tanda Langit

 

Wahyu 6:12-14

12Maka aku melihat, ketika Anak Domba itu membuka meterai yang keenam, sesungguhnya terjadilah gempa bumi yang dahsyat dan matahari menjadi hitam bagaikan karung rambut dan bulan menjadi merah seluruhnya bagaikan darah.  13Dan bintang-bintang di langit berjatuhan ke atas bumi bagaikan pohon ara menggugurkan buah-buahnya yang mentah, apabila ia digoncang angin yang kencang.  14Maka menyusutlah langit bagaikan gulungan kitab yang digulung dan tergeserlah gunung-gunung dan pulau-pulau dari tempatnya.

 

Meterai ini mengabarkan tanda-tanda langit tentang tanda zaman akhir tribulasi dalam Jemaat, yang merupakan meterai sebelumnya (yang ke-5). Pada masa Allah selesai menambahkan jumlah akhir kepada umat pilhanNya dari 144,000 yang berada dalam kebangkitan pertama (Wah 7:1-8), bersama dengan jumlah yang banyak yang merupakan tubuh utama Jemaat. Jumlah 144,000 sudahpun dimeterai pada masa meterai ini dibuka.

 

Walaupun semasa meterai keganasan, bangsa-bangsa tidak akan bertobat. Ramai yang bersembunyi di gua-gua dan batu-batu dan meminta supaya dibunuh namun tidak akan bertobat (Wah 6:15,16). Bangsa ini dan orang-orangnya dibiarkan untuk dimusnahkan dan dibunuh kerana Allah adalah berbelas kasihan. Kerana hati mereka dikeraskan oleh kejahatan dan dosa, ianya mudah bagi mereka untuk mati (Rom 6:23) dan diberikan satu lagi peluang pada kebangkitan Kedua. Bagaimana pun, terdapat individu (bukan seluruh bangsa) yang berpaling kepada Allah dan menolak Iblis pada masa ini. Orang-orang ini akan juga menjadi sebahagian daripada orang yang banyak itu dan juga akan diberikan jubah putih dan haluan kepada Kebangkitan Pertama (Wah 7:9-17).

 

Meterai Ketujuh: Tujuh Sangkakala

 

Selepas orang yang banyak itu bertobat dalam meterai yang sebelumnya, terdapat kesunyian di sorga selama setengah jam. Kita tidak tahu berapa lama jangka masa setengah jam ini (ia mungkin literal ataupun berbentuk nubuatan), tetapi ia adalah tanda bahawa meterai ke-6 selesai dan meterai ke-7 sudah sedia untuk dibuka. Ini adalah permulaan kepada tujuh sangkakala. Meterai akhir ini berterusan sepanjang tujuh sangkakal dan apa yang mengikutinya sebagai murka Allah (Sila rujuk kepada carta yang dilampirkan). Ini akan dijelaskan dalam karya tulis yang berasingan dipanggil Tujuh Sangkakala.

 

Adakah perlu untuk meterai-meterai ini berlaku? Tidak. Sekiranya bangsa-bangsa telah bertobat ia tidak perlu untuk berlaku. Tetapi bangsa-bangsa tidak mahu bertobat, dan membawa perkara ini bersama mereka. Dosa dan kejahilan mereka membuat kejadian ini berlaku. Jadi, sehingga meterai-meterai ini selesai dan urutannya didedahkan, Milenium tidak ada bermula. Ia adalah sebahagian daripada Rencana utama Allah yang pengasih yang meluaskan keselamatan kepada setiap makluk yang Dia telah ciptakan. Bagaimana pun, tidak ada sistem agama yang salah pada zaman ini yang dibenarkan untuk mencemarkan sistem milenial dibawah Kristus.

 

Matius 18:14

Ianya bukan kehendak Bapamu yang berada di sorga, dimana satu daripada anak kecil ini dimusnahkan.

 

Jadi, apakah satu-satunya perkara yang melindungi kita dan menyelamatkan kita dari nubuatan ini? Alkitab mempunyai jawapan yang mudah. Ianya berkenaan bagaimana kita hidup dalam penurutan kepada Allah dan kasih kita kepada kebenaran.

 

Roma 8:35

Siapakah yang dapat memisahkan kita dari kasih Kristus?adakah tribulasi,penyakit, atau penganiayaan, atau kelaparan, atau ketelanjangan, atau bahaya, atau pedang?

 

Bagi pembelajaran lanjut lihat karya tulis Tujuh Meterai (No. 140)


 

 

 

 

 

TUJUH METERAI DALAM WAHYU

1

Agama Salah (White Horse)

 

 

 

 

2

Peperangan (Kuda Merah)

 

 

 

 

3

Kelaparan (Kuda Hitam)

 

 

 

4

Maut (Kuda Hijau-Kuning)

 

 

 

 

5

Tribulasi Besar

 

 

 

 

6

Tanda-tanda Langit

 

 

 

 

7

Tujuh Sangkakala

 

 

 

 

1

Pohon dan rumput dibakar

 

 

 

 

2

Laut dilanda

 

 

 

 

3

Air dilanda

 

 

 

                               

4

Langit dilanda

 

 

 

                                 (murka ke-1)

5

Jurang dalam dibuka

 

 

 

                                 (murka ke-2)

6

1/3 manusia mati

 

 

 

                                 (murka ke-3)

7

Tujuh Tulah

 

 

 

 

1

Malignan Sakit

 

 

 

 

2

Laut menjadi darah

 

 

 

 

3

Air menjadi darah

 

 

 

 

4

Matahari Serik

 

 

 

 

5

Kegelapan & Kesakitan

 

 

 

 

6

Raja-raja Timur

 

 

 

 

7

Gempa Bumi