Jemaat-jemaat Allah Al Masehi

[CB96]

 

 

 

 

Tujuh Sangkakala dalam Wahyu

(Edisi 1.0 20060711-20060711)

 

Tujuh Sangkakala dalam wahyu diperkenalkan dengan pembukaan Meterai yang Ketujuh, berikutan setengah jam kesunyian di sorga. Dalam karya tulis ini kita akan mengkaji apa mesej yang didedahkan dari sangkakala-sangkakala ini.

 

 

 

 

Christian Churches of God

 

PO Box 369, WODEN ACT 2606, AUSTRALIA

E-mail: secretary@ccg.org

 

(Hakcipta ã 2006 Ruwani Wijesuriya,

Disunting oleh Wade Cox)

(Tr. 2009)

 

Karya tulis ini boleh disalin semula dan didistribusikan secara bebas dengan syarat ia disalin semuanya tanpa apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat penerbit serta notis hakcipta harus disertakan.  Sebarang bayaran tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima salinan yang didistribusikan.  Petikan-petikan ringkas daripadanya boleh dimasukkan ke dalam artikel-artikel kritis dan karya ulasan tanpa melanggar undang-undang hakcipta.

 

Karya ini boleh didapati daripada Internet di:
http://www.logon.org dan http://www.ccg.org

 

Tujuh Sangkakala



Kesunyian di Sorga

 

Dalam prequel kepada karya tulis (CB95), kita mengetahui bahawa meterai ketujuh dibuka dengan kesunyian di sorga. Kita tidak tahu dengan pasti apa kesunyian ini diakibatkan atau berapa lama ia berlanjutan menurut bagaimana kita mengira masa. Kita boleh mengira bahawa panjang kesunyian ini mungkin dari setengah jam literal kepada erti kata nubuatan yang boleh berlanjutan sehingga 20 tahun. Kita juga mengira bahawa kesunyian ini disebabkan oleh empat angin yang ditahan oleh empat malaikat.

 

Wahyu 7:1

Selepas ini aku melihat empat malaikat berdiri di empat penjuru angit, menahan empat mata nagin di bumi, supaya tidak ada angin yang bertiup di bumi atau di laut atau di pohon-pohon.

 

Ianya selepas dari kesunyian ini  bahawa tujuh sangkakala ini diberikan kepada setiap malaikat tersebut.

 

Wahyu 8:1-2

Apabila Domba itu membuka meterai ketujuh. Terdapat kesunyian di sorga selama setengah jam. 2 Kemudian aku melihat tujuh malaikat yang berdiri di hadapan Allah, dan tujuh sangkakala diberikan kepada mereka

 

Sekiranya kita fikir kembali kepada meterai-meterai, ianya Domba itu atau Mesiah, yang membuka setiap tujuh meterai itu. Bagaimanapun, dengan sangkakala, setiap satu dibunyikan oleh malaikat yang berlainan. Kriristus, pada masa ini, terlibat dalam memeteraikan umat pilihan (yang berjumlah 144,000 dan kumpulan yang ramai) dan bersedia untuk kedatangannya.

 

Sementara tujuh malaikat itu bersedia untuk membunyikan sangkakala mereka, satu lagi malaikat yang menyebabkan guruh, halilintar dan gempa bumi berlaku (Wah 8:3-5). Malaikat ini mempunyai perasapan emas dan mempersembahkan bakaran di mezbah, sama seperti Imam Besar di kaabah lakukan (lihat karya tulis Bait Suci di Padang Belantara (No. CB42)). Malaikat ini mungkin boleh dianggap mewakili Imam Besar.

 

Sementara kita memeriksa setiap sangkakala, mari mengurung fikiran bahawa sangkakala itu umumnya ditangani dengan sepertiga. Yang bererti satu pertiga kebanyakan benda adalah dirobohkan dan dimusnahkan sementara dua pertiga adalah dilepaskan dari tanggungan. Ini merupakan kerana Tuhan mengajar bahawa  barang fizikal itu mewakili perkara-perkara rohaniah (Ibr. 8:5). Dalam kes sangkakala itu, kita diingatkan bahawa satu pertiga dari malaikat-malaikat menentang Tuhan (Wah. 12:4).

 

Sangkakala Pertama

 

Wahyu 8:7

Malaikat pertama meniup sangkakalanya. Dan terjadilah hujan es dan api, bercampur dengan darah, dan ia dilemparkan ke bumi. Dan sepertiga daripada bumi telah terbakar dan sepertiga dari pohonn-pohon dan hanguslah semua rumputan-rumputan hijau.

 

Ini kedengaran seperti tulah di Mesir (Kel 9:22-26). Mesir, seperti dunia ini, melihat pemusnahan rumput-rumputannya oleh bencana alam. ia adalah gambaran dari apa yang datang pada masa sangakakala pertama itu ditiup. Nabi Yehezkiel juga merujuk peristiwa ini dalam bab 38, ayat 22.

 

Hujan es dan api itu boleh datang dalam bentuk fizikal yang berbeza. Mungkin ia berbentuk meteor, hujan ribut atau bencana lain yang boleh membunuh tanaman. Ini bererti terdapat bencana alam di darat dan orang-orang akan menjadi sakit atau mati kelaparan.

 

Satu lagi kemungkinansatu lagi kemungkinan hujan es ini merujuk adalah makluk malaikat yang jatuh yang dibuang ke bumi dan temapta pemusnahan itu terjadi (Yes 28:2). Orag-orang menyembah banyak benda sekarang (pohon-pohon, binatang, objek-objek) dan benda-benda ini menjadi tuhan mereka. Sekiranya kita pergi kepada idea ini, maka malaikat yang dibuang keluar mewakili tuhan yang dimusnahkan. Ini sama dengan Apa yang dilakukan Musa di Mesir. Dia memusnahkan semua tuhan-tuhan Mesir satu persatu. (Lihat karya tulis Musa dan Keluaran (No. CB16)

 

Sangkakala Kedua

 

Wahyu 8:8-9

Kemudian malaikat yang kedua meniupkan sangkakalanya. Dan sesuatu yang serupa gunung besar terbakar dengan api dan dilemparkan ke dalam laut, dan satu pertiga daripada laut menjadi darah. 9 Dan satu pertiga daripada hidupan di laut mati, dan satu pertiga daripada kapal-kapal di laut binasa.

 

Gunung disini boleh merujuk kepada bencan fizikal seperti gunung berapi yang muncul dibawah air dan menyebabkan tsunami yang besar. Ini akan memusnahkan bukan sahaja kepada kehidupan laut dan kapal, tetapi juga pantai-pantai yang berdekatan. Kita sudah melihat ini atau contoh dari kejadian ini8, apabila gunung berapi di lautan Hindi pada Disember 2005.

 

Sebaliknya, gunung ini juga boleh berbentuk figuratif, yang bererti bahawa ia mewakili sesuatu yang lain. Ia boleh merujuk kepada seorang malaikat, seperti dalam Yeremia 51:25, yang menyebabkan pemusnahan. Kadang-kadang lautan mewakili orang sebagai bangsa atau negeri, makluk kadang-kadang mewakili orang, dan kapal-kapal kadang-kadang mewakili agama yang salah. Adakah tuhan-tuhan dunia ini yang dimusnahkan sama seperti Musa lakukan di Mesir?

 

Ia seolah-olah bahawa nabi Amos diberikan satu visi tentang peristiwa ini.

 

Amos 7:4

Inilah yang diperlihatkan Tuhan ALLAH kepadaku: Tampak Tuhan ALLAH memanggil api untuk melakukan hukuman. Api itu memakan habis samudera raya dan akan memakan habis tanah ladang.

 

Sangkakala Ketiga

 

Wahyu 8:10-11

Kemudian malaikat yang ketiga meniup sangkakalanya: dan jatuhlah sebuah bintang besar dari langit, terbakar seperti obor, dam ia jatuh di sepertiga dari sungai-sungai di mata-mata air. 11 nama bintang itu adalah Apsintus. Seperti daripada air menjadi apsintus, dan banyak orang mati kerana air itu, sebab sudah menjadi pahit.

 

Apabila air di sungai dan tasik dicemari, ini bererti bekalan air segar yang digunakan orang orang bagi keperluan harian, seperti memasak dan minuman akan berkurangan. Meminum air yang dicemari menyebabkan penyakit dan kematian, yang mana akan berlaku. Orang-orang sudahpun mencemari bekalan air dengan cara yang tidak menentu. Ia menjadi teruk lagi, dan cepat, dalam sangkakala yang ketiga.

 

Yeremia 9:15

Dengan itu firman Tuhan semesta alam, Tuhan Israel; sesungguhnya, Aku akan memberi mereka makan, [walaupun] orang-orang ini, dengan apsintus, dan memberikan mereka air untuk diminum.

 

Yeremia 23:15

Dengan itu firman Tuhan semesta alam berkenaan dengan para nabi; Sesungguhnya Aku akan memberi mereka makan dengan apsintus, dan membuat mereka minum air gall; kerana dari nabi-nabi Yerusalem telah meluas kefasikan di seluruh negeri.

 

Sekali lagi kita boleh menjangkakan bahawa bintang ini adalah makluk malaikat. Malaikat selalu dirujuk sebagai bontang dalam Alkitab (Ul 4:19; Ay 38:7). Ia bererti bahawa bintang itu bertanggung jawab bagi pencemaran dan memusnahkan agama asal atau menyembah Satu Allah yang Benar, yang digambarkan oleh air segar. Kita tahu bahawa air selalunya digunakan untuk mewakili Roh Kudus dalam Alkitab (Yoh 7:38).

 

Sangkakala Keempat

 

Wahyu 8:12

Malaikat keempat meniupkan sangkakalanya, dan sepertiga daripada matahari, bulan, dan bintang-bintang menjadi gelap, dan sepertiga daripada siang hari menjadi gelap; sepertiga daripada hari tidak terang, dan demikian juga malam hari.

 

Dengan sangkakala ini, tiga sumbar  terang – matahari, bulan dan bintang – akan dilurangkan keupayaannya sebanyak sepertiga. Mungkin Allah secara literal menahannya dari memberikan terang, bagaimana pun, ia mungkin disebabkan oleh sebab lain seperti letupan nuklear, letupan gunung berapi atau kedua-duanya.

 

Yesaya 13:10

Kerana bintang-bintang di langit dan konstelasi tidak memberikan terang mereka: matahari akan menjadi gelap, dan bulan tidak menyinarkan cahayanya.

 

Terdapat banyak lagi ayat yang bercakap dengan masa ini. Yehezkiel 32:7-8; Yoel 2:10; Amos 13:24 adalah beberapa dariada ayatnya.

 

Jadi siang akan menjadi pendek dan malam menjadi lebih panjang. Apabila keseimbanagn di antara siang dan malam diganggu, maka terjadi bencana besar sebagai akibatnya.

 

Satu contoh kebalikan perkara ini adalah penambahan kepada sinaran matahari yakni pemanasan global dan lautan akan naik kerana dua peristiwa ini dikawal oleh kekuatan matahari dan kitaran bulan.

 

Jadi apakah aplikasi rohani dalam peristiwa ini? Adakah ia sekali lagi merujuk kepada pemberontakan satup pertiga dari Warga dan efeknya terhadap Kristus, Jemaat dan semua makluk yang pernah hidup?

 

Dengan empat sangkakala yang pertama, kita melihat banyak bencana yang berlaku. Langit dan bumi digoncangkan dan bintang-bintang telah jatuh dari langit.

 

Matius 24:29

Segera sesudah siksaan pada masa itu, matahari akan menjadi gelap dan bulan tidak bercahaya dan bintang-bintang akan berjatuhan dari langit dan kuasa-kuasa langit akan goncang.

 

Apanila kita berfikir ianya tidak mungkin menjadi lebih teruk, ia sesungguhnya terjadi. Bagaimana pun, Allah tidak malakukan ini tanpa memberi amaran kepada orang-orang (Amos 3:7).

 

Wahyu 8:13

Dan aku melihat, dan mendengar satu malaikat terbang di tengah langit dan berkata dengan suara nyaring, Celaka,celaka, celakalah mereka yang diam di atas bumi oleh kerana suara sangkakal ketiga malaikat lain, yang masih meniup sangkakalanya!

 

Jadi di sini, Tuhan menyuruh malaikat memberi satu amaran serius untuk rakyat di bumi yang apabila tiga terakhir sangkakla dibunyikan, kedahsyatan dan kesengsaraan akan mengikuti. Ini adalah mengapa tiga sangkakala yang seterusnya dipanggil Celaka. Memisahkan mereka daripada empat yang mendahului mereka dalam apa yang sedang datang adalah lebih buruk daripada apa dunia telah pernah lihat setakat ini.

 

Jadi mari memeriksatiga sangkakal terakhir ini, juga dipanggil tiga celaka.

 

Sangkakala Kelima (Celaka ke-1)

 

Wahyu 9:1-10

1 Lalu malaikat yang kelima meniup sangkakalanya, dan aku melihat sebuah bintang yang jatuh dari langit ke atas bumi, dan kepadanya diberikan anak kunci lobang jurang maut.  2 Maka dibukanyalah pintu lobang jurang maut itu, lalu naiklah asap dari lobang itu bagaikan asap tanur besar, dan matahari dan angkasa menjadi gelap oleh asap lobang itu.  3 Dan dari asap itu berkeluaranlah belalang-belalang ke atas bumi dan kepada mereka diberikan kuasa sama seperti kuasa kalajengking-kalajeng di bumi.  4 Dan kepada mereka dipesankan, supaya mereka jangan merusakkan rumput-rumput di bumi atau tumbuh-tumbuhan ataupun pohon-pohon, melainkan hanya manusia yang tidak memakai meterai Allah di dahinya.  5 Dan mereka diperkenankan bukan untuk membunuh manusia, melainkan hanya untuk menyiksa mereka lima bulan lamanya, dan siksaan itu seperti siksaan kalajengking, apabila ia menyengat manusia.  6 Dan pada masa itu orang-orang akan mencari maut, tetapi mereka tidak akan menemukannya, dan mereka akan ingin mati, tetapi maut lari dari mereka.  7 Dan rupa belalang-belalang itu sama seperti kuda yang disiapkan untuk peperangan, dan di atas kepala mereka ada sesuatu yang menyerupai mahkota emas, dan muka mereka sama seperti muka manusia,  8 dan rambut mereka sama seperti rambut perempuan dan gigi mereka sama seperti gigi singa,  9 dan dada mereka sama seperti baju zirah, dan bunyi sayap mereka bagaikan bunyi kereta-kereta yang ditarik banyak kuda, yang sedang lari ke medan peperangan.  10 Dan ekor mereka sama seperti kalajengking dan ada sengatnya, dan di dalam ekor mereka itu terdapat kuasa mereka untuk menyakiti manusia, lima bulan lamanya.

 

Kesengsaraan pertama itu adalah apabila jurang tak berdasar dibuka dan belalang juta itu adalah dikeluarkan. Mungkin terdapat belalang juta yang sebenar mengacau orang tetapi lebih penting, dalam satu rasa kiasan, ini sedang bercakap mengenai perang dan senjata kimia menyebabkan kemusnahan besar. Ini akan dirancang dan dijalankan oleh Iblis dan syaitan-syaitannya. Ia akan menjadi satu masa yang tidak baik dimana manusia mahu mati tidak akan dibenarkan untuk kerana keinginan Satan adalah untuk menggoda mereka dan membuat mereka menderita (Yer. 8:3; Hos. 10:8; Luk 23:30).

 

Wahyu 9:12

Celaka yang pertama telah berlalu; sekarang akan menyusul dua celaka lagi.

 

Sangkakala Keenam (Celaka ke-2)

 

Wahyu 9:13-19

13 Lalu malaikat yang keenam meniup sangkakalanya, dan aku mendengar suatu suara keluar dari keempat tanduk mezbah emas yang di hadapan Allah,  14 dan berkata kepada malaikat yang keenam yang memegang sangkakala itu: "Lepaskanlah keempat malaikat yang terikat dekat sungai besar Efrat itu."  15 Maka dilepaskanlah keempat malaikat yang telah disiapkan bagi jam dan hari, bulan dan tahun untuk membunuh sepertiga dari umat manusia.  16 Dan jumlah tentara itu ialah dua puluh ribu laksa pasukan berkuda; aku mendengar jumlah mereka.  17 Maka demikianlah aku melihat dalam penglihatan ini kuda-kuda dan orang-orang yang menungganginya; mereka memakai baju zirah, merah api dan biru dan kuning belerang warnanya; kepala kuda-kuda itu sama seperti kepala singa, dan dari mulutnya keluar api, dan asap dan belerang.  18 Oleh ketiga malapetaka ini dibunuh sepertiga dari umat manusia, yaitu oleh api, dan asap dan belerang, yang keluar dari mulutnya.  19 Sebab kuasa kuda-kuda itu terdapat di dalam mulutnya dan di dalam ekornya. Sebab ekornya sama seperti ular; mereka berkepala dan dengan kepala mereka itu mereka mendatangkan kerusakan.

 

Dengan sangkakala ini, empat malaikat-malaikat pemupusan dikeluarkan. Mereka telah terikat, mungkin sejak pemberontakan sehingga masa ini, agaknya sebab mereka sangat jahat. Mereka adalah diberi kuasa untuk membinasakan satu pertiga manusia. Sama seperti sangkakala sebelumnya, sangkakala imi sedang juga merujuk kepada kemusnahan disebabkan perang, tetapi dengan lebih banyak keamatan dan kerosakan. Sebutan askar-askar, pasukan berkuda, perisai dada, kuda-kuda dan kereta-kereta kuda, memberi petunjuk kepada kita bahwa ia bercakap mengenai perang. Ini adalah mungkin tanggapan Yohanes dan huraian perang zaman-moderen seperti kereta kebal, senapang-senapang, bom-bom dan senjata lain. Dalam zaman dia, ini belum lagi direka cipta jadi dia menggambarkan ia dengan menggunakan simbol-simbol perang pada zaman dia yang dia biasa.

 

Kita tahu bahawa Iblis adalah komander tentera kerana bagi gambaran Yohanes menggunakan ular-ular di sini. Ular itu mewakili Iblis dalam Alkitab (Wah 12:9; 20:2).

 

Jadi menjelang masa ini terdapat menuturkan kemusnahan dan kematian satu pertiga bagi orang di bumi ini. Yang bererti satu daripada tiga orang akan mati. Ini merupakan jumlah manusia yang banyak. Baik, kita akan memikirkan orang yang sisa, siapa yang telah melihat semua ini, akan bertaubat dan meminta pertolongan Tuhan, tetapi mereka tidak. Mereka tidak bersedia untuk tinggalkan hasrat jahat dan tabiat sifat manusia.

 

Wahyu 9:20-21

20 Tetapi manusia lain, yang tidak mati oleh malapetaka itu, tidak juga bertobat dari perbuatan tangan mereka: mereka tidak berhenti menyembah roh-roh jahat dan berhala-berhala dari emas dan perak, dari tembaga, batu dan kayu yang tidak dapat melihat atau mendengar atau berjalan,  21 dan mereka tidak bertobat dari pada pembunuhan, sihir, percabulan dan pencurian.

 

Pada masa ini dua Saksi Tuhan masih memberitahu dunia untuk bertaubat. Mereka mengingatkan orang yang tertinggal apa yang akan berlaku jika mereka tidak bertaubat. Sekali lagi, Tuhan adalah pemurah diamna Dia membenarkan orang akan diberi amaran pada terakhir kali. Daripada melihat kesalahan mereka dan bertobat, orang-orang ini malah membunuh dua Saksi yang mengingatkan mereka. Lihat karya tulis Saksi-saksi (No. 135).

 

Satu lagi peristiwa penting yang mengambil tempat pada masai ini adalah dipanggil Tujuh Guruh. Ini adalah misteri kerana Yohanes telah diberitahu untuk memeterai mereka membiarkan mereka kekal rahsia-rahsia sehingga hujung (Wah.10:3 4). Makna-makna bagi ini akan hanya menjadi diketahui pada Sangkakal Ketujuh, apabila Kristus kembali ke bumi dan semua misteri Tuhan akan didedahkan (Wah 10:7).

 

Sangkakal Ketujuh (Celaka ke-3)

 

Allah memberikan satu tanda bahawa Sangkakal Ketujuh dan celaka terakhir akan datang. Tanda ini adalah dua saksi akan dihidupkan selepas mati di lorong selama 3 setengah hari, dan mereka naik ke sorga di awan-awanan. Pada masa ini terdapat gempa bumi yang membunuh 7,000 orang (Wah 11:11-14).

 

Selepas peristiwa ini berlaku kita tahu Sangkakala Ketujuh sedia untuk ditiup.

 

Wahyu 11:15

15 Lalu malaikat yang ketujuh meniup sangkakalanya, dan terdengarlah suara-suara nyaring di dalam sorga, katanya: "Pemerintahan atas dunia dipegang oleh Tuhan kita dan Dia yang diurapi-Nya, dan Ia akan memerintah sebagai raja sampai selama-lamanya."

 

Dengan sangkakal ini, Kristus kembali ke bumi untuk menghakimi orang menurut kehendak Bapanya.

 

Orang tidak akan menerima dia pada mulanya dan akan membentuk satu tentera besar untuk melawan dia, dibawah arahan Iblis (Wah 16:14). Allah kemudiannya menangani tuhan-tuhan dunia ini (Iblis) dan pengikutnya. Sebagai akibat satu lagi rentetan bermula untuk berlaku. Ini dipanggil Tujuh cawan murkah Allah.

 

Mari kita ingat apa berlaku di Mesir apabila Firaun (sejenis Iblis) dan orang-orangnya (sejenis manusia dalam dunia ini) menolak Musa (sejenis Kristus). Kemurkaan dan beberapa tulah khusus mengikuti sebagai akibatnya. Kita membaca dalam Keluaran bab 7-11. Ini adalah prototaip ( sesuatu yang menggambarkan masa hadapan) dari apa yang akan berlaku apabila dunia ini menolak Kristus.

 

Tujuh Cawan Murka Allah

 

Wahyu 16:1

Dan aku mendengar suara dari kaabah memberitahu kepada tujuh malaikat, “Pergilah dan tuangkan di bumi tujuh cawan murka Allah.”

 

1.      Penyakit dan bisul pada manusia (ay. 2)

2.      Laut menjadi darah (ay. 3)

3.      Air tawar menjadi darah (ay. 4)

4.      Manusia dibakar oleh matahari (ay. 8)

5.      Kegelapan dan keakitan (ay. 10)

6.      Roh katak dan peperangan (ay. 12-14)

7.      Gempa bumi besar (ay. 18)

 

Aelepas cawan murka Allah ini ditumpahkan, peperangan besar di antara Kristus dan Iblis akan berakhir. Kristus akan menang peperangan itu dan Iblis diikat selama 1,000 tahun

 

Wahyu 20:1-2

1 Lalu aku melihat seorang malaikat turun dari sorga memegang anak kunci jurang maut dan suatu rantai besar di tangannya;  2 ia menangkap naga, si ular tua itu, yaitu Iblis dan Satan. Dan ia mengikatnya seribu tahun lamanya,

 

Ini adalah permulaan Milenium dimana Kristus akan memerintah dan Hukum Allah akan didirikan di bumi ini sekali lagi.

 

Yesaya 11:6

Pada hari itu serigala dan domba akan hidup bersama, harimau dan kambing akan berdamai. Anak lembu dan anak kuda selamat bersama dengan singa-singa, dan anak kecil akan memimpin mereka semua.

 

Dunia ini tidak perlu pengalami semua peristiwa buruk sekiranya orang-orangnya akan bertobat dan kembali kepada Allah. Jadi kita melihat ianya melalui penurutan kepada Allah kita akan diselamatkan.

 

Untuk kajian lanjut lihat karya tulis Tujuh Sangkakala (No. 141).

 


 

 

 

Tujuh Sangkakala

 

 

 

 

Jangka masa tidak diketahui.

 

 

 

 

(Tidak pasti bila para saksi akan tiba

Mereka akan sampai 3½ tahun sebelum

Kedatangan Mesiah.)

 

 

 

 

(144,000 dimeterai dan orang banyak

Membasuh jubah mereka dalam darah

Domba sebelum Mesiah kembali) 

 

Senyap selama setengah jam

 

 

 

 

 

1

Pohon & rumput terbakar

 

 

 

2

Laut dilanda

 

 

 

 

3

Air dilanda

 

 

 

 

4

Langit dilanda

 

 

Celaka ke-1

5

Jurang dalam dibuka

 

 

Celaka ke-2

6

1/3 manusia mati

 

 

 

 

 

 

7 guruh dan para Saksi dibunuh

 

Celaka ke-3

7

Kristus Kembali

Dan

Tujuh Cawan

 

 

 

 

1

Penyakit Malignan

 

 

 

2

Laut menjadi darah

 

 

 

3

Air menjadi darah

 

 

 

4

Matahari melecur

 

 

 

5

Kegelapan dan kesakitan

 

 

 

6

Raja-raja di Timur

 

 

 

7

Gempa bumi besar