Jemaat-jemaat Allah Al Masehi
[CB134]
Korban-korban Bulan Baru
(Edisi 1.0 20090216-20090226)
Dalam pelajaran ini kita akan meninjau kembali perintah untuk memelihara Bulan Baru, melihat signifikans sejarah Bulan Baru dan melihat erti simbolik apabila kita menambah bersama bilangan Hari-hari Raya, Bulan Baru dan Sabat.
E-mail: secretary@ccg.org
(Hakcipta ã 2009 Jemaat-jemaat
Allah Al Masehi, ed. Wade Cox)
(tr. 2009)
Karya tulis ini boleh disalin semula dan didistribusikan secara bebas dengan syarat ia disalin semuanya tanpa apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat penerbit serta notis hakcipta harus disertakan. Sebarang bayaran tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima salinan yang didistribusikan. Petikan-petikan ringkas daripadanya boleh dimasukkan ke dalam artikel-artikel kritis dan karya ulasan tanpa melanggar undang-undang hakcipta.
Karya
ini boleh didapati daripada Internet di:
http://www.logon.org dan http://www.ccg.org
Korban-korban
Bulan Baru
Pengenalan kepada Bulan
Baru
Dalam Alkitab, perkataan untuk bulan baru ialah chodesh (SHD 2320). Ini bererti hari
pertama bulan, seperti dihuraikan dalam Kalendar Tuhan dalam Alkitab.
1 Samuel 20:5 Lalu kata Daud kepada Yonatan: "Kautahu,
besok bulan baru, maka sebenarnya aku harus duduk makan bersama-sama dengan
raja. Jika engkau membiarkan aku pergi, maka aku akan bersembunyi di padang
sampai lusa petang. (RSV)
Setiap Bulan Baru merupakan hari
Sabat perhentian. Sungguh menarik bahawa perkataan chodesh diambil daripada chadash
(SHD 2318): 1) menjadi baru, membaharui, membaiki. Jadi kita dapati makna asal
perkataan untuk Bulan Baru masih satu waktu untuk membaharui atau kembali
kepada Allah Maha Esa dan HukumNya. Sungguh menakjubkan bahawa dengan mulanya
setiap bulan baru kita diingatkan kembali untuk membaharui hubungan kita dengan
pencipta kita. Ini satu lagi waktu yang Eloah telah berkati kita dengan waktu
istimewa yang dikhususkan untuk beribadah kepadaNya dan mempelajari lebih
lanjut tentang jalanNya.
Dalam Kalendar Tuhan, setiap bulan
bermula pada Bulan Baru. Dengan itu, dalam Alkitab, perkataan bulan (moon) dan bulan (month) hampir boleh saling berganti. Itulah sebabnya kenapa
kebanyakan masanya, chodesh
diterjemahkan sebagai bulan (month)/
Kejadian 8:13-14 Dalam tahun keenam ratus satu, dalam bulan
[chodesh] pertama, pada tanggal satu bulan [chodesh] itu, sudahlah kering air
itu dari atas bumi; kemudian Nuh membuka tutup bahtera itu dan melihat-lihat;
ternyatalah muka bumi sudah mulai kering. Dalam bulan [chodesh] kedua, pada
hari yang kedua puluh tujuh bulan [chodesh] itu, bumi telah kering. (RSV)
Ini konsep yang amat berlainan
daripada kalendar Gregorian yang kita semua ikuti hari ini. Kalendar Gregorian
ialah kalendar aritmetik dan ia tidak mengambil kira Bulan Baru apabila
menghitung permulaan bulan berikutnya. Ia berlainan sama sekali daripada
kalendar asal yang ditetapkan oleh Tuhan. Bulan Baru boleh jatuh pada mana-mana
hari dalam minggu, sebab itu kita perlu memperhatikan Kalendar Tuhan untuk
mengetahui bila waktunya hari ini tiba, supaya kita boleh bersedia lebih awal.
Cara-cara Tuhan mudah. Dia tidak menggunakan nama-nama pagan untuk
bulan-bulanNya atau hari-hari dalam minggu; semua itu hanya bilangan dari satu
hingga tujuh untuk hari-hari dalam minggu dan satu hingga tiga belas untuk
bulan-bulan dalam tahun. Untuk keterangan lanjut tentang kalendar dan pelbagai
nama yang digunakan lihat Kalendar Ibrani dan Islam
Disepadankan (No. 53).
Memang menarik yang kebanyakan
orang dalam dunia hari ini tahu apa itu bulan purnama (bulan penuh), namun
ramai orang, khasnya mereka yang berada di negara-negara sudah membangun, tidak
tahu apa itu Bulan Baru. Jika kita semua mengikut Kalendar Tuhan kita semua
akan tahu bilakah setiap Bulan Baru itu dan bagaimana rupanya sebab itulah
permulaan bulan berikutnya.
Definisi saintifik bulan baru
ialah:
1:
Fasa bulan
bilamana ia berkonjungsi dengan matahari sehingga sebelah gelapnya menghadap
bumi; juga : bulan sabit nipis yang
dilihat selepas saja matahari terbenam selama beberapa hari selepas kejadian sebenar fasa
bulan baru itu 2: hari pertama setiap bulan Yahudi yang ditandakan oleh liturgi
khusus
http://www.merriam
webster.com/dictionary/new%20moon
Di sini kita lihat beberapa poin
penting:
1.
Bulan berkonjungsi dengan
matahari dan bumi.
2.
Sebelah gelap bulan menghadap
bumi.
3.
Sabit nipis kelihatan selama
beberapa jam atau berhari-hari selepas Bulan Baru.
4.
Orang Yahudi mempunyai
kebaktian khas untuk Bulan Baru.
Mari kita terus cuba mengerti
sedikit sebanyak bahasa berhubungan Bulan Baru.
Konjungsi: Astronomi
a) Pertemuan jasad-jasad langit dalam longitud (garis bujur) sama atau peningkatan kanan, b) keadaan dua atau lebih jasad langit bilamana longitudnya sama – jasad-jasad ini kelihatan sebaris dengan satu sama lain. (Macquarie ABC Dictionary, 2003)
Konjungsi bulan baru berlaku
apabila bulan berada antara bumi dan matahari dan ketiga-tiganya semua dalam
satu barisan. Bulan “gelap” dan tidak boleh dilihat kecuali kita mampu melihat
satu lingkaran bulat nipis cahaya di sekeliling luaran bulan itu. (Ini jarang
dilihat di kota dan semua keadaannya harus betul-betul tepat untuk menjadikan
jenis keadaan ini walaupun di tempat-tempat terpencil). Kita juga sudah belajar
bulan sabit menyusuli Bulan Baru.
Eloah memberitahu kita matahari dan
bulan dicipta untuk musim-musim (Kejadian 1:14; Mazmur 104:19).
Kejadian 1:14 Berfirmanlah Allah: "Jadilah benda-benda
penerang pada cakrawala untuk memisahkan siang dari malam. Biarlah benda-benda
penerang itu menjadi tanda yang menunjukkan masa-masa yang tetap dan hari-hari
dan tahun-tahun, (RSV)
Mazmur 104:19 Engkau yang telah membuat bulan menjadi penentu
waktu, matahari yang tahu akan saat terbenamnya. (RSV)
Ini bererti kita perlu menggunakan
matahari dan bulan untuk menentukan kalendar. Agama-agama berlainan menggunakan
matahari, bulan atau matahari dan bulan untuk menentukan kalendar-kalendar
mereka. Kalendar Gregorian menggunakan kedua-dua matahari dan bulan seperti
kalendar alkitabiah, tetapi hasil akhirnya amat berlainan daripada kalendar
yang Tuhan tunjukkan kepada kita dalam Alkitab.
Biasanya terdapat Dua belas Bulan
Baru dalam suatu tahun alkitabiah atau tahun nubuatan. Bagaimanapun, tujuh kali
dalam tiap sembilan belas tahun terdapat Bulan Baru Ketiga belas. Bulan Baru
Ketiga belas ini ditambah untuk mengekalkan Kalendar dalam musimnya dan
menjamin bahawa bulan pertama setiap tahun alkitabiah yang baru jatuh pada
musim bunga. Dengan Kalendar Tuhan, matahari membantu dalam memelihara kalendar
supaya Paskah berada pada waktu yang tepat dalam tahun.
Islam menggunakan hanya bulan dan
percaya bahawa bulan-bulan mereka harus bermula dengan bulan sabit dan bukan
Bulan Baru. Sebab mereka hanya menggunakan bulan untuk menentukan kalendar
mereka dan tidak membuat interkalasi dan tidak mempunyai Bulan Ketiga belas,
permulaan tahun beransur-ansur bergerak ke depan setiap dan semua tahun. (Untuk
gambaran lebih lengkap tentang Kalendar Tuhan lihat Kalendar Tuhan
(No. 156), Kalendar Kudus Tuhan (No.
CB20) dan Bagaimana untuk Menentukan
Kalendar Tuhan (No. CB20b). Untuk tarikh-tarikh tepat Bulan Baru,
Perayaan dsb. lihat Kalendar Bulan Baru dan Hari
Raya (No. C3)).
Siapa yang telah memelihara
Bulan Baru dan Bagaimana?
Daripada kitab suci, kita tahu
Bulan Baru harus dipelihara menurut hukum.
Bilangan 10:10 Juga pada hari-hari kamu bersukaria, pada
perayaan-perayaanmu dan pada bulan-bulan barumu haruslah kamu meniup nafiri itu
pada waktu mempersembahkan korban-korban bakaranmu dan korban-korban
keselamatanmu; maksudnya supaya kamu diingat di hadapan Allahmu; Akulah TUHAN,
Allahmu." (RSV)
Bilangan
28:11-15 Pada bulan barumu haruslah kamu mempersembahkan sebagai korban bakaran
kepada TUHAN: dua ekor lembu jantan muda, seekor domba jantan, tujuh ekor domba
berumur setahun yang tidak bercela, dan juga tiga persepuluh efa tepung yang
terbaik sebagai korban sajian, diolah dengan minyak, untuk tiap-tiap lembu
jantan, serta dua persepuluh efa tepung yang terbaik sebagai korban sajian,
diolah dengan minyak, untuk domba jantan yang seekor itu, serta sepersepuluh
efa tepung yang terbaik sebagai korban sajian, diolah dengan minyak, untuk
tiap-tiap domba; itulah suatu korban bakaran, bau yang menyenangkan, suatu
korban api-apian bagi TUHAN. Dan korban-korban curahannya haruslah untuk seekor
lembu jantan setengah hin anggur, untuk seekor domba jantan sepertiga hin dan
untuk seekor domba seperempat hin. Itulah korban bakaran pada setiap bulan baru
dalam setahun. Dan seekor kambing jantan haruslah diolah menjadi korban
penghapus dosa bagi TUHAN, serta dengan korban curahannya, di samping korban
bakaran yang tetap." (RSV)
2 Tawarikh 2:4
Ketahuilah, aku hendak mendirikan sebuah rumah bagi nama TUHAN, Allahku, untuk
menguduskannya bagi Dia, supaya di hadapan-Nya dibakar ukupan dari wangi-wangian,
tetap diatur roti sajian dan dipersembahkan korban bakaran pada waktu pagi dan
pada waktu petang, pada hari-hari Sabat dan bulan-bulan baru, dan pada
perayaan-perayaan yang ditetapkan TUHAN, Allah kami, sebab semuanya itu adalah
kewajiban orang Israel untuk selama-lamanya. (RSV)
(Lihat juga 1 Tawarikh 23:31; 2
Tawarikh 8:13; 31:3)
Selama berzaman-zaman manusia telah
memelihara Hukum-hukum Eloah. Akhirnya, mereka memilih untuk menderhaka dan
mengingkari Tuhan. Bulan-bulan Baru menjadi sebahagian daripada pemulihan
seperti dalam zaman-zaman Ezra dan Nehemia. Setiap kali salah seorang hamba
Tuhan mengembalikan Israel kepada jalan Tuhan, ini termasuk mematuhi hari-hari
Sabat, Bulan Baru, dan Hari Raya seperti yang diperintahkan Tuhan.
Dari segi sejarah, Israel purba
memelihara Bulan-bulan Baru (Yesaya 1:13-14; Ezra 3:5; Nehemia 10:33; Mazmur
81:3; Hosea 2:11). Jemaat Perjanjian Baru juga memelihara Bulan-bulan Baru
dengan Sabat dan Hari Raya (Kolose 2:16). Alkitab juga memberitahu kita
Bulan-bulan Baru akan dipelihara dalam pemulihan di bawah Mesias sebagai Sabat.
Yesaya 66:23 Bulan
berganti bulan, dan Sabat berganti Sabat, maka seluruh umat manusia akan datang
untuk sujud menyembah di hadapan-Ku, firman TUHAN. (RSV)
(Lihat juga Yehezkiel 45:17; 46:1,3,6).
Untuk keterangan lanjut lihat Pernyataan Kepercayaan (A1).
Sebab kita tahu Bulan-bulan Baru
dipelihara oleh Israel purba, dan kita tahu bahawa Yesus dan para rasul
memelihara hukum taurat (termasuk Bulan Baru), dan Tuhan memberitahu kita
bahawa kita akan memeliharanya pada masa hadapan, memang logik bahawa Tuhan
mengingini kita memeliharanya juga.
Apakah aktiviti yang dilakukan pada
Bulan-bulan Baru yang tidak dibuat pada hari-hari lain? Jelasnya kita sudah
lihat Bulan Baru ialah Sabat. Tiada perbezaan dibuat antara Bulan Baru dan
Sabat mingguan. Kedua-dua hari ini kudus dan tiada perdagangan diizinkan pada
mana-mana hari itu.
Amos 8:5 dan berpikir: "Bilakah bulan baru berlalu,
supaya kita boleh menjual gandum dan bilakah hari Sabat berlalu, supaya kita
boleh menawarkan terigu dengan mengecilkan efa, membesarkan syikal, berbuat
curang dengan neraca palsu, (RSV)
Bulan Baru ialah Sabat istimewa.
Dalam sejarah, para nabi diminta nasihat pada Bulan-bulan Baru.
Yehezkiel 46:1 Beginilah firman Tuhan ALLAH: Pintu gerbang
pelataran dalam yang menghadap ke sebelah timur haruslah tertutup selama enam
hari kerja, tetapi pada hari Sabat supaya dibuka; pada hari bulan baru juga
supaya dibuka. (RSV)
(Lihat juga 1 Samuel 20:5,18; 1
Raja-raja 4:23).
Yehezkiel memberitahu kita bahawa
korban-korban pada Bulan Baru lebih banyak lagi bilangannya daripada
korban-korban Sabat mingguan (Yehezkiel 46:4,6).
Dua Bulan Baru Istimewa
Terdapat dua Bulan Baru yang lebih
istimewa dalam tahun lunar: Bulan Baru pertama dan Bulan Baru ketujuh. Bulan
Baru jelas menandakan permulaan setiap bulan. Bulan Baru pertama tahun (sekitar
Mac atau April) memulakan Tahun Baru dalam Kalendar Tuhan. Bulan Baru pertama
ini jatuh pada tarikh berlainan setiap tahun sebab kalendar yang dunia ikuti
hari ini tidak memulakan setipa bulan pada hari Bulan Baru. Kadangkala bulan
baru pertama jatuh pada bulan Mac dan kadangkala dalam April. Tahun Baru Tuhan
bermula hampir musim bunga, suatu waktu bilamana pembaharuan tumbuhan dan
binatang berlaku di planet ini. Jadi kita boleh lihat bahawa Hari Tahun Baru 1
Januari, yang dirayakan kebanyakan di dunia ini, tiada kena-mengena dengan
Kalendar Tuhan. Untuk keterangan lanjut lihat Hari-hari Ibadat
Iblis (No. CB23).
Bulan Baru Ketujuh adalah istimewa
kerana hari ini merupakan Hari Peniupan Serunai (Imamat 23:24; Bilangan
29:1-6). Ini salah satu daripada Hari Raya tahunan Tuhan dan diterangkan kemudiannya
dalam kertas ini. (Lihat juga Hari Peniupan Serunai (No.
136); Shofar dan Nafiri (No. 47)
dan Hari Peniupan Serunai (No.
CB85)).
Bulan Baru Pertama
Signifikan dalam Tahun
Daripada Alkitab kita tahu bahawa
banyak peristiwa penting terjadi pada tanggal pertama bulan pertama. Pemulihan
bumi di bawah Nuh, bilamana air surut selepas Banjir itu, membersihkan bumi
daripada Nefilim dan semua manusia yang jahat.
Kejadian 8:13 Dalam tahun keenam ratus satu, dalam bulan
pertama, pada tanggal satu bulan itu, sudahlah kering air itu dari atas bumi;
kemudian Nuh membuka tutup bahtera itu dan melihat-lihat; ternyatalah muka bumi
sudah mulai kering. (RSV)
Kemudian kita lihat Musa mendirikan
Khemah Suci pada tanggal pertama bulan pertama yang menjadikan tempat Kediaman
Tuhan di bumi berfungsi.
Keluaran 40:2 "Pada hari
yang pertama dari bulan yang pertama haruslah engkau mendirikan Kemah Suci,
yakni Kemah Pertemuan itu. (RSV)
Selain itu, Ezra maju untuk
memulihkan hukum pada tanggal pertama bulan.
Ezra 7:8-10 Lalu tibalah ia di Yerusalem pada bulan kelima,
yakni pada tahun ketujuh zaman raja itu. Tepat pada tanggal satu bulan pertama
ia memulai perjalanannya pulang dari Babel dan tepat pada tanggal satu bulan
kelima ia tiba di Yerusalem, oleh karena tangan murah Allahnya itu melindungi
dia. Sebab Ezra telah bertekad untuk meneliti Taurat TUHAN dan melakukannya
serta mengajar ketetapan dan peraturan di antara orang Israel. (RSV)
Ini merupakan pemulihan selepas bangsa itu dan para imam menyeleweng ke dalam keberhalaan dan keingkaran.
Signifikans bilangan yang
berhubungan dengan Bulan Baru
Apabila kita menghitung Sabat-sabat
dalam satu bulan biasanya ada empat Sabat mingguan. Apabila kita menambah hari
Bulan Baru maka ini menjadikannya lima hari dalam bulan biasa yang dikhususkan
sebagai waktu kudus. Kita tahu bahawa lima ialah bilangan untuk kasih karunia.
(Untuk keterangan lanjut lihat Simbolisme Nombor (No. 7)).
Melalui kasih karunia Tuhan kita telah dipanggil dan Tuhan telah memberikan
Rencana KeselamatanNya kepada kita. Melalui pembaharuan hubungan kita dengan
Eloah pada acara ibadat Bulan Baru, kita lebih mengerti RencanaNya sepenuhnya
dan lebih mampu memelihara Hukum-hukumNya dengan betul.
Ada banyak Jemaat Tuhan hari ini
yang memelihara Sabat dan Hari Raya, tetapi lalai memelihara Bulan Baru. Mereka
ketiadaan bahagian penting erti simbolik yang terikat kepada hari-hari yang
dihuraikan Tuhan sebagai hari-hari istimewa korban dan ibadat. Pada mulanya
kita mungkin tidak sentiasa mengerti semua yang Tuhan kita suruh kita lakukan,
namun bagaimanapun kita perlu mentaati Tuhan dan Dia akan memimpin pemikiran
kita (Amsal 16:3).
Apabila kita memerhatikan bilangan
Sabat, Bulan Baru, dan Perayaan, benda-benda menarik menjadi jelas melalui
bilangan-bilangannya. Mari kita jumlahkan bilangan Sabat, Bulan Baru, dan
Perayaan dalam satu tahun. Ini akan membantu kita untuk nampak semua waktu yang
Eloah telah khususkan setiap tahun sebagai waktu kudus untuk kita datang lebih
dekat kepada Dia.
52 Sabat mingguan dalam tahun lazim
dari ekuinoks vernal sampai ekuinoks vernal.
12 Bulan Baru dalam tahun biasa
Hari 1 Roti Tidak Beragi
Unjukan Berkas
Hari Ketujuh Roti Tidak Beragi
Pentakosta
Sangkakala/Peniupan Serunai
Pendamaian
Hari pertama Pondok Daun
Hari Besar Terakhir
Jumlah = 72 hari.
Walaupun Unjukan Berkas bukan Hari
Sabat yang diperintahkan, pada hari ini kita diperintah untuk bersama-sama
untuk memperingati dan mengingati persembahan Unjukan Berkas. Pada 30 CE ini
ialah pagi hari Minggu Yosua Mesias naik ke Takhta Bapanya dan diterima sebagai
orang pertama hasil sulung sebagai korban diperkenan yang sempurna untuk
memulihkan manusia dan Bani Syurgawi kembali kepada Bapa. (Untuk keterangan
lanjut tentang Unjukan Berkas lihat Unjukan Berkas dan Hitungan
ke Pentakosta (No. CB137), Mesias Korban Sempurna dan
Lengkap (No. CB120), dan Siapakah Yesus (No. CB2)).
Sebaik saja kita menambah
Persembahan Unjukan Berkas ke dalam hitungan Sabat, Bulan Baru dan Perayaan
Tuhan itu kita dapati kita mempunyai bilangan 72. Ini ialah bilangan Sidang
Tuhan termasuk kumpulan 70 orang, Yesus Kristus dan Tuhan. Lihat Pelajaran: Penciptaan
Keluarga Tuhan (CB4_2))
Ingat, Musa mentahbiskan Tujuh
Puluh itu (Bilangan 11:26) + Eldad dan Medad yang jumlahnya tujuh puluh dua.
Kristus mengadakan kembali sistem Tujuh Puluh ini (Lukas 10:1 dst (sebenarnya
disenaraikan sebagai 72). Tujuh Puluh itu ditahbiskan dan diutus keluar secara
berpasangan. Ia dibentuk untuk berlangsung sepanjang 2,000 tahun atau 40 yobel.
Sebab Eloah sempurna, tidak pernah berubah dan maha mengetahui Dia telah
memberi kita banyak contoh Rencana KeselamatanNya dengan banyak cara dari zaman
ke zaman. Malah Bilangan 29:1 dst menyatakan bahawa bilangan korban lembu
jantan untuk Pondok Daun berjumlah tujuh puluh. Tujuh puluh orang datang
daripada Yakub (Keluaran 1:5); ini hanya beberapa rujukan kepada tujuh puluh
dan tujuh puluh dua.
Ingat juga bahawa Mesias disalibkan
pada 30 CE dan Jemaat dimulakan pada Pentakosta 30 CE. Mesias ialah Imam Besar
kita yang duduk di sebelah kanan Bapa (Kolose 3:1). Dia memimpin Jemaat melalui
Roh Kudus dan syurga tingkat Ketiga. Waktu ini berhubungan dengan Empat puluh
tahun Israel mengembara di padang gurun. Namun bagi Jemaat ini ialah empat
puluh yobel. Setiap yobel ialah 50 tahun jadi ini ialah 50 kali 40 Yobel dan
sama dengan 2000 tahun mengembara dalam padang gurun rohaniah sistem Babel.
Untuk keterangan lanjut lihat Kerajaan Binatang (No.
CB135).
Jika kita menggandakan 2000 tahun
itu x 72 persembahan korban sistem Hari Raya, kita sampai kepada bilangan
144,000. Daripada kitab suci (Yesaya 56:5; 62:2; 65:15) kita tahu hamba-hamba
Tuhan mendapat satu nama baru. Wahyu 15:3 memberitahu kita mereka menyanyikan
Nyanyian Musa dan Nyanyian Anak Domba, dan nyanyian yang hanya diketahui
144,000 itu (Wahyu 14:3). Mereka merupakan roda dalaman sidang Eloah – rujuk
kembali kepada pelajaran tentang Keluarga Tuhan. Tuhan mencipta segala sesuatu
dan melalui Dia segala sesuatu wujud. Dia Tuhan Hukun dan tatatertib. Dia
memberikan tanggungjawab kepada empat Kerub Berjaga, Dua puluh empat Tua-tua
dsb. Untuk keterangan lanjut lihat Keluarga Tuhan (No. CB4).
72 x 2000 sama dengan 144,000
korban sepanjang 2000 tahun zaman Jemaat. Kita boleh berspekulasi bahawa tujuh
puluh individu dipanggil keluar daripada dunia setiap tahun – sesetengah tahun
lebih ramai, sesetengah tahun kurang. Nabi-nabi dahulu akan menjadi sebahagian
daripada 144,000 itu sebab mereka memiliki Roh Kudus dan melakukan pekerjaan
Allah Maha Esa namun mereka datang sebelum atau mendahului Mesias. Bulan-bulan
Baru perlu untuk mengerti Sidang itu dan 144,000 orang itu (Wahyu 7:1-8; 14:1)
yang merupakan tambahan kepada Kumpulan Besar Orang Banyak Wahyu 7:9-17.
Tahun 2028 mewakili ulang tahun ke
2,000 pelayanan Yesus Kristus dan tahun pertama Yobel milenium baru. Tujuh
Puluh Dua itu membentuk atau merupakan persembahan korban sistem Hari Raya.
Bulan-bulan Baru harus dipelihara bersama dengan Sabat dan semua Perayaan untuk
menjadi sebahagian daripada 144,000 itu. Pemulihan tersebut ialah hukum sama
yang disampaikan kepada Musa dan kepada kita sebagai Jemaat. Bulan-bulan Baru
ialah pusat kepada pengertian akan Sidang dan 144,000 itu (Wahyu 7:1-8; 14:1),
iaitu tambahan kepada Kumpulan Besar Orang Banyak dalam Wahyu 7:9-17. Mari kita
perhatikan kedua-dua kumpulan ini sekarang dengan lebih terperinci.
144,000 dan Kumpulan Besar
Orang Banyak
Orang-orang Kudus Tuhan ialah
mereka yang mentaati segala Perintah Tuhan dan Kesaksian Yesus (Wahyu 12:17;
14:12; 22:14).
Wahyu 14:12 Yang penting di sini ialah ketekunan
orang-orang kudus, yang menuruti perintah Allah dan iman kepada Yesus. (RSV)
Sejak penciptaan dunia ramai hamba
setia Tuhan telah mati dalam iman tanpa menerima semua yang dijanjikan (Ibrani
11). Individu-individu ini dan ramai orang kudus Eloah yang tidak dikenali
merupakan 144,000 ini.
Waktunya hampir tiba dan tidak lama
lagi masanya bila Mesias kembali ke bumi ini apabila Sangkakala Ketujuh
berbunyi. Wahyu 7:3-4 memberitahu kita hal ini tidak akan terjadi sehingga
orang terakhir 144,000 itu telah dimeteraikan.
Wahyu 7:3-4 katanya: "Janganlah merusakkan bumi atau
laut atau pohon-pohon sebelum kami memeteraikan hamba-hamba Allah kami pada
dahi mereka!" Dan aku mendengar jumlah mereka yang dimeteraikan itu:
seratus empat puluh empat ribu yang telah dimeteraikan dari semua suku
keturunan Israel. (RSV)
Kebanyakan 144,000 itu telahpun
mati syahid. Hanya sedikit tinggal sampai Zaman Akhir. Walaupun kesengsaraan
dan waktu sukar datang menimpa para pengikut Kristus, Alkitab memberitahu kita
bahawa ganjarannya memang besar. Tuaian akhir Tuhan ini berterusan sehingga
kemurkaan Tuhan menundukkan bumi. Ada tujuh malaikat dilepaskan yang
melaksanakan pembalasan atau akibat pada mereka yang mengambil tanda Binatang
itu. Kumpulan Besar Orang Banyak itu merupakan sisa yang memasuki Kerajaan
Tuhan dalam Kebangkitan Pertama. Daripada Wahyu 7:9dst., kita pelajari siapa
yang ada dalam Kumpulan Besar Orang Banyak itu dan apa yang menanti mereka.
Wahyu 7:14-17 Maka kataku kepadanya: "Tuanku, tuan
mengetahuinya." Lalu ia berkata kepadaku: "Mereka ini adalah
orang-orang yang keluar dari kesusahan yang besar; dan mereka telah mencuci
jubah mereka dan membuatnya putih di dalam darah Anak Domba. Karena itu mereka
berdiri di hadapan takhta Allah dan melayani Dia siang malam di Bait Suci-Nya.
Dan Ia yang duduk di atas takhta itu akan membentangkan kemah-Nya di atas
mereka. Mereka tidak akan menderita lapar dan dahaga lagi, dan matahari atau panas
terik tidak akan menimpa mereka lagi. Sebab Anak Domba yang di tengah-tengah
takhta itu, akan menggembalakan mereka dan akan menuntun mereka ke mata air
kehidupan. Dan Allah akan menghapus segala air mata dari mata mereka."
Binatang yang bakal memerintah bumi
datang daripada raja-raja yang diangkat Wanita Pelacur ini (Wahyu 17:14).
Jemaat in telah membunuh ramai umat pilihan atas sebab-sebab agama. Ia sangat
kuat dan melaksanakan kuasanya atas suatu sistem yang sendirinya bersifat
menghujat dan menentang Eloah (Wahyu 17:3-6). Untuk keterangan lanjut lihat Kerajaan Binatang (No.
CB135) dan Persekutuan Binatang (No.
CB136).
Kumpulan Umum atau Kumpulan Besar
Orang Banyak itu terdiri daripada mereka yang telah menjadikan jubah mereka
putih dalam darah Anak Domba itu (Wahyu 7:14). Mereka dibaptiskan menurut kasih
karunia dalam Yesus Kristus. Ramai berada dalam kumpulan ini melalui kematian
syahid daripada sistem agama palsu itu. Semua telah dianiaya olehnya. Kedua-dua
kumpulan itu mentaati segala Perintah Tuhan dan Kesaksian Kristus yang
merupakan dua elemen dasar untuk menentukan umat pilihan (Wahyu 12:17; 22:14).
“Jamuan Perkahwinan Anak Domba”
memasukkan 144,000 itu, sebagai pengantin perempuan (Wahyu 7:4-8, 14:1-5), dan
Kumpulan Besar Orang Banyak sebagai para tetamu (Wahyu 7:9-17; Wahyu 19; Matius
22). Sesiapa yang cuba mengatakan salah satu kumpulan itu lebih baik daripada
yang satu lagi memimpin kita untuk bersikap benar diri. Apa sekalipun peranan
atau tugas kita dalam Kerajaan itu dengan Eloah, ia lebih baik daripada apa
saja yang kita boleh bayangkan. Setiap kita mempunyai tugas dan tanggungjawab
berlainan.
Ingat, “Lebih baik berdiri di ambang pintu rumah
Allahku dari pada diam di kemah-kemah orang fasik.” (Mazmur 84:10).
Daripada
penebusan 144,000 itu kepada Anak Domba, Injil diberitakan ke seluruh bumi
(Wahyu 14:6). Selepas itu sistem Babel akan roboh (Wahyu 14:8-10).
Kita tahu
bahawa 144,000 itu diberikan Nyanyian Musa dan Nyanyian Anak Domba (Wahyu
15:3). Untuk keterangan lanjut tentang Nyanyian Musa lihat Nyanyian Musa
dalam Keluaran 15 (No. 79), Nyanyian Musa (No. CB98)
dan Buku Mewarna Nyanyian
Musa (No. CB98_2).
Wahyu
7:1-17 menunjukkan bagaimana Dua belas hakim daripada Dua belas suku itu akan
berfungsi di bawah Mesias dalam 144,000 itu. 144,000 itu berfungsi sebagai roda
dalaman pentadbiran Eloah. (Untuk keterangan lanjut lihat Keluarga Tuhan
(No. CB4)).
Sebagai
ringkasan
Bulan-bulan Baru dan
Perayaan-perayaan bertindak sebagai penanda untuk umat pilihan dalam hubungan
mereka dengan Tuhan dan merupakan lanjutan langsung Perintah Keempat. Jemaat
Tuhan telah memelihara Bulan-bulan Baru bersama Hari-hari Raya dan Sabat sehingga
abad kesembilan belas (Kolose 2:16).
Signifikans korban-korban
berhubungan Bulan Baru ada kaitannya dengan Jemaat dan sidang-sidang Israel.
Melainkan Bulan-bulan Baru dipelihara, memang mustahil untuk mengerti Kalendar
Tuhan atau bertumbuh dalam kasih karunia dan pengetahuan melalui pembaharuan
Roh Tuhan.
Kita tahu Bulan-bulan Baru telah
dipelihara sejak dahulu oleh para nabi dan bapa kaum, Mesias, para rasul dan
Jemaat dan akan dipelihara dalam Milenium.
Kita lihat pengertian dinyatakan
bila kita memelihara Bulan-bulan Baru.
Biarlah setiap kita menjadi
hamba-hamba setia TUHAN yang hidup dan memelihara semua Hari-hari KudusNya.
Rumput
menjadi kering, bunga menjadi layu, tetapi firman Allah kita tetap untuk
selama-lamanya (Yesaya 40:8, NASV). Biarlah kita dikira layak untuk berdiri
bersama Mesias dan Orang-orang Kudus Eloah dengan memelihara segala Hukum dan
Perintah Allah Maha Esa.
q