Jemaat-jemaat Allah Al Masehi

[CB141]

 

 

 

 

Perayaan Pondok Daun

(Edisi 1.0 2010210-20100310)

 

Naskah ini akan menumpu pada Perayaan Pondok Daun dalam rencana Eloah.

 

 

 

Christian Churches of God

 

PO Box 369, WODEN ACT 2606, AUSTRALIA

E-mail: secretary@ccg.org

 

(Hakcipta ©  2010 Diane Flanagan, ed. Wade Cox)

(tr. 2011)

 

Karya tulis ini boleh disalin semula dan didistribusikan secara bebas dengan syarat ia disalin semuanya tanpa apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat penerbit serta notis hakcipta harus disertakan.  Sebarang bayaran tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima salinan yang didistribusikan.  Petikan-petikan ringkas daripadanya boleh dimasukkan ke dalam artikel-artikel kritis dan karya ulasan tanpa melanggar undang-undang hakcipta.

 

Karya ini boleh didapati daripada Internet di:
http://www.logon.org dan http://www.ccg.org


 

Perayaan Pondok Daun



Pengenalan

Kita mula-mula membaca mengenai Perayaan Pondok Daun dalam Imamat 23.

 

Imamat 23:34-43 "Katakanlah kepada orang Israel, begini: Pada hari yang kelima belas bulan yang ketujuh itu ada hari raya Pondok Daun bagi TUHAN tujuh hari lamanya. 35 Pada hari yang pertama haruslah ada pertemuan kudus, janganlah kamu melakukan sesuatu pekerjaan berat. 36 Tujuh hari lamanya kamu harus mempersembahkan korban api-apian kepada TUHAN, dan pada hari yang kedelapan kamu harus mengadakan pertemuan kudus dan mempersembahkan korban api-apian kepada TUHAN. Itulah hari raya perkumpulan, janganlah kamu melakukan sesuatu pekerjaan berat. 37 Itulah hari-hari raya yang ditetapkan TUHAN, yang harus kamu maklumkan sebagai hari pertemuan kudus untuk mempersembahkan korban api-apian kepada TUHAN, yaitu korban bakaran dan korban sajian, korban sembelihan dan korban-korban curahan, setiap hari sebanyak yang ditetapkan untuk hari itu, 38 belum termasuk hari-hari Sabat TUHAN dan belum termasuk persembahan-perse atau segala korban nazarmu atau segala korban sukarelamu, yang kamu hendak persembahkan kepada TUHAN. 39 Akan tetapi pada hari yang kelima belas bulan yang ketujuh itu pada waktu mengumpulkan hasil tanahmu, kamu harus mengadakan perayaan bagi TUHAN tujuh hari lamanya; pada hari yang pertama haruslah ada perhentian penuh dan juga pada hari yang kedelapan harus ada perhentian penuh. 40 Pada hari yang pertama kamu harus mengambil buah-buah dari pohon-pohon yang elok, pelepah-pelepah pohon-pohon korma, ranting-ranting dari pohon-pohon yang rimbun dan dari pohon-pohon gandarusa dan kamu harus bersukaria di hadapan TUHAN, Allahmu, tujuh hari lamanya. 41 Kamu harus merayakannya sebagai perayaan bagi TUHAN tujuh hari lamanya dalam setahun; itulah suatu ketetapan untuk selama-lamanya bagimu turun-temurun. Dalam bulan yang ketujuh kamu harus merayakannya. 42 Di dalam pondok-pondok daun kamu harus tinggal tujuh hari lamanya, setiap orang asli di Israel haruslah tinggal di dalam pondok-pondok daun, 43 supaya diketahui oleh keturunanmu, bahwa Aku telah menyuruh orang Israel tinggal di dalam pondok-pondok selama Aku menuntun mereka sesudah keluar dari tanah Mesir, Akulah TUHAN, Allahmu." (RSV)

 

Hari pertama Perayaan Pondok Daun ialah Hari Raya keenam dalam Kalendar Tuhan. Sememangnya penting untuk mengerti bahwa Perayaan Pondok Daun adalah selama tujuh hari, dan hari pertama Perayaan itu ialah satu Hari Raya. Selepas tempoh tujuh hari Perayaan Pondok Daun, pada hari kelapan, adalah Hari Raya yang dikenali sebagai Hari Besar Terakhir. Ini segera menyusuli Perayaan Pondok Daun, tetapi merupakan Hari Perayaan yang berlainan. Kita akan pelajari makna Hari Besar Terakhir dalam CB142.

 

Perayaan Pondok Daun adalah yang ketiga daripada tiga perayaan ziarah tahunan. Ini adalah tiga kali setahun bilamana kita diperintah untuk meninggalkan kediaman kita dan pergi ke luar gerbang kota kita untuk merayakan Perayaan-perayaan itu. Ini juga adalah tiga kali setahun yang mana kita diperintah datang menghadap Tuhan dan memberi persembahan. (Lihat Hari Sangkakala-sangkakala (No. CB139).)

 

Ulangan 16:16-17 Tiga kali setahun setiap orang laki-laki di antaramu harus menghadap hadirat TUHAN, Allahmu, ke tempat yang akan dipilih-Nya, yakni pada hari raya Roti Tidak Beragi, pada hari raya Tujuh Minggu dan pada hari raya Pondok Daun. Janganlah ia menghadap hadirat TUHAN dengan tangan hampa, 17 tetapi masing-masing dengan sekedar persembahan, sesuai dengan berkat yang diberikan kepadamu oleh TUHAN, Allahmu." (RSV)

 

Seperti pada hari Paskah dan Pentakosta, persembahan diambil sebelum pagi hari pertama Perayaan itu, dalam kasus ini tanggal 15. (Untuk informasi lebih lanjut lihat Pengumpulan (No. 139).)

 

Kita lihat 2 Tawarikh mendukung konsepnya sebagai perayaan ziarah yang mana kita meninggalkan tempat tinggal atau kediaman normal kita; kita pergi ke mana Eloah menempatkan namaNya.

 

2 Tawarikh 8:13 sesuai dengan apa yang menurut perintah Musa ditetapkan sebagai korban untuk setiap hari, yakni pada hari-hari Sabat, pada bulan-bulan baru, dan tiga kali setahun pada hari-hari raya [yang ditetapkan]: pada hari raya [ziarah] Roti Tidak Beragi, pada hari raya Tujuh Minggu dan pada hari raya Pondok Daun. (New English Bible).

 

Di manakah kita tinggal ketika Perayaan Pondok Daun?

Israel telah dan masih diperintah untuk tinggal dalam pondok-pondok daun selama keseluruhan Perayaan itu. Perkataan untuk pondok daun atau khemah ialah SHD 5521. Ini merujuk kepada naungan sementara. Pada mulanya pondok-pondok itu diperbuat daripada dahan-dahan. Sekarang kita tinggal di hotel, rumah sewa atau tinggal dalam khemah. Hal utamanya adalah kita berada di luar pintu gerbang kita, atau kota, dan tinggal dalam tempat tinggal sementara untuk perayaan itu. Pengecualiannya hanya pada tahun ke 3, bila persepuluhan kedua kita dikirim ke dalam jemaat untuk membantu menguruskan para balu dan yatim. Ketika tahun ke 3 itu kita diizinkan merayakan perayaan itu dalam tempat tinggal kita. Bagaimanapun, kita harus masih dapat berkumpul untuk kebaktian tiap hari Perayaan itu. (Untuk informasi lebih lanjut lihat Memelihara Perayaan (No. 56).)

 

Apabila kita pergi untuk perayaan itu dan tinggal dalam kediaman sementara, ada baiknya kita mengingati bahawa kita merupakan duta di bumi sekarang. Ketika kita mengembara ini mengingatkan kita bahawa kita pendatang, atau hanya sementara di planet ini. Kita harus menjadi hamba-hamba Eloah, melakukan pekerjaanNya setiap waktu. Kita harus menghidupkan Hukum-hukum Eloah tiap hari dalam kediaman, sekolah dan kota kita.

 

Hosea 12:9 menyebut bahawa Israel tinggal dalam khemah ketika Perayaan itu. Meninggalkan kediaman kita untuk menghadiri Perayaan itu merupakan lambang iman kita dalam Tuhan dan mempertunjukkan ketaatan kita kepada Hukum-hukumNya. Sungguh besar berkatnya juga untuk berkumpul dengan mereka yang sefaham untuk belajar takut akan dan menyembah Eloah. Kita semua menantikan waktu kita dapat berkumpul dengan teman dan keluarga di perayaan itu; orang dari segala usia juga menanti-nanti semua hal baru yang mereka akan pelajari yang akan membantu mereka mentaati Eloah dengan lebih tepat dan sepenuhnya.

 

Pembacaan Hukum di Perayaan Pondok Daun

Pembacaan hukum berlangsung tiap tujuh tahun dalam Tahun Ketujuh siklus Sabat dalam siklus yobel 50-tahun, dan hukum itu kemudiannya juga dibaca pada tahun ke 50. Dengan itu, kita lihat bahawa Hukum Tuhan dibaca pada tahun-tahun ke 7, 14, 21, 28, 35, 42, 49, dan 50. Ini tidak dapat ditekankan secukupnya sebab ini adalah untuk manfaat semua. Memang istimewa berkatnya mendengar hukum Tuhan dibacakan.

 

Ulangan 31 jelas memberitahu kita kenapa kita harus datang menghadap Eloah.

Ulangan 31:10-13 Dan Musa memerintahkan kepada mereka, demikian: "Pada akhir tujuh tahun, pada waktu yang telah ditetapkan dalam tahun penghapusan hutang, yakni hari raya Pondok Daun, 11 apabila seluruh orang Israel datang menghadap hadirat TUHAN, Allahmu, di tempat yang akan dipilih-Nya, maka haruslah engkau membacakan hukum Taurat ini di depan seluruh orang Israel. 12 Seluruh bangsa itu berkumpul, laki-laki, perempuan dan anak-anak, dan orang asing yang diam di dalam tempatmu, supaya mereka mendengarnya dan belajar takut akan TUHAN, Allahmu, dan mereka melakukan dengan setia segala perkataan hukum Taurat ini, 13 dan supaya anak-anak mereka, yang tidak mengetahuinya, dapat mendengarnya dan belajar takut akan TUHAN, Allahmu, --selama kamu hidup di tanah, ke mana kamu pergi, menyeberangi sungai Yordan untuk mendudukinya." (KJV)

 

Di sini kita lihat ini bukan saja untuk manfaat kita; ini adalah untuk anak-anak kita dan orang asing mempelajari segala jalan Eloah dan menghidupkannya bersama saudara mereka selama tempoh lapan hari itu. Pada zaman pemulihan oleh Ezra dan Nehemia kita lihat perintah bagi pemeliharaan Perayaan itu dan pembacaan hukum.

 

Nehemia 8:18 Bagian-bagian kitab Taurat Allah itu dibacakan tiap hari, dari hari pertama sampai hari terakhir. Tujuh hari lamanya mereka merayakan hari raya itu dan pada hari yang kedelapan ada pertemuan raya sesuai dengan peraturan.

 

Hukum dibacakan pada zaman Ezra dan Nehemia bertahun-tahun dahulu, dan zaman sekarang pada 1998 di Wimberley, Texas, dan Air Terjun Niagara, Kanada pada 2005. Waktu berikutnya hukum itu akan dibacakan ialah 2012. (Untuk informasi lebih lanjut tentang membaca hukum dan kalendar lihat Kalendar Tuhan (No. 156), Bulan Baru dan Kalendar Hari Raya, Waktu-waktu Senja Nautika Akhir Petang (EENT) dan HMNAO.)

 

Apakah makna Perayaan Pondok Daun?

Tiap Hari Raya tahunan Tuhan melambangkan atau menantikan suatu aspek dalam Rencana Keselamatan Tuhan. Perayaan Pondok Daun menggambarkan Milenium atau waktu 1000 tahun yang akan datang. Ini ialah waktu bilamana Mesias, bersama-sama dengan mereka dalam kebangkitan pertama, akan memerintah atau berkuasa atas bumi. Ini dipanggil “Waktu Pemerintahan Adil” kerana kerajaan Tuhan akan didirikan di sini di bumi. Iblis akan diikat dan dikurung selama hampir sepanjang waktu Pemerintahan Adil itu. (Pengikatan Iblis ini digambarkan oleh Hari Pendamaian, yang berlangsung lima hari sebelum mulanya Perayaan Pondok Daun.)

 

Ketika waktu ini dalam waktu dekat, orang ramai akan diajar tentang kebenaran dan keadilan Eloah melalui Hukum-hukumNya; dan manusia akan menerima berkat kerana menuruti jalanNya atau kutuk atau hukuman kerana tidak menurut Hukum-hukumNya.

 

Perayaan Pondok Daun menggambarkan 1000 tahun terakhir daripada tempoh 7000 tahun. Ingat, sehari adalah umpama 1000 tahun kepada Eloah (2 Pet. 3:8). Selama enam hari atau 6000 tahun pertama, Iblis bertanggungjawab atas ciptaan Eloah. Dia tdak mentadbir dengan adil; dia cuba berbohong dan memperdaya manusia untuk tidak mengikut hukum-hukum sempurna Eloah. Bagaimanapun, dia akan diikat selama satu waktu agar bangsa-bangsa semuanya dapat mempelajari jalan hidup Tuhan tanpa pengaruh Iblis.

 

Allah Bapa, melalui Malaikat Perjanjian, Yesus Kristus, melepaskan kita sekali dari Mesir/dosa, dan akan sekali lagi melepaskan planet ini daripada memusnahkan dirinya pada kedatangan kedua Mesias. Kali ini Mesias akan datang sebagai raja dan mengambil pemerintahan planet sebagai Bintang Timur atau Bintang Fajar bumi. Untuk informasi lebih lanjut tentang perayaan Pondok Daun dan peranan Mesias sebagai Bintang Fajar lihat Perayaan Pengumpulan atau Pondok Daun (No. CB34), Tuhan yang Kita Sembah (No. 2), Yusuf: Anak Yakub Bahagian 1 (No. CB14) dan Daud, Nabal dan Abigail (No. CB91)

.

 

Kita akan menyertai Mesias pada kedatangannya, tetapi masih ada pekerjaan besar untuk dilakukan sekarang. Lihat juga naskah Hari-hari Raya Tuhan (No. CB22) dan Keimamatan Eloah dari Mesias Seterusnya (No. CB118).

 

Sekarang mari kita lihat jika ada apa-apa petunjuk bahawa perayaan-perayaan itu akan dirayakan pada masa depan.

 

Adakah Perayaan-perayaan dirayakan dalam Milenium?

Yosua Mesias (juga dipanggil Yesus Kristus) berkata, ketika dia seorang manusia di bumi, bahawa dia datang bukan untuk menghapuskan atau melenyapkan hukum Tuhan; sebaliknya dia datang untuk memenuhi atau memelihara hukum Bapanya.

 

Matius 5:17-20 "Janganlah kamu menyangka, bahwa Aku datang untuk meniadakan hukum Taurat atau kitab para nabi. Aku datang bukan untuk meniadakannya, melainkan untuk menggenapinya. 18 Karena Aku berkata kepadamu: Sesungguhnya selama belum lenyap langit dan bumi ini, satu iota atau satu titikpun tidak akan ditiadakan dari hukum Taurat, sebelum semuanya terjadi. 19 Karena itu siapa yang meniadakan salah satu perintah hukum Taurat sekalipun yang paling kecil, dan mengajarkannya demikian kepada orang lain, ia akan menduduki tempat yang paling rendah di dalam Kerajaan Sorga; tetapi siapa yang melakukan dan mengajarkan segala perintah-perintah hukum Taurat, ia akan menduduki tempat yang tinggi di dalam Kerajaan Sorga. 20 Maka Aku berkata kepadamu: Jika hidup keagamaanmu tidak lebih benar dari pada hidup keagamaan ahli-ahli Taurat dan orang-orang Farisi, sesungguhnya kamu tidak akan masuk ke dalam Kerajaan Sorga. (CEV)

 

Mesias memelihara hukum-hukum yang dia telah tetapkan di Gunung Sinai, sebagai Malaikat Perjanjian.

 

Imamat 23:41 memberitahu kita Perayaan Pondok Daun merupakan ketetapan selamanya. Kita harus sentiasa memelihara perintah-perintah Eloah.

 

Imamat 23:41 Kamu harus merayakannya sebagai perayaan bagi TUHAN tujuh hari lamanya dalam setahun; itulah suatu ketetapan untuk selama-lamanya bagimu turun-temurun. Dalam bulan yang ketujuh kamu harus merayakannya. (KJV)

 

Mesias memelihara Hukum Eloah sebagai seorang manusia. Dia adalah tanpa dosa. Jemaat Perjanjian Baru, di bawah para rasul, memelihara semua perayaan ini, hari-hari Sabat dan Bulan Baru. Dengan itu, akhirnya, semua umat manusia akan memelihara perayaan-perayaan itu.

 

Semua perayaan Tuhan akan sekali lagi dipulihkan dalam pemerintahan 1000-tahun Mesias dan seluruh dunia akan memeliharanya; itulah sebabnya kenapa masuk akal bahawa waktu 1000 tahun itu dipanggil waktu Pemerintahan Adil. Hukuman terhadap ketidaktaatan dan tidak mendengar serta mengikuti hukum Eloah adalah amat berat.

 

Zakharia 14:16-19 Maka semua orang yang tinggal dari segala bangsa yang telah menyerang Yerusalem, akan datang tahun demi tahun untuk sujud menyembah kepada Raja, TUHAN semesta alam, dan untuk merayakan hari raya Pondok Daun. 17 Tetapi bila mereka dari kaum-kaum di bumi tidak datang ke Yerusalem untuk sujud menyembah kepada Raja, TUHAN semesta alam, maka kepada mereka tidak akan turun hujan. 18 Dan jika kaum Mesir tidak datang dan tidak masuk menghadap, maka kepada mereka akan turun tulah yang ditimpakan TUHAN kepada bangsa-bangsa yang tidak datang untuk merayakan hari raya Pondok Daun. 19 Itulah hukuman dosa Mesir dan hukuman dosa segala bangsa yang tidak datang untuk merayakan hari raya Pondok Daun. (RSV)

 

Apa akan terjadi ketika Milenium?

Orang ramai yang dibaptis dan taat kepada hukum-hukum Tuhan akan dihidupkan pada kedatangan Mesias ke bumi. Mereka yang mati dalam Kristus bangkit dahulu dan selepas itu mereka yang masih hidup akan diubah kepada roh.

 

1 Korintus 15:22-23 Karena sama seperti semua orang mati dalam persekutuan dengan Adam, demikian pula semua orang akan dihidupkan kembali dalam persekutuan dengan Kristus. 23 Tetapi tiap-tiap orang menurut urutannya: Kristus sebagai buah sulung; sesudah itu mereka yang menjadi milik-Nya pada waktu kedatangan-Nya. (RSV)

 

1 Tesalonika 4:15-17 Ini kami katakan kepadamu dengan firman Tuhan: kita yang hidup, yang masih tinggal sampai kedatangan Tuhan, sekali-kali tidak akan mendahului mereka yang telah meninggal. 16 Sebab pada waktu tanda diberi, yaitu pada waktu penghulu malaikat berseru dan sangkakala Allah berbunyi, maka Tuhan sendiri akan turun dari sorga dan mereka yang mati dalam Kristus akan lebih dahulu bangkit; 17 sesudah itu, kita yang hidup, yang masih tinggal, akan diangkat bersama-sama dengan mereka dalam awan menyongsong Tuhan di angkasa. Demikianlah kita akan selama-lamanya bersama-sama dengan Tuhan. (RSV)

 

Orang-orang kudus ini memerintah bersama Mesias selama 1000 tahun dan seterusnya (Wahyu 20:4-6). Hukum Tuhan, termasuk semua Hari Raya, akan dilaksanakan dengan tongkat besi (Wahyu 2:26-27). Lihat juga naskah Kebangkitan Orang Mati (No. 143).

 

Cara orang-orang kudus Eloah memerintah ketika Milenium akan menjadi standar atau ukuran dengan apa iblis setan akan diadili. Iblis dan Angkatan derhaka telah diberi tugas untuk dilakukan dalam memerintah bumi menurut Hukum-hukum Eloah. Mereka melakukannya dengan cara mereka sendiri selama 6000 tahun dan segala tindakan mereka akan dibandingkan dengan bagaimana Orang-orang Kudus Eloah lakukan selama 1000 tahun. Ini proses sama bagaimana Iblis, sebagai makhluk roh, diadili berbanding pelaksanaan Yosua Mesias ketika dia manusia. Melalui ketaatan sempurnanya Mesias layak untuk menggantikan Iblis sebagai Bintang Fajar bumi. Kebanyakan orang tahu betapa besarnya penderitaan dan kebinasaan yang dibawakan pemerintahan Iblis kepada manusia dan planet ini.

 

Bilakah Milenium bermula?

Kedatangan kembali Yesus Kristus akan mengantarkan satu fasa baru dalam rencana Tuhan. Hal-hal dahsyat akan terjadi kepada planet ini dan sebahagian besar umat manusia sebagai anti-Kristus dibinasakan dan semua kerajaan dunia ini dirobohkan. Sebaik saja kuasa Iblis dilenyapkan, dan dia diikat selama satu waktu, Milenium akan bermula.

 

Pewaktuan Tuhan adalah sempurna, dan peristiwa-peristiwa utama cocok dalam urutanNya yang telah ditentukan. Tahun 2027 merupakan akhir Yobel ke 120 sejak penciptaan Adam dan Yobel ke 50 sejak pembangunan kembali bait ke 2 dalam zaman Ezra dan Nehemia (lihat Komentar tentang Hagai (No. 21)). Yobel yang bermula pada 2028 dan berakhir pada 2077 ialah Yobel Kelima Puluh atau Yobel Emas.

 

Dunia pada 2027

Selepas bertahun-tahun perang, pemberontakan dan kemusnahan, apakah yang kita boleh jangkakan bagaimana keadaan dunia tatkala Yobel bermula pada 2028>

 

Planet ini akan berada dalam pergolakan Waktu Panas Milenium (MilWP). Itu akan jauh lebih buruk daripada Waktu Panas Abad Pertengahan (MWP). Paras laut pastinya jauh melebihi paras-paras tujuh kaki sebelumnya dalam MWP dan Waktu Panas Rom (RWP). Yobel Emas dan Milenium (No. 300)

 

Kemusnahan planet ini telah berlangsung tahun demi tahun dan kesan-kesan kemusnahan itu akan berterusan sampai Yobel Emas. Laut dan sungai akan menjadi mati atau sangat dicemari. Begitu juga, daratan akan menjadi tercemar dan hanya seperatusan kecil manusia saja yang wujud di dunia pada 2009 akan masih hidup. Proses lama pembaikan dan pemulihan akan dimulakan. Untuk informasi lebih lanjut lihat Menyediakan Bait Tuhan (No. CB35).

 

Pendeta-pendeta palsu Islam, Yudaisme atau sistem-sistem trinitas Kristian akan mati atau bertaubat.

 

Manusia akan mentaati Eloah dan HukumNya atau mereka akan mengalami kutukan atas ketidaktaatan. Orang-orang beriman akan mengutus wakil-wakil mereka ke perayaan-perayaan di Yerusalem pada 2026 dan 2027 untuk belajar lebih lanjut bagaimana memelihara hukum-hukum Eloah. Mereka yang tidak pergi akan tidak mendapat hujan yang mereka perlukan untuk tanaman mereka.

 

Iblis telahpun diikat menjelang waktu ini dan Mesias akan mengantarkan zaman Pemerintahan Adil. Hukum Eloah akan dipulihkan di planet ini. Akibat-akibat dosa dan ketidaktaatan akan ditangani dengan cepat dan tepat waktunya.

 

Mulai 2028 sistem Bait akan berada di bawah keimamatan baru Melkisedek. Tempat ibadah di Yerusalem akan didirikan. Bait milenium baru yang digambarkan dalam Yehezkiel akan mula dibangunkan. Ini tidak akan dilakukan dengan cepat; ini akan mengambil proses waktu. Para imam akan berketurunan Zadok dan berfungsi di bawah Mesias. Ini akan merupakan kali pertama dalam sejarah adanya bait jasmaniah di bumi dengan Mesias berfungsi sebagai Imam Besarnya. Untuk informasi lebih lanjut lihat Keimamatan Eloah dari Mesias Seterusnya (No. CB118)

 

Sistem Bait Baru

Sabat ialah perhentian daripada kegiatan kerja biasa kita. Bagaimanapun, lebih banyak kerja dilakukan oleh imamat pada hari Sabat daripada bila-bila waktu semasa minggu.

 

Semasa Milenium, imamat akan menyediakan planet ini untuk ibadah Tuhan, dari segi jasmani dan rohani. Mesias akan membinasakan semua yang memberontak atau menentang Eloah dan HukumNya. Waktu ini ialah seribu tahun Pemerintahan Adil. Betapa berkatnya bagi orang-orang pada waktu itu!

 

Mulai 2026 dan seterusnya Hukum akan dibacakan tiap tahun Sabat di seluruh dunia sesuai dengan perintah Eloah.

 

Hukum akan dibacakan tiap tahun Sabat untuk Sabat-sabat sepanjang dua puluh satu tahun dari 2028, iaitu pada 2034, 2041, dan 2048 dalam proses pengudusan. Sama seperti tiap Tahun Baru mempunyai 21 hari Pengudusan kita akan melihat konsep sama berlangsung dalam Yobel dengan 21 tahun terdahulu. Untuk informasi lebih lanjut lihat Pengudusan Bangsa-bangsa (No. 77).

 

Pemulihan planet ini disebut dalam Yehezkiel bab 47 dan 48. Kuasa rohani yang datang dari Eloah melalui Mesias dalam Bait Eloah akan menyembuhkan bangsa-bangsa dan tanah dan laut. Bait akan memiliki satu nama baru seperti dinyatakan dalam Yehezkiel 48:35.

Yehezkiel 48:33-35 Di sisi sebelah selatan, yang ukurannya empat ribu lima ratus hasta, terdapat tiga pintu gerbang juga, yaitu pintu gerbang Simeon, pintu gerbang Isakhar dan pintu gerbang Zebulon. 34 Di sisi sebelah barat, yang ukurannya empat ribu lima ratus hasta, terdapat tiga pintu gerbang juga, yaitu pintu gerbang Gad, pintu gerbang Asyer dan pintu gerbang Naftali. 35 Jadi keliling kota itu adalah delapan belas ribu hasta. Sejak hari itu nama kota itu ialah: TUHAN HADIR DI SITU." (RSV)

 

Nama kota itu ialah “Yahovah Shammah” atau Yahovah hadir di situ. Shammah (SHD 3074), menurut Alkitab Blue Letter, ialah nama simbolik bagi Yerusalem. Ini hanya digunakan sekali dalam Alkitab. Sebab Iblis diikat semasa waktu ini Hukum-hukum Eloah akan berlimpah-limpah untuk semua di planet ini.

 

Yerusalem bererti kota damai dan ia, seperti banyak benda dalam Alkitab, telah melalui banyak perubahan nama dalam sejarah. Allah Bapa belum lagi akan berada di planet semasa Milenium, namun ini akan menjadi tempoh waktu paling lama manusia hidup di bawah pemerintahan adil setakat ini. Untuk informasi lebih lanjut tentang tempoh waktu ini lihat Yobel Emas dan Milenium (No. 300).

 

Perang terakhir Pemberontakan

Perang terakhir Pemberontakan (Wahyu 20:7-10) berlaku pada akhir Milenium.

 

Pada akhir seribu tahun itu, Iblis akan dilepaskan selama tempoh waktu yang sama dengan waktu yang dipendekkan sebelum Milenium (Wahyu 20:7). Iblis akan sekali lagi cuba dan mempengaruhi orang-orang menentang Allah Maha Esa (Wahyu 20:8). Kemudian, sesetengah orang akan memberontak terhadap Hukum Tuhan dan pemerintahan Mesias atas planet ini. Mesias dan orang-orang kudus akan menghapuskan pemberontakan itu untuk kali terakhir; ini bakal perang terakhir. Semua konsep buruk atau negatif seperti berbohong, mencuri, membunuh dsb akan dilemparkan ke dalam lautan api. Ini akan terbakar dan bertindak sebagai peringatan kepada semua orang (Wahyu 20:10). Ini akan mengingatkan orang ramai bahawa semua benda buruk ini kini binasa.

 

Sesetengah orang menganggap ini ialah api neraka dan jiwa-jiwa manusia yang tidak mentaati Tuhan akan terbakar dalamnya selama-lamanya. Itu tidak benar. Tuhan kita ialah Tuhan penuh belas kasihan dan Dia tidak akan mengizinkan sesiapapun menderita selama-lamanya.

 

Kebangkitan kedua orang mati kemudiannya terjadi (Wahyu 20:11-15) sesudah Milenium 1000-tahun itu, atau 7000 tahun sejak Adam, selesai. Untuk informasi lebih lanjut lihat Hari Besar Terakhir (CB142).

 

Rangkuman

Sebagai Rangkuman, kita mengerti Perayaan Pondok Daun ialah perayaan ziarah ke 3 yang kita buat untuk mempelajari segala jalan Eloah tiap tahun.

 

Sama seperti Yesus Kristus melepaskan kita daripada perbudakan Mesir dan sistem pagan sekali, dia akan kembali ke bumi untuk kali kedua dan mengantarkan waktu Pemerintahan Adil, yang akan bermula pada 2028. Waktu Pemerintahan Adil berlangsung 1000 tahun. Sukar untuk kita bayangkan suatu dunia tanpa perang dan penderitaan, namun orang-orang dalam Milenium akan taat dan hidup menurut hukum-hukum Eloah atau mereka tidak akan menerima hujan pada musimnya.

 

Adanya keimamatan dan bait jasmaniah nanti yang akan berfungsi di bawah Mesias dan individu-individu yang dijadikan makhluk-makhluk roh pada kebangkitan pertama.

 

Marilah kita semua bekerja dengan tekun untuk membawa injil kepada dunia agar sebanyak mungkin dapat dan akan bertaubat sekarang dan mula mendapat manfaat daripada mentaati hukum-hukum Eloah. Kita ada pilihan untuk mentaati Tuhan sekarang, atau mentaati Tuhan kemudian. Lebih awal kita taat lebih baik.

 

q