Jemaat-jemaat Allah Al Masehi
[D3]
Upacara Pembaptisan [D3]
(Edisi 2.0 19990814-19991206-20071128)
Kita telah dibaptiskan dengan kewibawaan Allah Bapa. Kita kemudiannya diletakkan sebagai tunangan ke dalam tubuh Anak. Ini adalah melalui aktiviti dan Kuasa Roh Suci Allah. Ianya berdasarkan pertobatan dan pengubahan daripada reaksi kita kepada panggilan.
E-mail: secretary@ccg.org
(Hakcipta ã 1999, 2007 Wade Cox)
(Tr. 2004)
Karya tulis ini boleh disalin semula dan didistribusikan secara bebas dengan syarat ia disalin semuanya tanpa apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat penerbit serta notis hakcipta harus disertakan. Sebarang bayaran tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima salinan yang didistribusikan. Petikan-petikan ringkas daripadanya boleh dimasukkan ke dalam artikel-artikel kritis dan karya ulasan tanpa melanggar undang-undang hakcipta.
Karya
ini boleh didapati daripada Internet di:
http://www.logon.org dan http://www.ccg.org
Upacara Pembaptisan [D3]
Pembaptisan
Pembaptisan adalah yang pertama daripada
dua sakramen di dalam Jemaat. Sakramen yang kedua adalah Jamuan Malam Tuhan,
yang mana tidak akan diambil tanpa pertobatan dan pembaptisan (lihat karya
tulis Sakramen-Sakramen
di dalam Jemaat (No. 150)). Kita selamat kerana rahmat melalui iman
tetapi kita akan dihukum dengan melanggar hukum perjanjian Allah (Roma
5:20-6:19). Kita menerima dan mengekalkan Roh Suci secara bersyarat.
Matius 28:19 19 Karena itu pergilah, jadikanlah semua bangsa murid-Ku dan baptislah mereka dalam nama Bapa dan Anak dan Roh Kudus,
Keputusan
mengenai Pembaptisan adalah proses tiga bahagian:
Yang pertama kita harus bertobat, yang bererti berubah.
Yang kedua kita dibaptiskan pengampunan dosa.
Yang ketiga kita menerima anugerah Roh Suci.
Pertobatan
Pertobatan
membutuhkan kita untuk berubah dan menjauhkan diri kita dari sikap lama yang
berdosa dan hidup di dalam harmoni seperti mana Allah kehendaki. Iany bukan
satu penyesalan, tetapi satu perubahan yang lengkap dari hal tingkah laku kita.
Sekiranya kita berikan hidup kita kepada Tuhan, Dia akan membentuk fikiran kita (Amsal 16:3).
Pembaptisan
dengan cara pencelupan melambangkan kematian hidup kita yang lama dalam dosa,
yakni melanggar hukum taurat (1Yohanes 3:4). Kita harus dicelupkan sepenuhnya di dalam air, dan “dikubur”,
supaya kita akan mati kecualilah kita bangkit dari air, kepada kehidupan (Roma
6:1-9). Keluar daripada kubur air melambangkan kebangkitan kepada hidup yang
baru (petikan karya tulis Pertobatan dan Pembaptisan (No.
52)).
Kita
dibaptiskan di dalam Kristus Yesus (Roma 6:3) dan bukan di dalam mazhab yang
lain, dinominasi atau jemaat lain. Ini adalah ke dalam satu tubuh yang
mempunyai ramai anggota ( 1 Kor 12:13-14). Kita harus berubah (Roma 12:1-2),
bertumbuh di dalam rahmat dan pengetahuan (2 Pet 3:18) dan menghasilkan buah
(Gal 5:22-23) yang menjadi bukti bagi pertobatan kita (lihat karya tulis Buah Roh Suci (No. 146)).
Bagaimana
pun, terdapat syaratnya. Perkara ini harus difikirkan atau dipastikan sebelum
langkah-langkah pertobatan ini diambil (Lukas 14:25-33).
Roh Suci
Justru
itu, Roh Suci dianugerahkan mengikut penunjuk dari Allah, yang dilambangkan
dengan meletakkan tangan. Justru itu, Roh Suci memasuki individu yang bertobat.
Roh Suci itu sendiri tidak dianugerahkan dengan meletakkan tangan keatas
individu yang bertobat. Orang yang meletakkan tangan itu melakukan perkara ini
sebagai wakil Jemaat. Roh akan membawa umat pilihan dekat kepada Allah melalui
Kristus (Ibr 7:25) dan buah pertama dari Roh diberikan kepada individu itu
ketika dia dibaptiskan (Roma 8:23). (Lihat juga karya tulis Roh Suci (No. 117)).
Adakah
kamu percaya bahawa ada satu Allah iaitu Bapa kepada semua dan satu Tuhan Yesus
Kristus?
Jawapan:
Ya.
(petikan Luk 13:3; 11:32; Kisah 3:19, 2:38)
Jawapan:
Ya
********************
(petikan
Roma 6:10-12)
Jawapan:
Ya
*****************
Adakah kamu percaya bahawa Kristus telah mati untuk menebus hutang dosa kamu?
(petikan 2Kor 5:21; Ibr 10:14-17; Kol 4:12-14).
Jawapan: Ya.
********************
(petikan Roma 10:9; Ibr 10:10-12)
Jawapan: Ya
********************
(petikan Wah 12:17; 14:12)
Jawapan: Ya
********************
Sekarang kami akan membaptis kamu bagi pengampunan dosa.
********************
Bapa yang Kekal
Kami membaptis orang ini (nama orangitu disebut) dengan kekuasaan serta di dalam Nama kamu dan di dalam anakMu, Sang Mesiah, melalui kuasa Roh Suci. Dengan ini Bapa, kami meminta bahawa Roah Suci akan dianugerahkan ke dalam orang ini di dalam nama anakMu Yesus Kristus, Amen.
Kami telah membaptis kamu ke dalam tubuh anakNya Yesus Kristus, Sang Mesiah.
Kamu telah dibaptis dengan kekuasaan Yesus Kristus dan melalui kuasa Roh Suci Allah.
(petikan 2Kor 5.5; Rom 8:23; 1Kor 6:19; Ibr 7:25).
q