Jemaat-jemaat Allah Al Masehi

[003B]

 

 

 

 

Soal Jawab mengenai Keimanan Kristian

(Edisi 1.0 20120101-20120101)

 

 

Kebanyakan orang akan terperanjat apabila mengetahui bahawa apa yang mereka percaya tidak ada terkandung di dalam Alkitab dan tidak disokong atau dipercayai oleh mana-mana Gereja terdahulu. Dengan menjawab kuiz ini anda akan dapat mengetahui sejauh mana keimanan yang anda pegang adalah benar.

 

 

Christian Churches of God
PO Box 369, WODEN ACT 2606, AUSTRALIA

 

E-mail: secretary@ccg.org

 

(Hakcipta © Christian Churches of God, ed. Wade Cox)

(tr. 2014)

 

Karya tulis ini boleh disalin semula dan didistribusikan secara bebas dengan syarat ia disalin semuanya tanpa apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat penerbit serta notis hakcipta harus disertakan.  Sebarang bayaran tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima salinan yang didistribusikan.  Petikan-petikan ringkas daripadanya boleh dimasukkan ke dalam artikel-artikel kritis dan karya ulasan tanpa melanggar undang-undang hakcipta.

 

Karya ini boleh didapati daripada Internet di:
http://www.logon.org dan http://www.ccg.org

 

Soal Jawab mengenai Keimanan Kristian

 

 

Tuhan

 

1) Adakah Tuhan adalah Tuhan Bapa satu-satunya Tuhan yang benar atau adakah Yesus adalah Tuhan  sama seperti Tuhan?

  1. Ya, Tuhan adalah satu-satunya Tuhan yang benar.

(1Tim. 2:5; 1Cor 8:4; Gal 3:19-20 ; Ul. 4:35,39; Efe. 4:6; Yoh 17:3; Ul. 32:39; Mal. 2:10; Mzm. 90:2; Mzm. 93:1).

 


2) Adakah Tuhan sendiri mencipta Syurga dan Bumi atau adakah Tuhan menciptanya melalui Yesus Kristus?

  1. Ya, Tuhan sendiri mencipta Syurga dan Bumi (Yes. 44:24; 51:13; 40:22; Ams. 30:4; Ayub 9:8; Ayub 38:1-7; Mzm. 104:2; Yer. 51:15; Kej. 1:1; 1Kor. 8:6a; Wah. 10:6).

Bilamana Bumi in menjadi tohu dan bohu, Tuhan menciptakan Yesus Kristus dan juga elohim yang lain agar Manusia dapat hidup dan tinggal di situ.

 

 

3) Adakah manusia melihat Tuhan dan adakah manusia mendengar suara-Nya? 

  1. Tidak, Tuhan tidak dapat dilihat (Kol. 1: 15; 1Tim. 1:17; 6:16), tiada satu manusia pun telah melihat Tuhan atau mendengar suara-Nya (Yoh 5:37, 1Yoh 4:12, Yoh 1:18, 6:46).

 

4) Adakah Tuhan yang benar itu adalah Tuhan Kristus, walaupun selepas Yesus dibangkitkan dan diletakkan di tangan kanan Tuhan?

  1. Ya Tuhan yang benar itu adalah Tuhan Kristus (Efe. 1:17; Efe 4:6; Mzm. 45:7; Ibr. 1:9; Yoh 17:3). Walaupun selepas kebangkitan Yesus, Tuhan itu masih Tuhan Kristus. (Yoh 20:17).

Hanya ada satu Tuhan dan Bapa segala bapa dan Dialah Tuhan Kristus. (Rom. 15:6; 2Kor. 1:3; Efe. 1:3; Kol. 1:3; 1Pet. 1:3).

 

 

Roh Kudus

 

1) Adakah Roh Kudus itu Tuhan?

  1. Tidak, Roh Kudus yang berasal dari Bapa dan yang dihantar oleh Kristus bukanlah Tuhan. (Yoh 15:26; Yoh 16:13).


2) Adakah Roh Kudus itu orang di dalam Ketuhanan?

  1. Tidak, Roh Kudus bukan orang di dalam Ketuhanan (Kis. 5:6; Kel. 31:3; Kel. 35:31; Mik 3:8; Luk 1:15; Kis 4:8; Kis 7:55; Kis 13:9; Kis 4:31; 2Taw. 24:20).

 

3) Bolehkah kita berdoa atau menyembah Roh Kudus?

  1. Tidak, Kristus menyatakan bahawa Bapanya di syurga yang harus disembah. (Yoh 4:23; 1Kor. 6:19).


4) Apakah itu Roh Kudus?

  1. Roh Kudus itu adalah satu kuasa dari Tuhan. (Yoh 20:22; Kis 8:17-21; Kis 1:8; Kis 2:4; Kis 4:25; Luk 4:14; Rom. 15:19; 1Kor. 2:4).

Roh Kudus adalah suatu sifat Allah (2Pet. 1:3-4).

 


Yesus

 

1) Adakah Kristus setara dengan Tuhan?

  1. Tidak, Kristus tidak setara dengan Tuhan (Yoh 14:28; 1Kor. 15:27; Fil. 2:6; Kis 7:56; 1 Pet. 3:22).


2) Adakah Kristus seabadi bersama dengan Tuhan?

  1. Tidak, Kristus tidak seabadi bersama dengan Bapanya atau Tuhan (Ams. 30:4; Mik 5:2; Mzm. 45:7).

 

3) Adakah Kristus mempunyai permulaan?

  1. Ya, Kristus mempunyai permulaan (Wah. 3:14).

 

4) Adakah Yesus diciptakan oleh Tuhan?

  1. Ya, Kristus diciptakan di dalam imej Tuhan. (Kol. 1:15).


5) Adakah Kristus wujud sebelum menjadi manusia? Jika Ya, apakah Ia? 

  1. Ya, Kristus wujud sebelum menjadi manusia. (Yoh 8:58; 1Kor. 15:47; Yoh 17:4,24; Yoh 3:13). Sebelum ia berupa manusia, Kristus adalah elohim (Fil. 2:6; Mzm. 45:7), cth. Anak Tuhan (dari Yoh 10:33-36).

Rasul mengenali Kristus sebagai Malaikat Tuhan, menjadi satu perantaraan yang telah menunjukkan diri kepada Musa dan memberikannya Hukum Allah. (Kis 7:35,38; Ibr. 2:2; Gal. 3:19-20; 1Tim. 2:5).

 

 

6) Adakah Kristus merupakan satu-satunya anak Tuhan?

  1. Tidak, Kristus adalah anak Tuhan. Tuhan menciptakan ramai orang anak. (Ayub 1:6; 2:1; 38:4-7; Mzm. 86:8-10; 95:3; 96:4; 135:5), dan Tuhan menjadi Tuhan Bapa kepada anak-anaknya yang kudus. (Ibr. 12:9).

Dengan itu, Kristus merupakan satu-satunya anak Tuhan yang merupakan bentuk muanusia dan dilahirkan dengan daging manusia.

 

 

7) Adakah Krists bangkit dari kematian?

  1. Ya, Tuhan Bapa membangkitkan Kristus dari kematian. (1Kor. 15:15; Rom. 4:24; Kis 2:24,32; 1Kor. 15:3-9).

 

8) Bolehkah kita berdoa atau menyembah Kristus?

  1. Tidak, Kristus telah mengajar kita kepada siapa kita harus berdoa, dan bagaimana untuk berdoa. Dan hanya kepada Tuhan Bapa kita berdoa and memberi pujian, atau menyembah. (Mat. 6:9; Yoh 14:13; Rom. 16:27; Ibr. 13:15-16).


9) Adakah Malaikat menyembah atau berdoa kepada Kristus?

  1. Tidak, malaikat atau manusia proskuneo kepada Kristus (Ibr. 1:6; Mat. 2:11), sama seperti dalam Wahyu 3:9 di mana jemaah Iblis telah proskuneo di depan umat pilihan. Tindakan tersebut adalah satu perhambaan, tetapi ia tidak bermaksud beribadah.

Tiada Tuhan yang lain, hanya kepada Tuhan Bapa kita harus menyembah (Luk 4:8; Yoh 4:21-24; Fil. 3:3; Efe. 5:19-20; Why. 22:9).

 

Kristus berkata, hanya Tuhan Bapa yang harus disembah dan dipuji (Yoh 4:23; 1Kor. 6:19).

 

 

10) Adakah Tuhan yang memberi hukum kepada Musa ketika di Sinai? 

  1. Ya, Tuhan memberi Hukum itu kepada Musa.

                   

11) Adakah Tuhan sendiri yang memberikan Hukum itu atau melalui yang lain? Jika Ya, siapakah mereka?

  1. Tidak, Tuhan Maha Benar tidak menunjukkan diri kepada Musa di Sinai. Jelas mengatakan bahawa yang telah berkata dan menunjukkan diri kepada Musa itu adalah satu ‘Malaikat’, dan ia tidak lain dan tidak bukan ialah Yesus Kristus sendiri. (Kis 7:35-38; 1Kor. 10:4; Kis 7:53; Gal:3:19; Ibr 2:2).

 

12) Siapakah Malaikat yang Alkitab katakan telah bersama Israel ketika di hutan belantara dan telah memberikan mereka makan?

  1. Alkitab dengan jelas mengatakan bahawa Yesus Kristus ialah malaikat yang telah bercakap dengan Musa di hutan itu and Yesus jugalah yang telah berkata-kata dengan Musa di Gunung Sinai. Perkataan malaikat atau malak itu bermaksud Rasul. Kejadian 48:15-16 berkata, “Sesudah itu diberkatinyalah Yusuf, katanya: ‘Nenekku dan ayahku, Abraham dan Ishak, telah hidup di hadapan Allah; Allah itu, sebagai Allah yang telah menjadi gembalaku selama hidupku sampai sekarang, dan sebagai Malaikat yang telah melepaskan aku dari segala bahaya, Dialah kiranya yang memberkati orang-orang mda ini, sehingga namaku serta nama nenek dan bapaku, Abraham dan Ishak, termashyur oleh karena mereka dan sehingga mereka bertambah-tambah menjadi jumlah yang besar di bumi.” “Malaikat” yang telah membebaskan Israel daripada segala kejahatan adalah satu Rasul yang diutuskan oleh Tuhan. Malaikat itu adalah Yesus Kristus. (baca The Angel of YHVH (No. 24)).

13) Adakah satu penghujaan apabila merujuk Kristus sebagai Malaikat?

  1. Tidak, malah disebaliknya – ianya injili. Yesus Kristus IALAH malaikat Tuhan yang telah bercakap dengan Musa.

Hari Ibadah

 

1) Hari apakah yang Allah telah perintahkan kepada kita untuk berkumpul untuk beribadah atau menyembah-Nya?

  1. Ianya adalah hari yang Ketujuh yang pada mananya ialah Hari Sabtu (Kel. 20:10-11; Ibr. 4:3-40).


2) Bolehkah kita berkumpul pada hari Ahad untuk memuji Tuhan dan beribadah?

  1. Tidak, hari Ahad bukanlah hari yang Ketujuh; ianya adalah hari yang pertama di dalam minggu (Mat. 28:1).


3) Adakah kita dibenarkan untuk berkumpul bersama pada hari yang lain dalam minggu untuk beribadah?

  1. Tidak. Hari perhentian, Hari Sabat, ialah hari Tuhan yang suci. (Kel. 35:2; Kel. 31:14; Neh. 13:22) dan itu adalah satu-satunya hari yang telah dipilih untuk pertemuan kudus (Im. 23:3; Yes. 56:2).

 

4) Dapatkah kita memilih untuk bekerja atau tidak pada hari yg Tuhan telah sediakan untuk kita beribadah pada-Nya?

  1. Tidak, kita tidak bole membuat pilihan. Kita diperintahkan untuk bekerja selama enam hari (Kel. 23:12). Segala sesuatu yang dijumpai tanganmu untuk dikerjakan, kerjakanlah itu (Eccl. 9:10).

Hari Sabat adalah hari beribadah, tidak ada satu kerja pun yang dapat dilakukan oleh manusia pada hari itu. (Mar 2:27).

 

 

5) Bolehkah kita mengizinkan sesiapa untuk bekerja demi kita pada hari Sabat?

  1. Tidak. Kita harus berhenti bekerja pada hari Sabat, bermula pada malam Jumaat sehingga ke malam Sabtu.  

Hari ketujuh adalah hari Sabat Tuhan, Allahmu; maka jangan melakukan sesuatu pekerjaan, engkau atau anakmu laki-laki, atau anakmu perempuan, atau hambamu laki-laki, atau hambamu perempuan, atau lembumu, atau keledaimu, atau hewanmu yang mana pun, atau orang asing yang di tempat kediamanmu, supaya hambamu laki-laki dan hambamu perempuan berhenti seperti engkau juga. (Ul. 5:14).

 

 

6) Dengan apakah kita mencemarkan hari Sabat itu?

  1. Dengan melakukan sebarang pekerjaan, dengan mengarah seseorang untuk bekerja untuk kita (seperti pergi ke restoran untuk makan), dengan memenuhi pemikiran kita dengan idea dan kepentingan kita sendiri dan tidak meletakkan Tuhan keutamaan kita pada hari itu (Isa. 58:13).


Pesta

 

1) Apakah itu Pesta Tuhan?

  1. Hanya ada tiga Pesta tahunan:

        • Hari Raya Roti tidak Beragi

        • Pentakosta

        • Hari Raya Pondok Daun

 

(Kel. 23:14-19; Ul. 16:1-17; Imm. 23:1-44)

 

 

2) Haruskah kita keluar dari rumah untuk menyambut Pesta Tuhan?  

  1. Ya, kita harus mengasingkan diri daripada duniawi dan selama tiga kali dalam setahun kita harus berada ditempat yang dipilih Tuhan untuk membuat nama-Nya diam di sana. (Ul. 16:2,6-7).

Gereja Tuhan bertanggungjawab untuk memilih di manakah harusnya Pesta itu diadakan dan harus menyediakan tempat itu. Kita tidak boleh mempersembahkan korban itu di tempat yang tertutup dari yang lain. (Ul. 16:5-6).

 

 

3) Haruskah kita berada di tempat pemestaan itu sepanjang hari Pesta (selama tujuh hari Hari Raya Roti tidak Beragi dan Hari Raya Pondok Daun dan selama 2 hari Pentakosta) itu?

  1. Ya, (Kis 20:6; 1Kor. 5:8; Kis 2:1). Kita harus tinggal di situ dan tidak pulang ke rumah atau melakukan pekerjaan sampailah hari Pesta itu berakhir.

 

4) Adakah kita diperintahkan untuk memberi persembahan pada ketiga hari Pesta ini?   

  1. Ya, kita tidak harus bertangan kosong di hadapan Tuhan pada hari Pesta. Setiap manusia harus memberi persembahan, sesuai dengan berkat yang diberikan kepada kita oleh Tuhan. (Ul. 16:16-17).

 

5) Adakah kita diizinkan untuk menyambut Perayaan Natal?

  1. Tidak.

Yeremia 10:2-5 [2] Beginilah firman TUHAN: “Janganlah biasakan dirimu dengan tingkah langkah bangsa-bangsa, janglah gentar terhadap tanda-tanda di langit, sekalipun bangsa-bangsa gentar terhadapnya. [3] Sebab yang disegani bangsa-bangsa adalah kesia-siaan. Bukankah berhala itu pohon kayu yang ditebang orang dari hutan, yang dikerjakan dengan pahat oleh tangan tukang kayu? [4] Orang memperindahnya dengan emas dan perak; orang memperkuatnya dengan paku dan palu, supaya jangan goyang. [5] Berhala itu sama seperti orang-orangan d kebun mentimun, tidak dapat berbicara; orang harus mengangkatnya, sebab tidak dapat melangkah. Jangalah takut kepadanya, sebab berhala itu tdak dapat berbuat jahat, dan berbuat baik pun tidak dapat.”

 

 

6) Bolehkah kita menyambut hari Paskah?

  1. Tidak. Paskah adalah perayaan orang pagan Dewi Ishtar yang dimana pasangannya (suami) telah meninggal pada hari Jumaat dan dibangkitkan pada hari Minggu. Paskah terdahulu telah diubah menjadi Paskah apabila terdapat pertikaian di gereja selama tarikh Perjamuan Tuhan.

 

7) Bolehkah kita menyambut Hari Lahir?

  1. Tidak ada di dalam Alkitab memerintahkan kita untuk mengamati hari lahir. Bahkan, contoh-contoh dalam Alkitab menunjukkan bahwa kita tidak harus mengamati ulang tahun (Kej. 40: 20; Ayub 1:4; Mat. 14:6; Mark 6:21).
  2. Kita harus mengingati kematian Yesus (Luk 22:19), dan pada setiap perayaan Perjamuan Suci kita berbuat sedemikian; kita tidak diajar untuk menyambut Hari Kelahiran Yesus.


8) Bolehkah kita menyambut Hari Tahun Baru pada bulan Januari?

  1. Tidak, Tuhan perintahkan agar kita tidak belajar atau mencontohi perlakuan bangsa-bangsa (Yer. 10:2; 2Raja-raja 17:33; 1Raja-raja 14:24; Deut. 18:9).


9) Apakah itu Tahun Baru mengikut Kitab Suci?

  1. Ia adalah bulan baru yang terdekat dengan kepulangan musim bunga di Jerusalem (atau di hemsfera utara) (lihat Kel. 23:15; Kel. 12:2).


10) Apakah itu Bulan Baru?

  1. Ianya adalah apabila kedudukan Bulan, Bumi dan matahari adalah selaras. (Mzm. 81:3).

    Perkataan Kehseh dalam ayat ketiga ini diambil daripada perkataan Kacah. Ianya tidak ada kaitan dengan bulan purnama, malah ianya adalah saat apabila bulan itu “hilang” dari penglihatan.


11) Bolehkah kita bekerja pada hari Bulan Baru?

  1. Tidak, hari Bulan Baru adalah hari bilamana kita harus berhenti bekerja (Amos 8:5).

 

12) Adakah kita diizinkan untuk mengarahkan sesiapa untuk bekerja untuk kita pada hari Bulan Baru?

  1. Tidak ada satu perniagaan yang diizinkan pada hari Sabat and hari Bulan Baru. (Amos 8:5).

 

Makanan


1) Di dalam Perjanjian Baru, adakah Tuhan membenarkan kita untuk memakan segala jenis permakanan?

  1. Tidak. Krisus berkata: Aku tidak datang untuk meniadakan hukum dan taurat; Aku datang untuk mengenapinya (Mat. 5:17).


2) Adakah makanan yang halal dan haram itu dihapuskan?

  1. Tdak. Setiap ciptaan Tuhan, dikuduskan oleh firman Tuhan adalah baik untuk dimakan dan tiada satu yang ditolak. (lihat 1Tim. 4:4-5).

 

Perihal Kematian

 

1) Apabila manusia meninggal adakah rohnya naik ke syurga jikalau dia baik atau ke neraka jikalau dia jahat?

  1. Tidak, si mati adalah seperti tertidur atau tidak menyedarkan diri (Luk 8:49-56; 1Tes. 4:13-18) menunggu hari kebangkitan (Dan. 12:2,13; 1Kor. 15:20-22).

Tidak ada seorang pun yang telah naik ke sorga, selain dari pada Dia yang telah turun dari sorga, yaitu Anak Manusia. (Yoh 3:13).

 

TIADA SESIAPA yang naik ke sorga, tidak sekarang, tidak sampai bila bila. Ianya Tuhan yang turun ke Bumi apabila semuanya sudah dipulihkan. (Wah. 22).

 


2) Seperti perumpamaan Lazarus dan si Kaya, adakah ia bermaksud mereka yang jahat akan dibakar selamanya, menderita di neraka?

  1. Tidak, oleh kerana Tuhan inginkan manusia untuk diselamatkan dan mengenal kebenaran (1Tim. 2:4). Dengan itu, semua manusia diberi perluang untuk bertaubat. (1Tim. 4:10).

 

3) Bolehkah roh itu mati?

  1. Ya, roh boleh binasa atau dihapuskan (Yeh. 18:4).

Kristus berkata: Janganlah kamu takut kepada mereka yang dapat membunuh tubuh, tetapi yang tidak berkuasa membunuh jiwa; takutla terutama kepada Dia yang berkuasa membinasakan baik jiwa maupun tubuh di dalam neraka (Matt. 10:28).

 

Manusia boleh menyebabkan kematian, tetapi dia tidak boleh membinasakannya – hanya Tuhan dapat melakukannya.

 

 

4) Apakah itu Neraka?

  1. Neraka itu dipanggil Sheol, dan bermaksud kuburan dimana si mati itu dikuburkan. Hades adalah perkataan Greek yang digunakan oleh orang Ibrani, juga bermaksud kuburan. Perkataan ketiga bagi Neraka yang diterjemahkan oleh Alkitab ialah Gehenna, iaitu lubang sampah di luar Jerusalem dimana anjing dan segala sampah dibakar pada masa itu. Perkataan yang lain yang digunakan dalam Alkitab ialah tartaros atau tartaroo, iaitu lubang yang dikhaskan untuk malaikat dalam pertahanan mereka. Tidak ada api neraka seperti yang diperkatakan.

 

5) Apakah itu Syurga?

  1. Syurga ialah Rumah Tuhan, Gunung Allah yang Suci, Gunung Zion, Kota Allah yang Hidup, Kota Syurga Jerusalem (2Kor. 12:2,4; Wah. 4:2-11; Wah. 21; Wah. 2:7; Ibr. 12:22; Mzm. 125:1).

 

6) Apakah itu Kematian Kedua?

  1. The Lake of Fire (Kolam Api) adalah satu cara pembakaran mayat-mayat orang yang menolak Allah pada akhir zaman menjelang Kebangkitan Kedua dan Penghakiman Takhta Putih.

Maut dan neraka juga akan dimusnahkan dan tidak akan wujud lagi sampai bila-bila. (Wah. 20:14).


7) Bolehkan malaikat mati?

  1. Ya, Malaikat boleh mati, dan angkatan syurgawi yang memberontak akan mati (Yeh. 28:16,18; Yes. 14:15) seperti manusia.


Kebangkitan

 

1) Dapatkah manusia bangkit daripada kematian?

  1. Ya, sebab sama seperti maut datang karena satu orang manusia, demikian juga kebangkitan orang mati datang karena satu manusia. Karena sama seperti semua orang mati dalam persekutuan dengan Adam, demikian pula semua orang akan dihidupkan kembali dalam persekutuan dengan Kristus. (1Kor. 15:21; 1Yoh 2:2; Rom. 11:32).


2) Berapa kalilah akan adanya kebangkitan?

  1. Alkitab berkata akan ada dua kebangkitan dari kematian.

Malaikat-malaikat padamasa itu juga akan dikurniakan keselamatan di dalam Kristus (1Pet. 3:19; 2Pet. 2:4) agar mereka memperoleh pengetahuan yang benar dan berpaling kepada Tuhan (1Kor 6:2-3; Yudas 6).

 

3) Adakah Tuhan akan mengirimkan Kristus kali kedua ke Bumi?

  1. Ya, Tuhan akan mengirimkan Kristus ke Bumi untuk kali kedua (Ibr. 9:28; Yoh. 14:3; Kis 1:11; Kis 15:16).

 

4) Adakah Kristus akan kemudiannya membawa orang yang kudus bersama-Nya ke tempat di mana Tuhan berada di syurga dan mereka akan duduk di situ bersama-sama Tuhan?

  1. Tidak, orang yang kudus itu akan bersama-sama dengan Tuhan Yesus, di mana Dia berada (Yoh 14:3; 1Tes. 4:17; Wah. 14:1). Kristus akan mengambil tempat-Nya dia Yerusalem (Wah. 14:1) di mana di situ dunia akan diperintahkan.


5) Apakah pekerjaan Kristus ketika kepulangannya di Bumi?

  1. Kristus (bersama-sama dengan orang kudus yang dibangkitkan) akan memerintah dunia di kota Yerusalem (Wah. 11:15; Wah. 19:11-16; Wah. 5:10; Wah. 20:4).


6) Berapa lamakah Tuhan menyuruh Kristus melakukan pekerjaan ini?

  1. Selama seribu tahun lamanya Kristus akan berada di atas Bumi ini (Wah. 20:6).


Gereja Tuhan

 

1) Siapakah dan apakah Gereja?

  1. Gereja itu adalah satu tubuh yang terdiri daripada jemaah-jemaah Tuhan. Ianya bukanlah satu bangunan. Kristus berkata bahwa Dia akan mendirikan gerejaNya si atas batu and batu itu ialah Tuhan sendiri. (Mzm. 18:1-2). Gereja itu degembalakan oleh pemimpin dan diakon, yang dipilih oleh saudara-saudara seiman (Kis 1:22,26, 6:3,5-6, 15:22; 1Kor. 16:3; 2Kor. 8:19,23). Roh Kudus menjadikan mereka gembala kepada domba-domba yang iaitu adalah Gereja Tuhan (Kis 20:28).

 

2) Apakah komisi Gejera itu?

  1. Gereja mempunyai komisi yang telah diberikannya oleh Yesus Kristus

Matius 28:18-20 Yesus mendekati mereka dan berkata: “Kepada-Ku telah diberikan segala kuasa di sorga dan Bumi. 19 Karena itu pergilah, jadikanlah semua bangsa murid-Ku dan baptiskanlah mereka dalam nama Bapa dan Anak dan Roh Kudus, 20 dan ajarlah mereka melakukan segala sesuatu yang telah Kuperintahkan kepadamu. Dan ketahuilah, Aku menyertai kamu senantiasa sampai kepada akhir zaman.

 

 

3) Adakah Kristian diwajibkan untuk memberi persepuluhan untuk membantu perkembangan dan pekerjaan Gereja Tuhan? 

 

  1. Ya. Ianya adalah tanggungjawab setiap Kristian untuk menyokong pekerjaan Gereja Tuhan (lihat Kel. 12:5-19). Terdapat dua jenis persepuluhan. Persepuluhan yang pertama ialah dengan memberikannya kepada pendeta-pendeta negara. Persepuluhan yang kedua ialah dengan mengambil bahagian di dalam Pesta Tuhan. Barangsesiapa gagal untuk memberikan persepuluhan ialah seumpama mencuri dari Tuhan (Mal.3:8-10).

 

4) Adakah pembaptisan gereja Trinitarian itu sah? 

  1. Tidak, pembaptisan yang menggabungkan Bapa, Anak dan Roh Kudus (Mat. 28:19) bermaksud pembaptisan itu dilakukan di dalam nama Bapa di dalam tubuh AnakNya, diminta di dalam nama Anak-Nya, di dalam kuasa dan oleh kuasa Roh Kudus itu.

Inilah maksud sebenar yang dinyatakan oleh Kristus, ianya tidak ada kaitan dengan Trinity.

 

 

5) Haruskah Trinitarians dibaptiskan semula?

  1. Ya, seperti sama juga mereka yang dibaptiskan di dalam gereja Binitarian atau Ditheist dan sebagainya.

 

6) Menurut Alkitab, adakah kita diizinkan untuk membaptiskan kanak-kanak atau remaja di bawah umur 20 tahun?

  1. Tidak. Menurut Alkitab seseorang itu mestilah cukup dewasa untuk pergi berperang dan seseorang itu sudah digelar dewasa apabila umurnya menjelang 20 tahun ke atas (Bil. 1:1-3,18; Ezra 3:8).

Perjuangan kita bukanlah melawan darah dan daging, tetapi melawan pemerintah-pemerintah, melawan penguasa-penguasa, melawan penghulu-penghulu dunia yang gelap ini, melawan roh-roh jahat di udara. (Efe. 6:11-13; 1Tim. 6:12; 2Tim. 4:7; Wah. 3:21; Wah. 12:11; Wah. 15:2).

 

 

7) Menurut Alkitab, bilakah umur yang sesuai yang membolehkan seseorang menjadi pemimpin di dalam Gereja Tuhan?

  1. Kita akan memangku jabatan sebagai guru di Bait Allah dari usia tiga puluh tahun sesuai dengan Hukum Allah (Bil. 4:3,23,30; 1Taw. 23:3). Mereka yang terpilih adalah bait Allah (1Kor 3:16; 2Kor. 6:16).

 

8) Bolehkah seseorang lelaki yang telah mengahwini lebih dari satu isteri menjadi pemimpin di Gereja Tuhan?

  1. Tidak, Perjanjian Baru menyatakan bahwa hanya satu isteri bagi setiap pemimpin. Tidak seorang pun boleh menjadi ketua gereja jika dia mempunyai lebih dari seorang isteri. (1Tim. 3:2,12; Titus 1:6).

Ketua-ketua gereja harus berkahwin, sebab sejak Adam lagi Tuhan telah memerintahkan agar semua lelaki harus mendirikan rumahtangga dan itu adalah tanggungjawab yang telah diberikan mereka oleh Tuhan.

 

 

9) Adakah perempuan boleh dijadikan sebagai pemimpin atau ketua gereja dan mengendalikan acara pelayanan di dalam Gereja Tuhan?

 

  1. Tidak. Kita harus tahu bahawa kepala dari tiap-tiap laki-laki ialah Kristus, kepala dari perempuan ialah laki-laki dan kepala dari Kristus ialah Allah (1Kor. 11:3; Efe. 5:23).

Pelaksanaan pelayanan di CCG di seluruh dunia haruslah seragam.  

 

Dengan itu setiap prosedur haruslah seperti berikut.

 

Semua acara harus dimulai dengan ‘Doa Pembuka’ terdahulu, barulah kemudiannya lagu dan nyanyian pujian.

 

Nyanyian puji-pujian adalah satu bentuk peribadahan.

 

Helaian itu haruslah dibaca dan diselidiki atau dipelajari.

 

Kebiasaannya, persoalan akan dibuka pada akhir pembelajaran, tetapi mereka yang membimbing pembelajaran itu boleh membuka persoalan jika ianya dianggap penting untuk mendapatkan penjelasan yang kukuh sekiranya tiada rakaman dibuat.

 

Kedua laki-laki dan perempuan boleh menyoal ketika Soal Jawab dijalankan oleh kerena si perempuan itu tidak bersama-sama dengan suaminya semasa beribadah dan oleh itu perintah Paulus tidak sepenuhnya diaplikasikan kepada kita. 

 

Perempuan harus merujuk kepada suaminya di mana yang boleh.

 

Penutupan acara ibadah ialah dengan nyanyian pujian dan kemudiannya doa.

 

Semua doa pembuka dan doa penutup haruslah dilakukan oleh laki-laki yang hadir.

 

Bagi acara yang mana hanya ada perempuan, perempuanlah yang akan mengambil bahagian dalam doa pembuka dan penutup dan membimbing pembelajaran dan menjawab persoalan. 

 

Waktu pembelajaran haruslah sentiasa dimulakan dengan doa dan juga diakhiri dengan doa kerana kita kehendaki agar Tuhan hadir di dalam Roh Kudus.

 

 

10) Manakah dari kalender ini harus Gereja Tuhan ikuti: Kalender Allah menurut gabungan dari Bulan Baru, atau Kalender Gregorian atau Kalender Hillel, atau kalender Islam? Apakah kita harus memerhatikan gandum di Yerusalem untuk menentukan Bulan Baru Abib?

  1. a) Tidak, kita tidak memerhatikan gandum di Yerusalem untuk menentukan Bulan Baru Abib. Nuh berjalan masuk dan Bahtera itu ditutup (Kej 7:16), tetapi pada akhir banjir itu, dia tahu bilakah Tahun Baru itu. Dia kemudiannya membuka penutup bahtera itu (Kej 8:13). Pengetahuan tentang Tahun Baru ini tidak berdasarkan tanda-tanda visual dan sudah pastinya tidaj juga berdasarkan penuaian gandum berhampiran Yerusalem pada akhir banjir itu atau di mana saja.

Permulaan tahun baru TIDAK BERGANTUNG kepada kematangan gandum di zaman moden Israel. Ianya bole berubah dari beberapa minggu ke setahun dan ianya adalah mustahil untuk membuat calendar berdasarkannya dan dengan itu menentukan Hari Suci.

Manusia pada hari ini menggunakan benih moden yang bole menjadi matang dengan tempoh yang berlainan dan ianya sangatlah berbeza dengan benih yang biasa. Sesetengah orang menanamnya, malah, menletakkannya di dalam suasana yang terjaga. Namun begitu juga, keadaan yang berbeza boleh menghasilkan kesan yang berlain sesuai mengikuti kehendak mereka.

 

Tahun yang ketujuh dari kitaran tujuh tahun adalah seperti tahun perhentian yang di mana kita tidak melakukan penanaman mengikut perintah Tuhan. Di zaman millenium, tidak ada sesiapa yang akan menyemai benih tahunan seperti gandum. Oleh yang demikian, tidak ada sesiapa yang akan dapat melihat bagaimana pertumbuhan gandum pada bulan Mar atau April, di dalam tahun Sabat dan Jubilee. Pengetahuan tentang ini tidak boleh menentukan bermulanya tahun yang baru dan tdak boleh menentukan Pesta dan Hari Suci.

 

b) Kita tidak dibenarkan untuk menunda Hari-hari Suci, Bulan Baru dan Sabat. Oleh itu, Kalendar Hillel dikatakan satu jenis penyimpangan dan keji.

 

c) Kalendar Gregorian ialah ciptaan manusia, dan ia tidak berasal dari Alkitab.

 

d) Ianya satu fakta sejarah yang mengatakan Kristus and Gereja Tuhan sudah sentiasa mengikuti Kalendar Temple yang ditentukan oleh sempena  wujudnya Bulan Baru ketika di Yerusalem. 

 


Perkahwinan

 

1) Adakah Kristus membenarkan pasangan tinggal dalam perhubungan de facto?

 

  1. Tidak. Peraturan Gereja Tuhan tidak pernah berubah selama 2000 tahun. Anggota Kristus haruslah mengadakan perkahwinan yang sah dengan satu suami/isteri dan tidak boleh melakukan zina sehinggalah keduanya berkahwin secara sah .

Kristus memberi perintah yang jelas mengenai perkahwinan dan Dia tidak mengiktirafkan mana-mana undang atau perkahwinan de facto sebagai satu pernikahan yang sah. Apabila bercakap dengan perempuan ketika di perigi di Sychar Samaria Kristus berkata: “Pergilah, panggillah suamimu dan datang ke sini.” Kata perempuan itu: “Aku tidak mempunyai suami.” Kata Yesuus kepadanya: “ Tepat katamu, bahwa engkau tidak mempunyai suami, sebab engkau sudah mempunyai lima suami dan yang ada sekarang padamu, bukanlah suamimu. Dalam hal ini engkau berkata benar.” (Yoh. 4:16-19).

 

Kristus kemudiannya tahu bahawa perempuan itu hidup dalam perhubungan de facto dengan laki-laki itu seperti mana yang sudah dinyatakan “yang ada sekarang padamu bukanlah suamimu”.

 

Larangan untuk berkahwin itu adalah ajaran Iblis (1Tim. 4:1,3).

 

 

Perjamuan Malam Tuhan

 

1) Siapakah mereka yang dibenarkan untuk berada di dalam kamar untuk menerima roti dan anggur itu?

 

  1. Perjamuan Tuhan dihadiri oleh orang dewasa yang telah dibaptiskan sahaja. Kanak-kanak ditempatkan dibawah jagaan ketika upacara ini dijalankan.

2) Bolehkah jus buah anggur digantikan dengan wain di dalam Perjamua Tuhan?                                                                                                                                                          

  1. Tidak. Jus buah anggur tidak pernah digunakan di dalam Paskah oleh mana-mana Yahudi atau Israel, termasuk Kristus, Rasul-rasul atau dalam Gereja Perjanjian Baru. Jus buah anggur tidak hidup, sedangkan wain mempunyai hidup dan menjadi tanda darah Yesus Kristus yang hidup sebagai manusia.

                                  

3) Apakah itu Malam Berjaga-jaga atau Malam untuk Mengingati (Kel. 12:42)?

  1. Konsep berjaga-jaga datangnya dari melewati kematian Malaikat dan memerhati pembebasan umat Tuhan. Kristus mati pada pukul 3 p.m dan pada masa itulah domba dikorbankan untuk perjamuan Paskah petang itu dan menggelarnya Malam Untuk Mengingati pada hari ke-15 bulan pertama. Tujuannya bukanlah untuk kita berjaga untuk memerhati pada malam itu malah disebaliknya malam itu tujuan menyelidiki, mengkaji dan berjaga diperpanjangkan. Adalah tidak sesuai untuk tidur lebih awal pada malam sebegini.

 

4) Apakah kepentingan Persembahan Berkas?

  1. Persembahan domba dan buah pertama melambangkan Kristus seperti buah pertama yang diangkat ke Syurga ke Bapa-Nya (Imm. 23:9-14). Ianya adalah buah penuaian gandum pertama dari yang pertama dan juga permulaan penuaian manusia yang berterusan sehingga ke dalam keluarga Tuhan. Persembahan Berkas itu juga melambangkan permulaan pengiraan hari Pentakosta yang selalunya jatuh pada hari Ahad semasa hari Roti Tidak Berbagi.




q