Jemaat-jemaat Allah Al Masehi
[008]
Katolikisme: Soalan Yang Kerap Ditanya
(Edisi 1.0
20010223-20010223)
Soalan-soalan yang kerap ditanya tentang upacara serta tradisi dalam Katolikisme.
E-mail: secretary@ccg.org
(Hakcipta ã 2001 Wade Cox)
(Tr. 2004)
Karya tulis ini boleh disalin semula dan didistribusikan secara bebas dengan syarat ia disalin semuanya tanpa apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat penerbit serta notis hakcipta harus disertakan. Sebarang bayaran tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima salinan yang didistribusikan. Petikan-petikan ringkas daripadanya boleh dimasukkan ke dalam artikel-artikel kritis dan karya ulasan tanpa melanggar undang-undang hakcipta.
Karya
ini boleh didapati daripada Internet di:
http://www.logon.org dan http://www.ccg.org
Katolikisme:
Soalan Yang Kerap Ditanya [008]
1…Tuhan
Trinitas Yang Dirahmati-Kenapa ada orang yang
tidak percaya dalam Trinitas-Bilakah trinitas mula-mula dipeluk
2…Yesus Kristus
Kedudukan anak di dalam Ketuhanan-Hukum
Kristus-Kristus terus memberi korban-Adakah Anak dan Bapa setara-Apakah ertinya
menjadi satu dengan Tuhan-Dari manakah Yesus mendapat kromosom Y-nya-Pujaan
hati suci Yesus
3…Alkitab
Hukum alkitabiah dan peperangan-Pemeliharaan
hari Minggu atau Sabtu-Apakah definisi seorang Kristian-Perlukah umat Katolik
membaca buku Perjanjian Lama-Mungkinkah Alkitab itu salah-Versi Alkitab manakah
yang lebih tua-Siapakah Apakah binatang itu
4…Maria (Mary)
dan Pemujaan Maria
Adakah Maria Ratu Syurga-Adakah Fatima
menggenapi 1 Timotius 4:1-Jantung Suci Maria-Adakah Maria mempunyai
anak-anak lain-Penghormatan terhadap Perawan Maria-Siapa dia Medjugorje-Adakah
Maria lahir tanpa dosa-Alkitab dan andaian tentang Maria-Adakah ‘bintang lautan’
suatu konsep pagan-Adakah Maria kekal sebagai seorang perawan-Wanita
dengan Buah Delima-Maria sebagai perawan kekal (Matius 1:24-25)-Apa yang
terjadi kepada Yusuf-Adakah 8 September hari ulangtahun Maria
5…Malaikat-malaikat
Malaikat penjaga peribadi-Adakah
Malaikat-malaikat benar-benar bersayap-Dari manakah datangnya malaikat-malaikat
6…Jemaat
Asal-usul Kepercayaan Jemaat Roman Katolik-Jemaat
Roman Katolik dan Raja Salomo-Apakah ertinya menjadi seorang Katolik
Doktrin..Apakah
Apologetics-Adakah manusia memiliki roh manusia dan Tuhan-Kemaknaan Vatican
II-Perpecahan besar Jemaat Katolik-Bukan Roman Katolik dan Keselamatan-Mendapat
keselamatan dengan memelihara peraturan-peraturan jemaat
Jemaat Sebenar..Adakah Jemaat Katolik itu Jemaat sebenar-Apakah hak
kuasa yang diberikan kepada Petrus-Adakah Petrus paus pertama re Matius
16:18-19-Adakah semua jemaat bukan RK sesat-Di mana dan apakah jemaat sebenar- Adakah
Yesaya 22:15-25 membuktikan Petrus telah diberikan kunci-kunci itu
Masyarakat..Kedatangan yang menurun dalam jemaat-jemaat Katolik-
Adakah Katolikisme Roman suatu kultus-Adakah tahun 2000 suatu tahun Jubli-Kenapakah
orang ramai mengikut dengan membabi buta apa yang mereka disuruh-Adakah agama
Kristian aliran umum akan dikuasai paganisme-Alkitab dan perancangan keluarga-Adakah
Kerajaan Tuhan berada dalam hati kita-Sebab Jemaat England diasaskan-Apakah
maknanya sedevcante-Apakah seorang Secevantist-Ensiklopedia Katolik dan
Pasifisme
7…Sakramen-sakramen
Sakramen-sakramen jemaat
Eucharist..Roti dan anggur sebagai tubuh dan darah-Pembasuhan
kaki dan Eucharist-Anak-anak dan perjamuan suci pertama
Baptisan..Adakah baptisan keinginan diterima-Baptisan anak-anak
luar nikah-Jemaat Katolik dan baptisan melalui selaman-Kenapa membaptis bayi
Perintah-perintah Suci.. Perintah-perintah Suci membabitkan apa
Penebusan Dosa..Kuasa untuk mengampuni dosa
Mengurap Orang Sakit..Konsep mengurap orang sakit
8…Kepaderian
Adakah kaum paderi golongan Farisi moden-Lelaki
dan penutup kepala
Paus..Asal-usul
perkataan paus (pontiff)-Adakah Petrus paus pertama-Nama Paus-Jabatan
Paus dan perintah pertama
Paderi..Kenapakah kaum paderi dipanggil Father
(Bapa)
Rahib perempuan..Adakah mereka pengantin Kristus
Pembantu..Kanak-kanak pembantu dan Mass (Misa atau upacara
sembahyang)
Pengurapan para wanita..Bolehkah wanita menjadi Diakon
Pakaian..Erti pakaian-Kenapakah kardinal berpakaian merah-Adakah
ini berdasarkan alkitab-Kepaderian memakan jubah hitam yang panjang
9…Hidup Kekal
Kebangkitan..Kepercayaan Katolik dan kebangkitan tubuh daging
Jiwa..Perbezaan
antara jiwa dan roh
Syurga..Benarkan ada syurga-Adakah kita pergi ke syurga
selepas mati
Neraka..Adakah Alkitab menceritakan tentang syurga dan
neraka
Tempat Penyucian..Benarkah ada tempat penyucian (purgatory)-Jika
benar adanya tempat penyucian itu kenapa tidak terus saja berdosa
Limbo (Tempat Buangan)..Apakah itu Limbo
10…Kalendar
Pertikaian Paskah/Easter-Asal-usul tempoh
advent (kedatangan)-Bagaimana tarikh untuk Lent ditentukan
Sabat atau Minggu..Mengubah hari Sabat kepada hari Minggu
Hari-hari Suci..Minggu 25 Jun dan Corpus Christi-Kenapakah Hari
Tahun Baru suatu hari suci
11…Dosa
Adakah tahap-tahap dosa-Adakah Yesus akan
mengasihi seorang yang berdosa-Adakah semua orang lahir dengan dosa asal
12…Ibadah
Mass (Misa)..Adakah Kristus telah merayakan Mass-Asal-usul Mass
hari Minggu
13…Simbol-simbol
Air suci dan melutut di dalam gereja
Stesen-stesen Salib..Asal-usul Stesen-stesen Salib
Salib..Adakah
salib suatu simbol pagan
Manik-manik Tasbih..Asal-usul manik-manik Tasbih
Lilin..Asal-usul
lilin
Loceng..Kenapakah loceng-loceng digunakan dalam gereja
Anak-anak tangga Mezbah..Erti anak-anak tangga pada mezbah
Skapular-skapular warna coklat..Amalan
memakai skapular-skapular coklat
Air Suci..Bagaimanakah air menjadi suci
14…Adat-adat
Jendela kaca berwarna-Satria-satria Columbus-Wanita
dan Pengawal Swiss Vatican- Gambaran-gambaran lingkaran cahaya kesucian
dan seni pagan-adat Eropah dalam hari-hari bernama-Orang-orang asalnya dikubur
dalam keranda kayu pain-Jemaat Katolik dan penurutan hawa nafsu-Yeremia
10:3-5 dan pohon Krismas-Kebaktian-kebaktian Jumaat pertama-Pertalian kepada
penyaliban hari Jumaat-Ikan dan bukannya daging-Hari Minggu Palma-Mencium
cincin biskop-Pemberkatan rumah oleh paderi-Lima Sabtu pertama-Kenapakah
salib-salib diperbuat dari pain-Menyembah Maria dan orang-orang santo
15…Doa
Kepada siapakah harus saya berdoa-Bolehkah St
Jude (Yudas) membantu mencari benda-Adakah ucapan Hail Mary perlu-Amalan
berdoa kepada santo-santo penaung
Pernyataan Iman..Adakah sebarang rujukan alkitab tentang 12 rasul
menulis doa ini
16…Santo-santo
Novena hingga St Jude-Hari St Patrick
17…Pasitan
Benarkah Jemaat Roman Katolik cuba
menghapuskan sesiapa yang tidak setuju dengan mereka-Kumpulan Suci Doktrin Iman-Jemaat
RK dan hartanah orang bidaah
18…Bencana Holocaust
Jemaat Roman Katolik dan Holocaust
19…Patung-patung
& Ritual-ritual Pagan
Jemaat Katolik dan patung-patung pagan-Ritual-ritual
pagan dalam keimanan Yahudi dan Kristian-Adakah orang-orang Vandal telah
memusnahkan semua ikon (patung orang suci) di Rom-Paganisme yang telah menyusup
masuk ke dalam Kekristianan
***************************
***Soalan-soalan Lazim Katolikisme***
1…Tuhan
Trinitas
Bolehkah kamu jelaskan kepada saya Trinitas
yang Dirahmati?
J: Trinitas tidak wujud sehinggalah ia
didefinisikan pada Sidang Constantinople pada tahun 381. Sidang Nicea telah
merasmikan Binitarianisme sebagai suatu Bapa dan Anak, dan Pernyataan Iman
Nicene telah dibentuk semula dari kanun-kanun Constantinople. Jemaat
Trinitarian bermula dari Sidang ini pada tahun 381. Sidang Chalcedon pada tahun
451 menyaksikan satu perpecahan dan Jemaat Katolik muncul sebagaimana yang kita
kenalinya dalam cabang-cabang Timur dan Barat yang kini adalah Roman, dan
Ortodoks masing-masingnya. Jemaat Anglican atau British tidak disertakan sama
sehinggalah perubahan-perubahan paksaannya dari Whitby pada tahun 663-4.
Seluruh Jemaat Katolik adalah bersifat Unitarian sehinggalah struktur Modal
memasuki Rom daripada penyembahan Attis pada permulaan abad ketiga. Trias
pertama kali disebutkan pada tahun 180 oleh Theophilus dari Antioch
(Antiokhia), namun ini bukanlah Trinitas sungguhpun ia telah diterjemahkan
sebagai Trinitas. Trinitarianisme tidak wujud secara rasminya di dalam doktrin
jemaat sehinggalah tahun 381.
Ada orang yang
tidak percaya dalam Trinitas, bolehkah kamu jelaskan kenapa?
J: Kekristianan terdiri daripada berbagai elemen.
Ramai orang yang ikhlas dan merupakan pelajar-pelajar Alkitab yang tekun.
Mereka ingin melakukan apa yang betul dan mentaati Tuhan serta hukum-hukumNya
seperti yang dinyatakan dalam Alkitab. Trinitas bukan doktrin Alkitab dan tidak
muncul di dalam Alkitab. Malah, tiada seorangpun dalam jemaat Katolik asal yang
merupakan Trinitarian selama tiga abad. Pertama kali sebarang sistem bertiga
disebutkan adalah pada tahun 180 apabila Theophilus dari Antioch menyebut
tentang trias, yang telah salah diterjemahkan sebagai Trinitas. Bagaimanapun,
sistem Binitarian tidak dirumuskan sehinggalah tahun 325 pada Sidang Nicea.
Trinitas tidak dirumuskan sehinggalah tahun 381 pada Sidang Constantinople. Ia
telah dirasmikan di Chalcedon pada tahun 450/1. Maka Trinitas adalah satu buatan
sidang-sidang jemaat abad Keempat. Pertikaiannya pada masa itu adalah mengenai
hak kuasa jemaat untuk membuat doktrin dan dengan berkesannya mengubah Sifat
Tuhan serta meninggikan Kristus ke tahap Tuhan yang kita panggil Bapa.
Pada dasarnya mereka yang
tidak percaya dalam Trinitas mengatakan bahawa jemaat tidak berhak untuk
membuat doktrin tentang sifat Tuhan sedangkan tiada persetujuan Alkitab untuk
itu. Orang-orang ini telah dianiaya selama berabad-abad kerana pendirian mereka
ini.
Bilakah trinitas
mula-mula dipeluk sebagai teologi rasmi Jemaat?
J: Trinitas tidak dirumuskan sehinggalah tahun
381 pada Sidang Constantinople. Di Nicea pada tahun 325, Trinitas tidak
dirumuskan. Hanya dasar Struktur Binitarian saja yang ditetapkan di sini. Apa
yang disebutkan sebagai pernyataan iman Nicene sebenarnya adalah satu
pembentukan semula kanun-kanun Constantinople pada tahun 381. Roh Kudus belum
ditentukan sebagai pihak ketiga dalam Ketuhanan sehinggalah orang-orang
Kapadokia merumuskannya dan pada kenaikan Theodosius yang lahir di Sepanyol,
Sidang itu berkumpul. Sidang Chalcedon telah lebih kurang merumuskan sistem
Trinitarian yang kemudiannya bermula di situ dari tahun 451. Augustine yang
menulis pada permulaan abad Kelima telah menumpukan hubungan-hubungan pada
peringkat intra-ilahi. Ini adalah teologi akhir sistem Triune Pagan. C.M
LaCugna iaitu ahli Teologi Roman Katolik menerangkan proses ini dalam karyanya God
For Us. Ianya serba kekurangan dalam beberapa tempat berkenaan jemaat
mula-mula. Pandangan jemaat di Rom pada pertengahan abad Kedua adalah bahawa
Kristus adalah Malaikat Besar Perjanjian Lama yang telah memberikan hukum
taurat itu kepada Musa. Pandangan ini terkandung dalam karya Justin Martyr First
Apology kepada maharaja di Rom bagi pihak Jemaat pada sekitar 150-155 TM.
Ketuhanan berganjak dari pandangan Unitarian ini yang meliputi seluruh Jemaat
pada abad kedua, kepada struktur Modalist orang pagan pada abad ketiga, dan
kemudiannya pandangan-pandangan Binitarian di Nicea dan kemunculan semula Unitarian
dari tahun 327 hingga kebangkitan Trinitarian pada tahun 381. Kedudukan Katolik
Moden pastinya akan dikecam sebagai bidaah keberhalaan pada abad pertama dan
kedua walaupun di Rom sendiri, apa lagi di tempat-tempat yang lebih konservatif
di bawah sekolah-sekolah para rasul. Sejarah perkembangan kedoktrinan berkenaan
dijelaskan dalam karya Teologi
Awal Tentang Ketuhanan (No. 127); dan Perkembangan Model
Neo-Platonis (No. 17); Binitarianisme dan
Trinitarianisme (No. 76); dan Satu Bersama dengan Bapa
(No. 81).
Apakah Spiritation
of Bonaventure dan doktrin apakah yang terbabit?
J: Doktrin Spiritation berkait kepada Trinitas dan dianggap sebagai perkembangan doktrin-doktrin Augustinian yang memusatkan hubungan-hubungan berkenaan sifat Tuhan pada tahap intra-ilahi. Istilah ini datang dari sidang umum kedua di Lyons yang menyediakan definisi berikut (lihat karya Denzinger “Enchiridion”, (1908), n. 460). “Kami mengaku bahawa Roh Kudus keluar selamanya dari Bapa dan Anak, bukan sebagai daripada dua asas, tetapi dari satu, bukan melalui dua spirasi, tetapi satu spirasi tunggal.” Ajaran ini sekali lagi telah ditegaskan oleh Sidang Florence (ibid n. 691) dan oleh Eugene IV di dalam Fatwa “Cantate Domino” (ibid (n. 703 sq.) (lihat juga Cath. Encyc. vol. VII, halaman 412). Dalam ertikata ini kita ada konsep “Filioque” dari Sidang Toledo pada tahun 589). Pandangan ini tidak diterima oleh sistem Katolik timur atau Ortodoks. Bonaventure merupakan Biskop Kardinal Albano dan Paderi Utama Biarawan Minor (lahir 1221 meninggal 1274). Dia dipertanggungjawabkan oleh Gregory X untuk menyediakan soalan-soalan untuk perbincangan dalam Sidang Umum Keempat belas, yang dibuka di Lyons pada 7 Mei 1274. Orang Yunani menerima penyatuan itu itu, dicadangkan oleh para pembantunya dari Biarawan minor, pada 6 Julai 1274. Ketika sidang itu masih berlangsung, Bonaventure telah meninggal dunia pada hari Minggu 15 Julai 1274 dan kisah sejarah Peregrinus dari Bologna (ed. 1905) mengatakan dia telah diracun.
Bonaventure adalah seorang pengikut setia
Augustine dan tulisan-tulisannya menggambarkan pendirian tentang Sifat Tuhan
itu dan pandangan tentang hubungan-hubungan intra-ilahi ini. Karya “Commentary
on the Sentences” adalah karyanya yang teragung sekali dan di dalam karya ini
kita temui subjek-subjek tentang Tuhan dan Trinitas, Penciptaan dan Kejatuhan
Manusia, Penjelmaan sebagai Manusia dan Penebusan, Rahmat serta
Sakramen-sakramen. Breviloquim merupakan ringkasan hebat bagi Dogma.
Ajaran-ajarannya berpengaruh dalam sidang-sidang Viene (1311), Constance (1417),
Basle (1431) dan Florence (1438). Sidang Trent (1546) menyaksikan bagaimana
tulisan-tulisannya mempunyai kesan kritikal. Dia juga menolak doktrin berkenaan
fizikal dan hanya mengakui adanya kemanjuran moral dalam Sakramen-sakramen itu.
Pandangan-pandangannya mengenai aspek ini serta lain-lain bahagian kritikal
dalam dogma telah disalahgambarkan oleh para penulis lain, malah penulis moden
sekalipun. Oleh itu kamu haruslah berhati-hati dengan apa yang dikatakan
sebagai ajaran-ajaran Bonaventure mengenai sesuatu subjek. Dia menganggap
Falsafah sebagai lebih dahulu dari Teologi dan merupakan seorang kuasi-mistik.
Ia akan menerangkan perkembangan doktrin Augustinian dan teologikal mengenai
keluaran Roh Kudus. Pandangan awal jemaat dalam hal ini dipastikan dari
karya-karya Teologi
Awal Tentang Ketuhanan (No. 127); Roh Kudus (No. 117);
Satu Bersama dengan
Bapa (No. 81).
2…Yesus Kristus
Umat Katolik mengatakan Kristus mendakwanya
dirinya ilahi, setara dengan Bapa, untuk menjadi firman Tuhan, untuk menjadi
Tuhan Anak. Mereka kemudiannya mendakwa bahawa ini adalah satu rahsia dan tidak
mungkin dapat difahami sepenuhnya. Kristus dikatakan adalah orang kedua dalam
Trinitas (Dirahmati). Mereka mendakwa bahawa tiga orang dalam trinitas itu
bukanlah tiga tuhan, tetapi satu Tuhan, kerana terdapat satu sifat ilahi
sahaja. Kini orang kedua dari trinitas sebagai seorang manusia dapat berdoa
kepada orang pertama dan memanggilnya ‘Bapaku’. Bukankah satu maknanya satu dan
bukan 1+1 atau 1+2? Jika Tuhan adalah satu maka apakah kedudukan Anak dan Roh –
yang dikatakan orang kedua dan ketiga dari Ketuhanan itu?
J: Trinitas
adalah satu rekaan abad Keempat. Telahpun ditulis “Aku telah berfirman:
"Kamu adalah allah,” dan “Kitab Suci tidak boleh dibatalkan” (Yohanes
10:34-35). Jadi kita semua adalah tuhan. Kita adalah waris bersama dengan
Kristus selaku tuhan-tuhan dan Kitab Suci tidak boleh dibatalkan. Roh Kudus
adalah kuasa Tuhan. Perhatikan karya: Roh Kudus (No. 117);
Perkembangan Model
Neo-Platonis (No. 17); dan Satu Bersama dengan Bapa
(No. 81). Kita telah memeriksa hujah ini dalam karya Penciptaan:
Daripada Teologi Antropomorfik kepada Antropologi Teomorfik (B5).
Saya sedang membaca satu katekisma dan mereka
merujuk kepada hukum Kristus. Adakah apa-apa di dalam Kitab Suci yang dikenali
sebagai Hukum Kristus?
J: Kitab
Suci jelas bahawa ia adalah Hukum Tuhan. Umat pilihan adalah mereka yang
memelihara perintah Tuhan serta Kesaksian atau iman Yesus Kristus. Pandangan
bahawa ia adalah hukum Kristus telah diperkenalkan oleh jemaat ini agar mereka
tidak perlu memelihara Hukum Tuhan. Ia berpunca dari anggapan bahawa Kristus
telah datang untuk meniadakan Hukum Perjanjian Lama dan memberi kita satu hukum
yang baru.
Memang dia telah berikan kita beberapa
perintah baru namun semua itu adalah tambahan kepada, atau penjelasan bagi
Hukum Tuhan. Dia berkata: “Sesungguhnya selama belum lenyap langit dan bumi
ini, satu iota atau satu titikpun tidak akan ditiadakan dari hukum Taurat,
sebelum semuanya terjadi”. Ini jelas sekali. Hukum Tuhan dibincangkan dalam
siri Hukum Tuhan (No.
L1)
Alkitab mengatakan bahawa Yesus telah
memberikan para rasul kuasa untuk mengampuni dosa (Yohanes 20:23). Kalau kita
perlukan Tuhan sahaja, kenapakah Dia memberikan hak kuasa ini kepada para
rasul?
J: Roh
Kudus telah dianugerahkan kepada jemaat dan kuasa untuk mengampuni dan
mengekalkan telah dibawa dengan jemaat agar mereka yang berada di dalamnya
boleh dikekalkan atau dibuang mengikut arahan jemaat. Kemampuan untuk melakukan
ini hanya bersandar pada pengekalan Roh Kudus dan doktrin seperti yang
diberikan kepada para rasul. Pencabul di Korintus itu (1 Korintus 5:5) telah
dibuang agar hidupnya dapat diselamatkan pada Hari Tuhan iaitu pada Kebangkitan
Pertama. Dia nampaknya telah bertaubat.
Umat Katolik perlu menundukkan kepala mereka
dan/atau berlutut apabila mereka memasuki gereja-gereja mereka kerana ‘tubuh Yesus
Kristus’ sentiasa ada di dalam tempat suci di mezbah - sebagai roti suci yang diberkati.
Bagaimanakah Yesus Kristus boleh hadir di dalam kepingan wafer itu? Juga,
bukankah salah untuk menyembah makhluk lain selain dari Allah Maha Esa?
J: Amalan
ini adalah satu variasi pada doktrin bahawa roti dan anggur adalah tubuh dan
darah Kristus. Ini diambil sekali setahun pada Perjamuan Suci (Perjamuan Tuhan)
pada malam 14 Nisan, iaitu hari dia disalibkan. Selepas pertikaian-pertikaian
Quartodeciman pada hujung abad kedua, perpecahan yang berlaku menyaksikan
kemerosotan ini dengan perjalanan masa. Perhatikan karya Pertikaian-pertikaian
Quartodeciman (No. 277). Ini telah diremeh-temehkan kepada perjamuan mingguan
dan kemudiannya korban harian menjadi upacara sembahyang pagi dan selepas itu
roti itu sentiasa ada di dalam bekas atau simbol matahari iaitu dari mana
asalnya yang sebenar.
Mengapakah perlu untuk Kristus terus
mempersembahkan korbannya? Bukankah kematiannya sudah cukup? Bukankah ini
korban muktamad?
J: Kristus
telah menyerahkan dirinya sekali untuk selamanya. Acara yang ditetapkan itu
adalah Perjamuan Suci (Tuhan) iaitu satu acara tahunan yang diadakan pada 14
Abib di mana kita diperintah untuk membasuh kaki antara kita sebagai simbol
pembaharuan baptisan kita dan kita menjamu roti dan anggur itu sebagai simbol
bahagian kita di dalam jemaat iaitu tubuh Kristus.
[Jamuan] Eucharist mingguan tidak masuk lagi
sehinggalah abad kedua dan dari Rom. Pada mulanya ia diadakan sewaktu
pembaptisan untuk anggota-anggota yang baru dibaptis untuk melambangkan
pengenalan mereka kepada iman ini. Biasanya ini dilakukan pada waktu Paskah.
Lama kelamaan ia berlaku lebih kerap lagi dan begitu juga Eucharist.
Acara sembahyang ini pada asalnya adalah
perjamuan roti dan air dalam sistem Mithras dan dalam bentuk umum ia adalah
kultus Sol invictus elagabal atau Elagabalisme dan bukannya Mithraisme yang
merupakan kultus matahari tersendiri yang dianggotai kaum lelaki saja. Kamu
akan saksikan Justin Martyr mengecam perjamuan roti dan air Mithraisme ini di
dalam tulisannya First Apology sekitar tahun 150-154 TM.
Pada abad pertama Paskah hanya diadakan dalam
14-21 Abib atau Nisan. Sistem pagan Easter telah diperkenalkan pada abad kedua
di dalam apa yang disebutkan sebagai Pertikaian-pertikaian Quartodeciman dari
tarikh 14 Abib. Lihat karya Pertikaian-pertikaian
Quartodeciman (No. 277).
Umat Katolik percaya bahawa Kristus mendakwa
setara dengan Allah Bapa dengan merujuk kepada Yohanes Bab 8 di mana Kristus
menggunakan untuk dirinya gelaran ‘AKU ADALAH AKU’ yang digunakan orang Yahudi
untuk Tuhan. Juga merujuk kepada hakikat bahawa Kristus mengatakan dia telah
wujud sebelum Abraham yang pada masa itu telahpun mati selama 2000 tahun.
Adakah ini petikan sah untuk membuktikan bahawa Anak dan Bapa adalah setara?
J: Dengan mendakwa dirinya Aku adalah Aku, Kristus mengatakan Aku adalah Yahovah atau dia yang menjadikan dari konsep 'eyeh 'ahser 'eheh atau Aku akan jadi apa yang Aku akan jadi. Yahovah adalah dalam bentuk pihak ketiga yang bermakna “dia yang menjadikan.” Ini hanya difahami sepenuhnya oleh para imam. Itulah sebabnya kenapa imam besar itu telah mengoyakkan jubahnya. Jika apa yang dikatakan orang ini adalah benar maka keimamatan itu telah dikoyakkan dari Lewi. Ianya dilarang untuk imam besar mengoyakkan pakaiannya. Lihat karya Pra-Kewujudan Yesus Kristus (No. 243).
Saya telah memerhatikan bahawa Yohanes bab 10
digunakan oleh orang Katolik sebagai bukti lanjut bahawa Kristus adalah setara
dengan Bapa. Apabila diancam dengan lemparan batu dia mengatakan “Aku dan Bapa
adalah satu” dan mengulang “Bapa di dalam aku dan aku di dalam Bapa” (Yohanes
10:30-38). Juga Yohanes bab 14 Yesus mengatakan “Barangsiapa telah melihat aku,
ia telah melihat Bapa” (Yohanes 14:9). Apakah benar ini yang dikatakan
ayat-ayat Kitab ini? Bolehkah kamu terangkan apakah maknanya ‘satu dengan Tuhan’?
J: Kalau kita gunakan Yohanes bab 10 maka kita semua harus mendakwa diri kita setara dengan Tuhan. Ianya tertulis “Aku telah berfirman, kamu adalah allah dan Kitab Suci tidak boleh dibatalkan” (Yohanes 10:34-35). Kita semua akan menjadi tuhan dan Kitab Suci tidak boleh dibatalkan.
Untuk memahami bagaimana kita akan menjadi elohim dan bagaimana Kristus adalah elohim, perhatikan karya-karya berikut: Umat Pilihan Sebagai Elohim (No. 1); Satu Bersama Dengan Bapa (No. 81); Roh Kudus (No. 117); dan Pra-Kewujudan Yesus Kristus (No. 243).
Adakah Yesus benar-benar hadir di dalam Tempat Suci
pada mezbah-mezbah di dalam Gereja-gereja Katolik?
J: Kristus hadir di mana saja dia diminta oleh hamba-hamba Tuhan yang taat yang memelihara hukum-hukum Tuhan serta kesaksian Yesus Kristus (Wahyu 12:17; 14:12). Sebarang kumpulan orang yang telah dibaptiskan yang menurut Tuhan dan memelihara hukum-hukumNya akan mempunyai Kristus di tengah-tengah mereka. Dari situ timbulnya persoalan adakah Kristus mempersetujui penyesatan Hukum Tuhan yang disengajakan, dan jawapannya pasti tidak. Jemaat adalah satu tubuh orang-orang kudus yang setia yang menurut Hukum-hukum Tuhan. Jemaat sejagat ini telah berpecah kepada banyak kumpulan di mana kebanyakannya mengajar doktrin-doktrin pagan dan tiada keserupaan mereka kepada Jemaat Katolik Asal yang dimulakan oleh Yesus Kristus. Alkitab jelas tentang kedudukan mereka dan apa yang terjadi kepada mereka.
Oleh kerana Katolikisme mendakwa bahawa Tuhan mereka
telah diperanakkan dan dilahirkan dari seorang perempuan perawan yang tidak
pernah disetubuh, dan bahawa dia (Yesus) tidak pernah mempunyai manusia sebagai
bapanya, dari manakah kromosom Y (lelaki)nya datang?
J: Jawapannya terletak dalam persoalan dari manakah datangnya Kromosom Y atau lelaki bagi Adam dan kenapakah Hawa tidak mempunyai kromosom Y sedangkan dia diambil dari rusuk Adam dan kerana itu sepatutnya mempunyai struktur DNA Adam dan bukannya seorang perempuan.
Hakikatnya adalah bahawa genom asas manusia adalah satu ciptaan Tuhan. Dari segi ini juga kita dapat lihat bahawa doktrin-doktrin Katolik asal bagi Jemaat di Rom pada tahun 150 TM adalah bahawa Kristus juga mempunyai pra-kewujudan sebagai Malaikat Tuhan yang telah memberikan Hukum Taurat kepada Musa dan muncul kepada para nabi dan kaum bapa.
Ini adalah masalah yang lebih besar daripada hanya sekadar penghasilan turutan Kromosom XY yang mudah. Itu boleh dilakukan dengan penyusunan substruktur kuark serta kecepatan pusingannya dan variasinya untuk menghasilkan genom-genom di dalam spesis.
Ini sekadar permainan kanak-kanak bagi alam roh. Bagaimana Kristus serta yang lain-lain dapat kelihatan seperti keldai dan spesis-spesis lain. Ujian besarnya adalah membuatkan Malaikat Tuhan berubah kepada satu idea dalam struktur Tuhan dan kemudian menjadi manusia dan menderita kematian pada salib. Ini adalah persoalan yang lebih besar daripada dari manakah Kromosom Y itu datang.
Di dalam masalah ini terletaknya jawapan sebenar kepada kebangkitan orang mati pada hujung zaman serta pengadilan yang betul. Bukan saja Tuhan perlu membangkitkan setiap individu daripada peta DNAnya, yang disimpanNya di dalam ingatanNya, tetapi juga idea-idea yang membentuk personaliti individu tersebut.
Di situlah kita saksikan kuasa sebenar Tuhan dan keagunganNya yang mengagumkan. Seluruh kewujudan masa depan kita bergantung sepenuhnya pada KemahatahuanNya dan KemahakuasaanNya dan bukannya pada apa-apa benda lain. Itulah sebabnya kenapa mereka mencipta doktrin Jiwa Kekal kerana mereka kurang percaya pada kuasaNya serta kasih dan keprihatinan yang mencakupi semua.
Seperti Tatian katakan: “Tidak abadi Jiwa itu Hai Orang
Yunani namun adalah mungkin untuk ia tidak mati”. Perhatikan karya-karya Pra-Kewujudan Yesus Kristus
(No. 243); Malaikat
YHVH (No. 24); Teologi
Awal Tentang Ketuhanan (No. 127); Jiwa (No. 92); dan Kebangkitan Orang Mati (No.
143).
Apakah asal-usul pujaan terhadap hati (jantung) suci Yesus? Saya mengingati gambar-gambar hati yang bernyala di luar tubuh dengan lima luka dengan pancaran cahaya seperti matahari yang bersinar.
J: Kultus yang telah
merangsangkan sebahagian dari pujaan paling bersemangat sekali dalam
Katolikisme tidak mengarah kepada hati (jantung atau heart) sebagai
hanya hati fizikal tetapi kepada hati sebagai mewakili keseluruhan orang
tersebut. Hati dilihat dalam budaya barat sebagai mewakili tempat duduknya
emosi serta sumber kasih cinta. Di timur pula ia adalah hati (liver) dan
oleh itu kemaknaannya sedikit kehilangan.
Bentuk pujaan ini
jarang-jarang berlaku dan hanya kadangkala dan kita melihatnya muncul dalam
karya-karya Bernard dan Bonaventure yang menyukainya. Gertrude (meninggal 1302)
telah mendapat satu visi di mana dia dikatakan telah menyandarkan kepalanya
pada sebelah badan Kristus yang luka dan mendengar hatinya berdegup. Cerita ini
selanjutnya menyebut bahawa visi itu telah berlaku pada hari St John dan dia
bertanya kepada rasul yang telah mati itu sama ada dia telah mengalami hal ini
dan dia kononnya telah mengatakan ya dia pernah namun wahyu ini telah disimpan
untuk zaman-zaman kemudiannya (Revelationes Gertudae, Paris, 1877 rujuk
ERE, vol. 6, halaman 557).
Pada abad ke 17,
Margaret Mary Alacoque telah mengalami visi yang sama di mana Yesus kononnya
telah menyatakan keajaiban-keajaiban kasihnya dan telah memintanya untuk
mengabarkan semuanya kepada dunia. Visi-visi seterusnya menyusuli dan mereka
diterbitkan dalam jurnal Fr. de la Colombiere pada tahun 1684 dan telah
diketahui luas.
Pemujaan ini menjadi
terkenal dan pada tahun 1693 pengampunan-pengampunan tertentu telah diberikan
oleh Rom kepada Confraternities Hati Suci. Pada tahun 1765, Clement XIII telah
membenarkan jemaat di Perancis untuk mengadakan perayaan dengan acara
sembahyang dan acara-acara keagamaan khas. Bagaimanapun, hanya pada tahun 1856
barulah ini dbenarkan atau diluaskan kepada jemaat secara keseluruhan. Pada
tahun 1889, perayaan ini telah dijadikan dua kali ganda kelas pertama. Ia
diadakan pada hari Jumaat selepas lapan hari perayaan Corpus Christi.
Maka ia adalah satu
kultus yang muncul sebahagiannya pada abad ke 12 dan ke 13 mungkin sebagai
reaksi kepada perang-perang salib Albigensia. Orang-orang Albigensia yang
berilmu Alkitab sedang ditindas dan Alkitab telah ditindas dalam sistem-sistem
Rom di kalangan rakyat malah di UK sekalipun. Pertumbuhan selepas Reformasi
serta Revolusi di Perancis kemungkinan adalah reaksi sama.
Kejatuhan Empayar Roma
Suci yang berusia 1260 tahun itu pada tahun 1850 dengan plebisit (pengundian)
yang mencelakakan dalam mana Jemaat Roman Katolik hanya menerima kira-kira 1000
undian telah mencetuskan satu reaksi politik dan psikologi yang nampaknya telah
menggantikan alatan fizikal dan perasaan ini pada satu tahap yang bertujuan
untuk melawan kesan dari sistem yang sedang runtuh. (Lihat karya Malachi Martin,
seorang ahli sejarah Jesuit, iaitu The Decline and Fall of the Roman Church,
Secker and Warburg, halaman 250-254 dan seterusnya untuk butir-butir Pasitan
dan plebisit terakhir; lihat juga Peranan Hukum Keempat di
dalam Jemaat-jemaat Tuhan Pemelihara Sabat dalam Sejarah (No. 170)).
3…Alkitab
Sewaktu saya membesar saya terkenang
rujukan-rujukan kepada Perang-perang Suci. Bolehkah seorang Paus
mengisytiharkan suatu perang itu suci dan menjadikannya kenyataan? Bagaimana
dengan perintah jangan membunuh? Apakah hukum Alkitab berkenaan perang?
J: Peperangan tidak menjadikan seseorang itu Suci. Daud tidak dibenarkan membina Bait Suci itu kerana dia adalah insan perang. Pengambilan nyawa di bawah kebenaran ilahi adalah menurut Hukum alkitab. Aspek ini dibincangkan dalam karya Hukum dan Perintah Tuhan Keenam (No. 259).
Idea Perang Suci ini adalah satu penyimpangan dari idea bahawa Alkitab mempersetujui beberapa perang dan bahawa jemaat memiliki kemampuan untuk mengisytiharkan sesuatu perang itu suci. Sejarah idea ini dibincangkan dalam karya Teori Peperangan Keadilan (No. 110).
Struktur ini bersandar pada fatwa Paus iaitu Unam Sanctam serta teologi salah Aquinas.
Saya tidak mendapati apa-apa dalam
Alkitab yang menunjukkan bahawa hari kebaktian adalah pada hari Minggu iaitu
hari pertama minggu, sebaliknya apa yang saya temui adalah mengenai hari Sabat
iaitu hari ketujuh. Di manakah ditulis bahawa kita harus memelihara hari Minggu
dan bukan hari Sabtu?
J: Tiada ditulispun dalam Alkitab bahawa hari Minggu harus dipelihara. Paulus telah mengadakan pengumpulan sedekah pada hari Minggu kerana mengikut hukum wang tidak boleh dikumpulkan pada hari Sabat sebagai satu fungsi acara-acara hari Sabat. Ini berkembang di Rom pada abad kedua di mana ia dijadikan satu acara di samping hari Sabat dan apabila kultus-kultus Misteri dan Matahari serta sistem Easter datang dari Rom, hari Minggu dikukuhkan untuk menggantikan Sabat. Ia berjaya membuatkan hari Sabat dipinggirkan dari Sidang Laodikia tahun 366 pada kanun 29. Sejarah ini terkandung dalam karya S Bacchiocchi, From Sabbath to Sunday (Dari Sabat ke Minggu), Pontifical Gregorian University Press, Rome, 1975). Sejarah sistem Sabat dilihat dalam karya-karya Distribusi Umum Jemaat Pemelihara Sabat (No. 122) dan Peranan Hukum Keempat di dalam Jemaat-jemaat Tuhan Pemelihara Sabat dalam Sejarah (No. 170).
Saya seorang Katolik dan telah
diberitahu oleh orang-orang "Kristian" bahawa kami bukan Kristian.
Saya telah sentiasa diberitahu jemaat saya bahawa kami adalah Kristian. Apakah
pengertian seorang Kristian?
J: Definisi Alkitab untuk orang kudus Kristian ditemui dalam Wahyu 12:17 dan 14:12. Ini adalah mereka yang memelihara perintah-perintah Tuhan serta Kesaksian atau Iman Yesus Kristus. Jika kamu tidak melakukan ini maka kamu bukanlah seorang Kristian. Iman tanpa perbuatan adalah sia-sia. Lihat karya Pernyataan Kepercayaan-kepercayaan Iman Kristian (A1).
Patutkah orang-orang Katolik membaca
Perjanjian Lama? Bukan ia hanya sekumpulan cerita-cerita mengenai sejarah
Israel yang tiada kaitannya dengan umat Katolik hari ini?
J: Pertama sekali, kamu tidak akan masuk ke neraka atau syurga kerana hal itu. Syurga sedang datang kepadamu. Jemaat Roman Katolik tidak mempercayai sekarang ini apa yang dipercayainya pada mulanya. ia telah mengubah bermacam perkara melalui tradisi.
Pada abad pertama dan kedua di Rom, jika kamu mengatakan bahawa apabila kamu mati kamu akan pergi ke syurga, mereka akan mengetahui serta-merta bahawa kamu bukan seorang Kristian sebenar, tetapi adalah seorang penyamar Gnostik dalam jemaat. Doktrin ini telah begitu mempengaruhi Kekristianan sehingga kebanyakan umat Kristian hari ini mengajar pandangan itu meskipun hakikatnya adalah bahawa itulah ujian seorang umat Kristian sebenar pada asalnya. Umat-umat Kristian sebenar menganggap ini sebagai doktrin kafir dan menghujat.
Kepercayaan asal digariskan dalam karya-karya Jiwa (No. 92); dan Kebangkitan Orang Mati (No. 143). Kepercayaan-kepercayaan Kristian asal boleh ditemui dalam karya Pernyataan Kepercayaan Iman Kristian (No. A1). Kebanyakan benda yang diajar kepadamu pada hari ini berasal dari doktrin-doktrin pagan. Krismas dan Easter adalah pesta-pesta pagan. Lihat karya Asal-usul Krismas dan Easter (No. 235).
Dalam jemaat di Rom pada abad kedua, Kristus difahami sebagai Malaikat Perjanjian Lama yang telah memberikan Hukum Taurat kepada Musa. Apa yang kamu diajar hari ini banyak berbeza dari apa yang diajar oleh jemaat asal. Perhatikan karya Justin Martyr, First Apology dan juga karya Teologi Awal tentang Ketuhanan (No. 127). Sebahagian besar dari jemaat yang memanggil dirinya "Kristian" hari ini hanya ada sedikit saja doktrin-doktrin Kristian yang tertinggal dalamnya.
Mana yang lebih tua, Alkitab versi
Katolik atau bukan Katolik?
J: Antara semua versi yang kita ada, versi Syria awal mungkin adalah yang tertua. Codex tidak dicipta sehingga sekitar tahun 200, maka konsep Alkitab satu jilid belum lagi wujud sebelum masa itu.
Semuanya adalah skrol-skrol dengan satu senarai ringkas skrol-skrol yang diterima sebagai kanun. Oleh kerana Kitab Suci pada zaman para rasul adalah Perjanjian Lama, Alkitab tertua dalam ertikata itu adalah Alkitab Ibrani. Kitab Septuagint adalah terjemahan Kitab-kitab itu dalam bahasa Yunani. Sejarah dan pewaktuannya didapati dalam karya Alkitab (No. 164).
Adakah Jemaat diberikan sebarang hak kuasa
kepadanya oleh Tuhan ataupun oleh Yesus Kristus untuk mengubah doktrin? Jika
ada, di manakah ia ditulis? Juga, adakah Alkitab kewibawaan terunggul, atau
adakah ajaran-ajaran, tulisan-tulisan, serta doktrin jemaat paling berwibawa?
J: Tidak, jemaat tiada hak untuk mengubah perintah-perintah Tuhan dan Hukum. Kristus mengatakan bahawa sesiapa saja mengurangkan yang terkecil dari perintah-perintah ini akan menjadi yang terkecil dalam kerajaan Tuhan. Sesiapa yang melakukan serta mengajarnya akan menjadi besar dalam kerajaan Syurga (Matius 5:19). Kristus telah mendirikan jemaatnya dan terdapat banyak pemerintah dan banyak operasi tetapi hanya ada satu Tuhan. Mereka telah diberi kuasa untuk menentukan jemaat dengan mengikat dan melepaskan namun mereka tiada kuasa untuk mengubah hukum Tuhan atau melonggarkan kesannya.
Kenapakah orang-orang Katolik mempunyai
versi hukum sepuluh yang berlainan? Mereka telah menggabungkan Perintah #1 dan
#2 menjadi satu, dan perintah kesepuluh telah dipecahkan menjadi dua. Ini bukan
apa yang dinyatakan Alkitab?
J: Hukum sepuluh sesungguhnya memang begitu: Empat yang mula-mula mengaitkan kasih Tuhan dan enam yang terakhir mengaitkan kasih manusia. Perintah kelima mengikat kedua-duanya bersama. Jemaat Katolik telah menggabungkan dua perintah pertama, iaitu Jangan ada padamu allah lain di hadapan-Ku dan Jangan membuat bagimu patung dsb. Ini adalah kerana mereka telah meniru sistem-sistem pagan di mana mereka berdoa kepada hasil-hasil pertukangan batu dan plaster dan kayu yang tidak bernilai ini. Dengan menggabungkan kedua perintah ini, mereka telah dapat menghilangkan perintah yang kedua itu, dan untuk mendapat semula sepuluh hukum (kerana memang ada sepuluh semuanya bukan?) mereka telah membahagikan perintah kesepuluh kepada dua; jangan mengingini isteri sesamamu dan kemudian jangan mengingini harta kepunyaan sesamamu dsb. Ini telah dilakukan dengan menggunakan versi Ulangan. Bagaimanapun, versi Keluaran 20 meletakkan rumah sebelum isteri lantas menunjukkan bahawa apa yang mereka lakukan itu adalah sesuatu yang mustahil. Orang Yahudi juga tidak pernah menerima putarbelit logik ini. Seluruh hal ini adalah berdasarkan keperluan mereka untuk membenarkan doa kepada patung, dan merupakan ibadah palsu.
Saya telah membaca entah di mana bahawa
perkataan Latin Vicarius Filli Dei..iaitu Vikar (Paderi) Anak Tuhan ((yang
merujuk kepada Paus) bila dihitung memberi bilangan 666 yang sepatutnya adalah
bilangan bagi binatang dalam Wahyu. Adakah turutan perhitungan ini mempunyai
kesahihannya dalam menghitung benda-benda dalam Alkitab? Bagaimanakah kita
mengetahui SIAPAKAH, APAKAH binatang itu?
J: Bilangan sistem agama palsu tuhan dunia ini telah sentiasa ditanda dengan nombor 6 (lihat karya Simbolisme Nombor (No. 7)).
Turutan Vestal sebagai contohnya yang dipilih oleh biskop tertinggi dalam Rom pagan adalah enam orang yan g dipilih setiap tahun selama tiga puluh tahun. Enam ini adalah dalam tiga kumpulan yang masing-masingnya sepuluh tahun, dan menghasilkan enam puluh vestal dalam setiap kumpulan iaitu 60 + 60 + 60 = 180.
Kumpulan bertiga ini disamakan kepada Jupiter, Juno dan Minerva. Dengan numerologi, ini dijadikan 9 iaitu 3 x 3 dan 3 + 3 + 3, dan menjadikan setiap satunya mewakili Tuhan Triune. Jupiter dan Juno merupakan wakil-wakil kolektif genii lelaki dan junonese perempuan, atau sistem reproduktif dan kesuburan bangsa serta Empayar Rom. Minerva adalah dewi perawan Timur Tengah yang telah mengandung secara suci, yang masuk dengan pengaruh Etrusca.
Sistem ini ditemui dalam penomboran pelbagai aspek Tuhan Triune dan perkara ini telah memasuki Kekristianan dalam berbagai bentuk. Lima belas sebagai bilangan sidang Biskop-biskop sekali lagi dapat dikurangkan kepada nombor enam. Angka ini dipakaikan kepada kultus Ibu dewi dalam apa yang dikenali sebagai Misteri-misteri Tasbih dan dalam banyak contoh lain.
Ramai orang telah menunjukkan hakikat bahawa Vikar Anak Tuhan secara numerik terikat kepada sistem itu sebagai 666. Beberapa teks purba Wahyu menyebut 612 dan ini tidak selalunya diambil kira. Seperti yang kami katakan, bilangan ini berkait kepada Tuhan Triune di atas dan juga kepada kumpulan-kumpulan Misteri. Dalam bahasa Yunani, Bab x,s adalah 600, 60 dan 6. Tiga huruf SSS membentuk simbol Isis dan merupakan simbol rahsia kultus-kultus Misteri (rujuk Bullinger Companion Bible, nota samping kepada Wahyu, 3:18).
Oleh itu, sistem binatang ini semestinya berdasar pada kultus-kultus misteri purba dan dengan itu, sistem tersebut seharusnya mempunyai kultus-kultus matahari dan berdasar pada sistem Easter dan Krismas. Hari Matahari telah masuk seawal tahun 111 TM. Easter telah memasuki jemaat Roman Katolik dari tahun 150-192 TM. (lihat karya Pertikaian-pertikaian Quartodeciman (No. 277)). Krismas telah masuk dari Syria pada tahun 375 di Antiokhia dan Yerusalem pada tahun 386, dan tersebar dari sana (lihat karya Asal-usul Krismas dan Easter (No. 235)).
Sistem ibu dewi telah masuk tidak lama kemudian sebagai Pemujaan Maria, dan kumpulan-kumpulan misteri Babilon telah menguasai Kekristianan aliran umum. Jemaat harus menyingkirkan pesta-pesta serta sistem-sistem ibadah ini untuk membuang Tanda Binatang.
4…Maria dan Pemujaan Maria
Maria lazimnya disebut sebagai Ratu
Syurga. Ayat manakah yang menyokong kepercayaan ini?
J: Rujukan kepada "ratu syurga" didapati dalam Yeremia 7:18 di mana para penyembah berhala di timur membuat adunan untuk Ratu Syurga. Seluruh keluarga terlibat dalam sistem Baal-Easter. Mereka membakar kek-kek Easter kepada Easter atau Istar atau Asytoret iaitu pasangan Baal. Amalan ini terus kekal pada hari ini sebagai ban panas berpalang sewaktu Easter. Amalan ini telah memasuki Kekristianan dari Asia Minor di Syria pada abad kelima sebagai Pemujaan Maria. Ibu dewi ini mula dikenali sebagai Maria. Nama ini bukanlah nama ibu Kristus. Namanya adalah Mariam dan saudaranya, isteri kepada Klefas, adalah Maria. Ini diliputi dalam karya Perawan Mariam dan Keluarga Kristus (No. 232). Jadi memang betul melalui penggunaannya bahawa Maria adalah nama Ratu Syurga yang disebutkan dalam Alkitab, tetapi dia bukanlah Ibu Yesus Kristus dan dia tidak memasuki Kekristianan sehinggalah abad kelima.
Banyak cabang Jemaat Katolik tidak menggunakan istilah ini oleh kerana alasan teologikal yang kukuh. Ianya endemik kepada Roman Katolikisme. Dia telah memasuki agama Hindu dan Buddha. Dia adalah Avalokitesvara, dan dewi Guanyin atau Kuanyin di China.
Adakah kamu menganggap visi Fatima pada
tahun 1917 sebagai penggenapan 1 Timotius 4:1? Tetapi Roh dengan tegas
mengatakan bahwa di waktu-waktu kemudian, ada orang yang akan murtad lalu mengikuti
roh-roh penyesat dan ajaran setan-setan? Bolehkah kamu katakan visi itu
adalah visi roh penyesat?
J: Kita mungkin sedang menyaksikan kesan-kesan 1 Timotius 4:1 dalam hampir setiap cabang Kekristianan. Ianya diberikan dalam ayat-ayat berikut.
Doktrin-doktrinnya adalah:
Pada masa ini berlakunya serangan terus-menerus ke atas Perkahwinan dari sistem-sistem duniawi. Doktrin ini menembusi setiap Jemaat Kristian. Ia lazimnya diiringi lobi pertarakan yang ingin menyingkirkan wain daripada Perjamuan Suci. Perhatikan karya Vegetarianisme dan Alkitab (No. 183) dan Wain di dalam Alkitab (No.188).
Doktrin-doktrin ini telah bekerja sejak dari mula namun kini sedang bertambah sementara Kekristianan didedahkan sebagai agama yang berasaskan adat-adat pagan yang diambil masuk. Tidak lama lagi sistem-sistem palsu ini akan runtuh dengan sendirinya di tengah kekacauan sistem duniawi sementara ia membinasa dirinya.
Fatima
Oleh kerana ianya doktrin asas jemaat bahawa tiada seorangpun melainkan Yesus Kristus telah naik ke syurga (Yohanes 3:13), dan ini termasuk Mariam (Maria) dan Para Rasul serta semua orang lain maka visi-visi Fatima itu semestinya adalah penipuan Setan-setan. Visi-visi Ibu dewi dan sistem-sistem matahari menunjukkan sistem kepercayaan Keiblisan yang sama yang kita saksikan diasaskan di Babilon.
Jika kamu mengatakan kepada sesiapa dalam jemaat di Rom pada abad kedua bahawa kamu adalah seorang Kristian dan bahawa apabila kamu mati kamu akan pergi ke syurga, mereka pasti akan menafikan kamu seorang Kristian. Mereka juga akan menafikan bahawa Mariam (kini dipanggil Maria) telah dibangkitkan dan menunjukkan kamu jalan keluar sebagai seorang pembidaah. Justin Martyr telah memberi amaran kepada maharaja tentang orang-orang ini dalam karyanya First Apology. Justin mengatakan bahawa dia tidak harus percaya yang mereka itu adalah Kristian. Orang Gnostik telah menyelitkan doktrin syurga dan neraka ini ke dalam jemaat sesudah tempoh itu. Ianya doktrin kafir dan menghujat. Perhatikan karya Jiwa (No. 92) dan Kebangkitan Orang Mati (No. 143).
Saya percaya kebanyakan kalau bukan
semua sahabat Roman Katolik saya berdoa kepada Maria sekurang-kurangnya
kadangkala. Adakah sebarang rujukan alkitabiah untuk melakukan ini?
J: Jawapannya yang ringkas adalah ‘Tidak’. Tiada sokongan Alkitabiah untuk doa-doa kepada Maria atau kepada sesiapapun selain dari Allah. Ahli teologi Roman Katolik, Herbert Armstrong, dalam artikelnya mengenai Pernyataan Iman Para Rasul (Cath. Encyc. Vol. 1, halaman 630-631) telah memberikan bentuk asal Pernyataan ini dalam dokumen paling awal diketahui iaitu dokumen R abad kedua dari Rom.
Ia menunjukkan dengan cukup jelas bahawa jemaat TIDAK dikenali sebagai Jemaat Katolik dalam dokumen itu. Juga mereka menyatakan secara mutlak bahawa mereka percaya dalam Kebangkitan Orang Mati. Menyatakan bahawa Mariam atau Maria telah pergi ke syurga, pastinya akan mengakibatkan kamu ditandakan sebagai seorang Gnostik dan disingkir dari jemaat. Jika kamu telah berdoa kepada Maria maka kamu pastinya telah disingkir dengan lebih cepat lagi.
Pemujaan Maria tidak memasuki jemaat sehinggalah abad kelima dari Syria. Pegangan jemaat di Rom pada abad kedua adalah seperti berikut:
Ianya dianggap kepercayaan asas keimanan Kristian, suatu shibboleth, bahawa kebangkitan tubuh akan berlaku akhir zaman dan bahawa Alkitab adalah tegas bahawa tiada seorangpun yang telah naik ke syurga melainkan dia yang telah turun dari syurga, iaitu anak Manusia (Yohanes 3:13).
Justin Martyr yang menulis kepada maharaja di Rom dalam First Apology mengatakan bahawa apabila kamu menemui mereka yang mengatakan diri mereka Kristian dan mengatakan bahawa apabila mereka mati mereka pergi ke syurga, janganlah percaya mereka. Mereka bukan Kristian. Petikan-petikan dan doktrin-doktrin itu diperiksa dalam karya-karya Jiwa (No. 92) dan Kebangkitan Orang Mati (No. 143).
Jemaat sudah cukup tegas tentang doktrin ini. Ia adalah ujian seorang Kristian sejati. Sesiapapun yang mengatakan bahawa apabila orang-orang kudus mati mereka akan pergi ke syurga menunjukkan bahawa mereka bukan Kristian. Doktrin kafir dan menghujat ini telah datang dari orang Gnostik.
Nama katolik telah ditambah kemudiannya untuk sebab-sebab politik dan Jemaat sejak dari mula hanya dikenali sebagai jemaat sehinggalah gelaran itu ditambah kepadanya. Pada abad kedua jemaat di Rom hanya dikenali sebagai Jemaat dan orang-orang kudus termasuk Mariam dianggap sebagai mati dan menunggu kebangkitan dari mati seperti yang mereka percayai dalam pegangan mereka. Jemaat telah berpecah kepada dua mazhab pada tahun 192 TM kerana apa yang disebutkan sebagai Pertikaian-pertikaian Quartodeciman (No. 277).
Telahpun terjadi perpecahan di Afrika sebelumnya (Montanist) namun ini menandakan perpecahan besar antara mazhab Paskah dan pemelihara Sabat dengan mazhab penyembah Easter yang baru yang kemudiannya menjadi Jemaat Roman Katolik. Britain dan jemaat-jemaat di Timur terus kekal sebagai Quartodeciman. Jemaat British tidak bersatu dengan Rom sehinggalah tahun 663 dari synod Whitby.
Sebagai seorang anak saya teringat
rujukan-rujukan kepada Hati (Jantung) Suci Maria. Bagaimana konsep ini
digambarkan dan dari manakah asalnya pemikiran ini?
J: Kultus
Hati Suci Maria serupa dengan kultus Hati Suci Yesus. Dalam kesnya, hati
dianggap melambangkan kasihnya kepada Tuhan dan kepada anaknya. Ideanya adalah
supaya mereka yang taat meniru kebaktian ini.
Kultus ini boleh dijejaki kesannya hingga abad ke 12 namun pengiktirafan kepausan dalam bentuk sebahagian tidak berlaku sehingga tahun 1799. Ini mengikuti corak yang serupa kepada masalah-masalah selepas revolusi Perancis dan khalayak ramai yang tidak berpengetahuan tentang Alkitab yang dihalang dari pengajian Alkitab yang tulen dan bersungguh-sungguh (rujuk ERE, Vol 6, halaman 558).
Suatu Upacara Keagamaan dan Acara Kebaktian ditetapkan oleh Perkumpulan Jemaat Rites pada tahun 1855, namun ini tidak dipaksa pada seluruh jemaat dan sebarang perayaan universal juga tidak dibenarkan. Idea jantung ini sebagai sumber nilai murni serta objek tumpuan kultus, berasal dari orang pagan purba di Eropah dan tempat lain. Orang Celt menyimpan kepala-kepala yang diawetkan dalam kendi-kendi minyak pohon sedar dan kita perhatikan dalam Mabinogian bahawa Gwynn telah memaksa Kyledi untuk memakan jantung bapanya. "Orang Wend percaya bahawa jantung seorang perawan atau seorang bayi yang ditapaikan dalam bermacam herba akan menyembuhkan penyakit atau mengilhamkan cinta. Dan kerana itu kubur-kubur sering dicerobohi untuk mendapatkan jantung dari mayat. Mungkin kepercayaan Jerman lama bahawa 'jantung seorang yang hampir mati boleh berpindah ke dalam seorang yang hidup, yang kemudiannya akan menunjukkan keberanian dua kali ganda lebih banyak' berpunca dari adat kejam ini" (ERE, ibid.).
Nampaknya mungkin sekali bahawa idea Jerman purba ini adalah asas di sebalik kultus-kultus yang muncul pada waktu-waktu krisis besar jemaat dan telah menjadi terkenal di kalangan khalayak ramai yang percaya pada tahyul. Jantung-jantung "Maria" dan anaknya mengambil tempat perawan atau bayi dalam ilmu sihir keherbaan zaman pagan masa lampau.
Di manakah Alkitab menyebut bahawa Maria
telah naik ke syurga?
J: Ia tidak mengatakan bahawa Maria telah naik ke syurga. Malahan, ia mengatakan sebaliknya. Lama selepas kematiannya, rasul Yohanes menulis dan memberikan kata putus tentang hal ini. Tiada seorangpun yang pernah naik ke syurga melainkan dia yang telah turun dari syurga, iaitu Anak Manusia (Yohanes 3:13). Jemaat mula-mula pastinya akan mengecam sesiapapun yang menyatakan bahawa Mariam (kini dipanggil Maria) telah naik ke syurga sebagai seorang pembidaah. Keluarganya yang meliputi pemimpin-pemimpin jemaat awal ini pastinya akan mentertawakan sesiapa saja yang menyatakan bahawa dia (Maria) tidak mempunyai anak-anak lain. Maklumat selebihnya boleh didapati dalam karya-karya Perawan Maria dan Keluarga Yesus Kristus (No. 232); Jiwa (No. 92); dan Kebangkitan Orang Mati (No. 143).
Adakah Maria mempunyai anak-anak lain
selepas Yesus? Jika ya, apa yang terjadi kepada mereka?
J: Namanya sebenarnya bukan Maria tetapi Mariam. Saudara perempuannya bernama Maria dan dia merupakan isteri Klofas. Mariam mempunyai empat anak lelaki selepas anak pertamanya yang namanya bukan Yesus tetapi Yosua. Iesous adalah perkataan Yunani dari mana perkataan Inggerisnya diterbitkan namun ia sebenarnya adalah bentuk Yunani untuk Yosua yang dipanggil Yoshua atau Yahoshua dalam bahasa Ibrani.
Alkitab mencatatkan bahawa dia mendapat empat anak lelaki dan beberapa anak perempuan namun sesuai dengan tradisi, nama-nama mereka tidak disenaraikan. Nama-nama anak-anak lelaki itu adalah Yusuf (Yusef), Yakub (Yakob (dipanggil James [atau Yakobus] dalam bahasa Inggeris)), Yehuda (Yudas) dan Simon. Saudara Kristus iaitu Yakub atau Yakobus telah menulis kitab Yakobus dan telah mati syahid pada tahun 63 TM. Saudaranya Yehuda telah menulis kitab Yudas.
Keturunan mereka telah mentadbir jemaat bersama keturunan adik-beradik Yohanes Pembaptis serta anak-anak Maria dan Klofas selama tiga abad. Apa yang terjadi kepada mereka adalah satu cerita istimewa dan merupakan satu pendakwaan terhadap Kekristianan. Cerita ini terkandung dalam karya Perawan Mariam dan Keluarga Yesus Kristus (No. 232).
Mengapakah umat Katolik menghormati
Perawan Maria yang Diberkati?
J: Pengikut Roman Katolik begitu; pengikut Anglican dan Katolik Episcopalian, tidak; pengikut Ortodoks, ya. Pada mulanya ia tidak dilakukan. Penghormatan Mariam iaitu nama sebenar ibu Kristus, tidak memasuki jemaat sehingga abad-abad kelima dan keenam dari Syria. Maria merupakan ibu saudaranya.
Penyembahan atau penghormatan Maria disebut sebagai Pemujaan Maria dan pada mulanya ia ditentang kerana ini adalah perbuatan menghujat. Ia dikaitkan dengan kultus Ibu dewi di timur dan masuk mengikuti struktur Krismas, yang juga masuk di Syria di Damsyik (Damascus) pada tahun 375 TM dan Yerusalem pada tahun 386 TM.
Pada beberapa abad pertama jemaat menganggap sesiapa yang mengatakan bahawa seorang yang mati akan pergi ke syurga sebagai seorang pembidaah Gnostik. Setelah doktrin-doktrin pagan melemahkan doktrin-doktrin jemaat menjelang abad Keempat, idea-idea yang lain ini dapat masuk dan merosakkan teologi asal. Pada 15 Ogos 1950, Paus Pius XII telah mengisytiharkan doktrin Kenaikan Perawan ke dalam syurga. Lihat karya-karya: Jiwa (No. 92); Kebangkitan Orang Mati (No. 143); Perawan Mariam dan Keluarga Yesus Kristus (No. 232); dan Asal-usul Krismas dan Easter (No. 235).
Bolehkah kamu tolong terangkan apakah
Medjugorje itu?
J: Sistem Ibadah Ibu Dewi telah memasuki jemaat sebagai Pemujaan Maria pada abad kelima dan keenam. Ia telah sentiasa ada di situ di dalam sistem-sistem Baal-Easter atau Istar. Negara Austria dinamakan sempena nama kerajaan Ostarricchi yang bermaksud kerajaan Dewi Ostar yang diisytiharkan pada tahun 996. Eropah telah reput dengan sistem kultus ini.
Dewi ini muncul kepada orang ramai dalam lawatan-lawatan. Iblis muncul sebagai malaikat cahaya. Ia berlaku di Fatima awal abad ini dan kemudian fenomena serupa di kawasan Balkan yang melibatkan jelmaan perempuan. Alkitab cukup jelas bahawa tiada seorangpun yang telah naik ke syurga melainkan dia yang telah turun dari syurga iaitu Anak Manusia (Yohanes 13:13). Maka jelmaan ini tidak mungkin adalah Mariam Ibu Kristus kerana dia belum lagi bangkit bersama umat pilihan yang lain dari Kebangkitan Pertama. Lihat karya Perawan Mariam dan Keluarga Yesus Kristus (No. 232).
Umat-umat Katolik mengatakan bahawa
'Kelahiran Suci' merujuk kepada Maria yang dilahirkan tanpa dosa kerana dia
telah dipilih untuk menjadi ibu 'Tuhan'. Bagaimanakah ini mungkin? Apakah
tafsiran kamu tentang Kelahiran Suci?
J: Hanya Kristus saja yang dilahirkan tanpa dosa. Hanya dia saja yang telah mati tanpa dosa dan melakukan pendamaian untuk kita. Hanya dia adalah Anak Domba Paskah. Mariam telah dipilih untuk menjadi ibu Yosua iaitu Mesias anak Tuhan. Kelahirannya adalah hasil normal persenyawaan perempuan oleh lelaki. Keturunannya terdapat dalam Lukas bab 3 (lihat Genealogi Mesias (No. 119)). Dia adalah seorang isteri dan ibu yang baik, dan telah mati sebagai seorang anggota jemaat. Dia kini menunggu kedatangan anaknya untuk kebangkitan dari mati. Butir-butir keluarganya ada di dalam karya Perawan Mariam dan Keluarga Yesus Kristus (No. 232).
Adakah Alkitab berkata apa-apa tentang
kenaikan Maria [ke syurga]? Di manakah boleh saya temui sebarang ayat yang
membayangkan atau menggambarkan peristiwa itu?
J: Jika kamu ingin tahu lebih lanjut tentang subjek ini atau mengenai ajaran Jemaat Katolik, saya ingin merujuk kamu kepada buku berikut yang boleh didapati di laman web atau dibeli di mana-mana kedai buku: Catechism of the Catholic Church Ligouri Publications ISBN 0-89243-566-6
Tidak ada rujukan Kitab yang langsung untuk Kenaikan ini. Namun Jemaat Katolik tidak mendasarkan doktrinnya pada Kitab Suci saja seperti juga kebanyakan Jemaat-jemaat Protestan. Sesungguhnya Alkitab betul-betul muktamad bahawa tidak pernah ada kenaikan sesiapapun selain dari Kristus. Hal Henokh dan Elia dibincangkan dalam karya Saksi-saksi (No. 135).
Jemaat Roman seperti orang Farisi sebelum mereka telah mencemari Kitab Suci dengan tradisi-tradisi mereka. Dia mengakuinya di sini. Dalam Yohanes 3:13 ia mengatakan: “Tidak ada seorangpun yang telah naik ke sorga, selain dari pada Dia yang telah turun dari sorga, yaitu Anak Manusia.”
Ini tidak mungkin lebih jelas lagi. Teks ini telah ditulis selepas kematian Mariam (Dipanggil Maria). Ia telah ditulis oleh Yohanes selepas zaman para rasul dan itulah sebabnya kenapa terdapat usaha keras untuk cuba dan membuatkan kitab ini seolah-olah ditulis ketika para rasul masih hidup kerana ia menghapuskan sepenuhnya doktrin-doktrin syurga dan neraka palsu yang memasuki Kekristianan dari orang Gnostik.
Apa yang Patrick Sena dan penganut Roman Katolik secara umumnya tidak dapat atau tidak mahu memberitahu kamu, disebabkan sekatan-sekatan jemaat pada lewat abad kedua puluh, adalah bahawa di dalam jemaat mula-mula di Rom, ia merupakan ujian seorang Kristian sejati. Justin Martyr dalam menulis First Apology kepada maharaja di Rom sekitar tahun 150-155 mengatakan seperti ini: “Jika kamu menemui orang yang mengatakan mereka adalah Kristian dan bahawa apabila mereka mati mereka akan pergi ke syurga jangan percaya mereka sebab mereka bukan Kristian.” Ini adalah ujian seorang Kristian sejati. Ia adalah shibboleth di dalam jemaat. Jika ada sesiapa yang mengatakan bahawa ada orang lain selain Kristus yang telah naik ke syurga maka kamu tahu dengan kenyataan itu bahawa mereka bukan Kristian.
Jemaat Roman Katolik tidak mencipta dan mengambil masuk doktrin kenaikan Mariam yang dipanggil Maria (iaitu nama saudara perempuannya, isteri Klofas, dan bukannya nama ibu Kristus) sehinggalah 15 Ogos 1950 iaitu dalam abad ini hanya 51 tahun yang lalu.
Ianya satu dusta dan bertentangan dengan Kitab Suci dan seluruh rencana Keimanan dan struktur Alkitab. Ia bersandar pada doktrin kafir dan menghujat yang bertujuan untuk menafikan doktrin asas keimanan berkenaan Kebangkitan Orang Mati. Lihat karya-karya Jiwa (No. 92); Vegetarianisme dan Alkitab (No. 183); Kebangkitan Orang Mati (No. 143); dan juga Perawan Mariam dan Keluarga Yesus Kristus (No. 232).
Saya telah mendengar gambaran bahawa
Maria bermakna ‘bintang lautan’ kerana dia menyinari kita dengan sifat murninya
dalam lautan kesengsaraan ini, seperti bintang yang sangat mulia. Saya teringat
membaca bahawa nama sebenar Maria adalah Miriam. Adakah rujukan kepada bintang
ini satu amalan pagan yang menyembah planet-planet, dsb. sebagai mewakili
dewa-dewa tertentu?
J: Gelaran Stella Maris telah masuk ke dalam Kekristianan dari Kultus Isis. Para maharaja sekalipun telah ketagih kepadanya. Otho hadir dalam pakaian linen (Seutonius (Otho 12)). Commodus melakukan yang sama, dengan kepala bercukur, sambil membawa patung Anubis (rujuk karya Frazer Golden Bough vol. vi, halaman 118 nota 1).
Frazer membandingkan pemujaan Maria pada Zaman Pertengahan kepada pemujaan Isis ini. Dia mengatakan:
“Sesungguhnya ritualnya penuh terhormat, dengan imam-imam yang bercukur kepala, upacara sembahyang pagi dan petangnya, muziknya yang berdering, pembaptisan serta cacian-cacian air sucinya, perarakan-perarakannya yang serius, patung-patung Ibu Tuhan yang berpermata, menunjukkan banyak kesamaan dengan kemegahan serta upacara Katolikisme” (Frazer ibid.).
Hakikatnya dari situlah semua itu datang. Dari Isis dalam perwatakan kemudiannya sebagai penaung para pelaut, kultus Maria menerbitkan julukan Bintang Lautan ini. Frazer berpendapat bahawa ciri-ciri dewa laut mungkin telah diberikan kepada Isis oleh orang-orang Yunani Alexandria yang menjelajah lautan (ibid. halaman 119).
Frazer mengatakan bahawa ciri-ciri ini agak asing kepada watak asalnya serta tabiat-tabiat orang Mesir, yang tidak sukakan laut. Tidak syak lagi bahawa orang Yunani dan Rom telah memeluk Isis serta kultus-kultus misteri itu, dan mereka telah bertapak sepenuhnya di Rom semasa zaman Kekristianan. Mengikut hipotesis ini kita dapat saksikan bahawa “Sirius iaitu bintang terang Isis pada pagi Julai naik dari ombak-ombak yang seperti kaca di timur Mediterranean, satu petanda pelaut-pelaut cuaca Halcyon, adalah Stella Maris yang sejati, ‘Bintang Lautan’.”
Itu adalah asal sebenar dan ia hanyalah satu lagi penanda kehadiran Kultus-kultus Misteri dalam Kekristianan. Tanda Isis adalah SSS yang menurut angka adalah 666 dan ini telah memasuki sistem Kekristianan Yunani-Rom.
Jika Maria telah berkahwin dengan Yusuf,
adakah dia seorang perawan dalam ertikata yang difahami kebanyakan orang?
J: Ya, dia
telah berkahwin dengan Yusuf sebagai seorang isteri dan selepas Kristus, dia
telah mengadakan hubungan dengannya dan menghasilkan empat anak lelaki bernama
Yakub (dipanggil Yakobus), Yehuda atau Yudas, Simon dan Yusuf sempena namanya.
Mariam adalah ibu Kristus. Maria adalah ibu saudaranya yang telah berkahwin dengan Klofas. Dia juga telah mempunyai beberapa orang anak termasuklah Yakobus yang kecil (Yakub, James). Mereka semuanya lebih muda dari Kristus, dan adalah sebabnya kenapa Mariam diletakkan di bawah penjagaan Yohanes pada waktu Penyaliban itu.
Yakub yang dipanggil Yakobus oleh kita telah menulis kitab Yakobus dan mempengerusikan konferens Kisah, selaku biskop Yerusalem. Dia telah mati syahid pada tahun 63 TM. Dia telah diganti oleh Symeon iaitu saudaranya dan saudara Kristus juga. Yudas telah menulis kitab Yudas dalam Alkitab. Kisah keluarga mereka diceritakan di dalam karya Perawan Mariam dan Keluarga Yesus Kristus (No. 232).
Saya mendengar rujukan kepada Wanita dengan
Buah Delima; ia nampaknya satu perwakilan Madonna dan anak. Anak itu ada dalam
satu tangan dan buah delima dalam tangan satu lagi. Apakah simbolismenya dan
apakah asal-usulnya?
J: Ini berasal secara langsung dari penyembahan Attis iaitu dewa Phrygia yang lazimnya dikaitkan dengan Adonis kerana mereka sangat serupa.
Attis adalah Dewa yang mati seperti Adonis yang telah mati dan dibangkitkan pada perayaan musim bunga iaitu Easter. Attis dikatakan adalah seorang gembala muda yang baik rupa parasnya. Dia disayangi oleh Cybele iaitu Ibu segala Dewa. Dia adalah dewi Kesuburan agung Asia dan kita lihat di sini dalam bentuk-bentuk lain dalam kultus-kultus itu. Ada yang berpendapat bahawa Attis adalah anaknya (rujuk Scholiast mengenai Lucian dan juga Hippolytus R.o.h. ayat 9; rujuk Frazer The Golden Bough, McMillan, vol. v, halaman 263 dan nota samping 1-4).
Ibu Attis adalah seorang perawan, Nana, yang telah mengandung dengan meletakkan buah badam atau delima di dadanya. Dalam kosmogoni Phrygia, badam ditonjolkan sebagai bapa segala sesuatu (Frazer, ibid., halaman 263-264). Menurut Arnobius, buah Delima itu menggambarkan kisah ibu Attis yang mengandung dengan meletakkan di dadanya buah delima itu yang mewakili kemaluan yang telah terputus seorang raksasa manusia bernama Agdestis. Ini adalah seorang pendua kepada Attis. Dengan kata lain buah delima itu adalah simbol kesuburan dewa yang telah dikasi yang menyebabkan perawan itu mengandung dan mengeluarkan anak dewasa Attis. Attis, yang bermakna “bapa” adalah dewa sebagai Bapa dan Anak yang mewakili dua elemen satu Dewa. Pandangan ini memasuki Kekristianan sebagai modalisme Binitarian dengan dewi itu sebagai elemen ketiga. Sistem ini kemudiannya telah berkembang menjadi Modalisme Triune sejati dengan perawan itu sebagai elemen keempat dan ini belum lagi diselesaikan dalam sistem Roman. Dari Attis kita dapati istilah Papas, iaitu satu lagi namanya dan ini adalah asal bagi papa atau paus dalam Roman Katolikisme. Nana adalah nama ibu dewi selaku ibu segala sesuatu.
Aspek ini juga adalah kenapa sistem ibu dewi dilayani oleh imam-imam yang telah dikasi dan kenapa pembujangan masih lagi menjadi sebahagian dari strukturnya hingga hari ini (rujuk Frazer ibid., halaman 269). Perawan itu adalah ibunya yang dilambangkan oleh buah delima itu. Buah delima ini juga adalah adalah simbol kepelbagaian membentuk kesatuan dalam Mistikisme (rujuk Cirlot, A Dictionary of Symbols, halaman 223).
Atas sebab ini, Buah-buah Delima dilarang bagi para penyembah Cybele dan Attis (Frazer ibid., v. 280). Persembahan patung Ibu dewi di sungai mewakili perkahwinan Cybele dan Attis atau Aphrodite dan Adonis. Demeter juga mandi di situ setelah berhubungan dengan Poseidon dan begitu juga Hera selepas perkahwinan dengan Zeus. Hera mendapat semula keperawanannya setiap tahun dengan mandi di mata air Canathus (ibid.). Ini adalah idea perawan kekal serta asal-usulnya. Ibu Attis adalah satu lagi bentuk pasangan ilahinya iaitu Ibu Dewi Agung (Frazer, ibid., halaman 281). Dia adalah Ibu Perawan (ibid.).
Para penganut Cybele dan Attis tidak dibenarkan memakan makanan tertentu dan ikan adalah suci kepada mereka seperti mana kepada Atargatis atau Dercato. Pengikut-pengikut mereka dilarang memakan biji-bijian serta akar-akar sayuran, tetapi boleh memakan batang serta bahagian-bahagian atas tumbuhan. Seperti misteri-misteri Pythagorea secara umumnya, daging babi dan ikan adalah suci bagi mereka dalam pemakanan dan dihadkan dalam pemakanan mereka.
Tidak syak lagi bahawa ini adalah asal-usul larangan pemakanan ikan pada hari Jumaat. Dalam misteri-misteri lain, Buah Delima timbul dari darah Dionysius (anemone dari darah Adonis dan bunga ungu dari darah Attis) (Frazer, ibid., vii. 14. Biji-bijian buah delima tidak dimakan di Thesmophoria (ibid.) dan tidak boleh masuk ke dalam kaabah di Lycosura (ibid., viii, 46).
Maka didapati bahawa Madonna dan anak yang membentuk Wanita Buah Delima itu adalah Cybele dan Attis anaknya dan juga kekasihnya yang mempunyai pasangan setara dalam semua kultus misteri dengan makna yang sama. Lihat karya-karya: Salib - Asal-Usul dan Maksudnya (No. 39); Asal-usul Krismas dan Easter (No. 235); Daud dan Goliat (No. 126); dan Piñata (No. 276).
Oleh kerana ramai yang percaya bahawa
Maria adalah perawan kekal, apa yang patut kita lakukan dengan Matius 1:24-25?
24 Sesudah bangun dari tidurnya, Yusuf
berbuat seperti yang diperintahkan malaikat Tuhan itu kepadanya. Ia mengambil
Maria sebagai isterinya, 25 tetapi tidak bersetubuh dengan dia
sampai ia melahirkan anaknya laki-laki dan Yusuf menamakan Dia Yesus.
“Sampai” ertinya sehingga, dalam bahasa
Yunani sekalipun. Adakah kita patut membuangnya?
J: Engkau betul dalam mana banyak mitos yang telah timbul tentang ibu Kristus. Jemaat awal mengetahui bahawa Kristus mempunyai saudara lelaki dan perempuan. Mereka bukan saja dinamakan dalam Alkitab tetapi juga dalam karya-karya bersejarah jemaat. Mula-mula sekali, nama ibu Kristus adalah Mariam. Ibu saudaranya adalah Maria isteri kepada Klofas.
Mereka berdua mempunyai anak-anak. Matius 12:46-50 menunjukkan bahawa ibunya mempunyai anak-anak lain dan mereka lebih muda dari Kristus. Anak-anak lelaki dinamakan dalam Matius 13:55.
Nama-nama asal mereka adalah Mariam ibunya, Yakub (ditulis sebagai Yakobus), Yusuf (sempena bapa mereka), Simon, dan Yudas (Judas ditulis sebagai Jude) yang telah menulis kitab Yudas. Yakub telah menulis kitab Yakobus, Yudas memanggil dirinya hamba mereka, saudara kepada Kristus dan Yakobus. Memperkenalkan kedua-dua dirinya dan Yakobus sebagai saudara-saudara Kristus. Lihat versi Marshall’s Greek English Interlinear untuk kata-katanya. Galatia 1:19 khususnya menamakan Yakobus sebagai saudara Kristus. Maka Yakobus dan Yudas jelas dikenalpasti. Maka empat orang itu, bersama Simon dan Yusuf, adalah saudara-saudara Tuhan Yesus.
Saudara-saudara perempuan Kristus tidak dikenalpasti nama-nama mereka seperti yang lazimnya. Maria atau Mary, isteri Klofas dan ibu saudara Kristus juga adalah ibu kepada dia yang dipanggil Yakobus yang lebih kecil atau Yakobus kecil berbeza dengan Yakobus iaitu biskop Yerusalem dan saudara Kristus.
Identifikasi keluarga serta keturunan Kristus diliputi dalam karya-karya Genealogi Mesias (No. 119); dan Perawan Mariam dan Keluarga Yesus Kristus (No. 232). Satu lagi penanda tentang umur mereka yang lebih muda dari Kristus adalah bahawa apabila dia berada di atas salib dia telah meletakkan Mariam dalam penjagaan Yohanes dan dengan itu Yohanes secara efektifnya menjadi penjaga keluarga yang lebih muda itu.
Yakobus telah mati syahid pada tahun 63 TM dan telah diganti kedudukannya sebagai biskop Yerusalem oleh Symeon saudaranya. Keturunan-keturunan keluarga itu telah dipanggil Desposyni yang bermakna dimiliki Tuhan. Mereka mentadbir jemaat sebagai biskop-biskop untuk beberapa ketika. Mereka telah diperintah untuk dihapuskan oleh biskop Rom selepas konferens tahun 318 yang diadakan oleh Constantine. Mereka meminta untuk jemaat dipulihkan semula kepada doktrin-doktrin sebenarnya serta Hukum Tuhan, dan kerana itu biskop Rom telah mengarahkan agar mereka dihapuskan secara sistematik selama dua abad selepas itu di mana saja mereka boleh dijejaki. Mereka kemudiannya memulakan mitos keperawanan kekal itu untuk menutup perbuatan buruk ini dan mengukuhkan Pemujaan Maria dalam jemaat di bawah pengaruh Rom dan Yunani.
Ibadah ibu dewi ini endemik di sekitar kawasan Mediterranean dan sistem matahari secara umumnya.
Apa yang terjadi kepada Yusuf, suami
Maria? Selepas kelahiran Kristus dia tidak lagi disebut selain dari apabila
Kristus berada di bait suci.
J: Jawapannya nampaknya adalah bahawa dia telahpun mati pada masa pelayanan Kristus. Ibu Kristus telah diserahkan kepada Yohanes pada penyaliban itu dan nampaknya saudara-saudaranya telah menyertai mereka sejak waktu itu. Yakub, yang dipanggil Yakobus, iaitu saudara Kristus adalah pengerusi di konferens para rasul di Yerusalem dalam Kisah Para Rasul dan Yudas juga kemudiannya telah menulis kitabnya. Seluruh keluarganya menjadi pemimpin-pemimpin jemaat selama tiga abad. Satu-satunya kesimpulan yang kita ada adalah bahawa Yusuf telah meninggal sebelum pembaptisan Kristus pada tahun 27/28 TM dan beberapa lama selepas perbincangan-perbincangan Kristus di dalam Bait Suci pada kira-kira umur dua belas tahun pada tahun 7 TM. Hakikat bahawa dia mempunyai empat adik lelaki dan beberapa orang adik perempuan menunjukkan bahawa Yusuf telah hidup beberapa tahun lamanya selepas peristiwa-peristiwa tahun 7 TM. Terdapat satu karya bertajuk History of Joseph the Carpenter (Sejarah Yusuf si Tukang Kayu) dan teks lengkapnya terpelihara dalam bahasa Bohar dan Arab. Satu versi Latin telah dibuat dari versi Arab pada abad keempat belas. Teks ini dikatakan adalah satu cerita yan diberikan oleh Kristus pada Bukit Zaitun namun teks itu adalah teks selepas abad kelima yang telah dipengaruhi Pemujaan Maria serta doktrin kenaikan ke syurga yang muncul dalam abad itu dan adalah palsu. Kisah Keluarga Kristus terkandung dalam karya Perawan Mariam dan Keluarga Yesus Kristus (No. 232).
Saya tahu bahawa hari lahir adalah bukan
alkitabiah namun dari manakah orang Katolik memutuskan bahawa 8 September
adalah hari lahir Maria ibu Yesus?
J: Mereka mendapatnya dari sistem pagan yang sama dari mana mereka mendapat semua yang lain yang berkaitan dengan sistem ibu dewi. Mariam, iaitu nama sebenarnya, adalah seorang Yahudi dengan ibunya dari kaum Lewi yang dilahirkan di Yudea di bawah kalendar Bait Suci.
Mereka tidak merayakan hari lahir dan tarikh kelahirannya tidak diketahui. Jika ya, ianya pasti tidak menurut kalendar pagan yang telah dibentuk berabad-abad selepas kematiannya. Hari lahir adalah tanda kultus-kultus matahari untuk kumpulan-kumpulan misteri Babilon. Jika Mariam telah memelihara hari lahir maka dia pastinya dibatalkan dari menjadi ibu Mesias. Lihat karya Hari-hari Lahir (No. 287).
5…Malaikat-malaikat
Adakah kita semua mempunyai malaikat
penjaga peribadi?
J: Malaikat-malaikat adalah roh-roh yang melayani. Tidak syak lagi bahawa kepala malaikat Mikhael adalah malaikat yang mendampingi Israel (Daniel 12:1). Maka malaikat-malaikat dibahagi-bahagikan kepada bangsa-bangsa. Mikhael sebagai ketua malaikat, mempunyai bala tentera di bawahnya. Maka memang munasabah untuk menyimpulkan bahawa Israel rohani, iaitu umat pilihan, pastinya mempunyai pengawasan malaikat. Malaikat derhaka juga mengawas bangsa-bangsa dan ianya satu lagi kesimpulan bahawa iblis setan menguasai mereka yang bukan umat pilihan. Sama ada setiap orang diberikan seorang malaikat yang khusus adalah hal yang lain lagi. Mereka memang bertanggungjawab untuk orang-orang tertentu, dan ianya mungkin bahawa setiap kita dibahagikan kepada bani malaikat untuk membantu kita mengharungi kehidupan kita dalam panggilan untuk menjadi anak-anak Tuhan.
Adakah Malaikat benar-benar mempunyai
sayap? Adakah mereka duduk di atas awan sambil bermain kecapi seperti mana
mereka digambarkan oleh pihak media?
J: Alkitab memberikan beberapa dari berbagai kategori sayap sebagai tanda kedudukan. Empat dan enam sayap masing-masing diberikan kepada Kerubim dan Serafim. Malaikat-malaikat adalah anak-anak Tuhan yang bergerak dalam kuasa. Pertama, mereka adalah anak-anak Tuhan, dan kemudian malaikat-malaikat selaku utusan-utusan kepada manusia. Konsep di mana mereka duduk di atas awan adalah satu pandangan para pelukis kartun. Mereka telah diutus kepada kita sebagai roh-roh melayani dan Ketua Malaikat Mikhael dilihat mendampingi Israel dari Kitab Daniel. Karya Bagaimana Tuhan Menjadi Suatu Keluarga (No. 187) mungkin dapat membantu dalam hal ini.
Dari manakah datangnya para malaikat?
Adakah malaikat dulunya manusia yang telah diselamatkan dan kemudian menjadi
malaikat? Atau adakah Tuhan mencipta malaikat seperti mana dia mencipta
manusia?
J: Kata angel (malaikat) berasal dari perkataan Yunani untuk utusan iaitu aggelos. Perkataan Ibraninya adalah malak dan maknanya sama. Sebelum mereka menjadi utusan mereka telah dicipta sebagai anak-anak Tuhan (rujuk Ayub 1:6; 2:1; 38:4-7). Ini diterangkan dalam karya Bagaimana Tuhan Menjadi Suatu Keluarga (No. 187). Struktur ini juga dikaji dalam karya Kerajaan Tuhan (No. 174). Karya Pra-Kewujudan Yesus Kristus (No. 243) dan juga Malaikat YHVH (No. 24) akan memberikan kamu lebih banyak pemahaman.
6…Jemaat
Asal-usul Kepercayaan Roman Katolik
Bolehkah kamu terangkan kedua-dua
persamaan dan perbezaan antara agama Katolik dan agama Rom pra-Kristian dari
segi kepercayaan tentang Ketuhanan, hari suci atau hari ibadat mereka,
doktrin-doktrin mereka yang penting, serta struktur organisasi mereka?
J: Agama Roman Katolik sebenarnya terbit dari satu kombinasi kepercayaan pagan purba di Rom sebelum Kristus. Dewa-dewa Rom adalah Tuhan Triune serta Kultus Vesta iaitu dewi Api Perapian. Kultus-kultus Matahari dan Misteri juga signifikan dalam memperkenalkan pesta dan kepercayaan. Sistem Rom memang terkenal dengan mementingkan diri sendiri dan konservatif, dan kerana itu jemaat awal atas sebab politik telah membuat memilih untuk memeluk sistem-sistem pagan itu dan mengubahsuai mereka. Kultus-kultus Matahari lebih banyak di Rom dan minggu bertujuh hari telah dipeluk dari orang Mesir. Hari matahari dikaitkan dengan sistem Rom. Dua sistem Matahari adalah kultus Mithras iaitu kultus persendirian penyembelih lembu jantan yang hanya dianggotai lelaki. Istilah Father (Bapa) adalah satu pangkat imam mereka, dan juga penting adalah Raven (Gagak) dan Lion (Singa). Jamuan Suci Tetap dengan roti dan air berasal dari kultus. Bentuk Awamnya adalah Sol Invictus Elagabal dan ini adalah berdasarkan sistem solstis. Krismas dikaitkan dengan kultus ini namun pesta ini nampaknya mula-mula memasuki Kekristianan dari Syria pada tahun 375 dan Yerusalem pada tahun 386. Ia memasuki Gaul dan Rom selepas itu dalam Kekristianan walaupun telah lama ada di kalangan orang Aryan dan Rom (lihat Asal-usul Krismas dan Easter (No. 235)).
Trinitas berasal dari dua sumber. Pertama adalah Tuhan Triune di mana di Rom ianya terdiri dari Jupiter yang asalnya bukan satu patung tetapi pohon oak yang tegak. Romulus dikatakan telah menggantungkan trofi perang padanya pada awal sejarah kota itu. Pohon suci di kalangan orang Aryan ini mewakili genii kolektif sistem Rom. Juno isteri Jupiter mewakili junonese kolektif atau kebolehan reproduktif kaum perempuan Rom. Entiti ketiga adalah Minerva yang asal-usulnya adalah Etrusca dan mewakili anak perempuan perawan suci Jupiter. Ini adalah asal kultus Perawan itu. Dia juga dikaitkan dengan Tuhan triune. Ini adalah satu versi sistem Baal-Easter di Timur dan sistem Osiris-Isis-Horus di Mesir. Anak Lembu Emas juga adalah sebahagian dari sistem ini dan itu adalah berdasarkan sistem Triune Matahari Bulan dan Bintang Fajar. Dewa Bulan di Mesopotamia adalah Sin dari mana bangsa kita Anglo Saxon mendapat perkataan kita untuk dosa (sin), sewaktu kita berada di situ di Timur Tengah. (lihat Anak Lembu Emas (No. 222).
Orang Celt menyembah sistem Anak Lembu Emas sehinggalah selepas Patrick membawa versi Itali baru kultus itu di bawah samaran Easter. Sistem pagan seterusnya adalah kultus dewa Attis. Imam-imam Attis semuanya adalah orang yang dikasi. Mereka percaya Attis telah dikasi oleh Rhea. Mereka membawa pain (cemara) pada mana dia telah disalibkan di kota dengan muzik dan lilin. Patungnya diikat kepada pohon itu. Dia dikatakan telah disalib pada hari Jumaat dan dibangkitkan pada hari Minggu. Ini adalah asal-usul Penyaliban hari Jumaat. Ia juga adalah asal-usul perarakan salib dengan Kristus diukir padanya serta pokok pain yang dihiasi yang juga dikaitkan dengan Krismas. Kultus Attis adalah asal doktrin Tuhan Binitarian. Tuhan dikatakan telah wujud sebagai Bapa dan Anak dalam Tuhan yang sama. Ibu dewi adalah kekasih/ibu kepada anak yang akan mati. Ini terbit secara langsung dari sistem Baal-Easter bagi Baal Asytoret atau Istar di timur. Simbol Ikan juga terbit dari kultus ini kerana ia suci kepada Derceto atau Atargatis seperti juga burung merpati. Air Suci juga berpunca dari kultus ini yang dikumpulkan dari kolam-kolam sucinya. Memakan ikan pada hari Jumaat juga adalah satu ciri ibadahnya di mana ikan adalah suci buat Atargatis dan hari Jumaat adalah hari kematian dewa itu. Di kalangan orang Yunani, ini adalah Adonis. Adonis adalah versi lebih beradab bagi Attis kerana korban manusia juga dikaitkan dengan Attis. Amalan membuat Taman-taman untuk Adonis masih lagi ditemui hingga hari ini di kalangan orang Katolik di Eropah (lihat juga ibid., (No. 235)).
Api Kekal
Kultus api kekal juga endemik kepada Rom pagan. Saya akan menggulung beberapa perincian yang saya berikan kepada satu soalan beberapa lama dahulu. Api suci atau api kekal adalah sebahagian dari sistem pra-Kristian purba di Rom. Ia jauh lebih tua dari Rom dan boleh dijejaki kepada sistem terawal dewa Triune yang kita lihat telah memasuki India dari Asyur pada permulaan milenium kedua SM dan masih ada dalam Shamanisme. Idea Jiwa sebagai satu nyala api adalah meluas di kalangan masyarakat purba. Maka kita berhadapan dengan konsep-konsep purba doktrin jiwa (rujuk karya Jiwa (No. 92)). Orang-orang dahulukala dalam sistem-sistem Shamanist percaya bahawa jiwa adalah seperti satu nyala api. Dalam banyak sistem keagamaan ia dikaitkan secara langsung kepada jiwa. Banyak kultus pagan mempercayai bahawa jiwa akan mati jika api itu padam. Idea ini datang dari tubuh hidup yang panas dan tubuh mati yang sejuk. Dengan itu wujudnya istilah nyala hidupnya padam, atau lain-lain sepertinya dalam berbagai kebudayaan (rujuk ERE Soul (Primitive) xi, halaman 727). Idea nyala api suci wujud di dalam sistem Rom dan dalam kumpulan imam Rom yang dikaitkan dengan Kuil Vesta dan Flamen Dialis, Flamen Martialis dan Flamen Quirinialis serta Flamines (rujuk ERE, Priest, Priesthood (Roman), halaman 329 dan seterusnya). Kedudukan lama bagi Imam-imam Rom pagan adalah: ex sacrorum, flamines Dialis, Martialis, Quirinialis, pontifex maximus. Pangkat pontifex maximus (dari mana Pontiff (Paus) sekarang mendapat gelarannya) mempunyai hak istimewa untuk memilih flamen Dialis dari satu senarai tiga calon yang dicalonkan oleh kolej pontificate atau ketua-ketua paderi. Namanya menunjukkan Dewa khusus manakah yang mereka layani. Dialis: Jupiter; Martialis: Mars; dan sebagainya. Quirinalis, sungguhpun berpangkat lebih rendah dari yang lain, kerap terbabit dalam korban-korban yang melibatkan pertanian dan dikaitkan dengan kultus dan dewa Tumbuh-tumbuhan.
Hanya isteri kepada satu, iaitu flaminica Dialis, yang menyertai suaminya dalam tugas-tugas suci. Plutarch berpendapat si isteri ini mewakili Juno dan meskipun adanya bantahan-bantahan moden, ini mungkin betul disebabkan sistem Triune itu dan Juno yang mewakili junones kolektif kaum perempuan Rom. Lima belas yang terpenting dari flamine adalah milik kolej pontificate (atau ketua-ketua paderi). Gelaran “flamen” nampaknya datang dari “meniup” yang dikaitkan dengan api-api mezbah-mezbah korban atau dari nyala-nyala api (flagrare, fiamma) padanya. Bagaimanapun, Meyer telah mengaitkannya dengan ‘imam’ Brahman Sanskrit (rujuk ERE, ibid. halaman 328b, nota samping 2).
Maka gelaran pontiff adalah yang kelima
dari segi kedudukan sistem curial Rom pada zaman-zaman pra-Kristian purba.
Sistem itu telah dipindahkan kepada paus serta kardinal-kardinal yang memakai
warna merah kuil Vesta yang melambangkan nyala apinya. Vestal-vestal juga
dipilih oleh pontifex maximus. Mereka enam semuanya dan dipilih dari satu
senarai dua puluh anak perempuan kepada lelaki dan perempuan merdeka yang masih
hidup. Maka kita boleh andaikan bahawa idea atau pembatasan ini juga dikaitkan
dengan nyala api dan satu tanda kehidupan, dan kehidupan para ibubapa itu
diambil sebagai satu tanda perlindungan Vesta iaitu dewi api perapian. Mereka mula
bertugas pada kira-kira umur enam tahun dan berkhidmat tiga puluh tahun dalam
tiga dekad. Dekad pertama adalah dengan tunjuk ajar. Dekad kedua mereka
bertugas sebagai paderi-paderi perempuan dan dekad ketiga mereka gunakan
mengajar orang-orang baru. Vesta adalah dewi api perapian yang pada asalnya
adalah kultus keluarga dan telah menjadi kultus yang dikawal kerajaan. Ianya
tugas paderi-paderi perempuan ini untuk memelihara api suci dan itu adalah
asal-usul api-api suci yang kita saksikan dalam banyak negara. Penyerahan kuasa
kepada individu boleh dirujuk kembali kepada idea Jupiter sebagai simbol genii
kolektif Kerajaan Rom dan Juno bagi Junones dan Minerva sebagai bahagian ketiga
sistem Triune pada Capitoline. Genius atau juno individu diwakili oleh api jiwa
di sisi-sisi kuburan. Idea ini diterangkan dalam karya Doktrin Dosa Asal Bahagian 1
Taman Eden (No. 246). Minerva adalah perawan yang diperanakkan secara
suci dan anak perempuan Jupiter. Idea perawan suci datang dari sumber ini
(seperti yang dinyatakan di atas). Rahib-rahib perempuan juga memasuki
Kekristianan dari kultus Vesta. Lihat persoalan mengenai Rahib-rahib perempuan.
Idea nyala api sebagai jiwa dikaitkan secara langsung dengan Tuhan Triune
sebagai genius dan Juno kolektif dan individu bangsa Rom, dan sebagai itu
adalah satu konsep keagamaan Rom yang dihubungkan dengan orang pagan. Ini
mendahului politeisme sebagai satu idea dan dikaitkan dengan idea Daemon iaitu
roh kolektif yang diberikan kuasa atas orang-orang dengan siapa ia dikaitkan.
Itu adalah apa yang kita lihat berlaku dalam Ulangan 32:8 apabila Tuhan
membahagi-bahagikan semua bangsa kepada anak-anak Tuhan dan Israel telah
diberikan kepada Yahovah oleh Elyon (atau Yahovih) sebagai miliknya. Teks ini
telah diubah selepas kejatuhan Bait Suci dalam MT dan kerana itu kebanyakan
Alkitab mempunyai teks yang salah melainkan Alkitab RSV. Nyala api mewakili
daemon sistem itu yang menguasainya dan setiap “jiwa” individu adalah
sebahagian dari sistem itu.
Salib
Salib adalah fungsi dua elemen. Pertama adalah Dewi Hecate iaitu dewi persimpangan jalan dan Trivia di mana dia lazimnya dipamerkan sebagai dewi tiga kepala atau tiga muka yang berhadapan dengan setiap Trivia itu. Persembahan korban dilakukan untuknya dan ini adalah asal-usul Makam-makam untuk perawan itu di jalan-jalanan. Lihat karya Salib - Asal-Usul dan Maksudnya (No. 39). Kedua adalah kultus Attis di mana pohon salibnya adalah pain. Palang salib itu mewakili kesatuan kemaluan lelaki perempuan dalam sistem tumbuh-tumbuhan Baal-Easter.
Pemujaan santo-santo
Setiap Dewa-dewi itu dikaitkan dengan kalendar pagan purba dan kalendar itu mempunyai penyalaan api-api suci. Ini dilakukan dari granit kelabu dan api suci ini digunakan untuk menyalakan api-api perapian bangsa dari satu sistem pusat ini. Lilin-lilin juga terlibat dengan aspek ini. Ini adalah asal-usul pesta lilin Easter Rom. Ritual inilah yang dilakukan oleh Patrick pada 26 Mac di Ireland pada pesta-pesta Druid. Kematian Mars Rom pada 14 Mac juga adalah untuk menyingkirkan dewa tua itu dari kota untuk membolehkan tumbuh-tumbuhan baru datang. Imam-imam itu merupakan penghubung bagi Bacchanalian dan Saturnalia, Lupercalian dan pesta-pesta Shrove dan Carnival. Lihat soalan mengenai St Patrick. Pesta Shrove karnival juga ada kematian Shrove ini. Ash Wednesday (Hari Rabu Abu) pada mulanya tiada kena-mengena dengan Lent dan adalah apabila mereka membakar shrove itu hingga menghasilkan abu dan diterbitkan dari perayaan itu. Lihat Soalan mengenai Ash Wednesday dan juga Soalan tentang Carnival dan Fat Tuesday (Hari Selasa Lemak). Dewa-dewa diberikan hari-hari khusus sebagai santo-santo. Doktrin jiwa abadi diterbitkan dari dua sumber di mana satu adalah dari Socrates dan falsafah Yunani yang asalnya adalah satu agama untuk melawan roda kelahiran semula yang menindas yang dimiliki orang Celt Hyperborea. Orang Celt mengajar penjelmaan semula serta penggunaan progresif sumber-sumber sepanjang semua hayat namun mengikuti kultus Oak dan Druid ini seperti juga orang Rom.
Elemen seterusnya adalah sistem Gnostik yang telah memasuki orang pagan, dan orang Yahudi, serta orang Kristian. Ini adalah sistem parasit yang mengajar bahawa Tuhan yang telah memberikan hukum Taurat kepada orang Yahudi adalah Tuhan yang lain dan bahawa Hukum itu tidak baik dan telah dihapuskan. Mereka mengajar doktrin Syurga dan Neraka. Itulah sebabnya kenapa Justin mengatakan dalam First Apology kepada Maharaja bagi pihak Jemaat di Rom bahawa jika mereka menemui orang yang mengatakan mereka adalah Kristian dan apabila mereka mati mereka akan naik ke Syurga, dia harus jangan percaya bahawa mereka adalah Kristian. Lihat karya Jiwa (No. 92) dan juga Kebangkitan Orang Mati (No. 143). Kalendar pagan juga mencuri masuk dan jemaat tidak menyingkirkannya. Itulah sebabnya kenapa Tahun Baru adalah pada 1 Januari iaitu sempena Janus dewa segala permulaan.
Jadi kita ada Tuhan Triune pagan, Ibu dewi, perawan syurgawi, kalendar, Pontiff dan paus, Kardinal Merah, paderi sebagai father (bapa), rahib perempuan, dan santo, Salib, jamuan suci, air suci, ibadah hari Minggu, Krismas dan Easter, hari-hari Santo, Ikan, hari Jumaat, lilin dan loceng. Loceng jelas sekali adalah pagan dan kemudiannya, mereka membaptiskan loceng-loceng agar ia boleh digunakan dalam kebaktian Kristian pada zaman Charlemagne dan dia melarangnya. Bagaimanapun, loceng-loceng itu terus kekal. Lihat soalan tentang Angelus.
Satu lagi benda yang belum dibincangkan adalah jubah hitam. Ini dibawa masuk dari sistem Baal-Easter seperti semua benda lain. Alkitab merujuk imam-imam penyembah berhala sebagai Khemarim. Secara literal ini bermakna mereka yang Berjubah Hitam. Mereka dikaitkan di Syria dengan dewi sebagai Essene yang bermakna lebah (jangan dikelirukan dengan anak-anak Zadok di Qumran walaupun Pliny memanggil mereka sebagai Essene, mungkin kerana sifat pertapaan mereka). Mereka membujang sepanjang tempoh perkhidmatan mereka walaupun mereka telah berkahwin sebelumnya. Ada antara mereka, seperti dalam kultus Attis, yang dikasi. Orang Gnostik membawa masuk amalan-amalan ini sebagai pembujangan di kalangan imam-imam mereka, dan penjauhan dari daging dan wain. (Lihat Vegetarianisme dan Alkitab (No 183). Hanya aspek-aspek vegetarianisme dan penjauhan dari wain saja yang ditentang oleh sistem itu disebabkan impak pada perayaan-perayaan lain. Sistem Atargatis juga membawa masuk ikan dan simbol ikan memberi pengaruh pada mitre (penutup kepala) yang digunakan oleh biskop-biskop yang pada asalnya mungkin dikaitkan dengan kuil Dagon. Pertumbuhan monastikisme dan mazhab-mazhab diliputi dalam soalan mengenai budak-budak Mezbah. Ringkasnya, kultus-kultus Misteri telah mengambil alih setiap segi sistem itu serta kepaderiannya.
Nampaknya bagi saya, Jemaat Roman
Katolik mempunyai banyak persamaan dengan Raja Salomo. Dapatkah kamu melihat
apa-apa persamaan di sini?
J: Salomo mewakili Jemaat. Daud seorang yang terlibat dalam pertumpahan darah dan membuat persediaan untuk pembinaan ini, namun dia sendirinya tidak membina Bait Suci itu. Salomo telah membina Bait ini iaitu perintis jemaat.
Jemaat Katolik telah diberikan kebenaran dan kemudian melakukan percabulan dengan sistem-sistem pagan dan beransur-ansur menyesatkan doktrin-doktrin jemaat. Dalam segi ini dia adalah seperti Salomo. Jemaat Katolik telah berpecah kepada berbagai kumpulan disebabkan pengenalan kepalsuan-kepalsuan pagan itu, khususnya dari Eropah, serta sistem dewa Triune. Kesesatan-kesesatan ini telah menjadi begitu teruk sekali sehingga mereka terpaksa dibersihkan dalam Reformasi. Jemaat Roman Katolik telah cuba membersihkan dirinya dari kepalsuan bermula dari Sidang Trent dan selanjutnya.
Dari Vatican II ianya disedari bahawa melainkan kepercayaan tahyul dibersihkan dari Jemaat Roman Katolik ini, kesatuan adalah mustahil. Maka Vatican II adalah satu usaha untuk menyingkirkan kesalahan-kesalahan ini namun masih mengekalkan doktrin-doktrin terasnya. Kebanyakan doktrin-doktrin teras itu sendiri adalah kepalsuan-kepalsuan pagan.
Jemaat ini cuba terus hidup namun seperti Salomo ia masih lagi terikat kepada sundal-sundal penyembah berhala dewa-dewa purba ini. Seluruh Jemaat Kristian harus menyedari bahawa ia harus bertaubat sepenuhnya dan menurut serta memelihara Perintah-perintah Tuhan. Ia harus membuang kesalahan ini dan kembali kepada Doktrin-doktrin Jemaat Katolik Asal. Ini adalah doktrin-doktrin Jemaat sejati yang bebas dari segala ketahyulan pagan ini. Bahagian-bahagian yang tidak melakukan ini tidak akan terus hidup.
Jawapannya adalah bahawa mereka tidak bertaubat sehinggalah ianya terlalu lewat. Individu-individu akan bertaubat dan sistem yang baru akan muncul bebas dari keberhalaan serta paganisme dewa-dewa purba. Bagaimanapun, Salomo telah kehilangan kerajaan untuk Yehuda sehinggalah Mesias kembali untuk mengambilnya semula. Ia telah jatuh ke dalam tangan sepuluh suku itu. Maka kerajaan Tuhan yang sejati juga telah kalah kepada sistem utama. Salomo memang mewakili jemaat dan ini akan diterangkan lebih lanjut dalam karya Pemerintahan Raja-raja (No. 28).
Apakah maknanya menjadi seorang Katolik?
Apakah bezanya dengan Roman Katolik?
J: Katolik maknanya sejagat/universal. Jemaat Katolik atau universal asal tiada kaitan dengan Rom selain mendirikan satu cabang di situ. Istilah Roman Katolik sebenarnya adalah satu kontradiksi dalam istilah; secara literalnya bermakna jemaat Roman universal, iaitu sesuatu yang mustahil kerana ia satu tempat tertentu dan bertentangan dengan universal. Jemaat Katolik atau universal telah berpecah-belah kerana pengenalan kesesatan pagan serta cita-cita politik. Pada hujung abad kedua, jemaat di Rom telah memaksa berlakunya perpecahan Jemaat Katolik bila Rom memperkenalkan sistem Easter milik pagan. Kesesatan demi kesesatan mengikuti sejak itu hingga sidang-sidang abad keempat mengasaskan Tuhan Triune sebagai Trinitas dari tahun 381. Ini adalah tarikh sebenar permulaan Jemaat Roman Katolik berbanding jemaat katolik atau universal asal.
Doktrin
Jemaat Roman Katolik mengajar bahawa
pembenaran dan pengudusan bekerja bersama untuk pemuliaan. Maka kamu boleh
katakan bahawa dari saat seseorang itu dibaptiskan dalam Jemaat Katolik, hingga
saat dia meninggal dunia, dia dalam masa percubaan dengan Tuhan. Dia akan tahu
dengan pastinya bahawa dia dibenarkan dengan Tuhan. Alkitab jelas mengajar
bahawa seseorang itu dibenarkan dengan Tuhan kemudian dikuduskan. Dengan kata
lain, kedua hal ini adalah berbeza. Maka dari Firman Tuhan, kamu mendapat
kepastian tentang keselamatan kamu. Menurut teologi Katolik, seseorang itu
harus mendapatkan keselamatannya dengan memelihara undang-undang serta
peraturan-peraturan yang dipersetujui oleh jemaat. Sila berikan saya
pandangan-pandanganmu dengan menggunakan Alkitab.
J: Ini adalah satu dari persoalan-persoalan paling penting dalam Kekristianan. Ianya penting kepada perbezaan antara Jemaat/Hukum Tuhan dan pertikaian-pertikaian Roman Katolik, Ortodoks dan Protestan.
Teks kuncinya adalah Roma 8:29-30.
Dan mereka yang
ditentukan-Nya dari semula, mereka itu juga dipanggil-Nya. Dan mereka yang
dipanggil-Nya, mereka itu juga dibenarkan-Nya. Dan mereka yang dibenarkan-Nya,
mereka itu juga dimuliakan-Nya.
Maka keselamatan bergantung pada pengetahuan serta penentuan Tuhan dari mula. Ini menafikan sepenuhnya doktrin keselamatan umum dalam Kebangkitan Pertama melalui ketaatan kepada satu jemaat.
Proses ini dilihat seperti ini:
Tuhan melalui KemahatahuanNya tahu siapa yang akan berjaya dan siapa yang tidak. Dia memanggil orang-orang ini menurut rencanaNya (lihat Roma 8:28). Maka orang-orang ini tidak mungkin adalah bayi. Lihat karya-karya: Doktrin Dosa Asal Bahagian 1 Taman Eden (No. 246); Doktrin Dosa Asal Bahagian 2 Generasi-generasi Adam (No. 248); Pentahiran dan Penyunatan (No. 251) dan Pertaubatan dan Pembaptisan (No. 52).
Proses ini adalah melalui rahmat sahaja. Individu-individu tidak dapat melakukan apa-apa untuk mendapat keistimewaan ini. Mereka diberikan kepada Kristus dan ditempatkan di dalam kumpulan umat pilihan terbaptis dan kemudian dimajukan. Proses ini dipanggil pembenaran. Pembenaran adalah menurut perintah-perintah Tuhan serta kesaksian Yesus Kristus. Umat pilihan adalah mereka yang memelihara perintah-perintah Tuhan dan Kesaksian atau Iman Yesus Kristus (Wahyu 12:17; 14:12).
Mereka yang memelihara perintah-perintah itu mempunyai hak kepada pohon kehidupan (Wahyu 22:14 (KJV)). Proses pembenaran adalah satu proses yang berterusan dengan Roh Kudus sehinggalah penebusan tubuh. Proses ini diterangkan dalam karya-karya Roh Pengangkatan (No. 34); dan Lahir Kembali (No. 172).
Maka pembenaran membawa kepada Pengudusan
atau penyempurnaan dan proses lengkapnya adalah Pemuliaan pada waktu penebusan
tubuh. Inilah sebabnya kenapa Kristus mengatakan kepada Bapa: Permuliakanlah
Aku pada-Mu sendiri dengan kemuliaan yang Kumiliki di hadirat-Mu sebelum dunia
ada.
Proses “dipanggil” adalah melalui salah satu dari dua cara. Tuhan sama ada telah memilih seseorang itu di mana kaedahnya adalah seperti di atas, atau individu itu telah dipanggil namun tidak dipilih dan dalam keadaan ini seseorang itu telah mendengar khabar itu namun belum ditentukan di antara umat pilihan. Tuhan akan membenarkan roh bagi individu itu namun ia pergi sesudah kegagalan, dan individu itu akan pergi kepada Kebangkitan Kedua untuk diadili dan dibetulkan pada waktu itu.
Maka keselamatan adalah melalui rahmat namun pengekalan Roh Kudus adalah melalui penurutan. Ini adalah perbezaan dasar antara Jemaat Allah dan Jemaat Roman Katolik. Jemaat Allah berpegang pada doktrin Alkitab bahawa pengekalan Roh Kudus serta keselamatan yang diberikan melalui rahmat adalah dengan penurutan kepada hukum-hukum Tuhan.
Jemaat Roman Katolik mengatakan bahawa keselamatan dikekalkan dengan ketaatan kepada Jemaat Roman Katolik (rujuk Unam Sanctam) (perhatikan juga karya Teori Peperangan Keadilan (No. 110)). Perbezaan ini adalah perlu kerana untuk mengekalkan kawalan Empayar Rom serta Empayar Rom Suci, keputusan telah dibuat untuk menerima masuk doktrin-doktrin pagan dan kalendar pagan, serta membuang sepenuhnya hukum-hukum Tuhan.
Untuk melakukan ini mereka terpaksa meninggikan Kristus ke tahap seorang Tuhan yang setara dan sama abadi dengan Bapa sebagai Allah Maha Esa. Ia melakukan ini dengan memasukkan doktrin Rom lama iaitu doktrin Tuhan Triune (lihat karya Doktrin Dosa Asal Bahagian 1 Taman Eden (No. 246)).
Maka Kristus harus dijadikan Tuhan seperti mana Bapa adalah Tuhan dan dengan itu dapat memasukkan satu lagi sistem hukum bagi mengganti tempat apa yang telah diberikan Tuhan melalui Malaikat Hadirat di Sinai. Ini dilakukan meskipun Perjanjian Baru ada mengatakan bahawa Kristus-lah yang berada dalam gunung rohani dalam Keluaran dan yang telah memberikan hukum taurat itu kepada Musa (lihat karya Pra-Kewujudan Yesus Kristus (No. 243)).
Doktrin-doktrin jemaat-jemaat Roman dan Ortodoks dan Anglican Katolik adalah satu sistem yang dibina sepenuhnya dengan sendiri dan bertentangan kepada hukum-hukum Tuhan. Di sinilah Protestantisme menghadapi kesukaran sebenarnya. Pada Reformasi, sebalik pergi lebih jauh dari Augustine dan membetulkan doktrin-doktrin palsu serta memulihkan hukum taurat dan kesaksian itu, mereka berhenti setakat abad Keempat dan gagal memulihkan hukum itu. Mereka tiada mengakui Hukum Tuhan mahupun dogma sistem Roman Katolik. Dengan itu mereka terhanyut dalam belantara antinomian dalam cubaan mereka untuk mengubahsuaikan tulisan-tulisan Perjanjian Lama kepada sistem agama pagan yang ingin mereka ikuti. Mereka mempunyai Doktrin-doktrin Gnostik Syurga dan Neraka, dan tidak memahami kenapa tiada satupun antaranya yang bekerja. Mereka terdampar dalam relativisme moral.
Kumpulan Ortodoks berada dalam keadaan yang sama namun mendakwa mereka berhak mengubah doktrin itu berdasarkan sidang-sidang awal tersebut. Pandangan-pandangan ini semuanya datang dari falsafah Yunani dan telahpun dinubuatkan. Dalam zaman akhir, sistem Ibrani sejati akan dipulihkan dan sistem agama Yunani itu dibuang dan dihapuskan. Karya-karya Kerajaan Tuhan (No. 174) dan juga Perbezaan di dalam Hukum (No. 96) dapat membantu dalam memahami proses ini. Seluruh siri Hukum termasuk Teks Pekerjaan Hukum - atau MMT (No. 104) juga adalah penting.
Jemaat kamu mendakwa bahawa kamu sedang
memulihkan kepercayaan Katolik asal. Bolehkah kamu terangkan beberapa perbezaan
antara Jemaat Katolik asal dan Jemaat Katolik hari ini?
J: Jemaat Katolik asal percaya:
1. Dalam seorang Allah Benar yang tiada sesiapapun yang seumur denganNya dalam diriNya, dan daripadaNya semua anak-anak Tuhan, termasuk Yesus Kristus, telah dihasilkan.
2. Dalam Kebangkitan Orang Mati serta Pemerintahan Seribu Tahun Yesus Kristus dari Yerusalem.
3. Ia mempunyai dua sakramen jemaat.
4. Ia memelihara Sabat, Bulan Baru dan Hari Raya dalam Alkitab menurut Kalendar Bait Suci.
5. Ia percaya bahawa orang-orang kudus adalah anggota-anggota jemaat yang telah mati dan sedang menunggu Kebangkitan Pertama pada hujung zaman ini serta permulaan seribu tahun (milenium) pada kedatangan Kristus.
6. Ia percaya tiada siapapun yang telah naik masuk ke syurga melainkan Kristus yang telah turun dari syurga.
7. Ia percaya bahawa Kristus adalah dia yang telah memberikan Hukum Taurat itu kepada Musa di Sinai dan membawa Israel keluar dari Mesir.
8. Ia faham bahawa Kristus telah lahir dari seorang perawan yang kemudiannya telah memperolehi beberapa orang anak selepas peristiwa itu dan sebagai seorang kudus menunggu waktu kebangkitan orang mati.
Jemaat Roman Katolik Moden:
1. Mengisytiharkan Tuhan itu adalah Tuhan Triune yang terdiri daripada Bapa dan Yesus Kristus sebagai seorang Tuhan yang setara dan sama abadi dengan Allah Maha Esa dan bahawa Roh Kudus bukan kuasa Tuhan tetapi orang ketiga dalam Ketuhanan.
2. Mengajar doktrin syurga Gnostik dan mengajar bahawa manusia pergi ke syurga dan neraka serta purgatori sebagai keadaan perantaraan.
3. Mengajar bahawa ia mempunyai hak kuasa untuk mencipta sakramen dan telah membuat banyak sakramen buatan manusia sambil mengajar bahawa tanpa keanggotaan di dalamnya keselamatan adalah tidak mungkin. (lihat karya Teori Peperangan Keadilan (No. 110). Ia telah mengubah sakramen tahunan Perjamuan Suci kepada jamuan-jamuan mingguan hari Minggu dan mengumpul wang setiap minggu setelah menghapuskan persepuluhan.
4. Memelihara kalendar matahari pagan ibadah hari Minggu serta perayaan-perayaan Krismas dan Easter iaitu kultus-kultus dewa pagan dan mengalakkan perayaan-perayaan pagan di samping kalendar sivil.
5. Mengajar bahawa orang-orang kudus sudahpun ada di syurga; dan
6. Berpendapat bahawa doa kepada santo-santo yang telah mati mempunyai keberkesanannya dan menggalakkan pemujaan santo-santo dan relik-relik dalam kultus dulia serta pemujaan Maria yang dianggap ibu Tuhan sebagai hiperdulia iaitu satu perbezaan nominal antara jenis ibadah itu dan ibadah kultus latria yang dikhususkan untuk Trinitas.
7. Mengajar bahawa Hukum Tuhan telah dihapuskan dalam jemaat dan bahawa paus adalah vikar Kristus dan sebagai itu, mempunyai kuasa untuk mengubah hukum melalui jemaat; dan, sejak lewat abad ke 19 telah mengisytiharkan paus sebagai Tuhan atas bumi selaku vikar Kristus.
8. Mengajar bahawa Mariam adalah sebenarnya Maria atau Mary dan bahawa dia telah naik ke syurga sebagai ibu Tuhan yang tiada anak lain; dan, kini cuba menjadikan dia anggota keempat Ketuhanan selaku ibu tuhan.
Perbezaan-perbezaan dasar ini adalah begitu besar sekali, mereka tidak mungkin adalah jemaat asal yang sama.
Bolehkah kamu terangkan apakah
Apologetics? Adakah ia dipersetujui Jemaat Roman Katolik, atau adakah ia satu
'cabang'? Saya bertanya kerana saya tidak mahu menyimpang dari Jemaat Rom.
J: Mula-mula sekali, apologetics adalah proses berdebat untuk satu kepercayaan khusus, dan dengan itu Jemaat Roman Katolik mempunyai apologetics sendiri. Para penulis Jemaat awal telah menulis apologi-apologi. Sebagai contohnya, Justin Martyr telah menulis First Apology-nya kepada maharaja di Rom sekitar tahun 150-154 TM. Dia memberitahu maharaja apakah kepercayaan-kepercayaan Jemaat Kristian. Jemaat di Rom waktu itu tidak sama kepercayaannya seperti sekarang ini.
Dalam beberapa literatur Rom saya
membaca komen bahawa Tuhan memberikan nyawa semulajadi kepada tumbuhan dan
haiwan dan manusia namun kepada manusia Dia juga memberikan nyawa rohani. Jelas
sekali ini adalah jiwa yang dikatakan kembali kepada Tuhan apaila roh
meninggalkan badan ketika mati. Adakah ia begitu agar manusia mempunyai 'roh
manusia' dan 'roh Tuhan'?
J: Tuhan memberikan manusia suatu roh atau nepesh, yang kembali kepada Tuhan yang memberikannya. Dalam kata-kata Tatian: "Tidaklah abadi jiwa itu Wahai orang-orang Yunani namun adalah mungkin untuk ia tidak mati". Doktrin jiwa Abadi adalah doktrin tidak bertuhan dan menghujat yang berasal dari konsep bahawa manusia dapat pergi ke syurga setelah mati. Ini adalah cara asal bagaimana umat Kristian dapat mengenali para penyamar Gnostik pada abad kedua.
Sesiapa yang mengatakan bahawa mereka adalah Kristian dan bahawa apabila mereka mati mereka akan pergi ke syurga, dilihat sebagai penyamar Gnostik dan bukan seorang Kristian sejati. Ini telah menjadi perbezaan utama di sepanjang zaman. Ia adalah shibboleth iman sebenar. Mereka yang menolak doktrin jiwa ini biasanya memiliki doktrin-doktrin kebiasaan Jemaat-jemaat Allah yang memelihara Sabat. Lihat karya-karya: Jiwa (No. 92); dan Kebangkitan Orang Mati (No. 143).
Bolehkah kamu beritahu saya apakah
signifikans Vatican II?
J: Kamu akan menemui perincian maklumat tentang Vatican II dari laman-laman web yang disenaraikan di bawah.
Dibuka oleh John XXIII dan ditutup oleh Paul VI, tujuan Vatican II seperti yang diusulkan dalam ucapan pembukaan John XXIII adalah untuk mengisytiharkan magisterium (kekuasaan penuh) jemaat serta untuk menumpaskan kepalsuan dan mengumumkan kebenaran. Keinginan untuk mengembalikan manusia kepada kebenaran Rohani Kepercayaan itu. Ia juga adalah untuk mendirikan Jemaat Roman Katolik sebagai alat untuk "pemulihan" ini.
Hakikatnya adalah ia bersambung dari sidang Trent, yang memulihkan sedikit kebenaran saja. Sifat penyatuan sidang itu membawa kepada pembukaan pengajian dan lain-lain benda yang kemudiannya dibatalkan dalam kebanyakan kes.
Lihat di:
http://www.christusrex.org/www1/CDHN/v1.html
Ini akan memberikan kamu ucapan pembukaan itu serta kaedah-kaedah sidang itu.
Teks ini adalah penyangkalan kritikal terhadap ucapan John XXIII.
http://www.rc.net/rcchurch/vatican2/j23open.txt
Kami tidak semestinya menyetujui semua yang dikatakan dalam teks-teks ini atau ucapan itu sendiri.
Kita harus perhatikan tempoh masa dalam mana John XXIII berbicara. Ianya dari abad keempat hingga hari ini. Dengan kata lain, dari Sidang Constantinople iaitu titik asal sebenar Jemaat Roman Katolik dan Trinitarian.
Di manakah boleh saya temui maklumat
tentang perpecahan besar Jemaat Katolik?
J: Perpecahan-perpecahan jemaat begitu banyak sekali telah terjadi. Perpecahan pertama Jemaat Kristian adalah di bawah rasul Yohanes. Sebelum itu telah ada bidaah-bidaah besar dalam jemaat dari semasa ke semasa. Ini diliputi dalam karya Bidaah di dalam Jemaat Kerasulan (No. 89). Pada masa ini Jemaat tidak memanggil dirinya Katolik. Terminologi ini tidak ada sehinggalah hujung abad Kedua dan permulaan abad Ketiga.
Perpecahan besar pertama adalah pada tahun 192 dengan kontroversi Paskah/Easter apabila Easter telah diperkenalkan kepada jemaat dari Rom secara paksaan. Ini terdapat dalam karya Pertikaian-pertikaian Quartodeciman (No. 277). Menjelang tahun 325 di Sidang Nicea, begitu banyak doktrin pagan telahpun diperkenalkan melalui ibadah Attis dan sistem Easter sehingga satu lagi perpecahan berlaku dari Sidang Nicea.
Keluarga Kristus yang dipanggil Desposyni telah melawat Rom pada tahun 318 dan setelah perbincangan-perbincangan mereka dengan biskop Rom, penghapusan kumpulan ini serta jemaat-jemaat yang dikaitkan dengan mereka telah diperintahkan. Ini berlaku sepanjang dua abad seterusnya. Lihat karya Perawan Mariam dan Keluarga Yesus Kristus (No. 232).
Butir-butir pertikaian-pertikaian Binitarian serta harmonisasi sistem Easter diliputi dalam karya-karya Asal-usul Krismas dan Easter (No. 235); Perkembangan Model Neo-Platonist (No. 17); Binitarianisme dan Trinitarianisme (No. 76); dan Satu Bersama dengan Bapa (No. 81).
Ini berterusan sehinggalah Sidang Constantinople di mana berlakunya perpecahan-perpecahan lain, yang terjadi akibat pembentukan doktrin Trinitas. Sebagai hasilnya, beberapa Pembahagian terjadi. Jemaat Coptic telah memutuskan hubungan sejak tahun 451 selepas sidang Chalcedon dan hanya menjalin semula hubungan dari tahun 1996.
Perang-perang Unitarian dan Trinitarian juga tercetus sejak masa ini. Lihat karya PeperanganUnitarian/Trinitarian (No. 268). Sistem Pemelihara Sabat dan Quartodeciman adalah berasingan dan tetap terasing sejak masa itu.
Lihat karya-karya Distribusi Umum Jemaat Pemelihara Sabat (No. 122) dan Peranan Hukum Keempat di dalam Jemaat-jemaat Tuhan Pemelihara Sabat dalam Sejarah (No. 170).
Penubuhan Jemaat Kristian telah dilakukan di sebelah timur oleh para Pemelihara Sabat dan kumpulan Nestoria. Ketua Biskop Muese dari Abyssinia telah mengasaskan Jemaat Kristian di China dari India pada abad Keempat (ibid. No. 122).
Perpecahan juga terjadi antara cabang-cabang Yunani dan Rom hingga membentuk jemaat-jemaat Ortodoks dan Roman Katolik sejak abad keenam kerana doktrin-doktrin seperti klausa Filioque dari Sidang Toledo pada hujung abad keenam. Islam bangkit sebagai akibat dari Trinitarianisme Constantinople dan menjelang tahun 632, Islam telahpun ditubuhkan dan banyak jemaat Arab telah memasuki Islam. Kumpulan Paulicia atau Pemelihara Sabat Asia Minor terus kekal dalam Islam dan perpecahan ini berkekalan.
Perpecahan-perpecahan abad kesebelas adalah berkaitan jemaat Ortodoks Yunani dan Roman Katolik, dan mungkin banyak yang diperkatakan tentang mereka. Bagaimanapun mereka hanya sebahagian dari sebilangan besar perpecahan yang disebabkan pengenalan perubahan dan pembaharuan kedoktrinan pada pihak jemaat sementara ia mengubahsuai dirinya kepada lebih banyak sistem-sistem bangsa.
Sistem Ortodoks telah ditubuhkan di timur dan tidak pernah menjadi satu sistem besar. Malah sistem-sistemnya tidak pernah serasi dengan dirinya sendiri, apa lagi dengan Rom. Rusia telah memeluk Ortodoksi dari Constantinople pada hujung abad Kesepuluh dan yang lain telah mengikut jejaknya. Maka Ortodoksi hampir tidak pernah berhubungan dengan Rom apa lagi menjadi satu perpecahan besar sistem Ortodoks/Rom.
Perpecahan terbesar boleh dikatakan adalah Reformasi Protestan. Namun ini sendirinya adalah satu reaksi kepada pencapaian-pencapaian sistem Pemelihara Sabat Waldenses (ibid., No. 170). Dua Perpecahan yang disebutkan dalam Roman Katolikisme sebagai Perpecahan besar adalah perpecahan Ortodoks Rom tahun 1054. Butir-butir Perpecahan ini dapat dilihat di www.stjohndc.org. Satu lagi yang terjadi sepenuhnya dalam sistem Rom yang juga digelar Perpecahan Besar berlaku pada 5 Ogos 1378 dengan kematian Gregory XI. Ini boleh dilihat di www.fordham.edu/
Cadangan-cadangan yang dibuat oleh universiti Paris atas dorongan raja untuk menamatkan perpecahan itu serta sistem dua paus yang diciptanya telah dilakukan pada tahun 1393. Ini juga mempunyai lamannya di www.fordham.edu/
Maka kita boleh katakan apabila berhadapan dengan persoalan Perpecahan Besar: ya, tapi yang mana satu? Dalam semua itu hanya ada satu kebenaran dan satu jemaat sebenar. Ada banyak pemerintah dan banyak kerajaan namun satu Tuhan.
Kenapakah orang bukan Roman Katolik
menganggap mereka mempunyai ‘keyakinan Keselamatan’ sedangkan ini bertentangan
dengan pengalaman dan Alkitab?
J: Cabang Rom Jemaat Katolik telah menyebabkan pembahagian pertama Iman Katolik dengan memperkenalkan bidaah Easter dari Anicetus pada sekitar tahun 150 yang telah ditentang oleh Polycarp dan dikuatkuasakan oleh Victor yang ditentang oleh Polycrates. Akibatnya, Jemaat Katolik telah berpecah. Ini dianggap sebagai dan diliputi dalam karya Pertikaian-pertikaian Quartodeciman (No. 277).
Hasil pengenalan bidaah Baal-Easter di Rom telah mengakibatkan sebilangan besar kejanggalan yang meletakkan para pengikutnya dalam kedudukan yang serius dari segi keselamatan.
Pada pertengahan abad kedua di Rom jemaat telah bertemu pada hari Sabat dan hari Minggu. Ia percaya bahawa:
1. Kristus adalah Malaikat Besar Perjanjian Lama yang telah memberikan Hukum Taurat itu kepada Musa (lihat Pra-Kewujudan Yesus Kristus (No. 243));
2. Percaya dalam Kebangkitan Orang Mati (lihat Jiwa (No. 92) dan Kebangkitan Orang Mati (No. 143); dan percaya bahawa sesiapa yang mengatakan mereka adalah Kristian dan bahawa apabila mereka mati mereka akan naik ke syurga, adalah penyamar dan bukannya Kristian tetapi orang Gnostik.
3. Percaya bahawa tiada seorangpun yang telah naik ke syurga melainkan Yesus Kristus sendiri (Yohanes 3:13); Percaya bahawa orang-orang kudus semuanya mati dan menunggu kebangkitan itu;
4. Percaya bahawa doa hanya dilayangkan kepada Allah seorang dalam nama Yesus Kristus;
5. Percaya dalam pembaptisan orang dewasa sahaja.
6. Melarang sebarang pembantu paderi melayani dalam jemaat di bawah umur dua puluh tahun dan tiada seorangpun pegawai yang boleh dilantik kepada pangkat sub diakon di bawah umur dua puluh lima tahun, mengikut hukum Alkitab.
7. Melantik wanita sebagai diakones untuk melayan kaum perempuan dalam jemaat.
8. Percaya bahawa ketaatan kepada perintah-perintah Tuhan seperti yang ditetapkan oleh Yesus Kristus adalah penting untuk pengekalan iman itu.
Jemaat yang masih melakukan semua perkara ini adalah Jemaat Katolik asal dan mereka mempunyai keyakinan keselamatan. Semua jemaat lain tidak kira berapa besar adalah cabang-cabang dari yang asal. Jika mereka tidak melakukan ini dan memelihara perintah-perintah Tuhan serta Kesaksian atau Iman Yesus Kristus (Wahyu 12:17; 14:12) maka mereka diserahkan kepada kebangkitan kedua.
Pastinya ini bertentangan dengan propaganda yang telah kamu terima dan sebab-sebab di sebalik pertanyaan kamu ini. Pemikiran yang sama telah mendorong pembunuhan sistematik para pengikut iman katolik asal selama berabad-abad lamanya (lihat karya Peranan Hukum Keempat dalam Jemaat-jemaat Allah Pemelihara Sabat dalam Sejarah (No. 170)). Ini juga adalah pemikiran di sebalik kejadian holocaust serta penghapusan sistematik berjuta-juta orang yang tidak setuju dengan Jemaat Roman Katolik atau anak Lutheran-nya.
Orang-orang yang sama telah mencipta satu kategori yang dipanggil Bibelforscher atau Penyelidik Alkitab dengan segitiga ungu terbalik pada pakaian penjara mereka. Tujuannya adalah untuk menghapuskan semua kesarjanaan Alkitab bukan RK/Lutheran dari Eropah.
Tujuannya adalah untuk melenyapkan Jemaat Katolik asal dari muka bumi ini dan mereka hampir berjaya di Eropah namun tidak cukup. Saman mahkamah yang baru terhadap golongan Franciscan untuk Jenayah-jenayah Perang dalam Holocaust akan mendedahkan lebih banyak lagi kengerian tidak berotak ini.
Saya telah membincangkan penghujung sistem itu dalam karya The Last Pope (Paus Terakhir) dengan menggunakan Nubuatan Roman Katolik sendiri dan memeriksanya berbanding Alkitab dan nubuatan sekular yang lain. Lihat karya Paus Terakhir: Mengkaji Nostradamus dan Malachy (No. 288) dan juga Signifikans Tahun 2000 (No. 286).
Mereka yang memelihara Perintah-perintah Tuhan serta Kesaksian atau Iman Yesus Kristus memiliki segala keyakinan Keselamatan. Mereka yang tidak berbuat begitu tidak kira betapa berkuasa organisasi mereka dan tidak kira berapa ramai orang yang dibunuh mereka dalam keadaan marah untuk menutup mulut mereka tidak akan mewarisi kerajaan Tuhan. Kerana kita tahu bahawa Tuhan tidak memandang rupa.
Jemaat Sebenar
Adakah Jemaat Katolik itu Jemaat
sebenar, seperti yang diasaskan oleh Yesus Kristus?
J: Bila kamu menyebut Jemaat Katolik kamu harus lebih spesifik. Ada jemaat katolik asal dan ada juga Jemaat Roman Katolik; Jemaat Ortodoks, yang juga mempunyai cabang-cabangnya; dan juga jemaat Anglican yang merupakan jemaat katolik dan mempunyai cabang-cabang di UK dan Komanwel British serta elemen-elemen Episcopal di Amerika Utara. Mana satu yang kamu maksudkan?
Jemaat Roman Katolik - Sidang Trent mengertikan bahawa sakramen-sakramen, yang dipercayai mereka terdapat tujuh semuanya, bagi "Hukum Baru" jemaat, telah diasaskan oleh Kristus (Sess. VII, can i). Jemaat Roman Katolik berpendapat bahawa Tuhan seorang sebab utama Sakramen-sakramen itu. Dia seorang saja yang berwibawa dan dengan kuasa sedia ada yang mampu memberi kepada acara-acara material luaran kuasa untuk menganugerahkan rahmat pada manusia (Cath. Encyc. Sacraments, Vol. XIII, halaman 298). Jemaat kemudian berpendapat bahawa Kristus sebagai Tuhan, setara dengan Bapa, memiliki kuasa utama, berwibawa dan yang sedia ada ini (ibid. halaman 298-299).
Bagaimanapun, Sidang Trent tidak mendefinisikan dengan jelas dan formal bahawa semua sakramen itu telah diasaskan serta-merta oleh Kristus. Ahli-ahli teologi terkenal dari sidang-sidang percaya bahawa para rasul telah menetapkan sakramen-sakramen yang lain (ibid.). Pada hakikatnya, banyak diragui tentang pengesahan dan acara pengurapan ekstrim (ibid.). Thomas telah menolak pendapat bahawa pengesahan telah dimulakan oleh para rasul yang menjadikannya satu fungsi Paraclete setelah kenaikan Kristus pada waktu Pentakosta. Sidang Trent mendefinisikan bahawa sakramen Pengurapan Ekstrim telah diasaskan oleh Kristus dan diumumkan oleh Yakobus (Sess. XIV can.i). Beberapa ahli teologi seperti Becanus, Bellarmine, Vasquez, Gonet menganggap bahawa kata-kata sidang (Sess VII, can 1) adalah cukup jelas untuk menjadikan penetapan serta-merta kesemua tujuh sakramen oleh Kristus adalah hal iman yang didefinisikan. Mereka telah ditentang oleh ahli teologi sidang Soto, dan seterusnya Estius, Gotti, Tournley, Berti, dan dengan itu sidang berpendapat, dan kini jemaat berpendapat, bahawa ia adalah pasti dari segi teologi namun tidak didefinisikan (de fide) serta-merta menetapkan semua sakramen Hukum Baru itu. Kesemua jemaat-jemaat Katolik dalam semua cabang bersetuju bahawa dua sakramen yang memang telah diasaskannya adalah Pembaptisan dan Perjamuan Suci (Perjamuan Tuhan).
Jemaat Anglican (Katolik), dari Reformasi, serta elemen-elemen di kalangannya sebelumnya, berpendapat bahawa adanya dua sakramen dan lima sakramen kecil itu adalah hanya sekadar itu dan bukannya sakramen jemaat. Sidang Trent berpendapat bahawa jemaat Katolik dalam jemaat-jemaat timur dan baratnya mempunyai tujuh sakramen. Mereka adalah: pembaptisan, pengesahan, Jamuan Suci, penebusan dosa, pengurapan ekstrim, perintah-perintah serta perkahwinan. Pandangan sama ini telah ditunjukkan dalam Dekri bagi orang Armenia dalam Sidang Florence (1439); pengakuan iman Michael Palaeologus kepada Gregory X pada Sidang Lyons (1274); dan Sidang London (1237) di bawah wakil paus Otto (ibid. halaman 299).
Orang pertama yang betul-betul menerima tujuh sakramen itu, sebagai sakramen-sakramen jemaat, dipercayai beberapa orang adalah Otto dari Bamburg, "Rasul Pomerania" yang merupakan orang pertama yang jelas menerima bilangan tujuh sebagai sakramen-sakramen jemaat pada tahun 1139 (ibid.). Bagaimanapun, Jemaat Rom berpendapat ianya mungkin Peter Lombard (meninggal tahun 1164), yang, dalam Buku Ayat-ayatnya yang keempat (d, i n,2) mengertikan sakramen sebagai tanda suci yang bukan saja menandakan tetapi juga menyebabkan rahmat dan kemudian (dalam d, ii, n, 1) membilang tujuh sakramen itu. Sidang-sidang kemudiannya adalah perlu kerana tujuh sakramen itu tidak pernah diterima sebagai sakramen-sakramen sejati oleh sekumpulan besar orang dalam wilayah-wilayah negara itu. Mereka tidak pernah dianjurkan dalam seribu tahun dan merupakan hasil keluaran jemaat dalam milenium ini. Bantahan-bantahannya cukup jelas dari sejarah doktrin-doktrin itu. Penegasan dua sakramen dalam pembaptisan dan Perjamuan Suci adalah jelas. Kedua-duanya telah diasaskan oleh Kristus dan terkandung di dalam Alkitab. Semua bersetuju tentang hal ini. Perjamuan Suci (Tuhan) telah disalahtukar kepada Eucharist mingguan dan itu telah dibantah dari pertikaian Paskah/Easter (lihat Pertikaian-pertikaian Quartodeciman (No. 277)).
Penebusan dosa bukanlah satu doktrin jemaat Perjanjian Baru dan semua dosa bersandar pada rahmat Tuhan. Pemulihan semula ditetapkan di bawah Hukum Taurat Tuhan, yang tidak diubah Kristus. Satu iota atau titikpun tidak berlalu dari hukum itu. Maka bantahan dibangkitkan terhadap dekri ini. Pengesahan adalah hak yang disediakan oleh para rasul dalam kes baptisan-baptisan orang Samaria dalam kitab Kisah Para Rasul untuk sebab tertentu dan tidak semestinya satu sakramen melainkan disediakan oleh para penatua dalam kes-kes khusus seperti yang kita lihat dari tindakan-tindakan Roh Kudus dengan Filipus dan Sida-sida Etiopia itu pada Kisah 8. Yang lainnya tiada dasar Alkitab. Kebangkitan Orang Mati dalam kebangkitan pertama atau kedua bukanlah satu fungsi atau keputusan jemaat dan bersandar pada penghakiman Tuhan melalui Yesus Kristus. Jemaat mula-mula telah menolak seluruh konsep jiwa abadi di syurga dan neraka sebagai doktrin kafir dan menghujat.
Perkahwinan adalah satu hak dan upacara semua bangsa dan Alkitab jelas menyatakan bahawa perkahwinan telah diertikan dan dianugerahkan Tuhan sebelum jemaat wujud dan sejak dari mula lagi. Perintah-perintah mendapat bantahan-bantahan yang sama dan pada asalnya adalah hasil pemilihan khususnya untuk pelaksanaan dua sakramen itu. Maka terdapat berbagai jawapan kepada pertanyaan itu kerana jemaat telah menerima masuk dan mencipta doktrin untuk mencapai tujuan-tujuan dan matlamat-matlamatnya yang lain.
Apabila Kristus memberikan Petrus kunci
kerajaan syurga apakah hak kuasa yang diberikan kepada Petrus? Adakah pihak
Katolik betul dalam menyatakan Petrus adalah paus pertama khususnya dengan
merujuk kepada Matius 16:18-19?
J: Teks ini telah disalahbina untuk membenarkan penguasaan Rom melalui jemaat. Tidak, Dia tidak memberikan Petrus apa-apa hak untuk mengubah hukum. Petrus tidak pernah menjadi paus.
Teks ini menggunakan perbezaan Petros Petra di mana Petrus diakui sebagai batu kerikil atau petros yang boleh digerakkan namun pada batu (gunung batu) itulah iaitu Tuhan, Kristus akan membangunkan jemaatnya dalam mana dia adalah batu penjurunya yang utama dan para rasul adalah dasarnya. Ianya tidak masuk akal untuk mencadangkan bahawa Kristus akan bersandar pada batu yang merupakan salah seorang dari rasul-rasulnya sendiri, yang pada masa itu belumpun bertaubat. Ini menunjukkan tiadanya pemahaman tentang apa yang terjadi dalam pembinaan Kota Tuhan dan naos iaitu bait iaitu kita sendiri. Lihat karya Kota Tuhan (No. 180) dan juga Pernyataan Kepercayaan Iman Kristian (No. A1).
Perhatikan senarai Paus-paus dalam karya Annex A (No. 288a) untuk para penatua Rom dan seterusnya paus-paus yang tumbuh dari sistem itu. Alkitab cukup jelas bahawa sesiapa yang tidak berbicara menurut Hukum dan kesaksian itu maka tiada terang di dalam mereka. Jika Petrus telah mengubah hukum itu dia pastinya telah dibuang kelayakannya dari kerajaan itu serta Kebangkitan Pertama. Dia telah memelihara hukum itu dan mengajar orang lain berbuat demikian.
Sama ada ya atau tidak Petrus pernah berada di Rom adalah satu persoalan yang sangat serius dan kebanyakan sarjana kini berpendapat bahawa dia tidak pernah ada di Rom dan sememangnya dia tidak pernah menjadi seorang paus. Gelaran Paus diberikan kepada ketua-ketua keuskupan utama pada abad ketiga. Gelaran yang diberikan kepada kepala-kepala jemaat di Rom pada pertengahan abad kedua adalah "presiden" seperti yang kita lihat dari Justin Martyr.
Pandangan bahawa dia telah ada di Rom datang dari teks dalam suratnya di mana dia menulis dari "Babilon" (Babel). Rom secara tradisinya disamakan dengan Babilon. Lihat karya Annex A (No. 288a) untuk senarai-senarai yang diterima bagi biskop-biskop Rom dan pengasas-pengasas jemaat di situ. Karya ini adalah apendiks kepada karya Paus Terakhir: Mengkaji Nostradamus dan Malachy (No. 288).
Istilah kai di sini adalah tegas, yang patut dilihat sebagai menjadikan pengertiannya berlainan dari apa yang sebelumnya. Maka dalam bahasa Inggeris kita akan katakan "tetapi" dan bukannya "dan". Bagaimanapun, 'Atas Petra ini aku akan membina jemaatku dan pintu gerbang kematian tidak akan bertahan melawannya'. Petra atau Gunung Batu, Sur dalam bahasa Ibrani adalah Tuhan. Tuhan adalah Sur kita pada mana jemaat dibina dengan Kristus dan batu penjuru utama dan para rasul adalah dasarnya.
Saya ada terbaca bahawa dalam Dekri
mengenai Ekumenisme, Jemaat Roman Katolik menyatakan dengan jelas bahawa ia
menganggap dirinya sebagai satu-satunya jemaat benar Yesus Kristus. Nampaknya
semua jemaat lain telah kehilangan sesuatu melalui perpisahan dari cabang
sejarah utama - yang dikatakan adalah Jemaat RK. Setujukah kamu?
J: Alkitab cukup jelas. Jika mereka tidak berbicara menurut Hukum dan kesaksian maka tidak ada terang di dalam mereka (Yesaya 8:20). Maka satu jemaat yang cuba mengubahsuai Hukum Tuhan dengan tradisi-tradisi, bukan lagi Jemaat yang benar. Orang-orang kudus adalah mereka yang memelihara Perintah-perintah Tuhan serta Kesaksian atau Iman Yesus Kristus (Wahyu 12:17; 14:12).
Maka jemaat, (atau jemaat-jemaat kerana ada banyak pekerjaan dan pemerintahan namun hanya satu Tuhan), adalah orang-orang yang masih melakukan apa yang Kristus telah menyuruh mereka lakukan dan apa yang dia dan para rasul telah lakukan. Itu adalah iman yang pernah disampaikan kepada orang-orang kudus kepada siapa Yudas, saudara Kristus, merujuk.
Kristus dikatakan telah memberikan jemaatnya jalan untuk mempersembahkan korbannya dengannya untuk sepanjang masa - iaitu Eucharist dalam acara sembahyang. Dia kononnya mempersembahkan dirinya pada jamuan Paskah (roti dan anggur) dan terus mempersembahkan dirinya dengan cara ini dengan menggunakan manusia.
Saya mengenali beberapa orang yang
percaya bahawa Jemaat Katolik tidak mungkin berbuat salah berdasarkan 1
Timotius 3:15 dan Matius 16:18. Bagaimanakah kita tahu di mana dan apakah
jemaat sebenar itu?
J: Jemaat adalah kediaman Tuhan, Jemaat Tuhan yang hidup, tonggak dan tapak kebenaran. Maka ia berdasar pada kebenaran dan bukannya pada dusta serta tradisi-tradisi manusia. Gerbang-gerbang kematian tidak akan bertahan terhadapnya seperti yang dijanjikan Kristus kepada Petrus. jemaat ini telah dianiayai tanpa belas kasihan oleh naga itu yang marah dengan keturunan perempuan itu. Bumi telah membantu perempuan itu selama 1260 tahun dan menyembunyikannya dari kemarahan naga itu.
Jemaat boleh dilihat dari benihnya, iaitu orang-orang kudus. Orang-orang kudus adalah mereka yang memelihara perintah-perintah Tuhan serta Kesaksian atau Iman Yesus Kristus. Meterai Kelima Wahyu menunjukkan orang-orang kudus telah dianiaya dalam dua fasa utama sepanjang 1260 tahun dan selama zaman akhir ini adalah tempoh sejak hujung Perang Dunia I dan seterusnya selepas Perang Dunia II.
Jemaat diuji dengan doktrin-doktrinnya. Jika mereka tidak berbicara menurut hukum dan Kesaksian maka tiada terang di dalam mereka (Yesaya 8:20). Oleh itu sebarang jemaat yang berbicara lain daripada Hukum Tuhan dan meletakkan tradisi-tradisi manusia lebih tinggi dari hukum-hukum Tuhan adalah jemaat palsu.
Jemaat telah terus selama dua ribu tahun melakukan apa yang telah dilakukan Kristus dan para rasul, dan terus melakukan itu meskipun berhadapan dengan penganiayaan ngeri oleh Kristian lain. Lihat karya Peranan Hukum Keempat dalam Jemaat-jemaat Allah Pemelihara Sabat dalam Sejarah (No. 170). Lihat juga pada buku Kohn-Cox, Para Pemelihara Sabat di Transylvania, CCG Publishing, 1998.
Doktrin ketidakmampuan Paus bersalah telah diisytiharkan pada abad ke 19 dan tiada yang benar-benar mempercayainya melainkan golongan masyarakat yang mudah tertipu. Ia telah mengisytihar tanpa rasa bersalah bahawa bumi adalah rata dan Galileo Galilei tanpa was-was adalah seorang pembidaah kerana dia mengatakan bahawa bumi adalah bulat. Mengembalikan kedudukannya bererti melawan doktrin ketidakmampuan paus bersalah. Paling jauhpun yang sanggup dilakukan oleh John XXIII adalah mengumumkan dia sebagai salah seorang dari anak Italy yang paling unggul.
Jemaat adalah tonggak dan tapak kebenaran yang memelihara Perintah-perintah Tuhan serta Kesaksian atau Iman Yesus Kristus (Wahyu 12:17; 14:12).
Masyarakat
Pernahkan berlakunya penurunan dalam
kehadiran dalam jemaat-jemaat Katolik dan, jika ada, apakah sebabnya?
J: Telah
berlaku penurunan dalam kehadiran di semua cabang-cabang Katolikisme, Roman,
Ortodoks dan Anglican. Penurunan dalam sistem-sistem Ortodoks di Timur berlaku
di bawah Komunis namun peningkatan minat dalam pengajian agama di situ sedang
membawa sistem Ortodoks kembali dalam relevans lebih besar lagi. Kemerosotannya
di barat sedang diimbangi dengan satu peningkatan dalam paganisme di UK
(150,000 setakat tahun ini) dan agama berbentuk karismatik di AS.
Orang ramai semakin bersifat materialistik
dan Relativisme Etika sedang mempengaruhi semua sudut. Kekristianan seperti
yang telah dipamerkan oleh sistem Aliran umum tidak akan dapat menempuhi
pemeriksaan kritikal Sains dan Arkeologi.
Juga adanya serangan sengaja dan sistematik
yang dibuat ke atas Kekristianan oleh para penyokong Aturan Dunia Baru. Apa
yang menggantinya adalah sejenis Teologi Proses dan sistem teori evolusi yang
palsu. Penunjukan datanya sengaja tidak memihak sebarang penjelasan Alkitab dan
orang biasa tidak akan dapat melihat realitinya.
Tambahan lagi, terdapat tekanan-tekanan
untuk perubahan di dalam organisasi-organisasi. Kebangkitan mazhab-mazhab
monastik abad kedua belas serta pembujangan yang dikuatkuasakan sedang berakhir
dan terdapat tekanan yang kian bertambah atas Rom untuk menyingkirkan luka yang
disebabkan dirinya sendiri.
Bilangan Paderi-paderi Roman Katolik sedang
menurun. Juga, orang ramai semakin banyak mengetahui tentang apa yang berlaku
di Eropah ketika Holocaust dan Pasitan-pasitan, dan ia cukup menjijikkan bagi
orang-orang dari latarbelakang RK dan bentuk-bentuk Lutheran Katolikisme. Untuk
mengimbang ini, seruan sedang dibuat pada hal-hal mistik dan kepada Pemujaan
Maria di kalangan mereka yang senang percaya.
Katolikisme di China menerima sokongan
rasmi manakala yang lainnya ditindas dan kerana itu adanya sedikit keseimbangan
di situ berbanding Jemaat-jemaat Pemelihara Sabat dan Pentakostal. Penindasan
Hindu di India menyokong sistem-sistem Katolik utama. Islam mencapai sedikit
kemajuan. Islam lebih besar dari Katolikisme namun lebih kecil dari
Kekristianan yang mempunyai 2 bilion pengikut.
Apakah definisimu untuk satu kultus, dan
adakah Roman Katolikisme cocok dengan definisi itu?
J: Gelaran
kultus datang dari istilah Latin cultus. Ia mempunyai ertikata menyembah. Maka
semua agama adalah kultus. Sistem ibadah dalam sistem Roman Katolik terbahagi
kepada kultus Latria dan kultus Dulia. Latria menumpu pada ibadah Tuhan dan
Kristus.
Pemujaan atau penghormatan santo-santo
diberi gelaran kultus Dulia. Pemujaan atau penghormatan Maria diberik gelaran
kultus hyper dulia. Maka ini adalah satu peninggian melebihi penghormatan
santo-santo dan di bawah apa yang diberikan kepada Tuhan dan Kristus.
Gelaran kultus kini telah diasingkan untuk meliputi sistem-sistem yang tidak sehaluan dengan sistem agama sedunia. Itu bukanlah makna sebenar dan asalnya. Malang sekali, kebolehan untuk mendorong rakyat ke tahap-tahap kebencian dengan menggunakan bahasa emotif kini sudah menjadi satu seni bagi sistem orang Eropah. Holocaust abad ke 20 merupakan perbuatan sengaja pengawalan bangsa dan agama hingga ke tahap Pembunuhan Bangsa. Ia akan berterusan. Karya Mentaliti Kultus (No. 74) menjelaskan aspek ini dengan lebih terperinci.
Adakah Jemaat Katolik betul dalam
mengumumkan tahun 2000 sebagai tahun Jubli?
J: Kesilapan-kesilapan di sebalik sistem pertarikhan yang tiba pada 2000 sebagai jubli telah diterangkan dalam Signifikans Tahun 2000 (No. 286). Mengapakah manusia sanggup melakukan apa saja selain taat kepada Tuhan dan menurut hukum-hukum yang telah diberikanNYa kepada kita melalu Yesus Kristus di Sinai?
Jemaat Roman Katoltik bukanlah Jemaat Katolik keseluruhannya meskipun ada orang yang menganggap begitu. Lebih-lebih lagi, berjuta-juta umat Katolik tidak menyetujui pandangan-pandangan Roman Katolik ini di sini.
Saya mula sedar bahawa umat Katolik awam
telah didustai dan ditipu begitu lama sekali. Soalan saya kepadamu adalah:
kenapakah begitu ramai orang hanya membuta-tuli menurut apa yang mereka disuruh
buat, iaitu tradisi-tradisi manusia, tanpa mengambil sedikit masa untuk
mengkaji dari mana tradisi-tradisi serta kepercayaan mereka ini datang? Adakah
kita sebagai satu umat begitu malas?
J: Ramai orang mempercayai mereka yang berada di atas mereka. Ramai yang dibesarkan mempercayai sistem Trinitarian tradisional. Apabila mereka membaca Alkitab dan mula belajar mereka sedar bahawa apa yang Alkitab katakan kita harus lakukan adalah betul-betul bertentangan dengan apa yang dilakukan oleh sistem Aliran umum itu.
Jika kamu bertanya pada paderi-paderi kenapa kita melakukan apa yang telah kita lakukan dan mereka mengatakan kami membuat keputusan hingga jemaat membuat keputusan. Ia menjadi jelas kepada saya bahawa saya telah didustai sepanjang hidup saya. Bila saya mula belajar saya mula membongkar kengerian besar sejarah iman kita.
Bukan saja orang-orang ini telah mengubah Iman Kristian sepenuhnya, mereka juga telah membunuh setiap orang yang telah cuba mendedahkan kebenaran itu. Lihat karya Peranan Hukum Keempat di dalam Jemaat-jemaat Tuhan Pemelihara Sabat dalam Sejarah (No. 170).
Mereka menyerang dan memfitnah di mana mereka dapat membunuh. Holocaust bermula di Eropah pada awal abad kedua puluh. Orang-orang Eropah sebenarnya telah membunuh 122,000 orang Afrika sebagai permulaan.
Gugatan Baru terhadap kumpulan Franciscan untuk jenayah-jenayah perang akan mendedahkan lebih banyak kengerian Holocaust di Eropah dan khususnya Croatia.
Ramai orang yang takut. Ada yang tidak mengambil peduli. Ramai yang tidak mengetahui kebenaran dan sesiapa yang menerbitkan kebenaran menghadapi berbagai bentuk fitnah.
Kebanyakan sejarah kita telah sengaja ditulis semula atau ditutup untuk menyembunyikan kebenaran itu. Eropah telah terjunam ke dalam zaman kegelapan demi penubuhan sistem agama palsu ini. Kita akan terus menerbit dan terus memberitahu orang ramai tentang kebenaran itu. Hanya kebenaran saja yang akan membebaskan kamu. Teruskan belajar dan jangan takut untuk mendedahkan dusta-dusta dan kemunafikan ini.
Apakah maksudmu bahawa agama Kristian
umum akan diatasi oleh paganisme sedikit masa lagi?
J: Hingga ke tahap di mana mereka akan bergabung dengannya dan seterusnya sistem-sistem pagan ini akan bertumbuh sehingga saksi-saksi itu tiba dan Neksus Hukum Taurat dipulihkan; melainkan kita bertaubat, ya.
Ajaran Katolik nampaknya mengajar bahawa
menghalang penghamilan dengan menggunakan kontrasepsi (selain dari kaedah ritma
yang dipersetujui) bermakna menghalang kasih dari mencapai apa yang ia cuba
lakukan iaitu mencipta kehidupan. Rasanya mereka sebenarnya mengatakan bahawa
ianya satu dosa untuk bersetubuh jika kamu menghalang penghasilan anak sewaktu
perbuatan itu. Ini kelihatannya seperti bebanan yang sangat berat untuk
dikenakan pada satu perkahwinan. Adakah Alkitab mengatakan apa-apa tentang
perancangan keluarga?
J: Hujah-hujah mengenai pandangan ini datang dari satu siri pandangan-pandangan falsafah berkenaan objektif atau penggunaan semulajadi sesuatu benda. Maka matlamat atau tujuan seks adalah penghasilan anak dan oleh itu ia harus sentiasa digunakan untuk tujuan itu. Hujah mengenai Onan lazim digunakan untuk mengecam pelancapan (perancapan) dan kegagalan untuk membuat anak. Bagaimanapun, itu bukanlah sebabnya kenapa Tuhan telah membunuh Onan. Tuhan telah membunuh Onan kerana dia telah gagal melaksanakan ketetapan Lewi kerana ketamakan dan memberikan anak kepada saudaranya yang telah meninggal seperti yang diminta di bawah hukum itu. Hal ini diperiksa dalam karya Dosa Onan (No. 162).
Tidak diragukan bahawa kita harus memiliki anak dan kita diperintah untuk pergi dan menjadi banyak. Secara logiknya, tiada perbezaan kepada apa saja kaedah kontrasepsi (pencegahan kehamilan) yang digunakan jika tujuannya adalah untuk mencegah penghamilan. Jika jemaat menyokong kaedah ritma maka ia menyokong kontrasepsi dan kita sekadar berdebat tentang kaedah yang paling praktis. Sebenarnya, jemaat nampaknya telah memperkenalkan perdebatan ini sebagai latihan kepolitikan untuk mengawal kumpulan-kumpulan yang lebih besar. Kini dengan sebaran AIDS mereka terpaksa meneliti semula kes ini berhubung penggunaan kondom untuk kontrasepsi.
Bagaimanapun, Alkitab senyap tentang kontrasepsi, dan walaupun tujuan adalah untuk mendapatkan anak-anak, Alkitab juga cukup jelas menyatakan bahawa manusia harus berpuas hati dengan [buah] dada zaman mudanya. Ini tidak bermakna berpuas hati bahawa ia dipenuhi susu. Seks jelas dicipta untuk kepuasan dalam hubungan perkahwinan atau sekurang-kurangnya ia nampak begitu untuk kebanyakan orang. Ia sememangnya banyak menimbulkan masalah berhubung hal kepuasan ini. Ini termasuk dalam satu lagi peraturan buatan manusia yang tidak boleh dilaksanakan.
Walaupun saya telah dibesarkan sebagai
seorang Katolik, terdapat banyak perkara yang saya tidak faham. Dari manakah
datangnya konsep tentang Kerajaan Tuhan didirikan dalam hati seseorang?
J: Kerajaan Tuhan adalah Roh Kudus yang diberikan kepadamu pada pembaptisan. Ini menjadi kuasa Tuhan untuk menjadi semua dalam semua (Efesus 4:6) serta kemampuan untuk kita semua menjadi Tuhan-tuhan atau elohim, yang merupakan doktrin asal Jemaat Katolik. Lihat karya Umat Pilihan sebagai Elohim (No. 1).
Pengekalan aspek ini dengan penurutan kepada perintah-perintah Tuhan serta konsep pembaptisan orang dewasa bermakna bahawa apabila jemaat di Rom memulakan pembaptisan bayi maka rahmat pengubahan Roh Kudus telah dikurangkan dan konsep itu hanya sekadar “kerajaan Tuhan ada di dalam hatimu” sedangkan sebenarnya seluruh diri orang itu yang sepatutnya dikuasai oleh Roh Kudus. Lihat karya-karya Roh Kudus (No. 117) dan Satu Bersama dengan Bapa (No. 81).
Adakah kamu setuju atau tidak? Jemaat
England (Anglican) telah diasaskan oleh Raja Henry pada tahun 1534, kerana Paus
tidak boleh mengizinkan dia bercerai dengan hak untuk berkahwin semula? Bahawa
Jemaat Roman Katolik telah diasaskan pada tahun 33? Itu adalah Jemaat Roman
Katolik atau jemaat universal.
J: Jemaat Katolik telah diasaskan dengan Adam dan wujud dengan kaum bapa dan para nabi. Kristus, sebagai Malaikat Agung Perjanjian Lama, telah memberikan hukum taurat kepada Musa untuk memerintah Israel iaitu pusakanya. Jemaat di Rom mengajar doktrin ini pada abad kedua (lihat Justin Martyr, First Apology dan karya Teologi Awal tentang Ketuhanan (No. 127). Kami masih mengajar doktrin ini. Jemaat bermula sebagai satu entiti terbuka kepada bangsa-bangsa lain pada tahun 30 TM bukan 33 TM. Jemaat Ortodoks Katolik telah bermula pada tahun 381. Jemaat Roman Katolik adalah hasil perpecahan Jemaat Ortodoks. Jemaat di England telah diasaskan pada abad pertama dan telah kukuh bertapak apabila Tertullian menulis pada abad kedua. Ia telah berada di bawah penguasaan Roman Katolik dari pertukaran iman orang Angles pada tahun 597 TM dan Synod Whitby pada tahun 663 serta ancaman bersenjata. Lihat karya Pertikaian-pertikaian Quartodeciman (No. 277). Jemaat Roman Katolik tidak mempunyai apa-apa kuasa sebenar sehinggalah tahun 590 TM. Lihat karya Peperangan Unitarian/Trinitarian (No. 268). Sejak itu sistem jemaat asal telah menjadi gerakan bawah tanah selama berabad-abad lamanya. Lihat karya Peranan Hukum Keempat di dalam Jemaat-jemaat Tuhan Pemelihara Sabat dalam Sejarah (No. 170).
Jemaat Kristian yang merupakan Jemaat Katolik Asal telah memutuskan hubungan dengan Jemaat yang berada di Rom pada tahun 192 sewaktu Pertikaian-pertikaian Quartodeciman selepas kegagalan Polycrates untuk meyakinkan Victor tentang bidaahnya dalam usahanya untuk menguatkuasakan sistem Easter pagan. Polycarp telah menangguhkan perpecahan itu namun juga gagal untuk meyakinkan Anicetus apabila dia memperkenalkan bidaah itu sekitar tahun 150-152. Jemaat di England bersifat Quartodeciman dan mengikut murid-murid para rasul dan khususnya Yohanes yang merupakan rasul terakhir. Yohanes telah menyerahkan tugas kepada Polycarp yang kemudiannya menurunkannya kepada Polycrates. Maka barisan rasmi para rasul bersandar pada Jemaat-jemaat Allah Pemelihara Sabat dan bukannya dengan Rom.
Saya sedang membaca satu teks namun
tidak memahami konsepnya sepenuhnya. Apakah erti sedevcante?
J: Sedevacante adalah satu istilah yang digunakan dalam pentadbiran suatu keuskupan. Sedevacante adalah kekosongan yang terjadi apabila satu keuskupan yang tidak mempunyai kumpulan paderi menjadi kosong dengan peletakan jawatan, kematian atau penyingkiran seorang biskop. Di mana adanya kumpulan paderi, ia akan melantik seorang vicar capitular untuk mentadbir keuskupan itu. Kalau tidak, seorang pentadbir harus dilantik untuk mentadbir keuskupan itu sehingga disahkan oleh Rom.
Dalam negara-negara misionaris, biskop vicar apostolic sendiri boleh mencalonkan pentadbir seterusnya bagi keuskupan atau daerah vikar itu. Jika dia tidak melakukan begitu maka biskop atau vikar apostolik terdekat harus melakukannya, atau di AS oleh Metropolitan dan sewaktu ketiadaannya oleh biskop senior dalam wilayah itu.
Di China dan India Timur, jika tiada persediaan untuk satu provicar dibuat oleh vikar apostolik maka paderi yang paling lama dalam misi itu akan menjadi vikar apostolik untuk wilayah itu. Jika ada keraguan atau masalah lain, keputusan ini terserah kepada vikar apostolik terdekat.
Apabila satu kekosongan wujud dengan perletakan jawatan, dia mungkin boleh dilantik Rom sebagai Pentadbir keuskupan yang sama sehingga penggantinya mengambil alih. Apabila satu keuskupan dibahagi biskop tersebut boleh menjadi pentadbir keuskupan yang baru itu sehingga orang baru dilantik, atau jika dipindah ke keuskupan yang baru itu dia terus kekal sebagai pentadbir keuskupan lama sehinggalah seorang biskop dilantik bagi kekosongan itu. (Catholic Encyc. "Administrator" Vol. 1:143).
Tidak lama dulu kamu menjelaskan apakah
sedevacante dan itu sangat membantu. Namun saya tertanya-tanya apakah itu
seorang Sedevacantist?
J: Penjelasan yang saya berikan adalah definisi Roman Katolik tradisional untuk istilah Sedevacante. Ini adalah pengosongan suatu keuskupan oleh biskopnya sama ada dengan peletakan jawatan, kematian atau penyingkiran.
Bagaimanapun Sedevecantist boleh dikatakan adalah sesuatu yang lain lagi. Telah muncul dalam Jemaat Roman Katolik satu badan ultra ortodoks yang telah menolak segala pembaharuan moden yang terhasil dari Vatican II. Kebanyakan kalau bukan semua Sedevacantist berpendapat bahawa keuskupan Rom kini kosong dan sedevacante.
Mereka menganggap John Paul II sebagai anti-paus. Malah seluruh senarai paus-paus dari John XXIII dipercayai ramai sebagai liberal sekurang-kurangnya dan ramai dari golongan Sedevacantist ini yang menganggap semua orang dari John XXIII hingga John Paul II sebagai anti-paus yang tidak sah.
Mereka juga menganggap mazhab Jesuit sebagai mazhab murtad. Malah ada yang menganggap Opus Dei sebagai satu jenaka. Mengikut definisi baru Sedevacante ini kita boleh menganggap keuskupan Rom sebagai telah Sedevacante sejak tahun 192 TM apabila Victor menguatkuasakan bidaah Easter itu.
Masalah sebenarnya adalah bahawa Jemaat Rom begitu berbelah bagi dari segi doktrin dan begitu dikompromi oleh tradisi-tradisi Gnostik dan Pagan hingga ia bukan lagi satu jemaat yang bersatupadu.
Golongan Sedevacantist ini adalah peneraju gerakan reformasi balas yang baru dalam Jemaat Roman Katolik yang pada hakikatnya adalah satu Pasitan baru yang mula membentuk. Kamu akan melihat dan mendengar lebih banyak tentang elemen-elemen ini sementara drama binatang dan perempuan sundal itu kian membentang.
Jemaat akan disucikan dalam api selama dua puluh tujuh tahun seterusnya. Apa yang keluar dari hujung yang satu lagi dalam Milenium itu akan sangat berlainan dari jemaat yang ada hari ini. Ia akan dikembalikan dua puluh abad ke doktrin-doktrin asal dan dibersihkan dengan hisop. Lihat karya Jadual Waktu Rumusan Segala Zaman (No. 272).
Dalam membaca bahagian-bahagian mengenai
Pasifisme dalam The Catholic Encyclopaedia, ia nampaknya memberikan penjelasan
yang bertentangan. Bolehkah kamu terangkan dilema ini?
J: Pertama sekali, terdapat pernyataan bahawa peperangan adalah bertentangan dengan ajaran Injil-injil, namun kemudiannya ia memberikan syarat-syarat untuk teori memasuki “Peperangan Keadilan”. Ini nampaknya adalah satu kontradiksi bagi saya. Teori Peperangan Keadilan diterangkan dalam karya Teori Peperangan Keadilan (No. 110).
Teori Peperangan Keadilan adalah satu keluaran Sistem Roman Katolik yang kini sedang dipertimbangkan semula. Perang adalah sebahagian dari hidup manusia yang merupakan satu akibat atau hasil planet ini di bawah tuhan dunia ini dan ia telah dijadikan sesuatu yang perlu kerana ketidaktaatan kepada perintah-perintah Tuhan. Hanya apabila Israel menjadi jahat atau gagal dalam hubungannya dengan Tuhan barulah ia dibiarkan ditawan atau diganggu peperangan.
Perang-perang abad lalu digambarkan oleh perang-perang pada hujung empat puluh tahun dalam padang gurun antara Israel dan Amalek. Musa memerlukan lengan-lengannya diangkat oleh Harun dan Hur. Yosua merupakan alat fizikal selaku pemimpin perang. Lihat karya Teori Peperangan Keadilan (No. 110) untuk butir-butir doktrin itu serta posisi Unam Sanctam.
7…Sakramen-sakramen
Bolehkah kamu terangkan
sakramen-sakramen jemaat?
J: Asalnya hanya ada dua sakramen jemaat. Ini adalah pembaptisan dan Perjamuan Suci (Perjamuan Tuhan), yang dilaksanakan pada waktu Paskah sekali setahun pada 14 Nisan atau 14 Abib. Perkahwinan tidak dianggap sebagai satu sakramen jemaat kerana semua perkahwinan diakui sejak dari Adam dan telah mendahului kewujudan jemaat selama empat ribu tahun. Oleh itu ianya tidak masuk akal untuk mencadangkan bahawa hanya jemaat saja yang boleh melakukan upacara perkahwinan yang sah. Malah perkara ini tidak dikemukakan dalam abad-abad awal.
Jemaat tidak percaya dalam syurga dan neraka dan purgatori, dan memandang benda-benda ini sebagai doktrin-doktrin pagan atau Gnostik. Maka konsep memerlukan pentahbisan dan pengampunan dosa sebelum mati untuk memasuki syurga dan menghindari purgatori telah ditolak selaku doktrin kafir dan menghujat Tuhan oleh umat-umat Kristian awal. Kepercayaan dalam kebangkitan orang mati serta pergantungan sepenuhnya pada Tuhan tidak menyaksikan sebarang sakramen dalam hal ini selain ketertiban penguburan orang mati. Lazimnya jemaat tidak mendapat itu oleh kerana penganiayaan. Pendirian Alkitab berhubung sakramen-sakramen diterangkan dalam karya Sakramen-sakramen Jemaat (No. 150).
Eucharist
Bagaimana roti dan wain menjadi tubuh dan
darah Kristus dalam perayaan Eucharist?
J: Istilah Yunani Eucharist[ia] telah digunakan di Rom. Rujukan terawal yang kita ada yang dihubungkan kepada Clement (sekitar 101) dikatakan menggunakan bentuk lisan secara umumnya untuk menyatakan terima kasih namun satu pembacaan rujukan yang diberikan bagi Clement (CE artikel Mass, Vol IX, halaman 791) hanya bercakap tentang keperluan untuk menyediakan keperluan-keperluan golongan miskin dengan penuh kerendahan hati. Dia juga hanya bercakap tentang biskop dan diakon seperti mana amalan Perjanjian Baru.
Rujukan sebenar terawal yang didakwa untuk Misa adalah Justin Martyr dan dia dianggap bercakap tentang Misa dalam ertikata menyatakan terima kasih dan juga dalam liturgi namun kita telah melihat di atas bahawa tidak ada Liturgi Misa pada semua acara yang mengikut arahan serta kemampuan presidennya. Rujukan-rujukan dibuat kepada First Apology lxv, 3, 5; lxvi, s1; lxvii, 5. Dalam teks-teks ini Justin memberikan gambaran Eucharist itu namun jelas dari situ ia bukan acara mingguan tapi sebaliknya adalah acara berikutan pembaptisan orang dewasa. Dia menolak keseluruhan doktrin palsu Tuhan Triune sebagai Jupiter [dan Juno] dan Proserpine atau Corah (Kore) dan Minerva iaitu anak perempuan Jupiter yang diperanakkan secara suci.
Dia mengatakan Eucharist berlangsung selepas mereka membasuh orang yang telah yakin dan setuju dengan ajaran kita untuk membawanya ke tempat di mana saudara-saudara seiman kita berkumpul agar kita dapat memberikan doa-doa bersungguh-sungguh bersama-sama, untuk diri kita dan untuk orang yang dibaptis itu serta lain-lain di setiap tempat, agar kita menjadi layak, kerana kini kita telah mempelajari kebenaran itu, dan melalui pekerjaan kita juga didapati adalah warga-warga yang baik dan pemelihara perintah-perintah itu, agar kita diselamatkan dengan keselamatan berkekalan (ibid. lxv).
Amalan ini menyusuli baptisan-baptisan pra-Paskah yang biasa namun di sini ia nampaknya terus menyusul sebagai satu acara bagi pembaptisan itu. Dia meneruskan: “Setelah mengakhiri doa-doa itu, kita bersalaman sesama sendiri dengan ciuman. Kemudian dibawakan kepada presiden persaudaraan ini, roti dan secawan wain yang dicampur dengan air; dan dia sambil mengambilnya memberikan pujian dan kemuliaan kepada bapa alam semesta, melalui nama anak dan Roh Kudus dan mengucap syukur yang berpanjangan kerana kita dianggap layak untuk menerima benda-benda melalui tangannya.
Dia mengatakan oleh kerana kini mereka telah mempelajari kebenaran itu melalui pekerjaan mereka juga mereka didapati adalah warga-warga yang baik dan pemelihara-pemelihara perintah-perintah itu. Dengan itu mengaku dan memelihara perintah-perintah Tuhan. Setelah mereka mengucap syukur dana semua setuju mereka semua kemudiannya mengambil roti dan wain itu yang diagihkan oleh para diakon dan bagian-bagian dibawa kepada mereka yang tidak hadir. Ini menyusuli rutin acara sedekah hari Minggu juga. Dia memanggil ini Eucharist (Eucharistia) yang seorangpun tidak dibenarkan mengambil melainkan orang yang mempercayai iman itu dan telah dibaptiskan dan yang hidup seperti mana yang diperintahkan oleh Kristus. Roti dan wain itu tidak diambil sebagai roti dan wain biasa tetapi sebagai tubuh dan darah Kristus. Dalam teks ini pada lxvi dia mengatakan bahawa misteri-misteri Mithras juga telah meniru upacara ini dengan roti dan secawan air serta mantera tertentu dalam upacara-upacara mistik itu. Maka penolakan wain serta penggantiannya dengan air atau jus adalah sebenarnya berasal dari kultus-kultus misteri dan Mithraisme secara langsung.
Dia kemudiannya menggambarkan perjumpaan-perjumpaan mingguan itu yang kita lihat di atas, dan dengan itu bahagian tersebut berakhir sebagai satu rayuan dan melampirkan satu salinan surat Maharaja Adrian bapa kepada orang kepada siapa teks ini ditulis iaitu Maharaja Titus Aelius, Adrianius, Antoninus, Pius, Augustus Caesar. Jelas bahawa teks ini adalah satu rekaan untuk membuat pertimbangan bersimpati dalam pengadilan dan itulah sebabnya kenapa pertemuan Hari untuk Matahari ini ditekankan pada teks ini lebih dari Sabat yang kita lihat dipelihara dan disebut di dalam Dialog dengan Trypho.
Eucharist bukanlah sebarang bentuk acara misa yang telah diterima dan diubah sejak itu oleh Jemaat Roman Katolik dalam abad-abad kemudiannya. Ia digunakan di sini pada acara-acara pembaptisan dan untuk pungutan sedekah pada hari Minggu. Istilah Eucharist lama-kelamaan telah digantikan oleh istilah Missa untuk seluruh upacara itu. Penggunaan pertama istilah ini (sebagai Missam facere coepi) adalah oleh Ambrose (meninggal tahun 397) (CE ibid.). Golongan Unitarian tidak memelihara bentuk ini. Askar-askar telah dihantar (kononnya oleh pihak Unitarian) untuk membubarkan acara Ambrose yang digelarnya sebagai satu Missa, yang jelas dilihat sebagai sebahagian dari liturgi sistem Triune pada tahun 385 dan 386. Dakwaan penggunaannya oleh Pius di Rom (sekitar 142-157) diakui sangat diragui oleh pihak-pihak penguasa Katolik dan tidak terdapat bukti untuk penggunaannya sehingga Ambrose.
Bagaimanakah roti dan wain menjadi tubuh
dan darah Kristus? Adakah Kristus mengkehendaki perbuatan mencuci kaki yang
dilakukannya pada Perjamuan Suci itu diulangi setiap kali seseorang itu
mengambil Eucharist?
J: Ya, dia memang bermaksud bahawa perbuatan pencucian kaki itu harus dibuat setiap kali seseorang mengambil Roti dan Wain yang kini dipanggil Eucharist. Ini tidak bermakna bahawa kita harus mencuci kaki sekali seminggu. Ia bermakna kita hanya patut mengambil roti dan wain itu sekali setahun ketika Perjamuan Suci itu (lihat karya Perjamuan Suci (No. 103); Kalendar Tuhan (No. 156) dan Hari-hari Suci Tuhan (No. 97)). Doktrin Transubstansi di mana roti dan wain itu menjadi tubuh dan darah sebenar Kristus secara saintifiknya tidak boleh dibuktikan. Ia adalah kejadian rohani yang mengikat orang yang telah dibaptis ke dalam Tubuh Kristus iaitu kumpulan umat pilihan yang dipanggil jemaat yang dilambangkan oleh roti itu, dan wain adalah darah yang melambangkan aktiviti-aktiviti Roh Kudus di dalam tubuh itu iaitu Kristus dan yang merupakan sumber kehidupan jemaat.
Pada umur berapakah seharusnya anak-anak
menerima perjamuan pertama mereka?
J: Perjamuan pertama mereka haruslah sebagai seorang dewasa yang telah dibaptiskan pada umur kira-kira dua puluh tahun. Mereka seharusnya telah dinasihati dalam iman dan telah disedarkan tentang keperluan bertaubat dan kemudian dibaptiskan ke dalam tubuh Yesus Kristus. Perjamuan mereka semestinya adalah Perjamuan Suci tahunan yang diambil dalam segala pertimbangan setelah dipersediakan mengikut Hukum-hukum serta turutan Alkitab. Lihat Pertaubatan dan Pembaptisan (No. 52) serta karya-karya lain yang membincangkan subjek ini termasuk Perjamuan Suci (No. 103).
Pembaptisan
Kesusasteraan Roman Katolik menyatakan
bahawa ada wujudnya benda yang dikenali sebagai ‘baptisan keinginan’. Ada orang
yang dikatakan mengasihi Tuhan dengan ikhlas namun tidak sedar tentang
keperluan untuk dibaptiskan. Dalam keadaan-keadaan ini Jemaat Roman Katolik
mengatakan ‘ Yesus memberi kehidupan rahmat yang baru terus kepada mereka’
(iaitu orang-orang yang berdedikasi ini) dengan memetik Yohanes 14:21 sebagai
bukti untuk ini. Adakah ini penyelesaian yang boleh diterima untuk tidak
dibaptiskan?
J: Tidak, Yohanes 14:21 mengatakan bahawa jika kamu mengasihi Tuhan maka kamu akan memelihara perintah-perintahNya dan kemudian Kristus akan menunjukkan dirinya kepada orang itu dan menariknya kepada dirinya. Kumpulan Roman Katolik mempunyai doktrin Pembaptisan Darah serta Doktrin Pembaptisan Keinginan ini. Ini bertentangan terus dengan Kitab Suci.
Israel merindui Roh Kudus itu namun ditolak dari semua kecuali beberapa nabi yang terpilih. Malah baptisan Yohanes sekalipun tidak memadai. Ia mestilah pembaptisan Roh Kudus ke dalam Jemaat selaku Tubuh Kristus dan sebagai seorang yang bertaubat. Ini dilaksanakan dalam Nama Bapa ke dalam tubuh Anak diminta dalam nama Anak, dalam dan melalui kuasa Roh Kudus.
Tuhan memanggil orang-orang ini dan menempatkan mereka di dalam jemaat. Doktrin-doktrin yang dikembangkan oleh Roman Katolikisme kemudiannya terpaksa dipelbagaikan untuk menyesuaikannya dengan doktrin-doktrin bidaah dan Gnostik tentang syurga dan neraka dan dari situ purgatori dan limbo.
Dalam pembaptisan bayi, adakah
jemaat-jemaat umumnya membuat perbezaan antara anak-anak yang lahir di luar
perkahwinan dan anak-anak yang diperanakkan atau lahir dalam hubungan
perkahwinan tradisional? Jika ya, mengapa?
J: Situasi ini nampaknya berubah setiap hari. Malah ada banyak jemaat yang tidak membaptis bayi-bayi sama sekali. Ini adalah atas dasar bahawa jemaat asal tidak mengamalkan pembaptisan bayi dan ianya bergantung sepenuhnya pada kemampuan individu untuk mengalami pertaubatan.
Dari jemaat-jemaat yang membenarkan baptisan bayi, ada yang menolak baptisan kepada anak-anak yang lahir di luar perkahwinan. Perkara ini kini dirumitkan lagi oleh masalah-masalah masyarakat dalam situasi harian sementara perceraian dan hubungan-hubungan de facto menjadi semakin biasa.
Keadaannya begitu teruk sekarang ini hinggakan Jemaat Roman Katolik contohnya yang sebelum ini tidak mengakui perceraian dan perkahwinan semula serta menolak pembaptisan kepada anak-anak dari hubungan-hubungan sebegini adalah begitu berbelah-bagi tentang isu ini.
Adanya bukti bahawa bukan saja amalan-amalannya berbeza antara keuskupan tapi hakikatnya dalam keuskupan itu sendiri. Bukan saja anak-anak dibaptiskan dari ibubapa yang telah bercerai dan berkahwin semula tetap juga dari mereka yang hidup bersama dalam hubungan-hubungan de facto.
Nampaknya ibu tunggal adalah calon seterusnya dan ia hanya memerlukan seseorang mencari untuk menemui seorang paderi atau pendeta yang membenarkan pembaptisan untuk apa saja kategori bayi yang kamu perlukan.
Ramai yang mengambil pendekatan rasional bahawa bayi tidak bersalah dari segi keadaan-keadaan kelahirannya. Sesungguhnya, doktrin dosa asal memangpun menuntut bahawa ia dilahirkan dalam keadaan berdosa. Memilih dan memutuskan jenis-jenis dosa dalam mana ibubapanya mendapati diri mereka sendiri adalah pertimbangan yang pelik. Ini sekadar menyoroti kemustahilan pembaptisan bayi serta peraturan-peraturan sekelilingnya.
Mengapakah Jemaat Katolik tidak
membaptis secara penyelaman penuh dan kenapakah mereka membaptis bayi?
J: Jawapannya adalah bahawa Jemaat Katolik memang membaptis dengan penyelaman penuh dan tidak membaptiskan bayi dan telah mengikuti kebiasaan ini selama dua ribu tahun. Sistem-sistem Roman Katolik, Ortodoks dan kemudiannya Anglican yang menjadikan kebanyakan Jemaat Katolik telah mengubah amalan itu.
Malah tempat pembaptisan besar Katolik Unitarian yang terakhir telah dibina di Ravenna dalam tahun 525 pada tahun sama Dionysius Exiguus menyalahtarikh kalendar (lihat karya Signifikans Tahun 2000 (No. 286). Kumpulan Copt telah mengekalkan pendirian mereka sesudah perpecahan tahun 451 dan hanya baru-baru ini telah kembali menjalin persaudaraan dengan Rom. Lihat karya Pentahiran dan Penyunatan (No. 251) untuk pemeriksaan lebih terperinci tentang masalah Pembaptisan dan Penyunatan. Penyatuan kembali kumpulan Copt ini juga diperiksa dalam karya Kejatuhan Mesir: Nubuatan Lengan Patah Firaun (No. 36).
Istilah Latin baptisterium diberikan kepada tangki yang mengandungi air untuk baptisan. Istilah baptisan diambil dari perkataan Yunani bapto dan baptizo yang bermakna membasuh dan membenam atau menenggelam, lazimnya dengan mencelup berulang kali. Lihat Kamus New Thayers Greek English di bawah Baptizo. Ia diertikan sebagai penyelaman dalam air yang dilakukan sebagai tanda pembuangan dosa.
Kamu akan menemui satu petikan dalam karya Justin Martyr (First Apology) mengenap pembaptisan mualaf-mualaf dewasa kepada Kekristianan dan apa yang mereka lakukan. Tidak ragu lagi bahawa baptisan pada mulanya dilakukan dengan penyelaman. Biasanya upacara ini lazim sebelum Paskah. Ia juga biasanya diadakan di dalam sungai atau kolam.
Sesudah pertukaran kepada sistem Easter pagan dan dari penambahan Eucharist yang kita lihat telah memasuki Kekristianan di Rom pada waktu kemasukan Easter itu, kita melihat proses ini dipindahkan. Catholic Encyclopaedia Vol. II, halaman 276 mencatatkan cara-cara awal ini serta makna istilah-istilah itu namun gagal untuk menjelaskan perubahan itu dengan betul. Tempat baptisan selalunya berasingan dari gereja kerana baptisan dijalankan dengan penyelaman penuh dan struktur serta pengaliran air tempat permandian itu diperlukan. Bentuk tempat baptisan Latin bagaimanapun biasanya berasal dari Kuil-kuil atau kubur-kubur Rom yang berbentuk bulat dan tempat baptisan terawal diketahui, iaitu Lateran, telah dibina ketika zaman Constantine.
Tempat-tempat Baptisan itu telah diubahsuai dengan menggerakkan kolum-kolum kuil ke dalam dinding-dindingnya sebagai penopang. Selain itu mereka mengikut reka bentuk pagan dan kita mesti melihat pada sumber ini untuk perkembangan-perkembangannya.
Eucharist Roti dan Air adalah upacara dewa Mithras yang disertai Constantine. Dia telah dibaptis sebagai seorang Unitarian pada akhir hidupnya oleh biskop Unitarian, Eusebius dari Nicomedia. Baptisan serta upacara mereka dilakukan dalam gua-gua besar yang diurus dari atas.
Dalam dunia Rom dari abad keempat dan seterusnya, tempat-tempat baptisan ini nampaknya berbentuk bulat atau poligon. Dalam Lateran kita lihat bentuk oktagon dalaman dengan tingkat kedua atas oktagon itu yang disokong olehnya.
Apabila pembaptisan bayi menjadi kebiasaan, fon-fon (bekas air baptis) telah dimasukkan dalam gereja. Umat Katolik Quartodeciman terus membaptis dengan penyelaman penuh (lihat karya Pertikaian-pertikaian Quartodeciman (No. 277)). Semua Jemaat-jemaat Allah dan jemaat Baptist secara umumnya masih melakukan ini hingga hari ini.
Baptisan ditetapkan sebagai Sakramen Pertama jemaat kerana ia perlu bagi kemasukan dan penerimaan Roh Kudus (lihat karya Sakramen-sakramen Jemaat (No. 150)). Jemaat Roman Katolik juga menganggapnya sebagai yang pertama dari semua Sakramen dari Bull (Fatwa Paus) “Exulte Deo” oleh Eugene IV yang bergelar “Dekri untuk orang Armenia” dan juga dekri sidang Florence (lihat juga CE vol. II, halaman 258).
Sidang Trent telah mengutuk beberapa ajaran mengenai pembaptisan. Ini adalah bahawa: “Baptisan pada Yohanes (pendahulu) mempunyai keberkesanan yang sama seperti baptisan Kristus. Air sejati dan semulajadi tidak diperlukan untuk pembaptisan, dan oleh sebab itu kata-kata Tuhan kita Yesus Kristus ‘melainkan seorang dilahirkan semula melalui air dan Roh [Kudus] adalah berciri metafora. Doktrin sebenar Sakramen Pembaptisan tidak diajar oleh Jemaat Rom. Baptisan yang diberikan para pembidaah (iaitu mereka yang menjalin persaudaraan dengan Rom) dalam nama Bapa dan Anak dan Roh [Kudus] dengan tujuan melakukan apa yang dilakukan jemaat, bukanlah pembaptisan sebenar. Pembaptisan adalah bebas, atau dalam kata lain, tidak perlu untuk keselamatan. Seorang yang telah dibaptis, walaupun dia mengingininya tidak akan kehilangan rahmat, tidak kira berapa banyak dia berdosa melainkan dia menolak untuk percaya. Mereka yang telah dibaptiskan hanya diwajibkan untuk mempunyai iman, tetapi tidak untuk memelihara seluruh hukum Kristus. Orang-orang yang telah dibaptiskan tidak diwajibkan memelihara segala ajaran Jemaat, yang ditulis dan yang tradisional, melainkan atas kemahuan mereka sendiri ingin melakukan ini. Semua sumpah ikrar yang dibuat selepas baptisan dibatalkan oleh sebab janji-janji yang dibuat dalam baptisan itu sendiri kerana melalui sumpah-sumpah ini kerosakan dilakukan kepada iman, yang telah diakui dalam baptisan dan kepada sakramen itu sendiri. Semua dosa yang dilakukan selepas baptisan sama ada diampuni atau menjadi ringan dengan hanya peringatan baptisan yang telah diterima. Pembaptisan walaupun dilaksanakan dengan benar dan dengan cara betul, harus diulangi dalam kes seseorang yang telah menolak iman Kristus di hadapan orang kafir dan telah dibawa semula kepada pertaubatan. Tiada seorangpun yang harus dibaptiskan melainkan pada umur bilamana Kristus dibaptiskan atau pada saat kematian. Bayi-bayi, oleh kerana tidak dapat melakukan perbuatan iman, tidak dikira antara mereka yang beriman sesudah baptisan mereka, dan oleh itu apabila sampai pada umur di mana mereka boleh membuat pertimbangan mereka haruslah dibaptis semula; atau lebih baik lagi mengabaikan baptisan mereka sepenuhnya daripada membaptis mereka seolah-olah percaya pada iman tunggal jemaat, sedangkan mereka sendiri belum dapat melakukan perbuatan iman sebenar. Mereka yang telah dibaptis sewaktu bayi harus ditanya apabila dewasa, sama ada mereka ingin mengesahkan apa yang para penaja mereka telah berjanji untuk mereka pada waktu baptisan mereka; dan jika mereka menjawab bahawa mereka tidak mahu melakukan begitu maka mereka dibiarkan mengikut hasrat mereka sendiri dalam hal itu dan tidak dipaksa dengan hukuman-hukuman untuk menjalani kehidupan Kristian, melainkan dilucut dari menerima Eucharist serta sakramen-sakramen lain sehinggalah mereka bertaubat (rujuk CE ibid., halaman 259).
Maka doktrin-doktrin Sidang Trent menunjukkan pertikaian berterusan dari segi baptisan bayi. Ia juga menunjukkan satu lagi variasi yang ingin meletakkannya semula pada waktu Kristus dibaptiskan pada umur lebih tiga puluh tahun iaitu umur untuk menjadi seorang penatua jemaat mengikut Hukum Alkitab.
Pada asalnya Acolytes (pembantu paderi) (kini digelar Altar Boys – Budak lelaki mezbah) Jemaat tidak boleh dimasukkan dalam latihan sehinggalah mereka berumur dua puluh tahun iaitu umur kedewasaan dan pemilihan mengikut Alkitab. Mereka tidak boleh diurap sebagai sub-diakon sehinggalah mereka berumur dua puluh lima tahun dan mereka tidak boleh menjadi penatua jemaat sehinggalah tiga puluh tahun. Lihat soalan tentang Budak lelaki mezbah (Pembantu paderi) pada forum ini untuk butir-butirnya di situ.
Pengurangan dalam umur Pembantu ini juga membayangi pengurangan dalam umur pembaptisan. Sehingga Nicea, Katolik Unitarian dan Katolik Binitarian dari mana asalnya Jemaat Roman Katolik tidak mempunyai pertikaian tentang kesahihan baptisan masing-masing. Tatanamanya meliputi konsep-konsep nama Bapa dan nama atau dalam tubuh anak dan dalam kuasa atau nama Roh Kudus. Ketiga-tiga elemen ini dianggap perlu.
Kumpulan Montanist telah memperkenalkan kesalahan membaptis ke dalam nama Bapa dan Anak serta nama Montanus dan Priscilla. Sidang Laodikia mengarahkan pembaptisan semula mereka. (CE halaman 263). Sidang ini juga telah mengutuk Sabat.
Pada waktu ini Trinitas belum lagi terbentuk dan Roh Kudus hanya dianggap sebagai kuasa Tuhan dan bukannya satu makhluk, jadi tiada pertikaian tentang nama Roh Kudus sebagai orang ketiga Trintias dan itulah sebabnya kenapa ia bukan satu isu di Nicea pada tahun 325. Ia belum dirumuskan lagi sehinggalah tahun 381 di Constantinople.
Dua cabang kumpulan yang dipanggil Arian, cabang Sepanyol telah memperkenalkan bidaah penciptaan Roh Kudus oleh si anak, dan kumpulan Anomean yang juga memperkenalkan susunan kata itu berhubung penciptaan roh oleh anak dalam rumusan pembaptisan.
Susunan kata bagi kumpulan Anomean adalah:
Dalam nama Tuhan yang Tidak Tercipta dan dalam nama anak yang dicipta dan dalam nama roh yang menguduskan, yang dicipta oleh Anak yang tercipta (Epiphanius, Her., 77).
Ini adalah apa yang disebutkan oleh Augustine dan Jerome sebagai pembaptisan “Arian” dalam nama “Pencipta dan makhluk-makhluk”.
Ini adalah kesalahan yang diperkenalkan kemudiannya. Menjelang abad kelima mereka sudah menyimpang dalam semua cabang. Kepausan di bawah Stephen I mengisytiharkan semua baptisan adalah sah walaupun hanya dilakukan dalam nama Yesus Kristus saja. Cyprian mencatatkan ini dan Firmilian dalam suratnya kepada Cyprian berpendapat bahawa Stephen benar-benar mewajibkan itu dan sebutan khusus Trinitas diwajibkan kerana dia percaya bahawa doa atas nama-nama Bapa Anak dan kemudian Roh Kudus diperlukan yakni sesuatu yang karut atau dia tidak akan membuat dekri sebegitu (rujuk CE ibid. halaman 263).
Ini berdasar pada konsep-konsep awal: Ambrose mengatakan bahawa jika kamu menamakan seorang dari mereka ertinya kamu menyebut nama mereka semua (Lib. I, De Sp. S., iii).
“Jika kamu mengatakan Kristus kamu telah menandakan Allah Bapa, melalui siapa anak diurapi, dan dia yang merupakan anak yang diurapi, dan Roh Kudus dalam siapa dia diurapi.”
Ini adalah pemahaman asal bahawa Roh Kudus adalah kuasa Tuhan yang mengurapi Kristus. Jemaat Allah Pemelihara Sabat telah berusaha memelihara pendirian asal ini sebaik yang mungkin. Lihat karya-karya Distribusi Umum Jemaat Pemelihara Sabat (No. 122) serta Peranan Hukum Keempat di dalam Jemaat-jemaat Tuhan Pemelihara Sabat dalam Sejarah (No. 170).
Pembaptisan bayi adalah tidak berkesan sebagai satu upacara. Sebab-sebab pengenalannya terkandung dalam Pentahiran dan Penyunatan (No. 251).
Mengikut pemahaman saya, kepercayaan
Katolik berhubung baptisan bayi adalah bahawa kita semua dilahirkan di bawah
dosa leluhur kita, Adam dan Hawa, dan bahawa untuk disucikan dari dosa ini kita
harus dibaptiskan. Saya tidak melihat apa-apa bukti baptisan bayi dalam kitab.
Bolehkah kamu jelaskan dari mana datangnya tradisi ini?
J: Doktrin dosa asal pada asasnya adalah apa yang telah dihuraikan oleh Augustine. Lihat juga karya Doktrin Dosa Asal Bahagian 1 Taman Eden (No. 246) dan Doktrin Dosa Asal Bahagian 2 Generasi-generasi Adam (No. 248).
Pembaptisan Bayi bukan saja tidak diajar tetapi tidak dibenarkan oleh jemaat mula-mula. Ia pastinya bukan alkitabiah. Ia tumbuh dalam jemaat awal dari satu salahfaham doktrin penyunatan lapan hari. Lihat karya Pentahiran dan Penyunatan (No. 251) untuk melihat apakah proses itu. Ini kemudiannya menjadi berguna dari segi politik untuk mengikat orang kepada sumpah janji yang dibuat bagi pihak mereka oleh penaja-penaja mereka.
Perintah-perintah Suci
Saya percaya salah satu dari
sakramen-sakramen Jemaat Roman Katolik adalah Perintah-perintah Suci. Apakah
yang terlibat dalam hal itu dan adakah sebarang bukti alkitabiah untuknya?
J: Istilah Perintah-perintah Suci adalah satu istilah yang digunakan oleh Jemaat Roman Katolik untuk menguatkuasakan perbezaan antara jemaat yang dipanggil kaum awam dan keimamatan yang berpangkat lebih tinggi di atas mereka. Perbezaan-perbezaan ini nampaknya telah masuk selepas sidang-sidang abad Keempat dan muncul dalam terminologi tulisan-tulisan Jerome (abad ke 5) dan Gregory I (abad ke 6). Istilah-istilah mazhab kepaderian mula digunakan pada permulaan abad ketiga (Ter. De exhort. cast., vii, ordo sacerdotalis, ordo ecclesiasticus) dan Gregory dari Tours (Vit. patr. X, i, ordo clericorum).
Ini adalah satu pembaharuan yang sama seperti Misa dan sememangnya ia dihimpun bersama dengan itu dalam komen-komen tentang mazhab-mazhab dalam Catholic Encyclopaedia. CE mengatakan istilah mazhab: "juga menunjukkan apa yang membezakan orang awam dari kependetaan atau pelbagai pangkat kependetaan, dan dengan itu bermakna kuasa rohani" (CE, vol. XI, halaman 279). Ini kemudiannya menjadi dasar bantahan asas terhadap Protestantisme serta jemaat-jemaat Pemelihara Sabat atas sebab-sebab keimamatan umat pilihan sebagai jemaat.
Umat Roman Katolik mengakui pandangan ini sebagai pandangan jemaat primitif. Mereka berkata:
"Mengikut pandangan Protestan, di dalam Jemaat Kristian primitif, tidak ada perbezaan penting antara kependetaan dan orang awam, tiada perbezaan hierarki dalam mazhab (biskop, imam, diakon), tiada perakuan paus dan biskop sebagai pemilik-pemilik kuasa perundangan tertinggi atas jemaat universal ataupun atas beberapa divisi wilayahnya. Sebaliknya, jemaat pada mulanya mempunyai perlembagaan demokratik, dalam mana jemaat-jemaat tempatan memilih ketua-ketua dan pendeta-pendeta mereka masing-masing, dan memberikan kepada mereka kewibawaan rohani yang sedia ada. Idea lebih dalam untuk perpindahan kuasa ini boleh ditemui dalam idea Kristian Primitif tentang keimamatan universal, yang mengecualikan perakuan keimamatan yang khusus" (C.E., Vol. XII, halaman 414 artikel "Priesthood").
Penebusan Dosa
Apakah hak seorang paderi untuk
mengampun dosa? Juga dari ingatan saya, penebusan dosa meliputi pengucapan x
bilangan doa-doa. Mengapakah berdoa itu dijadikan penebusan dosa? Setahu saya
berdoa sepatutnya adalah satu nikmat.
J: Kuasa untuk mengampun dosa bersandar dengan Mesias. Jemaat mempunyai hak untuk mengikat dan melepaskann, dan itu akan dihormati. Maka dari hak kuasa ini dan dari perintah untuk mengaku dosa kita antara satu sama lain, telah dirumuskan bahawa paderi-paderi mempunyai kuasa untuk mengampuni dosa. Amalan ini telah diperkenalkan agak lewat dalam sejarah jemaat dalam milenium ini dan telah dilakukan untuk sebab-sebab pengumpulan maklumat oleh jemaat. Mereka yang menentang amalan ini telah ditindas. Kamu betul, doa adalah tanda hubungan kamu dengan Tuhan dan kamu perlu memajukan aspek itu. Ia tidak patut dilihat sebagai penebusan dosa.
Mengurap Orang Sakit
Bolehkah kamu terangkan konsep
pengurapan orang sakit? Adakah ini amalan yang sama dengan 'upacara-upacara
terakhir' jemaat Katolik?
J: Amalan mengurapi orang sakit telah diasaskan oleh Yakobus saudara Kristus. Pada Yakobus 5:14 dia mengatakan 'Kalau ada seorang di antara kamu yang sakit, baiklah ia memanggil para penatua jemaat, supaya mereka mendoakan dia serta mengolesnya dengan minyak dalam nama Tuhan'.
Maka diperuntukkan bahawa jemaat boleh campur tangan dan berdoa untuk seorang individu dan orang itu akan mendapat kesan oleh campur tangan Roh Kudus. Ada orang yang memerlukan bantuan dan juga jemaat mempunyai penatua-penatua seperti Lukas yang merupakan seorang Penyembuh dan yang juga telah membantu dalam penyembuhan orang sakit. Dalam zaman-zaman alkitabiah, keimamatan telah diamanahkan dengan tugas-tugas kuarantin dan lain-lain peraturan pengurusan normal untuk penyakit-penyakit berjangkit dan sebagainya, dan dengan itu terdapat berbagai tanggungjawab. Roh Kudus telah campur tangan dalam banyak kes yang kita temui catatannya dalam Alkitab.
Asalnya, ia adalah pengolesan (pengurapan) untuk orang sakit. Ia boleh dilakukan oleh sesiapapun asalkan minyak itu telah ditahbiskan oleh seorang penatua dalam upacara Roma. Dalam upacara-upacara Timuran ia ditahbiskan oleh paderi-paderi itu sendiri.
Pengurapan dengan minyak telah diisytiharkan mandatori kira-kira tahun 829 oleh Jonas biskop Orleans untuk orang sakit kerana penggunaan ubat-ubatan sihir. Bagaimanapun, disebabkan ketamakan gologan paderi yang membuatkannya sukar untuk golongan miskin dan malah kelas-kelas pertengahan untuk menerima pengurapan dalam abad kedua belas dan ketiga belas, dan juga kerana teologi salah sekolah Scotus di Bonaventure dan Scotus, ia terbatas kepada mereka yang hampir meninggal.
Upacara Roman Katolik adalah mengurap dengan minyak ditahbiskan kelima-lima organ deria iaitu mata, telinga, hidung, bibir dan telapak tangan, tapak kaki dan dalam beberapa tempat genitalia. Kata-kata yang diucapkan untuk setiap organ adalah "Melalui pengurapan suci ini semoga Tuhan mengampuni kamu dari apa saja dosa atau kesalahan yang telah kamu lakukan."
Kumpulan Ortodoks melakukannya bukan saja untuk orang sakit, tetapi meremehkannya dengan penggunaannya selepas Penebusan Dosa dan sebelum jamuan, serta menggunakan format yang berbeza sepenuhnya. Telah ditetapkan dari Trent bahawa ia hanya boleh dilaksanakan kepada mereka yang mampu bertaubat dan kerana itu orang mati tidak mendapatnya dan adanya kategori lain yang juga tidak mendapatnya.
Kesejagatan upacara itu dalam Roman Katolikisme hanya bermula dari abad Ketujuh belas. Butir-butirnya ada dalam Catholic Encyclopedia. Kumpulan Anglican menolaknya sama sekali. Perhatikan karya Sakramen-sakramen Jemaat (No. 150).
8…Kepaderian
Adakah kamu lihat pertubuhan
paderi-paderi hari ini sebagai Farisi zaman moden? Mereka nampaknya menikmati
kedudukan mereka yang mulia, suka menunjuk-nunjuk seperti mana orang-orang
Farisi pada zaman Kristus.
J: Bukan, mereka bukan Farisi. Orang-orang Farisi telah memutarbelitkan Kitab Suci dengan tradisi-tradisi mereka. Golongan paderi memang melakukan itu namun tiada Farisi pada zaman Kristus yang akan berpakaian seperti seorang imam Baal dan memelihara perayaan-perayaan Baal, walaupun ramai orang Yahudi ortodoks sekarang berpakaian seperti Khemarim.
Paderi-paderi Kekristianan moden sendirinya tidak memasuki Kerajaan Tuhan dan menghalang sesiapa yang ingin berbuat demikian dari masuk melalui ajaran-ajaran palsu mereka.
Ada yang mengatakan tidak peduli apa yang Kristus katakan kita mempunyai tradisi yang membenarkan kita melakukan x, y atau z. Dari segi itu mereka adalah seperti orang Farisi. Alkitab cukup jelas tentang satu aspek. Hukum Tuhan tidak boleh dikurangkan oleh tradisi atau diremehkan dan mereka yang berbuat begitu tidak akan memasuki kerajaan Tuhan.
Sistem Kristian aliran umum telah membunuh para nabi dan pemimpin Jemaat Allah yang taat kepada hukum selama berabad-abad. Terdapat satu sistem agama yang dikutuk oleh Alkitab kerana ia mabuk dengan darah orang-orang kudus. Tidak ramai calon untuk gelaran ini. Lihat karya Pesanan-pesanan Wahyu 14 (No. 270).
Dalam Holocaust Eropah terdapat kategori khusus dalam kem-kem tahanan dan penghapusan. Mereka mempunyai segitiga ungu terbalik dan mereka digelar Bibelforschers atau Penyelidik Alkitab. Sistem aliran umum dan di bawah paderi-paderi mereka telah menempatkan setiap orang yang menyelidik Alkitab dan menurut hukum-hukum Tuhan di dalam kem-kem ini dan menghapuskan mereka di bawah kategori ini. Ini berlaku hanya lima puluh enam tahun yang lalu. Dan meterai kelima dibuka dan mereka yang berada di bawah mezbah, iaitu mereka yang telah dibunuh kerana firman Tuhan dan kesaksian itu berseru dengan suara nyaring: Berapa lamakah lagi, ya Penguasa yang kudus dan benar, Engkau tidak menghakimi dan tidak membalaskan darah kami kepada mereka yang diam di bumi? Mereka diberikan jubah putih masing-masing dan diberitahu untuk beristirahat sedikit waktu lagi hingga genap jumlah kawan-kawan pelayan dan saudara-saudara mereka, yang akan dibunuh sama seperti mereka. Sesungguhnya kamu telah melihat nubuatan digenapi dalam abad ini.
Penutup Kepala
Alkitab pada 1 Korintus 11:4 dan 7
menyatakan bahawa sewaktu berbakti seorang lelaki seharusnya tidak menutup
kepalanya. Bolehkah kamu jelaskan mengapa ada lelaki Yahudi dan kepaderian
Katolik yang boleh dilihat memakai penutup-penutup kepala ketika acara-acara
agama mereka?
J: Adat ini datang dari sistem-sistem purba dan merupakan sebab kenapa Hukum Tuhan melarang dari mencukur kepala para imam dalam Imamat 21:5 dan Yehezkiel 44:20. Di Mesir, para imam mencukur kepala mereka pada tiap hari ketiga. Dalam kes penerimaan masuk ke dalam misteri-misteri Isis, pencukuran kepala adalah persiapan yang diperlukan (ERE, vol. 6, art. Head (Kepala) halaman 538). Ini tidak diragui adalah asal-usul bahagian atas kepala yang dicukur dalam Kekristianan (ibid.). Jadi mengikuti amalan yang sama, satu lagi penutup lain perlu dipakai. Mencukur kepala adalah upacara penerimaan masuk Brahman serta upacara pentahbisan Buddha (ibid.). Dalam perkabungan untuk Adonis (perayaan-perayaan Easter) di Byblus, orang awam mencukur kepala mereka iaitu satu amalan untuk saudara-mara yang telah meninggal dan yang dilarang kepada Israel oleh sebab yang itu. ERE mengatakan adat ini juga diikuti oleh orang Ibrani walaupun dilarang kod peraturan pada Imamat 19:27; 21:5; Yehezkiel 7:18; Yeremia 16:6; Ulangan 14:1 (ibid.). Dalam kes perkabungan untuk Osiris (versi lain sistem dewa mati ini atau Easter), orang-orang yang berkabung ini kelihatan dengan kepala dicukur. Dalam kata lain, mereka membuka rambut palsu mereka yang dipakai atas kepala mereka yang dicukur. Ini mungkin adalah sebabnya untuk pemakaian rambut palsu untuk menutup kepala bercukur dalam Judaisme berikutan amalan-amalan Yunani (Helenisasi) dan Mesir dari misteri-misteri ini.
Hikayat Gilgamesh Babilon menunjukkan bahawa pencucian kepala adalah cara untuk membuang kesedihan. Maka penutup kepala harus dipakai atas kepala bercukur dalam kes adat-adat Mesir, Yunani dan Yahudi yang dipengaruhi Yunani. Adat menutup kepala sewaktu acara kebaktian berasal dari sistem Babilon yang masuk ke dalam amalan-amalan kedukunan di mana kepala sentiasa ditutup untuk menghindari kejahatan jatuh ke atas pengamal itu. Di kalangan Veddas, kain dipegang atas kepalanya ketika rambutnya dipotong dan di atas kepalanya dalam tarian-tarian suci itu. Imam-imam Goth dipanggil pileati mengikut Jordanes kerana mereka memakai topi sewaktu membuat korban. Paderi-paderi Rom, dalam membuat persembahan korban, sentiasa menutup belakang kepala dan leher mereka dengan toga (velato capite). Ini adalah asal perpanjangan mitre (tutup kepala) hingga leher dan bahu dalam trel. Pengecualian-pengecualiannya adalah apabila praetor membuat persembahan korban dengan kepala tidak tertutup pada ara maxima dan aedes Herculis. Adat ini dikesan jejaknya hingga nasihat yang diberikan oleh Helenus kepada Aeneas, namun Plutarch mencadangkan bahawa sebab-sebab sebenarnya adalah untuk menghindari dari mendengar kata-kata alamat buruk atau lebih khusus lagi simbol jiwa yang disembunyi oleh tubuh (ibid. halaman 539). Maka doktrin jiwa juga terbabit. Lihat karya Jiwa (No. 92). Orang Yunani sebaliknya membuat korban dengan kepala terbuka (aperto capite). Amalan ini telah diikuti apabila korban-korban di Rom diikuti menurut upacara Yunani (ibid.).
Adat Yahudi mungkin sekali datang dari integrasi upacara-upacara pagan ini dari Rom serta Helenisme ke dalam sistem Yahudi sesudah kejatuhan Bait Suci. Orang Arab juga mempunyai sistem menutup kepala dalam doa dan orang Yahudi melakukan yang sama namun mendakwa mereka mendasarkan amalan ini pada Keluaran 3:6 di mana Musa menutup mukanya dari Tuhan. Bagaimanapun, tidak ada kesan amalan ini dalam Kekristianan awal atau sebaliknya dan tiada dalam zaman Bait Suci yang boleh dilihat. Sistem-sistem penutupan kepala milik orang pagan telah memasuki Kekristianan dari Rom dan kultus-kultus misteri.
Paus
Tolong beritahu saya apakah asal-usul
perkataan pontiff (Paus atau uskup)?
J: Gelaran “pontiff” didapati dari sistem Pagan Rom purba Dewa Triune pada Capitoline. Asalnya terdapat satu kolej mereka dari mana kolej kardinal berasal. Pakaian mereka yang berwarna juga berasal dari yang ini. Lihat jawapan berkenaan ‘Api Kekal’ untuk maklumat lanjut tentang subjek ini.
Adakah benar Petrus adalah Paus pertama?
J: Tidak, Petrus bukanlah paus yang pertama. Gelaran paus tidak digunakan oleh jemaat mula-mula sehinggalah abad ketiga. Oleh sebab itu Petrus tidak mungkin pernah menjadi seorang paus. Juga ianya sangat tidak mungkin bahawa Petrus pernah berada di Rom apalagi menjadi penatua atau biskopnya. Paulus-lah orangnya yang berada di Rom. Dakwaan bahawa Petrus berada di Rom bergantung pada surat yang ditulisnya dari Babilon dan dengan itu telah diandaikan bahawa dia menulis dari Rom. Jika dia adalah biskop Rom maka kita mempunyai bukti nyata bahawa dia menyamakan Rom dengan Babilon. Senarai Paus-paus tidak lagi memasukkan Petrus dan bukti yang ada menunjukkan yang sebaliknya.
Bagaimanakah Paus mendapat namanya?
Siapakah yang menentukannya? Kenapakah ramai antara mereka yang mempunyai nama
yang sama sepanjang generasi-generasi berlainan?
J: Apabila seorang paus dipilih dia bebas memilih nama dengan mana dia akan dikenali sebagai Paus. Nama ini kadangkala diambil dari seorang paus sebelumnya yang dikaguminya. Dalam beberapa kes dia mengambil nama tertentu untuk menunjukkan bahawa pemerintahannya akan memiliki bentuk pentadbiran yang sama ataupun meneruskan gaya paus sebelumnya itu.
Terdapat satu senarai panjang nama-nama kegemaran atau terkenal dengan paus-paus masa lalu. Dalam kes John XXIII dia ingin menebus semula nama John kerana John XXIII sebelumnya merupakan seorang paus yang terkenal kekejiannya dengan moral yang memalukan. Tiada seorangpun yang pernah menggunakan gelaran ini sejak waktu itu kerana sebab itu. Jadi ia bergantung pada pandangan-pandangan paus berkenaan apabila dia dipilih. Lihat senarai paus-paus dalam karya Annex A (No. 288a) yang akan memberikan satu senarai penuh paus dan anti-paus serta nama-nama yang diberikan oleh Malachy untuk mereka.
Pemuliaan Paus
Bukankah cara bagaimana jabatan Paus
dilayan bertentangan langsung dengan perintah untuk tidak mempunyai sesiapa
atau apa-apa di hadapan Tuhan?
J: Jabatan paus tiada kena-mengena dengan struktur asal jemaat serta biskop atau penatua Rom. Tiada seorangpun yang boleh menempatkan diri mereka di antara manusia dan Kristus serta Tuhan. Kepala setiap orang adalah Kristus dan Kepala Kristus adalah Tuhan. Hukum Tuhan keluar dari sifatNya dan tiada seorangpun yang boleh mengubah Hukum Tuhan. Malah Kristus sekalipun tidak boleh berbuat begitu.
Paderi
Bukankah Yesus menyuruh supaya jangan memanggil
sesiapapun Bapa (Father)? Jika begitu, kenapakah kita memanggil
paderi-paderi kita sebagai Bapa?
J: Gelaran bapa memasuki jemaat dari sistem Mithras. Anggota-anggotan sistem Mithras yang memuja matahari, yang dalam bentuk umumnya adalah sol invictus Elagabal, telah memasuki Kekristianan dan membawa bersama gelaran “bapa” ini. Seorang bapa dengan Singa dan gagak adalah gelaran-gelaran pangkat tinggi sistem itu. Sistem ini berleluasa di Timur Tengah dan dikaitkan dengan kultus-kultus matahari di situ. Kerana sebab inilah Kristus memberikan perintah pada Matius 23:9 di mana dia berkata: Dan janganlah kamu menyebut siapapun bapa di bumi ini, karena hanya satu Bapamu, yaitu Dia yang di sorga.
Rahib perempuan
Saya ada mendengar berbagai rahib
perempuan (sister) menyatakan bahawa mereka berkahwin dengan Kristus.
Rasanya mereka juga memakai cincin untuk menunjukkan perkahwinan tersebut. Saya
tahu ada ayat kitab yang mengatakan kita semua akan menjadi pengantin-pengantin
perempuan Kristus; adakah amalan ini benda yang sama? Saya tidak mengingati
semua peringkatnya dari orang baru hingga menjadi rahib dan bila mereka
menerima cincin itu.
J: Pengantin perempuan Kristus adalah jemaat dan kita sebagai individu-individu adalah sebahagian dari badan jemaat itu. Perumpamaan perawan-perawan yang bijak dan yang bodoh itu menunjukkan konsep kepelbagaian aktiviti itu. Istilah ini termasuk kaum lelaki dan perempuan dan merupakan satu istilah umum.
Perkahwinan anak domba berlangsung pada kedatangannya seperti yang dinyatakan Alkitab dengan sangat jelas. Pengangkatan sumpah selepas satu tempoh latihan sebagai orang baru diambil dari keimamatan Rom purba dalam kuil Vesta.
Pontifex maximus atau Pontiff Agung berpangkat kelima dalam urutan keimamatan namun berkuasa dari segi di mana dia juga memilih Dialis atau imam Jupiter dan dengan itu juga isterinya iaitu flaminica yang mewakili Juno, serta kumpulan Vestal. Perawan-perawan Vestal dipilih dari umur enam tahun dan enam orang dipilih setiap tahun dari dua puluh calon oleh Pontifex maximus iaitu yang tertua dari lima belas pontiff atasan yang terdiri dari kolej pontiff atau curia yang kini kita panggil Kolej Kardinal. Kedua-dua ibubapanya haruslah masih hidup.
Anggota-anggota Vestal ini berkhidmat selama tiga puluh tahun dan sepertiga atau sepuluh tahun pertama dihabiskan sebagai orang baru yang menjalani latihan. Dekad kedua dihabiskan sebagai imam perempuan Kuil yang bekerja dan sepuluh terakhir digunakan dalam melatih orang-orang baru. Mereka dikahwinkan kepada sistem kuil itu dan jika seorang Vestal ditangkap melakukan zina dia dikubur hidup-hidup. Pakaian mereka berwarna merah.
Sistemnya berubah dan rahib-rahib perempuan memasuki Kekristianan pada hujung abad ketiga. Ini mungkin adalah dari pengaruh sistem-sistem pagan pada Kekristianan serta vestal-vestal Rom. Dari zaman terawal lagi sudah ada kaum perempuan yang suci dalam jemaat yang kekal tidak berkahwin namun sentiasa hidup dengan keluarga-keluarga mereka dan tidak pernah dilihat atau difikirkan sebagai satu mazhab atau hidup bermasyarakat. Pada hujung abad ketiga kita melihat kemunculan “Partheuones” atau kediaman-kediaman awam.
Dari bahagian pertama abad ketiga, perawan-perawan telah mula membentuk satu kelas istimewa dalam jemaat dan mengambil perjamuan sebelum orang awam (C.E. “Nuns” (Rahib perempuan) Vol. XI, halaman 164). Aktiviti ini menyusul dari kebangkitan sistem Easter dalam jemaat serta peningkatan dalam adat-adat pagan yang memasuki jemaat sepanjang seratus tahun sebelum Nicaea pada tahun 325. Vermeersch (CE ibid.) cuba membuat alasan bagi perawan-perawan jemaat awal sebagai rahib-rahib perempuan namun alasannya itu terlalu lemah.
“Convent” atau biara pertama dicatatkan telah dibina oleh Pachomius (292-346) untuk kumpulan perempuan beriman yang hidup dengan saudara perempuannya. Jerome telah menjadikan biara St. Paula dan Betlehem terkenal.
Rahib-rahib perempuan Mesir dan Syria memotong rambut mereka, yang tidak disambut di tempat lain hingga lewat kemudiannya. Patut diingati bahawa misteri-misteri Isis dan Osiris di Mesir adalah asal-usul pemotongan rambut atau pencukuran kepala ini serta pemakaian rambut palsu atau penutup-penutup atasnya. Dalam perkabungan Osiris, rambut-rambut palsu atau penutup tidak dipakai. Di barat, dua jenis kediaman untuk lelaki dan perempuan wujud sehinggalah abad kedua belas manakala di Timur perkara ini telah dibasmikan oleh Justinian.
Pada abad kesembilan, perempuan dalam jemaat termasuk mereka yang hidup sebagai orang awam termasuklah: perawan-perawan yang pentahbisannya dikhaskan kepada biskop, rahib-rahib perempuan yang diikat oleh pengakuan iman, canoness yang hidup sebagai orang awam tanpa pengakuan iman, para diakones yang terikat dalam pelayanan jemaat, serta isteri atau janda kaum lelaki dalam mazhab-mazhab suci (CE ibid.). Rahib-rahib perempuan kadangkala mendiami kediaman istimewa namun ini tidak dianggap perlu di sebelah Barat. Ada biara yang membenarkan rahib perempuan keluar masuk. Pakaian mereka menjadi pakaian berwarna hitam yang biasa dari sistem Baal-Easter sekurang-kurangnya dari abad kesembilan.
Alasan untuk kemasukan mereka dari sistem Easter adalah lebih meyakinkan lagi apabila kita melihat bahawa sebutan pertama mereka adalah dalam “perayaan Good Friday yang dalamnya perawan-perawan ini disebut selepas porter, dan Doa Santo-santo, yang dalamnya mereka dirayukan, menunjukkan kesan-kesan pengkelasan ini. Mereka kadangkala dibenar masuk antara para diakones untuk pembaptisan perempuan dewasa dan untuk melaksanakan tugas-tugas yang dikhaskan St Paul untuk Janda-janda berumur enam puluh tahun” (ibid.).
Di Gaul dan Sepanyol tempoh latihan orang baru berlangsung selama setahun untuk rahib-rahib perempuan yang hidup terasing itu dan tiga tahun untuk yang lainnya. Di Barat untuk beberapa abad, terdapat anak-anak yang diserahkan oleh ibubapa mereka dan mereka ini dianggap sebagai terikat seumur hidup oleh persembahan-persembahan ibubapa mereka. Ini adalah pembawaan dari vestal-vestal Rom itu, malah lebih mengikat lagi dan dengan itu lebih sukar. Rahib-rahib perempuan digunakan untuk mendidik pelayan-pelayan muda ini.
Pengakuan mungkin secara jelas atau dibayangkan. Jika seseorang memakai pakaian rahib dan hidup bertahun-tahun seperti itu maka mereka dianggap telah mengaku keimanan mereka. Pentahbisan kepada keperawanan berlaku beberapa tahun kemudiannya pada umur dua puluh lima tahun, iaitu umur yang sama untuk kemasukan seorang pembantu paderi (acolyte) ke jabatan sub-diakon dan umur Alkitab untuk kemasukan dalam pelayanan dalam Bait Suci.
Dengan kebangkitan Mazhab-mazhab Mendicant (Peminta Sedekah) pada abad Ketiga belas, peraturan lebih berat serta pengakuan untuk hidup dalam kemiskinan melarang pemilikan jenis harta tertentu walau apa yang dimiliki awam sekalipun. Para pengasas mazhab-mazhab ini menetapkan peraturan-peraturan yang juga meliputi mazhab-mazhab perempuan (contohnya Francis dari Assis, dan Clare di bawah arahannya yang mengasaskan mazhab kedua kumpulan Franciscan pada tahun 1212. Mazhab-mazhab perempuan Dominican telah dipersetujui sebelumpun Pengkhotbah-pengkhotbah Friar pada 22 Disember 1216. Mazhab-mazhab juga adalah untuk kumpulan Carmelite dan Hermit (Pertapa) St. Augustine dan juga Clerks Regular untuk abad keenam belas. Kumpulan Jesuit adalah pengecualiannya.
Lampiran dimasukkan dalam Hukum Kanun oleh Boniface VIII (1294-1309) dan ini telah disahkan oleh Sidang Trent. Ini mengenakan pembatasan berat pada rahib-rahib perempuan dari bekerja secara berkesan dan dengan itu pengambilan masuk rahib-rahib perempuan yang diikat dengan ikrar sumpah yang mudah telah dibuat untuk mengatasi masalah ini. Penguatkuasaan oleh Trent melalui penafsiran ketat Pius V dalam Circa Pastoralis 25 Mei 1566 secara berkesannya menutup biara-biara terhadap pengambilan masuk rahib perempuan dengan sumpah ikrar yang mudah.
Urban VIII telah menghentikan jemaat pengajar bahasa Inggeris yang diasaskan oleh Mary Ward pada tahun 1609 dengan sumpah ikrar yang mudah serta pemimpin agung. Pengikatan mazhab-mazhab tertutup melalui sumpah bersungguh-sungguh telah diringankan dan kita melihat lebih keterbukaan hari ini.
Pembantu
Apakah rasional di sebalik bantuan
budak-budak pembantu paderi dalam acara Misa (Mass)? Dari manakah datangnya
amalan ini?
J: Amalan ini tidak mendapat kebenaran Alkitab, malah Alkitab mengatakan bahawa seorang lelaki haruslah berumur dua puluh lima tahun sebelum boleh dimasukkan dalam pelayanan Bait. Seorang kanak-kanak pembantu paderi adalah kemunduran posisi pembantu (acolyte) yang merupakan seorang petugas dalam jemaat awal di Rom dan Carthage dan di tempat lain kemudiannya, seawal pertengahan abad ketiga. Bagaimanapun mereka bukanlah kanak-kanak dan catatan terawal jemaat di Rom dari satu surat yang ditulis oleh Cornelius iaitu biskop Rom, kepada Fabius biskop Antiokhia pada tahun 251, menunjukkan mereka mempunyai empat puluh enam paderi, tujuh diakon, tujuh sub-diakon, empat puluh dua pembantu paderi dan lima puluh dua pengusir roh, pengajar dan penjaga pintu. Pendahulu Cornelius, iaitu Fabian telah membahagikan Rom kepada tujuh daerah kepaderian dan meletakkan seorang diakon atas setiap satunya. Nampaknya dari rekod-rekod yang kita ada bahawa sub-diakon ditugaskan menjaga para pembantu itu. Maka pembahagian daerah pada hujung abad ketiga di Rom pastinya adalah seorang diakon untuk satu daerah dengan seorang sub-diakon dan enam pembantu untuk satu daerah. Constitutum Silvestri tahun 501 memberi bilangan empat puluh lima pembantu paderi di Rom. Menjelang waktu Sidang Nicea, menurut Eusebius, mereka hadir dalam rombongan peribadi biskop-biskop di situ dan bukan sebagai petugas-petugas jemaat. Mereka dipakai untuk berbagai jenis tugas. Mereka ada di Carthage pada abad ketiga menurut Cyprian dan juga di tempat lain. Mereka digunakan untuk membahagi-bahagikan sedekah dan membawa dokumen serta tugas-tugas lain yang dikongsi juga oleh para pembaca dan sub-diakon. Mereka bukan kanak-kanak. Di Rom terdapat tiga kelas pembantu antara abad kelima dan kesembilan.
1. Pembantu istana (palatini) yang melayan paus atau biskop-biskop dalam istana dan lateran basilica.
2. Pembantu daerah (regionarii) yang membantu para diakon dalam daerah-daerah.
3. Stationarii atau mereka yang dari stesen yang melayani dalam jemaat namun ini bukanlah satu badan khusus.
Mereka digunakan untuk membawa sakramen-sakramen kepausan roti dan wain ke jemaat-jemaat lain, dan mereka membawa rempah serta barang-barang kepada mereka yang ada dalam penjara. Justin Martyr (dibunuh sekitar tahun 165-166) menugaskan fungsi ini, iaitu tugas membawa sakramen-sakramen, kepada para diakon (First Apology 1, 67) sebagaimana kebiasaannya dalam jemaat Allah pada waktu Paskah dan dengan itu kita boleh menyimpulkan bahawa Pembantu paderi tidak wujud pada pertengahan abad kedua. Ini adalah asal-usul misa dan perjamuan hari Minggu pada pertengahan abad kedua di mana Justin mengatakan di sini bahawa mereka bertemu dan presiden (tiada paus di sini) mengucapkan doa mengikut kemampuannya. Fakta ini memperlihatkan satu dasar berkitar dan tiada bentuk acara yang ditentukan. Mereka semua mengucapkan syukur dan menyebut Amin dan mengambil bagian-bagian jamuan mereka. Untuk mereka yang sakit, bagian-bagian dihantar oleh para diakon. Begitulah para diakon melakukan tugas ini tetapi nampaknya ia telah direndahkan kepada acara mingguan seawal pertengahan abad Kedua dengan kemasukan sistem Easter ini di Rom di bawah Anicetus. Pada acara hari Minggu inilah, presiden jemaat kemudiannya mengambil sedekah yang telah dikumpul kerana dia ditugaskan dengan penjagaan kaum janda dan anak yatim piatu, dan setiap orang memberi apa yang mampu. Mereka dihalang berbuat begitu pada pertemuan hari Sabat. Oleh itu mereka bertemu pada hari esoknya.
Kamu mungkin ingat bagaimana Paulus telah menetapkan hari Minggu dalam jemaat awal untuk pengumpulan sedekah untuk Yerusalem. Di sini kita lihat bagaimana pengumpulan sedekah yang diasaskan pada hari pertama minggu oleh Paulus telah berubah menjadi satu kebaktian dari kultus-kultus misteri dan kemudiannya menggantikan kedua-dua Sabat dan Perjamuan Suci (Perjamuan Tuhan). Satu susunan pegawai baru juga tumbuh dari pembaharuan ini dan pembantu-pembantu paderi telah menggantikan para diakon dan lama-kelamaan telah menjadi kanak-kanak lelaki. Pada pertengahan abad kesepuluh, gelaran arch acolyte (kepala pembantu) telah didapati dan setahu kami ini serupa dengan sub-diakon. Menurut catatan rekod, ijazah pembantu paderi dianugerahkan pada calon ketika menghampiri umur dua puluh tahun (Ini juga berpadanan dengan Ulangan 20). Ini adalah mengikut dekri Siricius (sekitar tahun 385) kepada Himerius, biskop Tarragona Sepanyol. Dia dalam latihan selama lima tahun sebelum dapat dijadikan seorang sub-diakon. Oleh sebab itu, umur dua puluh lima tahun adalah umur paling minima untuk pangkat-pangkat terendah diakon. Umur mandatori sebelum seseorang itu boleh masuk dalam pelayanan Bait Suci menurut Hukum Alkitabiah adalah dua puluh lima tahun. Umur itulah sepatutnya umur paling muda yang Jemaat Allah patut membenarkan sebarang perlantikan ke pangkat diakon berpadanan dengan ketetapan-ketetapan Alkitab. Seorang Penatua tidak boleh dilantiik sehinggalah sekurang-kurangnya umur tiga puluh tahun mengikut Hukum Alkitab. Aspek-aspek ini diliputi dalam karya Memilih Para Pelayan Jemaat (No.4). Lihat juga pada karya Ulangan 20 (No. 201).
Amalan menjadikan anak-anak lelaki muda sebagai pembantu-pembantu paderi dianggap sebagai bayangan bersejarah bagi pengaruh mazhab-mazhab monastik (biara) dan pembujangan yang dikuatkuasakan dalam jemaat yang melarang kepaderian berkahwin dari abad ke 12 di bawah Adrian.
Pengurapan Kaum Perempuan
Saya hidup di Ireland di mana sekarang
terdapatnya kekurangan Paderi, dan Biskop-biskop sedang berbincang untuk
mendapatkan lebih ramai Diakon 'mengisi kekosongan', dengan kata lain.
Nampaknya, Diakon boleh melakukan apa saja yang boleh dilakukan oleh Paderi -
kecuali merayakan misa. Oleh kerana terdapat sebilangan kaum perempuan di
Ireland yang merasakan mereka mendapat panggilan ke arah Kepaderian, tidak
bolehkah perempuan-perempuan ini menjadi Diakon?
J: Terdapat diakones-diakones dalam Jemaat Roman Katolik sehingga abad kedua belas dan penguasaan mazhab-mazhab Monastik. Mereka mempunyai paderi-paderi berkahwin sehingga waktu itu juga. Ireland telah diserahkan kepada England di bawah Henry II oleh Paus Adrian pada abad Kedua belas untuk menggukuhkan kuasa Jemaat Katolik. Para diakones dan paderi berkahwin telah hilang dari UK sejak masa itu. Ireland terjerumus ke dalam kegelapan selama 800 tahun.
Pakaian
Apakah signifikans semua pakaian yang
dipakai oleh golongan paderi untuk merayakan Misa? Adakah apa-apa kaitannya
dengan keimamatan Lewi, iaitu pakaian-pakaian lenan dan sebagainya?
J: Ya, pakaian imam-imam Lewi adalah putih dan lenan. Pakaian Kependetaan Kristian yang disebutkan ini adalah putih atas jubah hitam iaitu terbalik dari Keimamatan Bait. Perkara ini telah dibincangkan dalam karya Pesanan-pesanan Wahyu 14 (No. 270) dan saya akan memetik dari karya itu dan akan pergi kepada pakaian-pakaian lain selepas itu. Alkitab cukup jelas bahawa jubah hitam harus tidak dipakai dan Nabi Zefanya telah mengisytiharkan bahawa imam-imam palsu Chemarim atau Khemarim akan dihapuskan sepenuhnya dari Yerusalem pada zaman akhir. Mereka adalah imam-imam Berjubah Hitam. Ini merupakan pakaian pengenalan mereka selama beribu-ribu tahun. Zefanya 1:4 'Aku akan mengacungkan tangan-Ku terhadap Yehuda dan terhadap segenap penduduk Yerusalem. Aku akan melenyapkan dari tempat ini sisa-sisa Baal dan nama para imam berhala,' (RSV)
Lebih senang untuk melihatnya dalam KJV. Zefanya 'Aku juga akan mengacungkan tangan-Ku atas Yehuda dan atas segenap penduduk Yerusalem. Aku akan melenyapkan dari tempat ini sisa-sisa Baal dan nama Khemarim dengan para imam,' (KJV).
Siapa atau apakah seorang Khemarim? Perkataan ini tertinggal tidak diterjemahkan dalam KJV dan ditulis sebagai para imam berhala dalam RSV, kerana secara literalnya ia bermakna mereka yang berjubah hitam, dan para penterjemah KJV semuanya adalah sebahagian dari sistem imam Berjubah Hitam ini, jadi mereka sengaja membiarkannya tidak diterjemah. Bullinger mempunyai catatan dengan maksud sedemikian dalam nota-nota dalam Companion Bible. Teks-teks dalam Hosea 10:3 dan seterusnya juga ditinggalkan tanpa diterjemah, seperti juga teks dalam 2 Raja-raja 23:5.
Hosea 10:3-5 3
Sungguh, sekarang mereka berkata: "Kita tidak mempunyai raja lagi, sebab
kita tidak takut kepada TUHAN. Apakah yang dapat dilakukan raja bagi kita?"
4 Mereka membual, mengangkat sumpah dusta, mengikat perjanjian,
sehingga tumbuh hukum seperti pohon upas di alur-alur ladang. 5
Penduduk Samaria gentar mengenai anak lembu Bet-Awen. Sungguh, rakyatnya akan
berkabung oleh karenanya, dan imam-imamnya akan meratap oleh karenanya, oleh
sebab kemuliaannya telah beralih dari padanya. (KJV)
Istilah imam-imam dalam ayat 5 sebenarnya adalah Khemarim atau Chemarim, bermakna mereka yang berjubah hitam. Istilah ini telah sentiasa difahami bermakna imam-imam Baal, sebab hanya mereka saja yang memakai jubah-jubah hitam.
2 Raja-raja 23:5 5
Ia memberhentikan para imam dewa asing (berhala) yang telah diangkat oleh
raja-raja Yehuda untuk membakar korban di bukit pengorbanan di kota-kota Yehuda
dan di sekitar Yerusalem, juga orang-orang yang membakar korban untuk Baal,
untuk dewa matahari, untuk dewa bulan, untuk rasi-rasi bintang dan untuk
segenap tentara langit. (KJV)
Para imam berhala di sini adalah Khemarim yang sama seperti di tempat lain. Mereka dicatatkan sebagai imam berhala untuk menutup kenyataan sebenarnya. Imam-imam Allah yang Maha Esa tidak pernah memakai jubah hitam. Mereka sentiasa memakai warna putih.
"Golongan berjubah hitam telah berusaha untuk menguasai Yerusalem sejak Daud memasukinya pada tahun 1005 SM dan masih di situ berusaha" (ibid. No. 270). Pakaian-pakaian lainnya juga berasal dari sistem Baal-Istar atau Easter. Mitre (penutup kepala biskop) diambil dari ibadat Atargatis atau Derceto atau Cato kepada siapa ikan adalah benda suci. Simbol ikan ternyata jelas di kalangan orang Filistin dan dikaitkan juga dengan Dagon. Ikan duyung berasal dari sumber ini dan juga merupakan asal-usul Pinata (lihat Pinata (No. 276)). Butir-butirnya juga terkandung dalam karya Daud dan Goliat (No. 126). Simbol ikan dalam Kekristianan berasal dari ibadah Derceto dan tiada kaitannya dengan Kristus. Ia sekadar satu lagi simbol pagan yang telah diserap masuk ke dalam Kekristianan umum. Burung merpati juga suci kepada Atargatis atau Derceto. Hampir semua pakaian kependetaan aliran umum berasal dari atau dikaitkan dengan paganisme dan sistem Baal-Asytoret atau Istar atau Easter.
Pakaian-pakaian kardinal yang berwarna merah berasal dari sistem curia Kuil Vesta di Rom.
Tradisi rahib-rahib perempuan yang membujang dan terikat kepada jemaat berasal dari imam-imam perempuan Vesta namun warna-warninya telah bertukar kepada sistem Baal yang lazim. Jika seorang imam perempuan Vesta didapati hidup bersama dengan seorang lelaki, dia akan dikubur hidup-hidup. Ya, lenan putih telah dipakai oleh keimamatan Bait Suci. Tidak, pakaian-pakaian kependetaan hari ini tiada kaitannya dengan Alllah yang Maha Esa.
Kenapakah kumpulan kardinal berpakaian
merah? Adakah ini alkitabiah?
J: Kardinal dan pakaian mereka berasal dari sistem curia Kuil Vesta Rom, maka itulah ia berwarna merah. Sistem ini sudah mendahului Kekristianan dan telah dibawa masuk ke dalam sistem Kristian di Rom apabila mereka mengambil alih semua bentuk-bentuk kultus-kultus pagan, seperti kultus Attis dan Kuil Vesta di situ serta Dewa triune dan berbagai jenis amalan lain. Sistem triune di Rom diterangkan dalam karya Doktrin Dosa Asal Bahagian 1 Taman Eden (No. 246).
Mengapa ada paderi yang memakai
jubah-jubah hitam yang panjang itu? Adakah adat ini dikaitkan dengan sesuatu
dari Alkitab?
J: Pemakaian jubah panjang hitam ada disebutkan dalam Alkitab tapi malangya golongan Khemarim yang menggunakannya. Khemarim ini, iaitu mereka yang berjubah hitam, adalah imam-imam Baal dan Asytoret atau Easter, dewi Istar. Istilah ini tidak diterjemahkan dalam KJV atau Alkitab-alkitab lain dengan betul, dan kerana sebab-sebab yang bernas, kerana sistem itu sekarang hampir semuanya berjubah hitam, malah orang Yahudi ortodoks sekalipun, dan ia semuanya berdasar pada sistem matahari yang telah dikutuk Tuhan itu. Karya Pesanan-pesanan Wahyu 14 (No. 270) membincangkan sistem ini serta kesudahannya.
Ada yang menggunakan Yesaya 22 khususnya
ayat-ayat 15-25, sebagai bukti bahawa Petrus adalah orang yang diberikan kunci
yang disebutkan dalam Matius 16:18,19. Beberapa hal kunci untuk kamu
bereskan..ayat 15 Sebna; ayat 16 kubur; ayat 20 Elyakim bin Hilkia. Teks ini
adalah untuk mengajar kita bahawa struktur Shebna yang murtad dan jahat itu
akan digantikan oleh sistem dan jemaat Mesianik sejati. Berikan komen anda.
J: Jika mereka mendakwa bahawa batu di sini adalah Petrus sebagai Sebna, mereka dalam bahaya besar kerana ini membuktikan bahawa sistem di bawah Sebna ini, yang difikirkan sebagai batu adalah sebenarnya bukan batu atau paku, tapi satu sistem palsu yang akan dihapuskan oleh Mesias.
Mereka mewakili sistem yang akan kita lihat berada di bawah Sebna, namun ia dikutuk dan digantikan oleh Mesias sebagai Elyakim, bermakna "Dia yang Tuhan dirikan". Kamu akan mengetahui haluan semua ini dari melihat catatan-catatan Bullinger dalam Companion Bible namun dia tidak memahaminya sepenuhnya.
9…Kehidupan Kekal
Kebangkitan
Saya perhatikan dalam satu buku panduan
Katolik, kepercayaan tentang kebangkitan tubuh pada "umur sempurna 33
tahun". Adakah orang Katolik mempercayai kebangkitan dalam daging? Setahu
saya kepercayaannya adalah sama ada memasuki syurga, neraka, atau purgatori?
Dari manakah asalnya umur 33 tahun itu?
J: Pada mulanya Jemaat Katolik tidak percaya dalam syurga dan neraka, apa lagi purgatori. Konsep umur sempurna 33 tahun itu berasal dari fakta bahawa Alkitab mengatakan bahawa Kristus telah mula berumur tiga puluh tahun ketika dia memulakan pelayanannya, atau dalam kata lain dia berada dalam umur tiga puluhan. Pelayanannya adalah kira-kira tiga tahun jika kita mengambil kira masa di mana Yohanes Pembaptis ada bersama.
Dari kesilapan “Little Dennis” dalam menentukan kelahiran Kristus pada tahun 0, lebih empat tahun dari kemangkatan Herod adalah sesuatu yang mustahil, dan menambahkan faktor-faktor masa kita sampai pada 33 TM iaitu satu-satunya tahun yang dianggarkan mereka boleh mempunyai Penyaliban hari Jumaat.
Semua tahun sebelum itu selama beberapa lama tidak memungkinkan Penyaliban hari Jumaat. Maka mereka membuat kesilapan dalam menentukan tahun kelahiran Kristus berdasarkan kemustahilan kematiannya dengan sistem pagan Easter. Masalah pertarikhan ini diperiksa dalam karya-karya: Signifikans Tahun 2000 (No. 286); Penentuan Masa Penyaliban dan Kebangkitan (No. 159); Asal-usul Krismas dan Easter (No. 235).
Kristus telah dibangkitkan dalam tubuh dan oleh itu dasar deklarasi-deklarasi pertama dalam abad kedua adalah berhubung kebangkitan dan perubahan fizikal. Lihat karya Kebangkitan Orang Mati (No. 143); dan Jiwa (No. 92).
Jiwa
Adakah sebarang perbezaan secara
alkitabiah antara jiwa dan roh? Adakah mereka benda-benda yang sama? Ke manakah
setiap satunya pergi selepas kematian? Adakah kedua-duanya pergi ke syurga?
J: Alkitab bercakap tentang Nephesh (Ibrani) dan pneuma (Yunani). Semua binatang mempunyai nephesh. Nephesh manusia dikatakan akan kembali kepada Tuhan yang memberikannya, dan struktur itu menunggu Kebangkitan Orang Mati. Dalam abad-abad awal jika ada sesiapa yang mengaku mereka adalah Kristian dan mengatakan bahawa apabila mereka mati mereka akan pergi ke syurga, kamu tahu mereka bukan Kristian, tetapi penyamar-penyamar Gnostik. Justin Martyr mengatakan begini kepada Maharaja bagi pihak Jemaat di Rom pada tahun 150 TM. Lihat karya-karya Jiwa (No. 92) dan Kebangkitan Orang Mati (No. 143).
Syurga
Benarkah ada syurga? Saya tahu dalam
Alkitab, Syurga digambarkan kepada kita, iaitu tempat tanpa kerisauan dan
kesakitan. Ia hanya penuh dengan kegembiraan. Di sinilah saya ragu-ragu. Jika
Tuhan benar-benar wujud, dia pastinya sangat bijaksana, jauh melebihi kemampuan
bayangan manusia. Jelas bagi semua orang bahawa tanpa kesakitan, maka tiada kegembiraan;
tanpa kerisauan, maka tiada kelegaan. Semua perasaan ini wujud sebagai
pasangan. Kita tidak mungkin hanya mempunyai yang baik tanpa yang “jahat”.
Bagaimanakah mungkinnya wujud tempat indah seperti syurga? Walaupun adanya
tempat ini seperti yang digambarkan dalam Alkitab, bagaimana syurga ini dapat
menjadikan semua orang gembira?
J: Pandangan intuitif kamu adalah betul. Alkitab tidak mengajar tentang Syurga dan Neraka sebagai tempat-tempat kediaman orang mati, selain dari kubur. Alkitab mengajar doktrin Kebangkitan Orang Mati (seperti juga Quran kepada taman-taman firdaus). Kamu memang betul. Pengalaman belajar itu harus membabitkan sedikit kesakitan.
Syurga adalah doktrin Gnostik. Dalam abad pertama dan kedua, jika kamu terserempak dengan orang yang mengatakan bahawa mereka adalah Kristian dan bahawa setelah mereka mati mereka akan pergi ke syurga, kamu tahu bahawa mereka bukanlah orang Kristian. Justin Martyr, seorang guru Jemaat Rom pada pertengahan abad kedua telah menulis tentang perkara ini kepada maharaja pada sekitar 150-155 TM. Teksnya diteliti dalam karya-karya Jiwa (No. 92) dan Kebangkitan Orang Mati (No. 143).
Teks-teks ini akan membantu kamu dalam memahami doktrin-doktrin Kristian yang asal, dan bukannya teori-teori Gnostik bodoh yang dicipta ini telah telah merosakkan teologi Kekristianan sepanjang abad-abad lalu.
Apa yang sebenarnya dikatakan Paulus
dalam 2 Korintus 5:1-10? Teks ini telah digunakan untuk menyokong kepercayaan
pemergian ke syurga selepas mati. Beberapa terjemahan mengatakan ‘tempat
kediaman kekal yang dibuat di syurga’ sementara RSV mengatakan ‘kekal di
syurga-syurga’ (plural). Bolehkah kamu berikan saya rumusan singkat tentang apa
yang dikatakan di sini?
J: Teks dalam Korintus membincangkan fakta bahawa khemah suci itu merupakan bayangan khemah syurgawi. Kita adalah batu-batu hidup yang membentuk Bait Tuhan dan Kota Tuhan datang kepada kita. Lihat karya Kota Tuhan (No. 180). Kita menerima bayaran pengesahan atau bayaran pendahuluan roh agar kita boleh diterima. Sama ada kita hadir atau tidak dalam tubuh itu, kita akan dihakimi oleh Kristus mengikut apa yang telah kita lakukan sama ada baik atau jahat.
Bayaran pendahuluan Roh Kudus ini membolehkan kita menjadi sebahagian dari Bati Tuhan. Alkitab cukup jelas. Tiada seorangpun yang pernah naik ke syurga melainkan dia yang telah turun dari syurga iaitu Anak Manusia (Yohanes 3:13). Jemaat tegas tentang aspek ini lebih dari yang lain. Ia masih sama hari ini.
Jika kamu terserempak dengan mereka yang mengatakan bahawa mereka adalah Kristian dan bahawa sesudah mereka mati mereka akan pergi ke syurga, janganlah kamu percaya bahawa mereka adalah Kristian (rujuk Justin Martyr, First Apology). Tiada seorangpun yang mengatakan bahawa apabila mereka mati mereka akan pergi ke syurga adalah seorang Kristian atau mungkin menjadi seorang Kristian. Mereka ini menyokong doktrin Gnostikisme yang kafir dan menghujat.
Sejarah doktrin ini dibincangkan dalam karya-karya Jiwa (No. 92); Kebangkitan Orang Mati (No. 143); Vegetarianisme dan Alkitab (No. 183) dan Golongan Nikolaus (No. 202).
Neraka
Di manakah Alkitab mengatakan bahawa
saya akan sama ada pergi ke Syurga atau Neraka apabila saya mati?
J: Ia tidak mengatakan begitu, dan kamu tidak akan begitu. Terdapat tiga perkataan yang digunakan untuk Neraka dalam bahasa Yunani iaitu “Hades,” “Gehenna” dan “Tartaros.” “Hades” adalah kubur dan serupa dengan Sheol. “Gehenna” adalah lubang sampah di luar Yerusalem di mana sampah-sarap dibakar. Konteks ini merujuk kepada penghapusan badan-badan mereka yang menghadapi kematian kedua. “Tartaros” adalah lubang yang digunakan untuk mengekang para malaikat sehingga waktu penghakiman.
Pada abad-abad mula-mula jemaat, itu merupakan ujian Kristian sejati. Jika kamu katakan apabila kamu mati kamu akan pergi ke syurga maka kamu bukan seorang Kristian, tetapi adalah seorang Gnostik yang menyamar sebagai seorang Kristian untuk menyusup masuk ke dalam Jemaat. (rujuk Justin Martyr, First Apology dan seperti yang disebutkan dalam karya Jiwa).
Malang sekali, mereka telah berjaya masuk dengan doktrin kafir dan menghujat ini. Ia bergantung pada doktrin jiwa abadi untuk koherens, iaitu satu dusta (lihat karya Jiwa (No. 92)).
Alkitab mengatakan bahawa akan berlaku dua kebangkitan orang mati. Ramai orang bagaimanapun tetap mengacau-bilaukan struktur mudah ini, dan menjadikan Kebangkitan Kedua itu sebagai pembakaran dalam neraka disebabkan kelemahan dan kebencian mereka sendiri, dan dengan itu meletakkan dosa kepada Tuhan.
Ramai orang memperlihatkan siapa sebenarnya diri mereka melalui cara mereka menafsirkan Kitab Suci. Kebanyakan orang sebenarnya mengingini seseorang yang lain untuk terbakar selamanya dalam kesengsaraan, kerana itulah yang akan mereka lakukan jika mereka adalah Tuhan. Untung sekali, mereka bukan dan mereka tiada suara dalam struktur itu. Seluruh ciptaan akan diberikan peluang kedua dan dididik semula.
Purgatori
Benarkah ada purgatori (tempat
penyucian)? Jika ya, adakah ini tempat perginya orang-orang yang tidak cukup
baik untuk pergi ke syurga, namun tidak cukup jahat untuk pergi ke neraka?
J: Doktrin purgatori adalah doktrin pagan, yang menyaksikan kemunculannya dalam era Kristian. Alkitab mengajar tentang kebangkitan orang mati. Konsep-konsep Syurga dan Neraka sebagai tempat-tempat kediaman orang mati adalah doktrin-doktrin Gnostik. Justin Martyr menulis pada abad kedua sekitar tahun 150 mengatakan seperti ini: “Jika kamu terserempak dengan orang-orang yang mengatakan mereka adalah Kristian dan bahawa apabila mereka mati mereka akan pergi ke syurga janganlah percaya pada mereka; mereka bukan Kristian.” Lihat karya-karya Jiwa (No. 92) dan Kebangkitan Orang Mati (No. 143).
Jika purgatori benar-benar wujud, tidak
bolehkah saya hidup dengan penuh dosa, tanpa ciri-ciri kristian, dan kemudian
‘mengerjakannya’ dalam tempat kesengsaraan sementara ini?
J: Kewujudan purgatori dinafikan oleh kebanyakan jemaat-jemaat katolik dan hanya dianggap benar bagi keimanan Roman Katolik. Doktrin ini ditolak oleh Jemaat Ortodoks moden namun pakar-pakar teologi Roman Katolik berpendapat ia tidak konsisten dalam doktrinnya untuknya (Cath. Encyc. “Purgatory” Vol. XII, halaman 576). Doktrin ini juga ditolak oleh jemaat-jemaat Anglican dan Episcopalian, Calvinist dan Lutheran di samping berbagai jemaat Ortodoks. Ahli teologi Roman Katolik iaitu Grattan-Flood berpendapat bahawa Luther bersikap berbelah-bagi pada awal tempoh Reformasi (CE ibid.). Ini mungkin menunjukkan bahawa matlamat sebenar Luther bukannya untuk memulihkan keimanan sebenar tetapi lebih kepada menghentikan kuasa kumpulan Pemelihara Sabat yang sedang bertumbuh. Kumpulan-kumpulan Albigensia, Waldensia dan Hussite menolaknya bulat-bulat.
Maka ia dengan uniknya adalah milik Roman Katolik. Terdapat satu doktrin yang diusulkan oleh beberapa ahli apologist dalam jemaat-jemaat Protestan berkenaan doktrin Keadaan Pertengahan yang ditafsir orang Roman Katolik sebagai sejenis doktrin purgatori dalam bentuk yang lebih lemah namun ini sangat tidak mungkin.
Aerius dalam abad keempat mengajar bahawa doa-doa untuk orang mati adalah tidak berkesan dan Epiphanius mencatatkannya (Her. lxxv, P. G. XLII. col 513). Doktrin purgatori dinyatakan dalam Dekri Kesatuan Sidang Florence (Mansi t, XXXI, col. 1031) dan dalam Sidang Trent (Sesi XXV).
Mosheim mengajar bahawa kekeliruan ini telah memasuki Kekristianan dari golongan Platonist dan nampaknya telah timbul mungkin seawal abad kedua, dengan konsep bahawa jiwa pergi ke syurga (Mosheim’s Eccl. Hist. halaman 67 s 3). Kini kita tahu tanpa ragu-ragu dari Justin Martyr bahawa pengenalan syurga dan neraka itu telah masuk ke dalam Kekristianan dalam abad kedua dari orang Gnostik dan Mosheim telah membuat usaha yang lemah dalam perbezaan ini disebabkan kedudukannya. Bagaimanapun dia jelas menunjukkan bahawa doktrin purgatori muncul sepenuhnya dalam doktrin-doktrin Manes (halaman 109, s 8). Maka demikianlah, ia adalah satu doktrin Dualisme Manichean abad ketiga yang telah memasuki Kekristianan umum dalam abad keempat sebagai api penyucian untuk jiwa apabila dipisahkan dari tubuh dan juga aspek-aspek pembujangan golongan paderi dalam penyembahan patung dan relik “yang dalam proses masa hampir membuang agama sebenar, atau sekurang-kurangnya sangat menutupinya dan mencacatkannya” (halaman 143, s. 1).
Mosheim mengatakan bahawa anggapan-anggapan tidak masuk akal bahawa doa-doa kepada santo-santo yang sudah meninggal telah menjadi kukuh pada abad kelima dan doktrin-doktrin pagan yang menganggap bahawa patung-patung Jupiter dan Mercury (Merkuri) boleh mempunyai roh-roh dewa telah dipindahkan kepada tempat-tempat penguburan serta kematian santo-santo yang telah meninggal itu. “Doktrin penyucian jiwa-jiwa sesudah kematian dengan sejenis api, yang kemudiannya menjadi satu sumber kekayaan besar bagi kepaderian, telah mendapat perkembangan lebih menyeluruh dan signifikans lebih besar dalam zaman ini” (ibid halaman 191, s 2).
Mosheim meletakkan sumber perkembangan kesalahan doktrin ini pada Gregory I pengasas Empayar Rom Suci yang mengembangkan doktrin-doktrin dalam menyembah santo-santo dan relik-relik serta api penyucian jiwa-jiwa selepas kematian dalam tulisan-tulisannya (halaman 230 s 2).
Sokongan bagi purgatori dibuat atas dasar bahawa penebusan diperlukan walaupun setelah penebusan dosa dikaruniakan oleh Tuhan. Pandangan ini menyalahfaham sepenuhnya doktrin Rahmat Tuhan serta doktrin-doktrin berkenaan kebangkitan. Lihat karya Kebangkitan Orang Mati (No. 143). Doktrin ini adalah satu dasar Kekristianan sebenar. Lihat juga karya Jiwa (No. 92).
Maka purgatori boleh dilihat sebagai satu doktrin pagan yang telah memasuki Kekristianan dan yang telah digunakan sebagai alat untuk mendapatkan wang oleh kepaderian awal dan yang berdasar pada pandangan pagan terhadap Jiwa serta doktrin-doktrin Gnostik tentang syurga dan neraka.
Limbo
Selain dari kepercayaan-kepercayaan
tentang syurga, neraka dan purgatori dalam iman Katolik saya juga membesar
sambil belajar tentang satu tempat yang dipanggil ‘limbo’ (tempat kosong). Dari
ingatan semula saya, tempat itu adalah tempat di mana bayi-bayi pergi apabila
mereka mati tanpa dibaptiskan. Dari manakah asalnya benda ini?
J: Limbo adalah doktrin yang mengukuhkan pembaptisan bayi. Ia tidak berasaskan Alkitab dan seperti purgatori, ia telah diperkenalkan untuk mengawal orang awam. Semua doktrin-doktrin ini telah direka sekitar doktrin jiwa abadi Socratik. Semua bayi yang tidak dibaptis yang telah mati akan dibangkitkan dalam kebangkitan kedua bersama-sama dengan semua orang lain yang tidak termasuk dalam Kebangkitan Pertama. Mereka semua akan diajar tentang kebenaran, malah termasuk orang-orang yang mengajar doktrin palsu ini. Perhatikan karya-karya Jiwa (No. 92) dan Kebangkitan Orang Mati (No. 143).
10…Kalendar
Bolehkah kamu jelaskan pertikaian dalam jemaat
awal antara mereka yang mengingini Paskah, dan mereka yang mahu memelihara
Easter?
J: Pada abad kedua sekitar tahun 150, biskop Anicetus telah bertekad untuk memperkenalkan perayaan Easter untuk menggantikan Perayaan Paskah asal yang telah dipelihara oleh seluruh jemaat sejak permulaan dan masih dipelihara oleh jemaat di luar Rom. Polycarp biskop Smirna dan pengikut Yohanes telah bertikai dengan Anicetus dan jemaat telah terbahagi kepada dua kumpulan, satu memelihara Paskah tradisional dan Roti Tidak Beragi dari 14 Nisan hingga 21 Nisan, dan yang satu lagi memelihara perayaan Easter yang baru diperkenalkan itu dari sistem pagan. Ia telah dibawa masuk kerana jemaat Rom cuba menampung pengikut-pengikut dewa Attis yang memelihara Penyaliban hari Jumaat dan Kebangkitan hari Minggu. Sistem ini dipanggil Easter oleh orang Anglo-Saxon dari dewi Easter atau seperti mana dia dikenali di Timur, Istar atau Astarte dan di kalangan kaum Teuton yang lain, Ostar. Orang Celt kadangkala memanggilnya Ostara.
Pada tahun 190-192, pertikaian tercetus semula dengan biskop Victor yang menuntut seluruh jemaat memelihara Easter atau dipencilkan. Kali ini pewaris Polycarp iaitu Polycrates telah mencampuri pertikaian ini tanpa sebarang hasil. Pertikaian-pertikaian ini dipanggil Pertikaian-pertikaian Quartodeciman dan diliputi dalam karya Pertikaian-pertikaian Quartodeciman (No. 277).
Paskah Quartodeciman terus dipelihara dalam berbagai negara dunia ini dan Jemaat Celtic di Britain telah memeliharanya sekurang-kurangnya hingga synod Whitby pada tahun 663 di mana ia perlahan-lahan diperkenalkan kepada Kepulauan British dari tahun 663/664. Jemaat Allah telah memeliharanya selama dua ribu tahun.
Apakah asal-usul pemeliharaan tempoh
advent (kedatangan), kalungan advent, dan kalendar advent?
J: Mengikut penggunaan masakini, Advent adalah tempoh bermula dari hari Minggu yang paling dekat kepada perayaan St Andrew (30 November). Ia meliputi empat hari Minggu. Hari Minggu Pertama mungkin seawal 27 November dan seterusnya Advent mempunyai 28 hari atau selewat 3 Disember lantas memberikan musim itu hanya 21 hari saja (C.E. Advent, vol. I, halaman 165). Tahun keuskupan bermula dengan Advent dalam jemaat-jemaat barat.
Jemaat menggunakan tempoh ini untuk bersedia bagi ulangtahun kedatangan Tuhan (Yesus) ke dunia, dalam kata lain untuk bersedia bagi perayaan-perayaan Krismas. Itu adalah asal sebenar amalan ini.
Tarikh-tarikh dekri dalam Nocturn juga menunjukkan asalnya ini. Sebagai Pelajaran Nocturne Pertama, nabi Yesaya digunakan untuk menunjukkan kecaman tajam terhadap kaum Israel dan perhimpunan bangsa-bangsa lain.
Pelajaran-pelajaran Nocturn Kedua, pelajaran-pelajaran pada tiga hari Minggu adalah diambil dari khutbah kelapan Paus Leo (440-461) mengenai puasa dan pemberian sedekah. Pada Hari Minggu kedua, Pelajarannya diambil dari Komentar Jerome tentang Yesaya xi, 1 yang dalam teksnya dia menafsirkan Perawan Maria sebagai “tunas yang keluar dari tunggul Isai”. Mengikut kebiasaan, teks ini sentiasa bersifat Mesianik dan merujuk kepada Mesias. Ia tidak pernah dipakaikan kepada Mariam selain dari sini. Idea-idea serupa dibayangkan dalam antifon-antifon untuk Magnificat pada tujuh hari terakhir sebelum Vigil (Waktu Berjaga) Kelahiran itu.
Krismas bukanlah satu perayaan jemaat sehingga ia masuk pada tahun 375 di Antiokhia dan kemudiannya didapati di Yerusalem dari tahun 386 dan seterusnya di Rom dan Gaul. Itulah sebabnya kenapa rujukan-rujukannya adalah kepada para penulis jemaat pada hujung abad keempat dan awal abad kelima. Ia dirayakan pada 25 Disember di barat dan pada 6 Januari di timur dan di kawasan-kawasan lain.
Persediaan untuknya mungkin seawal synod Saragossa tahun 380 di mana kanun keempat mewajibkan agar tiada seorangpun yang tidak hadir di jemaat dari 17 Disember hingga waktu kelahiran itu (CE ibid., halaman 166). Ini menunjukkan bahawa pada tahun 381 di Constantinople, kita menyaksikan titik penentu sebenar bagi pemasangan sistem Tuhan Triune dengan semua perayaan pagannya. Perayaan dewi perawan masuk dari Syria pada masa ini. Amalan perarakan anak kecil telah masuk juga dari kultus-kultus matahari pagan di Mesir.
Kalungan-kalungan serta kalendar juga dikaitkan dengan sistem ini. Lihat karya-karya Asal-usul Krismas dan Easter (No. 235) dan Perawan Mariam dan Keluarga Yesus Kristus (No. 232).
Dalam Jemaat Katolik saya percaya bahawa
Easter adalah 40 hari selepas lent. Bolehkah kamu beritahu saya bagaimana
tarikh untuk Lent ditentukan?
J: Gelaran Ash Wednesday adalah caput jejunii. Terdapat perbezaan liturgi antara caput jejunii dan “initium quadragesimae” iaitu gelaran hari Minggu pertama dalam Lent. Pada mulanya apabila sistem Easter diperkenalkan, perayaan dewa yang akan mati itu memulakan puasa 36 hari pada hari Isnin selepas hari Minggu pertama dalam Lent (ERE, artikel Shrove-Tide, Shrove Tuesday, xi, 477). Sesudah zaman Gregory I yang digelar Agung, serta penubuhan Empayar Rom Suci, Ash Wednesday menjadi yang pertama dari empat hari puasa tambahan dengan gelaran “caput jejunii.” Minggu tempoh ini berkait dengan Karnival atau Mardi Gras. Sistem Shrove telah dikaitkan dengan dan masih berkait dengan minggu Karnival dan istilah “Carniprivium” diberikan kepada hari Minggu Quinquagesima. Adat-adat yang diamalkan di Scotland menunjukkan pertalian-pertalian dengan “adat-adat Shrove tide Bacchanalian dengan penyetujuan Saturnalian terhadap Krismas” (ERE halaman 478). Pada asalnya Ash Wednesday adalah hari perkabungan dewa yang akan mati itu serta kematian shrove pada karnival. Frazer mempunyai catatan luas tentang adat dalam Golden Bough (Cabang Emas) pada iv. 2220-221, dan 226 dan seterusnya. Sampai abad ini ia disebarkan ke seluruh Eropah. Ia bukanlah adat Kristian asal dan berasal dari adat-adat pagan yang diambil bersama dengan sistem Easter pada abad kedua dan yang tidak dipadankan sepenuhnya sehinggalah permulaan abad ketujuh dengan Gregory.
Ash Wednesday tiada kaitan dengan sistem Alkitab. Asalnya ia adalah peringatan kematian shrove (setan) Bacchanalian itu.
Sabat atau Hari Minggu
Orang Katolik mengatakan bahawa para
rasul mendapat hak kuasa dari Kristus untuk menjadikan hari pertama minggu, dan
bukannya hari ketujuh, sebagai hari Tuhan. Beberapa buktinya adalah ini: pada
hari Minggu Kristus bangkit dari antara orang mati, Roh Kudus turun pada hari
Minggu dan ‘pada hari pertama minggu’ semua umat percaya telah berkumpul untuk
Eucharist. Dengan memelihara hari pertama dan bukannya hari ketujuh (yang
diperintah) suci, Para Rasul nampaknya cuba menyampaikan bahawa hukum-hukum
untuk orang Kristian adalah berlainan berbanding orang Yahudi. Tahukah kamu di
mana Kristus membenarkan hal ini dalam Alkitab?
J: Tidak ada perintah seperti itu. Kristus telah memelihara hari Sabat dan Hari-hari Raya serta Hari-hari Suci Tuhan. Begitu juga dengan para rasul dan jemaat mula-mula. Lihat karya Kalendar Tuhan (No. 156). Jemaat Kristian adalah hasil sinkretisme yang dipaksa selama berabad-abad lamanya antara sistem-sistem agama pagan dan jemaat yang semakin murtad.
Alkitab cukup jelas bahawa satu-satunya perkara yang ditetapkan pada hari pertama minggu adalah pengumpulan sedekah agar Paulus dapat mengumpulkan pemberian-pemberian sedekah dan membawanya ke Yerusalem untuk membantu jemaat yang memerlukan di situ. Lihat juga Hukum dan Perintah Tuhan Keempat (No. 256).
Hari-hari Suci
Tahukah kamu kenapa Hari Minggu 15 Jun,
1900 disebutkan sebagai Corpus Christi?
J: Pada tahun 1264 Urban IV telah meluaskan perayaan Corpus Christi kepada seluruh jemaat. Perayaan Corpus Christi telah diubahsuai Motu Proprio Pius X diumumkan 2 Julai 1911 dan diubahsuai 24 Julai untuk berbunyi, inter alia, seperti berikut: “…perayaan Corpus Christi dengan oktafnya yang istimewa dipelihara pada mulanya pada hari Khamis selepas hari Minggu Trinitas, namun kesungguhan perayaan ini dipindah kepada hari Minggu berikutnya…” Persoalan-persoalan liturgikal yang timbul dari perubahan-perubahan dekri-dekri itu telah diselesaikan oleh satu dekri Jemaat Suci Rites pada 28 Julai 1911. Mungkin orang-orang ini lebih mendahului Pius X dalam perayaan-perayaan itu atau mungkin tarikh yang disebutkan itu adalah salah.
Mengapakah Hari Tahun Baru dalam
kalendar Gregorian dianggap satu hari suci oleh Jemaat Katolik?
J: Hari pertama bulan Januari dikhususkan kepada dewa Janus iaitu dewa permulaan dan pembukaan. Itu adalah sistem Rom dan mereka berbakti kepada tuhan Triune. Mereka telah memaksanya pada Kekristianan dan membawa masuk kalendar pagan atas dasar-dasar yang sama. Tahun Baru adalah hari Pertama bulan Pertama iaitu Abib. Orang Anglo-Saxon memelihara bulan Mac sebagai Tahun Baru sehingga abad ke 18. Bacalah karya-karya Bulan dan Tahun Baru (No. 213) dan juga Kalendar Tuhan (No. 156).
Beberapa kalendar Katolik menyenaraikan
hari Minggu 18 Jun, 2000 sebagai hari Minggu Trinitas. Apakah asal-usul dan
makna hari ini?
J: John XXII (1316-1334) memerintah agar perayaan ini dijadikan perayaan untuk seluruh jemaat pada hari Minggu pertama selepas Pentakosta. Satu Upacara keagamaan baru telah dibuat oleh anggota Franciscan John Peckham, Canon (Paderi) Lyons, yang kemudiannya menjadi Ketua Biskop Canterbury (meninggal 1292). Perayaan ini berpangkat dua kali ganda kelas kedua namun telah diangkat kepada kategori utama kelas pertama pada 24 Julai 1911 oleh Pius X (Acta Ap. Sedis III, 351). Jemaat Ortodoks tidak mempunyai perayaan seperti itu kerana amalan ini adalah rekaan. Asal-usulnya adalah ini: Tiada doktrin atau upacara dalam Jemaat mula-mula untuk Trinitas kerana ia tidak terbentuk sehinggalah tahun 381 TM. Hari Minggu menjadi mandatori dari Sidang Laodikia (366) yang mengharamkan hari Sabat dan menjadikan hari Minggu sebagai hari ibadat. Tindakan ini ditolak bersama-sama dengan Trinitas oleh Jemaat-jemaat Pemelihara Sabat. Perang-perang Unitarian Trinitarian (lihat karya Peperangan Unitarian/Trinitarian (No. 268) menyaksikan konflik berkubu sementara Jemaat Rom mengukuhkan dirinya dan menjadi asal Empayar Rom Suci di bawah Gregory I pada tahun 590.
Sakramentari Gregory I (P.L. LXXXVIII, 116) mengandungi doa-doa dan Pendahuluan mengenai Trinitas. Biskop Stephen dari Liege (902-920) telah mengarang Upacara Trinitas. Upacara ini kemudiannya telah diucapkan pada hari Minggu Pertama selepas Pentakosta di beberapa tempat menurut karya The Micrologies (P.L. CLI, 1020) yang telah ditulis ketika penjawatan Gregory VII. Bagaimanapun The Micrologies ini merujuk kepada hari Minggu selepas Pentakosta sebagai satu “Dominica vacans” tanpa sebarang upacara istimewa. Ia juga mencatatkan bahawa Upacara Trinitas diucapkan pada hari Minggu sebelum Advent di banyak tempat. Alexander II (1061-1063) telah menolak satu permohonan untuk menjadikan hari ini satu hari raya istimewa. Dia berpendapat bahawa Gloria Patri sudah cukup sebagai penghormatan. Bagaimanapun, dia tidak melarangnya di mana ia sudahpun dipelihara. Dari situ ia dikempenkan sehinggalah John XXII memerintah pemeliharaannya sebagai satu perayaan (lihat atas). Oleh itu, ia tidak wujud sebagai hari raya sehinggalah Milenium ini. Penekanannya tahun ini berpunca dari tindakan-tindakan John Paul II untuk menjadikan tahun ini sebagai tahun Trinitas.
11…Dosa
Adakah tahap-tahap dosa? Saya diajar
bahawa dosa ringan boleh diampuni tetapi dosa berat (dosa yang membawa maut)
memasukkan seseorang itu ke neraka. Alkitab mengatakan bahawa dosa adalah
‘pelanggaran hukum’. Jadi bagaimanakah seorang Kristian membezakan antara
dosa-dosa ringan dan berat?
J: Konsep ini berpunca dari istilah yang digunakan oleh Paulus mengenai hakikat bahawa terdapat dosa-dosa tertentu yang membawa kepada maut. Seorang Kristian berhadapan dengan pergumulan terus-menerus dengan kehidupan sehariannya serta mengatasi apa yang perlu dalam perjalanan ke arah kesempurnaan watak yang benar dan suci. Dosa-dosa jelas seperti dengan penzina dalam Korintus itu mengecualikan orang itu dari Kebangkitan Pertama dan dengan itu orang ini diserahkan kepada musuh itu agar nyawanya boleh diselamatkan pada zaman akhir. Dia telah dikeluarkan dari jemaat agar dia dapat dipimpin kepada pertaubatan dan tidak dihantar terus kepada kebangkitan kedua untuk dilatih semula.
Konsep-konsep syurga dan neraka adalah konsep-konsep pagan. Istilah Sheol adalah kubur di mana orang mati dikuburkan. Hades adalah perkataan Yunani yang digunakan bagi perkataan Ibrani yang bermakna kubur. Perkataan ketiga yang diterjemahkan sebagai Neraka dalam Alkitab adalah Gehenna, iaitu lubang pembuangan sampah di luar Yerusalem di mana mereka membakar anjing-anjing dan sampah-sarap yang lain. Istilah Yunani ketiga atau perkataan keempat Alkitab adalah tartaros atau tartaroo iaitu lubang yang dikhaskan untuk malaikat-malaikat dalam pengurungan mereka. Tiada satupun benda seperti Neraka yang bernyala selama-lamanya dan Jemaat Roman Katolik di bawah John Paul II telah akhirnya bertindak betul dengan mengakui hakikat ini selepas 1700 tahun dongeng dan kesengsaraan.
Dosa-dosa kecil yang menjadi pergumulan kehidupan Kristian dalam mengatasi bukanlah penentu dalam menyingkirkan seseorang itu dari Kebangkitan Pertama. Dosa berat dan terang-terangan yang berterusan mengecualikan individu dari keselamatan dan Kristus tidak boleh disalibkan berulang kali dalam kehidupan seseorang itu. Itulah asal-usul konsep itu namun apa yang telah dilakukan padanya adalah paganisme sebenar-benarnya.
Seperti yang dikatakan Justin: Jika kamu terserempak dengan mereka yang mengatakan bahawa mereka adalah Kristian dan bahawa setelah mereka meninggal mereka akan pergi ke syurga, janganlah percaya bahawa mereka adalah Kristian (atau kata-kata sebegitu). Lihat karya-karya Jiwa (No. 92) dan Kebangkitan Orang Mati (No. 143).
Adakah buah terlarang itu benar-benar
buah epal? Saya tidak melihat ini dalam Alkitab saya, bolehkan kamu beritahu
saya di manakah ia menyatakan bahawa Hawa memakan sebuah epal?
J: Anggapan bahawa Hawa telah memberi Adam buah epal adalah bukan alkitabiah. Ia datang dari mitos-mitos dan misteri-misteri dan dikaitkan dengan buah emas perselisihan. Cerita penuhnya terkandung dalam karya Doktrin Dosa Asal Bahagian I Taman Eden (No. 246).
Adakah berjudi itu dosa, dan jika ya,
bagaimana dengan permainan bingo malam Khamis kami?
J: Keinginan untuk mendapatkan wang melalui kerugian orang lain dan bukannya dari pekerjaan yang ikhlas adalah satu masalah dalam pertumbuhan rohani seseorang individu. Segala bentuk mainan yang melibatkan kerugian pada orang lain bukanlah bentuk-bentuk pendapatan yang ikhlas dan kerana harus dihindari. Bingo malam Khamis nampak seperti tidak berbahaya namun ia berdasar pada prinsip menarik mentaliti wang mudah yang membenarkan pengumpulan kekayaan melalui kerugian atau kelemahan orang lain. Dari segi itu ia patut bertentangan dengan ajaran-ajaran Alkitab. Saya berharap saya tidak merosakkan suasana malam-malam Khamis kamu.
Saya pergi ke gereja setiap hari Minggu
dan benar-benar percaya pada Tuhan dan agama Kristian, namun saya seorang yang
liar dan suka berparti. Saya selalu mendengar bahawa Yesus mengasihi saya. Tapi
adakah dia masih mengasihi saya dan mengampuni saya walaupun saya melakukan
banyak dosa?
J: Pertama sekali, untuk dosa-dosamu diampuni kamu harus bertaubat. Salah satu perkara yang kamu harus bertaubat adalah dari pelanggaran Perintah Keempat dan tidak memelihara hari Sabat. Hari Minggu bukanlah hari Sabat.
Lihatlah karya-karya: Hukum dan Perintah Tuhan Keempat (No. 256); Hukum Tuhan (No. L1); Pertaubatan dan Pembaptisan (No. 52); Hubungan Antara Keselamatan Melalui Rahmat dan Hukum (No. 82); Peranan Hukum Keempat di dalam Jemaat-jemaat Tuhan Pemelihara Sabat dalam Sejarah (No. 170).
Konsep dosa asal membingungkan saya.
Bukankah “dosa asal” itu terutamanya adalah satu metafora untuk aktiviti
seksual yang memperanakkan (menghasilkan anak)?
J: Tidak, ia bukanlah yang itu kerana Adam dan Hawa telah dicipta dengan kemampuan itu namun mereka dibenarkan terus tinggal dalam Taman itu. Saya faham bagaimana kamu sampai ke titik itu dan ia kelihatannya satu kesimpulan bernas. Bagaimanapun, kemampuan untuk Adam tidak mati namun masih mendapat seorang perempuan yang dicipta untuknya untuk memperanakkan keturunannya adalah satu konflik yang perlu diselesaikan. Seharusnya ada benda lain yang terbabit. Saya telah mengkaji konsep-konsepnya dalam karya-karya Doktrin Dosa Asal Bahagian I Taman Eden (No. 246); dan Doktrin Dosa Asal Bahagian 2 Keturunan-keturunan Adam (No. 248).
Adakah semua orang dilahirkan dengan
dosa asal disebabkan Adam dan Hawa? Saya sungguh tidak faham konsep ini.
J: Umat manusia telah menderita kerana dosa mereka dan struktur tersebut selamanya berbeza. Cara bagaimana ia memberi kesan kepada kita telah dijelaskan dalam karya-karya Doktrin Dosa Asal Bahagian I Taman Eden (No. 246); dan Doktrin Dosa Asal Bahagian 2 Keturunan-keturunan Adam (No. 248).
Kalaulah mereka tidak berdosa, kita semua pasti hidup hingga waktu kita diangkat dan sistem itu pastinya berbeza. Bagaimanapun, mereka memang telah berdosa dan Tuhan membuat persediaan untuk hakikat ini, sedia mengetahui bahawa mereka akan berdosa.
12… Ibadah
Misa
Benarkah Kristus telah merayakan satu
Misa? Bukankah itu yang dimaksudkan gelaran itu?
J: Tidak, Kristus bukannya merayakan misa. Dia merayakan Perjamuan Suci (Perjamuan Tuhan). Gelaran Misa tidak memasuki jemaat sehinggalah hujung abad keempat kira-kira tahun 397 dalam penulisan Ambrose. Lihat karya Perjamuan Suci (No. 103) dan juga Paskah (No. 98).
Saya sangat menghargainya jika
diberitahu asal-usul Misa Hari Minggu?
J: Misa Hari Minggu datang bersama-sama dengan pengenalan ibadat hari Minggu dari kultus-kultus misteri namun ia dilaksanakan dengan cara yang begitu menarik sekali. Paulus telah menetapkan satu pengumpulan [persembahan] pada hari pertama minggu. Dia menulis kepada Korintus dan mengatakan: Tentang pengumpulan uang bagi orang-orang kudus, hendaklah kamu berbuat sesuai dengan petunjuk-petunjuk yang kuberikan kepada Jemaat-jemaat di Galatia. Pada hari pertama dari tiap-tiap minggu hendaklah kamu masing-masing--sesuai dengan apa yang kamu peroleh--menyisihkan sesuatu dan menyimpannya di rumah, supaya jangan pengumpulan itu baru diadakan, kalau aku datang. Sesudah aku tiba, aku akan mengutus orang-orang, yang kamu anggap layak, dengan surat ke Yerusalem untuk menyampaikan pemberianmu. Kalau ternyata penting, bahwa aku juga pergi, maka mereka akan pergi bersama-sama dengan aku.
Paulus menulis kepada orang Rom untuk memaklumkan mereka bahawa dia akan pergi ke Yerusalem dengan pemberian bantuan dari Makedonia dan Akhaya yang dipungutnya untuk masyarakat di Yerusalem dan mengatakan dia akan mengunjung Rom dalam perjalanannya ke Sepanyol (Roma 15:22-33). Pengumpulan (Pungutan) umum yang ditetapkan Paulus pada hari pertama minggu untuk membantu Jemaat Yerusalem adalah melebihi peruntukan-peruntukan biasa perundangan persepuluhan Ketiga (lihat karya Pemberian Persepuluhan (No. 161)). Penganiayaan paling mengerikan berlaku di Yerusalem pada jemaat mula-mula oleh majoriti orang Yahudi yang telah menolak Mesias.
Pengumpulan [wang] bantuan itu tidak dapat dibuat pada hari Sabat dan kerana itu Hari pertama minggu telah dikhaskan untuk amalan ini. Pertemuan-pertemuan hari Minggu mula-mula memasuki Rom pada kira-kira 111 TM. Mungkin disebabkan pengumpulan yang ditetapkan oleh Paulus itu, ia digunakan masa itu kerana orang pagan juga memelihara hari ini khususnya di Rom dan untuk hamba abdi orang pagan. Adanya pertemuan-pertemuan hari Minggu ini jelas dilihat dari Justin Martyr dalam karyanya First Apology pada bab 67. Dalam bab 63 Justin mengenalpasti Kristus sebagai Malaikat yang telah memberikan Hukum Taurat itu kepada Musa dan seorang rasul Tuhan. Dia mengatakan:
“Maka Firman Tuhan
adalah anakNya seperti yang telah kita katakan sebelumnya. Dan dia dipanggil
Malaikat dan Rasul kerana dia mengucapkan apa saja yang kita perlu tahu, dan
telah diutus untuk mengisytiharkan apa saja yang dinyatakan; seperti yang
dikatakan tuhan kita sendiri barangsiapa yang mendengarnya mendengar Dia yang
telah mengutusnya.” [Lukas 10:16]
Justin meneruskannya di sini dan mengenalpasti Mesias sebagai Malaikat yang telah memberikan Hukum itu kepada Musa.
“Dari tulisan Musa
ini menjadi jelas; kerana demikian telah ditulis di dalamnya, ‘Dan Malaikat
Tuhan berfirman pada Musa, dalam nyala api yang keluar dari semak duri, dan
mengatakan Aku adalah Aku, Tuhan Abraham Tuhan Ishak dan Tuhan Yakub, Tuhan
kaum bapa…’ Namun banyak yang ditulis demi membuktikan bahawa Yesus Kristus
adalah Anak Tuhan dan RasulNya, yang dulunya adalah Firman, dan muncul dalam
bentuk Nyala Api, dan kadangkala dalam rupa para malaikat; tetapi kini, dengan
kehendak Tuhan telah menjadi manusia untuk umat manusia…”
Oleh itu Jemaat di Rom adalah Unitarian seperti yang kita perhatikan dari tulisan-tulisan awal ini (lihat juga Teologi Awal tentang Ketuhanan (No. 127). Mereka bertemu pada hari Sabat dan juga pada hari Minggu. Pertemuan hari Minggu yang kita saksikan dalam First Apology dari Dialog dengan Trypho, kita tahu mereka juga memelihara hari Sabat. Jemaat tidak melakukan urusan-urusan kewangan dan memungut sedekah pada hari Sabat. Dengan itu pertemuan hari Minggu digunakan untuk pengumpulan sedekah jemaat. Ini adalah asal-usul piring pungutan juga pada hari Minggu. Mari kita perhatikan bab 67:
“Dan pada Hari
yang dipanggil Hari Minggu (te tou 'Hloiu legomene emera), semua yang tinggal
di kota atau di luar kota berkumpul bersama di satu tempat, dan buku
kenang-kenangan para rasul atau tulisan-tulisan para nabi dibacakan, seberapa
lama masa mengizinkan; kemudian sesudah pembaca itu berhenti, presiden mengajar
secara lisan, dan menyeru untuk meneladani benda-benda baik ini. Kemudiannya
kami semua berdiri bersama-sama dan berdoa, dan, seperti yang kami katakan
sebelum ini, sesudah doa kami berakhir, roti dan wain dan air disediakan, dan
presiden seperti biasa akan mengucapkan doa dan kesyukuran mengikut
kebolehannya, dan jemaat menyatakan persetujuan mereka dengan mengatakan Amin;
dan adanya pembahagian kepada setiap orang, dan penyertaan dalam apa yang telah
diberikan doa kesyukuran tadi, dan kepada mereka yang tidak hadir satu bahagian
akan dihantar oleh para diakon. Dan mereka yang mempunyai kelimpahan, dan rela,
memberi apa yang mereka fikirkan sesuai; dan apa yang dikumpulkan itu akan
disimpan oleh presiden, yang membantu golongan yatim dan janda, dan mereka yang
disebabkan penyakit atau sebab-sebab lain, memerlukan bantuan, dan mereka yang
dalam ikatan, serta orang asing yang singgah di antara kami, dan pendek kata
menjaga semua golongan yang memerlukan.”
Jadi di sini kita perhatikan pertemuan pengumpulan yang diasaskan oleh Paulus pada pertengahan abad pertama menjadi, seratus tahun kemudiannya, di bawah Justin pada pertengahan abad kedua, satu pertemuan bukan saja untuk sedekah tetapi juga untuk jamuan awam roti dan wain yang diambil semua. Air dicampurkan dengan wain, mengikut citarasa, oleh orang Yunani dan Rom (lihat juga Wain dalam Alkitab (No. 188). Pengambilan roti dan wain ini secara umum terbit dari perintah untuk melakukannya bagi Perjamuan Suci. (Lihat karya Perjamuan Suci (No. 103) dan karya-karya berkaitan). Oleh itu Hari Raya Paskah jemaat awal nampaknya telah digantikan oleh acara kebaktian mingguan di Rom seawal tahun 150. Pada tahun 152 Anicetus telah berusaha agar jemaat-jemaat luar negeri juga mengikut amalan ini dan menerima masuk Easter, namun ini ditolak mereka. Polycarp, murid Yohanes dan kepala jemaat di Asia Minor di Smirna, telah menolak pembaharuan ini sepenuhnya (lihat karya Pertikaian-pertikaian Quartodeciman (No. 277)). Kita tahu bahawa sistem Easter ada terlibat di sini dari pembenaran berikut yang diberikan oleh Justin. “Namun hari Minggu adalah hari di mana kita semua mengadakan perkumpulan umum kita, kerana ia adalah hari pertama Tuhan, setelah membuat perubahan dalam kegelapan dan bahan, menjadikan dunia; dan Yesus Juruselamat kita pada hari yang sama bangkit dari mati. Kerana dia telah disalibkan pada hari sebelum hari Saturn (Sabtu); dan pada hari selepas hari Saturn, iaitu hari Matahari, sesudah muncul di depan rasul-rasul dan murid-muridnya, dia juga mengajar mereka benda-benda ini yang kami telah kemukakan kepadamu juga untuk pertimbanganmu.” Teks ini adalah bukti positif kemasukan sistem Easter dan penyaliban hari Jumaat serta kebangkitan hari Minggu milik kultus Attis di Rom dan kultus Adonis di timur ke dalam Kekristianan. Kita tahu tanpa ragu-ragu bahawa 14 Abib atau Nisan adalah pada hari Rabu 5 April pada tahun 30 TM. Tiada satupun tahun dalam mana Kristus berkemungkinan disalibkan di mana 14 Abib jatuh pada hari Jumaat dan jemaat menolak sepenuhnya premis ini di luar Rom serta pengaruh kultus-kultus Misteri (lihat juga Asal-usul Krismas dan Easter (No. 235) dan juga karya Penentuan Masa Penyaliban dan Kebangkitan (No. 159)). Kristus telah disalib pada hari Rabu dan bangkit pada petang Sabat pada hujung hari itu. Alkitab cukup jelas bahawa dia telah bangkit lama sebelum fajar. Antara tahun 111 dan titik ini pada tahun 152, pungutan sedekah hari Minggu itu telah menjadi jamuan roti dan wain bersama-sama dengan pengumpulan sedekah itu dan dikaitkan dengan sistem Easter.
13…Simbol-simbol
Ibadah
Saya terkenang semasa saya seorang anak kecil
saya memasuki gereja dan membuat tanda salib, sesudah mencelupkan tangan saya
di dalam Air Suci, kemudian berlutut separa sebelum duduk dalam bangku gereja.
Sepanjang acara kebaktian itu terdapat berbagai acara berdiri, melutut, duduk.
Apakah makna segala aktiviti ini?
J: Membengkok lutut dalam acara kebaktian datang dari sistem Baal-Easter dan sudah lama dalam Israel dan meluas dengan Paulus yang menggunakannya sebagai rujukan dalam Roma 11:3-4 dengan memetik dari 1 Raja-raja 19:10-18. Mereka telah membunuh hamba-hamba Tuhan iaitu para nabi dan Elia berkata kepada Tuhan: ‘orang Israel…meruntuhkan mezbah-mezbah-Mu dan membunuh nabi-nabi-Mu dengan pedang; hanya aku seorang dirilah yang masih hidup, dan mereka ingin mencabut nyawaku.’ Tetapi apakah jawapan Tuhan untuknya? ‘Aku akan meninggalkan tujuh ribu orang di Israel, yakni semua orang yang tidak sujud menyembah Baal,’ Simbol matahari dan dewa yang akan mati adalah gambar berhala Baal-Easter seperti juga Asyera atau Phallus. Simbol ini juga dikaitkan dengan Bulan Sabit Sin dan dewa Triune yang kita tahu dengan pasti. Lihat karya-karya Anak Lembu Emas (No. 222); Asal-usul Krismas dan Easter (No. 235); Doktrin Dosa Asal Bahagian I Taman Eden (No. 246).
Stesen-stesen Salib
Apakah asal-usul Stesen-stesen Salib?
Adakah sokongan alkitabiah untuk konsep ini?
J: Stesen-stesen Salib adalah gambaran-gambaran dalam lukisan atau ukiran adegan-adegan dari aktiviti-aktiviti yang membawa kepada perbicaraan dan penyaliban Kristus pada hari ke 14 Bulan Pertama. Ini biasanya dipanggil sebagai keghairahan Kristus. Adegan-adegan itu disebut sebagai Jalan Salib. Pendirian serta penggunaan stesen-stesen ini tidakpun menjadi umum sehinggalah hujung abad ketujuh belas (C.E. Vol. XV, halaman 569). Maka, stesen-stesen ini sangat lewat dalam sejarah. Pada mulanya, bilangannya berbeza-beza tetapi sekarang empat belas stesen telah ditentukan oleh pihak atasan. Semua ini adalah:
Kristus dihukum mati;
Salib dikenakan padanya;
Kejatuhan pertamanya;
Dia bertemu ibunya;
Simon dari Kirene dipaksa memikul salib itu;
Muka Kristus disapu oleh Veronica;
Kejatuhan keduanya;
Dia bertemu perempuan-perempuan Yerusalem;
Kejatuhan ketiganya;
Pakaian-pakaiannya ditanggalkan;
Penyalibannya;
Kematiannya atas salib;
Tubuhnya diturunkan dari salib itu;
Dia dimasukkan dalam kubur.
Nama Veronica berasal dari perkataan Latin “vera icon” yang bermakna “gambar besar”. Ini dipakaikan kepada yang tertua dari apa yang dikenali sebagai “Mors Pilati” atau gambar-gambar kematian Kristus untuk membezakannya dari yang lain dan dengan itu ia menjadi Veronica di mana nama ini telah dipakaikan kepada salah seorang dari matron atau ibu Yerusalem, yang dikatakan kemudiannya telah membawanya ke Rom. Relik-relik “ibu Kristus” yang lain kononnya juga telah dibawa olehnya. Dia kemudiannya telah menjadi seorang Santo sebagai Veronica. Nama ini rekaan sepenuhnya. Legenda-legenda berbagai negara yang dikaitkan dengan watak yang dibuat-buat ini disebutkan satu persatu dalam Catholic Encyclopaedia (CE, XV, halaman 362-362). Charles Borromeo mengecualikan upacara watak dongeng ini dari Misa Milan di mana ia diperkenalkan.
Gambar-gambar itu diandaikan membantu seseorang untuk membuat dengan cara peniruan tertentu satu lawatan suci ke Via Dolorosa dan menjejaki jalan Kristus sepanjang jalan-jalan ini. Perjalanan ini dan jalan itu adalah pada jalan-jalan yang berada beberapa tahap atas tahap pada zaman Kristus dan ianya memang mustahil bahawa itulah jalan yang telah diikut oleh Kristus dan kejadian dengan Veronica itu adalah dongeng sepenuhnya. Malah, nama-nama itu belumpun wujud sebelum abad keenam belas. Sylvia tidak menyebut apa-apa tentang amalan itu dalam karyanya Peregrinatio ad loca sancta (380) walaupun dia menggambarkan serba sedikit setiap amalan keagamaan lain yang dilihatnya diamalkan di situ. Tunas idea ini mungkin boleh dikatakan datang dari Petronius biskop Bologna yang telah mencipta satu siri gereja kecil berhubungan pada abad kelima yang mewakili tempat-tempat di Yerusalem namun kemungkinannya sangat rendah sekali. Tiada satupun benda yang kita ada yang boleh digambarkan sebagai Jalan Salib sehinggalah abad Kelima belas. Itulah sebabnya kenapa hubungan-hubungan itu berada pada paras lewat dalam strata pembangunan Yerusalem. Jalan-jalan serta paras-paras tidak serupa dengan apa yang ada pada zaman-zaman dahulu. Asal-usul sebenar Stesen-stesen itu berasal dari penganugerahan kebenaran untuk memuaskan hawa nafsu kepada golongan Franciscan pada tahun 1342 yang diberikan hak penjagaan “tempat-tempat suci.” Stesen-stesen yang mempunyai kebenaran pemuasan nafsu terikat padanya adalah stesen 4, 5, 8, dan di mana askar-askar itu membuang undi untuk pakaian Kristus, di mana dia dipakukan kepada salib, Kediaman Pilatus dan Kubur Suci. Semua ini adalah tempat-tempat yang sangat dipertikaikan dan banyak daripadanya tidak mungkin betul. Sistem kebenaran pemuasan nafsu adalah asal-usul sebenarnya. Amalan ini boleh dilihat sebagai menghasilkan urusan jual-beli ini. Catholic Encyclopaedia mengatakan: “Setanding dengan peristiwa ini [pemuasan nafsu dan stesen-stesen Franciscan], pada tahun 1520 Leo X telah menganugerahkan kebenaran pemuasan nafsu selama 100 hari kepada setiap set Stesen-stesen yang diukir, yang mewakili Tujuh Kesedihan Puan Kami, di perkuburan Biara Franciscan di Antwerp, di mana pemujaan yang dikaitkan dengan mereka adalah sangat popular” (CE ibid.).
William Wey, penziarah suci bangsa Inggeris yang telah telah melawat Tanah Suci pada tahun 1458 dan 1462 adalah orang pertama yang menggambarkan cara dengan mana ianya menjadi satu kelaziman “untuk mengikuti jejak langkah Kristus dalam perjalanan yang penuh dukacita itu” (ibid.). Ini tanpa diragui lagi adalah permulaan amalan itu dan pengubahan-pengubahan pada stesen-stesen itu sejak itu (dari awal abad ke 16) menunjukkan asal-usulnya yang sangat lewat yang sejajar dengan kisah ini dan tiada kaitan langsung dengan zaman Kristus. Set stesen asal ini hanya mempunyai lima Stesen dan masih sama dalam empat belas stesen terkini dan yang lainnya berbeza. Antara stesen-stesen lain ini, terdapat tujuh yang tiada kena-mengena dengan konsep-konsep terkini ataupun Alkitab. Mereka adalah: rumah Dives; Gerbang kota yang melaluinya Kristus lalui; kolam probatik; Lengkungan EcceHomo, sekolah (mazhab) perawan-perawan dirahmati, serta Rumah-rumah Herod dan Simon orang Farisi (CE ibid.).
Pada tahun 1515 Romanet Boffin telah diberitahu oleh dua orang rahib di situ bahawa terdapat tiga puluh satu semuanya namun dalam buku-buku panduan yang dikeluarkan kemudiannya bilangan yang diberikan adalah sembilan belas, dua puluh lima dan tiga puluh tujuh. Maka mereka berbeza-beza dan mungkin tempat-tempat palsu yang paling menjimatkan telah dipilih. Salinan atau reproduksi stesen-stesen itu mula didirikan di beberapa tempat di Eropah pada abad-abad kelima belas dan keenam belas menyusuli pembaharuan yang menghasilkan pendapatan ini di Yerusalem di bawah mazhab Franciscan dan mereka adalah: Alvarez (meninggal 1420) dari kumpulan Dominican di Cordova, Poor Clares di Messina, Emmerich di Gorlitz sekitar 1465, Ketzl di Nuremburg 1468. Tiruan-tiruan semua itu telah dibuat di Louvain pada tahun 1505, St Getreu, Bamberg pada tahun 1507, dan di Fribourg dan Rhodes lebih kurang pada masa yang sama.. Mereka bertumbuh pesat dari situ. Pada tahun 1584 dua belas stesen telah diterbitkan dan semuanya berkebetulan dengan dua belas stesen pertama yang disenaraikan di atas. Maka tarikh untuk dua belas stesen pertama dari stesen-stesen terkini dianggap berpunca dari Adichromius dalam karyanya Jerusalem sicut Christi tempore floruit keluaran tahun 1584.
Salib
Baru-baru
ini seorang telah memberitahu saya bahawa salib itu sebenarnya adalah simbol
pagan yang tiada kena-mengena dengan Kekristianan. Betulkah ini? Bukankah Yesus
mati di atas salib itu?
J: Ya, Salib telah lama wujud
sebelum Kekristianan sebagai satu simbol dan telah digunakan oleh kultus-kultus
matahari dan paganisme. Salib dan lalat yang serupa kepada Baal Zeebub dewa
Ekron telah digunakan dalam Mesir purba seawal milenium ketiga SM. (lihat karya
Mencacah (No. 5)). Ia juga menjadi satu asas
kepada Asyera dalam sistem ibu dewi seperti yang boleh dilihat dari berbagai
Asyera di atas Bukit Salib-salib di Siauliai di Lithuania hingga hari ini.
Bahasa Yunani Perjanjian Baru menggunakan perkataan Stauros iaitu sejenis
pancang/tiang dan bentuk-bentuk awal penyaliban adalah dengan menggunakan
pancang namun bahagian salib itu ditambah kemudiannya. Perkataan Latin crux
adalah dasar istilah salib. Bentuk-bentuk salib yang berbagai-bagai serta
asal-usul istilah-istilahnya semuanya dibincangkan dalam karya Salib: Asal-usul dan
Maksudnya (No. 39).
Tasbih
Apakah asal-usul Tasbih?
J: Tasbih doa telah digunakan oleh agama-agama dunia ini untuk membantu dalam proses mengingati turutan-turutan doa dan untuk mengukur berapa kali seseorang itu berdoa. Penganut Buddha menggunakan tasbih dan ini menjadi roda-roda doa. Ideanya adalah bahawa dengan menjadikan sesuatu itu satu kebiasaan dan dengan pengulangan, sejumlah besar permohonan boleh diletakkan di hadapan tuhan/dewa dan dengan itu mendapat merit yang lebih serta kemungkinan yang lebih besar untuk mendapat jawapan. Pengulangan ini sebenarnya telah dilarang kepada orang Kristian oleh Kristus. Dia berkata: Tetapi jika engkau berdoa, masuklah ke dalam kamarmu, tutuplah pintu dan berdoalah kepada Bapamu yang ada di tempat tersembunyi. Maka Bapamu yang melihat yang tersembunyi akan membalasnya kepadamu. Lagipula dalam doamu itu janganlah kamu bertele-tele seperti kebiasaan orang yang tidak mengenal Allah. Mereka menyangka bahwa karena banyaknya kata-kata doanya akan dikabulkan. Kristus seterusnya memberi kita formula atau senarai semakan untuk doa kepada Bapa. Semua doa ditujukan kepada Bapa. Konsep tasbih adalah doa kepada berbagai entiti. Dalam kes ini ia melibatkan ibu dewi dan bapa dalam turutan-turutan yang merupakan idea pagan.
Lilin
Apakah asal-usul lilin? Mengapa ada
lilin-lilin khas di atas mezbah? Apakah konsep lilin nazar?
J: Istilah “Kaki-kaki dian/lilin” menandakan roh-roh sama ada roh Tuhan dalam Bait atau lebih umum lagi Bani Syurgawi Derhaka. Mereka hanya digunakan dalam bait dalam Menorah iaitu sebuah kaki dian bercabang tujuh yang mewakili tujuh roh Tuhan. Bait menggunakan lampu-lampu minyak dan ini dikemaskan mengikut hukum pada waktu pagi dan waktu petang iaitu ritual awal dan akhir bait. Dalam Bait Salomo, kaki-kaki dian itu bersistem ganda sepuluh. Ini nampaknya mewakili sidang Tujuh puluh yang dibayangkan dalam struktur Sanhedrin. Fungsi ini berpindah ke jemaat dalam perlantikan kumpulan tujuh puluh [dua] itu (Lukas 10:1, 17). Ianya tidak sama dalam Bait Herod dan kaki dian di situ telah dibawa pergi oleh Titus dan gambarnya diukir pada Lengkungannya di Rom. Umat Kristian tidak pernah menggunakan dian atau lilin pada mezbah-mezbah dalam mana-mana jemaat. Dalam sistem katolik tiada apapun benda yang diletakkan di atas mezbah selain kain dan perkakas-perkakas suci bagi Eucharist, setelah acara ini dibawa masuk ke dalam jemaat dari Rom pada abad kedua melalui acara kebaktian pengumpulan sedekah pada Hari Pertama Minggu dan Justin Martyr (Ap. 1, 67) telah mencatatkan bahawa mereka mengambil roti dan wain yang telah diberkati oleh presiden acara-acara kebaktian di Rom yang berdoa untuknya mengikut kemampuannya. Istilah ini juga menunjukkan tiadanya aturan tertentu untuk acara kebaktian. Ini adalah kebiasaannya sehinggalah abad kesembilan apabila satu perintah atau khutbah kependetaan yang dikatakan diberikan oleh Leo IV (sekitar 855), namun mungkin mempunyai asal-usul Gallic, membenarkan satu makam yang mengandungi relik-relik, buku injil-injil, dan pix atau khemah yang mengandungi “Tubuh Tuhan”, untuk tujuan-tujuan viaticum (lihar ERE, Altar (Christian), vol. 1:340-341). Sejak itu, perhiasan-perhiasan yang terkandung dalam ciborium mula dipindahkan ke mezbah. Dengan itu, selama hampir seribu tahun tidak terdapat apa-apa di atas mezbah-mezbah seperti benda-benda ini.
Pada mulanya benda-benda ini diletakkan di situ hanya untuk liturgi, tapi lama-kelamaan mereka terus diletakkan di situ. Maka salib, yang sebelumnya telah menyusup masuk ke dalam jemaat dan hanya sampai pada kubah ciborium dan bergantung daripadanya, kini diletakkan atas mezbah itu sendiri.
Ini serupa juga dengan lampu-lampu. “Mula-mula satu kaki dian tunggal diletakkan pada satu tepi mezbah itu bertentangan dengan salib, kemudian dua kaki dian ditemui di kedua-dua sampingnya” (ERE, ibid. halaman 341). Semua ini dilakukan antara hujung abad kesembilan dan ketiga belas. Ciborium telah lenyap di Barat dan mezbah pula dipenuhi dengan bekas-bekas jasad khemah, salib, lilin dan benda-benda lain yang pastinya akan dan memang telah ditolak sepenuhnya dalam Kekristianan awal. Gambaran terawal yang kita ada tentang isi dalaman sebuah gereja boleh ditemui dalam Didascalia apostolorum yang dimuatkan dalam Apostolic Constitutions Bk. Ii, c57.
Lilin telah memasuki Jemaat Kristian dari perayaan-perayaan pagan purba. Perayaan Candlemas dikaitkan secara langsung kepada perayaan-perayaan pagan ini. Ia terbit dari Berkat Api Baru dalam kedua-dua upacara Evesham dan Mozarabic. Pembawaan lilin dikaitkan dengan “Lumen ad revelationem gentium.” Idea penyucian dikekalkan keduanya dalam nama perayaan itu tetapi dalam “oratio ad pacem” dalam upacara Mozarabic perayaan itu. Upacara-upacara Mozarabic memerlukan api tersebut dinyalakan dari batu api yang baru, iaitu satu pertalian kembali kepada nyala-nyala api pagan orang Celt.
Tahun Celtic pagan bermula pada 1 November, yang kemudiannya ditahbiskan oleh jemaat kepada hari Semua Santo (All Saints Day). 1 Mei memulakan musim panas dan api-api Beltane 1 Mei boleh disamakan denga Api-api Samhain 1 Nov. 1 Ogos adalah hari raya besar dewa Matahari, iaitu Pesta Lughnasadh atau Hari Lammas, yang kemudiannya diambil-alih oleh jemaat dan dijadikan hari St Peter (Santo Petrus). 1 Februari adalah yang keempat mempunyai Api-api besar paganisme Celtic milik kumpulan Druid. Hari Lilin ini diterbitkan dari nyalaan Celtic Keempat ini yang masih lagi ditujukan khas kepada dewi St Bridget atau St Bride (rujuk ERE, Candlemas vol. 3, halaman 192 dan seterusnya).
Amalan katil gandum dan jerami yang dikaitkan dengan kedua-dua Bride dan Bridget atau Brigit serta lilin-lilin yang dinyalakan di samping mereka boleh dijejaki asalnya dari perayaan-perayaan purba untuk tumbuh-tumbuhan dan dewa yang akan mati itu serta dewa-dewa gandum. Lilin-lilin itu diletakkan bersama salib-salib di atas mezbah kerana perayaan dewi Easter telah menembusi Kekristianan dengan begitu dalam sekali hinggakan mereka semua adalah perwakilan-perwakilan serupa untuk benda yang sama. Itulah sebabnya kenapa ilmu sihir serta ritual-ritual Syaitan menggunakan struktur yang sama kerana mereka juga terikat dengan Hari-hari korban Manusia iaitu hari-hari yang sama ini. Lilin-lilin mewakili roh-roh dewa-dewi dan bertindak sebagai mantera kepada mereka sama ada digunakan pada ritual sewaktu acara kebaktian ataupun dalam rumah.
Hubungan-hubungan dengan upacara-upacara Penyucian di Rom pada bulan Februari juga boleh ditunjukkan. Berkat Api dan Lilin seperti mana ia digelar dalam upacara Evesham menunjukkan apa yang berlaku dalam perayaan itu. Adat ini telah masuk apabila Krismas diperkenalkan dalam jemaat. Ia tidak dikenali di Yerusalem pada tahun 385 dan Chrysostom pada tahun 386 merujuk kepadanya sebagai telah diperkenalkan di Antiokhia pada tahun 375. Perayaan ini adalah satu perayaan Jemaat Latin dan tempoh penyucian empat puluh hari itu membawa kepada Penyampaian pada 2 Februari.
Ia mungkin telah diperkenalkan kepada Constantinople (sekitar 542) untuk wilayah-wilayah Danube (di situ sekitar tahun 500) kerana Justinian berasal dari Dardania antara Servia Lama dan Makedonia dan telah ada di Gaul sekitar tahun 650 dan Rom (sekitar 650) (ERE ibid.). Ia telah menguasai di Rom dari perayaan Lupercalia (ibid.). Kita dapat perhatikan rujukan-rujukan dan upacara-upacara kemudiannya berkembang pada abad ke 8. Perkumpulan awal pagi ini mencatatkan bagaimana Paus bertemu dengan wakil-wakil wilayah kediakonan serta kariah-kariah semuanya dengan lilin-lilin yang dinyalakan di gereja St Adriano dalam Forum di mana di situlah pertemuan pleb pada tempat Comitium itulah, dalam Curia, di mana pada tahun-tahun sebelumnya tributa Comitia telah berkumpul (ibid., halaman 190-191).
Lilin-lilin tidak digunakan selama seribu tahun pertama pada mezbah Kekristianan kerana ianya difahami berunsur pagan dari segi asal-usul dan simbolismenya. Lihat karya Asal-usul Krismas dan Easter (No. 235) untuk perincian perayaan-perayaan itu serta adat-adatnya dan asal-usul mereka.
Terdapat satu rujukan sangat penting dari Justin Martyr dalam First Apology bab 24 di mana dia khususnya mengecam penggunaan Lilin-lilin dan lemak dalam ibadah pagan dan menyatakan bahawa orang Kristian tidak menggunakan amalan pagan ini. Dia berkata: “Dan inilah satu-satunya tuduhan yang kamu bawakan terhadap kami, bahawa kami tidak menyanjung tuhan-tuhan yang sama seperti kamu, juga tidak membuat persembahan minuman kepada orang mati serta rasa lemak, dan mahkota untuk patung-patung mereka, dan korban-korban.”
Maka kita perhatikan penghormatan untuk orang mati dalam dalam lilin-lilin lemak dalam amalan-amalan pagan purba. Mahkota sebagai kalung untuk patung-patung mereka mungkin juga adalah asal-usul perarakan patung-patung yang menyerupai Kristus. Seperti yang kita dapat dan akan lihat, ini adalah jemaat berbeza dari Jemaat Katolik yang kemudian.
Loceng
Kenapakah loceng digunakan dalam
gereja-gereja? Khususnya saya ingin tahu tentang loceng angelus. Saya rasa ia
bertujuan untuk memanggil orang percaya untuk berdoa pada waktu-waktu tertentu
tetapi apakah asal-usulnya? Apakah tujuan loceng-loceng itu?
J: Loceng-loceng bermula sebagai peralatan untuk membuat bunyi untuk menakutkan roh-roh jahat dan itulah sebabnya kenapa mereka digantung pada buaian bayi dan leher lembu dan berbagai tempat lain. Kegunaan mereka sebagai satu azimat juga ditemui dalam alat bergemerencing (kertak-kertuk) yang sangat popular dalam shamanisme.
Di kalangan orang Celt, loceng awal buatan tangan telah dikaitkan dengan santo-santo penaung dan makam-makam dibina untuk melindungi mereka. Tiada siapapun tahu sejauh mana ianya satu relik kepercayaan tahyul purba. Bagaimanapun ideanya menurut Wheeler adalah untuk menyuruh berdiam apabila mereka bercakap dan dengan itu adalah sama seperti cabang zaman-zaman sebelumnya. Orang Irish mempunyai loceng-loceng untuk tujuan menghalau roh-roh seawal zaman tembaga. Mereka juga menggunakan gong-gong untuk tujuan ini.
Cabang muzikal atau creabh ciuil telah dianggap oleh O’Curry sebagai satu cabang dengan satu kelompok loceng dan digoncang untuk kesenyapan. Legenda ini juga telah diluaskan kepada dahan epal-epal emas (logam) yang mengeluarkan muzik yang menenangkan orang sakit. Orang China dan orang timur juga mempunyai bentuk-bentuk loceng, gong, bunyi-bunyian loceng dan gong seperti ini.
Penggunaan pertama loceng dalam acara ibadah berasal dari China pada tahun 677 SM dan memasuki agama Buddha dan dari situ ke barat. Jadi loceng bukanlah unik dalam Kekristianan dan tidakpun umum dalam Kekristianan. Loceng tidak digunakan dalam Kekristianan untuk tiga abad pertama. Menurut Wheeler (ERE, 6, halaman 314) ini disebabkan oleh penganiayaan dan rekabentuk Rom namun walaupun di mana tiada penganiayaan ia tidak digunakan dan oleh itu hujah ini bersifat apologetik dan andaian. Pengenalan loceng-loceng besar kepada Kekristianan dicirikan kepada Paulinus ketua biskop Nola sekitar tahun 400 TM. Bagaimanapun dia tidak membuat sebarang rujukan kepada alat-alat seperti itu dalam suratnya yang memberikan satu gambaran penuh gerejanya dan dengan itu sangat disangsikan (rujuk ERE ibid.). Dari gambaran Jerome kita mendapat idea dari penggunaannya dalam perkataan tuba bahawa bunyi-bunyian kecil loceng mungkin telah digunakan dengan trompet dalam muzik ketika itu.
Gregory dari Tours (573) menulis tentang loceng sebagai signa. Sakramentari Gregorian dan Rheims memberikan bukti munasabah bahawa menjelang tahun 590 loceng telahpun digunakan. Ini tidak pasti namun ahli-ahli pengkaji loceng memberikan bukti yang agak kukuh bahawa menjelang masa itu loceng-loceng telahpun digunakan (ERE, 6, 314). “Clocca” telah digunakan untuk memanggil ke acara-acara kebaktian di Britain dan menjelang tahun 740 Egbert iaitu Ketua Biskop York sudah menggunakan loceng-loceng untuk membunyikan jam-jam kebaktian.
Gema loceng pertama berlaku di biara Royland pada tahun 960 dan golongan pendeta jemaat di England diminta membunyikan loceng setiap hari sebelum acara-acara kebaktian. Pengenalan adat pagan datang dari atau sebaliknya dilihat dalam permaidani Bayeux di mana pada gambaran acara pengebumian Edward the Confessor dua budak lelaki kelihatan masing-masingnya membunyikan sepasang loceng tangan. Adat pagan itu kemudiannya diubah untuk memanggil orang ramai untuk berdoa bagi “jiwa-jiwa” roh-roh yang pergi, dan ini nyata berunsur pagan dan idea Gnostik, dan itulah sebabnya kenapa amalan ini mengambil masa yang lama untuk memasuki Kekristianan. Amalan membunyikan loceng-loceng di acara-acara pengebumian dan sewaktu jenazah itu berlalu untuk menghalau roh-roh jahat telah menjadi begitu lazim sekali sehingga ia perlu dikawal oleh para biskop. Abad ke 7 menyaksikan satu hukum pada kanun 67 tentang loceng sambil lalu itu, yang dibunyikan apabila seseorang hampir meninggal dan seorang pendeta tidak patut cuai dalam melaksanakan tugasnya. Panggilan ini untuk pendeta mungkin mempunyai hubungan pagan namun menjelang abad kesepuluh dan sehingga abad ke 14, loceng-loceng digunakan untuk menghalau roh-roh jahat. Loceng Lych masih dibunyikan di Oxford sebelum jenazah sesiapa pegawai universiti dibawa ke penguburan. Loceng sambil lalu itu kemudiannya bergabung dengan loceng jiwa yang dibunyikan sesudah kematian seorang individu dan cara pembunyiannya menyatakan sesuatu tentang umur dan jantina orang itu. Ketika zaman pertengahan, loceng-loceng dianggap bertujuan untuk menghalau roh-roh jahat dan bersifat mencegah. Sebarang idea bahawa loceng-loceng ini digunakan untuk memanggil orang awam bersembahyang telah hilang kalaupun ia benar-benar wujud. Di kalangan orang pagan loceng adalah untuk menakutkan iblis maut dan ini telah menjadi fungsi utamanya dalam Kekristianan sehinggalah zaman masakini. Di kalangan penganut Buddha ia adalah untuk menarik perhatian tuhan itu. Pembukaan Tibet memberi kita lebih banyak pengertian tentang penggunaannya di situ.
Loceng-loceng telah digunakan di kalangan kaum Indian Amerika kebanyakannya di selatan Rio Grande dan dewa maut orang Maya juga mempunyai loceng-loceng pada pergelangan kakinya dsb. Ini adalah idea yang sama seperti kultus-kultus matahari yang lain serta sistem-sistem yang sedang memasuki Kekristianan. Loceng-loceng dianggap sebagai kafir dan orang-orang dibaptis untuk menjadikan mereka Kristian. Charlemagne telah membantah “Baptisan” ini namun upacara ini kekal dalam kebanyakan kepausan sehinggalah Reformasi dan masih kekal di benua dalam sistem Roman Katolik (ERE, ibid. halaman 315). Ucapan tiga kali hail Mary atau Ave dipercayai telah memulakan loceng Angelus pada waktu petang (sesudah Complin) dan ini dianggap berbeza dari loceng perintah berkurung (penanda waktu malam) pada waktu malam walaupun ia biasanya dibunyikan dari loceng yang sama. Loceng berkurung ini biasanya lebih lewat. Loceng Angelus di benua bertindak sebagai sempadan antara hari dan mengakhiri beberapa upacara pagan yang dikaitkan dengan Krismas dan Easter dan sistem-sistem serupa (lihat juga Asal-usul Krismas dan Easter (No. 235)).
Pembunyian tiga bunyi loceng yang bercela loceng
Angelus dalam Katedral (Gereja Besar) dari segi kesannya bertindak sebagai
pengenalan kepada pembunyian waktu berkurung serta permulaan-permulaan Matins
yang menyusulinya. Maka ia secara berkesannya dikaitkan dengan penghujung hari
dan masa berkurung. Biskop-biskop Reformasi seperti Hooper telah cuba
melenyapkan Loceng Berkurung ini sebagai amalan-amalan berkaitan dan tahyul
nyata sekali kerana hubungannya dengan kultus Pemujaan Maria. Pada tahun 1538,
pendeta St Peters telah dihadapkan kepada Juri Agung Protestan di Canterbury
kerana amalan tahyul membunyikan loceng Ave selepas Evensong (rujuk Cath.
Encycl. Angelus Vol. 1, halaman 488)
Anak-anak Tangga Mezbah
Apakah signifikans anak-anak tangga yang
menuju ke mezbah dalam kebanyakan gereja (besar)?
J: Dalam
Kekristianan awal, mezbah-mezbah tidak dibina dengan tangga. Yang ada dalam
kubur bawah tanah telah dibina pada kaki lima. Dalam gereja-gereja ia dibina
atas kubur-kubur mereka yang mati syahid. Ini mungkin dari satu rujukan kepada
teks dalam Wahyu berkenaan Meterai Kelima, lantas menjadikannya nubuatan yang
menggenapi sendiri berhubung jemaat. Pada abad keempat mezbah disokong oleh
satu tangga di atas lantai tempat suci. Bilangan anak tangganya sekarang, atas sebab-sebab
simbolik, selalunya angka ganjil dan sama ada tiga atau lima atau tujuh anak
tangga termasuk platform atau predella yang melalui sekeliling mezbah itu pada
tiga sisi. Tangga-tangga itu mungkin diperbuat dari kayu, batu atau bata namun
Charles (Instructions on Ecclesiastical buildings XI, seksyen 2) menggambarkan terdapatnya dua
atau empat anak tangga bawahan yang diperbuat dari batu atau bata sementara
predella atas mana orang berdiri diperbuat dari kayu. Anak-anak tangga ini
sepatutnya kira-kira satu kaki lebarnya. Predella seharusnya memanjang
sepanjang bahagian depan mezbah dan selebar tiga kaki enam inci dan
sisi-sisinya satu kaki. Tinggi setiap tangga sepatutnya adalah enam inci.
Mezbah-mezbah sampingan mesti mempunyai sekurang-kurangnya satu tangga (lihat
Catholic Encyc., artikel Altar (Altar steps). Istilah-istilah Ibrani dan Arab
untuk mezbah iaitu mizbeah dan madhbah adalah terbitan dari istilah Asyur zibu
dan dari perkataan Arab dhabaha yang bermakna mengorbankan. Maka ia jelas
dikaitkan dengan pengorbanan mangsa atau darahnya. Orang Celt di bawah pimpinan
kumpulan Druid menyebarkan darah tawanan-tawanan pada mereka dan ini adalah
satu kebiasaan di Gaul. Namun Julius Caesar dan juga Strabo senyap tentang
subjek ini, dan ini adalah signifikan. Orang Teuton tidak mempunyai benda-benda
ini dan menggunakan belukar-belukar untuk ibadah dan dengan itu konsep-konsep
itu datang kepada kita dari orang Latin dan pengaruh mereka. Etimologi
Indo-Jerman bagi bahasa mezbah adalah berbagai. Istilah Latin adalah dari
altare yang bermakna tinggi. Ini dipinjam dalam bahasa Jerman Tinggi Lama,
Prussia Lama dan Church Slav. dan Lithuania. Bagaimanapun ERE Vol. 1, halaman
333 menganggap ianya berkaitan dengan adoleo yang bermakna membakar dan berapi
dan oleh itu juga dikaitkan dengan konsep-konsep yang sama. Istilah-istilah
Yunani untuk mezbah adalah bomos, thumele dan thusiasterion. Yang pertama
dikaitkan dengan Doric Bama dan Attic Bema atau tangga (rujuk Odysss., vii,
100). Ini telah masuk ke dalam Indo-Aryan dalam bahasa Indonesia sebagai
“bangku” untuk penghakiman. Perkataan Anglo-Saxon “wihbed” atau “meja berhala”
dikaitkan dengan konsep ini (ERE ibid. halaman 334).
Maka
kita boleh simpulkan bahawa mezbah di kalangan orang Semite adalah tempat di
mana mangsa dikorbankan dan dalam Indo-Jerman tempat di mana ia dibakar.
Tangga-tangga itu jelas dikaitkan dengan sistem korban Yunani dari segi ini.
Istilah Ibrani Massebah bermakna tiang batu tegak dan dikaitkan dengan
perkataan Arab nasaba dan dengan itu bererti mendirikan patung berhala yang
telah diurapi dengan darah. Asalnya, ini adalah batu atau pohon suci pada mana
mangsa itu digantung. Ini adalah konsep yang dikaitkan dengan kultus-kultus
Easter di mana dewa-dewa Attis dan Adonis dsb telah digantung. Maka ia adalah
pohon tidak bahagia dalam mitos-mitos Yunani. Justeru itu, meletakkan pohon
atau salib itu pada anak-anak tangga atau bema yang sendirinya adalah mezbah,
merupakan sistem Easter Adonis di kalangan orang Yunani atau Attis di kalangan
orang Rom, kemasukan kepada Kekristianan pada abad keempat yang berkebetulan
dengan sidang-sidang waktu itu serta penetapan sistem Easter sebagai agama dan
perayaan-perayaan Kekristianan yang disahkan.
Oleh
sebab itu kita boleh kaitkan mezbah serta struktur terangkat korban Attis yang
berada pada pohon pain dan pain adalah suci kepada dia. Maka relik-relik salib
sentiasa diperbuat dari pain. Sekali lagi bilangan-bilangan dikaitkan dengan
sistem purba itu; tiga sebagai sistem dewa Triune, lima bagi fasa seterusnya
dan dibayangi juga dalam struktur orang Celt yang dikaitkan dengan salib, dan
dalam beberapa ziggurat. Tujuh adalah tingkat-tingkat kenaikan kepada dewa-dewi
yang ditemui dalam shamanisme animistik dan di kalangan Judaisme kabalistik
sebagai dewan-dewan Hekalot dalam Mistikisme Merkabah. Tujuh paras atau tingkat
ini ada dalam ziggurat Babilon, di mana tingkat tertinggi dikhususkan kepada
Dewa Bulan yang dipanggil sin dalam sistem Anak Lembu Emas dan di kalangan
orang Ibrani (Lihat juga Anak Lembu
Emas (No. 222)).
Skapular-skapular
berwarna coklat
Saya
ingin tahu lebih banyak tentang skapular-skapular coklat yang dipakai oleh umat
Katolik. Setahu saya, dengan memakai skapular seseorang itu mendapat kebenaran
untuk memuaskan keinginan dan/atau diselamatkan dari ‘api kekal’ jika dia mati
ketika memakai benda ini. Pada hemat saya, medal boleh dipakai sebagai ganti
dan seseorang masih menerima faedah-faedah yang sama? Dari manakah asalnya
amalan ini?
J: Jemaat Roman Katolik mengaku
terdapat dua jenis skapular, satu besar dan satu kecil, dan juga sejak
peraturan Jabatan Suci 16 Disember 1910 (Acta Apost. Sedis, III, 22 sq.) telah
mengakui medal-medal logam skapular dan membenarkan pemakaian benda-benda ini
(lihat sebagai contohnya Cath. Encyc. Scapular, XIII, halaman 510). Mungkin ini
kenampakannya sangat lewat sekali dan dengan sebab yang baik. Sebabnya mengapa
mereka lewat dipersetujui adalah kerana mereka dikutuk awal-awal lagi dan atas
sebab yang baik. Skapula tergolong dalam kelas azimat-azimat Perlindungan dan
tergolong di bawah Amuletum, yang mempunyai makna yang sama dengan
Phylacterium. Istilah ini diambil dari amolimentum. Orang Yunani tidak
putus-putus bercakap tentang jenis-jenis ini di bawah nama-nama berlainan
seperti alezeterios, alezikakos, alezibelemnos, alezipharmakos (ERE, 3, halaman
416). Azimat-azimat ini menghindari mata kejahatan serta kerasukan setan,
demam, berbagai jenis penyakit, luka, mati tiba-tiba, api, kemarau, serangan
perompak, dan segala kejahatan lain yang mengancam umat manusia (ibid.). Nama
khas yang diberikan kepada benda-benda ini adalah “amulet” (azimat) atau dari
perkataan Arab talesma, satu “talisman” (azimat/tangkal). Medalion atau piagam
datang dari Timur. Di Rom, tiub atau bulla timah telah digantikan oleh peti
atau loket. Di bawah pengaruh Kristian, azimat-azimat ini mengambil bentuk
salib namun medalion-medalion tersebut terus wujud. Salib-salib itu juga
mengandungi relik-relik dan ramai orang yang berkepercayaan tahyul khususnya di
kalangan mazhab-mazhab monastik (biara) membawa relik-relik di dalam
salib-salib itu.
Orang-orang
dahulukala mempunyai sistem perlindungan mendalam yang menggunakan ilmu sihir
dan memperuntukkan satu azimat khas kepada setiap anggota dan setiap penyakit.
Seorang anak sebaik saja lahir dikelilingi dengan loceng dan ikatan sihir dalam
buaiannya. Gemerincing dan loceng kecil yang diberikan kepada kanak-kanak
berasal dari amalan ini. Golongan Kristian yang berkepercayaan tahyul berusaha
menjadikan benda-benda ini sama taraf dengan Tephilin dari Perjanjian Lama dan
yang dijadikan azimat-azimat oleh Judaisme dan orang Yahudi disebabkan gambaran
salah perintah-perintah dalam Ulangan 6:8; 11:18 (ERE ibid.). Pada mulanya
pembuatan azimat-azimat ini telah dikutuk (contohnya Epiphanius Haer, 15 [PG
xli, 245]) dan synod-synod (muktamar) gereja telah menetapkan hukuman-hukuman
gereja terhadap pembuatan “Phylactery” ini oleh kependetaan (ERE ibid.). Jadi
asalnya benda-benda ini dikutuk sebagai bidaah tahyul oleh synod-synod gereja.
Di Timur satu perubahan pendapat bermula pada abad ke 6 dan penolakan
salib-salib ini dengan ikon dan relik telah dianggap sebagai pengapkiran
terhadap ikonoklasme dan mula diterima dalam gereja bermula dengan Patriak
Nicephorus. Dia jelas menyebut benda-benda ini sebagai phylacteries dan mengatakan mereka adalah
untuk “perlindungan dan jaminan kehidupan, untuk kesihatan jiwa dan tubuh,
untuk penyembuhan ketika sakit, dan untuk menghindari serangan-serangan oleh
roh-roh jahat.” Maharaja dan pegawai-pegawai atasan yang lain juga memakai
“phylacteria” ini dan benda-benda ini dihantar sebagai tanda janji laluan
selamat. Constantine Capronymous (maharaja ikonoklastik) mengecam benda-benda
ini (ERE halaman 416-417 serta nota samping 2). Ini nampaknya berkebetulan
dengan kebangkitan Pemujaan Maria atau penyembahan ibu dewi di kalangan orang
Kristian. Perkembangannya di barat mengikut laluan serupa. Perjalanan masa
menyaksikan perbezaan-perbezaan dibuat di antara azimat-azimat kafir yang tegas
dilarang dan azimat-azimat Kristian yang dibuat dan dipakai oleh golongan
pendeta.
Gregory
telah menghantar satu siri salib dan azimat kepada Theodelind yang semuanya
mempunyai ciri azimat. Mereka telah disimpan di Monza. Gregory dari Tours
pernah memakai salib seperti itu dan menukar benda-benda di dalamnya secara
tetap. “Lives of the Saints” (Kehidupan Para Santo) penuh dengan keajaiban yang
dipercayai disebabkan oleh phylacteries ini (rujuk ERE ibid. halaman 417). Rekod Katolik (CE ibid.) menyatakan
bahawa Skapular diperolehi dari Benedictines sebagai satu selendang dengan
penjuru-penjurunya dari bahu-bahu dengan satu lubang untuk kepala dan dengan
itu bersama penjuru-penjurunya membentuk satu salib. Mereka mengatakan kumpulan
Dominican mengikuti dan seterusnya mazhab-mazhab biara lain, dan penutup kepala
(hud) telah ditambah. Ini adalah skapula yang lebih besar dengan skapula kecil
dibuat daripadanya sebagai tanda mazhab apa yang dikaitkan dengan orang-orang
itu. ERE mengisahkan skapula sebagai telah diperolehi dari golongan Carmelite
pada tahun 1287 yang disokong oleh hak-hak istimewa kepausan (Privilegium
Sabbatinum, 1320). Ia begitu terkenal hingga menimbulkan persaingan dari
mazhab-mazhab biara yang lain (ERE op. cit.). Pada mulanya ia adalah sehelai
kain berupa topi runcing, yang dibalut sekeliling orang yang hampir meninggal
untuk memastikan baginya kematian yang diberkati dan kebebasan dari purgatori.
Maka tidak susah untuk memahami kenapa orang ramai, meskipun orang yang tidak
sakit, mula memakainya bila tidur, kalau-kalau mereka meninggal dalam tidur
mereka. Medalion dan medal dan salib serta hiasan semuanya adalah azimat, yang
dipercayai menghindari kejahatan. ERE mengatakan: “Roman Katolikisme Moden, dengan
berbagai lencana persaudaraannya, dengan medal-medalnya yang dipukul untuk
peringatan perayaan-perayaan keuskupan, medalion-medalionnya dalam memperingati
berbagai makam, dan khususnya bagi pusat-pusat lawatan suci, telah banyak
menyumbang untuk menggalakkan kepercayaan ini [dalam azimat-azimat]” (ibid.).
Penggantungan
azimat sekeliling leher sebagai satu skapula dengan ikatan dan lain-lain benda
serupa juga mempunyai kesan azimat penentang atau penyembuh dan tergolong dalam
jenis sihir ini. Ideanya adalah bahawa penglihatan penawar ini menakutkan
setan. Penggantungan azimat sekeliling leher dilakukan untuk tujuan-tujuan
sihir dan Chrysostom bersungguh-sungguh mengajar menentang amalan ini,
menganggapnya sebagai keberhalaan dan jika maut menyusuli pembuangannya, ia
harus dikira sebagai mati syahid (ERE, halaman 418). Skapular adalah azimat
atau tangkal yang bermula dengan golongan Carmelite yang diberi hak
keistimewaan kepausan pada abad ketiga belas dan keempat belas, dan yang telah
ditiru oleh mazhab-mazhab lain untuk tujuan pendapatan wang dan dipercayai
mempunyai kuasa-kuasa perlindungan dan memberikan kebenaran menurut keinginan
nafsu dari purgatori dan dengan itu adalah salah satu daripada sisa-sisa
terakhir mentaliti zaman pertengahan yang meliputi kebenaran-kebenaran menurut
hawa nafsu dan azimat-azimat sihir yang mempunyai tujuan dalam Reformasi
tersebut. Ia begitu diharamkan oleh Jemaat Katolik awal hinggakan hanya
baru-baru ini saja ia dibenarkan secara umum dalam Roman Katolikisme.
Air
Suci
Bagaimanakah
air suci menjadi suci, dan apakah makna ini sebenarnya?
J: Amalan ini dalam Alkitab terbit
dari darah dan bukannya air, dan ia dipercikkan sekali setahun dalam Tempat
Maha Suci oleh Imam Besar. Kristus memasuki tempat suci yang tidak dibina oleh
tangan manusia dengan darahnya sendiri dan ini dilakukan sekali saja dan untuk
semua. Amalan mengumpul air dan menjadikannya "suci" sekali lagi
berpunca dari sistem Baal dan diperiksa dalam karya-karya yang membincangkan
Derceto atau Atargatis dan lain-lain dalam sistem itu. Lihat sebagai contohnya,
Pinata (No. 267) dan Daud
dan Goliat (No. 126).
14...Adat-adat
Tahukah
kamu dari mana asalnya jendela-jendela kaca berwarna dalam gereja-gereja?
J: Jendela kaca berwarna di barat
berasal dari penggunaannya dalam gereja-gereja gaya Gothic. Ia bermula di
Perancis dengan Jendela-jendela St Denise (1140-44) dan ia tersebar dari situ
ke Chartres (sekitar 1145), York dan Le Mans (sekitar 1155), Angers dan
Poitiers. Dalam abad berikutnya sekolah Notre Dame de Paris telah memainkan
peranan serupa; idea Kristian Lama bahawa setiap orang dalam Perjanjian Lama
merupakan gambaran awal orang dalam Perjanjian Baru. Idea ini hanya diperluaskan
dalam seni Gothic abad ketigabelas dan keempatbelas. Di Timur, Islam dan
maharaja-maharaja Byzantine yang merupakan ikonoklas seperti Leo orang Isauria
dan Theophilus adalah orang terpelajar yang telah menentang ikonografi sebegitu
dengan kuat sekali, dan kontroversi ikonoklas tahun 725-850 telah menghadkan
sebarang kemajuan seni di timur. Di bawah orang Norman barulah bentuk ini
tersebar dalam seni bina Gothic. Ada banyak lagi butir-butir gaya-gaya Flemish
dan Gothic yang ada jika kamu mahu.
Sebagai
seorang anak yang membesar dalam satu keluarga Katolik, bapa saya adalah
anggota Satria-satria Columbus. Apakah asal-usul pertubuhan tersebut dan
bagaimanakah ia berfungsi?
J: Ferdinand Marcos telah
menjadikan Herbert Armstrong seorang pegawai Kumpulan Satria-satria Columbus
dan Anak-anak Perempuan Jezebel (Izebel), begitulah inskripsinya. Satria-satria
Columbus adalah sebuah mazhab yang asal-usulnya adalah Roman Katolik sama
seperti freemasonry atau odd-fellows. Ia diasaskan untuk orang-orang lelaki
Roman Katolik di New Haven Connecticut 2 Februari 1882 dan dijadikan satu badan
di situ pada 29 Mac 1882. Tujuannya adalah untuk mempromosikan doktrin,
pendidikan serta masyarakat dan kebajikan Roman Katolik. Ia mempunyai jabatan
insurans untuk membantu anggota-anggota yang telah meninggal. Mereka menubuhkan
sidang-sidang bawahan dengan cara sama seperti mana Freemasonry menubuhkan
cawangan-cawangan (lodge) dan gerakan ini mula tersebar di luar Connecticut
dari 15 April 1885. Ia menerima masuk rakan-rakan sekutu dari Oktober 1893.
Asalnya mereka adalah untuk golongan lelaki tua atau tidak berupaya namun ia
telah tersebar kepada semua yang tidak memerlukan insurans.
Fourth
Degree telah ditubuhkan di kalangan dua belas ratus lelaki di Kota New York
pada 22 Februari 1900. Kini ia tersebar di serata dunia dan mempunyai ramai
anggota. Ia melakukan pekerjaan amal yang banyak sekali dan juga membantu dalam
menginjil Iman Roman Katolik.
Ada
perempuankah dalam Pengawal Swiss Vatican?
J: Pengawal Swiss ini terdiri
daripada 6 pegawai dan 110 orang dan mereka semua berbangsa Swiss. Mereka tidak
dibenarkan berkahwin. Melainkan mereka telah merekrut seorang wanita baru-baru
ini atau telah mengubah polisi mereka, mereka tiada anggota perempuan. Ini
tidak mengambil kira kucing-kucing Vatican atau maskot yang mungkin dimiliki
mereka. Kalau ini telah berubah tolong beritahu saya.
Ensiklopedia
Katolik menyatakan yang berikut tentang nimbus (halo): Dalam kesenian Kristian
awal, nimbus dengan sinaran serta cakera tanpa sinaran telah diterima masuk
mengikut tradisi. Matahari dan Burung Phoenix diterima, seperti dalam kesenian
pagan, satu kalungan atau mahkota bersinaran, juga halo (lingkaran cahaya) yang
ringkas. Yang belakang ini dikhaskan bukan saja untuk maharaja tapi untuk
orang-orang bijaksana serta personifikasi berbagai jenis, walaupun dalam
kedua-dua kesenian kependetaan dan duniawi, lambang ini lazimnya tidak
disertakan dalam orang-orang ideal. Dalam kes-kes lain, pengaruh tradisi
kesenian purba mesti tidak dinafikan. Dapatkah kamu percaya bahawa jenis
simbolisme ini dibenarkan oleh Tuhan? Adakah penting bahawa orang Kristian awal
telah meniru orang pagan sebelum mereka dalam gambaran-gambaran perang mereka?
J: Alkitab cukup jelas bahawa kamu
tidak patut mengikuti orang kafir dalam cara-cara mereka menyembah tuhan-tuhan
mereka. Hasilnya cukup jelas.
Mereka
meletakkan nimbus sekeliling Kristus dan kemudian menyembahNya dan kemudian
Mariam dan menyembah dia dan seterusnya santo-santo lain dan menyembah mereka
dan selanjutnya sehingga mereka mempunyai lebih banyak tuhan dari tuhan kafir
yang mereka gantikan. Lazimnya santo-santo tersebut mempunyai nama sama dewa
atau dewi yang ditiru itu. Sebagai contohnya, Maeve Bridget adalah St Bridget
atau Brigit. Ibu Dewi adalah Mary atau Maria.
Apakah
signifikans adat Eropah dalam merayakan 'hari-hari nama' yang lebih disukai
berbanding harijadi? Saya andaikan seorang bayi baru lahi dinamakan sempena
seorang santo tertentu untuk memperingatinya sekitar waktu kelahirannya.
J: Adat hari nama dalam golongan
Aryan Eropah berasal dari pandangan Aryan purba dan meluas bahawa nama bukan
saja sebahagian dari orangnya tetapi seperti yang dikatakan Frazer dalam The Golden Bough: “ia adalah sebahagian dirinya
yang dipanggil jiwa, nafas kehidupan, atau apa saja panggilannya yang
mentakrifkannya sebagai satu makhluk” (Vol. iii, halaman 319).
Maka ini
adalah satu aspek sistem pagan Dewa Triune dari mana kita perolehi semua
adat-adat lain sistem Baal-Easter. Lihat karya Abracadabra:
Maksud Nama-nama (No. 240) untuk beberapa dari pandangan-pandangan purba berkaitan subjek ini.
Lihat juga karya Jiwa (No. 92) untuk aspek ini.
Bolehkah
kamu berikan saya contoh-contoh upacara pagan yang ditiru dalam kepercayaan
Yahudi dan Kristian?
J: Pengenalan upacara pagan dari
mulanya adalah dalam kedua-dua Kekristianan dan Judaisme. Sebagai contoh, Rosh
HaShanah adalah satu tradisi Babilon yang dipelihara oleh Judaisme. Lihat
jawapan-jawapannya dalam Rosh HaShanah. Ia telah mempengaruhi seluruh Kalendar
Yahudi Moden (lihat karya Kalendar Tuhan
(No. 156).
Easter adalah suatu ritual pagan yang diserap masuk ke dalam jemaat pada
pertengahan lewat abad kedua. Krismas secara keseluruhannya adalah pesta Dewa
matahari yang Tak terkalah yang masuk bersama ibadat hari Minggu dari
Kultus-kultus Matahari (lihat Asal-usul
Krismas dan Easter (No. 235). Lihat karya Samuel Bacchiocchi From Sabbath to Sunday, Pontifical University Press, Rome 1975).
Adakah
pada mulanya jenazah dikuburkan dalam keranda pain sebagai sebahagian dari
kepercayaan sedia ada bahawa pain adalah keramat?
J: Ya, Attis adalah Dewa yang
Hampir Mati dan pain adalah suci baginya. Sebagai dewa bangkit semula sistem
Easter seseorang itu akan memohon kepada Baal-Easter atau Asytoret untuk
membangkitkan individu seperti mana Attis dibangkitkan. Ini tidak bermakna
bahawa setiap orang yang dikuburkan dalam peti pain adalah seorang penganut
Baal Asytoret, kerana ia adalah bahan yang biasa didapati dan murah, namun jika
ini adalah satu syarat agama mereka maka ia mungkin berasal dari pengaruh
khemarim atau imam-imam Baal yang berjubah hitam.
Apakah
sebabnya Gereja Katolik menggunakan konsep hak kebenaran untuk menurut
keinginan? Malah ada orang yang sanggup membayar untuk hak istimewa ini.
J: Hak penurutan hawa nafsu kepausan
adalah salah satu konsep yang telah menyumbang kepada kebangkitan Reformasi. Ia
menyusul dari logik bahawa gereja mempunyai kuasa untuk mengampuni dosa. Jika
ia memiliki kuasa itu kenapa tidak mengampuni dosa awal-awal lagi? Ini dianggap
perlu dalam pekerjaan politik kumpulan Jesuit di mana para pengikut diampuni
segala dosa termasuk membunuh demi mengejar kuasa Jemaat Roman. Kuasa dan
pengambilan sumpah serta pengampunan sama ini juga dikaitkan dengan Opus Dei.
Aspek ini diliputi dalam buku Their Kingdom Come yang mengisahkan struktur dan aspirasi dan pembiayaan Opus Dei serta
bahayanya kepada kepentingan negeri-negeri jajahan dalam mana ia beroperasi.
Keadaan ini sampai ke tahap di mana hak-hak itu dijual dengan harga tertentu
untuk dosa-dosa khusus seperti mencuri. Jika kamu diampuni untuk pencurian maka
kamu mungkin membayar hingga x nilainya jika kamu telah berhasrat mencuri x
campur y. Maka gereja juga mendapat bahagiannya dari perbuatan jenayah.
Kelakuan
berskandal dan tidak bermoral ini telah dijatuhkan oleh Reformasi dan
diperbaiki semula dalam Reformasi Lawan yang menyusuli. Konsep-konsep ini masih
lagi digunakan hari ini dalam pengejaran kuasa politik dalam gereja.
Dari
manakah datangnya adat pohon Krismas?
J: Adat pohon Krismas berasal dari
sistem Asyur-Babilon dan menjadi terkemuka dalam perayaan-perayaan ibadah Attis
dan juga Adonis. Attis adalah seorang tuhan sebagai bapa dan anak dalam satu
struktur modal yang telah disalibkan pada pohon pain dan pain adalah suci
kepadanya. Ia dipotong dan dihiaskan setiap tahun dan perhiasan itu disimpan
dan dibakar pada tahun berikutnya sebagai satu simbol kelahiran semula.
Tradisi-tradisi ini diliputi dalam karya Asal-usul
Krismas dan Easter (No. 235).
Adakah
Yeremia 10:3-5 merujuk kepada pohon Krismas?
Yeremia 10:3-5 Sebab yang disegani bangsa-bangsa adalah kesia-siaan.
Bukankah berhala itu pohon kayu yang ditebang orang dari hutan, yang dikerjakan
dengan pahat oleh tangan tukang kayu? Orang memperindahnya dengan emas dan
perak; orang memperkuatnya dengan paku dan palu, supaya jangan goyang. Berhala
itu sama seperti orang-orangan di kebun mentimun, tidak dapat berbicara; orang
harus mengangkatnya, sebab tidak dapat melangkah. Janganlah takut kepadanya,
sebab berhala itu tidak dapat berbuat jahat, dan berbuat baikpun tidak
dapat."
J: Ya, memang itulah yang
dimaksudkan Yeremia dalam teks ini. Pain adalah suci kepada dewa Attis yang
asalnya adalah dewa orang Lydia di Asia Minor. Idea pain dalam musim salji
mungkin datang hari hakikat bahawa ia adalah satu-satunya pohon hijau di kaki
langit dan dengan itu dikaitkan dengan kehidupan. Sistem Babilon memiliki
perayaan dewa yang hampir mati sebagai Attis yang menjadi terkenal di Rom
kerana aspek-aspek korban manusia yang dikaitkan dengannya. Adonis adalah lebih
terkenal di kalangan orang Yunani dan Osiris, pasangan Isis, adalah Dewa yang
hampir mati di Mesir. Pain ditebang dan dihiaskan dan hiasan puncaknya disimpan
dan kemudian dibakar pada api-api. Ini adalah adat menyimpan hiasan-hiasan
sehingga tahun berikutnya. Kematian shrove dan pembakaran pada Ash Wednesday
juga adalah aspek atau pertalian kunci dalam perayaan-perayaan ini. Semua ini
telah dikutuk Tuhan melalui hamba-hambaNya para nabi dan mewakili tuhan-tuhan palsu
seperti yang jelas ditunjukkan teks ini. Lihat karya-karya Asal-usul Krismas dan Easter
(No. 235)
dan Salib: Asal-usul dan Maksudnya
(No. 39).
Ibubapa
saya masih lagi menghadiri kebaktian-kebaktian hari Jumaat Pertama. Apakah
asal-usul amalan itu?
J: Jam (Waktu) Suci serta Jamuan
Jumaat Pertama dalam setiap bulan telah diasaskan oleh Margaret Mary Alcoque.
Dia berasal dari mazhab Visitation dan telah memasuki biara Paray pada 25 Mei
1671 dengan sumpah ikrar terakhir pada November 1672.
Dia
kerap melihat lembaga-lembaga yang dikatakan adalah Kristus dan sering
disembuhkan dari penyakit-penyakit; dia menderita walaupun dia berbakti, yang
dihubungkannya kepada Kristus. Dia telah mengasaskan amalan yang dipanggil Jam
Suci di mana seseorang meniarap atas lantai dan berdoa selama sejam dari pukul
11 pm hingga Tengah Malam pada hari Jumaat Pertama setiap bulan.
Perjamuan
kemudiannya diambil pada hari siangnya, yang dipanggil Jumaat Pertama. Kristus
kononnya telah menunjukkan kepadanya keinginannya untuk menyatakan kasihnya
terhadap semua orang dan dia kononnya telah memerintah bahawa hari Jumaat
selepas oktaf Perayaan Corpus Christi adalah perayaan Hati Suci (rujuk C.E.
Vol. IX, halaman 653).
Mungkin
pada 27 Disember 1673 Kristus kononnya dikatakan telah muncul kepadanya. Jamuan
Jumaat Pertama dan Jam Suci bermula pada Jun July 1674. Pada tahun 1675
“lembaga besar kononnya telah berlaku di mana Kristus kononnya telah
menunjukkan hati suci itu dan menuntut agar perayaan Hati Suci itu diadakan
pada hari Jumaat selepas oktaf Corpus Christi” (rujuk CE, Vol. VII halaman
166).
Dia
telah melaporkan semua ini kepada Fr. de la Colombiere yang kemudiannya telah
mendedikasikan dirinya kepada Hati Suci itu dan menulis tentangnya dalam
jurnalnya yang telah diterbitkan dan bermula dari situ telah menjadi sebuah
gerakan karismatik popular masa itu.
Dia
telah meninggal pada tahun 1690. Dia telah Venerable (Termulia) oleh Leo XII pada Mac 1824 dan pada 18 September 1864 Pius
IX telah mengisytiharnya sebagai Blessed
(Diberkati). Kuburnya telah dibuka secara kanun pada Julai 1830 dan dua
penyembuhan dilaporkan terjadi. Perayaannya adalah pada 17 Oktober dan dia
telah dikuburkan di bawah mezbah kapel di Paray. Dia dianggap sebagai rasul
pergerakan Hati Suci (Sacred Heart).
Adakah
ini ada hubungannya dengan idea penyaliban hari Jumaat?
J: Ya, ia tepat ditujukan pada idea
penyaliban hari Jumaat. Seluruh idea Jamuan Jumaat Pertama itu digambarkan oleh
Jemaat Roman Katolik sendiri sebagai cultus superfluus dan digelar ibadah tidak
betul.
Jangkaan
akan adanya peningkatan persembahan upacara keagamaan ini disebabkan
pemeliharaan ini, dikelaskan sebagai tahyul dan disenaraikan dalam Ensiklopedia
Katolik di bawah artikel “Superstition” (Tahyul) dalam Vol. XIV halaman 340.
Kebanyakan
adat-adat yang dikaitkan dengan hari Jumaat dan larangan-larangan tentang
makanan berasal dari paganisme serta kultus Derceto atau Atargatis di Timur
Tengah dan Dewa yang Hampir Maut yang dikaitkan dengan Penyaliban hari Jumaat
dan Kebangkitan hari Minggu. Kristus telah disalibkan pada hari Rabu 5 April 30
TM (lihat karya Penentuan Masa Penyaliban
dan Kebangkitan (No. 159)).
Adakah
ini sebabnya kenapa kita selalu memakan ikan dan bukan daging pada hari Jumaat?
J: Ya, ikan dan burung merpati
adalah keramat bagi Atargatis/Derceto/Easter. Pain serta perhiasannya adalah
keramat bagi Attis yang telah dikasi oleh Rhea. Rhea dikaitkan dengan
Atargatis. Air Suci juga bermula dari kultus ini. Itu adalah asal-usul ikan
duyung dan adalah sebab kenapa mereka membuat Pinata dan kenapa mereka
melakukan berbagai benda yang dikaitkan dengan Lent yang tidak terdapat dalam
Alkitab. Lihat Asal-usul Krismas dan Easter
(No. 235); Daud dan Goliat (No. 126) dan juga Pinata (No. 276).
Adakah
sebarang sokongan alkitab bagi pemeliharaan hari Minggu Palma (Palem) serta
mengepang palma dan menyimpannya dalam rumah atau kereta kamu?
J: Membuat khemah (pondok) dari
cabang-cabang adalah satu fungsi perayaan Pondok Daun dan dibenarkan oleh
Alkitab. Lihat juga karya Hari-hari Suci
Tuhan (No. 97).
Amalan
meletak [daun] palma ke bawah pada hari Minggu Palma berasal dari kemasukan
Kristus ke Yerusalem. Aspek ini dibincangkan dalam karya Penentuan Masa Penyaliban
dan Kebangkitan (No. 159).
Sewaktu
saya masih seorang Katolik saya telah menyaksikan penciuman cincin yang dipakai
oleh seorang biskop atau ketua biskop. Kenapakah mereka melakukan ini? Apa yang
saya terfikir hanyalah ia ‘cara yang baik sekali untuk menyebarkan kuman’! Dari
manakah asalnya amalan ini? Adakah amalan ini masih ada?
J: Cincin adalah simbol perkahwinan
biskop kepada keuskupannya dan merupakan asas kuasa sama seperti cincin raja
atau ratu England digelar “cincin perkahwinan England.” Amalan mencium cincin
ini adalah pengakuan kesetiaan orang tersebut kepada Tuannya dan pengikutnya.
Ini juga datang dari, atau termaktub oleh, doktrin fatwa paus Unam Sanctam
(lihat karya Teori Peperangan Keadilan
(No. 110)).
Amalan mencium benda-benda ini ditemui di serata dunia keagamaan dan khususnya
di St Peters dan Yerusalem serta sekitaran. Penciuman kaki patung yang
dikatakan adalah Petrus di Rom adalah menakjubkan dan beratus-ratus orang
berbaris hanya untuk melakukan itu. Amalan ini tiada sokongan alkitabiah dan
seperti yang kamu katakan adalah amalan yang tidak sihat, sekurang-kurangnya.
Amalan-amalan tidak berdasarkan alkitab seperti ini adalah sebab kenapa Zaman
Pertengahan menyaksikan wabak-wabak tersebar di kalangan penduduk Kristian.
Saya
mempunyai seorang sahabat yang baru berpindah ke rumah baru. Dia merancang
untuk mendapatkan seorang paderi Katolik untuk datang memberkati rumahnya yang
baru. Apakah faedah yang diperoleh dari ini untuk rumah dan para penghuninya?
J: Ini adalah kepercayaan tahyul
pagan purba di kalangan orang Aryan. Mereka pernah melakukan korban manusia di
penjuru pada satu ketika untuk memberkatinya. Paderi-paderi di Eropah telah
menggunakan ini untuk mendapatkan wang di kalangan Roman Katolikisme dan di
kalangan pihak Ortodoks di beberapa kawasan. Saya telah menerangkan asal-usul
beberapa daripadanya dalam karya Asal-usul
Krismas dan Easter (No. 235).
Saya
telah membaca sebahagian Sejarah Roman Katolik dan melihat disebutkan “Lima
Sabtu Pertama” yang mungkin berkaitan dengan Lima belas Misteri Tasbih.
Bolehkah kamu beritahu saya apa-apa tentang perkara ini?
J: Tasbih Roman Katolik berbeza
sepenuhnya dari sistem Jemaat Timur sebanyak kira-kira 100 ikatan sebagai
bantuan berdoa di kalangan rahib-rahib yang kurang terpelajar.
Upacara
Latin untuk Tasbih dikatakan telah diperkenalkan oleh St Dominic di Toulouse
dengan sengaja untuk melawan guru-guru Albigensia yang melalui pemeriksaan
mereka terhadap doktrin itu mendatangkan pengaruh yang sangat berkesan pada
jemaat dalam abad ketiga belas (rujuk CE, Rosary, Vol. XIII, halaman 184 dan
seterusnya). Kumpulan Dominican khususnya diasaskan untuk Pasitan-pasitan
tersebut dan mengambil alih peranan ahli Pasitan untuk kumpulan Benedictine
yang telah memainkan peranan utama sehinggalah pembentukan kumpulan Dominican
ini. Ia membentuk sejenis roda doa yang menjawab kritikan bijaksana dengan
pengulangan.
Dominic
kononnya telah mendapat satu visi Perawan itu yang telah menyuruhnya untuk
mengasaskan amalan ini dan paus-paus kemudiannya telah memberikan penghargaan
itu kepadanya. Bagaimanapun tulisan-tulisan Dominic sepenuhnya senyap tentang
amalan ini.
Ini
nampaknya merupakan bentuk pertama pencucian otak (brainwashing) untuk melawan kontroversi kependetaan yang
sukar. Ia tidak berjaya sepenuhnya, kerana mereka terpaksa mengadakan Perang
Suci (Perang Salib) Albigensia dan membunuh beribu-ribu orang Waldensia dan
Cathar dengan cara-cara mengerikan. Karya “Bernard of Fontcaude” memberi idea
tentang retorik tidak berasas yang telah digunakan untuk melawan orang Waldensia
dari Sidang Lateran Ketiga, dan seterusnya dari Genoa dann
penganiayaan-penganiayaan tersebut dari tahun 1190.
Legenda
yang mengatakan ia berpunca dari Dominic mungkin bermula dengan ahli Dominican,
Alan de Rupe sekitar 1470-1475. Karya-karyanya adalah rekaan semata-mata dan
tulisan-tulisannya telah banyak meresapi kesusasteraan namun adalah berdasarkan
rujukan-rujukan palsu (CE Vol. XIII, halaman 186).
Amalan
mengucapkan 50 atau 150 Hail Mary atau Ave ini nampaknya datang dari abad
kedua belas seperti yang kita lihat dari berbagai penceritaan tentangnya,
contohnya St Albert yang meninggal 1140, dari UK dalam Corpus Christi MS di
Ancren Riwle, dan cerita Eulalia semuanya adalah dari abad kedua belas (rujuk
CE XIII, halaman 186).
Maka
kebangkitan adat ini berkebetulan dengan kebangkitan golongan Waldensia dan
Lollard dan nampaknya adalah satu reaksi kepada anjuran Alkitab yang
berdedikasi dan yang mencetuskan Pasitan-pasitan itu dan kemudiannya Reformasi
yang merupakan reaksi kepadanya. Lihat karya Peranan
Hukum Keempat di dalam Jemaat-jemaat Tuhan Pemelihara Sabat dalam Sejarah (No.
170).
Tasbih
terbahagi kepada lima belas dekad bersepuluh Hail Mary dengan satu Our Father di antara setiap sepuluh. Istilah tasbih (rosary) atau rosarius
bermakna kalungan bunga ros dan berasal dari legenda pembentukan kuncup ros
dari doa-doa seorang rahib yang dikumpul dari bibirnya dan digunakan oleh si
Perawan sebagai satu kalungan. Bentuk pakaian ini adalah satu idea lama orang
pagan dan telah diambil masuk dalam Kekristianan dengan kebangkitan Pemujaan
Maria.
Versi
metrikal abad ketiga belas di Jerman (CE, Rosary ibid., halaman 187)
menunjukkan legenda ini telah dirumuskan untuk perang-perang salib Albigensia
dan satria-satria direkrut untuk pembunuhan beramai-ramai yang tidak berasas
ini dari utara dan hingga ke dalam Jerman.
Pada
mulanya ia dipanggil manik-manik dalam bahasa Saxon Lama yang bererti doa dan
kerana itu adalah lebih berkaitan dengan konsep-konsep Timuran yang tidak
memiliki doa-doa seperti yang difahami dalam upacara Tasbih Latin. Itulah
sebabnya kenapa Jemaat Katolik Anglican menolak benda-benda ini sebagai
pengulangan keberhalaan dan Pemujaan Maria dari Reformasi.
Istilah
misteri adalah satu pembaharuan yang lebih terkini, yang telah digunakan dalam
pembinaan kapel-kapel [kumpulan] Misteri-misteri Tasbih dalam tempat suci
Monserrat di luar Barcelona (CE vol. 1, halaman 290).
Tasbih
adalah satu pembaharuan yang telah dipeluk oleh golongan Dominican pada abad
kelima belas dan dipopularkan oleh mereka. Pelbagai susunan dan kebaktian
keagamaan yang dikaitkan dengan tasbih, semuanya adalah pembaharuan-pembaharuan
yang lebih terkini.
Adakah
sebab kenapa salib-salib diperbuat dari pain dan bukannya dari kayu lain?
J: Salib-salib ada diperbuat dari
kayu lain namun sebab ia diperbuat dari kayu pain utamanya adalah bahawa dewa
Attis telah disalibkan pada pohon pain dan orang ramai mengumpul pohon itu di
hutan setiap tahun dan menghiasinya dengan hiasan-hiasan dan hiasan utama
puncak yang berdasarkan sistem kesuburan. Simbol itu disimpan dan dibakar
setiap tahun pada pesta-pesta perkabungan untuk Attis dan juga untuk Adonis.
Adat ini telah memasuki Kekristianan bersama kultus Easter yang mana ia adalah
sebahagian pentingnya. Penyaliban hari Jumaat dan kebangkitan hari Minggu juga
dikaitkan dengan aspek ini. Lihat karya-karya Salib:
Asal-usul dan Maksudnya (No. 39); dan Asal-usul
Krismas dan Easter (No. 235).
Doktrin
Katolik nampaknya bersetuju bahawa keberhalaan adalah memberi ibadah kepada
sesuatu benda atau seseorang, yang patut milik Tuhan seorang saja. Namun mereka
memuliakan patung-patung Maria dan santo-santo namun mengatakan mereka tidak
memuja benda-benda ini sebagai ilah-ilah jadi ianya tidak sama dengan menyembah
patung-patung seolah-olah benda-benda ini adalah ilah. Bukankah ini satu
kontradiksi? Selain dari itu, orang-orang ini telahpun meninggal dan bukankah
Alkitab mengatakan ‘orang mati tidak mengetahui apa-apa’?
J: Ya, ia adalah keberhalaan. Telah
dituliskan Jangan membuat bagimu patung yang menyerupai apapun yang ada di
langit di atas, atau yang ada di bumi di bawah, atau yang ada di dalam air di
bawah bumi. Jangan sujud menyembah kepadanya atau beribadah kepadanya.
Jelas
sekali pernyataannya. Sebarang patung yang menyerupai apapun tidak boleh
disembah atau diberi ibadah. Aktiviti ini tidak pernah berlaku dalam jemaat
mula-mula. Sistem kebaktian dalam Jemaat Roman Katolik bersandar pada dua
fakta. Satu adalah perbezaan yang diandaikan antara ibadah yang diberikan
kepada Tuhan dan Kristus, yang mereka sebutkan sebagai kultus Latria.
Santo-santo
disembah, dipanggil kultus Dulia dan ibadah yang diberikan kepada Maria adalah
kultus Hyperdulia yang lebih tinggi dari apa yang diberikan kepada para santo
dan lebih rendah dari apa yang ditujukan kepada Tuhan dan Kristus.
Perbezaan-perbezaan
ini tidak mempunyai asas Alkitabiah dan bersandar pada sebuah doktrin palsu
lain iaitu doktrin palsu Gnostik tentang Syurga dan Neraka di mana Maria dan
santo-santo dianggap telah pergi ke syurga. Idea ini adalah bertentangan dengan
Alkitab yang menyatakan tiada seorangpun yang telah naik ke syurga melainkan
dia yang telah turun dari syurga iaitu Anak Manusia iaitu Kristus (Yohanes
3:13). Lihat juga karya-karya Jiwa (No. 92); Kebangkitan
Orang Mati (No. 143); dan Perawan Mariam dan Keluarga
Yesus Kristus (No. 232).
15… Doa
Kepada
siapakah saya harus berdoa, Yesus, Tuhan, atau salah seorang dari santo-santo,
atau Maria?
J: Kristus menyuruh kita untuk
Berdoa kepada Bapa dalam namaNya. Saya tidak tahu apa-apa lagi kebenaran lain
untuk doa. Kosmologi Alkitab sendiri menghalang kamu dari berdoa kepada Mariam
atau Santo-santo lain kerana mereka masih lagi berada dalam kubur-kubur mereka
menunggu Kebangkitan Orang Mati.
Lihat
karya Kebangkitan Orang Mati (No.
143).
Alkitab adalah tegas. Tiada seorangpun yang telah naik ke syurga melainkan dia
yang telah turun dari syurga, iaitu anak manusia (Yohanes 3:13). Jika mereka
semua mati, apa gunanya berdoa kepada mereka? Wahyu 4 dan 5 menunjukkan bahawa
doa-doa kepada Tuhan terkumpul sebagai kemenyan harum oleh Sidang Bani
Syurgawi. Lihat karya Ajarlah Kami
Berdoa (No. 111).
Kalau
saya kehilangan sesuatu dan saya berdoa kepada St Jude, adakah dia betul-betul
akan membantu saya menemui benda yang hilang itu?
J: Yudas atau Judah, saudara Kristus
dan penulis kitab sempena nama itu telah meninggal. Begitu juga Yakub yang
dipanggil Yakobus dan Yusuf dan Simon dan saudara-saudara perempuan mereka dan
ibu mereka Mariam serta para rasul lain dan orang-orang kudus mula-mula. Lihat
karya Perawan Mariam dan Keluarga
Yesus Kristus (No. 232). Alkitab cukup jelas bahawa: ‘Tidak ada seorangpun yang telah naik ke sorga, selain dari pada Dia
yang telah turun dari sorga, yaitu Anak Manusia’ (Yohanes 3:13). Ini bermakna tiada
seorangpun dalam syurga melainkan Kristus: Bukan Daud atau Musa atau Adam atau
Yudas atau Mariam atau sesiapa lagi. Mereka telah mati dan tinggal dalam kubur
menunggu kedatangan Mesias. Lihat karya-karya Jiwa
(No. 92) dan
Kebangkitan Orang Mati (No.
143). Berdoa
kepada tulang-tulang orang mati adalah perkara yang bodoh untuk dilakukan dan
bersifat keberhalaan. Sembahlah Tuhan. Jemaat telah memberitahu maharaja Rom
bahawa jika orang mengatakan bahawa apabila mereka meninggal mereka pergi ke
syurga dan mereka adalah orang Kristian, jangan percaya pada mereka. Mereka
bukan orang Kristian. Ia tetap sama hari ini.
Gereja-gereja
Katolik dipenuhi patung-patung. Tidakkah Alkitab mengatakan kita tidak patut
membuat patung-patung atau menyembah mereka? Kenapakah mereka perlu mengucapkan
Hail Mary? Adakah disebut di mana-mana
dalam Alkitab bahawa kamu harus mengatakan doa ini?
J: Hakikatnya adalah bahawa Tuhan
telah menyuruh kita untuk tidak membuat patung-patung atau menyembah mereka dan
memang itulah yang dilakukan di sini. Alkitab mengatakan tidak ada
seorangpun yang telah naik ke syurga melainkan dia yang telah turun dari
syurga iaitu Anak manusia (Yohanes 3:13).
Pada
mulanya tiada seorangpun yang berdoa kepada Maria, yang nama sebenarnya adalah
Mariam, dan Maria adalah saudaranya. Aspek ini dan nama-nama serta
hubungan-hubungan saudara-saudara lelaki dan perempuan Kristus dibincangkan
dalam karya Perawan Mariam dan Keluarga
Yesus Kristus (No. 232). Amalan berdoa kepada Maria dan kemudian santo-santo tidak memasuki
Kekristianan sehingga abad-abad kelima dan keenam.
Dari
manakah asalnya dan bilakah bermulanya amalan berdoa kepada santo-santo
penaung?
J: Berdoa kepada santo-santo penaung
berasal dari amalan berdoa kepada ilah-ilah tempatan dan kawasan. Banyak
daripada ilah-ilah ini terus saja dimasukkan ke dalam sistem Kristian dan
diberikan nama-nama para santo, dan rakyat hanya terus berdoa kepada ilah
tersebut yang diberi nama Kristian. Pada mulanya ia adalah pohon-pohon dalam
shamanisme animistik dan amalan ini dicatatkan, malah baru-baru juga dalam
Islam, sebagai berasal dari paganisme juga.
Dalam
jemaat awal, amalan ini tidak pernah dipertimbangkan dan jemaat pastinya akan
mengecam amalan ini sebagai bidaah. Jemaat percaya dalam Kebangkitan orang mati
dan mereka semua memahami bahawa orang-orang kudus masih berada dalam kubur.
Pernyataan bahawa orang-orang kudus termasuk Mariam (Maria) atau orang lain
selain Kristus telah dibangkitkan dan berada dalam syurga dianggap sebuah
doktrin kafir dan menghujat, dan merupakan ujian sebenar seorang Kristian. Sedikit
demi sedikit dewa dan dewi itu, contohnya Maeve Brigit, satu daripada sistem
triune orang Celt, telah dimasukkan bersama banyak lagi. Hecate di persimpangan
jalan telah menjadi Maria selepas Pemujaan Maria diasaskan pada abad keenam,
dan berasal dari Timur Tengah.
Pernyataan
Iman (Syahadat) Para Rasul
Saya
ingat belajar Pernyataan Iman Para Rasul ketika kanak-kanak, namun di manakah
rujukan alkitabnya untuk 12 rasul itu menulisnya?
J: Pernyataan-pernyataan iman ini (Creed) adalah hasil dari aktiviti-aktiviti abad Keempat. Mereka semuanya adalah usaha-usaha untuk menempatkan teologi Constantinople pada waktu lebih awal.
Pernyataan iman Nicene sebenarnya adalah buatan semula Kanun-kanun Constantinople pada tahun 381. Kanun-kanun Nicea telah “hilang” dan pernyataan ini direka semula untuk menjadikannya seolah-olah pernyataan itu adalah dari satu tarikh yang lebih awal.
Apa yang dikenali sebagai Pernyataan iman Para Rasul ini adalah rekaan serupa. Legenda bahawa ia telah ditulis oleh para rasul pada hari Pentakosta adalah mitos popular Zaman Pertengahan yang didakwa berasal dari abad keenam (rujuk Pseudo Augustine dalam Migne P. L. XXXIX, 2189 dan Pirminius ibid. LXXXIX, 1034; Catholic Encyclopaedia Vol. 1, halaman 629).
Ia kononnya dibayangkan dalam satu khutbah yang diberikan oleh Ambrose (Migne P. L. XVII, 671; Kattensbusch I, 81) yang membuat pemerhatian bahawa syahadat ini telah dikutip bersama oleh dua belas pengarang berasingan. Maka dua belas pekerja ini kemudiannya menjadi dua belas rasul.
Rufinus (sekitar tahun 400) (Migne P.L., XXI, 337) melaporkan secara terperinci pengarangan syahadat itu, di mana laporan ini diakuinya telah diterima dari zaman-zaman sebelumnya. Dia tidak menamakan setiap artikel sempena seorang rasul, sambil menyatakan bahawa ia adalah karya semua, dan berlangsung pada Pentakosta. Dia menggunakan istilah simbol di sini untuk menamakan peraturan iman ini. Penggunaan terawal istilah ini yang diketahui adalah sekitar tahun 390 dalam sepucuk surat yang dialamatkan kepada Paus Siricius oleh Sidang Milan (Migne, P.L. XVI, 1213) (rujuk CE, ibid.). Istilah ini adalah Symbolum Apostolorum (Syahadat Para Rasul).
Tidak ada satupun rekod untuk pernyataan iman atau simbol sebegini sebelum Sidang Milan. Kesimpulannya jelas. Selepas Constantinople mereka menghadapi tugas untuk mentakrifkan sistem Trinitarian yang baru dan mereka mencari simbol atau dokumen tertentu yang boleh mereka susun semula yang mendahului susunan semula Sidang Constantinople balik ke Nicea pada tahun 325. Mereka kemudiannya mencipta apa yang dipanggil sebagai Pernyataan Iman Para Rasul untuk memberikan teologi baru sistem Triune itu dasar untuk diterima.
Istilah “Symbolum” ini tidak pergi lebih jauh dari Cyprian dan Firmilian yang menulis pada abad ketiga. Firmilian mengatakan tentang suatu pernyataan iman sebagai “simbol Trinitas” dan memasukkannya sebagai sebahagian penting upacara pembaptisan (Migne, P. L. III, 1165, 1143). Kattensbusch cuba menjejaki penggunaan kata-kata itu balik kepada Tertullian (rujuk II, halaman 80, nota dan rujuk CE ibid. halaman 630).
Konsep pernyataan iman ini dianggap telah disaksikan dalam istilah-istilah seperti “regula fidei”, “doctrina”, “traditio”. Istilah-istilah ini iaitu regulasi (kawalatur) iman, doktrin dan tradisi sama sekali tidak mengasingkan kewujudan Pernyataan Iman Para Rasul dan tiada bukti adanya karya seperti itu. Malah, pernyataan-pernyataan iman bertulis adalah begitu jelas sekali hingga syahadat-syahadat abad keempat itu pastinya dianggap sebagai bidaah dari tulisan-tulisan yang kita sedia ada.
Tokoh teologi termasyhur abad ke 19, Harnack, mengatakan Syahadat Para Rasul ini hanya mewakili pengakuan pembaptisan jemaat di Gaul Selatan yang boleh ditarikhkan seawal-awalnya dari pertengahan akhir abad kelima (Das apostolishe Glaubensbekenntniss, 1892, halaman 3; rujuk CE ibid.). Umat Roman Katolik iaitu Herbert Thurston bersetuju dengan pernyataan ini, namun mengatakan bahawa ia bukan di Gaul tetapi di Rom di mana syahadat itu mendapat bentuknya yang terakhir (ibid., rujuk Burn The Journal of Theological Studies, Julai 1902).
Kedua-dua ini berpendapat bahawa satu bentuk lain syahadat ini yang lebih awal bergelar R telah wujud pada abad kedua di Rom dan Thurston cuba membuktikan bahawa ia berasal dari zaman kerasulan.
Bentuk R awal ini adalah seperti berikut:
Dokumen T diakui oleh Jemaat Roman Katolik telah mencapai bentuk akhirnya di Rom sejenak sebelum 700 TM (ibid.). Maka konsep deklarasi Pencipta langit dan bumi telah ditambah disamping kata-kata, “turun ke dalam neraka”, “persaudaraan Santo-santo”, “Kehidupan berkekalan”, serta kata-kata “melahirkan”, “menderita”, “mati” dan “Katolik”.
Jika adanya satu dokumen awal ianya berdasar pada konsep-konsep di sini dan dalam pernyataan-pernyataan Tertullian dari mana kita boleh membuat beberapa susunan semula. Tiada keraguan lagi bahawa Pernyataan Iman Para Rasul yang kemudian ini adalah dokumen yang dipalsukan yang mengandungi konsep-konsep yang pastinya ditolak oleh jemaat awal.
16…Santo-santo
Saya kerap melihat iklan dalam
notis-notis umum suratkhabar tempatan kita yang mengucapkan terima kasih kepada
St Jude (Yudas) untuk permintaan yang dikabulkan atau doa yang dijawab.
Nampaknya pertunjukan umum kesyukuran ini adalah satu syarat untuk mendapat
permintaan tersebut. Apakah ertinya novena ini?
J: Novena diperolehi dari novem atau sembilan. Ia adalah kebaktian umum atau peribadi selama sembilan hari dalam Jemaat Roman Katolik untuk memperolehi rahmat-rahmat istimewa. Oktaf adalah berupa pesta. Novena adalah berupa kesedihan, perkabungan penuh harapan, kerinduan berdoa.
Jerome berpendapat bahawa sembilan menandakan penderitaan dan kesedihan dari Yehezkiel 7:24. Novena dibenarkan dan malah disyorkan oleh penguasa keuskupan namun masih belum mempunyai tempat sepenuhnya dan yang sesuai dalam jemaat (rujuk Cath. Encyc. XI, halaman 141). Turutan sembilan hari itu tiada kaitan dengan Alkitab dan berasal dari turutan korban sembilan hari Rom yang bertujuan menenangkan para dewa dan menghindari kejahatan dan dijalankan apabila keadaannya menandakan adanya kejahatan. Asal-usulnya diceritakan dalam Livy (I, xxxi) dan dicatatkan dalam CE (ibid.). Orang Yunani dan Rom juga mempunyai tempoh-tempoh sembilan hari perkabungan istimewa dengan perayaan istimewa pada hari kesembilan selepas sesuatu kematian atau penguburan dan ini berciri kekeluargaan. Orang Rom juga merayakan novena sembilan hari sebagai peringatan bagi semua anggota keluarga mereka yang telah meninggal pada 13-22 Februari. Hari kesembilan mempunyai korban istimewa dan pesta keramaian yang penuh sukacita (CE ibid., halaman 142). Adat ini telah ditolak selaku adat pagan oleh Augustine yang memberi amaran kepada orang Kristian tentangnya (P. L. XXXIV, 596, ibid.).
Pada awal Zaman Pertengahan satu bentuk lain telah wujud iaitu Novena persediaan, tapi pada mulanya hanya sebelum Krismas dan hanya di Sepanyol dan Perancis (CE ibid). Ini mungkin mempunyai asalnya dalam sidang Toledo kesepuluh (656). Dari tahun 1690 munculnya adat mengadakan novena-novena untuk perayaan-perayaan pengasas-pengasas mazhab keagamaan dan ini diberikan kebenaran dari tahun 1843 (CE ibid.). Amalan novena-novena kepada para santo telah dirasmikan lebih dua ratus tahun dari abad ketujuh belas dan adalah di Decretal penguasa 3728 serta dekri-dekri 30 Jun 1896. Pada waktu yang sama apabila novena persediaan mula wujud, begitu jugalah novena doa kepada santo-santo khasnya untuk memulihkan kesihatan dan asal-usulnya adalah dalam Perancis dan Belgium. Sehingga tahun 1000, novena-novena ini ditujukan kepada Hubert Marcolf dan Mommolus, di mana Mommolus adalah penaung penyakit-penyakit kepala dan otak.
Novena kepada Hubert adalah yang paling terkenal dan kekal hingga hari ini. Ia digunakan sebagai pertahanan terhadap penyakit anjing gila. Novena Rahmat kepada Francis Xavier bermula pada tahun 1633 (dijadikan 4-12 Mac dan juga kepada Ignatius). Novena kepada Jude (Yudas) adalah satu lagi doa dari senarai doa-doa yang kian bertambah yang ditujukan kepada santo-santo mati yang diam menunggu kebangkitan itu dan yang sendirinya tidak boleh melakukan apa-apa. Konsep ini bersandar pada doktrin jiwa dan doktrin-doktrin Gnostik serta andaian-andaian syurga dan neraka (lihat karya-karya Jiwa (No. 92); Kebangkitan Orang Mati (No. 143); dan juga Vegetarianisme dan Alkitab (No. 183). Yudas adalah saudara Yesus Kristus dan telahpun mati selama sembilan belas abad. Doa-doa kepadanya berjaya hanya secara kebetulan. Penerbitan dengan pengumuman ini adalah kepercayaan tahyul seperti mana amalan surat rantai moden yang perlu dihantar terus untuk mengelak “nasib” buruk (satu konsep Mesir) yang menyertai perbuatan seperti itu.
Dari manakah datangnya ibadah St Patrick?
Dari bahagian Santo nama itu, boleh diandaikan bahawa ia mempunyai
latarbelakang keagamaan tertentu.
J: Patrick (lahir di Kilpatrick dekat Dumbarton di Scotland pada tahun 387 dikatakan telah meninggal pada 17 Mac 493 di Saul Downpatrick di Ireland. Dia adalah anak kepada Calphurnius warga Rom yang merupakan decurio sama ada Gaul atau Britain dan ibunya adalah Conchessa, seorang saudara terdekat Martin dari Tours di Gaul. Ireland tertumpu kepada ibadah Baal sebagai ketua dewa dan Anak Lembu Emas sehingga keinsafan mereka yang didakwa dibawakan olehnya pada Mac 433 (lihat karya Anak Lembu Emas (No. 222)).
Sistem Easter adalah pada 26 Mac, di mana Tahun Baru adalah 25 Mac dengan konsep Ekuinoks. Api-api Easter telah dinyalakan di situ mungkin sebagai pendahuluan api-api Beltain pada 1 Mei (rujuk Frazer Golden Bough, x, halaman 158). Patrick menyalakan api-api Easter dan kononnya mengambil alih dari golongan Druid dalam sistem Baal. Pertikaian ini adalah pemberian jelas peranan api sistem Baal dari golongan Druid kepada sistem Rahib-rahib Lerins.
Sistem Baal-Easter bermula dalam tempoh sebelum 25 Mac dan dengan Attis kita menyaksikannya bermula pada 22 Mac dengan pemotongan pohon dewa ini dalam hutan dan penghiasannya serta pembawaannya dengan patung (atau pada masa dahulu, dengan korban sebenar) yang mewakili dewa yang terikat pada pohon itu. Imam-imam yang dikasi berarak dengannya di timur dan di Rom. Tidak diketahui sejauh mana kaitan antara keramaian-keramaian ini dengan pengusiran ahli-ahli sihir dan iblis setan serta perayaan-perayaan Baal golongan Druid. Proses ini dilaksanakan pada hari Jumaat setiap minggu dalam bulan Mac khususnya di Itali.
Kisah Patrick dan kumpulan Druid dengan luarbiasanya adalah seperti pesta Rom 14 Mac, di mana dewa lama Mars dihantar sebagai korban dari kota selaku dewa tumbuh-tumbuhan yang diusir oleh imam-imamnya yang menari, kumpulan Salii. Dewa ini dipukul dan diusir, kemudiannya perlu digantikan dengan Keilahian Baru dan Api-api Baru pada Tahun Baru 25 Mac yang tidak diragui lagi adalah hari yang kita perhatikan dalam cerita St Patrick ini (rujuk Frazer The Golden Bough, vol. ix, halaman 231).
17…Pasitan-pasitan
Kenapakah ada agama-agama yang
memikirkan bahawa hanya mereka serta orang-orang yang memegang pandangan serta
kepercayaan tertentu mereka saja yang patut didengari? Bukankah ini apa yang
telah dilakukan oleh Jemaat Roman Katolik sepanjang 1500 tahun yang lalu, iaitu
berusaha mendiamkan semua orang (betul atau salah) yang tidak setuju dengan
mereka, banyak kali dengan penyeksaan dan kematian? Adakah kamu fikir ini
disebabkan mereka takut bahawa jika cahaya kebenaran menyinari diri mereka, ia
akan mendedahkan banyak perkara yang mereka tidak ingin diketahui oleh orang
awam?
J: Tidak diragukan lagi, tepat sekali itulah sebabnya. Benar berjuta-juta orang yang memelihara keimanan sebenar Alkitab dan yang menafikan hak jemaat untuk mengubah perintah-perintah Tuhan telah dibunuh dengan begitu ngeri sekali oleh jemaat Trinitarian serta para pegawai mereka dalam nama Tuhan. Sejarah 1260 tahun penganiayaan-penganiayaan itu telah diliputi dalam karya-karya Distribusi Umum Jemaat Pemelihara Sabat (No. 122) dan Peranan Hukum Keempat di dalam Jemaat-jemaat Tuhan Pemelihara Sabat dalam Sejarah (No. 170). Peperangan Unitarian/Trinitarian (No. 268) juga memberitahu kisahnya. Setelah kami menyiapkan kisah sebenar bencana Holocaust abad ini, dunia pasti akan terus berasa jijik.
Saya pernah mendengar tentang Kumpulan
(Jemaat) Suci Doktrin Iman. Bolehkah kamu terangkan apakah ia sebenarnya?
J: Dulunya ia pernah dipanggil Jabatan Suci atau Jabatan Tidak Suci bergantung pada pihak Pasitan mana kamu berada. Professor Roth membuat pemerhatian ini dalam karyanya berkenaan Pasitan Sepanyol.
Matlamatnya adalah Keseragaman Doktrin dalam Jemaat Roman Katolik. Ia mengumpul maklumat tentang orang-orang yang dianggapnya pembidaah dari segi doktrin yang, dalam pandangan mereka, bererti tidak cocok dengan Rom pada bila-bila masa ia berbicara tentang apa saja subjek.
Jabatan Suci ini bertanggungjawab dalam menyebabkan Galileo diisytiharkan seorang pembidaah melalui Dekri Paus kerana mengatakan bumi ini bulat sedangkan mereka memikirkan ia adalah rata. Jadi bumi adalah bulat di semua tempat kecuali Vatican dan Galileo masih seorang pembidaah kerana mengatakan begitu. Untuk mengubah dekri itu akan bertentangan dengan doktrin kesempurnaan paus dan kerana itu mereka tidak dapat mengubahnya. Yang terbaik mereka mampu adalah mendapatkan John XXIII untuk mengumumkannya sebagai salah seorang dari anak-anak Itali yang terulung. Mereka mengumpul maklumat dari seluruh dunia dan kini dalam Amerika Utara dan Komanwel setahu saya.
Saya telah membaca tentang Pasitan dan
apa yang telah terjadi kepada mereka yang dianggap sebagai pembidaah. Nampaknya
ada bukti bahawa Jemaat Roman Katolik boleh dengan serta-merta menyita tanah
milik si tertuduh. Tahukah kamu sama ada sebarang bukti seperti itu wujud?
J: Ya, mereka boleh dan memang telah menyita tanah milik. Juga, orang-orang tersebut terpaksa membayar bagi hukuman penjara mereka sendiri. Bagi seorang rahib perempuan yang disalahtuduh dan dibebaskan, keluarganya membayar hutang itu hingga abad kemudiannya (lihat komen-komen re karya professor Roth dalam karya Peranan Hukum Keempat di dalam Jemaat-jemaat Tuhan Pemelihara Sabat dalam Sejarah (No. 170). Petikan ini penting kepada soalan kamu. Ianya memang cukup mudah untuk memberi gambaran terburuk. Sudah sememangnya, mahkamah-mahkamah Pasitan dalam sejarah tidak selalunya menghukum mereka yang menghalang dengan dibakar di pancang. Kadangkala, mereka hanya mengucil orang-orang ini, atau menyita semua harta milik mereka, atau mungkin menyeksa mereka. Pope Innocent IV membenarkan penggunaan penyeksaan untuk mendapat pengakuan dari pembidaah-pembidaah tertuduh. (Innocent IV, Papal Bull Ad Extirpanda de Medio Populi Christiani Pravitatis Zizania, 15 Mei, 1252. The Cambridge Medieval History, Vol. VI: Victory of the Papacy, (Cambridge University Press. 1964) halaman 725.
18…Bencana
Holocaust
Saya telah membaca dari berbagai sumber
bahawa Jemaat Roman Katolik mengambil bahagian dalam Holocaust. Percayakah kamu
ini benar?
J: Bukti-buktinya cukup jelas, tujuan-tujuan Hitler yang dinyatakan adalah untuk mendirikan Jemaat Roman Katolik dan Lutheran sebagai dua tiang keagamaan agung Eropah. Ini adalah fakta yang jelas tersurat.
Kem tahanan pertama telah diserahkan kepada Jemaat Lutheran oleh SA pada Disember 1932. Kami mempunyai salinan surat dari anggota Lutheran kawasan Hamburg berkenaan kem ini.
Dari tahun 1932 hingga 1945 kira-kira 15000 kem telah didirikan dan diuruskan oleh SA/SS dengan orang-orang yang diambil sumber-sumber Lutheran dan Roman Katolik dari seluruh Eropah.
Kem-kem Pembasmian atau Vernichtens lager terdapat di sebelah timur dan diuruskan oleh orang Roman Katolik. Mungkin kem paling kejam sekali terdapat di Croatia dan diuruskan oleh Ustashi, iaitu sebuah pertubuhan fasis Croatia di bawah perintah seorang biskop Roman Katolik.
Dalam kem ini tahanannya sering dibakar hidup-hidup dan bukannya digaskan terlebih dahulu. Ini tidak bererti ia terbatas kepada Croatia saja. Dalam tempoh satu hari di Romania 5,000 orang Yahudi telah dibakar hidup-hidup dan 23,000 telah ditembak. Ini hanya satu hari dalam Romania.
Terdapat segitiga ungu terbalik di antara kategori-kategori yang ada di dalam kem-kem tahanan itu. Ini adalah untuk Bibelforschers atau Penyelidik Alkitab. Tujuannya adalah untuk menahan dan membunuh setiap orang bukan Trinitarian yang memelihara Sabat di Eropah. Mereka hampir berjaya namun tidak sepenuhnya.
Kebanyakan bijak pandai bukan Lutheran dan bukan Roman Katolik Eropah telah dibunuh. Bilangan yang dibunuh dalam kira-kira 15,000 kem-kem tahanan itu adalah antara 12 dan 18 juta orang. Enam juta daripadanya adalah orang Yahudi. Bilangan penuhnya tidak akan diketahui.
Pada tahun 1942 Palang Merah Antarabangsa telah mengadakan satu perjumpaan di Geneva Switzerland untuk membincangkan pembasmian sistematik orang Yahudi yang menurut Hukum Taurat dan memelihara Sabat serta orang lain, dan ia telah membuat keputusan untuk tidak mengambil sebarang tindakan untuk menarik perhatian dunia kepada keadaan orang-orang yang sedang dihapuskan itu. Wakil-wakil AS telah hadir dan bersetuju dengan keputusan itu. Dunia masa itu kemudiannya meneruskan penghapusan orang Yahudi dan Kristian yang memelihara Sabat.
Hanya Komanwel British dan kemudiannya Amerika Syarikat saja yang telah menghalang penghapusan muktamad sepenuhnya Yehuda dan Para Pemelihara Sabat serta lain-lain kumpulan etnik yang kecil. Bagaimanapun, mereka tidak mengambil sebarang tindakan untuk mengingatkan dunia. Pembunuhan ini dilakukan di Negara-negara Roman Katolik tanpa sebarang tentangan dari jemaat di situ dan tanpa sebarang bantahan disuarakan dalam negara-negara di mana sokongan boleh dikumpulkan, seperti AS dan Komanwel British.
Pada hujung Perang Dunia II, Vatican telah membantu penjenayah-penjenayah perang Nazi melepaskan diri ke Australia dan Amerika Selatan serta tempat lain. Butir-butirnya jelas diketahui semua negara dan telah diterbitkan di sini. Tingkat sepenuhnya mungkin tidak akan dapat diketahui. Beberapa butirannya terdapat dalam karya Paus Terakhir: Mengkaji Nostradamus dan Malachy (No. 288) namun lebih banyak akan diterbitkan sebaik saja kami dapat.
Dalam satu kawasan apabila kami memetakan kem-kem di Poland terdapat satu kem dalam setiap arah kami berjalan setiap lima belas kilometer. Mereka semua Roman Katolik di situ. Terdapat lima kem di sekitar kota Siauliai di Lithuania saja. Pembunuhan beramai-ramai ini adalah sistematik dan membuat kita terkaku. Apabila kebenaran sepenuhnya diberitahu, visi ketiga Fatima akan menjadi nyata.
19…Patung-patung
dan Ritual-ritual Pagan
Saya
berasa takjub untuk menemui baru-baru ini bahawa banyak obelisk (tugu batu)
telah diambil dari Mesir dan kini berada dalam kawalan Jemaat Katolik seperti
yang ada di Medan St. Peters. Malah, dari 21 obelisk Mesir yang wujud hari ini,
13 daripadanya berada dalam Rom. Soalan saya adalah kenapa pula orang Kristian
mengimport patung-patung pagan seperti itu dan mendirikan mereka atas tanah
jemaat seolah-olah sebahagian dari Kekristianan? Bukankah obelisk-obelisk ini
suci kepada orang Mesir selaku sebahagian dari simbolisme keagamaan mereka
sendiri?
J: Ya, ia adalah betul-betul berciri
pagan dan mewakili phallus
(bentuk zakar) dan sistem matahari. Ianya dilarang sepenuhnya untuk seorang
Yahudi atau Kristian untuk mendirikannya dalam mana-mana kota atau tanah
mereka.
Pemusatan
objek-objek ini serta pendirian mereka berkesan dalam meletakkan kuasa sistem
pemujaan matahari yang kuno di dalam kota itu. Maka Rom melihat dirinya sebagai
pusat kuasa keagamaan dunia dan nyatanya pusat sistem matahari.
Obelisk-obelisk
Mesir yang kamu katakan ini disebutkan dalam Yeremia 43:12-13 di mana Tuhan
mengatakan Dia akan menyalakan api dalam kuil-kuil para dewa Mesir dan
mengangkutnya sebagai tawanan. Ini adalah obelisk atau tiang yang suci kepada
dewa Atum-re iaitu dewa matahari dan obelisk yang berdasar di situ di
Heliopolis telah menjadi lebih langsing. Benda asalnya atau Asyera adalah lebih
pendek dan gemuk serta mewakili phallus
dan sistem pembiakan.
Ini juga
adalah asas kepada Oak yang mewakili Jupiter di Capitoline dengan Juno dan
Minerva masing-masingnya mewakili sistem pembiakan kolektif bagi para junones
dan Perawan yang lahir secara suci iaitu Minerva anak perempuan Jupiter. Lihat
karya Doktrin Dosa Asal Bahagian I
Taman Eden (No. 246) dan Anak Lembu Emas (No. 222).
Bolehkah
kamu berikan contoh-contoh ritual pagan yang telah dibawa masuk dalam kedua-dua
iman Yahudi dan Kristian?
J: Pengenalan ritual pagan berlaku
dari mula dalam kedua-dua Kekristianan dan Judaisme. Sebagai contohnya, Rosh
HaShanah adalah sebuah tradisi Babilon yang dipelihara Judaisme. Ia telah
mempengaruhi seluruh Kalendar Yahudi Moden (lihat karya Kalendar Tuhan (No. 156)). Easter adalah sebuah ritual
pagan yang dibawa masuk ke dalam jemaat pada lewat pertengahan abad kedua.
Krismas secara keseluruhannya adalah perayaan Dewa Matahari Tidak Terkalah yang
masuk bersama ibadah hari Minggu dari Kultus-kultus Matahari (lihat Asal-usul Krismas dan Easter
(No. 235)).
Perhatikan karya Samuel Bacchiocchi From Sabbath to Sunday, Pontifical University Press, Rome 1975.
Saya
mendengar ianya dikatakan bahawa istilah vandal (perosak) berasal dari masa
apabila orang Vandal menawan Rom dan merosakkan semua patung dan ikon. Sebagai
umat-umat Kristian mereka percaya bahawa orang Kristian tidak sepatutnya
mempunyai patung atau gambar yang dimuliakan. Adakah ini benar?
J: Ya, ia memang benar. Orang Vandal
adalah suatu suku yang datang ke Eropah dari Timur Tengah sebagai sebahagian
dari Gerombolan Parthian seperti juga orang Goth dan Anglo-Saxon serta
suku-suku kecil yang mempunyai pertalian. Mereka adalah Monoteis dan Kristian
Unitarian, dan mereka marah sekali dengan keberhalaan yang telah memasuki
sistem Trinitarian di Rom. Patung-patung pagan telah diberikan nama-nama
Kristian dan disembah dengan cara yang sama seperti biasa. Orang vandal ini
adalah golongan ikonoklas yang hanya terus memusnahkan patung-patung itu
berdasarkan perintah kedua dan mendapat nama buruk kemudiannya dari para
penyembah berhala yang selamat. Lihat karya Peperangan
Unitarian/Trinitarian (No. 268).
Jika
semua amalan yang kita lihat dalam Jemaat Katolik mempunyai asal-usul mereka
dalam paganisme dan kultus-kultus misteri, maka apakah sebenarnya kepercayaan
dan amalan Kristian sejati? Dalam kata lain, kalau kita membuang semua unsur
paganisme yang telah memasuki Kekristianan, apa lagi yang tertinggal?
J: Iman yang mula-mula disampaikan
kepada orang-orang kudus adalah jawapannya. Itulah sepatutnya tujuan kita dalam
memulihkan dan membuang apa yang tidak berguna. Mungkin seseorang wajar
mengatakan: Tiada seorangpun yang boleh mengatakan bahawa Kekristianan telah
gagal sebagai satu sistem kerana tiada satupun sistem yang telah benar-benar
mencubanya dan malah mereka telah membunuh semua yang cuba melakukannya. Iman
Kristian Asal:
q