Jemaat-jemaat
Allah Al Masehi
[030]
Unjuran Masa Jemaat-jemaat Allah [030]
(Edition 3.0 20010620-20021118-20081111)
Pandangan dari sudut sejarah dan mutakhir mengenai penganiayaan para pemelihara Sabat telah bermula pada 27CE.
E-mail: secretary@ccg.org
(Hakcipta
ã 2001, 2002, 2008
Christian Churches of God; ed. Wade Cox;
Sub-editors
Cassie Wattler & Scott Rambo)
(Tr.
2003)
Karya tulis ini boleh disalin semula dan didistribusikan secara bebas dengan syarat ia disalin semuanya tanpa apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat penerbit serta notis hakcipta harus disertakan. Sebarang bayaran tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima salinan yang didistribusikan. Petikan-petikan ringkas daripadanya boleh dimasukkan ke dalam artikel-artikel kritis dan karya ulasan tanpa melanggar undang-undang hakcipta.
Karya ini
boleh didapati daripada Internet di:
http://www.logon.org dan http://www.ccg.org
Unjuran Masa Jemaat-jemaat Allah
27 CE |
Penganiayaan
Awal Terhadap Jemaat Yohanes Pembaptis, orang yang diutus oleh Allah (Yohanes 1:6), pengabar yang menyediakan jalan (Mal 3:1). |
28 CE |
Yohanes Pembaptis telah dipancung, - Kristus memulakan pelayanan. |
30 CE |
Kristus Domba Allah yang memelihara Sabat telah disalibkan sewaktu perayaan Paskah (Rabu April 5). |
|
Kebangkitan Yesus dari Nazaret pada
penghujung Sabat (Sabtu April 8/Ahad April 9). Kemudian, hari pertama dalam
minggu itu (Ahad 9, 9 pagi) dia telah naik ke sorga bersamaan masa
persembahan berkas unjukan, yang pertama dari buah pertama. Lihat tulisan Persembahan Unjukan Berkas
[106b]. |
30-31
CE |
Para murid telah diutus ke pelbagai tempat untuk membentuk jemaat-jemaat. |
|
Yusuf dari Arimatia bersama dengan Aristobulus, dipercayai membawa iman ini ke Britain. Yudas Timotius telah membawanya ke India, Markus membawanya ke Alexandria, Yohanes ke Efesus, Petrus membawanya ke Antiok dan ke Parthia bersama dengan yang lain yang juga telah pergi ke bangsa-bangsa lain yang disenaraikan dalam buku Kisah Para Rasul. (lihat karya tulis Keasalan Jemaat Kristian di Britain (No. 266)). |
30-70
CE |
Jemaat Yerusalem dianiaya oleh orang-orang
Yahudi dengan kejam. Lihat tulisan Tanda Yunus dan Sejarah
Pembinaan Semula Kaabah [013]. |
34 CE |
Stefanus telah dilontar dengan batu sehingga mati. Para orang percaya telah tersebar di seluruh Yudea dan Samaria. |
|
Sudan. Orang-orang Kristian yang pertama; injil telah di bawa ke Nubia (Meroc) oleh orang Ethiopia eunuch yang dibaptiskan oleh Filipus. |
|
Misi diperluaskan kepada orang-orang Samaria oleh Filipus; penganiayaan baru. |
42 CE |
Markus seorang pengabar injil tiba di Alexandria, yang telah menjadi Jemaat Coptic. |
|
Phoenicia Cyprus, Antiok: ‘Ramai yang percaya berpaling kepada Tuhan’ (Kisah 11:21). |
44 CE |
Penganiayaan di Yerusalem dibawah raja Herodes Agrippa I; saudara Yakobus, Yohanes telah dianiaya, pemenjaraan serta pelepasan diri Petrus. |
50 CE |
Orang-orang Yahudi dan Kristian telah dibuang dari Roma. |
|
Orang-orang Kristian Asaria telah menubuhkan Jemaat di bahagian Timur (kemudian dikenali Nestorian). |
54 CE |
Kekaisaran Roma pertama yang menganiaya orang-orang Kristian, di bawah Kaisar Nero. |
58 CE |
Paulus ditangkap di Yerusalem. |
60 CE |
Paulus dihantar ke Roma untuk diadili. |
61 CE |
Paulus di Roma dibawah kawalan pengawal; injil telah dinyatakan di pusat empayar, |
|
Paulus menulis: ‘Berita Baik yang telah sampai kepada kamu sedang berkembang ke seluruh dunia’ (kolose 1:6, Yerusalem); “Berita Baik yang kamu telah dengar, telah diberitakan kepada semua umat manusia” (Kolose 1:23; Greek ‘kepada semua ciptaan di bawah langit.’). Britain (yang kemudian menjadi UK). Pendudukan Kristian yang pertama (Tentera Roma; para saudagar); asal Jemaat Celtic. |
63 CE |
Pengakhiran 62 minggu dalam tahun di Daniel 9:25 |
|
Kesyahidan Yakobus saudara Yesus, uskup pertama di Yerusalem. |
|
Kesyahidan Rasul Markus di Baukalus tekat dengan Alexandria. |
|
Penganiayaan Nero telah bermula, Paulus dan Petrus mati syahid. |
64 CE |
Api Besar dari Roma; Rasul Petrus dan Paulus telah mati syahid; beribu Kristian telah dibakar atau dibunuh oleh Kaisar Nero. |
66 CE |
Rusuhan Anti-Yahudi dan pembunuhan beramai-ramai di Mesir: 50,000 orang telah dibunuh di Alexandria, 60,000 lagi di tempat-tempat lain. Bangsa Vespasia dengan 60,000 pasukan tentera telah menumpaskan pemberontakan Yahudi, menakluki kembali Galilia. |
70 CE |
Pengakhiran tujuh puluh minggu dalam tahun dan pemusnahan Kaabah. Pemusnahan Yerusalem oleh titus dengan 4 pasukan; 600,000 terbunuh d Yudea, 10,000 orang Yahudi telah disaliban, 90,000 orang Yahudi pergi ke Roma sebagai Hamba abdi. Orang Yahudi telah tersebar keluar. Orang Kristian awal telah mengendahkan amaran tentang Mesiah dan pergi ke Pella dibawah Simon untuk membebaskan tentera Roma. (lihat – World Christian Encyclopedia (lihat muka surat 23-32) Peninjauan Mengenai Perbandingan Jemaat-jemaat dan Agama dalam Dunia Baru, Oxford University Press – 1982) |
71 CE |
Kolesium Roma telah dibina – mempersendakan orang Kristian yang bersyahid. |
72 CE |
Orang-orang Kristian yang melarikan diri dari Yerusalem pada 70 CE kembali ke Yerusalem. Mereka mendirikan jemaat-jemaat Kristian di seluruh Filistin, Siria dan Mesopotamia tetapi mereka telah bersengketa dengan jemaat Kristian Greek kerana pemeliharaan hukum Taurat. Ini diajar oleh fahaman katolik moden yang mendakwa bahawa kerana Petrus dan Paulus telah mengadakan sistem yang berlainan terhadap orang Greek, tetapi itu bukan perkara yang sebenarnya. Ianya juga bermanfaat untuk disebut bahawa jawatan “paus” yang disandang oleh bishop dalam keuskupan utama seperti di Alexandria, Yerusalem dan Antiok pada abad ketiga tetapi tidak pernah disandang oleh para rasul. |
81 CE |
Penganiayaan Kekaisaran Roma yang kedua, dibawah Domitian |
98 CE |
Penganiayaan Kekaisaran Roma yang ketiga, di bawah Trajan |
115
CE |
Kesyahidan Ignatius, uskup dari Antiok. |
120
CE |
Jemaat Waldensia telah dibentuk di lembah
Piedmont selepas pengutusan polycarp, murid rasul Yohanes dari Smirna. Sejak
dari tarikh ini mereka menurunkan dari bapa ke anak ajaran yang mereka terima
dari para rasul termasuk pemeliharaan Sabat, Bulan Baru dan
Perayaan-perayaan. Lihat tulisan Bulan Baru Israel [132]. |
|
Catatan: Orang-orang Waldensia adalah Unitarian Subordinatis yang memelihara Sabat sebelum kancah Waldo. Menurut Dugger dan Dodd, A History of the True Religion, (3rd ed. Jerusalem, 1972, ms. 224 dan seterusnya) |
132
CE |
Pemberontakan Yahudi yang kedua di bawah Bar Kokhba; pemusnahan kedua ke atas Yerusalem oleh orang Roma pada 134, hampir semua penduduk Yahudi dari Filistin mati atau melarikan diri. |
154
CE |
Anicetus memperkenalkan perayaan Paskah Kafir ke dalam Jemaat Roma. Dia telah ditentang oleh Policarp murid Yohanes. Policarp menjadi ketua dalam jemaat di bahagian timur Smirna dan berbicara kepada semua Kwartodeciman. |
|
Syuhada Justin menulis surat meminta maaf yang pertama kepada Kaisar Roma bagi pihak Jemaat di Roma. Dia menjelaskan bahawa Kristus adalah malaikat besar dalam Perjanjian Lama yang memberikan Hukum kepada Musa. Bagi pihak Jemaat di Roma, Justin memberitahu kaisar bahawa, sekiranya mereka bertemu dengan orang yang berkata bahawa mereka adalah orang Kristian dan mendakwa bahawa apabila mereka mati, mereka akan pergi ke sorga, jangan percaya mereka kerana mereka bukan seorang Kristian. Ianya adalah Syiboleth di dalam jemaat. Orang yang berkata bahawa mereka akan pergi ke sorga apabila mati adalah penipuan Gnostik |
156
CE |
Policarp uskup dari Smirna telah mati pada kayu sula. |
161
CE |
Penganiayaan Kekaisaran Roma yang keempat, di bawah Markus Aurelius. |
180
CE |
Theophilus dari Antiok membuat sebutan pertama tentang trias yang kemudiannya di terjemah ke dalam bahasa inggeris secara salah sebagai Trinity, dan keboyakan pada permulaan doktrin Binitarian ini telah muncul buat pertama kali dalam sejarah jemaat (lihat Teologi Awal Ketuhanan [127]). |
192
CE |
Uskup Victor dari Roma secara paksa membawa
masuk Paskah hari minggu ke atas Paskah dan para Kwartodeciman telah
berselisih dan membelah bagikan
jemaat. Para murid Polycarp berdiri teguh menentang golongan bidaah
Roma. Irenaeus, uskup dari Lyon cuba untuk mengetengahkan namun tiada
keberkesanan. Lihat tulisan Persengketaan Kwartodeciman
[277]. |
193
CE |
Penganiayaan Kekaisaran Roma yang kelima, di bawah Septimius Severus. |
195 |
Irenaeus menguraikan doctrin Unitarian yang betul mengenai sifat Allah dalam penentangan bidaah. Dia menyatakan arah tujuan umat pilihan adalah untuk menjadi elohim atau theoi (dalam perkataan lain allh dipetik dari Zak 12:8) menurut ayat dalam Alkitab (lihat tulisan Umat Pilihan sebagai Elohim [001]. |
200
CE |
Pemeliharaan Sabat meluas & tampak ditentang dari Roma. Ianya dipelihara di Mesir sebagai Oxyrhynchus Papyrus (c. 200-250 CE) menunjukkan: |
|
Origen juga menyuruh memelihara Sabat. |
|
Demikian juga dengan Konstitusi Rasu-Rasul Kudus (Ante-Nicene Fathers, Vol. 7, ms. 413, c. Abad ketiga) menyatakan: kamu harus memelihara Sabat, bagi mengingati Dia yang berhenti daripada kerja penciptaan, tetapi jangan berhenti dari kerjaNya dalam penghematan: ianya adalah berhenti untuk meditasi terhadap hukum, bukan kemalasan anggota tangan. |
|
Penganiayaan kejam Kristian Coptik di Mesir dengan beribu orang yang mati syahid. |
|
Tertullian mengatakan bahawa Jemaat British sudah lama dibentuk pada masa itu. |
220
CE |
Masalah Modalisma telah muncul dalam
perbincangan di antara paus di Roma dan Alexandria. Perbezaan cuba diambil
dari Trias Bapa, Kristus dan Roh Suci. Di sini pengaruh modalisma dari Attis
telah di lihat di dalam jemaat Kristian di Roma. Kristus ditinggikan dari
Allah sebagai struktur modal buat pertama kali. Lihat tulisan Teologi Awal Ketuhanan [127]. |
220
CE |
Sabat di India |
|
Pengenalan kepada pemeliharaan sabat di India menyebabkan persengketaan dalam fahaman Buddha pada 220 CE. Menurut Lloyd (The Creed of Half Japan, ms. 23) Dinasti Kushan di India Utara, memanggil kaunsil imam Buddha di Vaisalia, untuk membawa keseragaman di antara sami Buddha dalam pemeliharaan sabat minggu mereka. Beberapa pihak telah begitu terkesan dengan tulisan Perjanjian Lama danmereka mula memelihara Sabat. |
235
CE |
Penganiayaan Kekaisaran Roma yang keenam, di bawah Maximinus. |
149
CE |
Penganiayaan Kekaisaran Roma yang ketujuh, di bawah undang-undang tentera Decius; negara bahagian sistematik cuba untuk memusnahkan Kekristianan. |
253
CE |
Penganiayaan Kekaisaran Roma yang kelapan, di bawah Valerian. |
270
CE |
Penganiayaan Kekaisaran Roma yang kesembilan, di bawah Aurelian. |
300
CE |
Pada abad keempat, para imam allah Attis kafir mengadu bahawa pelayanan Kristian di Roma telah mencuri semua doktrin mereka. |
303
CE |
Penganiayaan Kekaisaran Roma yang kesepuluh dan terakhir, di bawah Diocletion; pemusnahan kepada semua bangunan jemaat dan tulisan Alkitab di arahkan. Sekitar 500,000 orang Kristian telah di aniaya dalam 10 tahun penyembelihan sistematik. |
305
CE |
Sabat di Sepanyol |
|
Dari dalil 26 dalam kaunsil Elvira (c. 305), ianya tampak bahawa jemaat di Sepanyol telahmemelihara sabat. Roma telah memperkenalkan praktik berpuasa pada waktu sabat untuk membidas pemeliharaan Sabat. Paus Sylvester (314-335) adalah orang yang pertama memerintah supaya berpuasa pada waktu Sabat, dan Paus Innocent (402-417) memperlakukannya sebagai hukum berikat dalam jemaat yang menuruti dia. |
|
Innocentius telah mentahbiskan Sabtu atau Sabat sebagai hari untuk berpuasa 9 (Peter Heylyn History of the Sabbath, Bhgn 2, Ch. 2, London, 1636, ms. 44). |
314
CE |
Dekri Toleransi Milan, Kekaisaran Konstantine cuba untuk menggunakan Kekristianan untuk tujuan politik dan pada awalnya menyokong golongan Roma, yang telah mengadaptasikan doktrin Athanasius dan kemudiannya doktrin Cappadocian. Kedudukan doktrin dalam jemaat menjadi keliru oleh golongan Gnostik, yang telah dipengaruhi oleh kultus mistri. Konstantine menyokong golongan Athanasian berdasarkan pendapat yang salah bahawa, oleh kerana ia adalah dominan di Roma, ia adalah puak mazhab yang utama, tetapi penurunan takhta Arius dalam kumpulan Synod Alexandria membawa kepada peperangan mutlak dengan Kekaisaran bersamanya iaitu Licinius, dan kekacauan pada 322-323 CE. |
|
Paus Sylvester (314-335) adalah orang yang pertama mengarah jemaat untuk berpuasa pada waktu Sabat. |
|
Roma mencuba untuk membidas pemeliharaan Sabat. |
318
CE |
Persidangan Desposyni: pada 318 Konstantine telah mengarah persidangan di antara uskup Roma dan desposyni, yakni uskup yang berasal dari keluarga Yesus Kristus. |
|
Desposyni (bermaksud literal dalam Greek Kepunyaan Tuhan sebab mereka adalah pertalian darah dengan Yesus Kristus) meminta Sylvester, yang pada masa ini mendapat perlindungan Roma, untuk menarik kembali pengesahannya dalam kekuasaan uskup Kristian Greek di Yerusalem, di Antiok, di Efesus, dan di Alexandria, dan menamakan uskup-uskup deposyni bagi manfaat mereka. Tambahan lagi, mereka meminta bahawa praktik menghantar wang tunai ke Yerusalem sebagai jemaat induk akan di kembalikan. Praktik ini boleh dikenalpasti dengan mudah sebab persepuluhan dalam sistem persepuluhan, yang telah ditekan dalam jemaat sehingga sekatan Kekaisaran Hadrian pada 135 CE. Mereka yang mempunyai pertalian darah dengan Kristus meminda pengenalan semula hukum, yang membabitkan Sabat dan sistem Perayaan Hari Suci dan Bulan Baru dalam Alkitab. Sylvester membubarkan permintaan mereka dan berkata bahawa mulai hari ini, jemaat induk adalah di Roma dan dia mendesak mereka untuk menerima para uskup Greek untuk memimpin mereka. |
|
Ini adalah dialog yang terakhir dikenali bersama dengan jemaat-jemaat yang memelihara Sabat di bahagian timur yang dipimpin oleh para murid yang memiliki pertalian darah dengan Mesiah. |
|
Uskup, atau paus, (semua uskup dari
keuskupan utama dipanggil paus pada
mulanya apabila istilah ini diperkenalkan dari pemujaan kultus) kemudian
dengan penemuan orang-orang Roma, diarah bahawa mereka dimusnahkan dan kempen
pembasmian ini telah dilakukan terhadap keluarga langsung Kristus dari 318
dan seterusnya. Lihat tulisan Perawan Maria dan Keluarga
Yesus Kristus [232]. |
322 CE |
Penurunan takhta Arius dalam kumpulan Synod Alexandria membawa kepada peperangan mutlak dengan kekaisaran bersama Konstantine, iaitu Licinius, dan kekacauan pada 322-323 CE. |
325
CE |
Kaunsil Nicea di panggil rapat. Peraturan-peraturan Kaunsil Nicea telah hilang. Ia kemudiannya telah dibuktikan bahawa hanya terdapat 20, yang memulai pengenalan penyelewangan seperti: peraturan tempat kediaman untuk golongan paderi yang tinggal bersama kaum wanita, yakni pembujangan; penganiayaan oleh pembebanan penebusan Unitarian (secara salah disebut Arian) dan mereka yang menyokong Licinius; pembentukan sistem diocesan dan pengendaliannya terhadap para imam dan larangan terhadap golongan paderi memberikan kepentingan minat; dan pengenalan kepada berdoa berdiri sewaktu kebaktian hari minggu dan semasa “Musim Paskal.” Sebenarnya yang disebut Musim Paskal adalah penekanan pengenalan dan penyesuaian kepada Paskah seperti yang dipraktikkan di Timur dari Roma oleh sistem Attis dan di Mesir di bawah sistem Osiris/Isis. Perayaan ini adalah perbalikkan dari Paskah dalam Alkitab. Syahadat dibentuk semula dari Konstantinople sendiri, memperkenalkan konsep dasar binitarian kepada rumusan Tritunggal dan memperkenalkan penyelewengan bahawa Kristus adalah “satu-satunya anak Bapa” dan oleh itu menyingkir janji umat pilihan sebagai anak-anak Allah. Athanasius mengatakan (dalam Ad Afros) bahawa ada 318 uskup yang hadir. Arius seringkali dipanggil ke kaunsil, yang mana mungkin telah bermula pada 20 Mei 325 CE di bawah Hosius bangsa Athanasia dari Cordova. Konstantine mengikuti kaunsil pada 14 Jun. Untuk mendapatkan persetujuan, Konstantine berarak de dalam kelompok pasukan tentera Roma dan menangkap beberapa uskup dan membuang Arius, Theonas dari Marmarica dan Secundus dari Ptolemais ke Illyrica. Tulisan Arius kemudian dibakar dan ketiga-tiganya dikutuk sumpah. Para sisa menokong simbol syahadat itu pada 19 Jun. Kaunsil ini berakhir pada 25 Ogos dengan ‘pesta’ yang di adakan oleh Konstantine dengan kehadiran para uskup. |
|
Tiga bulan selepas kaunsil tersebut, Eusebius dari Nicomedia dan Theognius dari Nicea, yang dipaksa untuk menandatangani syahadat di bawah ugutan, telah disingkirkan kerana menarik diri dan Theodotus dari Laodicea yang mana juga telah menandatangani di bawah ugutan telah menarik diri daripada mengikuti mereka. |
|
Penganiayaan diadakan oleh pembebanan penebusan Unitarian (secara salah disebut Arian) dan mereka yang menyokong Licinius. |
328
CE |
Konstantine sedar bahawa bangsa Athanasia bukan mazhab yang majoriti dan merupakan sumber divisi dan penganiayaan dalam empayar memanggil semula lima pemimpin Unitarian, (ianya dicadangkan dalam dorongan Konstantia, balu Licinius. Bagaimanapun, mungkin dia adalah semata-mata pengikut Unitarian yang dikenali dari golongan Eusebian atau Arian). Masalah dengan sistem Kristian Unitarian adalah ia menuruti prinsip Alkitab dan tidak prihatin kepada pengendalian bangsa-bangsa. Setiap bangsa telah berpecah dan tertakluk kepada pemimpinnya sendiri dan sistem keagamaan bangsa itu adalah di antara mereka dan Allah. Selagi bangsa itu menuruti Allah, ianya akan diberkati. Empayar itu prihatin kepada dominasi dunia dan pertukaran agama ke dalam jemaat di Roma juga iilhamkan dari mentaliti ini. Justeru, mereka menerima organisasi yang inginkan dominasi dunia dan tidak bertolak ansur dengan tentangan terhadap model ini. Sebagai hasil, sistem Jemaat Roma mengadaptasikan sistem kafir dan pemujaan matahari dan di antara bangsa Aryan kepada Kekristianan, seperti tidak ada orang yang percaya dengan Alkitab yang boleh mengikuti kedua-dua sistem ini. |
335
CE |
Sabat di Persia |
|
Jemaat-jemaat yang memelihara Sabat di Persia telah melalui empat puluh tahun penganiayaan di bawah Shapur II, dari 335-375 secara khususnya kerana mereka memelihara Sabat. |
|
“Mereka menghina ilah-matahari kami. Tidak Zoroaster, perintis kudus kepada kepercayaan suci kami, yang menjadikan Ahad satu ribu tahun dulu dalam penghormatan kepada matahari dan menggantikan Sabat dalam Perjanjian Lama. Namun golongan Kristian ini mempunyai upacara suci pada hari Sabtu” (O'Leary The Syriac Church and Fathers, ms. 83-84, memetik semula Truth Triumphant ms. 170). |
|
Penganiayaan ini digambarkan di bahagian barat oleh kaunsil Laodicia (c. 366). Hefele mencatat: |
|
Dalil 16 – injil bersama dengan tulisan Kitab lain akan dibaca pada waktu sabat (dipetik juga dalil 49 dan 51, Bacchiocchi, fn. 15, ms. 217). |
|
Dalil
29 – Orang kristian harus tidak menjadikannya adat Yahudi dengan berhenti
pada waktu Sabat, tetapi harus bekerja pada hari itu menetapinya daripada berhenti
pada hari Tuhan, seboleh-bolehnya sebagai orang Kristian. Bagaimanapun,
sekiranya ada sesiapa yang didapati menjadikannya adat Yahudi, biarlah mereka
dikutuk sumpah untuk Kristus (Mansi, II, ms. 569-570, lihat juga Hefele Councils, Vol. 2, b. 6). |
337
CE |
Kaisar Konstantine telah dibaptis sebagai Unitarian oleh Eusebius di atas katilnya di mana dia mati. |
339
CE |
Penganiayaan Kristian yang teruk di Persia sehingga 379; penganiayaan yang sebentar-bentar kejam oleh pemerintahan Sassanian sehingga 640 ditakluk oleh Islam. |
345
CE |
Penganiayaan di Timur Siria dan Persia menuntun 400 bangsa Nestoria bersama dengan uskup untuk menduduki Malabar di India. |
351
CE |
Bangsa Goth Unitarian menerbitkan Alkitab dalam bahasa Gothik. |
358
CE |
Orang Yahudi Menukar
Kalendar |
|
Kalendar Yahudi telah diubah sejak zaman
Kaabah yang diteladani oleh sistem pengiraan dan yang dilukisan di bawah Rabi
Hillel II ca. 368 CE (sumbangan dari rabbi orang Babilon dari ca. 344 CE). Bangsa
Waldensia dan kemudian Sabatarian
bangsa Transylvania tidak mengikuti kalendar Yahudi tetapi mengadakan
penelitian mengenai penggabungan astronomi pada Bulan Baru. Lihat tulisan Kalendar Allah [156]
& Kata Pengantar oleh Cox kepada R. Samuel kohn, The Sabbatarians in Transylvania [A_B2], [1894, CCG Publishing,
1998]. |
380
CE |
Para Montanis pada abad kedua memulakan pemujaan terhadap Roh Suci dengan harapan Roh Suci akan datang dan mengambil tempat anak dan menyatakan injil yang lebih sempurna. Pandangan ini ditindas tetapi membawa kepada Kaunsil Keempat Roma pada 380 di mana Paus Damasus mengutuk sesiapa sahaja menyangkal bahawa Roh Suci dipuja sama seperti Bapa dan Anak (ibid., ms. 711). Justeru, pada tahun berikutnya (381) di Kaunsil Konstantinople, Roh Suci telah ditambahkan ke dalam Ketuhanan sebagai Tritunggal tetapi mungkin ianya tidak berjaya seperti yang di bawah oleh bangsa Cappadocia. Ini telah membentuk perbezaan yang besar di antara Jemaat-jemaat Allah dan Trinitarianisma. |
381
CE |
Kaunsil Konstantinople melihat firmulasi doktrin tritunggal dan mendefinisikan Roh Suci sebagai bahagian ketiga dalam Ketuhanan, melanjutkan lagi bidaah binitarian yang berasal dari kaunsil Nicea. Bagaimanapun, kedudukan penuh doktrin tidak disetujui sehingga Kaunsil Chalcedon pada 451 CE. Kaunsil ini memperlihatkan pengeluaran tiga-puluh-enam separuh bangsa Ariann, Macedonia atau Pneumatomachi. Kaunsil tersebut, selepas keluar, mengandungi hanya 150 uskup. Justeru, ianya tidak diwakili oleh kebanyakan Kekristianan pada masa itu. |
|
Ambrose dari Milan, bersama dengan Theodosius mendapat penguasaan dalam Jemaat roma. |
|
Persengketaan bangsa Athanasia/Arian membawa kepada penganiayaan yang lebih pahit. |
|
Doktrin yang dihubungkan dengan yang disebut Ariannisma, yakni penciptaan Roh Suci oleh Kristus, tidak menyokong mana-mana tulisan Arius atau pun dalam golongan itu. |
|
Lihat tulisan Sosinianisma, Arianisma dan Unitarianisma [185]). |
|
Tidak ada Kaisar Trinitarian yang bertakhta sehingga 381, apabila tritunggal diformulasikan di Konstantinople di bawah pengawalan Theodosius. Mereka semua adalah Unitarian sehingga 381 dengan pengecualian Julian yang murtad. |
|
Syahadat Unitarian ini berlandaskan teologi yang disebut dalam Mazmur 45:6-7 dan Ibrani 1:8-9. pembela awal seperti Irenaeus di Lyon memegang doktrin ini pada abad yang kedua. Teologi ini dipeluk oleh bangsa Goth, Vandal, Alan, Suevi, Heruli, Briton, Lombard, Jerman, dan semua suku kaum di bahagian utara. Lihat tulisan Perwujudan-Awal Yesus Kristus [243] untuk syahadat bangsa Goth). Ianya berasal dari ajaran para ahli teologi dan murid rasul yang sudah berabad lamanya sebelum Kaunsil Nicea pada 325 CE, di mana kebanyakan uskup ini hadir. Bidaah Binitarianisma telah dimulakan sejar dari Kaunsil ini. |
|
Pada 381 Tritunggal telah dinyatakan di Konstantinople dari teologi dari bangsa Cappadocia Basil, Gregory dari Nyssa dan Gregory dari Nazianzus. Pemusnahan iman ini oleh bangsa Greek dan Roma telah bermula. Penganut Trinitarian secara salah dan tidak jujur telah melabelkan syahadat ini sebagai Arianisme, untuk memberi impresi bahawa doktrin mereka adalah yang lebih tua daripada doktrin yang berasal dari Arius pada abad yang keempat. Kemudian penganut Trinitarian secara alternatif telah melabelkan doktrin Subordinatis Unitarian (Eusebianisme) dan juga uskup yang lain yang lebih senior dari Arius (yang tidak hadir di Nicea, yang dipanggil di sana hanya untuk tujuan nasihat dan lijik). Trinitarian menuduh Arian percaya bahawa Roh adalah ciptaan anak, apabila kebenarannya ialah ianya adalah doktrin Filique yang berkembang dari kaunsil Toleda, oleh penganut Katolik sendiri pada abad yang keenam. Malahan bangsa Greek juga menolak pandangan ini. orang yang melabelkan pandangan ini sebagai Arian, adalah orang yang bersifat tidak jujur, atau tidak memahami sepenuhnya dengan apa yang mereka perkatakan. |
382
CE |
Pada 382 Theodosius I telah menempatkan semula bangsa Visigoth dalam empayar tetapi mereka masih Unitarian. Menyatakan bahawa ianya adalah kerana kaisar, terutama Valen, yang menjadikan puak utara menjadi Unitarianisma dan bukannya Trinitarianisma. Bangsa Goth, Vandal, Alan, Suevi, Heruli, semuanya adalah Unitarian seperti puak-puak Teuton dan terdapat beberapa uskup dari puak Unitarian di Nicea. Bangsa Jerman Hermunduri kekal menjadi Unitarian sehingga kurun ke-lapan. |
385
CE |
Pembuangan beberapa penganut Sabatarian dari Britain ke Ireland selepas penghukuman mati Priscillian. |
|
Bangsa Celtic yang
memelihara Sabat |
|
Henry Charles Lea, kuasa yang terkenal dalam penyelidikan Paus, mencatat jangka masa permulaan penganiayaan yang melibatkan pengadilan pusat bagi bidaah, bahawa ketika penganiayaan Priscillian bersama dengan enam lagi pengikutnya pada 385 AD, bahawa “yang lain dibuang di pulau yang kejam lagi diluar Britain. (A History of the Inquisition of the Middle Ages, vol.1. New York: Harper & Brothers 1887, ms.213.) Apakah pulau yang kejam lagi ganas ini? ianya seolah-olah pulau Ireland. Briatain dan Ireland adalah dua tempat yang terkenal untuk pembuangan dan tempat pemasaran bagi hamba abdi pada ketika itu. Jika sesungguhnya, ramai orang yang bidaah telah dibuang ke Ireland berabad lamanya, maka ia sememangnya mempunyai efek yang besar atau pulau itu, yang mana menjadi pusat terang dibawah Patrick (Abad ke-5), Columba (521-597), dan Columbanus (c. 540-615) sebagai kegelapan dalam kekejaman paus telah diturunkan ke seluruh benua. Para utusan pergi dari Ireland ke Switzerland, Bohemia, dan Kiew. Ireland adalah satu daripada tempat yang paling sukar bagi Roma untuk menaklukinya, dan ini menjelaskan mengapa upaya yang tidak berkesudahan berlanjutan lebih dari 1200 tahun untuk menakliki sepenuhnya pulau Ireland ini. (Diambil dari Cheristh Chronicle, April-June 1998, ms. 46-47). |
|
Jemaat bangsa Celtic yang telah menduduki Ireland, Scotland dan Britain memiliki kitab Syriac (Byzantine) dan bukannya kitab dari vulgate Latin Roma. Jemaat Celtic bersama dengan para utusan dan bahagian timur empayar, memelihara Sabat hari ketujuh. Apabila Ratu Margaret melarikan diri ke Scotland bersama dengan bapanya Edward Atheling, penuntut terhadap takhta bangsa Inggeris, dia menulis, “kepada sepupunya yang berbangsa inggeris menyatakan kehairanannya terhadap praktik agama yang dianuti oleh bangsa Scot. Diantara ‘keganjilan’ pada bangsa Scot ialah bahawa ‘mereka bekerja pada hari Minggu, tetapi memelihara Sabtu seperti cara memelihara Sabat.’ Kepada seorang lagi penulis, dia mengadu, “Mereka juga menyesuaikan diri untuk mengabaikan ketertiban Hari Tuhan (Ahad); dan justru meneruskan kerja-kerja duniawi pada hari itu sama seperti hari-hari lain.’ |
|
“Pemeliharaan Sabat hari Sabtu oleh kebanyakan orang Scot berjajaran dengan keengganan mereka untuk “mengakui kebesaran Paus dalam hal keagamaan’. Walaupun upaya yang terbaik oleh Raja Nectan berabad sebelumnya, Kekristianan bangsa Scot masih memegang anutan ‘Columban’ atau ‘Celtic’, dan bukannya anutan ‘orang Roma’ yang berpelbagaian. |
|
“Kisah sejarah yang paling terkenal di Scotland – Scotland: A Concise History by P. Hume Brown (langsyne) – mengesahkan bahawa pada ketika penaikan Margaret, ‘orang bekerja pada hari-hari Ahad dan memelihara Sabtu sebagai hari Sabat’. Peter Berresford Ellis di dalam Kewarisan Celtic (Constable, 1992) muka surat 45 mnulis: ‘Apabila Roma mula mengambil minat khusus dalam Jemaat Celtic di penguhujung abad yang keenam AD, terdapat beberapa perbezaan di antara mereka... Sabat bangsa Celtic dirayakan pada hari Sabtu.’ Komentar Elli merangkumi Jemaat Celtic di Wales, Ireland, Cornwall, dan juga Scotland. Fahaman Romanisme rupanya telah memasuki Scotland tetapi kemunculannya tidak berkuasa di bahagian utara. |
|
“Ini memberi peluang kepada Ratu Margaret untuk mengadakan kempennya (serta lintasannya kepada pengisytiharan wali): ‘Margaret melakukan semua yang termampu untuk membuat kependitaan bangsa Scot percaya sepenuhnya apa yang diperintahkan oleh Jemaat Roma.’ Ini melibatkan penekanan kepada pemeliharaan hari Minggu, peraturan yang telah diteruskan oleh anak lelakinya, Raja David I. Bagaimanapun, sewaktu masa-masa sebelum reformasi, masih terdapat banyak masyarakat yang memelihara Sabat pada hari ketujuh, yang menyangkal ‘Kepausan hari Minggu’. |
|
“Dua buku yang diterbitkan pada 1963 – peringatan kepada ketibaan Columba di lona pada 563 – mengaitkan diri mereka dengan “Bangsa Celtic yang tersendiri” dan mengira di antara mereka yang memelihara Sabat hari ketujuh. Dr. W.D. Simpson menerbitkan The Historical St. Columba di Edinburgh. Dia mengesahkan bahawa Columba beserta dengan pengikutnya memelihara ‘hari Sabat’ dan sekiranya ada keraguan yang ditambah pada catatan bawah ‘tentu saja Sabtu’... F.W. Fawcett telah siap sedia untuk menulis Columba – Pilgrim for Christ oleh Uskup dari Derry dan Raphoe. Bukunya diterbitkan di Londonderry dan dicetak oleh Derry Standard dalam pertaliannya dengan orang Iris yang memperingatkan misi Columba. Fawcett menguraikan lapan bangsa Celtic yang berbeza. Antara beza-beza ini bahawa orang-orang Celtic mempunyai keimamatan yang berkahwin dan bahawa mereka memelihara hari yang ketujuh sebagai Sabat.” – David Marshall, The Celtic Connection. England: Stanborough Press 1994, ms. 29, 30. |
|
“Alasan mengapa Paus Gregory I melihat bahawa Gereja Celtic merupakan ancaman terbesar dan mengapa dia dan pewarisnya meluaskan usaha-usaha untuk memusnahkan ‘Budaya Irish’ yang tersendiri merupakan bukti yang terbesar.” |
|
“A.O. dan M.O. Anderson, dalam pengenalan kepada karya mereka, Adomnan’s Life of Columba (Thomas Nelson 1961), memancarkan terang, bukan sahaja kepada praktik memelihara Sabat Columba, tetapi keatas “penyesuaian” yang beransur-ansur terhadap naskah oleh generasi-generasi juru salin Roma, dalam percubaan untuk menyediakan satu impresi bahawa bangsa Celtic yang alim memelihara hari Ahad sebagai hari kudus. |
|
“Penggunaan sabat sebagai hari Sabtu oleh Adomnan, yakni hari yang ketujuh dalam minggu, jelas adalah indikasi dari “mulut Columba” bahawa ‘Sabat bukanlah hari Ahad.’ Hari Ahad, hari yang pertama dalam minggu adalah ‘Hari Tuhan’. Sikap Adomnan terhadap hari Ahad sangat penting, kerana dia menulis sewaktu masa kontroversi terhadap persoalan sama ada upacara Sabat dalam Alkitab dipindahkan kepada ‘hari-Tuhan’ orang-orang Kristian. (A.O. dan M.O. Anderson (eds) Adomnan’s Life of Columba (Thomas Nelson’s Mediavel Texts, 1961), ms 25-26.) |
|
“Perjanjian Lama membutuhkan pemeliharaan Sabat hari yang ketujuh dan, menjadi alasan editor-editor Adomnan, sebab Perjanjian Baru tidak menyebut hukum yang keempat, yakni hari yang ketujuh sebagai hari yang dipelihara oleh orang-orang Kristian yang awal. Bukti yang mereka kemukakan mencadangkan bahawa tidak ada kekeliruan yang sebenarnya berlaku diantara Ahad dan ‘Sabat’ sehingga awal abad yang keenam, dan kemudiannya di dalam karya tulisan Caesarius dari Aries yang lebih mengaburkan. (ibid., ms 26.). |
|
“’Di England, persoalan hari Ahad mungkin terjadi diantara hal-hal kependetaan yang lain’ yang dibincangkan oleh Synod dari Whitby pada 664’, memberi alasan kepada Anderson dalam penambahan kepada tarikh paskah hari minggu yang mana tidak mengakibatkan keretakan ini. Pemeliharaan mingguan, bukan sahaja pemeliharaan tahunan telah memisahkan bangsa Celtic dari orang-orang Roma. Tetapi orang Roma mempunyai tugas untuk menulis sejarah Jemaat dan menyalin karya para paderi Jemaat. Sementara arahan-arahan tersebut tidak ditambah atau diambil dari perkataan Buku itu dan, pada dasarnya telah melakukan tugas yang teliti, perasaan segan ini tidak diaplikasikan apabila mereka menyalin karya tulisan para paderi Jemaat. Sementara abad berlalu, tulisan para orang alim bangsa Celtic, termasuk Patrick telah ‘diubah’ untuk memberikan impresi bahawa orang-orang alim ini memelihara hari Ahad sebagai hari kudus, manakala dalam versi yang lebih awal dari naskah mereka itu jelas bahawa mereka memelihara Sabat para hari yang ketujuh. (Ibid., ms 26-28). |
|
‘Pergerakan’ orang-orang Roma untuk menggantikan Sabat bangsa Celtic dengan hari Ahad telah ‘memuncak di dalam penghasilan kepada [apocryphal (kesusasteraan yang diselewengkan)] ‘Surat Yesus’, atau ‘Surat hari-Tuhan’, didakwah telah ditemui di atas mezbah Petrus di Roma; dan telah dikatakan di dalam rekod riwayat sejarah bahawa ianya telah dibawah ke Ireland oleh musafir (c. 886). Berdasarkan dakwaan ini maka undang-undang telah disebarluaskan, memberikan hukuman yang berat bagi mereka yang melanggar hari Ahad yang mana beberapa undang-undang berasal dari orang Yahudi mengenai larangan-larangan pada hari Sabat... Sebenarnya tidak ada bukti sejarah bahawa Ninian, atau Patrick, atau Columba, atau sesiapa pun yang sezaman dengan mereka di Ireland, memelihara hari Ahad sebagai Sabat.’ (ibid., ms 28). |
|
“Sabat hari yang ketuju, diarahkan oleh hukum yang keempat dalam perintah sepuluh hukum, telah dipelihara oleh Yesus dan tidak ada tertulis di dalam Alkitab bahawa kekudusannya dikurangkan atau digantikan kepada hari yang lain... |
|
“Versi awal Undang-Undang Columba telah diterbitkan semula di Columba – Pilgrim for Christ oleh [golongan pendeta] F.W. Fawcett, MA. [Golongan pendeta] Fawcett adalah pendeta Jemaat di Ireland. Dia telah ditugaskan oleh Uskup Derry dan Raphoe untuk menerbitkan buku ini sebagai sebahagian daripada perayaan pada 1963 pemergian Columba ke lona pada AD 563.” – Marshall, The Celtic Connection, 46. |
|
Undang-undang yang kelima dalam Jemaat Celtic yang tersenarai dalam Undang-Undang Columba adalah “Hari yang ketujuh dipelihara sebagai Sabat.” |
392
CE |
Theodosius yang agung (392-395) telah menyatukan semula empayar itu, tetapi telah terbahagi semula oleh penggantinya iaitu Honorius dan Arcadius pada 395. |
396
CE |
Bangsa Visigoth di bawah Alaric menceroboh Greece. Dalam penurutannya terhadap undang-undang Alkitab, dia memusnahkan arca-arca kafir di sana dan oleh kerana itu dia dipercayai telah merampas bangsa Athen dan Balkan pada 398. pada 401 mereka menceroboh Itali dan berterusan sehingga 403. |
400
CE |
Socrates Seorang Sejarawan
Mengatakan: |
|
Walaupun hampir semua Jemaat di seluruh dunia merayakan hari-hari kudus mistri [didakwa oleh Katolik sebagai Eucharist atau Perjamuan Malam Tuhan] ini pada waktu Sabat setiap minggu, tetapi orang-orang Kristian Alexandria dan Roma, dengan memperhitungkan beberapa tradisi kuno, menolak untuk melakukannya (Socrates, Ecclesiastical History, Buku 5, Fasal. 22, ms. 289). |
|
Sabat Di Afrika |
|
Augustine dari Hippo, seorang pemelihara hari Minggu yang soleh, mengisytiharkan bahawa Sabat dipelihara di dunia Kristian yang lebih besar (Nicene and Post-Nicene Fathers (NPNF), siri pertam, Vol 1, ms. 353-354) dan merasa kesal terhadap fakta bahawa dua jemaat jiran di Afrika, yang mana satu darinya memelihara Sabat hari ketujuh, sementara yang satu lagi berpuasa pada ari itu (Peter Heylyn, op. cit., ms. 416). |
|
Lihat tulisan: Distribusi umum Jemaat-jemaat yang memelihara Sabat [122]). |
|
Jemaat-jemaat tersebut secara umum memelihara Sabat buat beberapa ketika. |
|
Umat Kristian kuno sangat berhati-hati dalam pemeliharaan hari Sabtu, atau hari yang ketujuh...Ianya jelas bahawa semua jemaat-jemaat di bahagian timur, dan bahagian besar dunia, memelihara Sabat sebagai satu perayaan... demikian juga Athanasius memberitahu kita bahawa mereka mengadakan perhimpunan pada hari Sabat, bukan kerana mereka dipengaruhi oleh fahaman Yudaisme, tetapi untuk berbakti kepada Yesus, Tuhan sabat, Epiphanius mengatakan perkara yang sama (Antiquities of the Christian Church, Vol. II, Buku. Xx, Fasal. 3, Sek 1, 66. 1137,1136). Athanasius adalah seorang Binitarian yang bidaah maka ini menjadi ulasan kepada “menyembah Yesus”. |
|
Sabat Di Cina |
|
Pada pertengahan penghujung abad yang keempat, uskup jemaat bangsa Abyssinia yang memelihara Sabat, Museus, melawat Cina. Ambrose dari Milan menyatakan bahawa Museus telah menjelajah hampir kesemua tempat di negeri Seres (Cina) (Ambrose, De Moribus, Brachman-orium Opera Omnia, 1132, found in Migne, Patriologia Latina, Vol. 17, ms. 1131-1132). Mingana mempercayai bahawa Museus berbangsa Abyssinia menjelajah di negara Arab, Persia, India dan Cina pada 370 (lihat juga fn. 27 to Truth Triumphant, ms. 308). |
|
Jemaat-jemaat Sabat telah dibentuk di Persia dan di lembah Tigris-Euprates. Mereka memelihara Sabat dan membayar perpuluhan kepada jemaat mereka (Realencyclopæie fur Protestantishe und Kirche, art. Nestorianer; lihat juga Yule The Book of Ser Marco Polo, Vol. 2, ms. 409). |
|
Umat-umat Kristian di St. Thomas India tidak pernah berhubungan dengan Roma. |
|
Mereka adalah pemelihara Sabat, sama seperti
mereka yang telah memutuskan perhubungan dengan Roma selepas kausil
Chalcedon, iaitu bangsa Abyssinia, bangsa Yakub, Bangsa Maron dan Bangsa
Armenia serta bangsa Kurdis, yang memelihara hukum-hukum makanan dan menyangkal pengakuan dan
tempat penyucian (Schaff-Herzog The New
Encyclopædia of Religious Knowledge, art. Nestorians and Nestorianer). |
402
CE |
Paus Innocent (402-417) memperlakukan puasa pada hari Sabat sebagai hukum berikat di dalam jemaat-jemaat yang menurutinya. |
|
“Innocentius telah mentahbiskan hari Sabtu atau Sabat sebagai hari untuk berpuasa” (Peter Heylyn History of the Sabbath, Bahagian 2, Fasal. 2, London, 1636, ms. 44). |
406
CE |
Gunderic menjadi Raja bangsa Vandal. |
|
Kerajaan Ulat bangsa Burgandian telah ditubuhkan. |
|
Semua suku kaum Teutonic ini adalah Unitarian. |
409
CE |
Bangsa Vandal adalah Unitarian dan maka itu ikonoklastik (penentang pegangan) dan mereka menghina lambang-lambang serta berhala-berhala dari sistem yang muncul di Roma dan sinkretik yang diadaptasikan dari upacara-upacara dan arca-arca yang lebih awal. Semua ini mereka telah musnahkan pada mulanya di Gaul pada 409-411 dan ketika tiba di Sepanyol, di Afrika dan sekali lagi di Roma. Mereka telah dilabelkan sebagai orang gasar kafir dan dari sini, kita telah mengambil perkataan vandalisme, tetapi sebenarnya mereka dimusnahkan, yang mana menghina berhala sinkretik. Mereka semestinya telah memusnahkan Roma kerana apa yang mereka lihat sebagai patung berhala, tetapi berlembut hati terhadap permintaan dari Leo pada 2 June 455. |
|
Dr. Peter Heylyn (History of the Sabbath, London 1636, Bhgn 2, prgn. 5, ms. 73-74)menyatakan bahawa Milan adalah memelihara hari Sabat sejak dari masa-masa kuno mengikuti praktik orang di bahagian timur. |
416
CE |
Bangsa Vandal telah menduduki Sepanyol, dan Sepanyol adalah Unitarian. Bangsa Visigoth telahmenawan kerajaan Vandal di Sepanyol pada 416. Justru, semua kawasan di bahagian utara dan barat adalah Unitarian. Italy didakwa sebagai trinitarian, tetapi ia lebih tertakluk kepada Unitarian. Pada 418 bangsa Frank telah mendiami di sebahagian Gaul. Dalam tahun yang sama Theodoric I menjadi raja bangsa Visigoth. Menjelang 425 orang yang dipanggil orang gasar ini sebenarnya adalah Unitarian pada bahagian besarnya telah menduduki daerah-daerah orang Roma. Bangsa Vandal berada di bahagian selatan Sepanyol, bangsa Hun berada di Pannonia, bangsa Ostrogoth (dan berikutnya Heruli) berada di Dalmatia dan bangsa Visigoth dan Suevi berada di utara Portugal dan Sepanyol. Bangsa Hun Eropah kekal di Pannonia sehingga ca. 470 apabila mereka keluar dari Eropah. |
425
CE |
Pada 425 Valentinian III menjadi Kaisar Roma Barat dibawah kepimpinan ibunya, Galla Placidia (428-477) menjadi raja kepada Vandal dalam tahun itu. |
|
Pada 429, bangsa Pict dan Scot telah disingkirkan dari England selatan oleh bangsa Angle, Saxon, dan Jute. Pada 457, di dalam peperangan Crawford, bangsa Jute dibawah Hengest telah mengalahkan Briton dan menduduki Kent di mana mereka terus kekal di sana. Pada tahun 429 Aetus, yakni ketua menteri Valentinian III menjadi pemerintah yang sebenarnya di bahagian barat empayar Roma (429-454). Pada tahun yang sama Gaiseric menubuhkan kerajaa Vandal di Afrika Utara. Pada 443 dia telah mengambil kedudukan Roma yang terakhir di Utara Afrika dan Afrika telah sekali lagi dibawah kekuasaan Unitarian.
|
433
CE |
Attila (d. 453) menjadi pemerintah bagi bangsa Hun. Pada 436 tentera Roma yang terakhir meninggalkan Britain. Pada tahun yang sama bangsa Hun memusnahkan kerajaan Ulat bangsa Burgandian. Bangsa Burgandian adalah sebahagian daripada tusukan utama terhadap Eropah, yang dilakukan oleh Anglo-Saxon dan Lombard dan puak-puak lain yang seolah-olah dari kumpulan puak Parthian. |
443 CE |
Bangsa Jerman Alemanni (Swiss Jerman) telah menduduki Alsace. |
|
Pada 453 Attila dari bangsa Hun mati dan Theodoric II (453-466) menjadi raja kepada bangsa Visigoth sehingga dia telah dibunuh oleh saudaranya, Eric (466-484) yang telah menggantikannya. Ini telah diikuti oleh penjarahan di Roma pada 455 oleh bangsa Vandal. Fakta perkara ini ialah bahawa bangsa Vandal adalah Unitarian. Mereka memusnahkan patung-patung kafir yang diberikan nama Kristian dengan menganggap mereka sebagai satu kebencian dan melanggar hukum yang kedua. Ungkapan Vandalisma datang dari tindakan ini. Pemusnahan ini sebenarnya adalah praktik kuasa Akitabiah dalam memusnahkan patung-patung kafir.
|
451
CE |
Pegangan penuh doktrin yang mempercayai bahawa Roh Suci adalah satu bahagian yang sama dengan ketuhanan tidak disetujui sehingga kaunsil Chalcedon. Peranan dan fungsi anak-anak Allah sebagai utusan dan melayan roh-roh telah dikurangkan kepada fakta bahawa kewujudan mereka menjadi remeh dan perkataan malaikat telah berhenti menjadi fungsi deskriptif anak Allah dalam melaksanakan rencana Allah. Ianya menjadi entiti seadanya yang mana mencapai kewujudan yang lebih rendah kepada peranan yang di lihat pada Mesiah dan umat pilihan. Pandangan ini telah meninggikan Kristologi dan menyingkir Kristus dari penciptaan pada semua tahap menurut dogma agama Trinitarian. Pandangan ini bukan dari pandangan Jemaat awal dan ungkapan malaikat di lihat sebagai fungsi anak-anak Allah semata-mata. |
471
CE |
Theodoric yang Unggul menjadi raja bagi bangsa Ostrogoth dari 471-526.
|
|
Kaisar Roma Timur pada masa itu adalah Theodosius II (d.450), Marcian 450-457), Leo I (457-474). Pada 457 Childeric I (457-481) menjadi raja bagi bangsa Salien Frank. Pada 460 bangsa Frank menawan Cologne. Bangsa Vandal juga memusnahkan konvoi Roma Cartagena pada tahun yang sama.
|
|
Konflik di sepanjang Eropah, adalah secara dasar telah berakhir yang mana puak telah berkubu di bahagian sektor yang subur di Eropah. Sementara mereka adalah Unitarian, mereka juga diperintah oleh orang yang tamak lagi tidak komited dan itu lah keruntuhan mereka.
|
|
Kaisar Roma Barat yang terakhir di sepanjang jangka masa dari 461 adalah Severus (461-465); Athemius (sehingga 467); Alybrius (sehingga 473); Glycerius (sehingga 474); Julius Nepos (sehingga 475); dan Romulus Augustulus (sehingga 476). Empayar Barat telah berakhir dengan kelemahan pemerintahnya. Jerman Odoacer (433-493) telah menawan dan membunuh Orestes di Placentia dan kemudian membunuh anaknya Romulus Augustulus dan menyatakan dirinya sebagai raja bagi Itali.
|
|
Justru, Kaisar Roma Barat telah berakhir, dengan tidak ada Jemaat Katolik yang dibentuk dan tidak ada polisi yang jelas ke atas Eropah.
|
474
CE |
Penindasan Mazhab Di
Bahagian Timur |
|
Pada tahun 474, Zeno menjadi Emperor Roma Timur (474-491). Pada masa yang sama, sekolah Trinitarian berkembang pesat di timur Roma, dengan model Neo-Platonist dibangunkan dan Proclus menjadi ketua akademi Platonic pada tahun 476. Sistem di sekolah ini telah diformalisasikan dengan Majlis Chalcedon pada tahun 451. The Egyptian Coptic Divisions atau Divisi Coptic Mesir ditarikhkan pada masa yang sama. Pada tahun 483, Paus Simplicius digantikan oleh Felix III(-492). Pada tahun 484, penyingkiran Acacius iaitu orang tua yang sangat dihormati(patriach) di Constantinople menyebabkan perpecahan gereja Trinitarian di bahagian Barat dan Timur(484-519).
|
476
CE |
Gaiseric raja bangsa Vandal menjual bahagian timur Sicity kepada theodoric raja bangsa Visigoth. Penganut Unitarian dibawah Hunneric, raja bangsa Vandal mula mengambil kira terhadap penganut Katolik, di mana mereka menjadi teladan dalam toleransi mereka sehingga sekarang, bersama dengan penghindaran berhala yang jelas. Perbalahan penganut Unitarian/Trinitarian sekarang mula mengajukan penganiayaan. Trinitarian atau golongan Katolik/Ortodoks kebanyakannya lemah dan Unitarian telah menggugat. Ini beruba dengan bantuan sokongan dari bangsa Salien Frank. |
481
CE |
Pemberontakan Vahan Mamikonia terjadi dari 481-484 dan kejayaan ini telah menjamin kebebasan agama dan politik bagi bangsa Armenia. Kebebasan ini juga tampak sebagai kaedah dalam menolong jemaat-jemaat yang memelihara Sabat terbentuk bersama dengan golongan Paulician di dalam pergunungan Taurus. Golongan Paulicia masih boleh didapati di bahagian timur pada abad kesembilan belas. Golongan ini masih beroperasi pada abad yang kedua puluh. Keturunan mereka berjumlah berjuta atau lebih, telah dibasmi di daerah Armenia selepas Perang Dunia Pertama. Mungkin terdapat di antara satu juta dan dua juta Sabatarian telah dibasmi selepas mengharamkan Bektashi Islam selepas 1927. proses pembasmian ini berpanjangan sehingga melalui pemusnahan besar-besaran di Eropah dan berlanjutan sehingga 1953 dan kematian Stalin. |
|
Childeric I telah mati dan digantikan oleh anak lelakinya Clovis (d. 511) yang menjadi menubuh kepada kuasa Merovingian. Pada 484 Hunneric raja bangsa Vandal telah digantikan oleh anak buahnya, iaitu Gunthamund (d. 496). Pada 486 Clovis mengalahkan Syagrius orang Roma terakhir yang menjadi Gabenor di Gaul. Maka Roma tidak lagi berkuasa di Gaul. |
487
CE |
Pada masa ini juga (487-493) penganut Unitarian berbangsa Ostrogoth memulakan penaklukan mereka terhadap Itali. Theodoric mengalahkan German Odoacer di Sungai Isonzo dan mengalahkannya sekali lagi berdekatan dengan Verona (489). |
489
CE |
Pada tahun 489, Emperor Zeno memusnahkan Sekolah Kristian Nestorian di Edessa dan membina gereja St Symeon Stylites di sekeliling tiangnya. Pada tahun 491, gereja Armenian memburukkan pertalian dengan Byzantium dan Rome dan pada tahun 498, Nestorians menetap di Nisibis, Persia. Gereja yang menetap di Armenia dari Jerusalem bukanlah Trinitarian Diphysite tetapi pemelihara hari Sabat. Ia juga merupakan tempat di mana teks Aramic dan versi Alkitab iaitu Pessita disimpan iaitu di Edessa, sehingga ia diharamkan. Sabat tersebar luas hingga ke China oleh gereja terawal dari akhbar timur (dipetik dari tulisan Distribusi Umum Jemaat-jemaat yang Memelihara Sabat [122])”.
|
492
CE |
Paus pada masa ini iaitu dari kematian Felix III adalah Gelasius (492-496); dan Anastasius II (hingga 498) dan Symmacus (hingga 514). Gelasius memperkenalkan Gelasian Missal iaitu buku doa, zikir, dan arahan untuk menyambut upacara Misa(Mass).
|
493
CE |
Odoacer menyerah kepada bangsa Ostrogoth dan telah dibunuh oleh Theodoric yang kemudiannya telah menubuhkan kerajaan Ostrogoth Itali dan mengahwini saudara perempuan Clovis. Bangsa Ostrogoth menduduki Malta dari 494-534. pada 500 Thrasamund mengahwini saudara perempuan Theodoric dan memberikan bahagian barat Sicity sebagai mas kahwin. |
498
CE |
Bangsa Nestorian telah menduduki Nisibis di Persia. |
499 CE |
Pada 499, synod do Roma mengeluarkan dekrit terhadap pemilihan kepausan dan pada 500 kemenyan telah diperkenalkan ke dalam upacara jemaat Trinitarian untuk pertama kalinya di dalam Jemaat Kristian. |
500
CE |
German Marcomanni di Bohemia menceroho Bavaria dan pada waktu pemergian mereka, bangsa Czech menduduki Bohemia. |
510
CE |
Ternyata, bahagian tenggara Perancis, pergi kepada orang Ostrogoth Itali sehingga 563, fakta ini menjelaskan mengapa Sabbatati berada di serata tenggara selatan Perancis, utara Sepanyol, dan utara Itali. Kekristianan memelihara Sabat sehingga abad kelima dan pada zaman Jerome (ca. 420) orang Kristian yang soleh melakukan kerja seperti biasa pada waktu Ahad (Dr. White bishop of Ely, Treatise of the Sabbath Day, ms. 219; dipetik dari Augustine of Hippo NPNF First Series, Vol. 1, ms. 353-354 dan juga tulisan Distribusi Umum Jemaat-jemaat yang memelihara Sabat [122], ms. 2). |
511
CE |
Pada 511, raja orang Frank meninggal dan kerajaannya dibahagi kepada empat orang anaknya iaitu, Theodoric I (534), Chlodomer (524) Childebert I (558) dan Chlothar (561) dan mereka membangunkan mahkamah di Soissons, Paris, Metz dan Orleans masing-masing. Pada masa in I, rahib di St Cesaire di Arles diasaskan. Monasticisme juga memainkan peranan dalam perkembangan Trinitarian.
|
523
CE |
Pada 511, raja Vandal iaitu Thrasamund meninggal dan digantikan oleh Hilderik (hingga 530). Pada 524, Sigismund dibunuh oleh Chlodomer iaitu anak Clovis I. Ostrogoth membangunkan Arian Baptistery yang sekarang dikenali sebagai Baptistery S Maria di Cosmedian, Ravenna pada 525. Walaubagaimanapun, Theodorik yang agung meninggal pada 526 dan disemadikan di Ravenna. Anak perempuannya menjadi pemangku raja Itali (hingga 534).
|
|
Pembunuhan besar-besaran terhadap orang Kristian Arab di Najran dan Himyar (Arabia) oleh raja Arab Yahudi. |
527
CE |
Pada 527, Justinian I menjadi Emperor Byzantine (hingga 565) dan beberapa siri pembalikan dan turun naik berlaku terhadap orang Goth dan Vandal dan seterusnya gereja Unitarian untuk beberapa tempoh waktu hingga 590. Perubahan yang paling pentingdalam sejarah Eropah adalah apabila Franks menjadi Trinitarian, dan fakta ini membantu untuk membangun gereja Katolik di Eropah. Tanpa orang Frank, siapalah mereka. Kita akan melihat pergerakan ini hingga deklarasi Holy Roman Empire dari 590 CE dan empayar ini bertahan selama 1260 tahun hingga ia dibubarkan pada 1850 dan paus sesungguhnya dipenjarakan dari 1870. |
529
CE |
Perang Akhir kepada
Kebangkitan Islam dan Empayar Suci Roma |
|
Pada 529, Justinian menutup ekolah falsafah Greek di Athen yang berusia selama 1000 tahun. Tindakan ini adalah akibat Paganisme tetapi ini memaksa penyatuan Neo-Platonis dan memaksa para professor untuk pergi ke Persia dan Syria di mana tahun berikut dan seterusnya di bawah Chosroes I (531-579), Persia mencapai tahap pendidikan tinggi yang baru. Ini menyebabkan tumpuan pembelajaran lebih berpusat kepada dunia Islam, apabila ia dibentuk abad berikutnya sebagai reaksi kepada kemaraan Trinitarian di Constantinople.
|
532
CE |
Pada 532, orang Frank menggulingkan kerajaan Burgundy yang telah menguasai kawasan Perancis, Switzerland dan Austria. General Belisarius juga menyelamatkan takhta Justinian dengan menghentikan pemberontakan Nika di Constantinople. Justinian dipanggil semula tahun sebelumnya selepas beliau disingkirkan akibat kekalahan beliau oleh orang Persia. Constantinople kemudiannya dibangun semula. Pada tahun 533, Belisarius menggulimkan kerajaan Vandal dan menjadikan Utara Afrika sebagai daerah Byzantine. Pada tahun 534 Toledo menjadi ibu Negara kerajaan Visogotik Unitarian di Sepanyol. (hingga tahun 711). Pada tahun 535, Belisarius menduduki kerajaan Ostrogoth Itali dan tinggal di sana hingga tahun 540. Tindakan ini membenarkan Provence pergi dari Ostrogot ke kerajaan Frank dan Naples menjadi sebahagian daripada Empayar Byzatine. |
539
CE |
Dari tahun 539 hingga tahun 562, empayar Byzantine berperang dengan Persia. Peperangan ini membenarkan Totila iaitu orang Ostrogoth untuk mengakhiri pemerintahan Byzantine di Itali pada tahun 540 dan menjadi raja pada tahun 541 selepas kematian bapa saudaranya iaitu Hildebad (hingga 552). Pada tahun 546, Totila memasuki Roma (meninggalkannya semula pada tahun 547). Pada tahun tersebut, Adouin iaitu orang Lombard mengasaskan dinasti Lombard dan meluaskan kekuasaannya melepasi Sungai Save. |
543
CE |
Pada tahun 543, tulisan Origen dikutuk dengan perintah Justinian. Walaupun Origen mempunyai kecenderungan quasi-Gnostic, namun tulisannya dan Hexapla juga penting. Tindakan ini adalah sebahagian daripada penyatuan dogma Trinitarian yang Anti-Sabbatarian di Timur. Empress Theodoran meninggal pada tahun 548.
|
550
CE |
Pada 550 Totila telah menawan semula Roma dan penganut Unitarian kembali berkuasa. Pada tahun yang sama perpindahan orang-orang Turki menuju ke barat telah bermula dan suku kaum Slav telah mendiami Mecklenburg. |
|
Orang Poland menetap di barat Galicia, dan orang Ukrain menetap di timur Galicia. Pada tahun yang sama, orang Wales dijadikan sebagai Kristian oleh David dan pemeliharaan hari sabat dipertahankan di Wales di mana ianya tidak diusir sepenuhnya hinggalah abad ke-11. Pendeta yang berkahwin berterusan hingga abad ke-12. Penginjil Ireland iaitu Columban juga bermula pada masa ini di Perancis dan Itali (550-615). Penggunaan loceng di gereja di Perancis buat pertama kali pada tahun ini juga menandakan pengaruh sinkretik Trinitarian melalui orang Frank.
|
551
CE |
Pada tahun 551, tentera laut Ostrogot ditewaskan oleh Byzantine. Totila iaitu raja Ostrogoth dibunuh tahun berikutnya oleh Byzantine di bawah eunuch Narses (c. 478-c. 573) di medan tempur Taginae. Pada tahun 553, Narses kemudiannya merampas Naples dan Roma untuk Byzantine dan dilantik sebagai Exarch kepada Itali, iaitu kuasa tertinggi dalam tentera dan perkhidmatan awam. Takhta uskup agong Maximian juga dibangunkan di Ravenna pada tahun ini.
|
558
CE |
Pada tahun 558, Clothar I iaitu anak Clovis bersatu semula dengan orang Frank dan bertahan sehingga tahun 561 apabila ia terbahagi lagi di bawah anak-anaknya iaitu Charibert, Guntram, Sigebert dan Chilperic.
|
563
CE |
Pada 565 Columba seorang mualim Sabatarian bangsa Celtic pergi ke pulau Iona dan mula mengadakan pengubahan agama terhadap golongan Pict. |
565
CE |
Pada tahun 565, Justinian I meninggal dan diganti oleh anak saudaranya iaitu Justin II (578). Orang Lombard kemudiannya menghalau orang Byzantine dari utara Itali ke selatan, tetapi meninggalkan mereka di Ravenna. Audion digantikan oleh anaknya iaitu Albion yang membantu orang Avars, memusnahkan kerajaan Gothic Gepidae di bawah Vistula dan pada tahun 568 mengasaskan kerajaan Lombard di utara dan tengah Itali.
|
567
CE |
Pada tahun 570, pengasas Islam iaitu Muhammad dilahirkan. Pada tahun 572, perang antara Persia dan Byzantine berlaku lagi berlanjutan di bawah pemerintahan Chosroes II selepas belaiu naik takhta pada tahun 590 hingga 628 dan Islam membangun menjelang tahun 632. Menjelang tahun 632, pembahagian politik berlaku dan akhirnya mendorong kepada WW III.
|
573
CE |
Pada tahun 573, anak Clothar iaitu Chilperic dan Sigebert berperang.
|
589
CE |
Kaunsil Toleda diadakan. Roh dinyatakan sebagai keterbitan daripada Bapa dan Anak (Filique: Roman Katolik). Justru, Trinitarian percaya kepada pegangan yang bertentangan dengan kitab bahawa Anak adalah generasi dari Bapa, tetapi tidak ada fakta di mana Anak tersebut tidak wujud. Kepercayaan yang sama juga dipegang bagi Roh Suci. |
|
Kaunsil ini juga melarang orang Yahudi dari membeli hamba-hamba Kristian dan menjadikan ianya undang-undang bahawa sesiapa orang Yahudi yang menyunat hamba tersebut berdasarkan Kejadian 17:12 harus mendenda dia. |
|
Unitarian bangsa Visigoth di Sepanyol menjadi Katolik, agama wilayah yang ditetapkan di Toledo. 590-1850: 1260 tahun
Jemaat ini berada id padang belantara. |
590
CE |
Padea tahun 590, raja Lombard iaitu Authari diganti oleh Agiluf ( tahun 615) dan paus Pelagius II diganti oleh paus Gregory I yang digelar Agung. Beliau mengisytiharkan Empayar Suci Roma. Kemudian penganut Unitarian telah dianiaya oleh Roma Katolik atau sistem Tritunggal.
|
591
CE |
Pada tahun 591, Columbanus (b. 543) tiba di Brittany dari Ireland. |
597
CE |
Gregory mengutus Augustine sebagai penginjil ke England pada tahun 597 dan membaptiskan Ethelbert di Kent dan memulakan system Katolik di Britain. |
|
Jemaat tersebut mula dianiaya dan ianya berlaku secara meluas di luar empayar Roma. Oleh itu, ianya di luar jangkauan jemaat Ortodoks sehingga pengubahan yang terjadi terhadap Unitarian atau disebut “Arian,” yang mana berlanjutan sehingga abad yang kelapan dan juga dari pembentukan Empayar Suci Roma pada 590. Penganiayaan terhadap iman ini berlangsung pada satu jangka masa, yang mana mencangkup kuasa dan pemerintahan Empayar Suci Roma dari 590 sehingga 1850. Lihat tulisan: Distribusi Umum Jemaat-jemaat yang memelihara Sabat [122]. |
|
Semasa jangka masa 1260 tahun, dari 590 sehingga
1850, Jemaat Katolik Roma telah membentuk teologinya berdasarkan dalil yang salah, yang berlandaskan
falsafah Greek dan sistem penyembahan kafir. Adaptasi mereka terhadap
kalendar kafir telah menyingkirkan fahaman Trinitarian kepada konflik dengan
setiap suku kaum dan orang yang telah memiliki dan membaca atau telah belajar
Alkitab dan Hukum Allah. Sebagai akibatnya, demi untuk mempertahankan
kekuasaannya, fahaman ini memperkenalkan sistem penganiayaan dan tekanan
nasional dan antara nasional, yang mana telah mengakibatkan pembasmian
berjuta umat warganegara yang setia memelihara hukum di benua Eropah dan
sebahagian kecil Asia (ianya berlanjutan kemudiannya di wilayah-wilayah
Amerika). Serangannya meluas ke Timur Tengah yang dipanggil Perang Salib,
menampakkan kebenciannya terhadap Islam kepada takat bahawa sekarang ianya
telah mempolarasikan setengah daripada kawasan dunia. Abad yang kedua puluh
telah melihat perang ini telah melarat kepada warganegara yang aman dan setia
memelihara hukum di Eropah, dengan pembasmian besar-besaran yang disengajakan
dan pemusnahan terhadap kaum Yahudi dan orang-orang Kristian yang memelihara
Sabat di Eropah. Perkara ini akan diteliti di dalam tulisan Pemusnahan
Besar-Besaran:Meterai Penganiayaan yang Kelima (dipetik dari www.holocaustrevealed.org) |
597
CE |
Sabat Di Britain |
|
Fahaman Katolik tidak dibentuk di Britain, sehingga pengubahan agama suku Angle oleh Augustine dari Canterbury. Ethelbert raja dari Kent, telah menjadi Katolik pada pentakosta 597 (menurut tulisan Butler Lives of the Saints, ed. Walsh, concise edn., ms. 158) dan ramai (lebih kurang 10,000) yang telah dibaptis sewaktu perayaan Krismas kafir di pertengahan musim sejuk pada 597. Umat Kristian di Britain terus diimbangi sehingga masa itu, pra-dominan, bersendiri, semua Unitarian Subordinatis yang memelihara Sabat, yang memelihara hukum makanan dan Hari-hari Suci. Mereke tidak dikuasa oleh Roma sehingga Synod dari Whitby pada 664 di biara Hilda, di mana mereka menyerah kerana diugut. |
|
Columba dari Iona memelihara Sabat dan meramalkan kematiannya pada waktu Sabat, iaitu Sabtu 9 Jun 597 (tulisan Butler Lives of the Saints, Vol. 1 art. St. Columba, ms. 762). Butler mengatakan dalam catatan bawah, bahawa praktik memanggil Hari Tuhan sebagai Sabat tidak bermula sehingga satu ribu tahun kemudian (karya Adamnan Life of Columba, Dublin, 1857, ms. 230. Ini juga di ulas oleh W. T. Skene dalam karyanya iaitu Adamnan's Life of St. Columba, 1874, ms. 96). (Lihat tulisan: Distribusi Umum Jemaat-jemaat yang Memelihara Sabat [122]). |
600
CE |
Gregory telah memulakan program untuk pengubahan agama yang aman terhadap orang Yahudi. Kemudian dia telah memperkenalkan buku bergambar untuk menggantikan Alkitab bagi orang yang buta huruf. Alkitab Gothic bertarikh dari ca. 351. Alkitab tersebut tidak dihargai, dan akhirnya disingkirkan dari masyarakat umum oleh Roma sehingga selepas pengusiran empayar Suci Roma pada 1850. |
603
CE |
Lombard menjadi Kristian Katolik Trinitarian
Roma, merembet orang-orang Rusia pada penghujung abad kesepuluh, dari
struktur Ortodoks Greek di Constantinople. Ianya adalah baik sedemikian
bahawa ini adalah keputusan politik seluruhnya, memandang kepada fakta bahawa
suku Khazar di bahagian selatan dan melewati Ukrain ke dalam Eropah adalah
semua Unitarian yang memelihara Sabat, kedua-duanya bangsa Yahudi dan
Kristian. Demikian juga dengan bangsa Bulgaria yang datang pada masa yang
sama dengan bangsa Hun pada abad kesepuluh. Demikian juga dengan bangsa Paulicia
yang menduduki Thrace dibawah Constantine Capronymous pada abad kelapan dan
kemudian oleh John Tsimiskes pada abad kesepuluh (lihat tulisan : Distribusi Umum Jemaat-jemaat
yang Memelihara Sabat [122]). |
609
CE |
Pantheon Roma telah ditahbiskan sebagai jemaat S. Maria Rotuda. |
610
CE |
Muhammad mula mengajar di negara Arab. |
|
Lihat tulisan: Kristus dan Quran
[163]. |
632
CE |
Hijrah. Perjalanan nabi dari Mekah ke Madina. |
741-775
CE |
Constantine Capronymous, kaisar Unitarian di bahagian timur menjemput bangsa Pualicia mendiami Thrace. |
745
CE |
Kaunsil Liftinae di Belgium pada 745 dalam amarannya yang ketiga terhadap pemeliharaan Sabat dan dirujuk kepada Kaunsil Laodicea (ca. 366). |
781
CE |
Sabat Di Asia |
|
Keadaan Sabat di Asia adalah pra-dominan Trinitarian sehingga suku Jesuit memulakan kerja penginjilan mereka. Penginjil-penginjil Bangsa Nestoria dan Afrika (Lihat Ttulisan: Distribusi Umum Jemaat-jemaat yang Memelihara Sabat [122]) diikuti oleh jemaat awal ke dalam Persia, India dan kemudian Cina. Unitarian yang memelihara Sabat mengajukan ancaman yang serius terhadap fahaman Buddhis dan telah diharamkan oleh fahaman Buddhis. Jemaat-jemaat yang memelihara Sabat di Asia juga, sebagai satu peraturan, bukan Trinitarian. Mereka memelihara hukum-hukum makanan dan juga menolak pengakuan dan tempat-tempat kudus. Bahagian-bahagian yang diikuti oleh jemaat-jemaat ini, kebanyakannya dari Kaunsil Constantinople dan Chalcedon. |
|
Orang-orang Cina sudah lama mengalami sistem Kristian dan seperti di tempat lain, Sabat itu adalah satu lambang kesusasteraan Alkitab. Pada 781 ianya sudah menjadi kuku (lihat tulisan: Distribusi Umum Jemaat-jemaat yang Memelihara Sabat [122]). |
|
Pada 781 monumen terkenal Cina yang telah ditulis dengan batu marmar memberitahu kita mengenai pertumbuhan Kekristianan pada masa itu. Ukiran loh batu 763 perkataan telah digali dekat dengan kota Changan pada 1625 dan didakwa sekarang berdiri di dalam Forest of Tablets di Changan. Kutipan dari loh batu tersebut menyatakan: |
|
“Pada hari yang ketujuh kita mempersembahkan korban, selepas hati kita dimurnikan, dan menerima pengampunan terhadap dosa kita. Agama ini sangat sempurna dan unggul, ianya sukar dinamakan tetapi ia memancarkan terang pada kegelapan oleh pengajarannya yang unggul” (M. l'Abbe Hue Christianity in China, Vol. I, Fasal. 2, ms. 48-49). |
|
Suku kaum Yakub telah dinyatakan sebagai pemelihara Sabat pada 1625 di India (Pilgrimmes, Bhgn. 2, ms. 1269). |
|
Jemaat Abyssinia kekal menjadi pemelihara Sabat dan di Ethiopia, suku Jesuit cuba untuk mempengaruri bangsa Abyssinia untuk menerima agama Katolik Roma. Bangsa Abyssinia wakil di pengadilan Lisbon, menyangkal bahawa mereka memelihara Sabat kerana meniru praktik orang Yahudi, tetapi kerana penurutan mereka terhadap Kristus dan para Rasul (Geddes Church History of Ethiopia, ms. 87-88). Suku jesuit mempengaruhi raja Zadenghel untuk mencadangkan untuk takluk kepada kepausan pada 1604, dan melarang penyembahan pada hari Sabat dengan mengenakan hukuman yang berat (Geddes, ibid., ms. 311 dan juga Gibbons Decline and Fall of the Roman Empire, Bab. 47).3 |
791
CE |
Sabat Di Itali |
|
Ambrose dari Milan didakwa memelihara Sabat di Milan dan hari Ahad di Roma, oleh itu timbul pepatah apabila berada di Roma lakukan mengikut cara Roma (Heylyn, op. Cit., 1612). Heylyn mengenal pasti Jemaat di Milan sejak abad yang keempat, sebagai satu pusat pemeliharaan sabat di bahagian Barat (ibid., bhgn 2, prgn 5, ms. 73-74). Justru, ianya tidak menghairankan bahawa Sabatati mempunyai sekolah di sana, seperti yang dicatatkan dibawah golongan Vallense pada waktu Peter Waldo mengikuti mereka. Hari Sabat telah dipelihara di Itali berabad lamanya dan Kaunsil Friaul (c. 791) berbicarakan terhadap ketaatannya oleh kaum petani dalam dalil 13. “Kita arahkan semua orang Kristian untuk memelihara Hari Tuhan bukan kerana untuk menghormati Sabat yang telah lalu tetapi demi untuk malam suci pada minggu pertama yang dipanggil hari Tuhan. Apabila bercakap mengenai Sabat yang dipelihara oleh orang Yahudi, iaitu hari terakhir dalam minggu dan yang mana dipelihara oleh kaum tani kita...” (Mansi, 13 851). |
800
CE |
Bangsa Hun tampak telah berpindah di kawasan
berumput, menjadi sekutu kaum Khazar, dan kekal di sana sehingga mereka
menduduki Pannonia semula selepas 800, yang sekarang secara resmi dipanggil
orang Yahudi, sokongan Khazar. Kebarangkaliannya tidak boleh disangkal,
bahawa penganut Sabatarian di Transylvania sebenarnya telah menjadi
sebahagian daripada gerombolan bangsa Hun dari Khazaria dan Levedia dan
menjadi sebahagian daripada jemaat bahagian timur yang dibentuk sejak dari
mulanya oleh para rasul melalui empayar bangsa Pathian (dipetik dari Grun, The Timetable of History, 3rd
ed., Touchstone, 1991, ms. 30)
(memetik juga kata pengantar oleh Cox kepada R. Samuel Kohn, The Sabbatarians in Transylvania [A_B2], [1894], CCG Publishing, 1998) |
800-900
CE |
Bangsa Paulicia telah dikalahkan di bawah Chrysocheir di Tephrike tetapi bangkit semula di bawah Smbat di Armenia di Thondrak dan maka itu digelar orang Thondrakia. Beberapa golongan dipanggil sebagai Athingani di Phrygia dan telah di rujuk sebagai suku kaum Melchizedek oleh Timotheus dari Constantinople (Reception of Heretics) dan juga suku Selikia. |
|
Nicephorus (802-811) memberi tugasan kepada suku Paulicia di dalam pengawalan terhadap empayar di bahagian perbatasan timur. |
|
Kaisar Michael dan Leo V secara kejam telah menganiaya suku Paulicia tetapi mereka terlalu suka berperang dan disusun dengan baik untuk dipaksa masuk ke dalam fahaman ortodoks. Theodora (842-857) mendedahkan mereka kepada penganiayaan yang lebih zalim. |
|
Athingani berhubungan baik dengan Kaisar Michael II (821-829). |
970
CE |
Penampungan kedua penganut Sabatarian bangsa Paulicia ke dalam Thrace, terjadi dibawah John Tsimiskes. |
1012
CE |
Penganiayaan terhadap :bidaah” bermula di Jerman. |
1064
CE |
Sabat menjadi perselisihan yang lebih pahit di dalam keretakan pada 1064 di antara Jemaat-jemaat bahagian barat dan timur. |
1095
CE |
Kristian telah dilarang dari Yerusalem. |
1096
CE |
Perang Salib pertama di bawah Paus Urban II. |
1123
CE |
Kaunsil Lateran yang pertama di Roma melarang paderi untuk berkahwin. Golongan yang tidak berkahwin telah mengambil alih Jemaat Roma, yang mana moralnya menjadi lebih buruk lagi. |
1139
CE |
Malachy O’Morgair archbishop dari Armagh (meletak jawatan 1138) pergi kepada paus Innocent di Roma dan memohon bagi Pallium untuk jabatan uskup Armag dan Cashel. Dia telah dilantik sebagai wakil untuk Ireland dia menulis senarai Paus sehingga masa akhir Jemaat Roma. Dia kembali melalui Claivux di bawah Bernard. Di sana dia menerima lima jawatan rahib di bawah nama Kristian, seorang Irish, dan kembali ke Ireland dan menjumpai biara Mellifont pada 1142. |
1147
CE |
Perang Salib yang kedua. |
1159
CE |
Paus Adrian IV (Nicholas Brekespear) kelahiran bangsa British ketika lawatannya ke Beneventum telah dipaksa oleh John dari Salisbury menyerahkan Ireland kepada England di bawah pemerintahan Henry II. Matlamat sebenar adalah untuk menghapuskan Quartodecimans yang masih beroperasi di Ireland dari Cashel. Hanya Paderi dari Armagh yang disokong oleh Rom. Ireland tertakluk kepada barbarisma yang luarbiasa bermula dari titik ini dan seterusnya. Paus untuk selama empat abad menuntut bahawa orang besar Ireland adalah berdasarkan sumbangan Adrian. Asas penyerahan Hibernia kepada England terjadi kerana tuntutan Konstantine atas pembentukan Gereja Roman Katolik. |
|
“Atas permohonan saya dia menyerahkan dan menganugerahkan Hibernia kepada Henry II, raja England yang termasyhur, dipegang berdasarkan hak turun-temurun, seperti [yang masih ada] disahkan sehingga ke hari ini. Kerana semua pulau atas hak kuno, berdasarkan kepada Sumbangan Konsatantin, dikatakan milik Gereja Roma, di mana dia telah didirikan.” |
1160
CE |
Peter Waldo menjadi kepala Waldensian di Lyons. Sejartah Trinitarian telah menuntut dengan salah permulaan Waldensian dengan Peter Waldo dalam usaha untuk mengurangkan kepercayaan dan pengajaran, bagaimanapun, dia hanya menurut sejarah Unitarian subordinat Kristian bermula dari perubahan oleh Polycarp dan uskup dari Smyrna sejak 120 CE. Praktis untuk mengenalpasti pemimpin gereja selama masa sebagai pendiri gereja yang berasingan merupakan taktik biasa untuk mengaburi keterusannya.
|
1179
CE |
Golongan Waldensia Barbes diwawancara oleh rahib English sebelum datang kepada Majlis Lateran Ketiga dan menyalahkan Majlis tersebut. Sistem golongan Waldensia yang memelihara hari sabat yang asli telah disalahkan sebagai bidaah. |
|
Majlis Lateran Ketiga. Golongan Waldensia telah di salahkan dan penyiasatan telah di tetapkan menurut majlis. Perang Salib Albigensia telah dimulakan. Pemeliharaan hari Sabat telah diserahkan untuk di bakar dalam jumlah yang besar sejak dari hari ini. Protestan golongan Triniti juga terlibat dalam penganiayaan gereja dari reformasi. |
1180
CE |
Golongan Waldensia (anti-Trinitarian
sehingga ke Reformasi) telah disalahkan dengan dan di bawah deskripsi am
Arianism pada 1180 dalam perjanjian oleh Bernard dari Fontcaude (Adversus Vallenses di Arianos). Lihat
tulisan. Peranan Hukum Keempat Dalam
Sejarah Jemaat-jemaat Allah yang Memelihara Sabat [170]. |
1184
CE |
Hukuman penguncilan oleh Majlis Verona telah menghapuskan saki baki pengikut Waldo keluar dari Lyons dan membawa mereka ke Provence, Dauphine, dan lembah-lembah Piedmont, Lombardy, dan sebahagiannya pergi ke German. Lebih banyak jumlah mereka sehingga Innocent III mengutus wakilnya yang terbaik untuk menindas mereka pada tahun 1198, 1201, dan 1203. |
1189
CE |
Perang Salib ketiga. |
1190
CE |
Majlis Genoa mengarahkan Waldensia dihantar ke dalam rangkaian untuk di bakar. Bernard dari Fontcaude menulis Liber Contra Vallenses. |
1190-2
CE |
Pemelihara sabat dianaiya di England dan Publiani atau Pauliani telah dibakar di Oxford. |
1192
CE |
Uskup Otto dari Toul mengarahkan semua golongan Walden dihantar dalam rangkaian untuk ke tribunal Episcopal. |
1202
CE |
Perang Salib ke empat. |
1206
CE |
Genghis Khan memerintah Mongol. |
1208
CE |
Perang Salib Albigensia bermula, berakhir sehingga 1244 dan merupakan penindasan yang paling kejam. 20, 000 golongan Albigensia dibunuh secara besar-besaran sebagai orang bida’ah di atas arahan kepausan. |
1210
CE |
Kaisar Otho mengarahkan archbisop dari Turin untuk membawa golongan Walden keluar dari keuskupannya, dan pada 1220 undang-undang Pignerol melarang penduduk untuk melindungi mereka. Kebanyakan berpindah ke Picardy, dan Philip Augustus membawa mereka ke Flanders. Sebahagian datang ke Mayence dan bingen, di mana 50 telah di bakar pada 1232. (Adeney, ibid). (lihat tulisan: Distribusi Umum Jemaat-jemaat yang Memelihara Sabat [122]). |
1212
CE |
Perang Salib Kanak-kanak: kurang dari 50, 000 kanak-kanak Francis dan German kembali. Kebanyakan mati atau menjadi hamba di Utara Afrika. |
1221
CE |
Perang Salib kelima. |
1228
CE |
Perang Salib keenam. |
1229
CE |
Penyiasatan di Toulouse, Francis menghalang orang kebiasaan untuk membaca alkitab. |
|
Majlis Toulouse menerbitkan peraturan-peraturan ke atas pemelihara Sabat. |
|
Peraturan 3- Raja bagi setiap kawasan yang berbeza perlu memeriksa villa, rumah dan hutan dengan tekun, dan tempat persembunyian orang bida’ah dimusnahkan. |
|
Peraturan 14- orang-orang kebiasaan adalah tidak dibenarkan untuk memiliki buku apa-apa mengenai Perjanjian Lama atau Baru (Hefele 5, 931,962). |
1231
CE |
Penyiasatan Bermula |
|
Paus Gregory IX memperkenalkan penyiasatan dalam usaha untuk menangani mereka yang dicap sebagai “bida’ah”. |
|
Kita tahu daripada bukti Penyiasatan mengenai pelbagai tahap doktrin gereja ketika pengagihannya. |
|
Perang
Salib Albigensia |
|
Perang Salib Albigensia pada kurun ketiga belas melibatkan kumpulan yang tidak meragui pemelihara Sabat. Lihat tulisan Distribusi Umum Jemaat-jemaat yang memelihara Sabat [122]. Keinginan Gereja Roman Katolik untuk menyembunyikan fakta ini telah membawa kepada tuntutan yang luar biasa mengenai asal mulanya nama Sabbatati. Bagaimanapun, kita juga tahu bahawa mereka merupakan golongan Unitarian. |
|
Keseluruhan Perang Salib Albigensia telah dicap bertentangan dengan unsur Rom pada kurun ketiga belas. Albigensia telah melindungi Selatan Francis di bawah Bangsawan Raymond dari Toulouse. Vallenses atau Sabbatati merupakan yang terbesar dan lebih tersebar luas, dan sehingga ke spanyol. Kita boleh menyusun semula doktrin Vallenses dari cabang Sabbatati Spanyol sebab penganiayaan kuat yang dialami oleh mereka. |
1237
CE |
Paus Gregory IX menghantar ketua agama katolik ke uskup besar Tarragona, yang terjadi pada Waldensia ketiga belas, yang dipanggil bida’ah oleh Gereja Roman, yang dibakar, Raja Ferdinand sendiri membakar hutan. Dalam pada masa ini Spanis Waldensia telah dimusnahkan. |
1249
CE |
Perang Salib ke tujuh dipimpin oleh Raja louis IX dari Francis. |
1270
CE |
Perang Salib ke lapan. |
1310
CE |
Penganut Sabatarian orang Bohemia berjumlah satu perempat dari penduduk Bohemia yang juga menduduki dengan padat di Austria, Lombardy, Bohemia, Jerman Utara, Thuringia, Brabdenburg dan Moravia. |
1315
CE |
Penganut Unitarian di Austria telah mati syahid dan orang yang menyoal mengenai Krem melaporkan bahawa 36 kawasan setempat membakar 130 para pejuang syahid. Uskup dari Neumeister telah dibakar sebagai satu daripada bidaah ini di Vienna. Dia telah menyatakan bahawa terdapat lebih kurang 80,000 golongan Waldensia di bawah kawalan Austria. |
1348
CE |
Flagelant (keagamaan fanatik yang memukul diri mereka sendiri dengan cemeti dsg.) menyalahkan orang Yahudi (di atas Black Death plague (Wabak Kematian Hitam)) dan membakar orang Yahudi di kota-kota yang banyak di Eropah. Penganut Sabatarian telah dikutuk sebagai orang Yahudi sejak dari masa ini dan seterusnya di Eropah oleh penganut golongan Trinitarian. |
1349
CE |
Penganiayaan terhadap orang Yahudi telah merebak di negara Jerman. |
1351
CE |
1347-1351 CE 75 juta orang Eropah telah mati dari akibat Black Death (Wabak Hawar?). |
1415
CE |
Jan Hus seorang pembuat pembaharuan bangsa Bohemia telah dibakar pada palang kayu kerana bidaah. |
|
Penganiayaan Ortodoks
terhadap penganut Sabatarian dan yang Lain. |
1441-1905
CE |
Jemaat Ortodoks di Rusia dan di daerah perbatasannya telah menganiaya dengan kejam keagamaan yang berlainan pegangan dan cuba untuk membasmi semua penganut Sabatarian yang berada di bawah lingkungan mereka. (lihat rangkaian di atas untuk mendapat keterangan mengenai sejarah biara-biara sebagai penjara, para banduan telah dikurung di sana, Penganut agama yang berbeza pendapat dan golongan Sectaria, Aktivis-aktivis Politik dan para Penjenayah, Kekaisaran Rusia yang tidak bertoleransi, dan Perjuangan untuk keunggulan Ortodoks.) karya buku oleh Daniel H. Shubin. |
|
Jangka masa yang merangkuminya bermula dari 1441 dengan ketibaan Isidore, iaitu metropolitan Moscow, sehingga kepada biara Moscow Chudov (Mukjizat) untuk pemenjaraan. Biara-biara kepunyaan Rusia telah digunakan oleh Jemaat Ortodoks Rusia untuk pemenjaraan kepada penganut agama yang berbeza pegangan dan golongan secretaria, aktivis-aktivis politik dan para penjenayah. |
|
Sejak dari masa ini sehingga dekri tolerasi agama Tsar Nicholas II pada 1905 CE, apabila banduan yang terakhir telah dibebaskan dari biara Suzdal Spasso-Evfimiev, ramai Kriatian yang memelihara Sabat melihat akhir hayat mereka di dalam dasar bawah tanah penjara biara ini. Ramai Kristian wanita yang memelihara Sabat juga telah dipenjarakan dalam biara-biara Ortodoks. |
1436
CE |
Sabat di Eropah Utara |
|
Fahaman Sabatarian telah dianiayai di Norway, dari sekurang-kurangnya Kaunsil Jemaat di Bergen, 22 Ogos 1435 dan persidangan di Oslo pada 1436. Orang-orang yang berlainan tempat dalam kerajaan, telah mula memelihara Sabat sebagai hari yang suci dan ketua uskup melarangnya bahawa: |
|
Ianya dilarang keras – ianya dinyatakan – di dalam Hukum Jemaat, bagi setiap orang yang memelihara atau mengadaptasikan hari-hari suci, selain dari paus, ketua uskup, atau uskup yang dilantik (R. Keyser The History of the Norwegian Church under Catholicism, Vol II, Oslo, 1858, ms. 488). |
|
Sekali
lagi kita melihat hari perhentian yang ditentukan oleh Allah telah digantikan
oleh hari perhentian yang ditentukan oleh manusia. |
|
Dan juga sewaktu Kaunsil Kedaerahan Katolik di Bergen 1435, ianya di katakan: |
|
Kami telah diberitahu bahawa beberapa orang di daerah yang berlainan dalam kerajaan telah mengadaptasikan dan memelihara hari Sabtu. |
|
Ianya dilarang keras – di dalam peraturan jemaat – bagi semua yang memelihara hari-hari tersebut kecuali kepada para Paus yang suci, ketua uskup, atau para uskup-uskup. Pemeliharaan Sabat dalam apa sekali keadaan dilarang di dalam peraturan jemaat. Oleh kerana itu kami nasihatkan semua sahabat-sahabat Allah di seluruh Norway yang mahu terus taat kepada jemaat yang suci untuk membiarkan pemeliharaan jahil hari Sabtu; dan yang lain kami larang di bawah hukuman jemaat yang berat atas kesalahan untuk menjadikan hari Sabtu itu suci (dip. Norveg. 7, 397). |
|
Persidangan Jemaat di Oslo pada 1436 menyatakan: |
|
Ianya dilarang di bawah hukuman yang sama untuk menjadikan hari Sabtu itu suci dengan berhenti dari bekerja (History of the Norwegian Church etc., ms. 401). |
1458
CE |
Frederic Reiser, selepas 25 tahun di antara golongan Waldensia di Bohemia, telah dibakar di Strassburg. |
|
Justru, terdapat sekurang-kurangnya empat kumpulan di sepanjang lapan abad, di mana beberapa di antara mereka telah dipersatukan dibawah Protestant. Terdapat Subordinatis, atau Unitarian di Austria pada abad ketiga belas dan (dari atas) para penyiasat Krem melaporkan bahawa 36 kawasan setempat pada 1315 telah membakar 130 pejuang syahid. Uskup dari Neumeister telah dibakar sebagai satu daripada bidaah di Vienna. Dia di katakan telah menyatakan bahawa terdapat lebih kurang 80,000 golongan Waldensia di bawah kawalan Austria. |
1478
CE |
Penyiasatan orang Sepanyol |
|
Paus Sixtus IV memulakan penyiasatan orang Sepanyol dan ianya berterusan sehingga ditindas oleh dekri ketetapan pada 1834 CE.
|
1488
CE |
Kristian Vaudois telah menduduki Cottia dan suku Dauphinese Alp telah disembelih. Kesemuanya telah memusnahkan lebih dari 3,000 orang Vuadois, termasuk seluruh penduduk Val Loyse selepas berlindung dari tentera di dalam gua. Raja dari La Palu memerintahkan orang-orangnya untuk membakar satu gundukan besar kayu, dengan demikian menyebabkan penghuni di dalam gua tersebut telah mati lemas. Terdapat 400 bayi yang telah mati lemas di dalam tempat buaian mereka, atau di dalam dakapan ibu mereka yang sudah mati. |
1503
CE |
Sabat di Moscow |
|
Kaunsil, Moscow, 1503: “Orang yang dituduh (pemelihara Sabat) telah dikumpulkan; mereka secara terbuka mengakui iman baru (sic) dan mempertahankan imanyang sama. Perkara yang lebih terkenal daripadanya ialah,... dihukum sehingga mati, dan dibakar secara umum di tempat kurungan di Moscow, Dis 17.1503 –“ H. Sternberfi, Geschichte der Juden. |
1507
CE |
Jemaat mula menjual pemanjaan untuk membayar Basilica St. Peter, Roma. |
1517
CE |
Martin Luther dinyatakan telah memulakan “Reformasi” di Eropah. |
1519
CE |
Dekri Iman yang dikeluarkan di Valencia oleh Andres de Palacio, penyiasat kepada Valencia, dan telah diterbitkan oleh Roth. Ianya boleh di lihat dari dekri bahawa terdapat siri fakta umum dan kemistikan yang tersenarai yang mana mengenal pasti tiga golongan manusia. Yang pertama ialah orang Kristian yang memegang kepercayaan yang disebut kecenderungan Judaisma. Golongan yang kedua adalah orang Yahudi sendiri dan golongan yang ketiga adalah orang Muslim. Ianya jelas dari dekri bahawa doktrin ini telah memasuki Jemaat Katolik Roma sendiri sebab perkataan yang disebut di seluruh ekaristi adalah secara Khusus dikenal pasti sebagai satu tanda bidaah dalam dekri tersebut. Dan juga Salib atau tanda palang salib, tidak digunakan oleh Sabatati. Dari satu ujian terhadap dekri tersebut, ianya seolah-olah bahawa golongan itu menyangkal doktrin Jiwa serta doktrin mengenai Sorga dan Neraka. Mereka memelihara Sabat dari matahari terbenam pada hari Jumaat sehingga matahari terbenam pada hari Sabtu, dengan tidak melakukan sebarang kerja pada hari Sabat. Mereka merayakan Perayaan Roti tidak Beragi dan paskah bersama dengan herba-herba yang pahit. Mereka berpuasa pada hari Pendamaian (Roth, ms. 77 dan mukasurat seterusnya). |
|
Pandangan umum serta pemeliharaan orang Yahudi telah termasuk di dalam senarai seperti yang ditunjukkan di dalam dekri supaya sistem tersebut dijalankan bersama, membuat ianya sukar untuk dibezakan di antara mereka. Mereka memelihara hukum makanan dan juga menguburkan orang mati seperti adat istiadat orang Yahudi. Kebanyakan daripada dekri itu melibatkan sifat kemistikan kepada mazhab-mazhab (cth. Ms. 78). Mereka menyangkal Mariolatry dan ini digolongakan bersama dengan penyangkalan Yudaisma terhadap Mesiah. |
|
Doktrin Tansubstantiation (doktrin pengesahan) telah di tolak, sama seperti doktrin Katolik mengenai Omnipresence (doktrin Allah yang sentiasa ada bersama) yang mana pengaruh dari fahaman Platonic Animisme (ms. 78). Para imam seolah-olah terlibat dan dikenal pasti daripada pengabdian ini. Orang-orang Kristian seolah-olah berpakaian seperti orang Yahudi, mengikuti susunan undang-undang yang memerintah. (ms. 79). Mereka berjumpa di jemaat-jemaat kediaman dan membaca Alkitab di luar bahasa harian yang biasa digunakan. Hak milik orang-orang yang bidaah ini telah diambil alih dan ini dengan pastinya telah menolong kegiatan para penyiasat. |
|
Golongan Marron atau orang Kristian Baru tidak boleh diterima sebagai saksi-saksi dalam apa juga persidangan-persidangan yang akan dijalankan. Pengekangan terhadap nama-nama saksi diperkenalkan pada abad yang ke tigabelas, yang seolah-olah mempertahankan yang lemah terhadap pertuduhan yang keras tetapi ini menjadi norma dan tidak seorang pun yang dapat mencari nama-nama yang menuduh mereka. (Roth secara betul menyatakan kejadian tersebut sehingga 1836 di England, menuduh para penjenayah kerana tidak menasihati atau melihat salinan-salinan pernyataan yang di buat terhadap mereka). Pada masa itu mereka sendiri adalah biadab dan penyiasatan ini adalah kebiadaban yang paling buruk. |
|
Sabatati Orang-orang
Eropah Timur |
|
Kita tahu secara tepat bahawa
doktrin-doktrin jemaat Hungari dan Transylvania adalah dari abad yang ke lima
belas sehingga ke sembilan belas. Catatan ini disimpan oleh Dr. Samuel Kohn, Ketua Rabbi
Budapest, Hungari dalam karya DIE SABBATHARIER IN SIEBENBURGEN Ihre
Geschicte, Literatur, und Dogmatik, Budapest, Verlag von Singer &
Wolfer, 1894, Leipzig, Verlag von Franz Wagner. Fakta-fakta ini disenaraikan
di dalam tulisan Distribusi Umum
Jemaat-jemaat yang Memelihara Sabat [122] pada ms. 22 dan
seterusnya). Struktur keseluruhannya telah disenaraikan di dalam buku yang
diterjemahkan dari bahasa Jerman: The
Sabbatarians in Transylvania, by Samuel Kohn, ed. W. Cox, CCG Publishing, USA 1998. Lihat
tulisan: The Sabbatarians in
Transylvania [A_B2]. |
|
Kita tahu dengan pasti bahawa cabang suku Valense atau Sabatati ini adalah penganut Unitarian keranan Frances David atau Davidis telah mati di dalam penjara pada 1579. Kohn mengatakan bahawa mereka memulihkan Kekristianan yang benar dan asli (Kohn, ms. 8). Jemaat Unitarian terpisah kepada pemelihara hari Ahad dan pemelihara hari Sabat pada 1579. Cabang Sabat di bawah Eossi adalah yang lebih taat kepada kebenaran. |
|
Mereka mempraktikkan pembaptisan orang dewasa. Mereka memelihara hari Sabat dan Hari-hari Suci, termasuk perayaan Paskah, Roti tidak Beragi, Pentakosta, Pendamaian, bait Suci dan Hari Akhir yang Besar dan yang lebih penting lagi mereka memelihara Bulan-bulan Baru. Sangkakala tidak disenaraikan secara terpisah di dalam nyanyian pujian dan ianya telah dirayakan bersama dengan nyanyian pujian Bulan Baru. |
|
Doktrin-doktrin mereka meliputi Milenium fizikal selama 1000 tahun di mana dimulai dengan kedatangan Kristus dan dia akan menyatukan semula Yudea dan Israel. |
|
Mereka menggunakan kalendar Allah berdasarkan Bulan Baru. |
|
Mereka mengajar dua jenis kebangkitan, yang pertama kepada kehidupan kekal, berlaku pada waktu kedatangan Kristus dan yang kedua kepada penghakiman pada waktu akhir Milenium. |
|
Mereka mengajar tentang keselamatan melalui rahmat namun begitu, Hukum Allah masih perlu dipelihara. |
|
Mereka percaya bahawa Allah memanggil umat manusia dan bahawa dunia ini secara umum adalah buta. |
|
Doktrin mereka mengenai Kristus adalah mutlak sebagai subordinatis Unitarian. |
|
(Lihat tulisan: Distribusi Umum Jemaat-jemaat yang memelihara Sabat [122], ms 22). |
|
Justru, ianya boleh di lihat bahawa Jemaat Sabat yang awal adalah Unitarian, yang memelihara hukum-hukum di dalam Perjanjian Lama. Sabat hanyalah satu segi di dalam sistem kepercayaan mereka, yang membawa kepada penyembahan terhadap Satu-satunya Allah yang Benar. Mereka telah dianiaya di Eropah timur kerana fahaman Unitarianisme lebih daripada pemeliharaan mereka terhadap Sabat (Francis Davitis memilih untuk tinggal di dalam penjara, di mana dia mati, daripada berkompromi dengan iman Unitarian, walaupun Socinus sendiri seorang Unitarian, dia cuba untuk mendesak dia untuk mengubah pendiriannya yang kuat terhadap Unitarianime demi untuk menyelamatkan nyawanya). Mereka telah menolak status jemaat walaupun orang Yahudi menyetujui status itu. Mereka telah ditolak untuk menggunakan mesin pencetak dan oleh kerana ini khotbah-khotbah mereka di tulis dengan tangan dalam gaya tulisan surat. Penyiasatan tersebut adalah penindasan kejam dalam sistem ini dan di kawasan barat, memelihara Sabat sendiri tidak cukup untuk menganiaya mereka. |
1544
CE |
Persidangan Jemaat di Oslo menerbitkan kembali amaran pada 1436. |
|
Ianya dilarang di bawah hukuman yang sama untuk memelihara hari Sabtu sebagai suci dengan berhenti dari sebarang pekerjaan (History of the Norwegian Church etc., ms. 401). |
|
Beberapa di antara kamu, bertentangan dengan amaran ini, dan memelihara hari Sabtu. Kamu seharusnya di hukum. Siapa sahaja yang didapati memelihara hari Sabtu, harus di denda dengan sepuluh tanda (History of King Christian the Third, Niels Krag and S Stephanius). |
|
Justru, ianya terbukti, bahawa pemeliharaan Sabat menjadi berakar di Norway, di sepanjang jangka masa sekurang-kurangnya satu ratus tahun. |
|
Fahaman Sabatarianisme dan sekurang-kurangnya pemahaman terhadap Sabat hari ketujuh, telah juga meluas di Norway sejak reformasi, menurut ulasan yang di buat di dalam pernyataan atau terjemahan: sebagai contoh lihat Documents and Studies Concerning the History of the Lutheran Catechism in the Nordish Churches, Christiania, 1893 (Dokumen dan kajian mengenai sejarah fahaman Lutheran Catechisme di dalam jemaat-jemaat orang Norway) dan juga Theological Periodicals for the Evangelical Lutheran Church in Norway, Vol. 1, Oslo, ms. 184 (Periodikal teologi bagi penginjilan jemaat Lutheran di Norway). Pemeliharaan Sabat juga berleluasa ke dalam negara Sweden dan ditindas secara berterusan. |
|
Semangat untuk memelihara hari Sabtu berterusan dalam jangka masa yang lama: walaupun perkara-perkara yang kecil yang boleh menguatkan praktik pemeliharaan hari Sabtu akan dihukum (Bishop Anjou, Svenska Kirkans Historis, (selepas) Motet i Upsala). |
|
Praktik ini berleluasa masuk ke dalam Finland dan Raja Gustavus Vasa I dari Sweden telah menulis kepada orang-orang Finland. |
|
Beberapa lama dahulu kita telah mendengar bahawa beberapa orang di Finland telah melakukan satu kesalahan besar dan memelihara hari yang ketujuh, yang disebut hari Sabtu (State Library at Helsingfors, Reichsregister, Vom. J., 1554, Teil B.B. leaf 1120, ms. 175-180a). |
|
Bagaimana pun, Jemaat-jemaat yang memelihara Sabat terus kekal di Sweden sehingga masa sekarang. |
|
Sekarang kita usahakan untuk menunjukkan bahawa penyucian terhadap hari Sabat mndapat fondasinya dan keasliannya di dalam hukum yang ditetapkan oleh Allah sejak penciptaan untuk umat seluruh dunia, dan sebagai akibatnya ia telah menyatukan semua umat manusia di sepanjang zaman (Evangelisten (The Evangelist), Stockholm, 30 Mei sehingga Ogos 15, 1863: organ dalam Jemaat Baptist orang-orang Sweden). |
1555
CE |
Ramai penganut Protestant (dan pemelihara Sabat0 telah dibakar di England. |
1562
CE |
Lelius Socinius tinggal terutamanya di Zurich tetapi merupakan aliran utama kelompok tersebut, yang bertemu di Cracow. Dia mati pada 1562 dan anti-Trinitarian mengalami sengsara akibat gangguan dari saat ini. Pada 1570, golongan Socinia telah terpisah dan dipengaruhi oleh John Sigismund, mereka dibentuk di Racow. |
1566
CE |
Fancis Davidis, mendakwa menemui Jemaat Unitarian di Transylvania. Bagaimana pun, sistem golongan Waldensia telah berakar di bahagian Timur berabad lamanya sebelum ini. |
1572
CE |
Hari Pembunuhan beramai-ramai St. Bartholomew: ramai golongan Huguenot di Perancis telah terbunuh. |
1574
CE |
Fahaman Catechisme Unitarian diterbitkan di Poland. |
1579 CE |
Pada 1579 Faustus datang ke Poland bersama dengan naskah pakciknya. Dia mendapati bahawa mazhab itu telah terbahagi dan pada mulanya telah menolak kemasukan kerana dia tidak akan diserahkan kepada pembaptisan yang kedua. Oleh kerana ini Baptisan pertamanya harus ditetapkan seperti orang dewasa. Pada 1574 golongan Socinia telah menerbitkan Catechisme Unitarian. Sifat dan kesempurnaan Ketuhanan telah diterangkan tetapi dokumen itu tidak menyebut mengenai pertalian keilahian, yang mana telah dianggap sebagai mistri (oleh penganut Katolik). Kristus dipercayai sebagai manusia yang dijanjikan dan sebagai orang penengah kepada ciptaan. Dalam masa inilah kita melihat pembentukan dalam apa yang sebenarnya fahaman radikal Unitarianisme atau penyangkalan terhadap kewujudan-awal Kristus. Faustus Socinius telah menyatukan golongan itu di bawah dirinya sendiri dari 1579. dia telah dijemput ke Siebenburg (atau siebenburgen) untuk meniadakan pendirian anti Trinitarian Francis David (atau Davidis) (1510-1579). David mati di Istana Deva di mana dia telah dipenjarakan kerana pandangannya mengenai sifat Kristus. Selepas kematian Francis David, Jemaat di Siebenburg telah diketuai oleh Andreas Eossi dan ini adalah Jemaat di Eropah Timur yang mana anggotanya adalah keturunan golongan Waldensia. Kita tahu tanpa keraguan bahawa mereka adalah Unitarian (selalu diistilahkan sebagai bangsa Arian oleh penganut Katolik). Mereka memelihara Sabat, Hari-hari Suci dan Bulan-bulan Baru dan mereka adalah jemaat Allah yang benar di Eropah, yang mana kita sebut sebagai zaman Tiatira (Lihat tulisan: Distribusi Umum Jemaat-jemaat yang Memelihara Sabat [122] & Peranan Hukum yang Keempat Di Dalam Sejarah Jemaat-jemaat Allah yang Memelihara Sabat [170]). |
|
David menolak untuk menerima secara khususnya ajaran golongan Socinia bahawa Kristus, walaupun bukan Allah, harus diagungkan. Jemaat Allah di Eropah tidak pernah menerima bahawa Kristus adalah objek penyembahan atau diagungkan. Penyangkalan untuk menyembah Kristus adalah pandangan yang dipegang kuat di dalam Jemaat Allah di sepanjang abad, termasuk golongan Waldensia yang mana sebahagian daripada jemaat di Siebenburg. David telah dipenjarakan kerana pandangan ini dan mati di dalam penjara. Paus Hugh juga menyatakan bahawa Budnaeus telah di hina kerana memegang pandangan yang sama seperti David dan telah dipencilkan pada 1584. Justru, kedua orang ini telah memeluk agama yang disebut Ortodoks. |
|
Golongan Socinia pada ketika ini telah menindas fahaman catechisme yang lama dan menerbitkan fahaman catechisme yang baru yang diberi judul Racow Catechisme yang mana, walaupun ianya dikeluarkan oleh Faustus Socinius namun tidak diterbitkan sehingga tahun 1605, iaitu tahun selepas kematiannya. Ianya diterbitkan buat pertama kalinya di dalam bahasa Poland dan kemudian bahasa latin pada 1609. |
|
Golongan Socinia telah berkembang. Mereka
membina kolej-kolej, mendirikan synod dan memiliki pusat percetakan yang mana
mereka terbitkan karya-karya tulis yang banyak. Karya-karya mereka ini telah
dikutip oleh Sandius di bawah judul Bibliotheca
Antitrinitarianorum. Karya Faustus telah dikutip di dalam tulisan Bibliotheca Fratrum Polonorum. |
|
Jemaat Allah di Siebenburg, di sebaliknya telah menolak status jemaat dan menolak pusat percetakan. Eossi menulis karya tulisnya dengan menggunakan tulisan tangan dan ianya telah disalin oleh para pembantunya.
|
1579
CE |
Jemaat Unitarian telah terpisah kepada dua bahagian selepas kematian Davidis, iaitu kepada pemelihara hari Ahad dan pemelihara hari Sabtu. Andreas Eossi telah menerima iman Unitarian pada 1567. Merasa tidak puas dengan ajaran Unitarian yang mengajar semua kebenaran Alkitabia, dia telah mempelajari Alkitab dengan lebih terperinci. Dia telah mengemukakan doktrin-doktrin berikut kepada para pengikutnya: |
|
1. Perayaan Paskah, Hari Perayaan Roti tidak Beragi, Pentakosta, [Sangkakala diabaikan kerana kesilapan?] Hari Pendamaian, Perayaan Bait Suci, Hari Akhir yang Besar. |
|
Catatan: Perayaan Sangkakala tidak disenaraikan di dalam Old sabbath Songbook (Buku Nyanyian Sabat yang Lama) di bawah
perayaan yang sama. Dalam muka surat 62-67 buku Kohn (diterbitkan pada 1894)
ianya di katakan di dalam nyanyian tersebut bahawa: Buku nyanyian itu ditulis
di dalam bahasa Hungari oleh [Andreas] Eossi, Enok Alvinczi, Johannes
Bokenyi. Thoma Pankotai & Simon Pechi ... Ianya terdiri daripada 102
nyanyian: 44 nyanyian untuk Sabat, 5 untuk Bulan Baru, 11 untuk Paskah dan
Roti tidak Beragi, 6 untuk Perayaan Minggu, 6 untuk perayaan Bait Suci, 3
untuk Tahun Baru, 1 untuk hari Pendamaian, 26 untuk kegunaan sehari-hari.
Lihat tulisan: Sabatarian di
Transylvania [A_B]) & Bulan Baru Israel [132]. |
|
2. Sepuluh Perintah Hukum. |
|
3. Hukum-hukum Kesihatan (tidak boleh makan makanan yang berdarah, babi, binatang yang mati dibunuh). |
|
4. Milenium akan berlangsung selama 1000 tahun, & yang dimulakan dengan kedatangan Kristus dan penyatuan kembali Yudea dan Israel. |
|
5. Penggunaan kepada kalendar Allah yang kudus. |
|
6. Dua jenis kebangkitan: yang pertama ialah kepada kehidupan kekal sewaktu kedatangan Kristus; dan yang kedua ialah kepada penghakiman sewaktu akhir jangka masa 1000 tahun. |
|
7. Keselamatan melalui Rahmat. Tetapi hukum masih perlu dipelihara. |
|
8. Ianya Allah yang memanggil umat ke dalam kebenaran. Dunia ini secara umum adalah buta. |
|
9. Kristus adalah nabi yang terbesar, yang paling kudus di antara semua manusia, “Tuhan yang disalibkan”, “Ketua Tertinggi dan Raja kepada umat percaya yang sebenar, anak Allah yang dikasihi dan kudus. |
1600
CE |
Pertumbuhan fahaman
Unitarianisme |
|
Bersama dengan reformasi, Unitarianisme mula bertumbuh dan tidak dibatasi seluruhnya kepada pemeliharaan Sabat. Dalamperkataan lain. Bukan semua penganut Unitarian merupakan anggota jemaat Allah yang benar sama seperti bukan semua pemelihara Sabat adalah anggota jemaat yang sebenar. |
|
Istilah Unitarianisme adalah dalam bahasa Inggeris yang man berasal dari bahasa latin, unitarius dan ianya pertama digunakan pada agama yang diabsahkan pada 1600 (Encyclopedia of Religion and Ethics (ERE), art. Unitarianism, Vol. 12, ms. 519). Ianya secara khusus dibentuk berdasarkan konsepsi satu personaliti dewa yang bertentangan dengan doktrin sifat Tritunggal yang di miliki oleh ortodoks. |
1604
CE |
Di Ethiopia, pada 1604 AD, golongan Jesuit telah mempengaruhi Raja Zadenghel untuk mengusulkan untuk takluk kepada Kepausan “Melarang semua ke taklukannya, dengan hukuman yang berat, atas pemeliharaan hari Sabtu.”- Gedde's Church History of Eithiopia ms 311 dan juga di dalam karya Gibbon, Decline and Fall bab 47. |
1608
CE |
Para Paderi yang menziarah, di mana merupakan penganut Unitarian Sabatarian dalam pergerakan Brownist, melarikan diri dari penganiayaan di England ke Armsterdam Holland, dan kemudian ke Leyden dan tinggal di sana hampir 12 tahun (lihat Pertalian orang Belanda terhadap para Paderi yang Menziarahi [268]). |
1618
CE |
30 tahun peperangan yang dimulakan dengan Defenestrasi (Peningkapan) Prague. |
1618
CE |
Sabat di England |
|
Pada 1618, satu pertentangan yang dahsyat telah terjadi di antara pakar teologi berbangsa Inggeris, yang berselisih sama ada Sabat yang disebut di dalam hukum keempat itu adalah paksaan dan kedua, dasar apakah hari pertama dalam minggu itu layak dipelihara, seperti hari sabat (Haydn's Dictionary of Dates, art. Sabbatarians, ms. 602). Puan Traske, seorang guru, telah dipenjarakan pda 1618 selama lima belas atau enam belas tahun di Maiden Lane, satu penjara yang dikhaskan untuk mereka yang menentang Jemaat di England. Dia menolak untuk mengajar pada hari sabat dan hanya mahu mengajar lima hari dalam seminggu. |
1628
CE |
Walaupun percubaan orang Inggeris untuk menghentikan dia Kardinal Rihelieu, ketua menteri Lous XIII telah mengambil benteng pertahanan penganut Protestant berbangsa Perancis, La Rochelle dan memusnahkan kuasa golongan Huguenot. |
1633
CE |
Jemaat Katolik memaksa Galileo untuk mengatakan bahawa matahari itu berputar mengelilingi Bumi (World History Encyclopedia Millennium Edition ms. 235). |
1638
CE |
Pada 1638 penganut Katolik mendesak bahawa golongan Socinia dihapuskan. |
1642
CE |
Perang sivil bermula di antara Raja dan Parliman. Dari masa ini dan seterusnya, divisi keagamaan melihat kemunculan teologi Unitarian di dalam diri orang-orang seperti Milton. Isaac Newton dan yang lain. Cromwell menjadi lambang kepada mereka yang menentang dominasi Katolik dan penganiayaan. Pada 1645 ianya dinyatakan bahawa pelanggaran kapital adalah penganut Sabatarian atau Unitarian. |
1647
CE |
Charles I membuat pertanyaan kepada badan Komisar dan menegaskan bahawa penyembahan hari Ahad dilakukan secara langsung dari kuasa Jemaat. |
|
Kerana ianya tidak terdapat di dalam kitab bahawa hari Sabtu tidak lagi dipelihara, atau bertukar kepada hari Ahad, dengan demikian ianya semestinya dari kuasa Jemaat yang menukar hari yang betul dan menetapkan hari yang lain (R. Cox Sabbath Laws, ms. 333). |
|
Andaian di sini ialah, bahawa untuk menolak kepausan ianya perlu melibatkan perubahan yang berhenti sepenuhnya di dalam Kaunsil Jemaat untuk wewenang, seperti penyembahan hari Ahad. Logik ini meletakkan fahaman Protestantisme ke dalam keadaan yang bahaya. Milton telah mengenal pasti logik ini dan berkata: |
|
“Ianya lebih selamat untuk memelihara hari yang ketujuh, menurut perintah hukum Allah, daripada kekuasaan yang semata-mata dari dugaan manusia untuk mengadaptasikan hari yang pertama” (Sab. Lit. 2, 46-54). |
1648
CE |
Perjanjian Peleraian Westphalia mengakhiri peperangan selama 30 tahun. |
1661
CE |
Unitarian yang memelihara Sabat menjadi lebih kelihatan di England pada abad yang ke tujuh belas. |
1664
CE |
Sabat di Amerika |
|
Pemeliharaan Sabat hampir mendatangkan perpindaan ke Amerika. Menurut Jas. Bailey, Stephen Mumford, seorang pemelihara Sabat yang pertama di Amerika yang datang dari London pada 1664 (J. Bailey History of the Seventh Day Baptist General Conference, ms. 237-238). Kita tahu ini tidak benar sebab para Paderi yang menziarahi adalah pemelihara Sabat dan justru, penubuh kepada koloni-koloni di Amerika adalah orang-orang Brownist Saatarian. Pada 1671 agama Seventh Day Baptist berpecah dari Jemaat Babtist hanya kerana ingin memelihara Sabat (lihat sejarah Bailey, ms. 9-10). Bagaimana pun para Paderi yang menziarahi adalah daripada traisi yang memelihara Sabat (dipetik dari tulisan Pertalian orang Belanda terhadap para Paderi yang Menziarahi [264]). Lihat tulisan: Distribusi Umum Jemaat-jemaat yang Memelihara Sabat [122]. |
1671
CE |
Stephen Mumford (atau Momford) menyelenggarakan agama Seventh Day Baptist di pulau Rhode.
|
1686
CE |
Pada 1686, iaitu tahun selepas dekri Nantes, Louis XIV telah menghantar surat kepada sepupunya, Victor Amadeus II, adibati Savoy, untuk meminta dia supaya menganiaya golongan Waldensia, seperti dia telah menganiaya golongan Huguenot sementara golongan ini mencari perlindungan di antara golongan Waldensia. Apabila penganiayaan dimulakan, penganut Protestant berbangsa Swiss di Basle telah campur tangan, menawarkan pengasingan golongan Waldensia di Switzerland. Para duta Swiss telah berjaya dengan bersusah paya untuk mendesak golongan Waldensia untuk menerima pengasingan tersebut. Pada 9 April 1686 adibati telah menandatangani surat ketetapan, yang membenarkan pengasingan tersebut. Bagaimana pun, walaupun sedemikian, beberapa yang telah menerima pengasingan telah ditangkap dan dipenjarakan. Golongan Waldensia melawan setelah pelanggaran peraturan ini. Peperangan telah bermula pada penghujunga tahun, 9,000 orang telah terbunuh dan 12,000 orang dipenjarakan, yang mana ramai di antaranya mati didalam penjara bawah tanah Piedmont. Ada lagi beberapa yang tertinggal di pergunungan dan mereka melancarkan perang Gerila, di mana akhirnya orang yang dipenjarakan telah dibebaskan dan keadaan mereka di Switzerland telah pulih. 3000 orang banduan telah dibebaskan pada 1687. Mereka merentasi pergunungan Geneva (purata duabelas hari perjalanan), dan ramai yang mati di tengah-tengah salji. Ini dilakukan walaupun orang-orang Swiss memprotes dan anak-anak dibawah umur dua belas di tahan, untuk di didik di dalam agama Katolik Roma. Mereka telah berpecah ke Brabdenburg, Prusia, Wurtemburg dan Palatinate, demi untuk mencegah percubaan mereka untuk kembali. |
1716
CE |
Kekaisaran Cina telah melarang ajaran Kekristianan. |
1738
CE |
Pemelihara Sabat yang dipimpin oleh Count Zinzendorf di Moravia. Mereka berpindah ke USA pada 1741. |
1789
CE |
Penindasan terhadap Sabatarianisme berterusan di dalam kawasan Romania, Czecho-Slovakia dan kaum Balkan dan Dekri Toleransi oleh Joseph II tidak diaplikasikan kepada penganut Sabatarian di mana beberapa di antaranya kehilangan hak milik. |
1808
CE |
Napoleon telah menamatkan Penyiasatan di Itali dan Sepanyol. |
|
Roth mencatatkan pembukaan Pejabat di Lisbon sebelum ianya dijadikan sebagai Rumah pertunjukan Opera. Kejadian ini, dari pandangan mata para saksi (tertulis di dalam Annual Register 1821), menunjukkan tanpa keraguan bahawa ada orang yang masih didapati di dalam penjara bawah tanah yang berderetan dan menjadikannya bukti bahawa ada pembunuhan lama dan baru dilakukan di sana (Roth, ms. 84-85). |
|
Jarak waktu tiga atau empat tahun di antara penangkapan dan penghukuman adalah perkara biasa dan dalam satu kejadian yang direkodkan, telah lewat empat belas tahun. Wanita yang mengandung telah ditarik ke kayu sula dan perlakuan yang kejam terhadap orang-orang yang dipenjarakan, atau interaksi dengan mereka menganjurkan Kardinal Ximenes pada 1512 untuk mengancam bunuh kepada sesiapa sahaja pegawai yang di dapati mengadakan tipu daya terhadap orang banduan mereka. Biaya pemenjaraan ini telah ditanggung oleh tertuduh tidak kira berapa lama dia dipenjarakan. Satu contoh perbelanjaan yang dikeluarkan di dalam empat tahun pemenjaraan nun di Sicily, telah digugurkan dan dibebaskan pada 1703, masih dibayar oleh warisnya sehingga 1872 (Roth, ms. 87). Biasanya, aset akan diambil alih pada waktu penangkapan. |
1823-1846
CE |
Penyiasatan Terakhir di
negeri-negeri Kepausan |
|
Lihat jaringan: Penyiasatan Negeri-Negeri Kepausan |
|
Penyiasatan yang terakhir berlaku dalam tahun 1823-1846, ianya tidak berada di dalam skala yang sama seperti yang terdahulu kerana ini adalah terhad kepada negeri-negeri Kepausan dan penduduknya sendiri telah mengehadkan pembunuhan. Bagaimana pun kekejamannya dan ketakutan yang diakibatkannya dikhalayak ramai adalah untuk menamatkan Empayar Suci Roma. |
|
Penyiasatan Eropah bermula di bahagian selatan PErancis pada abad ketiga belas dan berakhir di dalam Negeri Paus pada 1846. di antara tahun 1823 dan 1846, 200,000 orang di dalam negeri-negeri Kepausan sendiri telah dihukum bunuh, dipenjarakan seumur hidup, diasingkan atau gali-gali, dengan 1.5 juta telah diletakkan dibawah pengawasan (lihat karya Malachi Martin The Decline and Fall of the Roman Church, ms. 254 dan lihat tulisan Distribusi Umum Jemaat-jemaat yang Memelihara Sabat [122], ms 29 untuk petikan). Roth memetik keputusasaan individu sejak permulaan abad ketiga belas di bahagian selatan Perancis.
|
1850
CE |
1260 tahun atau satu masa dua masa dan setengah masa sejak pembentukan Empayar Suci Roma di bawah Gregory I. Penyiasatan ini akhirnya dikawal. Revolusi di Eropah pada 1848 mengakhiri kelaliman. Orang yang terkemudian memilih untuk mengikuti Republik Itali dan Empayar Suci Roma telah berakhir. |
|
Pemeliharaan Sabat juga telah kembali bersemangat dan baik pada masa pemberontakan Taiping pada 1850. |
|
Lihat tulisan: Distribusi Umum
Jemaat-jemaat yang Memelihar Sabat [122]. |
1894
CE |
Sultan Abdul Hamid, pertama kalinya meletakkan polisi pemusnahan kerajaan terhadap bangsa Armenia dari empayar Ottaman pada 1894. Pembunuhan sistematik berlaku pada 1894-1896 apabila Abdul dengan ganasnya membunuh 300,000 bangsa Armenia di seluruh daerah. |
|
YPembuhuhan
Beramai-ramai abad kedua puluh Lihat
jaringan: Lencana
Lambang Pembunuhan Beramai-ramai |
1901
CE |
Konstitusi orang Australia mengumumkan kebebasan keagamaan. “Komonwel” tidak menjalankan apa-apa undang-undang untuk pembentukan apa juga agama.” |
1905
CE |
Dekri Toleransi Czar Nicholas mengakhiri abad Penganiayaan Ortodoks Rusia yang bermula apda 1441. perbezaan pendapat yang terjadi telah membawah kepada Revolusi, yang mana telah bermula 12 tahun kemudian pada 1917. |
1909
CE |
Pasukan tentera kerajaan Turki telah membunuh di pekan Adana sendiri, melebihi 20,000 bangsa Armenia. |
1914
CE |
WWI – peperangan pada masa akhir bermula |
|
Lihat tulisan: Kejatuhan Mesir
Nubuatan Mengenai Lengan-lengan Firaun yang Patah [036]. |
1915
CE |
Langkah Pembunuhan Bangsa Armenia yang seterusnya bermula pada 24 April 1915 bersama dengan penangkapan massa, dan pembunuhan mutlak keagamaan, politik dan pemimpin-pemimpin yang intelek di Constantinople dan di tempat lain dalam empayar. Kemudian, dalam masyarakat setiap bangsa Armenia, pembunuhan yang dirancang rapi akan dibentangkan: penangkapan golongan paderi dan orang-orang yang berpendirian baik, pengurangan jumlah penduduk dan tenteta Armenia berkhidmat di dalam tentera Ottoman, pemisahan terhadap penghukuman publik terhadap ketua-ketua dan kaum lelaki yang berupaya, dan pengasingan terhadap wanita-wanita bangsa Armenia, kanak-kanak dan warga tua di padang gurun. di padang gurun. Pembunuhan beramai-ramai ini bermula dari daerah perbatasan dan jajaran pantai meluas di bahagian pendalaman yang terpencil. Lebih 1.5 juta Kristian Armenia, termasuk 4,000 uskup dan imam terbunuh di dalam langkan tindakan Pembunuhan beramai-ramai ini. |
1917
CE |
Revolusi Rusia bermula. Ortodoks Rusia pada masa ini di aniaya sama seperti mereka menganiaya orang yang berbeza pendapat sebelum mereka. |
|
Deklarasi Balfour: Britain mengembalikan tanah air untuk orang Yahudi di filistin. |
1920
CE |
Joan of Arc dijadikan kudus (dinyatkan sebagai orang kudus) |
1922
CE |
Pada September 9, 1922, orang Turki memasuki Smirna; dan selepas membunuh secara sistematik bangsa Armenia di dalam rumah mereka sendiri, angkatan Ataturk berpaling kepada orang-orang Greek yang jumlahnya telah bertambah, dengan penambahan orang-orang pelarian yang melarikan diri dari kampung mereka di pedalaman Turki, yang terdiri daripada 400,000 lelaki, wanita dan aknak-kanak. Tentera Turki ini pergi kepada rumah ke rumah untuk merampas, memenjarakan, merogol dan membunuh penduduk di sana. Akhirnya apabila angin berubah arah di mana ianya bertiup ke bahagian laut di mana pusat tentera Turki yang bertempat di belakang kota itu tidak berada dalam bahaya, tentera Turki yang dipimpin oleh ketuanya menumpahkan minyak kerosin di bangunan-bangunan dan kawasan rumah-rumah orang Greek dan Armenia dan membakar mereka. Justru, semua yang tinggal di kota itu telah mati, yang terperangkap di antara dinding banguna dan laut. Dermaga Smirna menjadi adegan desakan kesengsaraan yang terakhir sementara api yang membakar menghampiri, beribu orang yang cuba melompat untuk menyelamatkan diri atau dibakar oleh api. |
1924
CE |
1260 tahun atau satu masa dua masa dan setengah masa sejak pembentukan pengaruh Trinitarian Katolik terhadap orang British atau orang yang berbahasa inggeris di Synod Whitby. |
|
Pembunuhan beramai-ramai bangsa Armenia telah membunuh 1 juta orang atau lebih. |
1927
CE |
Bangsa Paulicia masih boleh di dapati di bahagian timur pada abad yang kesembilan belas. Golongan ini masih beroperasi di abad yang kedua puluh. Keturunan mereka dan Kristian di Armenia berjumlah berjuta atau lebih, telah dibasmi di dalam daerah Armenia selepas Perang Dunia Pertama sehingga 1924. mungkin terdapat di antara 1 juta dan dua juta penganut Sabatarian dibasmi ataupun hanya “hilang” begitu sahaja selepas mencabut perlindungan hukum Bektashi Islam selepas 1927. Proses pembasmian ini berterusan sehingga Pembunuhan beramai-ramai di Eropah dan sehingga tahun 1953 dan kematian Stalin. |
|
Perintah untuk mencabut perlindungan hukum Bektashi pada 1927 apabila negeri-negeri di Turki meluluskan perundangan untuk melarang perintah Bektashi Sufi Islam. Terdapat kira-kira 5 juta orang yang hilang begitu sahaja pada masa ini dan lebih satu juta penganut Kristian Sabatarian berada di antara mereka. |
1932
CE |
Penganiayaan orang-orang Ukrain bermula di bawah Stalin dan 12 juta orang terbunuh. |
|
Penganut Sabatarian di bawah kuasa Rusia telah dihantar ke Siberia. |
|
Penyerahan kem pertama kepada Diakon Lutheran di Hamburg pada Disember 1932 oleh SA. Lihat jaringan:Unjuran masa Pembunuhan Besar-besaran. |
1933
CE |
Adolf Hitler melantik ketua perwakilan bagi Jerman. Kem resmi pemusatan Nazi yang pertama telah dibuka di Dachau. |
|
Lihat jaringan: Senarai Kem |
1936
CE |
Paksi Roma-Berlin telah dibentuk oleh Hitler dan Mussolini. |
1938
CE |
Kristallnacht (Night of Broken Glass) (Malam kaca yang pecah) |
1941
CE |
Pangkalan Pearl telah diserang, - Amerika mengumumkan perang terhadap Jepun dan jerman. |
1944-5
CE |
Hitler membunuh diri, Perang Dunia Kedua berakhir. |
|
Lihat
jadual masa Pembunuhan besar-besaran 1933-1945: Unjuran masa Pembunuhan Besar-besaran. |
1947
CE |
Dead Sea Scrolls (Gulungan laut Mati) telah ditemui di dalam gua di Qumran, Jordan. |
1953
CE |
Joseph Stalin mati Dia, dengan sistem yang tubuhnya membunuh 65 juta orang di Gulag Soviet. |
1994
CE |
Pada April 7, 1994, Presiden Hutu Habariymana, telah terbunuh apabila kapal terbangnya ditembak. Tidak pernah diketahui siapa yang bertanggungjawab atas tindakan itu ianya dipercayai kerja para Ekstremis Hutu yang membantah untuk berkongsi kuasa dengan RPF. Pada hari yang sama di Kigali, kerajaan extremis Hutu diumumkan dan penyisihan moderat Tutsi dan Hutu bermula dalam skala yang besar. Sementara jumlah yang sebenarnya tidak pernah diketahui, ianya dijangka bahawa kira-kira 800,000 orang telah terbunuh di dalam jangka masa kira-kira 100 hari. Tentera UN telah menghantar semua tenteranya kecuali mengekalkan jumlah 270. mereka yang tinggal tidak mempunyai mandat untuk campur tangan di dalam pembunuhan tersebut. Skala dan kepantasan tindakan itu telah membawa kepada dakwaan yang kuat bahawa pembunuhan itu telah dirancang dengan rapi dan mempunyai motif politik, dan bahawa kematian Presiden itu semata-mata satu justifikasi untuk memulakan pembunuhan tersebut. Pihak UN telah diberitahu beberapa bulan sebelum itu bahwa satu skala pembunuhan yang besar akan dirancang tetapi tidak mengambil tindakan yang tegas terhadap nasihat itu. Kaum Tutsi yang terbunuh dipercayai oleh penginjil aliran Kristian yang utama sebagai keturunan dari sepuluh suku kaum Israel yang hilang, dan juga keturunan dari Jemaat Coptic Unitarian bangsa Ethiopia yang bermula dari coversi iman sida-sida berbangsa Ethiopia oleh Filipus pada 34 CE. |
|
Lihat jaringan: Afrika 6666666666The Last Days6666666666 |
1978
CE |
Tahun Yobel yang keempat puluh sejak Mesiah dan yobel ke-120 sejak kejatuhan Adam dan pengusiran bermula. |
|
SDA secara resmi menjadi Trinitarian selepas penetrasi dan pelemahan mereka sejak kematian Uriah Smith dan aktiviti-aktiviti dari 1931. |
1990-2001
CE |
Peperangan pemunahan yang berterusan terhadap kaum karen di Burma kerana dakwaan kuno mereka dipertalikan kepada sepuluh suku kaum yang hilang. |
|
Perang untuk membasmi orang-orang Kurdis berterusan secara sistematik. |
1995
CE |
Jemaat Allah sedunia mengumumkan fahaman Trinitarianisme selepas penetrasi. |
|
Lihat
tulisan: Binitarianisme dan
Trinitarianisme [076]. |
1996
CE |
Masa Akhir orang-orang Jahil. 2000 tahun atau 40 tahun yobel sejak dari kelahiran Mesiah. |
|
Ulang tahun ke-3000 kemasukan Daud ke Yerusalem. |
1997
CE |
Jemaat Allah (Hari Ketujuh) mengumumkan bahawa ianya Binitarian. |
|
(Pergerakan Seventh day Adventist juga merupakan pra-dominan dan secara resmi menjadi Unitarian sehingga 1931 bersama dengan kematian Uriah Smith). |
|
Teologi Jemaat-jemaat Allah diatasi oleh bidaah Binitarian/Ditheisme dan Trinitarian hampir keseluruhannya. Nubuatan Daniel hampir diatasi seluruhnya oleh umat-umat setan. CCG terus berdiri bersama dengan doktrin iman yang asli. |
|
Lihat tulisan: Peperangan
Unitarian/Trinitarian [268]. |
1997-2027
CE |
Tiga puluh tahun kepada kesudahan: lihat
tulisan: Tiga Puluh Tahun yang
Terakhir: Perjuangan yang Terakhir [219]). |
1997-2028
CE |
Para Putera, Imam dan Nabi akan disingkirkan. Lihat tulisan: Mengukur Kaabah [137]. |
2028 Milenium akan Bermula
Tahun Yobel akan bermula di dalam tahun 24 dan
74 BCE dan 27 dan 77 CE dalam setiap abad. Tahun yobel yang seterusnya, yakni
yobel keempat puluh sejak penginjilan Mesiah dan yobel yang keempat puluh
sembilan sejak pembinaan semula Kaabah dan pemulihan kepada Hukum di bawah Ezra
dan Nehemia, adalah berada di dalam tahun yang kudus 2027/8. tahun 2028 akan
memulakan tahun-tahun yobel dan milenial baru pemerintahan Mesiah sebagai 1/50
(lihat tulisan Pembacaan Hukum bersama dengan
Ezra dan Nehemia [250]; Maksud Penglihatan Yehezkiel
[108]; Penyesuaian Masa Penyaliban
dan Kebangkitan [159]; dan
Unjuran Jadual Masa Zaman
[272]).
Kalendar Allah berdiri dengan sempurna bersama dengan rencanNya yang dilaksanakan menurut kalendar itu untuk milenia. Ianya berdiri sempurna menurut takluk hukumNya. Dengan menerima pembetulan, kita mencari dahulu Kerajaan Sorga dan KebenaranNya (Mat 6:33) dan juga kehidupan kekal dengan mengenali satu-satunya Allah yang Benar dan Kristus yang diutusNya (Yohanes 17:3). Ianya merupaka keinginan kepada Jemaat-jemaat Allah bahawa umat Allah harus memegang teguh perintah yang diberikan oleh Bapa, kepada Kristus untuk Jemaat seperti yang dibuktikan oleh tulisan kitab (1 Tes 5:21), justru itu mencari pemulihan yang sepenuhnya.
q