Jemaat-jemaat
Allah Al Masehi
[036_2]
Kejatuhan Mesir Bahagian II:
Peperangan Akhir Zaman
(Edisi 4.0 20110206-20141026-20200410-2024112720250218)
Peristiwa-peristiwa sekarang ini di Mesir seharusnya tidak menghairankan bagi seorang pelajar nubuatan Alkitab sebab urutan itu adalah sebahagian skala waktu yang bermula dari orang Asyur dan orang Babel di Pertempuran Karkemis pada 605 BCE di mana Mesir dikalahkan dan tamat dari akhir Zaman Bangsa-bangsa atau Bukan Yahudi serta mulanya tiga puluh tahun akhir zaman dari 1997 sampai 2027. Naskah ini menguraikan hal-hal penting dan fasa terkemudian.
E-mail: secretary@ccg.org
(Hakcipta
© 2011, 2014, 2020, 2024 Wade Cox)
(ed. 2024, 2025)
Karya tulis ini boleh disalin semula dan didistribusikan secara bebas dengan syarat ia disalin semuanya tanpa apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat penerbit serta notis hakcipta harus disertakan. Sebarang bayaran tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima salinan yang didistribusikan. Petikan-petikan ringkas daripadanya boleh dimasukkan ke dalam artikel-artikel kritis dan karya ulasan tanpa melanggar undang-undang hakcipta.
Karya
ini boleh didapati daripada Internet di:
http://www.logon.org dan http://www.ccg.org
Kejatuhan Mesir Bahagian II: Peperangan Akhir Zaman
Sepanjang minggu
sebelum Hari Bulan Baru Adar (1/12/33/120 atau 3 Februari 2011) perhatian ditumpukan kepada rusuhan di Mesir. Mesir ialah sebuah negara yang sangat penting dalam sejarah
Alkitab dan tempatnya dalam nubuatan amat signifikan, dan ia sesungguhnya sangat penting kepada urutan akhir zaman. Sesiapa yang menguasai Mesir secara efeknya merupakan Raja Selatan dalam
Daniel dan kedudukannya sangat penting
kepada rangka waktu Alkitab. Nubuatan-nubuatan dalam Yehezkiel saling berhubungan dengan nubuatan-nubuatan Daniel untuk menjelaskan sistem Babel dan waktu tujuh kali masa hingga hujung Zaman Bangsa-bangsa dan Peperangan
Akhir Zaman sampai Hari Tuhan (lihat
naskah Hari Tuhan dan Zaman Akhir
(No. 192)).
Urutan nubuatan-nubuatan Yehezkiel dan saling kait dengan Daniel diterangkan kesemuanya dalam naskah Kejatuhan Mesir: Nubuatan Lengan-lengan Patah Firaun (No.
036). Naskah ini sudah berada di web selama 15 tahun dan ditulis pada 1994. Pada Februari
2011 beribu-ribu salinan dalam banyak bahasa
telah dimuat turun disebabkan keinginan untuk mengerti apa sebenarnya
berlaku. Orang ramai kini mula menyedari
bahawa ini merupakan satu titik perubahan dalam sejarah. Titik ini ialah
organisasi kembali Raja
Selatan dan desakan kepada
Raja Utara yang akan meningkatkan
peristiwa-peristiwa Perang Dunia III dari Afghanistan dan Iraq yang bermula
dari 2001 menjadi peperangan menyeluruh yang akan timbul daripada
republik-republik Islam di utara
dan timur Yerusalem. Peningkatan ini akan menyaksikan kemusnahan besar-besaran banyak orang dan negara. Nubuatan-nubuatan
terakhir akan diselesaikan dan Mesias akan mengambil alih dunia.
Supaya kita mengerti apa
yang sedang terjadi kita akan menguraikan
rangka waktu nubuatan Kejatuhan Mesir.
Perpindahan-perpindahan kuasa
tidak akan terjadi hingga waktu-waktu itu. Justeru perang-perang mendapat kesudahannya supaya nubuatan dan Kitab Suci tidak dibatalkan.
Bagaimanapun, kesudahan-kesudahan
perang itu dipergunakan begitu sekali bagi menyediakan
planet untuk impak maksimum bila waktu-waktu
nubuatan digenapi.
Syaitan mempunyai masa tertentu yang diperuntukkan kepadanya dan bahawa 6000 tahun berakhir pada 2027. Masa
Akhir (No. 141C_4D) telah dipendekkan
untuk mencegah dunia dari kemusnahan total. Dia bergantung kepada gereja Zaman Akhir untuk memahami apa yang Tuhan akan lakukan dengan
system itu.
Mari kita perhatikan beberapa urutannya dari 1914. Sejak pembunuhan Archduke Ferdinand dari
Austria pada 28 Jun 1914 di Sarajevo dan deklarasi
Perang atas Serbia pada 28 Julai 1914 keadaan terus merosot
dan dunia terjun ke dalam perang.
Pada 1 Ogos Jerman mengumumkan perang atas Rusia dan Perancis dan menyerang Belgium.
Pada 4 Ogos 1914 Britain mengumumkan perang atas Jerman atas pencerobohan Belgium itu.
Pada 5 Ogos 1914 Austria mengumumkan perang atas Rusia. Rusia, Britain
dan Perancis mengumumkan perang atas Turki.
Pada
26-28 Ogos 1914 Jerman mengakibatkan
kekalahan besar pada orang
Rusia di pertempuran Tannenburg.
Orang Jerman juga menyerang Perancis
dan kemaraan mereka pada
Paris dihentikan di pertempuran
Marne. Britain memasuki Perancis
dan Pertempuran Ypres diperangi
sepanjang Oktober-November 1914. Ini memulakan perang parit di barisan barat. Jadi kita saksikan satu
titik perubahan utama dalam sejarah
peperangan dan dunia pada 1914 sebagaimana
waktu yang membawa kepada pertempuran Karkemis pada 605 BCE kira-kira 2,520
tahun atau tujuh masa sebelumnya. Perhatikan bahawa penamatan tepat 2520 tahun dari Karkemis
pada 605 BCE adalah pada 1916. Jadi dua tahun terakhir hubungan pertama adalah dari 1914 hingga 1916.
Dalam naskah Kejatuhan
Mesir (No. 036) ada dinyatakan:
“Satu lagi faktor, yang bakal memasuki hal-ehwal dunia walaupun kenampakan kecil, adalah Bank England diperkuasakan
untuk mengeluarkan wang kertas melebihi had yang ditentukan undang-undang.
Tindakan ini memperkenalkan
proses ketidakstabilan kewangan,
yang akan mencapai konsekuensi lengkapnya dalam keberhutangan dan perhambaan kewangan bangsa-bangsa berbahasa Inggeris. Semua konsekuensi Ulangan 28 (lihat naskah Berkat dan Tulah (No. 75)) akan
hanya dilihat pada waktu itu.” Seperti
yang kita tahu sekarang ini timbul
daripada ketidakcekapan politik orang Amerika dalam Akta Simpanan Persekutuan Disember 1913 yang mencipta satu korporasi bank-bank swasta yang mengambil kuasa atas rakyat Amerika. Sepanjang tempoh dari 1914 hingga 1996 Bank Simpanan Persekutuan merampas kekayaan dan seluruh simpanan-simpanan emas Amerika
Syarikat (AS). Menjelang 2008 mereka
secara efektifnya telah memufliskan AS dan pelbagai bank dunia untuk mencipta Pakatan atau Orde Dunia
Baru di bawah satu sistem Satu Dunia di bawah kuasa Bank Dunia. Pada 2009-10 mereka
cuba mengambil alih sistem-sistem kewangan dunia di bawah satu sistem tidak
terpilih, yang kononnya dikuasai Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). PBB juga menggunakan
sains berunsur penipuan berkenaan Pemanasan Global untuk menakutkan seluruh dunia hingga menyerahkan kuasanya kepada Binatang. Peristiwa itu akan terjadi
sebagaimana Wahyu mengatakan
ini akan terjadi.
Ingat, naskah mengenai “Kejatuhan Mesir” telah ditulis pada 1994 dan dengan itu perang-perang
kesudahan ada di masa depan. Segala pernyataan naskah itu menunjukkan
apa yang bakal terjadi dan ternyata memang terjadi dan sedang terus terjadi.
“Perang
Dunia I memperkembangkan konsep-konsep
dan metode-metode peperangan
moden. Semua ini tidak seperti
orang-orang gagah perkasa dahulukala yang turun ke Gelanggang dengan
pedang dan perisai mereka. Satu ringkasan pendek sejarah akan menerangkannya.
18 Febuari 1915. Dalam pembalasan untuk
sekatan laut terhadap Jerman oleh Britain, Jerman membalas dengan sekatan
terhadap kapal selam Britain.
22 April -25 Mei 1915. Perang Ypres yang
kedua dengan penggunaan racun gas oleh orang-orang Jerman pada kali pertama.”
Perang Saudara Amerika merupakan permulaan peperangan moden dengan penggunaan
senjata-senjata automatik
dan muatan belakang (breech-loading). Penganut
Satanis, mempergunakan sistem Masuni Amerika di bawah
Albert Pike, merencanakan tiga
perang dunia dari 1871.
Perang Dunia I menjadi lapangan
ujian bagi senjata-senjata kemusnahan besar-besaran dan yang jauh lebih mengerikan.
Negara-negara
Semit tengah diorganisasi kembali. Israel lahir kembali daripada Deklarasi Balfour 1917 (Terdapat
dua Deklarasi Balfour 1917, satu
berkenaan tanah air Yahudi dan kedua adalah untuk dasar
perundangan bagi pendirian negara Australia.) Peperangan
Semit/Mesir/Aryan telah bermula
sekali lagi.
25 April 1915. Tentera bersekutu mendarat di
semenanjung Gallipoli tetapi gagal mengendalikan Selat Dardanelle. ANZAC telah
dilahirkan.
Itali menyertai perang di pihak bersekutu.
Britain membentuk kerajaan bersekutu di bawah
Asquith.
Serangan British-Perancis telah gagal.
Pada 6 September 1915 Bulgaria menyertai
kuasa-kuasa pusat.
Tempoh 2520 tahun telah tamat dan perang-perang kesudahan zaman bermula dengan bersungguh-sungguh. Daripada naskah mengenai Kejatuhan Mesir:
“21 Februari sehingga 16 Disember
1916. Perang Verdun memperlihatkan serangan Jerman di bahagian barat utama
dengan kekalahan yang mengerikan di kedua-dua pihak.
20 Mac 1916. Perjanjian rahsia Anglo-Perancis
atau Sykes-Picot telah menyerang pembahagi Empayar Turki sehingga peperangan
ini melibatkan Filistin. Mesir adalah sebahagian daripada sistem empayar ini.
24 April memperlihatkan perayaan paskah hari
minggu muncul di Ireland menandakan pertukaran kuasa di kepulauan British
sendiri.
31 Mei sehingga 1 Jun 1916. Peperangan
Jutland, satu-satunya perang laut yang utama di antara British dan konvoi
Jerman memperlihatkan British mengalami kekalahan yang lebih besar daripada
kekalahan Jerman.
Serangan Brusilov Rusia telah gagal.
1 Julai 1916. Peperangan Somme memperlihatkan
penggunaan kereta kebal oleh Britain buat pertama kali. Melebihi satu juta
telah terkorban.
27 Ogos 1916. Romania dan Portugal menyertai
perang terhadap Jerman.
USA, yang mungkin mendapat keuntungan dari
perang itu, telah membeli pulai Virgin. Ia mendaratkan pasukan tentera di Santo
Domingo, Republik Dominican dan menetap di sana sehingga 1924.
Februari 1917 memperlihatkan revolusi di
Rusia dan penurunan takhta Tsar Nicholas.
11 Mac 1917. orang British telah menawan
Baghdad dari Turki. Golongan Ghuz di Turki, yang dinamakan bagi silsilah
Seljuk, telah menetap di Baghdad sejak kurun ke-12 dan telah mengalahkan
tentera Byzantine barat di dalam perang Myrio-cephalum pada 1176. ini telah
mengakhiri kebangkitan golongan Byzantine yang bermula sejak kekalahan di
tangan Seljuk Rum dalam perang salib yang pertama di Nicea dan Dorylæum.
Kemenangan ini telah membolehkan para pejuang perang salib berarak maju melalui
Siria dan mengambil Edessa dan Antioch pada 1098 dan Yerusalem pada 1099.”
“Penentuan kesudahan fasa ini dimulakan
pada 1917.
6 April
1917. USA mengisytiharkan perang ke atas Jerman.
31 Julai sehingga 10 November 1917. Perolehan dari
Perang Passchendale, serangan tentera British yang utama, telah diimbangi oleh
serangan balas Jerman.
24 Oktober 1917. Perang Caporetto memperlihatkan
kekalahan teruk Itali.
Revolusi Oktober memperlihatkan Bolshevik
menggulingkan kerajaan sementara. Lenin menjadi ketua perutusan dan Trotsky
menjadi perutusan bagi hal-ehwal luar negara.
Kemenangan-kemenangan Komanwel British di Timur
Tengah memperlihatkan Palestin memperoleh semula Israel. Sumur oath (sumpah), Bersyeba,
telah direbut oleh Penunggang Berkuda Australia dalam serangan berkuda
besar-besaran terakhir orang berbahasa Inggeris. Dari sini Deklarasi Balfour
(yang Pertama) dibuat untuk menyokong keadaan orang Yahudi di Palestin.
9 Disember 1917. Tentera Komanwel British telah
menawan Yerusalem. Sekali lagi kota ini berada dalam tangan orang Israel
selepas 1,847 tahun.
Ini ialah faktor kunci
dan kemuncak perang itu dari sudut
pandangan nubuatan. Lebihan perang itu berfokus pada poin-poin kunci berikut.
3 Mac 1918. Perjanjian Brest-Litovsk diantara
Rusia dan Jerman memperlihatkan Rusia berundur dari perang.
15 Julai sehingga 2 Ogos 1918 memperlihatkan
serangan utama Jerman yang terakhir gagal di dalam perang Marne.
16 Julai 1918 memperlihatkan penganiayaan
mantan Tsar Nicholas II dan keluarga.
18 Julai 1918 memperlihatkan serangan dari
pihak bersekutu bermula. Jerman dipaksa untuk menyerah.
Orang-orang Itali telah meraih kemenangan
dari Vittoria Veneto dan Austria-Hungary telah menyerah.
9 November 1918 memperlihatkan revolusi di
Jerman dan penurunan takhta Wilhelm II. Republik itu diisytiharkan.
11 November 1918. Jerman bersetuju dengan
gencatan senjata dan Perang Dunia I telah berakhir.
Perang Sivil di Ireland telah bermula.
Lenin menumpukan kuasa kerajaan Bolshevik dan
perang sivil berlarutan sehingga 1920.
Hal-hal ini menggambarkan
bagaimana titik yang sangat
penting dalam sejarah ini membabitkan
bangsa-bangsa yang disebutkan
dalam nubuatan dan banyak lagi. Perkara
jelas daripada senarai itu adalah
kita sedang saksikan satu sistem
peperangan baru terhasil yang berlainan daripada semua sistem sebelumnya. Lebih khusus lagi
urutan ini dalam zaman akhir akan memulakan pembukaan perang-perang kesudahan zaman dan pendirian
Kerajaan Tuhan. Sistem-sistem kewangan
yang menyokong perang-perang
ini juga dimiliki dan dikendalikan oleh para bankir
[yang sedang muncul] yang akan bakal menjadi
Orde Dunia Baru dan sistem Binatang Zaman Akhir. Mereka menggunakan konflik-konflik ini sejak 1914 untuk menambahkan kuasa yang telah salah diberikan kepada mereka pada Disember 1913 oleh Kongres AS dalam peristiwa yang merupakan perbuatan khianat terbesar pernah dilihat dalam sejarah dunia.
“Urutan sejarahnya disimpulkan seperti berikut:
750 BCE. Nubia digabungkan di Mesir di bawah
kekuasaan golongan Nubia.
732 BCE. orang Asyur di bawah Tiglat Pileser
III menggabungkan Damsyik dan menjadikan Israel dan Yudea sebagai tanah
jajahan.
729 BCE. Tiglat Pileser menggabungkan Babel.
724-721 BCE. Salmaneser V menggabungkan
Israel. Penggantinya Sargon II mengasingkan sepuluh suku kaum. Pengasingan ini
melewati Araxes ke padang-padang rumput.
710 BCE. orang Cimmeria menceroboh Urartu dan
Frigia yang musnah. Sargon terbunuh sewaktu melawan dengan orang Cimmeria pada
705 BCE dan telah digantikan oleh Sennacherib/Sanherib.
696 BCE. orang Asyur menggeledah Tarsus.
687 BCE. Takhta Lidia di Anatolia barat telah
dirampas oleh Gyges.
Asyur kini sedia untuk menakluki
Mesir dan menjadi kerajaan tertinggi Asia barat.
669-663 BCE. Orang Asyur mencerobohi Mesir
dan menetapkan subordinasi Mesir.
Maka lengan Mesir telah patah dalam
pengertian pendahuluan.
605 BCE. Nebukadnezar mengalahkan Necho, yang
telah membantu Asyur dalam peperangan Karkemis. Tentera Mesir telah dikejar
sampai ke sempadan Mesir tetapi Nebukadnezar tidak memasukinya mahupun kerajaan
Yudea (2 Rajah 24:7). Skala waktu tujuh masa bermula.
Orang-orang Mesir berjaya untuk menawan
semula Gaza selepas perang 601 BCE dan oleh kerana ini pengaruh mereka telah
bertambah di Yerusalem walaupun amaran-amaran telah diberikan oleh Yeremia.
Pada 599 BCE. Nebukadnezar telah menawan
orang-orang Arab di timur Aram/Syria dan Palestin.
Pada 598 BCE dia telah mengepung Yerusalem
dan menaklukinya pada 15-16 Mac 597 BCE.
Dia sekali lagi mengepung dan memusnahkan
Yerusalem pada 586 BCE.
Sekitar 567 BCE. Mesir cuba menegakkan
kembali kedudukannya dan Firaun-nya Amasis, pengganti kepada Hophra, diperangi
oleh Nebukadnezar pada tahunnya yang ketiga puluh tujuh (567 BCE).
525 BCE Cambyses mencerobohi Mesir dan
mematahkan lenganny yang satu lagi.
Akhir fasa pertama menyaksikan
perpindahan kuasa daripada orang Semit kepada orang
Aryan yang diwakili oleh orang Medo-Persia. Dua kumpulan itu merupakan
gabungan-gabungan kuasa,
yang menjadi perubahan-perubahan
dalam penguasaan. Mesir ditunduki oleh kedua-dua kumpulan. Akhir tempoh konsolidasi dua jangka waktu empat puluh
tahun adalah pada 525 BCE dengan pencerobohan Cambyses. Peredaran tujuh masa diterapkan kepada tarikh terminal ini memberikan tahun 1995/6 sebagai akhir Fasa
2. 1996/7 ialah tahun
Rahmat Kelima daripada peredaran Sabat dan tahun ke 2520 dari Pencerobohan
Mesir oleh Cambyses pada 525 BCE. Tahun ini ialah penamat
Waktu Bangsa Lain. 1997 ialah
tahun tuaian dua kali lipat untuk tahun
Sabat dan Pembacaan Hukum pertama
iaitu 1998. Proses peringatan
dimulakan.
Sistem terakhir Orde
Dunia Baru sudah bertempat
pada 1995 dan menjelang 1997 Waktu Bangsa Lain secara efektifnya tamat dan Orde Dunia
Baru mula berkuasa. Antara
1997 dan 2001 sistem didirikan
untuk Perang Dunia. Iraq telah
dicerobohi oleh AS di bawah
Operasi Desert Storm dalam
Perang Iraq Pertama. Kawalan-kawalan
kewangan mula dilaksanakan untuk menawan dunia secara kewangan menjelang 2009.
Memang bermakna bahawa milenium kedua dari kelahiran
Kristus berakhir pada 1996.
Kristus tidak mungkin telah lahir
lebih lambat daripada 4 BCE (memandangkan kematian Herodes diketahui antara 1 dan 13 Abib 4 BCE). Dengan
itu dia semestinya
telah lahir 5 BCE atau lebih awal.
Lihat naskah Signifikans
Tahun 2000 (No. 286) dan Umur Kristus pada Pembaptisan dan Tempoh Pelayanannya (No. 19).
Raja
Selatan secara efektifnya ialah Britain dan selepas itu, diiringi oleh AS, menyusul dan menjadi lengan-lengan perang Raja Utara berikutan pembentukan NATO selepas kekalahan kuasa Paksi. Mesir diduduki oleh
Britain dan tahun 2520 penaklukan
Pertama selesai. Peristiwa-peristiwa terus terjadi di belakang tabir dan pentas disediakan untuk perang-perang kesudahan zaman.
Mesir Moden
Yobel ke 118 adalah pada 1927 dan tahun Pertama Yobel ke 119 adalah pada 1928. Pada
1928 Persaudaraan Muslim Mesir (Muslim Brotherhood of Egypt) dibentuk.
Ketika tempoh mulai waktu itu sampai
1953, Mesir menyediakan perjuangan
kemerdekaannya. Persaudaraan
Muslim ini telah ditindas di Mesir sejak 1952 dan kemunculan pergerakan kemerdekaan sekular. Pada 1953
Mesir mengumumkan kemerdekaannya
di bawah Gamal Abdel Nasser dan pada 1956 Mesir merampas Terusan Suez daripada Britain. Ini ialah akhir 40 tahun Lengan Pertama dan merupakan 2520 tahun atau tujuh masa dari penerimaan kemerdekaannya daripada Kerajaan-kerajaan Utara sekitar 565 BCE.
Mesir bakal mengalami beberapa kekalahan pada tangan Israel mulai 1967 dan seterusnya. Pada 1981 ia diletakkan di bawah diktatur efektif dengan Presiden Hosni Mubarak. Sepanjang 30 tahun rejim Mubarak, Mesir menindas diri sendiri. Ia
negara Islam tetapi bukan tidak begitu fundamentalis
sebagaimana Persaudaraan
Muslim mengingininya dan mereka
tidak pernah berposisi untuk menguasainya. Golongan Copt/Koptik Mesir, iaitu 10% daripada Mesir, terpaksa berpaling kepada Kekristianan Eropah dan menyokong sesiapa saja yang bertentangan dengan Persaudaraan Muslim yang sendirinya mempunyai sokongan 20% Mesir. Secara efektifnya Persaudaraan Muslim berada dalam bulan
kedua tahun-tahun penindasan. Mereka telah mengubahsuai pendekatan mereka untuk menghasilkan daya tarik lebih
luas dan mereka kelihatan lebih pro-demokrasi dan sekular. Betapa benarkah itu? Kita akan segera mengetahuinya.
AS secara efektifnya telah menguasai dan menyokong Mesir di bawah Mubarak
dan sebenarnya memperlengkapi
Mesir dengan dana-dana bantuan
dan akan terus berusaha untuk mengawal Mesir dengan dana-dana sebanyak 1.5 hingga 2 bilion dalam perlengkapan
militer tiap tahun.
Segala pemberontakan seluruh Afrika
Utara mulai dari Tunisia mempergunakan ketidakpuasan besar dalam semua
diktatur Arab ini dengan korupsi menyeluruh dalam negara-negara ini. Peningkatan 220% dalam harga makanan
balik kepada tahun-tahun krisis 2007/8 memarakkan ketidakpuasan ini. Penindasan dan ketidakadilan di Tunisia dan Mesir membangkitkan
revolusi dan ini harus terjadi sebagaimana
ia terjadi. AS menyokong Mubarak dan sekarang sistem PBB cuba mendapatkan seorang moderat pro-PBB di situ dalam bentuk Dr. Mohamed El Baradei.
Masalahnya ialah El
Baradei tidak mempunyai apa-apa sokongan nyata dalam Mesir. Dia telah berada di luar Mesir selama berdekad-dekad dan gagal teruk bilamana
dia pernah cuba mengadakan parti pembangkang. Faktanya adalah, tiada tentangan
penting kerana mereka telah ditangkap dan disiksa dan dihapuskan oleh rejim Mubarak itu. Satu kini dikumpulkan bersama termasuk Persaudaraan Muslim ini.
Hakikatnya adalah
Persaudaraan Muslim menolak
keganasan yang dahulu dan mengambil sikap laissez faire (tidak
campur tangan) terhadap negara sekular untuk mengeratkannya dengan rakyat Mesir dan meningkatkan
kepopulerannya. Ia terikat kepada kesatuan-kesatuan profesional, kampus-kampus universiti, dan
program-program kebajikan sosial
Mesir. Ia secara terbuka menyokong demokrasi tetapi juga mengkritik polisi luar AS. AS tidak menyukai kritikan dan dengan itu terdapat
berbagai-bagai pendapat mengenai apakah tujuannya. Pihak agama sayap kanan AS memikirkan pemberian hak suara kepada
Persaudaraan Muslim sebagai
keadaan terburuk. Kelompok tidak berkompromi AS akan mewujudkan musuh mereka sendiri dalam orang-orang ini.
Ia berkuasa dalam pemberontakannya tetapi diam-diam dalam tindakannya. Ia mencela satu
serangan pengganas baru-baru ini sebagai
perbuatan pengecut. Ia sangat berhati-hati untuk meningkatkan kedudukannya sebagai parti pembangkang dengan menggunakan golongan muda sebagai daya
pendorong pemberontakan itu. Terdapat komiti-komiti
bersepuluh mengatur pemberontakan itu dan Persaudaraan Islam diwakili
Komiti-komiti itu. Will
Englund dalam The Washington Post berkata:
kumpulan-kumpulan yang menjalankan demonstrasi-demonstrasi itu telah mengadakan satu komiti 10 untuk menangani kerajaan; termasuk Persaudaraan Muslim. Apabila lapan pemimpin daerahnya ditahan minggu lalu, ia
memilih untuk tidak bertindak untuk membela mereka
agar tidak mengganggu tujuan utama—pemergian
Mubarak.
Ia akan cuba mengasingkan para jihadi ganas untuk menarik
undi golongan Islam sederhana. Itu dilakukannya. Bagaimanapun, ia bersahabat dengan Hamas dan orang
Iran melihat ini sebagai satu peluang
untuk memisahkan elemen-elemen pro-Barat di Mesir dan memisahkan
Israel dan pihak Barat, yang akan
berkesudahan dengan perang. Oleh kerana semua sebab di atas, terdapat banyak dan berbagai pendapat mengenainya. Pendapat-pendapat ini terbentang dari pandangan bahawa tujuan tunggalnya
adalah untuk mengusir Mubarak dan membawakan keamanan kepada Mesir, hingga pandangan bahawa mereka akan
mengambil alih Mesir dan mewujudkan sebuah Negara
anti-Amerika. Bagaimanapun, sejarah
menunjukkan bahawa mereka akan diambil
alih oleh sistem Utara ini pada Zaman Akhir, sesudah konflik besar.
Rejim
Mubarak mempergunakan tentangan
Islam ini untuk membenarkan pemerintahan otoriternya. Ia menggunakan tawanan-tawanan untuk menindas bantahan-bantahan ini dengan kekerasan. Tekniknya adalah dengan melepaskan tawanan-tawanan atas sebab mereka akan
secara jasmani menyerang dan merampok para pembantah untuk mendiskreditkan bantahan-bantahan
itu dan sebarang tentangan. Pihak polis juga ikut serta dalam
aktiviti ini. Bersama-sama dengan hakikat bahawa serangan-serangan atas stesen-stesen polis oleh golongan tidak puas hati juga menyaksikan tawanan-tawanan dibebaskan dan parti pembangkang
juga didiskredit dalam masalah tiga penjuru
itu. Warga rakyat kini melaksanakan rondaan dan sekatan daearah-daerah mereka sendiri untuk menghadkan penjarahan.
Persaudaraan Muslim ini
dilarang Mubarak daripada mengambil bahagian dalam pemilihan politik. Namun ia mengkonsolidasi dirinya sebagai kumpulan pembangkang terbesar di Mesir dan meskipun adanya larangan pemilihan mempunyai 17 wakil dalam parlimen Mesir yang menyokongnya. Ia menyokong (biarpun secara nominal) langkah El Baradei untuk memanfaatkan
pembangkang untuk penyingkiran Mubarak. Masalah sebenarnya ialah tiadanya pemimpin nyata dalam pihak
pembangkang dan tentera terpaksa mengambil kuasa. Tentera menyatakan bahawa ia tidak akan
bertindak terhadap pemberontakan itu dan Mubarak harus pergi. Faktanya
ialah El Baradei tidak mempunyai sokongan dan Persaudaraan itu akan mengikuti
puncak ini menjadi pimpinan de facto teratur. Musuh sebenar kemajuan demokrasi ialah fakta bahawa AS merupakan kepala Orde Dunia Baru
dan kuasa Utara akan mendesak susunan kembali struktur-struktur Timur
Tengah.
Israel takut bahawa Mesir yang dipimpin Persaudaraan Muslim bukan saja akan
bermakna suatu kuasa Islam lebih kuat di Gaza tetapi juga suatu kuasa di Tebing Barat yang sekarang ini dijalankan oleh Autoriti Palestin yang dikuasai Fatah. Israel akan berasa terancam. Ia sedia menyerang
Iran sekarang juga dan sedang
menunggu dorongan pencetus. Pimpinan sebegitu dari Mesir juga akan memberanikan Hamas dan
Hezbollah dan mengubah keseimbangan
kuasa berhubungan Fatah.
Hezbollah sudah dalam kedudukan sedia untuk melancarkan roket-roket Iran dari
Lubnan/Lebanon bukan saja terhadap Israel tetapi juga terhadap Eropah. Keadaan begitu membuatkan Iran yang berkuasa nuklear amat berbahaya
sekali bagi ibukota-ibukota Eropah. Tekanan daripada pemberontakan di Tunisia dan Mesir sudahpun
dirasai di Syria dan itu akan tersebar ke
Saudi Arabia dan tempat lain. AS berbicara
demokrasi tetapi menyokong rejim-rejim diktatur atas sebab-sebab
kuasa.
Kebimbangan terbesar
adalah bahawa Persaudaraan Muslim ini akan menterbalikkan perjanjian Israel/Mesir 1979 yang dicapai
di bawah Anwar Sadat. Juga bahawa
ia akan merosakkan
operasi Terusan Suez. Juga dikhuatiri bahawa mereka akan merosakkan
operasi-operasi menentang keganasan/terorisme di serata dunia. Persahabatan mereka dengan Hamas dilihat mempertunjukkan bahawa segala pernyataan
demokratis mereka tidak jujur. Situasi
sama terjadi di Iran dan
rakyat tidak dapat mengambil balik kuasa yang dirampas angkatan Islam. Mesir akan mengalami nasib sama. Kekejaman terjal rejim-rejim Islam dan angkatan bersenjata teras mereka dalam pengawal-pengawal
Revolusioner harus jangan dipandang rendah.
Gerakan
Islam akan memanfaatkan tentangan terhadap sistem Utara dan akan menggulingkan perserikatan-perserikatan
pro-AS. Tindakan itu akan bertindak memberi alasan campur tangan
ketenteraan di Timur Tengah secara
menyeluruh menduduki tempat-tempat dari Yerusalem. Sistem Binatang akan menduduki daerah dari Gaza ke Yerusalem sepanjang
42 bulan akhir zaman dan waktu dua Saksi itu (lihat naskah Saksi-saksi (termasuk Dua Saksi) (No.
135)). Lihat juga karya
2012 dan Antikristus (No. 299D) untuk
rangka-rangka waktu berkenaan.
Urutan Perang-perang Kesudahan Zaman diliputi dalam karya-karya Tiga Puluh
Tahun Akhir: Perjuangan Terakhir (No. 219) dan Perang Hamon-Gog
(No. 294). Karya-karya ini
mencakupi nubuatan-nubuatan
tempoh dari 1997 hingga 2027 iaitu tahun yobel ke
120. Dalam karya itu, permulaan peperangan diterangkan dari 2001 bilamana semuanya mula membabitkan gerakan ke dalam
Afghanistan dan negeri-negeri “Stan” sistem Soviet
lama dan seterus ke dalam Iraq, dan selepas itu membabitkan Timur Tengah secara umumnya. Semua yang disebutkan dalam karya itu
setakat ini terbukti 100% tepat.
Kita akan teruskan dengan
analisis situasi di Afrika
Utara dan Timur Tengah. Seperti yang kita lihat rangka
waktu itu akan mendorong negara Mesir ke dalam perang-perang
kesudahan zaman dengan berakhirnya baris waktu pada akhir 2520 tahun sejak pencerobohan Mesir oleh
Cambyses pada 525 BCE, iaitu pada 1996/7. Urutan-urutan ini diringkaskan dalam naskah Kejatuhan
Mesir: Nubuatan Lengan-lengan
Patah Firaun (No. 036).
Waktu dua
lengan yang mana salah satu
telah patah dua kali terjadi pada tarikh sangat penting pertempuran Karkemis pada 605 BCE. 2520 tahun
dari 605 BCE berakhir pada
1916. Tarikh itu menyaksikan
konflik-konflik penting
Perang Dunia I bermula dan operasi-operasi
berhubungan kedua-dua Eropah dan Timur Tengah. Sistem kewangan dunia juga telah ditempatkan dalam pemilikan tersendiri sejak Disember 1913 dan dari 1914 hingga 1916 seluruh dunia dipersiapkan untuk “Peperangan Hari-hari Akhir” dan perang-perang itu dirancang untuk
berlanjutan melalui tiga fasa membabitkan
Perang Dunia I, II dan III. Urutan itu direncanakan oleh para Satanis dengan menggunakan persatuan-persatuan Rahsia di bawah pimpinan Albert Pike. Aspek-aspek
itu dihuraikan dalam karya 2012 dan Antikristus (No. 299D). Tujuan sebenar
rencana itu bukan hanya untuk
mendirikan satu badan penguasa dunia di bawah Iblis sebagai tuhan, iaitu apa yang diberitahu kepada para Satanis, tetapi untuk menghapuskan manusia, iaitu tujuan sebenar si penuduh orang beriman itu.
Tahun 1996/7 menyaksikan
berakhirnya Waktu Bangsa-bangsa
menurut Nubuatan Alkitab dan bermulanya waktu tiga puluh
tahun kesudahan zaman, atau, “Ratapan bagi Musa” yang dilambangkan oleh
tiga puluh hari terakhir sebelum
Isrel memasuki Tanah Perjanjian. Pada tahun itu perjanjian-perjanjian dicapai untuk menyerahkan
semua kuasa nasional kepada satu sistem pusat
di bawah kawalan kerajaan dunia. Komanwel British dan AS telah
mempermudahkan sistem ini sejak perjanjian-perjanjian
1997 dan sedang meniadakan konstitusi/perlembagaan mereka sendiri dengan Akta-akta yang menggantung dan meniadakan peruntukan-peruntukan konstitusi
dan raja. Ini khianat dan membantu
serta bersekongkol khianat.
Banyak peristiwa terbabit adalah dalam golongan
tiga puluh tahun dari tarikh-tarikh
penting ini. Dari 1916,
pada akhir tujuh masa dari Karkemis pada 605 BCE, kita lihat bahagian
akhir usaha pembasmian Yehuda dan tiga puluh tahun itu
tamat pada 1946 dan diikuti
oleh pembentukan negara Israel. Sepanjang
waktu sama kita juga perhatikan pergumulan di Mesir. Perjuangan kemerdekaan dimulakan dari 1951 dan Hosni Mubarak mentarikhkan
pelayanan umumnya dari waktu ini
di bawah Muhammad Naguib presiden
pertama Republik dan Gamal Abdel Nasser (presiden kedua pada 1956). Pada
1952 Persaudaraan Islam ditindas
di Mesir. Ini teladan yang diikuti
oleh semua pemimpin di seluruh Afrika Utara dan Timur Tengah atas
hasutan pihak Barat dan sekutu-sekutu mereka. Tindakan ini menemui kejayaan
dalam banyak negara sehinggalah revolusi di Iran pada
1979. Demonstrasi-demonstrasi bermula
pada Januari 1978. Pada Februari 1979 Shah meninggalkan negara sebagai buangan dan Republik Islam dibentuk
di bawah Ayatollah Khomeini pada hujung
tahun itu. Ini adalah enam puluh
tiga tahun atau dua lot tiga puluh dari 1916 campur tiga. 1976 merupakan Sabat dan 1977 ialah tahun Yobel ke 119 (dari Pendamaian 1976 ke Pendamaian 1977). 1978 ialah tahun pertama
Yobel ke 120 iaitu yobel terakhir pemerintahan Iblis. Revolusi
Islam di Iran diizinkan untuk
mendirikan pangkalan kuasa Islam Fundamentalis untuk perang-perang kesudahan zaman dan kemusnahan serta perbudakan Timur Tengah.
Shah Iran (Persia) pada hakikatnya menyebabkan kebangkitan golongan revolusioner dengan polisinya yang memerintahkan para peserta apa-apa pemberontakan ditembak. Ini mempunyai kesan memarakkan kembali keteguhan hati golongan revolusioner
setiap empat puluh hari selepas
waktu berkabung bagi mereka yang telah ditembak pada tindasan sebelumnya.
Pengaturan kembali
struktur dunia juga direncanakan
daripada Kelab Rom pada 1956. Itu adalah
waktu empat puluh tahun dari
hujung tujuh masa atau 2520 tahun dari Pertempuran Karkemis dan pendirian sistem Babel sebagai “Kepala Emas” di bawah Nebukadnezar.
Pada 1956
telah dipersetujui bahawa Orde Dunia Baru akan didirikan di bawah sepuluh blok perdagangan
berasingan. Blok-blok ini akan membentuk
sepuluh sistem supra-nasional di bawah pemimpin-pemimpin tidak terpilih dan sistem ekonomi baru. Sepuluh
blok ini akan menjadi Sepuluh
Tanduk Orde Dunia Baru iaitu
kerajaan terakhir “Sepuluh Jari Kaki Besi dan Tanah
Liat Kotor.” Ini bakal menjadi
Kerajaan Binatang dan Iblis memberi kuasanya kepada kerajaan itu. Ia
berpaling dan membinasakan sistem Agama Trinitarian dan juga Islam dan Yudaisme Zionis. Kerajaan penghabisan atau terakhir sistem Babel ini akan dimusnahkan
oleh Kristus pada kedatangannya.
Sistem milenium di bawah Kristus dan orang-orang
kudus akan dilaksanakan dari Yerusalem. Sebelum kedatangan Mesias (lihat naskah Kedatangan Mesias: Bahagian 1
(No. 210A) terdapat beberapa
perkara yang harus berlaku (lihat karya-karya Tujuh
Meterai (No. 140), Tujuh Sangkakala (No. 141),
Peringatan
Zaman Akhir (No. 044)). Tuhan tidak berbuat apa-apa melainkan Dia mengingatkan manusia melalui hamba-hambaNya para nabi. Atas sebab itu juga dunia diperingatkan oleh kedua-dua Jemaat Tuhan dan Saksi-saksi. Tuntutan itu juga ditunjukkan dalam naskah Saksi-saksi
(termasuk Dua Saksi) ) (No. 135).
Tuhan
juga mengatur dalam barisan pendirian Jemaat Tuhan yang terakhir yang membawa ke dalamnya
setiap orang yang bertaubat
dalam zaman akhir dan berpaling kepada Tuhan dan dibaptiskan. Urutan itu diterangkan dalam naskah Api Dari Langit
(No. 28).
Alkitab spesifik bahawa Pelacur Beragama Babel dan Kultus-kultus Rahsia
harus dibinasakan oleh
Binatang itu sendiri. Urutan ini dijelaskan
dalam naskah-naskah Perang Dunia III Bahagian I: Kerajaan Binatang (No. 299A) dan Perang Dunia III Bahagian II: Pelacur dan Binatang
(No. 299B).
Jelas
juga daripada Daniel 11:40-45 bahawa
Perang-perang kesudahan
zaman haruslah dengan
negara-negara di timur dan utara
Yerusalem dan Raja Utara bergerak
maju untuk membinasakan banyak negara sama sekali. Dalam konflagrasi itu lebih satu pertiga
manusia dihapuskan dan satu perempat mati
daripada sampar sesudah itu sampai
waktu Mesias dan Cawan-cawan
kemurkaan Tuhan.
Selepas konflik itu Raja Utara, iaitu kuasa militer terkuat
di bumi pada Zaman Akhir, kembali
ke markas besarnya yang akan menduduki daerah dari pantai Genting Gaza ke Yerusalem di mana para pemimpinnya berada dalam pendudukan itu. Ia akan
menduduki Yerusalem selama 1263.5 hari atau 42 bulan. Dalam waktu itu ia
akan diberi kesaksian oleh dua Saksi yang merupakan
nabi-nabi Tuhan.
Pada akhir 1260 hari dua Saksi itu diatasi oleh angkatan Binatang. Dunia bersukacita
dan akan menghalang mereka dikuburkan. Pada akhir tiga setengah
hari mereka dibangkitkan oleh panggilan atau sangkakala penghulu malaikat dan Kedatangan Mesias.
Mesias, Kristus, yang dipanggil
Isa oleh Quran, kembali untuk
menawan dunia di bawah hukum-hukum Tuhan.
Bagaimanapun negara-negara Timur Tengah harus ditakluki oleh Raja Utara
lama sebelum ini terjadi. Sebab itu negara-negara Muslim harus diorganisasi kembali dan dihasut untuk menyerang
Raja Utara seperti diramalkan
oleh Daniel , di bawah dorongan
Mesir dan negara-negara lain Timur Tengah. Mesir adalah
sentral kepada nubuatan itu. Hasutan
ini telah berterusan selama bertahun-tahun.
Perang terakhir ini, yang secara efektifnya bermula pada 2001, akan dipercepatkan oleh negara-negara Timur Tengah dan Afrika
Utara dalam mencuba untuk membinasakan sistem Raja Utara yang beroperasi
dari Eropah. Sistem Babel ini dilambangkan oleh kota tujuh bukit, iaitu
Babel moden, menyusuli daripada Kerajaan-kerajaan Rom
dan Rom Suci dalam Daniel bab 2. Ini ialah kesatuan ekonomi dan politik yang dibentuk secara simbolik daripada Perjanjian Rom 1956 dengan Sepuluh Kepala atau wilayah ekonominya.
Untuk itu kita sekarang melihat
ketidakpuasan dan pemberontakan
terjadi dari Maghribi
(Morocco) ke Yemen dan digalakkan
oleh Iran dan umat Muslim fundamentalis
di semua tempat. Ini telah dilahirkan oleh korupsi dan tindakan bodoh yang sama sekali bertentangan Alkitab dan Koran (Qur’an). Ini mencerminkan
segala hal tidak jujur dan korup yang terabadi dalam PBB serta sistem politik Eropah. Sekejap lagi seluruh bumi
akan diperhambakan dalam Kerajaan Binatang ini.
Untuk itu juga
orang-orang kudus Yang Mahatinggi bumi
sedang diatasi melalui tindakan bodoh, bidaah, korupsi dan ketamakan. Kuasa mereka sedang hancur
dalam banyak elemen.
Berikut adalah situasinya sekarang dengan negara-negara di Afrika Utara dan Timur Tengah siap sedia untuk
perjuangan akhir ini sebelum mereka
ditawan dan Mesias datang untuk menangani mereka.
Maghribi
Di bawah Raja Mohammed VI Maghribi, seperti
Jordan, ialah satu kerajaan (monarki) yang mempunyai sokongan kuat di kalangan rakyat tetapi monarki dijalankan dengan buruk oleh korupsi orang-orang
yang rapat dengan raja tetapi ia memang
mempunyai kebebasan bersuara yang terbatas.
Tunisia dan Algeria
Bantahan-bantahan jalanan
populer telah melanda di serata Algeria seperti mana terjadi lebih penting lagi
di Mesir, beberapa hari saja selepas bantahan
serupa menyaksikan Presiden Zine al-Abidine Ben Ali, presiden
Tunisia, meninggalkan negaranya.
Ketegasan lazim pengawalan autokratik telah menyebabkan ketidakpuasan bertambah di kalangan penduduk. Ini telah diperburukkan oleh harga makanan yang meningkat. Ini juga digalakkan
oleh Barat dan gaya hidup lebih bertaraf tinggi dan pendedahan bertambah generasi lebih muda. Seluruh
dunia Muslim jauh lebih muda daripada Barat dan mereka masih berkembang
biak manakala Barat semakin banyak menggugurkan anak belum lahirnya.
Apa yang sering tidak disedari
adalah suatu keadaan darurat telahpun wujud di Algeria sejak 1992. Demonstrasi-demonstrasi
umum di ibu kota dilarang. Bantahan-bantahan secara tetap berlaku di tempat lain dalam negara itu. Bagaimanapun, bantahan-bantahan meletus serentak di seluruh Algeria untuk pertama kalinya,
termasuk ibu kota, Algiers. Bantahan-bantahan ini tidak meningkat
sebagaimana terjadi di
Tunisia. Mungkin respon
yang agak tenang daripada pasukan keamanan, serta campur tangan kerajaan
untuk menghadkan kenaikan harga memelihara keadaan lebih tenang.
Kerajaan
Algeria memiliki kekayaan besar daripada eksport minyak dan gas. Ini memberinya akses kepada dana yang sesetengah negara
lain tidak punyai. Ia sedang cuba
menyelesaikan aduan-aduan sosial dan ekonomi dengan program perbelanjaan umum yang besar sekali. Namun begitu,
aduan-aduan terus ada tentang pengangguran,
korupsi, birokrasi, dan tiadanya pembaharuan politik.
Sejarah
Algeria kebelakangan ini
yang dicabuli peperangan berbeza sama sekali
dengan keadaan Tunisia.
Dalam tahun-tahun 1990an politik
Algeria didominasi pergelutan
yang membabitkan tentera
dan militan Islam. Pada 1992 pilihanraya
umum yang dimenangi oleh sebuah parti Islam telah dimansuhkan. Itu memulakan perang saudara berdarah dalam mana lebih 150,000 orang terbunuh. Dengan itu majoriti
Islam hanya dicegah oleh campur tangan militer.
Penindasan ini sedang mencapai tahap-tahap ketidakpuasan yang serius. Bidaah agama Islam fundamentalis tidak membantu keadaan ini dan begitu juga struktur agama Barat khususnya struktur AS dengan sistem bidaah Tuhan Triune/Tritunggal. Keamanan mustahil antara dua sistem itu sebab
kedua-duanya sesat dan tidak boleh didamaikan
kembali.
Libya
Kolonel Gaddaffi ialah pemimpin autokratik negara yang amat muda yang mana umur puratanya adalah bawah 25. Umur-umur purata negara-negara terbabit merentang dari 29.7 di Tunisia ke 17.89 di
Yemen. Ini ialah negara-negara muda
dan mudah berubah pendirian. Libya hanya mempunyai 6.5 juta berlawanan Mesir dengan 84.5 juta. Bagaimanapun Mesir hanya mempunyai umur purata 24 yang kurang lagi daripada
Lybia (lihat bawah). Jadi kemampuan mereka untuk mengerahkan
angkatan tentera amat besar.
Libya dengan ketat melarang
sebarang jenis bantahan. Bagaimanapun, laporan telah sampai
tentang kerusuhan di negeri
al-Bayda. Kegelisahan tentang
perumahan telah mendorong kerajaan untuk mengumumkan perbelanjaan yang meningkat atas perumahan umum.
Perhatikan nubuatan
dalam Daniel 11 menyatakan bahawa pada waktu akhir zaman Lybia akan berada di tangga kuasa terorganisasi
yang memperhambakan Mesir (lihat
bawah). Begitu juga nanti dengan Etiopia.
Itu boleh dianggap bermakna bahawa kuasa dunia sistem Utara itu akan mencakupi
Lybia dan Etiopia dan memperhambakan Mesir. Nahum 3:9 menunjukkan
mereka membantu Mesir dan
Soncino menyatakan “pada tangganya”
bererti sama ada menyertai tenteranya
atau tunduk kepada perintahnya.
Pada waktu nubuatan itu “Lybia” bermakna
tanah di barat Mesir sampai
pantai Atlantik di mana sekarangnya
ialah Maghribi. Begitu
juga, Etiopia ialah daerah lanjutan yang meliputi tanah di selatan Mesir. Sungai-sungai Etiopia ialah Nil Putih dan Biru.
Put ialah tempat di kedua-dua sisi Laut Teberau/Merah di Yemen dan di Somalia dan Eritrea. Justeru kita boleh
menjangkakan angkatan
Muslim juga akan ditarik dari tempat-tempat di selatan Mesir dan sampai Yemen. Disebabkan pembabitan mereka, mereka akan takluk di bawah kuasa sistem
Binatang daripada peperangan.
Kumpulan-kumpulan suku ini diperiksa juga dalam naskah Keturunan Ham: Bahagian IV: Put
(No. 45D).
Peranan Mesir dalam peperangan
Seperti kata nubuatan kepada kita Mesir akan diserap dan diperbudakkan oleh sistem ini yang dikuasai Orde Dunia
Baru/PBB dan diurus Utara. Seluruh
sistem kewangan Mesir akan berada di bawah kawalan ODB seperti kita lihat
dalam Daniel 11:42-43.
Apa-apa buatan pemilihan
bebas dan adil adalah palsu. Bagaimanakah
ini dikerjakan? Peristiwa-peristiwa terjadi seperti berikut.
Pada 25
Januari 2011 para pembantah menyerukan
hari pemberontakan mereka yang menarik ribuan pembantah ke Cairo sentral dan kota-kota lain di serata Mesir dari Alexandria (Iskandariah) ke Suez dan sampai jauh ke selatan.
Pada 9 Feb. 2011 rusuhan-rusuhan di selatan dalam sebuah
kota oasis menyaksikan konflik itu meningkat
apabila peluru betul digunakan. Para perusuh bereaksi dan menyerang balas membakar tujuh bangunan utama termasuk dua stesen polis. Tentera menutup jalan dari Cairo ke selatan. Para pembantah di Cairo bertambah sekali lagi dan hakikatnya menjadi dua kali lipat. Bilangan sedemikian tidak dilihat sejak rusuhan
roti 1970 malah melebihinya.
Penindasan polis pada mulanya
yang menggunakan meriam air
dan peluru getah melantun balik dan tentera terpaksa dipanggil. Penembakan peluru betul kemudian
memberinya impak negatif sama seperti
yang dilihat di Iran di bawah
penindasan Shah. Bagaimanapun,
Tentera menolak seruan untuk menindas
secara kejam rusuhan-rusuhan di Cairo. Kesudahannya
pihak berkuasa terpaksa mempergunakan taktik biasa mereka
menggunakan kumpulan penjahat dan membebaskan mereka dari penjara
dengan persefahaman mereka akan menyerang
para perusuh itu. Mereka berbuat demikian dan memperhebatkan lagi keganasan itu.
Beratus-ratus orang mati dalam dua minggu pertama rusuhan-rusuhan itu. Beribu-ribu orang cedera. Rusuhan dirancang untuk diteruskan sehingga Mubarak menyerahkan dan pemilihan bebas diadakan segera. Konstitusi baru merupakan satu elemen kunci
gerakan itu. Itu bagaimanapun dirancang untuk diorganisasikan bagi membolehkan Orde Dunia Baru mengambil alih sistem itu, sebagaimana
ini diorganisasi dengan diam-diam dan pengkhianatan di negara-negara lain dunia termasuk Britain, Australia, AS dan Kanada serta KE (Kesatuan Eropah) secara keseluruhannya.
Kata-kata hambar
yang diucap-ucapkan dari AS
merupakan penulisan kembali polisi luar negara mereka dari hari ke
hari. Hilary Clinton menyokong
Mubarak dan selepas itu
Senator Kelly selaku ketua
Komiti Hubungan Luar mengatakan
dia patut meletak jawatan dan kemudiannya dia diberitahu oleh bekas Duta bagi pihak Presiden
Obama bahawa dia harus pergi segera.
Senator
McCain juga mengatakan bahawa
mereka memerlukan pemilihan bebas namun secara dasarnya
tidak memilih Persaudaraan Muslim.
Pihak Barat menyuarakan
mantra serupa Mubarak, iaitu
tanpa dia kekacauan berikutnya akan menyaksikan Persaudaraan Muslim merebut kuasa dan Islam bersenjata akan muncul. Itu sebenarnya telah menjadi rencana persatuan-persatuan rahsia sejak 1871 di bawah rencana Pike seperti kami tunjukkan dalam naskah 2012 dan Antikristus (No. 299D).
Mesir berada dalam keadaan
gempar selama dua minggu lebih. Industri pelancongan terhenti.
Pada 10 Februari 2011 sesuatu yang tidak lebih daripada
pancingan sengaja para pembantah telah dilakukan oleh Mubarak, dan rejim
itu, dengan mengeluarkan satu siri pengumuman yang menunjukkan bahawa Mubarak akan membuat satu
pengumuman pada hari itu untuk menyelesaikan
isu tersebut. Ini didahului oleh pengumuman Sidang Militer Tertinggi bahawa ia berada pada pihak rakyat Mesir dan bahawa Presiden akan membuat
pengumuman pada hari itu. Rakyat dituntun menjangka dia akan
meletakkan jawatan dan menyerahkan kepada Timbalan Presiden. Dia muncul dalam televisi
dan melakukan betul-betul sebaliknya. Dia menyatakan hasratnya untuk kekal dalam jawatan
sehingga pemilihan pada
September tetapi dia sendiri tidak akan
bertanding. Kesudahan ini memberangkan para pembantah. Lebih sejuta pembantah turun ke jalan
menuntutnya meletak jawatan. Junta militer kemudian mengambil alih dan Mubarak menyerahkan pada
11 Februari 2011. Organisasi
kembali dimulakan.
Pertembungan sengit
nampaknya merupakan rencana jangka panjang agar perjuangan Islam dapat dipertingkatkan untuk memberi alasan
bagi perang habis-habisan oleh Angkatan Utara. Apa yang Junta lakukan akan menentukan
peningkatan itu. Angkatan
Islam bersukacita di serata
Timur Tengah.
Tuhan telah menyatakan semua yang akan terjadi dan Dia juga menyatakan apa yang akan berlaku
kepada Kerajaan terakhir
Raja Utara dan sistem Keiblisan
yang telah memberi kuasanya kepadanya. Kejatuhan Mesir diatur dari 1997. Mubarak didirikan pada
1981 dengan sokongan AS sebagai sebahagian rencana itu. Nubuatan
berhubung Mesir dan kesudahannya
selepas 2520 tahun atau tujuh masa dari pencerobohan Cambyses pada
525 BCE menyaksikan Mesir direncanakan
untuk dan dikonsolidasi serta digabungkan ke dalam salah satu daripada sepuluh
blok ODB dan bila tiba waktunya untuk
mengaktifkan perubahan terakhir, dalang di sebalik tabir menggerakkan
rusuhan-rusuhan itu di bawah keadaan sosial
yang semakin buruk yang membolehkan rusuhan-rusuhan ini terjadi.
Seperti di negara-negara lain golongan
Islam akan mengatur susun dan sama ada memenangi kerajaan
seperti yang mereka lakukan di Iran pada 1979 dari mulanya yobel ke
120 atau dipaksa ke dalam perjuangan
bersenjata yang bertujuan bagi mereka menggulingkan
sesiapa saja yang memerintah. Korupsi dan kebodohan degil para pemimpin Afrika Utara dan Timur Tengah akan
menyaksikan situasi tersebut berlaku.
Masalah-masalah yang timbul
di Afrika Utara seperti yang kita
lihat di atas juga tersebar ke Timur Tengah.
Jordan
Masalah sedang dialami di Jordan disebabkan korupsi di kalangan mereka yang rapat kepada Raja Abdullah dan di seluruh
pentadbiran. Bantahan besar di serata Jordan pada 1 Februari memaksa raja membubarkan kerajaan dan melantik Tuan Maroof Bakhit sebagai
Perdana Menteri baru dengan
arahan untuk melaksanakan pembaharuan politik. Rasa marah diarahkan pada kemiskinan, pengangguran dan juga pada perlantikan
langsung semua Perdana
Menteri dan bukan dengan pemilihan langsung. Jordan mempunyai gerakan pembangkang Islam kuat – Islamist
Action Front (IAF) – yang telah menyatakan
bahawa ia tidak berniat untuk
mengusir Raja Abdullah, yang mempunyai
sokongan kuat dan tidak dikritik secara langsung dalam rusuhan-rusuhan itu. Bagaimanapun, ia menyatakan bahawa
ia tidak menerima perlantikan Tuan Bakhit.
Teks Alkitab menyatakan bahawa negara-negara ini akan melepaskan diri daripada tangannya:
Edom dan Moab dan bani Amon. Bangsa-bangsa ini dan negara-negara mereka ialah orang Jordan sekarang ini dan juga sebahagian Israel di
Palestin, kedua-dua orang Yahudi dan orang Palestin. Edom dikalahkan dan digabungkan ke dalam Yehuda oleh John
Hyrcanus dan kelompok Maccabee sekitar
160 BCE.
Kita akan bincangkan aspek ini di bawah.
Syria/Aram
Syria menganggap dirinya stabil, tetapi ia mempunyai kaki tanah liat. Presiden
Syria, Basher al-Assad, mewarisi kuasa
daripada bapanya pada 2000.
Bapanya, Hafez al-Assad, telah
memerintah Syria selama tiga dekad. Pada Januari dia menyatakan kepada Wall Street
Journal bahawa Syria lebih
stabil daripada Tunisia dan
Mesir dan tidak mungkin adanya pergolakan politik. Itu nampaknya impian saja. Para aktivis Syria menyerukan satu hari kemarahan
tetapi tidak membangkitkan revolusi yang dijangkakan dan Syria ialah penyokong Iran dan perluasan
Islam. Para pembantah di situ menggunakan
Facebook untuk mempromosikan
bantahan-bantahan itu tetapi situs itu secara rasminya disekat walau entah
apa manfaatnya. Para aktivis itu membantah
terhadap apa yang mereka nampak sebagai,
sebetulnya, suatu monarki dan korupsi serta kelalimannya.
Kedua-dua Syria dan Mesir telah
diperintah melalui undang-undang darurat dan kedua-duanya menderita pengangguran dan kemiskinan tinggi. Walaupun ekonomi telah membuka
sejak dia menyandang jawatan, kebebasan politik dan peribadi dibatasi dengan berat. Suasana
revolusi berlegar-legar di udara. Kumpulan-kumpulan pembangkang utama dilarang dan terdapat beribu-ribu tawanan politik dalam penjara.
Parti Baath telah memerintah
hampir setengah abad, sejak rampasan
kuasa 1963 di Syria dan ia sama sekali korup,
hatta rusuhan-rusuhan itu. Parti itu dibentuk pada 1947 dan beroperasi
dalam kedua-dua Syria dan
Iraq sehingga ia berpecah kepada dua kumpulan bermusuhan. Ia Sosialis Arab, berlawanan dengan struktur Komunis atau Sosialis Eropah.
Bagaimanapun, bagaimana ia bereaksi kepada
Orde Dunia Baru masih harus
dilihat.
Yemen
Yemen ialah negara termiskin dunia
Arab. Hampir separuh rakyatnya menampung hidup dengan kurang
daripada $2 sehari.
Rusuhan di Tunisia mengakibatkan
rusuhan di Mesir, Jordan dan di Yemen. Pada 27
Januari 2011 berpuluh-puluh ribu
orang Yemen menunjuk perasaan
di ibu kota Sanaa menyeru presiden meletak jawatan. Presiden telah cuba menghadang rusuhan ini dengan
memerintahkan potongan harga 50% dalam pajak/cukai pendapatan
dan kawalan harga komoditi. Walaupun dia menangkap beberapa
pembantah, dia membebaskan 36 dari penjara termasuk aktivis hak asasi
manusia Tawakul Karman. Untuk memastikan kesetiaan, pada waktu sama dia menaikkan
gaji pekerja kerajaan dan personel angkatan bersenjata.
Sesudah beberapa hari bantahan Presiden
Ali Abdullah Saleh mengumumkan kepada
parlimen pada 2 Februari
2011 (selepas tiga dekad memegang kuasa seperti ramai
yang lain) bahawa dia tidak akan meminta
satu lagi penggal dalam jawatan
dan anaknya juga tidak akan mencari kuasa
atau diserahkan kepadanya. Pengumuman itu dibuat untuk
menghadang rapat umum pembangkang besar-besaran di serata negara itu esoknya. Para aktivis pembangkang menolak rayuannya dan menyatakan mereka akan meneruskan apa yang dipanggil hari kemarahan itu.
Urutannya
Daniel memberitahu
kita bahawa: Tetapi pada akhir zaman raja negeri Selatan akan
berperang dengan dia, dan raja negeri Utara itu akan menyerbunya dengan kereta dan orang-orang berkuda dan dengan banyak kapal; dan ia akan memasuki
negeri-negeri, dan menggenangi dan meliputi semuanya seperti air bah. Juga Tanah
Permai akan dimasukinya,
dan banyak orang akan jatuh; tetapi dari
tangannya akan terluput tanah Edom, tanah Moab dan bagian yang penting dari bani Amon. Ia akan menjangkau
negeri-negeri, dan negeri Mesir tidak akan terluput. Ia akan menguasai
harta benda emas dan perak dan segala barang berharga
negeri Mesir, dan orang Libia serta orang Etiopia akan mengikuti
dia (Dan. 11:40-43).
Seperti tercatat di atas, Nahum 3:9 menunjukkan orang Libia membantu
Mesir dan Soncino berpendapat bahawa
ungkapan Ibrani untuk “mengikuti dia” bermakna sama
ada menyertai tenteranya atau tunduk kepada setiap
perintahnya.
Justeru nanti adanya penyatuan
umum di sekitar Mesir dan
dunia Islam yang tidak termasuk
Jordan dan Israel dan orang Palestin. Kesatuan Arab ini akan menyerang (menolak) Raja
Utara. Istilah “Menolak” ini
secara literal ialah “saling bertukar tusukan” dan bererti “menyerang” atau “berperang dengan.” Ini akan membabitkan serangan ke atas
sistem Utara. Wahyu memberitahu
kita bahawa ini akan membabitkan
kemusnahan kota struktur Babel terakhir yang
duduk atas tujuh bukit. Itu ialah Rom, and pertukaran-pertukaran itu akan mempengaruhi ibukota-ibukota Eropah dan pemberontakan Islam akan menyaksikan banyak kerosakan kepada mereka.
Raja
Utara atau persekutuan NATO
akan memimpin seluruh angkatan persekutuan NATO dan lengan perang Kuasa Binatang dan menyerang
serta menakluk Timur
Tengah.
Dalam pendudukan itu angkatan Islam di Timur dan Utara akan
bergerak melawan Raja Utara
atau persekutuan NATO ini. Daniel 11:44 meneruskan: Tetapi kabar-kabar dari sebelah timur
dan dari sebelah utara akan mengejutkan
hatinya, sehingga ia akan keluar
dengan kegeraman yang besar untuk memusnahkan
dan membinasakan banyak
orang.
Soncino cuba menghadkan teks-teks ini kepada
masa lalu dengan menggunakan tafsiran Bevan. Bagaimanapun, itu tidak mungkin betul
sebab teks ini jelas mengenal
pasti Zaman Akhir. Mereka menghadapi hakikat terpaksa mengakui bahawa Daniel bab 12 mengisahkan masa depan yang jauh namun bab
11 tidak menghubungkan celah itu. Bagaimanapun
mereka mengaku bahawa, jika tafsiran
Bevan yang mengenalpastinya sebagai
memandang Yerusalem dari Mesir adalah salah, maka ini mungkin
bererti Babel
dan Partia. Partia menjangkau Palestin sekalipun pada kemuncak kerajaannya dan sampai ke dalam Caucasus dan timur ke Indus dan termasuk Persia dan sememangnya berasal dari Persia. Tempat terbabit ialah seluruh dunia Islam dari Iraq dan Iran ke Yemen ke Kazakhstan dan Afghanistan dan Pakistan dan sampai Tanduk Afrika.
Sementara
pencerobohan Timur Tengah berlaku
angkatan di Utara dan Timur bergabung
melawan sistem NATO dan konflik ini berubah
menjadi nuklear dan meningkat sampai fasa paling intensif Perang Dunia
III.
Persekutuan
NATO daripada Kuasa Binatang memenangi
konflik ini, dengan kerosakan besar, dan kembali untuk mendiami markas besarnya di Palestin. Nampaknya Hamas akan menyaksikan kebinasaan bangsanya sendiri dan pendudukan oleh markas besar NATO.
Daniel
11:45 menyatakan: Ia akan mendirikan kemah kebesarannya di antara laut dan gunung Permai yang kudus itu, tetapi kemudian ia akan menemui
ajalnya dan tidak ada seorangpun yang menolongnya.
Wilayah terbabit di sini adalah dari pantai
laut di Gaza sampai Gunung Sion. Soncino berpendapat bahawa ini ialah
kumpulan kemah-kemah yang membentuk markas besar raja. Kata nama appëden (istana)
berasal dari Persia dan hanya muncul di sini. Justeru apa
yang kita lihat di sini ialah pendudukan
terakhir Antikristus dan
Kuasa Binatang ODB sejurus sebelum
kedatangan Mesias dan kemusnahan
sistem-sistem dunia di bawah
kuasa itu. Konflik itu diperincikan
dalam naskah Peperangan
Hamon-Gog (No. 294).
Sebab dia telah menimbulkan begitu banyak kemusnahan
Raja-raja Timur tidak akan membantunya dan akan menunggu sehingga mereka sendiri diseret ke Megido
untuk ditangani mengikut gilirannya. Mereka tidak akan
menerima Mesias dan pemerintahan
umat pilihan dari Yerusalem.
Perang-perang Zaman Akhir ini sudah menjelang pada kita. Sistem Orde Dunia Baru akan dimusnahkan dan struktur kewangan itu juga akan dibinasakan.
Untuk mengerti kemusnahan orde kewangan ini dan impaknya Wahyu 18 harus dibaca sehubungan dengan teks ini.
Daniel bab 12:1
segera meneruskan dengan: Pada waktu
itu juga akan muncul Mikhael, pemimpin besar itu, yang akan mendampingi anak-anak bangsamu; dan akan ada suatu
waktu kesesakan yang besar, seperti yang belum pernah terjadi
sejak ada bangsa-bangsa sampai pada waktu itu. Tetapi
pada waktu itu bangsamu akan terluput,
yakni barangsiapa yang didapati namanya tertulis dalam Kitab itu. Ayat 2 kemudian terus
kepada Kebangkitan-kebangkitan.
Tidak mungkin ada sebarang
kesangsian lagi bahawa kita berada
dalam Zaman Akhir pada waktu
berakhirnya pemerintahan
Iblis dan pada permulaan pemerintahan
milenium Kristus dari Yerusalem. Perang-perang ini sedang
berkembang seperti dinubuatkan hampir dua ribu enam ratus tahun lalu.
Untuk memahami urutan Yobel terakhir atau ke
120, mari kita periksa yobel sehubungan
dengan perhitungan Omer ke Pentakosta dengan
menggunakan penamaan minggu-minggu daripada Kalendar Samaria.
Menamakan minggu-minggu Perhitungan Omer
Urutan penamaan minggu-minggu Perhitungan Omer sebagaimana dikenal pasti dalam kalendar
Samaria boleh diaplikasikan
kepada Yobel terakhir atau ke 120 seperti
berikut.
1.
1978-1984 “Minggu penyeberangan
Laut (Teberau)” (Keluaran
14:26-15:21);
2.
1985-1991 “Minggu pertukaran
air mara” [kepahitan]
(Keluaran 15:22-26);
3.
1992-1998 “Minggu elim, di mana mereka
menemui dua belas mata air dan tujuh puluh pohon korma” (Keluaran 15:27-16:3);
4.
1999-2005 “Minggu manna,
yang turun pada mereka dari langit di padang gurun” (Keluaran 16:4-36);
5.
2006-2012 “Minggu keluarnya
air daripada batu” (Keluaran
17:1-7);
6.
2013-2019 “Minggu perang-perang
melawan ‘Amaleq” (Keluaran 17:8-17);
7. “Minggu berdiri di Gunung Sinai” (Keluaran 1:1 dst.).
(rujuk Sylvia Powels, The
Samaritans, diedit oleh Alan Crown).
Teks di atas dikutip daripada
naskah Perhitungan
Omer ke Pentakosta (No.
173).
Hari/tahun ke 50 ialah
tahun Yobel 2027 seperti dicerminkan oleh Pentakosta yang
mana Pentakosta mewakili tahun Yobel.
1. 1978-1984 “Minggu penyeberangan
Laut Teberau”
Daripada tahun Pertama Yobel, dan teladan penyeberangan Laut Teberau, kita mula melihat
identifikasi dan panggilan keluar umat Tuhan dari dunia dalam persiapan untuk fasa terakhir Jemaat-jemaat
Tuhan ini. Sistem Sabat menyatakan dirinya Trinitarian dalam cabang utamanya
mulai tahun pertama ini. Ia
telah dimasuki oleh sistem Tuhan Tritunggal di Rom selama berdekad-dekad dari 1931 hingga 1978. Begitu juga jabatan pendeta Jemaat-jemaat Tuhan yang
lain telah dimasuki oleh unsur-unsur sesat ini.
2. 1985-1991 “Minggu pertukaran
Air Kepahitan atau Mara”
Pembersihan Air Mara menyaksikan
Jemaat-jemaat Tuhan bertukar
tangan dan jabatan pendeta mereka menjadi kacau-bilau. Menjelang 1987 kita melihat Jemaat sedia diukur dan itu bermula pada tahun ketiga peredaran
pada 1987. Menjelang 1991 jemaat
telah mencapai titik akhirnya dan jabatan pendeta telah gagal. Saudara-saudara
bakal diadili dan dihamburkan sepanjang fasa berikutnya, dan ramai dirobek-robek begitu saja oleh jabatan pendeta yang gagal itu.
3. 1992-1998 “Minggu elim”
Minggu ini menandakan pemisahan kepimpinan jemaat dan sidang elohim. Kaki dian diambil daripada
sistem Jemaat Sardis. Akhir
dan pembatasan sistem
Sardis dikenal pasti oleh kependetaan mereka sendiri dalam memilih
nama “Hidup” untuk mengidentifikasi
jemaat akhir sistem itu dan dan jabatan pendetanya
(lihat Wahyu 3:1). Demikian
juga sistem Laodikia ditangani dan sistem mereka mula dihapuskan.
1995 menyaksikan perantara penginjilan bertukar kepada Internet.
Pada 1998
Pembacaan Hukum Tuhan dalam
Tahun Sabat telah dibacakan buat pertama kalinya setelah berabad-abad sebab kalendar Tuhan dan sistem Yobel telah dipulihkan dalam Jemaat-jemaat Tuhan secara rasminya dari 1994.
4. 1999-2005 “Minggu manna”
1999-2005.
Dari Pembacaan Hukum itu,
Tuhan mula menghasilkan
roti syurga kepada jemaat dengan banyaknya
dan memisahkan mereka dalam Jemaat-jemaat Tuhan berdasarkan cara mereka menggunakannya dan berperilaku.
Pada 2005
Hukum Tuhan dibacakan sekali
lagi untuk kali keduanya setelah berabad-abad. Kesaksian dibawakan ke Afrika dengan lebih sistematik
dan Tuhan mula menanganinya
dengan kuatnya.
5. 2006-2012 “Minggu keluarnya
air daripada batu”
Tahun ini menyaksikan pencurahan besar-besaran Roh Kudus dengan cara-cara yang belum pernah lagi dilihat
dalam Jemaat Tuhan dalam sejarah. Peningkatan dalam pemahaman nubuatan tersebar ke serata
dunia. Dari tahun Ketiga, seperti biasa, segala perubahan dan pertumbuhan terpancang dan hasil tahun Ketiga
dimohon dalam doa dan diterima. Dari tahun Keempat pertumbuhan
bermula dari Selatan dan
Afrika menjadi pusat besar-besaran Jemaat-jemaat
Tuhan. Konsolidasi daripada
semua Jemaat-jemaat Tuhan dilakukan serta seluruh sistem pemelihara-Sabat. Panggilan banyak bangsa kemudian
dilakukan.
Pada tahun 2011, pergolakan besar-besaran berterusan dan meningkat dan 2012 akan merupakan Pembacaan Ketiga Hukum dan tahun sangat penting dalam konflik-konflik
itu.
6. 2013-2019 “Minggu perang-perang
melawan ‘Amaleq”
Tahun ini akan menyaksikan perang-perang Amalek berkembang sepenuhnya ke kitaran
akhir 2020-2027.
7. 2020-2027/28 “Minggu berdiri
di Gunung Sinai”
Minggu ini ialah waktu terakhir
konsolidasi orang-orang kudus yang melayani Mesias, sebagaimana mereka lakukan di Sinai bilamana mereka berbicara dengannya berhadapan muka dan para pemimpin mereka ditentukan atas suku-suku dan Sidang Penatua Israel ditetapkan. Mereka diberikan hukum secara progresif
dan para pemimpin mereka dididik selama enam bulan dari
Abib sampai Elul, yang mana Musa menaiki
gunung itu enam kali untuk berbicara dengan Kristus (lihat naskah Pendakian-pendakian
Musa (No. 70)). Pada bulan Ketujuh mereka memelihara hari raya, dan dalam Tahun ketujuh ini
Sangkakala ditiupkan untuk pendamaian tahun Sabat. Tahun Yobel bermula, dan pemulihan segala sesuatu diselesaikan.
Pada 2028
Milenium bermula dan semua orang telah kembali dalam pusaka
mereka dan dunia dipimpin
oleh Kristus dan Orang-orang Kudus dari Yerusalem selama 1000 tahun seterusnya. Yesaya mengatakan bahawa Mesir akan dipukul dan selepas itu dipulihkan
di bawah Mesias. Mereka akan dituntun kepada
pengetahuan akan iman dan Hukum Tuhan oleh Kristus.
Nubuatan ini ditemui juga dalam Yesaya bab 19.
Tuhan menubuatkan bahawa Dia akan menangani Mesir. Yesaya 19:1-10 mengisahkan pematahan gaya fikiran orang Mesir. Firman atau nubuatan ini
menjangkau 2500 tahun dan lebih kurang sama
dengan nubuatan-nubuatan dalam Yehezkiel dan Daniel. Mereka dipatahkan dan diduduki.
Yesaya 19:1-10
[1] Ucapan ilahi terhadap
Mesir.
Lihat, TUHAN mengendarai awan
yang cepat dan datang ke Mesir, maka berhala-berhala Mesir gemetar di hadapan-Nya, dan hati orang
Mesir, merana hancur dalam diri mereka.
[2] Aku akan menggerakkan
orang Mesir melawan orang Mesir, supaya
mereka berperang, setiap orang melawan saudaranya, dan setiap orang melawan temannya, kota melawan kota,
kerajaan melawan kerajaan; [3] semangat orang
Mesir menjadi hilang, dan rancangannya akan Kukacaukan; maka mereka akan meminta
petunjuk kepada berhala-berhala dan kepada tukang-tukang jampi, kepada arwah dan kepada roh-roh peramal.
Pematahan ini
terjadi, membolehkan pendudukan dari orang Asyur hingga orang Babel dan
orang Medo-Persia kemudian orang Yunani dan orang
Rom.
[4] Aku
akan menyerahkan orang
Mesir ke dalam tangan seorang tuan yang kejam, dan seorang raja yang bengis akan memerintah
mereka; demikianlah firman Tuhan, TUHAN semesta alam. [5] Air dari sungai Nil akan habis, dan sungai itu akan menjadi
tohor dan kering, [6] sehingga terusan-terusan akan berbau busuk,
dan anak-anak sungai Nil akan menjadi dangkal
dan tohor, gelagah dan teberau akan mati
rebah. [7] Rumput di tepi sungai Nil dan seluruh tanah pesemaian
pada sungai Nil akan menjadi kering ditiup angin dan tidak ada lagi.
[8] Para nelayan akan mengaduh dan berkabung, yaitu semua orang yang memancing di sungai Nil; semua orang yang menjala di situ akan merana juga. [9] Orang-orang
yang mengolah lenan akan mendapat malu,
demikian juga tukang-tukang
tenun kain putih. [10] Mereka yang menenun akan remuk
hatinya, segala pekerja upahan akan bersedih hati.
Bahagian ini belum digenapi sepenuhnya maka ini masih berterusan.
Perhatikan bahawa penggenapan akhir nubuatan itu menyatakan
air Nil akan kering. Bencana sebegitu belum pernah terjadi.
Walaupun sudah banyak kemarau di Mesir dan banyak masalah, hanya selepas pembinaan
Empangan Tinggi Aswan barulah
ini mungkin.
Penyebab kebanyakan
masalah itu ialah kebodohan kepimpinan Mesir dan itu tidak berubah.
[11]
Para pembesar Zoan adalah
orang-orang bodoh belaka;
para penasihat Firaun yang
paling bijaksana memberi nasihat yang dungu. Bagaimanakah kamu dapat berkata kepada
Firaun: "Aku ini anak orang-orang bijaksana, anak raja-raja zaman purbakala?"
[12] Di manakah orang-orang bijaksanamu?
Biarlah mereka mengumumkan kepadamu serta memberitahukan apa yang diputuskan TUHAN semesta alam tentang
Mesir. [13] Para pembesar Zoan bertindak
tolol, para pembesar Memfis sudah teperdaya;
para pemuka suku-suku mereka telah memusingkan
Mesir.
Penyebab ini
ialah kebingungan yang diletakkan pada Mesir atas keberhalaan mereka dan kegagalan mereka mentaati Hukum-hukum Tuhan.
[14]
TUHAN telah mencurahkan di antara mereka suatu
roh kekacauan, dan mereka memusingkan Mesir dalam segala usahanya,
sehingga seperti seorang mabuk yang pusing waktu muntah-muntah.
[15] Dan tidak ada usaha Mesir yang akan berhasil yang dilakukan oleh pemimpin dan pengikut, oleh pemuka dan orang biasa. [16] Pada
waktu itu orang-orang Mesir
akan seperti orang-orang perempuan; mereka akan gemetar dan terkejut terhadap tangan TUHAN semesta alam yang diacungkan-Nya kepada mereka.
Waktu ini menyaksikan tanah Yehuda sebagai kegemparan bagi orang Mesir dan itu tidak terjadi sehinggalah
waktu kebelakangan ini justeru rangka
waktu itu diperpanjangkan seperti yang akan kita lihat
sekarang.
[17]
Maka tanah Yehuda akan menimbulkan kegemparan di antara orang Mesir, dan siapapun
yang teringat kepadanya akan terkejut mendengar
keputusan TUHAN semesta alam yang diambil-Nya mengenai mereka.
Nubuatan ini
kemudiannya beralih kepada tanah Gosyen
iaitu tempat yang didiami oleh Israel sebelum Keluaran. Nubuatan ini merujuk kepada
lima kota yang berdasarkan
Heliopolis atau Kota Matahari.
[18]
Pada waktu itu akan ada lima kota
di tanah Mesir yang berbicara
bahasa Kanaan dan yang bersumpah
demi TUHAN semesta alam.
Satu di antaranya akan disebutkan Ir-Heres (Kota Matahari).
Tempat ini
diduduki kembali oleh orang
Yahudi. Mereka dibawa ke situ oleh Ptolemy dan mendirikan satu koloni utama di Mesir walaupun mereka pernah berada di situ sebelumnya. Nubuatan ini kemudiannya beralih kepada abad kedua BCE bila Imam Besar Onias IV mendirikan Bait Tuhan di Heliopolis.
[19]
Pada waktu itu akan ada mezbah
bagi TUHAN di tengah-tengah
tanah Mesir dan tugu peringatan bagi TUHAN pada perbatasannya.
Ke bait inilah Kristus dibawa oleh Yusuf dan
Mariam (Miriam) pada 5 BCE untuk perlindungan
daripada Herodes dan dia tinggal di situ hingga selepas kematian Herodes antara 1 dan 13 Abib 4 BCE. Maka tergenaplah
seperti yang diucapkan oleh
para nabi yang mana Tuhan berfirman:
“Dari Mesir Kupanggil Anak-Ku.”
[20]
Itu akan menjadi tanda kesaksian bagi TUHAN semesta alam di tanah Mesir: apabila mereka berseru kepada TUHAN oleh karena orang-orang penindas, maka Ia akan
mengirim seorang juruselamat kepada mereka, yang akan berjuang dan akan melepaskan mereka.
Kristus mati
untuk menjadi juruselamat bangsa-bangsa dan dia akan sekali
lagi diutus untuk menawan Mesir dan melepaskan mereka daripada maut.
[21]
TUHAN akan menyatakan diri kepada orang Mesir, dan
orang Mesir akan mengenal
TUHAN pada waktu itu; mereka akan beribadah
dengan korban sembelihan
dan korban sajian, dan mereka
akan bernazar kepada TUHAN serta membayar nazar itu.
Teks-teks menunjukkan bahawa Mesias akan menyatakan dirinya kepada orang Mesir dan mereka akan menjadi
mualaf kepada iman ini. Memang
benar bahawa Bait di
Heliopolis mempersembah korban sehingga
ia ditutup pada 71 CE mengikut perintah Vespasian. Bagaimanapun, sistem itu bercakap tentang
pemualafan kemudian di bawah orang-orang kudus dan Mesias. Untuk
melakukan ini mereka harus dipatahkan
dan dipulihkan.
[22]
TUHAN akan menghajar orang
Mesir, akan menghajar dan menyembuhkan; dan mereka akan berbalik kepada
TUHAN dan Ia akan mengabulkan doa mereka serta menyembuhkan
mereka.
Ini hanya mungkin terjadi pada Zaman Akhir
pada kedatangan Mesias.
[23]
Pada waktu itu akan ada jalan
raya dari Mesir ke Asyur, sehingga
orang Asyur dapat masuk ke Mesir dan orang Mesir ke Asyur, dan Mesir akan beribadah bersama-sama Asyur. [24] Pada waktu itu Israel akan menjadi yang ketiga di samping Mesir dan di samping Asyur, suatu berkat di atas bumi, [25] yang diberkati oleh TUHAN semesta alam dengan berfirman:
"Diberkatilah Mesir, umat-Ku,
dan Asyur, buatan tangan-Ku, dan Israel, milik pusaka-Ku."
Selepas Perang-perang Kesudahan Zaman satu jalan raya akan
merentang dari Mesir ke Asyur, yang juga akan didirikan kembali bersama mereka dan Israel sebagai pertiga-pertiga setara daripada umat Tuhan di bawah Mesias, dalam Eden baru.
Wilayah ini dari Nil sampai
Sungai-sungai Utara dan dari
pantai Mediterranean sampai
tempat yang kini ialah Gurun Arab merupakan luas asal Eden. Nubuatan mengenai Mesir dan juga Asyur ini membentangi lebih 2200 tahun, dari pembangunan Bait di
Heliopolis oleh Onias IV hingga
tempat kudus Mesias pada 5 BCE, sampai
pemulihan dari 2024-2028. Asyur dan Israel akan berjalan beriringan tangan keluar dari
Utara ke dalam Asyur (kini Iraq) dan Israel untuk pemulihan milenium.
q
Lampiran Indikator sosial Timur Tengah |
|||||
Negara |
pop. (juta) |
umur median |
menganggur (%) |
bawah garis kemiskinan (%) |
pengguna internet (juta) |
SUMBER: CIA World Factbook/UN |
|||||
Algeria |
35.4 |
27.1 |
9.9 |
23 |
4.7 |
Mesir |
84.5 |
24 |
9.6 |
20 |
20 |
Jordan |
6.5 |
21.8 |
13.4 |
14.2 |
1.6 |
Libanon |
4.09 |
29.4 |
Na |
28 |
1 |
Libya |
6.5 |
24.2 |
30 |
33 |
0.35 |
Maghribi |
32.3 |
26.5 |
9.8 |
15 |
13.2 |
Saudi Arabia |
25.7 |
24.9 |
10.8 |
Na |
9.6 |
Syria |
22.1 |
21.5 |
8.3 |
11.9 |
4.4 |
Tunisia |
10.5 |
29.7 |
14 |
3.8 |
3.5 |
Tebing Barat & Gaza |
2.5 |
20.9 |
16.5 |
46 |
1.3 |
Yemen |
24.3 |
17.89 |