Jemaat-jemaat Allah Al
Masehi
[038B]
Tanda Langit Meterai Keenam dalam Konteks
(Edisi 3.0 20120801-20140427-20190810-20241116)
Naskah ini adalah Bahagian II Tanda Langit dan meletakkannya dalam konteks dengan nubuatan dan Peringatan Zaman Akhir yang menunjuk kepada kedatangan Mesias.
E-mail: secretary@ccg.org
(Hakcipta
© 2012, 2014,
2019, 2024 Wade Cox)
Karya tulis ini boleh disalin semula dan didistribusikan secara bebas dengan syarat ia disalin semuanya tanpa apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat penerbit serta notis hakcipta harus disertakan. Sebarang bayaran tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima salinan yang didistribusikan. Petikan-petikan ringkas daripadanya boleh dimasukkan ke dalam artikel-artikel kritis dan karya ulasan tanpa melanggar undang-undang hakcipta.
Karya
ini boleh didapati daripada Internet di:
http://www.logon.org dan http://www.ccg.org
Tanda Langit Meterai Keenam dalam Konteks
Pengenalan
Dalam Bahagian I (lihat naskah Tanda Langit: Bahagian I (No. 38A)) kita
lihat fenomena tetrad dan penempatan gerhana bulan dan matahari pada Hari-hari Suci dalam
siklus berikutnya ini yang mengarah kepada Pembacaan Hukum
pada 2019 dan konteksnya dalam
kaitannya dengan kemungkinan kedatangan Mesias.
Ia menunjukkan beberapa fakta menarik dan kesimpulan yang boleh dibuat menunjukkan
bahawa tanda-tanda tersebut ditempatkan berhubungan dengan konjungsi Bulan iaitu Tanda
Langit utama yang ditempatkan
di situ bagi penentuan Kalendar Tuhan yang digunakan sebagai Kalendar Bait Suci sehingga Bait Suci itu dimusnahkan
untuk kali terakhir dalam sejarah Israel Purba di Yerusalem, dan Bait Suci di Heliopolis di Mesir ditutup
menurut perintah Vespasian sebelum Paskah 71 CE.
Kalendar Tuhan dipatuhi
oleh Jemaat-jemaat Tuhan sejak
waktu itu menurut Kalendar Bait Suci. Mereka tidak
terpedaya dengan bidaah Yahudi kemudian
kerana mereka telah mematuhi Kalendar Bait Suci selama 331 tahun sebelum waktu
itu. Orang Yahudi tidak menghasilkan Kalendar Hillel sehingga Rabai
Hillel II diberikan kalendar
palsu itu oleh dua rabai Babel pada 344 CE dan ia diubah suai untuk
sesuai dengan tradisi Yahudi, dan dikeluarkan dan diubah suai selanjutnya dari 358 CE hingga abad ke 12. Para rabai mengakui bahawa Kalendar Hillel tidak betul tetapi
membantah bahawa ia harus menunggu
Mesias untuk dibetulkan.
Ini pendirian yang tidak boleh diterima kerana Tuhan bukan pencipta kekacauan.
Kalendar palsu ini tidak pernah
dipatuhi oleh Jemaat-jemaat
Tuhan sehingga kemurtadan terjadi dalamnya misalnya pada abad-abad 18-19 di
Transylvania dan abad ke 20
di USA dan dari situ di Yerusalem
dan Nigeria (lihat naskah-naskah
Kalendar
Tuhan (No. 156), Kalendar
dan Bulan: Penangguhan atau
Perayaan? (No. 195) dan Pemutarbalikan Kalendar Tuhan di
Yehuda (No. 195B)).
Jadual Waktu Zaman
Akhir
Jadual waktu zaman akhir ditunjukkan daripada nubuatan-nubuatan Daniel
dan juga berkenaan Kejatuhan
Mesir.
Kita tahu bahawa nubuatan
Daniel bermula dengan kerajaan-kerajaan Babel dan patung
Daniel bab 2 yang mana kerajaan-kerajaan
adalah daripada kepala emas Babel yang bermula dengan Nebukadnezar yang merupakan kepala emas itu.
Dia mula memerintah sejak Pertempuran Karkemis pada 605 BCE. Kerajaan-kerajaan
itu adalah Babel dari 605 BCE dengan dua lengan 40 tahun mengenai pemerintahan atas Mesir dari 605 hingga kemerdekaan Mesir pada 565
BCE dan Serangan Cambyses pada 525 BCE. Urutan ini adalah
Nubuatan Lengan-Lengan
Patah Firaun yang disenaraikan
dalam siri tentang Kejatuhan
Mesir (No. 36) dan Kejatuhan
Bahagian II: Perang-perang
Akhir Zaman (No. 36 2).
Tujuh kali masa kerajaan
Babel adalah dari tempoh 605-525 BCE selama 2520 tahun hingga 1916-1996 CE sehingga akhir Waktu Bangsa-bangsa. 1997 adalah permulaan Tatanan Dunia Baru dan Kerajaan Binatang yang membawa kepada penguasaan dunia dan selepas itu kepada
kebinasaan menyeluruh pada kedatangan Mesias dan Kerajaan Milenium
Tuhan pada Yobel 2027.
Kerajaan-kerajaan yang berikutnya juga penting dalam jadual
waktu itu.
Kerajaan
Media dan Persia meluas daripada
pemerintahan Koresh. Perintah
untuk memulihkan Bait datang daripada Koresh namun pemulihan itu dihentikan di bawah Koresh Macrocheir yang dipanggil Artahsasta I oleh orang
Yunani. Pembangunan dihentikan sehingga
pemerintahan Darius II dari
Persia pada tahun keduanya
dan dekri pembekalan Bait diberikan oleh Artahsasta II seperti yang kita lihat daripada nubuatan dalam Daniel bab 9. Nehemia adalah orang Pertama diurapi (diminyaki) yang diutus untuk mendirikan Bait pada akhir tujuh kali tujuh minggu tahun.
Nubuatan ini dan terjemahan palsu dalam KJV Daniel 9:25 diterangkan
dalam naskah Tanda Yunus dan Sejarah
Pembangunan Kembali Bait Suci (No. 13).
Kerajaan Kambing Jantan orang Yunani yang memusnahkan
Kerajaan Domba Jantan orang Persia seperti dinubuatkan dalam Daniel 8:5-8 (dan juga dalam
Daniel bab 11) adalah
Alexander Agung. Dia dan imam Ezra meninggal dunia dalam tahun sama
323 BCE.
Kerajaan Kambing Jantan itu adalah kerajaan Yunani dan perut pinggang Tembaga. Mereka berlalu dan diganti orang Roma dengan kerajaan Paha Besi. Kerajaan-kerajaan seterusnya adalah Kaki Besi dan Tanah Liat yang menjadi
Kerajaan Roma Suci yang bertahan
dari 590 CE hingga 1850.
Kerajaan ini ditutup dan persiapan bermula bagi Perang-perang Akhir Zaman
yang bakal bermula dengan Perang Dunia I. Kerajaan itu
diikuti oleh sebuah
Kerajaan Dunia yang terdiri daripada
Sepuluh Jari Kaki Besi dan
Tanah Liat yang merupakan Kerajaan Dunia Zaman Akhir
dan yang akan dimusnahkan
oleh Kristus pada kedatangannya
sebagai batu yang terungkit
lepas tanpa perbuatan tangan manusia yang akan menimpa patung sistem palsu itu
pada kakinya di jari-jarinya
dan merobohkannya untuk selamanya.
Sungai di
mana Kambing itu menyerang Domba Jantan orang
Persia adalah Sungai Granicus dan dari
pertempuran itu nubuatan 2300 petang dan pagi menurut dasar
setahun untuk sehari membawa kita kepada abad
ke 20 iaitu 1967. Pertempuran-pertempuran waktu itu juga memanjangkan rangka waktu dengan
Akhir Zaman (lihat naskah Garis Jadual
Waktu Zaman (No. 272)).
40 tahun pertama bagi
lengan Pertama bermula daripada waktu-waktu persiapan
1912-1914-16. Pada 1916 Pertempuran Besar Somme di
barat Eropah dan pertempuran
di timur memulakan Perang-perang Zaman Akhir. 40 tahun itu adalah dari
1916 hingga kemerdekaan
Mesir dari 1953-1956 dan krisis
Suez. Sejak waktu ini Mesir dan sistem agama Islam mengambil kedudukan Raja Selatan
Daniel bab 11.
Pada 1917
Palestin ditawan kembali daripada Kerajaan Ottoman
oleh angkatan Komanwel (Persemakmuran)
dan Pengisytiharan Balfour bagi
Palestin menyaksikan tanah air Yahudi diisytiharkan.
Pada 1947
Israel bertindak mencapai kemerdekaan dan terbabit dalam perang kemerdekaannya
yang pertama hingga 1948.
Seperti yang kita lihat dalam Bahagian
I, Tanda-tanda Langit Meterai
Keenam mula terjadi dari waktu
ini.
Kepentingan
tetrad-tetrad itu diperhatikan
seperti dilaporkan dalam artikel yang disebut dalam Bahagian
I. Tetrad bulan merah-darah
yang sama terjadi sesudah Israel menjadi sebuah negara pada 1948 dan ini terjadi dalam bulan
Pertama dan Ketujuh pada
1949 dan 1950.
Kali terakhir siri gerhana
ini terjadi juga bererti bagi orang Yahudi di Israel. Tanda-tanda itu menandakan perang 1967 dan penyatuan Yerusalem daripada tahun itu, membabitkan
Paskah 1968. Waktu itu adalah 9.5 tahun sebelum Yobel bermula
pada Pendamaian 1977. Ini adalah
tahun keenam Peredaran Sabat, dan Yerusalem berada dalam tangan
Israel sepanjang tahun
Sabat satu peredaran sebelum Pembacaan Hukum dan Yobel 1977. Sudah tentu Yehuda tidak mematuhi hari-hari Sabat atau Pembacaan Hukum tetapi ini tidak
bersangkut-paut dengan Pemulihan dan mereka akan berbuat seperti
disuruh sepanjang urutan ini. Gerhana
Bulan sentiasa merah bagi mereka yang membesar-besarkan erti warna itu.
Sepuluh tahun dari Yobel 1977 pada tahun Ketiga peredaran
Kedua bagi Yobel ke 120, pengukuran
Bait Tuhan bermula untuk
Akhir Zaman. Aspek ini diliputi dalam naskah Mengukur
Bait Suci (No. 137).
Tuhan selalu mengadakan perubahan dalam tahun Ketiga peredaran
Sabat supaya hukum-hukum masih boleh dipatuhi
meskipun dengan perubahan-perubahan yang sukar.
Pada
1993-4 Gereja-Gereja Tuhan terbubar
dan kaki pelita didirikan
pada 1994 untuk menyediakan
Peringatan Zaman Akhir yang dinubuatkan
oleh Yeremia 4:15 (lihat naskah
Peringatan
Zaman Akhir (No. 44)).
Tempoh waktu dari 1967 hingga 1997 adalah apa yang difahami sebagai Perkabungan untuk Harun
yang mendahului tempoh waktu kenabian Perkabungan untuk
Musa iaitu Tiga
Puluh Tahun Terakhir dari 1997 hingga 2027 (lihat naskah Tiga
Puluh Tahun Terakhir: Perjuangan Akhir (No.
219)).
Tempoh empat puluh tahun dalam
padang gurun memberi gambaran awal Empat Puluh
Yobel terakhir jemaat dalam padang
gurun dan dua tempoh tiga puluh hari,
dan perpindahan masuk ke dalam Kanaan melambangkan enam puluh tahun terakhir
kepada Empat Puluh Yobel itu.
Yerusalem diserah
kembali ke dalam tangan Yehuda pada 1967 untuk menyediakan mereka bagi kedatangan
Mesias dan untuk bersiap bagi konversi mereka.
Aspek ini dibincangkan dalam naskah Kedatangan
Mesias Bahagian I (No. 210A).
Pada 1997
Tatanan Dunia Baru (NWO) mula
melaksanakan Fasa Terakhir Kerajaan Binatang. Lihat
naskah Perang Dunia III Bahagian I: Kerajaan Binatang (No. 299A).
Sistem agama terakhir mula berlaku dipulihkan untuk kerajaan itu. Lihat naskah
Perang Dunia III Bahagian II: Pelacur dan Binatang
(No. 299B).
Pada 1998
Pembacaan Hukum Tuhan dalam
Tahun-tahun Sabat ditubuhkan semula. Ini juga terjadi
pada 2005 dan 2012 dan 2019.
Dari 2001
Perang-perang Akhir Zaman bermula.
Urutan Pengudusan selama dua puluh satu tahun/hari
terakhir bermula dari 2006.
Perang-perang akhir zaman ini berterusan sehingga NWO menjadi mantap, dan pada 2012 suatu usaha telah dibuat
untuk memperdaya dunia melalui Nabi Palsu dan Antikristus menurut urutan yang ditetapkan oleh iblis-iblis sendiri. Lihat naskah 2012 dan Antikristus (No. 299D).
Urutan seterusnya membabitkan Tanda Langit yang berikutnya.
Dari 2006
sistem kewangan dunia direncana untuk mengalami kejatuhan agar ia jatuh ke
dalam tangan NWO dalam apa yang kini dikenali sebagai
Krisis Kewangan Global
(GFC). Kejatuhan sistem kewangan ini disusun
atur agar sistem Eropah terpaksa membuat penyusunan kembali radikal supaya sistem itu
boleh diambil alih sepenuhnya menjelang 2013. NWO berpindah ke dalam sepuluh
daerah kerajaan sepuluh jari kaki itu. Ini adalah sepuluh sistem kewangan supranasional yang dijalankan oleh birokrasi-birokrasi.
Wilayah
Timur Tengah disusun kembali
dari 2011/12 hingga 2028.
Perang-perang Akhir Zaman diatur
supaya Fasa-fasa Terakhir Perang-perang Raja-raja
Utara dan Selatan ditetapkan dan mencapai
finale dari 2024, dan Raja Utara menduduki
tempat dari laut di Gaza hingga Yerusalem, dan fasa terakhir pendudukan mereka ialah 42 bulan.
Urutan terakhir adalah dari 2012 hingga Yobel pada 2027 dalam satu siri
fasa. Tahun 2012 menandakan berakhirnya zaman peralihan
Venus (Zuhrah) seperti yang ditetapkan
oleh kalendar-kalendar Amerindian dan Zaman Baru Peralihan Venus sebagai Bintang Fajar
di bawah pemimpin syurgawi yang baru dikatakan bermula.
Perang-perang Antikristus berterusan dalam fasa terakhir Perang Dunia III. Pendudukan Timur Tengah dilaksanakan
(Daniel 11:40-43). Bagaimanapun, ini
dipatahkan oleh khabar daripada
Timur dan Utara, Daniel 11:44. Pembinasaan ramai orang ini akan terjadi dan akan bersama dengan
urutan-urutan yang kita lihat daripada permulaan perang-perang Sangkakala Kelima dan Keenam.
Sepertiga umat manusia akan dibinasa
oleh perang-perang ini. Apabila perang-perang ini berlaku tanda-tanda
langit yang dinubuatkan
oleh nabi Yoel akan mula dijalankan dalam perang-perang itu.
Sebelum Mesias gempa-gempa
bumi besar akan bermula. Ini akan menyebabkan kebakaran dan asap dan juga aliran
lahar dan pergerakan akan menyebabkan kumpulan bunga alga merah.
Pertambahan Tanda-tanda
akan semakin menjadikannya jelas bahawa Kristus sudah hampir. Kristus
akan berada di sini selepas Saksi-Saksi dibunuh dan terbaring di jalanan selama 3 ½ hari.
Nubuatan terkandung
mengenai Kristus mendekati Yosua di Yerikho menunjukkan pertempuran Megiddo dan berterusan
serta menjadi sebahagian daripada Perang
Hamon-Gog (lihat naskah Perang Hamon-Gog (No. 294)).
Tujuh hari di Yerikho menunjukkan bahawa Tuhan akan mula bertindak melalui Saksi-Saksi dan Kristus selama tujuh tahun
terakhir siklus Jubli (lihat naskah
Kejatuhan
Yerikho (No. 142)).
Beberapa Tanda Langit yang penting terjadi sebelum 2018 dan mungkin membantu mengenal pasti rangka-rangka waktu. Gerhana-gerhana ini terjadi mengikut
Kalendar Bait Suci menurut Konjungsi.
Pada 2014
terdapat gerhana penuh bulan dalam
Perayaan Paskah seperti yang kita lihat daripada Bahagian I. Terdapat juga gerhana penuh bulan
pada Hari Suci Pertama Perayaan Pondok Daun.
Pada tahun 2015, gerhana matahari penuh juga berlaku pada Tahun Baru pada 20
Mac 2015 dan gerhana bulan penuh pada 4 April 2015, iaitu sehari selepas Hari Suci Pertama memulakan
Perayaan Roti Tidak Beragi.
Terdapat gerhana matahari separa pada Hari Sangkakala pada hari Ahad, 13
September 2015. Pada hari Ahad, 27 September 2015
pada Hari Suci Pertama Perayaan Pondok Daun, terdapat gerhana bulan total.
Pada 9
Mac 2016 pada 1 Abib berlaku gerhana
matahari. Pada 23 Mac pada Paskah
terdapat gerhana bulan. Pada 1 September 2016 di hari
Sangkakala terdapat gerhana matahari. Pada 16
September 2016 terdapat gerhana
bulan pada hari kedua Tabernacles.
Pada 11 Februari 2017 berlaku gerhana bulan pada hari ke-15 Adar 1 iaitu tarikh Purim. Pada 26 Februari
2017 berlaku gerhana matahari pada Bulan Baru Adar 2. Pada Bulan Penuh Ab pada 7 Ogos 2017 terdapat gerhana bulan. Pada malam 21 Ogos terdapat gerhana
matahari bermula Bulan Baru
Elul, Bulan Keenam, yang menandakan
tempoh pendakian terakhir Nabi Musa (lihat naskah Pendakian-pendakian
Musa (No. 70)).
Justeru gerhana-gerhana matahari dan bulan terjadi pada tarikh-tarikh penting Kalendar Bait Suci dari 2014-2017 dan lebih lagi daripada
mana-mana waktu lain dalam sejarah moden.
Seperti yang kita perhatikan, adalah penting bahawa tiada tetrad astronomi pada tahun 1600-an hingga abad kedua puluh.
Tetrad-tetrad dalam 1500-an tidak
terjadi pada mana-mana Perayaan
Kalendar Bait Suci. Tuhan memberikan tanda-tanda pada Pemulihan. Jadi langit senyap berhubung dengan iman selama
berabad-abad dan kemudian
pada hari-hari yang sangat penting
untuk nubuatan berkaitan dengan 2300 petang dan pagi dan nubuatan Daniel dan Yehezkiel tetrad-tetrad
mula berlaku.
Tanda-tanda Langit akan berterusan sepanjang kejadian gempa-gempa bumi sehingga 2028. Kita sudah membincangkan Tanda-tanda Langit yang diketahui sehingga 2017. Terdapat tanda-tanda lain yang berterusan sehingga kedatangan Mesias pada
2028. Marilah kita memerhati dan menunggu dan berdoa untuk kedatangannya.
Kami kini akan berurusan
dengan perkembangan-perkembangan
Perang Dunia III dan tempoh masa yang lain.
q