Jemaat-jemaat Allah Al Masehi
[040]
Ucapan Bahagia
(Edition 2.0 19940702-19991127)
Karya ini meneliti tempat ucapan bahagia diucapkan dan maksud-maksudnya. Tempat dan ketelitian tentang ajaran kesihatan/kekayaan atau ajaran kemakmuran juga akan diteliti. setiap ucapan bahagia ini akan diteliti mengikut susunannya. Tempat Jemaat di dalam aplikasi penguasaan ini juga akan dibincangkan.
E-mail: secretary@ccg.org
(Hakcipta © 1994, 1996, 1999 Wade Cox)
(Tr. 2005)
Karya tulis ini boleh disalin semula dan didistribusikan secara bebas dengan syarat ia disalin semuanya tanpa apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat penerbit serta notis hakcipta harus disertakan. Sebarang bayaran tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima salinan yang didistribusikan. Petikan-petikan ringkas daripadanya boleh dimasukkan ke dalam artikel-artikel kritis dan karya ulasan tanpa melanggar undang-undang hakcipta.
Karya
ini boleh didapati daripada Internet di:
http://www.logon.org dan http://www.ccg.org
Ucapan Bahagia [040]
Ucapan bahagia adalah penting. Khotbah oleh Kristus ini dalam Matius 5:1 dan ayat seterusnya mempunyai kuasa dan impak yang mendalam.
Ucapan bahagia adalah berkat-berkat kepada jemaatnya; kepada umat-umatnya. Ia diambil sebagai contoh atau panduan bagi sikap umat pilihan. Tetapi ucapan bahagia ini diterangkan oleh aliran Kristian yang utama di dalam cara yang lemah; prinsip-prinsipnya menjadi satu injil yang lemah. Tujuan karya ini adalah untuk menjelaskan bagaimana kita mengambil pelajaran dari ucapan bahagia ini dari segi kekuatan.
Matius 5:1-12 mengatakan:
Matius 5:1-12 Ketika Yesus melihat orang banyak itu, naiklah Ia ke atas bukit dan setelah Ia duduk, datanglah murid-murid-Nya kepada-Nya. 2 Maka Yesuspun mulai berbicara dan mengajar mereka, kata-Nya: 3 "Berbahagialah orang yang miskin di hadapan Allah, karena merekalah yang empunya Kerajaan Sorga. 4 Berbahagialah orang yang berdukacita, karena mereka akan dihibur. 5 Berbahagialah orang yang lemah lembut, karena mereka akan memiliki bumi. 6 Berbahagialah orang yang lapar dan haus akan kebenaran, karena mereka akan dipuaskan. 7 Berbahagialah orang yang murah hatinya, karena mereka akan beroleh kemurahan. 8 Berbahagialah orang yang suci hatinya, karena mereka akan melihat Allah. 9 Berbahagialah orang yang membawa damai, karena mereka akan disebut anak-anak Allah. 10 Berbahagialah orang yang dianiaya oleh sebab kebenaran, karena merekalah yang empunya Kerajaan Sorga. 11 Berbahagialah kamu, jika karena Aku kamu dicela dan dianiaya dan kepadamu difitnahkan segala yang jahat. 12 Bersukacita dan bergembiralah, karena upahmu besar di sorga, sebab demikian juga telah dianiaya nabi-nabi yang sebelum kamu."
Kristus berbicara di sini kepada jemaat, yang mana berpusat kepada murid-muridnya. Dia kemudiannya berbicara tentang garam.
Matius 5:13-16 "Kamu adalah garam dunia. Jika garam itu menjadi tawar, dengan apakah ia diasinkan? Tidak ada lagi gunanya selain dibuang dan diinjak orang. 14 Kamu adalah terang dunia. Kota yang terletak di atas gunung tidak mungkin tersembunyi. 15 Lagipula orang tidak menyalakan pelita lalu meletakkannya di bawah gantang, melainkan di atas kaki dian sehingga menerangi semua orang di dalam rumah itu. 16 Demikianlah hendaknya terangmu bercahaya di depan orang, supaya mereka melihat perbuatanmu yang baik dan memuliakan Bapamu yang di sorga."
Kristus tidak berhenti disini. Kebanyakan Kristian pernah mendengar perkara ini sebelum ini, tetapi ianya menjadi berasingan secara umum dan mereka mengambil sebahagian kecil darinya sahaja. Tetapi ia sepatutnya tidak berasingan. Kristus berbicara dalam susunan mesej yang pasti. Dia terus berbicara:
Matius 5:17-20 "Janganlah kamu menyangka, bahwa Aku datang untuk meniadakan hukum Taurat atau kitab para nabi. Aku datang bukan untuk meniadakannya, melainkan untuk menggenapinya.18 Karena Aku berkata kepadamu: Sesungguhnya selama belum lenyap langit dan bumi ini, satu iota atau satu titikpun tidak akan ditiadakan dari hukum Taurat, sebelum semuanya terjadi. 19 Karena itu siapa yang meniadakan salah satu perintah hukum Taurat sekalipun yang paling kecil, dan mengajarkannya demikian kepada orang lain, ia akan menduduki tempat yang paling rendah di dalam Kerajaan Sorga; tetapi siapa yang melakukan dan mengajarkan segala perintah-perintah hukum Taurat, ia akan menduduki tempat yang tinggi di dalam Kerajaan Sorga. 20 Maka Aku berkata kepadamu: Jika hidup keagamaanmu tidak lebih benar dari pada hidup keagamaan ahli-ahli Taurat dan orang-orang Farisi, sesungguhnya kamu tidak akan masuk ke dalam Kerajaan Sorga.
Ada orang yang berada di dalam Jemaat-Allah dan sudah berabad lamanya, yang mengajar untuk mengurangkan hukum dalam cara yang pelbagai. Mereka mengajar bahawa kita tidak perlu memelihara satu aspek atau sejumlah aspek lain dalam hukum tersebut. Terdapat beberapa aspek di dalam hukum yang kita tidak perlu pelihara sekarang kerana adat istiadat masyarakat di tempat kita tinggal. Ianya bukan kerana hukum itu ditiadakan tetapi masyarakat setempat telah menjadikan hukum ini tidak lagi boleh diaplikasikan. Namun, beberapa Jemaat-jemaat Allah telah menggunakan, pada masa lampau, satu perdebatan yang mana, oleh kerana kita tidak lagi memelihara satu aspek dalam hukum, kita tidak perlu lagi memelihara apa-apa aspek yang lain. Sebagai contoh, hari-hari suci pada masa sekarang tidak lagi perlu dipelihara kerana bahagian hukum di mana hari suci ini terdapat tidak lagi boleh dipalikasikan.
Dasar pemikiran ini dibuat berdasarkan masyarakat melarang menjual anak perempuan (Kel 21:7) dan poligami (Kel 21:10). Oleh kerana itu dasar pemikiran ini menjadikan hari-hari suci (Kel 23:10-19) tidak perlu lagi dipeluhara. Proses lojik yang sama yang diberikan kepada Sabat dan Hukum Sepuluh (Kel 20:1-17; 23:1-13). Seperti yang kita telah bincang pada masa lalu, hukum ini tidak dibatalkan berkenaan dengan poligami. Hukum yang melarang anak perempuan tidak dibatalkan juga. Begitu juga dengan hukum yang berkenaan dengan pemakaian ribon biru di pakaian kita, ianya tidak dibatalkan (Bil 15:37-38; lihat karya Hukum Yang Pertama: Dosa Iblis (No. 153)). Hukum ini masih ada dalam kesemuanya. Tidak ada sebarang titik pun yang hilang dari hukum ini. Hukum korban tidak lagi pelihara kerana kita adalah kaabah. Apabila Mesiah datang, dia akan memperkenalkan semula sistem tersebut. Tetapi ianya tidak terpulang kepada kita. Mesiah adalah korban yang memurnikan dan ia adalah mencukupi untuk semuanya. Itu sahaja hukum yang telah genap dari semua hukum yang lain. Hukum ini tidak lagi digunakan kerana, sebagai contoh, masyarakat tidak lagi menjual anak perempuan. Tetapi hukum ini masih lagi dipelihara untuk masyarakat yang masih melakukan praktik ini. Hukum di Australia tidak membenarkan poligami. Tetapi hukum ini masih lagi dipelihara bagi masyarakat yang masih membenarkan poligami dan poligami tidak dilarang di dalam Alkitab. Tetapi ia telah disusun serta ditangani dengan khusus.
Contoh ini digunakan bukan untuk membawa
kepada sebab seperti itu tetapi untuk menunjukkan sifat hukum yang tetap di
dalam kerangka masyarakat manusia yang pelbagai. Akan tiba masanya apabila
masyarakat kita tidak stabil dan Allah akan menangani kita dalam cara yang
langung dan meluluhkan. Dia akan membiarkan kita ditangani oleh bangsa-bangsa
di bawah berkat dan kutuk dalam Ulangan 28 (lihat karya Berkat-berkat dan Kutukan-kutukan
(No. 75).
Apabila
para lelaki kita yang berjuta akan mati (Yes 3:25) dan para perempuan berjalan
bersama dengan anak-anak haram di seluruh bangsa, mereka akan memegang jubah
para lelaki dan berkata, “ambillah aib yang ada pada kami” (Yes 4:1) Ini adlah tulisan
Kitab, dan tulisan Kitab tidak boleh dilanggar (Yoh 10:35).
Semua
perkara ini telah berlaku demi untuk menggenapkan tujuan tertentu Mesiah dan
untuk mengatur masyarakat manusia sejajar dengan kehendak Allah. Itulah
sebabnya mengapa hukum itu diberikan kepada kita.
Kita
akan meneliti ucapan bahagia ini dan melihat kepada maksud di belakangnya dan
melihat kepada kuasa yang ada pada ucapan bahagian ini sebenarnya. Ucapan
bahagian yang pertama ialah Berbahagialah
orang yang miskin di dalam roh, kerana merekalah yang empunya Kerajaan Sorga.
Ini
adalah satu pertentangan yang nyata. Kita miskin di dalam roh, dan oleh kerana
itu kita akan mewarisi Kerajaan Sorga. Namun selama ini kita telah diajar
bahawa kita harus kaya dengan roh. Kita harus bekerja untuk memenuhi serta
menyerap roh dan bertumbuh di dalam roh. Bagaimana perkara ini dimungkinkan?
Adakah miskin di dalam roh bererti miskin di dalam erti kata lemah atau kurang
roh? Tidak, ini tidak bermaksud begitu. Menjadi miskin di dalam roh bererti
kita sudi untuk mengorbankan kebaikan diri kita sendiri kepada orang lain,
kepada saudara kita – dan menjadikan kita miskin kerana kita memilih demikian; dalam menaklukkan keberadaan kita
kepada orang yang kita layani. Ia bererti bahawa kekayaan bukan satu objektif
di dalam diri umat pilihan. Pandangan ini ditujukan langsung kepada ajaran yang
bersifat materialistik yang mementingkan kesihatan dan kekayaan.
Elemen
yang pelbagai dalam Jemaat Allah mengajar pada tahun-tahun yang baru lalu
bahawa terdapat ajaran tentang kesihatan/kekayaan atau ajaran kemakmuran – satu
falsafah yang mengatakan bahawa penyakit bersamaan dengan dosa dan bahawa
kemakmuran adalah bersamaan dengan kebenaran. Ini adalah satu bidaah. Penyakit
bersamaan dengan dosa adalah doktrin Iblis. Kita boleh dapati doktrin ini
di dalam suku kaum orang yang mundur di Asia. Kita boleh dapatinya di dalam
golongan ini di bawah sistem Iblis. Praktik atau doktrin yang mengatakan
penyakit bersamaan dengan dosa adalah fahaman Shamanisme (Kedukunan); dan ia
adalah sesuatu yang bidaah. Penyakit-penyakit di atas planet ini adalah efek
yang terkumpul 6,000 tahun dahulu yang disebabkan pelanggaran serta
pemberontakan terhadap hukum-hukum Allah.
Beberapa
di antaranya, kalau bukan semua, adalah dari umat kita sendiri, di dalam
beberapa tahap tidak sempurna dari segi keturunan kerana pelanggaran serta
pemberontakan ini. Beberapa orang ditekan di dalam pekerjaan ke dalam situasi
yang membuat mereka sakit; dan mereka memerlukan bantuan dan kasih sayang. Umat
kita di dalam jemaat pada zaman sebelum ini adalah bekerja sebagai
doktor-doktor. Mereka menyebarkan injil di seluruh Eropah dengan pergi kepada
rumah-rumah dan menyembuhkan orang. Mereka membantu orang. Penyakit tidak
bersamaan dengan dosa bagi orang yang terdahulu dari kami. Mereka mengasihi
orang yang mereka cuba selamatkan. Mereka menyembuhkan mereka, memberi mereka
makan, memberikan mereka pakaian dan membahayakan diri mereka sendiri demi
untuk menyampaikan firman Allah kepada mereka. Mereka rela meninggalkan kekayaan
mereka, mengorbankan keberadaan mereka, dan keluar di merata tempat di dunia
dengan berjalan kaki, dan mereka menaklukkan cara hidup mereka dan sifat
kemanusiaan mereka kepada orang-orang di dunia. Mereka cuba membawa semua orang
kepada Kristus dengan kasih dan keprihatinan serta kasih kepada satu dengan
yang lain sebagai saudara-saudara.
Umat
kami telah menyerahkan kedudukan serta kehidupan mereka untuk hidup
bersama-sama dengan yang lain di sepanjang abad. Kebanyakan daripada
jemaat-jemaat pada kurun yang pertama mengadakan upacara kerukunan dengan
mengumpulkan keberadaan mereka. Para rasul telah menetapkan sistem ini. Mereka
secara literal memberikan semua wang mereka ke dalam bakul persembahan atau
bakul dana dan hidup bersama.
Perkara
ini membawa kepada konsep yang lain. Sekiranya kita melakukan itu pada zaman
ini, saya rasa ramai orang yang akan keluar sebelum kami memulakannya. Kami
pernah mendengar perkataan, Kamu mengasihi semua saudara-saudara, tetapi
kepada beberapa orang, kamu hanya mengasihi mereka dari jauh. Sikap seperti
ini menunjukkan bahawa terdapat masalah rohani yang serius, bukan sahaja orang
yang berpegang kepada pandangan ini tetapi juga kepada orang yang ditujukan
oleh perkataan ini. Beberapa orang tidak sedar dengan impak dari sikap mereka
sendiri.
Maka
kita boleh melihat bahawa subjek menjadi miskin di dalam roh bukanlah dalam
erti kata lemah di dalam roh. Ia bererti menjadi miskin kerana kita memberikan
perhatian kepada orang lain, dan amanat Yesus Kristus lebih daripada keberadaan
kita sendiri.
Ucapan
bahagia yang kedua ialah Berbahagialah
orang yang berdukacita, kerana mereka akan dihibur. Dari mana kita
dapati konsep dukacita ini? Apakah berdukacita? Mengapa harus berbahagia orang
yang berdukacita? Berdukacita adalah secara dasarnya kehilangan sesuatu,
betulkah dekimian? Dari Yehezkiel 9:4 kita mendapat satu idea apakah maksud
perkara ini. Kristus sebenarnya memperluaskan konsep yang diperkatakan oleh
Yehezkiel. Bermula dari ayat 1. Pembunuhan terhadap orang fasik adalah
judul kecil ayat-ayat ini.
Yehezkiel 19:1-11 Lalu aku mendengar Dia berseru dengan suara yang nyaring: "Maju ke mari, hai, yang harus menjalankan hukuman atas kota ini! Masing-masing dengan alat pemusnah di tangannya!" 2 Lihat, enam orang laki-laki datang dari jurusan pintu gerbang Atas, yang menghadap ke utara, masing-masing dengan alat pemukul di tangannya. Dan satu orang di antara mereka berpakaian lenan dan di sisinya terdapat suatu alat penulis. Mereka ini masuk dan berdiri di samping mezbah tembaga. 3 Pada saat itu kemuliaan Allah Israel sudah terangkat dari atas kerub, tempatnya semula, ke atas ambang pintu Bait Suci dan Dia memanggil orang yang berpakaian lenan dan yang mempunyai alat penulis di sisinya. 4 Firman TUHAN kepadanya: "Berjalanlah dari tengah-tengah kota, yaitu Yerusalem dan tulislah huruf T pada dahi orang-orang yang berkeluh kesah karena segala perbuatan-perbuatan keji yang dilakukan di sana." 5 Dan kepada yang lain-lain aku mendengar Dia berfirman: "Ikutilah dia dari belakang melalui kota itu dan pukullah sampai mati! Janganlah merasa sayang dan jangan kenal belas kasihan. 6 Orang-orang tua, teruna-teruna dan dara-dara, anak-anak kecil dan perempuan-perempuan, bunuh dan musnahkan! Tetapi semua orang yang ditandai dengan huruf T itu, jangan singgung! Dan mulailah dari tempat kudus-Ku!" Lalu mereka mulai dengan tua-tua yang berada di hadapan Bait Suci. 7 Kemudian firman-Nya kepada mereka: "Najiskanlah Bait Suci itu dan penuhilah pelataran-pelatarannya dengan orang-orang yang terbunuh. Pergilah!" Mereka pergi ke luar dan memukuli orang-orang sampai mati di dalam kota. 8 Sedang mereka memukuli orang-orang sampai mati--waktu itu aku tinggal di belakang--aku sujud dan berseru, kataku: "Aduh, Tuhan ALLAH, apakah Engkau memusnahkan seluruh sisa Israel di dalam mencurahkan amarah-Mu atas Yerusalem?" 9 Jawab-Nya kepadaku: "Kesalahan kaum Israel dan Yehuda sangat banyak, sehingga tanah ini penuh hutang darah dan kota ini penuh ketidakadilan; sebab mereka berkata: TUHAN sudah meninggalkan tanah ini dan TUHAN tidak melihatnya. 10 Karena itu Aku juga tidak akan merasa sayang dan tidak akan kenal belas kasihan; kelakuan mereka akan Kutimpakan atas kepala mereka." 11 Lihat, orang yang berpakaian lenan itu dan yang mempunyai alat penulis di sisinya memberikan laporan, katanya: "Aku sudah kerjakan seperti Engkau perintahkan kepadaku."
Proses
ini bermula pada tahap yang tertinggi bersama dengan umat pilihan dan dan
proses ini kemudiannya menuju kepada umat kita. Kita telah ditandakan diatas
keupayaan kita untuk berdukacita dan menangis, dan untuk bertobat dan
mengatasi. Mereka yang tidak berdukacita dan bertobat akan dibunuh: lelaki,
wanita dan anak-anak. Ini bukanlah satu mesej yangmenunjukkan kelemahan. Negara
ini akan dikendalikan oleh pedang. Kota Sydney akan bertobat dari praktik mardi-gras
(praktik pengampunan dosa di sesetengah negara Katolik). Perkara ini adalah
keji di hadapan Allah dan akan ditamatkan; dan ianya tidak salah untuk
mengatakan demikian. Ianya tidak salah untuk mengatakan bahawa firman Allah
tetap berdiri teguh. Orang-orang ini mengundang kejahatan. Mereka adalah satu
kekejian pada pandangan Allah dan satu perkara yang busuk baginya. Allah akan
membiarkan mereka dimusnahkan.
Tugas
kita adalah untuk memastikan kita memberi amaran kepada orang lain; kerana
kegagalan kita untuk bertindak bererti
anak-anak itu akan mati. Kelembapan serta penangguhan tindakan kita
boleh membuat anak-anak itu akan mati. Inilah sebab mengapa kita diberkati
sekiranya kita berdukacita. Kita akan berbahagia sekiranya kita resah dan
menangis. Tetapi kita harus melakukannya dengan aktif, dan bukan pasif. Kita
harus menjadi pro-aktif dalam apa yang kita lakukan, dan bukannya reaktif.
Ianya bukan semata-mata melafazkan perasaan duka. Kita harus keluar dan
memberitau mereka. Kita harus memberi amaran kepada mereka. Kita harus membuat
negara ini bertobat – memalingkan hati para bapa kepada anak-anak mereka dan
memalingkan hati anak-anak kepada bapa mereka, kalau tidak bangsa ini akan
mati. Ini bukan satu kritisisme yang lazim dari kami. Ini adalah untuk memberi
penekanan penuh terhadap masalah yang memerlukan perhatian yang segera.
Keupayaan kita untuk wujud dan jumlah kita pada waktu milenium bergantung
kepada apa yang kita lakukan sekarang.
Malah jumlah orang fasik pun bergantung kepada keupayaan kita melakukan tugasan
kita. Kita mempunyai sumber yang terhad dan terlalu ramai orang yang pincang
oleh kesalahan pada masa lampau, oleh kelembapan serta membenarkan diri
sendiri.
Ucapan
bahagia yang ketiga ialah Berbahagialah
orang yang lemah lembut kerana mereka akan memiliki bumi. Adakah ia
bertentangan untuk mengatakan kita harus memberi amaran kepada bangsa-bangsa
dan dunia, tetapi kita harus berlemah lembut.?apakah maksud menjadi lemah
lembut? Adakah sifat lemah lembut itu satu kelemahan? Tidak! Lemah lembut bukan
satu kelemahan.
Musa
adalah seorang yang lemah lembut daripada semua orang, tetapi tidak ada, dalam
apa juga imaginasi yang mengatakan bahawa dia adalah lemah. Dalam cara yang
sama, kekuatan tidak berasal, dan ianya tidak dilafazkan di dalam erti kata
pernyataan yang dogmatis atau kuasa; dalam penggunaan senjata, atau penggunaan
kedudukan, atau penggunaan kekuasaan. Kekuatan tidak mempunyai kedudukan
hirarki dan memulaukan semua orang di bawah kita. Kekuatan adalah keupayaan
untuk mati bagi umat kita. 1 Korintus 13 adalah bab tentang kasih, seperti yang
kita semua tahu. Sikap amal, dalam erti kata kasih, adalah kasih agape Allah
yang tidak bersyarat. Ia adalah kasih yang pernah dilafazkan dari mulut Kristus
ketika di salib apabila Kristus berkata Bapa ampunilah mereka, kerana mereka
tidak tahu apa yang mereka lakukan. Kasih ini adlah kasih yang keluar dari
mulut Stefanus apabila mereka melempari dia dengan batu sehingga mati. Dia diberikan satu visi Kerajaan untuk membolehkan
dia bertahan dengan semua ini. Ini akan diteliti kemudian, di dalam persoalan
tentang dua ucapan selamat yang terakhir.
Dari 1
Korintus 13 kita boleh mendapat satu idea apa yang dikatakan oleh Kristus
tentang orang yang lemah lembut yang memiliki bumi. Ia adalah jenis
kelemah-lembutan yang datang dari tindakan menempatkan diri kita di bawah
saudara-saudara kita.
Walapun aku berkata-kata di dalam bahasa asing dan malaikat, tetapi jika tidak mempunyai kasih, aku adalah sama seperti gong yang berkumandang dan canang yang gemerincing.
Keprihatinan
kita harus mempunyai manifestasi fizikal. Ia adalah satu tugas yang sia-sia,
seperti gong yang berkumandang, sekiranya hanya berkata-kata tentang iman
kepercayaan kita tetapi tidak melakukan apa-apa. Bercakap tentang iman dan
menyebabkan saudara-saudara kita terkeluar dari sinagog adalah seperti bunyi
gong yang berkumandang. 1 Korintus 13 berbicara tentang kuasa nubuatan,
pemahaman tentang misteri-misteri dan pengetahuan. Ia berbicara tentang iman
yang boleh menggerakkan gunung, tetapi sekiranya kita tidak mempunyai kasih
yang harus bersamanya, iman kita akan tersalah tumpuh kerana semua kuasa Roh
Kudus akan diberikan kepada mereka yang boleh melafazkannya dengan kasih untuk
satu dengan yang lain. Kita tidak diberikan Roh Kudus di dalam bentuk atau
kuasa yang sebenar sehingga kita tahu bagaimana untuk menunjukkannya kepada
satu dengan yang lain di dalam kasih.
Kita
akan diberikan karunia yang cukup. Semakin kecil kasih yang kita tunjukkan,
semakin terhad Roh yang kita perolahi. Sekiranya kita tidak mengatasi kelemahan
ini, kita akan kehilangan Roh Kudus.
Kita
pernah melihat orang diuji tentang pemahaman mereka tentang Ketuhanan. Mereka
yang tidak memberi perhatian terhadap ujian ini seperti seharusnya mereka lakukan
dan membuat keputusan yang salah, mereka akan kehilangan perkara yang mereka
tahu.
Penelitian
terhadap umat pilihan pada dekad ini adalah tentang sifat keperibadian Allah.
Tahap yang pertama telah ditunjukkan di dalam empat perintah hukum yang pertama.
Hukum yang pertama dan terutama dilafazkan di dalam empat hukum yang pertama;
iaitu: kasihi Tuhan Allahmu sengan segenap hatimu, segenap akal fikiranmu, dan
dengan segenap jiwamu. Kelemah-lembutan adalah satu bentuk sikap yang
meletakkan semua perkara di bawah hukum yang pertama dan terutama ini.
Umat
kita telah mengasampingkan perkahwinan mereka, saudara-saudara mereka,
kehidupan mereka, kekayaan mereka, dan semuanya kepada jemaat. Setiap kita
telah dipanggil untuk mengorbankan sesuatu. Setiap kita telah dipanggil dan
hidupa di antara satu dengan yang lain supaya kita boleh mengembangkan kasih
dan kuasa di dalam Roh Kudus. Kita akan mewarisi bumi kerana guru kita akan
diberikan, dan telah diberikan kuasa itu dan pangkat diraja dan kekuasaan
sebagai Bintang Fajar. Kita aan diberikan juga, di atas takhtanya (Wah 2:26-28;
3:12, 21). Kita akan melakukannya oleh
kerana sifat atau keupayaan kita tertakluk kepada keberadaan kita, dan melayani
satu dengan yang lain.
Kita
harus mengembangkan cara yang membolehkan perkongsian di antara satu dengan
yang lain dan cara yang boleh menaklukkan keberadaan kita, supaya kita boleh
memberikan satu dengan yang lain keupayaan kita yang terbaik. Kadang-kadang
kita boleh melihat keperluan orang lain. Prihatin kepada keperluan orang lain.
Ia adalah satu pengungkapan kasih kita untuk memenuhi keperluan orang lain.
Kita mempunyai keluarga yang besar. Kita harus melihat keperluan setiap sesam
sendiri sebelum orang itu memberitahu kita. Dengan cara ini, kelembapan sikap
amal dihentikan seperti yang dilihat oleh dunia. Ia menjadi satu produk
keprihatinan kita yang berterusan. Ini adalah keupayaan yang ditunjukkan oleh
kasih bahawa kita mengambil berat. Bahawa kita telah melihat dan memenuhi
sesuatu, ia adalah satu karunia yang besar, kerana kita mengambil dari saudara
kita keperluan untuk meminta sesuatu. Tidak ada di antara kita yang harus
meminta apa sahaja.
Berikut
ini, dari persoalan tentang lemah lembut, kita akan teruskan dengan persoalan
tentang pertentangan. Guru kita mempunyai kuasa untuk menyelamatkan atau tidak
menyelamatkan. Dia mempnyai kuasa untuk membebaskan kita atau tidak. Dia
mempunyai kuasa untuk membiarkan kita ditawan atau tidak. Dalam cara yang sama,
mereka yang bergantung kepada kekuatan mereka sendiri, yang tidak melayani
Allah dengan segenap hati mereka dan dengan segenap akal fikiran dan dengan
segenap jiwa mereka, akan gagal pada akhirnya. Mereka akan ditawan, sama ada
oleh penawanan Israel fizikal atau penawan dari kebangkitan yang kedua.
Kebangkitan
yang kedua adalah satu sekolah disiplin di mana semua manusia akan belajar
untuk mengasihi Allah dan mereka akan melihat hasil dari apa yang mereka
lakukan. Kita bebas dari semua ini. Guru kita telah membayar upah untuk
membebaskan kita dari perkara ini dan memberikan kita peluang untuk memimpin.
Kita memimpin melalui kelemah-lembutan kita; kesabaran kita terhadap
kesengsaraan yang panjang.
Dari
Wahyu 6, kita melihat bagaimana konsep ini berkembang. Meterai itu akan
diteliti di dalam karya Tujuh Meterai (No. 140) dan Tujuh Sangkakala (No. 141).
Di sini kita akan melihat persoalan tentang kegagalan untuk menjadi lemah
lembut. Apa yang berlaku dalam perkembangan meterai itu ialah bahawa meterai itu datang langsung dari ucapan
bahagia. Meterai-meterai ini adalah hasil yang khusus dari kegagalan untuk
memelihara hukum yang pertama dan terutama dan hukum yang kedua utama, yakni
mengasihi orang lain seperti mengasihi diri kita sendiri. Ini adalah di dalam
Hukum Sepuluh (petikan dari karya Hukum Allah (L1) dan Siri-siri
Hukum (No. 252-No. 263).
Meterai
yang pertama berkembang dari agama yang salah; dari menempatkan kerajaan di
atas struktur alkitabiah dan hukum guru dan Allah kita.
Meterai
ini terbuka secara progresif kerana pelanggaran terhadap hukum dan pembatasan
yang diletakkan oleh ucapan bahagia ini.
Sementara
hukum ini dilanggar, yang pertama akan terbuka kepada agama yang salah kerana
tidak ada kelemah-lembutan. Tidaka ada kemahuan untuk menaklukkan keberadaan
diri dan membantu semua orang. Oleh kerana agama salah yang ditetapkan, tidak
ada kesatuan fikiran dalam pelayanan terhadap satu-satunya Allah yang Benar dan
terhadap susunan hukumNya. Terbahagi-bahagi disebabkan oleh struktur hirarki
agama dari kuasa golongan empiris yang berlainan. Ketidaksamaan terjadi dari
kegagalan untuk menerima ucapan bahagia di dalam fikiran. Kehendak menjadi
nafsu yang mangakibatkan pergelutan. Peperangan akan terjadi seterusnya. Dari
peperangan, datang pula wabak, kematian dan bencana. Ini adalah empat meterai
pertama dan ianya adalah berhubungan. Apabila yang satu berlaku yang lain juga
akan turut berlaku.
Kemudian,
ianya mengikuti bahawa mereka tiba pada meterai yang kelima yakni pengeniayaan
agama. Kerana sekiranya kita mempunyai agama yang salah, kita mempunyai dua
sekolah dan Allah yang salah dan apabila agama yang salah ini terus berkembang,
kita akan mempunyai nafsu untuk kuasa. Sekiranya kita tidak ada
kelemah-lembutan, kita mempunyai penganiayaan.
Meterai
yang kelima adalah akibat penganiayaan yang timbul, berikutan dari ketiadaan
sifat lemah lembut dan dari kehendak untuk menyakiti dan membayakan mereka yang
tidak setuju dengan mereka.
Meterai
yang keenam tanda sorgawi. Ia menunjukkan bahawa Kristus akan menangani isu
ini; bahawa akan bercampur tangan tidk lama lagi., dan campur tangan ini akan
dilakukan dalam cara yang progresif.
Melalui
tanda-tanda ini, Kristus memberi tanda bahawa dia akan mengakhiri sistem dunia
ini. Demi untuk mengakhiri semua ini, dia harus menggunakan kehendak dan nafsu
dan kuasa orang-orang ini untuk melawan diri mereka sendiri.
Semua
mereka pada ketika itu, akan dibawa kepada tempat penentuan dan memusnahkan
kehendak mereka sendiri. Kristus tidak membunuh mereka, dalam erti kata Allah
telah memerintah dia untuk memuntungkan serta membunuh orang-orang ini. Mereka
sebenarnya dibenarkan untuk menggunaka kelemahan mereka sendiri, yang mana
datang dari kegagalan untuk memelihata ucapan bahagia ini. Mereka akan saling
berbunuhan sesama sendiri, lelaki dan wanita dan kanak-kanak, dalam jumlah yang
berjuta, hampir memusnahkan planet ini.
Dunia
ini akan bertukar menjadi fahaman tribalisme (perkauman). Orang-orang yang
berbahasa inggeris juga akan merosot dalam cara ini. Fikiran orang-orang kita
akan dimusnahkan secara sistematik oleh pengaruh Hollywood dan media, bersama
dengan keganasan dan dasar yang keji.
Eropah
telah mengumumkan perang ke atasnya dua kali pada abad ini dalam tindakan yang
bodoh. Ianya diikuti dengan satu perang dingin selama 50 tahun sebagai akibat
daripada Perang Dunia Kedua. Sekarang ianya hampir kembali kepada keadaannya
yang kejam. Ia sekali lagi menjadi pembenci suku kaum lain. Orang kita yang
asal telah diserang. Pembersihan kesukuan dan adat suku kaum yang keji dari
perang Balkan adalah sebagai pendahulu kepada Perang Dunia yang Ketiga, seperti
Perang Sivil Sepanyol yang telah menjadi pendahulu kepada Peranga Dunia Kedua
dulu. Ketidakupayaan politik untuk mengendalikan binatang telah menetapkan
siri-siri yang terus berjalan. Orang-orang ini, yang dikendalikan oleh sifat
materialistik dan tidak bermoral, melalui nafsu mereka, kuasa yang dimainkan
oleh mereka serta kemahuan mereka akan memusnahkan mereka sendiri dan planet
ini.
Orang
yang mempunyai sifat lemah lembut akan mewarisi bumi kerana tidak ada lagi yang
masih hidup. Kristus akan bercampur
tangan di dalam kegilaan ini dan memendekkannya demi untuk umat pilihan di
dalam rencana Allah (Mat 24:22).
Semasa
setiap tahap dalam tujuh meterai ini, dunia ini boleh bertobat. Dalam meterai
yang ketujuh, terdapat tujuh sangkakala, kemudian tujuh cawan, dan cawan-cawan
ini mewakili murka Allah. Dan pada setiap tahap ini dikatakan namun mereka
tidak bertobat (wahyu 16:9). Semasa jangka masa ini tidak ada manusia
dibenarkan masuk ke dalam Kaabah Allah sehingga tulah yang ketujuh digenapi
(Wah 15:8). Justru, mereka tidak boleh bertobat mahupun diubah.
Allah
membenarkan, dalam setiap pencubaan ini, satu injap yang selamat. Ianya sama
situasinya di mana kita ada seseorang yang menghadapi kebuntuan, dan kita
bertanya Adakah kamu mengalah? Dan dia berkata Tidak. Sebenarnya manusia membiarkan diri mereka
sendir menghadapi kebuntuan dan secara perlahan-lahan mencekik dirinya sendiri
sehingga mati, satu luka yang disebabkan diri sendiri. Allah telah mengatakan
secara efektif Jangan menusuk dirimu di bahagian kaki, ianya menyakitkan.
Orang yang tidak mualaf dalam penentangan terhadap Allah berkata, Sekiranya
saya mahu menyakitkan diri saya, saya akan lakukan. Allah cuba
menyelamatkan orang-orang ini, tetapi mereka terus menusuk kaki mereka. Inilah
penghujung semuanya. Itulah sebabnya Kristus berkata, berbahagilah kamu,
kamu akan memiliki bumi, kerana kita tidak menusuk diri kita di bahagian
kaki dengan berterusan.
Ucapan
bahagia yang keempat ialah Berbahagilah
orang yang lapar dan dahaga akan kebenaran. Kemahuan ini adalah lapar
dan dahaga akan pengetahuan tentang Allah.
Mazmur
119 menunjukkan konsep di dalam hukum, dan kebenaran mengikuti dari hukum ini.
Umat
pilihan akan dipenuhi dengan Roh Suci. Ada ketekunan di dalam kelaparan dan
kehausan mereka. Mereka tidak memakan makanan fizikal, mereka memakan makanan
rohani.
Karya
tentang Roh Kudus (No. 117) dan Buah-buah Roh Kudus (No. 146)
harus dilihat dalam pertalian kepada ucapan bahagia dan keterangan-keterangannya.
Ianya adalah Roh Kudus dan semua buah-buahnya yang dilafazkan di dalam 1
Korintus 13, dan di dalam semua teks-teks lain tentang subjek ini oleh Paulus,
yang merupakan keterangan-keterangan yang berlaku.
Ucapan
bahagia ini membentuk satu kunci. Ada pengaliran yang berterusan melalui ucapan
bahagia ini, ke dalam keupayaan kita untuk menjadi garam dunia dan terang
kepada Kaabah. Kitaboleh menjadi terang kepada orang-orang fasik.
Bagaimana
pun, jumlah kita tidak ramai. Garam digunakan hanya dalam bilangan yang kecil
pada makanan atau sebahagian kecil daripada ramuan. Konsep yang sama yang boleh
didapati di dalam kisah Gideon dan tenteranya yang berjumlah 300 orang. Kita
berjumlah terlalu sedikit. Kita dipanggil seorang dari setiap kota dan dua
orang dari setiap keluarga (Yer 3:14).
Yeremiah 3:14 Kemballah, hai anak-anak yang murtad, demikianlah firman Tuhan, kerana Aku menjadi tuan atas kamu! Aku akan mengambil kamu, seorang dari setiap kota dan dua orang dari setiap keluarga, dan akan membawa kamu ke Sion.
Itulah
sebab mengapa terdapat beberapa sahaja yang memahami dan bekerja pada masa yang
lalu. Allah menuangkan RohNya ke atas umat manusia pertamanya melalui umat
pilihan (Kisah 2:1-33) dan ini
berterusan sehingga zaman akhir (Yoel 2:28-32; Kisah 2:17-21).
Elijah berfikir dia adalah orang yang terakhir. Oleh itu dia berkata bahawa tidak ada yang tertinggal selain Allah. Hanya saya yang berada di sini. Dia telah diselubungi oleh kesangkuhan kerna tugasnya. Dia seperti Paulus yang berkata apabila ia berhubungan dengan hukum – dia tidak bercacat (Fil 3:6). Ada seorang yang benar, Yesus Kristus dan semua kita adalah orang yang berdosa. Bagaiman pun, Kristus berkata bahawa tidak ada yang baik selain Allah (Mat 19:16-17). Paulus telah membunuh Stefanus. Dia membunuh dia dan kemudian berkata apabila hal yang bersangkutan dengan hukum, dia tidak bercacat. Dia menulis ini selepas dia mualaf. Selepas dia telah membunuh Stefnus! Semuanya menjadi tidak sempurna dalam kemuliaan Allah, Paulus mengatakan. Dosa adalah dosa dan ia datang dari kemelaratan fikiran. Beberapa umat pilihan yang mendahului Mesiah, seperti ibu bapa Yohanes Pembaptis, tidak bercacat di bawah ordinan-ordinan ini (Luk 1:6). Kita semua tidak bercacat selepas kita pengalami pengubahan (1Kor. 1:8; Fil. 2:15; 1Tes. 5:23; 1Tim. 3:2,10; 5:7; Titus 1:6,7; 2Pet. 3:14).
Bagaimana pun, Paulus kemudiannya telah memahami bahwa dia adalah orang yang paling berdosa (Roma 7:1-25).
Beberapa di antara kita berdosa di dalam fikiran. Beberapa dosa dalam fakta dan dosa dalam perbuatan tetapi kita diukur di dalam fikiran kita selepas kelaparan dan kehausan akan kebenaran di dalam struktur ucapan bahagia. Kita harus menjadi lemah lembut untuk mendapatkan pemahaman bahawa kita perlukan Roh Kudus, bahawa kita perlukan rahmat Allah dan pengorbanan Kristus yang membebaskan. Kita perlu dipenuhi demi untuk menaklukkan diri kita sendiri. Keangkuhan dan pergantungan diri sendiri kita akan ditaklukkan kepada pergantungan kepada Kristus. Beberapa di antara kita harus merendah diri secara fizikal demi untuk mendapatkan Kerajaan Allah. Beberapa di antara kita dibiarkan sengsara dan hilang untuk membolehkan fikiran kita diletakkan di tempat dimana kita boleh ditangani oleh Allah. Semua perkara bekerja untuk kebaikan bagi mereka yang mengasihi Allah, bagi mereka yang dipanggil menurut tujuanNya (Rom 8:28).
Ucapan bahagia yang kelima ialah Berbahagialah orang yang murah hati.
Zakariah 7:8-10 Firman TUHAN datang kepada Zakharia, bunyinya: 9 "Beginilah firman TUHAN semesta alam: Laksanakanlah hukum yang benar dan tunjukkanlah kesetiaan dan kasih sayang kepada masing-masing! 10 Janganlah menindas janda dan anak yatim, orang asing dan orang miskin, dan janganlah merancang kejahatan dalam hatimu terhadap masing-masing."
Ia menjadi ajaran dalam beberapa jemaat Trinitarian bahwa kita tidak perlu memelihara iman orang yang bukan dari denominasi kita. Mereka mengajar bahawa kita mempunyai standard yang berlainan dalam hal menangani orang sekiranya kita adalah dari iman yang sama. Dari segi kejujuran dan janda dan yatim piatu dan orang yang miskin di bawah hukum, ianya tidak benar. Allah tidak memandang buluh (Kisah 10:34).
Orang asing, orang fasik, percaya kepada kita kerana kita tidak memandang buluh seseorang terhadap yang lain di dalam hukum. Penghakiman hukum akan menyelubungi planet ini dengan tidak mengira bangsa, warna kulit atau tahap sosial.
Zakariah 7:11-13 Tetapi mereka tidak mau menghiraukan, dilintangkannya bahunya untuk melawan dan ditulikannya telinganya supaya jangan mendengar. 12 Mereka membuat hati mereka keras seperti batu amril, supaya jangan mendengar pengajaran dan firman yang disampaikan TUHAN semesta alam melalui roh-Nya dengan perantaraan para nabi yang dahulu. Oleh sebab itu datang murka yang hebat dari pada TUHAN. 13 "Seperti mereka tidak mendengarkan pada waktu dipanggil, demikianlah Aku tidak mendengarkan pada waktu mereka memanggil, firman TUHAN semesta alam.
Akan ada masa apabila Tuhan Semesta Alam tidak mahu mendengar. Dia tidak akan mendengar apabila bangsa meratap dan ianya akan ditangani dan berpaling kepada bangsa lain yang telah diberikan hari batu untuk menangani kita.
Zakariah 7:14 Oleh sebab itu Aku meniupkan mereka seperti angin badai ke antara segala bangsa yang tidak dikenal mereka, dan sesudahnya tanah itu menjadi sunyi sepi, sehingga tidak ada yang lalu lalang di sana; demikianlah mereka membuat negeri yang indah itu menjadi tempat yang sunyi sepi."
Pengasingan dan perang akan mengikuti dari kegagalan untuk memerhatikan firman dari Allah.
Zakariah 8:1-6 Datanglah firman TUHAN semesta alam, bunyinya: 2 "Beginilah firman TUHAN semesta alam: Aku berusaha untuk Sion dengan kegiatan yang besar dan dengan kehangatan amarah yang besar. 3 Beginilah firman TUHAN: Aku akan kembali ke Sion dan akan diam di tengah-tengah Yerusalem. Yerusalem akan disebut Kota Setia, dan gunung TUHAN semesta alam akan disebut Gunung Kudus. 4 Beginilah firman TUHAN semesta alam: Akan ada lagi kakek-kakek dan nenek-nenek duduk di jalan-jalan Yerusalem, masing-masing memegang tongkat karena lanjut usianya. 5 Dan jalan-jalan kota itu akan penuh dengan anak laki-laki dan anak perempuan yang bermain-main di situ. 6 Beginilah firman TUHAN semesta alam: Kalau pada waktu itu sisa-sisa bangsa ini menganggap hal itu ajaib, apakah Aku akan menganggapnya ajaib? demikianlah firman TUHAN semesta alam.
Ianya seakan mustahil kepada manusia, tetapi ianya tidak mustahil bagi Allah. Allah boleh membesarkan kanak-kanan kepada Abraham dari batu-batu padang belantara, dan Dia akan melakukannya. Kita sedang menerusi satu perkembangan yang menuju kepada milenium. Semuanya berhubungan dengan Mesiah dan perkembangan Kerajaan Allah. Justru itu, persoalan tentang keadilan dan belas kasihan mengikuti ke dalam keupayaan kita untuk menangani satu dengan yang lain dalam cara yang adil.
Ucapan bahagia yang keenam ialah Berbahagilah
mereka yang suci hatinya kerana mereka akan melihat Allah.
Dengan mewujudkan kualiti-kualiti ini di dalam Roh Kudus sebagai Roh yang dibaptiskan sebagai satu-satunya anak Allah, kitaa kan menerima meterai Allah. Dengan menerima meterai ini, kita boleh mencapai kuasa rohani dan kita akan melihat Allah. Tidak ada orang yang boleh melihat Allah. Paulus menulis tidak ada orang yang pernah melihat atau akan melihat Allah ( 1 Tim 6:16). Inilah satu konsep yang dikerjakan oleh Paulus dan Yohanes; bahawa tidak ada orang yang pernah melihat Allah, kerana Allah adalah kuasa rohani. Kita harus berada di dalam bentuk roh dan dalam keupayaan roh untuk melihat Allah, dan tidak ada orang yang boleh melakukannya. Ianya sesuatu yang boleh dicapai selepas kebangkitan. Kita akan mencapai perbezaan ini.
Ucapan bahagia yang ketujuh ialah Berbahagialah
mereka yang membawa damai kerana mereka akan disebut anak-anak Allah.
Membawa damai adalah satu cara untuk melafazkan Roh Kudus. Membawa damai adalah keupayaan Yesus Kristus yang dipamerkan untuk memerintah planet ini. Dia memerintah dengan cara menyatukan planetnya sejajar di bawah kuasa Allah. Fahaman monoteisme bukan megajar tentang Allah yang satu yang mempunyai tiga kepala. Monoteisme mengajar bahawa Allah adalah satu, kerana semua orang, Yesus Kristus dan semua termasuk warga semesta alam, tertakluk kepada kehendak Allah. Mereka mengongsikan kehendak, bentuk dan kuasa Allah melalui kemahuan dan kasih. Kita telah dipanggil ke dalam sistem untuk mengongsikan kehendaknya melalui kemahuan dan kasih. Daging saya akan melakukan kehendak yang telah mengutus aku [dan menyempurnakan amanatNya] Yohanes 4:34. Itu seharusnya menjai isu fundamental kepada kita. Itulah maksud fahaman Monoteisme yang sebenarnya. Kita semua dari roh yang sama. Roh ini datangnya dari Allah. Ia membuat Yesus Kristus menjadi satu dengan dengan Allah. Ia membuat kita menjadi sebahagian daripada tubuh Yesus Kristus yang mana adalah kepala kita, dan membuat kita menjadi sebahagian daripada Allah yang di atas semua dan di dalam semua (Ef 4:6). Ia bukan Triniti, ia adalah keserbaragaman. Triniti menghadkan keupayaan untuk kita melihat Allah dan menghadkan kita menjadi satu dengan Allah, dalam cara yang lain Yesus Kristus adalah satu dengan Allah. Fahaman Binitarianisme mempunyai efek yang sama dengan fahaman Trinitarianisme.
Menjadi anak-anak Allah, kita perlu menjadi
pembawa damai. Kita harus mendemonstrasikan buah-buah Roh Kudus. Bagaimana kita
menjadi pembawa damai? Bagaimana kita menyelesaikan masalah? Lihat kepada
keperluan dan lihat kepada perkara yang perlu diberi keprihatinan. Kita
letakkan diri kita dibawah saudara kita. Kita akan berkata saya tidak mahu mencapai sehingga mengorbankan saudara saya, Saya tidak
mahu apa-apa di luar kehendak Bapa. Saya tidak mahu meletakkan apa-apa sistem
ke atas sistem dari tubuh guru dan kehendak Bapa. Sekiranya bapa saya memilih
untuk tidak campur tangan, dan saya mati dalam proses itu, maka itu adalah
kehendak Bapa, namun saya akan hidup dan saya akan menjadi lebih kuat daripada
yang mereka jangka.
Inilah satu-satunya bahagian di mana Obi One Kenobe dalam cerita Starwars benar dalam hal ini. Kita akan melihat pengomel serana di dalam botol dibatasi dan dikurang kepada daging. Itulah maksud nama itu dalam bahasa Ibrani. Obi bereti roh yang dikenali. Sama juga ia digunakan bagi para pengomel serana di dalam botol. Ia adalah berkenaan pengomelan serana dengan perkataan di mana Iblis adalah roh yang dicapai. Itulah maksud nama itu. Starwars adalah karya yang negatif atau bertentangan dengan kebenaran. Tetapi perhatikan bahawa tidak ada di antara mereka yang membawa damai – semuanya bersenjata dengan 45 pedang yang merbahaya.
Pedang yang besar dan terakhir akan datang datang dari mulut Yesus Kristus. Pedang ini akan menangani musuh kita. Ianya tiada jaminan bahawa tubuh fizikal kita akan bertahan dalam proses ini. Ini akan membawa kita kepada tahap untuk menjadi pembawa damai bukan dari perasaan takut tetapi dari perasaan kasih.
Kita membawa damai bukan kerana kita tajut kepada sesiapa di planet ini. Roh Kudus adalh roh kuasa dan merupakan satu fikiran yang murni - bukan roh ketakutan dan keseganan. Fakta bahawa beberapa di antara kita lemah dalam fizikal dan tidak boleh melawan juara bererti sangat sedikit. Fakta bahawa kita lemah secara fizikal di dalam beberapa bidang bukan satu ujian terhadap kekuatan kita. Kekuatan kita datang dari kuasa Allah. Fakta bahawa Kristus meletakkan kita dalam kedudukan dimana kita tidak boleh menakluk bangsa, dimana kita tidak mampu secara literal, memusnahkan planet ini adalah satu kebaikan kepada kita, kerana terdapat ramai saudara yang akan mengadili dengan tidak adil. Itulah sebabnya mengapa mengendalikan keadaan ini. Sekiranya mereka mengendalikannya, maka terdapat klon-klon yang megerikan dan orang mati yang mengerikan. Beberapa daripada jemaat telah membakar setiap buku di atas planet ini sekiranya mereka mengendalikan keadaan ini pada dua puluh tahun dahulu dan mungkin masih ada orang yang melakukannya. Beberapa orang mungkin telah membakar ramai wanita di palang dan mungkin hanya terdapat beberapa lagi suku kaum yang wujud. Banyak kekejaman telah berlaku di dalam nama Allah.
Kristus berkata, sebagai ucapan bahagia yang kelapan, Berbahagialah orang yang dianiaya oleh seba kebenaran, kerana merekalah yang empunya Kerajaan Sorga.
Kematian syahid Stefanus dalam buku Kisah adalah sangat penting. Stefanus bercakap kepada persidangan di dalam Kisah 7. Apabila dia selesai, mereka menjadi marah dan menggertakkan gigi mereka. Apakah yang dia katakan? Kisah 7:51 dia berkata:
Kamu yang keras kepala, dan yang tidak bersunat dalam hati dan telinga.
Mereka tahu apa maksud bersunat dalam hati. Yesaya memberitahu mereka mengenainya. Mereka tahu ianya bukan satu ajaran yang baru. Yesaya telah memberikan amaran. Kristus telah menggambarkan tindakannya melaui para nabi. Beberapa orang berfikir bahawa Yesus Kristus akan memulakan sistem yang baru. Tetapi dia tidak sebenarnya. Dia berbicara kepada Israel selama beratus tahun lamanya melaui nabi-nabinya. Mereka tidak mendengar. Itulah yang dikatakan oleh Stfanus dan mereka tidak menyukainya.
Siapakah
dari nabi-nabi yang tidak dianiaya oleh nenek moyang kamu?
Ianya tidak dikatakan di sini, Saya rasa semuanya dibunuh. Dia meminta kepada mereka untuk memberitahu dia yang mana satu nabi yang tidak dianiaya. Semua para nabi telah dianiaya. Semua yang berbicara di dalam nama Allah telah dianiaya. Semua mereka telah dianiaya dan sedang dianiaya. Mereka telah membunug mereka yang memberitahu tentang kedatangan seorang yang benar yang dikatakan oleh Stefanus akan dikhianati dan dibunuh. Dia berkata kamulah yang menerima hukum yang disampaikan oleh malaikat-malaikat dan kamu tidak memeliharanya. Ia adalah satu penghasutan kepada fahaman Yudaisme golongan farisi. Mereka mempunyai hukum itu tetapi tidak memeliharanya. Mereka tidak memelihara hukum di dalam roh.
Apabila mereka mendengar ini, mereka menggertakkan gigi kepada Stfanus tetapi dia melihat dengan dipenuhi dengan Roh Kudus, kemuliaan Allah, saya melihat langit terbuka dan Anak Allah berdiri disamping Dia. Tetapi mereka menutupi telinga mereka dan dengan suara yang kuat berteriak dan segera mendapatkan dia. Kemudian mereka menarik dia keluar dari kota itu dan mula melempari dia dengan batu. Dan saksi-sak meletakkan jubah mereka di depan kaki seorang muda yang nama Saulus.
Sementara mereka melempari Stefanus dengan batu, dia berdoa:
Tuhan Yesus, terimalah rohku dan dia berlutut dan berseru dengan suara yang nyaring, “ Tuhan, janganlah tanggungkan dosa ini keatas mereka”. Apabila dia sudah mengatakannya, diapun mati. Saulus juga setujuh bahawa Stefanus mati dibunuh.
Saulus juga bersetuju bahawa mereka membunuh dia. Saulus menjadi saksi. Jubah-jubah ini diletakkan di bawah kakinya kerana dia adalah saksi atau pihak atasan. Ianya diperlukan bagi seseorang yang dibunuh di bawah pandangan atau juridiksi dari seorang saksi, seorang utusan. Dalam penyiasatan dalam perkara ini kekuasaan itu berasal dari utusan Paus. Tetapi Saulus membunuh Stefanus kerana dialah yang memulakan lemparan tersebut. Ini adalah tugasnya secara teori untuk memulakan lemparan batu tersebut. Secara asasnya, saksi adalah orang yang menyetujui pembunuhan itu. Tanpa saksi, pembunuan Stefanus dilakukan tanpa sebab. Paul seharusnya bertobat dari keadaan ini dan bukannya mengucapkan konsep tentang keadaannya yang tidak bersalah. Dia sebenarnya bercacat cela. Dia telah melanggar hukum jangan membunuh. Dia telah membunuh orang yang tidak bersalah.
Pada akhirnya, dalam ucapan bahagia yang kesembilan, ianya berbunyi, Berbahagialah kamu, jika kamu dicela dan dianiaya dan kepadamu difitnahkan segala yang jahat. Kristus membuat ia mengikut ukuran tertentu. Dia memusatkan menganiayaan kepada setiap umat pilihan. Orang yang menganiaya umat pilihan adalah mereka yang berkuasa atau mendakwa bahawa mereka berkuasa di dalam apa yang diakui dengan menjadi Jemaat atau Jemaah Allah. Ini adalah asalnya fahaman Yudaisme tetapi penganiayaan yang lebih besar datang dari apa yang disebut aliran Kekristianan yang utama. Ianya berterusan di dalam sistem protestan dan di dalam Jemaat-jemaat Allah. Mereka ini adalah yang berkata bahawa mereka adalah orang Kristian tetapi bukan. Mereka yang diluar dari aliran Kekristianan utama, yang mendakwa bahawa mereka adalah dari Jemaat Allah, penganiaya umat pilihan kerana mereka tidak tahu tuan kita.
Yesaya 66: 5 berkata:
“Dengarlah firman TUHAN, hai kamu yang gentar kepada firman-Nya! Saudara-saudaramu, yang membenci kamu, yang mengucilkan kamu oleh karena kamu menghormati nama-Ku, telah berkata: "Baiklah TUHAN menyatakan kemuliaan-Nya, supaya kami melihat sukacitamu!" Tetapi mereka sendirilah yang mendapat malu”.
Sebenarnya, umat pilihan ditolak dari sinagog, oleh mereka yang berfikir bahawa mereka membantu pekerjaan Kristus. Mereka cuba untuk membunuh umat pilihan. Siapkah yang telah membunuh Yesaya? (yang dikatakan digergaji kepada dua bahagian). Keimamatan lah yang membunuh dia. Siapakah yang melempari kepada Yeremiah sehingga mati? Tradisi mengatakan bahawa nabi Anatot yang melempari dia. Orang yang mengatakan bahawa mereka adalah bumbungan terang adalah mereka yang lebih kerap mencela kita kerana mereka tidak tahu tuan kita. Mereka fikir bahawa meeka adalah benar tetapi tidak mempunyai Roh Kudus. Mereka tidak boleh memelihara hukum. Fikiran jasmani adalah seteru kepada Allah (Rom 8:7). Ianya bukan satu konsep bahawa manusia adalah musuh Allah. Tanpa Roh Kudus dan dengan tidak mendekati Allah, kita tidak boleh memelihara hukum kerana ia adalah berasal dari sifat keperibadian Allah. Apa yang dikatakan oleh Allah tentang ini ialah Aku telah menetapkan sistem. Aku telah menciptakan kamu dan kamu semua tidak wujud tanpa RohKu. Analogi ini adalah sama dengan sebuah kapal laut di pelabuhan yang mana enjinnya terpasang. Semua lampunya terpasang tetapi ia tidak pergi kemana-mana. Hanya sebahagian sahaja enjinnya yang hidup. Enjin yang utama tidak hidup. Orang-orang seperti ini tidak bermaya. Mereka tidak menghidupkan jana kuasa yang ada. Mereka hanya bekerja di atas sebahagian enjin dan begitulah analoginya. Ia bukan setengah kuasa, tetapi mereka tidak mempunyai kuasa. Lampunya terpasang tetapi tidak ada aktiviti. Inilah masanya kita menghidupkan enjin bersama dengan Roh Kudus yang membolehkan kita beroperasi. Kemudian kita boleh meninggalkan pelabuhan dan belayar di mana sahaja untuk mengikuti kehendak Bapa.
Melemparkan pernyataan secara palsu, mengenai semua yang jahat terhadap kami tentang Kristus bukanlah sesuatu yang baru. Di atas adalah contoh sikap mencercah yang kami hadapai di sepanjang abad. Oleh kerana kami tidak mempunyai keupayaan untuk menulis buku-buku, kami tidak boleh menerbitkan versi kami. Mereka membakar karya-karya tulis kami. Mereka mendakwa apa yang kami lakukan adalah jahat. Mereka mengatakan bahawa kami menghebohkan perkara seperti menyembah kepada satu-satunya Allah yang benar, berpuasa memelihara Sabat, dan berpakaian bukan untuk tujuan memperagakan. Mereka menggantung serta membakar kami di palang kerna karya-karya ini. Ia memang satu cara hidup mereka untuk berpakaian seperti burung merak. Aliran Kekristianan utama mencercah kami di atas semua perkara. Mereka mempunyai pengetahuan yang terlalu sedikit untuk menuduh kami sebagai satu iman (lihat karya Peranan Hukum yang Keempat di dalam Sejarah Jemaat-jemaat Allah yang Memelihara Sabat (No. 170) dan karya Distribusi Umum Jemaat-jemaat yang Memelihara Sabat (No. 122)
Ramai daripada umat kami telah dilepaskan dari dosa. Seringkali dunia akan mengutuk orang-orang yang berdosa. Bagaimana pun, mereka menjadi mualaf dan telah diterima serta diampuni oleh jemaat sebagai saudara seiman. Penerimaan yang tidak bersyarat ini terhadap orang yang berdosa ke dalam rahmat yang menyelamatkan dari pembaptisan Yesus Kristus adalah tanda kepada Jemaat Allah dan umat pilihan.
Kristus berkata bergembiralah dan bersenang hatilah kerana upahmu besar di Sorga, sama seperti mereka menganiaya para nabi sebelum kamu, demikian juga mereka akan menganaya kamu. Bertahanlah menghadapi penganiayaan dunia di dalam terang harapan yang ada di dalam diri kita. Bertekunlah untuk melakukan amanat Allah.
Kita harus menjadi garam bumi dan terang
kepada dunia. Yesus Kristus adalah terang kepada dunia dan melalui kita, dia
menyebarkan injil selamat. Allah telah memilih kita lebih daripada kerja-kerja
yang besar. Dia memanggil kita untuk menghadapi kekusutan yang besar. Dia
memanggil kita, yang lemah dan hina. Ada di antara kita yang lemah. Ada di
antara kita yang hina. Ada di antara kita yang lemah dan hina. Tetapi Dia
memanggil kita, tidak meninggalkan kita di dalam keadaan sedekimian, tetapi
membawa kita kepada suatu kekuatan melalui Roh Kudus. Pengukuran kuasa ini
adalah ucapan bahagia dan bagaimana kita boleh menaklukkan keinginan diri kita
sendiri kepada Allah dan saudara seiman kita di dalam Jemaat, semua kita.
Mereka yang masih bujang, mereka berada di dalam satu keluarga. Mereka yang
tidak mempunyai anak, merupakan ibu dan bapa. Mereka yang bersendirian, tidak
lagi bersendirian. Semua kita berada di dalam satu keluarga, di dalam kuasa,
melalui satu roh. Kristus telah memberitahu kita di dalam ucapan bahagia yang
dia ucapkan bagaimana untuk memperolehi semua ini dan melakukan amanatnya. Kita
telah dipanggil bukan untuk menjadi lemah tetapi untuk menjadi berkuasa.
q