Jemaat-jemaat Allah Al Masehi

[045D]

 

 

 

 

Keturunan Ham: Bahagian IV

Put

(Edisi 1.5 20070902-20071008)

 

Keturunan Put merupakan keturunan Ham paling bermisteri dan paling disalah faham.

 

 

 

Christian Churches of God

 

PO Box 369, WODEN ACT 2606, AUSTRALIA

E-mail: secretary@ccg.org

 

(Hakcipta ã 2007 Wade Cox dan anor.)

(tr. 2010)

 

Karya tulis ini boleh disalin semula dan didistribusikan secara bebas dengan syarat ia disalin semuanya tanpa apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat penerbit serta notis hakcipta harus disertakan.  Sebarang bayaran tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima salinan yang didistribusikan.  Petikan-petikan ringkas daripadanya boleh dimasukkan ke dalam artikel-artikel kritis dan karya ulasan tanpa melanggar undang-undang hakcipta.

 

Karya ini boleh didapati daripada Internet di:
http://www.logon.org dan http://www.ccg.org

 

Keturunan Ham: Bahagian IV Put

 

 


Pengenalan

 

Dalam Kejadian 10:6 dan 1 Tawarikh 1:8, Phut atau Put (RSV) diberikan sebagai anak lelaki ketiga Ham. Septuagint menterjemah namanya sebagai Phoud.

 

Kejadian 10:6 Keturunan Ham ialah Kush, Misraim, Put dan Kanaan. (KJV)

 

Dalam Antiquities of the Jews, Josephus mengembangkan senarai keturunan Ham dan tempat-tempat kediaman mereka.

 

Put juga meupakan pengasas Libia, dan memanggil penduduknya bani Put, daripada dirinya: ada juga satu sungai di negeri Moors yang mempunyai nama itu; dari mana kita boleh lihat bahagian terkenal ahli-ahli historiografi Yunani menyebut sungai itu dan negeri bersebelahan dengan gelaran Put: tetapi nama itu sekarang telah ditukar nama daripada salah seorang keturunan Misraim, yang dipanggil Lybyos. (Bk. I, vi, 2)

 

Terdapat sangat sedikit rujukan dalam Kitab Suci kepada Put (SHD 6316), satu perkataan asing yang bermakna /busur/panah, yang mengusulkan bahawa orang-orang ini merupakan pemanah cekap bersama-sama dengan saudara mereka orang Ludim atau Lidia, keturunan Misraim (Mesir). Dalam Yeremai 46:9 mereka digambarkan sebagai pahlawan atau orang perkasa yang memegang perisai, dan dalam teks ini nampaknya beroperasi sebagai tentera upahan di Mesir. Dalam Yesaya 66:19, kita juga melihat nama Pul disebut, yang sama ada satu suku atau tempat di Afrika yang bersebelahan atau berhubungan rapat dengan Tarsis dan Lud, dan sebenarnya mungkin satu varian Put.

 

Kamus Alkitab Easton mengandungi catatan sangat ringkas untuk ‘Put’.

 

Put terletak antara Mesir dan Kanaan dalam Kejadian 10:6, dan di bahagian lain kita dapati orang Puti digambarkan sebagai tentera upahan dalam angkatan Mesir dan Tirus (Yeremia 46:9; Yehezkiel 30:5; 27:10). Dalam satu fragmen catatan sejarah Nebukadnezar yang merekodkan serbuannya terhadap Mesir, rujukan dibuat kepada “Put dari Ion.”

 

Sifat orang Put yang suka berperang dilihat dalam Kitab Suci berhubungan dengan kota Tirus (Yeh. 27:10), yang mana sekali lagi mereka nampaknya beroperasi sebagai tentera upahan dalam pertahanannya.

 

Yehezkiel 27:10 Orang Persia, Lud dan Put, yang menjadi prajuritmu ada dalam ketenteraanmu. Perisai dan ketopong digantungkan padamu; mereka menambah semarakmu. (RSV)

 

Unik sekali antara patriak mula-mula selepas Ham, tiada anak atau cucu Put direkodkan dalam Alkitab. Bagaimanapun Kitab Jasher memberikan nama-nama sekurang-kurangnya empat anak lelaki, iaitu Gebul, Hadan, Benah dan Adan (7:12).

 

Orang Put dan lokasi mereka

 

Terdapat berbagai pendapat mengenai lokasi tepat negeri Put. Contohnya, International Standard Bible Encyclopaedia (ISBE), dengan rujukan kepada tulisan-tulisan Babel, merekodkan bahawa Put mungkin boleh ditemui di Yemen hari ini (di semenanjung Arab), dahulunya dikenali sebagai negeri Punt, atau di Somalia (di timur Afrika).

 

Put

4. Dikenal pasti dengan Punt:

Identifikasi biasa Put ialah Punt (atau Pwent) di Mesir yang diusulkan oleh Ebers. Asimilasi “n” kepada konsonan berikutnya adalah biasa dalam bahasa-bahasa Semitik, dan tidak menemui apa-apa kesukaran jika vokalisasinya bersesuaian. “t” terakhir dalam Punt, bagaimanapun, nampaknya merupakan akhiran feminin Mesir, sedangkan “T” dalam Put adalah radikal.

 

5. Somaliland dan Yemen:

Bagaimana sekalipun, daerah ini nampaknya tepat dikenal pasti dengan tanah di Timur Abyssinia (Somaliland), dan sebab ini digambarkan sebagai berada di kedua-dua sebelah laut (Laut Teberau), Yemen nampaknya termasuk. Sehubungan dengan ini, memang baik perhatikan satu fragmen tablet Babel yang merujuk kepada kempen perang Nebukadnezar di Mesir dalam tahun ke 37-nya yang menyebut, seolah-olah di sekitar, kota (di sini, nampaknya, mewakili daerah) Putu-yaman—mungkin bukan “Put Ion” (Yunani) (Lesbos, menurut Winckler), tetapi “Put Yemen.”

 

Jika ini kontra-perbezaan kepada daerah Put (Punt) di benua Afrika, Put yang kemudian itu ialah Putu yang dimaksudkan dalam inskripsi Persia Naqsh-i-Rustem, yang menyebut, antara negeri-negeri jajahan, Kushiya, Putiya dan Masiya, di Babel (mat) PuTa, ((mat) K)usu, (mat) Massu(?), “negeri Put, negeri Kush (Etiopia), negeri Massu(?).” Perajurit-perajurit Put dalam tentera Tirus mungkin dari Put Afrika atau Put Yemen, dan dalam kasus ini tidak ada negeri di utara dengan nama itu, melainkan perkampungan telah dibuat bila-bila masa dari daerah asal. Lihat W. Max Muller, Asien und Europa, Leipzig, 1893, 106 dst.

 

Kedua-dua tempat ini, Yemen dan Somalia, mungkin betul dari segi perkampungan mula-mula orang Put. Bagaimanapun, kebanyakan ahli sejarah dan pengulas meletakkan negeri Put betul-betul di Afrika Utara.

 

Bagaimanapun, Interpreter’s Dictionary of the Bible, dalam artikelnya mengenai ‘Put’, mengabaikan pertalian dengan Punt atas sebab-sebab filologi serta sejarah.

 

Kita pasti daripada Alkitab dan rekod sejarah bahawa Put pergi ke Afrika bersama orang Kush selatan, yang menjadi orang Etiopia. Kita tahu bahawa gerakan-gerakan Haplogroup C Kush utara pergi ke Asia dan membentuk dasar orang Mongol dan Dravid dan Aborigine Australia dan Maori, serta bergerak masuk ke benua-benua Amerika menjadi orang Nadene atau Chippewa, Cheyenne dan Apache, di samping bergerak selatan ke dalam orang Maya. Haplogroup C berasal daripada cabang yang membentuk Haplogroup B dan kita tahu bahawa Haplogroup ini bertempat bersama dengan C dan bergerak selatan ke Afrika Tengah dan Barat. Justeru B merupakan satu divisi Kush, dan daripada asas itu hanya ada satu lagi Haplogroup yang belum dijelaskan di Afrika dan ini ialah Haplogroup A YDNA, yang datang dari utara dan bergerak terus ke Afrika Selatan. Ini tidak lain tidak bukan keturunan Put. Orang Libia kini satu campuran Lybios, anak Misraim, dan orang Arab. Misraim ialah Hg E yang membahagi kepada E3b dan E3a. Orang Arab ialah J, dengan beberapa I.

 

Kita akan perhatikan bahawa orang-orang ini terkenal kerana memegang perisai tetapi tiada sebutan dibuat tentang lembing. Anggota-anggota suku Afrika menggunakan perisai dengan hujung berpancang dan senjata penikam pendek dipanggil assegai, yang dijadikan terkenal oleh orang Zulu.

 

Walaupun tidak serupa dengan Libia/Libya moden, Put purba nampaknya telah mendiami kebanyakan tempat yang sama, walaupun sesetengah penulis meluaskannya lebih jauh ke barat. Sesetengah atlas Alkitab menunjukkan Wilayah Libya, ketika sebahagian daripada Kerajaan Rom, sebagai berbentuk luar biasanya seperti singa berbaring yang merentang sepanjang pantai Mediterranean di utara Gurun Sahara, dengan daerah Cyrenaica sebagai kepalanya yang menghadap barat. Pulau Kaftor atau Crete yang jauh juga dianggap sebahagian daripada Wilayah Libya Rom.

 

Pada Yehezkiel 27:10 dan 38:5, istilah Libyes atau Libya digunakan dalam Vulgate dan bukan Put (RSV), sementara LXX menggunakan Libues. Malah adapun usul bahawa nama Libya diperolehi daripada bangsa yang dikenali sebagai Lubim.

 

Bagaimanapun, dalam Nahum 3, Phut/Put nampaknya berbeza daripada orang Libia, walaupun jelasnya masih ada pertalian rapat antara mereka. Put dilihat di sini sebagai satu sekutu kota Tebes atau No-amon Mesir (No: KJV).

 

Nahum 3:7-9 Maka semua orang yang melihat engkau akan lari meninggalkan engkau serta berkata: "Niniwe sudah rusak! Siapakah yang meratapi dia? Dari manakah aku akan mencari penghibur-penghibur untuk dia?" 8 Adakah engkau lebih baik dari Tebe, kota dewa Amon, yang letaknya di sungai Nil, dengan air sekelilingnya, yang tembok kotanya adalah laut, dan bentengnya adalah air? 9 Etiopia adalah kekuatannya, juga Mesir, dengan tidak terbatas; Put dan orang-orang Libia adalah pembantunya. (RSV)

 

Perkataan Ibrani untuk orang-orang Libia dalam teks ini ialah Lubbiy (SHD 3864), bermakna hati kosong atau menderita (BDB), menderita ini mungkin melalui kehausan dalam sekitaran gurun Sahara mereka. Artikel Wikipedia mengenai ‘Phut’ memberi terbitan dan variasi nama ini.

 

Tambahan pula, teks-teks Mesir purba bertarikh sejauh dinasti ke 22, merujuk kepada suku pidw Libya, sementara satu teks Ptolemy dari Edfu merujuk kepada t3 n n3 pit.w “negeri (orang) Pitu”. Perkataan ini kemudiannya ditulis dalam Demotic sebagi pit  dan paiat dalam Koptik. Teks-teks bahasa Yunani dari Mesir Graeco-Rom juga merujuk kepada kumpulan Libya ini. Akhirnya suatu stela beraneka bahasa dari al-Kabrīt, bertarikh zaman Darius I merujuk kepada Put sebagai putiya (Persia lama) dan puta (Neo-Babel), namun teks sepadannya yang ditulis dalam bahasa Mesir mempunyai t3 tmhw “Libya”.

 

Orang Libia merupakan keturunan yang berbeza daripada Putim. Suku-suku Afrika Hg A YDNA tidak mempunyai padanan di luar Afrika, tetapi ada suku-suku Hg A YDNA di kalangan orang Celt di utara sempadan-sempadan Rom yang nampaknya berasal daripada pembantu-pembantu Hg A yang terlepas atau bergerak ke utara daripada kawasan penguasaan Rom.

 

Libia

 

Artikel-artikel Wikipedia mengenai Libia dan Libia Purba memberikan gambaran ikhtisar negeri itu.

 

Sempadan-sempadan Libya Purba belum lagi ditentukan. Negeri ini terletak di barat Mesir Purba, dan dikenali sebagai “IMNT” bagi orang Mesir Purba. Libia merupakan wilayah tidak dikenali bagi orang Mesir: ia negeri roh. [13]

 

Bagi orang Yunani Purba, Libia merupakan salah satu daripada tiga benua yang diketahui selain, Asia dan Eropah. Dari segi ini, Libia ialah seluruh benua Afrika ke arah barat Lembah Nil. Herodotus membezakan penduduk Libia kepada dua bangsa: Orang Libia di Afrika Utara dan orang Etiopia di selatan. Menurut Herodotus, Libia bermula di maan Mesir Purba berakhir, dan berakhir di Tanjung Spartel di selatan Tangier di tepi laut Atlantik.

 

Rujukan tertua kepada nama ini dijejaki sampai Ramesses II dan Merenptah pemerintah Mesir dinasti ke 19. Dia memerintah pada separuh kedua abad ke 13 BCE. Nama ini mula-mula sekali disebut sebagai nama etnik pada Merneptah Stele yang juga dikenali sebagai Israel’s Stele...

 

Sesudah itu, nama ini muncul berulang kali dalam rekod-rekod firaun. Dengan itu, diandaikan bahawa asal nama “Libya/Libia” ini tentunya nama Mesir ini bagi suku purba Libu. Menurut teori ini, nama ini kemudian diambil alih oleh orang Yunani Cyrenaica yang mungkin telah hidup sezaman dengan mereka [6]. Selepas itu, nama ini muncul dalam bahasa Ibrani yang ditulis dalam Alkitab sebagai Lehabim dan Lubim dan menunjukkan populasi etnik dan wilayah geografinya juga. (Wikipedia, art. ‘Ancient Libya’)

 

Justeru kita boleh simpulkan bahawa wilayah utara telah diambil alih oleh subkumpulan-subkumpulan Mesir awal yang memisahkan diri mereka daripada kerajaan pusat di Nil. Kumpulan-kumpulan selatan dikenal pasti dengan orang Etiopia yang merupakan keturunan Kush. Suku-suku Kush Hg C telah berkembang di Timur dan subdivisi-subdivisi Haplogroup B berkembang di Selatan Tengah dan bergerak Barat dan lebih jauh ke tenggara dari situ. Divisi-divisi A bergerak terus melalui Afrika ke Tanjung itu.

 

Sejarah moden memanjangkan rekod arkeologi lebih dua kali rangka waktu sebenarnya dan tidak menghubungkan kumpulan-kumpulan YDNA dan membuat semua pembezaan yang sepatutnya.

 

Orang Berber direkod sebagai menggantikan penduduk Neolitik yang lebih awal di dataran pantai Libia. Budaya mereka bertumbuh baik untuk satu waktu yang lama sebelum orang Berber. Mereka tersesar dan bergerak Selatan dan Barat, dan selepas itu mereka disesarkan lagi oleh kumpulan-kumpulan YDNA asas RxR1 yang mendiami Cameroon. Semua mereka berasal daripada leluhur-leluhur orang Celt dan Slav Aryan. Dengan itu Hg A dan B dipaksa masuk ke Afrika sub-Sahara sekurang-kurangnya dua ribu tahun lalu.

 

Orang Fenisia mengadakan persekutuan dengan orang Berber dan meletakkan pusat-pusat dagangan di Libia. Menjelang abad ke 5 BCE koloni-koloni Fenisia tersebar di seluruh Afrika Utara di wilayah yang dahulunya merupakan tamadun Pun. Bagaimanapun, orang-orang ini bukan keturunan Put atau Phut. Mereka sebenarnya dua kumpulan. Satu ialah Hg E (a dan b) Ham dan satu lagi ialah K2 Yafet dari Tarsis. Tirus kini sebenarnya kebanyakan K2 dan sesetengah suku ini berada di Malta dan di Wales.

 

Semua perkampungan Pun ini di pantai Libia termasuk Oea (iaitu Tripoli), Labdah atau Leptis Magna, dan Sabratha. Tempat-tempat ini dipanggil Tripolis atau “Tiga Kota”, dan Tripoli mendapat namanya daripada fakta ini.

 

Orang Rom menyatukan kedua-dua wilayah Libia, dan selama lebih 400 tahun Tripolitania dan Cyrenaica menjadi daerah-daerah Rom yang makmur. [8] Reruntuhan Roma, seperti di Leptis Magna, membuktikan daya hidup wilayah itu, di mana kota-kota padat penduduk malah kota-kota kecil menikmati segala fasilitas kehidupan bandar. Para pedagang dan tukang dari banyak bahagian dunia Rom menetapkan diri mereka di Afrika Utara, namun perwatakan kota-kota Tripolitania nyata kekal Pun dan, di Cyrenaica, Yunani. Orang Arab menakluki Libia pada abad ke 7 CE. Dalam abad-abad berikutnya, ramai orang pribuminya memeluk Islam, dan juga bahasa dan budaya Arab. ...

Demografi dan bahasa

Libia mempunyai populasi kecil dalam wilayahnya yang besar, ... [dan] dengan itu merupakan salah satu negara paling kurang padat menurut kawasan di dunia. [43] 90% penduduknya tinggal dalam kurang 10% kawasannya, kebanyakannya sepanjang pantai. Lebih separuh populasinya ialah masyarakat bandar, tertumpu selanjutnya, dalam dua kota terbesar, Tripoli dan Benghazi. [44] Orang asli Libia terutamanya merupakan campuran orang Arab dan Berber.

 

Orang Libia sekarang ialah kumpulan-kumpulan gabungan Taureg Berber; orang suku Tebu dan orang-orang dari negara-negara Afrika lain, termasuk orang Mesir dan Tunisia, Afrika Barat dan Afrika Sub-Sahara. [Dengan itu masih ada penduduk daripada kumpulan-kumpulan Kush dan Put asal di selatan.]

 

Menurut sesetengah taksiran orang Berber Libia dan Arab mencakupi 97% populasi; 3% lagi ialah orang Afrika Sub-Sahara, Yunani, Malta, Itali, Mesir, Afghan, Turki dan India.

 

[Justeru penduduk asalnya adalah kurang daripada 3% jumlahnya.]

 

Orang Berber

 

Kumpulan utama menduduki bahagian utara Afrika dikenali sebagai orang Berber, yang, sangat mungkin sekali, merupakan ‘orang Libia’ Herodotus. Orang Berber memanggil diri mereka Imazighen (orang merdeka) dan termasuk orang nomad/pengembara Tuareg. Mereka berasal daripada orang-orang yang berpindah jauh daripada kerajaan-kerajaan Mesir sejak permulaannya dalam apa yang dipanggil Mesir pradinasti dan panjang waktu yang tidak betul diberikan kepadanya, justeru meletakkannya jauh lebih awal dalam rangka waktu. Artikel Wikipedia memberikan perincian asas:

 

Orang Berber telah hidup di Afrika Utara antara Mesir barat dan Lautan Atlantik sejauh adanya rekod kawasan itu. Penduduk terawal wilayah itu ditemui pada seni batu di serata Sahara. Rujukan-rujukan kepada mereka juga sering dibuat dalam sumber-sumber Rom, Yunani dan Mesir purba. Kumpulan-kumpulan Berber mula-mula disebut dalam tulisan oleh orang Mesir purba ketika zaman Pradinasti, dan ketika Kerajaan Baru orang Mesir kemudian memerangi suku-suku Meshwesh dan Libu di sempadan-sempadan barat mereka.

 

Selama berabad-abad orang Berber mendiami tepi laut Afrika Utara dari Mesir sampai Lautan Atlantik. Lama kelamaan, wilayah-wilayah pantai Afrika Utara menyaksikan suatu pawai panjang penyerang, penetap, [3] dan penjajah termasuk orang Fenisia (yang mengasaskan Carthage), Yunani (terutamanya di Cyrene, Libia), Rom, Vandal dan Alan, Byzantine, Arab, Ottoman, dan Perancis serta Sepanyol.

 

Kebanyakan kalau tidak semua penceroboh ini meninggalkan kesan pada orang Berber moden seperti juga para hamba yang dibawa dari Eropah Selatan ke Pantai Barbary oleh lanun Barbary (satu taksiran meletakkan bilangan orang Eropah yang dibawa ke Afrika Utara ketika zaman Ottoman setinggi 1.25 juta orang) [2]. Interaksi dengan kerajaan-kerajaan Sudan, orang Afrika sub-Sahara, dan kumpulan nomad dari Afrika Timur di sekitar juga meninggalkan kesan besar pada suku Berber itu.

 

... Antara orang yang telah masuk dan berdiam dengan penduduk asli Afrika Utara, ialah 80,000 keluarga Vandal Jerman yang juga dipanggil “Orang Biadap” oleh orang Rom dan Mediterranean secara umumnya yang tidak tewas mahupun kembali ke Jerman, tetapi bercampur dengan orang pribumi yang akhirnya menyebabkan pengusiran angkatan-angkatan Rom dari Afrika Utara.

 

Orang-orang Vandal ini mungkin merupakan asal mula RxR1 asas Cameroon dan Afrika Barat laut dan subkumpulan F Semitik H, I, J dan YDNA K Yafet para pedagang Fenisia Tarsis.

 

Herodotus banyak bercakap tentang banyak suku Libia atau Berber yang ditemuinya ketika pengembaraan di Afrika Utara (lihat The Histories, terjemahan Rawlinson, Bk. IV, 168-198). Suku-suku ini dari A sampai Z termasuk: Adyrmachidae, Asbystae, Auschisae, Gilligammae, Cabalia, Nasamonia, Garamantians, Macea, Gindane, Lotophagi, Machlya, Ausea, Amon, Atarantia, Maxya, dan Zavecia. Herodotus menambah:

 

Semua inilah suku-suku Libia yang dapatku berikan nama-namanya; dan kebanyakan mereka tidak peduli dahulu, dan sesungguhnya sekarangpun tidak mempedulikan, raja orang Media. Seperkara lagi yang dapat aku tambah mengenai wilayah ini, ialah, bahawa, sejauh mana jangkauan pengetahuan kita, empat bangsa, dan tidak lebih daripada itu, mendudukinya; dan dua daripada bangsa ini ialah bangsa pribumi, sementara yang dua lagi bukan. Dua bangsa pribumi ini ialah orang Libia dan Etiopia, yang masing-masingnya tinggal di utara dan selatan Libia. Orang Fenisia dan Yunani ialah pendatang masuk. (ibid., IV, 197).

 

Dengan itu orang Berber Libia merupakan suku angkuh yang garang mempertahankan kemerdekaan mereka dan tidak pernah mengalah kepada kerajaan Medo-Persia yang perkasa. Titik paling jauh di barat yang dicapai oleh orang Persia ialah kota Euesperides (ibid., 204), kemudiannya dipanggil Benghazi. Orang Berber ini jauh daripada hanya orang suku yang tidak berdisiplin, tetapi merupakan lelaki dan perempuan tentera ulung – sebab para isteri Zavecia betul-betul mengendarai kereta-kereta kuda kaum lelaki mereka pergi berperang (193) – dan mereka merupakan tentera upahan terkenal di Mesir, Tirus dan Yehuda seperti yang ditunjukkan Kitab Suci. Herodotus mengatakan bahawa “orang Yunani belajar daripada orang Libia untuk memasang kuk empat kuda kepada kereta” (189) dan, berhubung salah satu suku Berber, dia menambah:

 

Orang Garamantia mempunyai kereta-kereta empat-kuda, dengan apa mereka mengejar orang Etiopia Troglodyte, yang antara semua bangsa yang kisahnya sampai kepada kami merupakan bangsa paling pantai berlari. (ibid., IV, 183)

 

Herodotus juga mengatakan tentang mereka: “Sesungguhnya orang Libia ialah orang paling sihat yang aku ketahui,” (187).

 

Orang Berber tidak meninggalkan apa-apa rekod bertulis dan dengan itu asal usul mereka agak tidak jelas. Penyelidikan genetik terkini telah dapat memberi lebih banyak keterangan tentang mereka, seperti yang ditegaskan dalam artikel Wikipedia.

 

Bukti genetik

Walaupun genetik populasi merupakan ilmu sains yang baru dan masih dipenuhi kontroversi, secara umumnya bukti genetik nampaknya menunjukkan bahawa kebanyakan orang Afrika barat laut (sama mereka menganggap diri mereka Berber atau Arab) terutamanya mempunyai asal Berber, dan populasi-populasi leluhur Berber telah berada di kawasan itu sejak era Paleolitik Atas. Proporsi-proporsi signifikan kolam-kolam gen Berber dan Berber Arab diperolehi daripada migrasi lebih terkini pelbagai suku Itali, Jerman, dan Afrika sub-Sahara, yang semuanya telah meninggalkan kesan-kesan genetik di wilayah itu.

 

Genotip mengikut wilayah

Kemunculan dan komposisi genetik orang Berber paling baik diperiksa bersama-sama dengan teman mereka penduduk berbahasa Arab di Afrika Utara; kedua-duanya sama-sama mempunyai leluhur Berber utama dengan sumbangan kromosom Y dominan dari Afrika Timur purba dan sumbangan mitokondria dominan dari barat Asia.

 

Orang Afrika Barat laut tepi pantai

Kira-kira 75% orang Afrika Barat laut tinggal di pantai. Kumpulan-kumpulan Berber seperti Riffi dan Kabyle mempunyai campuran sub-Sahara terbaru yang paling kurang (~2%) dan campuran Eropah tertinggi (~15%); kumpulan-kumpulan berbahasa Arab mempunyai kira-kira 7% campuran sub-Sahara terkini secara keseluruhannya. Kumpulan-kumpulan Berber dalam zon ini termasuk:

·     Kabyle

·     Chawi

·     Riffi

·     Chenwa

 

Orang Afrika Barat laut pedalaman

Kira-kira 20% orang Afrika Barat laut tinggal antara Pergunungan Atlas dan Sahara; kumpulan-kumpulan ini mempunyai campuran sub-Sahara terkini yang sederhana (~20%), termasuk:

·     Mozabit

·     Chleuh

 

Orang Afrika Barat laut di Sahara

Kira-kira 5% orang Afrika Barat laut tinggal di Sahara; kumpulan-kumpulan ini mempunyai campuran Afrika Barat purba dan terkini yang tertinggi, kadangkala mencapai 80-90% di kalangan orang Tuareg. Mereka termasuk:

·     Tuareg

·     Berber Sahara, Berber Oasis

 

Artikel Wikipedia juga memberi lebih banyak perincian mengenai komposisi genetik orang Berber dan Tuareg.

 

Orang Kabyle

·         Kromosom Y diwariskan secara eksklusifnya melalui keturunan bapa. Komposisinya ialah: 48% E3b2, 12% E3b* (xE3b2), 17% R1*(xR1a) dan 23% F*(xH,I,J2,K) ((Arredi et al., 2004) [1]), menurut cara yang digunakan oleh Bosch et al. 2001. Kita boleh ringkaskan asal usul sejarah kolam kromosom Y Kabyle seperti berikut: 60% Afrika Barat laut Paleolitik Atas (H36/E3b* dan H38/E3b2), 23% Neolitik (F*(xH,I,J2,K)) dan 17% aliran gen Eropah dalam sejarah (R1*(xR1a)). Komponen Afrika Barat laut Paleolitik Atas dikenal pasti sebagai “kolonisasi Paleolitik Atas yang asalnya mungkin di Afrika Timur.”

·         DNA mitokondria (mtDNA), sebaliknya, hanya diwarisi daripada ibu dan merupakan: 30.65% H, 29.03% U* (dengan 17.74% U6), 3.23% praHV, 4.84% praV, 4.84% V, 3.23% T*, 4.84% J*, 3.23% L1, 4.84% L3e, 3.23% X, 3.23% M1, 1.61% N dan R 3.23%.

Dengan itu komposisi mtDNA orang Kabyle ialah: 66.12% Eurasia Barat umum (H, J, U, T, K, X, V dan I), 22.58% Afrika Barat laut spesifik (U6, L3E), 8.07% Asia (M1, N, R) dan 3.23% aliran gen sub-Sahara (L1-L3a).

 

Orang Mozabit

Kromosom Y diwariskan secara eksklusifnya melalui keturunan bapa. Menurut Bosch et al. 2001, “asal usul sejarah kolam kromosom Y Afrika Barat laut boleh diringkaskan seperti berikut: 75% Afrika Barat laut Paleolitik Atas (H35, H36, dan H38), 13% Neolitik (H58 dan H71), 4% aliran gen Eropah dalam sejarah (kumpulan IX, H50, H52), dan 8% Afrika sub-Sahara terkini (H22 dan H28)”. Mereka mengenal pasti komponen “75% Afrika Barat laut Paleolitik Atas” sebagai “kolonisasi Paleolitik yang asalnya mungkin di Afrika Timur.” Sumbangan genetik 75% kromosom Y populasi Afrika Barat laut dari Afrika Timur dibezakan dengan sumbangan 78% kepada populasi Iberia dari Asia barat, menganjurkan bahawa lingkaran utara Mediterranean dengan Selat Gibraltar bertindak sebagai halangan kuat, walaupun tidak lengkap (Bosch et al, 2001).

 

Tafsiran haplotaip “Neolitik” kedua paling kerap diperdebatkan: Arredi et al. 2004, seperti Semino et al. 2000 dan Bosch et al. 2001, membantah bahawa haplogroup H71 dan kepelbagaian kromosom Y Afrika Utara menunjukkan “difusi demik kumpulan penggembala berbahasa Afro-Asia dari Timur Tengah” era Neolitik, sementara Nebel et al. 2002 menganjurkan bahawa H71 sebaliknya mencerminkan “aliran gen terkini yang disebabkan oleh migrasi suku-suku Arab dalam milenium pertama Era Umum/Common Era (700-800 A.D).” Bosch et al. juga menemui sedikit saja perbezaan genetik antara populasi berbahasa Arab dan populasi berbahasa Berber di Afrika Utara, yang mereka anggap menyokong tafsiran Arabisasi dan Islamisasi barat laut Afrika, bermula dengan peminjaman perkataan ketika abad ke 7 A.D. dan melalui Perasmian Bahasa Arab Negara pasca kemerdekaan pada 1962, sebagai fenomena budaya tanpa pengganti genetik ekstensif. Cruciani et al. 2004 memperhatikan bahawa haplogroup E-M81 pada kromosom Y berhubung rapat dengan populasi-populasi Berber.

 

MtDNA, sebaliknya, hanya diwarisi daripada ibu. Menurut Macaulay et al. 1999, “satu pertiga mtDNA Berber Mozabit mempunyai leluhur Timur Dekat, yang mungkin telah tiba di Afrika Utara ~50,000 tahun lalu, dan satu perlapan mempunyai asal di Afrika sub-Sahara. Eropah nampaknya merupakan sumber banyak urutan yang tinggal, dengan selebihnya timbul sama ada di Eropah atau di Timur Dekat.”

 

[Maca-Meyer et al. 2003] menganalisis “U6 keturunan Afrika Utara asli” dalam mtDNA, dan menyimpulkan bahawa:

Asal paling mungkin bagi keturunan proto-U6 itu ialah Timur Dekat. Sekitar 30,000 tahun lalu ia tersebar ke Afrika Utara di mana ia mewakili tandatangan keberterusan wilayah. Subkumpulan U6a mencerminkan peluasan Afrika pertama dari Maghrib kembali ke timur pada zaman Paleolitik. Klad terbitan U6a1 menandakan gerakan ke belakang dari Afrika Timur kembali ke Maghrib dan Timur Dekat. Migrasi ini bertepatan dengan peluasan linguistik Afroasia yang mungkin itu.

 

Seperti dinyatakan di bawah, kami tidak bersetuju dengan rangka-rangka waktu ini. Semuanya didasarkan pada premis bahawa mtDNA tidak menyebabkan mutasi merentangi genome manusia yang kini kita tahu adalah palsu sama sekali.

 

Touareg

Satu kajian genetik oleh Fadhlaoui-Zid et al. 2004 memperdebatkan mengenai haplotip-haplotip Afrika Utara eksklusif tertentu bahawa “peluasan kumpulan keturunan ini terjadi kira-kira 10,500 tahun lalu di Afrika Utara, dan tersebar ke populasi sekitar”, dan nampaknya bahawa satu haplotip Afrika Barat laut spesifik, U6, mungkin berasal dari Timur Dekat 30,000 tahun lalu tetapi tidak dipelihara dengan baik sekali dan merupakan 6-8% dalam orang Berber Maghribi selatan, 18% dalam orang Kabyle dan 28% dalam orang Mozabit. Rando et al. 1998 (seperti disebut oleh [5]) “menemui aliran gen diperantarai-perempuan dari Afrika sub-Sahara ke Afrika Barat Laut” berjumlah sebanyak 21.5% urutan-urutan mtDNA dalam satu sampel populasi-populasi Afrika Barat Laut; jumlahnya berbeza dari 82% (Touareg) hingga 4% (Rifain). Gradien utara-selatan ini dalam sumbangan sub-Sahara kepada kolam gen disokong oleh Esteban et al. Namun begitu, masyarakat-masyarakat Berber individu menunjukkan kepelbagaian mtDNA yang cukup tinggi antaranya. Orang Kesra Tunisia, contohnya, memperlihatkan proporsi haplotip mtDNA sub-Sahara khusus yang jauh lebih tinggi (49%, termasuk 4.2% haplogroup M1) Cherni L. et al. Lanskap mtDNA tidak rata Afrika Utara ini tiada bandingnya di wilayah-wilayah lain dunia.

 

Rangka-rangka waktu itu terlalu diperpanjangkan oleh ilmu genetik moden disebabkan anggapan palsu bahawa mtDNA tidak menyebabkan mutasi dalam genom manusia. Aspek ini diliputi dalam naskah Kadar Perubahan DNA: Sains Moden v Alkitab (No. 215). Komposisi-komposisi ini, bagaimanapun, memberikan gambaran ikhtisar DNA Afrika Utara dan menunjukkan bahawa pergerakan kaum perempuan cukup meluas di seluruh Afrika, dan kaum lelaki Hg A dan B YDNA bergerak masuk ke dalam Afrika sub-Sahara dan sampaipun ke Afrika Selatan dengan Hg A.

 

Orang Garamantes atau Garamantia yang disebut oleh Herodotus (atas) ialah satu lagi suku Berber di gurun Sahara. Luar biasa sekali, kerajaan mereka bertahan selama kira-kira 1000 tahun dan, ketika zaman Herodotus sekurang-kurangnya, mereka tidak memiliki apa-apa perlengkapan perang (IV, 174); justeru kerajaan mereka boleh dilihat hampir sebagai prototaip ringkas kerajaan milenium Mesias. Ibu kota Gramantia pada mulanya terletak di Zinchera tetapi kemudiannya berpindah ke Garama (Germa moden). Artikel Wikipedia memberi perincian lanjut tentang kumpulan ini.

 

Orang Garamantes ialah orang berbahasa Berber Sahara yang menggunakan sistem pengairan bawah tanah yang rumit, dan mengasaskan sebuah kerajaan di kawasan Fezzan di Libya hari ini, di gurun Sahara. Mereka merupakan kuasa tempatan di Sahara antara 500 BC dan 500 AD.

 

Tidak banyak maklumat tentang orang Garamantes, tidakpun nama yang mereka gunakan untuk memanggil diri mereka; Garamantes merupakan nama Yunani yang diguna pakai kemudian oleh orang Rom. Kebanyakan pengetahuan kita datang daripada sumber-sumber Yunani dan Rom ...

 

Orang Garamantes mungkin hadir sebagai orang suku di Fezzan menjelang 1000 BC. Mereka muncul dalam rekod bertulis untuk pertama kalinya pada abad ke 5 BC; menurut Herodotus, mereka merupakan “bangsa yang amat besar” yang menggembala lembu sapi, menanam kurma, dan memburu “Troglodyte Etiopia”, atau “penghuni gua” yang tinggal di gurun, dengan kereta-kereta empat-kuda. Lukisan-lukisan Rom menggambarkan mereka sebagai mempunyai parut dan cacahan ritual.

 

Tacitus menulis bahawa mereka membantu pemberontak Tacfarinas dan menyerang banyak perkampungan tepi pantai Rom.

Orang Rom terus mengadakan hubungan perdagangan rapat dengan orang Garamantes; ahli-ahli arkeologi adapun menjumpai rumah mandi Rom di Garama. Penulis sejarah Rom Maternus mengiringi seorang pemerintah Garamantia dalam ekspedisi ketenteraan empat-bulan ke tempat yang kini kawasan sempadan Nigeria. Namun, meskipun dengan hubungan perdagangan itu, orang Rom tidak betul-betul menganggap mereka bertamadun.

 

Orang Garamantia mewakili satu cabaran kepada Rom, tidak sekali-sekali tunduk kepada kuasa Rom, sedangkan zon-zon tepi pantai Libya hari ini telah tunduk. Meskipun ini, Herodotus melaporkan bahawa mereka tidak memiliki perlengkapan perang, dan tidak tahu bagaimana untuk mempertahankan diri mereka.

 

Pada abad pertama BC, orang Garamantes menyerang Afrika Utara dan bertentang dengan angkatan-angkatan Rom. Menurut Pliny Yang Tua, orang Rom akhirnya jemu dengan serangan orang Garamantia itu dan Lucius Cornelius Balbus menawan 15 daripada perkampungan mereka pada 19 BC. Sesudah satu ekspedisi menghukum oleh orang Rom pada 70, orang Garamantes dipaksa mengadakan hubungan rasmi dengan Rom dan mungkin telah menjadi satu daripada negeri-negeri langganan Rom.

Menjelang sekitar 150 kerajaan Garamantia (di Libya tengah (Fezzan) hari ini, terutamanya di sepanjang Wadi l-Ajal yang masih wujud), meliputi 180,000 kilometer persegi di selatan Libya zaman moden. Ini bertahan dari kira-kira 400 BC hingga 600.

 

Kemerosotan tamadun Garamantia dikatakan berkaitan dengan keadaan cuaca yang semakin buruk. Apa yang gurun hari ini dahulunya tanah pertanian yang cukup baik dan dipertingkatkan lagi melalui sistem pengairan Garamantia 1,500 tahun lalu. Sebab air fosil bukan sumber boleh diperbaharui, sepanjang enam abad kerajaan Garamantia, paras air tanah jatuh. Kerajaan itu merosot dan berpecah.

 

Rekod Byzantium menuntut bahawa raja Garamantes membuat perjanjian damai dengan Byzantium pada 569 dan menerima Kekristianan. Rekod Muslim kemudian mengatakan bahawa pada 668 raja Garamantes telah dipenjarakan dan diheret pergi dengan dirantai. Kawasan itu akhirnya diserap ke dalam lingkungan pengaruh Muslim.

 

Orang Put dalam Kitab Suci

 

Salah satu kesilapan sejarah ialah mengandaikan – daripada fakta bahawa Cyrene (Kirene) kota penting Libya dan penduduknya disebut beberapa kali dalam teks-teks Perjanjian Baru – bahawa kita memperhatikan keturunan Put, sedangkan ini bukan kasusnya. Dalam Kisah 6:9, contohnya, kita lihat orang Kirene berdebat keras dengan Stefanus dan menuduhnya menghujat. Selepas pembunuhan Stefanus, bagaimanapun, sesetengah mualaf Kristian di kalangan Yahudi Kirene lari ke Antiokhia dan dilihat mengajarkan Injil kepada orang Yahudi Yunani di dalam kota itu (Kisah 11:19-20).

 

Kirene (Kurene: SGD 2957, bererti keunggulan kekang) digambarkan sebagai “sebuah kota Cyrenaica atau Pentapolitana Libya yang besar dan sangat maju, kira-kira 11 batu (17 km) dari laut. Antara penduduknya ialah sebilangan besar orang Yahudi, yang Ptolemy I telah bawa ke situ, dan diberikan hak warganegara” (BDB). Kota ini diasaskan sekitar 630 BCE, dan asalnya orang Yunani bermaksud menjadikannya ‘Athens Afrika’.

 

Dalam Jemaat di Antiokhia juga pada waktu pelayanan Saulus dan Barnabas, ialah seorang nabi atau guru dari Kirene bernama Lucius. Dia disebut bersama-sama dengan Simeon, dipanggil sebagai Niger (hitam) dan dengan itu dia orang Libya berkulit hitam (Kisah 13:1); malahan, kedua-dua mereka mungkin berkulit hitam. Andaian juga ada dibuat bahawa dialah Simeon yang dipaksa mengangkat pancang untuk penyaliban Kristus (walaupun Simeon merupakan nama yang cukup lazim dalam era itu).

 

Markus 15:21 Pada waktu itu lewat seorang yang bernama Simon, orang Kirene, ayah Aleksander dan Rufus, yang baru datang dari luar kota, dan orang itu mereka paksa untuk memikul salib Yesus. (RSV)

 

Di sini kita lihat Sim(e)on secara harafiah mengangkat “salib” Kristus dan mengikutnya, sebagaimana kita diperintah melakukan setiap hari.

 

Lukas 9:23-24 Kata-Nya kepada mereka semua: "Setiap orang yang mau mengikut Aku, ia harus menyangkal dirinya, memikul salibnya setiap hari dan mengikut Aku. 24 Karena barangsiapa mau menyelamatkan nyawanya, ia akan kehilangan nyawanya; tetapi barangsiapa kehilangan nyawanya karena Aku, ia akan menyelamatkannya. (RSV)

 

Daripada fakta bahawa dia mungkin orang Libya selatan beberapa pengulas menunjukkan bahawa keturunan-keturunan ketiga-tiga anak lelaki Nuh hadir pada penyaliban Mesias: orang Rom keturunan Yafet, orang Yahudi keturunan Sem, dan seorang keturunan Ham dari Kirene, satu-satunya orang yang enggan membantu atau menyetujui kematian Mesias. Justeru ini boleh diertikan bahawa seluruh keluarga manusia terbabit, sama seperti semua orang yang hadir pada hari itu menghendaki penyalibannya dan dengan itu secara efektifnya membuatkan seluruh umat manusia bersalah atas kematian Kristus (Mat. 27:22,25), dan sememangnya begitulah keadaannya. Dia mungkin orang Mesir dan bukan keturunan Put, namun apa sekalipun dia tentunya berketurunan Ham.

 

Dalam Kisah 2:10, kita perhatikan bahawa orang Kirene berada di Yerusalem untuk mendengar para Rasul, yang baru diperkuatkan oleh Roh Kudus ketika Pentakosta, mengajar khabar baik dalam bahasa mereka sendiri. Orang-orang ini mungkin, dan memang mungkin sekali, orang Yahudi dan bukan orang Libya dari Mesir dari antara mereka yang berasal dari selatan, dan yang mungkin sebenarnya berketurunan Kush dan bukan orang Put sebenar.

 

Kisah 2:1-11 Ketika tiba hari Pentakosta, semua orang percaya berkumpul di satu tempat. 2 Tiba-tiba turunlah dari langit suatu bunyi seperti tiupan angin keras yang memenuhi seluruh rumah, di mana mereka duduk; 3 dan tampaklah kepada mereka lidah-lidah seperti nyala api yang bertebaran dan hinggap pada mereka masing-masing. 4 Maka penuhlah mereka dengan Roh Kudus, lalu mereka mulai berkata-kata dalam bahasa-bahasa lain, seperti yang diberikan oleh Roh itu kepada mereka untuk mengatakannya. 5 Waktu itu di Yerusalem diam orang-orang Yahudi yang saleh dari segala bangsa di bawah kolong langit. 6 Ketika turun bunyi itu, berkerumunlah orang banyak. Mereka bingung karena mereka masing-masing mendengar rasul-rasul itu berkata-kata dalam bahasa mereka sendiri. 7 Mereka semua tercengang-cengang dan heran, lalu berkata: "Bukankah mereka semua yang berkata-kata itu orang Galilea? 8 Bagaimana mungkin kita masing-masing mendengar mereka berkata-kata dalam bahasa kita sendiri, yaitu bahasa yang kita pakai di negeri asal kita: 9 kita orang Partia, Media, Elam, penduduk Mesopotamia, Yudea dan Kapadokia, Pontus dan Asia, 10 Frigia dan Pamfilia, Mesir dan daerah-daerah Libia yang berdekatan dengan Kirene, pendatang-pendatang dari Roma, 11 baik orang Yahudi maupun penganut agama Yahudi, orang Kreta dan orang Arab, kita mendengar mereka berkata-kata dalam bahasa kita sendiri tentang perbuatan-perbuatan besar yang dilakukan Allah." (RSV)

 

Mungkin sebagai hasil pengalaman unik ini, orang Kirene ini antara orang mula-mula menerima pesan injil dan menjadi mualaf.

 

Put dalam nubuatan

 

Para perajurit Put dilihat bersekutu dengan orang Etiopia ketika perang-perang Zaman Akhir, seperti dinubuatkan dalam Yeremia 46.

 

Yeremia 46:1, 9-10 Firman TUHAN yang datang kepada nabi Yeremia tentang bangsa-bangsa. … 9 Majulah, hai kuda-kuda! Melajulah, hai kereta-kereta! Majulah berperang, hai pahlawan-pahlawan, hai kamu orang Etiopia dan orang Put yang memegang perisai, dan orang Lidia yang membentur busur! 10 Hari itu ialah hari Tuhan ALLAH semesta alam, hari pembalasan untuk melakukan pembalasan kepada para lawan-Nya. Pedang akan makan sampai kenyang, dan akan puas minum darah mereka. Sebab Tuhan ALLAH semesta alam mengadakan korban penyembelihan di tanah utara, dekat sungai Efrat. (RSV)

 

Put atau Phut juga menonjol dalam Kitab Suci berkenaan kejatuhan Mesir.

 

Yehezkiel 30:1-5 Datanglah firman TUHAN kepadaku: 2 "Hai anak manusia, bernubuatlah dan katakanlah: Beginilah firman Tuhan ALLAH: Merataplah: Aduh, hari itu! 3 Hari itu sudah dekat, hari TUHAN sudah dekat, hari dengan awan gelap; itu adalah saat bangsa-bangsa. 4 Pedang datang atas Mesir dan Etiopia akan gemetar pada saat berebahan orang-orang yang mati terbunuh di Mesir dan kekayaannya dilarikan dan dasar-dasarnya terbongkar. 5 Orang Etiopia, Put, Lud, seluruh tanah Arab, Libia dan orang-orang dari negeri yang bersekutu dengan mereka akan mati rebah oleh pedang bersama mereka. (RSV)

 

Urutan lengkap semua ini dapat dilihat dalam naskah Kejatuhan Mesir (No. 36): Nubuatan Lengan-lengan Patah Firaun. Perhatikan bahawa Libya dan Put berbeza dalam teks ini. Orang Afrika sub-Sahara dan orang Etiopia adalah sebahagian daripada konflik ini.

 

Yehezkiel 38:1-6 Datanglah firman TUHAN kepadaku: 2 "Hai anak manusia, tujukanlah mukamu kepada Gog di tanah Magog, yaitu raja agung negeri Mesekh dan Tubal dan bernubuatlah melawan dia 3 dan katakanlah: Beginilah firman Tuhan ALLAH: Lihat, Aku akan menjadi lawanmu, hai Gog raja agung negeri Mesekh dan Tubal. 4 Aku akan menarik engkau dengan mengenakan kelikir pada rahangmu dan membawa engkau ke luar beserta seluruh tentaramu, yaitu pasukan berkuda, semuanya berpakaian lengkap, suatu kumpulan orang banyak dengan perisai besar dan kecil dan semuanya berpedang di tangannya. 5 Orang Persia, Kush (Etiopia), dan Put menyertai mereka dan semuanya dengan perisai dan ketopong; 6 orang Gomer dengan seluruh bala tentaranya, Bet-Togarma dari utara sekali dengan seluruh bala tentaranya, banyak bangsa menyertai engkau. (RSV)

 

Teks ini merujuk kepada pemberontakan ketika Milenium dan diterangkan dalam naskah Hari Tuhan dan Zaman Akhir (No. 192).

 

Daniel 11:42-43 Ia akan menjangkau negeri-negeri, dan negeri Mesir tidak akan terluput. 43 Ia akan menguasai harta benda emas dan perak dan segala barang berharga negeri Mesir, dan orang Libia serta orang Etiopia akan mengikuti dia. (RSV)

 

Dalam urutan ini orang Libia dan orang Etiopia berdua mengikuti Mesir dalam perang-perang itu. Bagaimanapun, mereka berbeza dari Put dalam perang-perang ini.

 

Terdapat banyak rujukan kepada Put dan memang jelas bahawa mereka terserak dan bergabung dengan angkatan-angkatan Zaman Akhir. Kedua-dua Kush dan Put bersama-sama dalam perang-perang dengan Persia, dan seperti yang kita lihat sekarang mereka membentuk satu kehadiran gabungan berciri Islam – atau sekurang-kurangnya, bukan Barat – dalam perang-perang akhirat.

 

q