Jemaat-jemaat Allah Al Masehi

[046A]

 

 

 

Anak-anak Yapet

Bahagian I

 

(Edisi 1.0  20071020-20071020)

 

 

Lokasi anak-anak Yapet adalah satu tugas yang penting untuk mengenal pasti bangsa-bangsa dunia dan berkat yang diberikan kepada Yapet oleh Allah melalui Nuh.

 

 

 

Christian Churches of God

 

PO Box 369, WODEN ACT 2606, AUSTRALIA

E-mail: secretary@ccg.org

 

(Hakcipta ã 2007 Wade Cox)

(Tr. 2008)

 

Karya tulis ini boleh disalin semula dan didistribusikan secara bebas dengan syarat ia disalin semuanya tanpa apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat penerbit serta notis hakcipta harus disertakan.  Sebarang bayaran tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima salinan yang didistribusikan.  Petikan-petikan ringkas daripadanya boleh dimasukkan ke dalam artikel-artikel kritis dan karya ulasan tanpa melanggar undang-undang hakcipta.

 

Karya ini boleh didapati daripada Internet di:
http://www.logon.org dan http://www.ccg.org

 

 

Anak-anak Yapet

 


Dari penempatan anak-anak Nuh selepas air bah, Kanaan, anak lelaki bongsu Ham sudahpun hidup ketika mereka menduduki tanah tersebut dan sebelum Nuh menanam anggur dan mabuk dari wain itu (bahasa Ibr. yayin, lihat karya tulis Wain dan Alkitab (No. 188)).

 

Istilah anak yang lebih muda dalam Kejadian 9:24 sebenarnya merujuk kepada cucu Nuh, kerana Kanaanlah yang telah dikutuk bukannya Ham. Kanaan adalah anak terakhir dari empat anak Ham, sementara Ham adalah anak kedua Nuh.

 

Alkitab tidak memberikan tanda tentang sejak berapa lama ianya sehingga Nuh menjadi “penjaga anggur”. Bagaimana pun, anggur itu sama ada bertumbuh selelpas air bah atau ditanam sejurus selepas air bah itu untuk mengekalkannya. Ianya tidak boleh kekal dalam pasu.

 

Alkitab menandakan Kanaan, dan oleh itu semua anak-anak Ham, yang termasuk keluarga terdekat di dalam bahtera itu. Bagaimana pun, Alkitab tidak menjelaskan tentang isu ini.

 

Tindakan yang menentang Nuh ini (yang mana Alkitab memberi petunjuk tetapi tidak jelas), Kanaan dijadikan hamba kepada Sem dan Yapet (petikan Kej 9:18-27). Dalam Kejadian 9:27 berkat penting kepada Yapet telah diberikan dimana Nuh berkata: “Allah akan membesarkan Yapet dan dia akan diam dia kemah-kemah Sem dan Kanaan akan menjadi hambanya”.

 

Dengan itu, Yapet, anak tertua dari tiga anak Nuh, telah dijadikan sangat besar dan diam di kemah-kemah Sem, dan dilayan oleh Kanaan. Dalam perkataan lain, janji hak kelahiran Sem dinikmati oleh Ypet yang dibesarkan, yang mana menikmatti janji dari Sem tetapi menjadui lebih besar dari Sem dalam prosesnya.

 

Yapet (jā'feth), anak kepada Nuh dan moyang kepada mereka yang menduduki kepulauan orang bukan Yahudi. Ini diakui bermaksud tanah-tanah Mediteranean di Eropah dan Asia Kecil. Maksud namanya adalah:

 

Yapet (SHD 3315) Yapheth dari 6601 – ekspansi; 6601: tertib. Akar: dibuka yakni, diluaskan.

 

Yapet adalah bapa kepada orang-orang Indo-Eropah, mereka yang meluas dari India kepada pesisiran Eropah Barat. Setiap mereka dikaitkan oleh kesamaan bahasa yang mana kelihatan oleh orang biasa tetapi lebih jelas lagi dlam bahasa. Dia juga adalah moyang kepada Asia dan Amerika termasuklah beberapa golongan di Pasifik.

 

Perpecahan selepas Babil memperlihatkan beberapa kumpulan bahasa telah berkembang.

 

Kejadian 10:1-5 memberitahu kita siapa anak-anak Yapet.

 

1 Inilah keturunan Sem, Ham dan Yafet, anak-anak Nuh. Setelah air bah itu lahirlah anak-anak lelaki bagi mereka.  2 Keturunan Yafet ialah Gomer, Magog, Madai, Yawan, Tubal, Mesekh dan Tiras.3 Keturunan Gomer ialah Askenas, Rifat dan Togarma.  4 Keturunan Yawan ialah Elisa, Tarsis, orang Kitim dan orang Dodanim.  5 Dari mereka inilah berpencar bangsa-bangsa daerah pesisir. Itulah keturunan Yafet, masing-masing di tanahnya, dengan bahasanya sendiri, menurut kaum dan bangsa mereka.

 

Perhatikan bahawa teks ini berkata bahawa setiap satu mempunyai bahasa tersendiri dalam tanah mereka melalui keluarga dan bangsa.

 

Anak-anak Yapet adalah Gomer, Magog, Madai, Javan, Tubal, Meshech dan Tiras.

 

Anak-anak Gomer adalah Askenaz, Riphath dan Togarmah.

 

Anak-anak Javan adalah Eli’shah, Tarshish, Kittim dan Dodanim.

 

Teks ini memberitahu kita bahawa dari orang-orang ini, orangorang di pesisiran telah tersebar.

 

Kita mempunyai beberapa sejarah yang boleh menjejaki orang-orang ini.

 

Josephus memberikan kita informasi penting mengenai anak-anak Yapet. Dalam Antiquities of the Jews, Buku 1, Bab Enam, bahagian 1 dia berkata:

 

BAGAIMANA SETIAP BANGSA DINAMAKAN DARI PENDUDUK MEREKA YANG PERTAMA.

Sekarang mereka adalah cucu kepada Nuh, dalam kehormatan kepada mereka yang namanya dikenakan pada bangsa oleh mereka yang pertama menawan mereka. Yapet anak Nuh, mempunyai tujuh anak lelaki: mereka mendiami, bermula dari pergunungan Taurus dan Amanus, mereka meneruskan di sepanjang Asia, sejauh sungai Tanais, dan sepanjang Eropah ke Cadiz; dan mendiami tanah-tanah yang mereka terokai, yang belum pernah didiami sebelumnya, mereka memanggil tempat ini mengikut nama-nama mereka. Bagi Gomer mendirikan tempat dimana orang Yunani sekarang panggil Galatian, [Galls,] tetapi kemudian dipanggil Gomerites. Magog mendirikan mereka yang dari dia dianamakan Magogites, tetapi dipanggil oleh orang Yunani sebagai Scythians.

 

Disini kita mengenal pasti dua dari anak-anak Yapet: Gomer dan Magog.

 

Banyak yang diketahui tentang orang-orang yang dikenal pasti oleh Josephus. Kita lihat Gomer dari Pergunugan Taurus dan amanus di asia Kecil sehingga sungai Tanais dan sepanjang Eropah sehingga Cadiz di Sepanyol.

 

Book of Jubilees memasukkan Cadiz sebagai sempadan warisan Ham dan Yapet. Cadiz pertama kalinya diterokai di selatan-barat semenanjung Iberia, sebagai satu koloni Tyre, dan ia adalah perkataan Semitik Gadir yang bererti bertembok atau dibentengkan.

 

Kita menangani dengan warisan Ham dalam siri Anak-anak Ham (No. 45A sehingga 45E).

 

Oleh itu warisan Yapet adalah seluruh Eropah dan tanah Asia di utara dari mulut Sungai Don, seperti yang kita lihat dibawah. Ia berpanjangan juga ke Amerika, seperti yang boleh kita lihat, dimana ianya bergabung dengan kemah-kemah Sem.

 

Sungai Tanais muncul dalam sumber kuno Yunani sebagai satu nama sungai dan kota diatasnya bertempat di Maeotian Marshes. Ianya secara kuno dilihat seabgai sempadan di antara warisan anak-anak Yapet di Utara, Utara-timur dan Barat dan anak-anak Sem di selatan.

 

Perkataan Scythian (dan orang Iran) bagi sungai adalah Danu, dan ianya sama dengan perkataan Ossetic moderen bagi sungai, don, dan oleh itu ianya sekarag dipanggil Sungai Don. Ianya pegangan Khazar pada zaman pertengahan yang dikuasai oleh benteng Sarkel, dan penduduk selepasnya pada kurun yang ke-16 dan ke-17 yag dipanggil Don Cossacks. Ini adalah anak-anak Yapet tetapi mereka bukan anak-anak Gomer yang merupakan penduduk yang asal.

 

Book of Jubilees menyebut sungai (Tina) sempadan di antara Yapet dan Sem bermula dari hulu barat sehingga hilirnya. Hilirnya mengalir menuju ke laut Azov.

 

Dalam Jubilee 8:10-9:15 kita lihat pembahagian orang-orang anak-anak Nuh dan distribusi, dan tulah-tulah bagi memecahkan batasan.

 

Teks ini tidak diinspirasikan, tetapi tek dalam Josephus ini mewakili pemahaman tentang Yudah pada zaman Kaabah mengenai penempatan suku-suku kaum.

 

Posi pertama telah diberikan kepada Gomer dan wilayah ke utara (disebut utara dalaman) telah diberikan kepada anak-anak Magog yang merupakan golongan Scythian. Herodotus juga meletakkan Scythian dalam wilayah ini (His. 4).

 

Anak-anak Gomer juga memasukkan anak-anak Togarmah dan ini dijelaskan sebagai menduduki bahagian atas sekali, atau di relung utara (Yeh 38:6). Kita akan mengenal pasti ini dan akar divisi orang-orang dan melihat bagaimana ramai dan menyebarnya orang-orang ini di Asia. Menjelang zaman Yehezkiel mereka telah menyebar di seluruh utara dan ini berleluasa ke Asia.

 

Magog

 

Kita tahu dimana orang ini di Asia Tengah yang telah menjadi kawasan padang rumput dan kedalam Persia. Kita tahu dari sejarah orang Irish dan Scottish bahawa orang-orang ini telah mendirikan Soto-Milesian yang menduduki Ireland dan Scotland sebagai penakluk terakhir diwilayah-wilayah itu sebelum orang Norman datang kepada mereka. Orang Welsh juga memasuki Britain dan kemudian beberapa daripada mereka memasuki Irelandm bagaimana pun, ini bukan golongan Scythian tetapi golongan Celtik Riphathian dari kerajaan Wilusia yang mana pusatnya di troy sehingga 1054 BCE apabila ianya digulingkan oleh persekutuan orang Yunani dan Thracian yang dipanggil Phrygian. Mereka muncul dengan beberapa orang Javanite di Britain dimana terdapat anak-anak Elisha dan Tarshish, dan dengan itu kita mendapati K2 YDNA di Britan dan juga Hamitik A dan B dan E Haplogroups dari pelbagai sumber yang akan dibincangkan dalam karya-karya yang berkaitan.

 

Geneologi orang Milesian telah dijelaskan dalam geneologi suku Geoghegan, yang mengambil golongan Magogite dari Adam sehingga golongan Milesian di Ireland pada kurun-kurun yang baru-baru-baru ini. Apendiks 1 dari siri ini sangat berguna dalam pemahaman sejarah mereka.

 

Kita tahu secara faktanya bahawa orang Scythian adalah menduduki sejauh Wilayah Uigur Autonomous di Cina di Urumqi pada milenium kedua BCE, dimana kita menemui mumi-mumi mereka disana pada pertengahan kurun yang kedua puluh. Pisiologi mereka adalah Celtik dan pakaian yang mereka miliki sama dengan pakaian memburuh Scottish kuno. Seorang pakar tekstil, Elizabeth Wayland Barber, telah menulis pada subjek ini The Mummies of Urümchi, London, 1999).

 

Alkitab mengatakan dengan jelas bahawa pada Zaman Akhir nanti wilayah Magog akan diduduku oleh suku kaum Meshech dan Tubal dibawah kepimpinan mereka, yang dipanggil Gog. Nama ini telah digunakan musuh-mush umat Israel, dan meluas dari Agag Amelek sehingga Haman orang Agagite atau keturunan Agag orang Amalekite, dan pada ketua Zaman Akhir di wilayah Magog kuno. Ketua ini bukan Magog tetapi Meshech dan Tubal memerintah wilayah ini sekarang sebagai Rusia tengah dan negara-negara membentuk Kesatuan Soviet. Terdapat huruf Y sejurus selepas Gog dalam bahasa Ibrani dan dengan ini ianya harus dibaca Ygog atau Agag yang tua.

 

Dalam Yehezkiel 1:2-3 Allah berfirman kepada Yehezkiel:

2 "Hai anak manusia, tujukanlah mukamu kepada Gog di tanah Magog, yaitu raja agung negeri Mesekh dan Tubal dan bernubuatlah melawan dia  3 dan katakanlah: Beginilah firman Tuhan ALLAH: Lihat, Aku akan menjadi lawanmu, hai Gog raja agung negeri Mesekh dan Tubal.

 

Magog pada mas ateks ini tidak lagi hidup dalam wilayah kunonya di Scthian tetapi telah berpindah. Sementara kita menjejakinya, kita akan melihat suku kaum Magog telah berpindah ke seluruh dunia. Ketua yang ditentang oleh Allah adalah rumah Mesech dan Tubal yang sekarang telah menduduki wilayah Magog yang dahulunya Sycthia. Kami telah meneliti peperangan ini dalam karya tulis Peperangan  Hamon-Gog (No. 294). Ia merujuk kepada peperangan Zaman Akhir dan sekutu yang datang melawan Israel.

 

Pada penghujung Milenium, Gog telah bergabung dengan Magog dan berarak melwan Krisus di Yerusalem (Wah 20:7-8) dibawah pengaruh Iblis yang baru saja dilepaskan. Ini adalah satu lagi perang dibawah satu lagi ketua yang mewujudkan roh kemusuhan, yang kita panggil Antikristus. Dalam hal ini, Gog digunakan dan bukannya Antikristus, kerana orang yang membawa tanda ini sudahpun mati. Nabi paksu dan entitinya, Antikristus, telah dibunuh oleh kristus pada masa kedatangannya. Gog dan magog dalam rentetan akhir dianggap dua makluk dari warga yang jatuh yang mempengaruhi seluruh bumi pada akhir pemberontakan Milenium.

 

Orang-orang kristian awal mengenal pasti golongan Goth sebagai Getea dari Thrace, dan bukannya Goth sebagai Magog seperti yang dikenal pasti oleh Ambros dalam De Fde (378) apabila maharaja Gratian pergi bertempur dengan golongan Goth dalam Peperangan Gothic dalam tahun 376-382. Ambrose menulis Gog iste Gothus este yang bererti bahawa Gog adalah Goth. Gog telah mengambil nama siapa sahaja yang menentang kamu pada masa itu. Catatan, bagaimana pun,  golongan Gothic dikenal pasti dengan Getea dalam Thrace oleh Jerome dalam komentarnya untuk Kejadian 10:2.augustine dalam karyanya City of God mengenal pasti Gog dan Magog bukan orang yang khusus dalam tempat yang khusus, tetapi berkata bahawa mereka wujud di seluruh dunia. Lokasi orang Getea dalam Thrace sekitar 390 oleh Jerome bererti bahawa mereka telah berpindah kedalam Thrace dan menggantikan orang Tirasian dari kumpulan Massagetea di sebelah timur. Mereka telah menjadi separuh-Tirasian di Parthia juga, seperti juga golongan Svear atau ornag Swedes yang mendakwa keturunan dari Magog di kalangan pemimpinnya.

 

Quran dalam Surah 21L96-97 merujuk pelepasan ini adalah tanda akhir zaman sebelum penghakiman.

Tetapi apabila God dan Magog akan dilepaskan dan mereka tergesa-gesa mencapai setiap ketinggian (atau kelebihan). Kemudian Perjanjian yang Benar ini akan tiba.

 

Dengan itu teks ini adalah parafrasa dari wahyu 20.

 

Anak-anak Magog adalah orang Scythian, yang mana sejarawan mereka sendiri dijumlahkan di kalangan mereka. Golongan Visigoth Spanish mendakwa keturunan dari Magog seperti yang kita lihat dari tulisan Isidore dai seville, yang berkata bahawa semua Goth adalah keturunan dari Magog. Orang Swedes juga mendakwa keturunan dari orang Scythian Magogite. Orang Swede Johannes Magnus (1488-1544) percaya bahawa anak-anak Magog adalah Sven dan Gethar (yang juga dianggap  diberi nama Gog). Mereka menjadi moyang kepada orang Swedes (Sven) dan orang Goths (Gethar). Ratu Christina dari Swedes dilaporkan percaya dia adalah nombor 249 dalam senarai raja-raja dari Magog. Dengan itu. salasila ini adalah sememangnya raja-raja yang berturutan dari sub suku-suku sejak keturunan dari Magog dalam salasila irish sahaja bernombor di antara 122-130 dari Magog sehingga masa sekarang (lihat Genealogi Geoghegan dalam Apendiks).

 

Sekarang kita akan melihat anak-anak yang seterusnya menurut kepada Josephus.

 

Madai

 

Mengenai Madai dan Medes, Josephus menyatakan:

Sekarang mengenai Javan dan Madai, anak-anaka Japhet; dari Madai muncul Madean, yang disebut Medes, oleh orang Yunani (ant. Jews, opt. Cit).

 

Orang Medes bertempat di perbukitan utara-barat Elamite, yang terdiri dari orang Persia yang dahulunya persia dan sekrang ianya Iran.

 

Orang Medes ini membentuk teras yang telah menjadikan orang Kurd yang sekarang ini disebut Kurdistan. Golongan perempuan mereka kumpulan mtDNA memasuki orang Parthia dan juga Celtik Riphathia. Itulah sebabnya mengapa ImtDNA Haplogroup adalah penting di kalangan orang Kurds, orang Itali dan orang Inggeris.

 

Kesilapan Josephus adalah berkenaan dengan Javan. Yobel dianggap berasal dari Yunani sebagai diperolehi dari Javan, bagaimana pun, orang Yunani Spartan kita tahu adalah anak-anak Keturah. Orang Yunani berasal dari Javan adalah berada di kepulaian dan berleluasa di bahagian barat di Mediteranean sehingga epanyol. Separuh dari Yunani moderen adalah E3b Afrika Utara dan bukan anak-anak Yapet. Hampir semua Yunani Moderen adalah sama ada Hamitik atau Semitik pada nisbah sekitar 55% sehingga 45%. Josephus mendakwa:

...tetapi dari Javan, Ionia, dan semua Grecia diasalkan.

 

Seperti yang kita tahun sekarang ini adalah tidak betul yang mana orang Yunani moderen di tanah besar bukan semuanya adalah anak-anak Yapet.

 

Orang-orang Yunani Ionian ini menduduki kepulauan itu dan bukan di tanah besar Greece.

 

Jubilee 8:25-26 mengenal pasti kewarisan Yapet ada di utara Tina atau Sungai Don ke utara-timur semua “wilayah Gog”. Dengan itu istilah God diaplikasikan secara asalnya kepada wilayah kawsan berumput yang mana disebut Pusat Republik Soviet dahulu  dan “semua yang ada di imurnya”.

 

Ini membawa kita ke Asia, dan timur Asia. Kita akan melihat kepentingannya dalam karya yang seterusnya sementara kita meneliti distribusi suku kaum Yapet.

 

Jubilee mengenal pasti keasalan istilah Celt dalam 8:26, dimana ia berkata bahawa kewarisan itu telah pergi “menuju pergunungan Qelt kearah utara, kearah Lautan Ma’uk”; dalam perkataan lain, ke Caucasus. Istilah Lautan Ma’uk bererti “lautan dunia yang dikenali oleh orang Yunani sebagai Okeanos” (petikan Jubilee kepada karya james H Charlesworth, Old Testament Pseudepigrapha, Jil. 2, ms. 73, cataan bawah). Dalam perkataan lain, batasan bagi Yapet adalah lautan dunia yang mengelilingi Eropah dan Asia dari Atlantik ke Pasifik. Jubilee membuat ini lebih jelas dengan berkata bahawa sempadan itu juga berada di timur Cadiz, dimana ianya di pinggiran air lautan itu (yakni Atlantik).

 

Javan

 

Buku Jubilee juga mengenal pasti lima pulau besar di Mediteranean sebagai kewarisan Yapet dan juga Javan.

 

Sekarang, terdapat enam pulau besar di Mediteranean. Teks itu berbunyi:

Dan kepada Javan porsi keempat telah ditetapkan, setiap pulau dan kepulauan yang mengarah di sisi Lud.” Lud adalah anak kepada Sem yang ditetapkan porsi itu dari Gunung Ashur ke Laut Mediteranean dan dengan itu Javan percaya kepulauan itu keluar dari Pesisiran Anatolian.

 

Lima pulau besar telah disebut dalam 1 Enoch 77:8 dan pulau-pulua ini mungkin adalah Corsica, Sardinia, Sicily, Cyprus dan Crete, tetapi Jubilee menetapkan empat daripada pulau-pulau ini kepada Yapet, dan yang kelima (pulau) dipunyai oleh Arphaxad atau Arphachsad, anak kepada Sem. Ini adalah Crete (Caphtor) (petikan 8:21). Dalam Jubilee 9:13 kita melihat pulau ini dirujuk sebagai Kamaturi, yang mana difahamai sebagai korupsi Caphtor (melibatkan subsitusi dari labial m bagi labial p).  Dengan itu lima pulau Yapet adalah Corsica, sardinia, Sicily, Cyprus, dan Malta.

 

Beberapa orang telah mengaitkan Cyprus kepada Dan, kerana ia menyebut tentang Danaan di Mediteranean dan juga di Ireland. Ini adalah kumpulan Semitik yang bertalian dengan Javan dan berada di Ireland sebelum suku kaum Magogite Milesia datang di sana.

 

Kita telah melihat dari perincian Anak-anak Ham Bahagian III: Mizraim bahawa Crete berakhir sebagai sebahagian daripada kemilikan orang Libya dari anak-anak Mesir dan bukan dari Arphaxad.

 

Dalam penggalian Crete dan istanah di Knossos dan dari perincian dalam Museum Nasional, bagaimana pun, kita boleh melihat dengan jelas bahawa terdapat dua jenis orang di sana. Satu adalah orang Cretan yang berkulit gelap dan satu lagi jenis adalah orang Semite yang memerintah dimana bajunya dipotong untuk mendedahkan payu dara mereka. Mereka dengan sengaja diwarnakan dengan kulit yang lebih cerah. Dalam musium juga mereka ada subang dari Anak Lembu emas dari orang Semite di Shinar. Dalam perbincangan saya dengan pegawai musium, mereka rupa-rupanya tidak sedar tentang kepentingan dari apa yang mereka ada disanan. Atau mereka menentang konsep atas sebab kenegaraan. Ini adalah mungkin orang Asiria Arphaxaditeawal yang dirujuk oleh Josephus.

 

Distribusi anak-anak Javan di pulau-pulau itu juga disokong oleh kumpulan K2 YDNA di Malta dan di Sepanyol. Kita akan bincangkan aspek ini kemudian dalam karya tentang Javan.

 

Bagaimana pun, setiap pulau telah diberikan kepada Javan dan bahawa contoh yang pertama melibatkan pendudukan di luar Mediteranean. Penduduk pertama di Ireland adalah satu daripada orang Yunani awal yang dipanggil Parthelon, seperti yang kita lihat kemudian. Kepulauan yang pergi kepada Javan adalah sesungguhnya ekstensif dan meluas kepada kumpulan pulau-pulau di Asia dan Pasifik, seperti yang kita lihat kemudian dari satu menelitian dari distribusi YDNA K Haplogroup dan terbitan Hg M.

 

Dari tiga anak-anak Javan juga, anak Yapet, Elisa memberi nama kepada Elisean, yang berada dalam subjeknya, mereka sekarang disebut Aeolian. Tharsus kepada Tharsian, demikian juga dengan cilicia lama dipanggil; yang mana tanda dari ini, bahawa kota termulia yang mereka ada, dan satu metropolis juga, adalah Tarsus, tau telah diletakkan bagi theta. Cethimus memiliki pulau Cethima: ianya sekarang dipanggil Cyprus; dan dari sinilah semua pulau-pulau yang lain, dan bahagian yang terbesar dari pesisiran laut, telah dinamakan Cethim oleh orang Ibrani: dan satu kota disana adalah di Cyprus yang berjaya dikekalkan denominasinya; ianya dipanggil Citius oleh mereka yang menggunakan bahasa Yunani, dan tidak, oleh penggunaan dialek tersebut, keluar dari nama Cethim. Dan sangat banyak bangsa dimiliki oleh kanak-kanak dan cucu-cucu Yapet. Sekarang apabila saya memberikan sebarang dasar, yang mungkin orang Yunani tidak mengetahuinya, aku akan kembali dan menjelaskan apa yang tertinggal; kerana nama-nama seperti ini disebut disini adalah dengan cara orang Yunani, untuk menyenangkan pembacaku; kerana bahasa di negara kita sendiri tidak menyebutnya sedemikian: tetapi semua nama-nama tersebut mempunyai satu pengakhir yang sama; kerana nama yang kita sebut Noes disini, adalah Noah, dan dalam setiap nama-nama ini sebutan akhir dikekalkan (Josephus, Ant, Jews, ibid)

 

Raja Javan

 

Alkitab mengenal pasti Alexander dari Macedonia sebagai Raja Javan, yang mana diterjemahkan sebagai Raja Yunani dalam KJV (dan 8:21; 10:20; petikan 11:2; dan Zak 9:13). Dengan itu ianya dianggap bahawa kita bercakap tentang anak-anak Javan, anak kepada Yapet disini.

 

Masalahnya ialah bahawa kita menangani dua Javan. Satu adalah anak kepada Yapet dan leluhur kepada orang Ionian atau pulau dan pantai Anatolian Greeks, dan yang satu lagi adalah keturunan Joktan (petikan Strong’s Hebrew Dictionary 3120). Javan, anak kepada Joktan, adalah Haplogroup I dari Sem, dan banyak I dan J dijumpai di tanah besar Greece yang dipunyai oleh penduduk awal anak-anak Joktan dan Keturah, dan anak-anak Abraham Hg J yang kemudiannya. Haplogroup J adalah pemisahan dari Haploroup I yang mana adalah kumpulan orang Ibrani yang asal, dan kedua-duanya mengandungi S2 dan S22. Yang separuh lagi adalah E3b Afrika Utara yang telah memasuki Greece pada tarikh yang terkemudian. Greek Pulau dan Antolian seolah-olah adalah Hg K2 (dari Dodanim) demikian juga dengan orang Maltese dan beberapa orang Sepanyol dan beberapa orang Britain. Yunani di tanah besar adalah anak-anak kepada Sem dan Ham. Javan juga adalah tempatdi arabia, mungkin bertalian dengan Joktan. YDNAnya langsung tidak menyokong pendirian bahawa Dodanim dari Rhodes adalah orang Yunani tanah besar, yang bercampur dengan orang Tirasian, seperti yang didakwa oleh beberapa orang. Sekirany benar, mereka sudah tentu berpindah bersama dengan orang Tirasian dari sana pada waktu kejatuhan Parthia. Sudah tentu terdapat keturunan Javanite K2 di Wales, seperti yang kita tahu dari keluarga President Thomas Jefferson dan yang lain-lain.

 

Tubal

 

Tubal, anak kepada Yapet, adalah berkaitan dengan Tabali, satu suku kaum Anatolian, dan kedua-dua Iberian dari Caucasus dan mereka yang dari semenanjung Iberian (Sepanyol dan Portugal moderen), dan juga Illyrian dan Italik. Dalam Book of Jubilee dia telah mewariskan tiga “bahasa” di Eropah.

 

Tabali (Tibarenoi dalam bahasa Yunani) adalah suku kaum Luwian dari Asia Kecil dari Milenia ke-3-ke-1 SM. Mereka dan suku kaum lain yang berkaitan, Chalybes (Khalib/Khaldi) adan Mossynoeci (Mossynoikoi dalam bahasa Yunani), kadang-kadang dianggap sebagai peolpor kepada metalurgi.

 

Menurut kepada tulisan Kitab dan sejarah sekular, keturunan Tubal, bersama dengan mereka yang berketurunan Magog, Gomer, Meshech dan yang lain-lain membentuk satu kuasa utara yang kuat dan pusat konfederasi Asiatik yang memasukkan  sebahagian dari Russia, Mongolia dan Cina. Walaupun disebut dalam sejarah Alkitab, kebanyakan daripada yang dikatakan oleh Kitab mengenai tubal adalah nubuatan yang belum terjadi.

 

Iberia

 

Pandangan biasa dahulukala adalah bahawa penduduk Iberes adalah golongan Thobelite. Iberes secara asalnya tinggal di wilayah yang kemudiannya diduduki oleh orang Parthia dekat dengan Laut Hitam. Kumpulan disana juga berpindah ke Mediteranean barat dan menamakan wilayah disana Iberiam, sekarang dipanggil Sepanyol.

 

Thobe menemui Thobelites, yang sekarang dipanggil Iberes (Ant, Jews, ibid.)

 

Orang Iberes dari caucasus adalah bersaudara dengan orang Georgian moderen, pelopor kepada kota tbolsk.

 

Keasalan kepada nama Iberian mempunyai banyak teori yang mana yang paling diterima bagi para pakar adalah suku kaum Tiberani (dari catatan tahunan dari Raja-raja Asiria) atau Tubal-kain yang mana namanya didakwa berasal dari Iberia. Nama itu sendiri digunakan oleh penulis Yunani kuno yang mengenal pasti suku kaum Georgian (Kartvelian) awal ini sebagai Iberoi dan juga dalam catatan tahunan Plutarch orang Roma. Orang Iberian memanggil kerajaan mereka Kartli dan bangsa mereka Kartlian. Terdapat banyak teori di kalangan para pakar yang mendakwa bahawa ini adalah etnik biasa dan bahasa asal orang Iberian Caucasus dengan Iberian Eropah pra-indo dari Semenanjung Iberia di Sepanyol (kebanyakannya Basques).

(diambil dari: http://en.wikipedia.org/wiki/Caucasian_Iberians

 

Seorang sejarawan Georgian, Ivane Javakhishvili, menganggap Tabal, Tubal, Jabal dan Jubal sebagai gelaran suku kaum Georgian kuno.

 

Bagaimana pun,  sejarawan orang Welsh Nennis menyatakan bahawa Tubal adalah moyang kepada orang Iberian, ‘Italians’ [yakni suku kaum Italik) dan ‘Spanish’ [yang juga dipanggil Iberian]. Tubal juga dikatakan sebagai pelopor kepada kota Setubal orang Portugis.

 

Basque intelektual seperti Poza telah menamakan Tubal sebagai moyang Basque dan, melalui perluasan orang Iberia. Penulis Basque perancis Augustin Chaho telah menerbitkan The Legend of Aitor, menyatakan bahawa penatua biasa dari Basque adalah Aitor, satu keturunan Tubal.

 

Dengan itu, Thobel berada di dua tempat. Satu adalah berada di Russia dan wilayah-wilayah sekelilingnya dan satu lagi di sepanyol.

 

Apa yang penting adalah bahawa kebanyakan orang Georgiaj dan Armenian adalah keturunan Semitik Asiria dan orang asalan israel dari G, H, I dan J. Kira-kira 40% sahaja adalah dari keturunan Yapet.

 

Meshech

 

Rujukan yang seterusnya adalah kepada Mosoch atau keturunan Yapet Meshech yang menduduki Cappadocia yang dahulunya adalah Anatolia.

...dan golongan Mosocheni telah dipeloporkan oleh Mosoch; sekarang mereka adalah golongan cappadocian. Terdapat juga tanda dari denominasi kuno mereka yang masih dilihat; kerana sekarang di kalangan mereka ada satu kota yang dipanggil Mazaca, yang memberitahu mereka yang boleh memahami, begitulah seluruh bangsa itu dahuu dipanggil (Ant. Jews, op. Cit.)

 

Orang-orang ini beropindah kearah utara bersama dengan anak-anak Tubal dan berada di utara puak Parthian dan Scythian pada masa-masa kemudiannya .

 

Mungkin Tubal berada di Pontus, dan Meshaech berada di Pergunungan Moschian. Perpindahan mereka adalah dari sebelah utara timur Asia Kecil ke Laut Hitam.

 

Meshech dinamakan bersama dengan Tubal sebagai satu prinsipaliti dari putera Gog dalam wilayah Magog dalam Yehezkiel 38:2 dan 39:1, dan telah dianggap suku kaum Yapet yang dikenal pasti oleh Flavius Josephus bersama dengan Cappadocian Moschoi dan ibukotanya Mazaca.

 

Perluasan Magog mungkin juga menandakan mereka juga dalam Mesech dan Tubal.

 

Golongan Muskhi (Muški) adalah orang Zaman Besi di Anatolia, yang diketahui dari sumber orang Asiria. Mereka tidak ada dalam catatan golongan Hitti. Beberapa penulis telah mengaitkan mereka dengan golongan Moschoi (Μόσχοι) dari sumber Yunani dan suku kaum Georgian dari Meskhi. Josephus mengenal pasti gologan Moschoi dengan Meshech di dalam alkitab (petikan Wikipedia artikel tentang Mushki).

 

Orang-orang ini hanya boleh dikenal pasti dengan tepat melalui merujuk kepada DNA.

 

Meshech (Eastern’s Bible Dictionary)

 

Mungkin mereka adalah golongan Moschi, golongan orang yang menduduki Pergunungan Moschian, di antara Lautan Laut Hitam dan Laut Caspian. Dalam Maz 120:5 nama ini disebut sebagai satu sinonim bagi orang asing atau orang gasar. “Semasa kekuasaan orang babilon dan Persia di Asia Barat, golongan Moschi telah ditawan; tetapi mungkin ia seolah-olah ramai di antara mereka menyeberangi jarak Caucasus dan menyebar di seluruh wilayah padang rumput di sebelah utara, bergaul dengan golongan Scythian. Disana mereka telah dikenali sebagai Muscovs, dan memberikan nama itu kepada bangsa Rusia dan ibukota kunonya yang mana mereka masih dikenali secara umumnya di luruh Timur”.

 

Tiras

 

Kumpulan yang seterusnya adalah golongan Tirasian atau Thirasian, yang dipanggil Thracian.

 

Thiras juga memanggil mereka yang diperintahnya keatas Thirasian; tetapi orang Yunani menukar nama ini kepada Thracian (Ant. Jews, ibid.)

 

Orang-orang ini meliputi satu kumpulan besar golongan Parthian, dan juga dari mereka terbit golongan Phrygian yang telah mencerobohi Anatolia dari Thrace selepas kejatuhan Troy.

 

Mereka juga menyediakan satu kejutan besar bagi pelajar-pelajar sejarah Alkitab.

 

Golongan  Tirasian adalah orang beramput cerah yang pertama dikenali dalam zaman purbakala dan mereka didakwa dikenali sebagai sebahagian daripada Getea. Kita akan uji hipotesis ini dalam karya tentang tiras.

 

Mereka kadang-kadang dikenal pasti sebagai Pereset (Peleset) atau Orang Laut dikenali oleh orang Mesir juga sebagai Tursha dan oleh orang Yunani sebagai Tysenoi (petikan artikel “Tiras’, Wikipedia Stub).

 

Orang-orang ini adalah dari pelbagai keasalan dan mereka telah menyerang Mesir sebagai satu konfederasi dalam pemerintahan Rameses III. Mereka telah disebut dalam beberapa inskripsi.

 

Dalam tahun 8 pemerinathannya kesatuan dari “Sembilan Busur” muncul sekali lagi sebagai satu “konspirasi di kepulauan mereka.” Dalam catatan ini mereka diungkap dengan tepat sebagai orang laut: Peleset, Tjeker, Shekelesh, Denyen dan Weshesh, yang diklasifikasikan sebagai “negara-negara asing” dalam inskripsi tersebut. Mereka berkemah di Amor dan telah mengutus satu armada ke Nil. (petikan Wikipedia artikel ‘Sea Peoples’). Untuk pertama kalinya dalam sejarah orang Israel telah dikenal pasti sebagai satu daripada orang yang mana dinasti yang ke-19 melawan dalam kesatuan Sembilan Busur itu. Terdapat tentera darat dan orang-orang laut (juga “Great Green”) yang tinggal dalam kapal-kapal laut dan bersifat seperti golongan Viking.

 

Beberapa daripadanya mungkin adalah Yunani dan juga kumpulan Thracian yang keluar dari Laut Hitam.

 

Book of Jubilee telah menyatakan bahawa kewarisan Tiras terdiri daripada “empat pulau besar di tengah laut yang mendekati bahagian Ham” (Yud 9:13; petikan 8:29). Ini tidak mungkin kepulauan Mediteranean kerana lima daripada pulau ini telah diberikan kepada Javan dan Crete telah diberikan kepada Arphaxad. Mereka tidak mungkin pulau-pulau Aegean kerana ia tidak berdekatan dengan bahagian Ham. Ia mungkin diduduki oleh golongan Tirasian pada mulanya tetapi warisan mereka adalah di Atlantik melewati Bumbungan Hercules.

 

Wikipedia mengatakan bahawa beberapa orang telah mencedangkan  Tiras disembah oleh keturunannya sebagai Thuras, atau thor, dewa guruh. Hikayat Norse yang pertama bernama Thor sebagai satu kepala, dan menjejaki keasalannya sehingga Thrace.

 

Orang-orang germanik juga menyembah dewa yang dipanggil Tiwaz (yang mana beberapa pakar menganggapnya berasal dari odin), yang mana namanya diterjemahkan Tyr/Tir dalam bahasa Scandinavia, dan Tiw dalam bahasa Inggeris kuno.

 

Hikayat ini percaya bahawa Thor adalah anak kepada Odin dan Jörd. Jörd bererti bumi. Musuhnya adalah frigg, isteri Odin yang lain (iaitu Jumaat).

Dengan itu hari Tiw atau Tuesday (Selasa), hari Woden atau Wednesday (Rabu), hari Thir atau Thursdaya (Khamis) dan hari Frigg atau Friday (Jumaat) dalam kalendar Norse dan Saxon. Perpisahan Tiwaz dan Wotan atau Woden membuatkan Tiwaz dan Odin mempunyai moyang yang sama.

 

Book of Jasher, sebuah buku rabinikal kurun pertengahan mencatatkan anak-anak Tiras sebagai Rushash, Cushni, dan Ongolis (http://en.wikipedia.org/wiki/Tiras)

 

Bagaimana pun, kita perhatikan satu lagi rujukan kepada anak-anak Tiras sebagai

Jasher: Bab 7.9 Dan anak-anak Tiras adalah Benib, Gera, Lupirion dan Gilak; http://www.ccel.org/a/anonymous/jasher/7.htm

 

Pertalian dengan orang angle dan Inggeris seolah-olah jelas bagi Ongolis. Walaupun teks ini adalah karya kurun pertengahan, ia menandakan bahawa penulis ini memahami orang Inggeris sebagai Tirasian atau cuba menganggap mereka demikian.

 

Parthia

 

Parthia dalam perluasan terbesarnya dalam Kurun yang Pertama BCE adalah satu kesatuan golongan Tirasian, Geormerite, Scythian, Medes, Afghan dan suku-suku kaum Persia Utara. Dalam Kurun Pertama BCE Parthia meluas ke Asia Kecil dan termasuklah semua Yudea dan Galilia dibawah Pemerintahan Yahudi Antigonis yang ditetapkan oleh orang Parthia. Orang roma membuang dia dan meletakkan Herod atas takhta. Perpecahan  Empayar Parthian terjadi pada permulaan Kurun yang Ketiga CE.

 

Kota Tarsus tempat kelahiran paulus adalah di Cilicia di sebelah selatan-timur Asia Kecil di sebelah kanan Sungai Tarsus (Cydnus kuno) sepulu batu dari pesisiran pantai yang ada sekarang. Ianya tidak pernah berubah lokasinya sejak ia ditemui dan mempunyai dakwaan yang lebih baik daripada Damaskus sebagai kota yang paling kuno di dunia. Dipanggil Gozlu Kule, bahagian yang paling kunonya adalah kawasan bukit prasejarah di sebelah SW kota itu. Ia adalah negara Kizzuwatna dalam catatan kuno orang Hitti dan nama Tarsa adalah pra-klasikal dan mungkin namanya yang asal. Objek-objek Hitti telah ditemui di sana bertarikh sehingga jangka masa 1400-1200 BCE. Ini adalah masa permulaan penawanan Troy (petikan Kisah 9:11, 30; 11:25; 21:39; 22:3; petikan Interlinear’s Dictionary of the Bible, Art. ‘Tarsus’, Jil. 4, ms. 518).

 

Kota Tarsus tidak harus dikelirukan dengan Tarshish anak-anak Yapet di Laut Hitam dalam apa yang dipanggil Iberes (dan dikaitkan oleh beberapa dengan istilah Parthenia yang didakwa diubah oleh anak-anak Tarhish). Terdapat penduduk orang Yahudi di sana dalam kedua-dua Tarsus dan di Parthia kerana terdapat orang Israel di seluruh Parthia. Mereka seolah-olah telah ebrpindah ke Tarshish di Sepanyol, dan menamakan wilayah Iberia juga. Mungkin beberapa telah berpindah ke Ireland, tetapi orang Milesia Irish dan Scot adalah keturunan Magog Scythian dan bukan anak-anak Javan. Walaubagaimana pun, terdapat anak-anak javan di sana. Orang Scythian adalah anak-anak Magog dan bergabung dengan orang Parthia, yang merupakan anak-anak Gomer dan Tiras. Pada perluasannya yag besar Parthia memasukkan Scythian Magog; dan tradisi pengkebumian Parthian dan Scythian adalah sama.

 

Pergunungan Taurus adalah sumber utama permata dan bahan besi bagi perkapalan Tarshish seperti Britain adalah sumber kepada timah dan bahan besi yang lain bagi mereka selama berkurun lamanya; dan dari zaman Daud lagi (lihat karya tulis Pemerintahan Raja-raja Bahagian II: Daud No. 282B)).

 

Pada 224 CE orang Persia telah memberontak dibawah Ardashir I yang mengalahkan raja orang Parthia. Semasa pemerintahannya, Iran timur, Empayar Kushen daulunya, juga telah ditawan. Pada 226 CE Empayar Parthian berakhir dan Ardashir mengambil Mesopotamia, yang merupakan bahagian penting Parthia sebagai satu empayar.

 

Pada 227 CE empayar Sasanian telah dipelopor oleh Ardashir I. Empayar itu bertahan selama 651 CE.

 

Anak-anak Madai yang merupakan Medes kekal, lebih kurang, di sana apa yang menjadi Kurdistan, yang menyebar di Turki timur di sepanjang Iraq utara sehingga Iran tenggara. Secara asalnya ianya di sebelah utara, tetapi kemudiannya orang Medes telah ditolak ke bahagian selatan oleh Khazar, dan seterusnya kumpulan-kumpulan di utara.

 

Orang Parthia utara-barat meninggalkan Parthia di wilayah di antara apa yang sekarang Albania dan Bulgaria dan Laut Caspian bagi Eropah, dimana mereka melengkapkan pendudukan mereka.

 

Kita kan mengkaji perpindahan ini dengan lebih mendalam lagi dalam setiap karya tulis yang berkenaan dengan anak-anak Yapet dan tempat mereka dalam nubuatan.

 

Apendiks 1: Perkaitan DNA di Eropah dan Asia

 

Kedua-dua Sem dan Yapet memiliki kunci YDNA yang sama dalam haplogroup F. Haplogroup ini telah dibawa oleh semua anak-anak Sem dan yapet. Dimana anak-anak Ham tidak memiliki perkaitan ini. Perkaitan bagi Hg F adalah P14, M89, M213. Semua Haplogroups dari G sehingga R memiliki salasila ini.

 

Dari apa yang kita lihat, salasila Sem dan suku kaum Sem dari F menghasilkan Haplogroup G, H, I dan J.

 

Yapet menghasilkan Haplogroup K dan semua kumpulan-kumpulan datang dari K adalah anak-anak kepada anak-anak Yapet.

 

Anak-anak Yspet boleh dikenal pasti dari carta YDNA, tetapi  mutasi ini tidaklah seawal perpisahan anak-anak tersebut dan dengan itu beberapa daripada anak-anak mempunyai keturunan yang mempunyai Haplogroup yang berbeza. Sebagai contoh, anak-anak Gomer memiliki kedua-dua gabungan R1a dan R1b, demikian juga dengan Haplogroup yang lain. Beberapa daripada anak-anak Gomer seperti yang tersenarai oleh Alkitab telah mengembangkan Haplogroup yang sama seperti anak-anak Yapet yang lain.

 

Satu teka-teki yang dikeluarkan oleh sains moderen adalah bahawa keasalan anak-anak HN, yang berpisah kedalam Haplogroup N dan O. Mereka datang dari Hg K dan mereka sejajar dengan M214, dan dari moyang itu, mereka berpisah kedalam N (LLY22) dan O (M175). Anak-anak HN ini menghasilkan jumlah orang yang banyak.

 

HN adalah moyang kepada Huns dan anak-anak Han, menjadi Han orang Cina. Ketidaksamaan adalah hanya dalam vowel di antara dua konsanan, Hun dan han. Mereka kedua-duanya mempunyai moyang HN yang sama pada M214. Apa yang menariknya adalah bahawa golongan Finn, satu lagi orang Magyar, dari N Hg seperti Hun, berbahasa Uralic-Altaic. Orang Hungarian adalah sebahagian daripada kumpulan ini demikian juga dengan Turkic, Mongolian, Manchurian, Manchu-Tungus, orang Korean dan Jepun kuno. Orang Mongols dan orang-orang yang berkaitan adalah kumpulan Hamitic C dan orang Jepun adalah Kumpulan D bersama dengan beberapa Kumpulan C, tetapi lima puluh peratus daripada orang Jepun juga adalah Hg O yang datang beri kumpulan yang sama, demikian juga dengan orang Tibet, yang merupakan anak-anak Cush, juga adalah Hamitic Hg D, tetapi mereka juga mempunyai lima puluh peratus O. Orang Han di Selatan Cina adalah Hg O bersama dengan beberapa C dan D. Orang Sumatra mempunyai lebih daripada 50% dan kurang D (sekitar 5-10%). Orang Melayu mempunyai lebih kurang lagi, tetapi beberapa Hg C juga. Hg C dan D akan dibincangkan dalam karya tulis Anak-anak Ham Bahagian II: Cush (No. 45B). Orang Lapps/ Sami juga adalah Hg N, seperti beebrapa daripada orang Lithuania Ashkenazim. Kebanyakan orang Azhkenazim adalah Hg R1a. Azkenaz adalah suku kaum Gomer. Ripahath adalah anak kedua Gomer dan kebanyak YDNA keturunan Riphath adalah R1b.

 

Satu-satunya anak Gomer yang layak adalah Togarmeah, yang menduduki di bahagian atas Utara, yang kita lihat dalam Lapps/Sama dan Finns dan suku-sukuk kaum di utara Rusia/Siberia. Masalah yang timbul dengan pertalian YDNA ini adalah abahawa Cina juga mempunyai K, dan Haplogroup  K, M dan O meluas ke Asia Tenggara pada orang Melayu dalam O dan bersama dengan beberapa C dan D, dan Borneo dan Sumatra pada O bersama dengan beberapa C dan K. Orang Papua adalah kebanyakannya  Hg K, dan orang Papua Barat atau orang irian Jaya adalah Hg M bersama dengan beberapa jumlah Hamitic C. Orang Filipina dan Polynesia Utara juga mempunyai Jumlah Hg O. Orang Filipina mempunyai kira-kira 15% campuran K, C dan D, sementara orang Maori adalah kebanyakannya adalah C3 yang merupakan Hamitic. Kira-kira 20% dari orang asli Australia dan orang di jujuran Torres adalah juga Hg K. Dengan itu mereka bukan kumpulan homogenous dari satu asalan tetapi dari tiga suku yang berbeza dari Ham pada C4 dan dua dari Yapet dalam Hg K dan RxR1basic. Ini adalah mutasi-mutasi yang berlaku kemudiannya.

 

 


 

 

 

 

YDNA chart from Hg F:

 

                        G 18% Georgia Armenia (Assyrian) 12% Turkey,

 

 

F                                             

H

                       

 

 

I           7% Georgia Armenia, 15% Turkey

 

 

                       

J           20% Georgia Armenia, 22% Turkey

                       

 

 

K         L

                                   

 

 

M

                                   

 

 

N         Huns, Finns, Lapps/Sami, Nenets, 15-20% of the Russians, Kazan Tartars, Evenks, Buryats, Koryaks and 50% of Siberian Eskimos and 85% of Siberian Yakuts                

O Han Chinese, Malays, Philippinos, 60% Western Samoans, 30% French Polynesia (majority Hg C).

P                     Q Major part of all Amerindians (Q and Q3) 70% of Selkups

and 15% of Altai, 10% of Yakuts, 15% of Koryaks, 45% of Siberian Eskimos.

                                               

R          RxR1 basic 10% of Australian Aborigines and North Indians, 15% of Dravidians, 45% of Cameroon,

 

 

R1                    R1A                 R1B

 

 

 

 

 

            R2