Jemaat-Jemaat Allah Al Masehi
No. 46A1
Anak-anak Yafet bahagian 1A: Anak-anak HN
(Edisi 2.0 20120327-20140211)
Anak-anak HN adalah sekumpulan besar keturunan Yafet dan kita akan melihat aspek ini dari keturunan Yafet bahagian 1.
Christian Churches of God
PO Box 369, WODEN ACT 2606, AUSTRALIA
Email: secretary@ccg.org
(Copyright © 2012, 2014 Wade Cox)
(Tr. 2015)
Karya tulis ini boleh disalin semula dan didistribusikan secara bebas dengan syarat ia disalin semuanya tanpa apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat penerbit serta notis hakcipta harus disertakan. Sebarang bayaran tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima salinan yang didistribusikan. Petikan-petikan ringkas daripadanya boleh dimasukkan ke dalam artikel-artikel kritis dan karya ulasan tanpa melanggar undang-undang hakcipta.
This paper is available from the World Wide Web page:
http://www.logon.org and http://www.ccg.org
Anak-anak Yafet Bahagian 1A: Anak-anak HN
Berikut di Bahagian 1 kita lihat lampiran menerangkan pengagihan Asiatic dan cuba untuk mengasingkan anak-anak HN sebagai satu kumpulan suku kaum.
Hubungan DNA di Eropah dan Asia
“Kedua-dua Sem dan Yafet mempunyai YDNA utama yang sama dalam Haplogroup F. Haplogroup ini diturunkan kepada semua keturunan Sem dan Yafet, manakala keturunan Ham tidak memiliki Haplogroup ini kecuali Jurang Yap pada M213. Pautan untuk HG F adalah P14, M89, M213. Semua Halogroup dari G hingga R memiliki keturunan ini.
Dari apa yang boleh kita lihat, keturunan Sem dan suku kaum Sem dari F menghasilkan Haplogroup G, H, I dan J. Kumpulan besar IJ merupakan gabungan kumpulan Semitik yang membentuk bangsa Ibrani termasuk semua anak-anak Arpakhsad seperti gabungan kumpulan besar. Rangkaian ditemui di pautan S2 dan S22. Kumupulan I bercampur dengan semua R1b Barat dan R1a.
Yafet menghasilkan Haplogroup K dan semua kumpulan yang datang dari Kumpulan K adalah keturunan Yafet.
Keturunan Yafet boleh dikenalpasti melalui carta YDNA, namun mutasi tidak seawal perpisahan keturunan dan dengan itu beberapa daripada anak-anak mempunyai keturunan yang berbeza Haplogroup. Sebagai contoh, keturunan Gomer mempunyai kedua-dua gabungan R1a dan R1b, serta Haplogroup yang lain. Beberapa anak-anak Gomer seperti tertulis dalam alkitab mempunyai Haplogroup yang sama seperti anak-anak Yafet yang lain.
Pertanyaan yang ditimbulkan oleh sains moden ialah asal-usul keturunan HN, yang berpecah kepada Haplogroup N dan O. Mereka datang dari Hg K dan mereka sebaris di M214, dan dari keturunan itu mereka berpecah kepada N (LLY22) dan O (M175). Keturunan HN menghasilkan jumlah besar orang.
HN adalah nenek moyang kepada orang Hun dan anak-anak Han, iaitu Han Cina. Perbezaan hanya dalam vokal diantara dua konsonan, iaitu Hun dan Han. Kedua-dua mempunyai nenek moyang HN yang sama di M214. Apa yang membuat ini yang paling menarik adalah bahawa Finland, sejenis orang Magyar, dari N Hg seperti juga orang Hun, bercakap bahasa Uralic-Altaic. Hungarian adalah sebahagian daripada kumpulan ini seperti Turki, Mongolia, Manchurian, Manchu-Tungus, Korea lama dan Jepun. Orang Mongol dan bangsa-bangsa yang berkaitan adalah Ham kumpulan C dan orang Jepun mempunyai kaitan dengan Tibet dalam kumpulan D dengan beberapa kumpulan C, tetapi lima puluh peratus daripada orang Jepun adalah juga HG O datang dari kumpulan yang sama, sama seperti orang Tibet. Orang Tibet, yang sepertinya mempunyai kaitan dengan keturunan Kush, juga kebanyakan adalah Ham Hg D, dan mereka juga mempunyai kaitan dengan Hg E melalui super-group DE yang dibentuk di Pemisah YAP di M145 dan M213, tetapi mereka juga mempunyai lima puluh peratus Hg O. Orang Han Selatan dari Cina selatan adalah Hg O dengan sedikit C dan D. Orang Sumatra mempunyai lebih dari 50% O dan kurang D (lebih kurang 5-10%). Orang Melayu kurang, tetapi ada juga sedikit Hg C. Hgs., C dan D telah dibincang dalam Keturunan Ham bahagian II : Kush (No. 45b)
Kaitan diantara pemisahan YAP dengan keturunan Sem dan Ham di Hg F adalah sangat menarik. Diantara semua keturunan Ham, satu-satu nya yang mempunyai pautan dengan keturunan Hg F Sem dan Yafet adalah pemisah YAP kumpulan untuk Hgs. D dan E. Dengan itu, orang Jepun dan orang Tibet secara langsung mempunyai kaitan dengan Yafet dan Sem melalui M213 sahaja. Namun begitu, mereka juga lebih kepada keturunan Yapet melalui pergaulan dengan Yapet Hg O.
Orang Lapps/Sami adalah Hg N juga, begitu juga beberapa orang Lithuania Ashkenazim. Kebanyakan orang Askenazim adalah Hg R1a. Askenaz adalah suku kaum Gomer. Rifat merupakan anak kedua Gomer dan kebanyakan YDNA Rifat adalh R1b.
Satu-satu nya anak Gomer yang boleh di kualifikasikan sebagai keturunan HN adalah Togarmah, yang memenuhi bahagian paling atas utara, dimana kita boleh lihat dengan Lapp/Sami dan Finland dan suku kaum di utara Rusia/Siberia. Masalah yang timbul dengan pautan YDNA ialah Cina juga mempunyai K, dan Haplogroup K, M dan O telah tersebar masuk ke Asia Tenggara dalam orang Melayu pada O dengan beberapa C dengan D, dan Borneo bersama Sumatra pada O dengan beberapa C dan K. Kebanyakan orang Papua adalah Hg K, dan orang Papua Barat atau Jayans Irian adalah Hg M dengan bilangan Ham C yang besar. Orang Pilipin serta Polinesia Utara juga mempunyai Hg O yang signifikan. Orang Pilipin mempunyai 15% campuran K, C dan D, manakala orang Maori kebanyakan adalah C2, iaitu keturunan Ham Kush. Walau bagaimanapun, bahasa Maori berkaitan dengan bahasa Melayu dan ada satu masu dulu mereka menduduki sebuah pulau di Kepulauan Melayu sebelum mereka berhijrah ke pulau-pulau. Itu terjadi jauh dulu sebelum abad ke-14 dimana mereka bertempat di sebuah tempat yang sekarang di kenali sebagai New zealand. Kira-kira 20% daripada orang Asli Australia dan Torres Kepulauan lurus juga Hg K. Dengan itu mereka bukan kumpulan homogen yang mempunyai satu asal tetapi tiga asal-usul suku kaum yang berbeza dari Ham pada C4 dan dua dari Yafet di Hg. K dan RxR1basic. Ini adalah mutasi kemudian. Mereka datang dalam lapan gelombang atau kumpulan linguistik ke Australia. ( Lihat juga karya Asal Genetik Bangsa-bangsa (No.265))
Orang Hun
Sejarah mengenai keturuan Hun adalah seperti berikut.
Asal Hun ialah hg n dari M214 bersama-sama dengan Hg O orang Asia.
Haplogroup N penduduk di kedua-dua Finland dan Hungary merujuk diri mereka sebagai Magyar. Nama ini dan YDNA yang menghubungkan mereka sebagai kumpulan suku yang sama dikaitkan semula tiga beribu tahun. Mereka bagaimanapun adalah kaum bercampur seperti yang kita lihat.
YDNA ditentukan dari keturunan sebelah lelaki melalui kromosom Y dan mtDNA ditentukan melalui kromosom X. Pengaruh yang dibawa oleh mtDNA sama berat dengan pnegaruh yang dibawa oleh Y dalam menentukan karakter, dan lelaki yang berkahwin dengan perempuan mtDNA lain akan menurunkan kepada anak-anak mereka kedua-dua sistem dan ciri-ciri sistem perkauman. Oleh itu, orang barat berkulit putih atau Hun berkulit hitam dari suku Finland atau Saami akan nampak berbeza disebabkan oleh perempuan Eropah yang dipilih sebagai pasangan. Lelaki mereka akan tetap jadi YDNA Hg N kecuali mereka adalah orang tawanan atau sekutu. Bangsa Hun Biru yang dikalahkan oleh orang Mongol sebelum 1215 akan muncul sebagai Hg N dalam lelaki tetapi perempuan mereka telah berkahwin campur dengan orang Mongol dan Cina maka anak-anak mereka akan kelihatan Asiatik.
Semua kumpulan bahasa Uralik Altaik akan menjadi sama secara linguistik dari segi asal usul namun akan ada gabungan beberapa bilangan sistem YDNA. Kumpulan ini melibatkan Magyar dan Saami di barat dan Turki di Timur Tengah (R1b dan Hgs yang lain), Altai, Tartar, Buryat, Neneks, Mongol (Hg. C3), Munchu/Tungus, beberapa Eskimo Siberia, dan Korea Lama dan Jepun (Hg O dan D). Mereka datang dari kawasan yang sama di Asia Sentral sekitar Urals dan suku kaum berdekatan (contoh: Altai). Namun begitu, bukan semua orang yang dalam YDNA dan mereka ada sebilangan kumpulan mtDNA.
Suku Magog yang dikenali terbukti setakt ini adalah semua Rb1; Walau bagaimanapun, beberapa orang Hungary mendakwa mereka adalah keturuan Magog dan pernyataan ini mungkin benar dalam beberapa kes, tetapi tidak demikian bagi orang Hun. Terbukti Hg N Hun dan Finland bukan keturunan Magog dari semua jenis ujian yang telah dijalankan.
Senarai ujina terkini yang dilakukan untuk Hugary memang menarik. Budapest pada abad ke-sembilanbelas yang digelar Judapest oleh orang Eropah Timur kebanyakanya adalah rang Yahudi. Hasil ujian E1, J dan I mendapati ada Yahudi Afrika Utara dan Semit. Peruntukan ujian YDNA untuk keawasan puak adalah berdasarkan pada penduduk asli kerana mereka berada di ca 1500. Bangsa Khazar juga datang masuk selepas dikalahkan oleh orang Mongol pada 1215. Orang Bulgar mengikut Hun masuk ke satu tempat yang kini dikenali sebagai Bulgaria. Orang Magyar dan orang Finland yang ada diantara mereka berdasarkan peta dan ujian n. McDonald adalah alat rujukan. Karya Asal-usul Genetik Bangsa-bangsa( No. 265) juga ada menyebut perkara ini.
Kumpulan E1 di Hungary adalah orang-orang Yahudi Afrika Utara yang berpusat dari Tunisia dari hubungan Phoenicia. Hg. E terdiri daripada lebih 25% daripada semua orang Yahudi Eropah. Hitler merupakan seorang E1b Yahudi dalam YDNA beliau (E1b1b1) juga dari kejiranan Austria. Ujian yang disenaraikan sebagai Magyar dari FTDNA tampaknya merupakan ujian daripada penduduk Yahudi di Hungary
Orang Magog Hungary menuntut berbeza dari penyataan Koestler dalam karya “Suku ke-tiga belas” dimana beliau memberi maklumat terperinci mengenai perpecahan Hun Biru, Putih dan Hitam dan menyatakan nama imam-imam yg telah pergi ke timur untuk membawa orang Hun Biru ke barat di Hungary tetapi apabila mereka tiba di sana, Hun Biru telah dihalau oleh orang Mongol yang kemudian melanda msuk ke Eropah pada 1215 dan menghalau keluar orang-orang Khazar. Identiti YDNA Magyar sangat penting. Mungkin ada perbezaan antara Magyar dan Hun yang lain?
Kita tahu sebagai fakta bahawa orang Hun datang masuk Britain pada SM abad kesepuluh dan mereka telah dikalahkan oleh Trojan British dan pengikut Magog di Sungai Humber yang dinamakan sempena raja mereka Humber. Menurut rekod, mereka telah mengalahkan suku kaum Jerman di Eropah utara dan mengambil salah seorang puteri sebagai tebusan. Selepas kekalahan di Britain mereka berundur melalui jalan Scandinavia untuk mengelak orang Jerman dalam keadaan mereka yang lemah dan sewaktu mereka berundur mereka meninggalkan orang Finland sebagai satu kumpulan di Scandinavia yang menggantikan orang Lap atau mungkin telah mengambil mereka bersama.
Perkara ini telah direkod oleh Geoffrey dari Monmouth dan beberapa pakar sejarah British lama dan juga asal-usul Magog telah disebut dalam karya MacGeoghegan “Sejarah Ireland”. MacGeoghegan-Mitchell, Sadlier NY 1868.
Tampaknya mereka tidak hilang kerana orang Finland merujuk diri mereka hari ini sebagai Magyar dan asal-usul bahasa mereka adalah Uralic Altaic dan ada hubungan dengan tetapi tidak sama dengan Hungary. Mereka mempunyai lebih banyak persamaan dengan Jepun daripada dengan bahasa-bahasa Eropah Barat.
Bangsa Hun kembali ke Asia iaitu di bahagian Timur Laut Rusia dan, menurut Koestler, telah membentuk tiga kumpulan: Hun Biru, Putih dan Hitam. Mereka kekal di Asia di kawasan padang rumput luas sehingga mereka datang ke Eropah dan menduduki tempat yang kini dikenali sebagai Hugary pada abad kesembilan. Mereka telah meninggalkan paganisme. Menurut Koestler, Sami Julianus pergi untuk mencari mereka di akhir abad kedua belas. Jadi tiga ratus tahun dirujuk oleh Hungary dalam pernyataan ini adalah dalam tempoh 900-an ke 1200-an. Beliau menjumpai mereka dan kembali. Selepas beliau kembali sebuah kontijen telah dihantar untuk menjemput mereka untuk kembali pada awal abad ketiga belas. Apabila mesej itu tiba mereka telah dihalau keluar oleh bangsa Mongol sebelum 1215. Cerita mereka dicatat dalam karya Arthur Koestler, Suku Ketiga Belas. Kemungkinan merekalah asal keturunan Hg N juga di Timur Jauh.
Istilah digunakan oleh Koestler mengenai “Anak Panah” suku kaum Hun tidak dinafikan atau dibincangkan dan istilah Han Biru, Putih, dan Hitam tidak dinafikan secara serius. Orang Ashkenazi hanya membunuh beliau kerana telah mendedahkan penukaran Khazar 740 dan asal-usul Ashkenazia.
Jadi kita tidak mengetahui tentang hubungan Magog dengan keturunan awal Hun. Maklumat penting yang harus diambil perhatian bahawa terdapat bangsa magog di Timur yang kini dikenali Urumqiluas kawasan autonomi Uighur. Mereka yang mempunyai rambut merah, Celt bermata biru tanpa ragu-ragu berkaitan dengan keturunan orang Scot Magog dan memakai tartan yang sama. Mereka berada di barat China sekitar 1700 SM. Lelaki mempunyai ketiggian 6 kaki 6 inci dan ketinggian perempuan pula lebih 6 kaki. Ini adalah jenis keturunan Magog yang kita tahu dan merekalah asas orang-orang Celt Scythian.
Howorth mencatatkan bahawa orang Hun disebut di Eropah oleh Ptolemy 175-182 SM. Ptolemy menyebut mereka Chunni sebagai antara Bastarnae dan Roxolani dan meletakkan mereka di Dneiper. (Hist. History Vol. 7 pp. 45-46). Dionysius Periegetes ca 200 kenal pasti mereka dengan positif. Beliau mengenal pasti mereka sebagai sempadan Laut Caspian dalam urutan ini, Scyth, Hun, Caspiani, Albani, tetapi rujukan ini tidak jelas.
Sejarah sahih yang pertama mengenai mereka di Eropah datang dari ca 372 CE. Pemimpin mereka waktu itu adalah Balamir atau menrurut beberapa orang dikenali sebagai MSS Balamber.Mereka memulakan gerakan Westward di Steppes (Padang Rumput) dari tempat mereka ke utara Kaspia. Mereka telah menakluki beberapa negara yang kurang dikenali seperti Alpizuri, Alcidzuir, Himari, Tincarsi dan Boisci. Kami membuat tanggapan mereka telah mengambil para tawanan wanita dan lelaki sebagai hamba. Mereka kemudiannya bergerak ke kawasan Alani atau Alan yang kuat di antara Volga dan Don. Setelah perjuangan yang berpanjangan mereka mengalahkan alan dan mengambil mereka untuk berkhidmat bagi gerakan mereka ke arah barat. Akhirnya Alan dan Suevi memasuki Eropah dan menetap di Sepanyol dan Portugal.
Selepas sati tempoh yang pendek pada 374 orang Hun memasuki empayar Ostrogoth (Greuthungi) yang diperintah oleh Ermanerik (Hermanerik) yang sudah berumur dan meninggal dunia ketika serangan genting berlaku (mungkin dengan tangannya sendiri). Anak beliau, Hunimund mengambil alih takhta dan membuat perdamaian yang memalukan, dan pemberontakan berikutnya di bawah Withemir (Winithar) telah menyebabkan kekalahan lanjut dan akhirnya kemangkatan raja. Witherik, anaknya menerima syarat untuk berkhidmat kepada bangsa Hun dan Alan.
Balamir mengarahkan gerakan ke barat menentang bangsa Visigoth atau Tervingi yang mengakui kuasa Athanaric. Athanaric mempertahankan dirinya di benteng-Greutung dan Dneister yang bersempadan dengan Ostrogoth namun orang-orang Hun sedang dalam pergerakan untuk menyerang beliau melalui jalan sungai pada waktu malam dan meyerang secara mengejut lalu memaksa beliau untuk berundur ke kawasan antara Pruth dan Danube, dan kemudiannya beliau cuba mengukuhkan dinding orang Roma purba yang telah dibina oleh Trajan di Utara-timur Dacia. Seblum pengukuhan dinding itu selesai orang-orang Hun mula menyerang lagi lalu memaksa beliau untuk berundur ke Danube.
Akibat dari peristiwa ini, orang-orang Visigoth di bawah Alvavivus dan Fritigern telah menerima kebenaran dari maharaj Valen pada 376 unutk menetap di Thrace. Athanaric mencari perlindungan di Transylvania dan dengan itu memberi sedikit tentangan kepada orang-orang Hun. Selama lima puluh tahun orang Hun kekal dalam keadaan aman dan kadang-kadang memberi bantuan kepada orang Rom. Pada 404-5, ada beberapa suku Hunnic dibawah pimpinan Uldin membantu Honorius menentang bangsa Ostrogoths dibawah Radagaisus (atau Ratigar). Bangsa Hun mengambil bahagian dalam petempuran melawan Ostrogoth, berhampiran Florence. Bangsa Visigoth juga akhirnya menetap di Sepanyol, dan akhirnya Vandal juga menetap di Afrika Utara.
Pada 409 dikatakan bangsa Hun kemungkinan dibawah pemimpin yang sama, (Uldis) telah menyebrangi Danube dan menyerang Bulgaria. Walau bagaimanapun, desersi yang meluas menyebabkan mereka berundur. Perkara ini membawa kita ke masa Theodosius II dan kita boleh memahami maklumat yang diberi oleh Ammianus Marcellinus pada akhir abad keempat. Rekod beliau mengenai hal ini dan Attila adalah penting untuk memahami pakaian dan sikap mereka. Kita boleh lihat dari rekod maklumat ini bahawa mereka tiada langsung kelihatan seperti Magog Barat.
Menurut Ammianus Marcellinus, bangsa Hun tidak pernah berteduh di bawah bumbung. Mereka mengelak rumah sama seperti kita mengelak kubur. Mereka langsung tiada memiliki kabin dengan buluh walaupun jerami. Para wanita mereka pula membesarkan anak-anak mereka di wagon dan menjahit pakaian mereka yang tidak seberapa menggunakan linen dan kulit tikus bidang. Mereka dikatakan tidak menganti atau membasuh pakaian mereka mahupun menaggalkan pakaian mereka sehingga rosak. Mereka memakai topi bulat dan menutupi kaki mereka menggunakan kulit anak kambing. Kasut mereka tidak direka untuk bertahan lama dan tidak sesuai digunakan untuk berjalan maka dengan itu tidak sesuai juga untuk pertempuran infantri. Mereka selalu menunggang kuda dan jarang turun dan sering tidur di atas kuda, rekod mengatakan tiada seorang pun dalam seluruh kerjaan yang tidak mampu bertahan siang dan malam menunggang kuda. Mereka menjual beli, makan dan minum serta baring di leher kuda. Mereka mengadakan sidang umum sambil menunggang kuda. Mereka tidak mempunyai raja tetapi berpuas hati dengan pimpinan para bangsawan dan di bawah pimpinan mereka mengharungi semua halangan.
Mereka akan melawan jika dicabar dan sewaktu dalam pertempuran mereka akan membentuk satu formasi dengan membuat sorakan perang yang kuat. Mereka bergantung dengan kepantasan serta elemen kejutan. Mereka boleh bersurai kemudian membentuk semula formasi secara mendadak.mereka memasti kan kerugian besar dan kemudian bersurai dalam formasi yang tidak teratur di dataran. Mereka akan mengelak kubu dan selalu bergerak ke dalam atau keluar pertempuran. Hjung anak panah yang mereka gunakan diperbuat daripada tulang dan dalam pertempuran jarak dekat mereka menggunakaan pedang tanpa mengira keselamatan diri serta menggunakan tali berpintal untuk menjerut pihak lawan.
Bangsa Goth dan Vandal dipaksa secara efektif oleh bangsa Hun untuk berhijrah masuk ke Eropah namun kekuasaan Hun tidak terpantul dalam pencapaian atau struktur penempatan. Mereka telah memenangi pertempuran dari Volga hingga lah kepada Danube tetapi kuasa awam mereka hancur disebabkan perbalahan berterusan antara ketua-ketua bebas suku kaum. Mereka gagal untuk menubuhkan kerajaan yang stabil kecuali di bawah pimpinan ketua yang berkuasa seperti Attila. Keberanian mereka telah disia-siakan dalam kekaburan menjadi pemangsa. Ammianus Marcellinus mengaatakan bahawa mereka telah merendahkan maruah negara dengan berkhidmat bagi musuh semata-mata mengharapkan barang rampasan atau perkataan yang mempunyai maksud.
Menurut salasilah Attila, mereka digeruni oleh dunia sewaktu di bawah pimpinan Attila. Attila telah memimpin bangsa Hun dalam memulakan kejatuhan Empayar Roma. Ketika bapa saudara Attila, Roas atau Rugilas, menjadi pemimpin, bangsa Hun telah menjadikan diri mereka negara yang pada masa kini dipanggil Hungary sebagai kerajaan pemburu dan gembala. Namun mereka tidak kekal di sana tetapi seperti yang kita ketahui bangsa Magyar datang ke sana lagi pada ca 894 dan dari situ kerajaan Hungary telah dibentuk. Kedua-dua bangsa Finland serta bangsa Hungary menuntut diri mereka sebagai Magyar. Jika bangsa Magyar adalah berbeza dengan bangsa Hun, maka kita harus mencari dua sejarah gerakan dan suku yang berbeza. Harus diambil perhatian bahawa bangsa Hun berbeza dengan bangsa Scythian yang kita tahu adalah Magogites. Di bawah pimpinan Attila bangsa Hun telah mengalahkan Scythian.
Theodosius telah dipaksa untuk membayar bayaran perlindungan 350 pound emas kepada bangsa Hun di bawah nama Jeneral dimana dia berikan kepada raja Hun. Sikap durhaka mahkamah Byzantine tidak membantu dalam keadaan yang tidak stabil. Selain itu, empat negara tertaluk dalam pemberontakan Hun. Salah satu negara ini ialah Bavarians. Keamanan empayar telah hancur selepas kematian Rugilas dan beliau diwarisi oleh dua orang anak buahnya, Attila dan Bleda. Mereka dengan serta merta sebanyak dua kali ganda menaikkan bayaran perlindungan 700 pound emas dan mengenakan cukai denda serta menyalibkan sebilangan lelaki bangsawan muda di kawasan empayar. Mereka kemudiannya menyerang Jerman (salah satu adalah Bavaria) dan Scythia yang telah mengisytiharkan diri mereka sebai merdeka. Bleda telah dipaksa untuk mengambil nyawa sendiri setelah Attila tampil sebagai lebih dominan.
Attila anak kepada Mundzuk menuntut keturunan diraja dan keagungan beliau datang dari orang Hun yang telah menyerang Cina. Menurut ahli sejrah Gothic, ciri-ciri Attila dikatakan menampilkan identiti negara asal beliau. Beliau dikatakan mempunyai kecacatan Kalmuck moden yang tulen; kepala besar, berkulit gelap, mata yang kecil, hidung yang rata, janggut yang jarang, bahu yang luas serta tubuh yang rendah, dan mempunyai kekuatan saraf walaupan mempunyai rangka tubuh yang tidak seimbang. Beliau akan menggolekan matanya seolah-olah ingin menimbulkan perasaan takut namun beliau mempunyai reputasi sebagai seorang yang boleh didekati dan mempunyai belas kasihan serta mengampuni dan boleh dikatakan sebagai seorang pemimpin yang adil dan memenuhi semua keinginan. Beliau suka berperang tetapi apabila beliau meningkat matang beliau menggunakan pemikiran serta sikap matang dalam penaklukan bahagian Utara (ibid,. Hist. Hist. P. 49).
Attila dianggap sebagai seorang Mongol dan beliau serta Genghis telah dikelaskan sebagai oran Scyths dan kedua-dua mereka merupkan jeneral yang berhemat dan berjaya. Attila mempunyai penampilan seorang Kalmuck iaitu sjenis suku kaum Asia yang ada di dalam kawasan Dzhungaria yang secara linguistik nya berdasarkan istilah “Hungaria” dan Mongolia Barat. DNA mereka adalah seperti berikut. Orang Mongol bukan C3 tetapi Hg. N1 orang Barat Mongolia dan Magyar adalah seperti berikut.
Kepelbagaian Y-kromosom dalam Kalmyks di peringkat etnik dan puak.
Boris Malyarchuk, Miroslava Derenko, Galina Denisova, Sanj Khoyt, Marcin Woz’niak, Tomasz Grzybowski, dan Ilya Zakharov.
Bangsa Mongol yang berbahasa Kalmyks kini mendiami padang rumput di kawasan Volga yang mempunyai keturunan Asia Tengah dan dibahagikan kepada kumpulan suku. Hubungan genetik di kalangan suku-suku dan asal-usul mereka tidak jelas. Kami telah menganalisi 17 ulangan kumpulan pendek dan 44 polimorfisme binari Y-kromosom dalam 426 individu terutamanya daripada tiga suku kaum utama Kalmyks (bangsa Torguuds, Do “ rwo “ ds dan Khoshuuds). Antara suku kaum ini, Do “rwo” ds dan Torguuds, serta Kalmyks secara kolektif sebagai sebuah kumpulan etnik, menunjukkan kaitan genetik yang agak dekat antara satu sama lain dan juga kepada orong Mongol dan Altaian Kazakh, manakala Khoshuuds jelas terpisah dari mereka semua, berkumpulan dengan Manchu, Tibet atau Evenks (bergantung pada algoritma yang digunakan untuk mengira jarak genetik). Keputusan genetik juga menunjukkan bahawa genetik sebelah bapa turun dari Eropah Timur ke Kalmyks adalah sangat sedikit, walaupun mereka hidup bersama di Utara Caspian Steppe sejak 380 tahun yang lalu. Kejadian kluster unik haplotaip N1c-Tat dalam Khoshuuds, yang bermula kira-kira 340 tahun dan mungkin mempunyai keturunan Eropah Timur, dianggap sebagai hasil daripada hubungan etnik yang berlaku tidak lama selepas kemunculan puak-puak Kalmyk di Volga-bahagian Ural.
Journal of Human Gentics
Advance online publication, 17 october 2013; doi: 10.1038/jhg.2013.108
Pengaruh Timur Eropah mungkin berpunca daripada serangan bangsa Hun pada waktu itu atau awal sebelumnya.
Wilayah Hun di bawah pimpinan Attila dilanjutkan dari Thuringia melebihi Danube hingga ke Jerman yang boleh dimasukkan dengan pengaruh latitud. Beliau memasuki dalam urusan hal-ehwal orang Frank yang berkuasa, dan salah seorang pegawainya hampir menghapuskan bangsa Burgandian Rhine. Beliau menawan Scandinavia mungkin melalui hubungan beliau dengan Finland dan bangsa Hun memperoleh ufti bulu dari sana. Beliau memerintah di tebing Volga. Beliau menundukkan Kahn daripada Geougen dan beliu juga telah menghantar utusan untuk berundung satu pakatan dengan China. Beliau memerintah tanpa pemberontakan, Gepidae dan OStrogoth yang didikenali dengan bilangan mereka, keberanian mereka dan merit peribadi ketua-ketua mereka. Mereka terbentang dari Danube ke Tanais.
Semasa pemerintahan Arcadius, bapa Theodosius, sekumpulan bangsa Hun yang menggemarkan cabaran telah menyerang wilayah-wilayah di Timur jauh serta merampas harta dan menangkap tawanan yang ramai. Mereka bergerak melalui laluan rahsia di pantai Kaspia, mendaki pergunungan Armenia, menyeberangi Tigris, Euphrrates dan Halys, menambah kuda baka Cappadocia untuk membantu pasukan berkuda mereka, dan menduduki Cilia dan Antioch. Mesir dan Palestin resah akan kehadiran mereka. Orang –orang Timur mengingati serbuan ini apabila mereka berhadapan dengan kuasa besar Attila. Bangsa Hun kemudiannya menjajah sejauh Media dan melibatkan Parsi di Media namun terpaksa untuk menarik diri.
Bangsa Vandal kekal di Afrika melalui kuasa Attila dan orang-orang Roma d Roma dan Constantinople sedang memulakan fasa pemulihan. Melalui keuntungan komersial dan pengkhianatan di Danube konflik mula meningkat dan Attila maju dalam beberapa siri pertempuran. Dua pertempuran awal berada di tebing Utus dan di bawah tembok Marcianopolis di dataran yang luas antara Danube dan Gunung Haemus. Panglima Rom Arnegisclus telah dibunuh dalam pertempuran kedua. Di bawah arahan yang lemah orang Rom berundur ke Chersonesus Thrace. Di semenanjung yang sempit itu peperangan ketiga dan terakhir telah berlaku. Dalam pertempuran itu Attila mengawal kawasan lapangan itu. Tanpa rintangan atau belas kasihan, beliau menyerang wilayah Thrace dan Macedonia dari Hellespont ke Thermopylae dan kota Constantinople. Mereka mengakibatkan bala malapetaka di 70 kota Empayar Timur. Gempa bumi yang baru berlaku menyebabkan kehilangan 58 menara telah melemahkan keazaman dan semangat pasukan di Constantinople dan mereka jadi lemah dan lembut.
Orang Mongol bawah pimpinan Genghis sebenarnya berniat untuk menghapus sepenuhnya rakyat Cina dan kegiatan pastoral bangsa Hun tidak kurang kekejaman mereka. Attila juga tiada beza terdorong untuk menghapuskan apa yang mereka anggap sebagai tamadun Barat picisan. Seorang Mandarin lah yang telah memujuk orang Mongol untuk tidak menghapuskan China dan menukarkan tanah China pastoral seperti yang dicadangkan pada mulanya. Genghis telah membunuh seramai 4,347,000 orang di ibu kota Khurasan, Maru, Neisabur dan Herat. Jika Attila telah menyamai Tamerlane dalam kerosakan itu ia mungkin akan menjadi lebih teruk tetapi Attila telah mengambil para tawanan dan mengedarkan para tawanan di kalangan tenteranya. Hubungan Hun dengan Goth juga mungkin mengurangkan keadaan itu. Hakikat bahawa bangsa Hun merupakan orang yang kasar dan tidak menghargai pelbagai kemahiran “bertamadun” bermaksud bahawa seseorang mendapat kebebasannya dengan menunjukkan sikap keberanian atau kesetiaa maka dengan itu Attila tidak membunuh seperti yang telah dilakukan oleh orang Mongol dan Tartar.
Sebagai kesimpulan, bangsa Hun merupakan gabungan antara negara scythian dan hamba Eropah dan Asia. Walau bagaimanapun asasnya mereka adalah Mongol Barat dengan YDNA teras Kalmucks atau Kalmyks lama dan berkaitan dengan Buryat dan juga adalah hg N1.
Asal-usul Cina
Penghijrahan dari Barat
Orang Cina datang dari barat dan dari pergunungan dan menetap di selekoh tebing Sungai Kuning( Yellow River). Kumpulan-kumpulan ini juga tersebar ke Timur, Timur Laut dan Selatan dan Tenggara bergaul dengan kumpulan yang disenaraikan dengan kumpulan dalam pelbagai Haplogroup yang membentuk apa yang kini dikenali sebagai China atau pelbagai suku kaum negara-negara Asia dari Hgs., yang disenaraikan di atas. (Seperti yang telah ditulis dalam karya Mysticism dalam Bab 8- East Asia – China and Japan di http://www.ccg.org/english/s/b7_8.html )
“E.T.C Werner telah menulis pada tahun 1922 dalam Mitos dan Lagenda China, Graham Brash (Pte) Ltd, Singapura, 1988 mencetak semula:
Sementara menunggu penentuan bukti penemuan, kesimpulan yang sementara berikutnya mempunyai rekomendasi mengenainya- yakni bahawa leluhur orang Cina datangnya dari barat, dari Akkadia atau Elam (Mesopotamia atau Iran moden), atau dari Khotan, atau(besar kemungkinan) dari Akkadia atau Elam melalui Khotan, sebagai seorang pengembara atau suku pastoral atau kumpulan nomad atau pedusunan, atau sebagai pendatang berpindah-randah, sampai ke tempat yang sekarang disebut Cina di bahagian utara-barat, menetap di bahagian unjuran Sungai Kuning, tersebar ke utara-timur, ke arah timur dan selatan, menakluki, menyerap, atau menghalau orang asli ke dalam apa yang sekarang dikenali sebagai Selatan dan selatan-barat Cina. Kaum orang asli ini, yang mewakili gelombang atau ombak pendatang neolitik dari Asia Barat lebih awal daripada yang agak tinggi-diri menuju ke Utara China ( yang tiba kira-kira dua puluh lima atau dua puluh empat abad SM), dan yang telah menarik perhatian bangsa Jepun, bergaul dan berkahwin campur dengan orang Cina di selatan, dan akhirnya menimbulkan perbezaan ketara, dalam ciri-ciri fizikal, mental, dan emosi, sentimen, idea-idea, bahasa, proses dan produk, dengan China Utara yang mudah dilihat pada hari ini (p. 17).
China awal adalah kawasan yang agak kecil. Ini:
Daerah berdekatan dengan selekoh Sungai Yellow mempunyai keluasan kira-kira 50,000 batu persegi, dan secara beransur-ansur diperluaskan hingga ke pantai-laut di utara-timur sejauh longitud 119◦, apabila kawasannya ialah kira-kira dua kali ganda. Ia mempunyai penduduk kira-kira sejuta, dan bertambah kepada dua juta. Ini boleh dipanggil bayi China. Tempoh ( Zaman Feudal ) adalah dua ribu tahun di antara kedua puluh empat dan ketiga SM (p. 18).
Ini adalah kawasan di mana wilayah-wilayah moden Shansi, Shensi, dan Honan bergabung dan telah meluas ke arah Timur di Teluk Chihli, kira-kira 600 batu panjang dan 300 batu lebar. Semasa dua ribu tahun pertama kawasan ini tidak mempunyai perubahan kecuali di selatan, chou atau koloni, nukleus penduduk Cina, telah bertambah dalam saiz melalui penaklukan wilayah yang berdekatan.
Sejarah Cina secara tradisinya bermula dengan Dinasti Shang sekitar 1523-1122 SM di mana ibu kota adalah An Yang di utara Wilayah Honan. Rekod tradisional mengatakan Dinasti Hsia tiada apa-apa yang signifikan. Orang-orang cina sendiri tidak mempunyai apa-apa rekod sebelum itu. Pada abad kedua puluh didapati bahawa ada era lain yang mendahului dipanggil budaya Lung-Shan yang mempunyai beberapa elemen tembikar yang menunjukkan persamaan dan perubahan. Pra humanoid seperti penemuan dalam Gua Choukoutien (cakera. 1930 dan digali oleh Pei) manusia Peking tidak mempunyai apa-apa dengan penemuan berikutnya yang disebut oleh R.M. & C.H. Berndt (Aboriginal Man in Australia, edisi pertama.1965, Angus and Robertson pp. 30, 32-33) mengenai Mongoloid, Eskimoid dan Melanesoid humanoid moden terdapat dalam kumpulan yang sama pada tahap yang selanjutnya.
Menurut Historians’ History of the World, vol. XXIV, p. 542, raja Cina pertama yang nyata ialah Hwang-ti. Makamnya bersemayam di wilayah Shensi. Nama isteri beliau ialah Ratu Se-Ling-She. Beliau dikatakan telah berkuasa pada abad ke- dua puluh tujuh SM; walau bagaimanapun, karya sejarah awal ini agak tidak asli. Confucius (Kung-Fu-Tse) (549 SM) memberikan beberapa data sejarah dar zaman pemerintahan Yaou dikatakan dari 2356 SM, tetapi ini tidak menahan kritikan (ibd.). Beliau telah digantikan oleh Shun sebagai raja. Sewaktu kemangkatan Shun, Yu yang “Hebat”. Yang disuruh untuk mengalirkan air bah keluar dari China, menjadi raja. Kaliber raja-raja menurun sehingga Kee (1818-1766 SM) yang memerintah dengan zalim sehinggakan rumahnya telah dihapuskan dan dinasti baru Shang pun bermula. Pemerintah, Tang, berlaku adil dan memansuhkan penindasan. Agak menghairankan beliau memerintah pada semasa kemarau yang berpanjangan selama tujuh. Kebuluran yang ditulis dalam Kejadian 41:54, besar kemungkinan, sebenarnya telah terjadi di ‘semua’ tanah. Pada 1153 SM Dinasti Shang berakhir dan pemerintah kejam Chow memerintah ‘empayar’. Kira-kira 1121 SM duta datang dari apa yang dipanggil Cochin Cina (iaitu Selatan Vietnam, yang dahulunya sebahagian daripada Indo-China).
Dari analisis oleh Bernard Karlgren dalam A Catalogue of the Chinese Bronzes in the Alfred F. Pillsbury Collection, (The University of Minnesota Press, for the Minneapolis Institute of Arts, 1952), muncul empat gaya fasa utama sebelum Ch’in. Ini adalah Yin-Shang (1525-1028 SM), Chow Awal (1027-c. 900 SM), Chow Tengah (c.900-c.600 SM) dan Huai (c. 600-c.222 SM). Pengenalan ini mungkin membuktikan signifikan dalam mengenal pasti perubahan dalam sistem budaya dan agama. Titik putus adalah pada 1525 BCE untuk bentuk hiasan Gangsa dan ini juga mungkin adalah penting dalam mengasingkan pergerakan awal dari jangka masa dongeng.
Dua ratus tahun lebih sebelum era Kristian, China tertakluk kepada dinasti keempat, dipanggil Tsin (Sinnim? Atau Ch’in/ China). Pemerintah dinasti ni, dengan kebetulan menyebabkan, dengan mewajibkan setiap lelaki ketiga, pembinaan Tembok Besar China untuk menghalang puak utara, cuba untuk mewujudkan satu dinasti yang memerintah dari awal sampai akhir zaman dengan mengumpul dan membakar semua rekod yang ada. Walau bagaimanapun, pelan in digagalkan oleh penemuan buku Confucius dan dinastinya lenyap sekali dengan kematian anaknya (ibid., Ms. 543). Bangsa Hun kemudiannya mula meluaskan empayar.
Disebabkan pemusnahan rekod, kesahihan maklumat bergantung dengan ketepatan Confucius, tetapi dari apa yang kita tahu dari kajian etno-linguistik dan antropologi, kita boleh membentuk gambaran yang cukup tepat mengenai struktur sosial dan agama suku-suku Asia Timur dari zaman awal.
Pada tahun 221 SM, semua negeri feudal yang mana daerah ini telah dibahagikan dan yang tidak henti-henti berperang dengan satu sama lain, telah ditakluki dan diserap masuk oleh negeri Ch’in (sepatutnya China). Bentuk kerajaan monarki, yang mana berterusan selama dua puluh satu abad, telah dibentuk ( Werner, ms. 26-27).
Ketika abad pertama zaman raja monarki, yang berlangsung dari 221 SM hingga 1912 AD, ia telah diperluaskan ke selatan sehingga termasuk semua Lapan belas Wilayah yang membentuk apa yang dikenali sebagai China Wajar aman moden, dengan pengecualian daripada bahagian barat Kansu dan sebahagian besar daripada Ssuch’uan dan Yunnan. Sewaktu penaklukan Manchu pada awal abad ketujuh belas ia mendapatkan semua daerah yang terletak di antara latitud 18◦ dan 40◦ N., dan longitud 98◦ dan 122◦ E. ( Lapan Belas Wilayah atau China Wajar), dengan tambahan besar wilayah terpencil di Manchuria, Mongolia, Ili, Koko-nor, Tibet, dan Corea, dengan kekuasaan ke atas Burma dan Annam - kawasan seluas lebih daripada 5,000,000 batu persegi, termasuk 2,000,000 batu persegi yang dilindungi oleh Lapan belas Wilayah. Secara umumnya, wilayah ini adalah pergunungan di barat, dan turun ke arah laut di sebelah timur (ms. 18).
Ia diterima secara umumnya bahawa, sewaktu kedatangan mereka, orang Cina berperang dengan suku-suku asli, memusnahkan, menyerap atau menghalau mereka ke selatan. Dinasti Han berlangsung dari 205 SM sehingga 226 CE dan dikenali dengan kekuatan tenteranya. Orang Cina selewat abad ini masih gemar merujuk diri mereka sebagai keturunan Han. Antara 194 Sm dan 1414 CE Cina merampas Korea, Sinkiang (dikenali sebagai wilayah baru atau Timur Turkestan), Manchuria, Formosa, Tibet dan Mongolia. Tibet sekali lagi ditambahkan ke empayar di bawah Sun-che (1644-1661) sewaktu penubuhan Manchu-tartar (Ta) tsing dinasti (tulen hebat). Formosa dan Korea telah dirampas oleh Jepun masing-masing pada tahun 1895 dan 1910. Werner percaya bahawa:
Bangsa Cina ‘memilih mata tanah’ dan menyebabkan suku kaum bukan Cina kini hidup dalam hutan yang tidak selamat atau paya negeri Selatan, atau di kawasan-kawasan pergunungan yang mempunyai akses yang sukar, malah ada yang hidup di pokok-pokok (sukarela, bukan kemestian)namun ada beberapa, seperti Dog Jung di Fukien, terus menempat di pulau bersama dengan suku yang memerintah.
Pada abad ketiga SM bermulanya hubungan yang keruh antara bangsa Cina dengan orang nomad utara, yang berterusan sepanjang sebahagian besar sejarah mereka. Sewaktu enam abad yang pertama AD ada perhunbungan dengan Roma, Parthia, Turkey, Mesopotamia, Ceylon, India dan Indo-China, dan pada abad ketujuh dengan bangsa Arab. Eropah telah dibawa masuk dalam sosiologi oleh penjelajah Kristian. Dari abad kesepuluh sehingga abad ketiga belas bahagian utara didiami oleh Kitans dan Nuchens, dan seluruh empayar berada di bawah kekuasaan Mongol selama lapan puluh lapan tahun pada abad ketiga belas dan keempat belas. Hubungan yang bersifat komersial dan keagamaan telah dibentuk dengan negara-negara jiran dalam tempoh empat ratus tahun. Hubungan diplomatik tetap dengan negara-negara Barat telah ditubuhkan hasil daripada beberapa siri peperangan dalam abad kelapan belas dan kesembilan belas(ms. 20-21).
China memperoleh dan kehilangan wilayah beberapa kali sepanjang sejarahnya. Dari 73-48 SM “seluruh Asia dari Jepun ke Laut Caspian adalah jajahan Kerajaan Tengah ‘iaitu China” (ibid., Ms. 27). Semasa dinasti Sung Selatan (1127-1280) Tartar Mongol memiliki bahgian utara China, ssejauh sungai Yangzte, dan waktu dinasti Yuan (1280-1368) mereka menakluki seluruh negara. Dalam tempoh 1644-1912 ia adalah di bawah pemerintahan Manchu.”
Bangsa Melayu
Bangsa Melayu terbentuk di Asia Tenggara Wawasan Nusantara dan sistem pulau memegang garis di pergunungan Selatan Thailand. Mereka berpindah ke Filipina dan seterusnya ke dlaam sistem Polynesian Utara, yang kebanyakannya Hg O. Mereka terus menuju Barat ke Lautan India sejauh Madagascar dan juga menetap berkumpulan di Afrika Selatan. Konflik di Malaysia dan Indonesia antara orang Cina dan orang Melayu adalah warisan pengembangan Han masuk ke dalam Selatan dan penindasan suku-suku Selatan ke dalam dan pengusiran dari China. Konflik yang sama wujud di antara Jepun, Tibet dan Korea serta Manchu dan Mongol dan puak-puak Siberia. Kebanyakan mereka bagaimanapun membawa warisan sistem Hg O Asia.
Persoalan timbul tentang bagaimana anak-anak HN boleh mempunyai variasi dalam warna rambut dan jenis kulit. Jawapannya terletak dalam mtDNA perempuan dan penyerapan jenis mtDNA Asia dari orang tawanan. mtDNA perempuan agak berbeza dan asing daripada kedua-dua kumpulan di Barat dan di Asia Timur.
Tarikh berlanjutan oleh ahli evolusi adalah karut semata dan tidak layak untuk diteliti.
Pembentukan jalan perdagangan ke Asia Tenggara berpanjangan dari Laut Merah timur ke India dan seterusnya ke dalam sistem etnik Tonking berpusat di Hanoi pegang kuasa sehingga 150 CE dan walaupun selepas Canton menangkap peranan itu daripadanya pada abad ketiga ( cf. F. J. Moorhead, A History of Malaya and Her Neighbours, Vol.1 , Longmans of Malaysia, 1965, ms. 3).
Apa yang dipanggil manusia awal di Indonesia di Flores didapati adalah bentuk lewat merosot daripada Haplogroup YDNA moden dan sedikit yang diterbitkan pencarian YDNA dan mtDNA di kawasan itu.
Pembentukan laluan perdagangan Asia Tenggara berkait rapat dengan perkembangan keagamaan India dan selepas pembangunan agama Buddha, perkapalan dan sistem perdagangan orang India dapat dibangunkan bebas dari sistem kasta tegar agama Hindu yang diadakan di bawah pengaruh Indianisasi awal Asia Tenggara dan kemudiannya sistem itu memberi laluan kepada peniaga Muslim (rujuk Mistisisme Bab 9 South East Asian Systems (No. B7_9)).
Sistem mtDNA berbeza-beza di Timur Jauh berlaku dari tahap tinggi latar belakang sinaran dari kawasan seperti Kerala dan mutasi dikenal pasti berlaku pada kadar yang pesat seperti satu generasi dengan nenek, ibu dan anak-anak perempuan masing-masing mempunyai mutasi berbeza kerana latar belakang radiasi semula jadi.
Maksud perkataan Han
Perkataan Han bukanlah satu perkataan baru bagi kumpulan yang dikenali sebagai Han Cina. Perkataan ini kelihatan seperi Uralic Altaic dan membentuk bahagian konsep intrinsik Korea mengenai Cinta Allah yang soleh. Orang Korea memandang Han sebagai asas hubungan mereka dengan Allah, sebagai anak-anak Allah. Han bagi orang Korea adalah rasa kasih sayang yang benar dan tanggungjawab serta penyesalan yang datang selepas memberi segala-galanya dan semua usaha, daripada penolakan cinta benar ini dan bertanggungjawab. Ini adalah perasaan sedih Tuhan dengan penolakan umat manusia dalam penciptaan, dan kesedihan ibu bapa terhadap penolakan anak-anak mereka.
Han adalah penderitaan dan kesedihan yang tidak berkesudahan kerana harapan dan cinta yang tidak dibalas seperti Tuhan telah alami demi penciptaan dan dari cinta dan kebaikan-Nya yang tidak berubah.
Dalam pengertian ini anak-anak HN semua membawa nama ini sebagai penanda puak persaudaraan sebagai anak-anak Allah terpisah daripada Tuhan oleh dosa-dosa dunia dalam rindu yang tidak berkesudahan akan cinta dan pemulihan dari Allah maha Tinggi di Syurga. Orang Cina memanggilNya Shang Di dan suku utama mereka melihat diri mereka sebagai yang terdiri daripada anak-anak Allah yang penuh dengan Han. Begitu juga dengan bangsa Magyar anak-anak HN seperti bangsa Hun dan bangsa Finland sebagai anak-anak Allah yang penuh dengan HN sebagai keinginan yang kuat untuk berdamai dengan Allah. Oleh itu HN adalah anak Allah sebagai salah satu daripada keturunan Nuh.
❑
Lihat carta YDNA dalam Lampiran di bawah.