Jemaat-jemaat Allah Al Masehi

[050]

 

 

 

 

Maksud Perkahwinan di Kana Galilia

(Edition 1.0 20030411-20030411)

 

Dalam sinopsis buku Yohanes, kita mempunyai satu-satunya catatan dalam tanda air yang telah dijadikan wain pada waktu perkahwinan di Kana Galilia. Kita akan perhatikan bahawa bukan satu tetapi dua perjanjian yang dijelaskan di dalam pernyataan ini. Yang kedua adalah perjanjian Abraham dan keturunannya yang masuk untuk mengikuti serta menuruti Satu Allah Yang Benar.

 

 

 

Christian Churches of God

 

PO Box 369, WODEN ACT 2606, AUSTRALIA

E-mail: secretary@ccg.org

 

(Hakcipta ã 2003 Wade Cox)

 (Tr. 2005)

 

Karya tulis ini boleh disalin semula dan didistribusikan secara bebas dengan syarat ia disalin semuanya tanpa apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat penerbit serta notis hakcipta harus disertakan.  Sebarang bayaran tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima salinan yang didistribusikan.  Petikan-petikan ringkas daripadanya boleh dimasukkan ke dalam artikel-artikel kritis dan karya ulasan tanpa melanggar undang-undang hakcipta.

 

Karya ini boleh didapati daripada Internet di:
http://www.logon.org dan http://www.ccg.org

 

Maksud Perkahwinan di Kana Galilia [050]



Kisah perkahwinan (dalam buku Yohanes) mempunyai perlambangan bagi panggilan Bangsa Israel fizikal, pengorbanan Mesiah, dan orang-orang yang datang untuk membuat badan Jemaat.

 

Kisah perkahwinan mempunyai pertalian dengan penebusan umat manusia. Ia menunjukkan bahawa Kristus adalah sangat penting dalam rencana keselamatan. Perkahwinan tersebut menggambarkan perjanjian Allah yang sedang berlangsung. Kita akan melihat bagaimana ia terus berlangsung dan telah diberikan kepada Jemaat, hamba kepada Allah yang Maha Tinggi. Air wain yang habis dalam cerita ini merujuk kepada korban binatang yang diakhiri, dan wain baru menggambarkan perjanjian baru yang diambil oleh Jemaat.

 

Cerita ini bermula dalam Yohanes 2:1.

 

Yohanes 2:1-10 Pada hari ketiga ada perkawinan di Kana yang di Galilea, dan ibu Yesus ada di situ; 2 Yesus dan murid-murid-Nya diundang juga ke perkawinan itu. 3 Ketika mereka kekurangan anggur, ibu Yesus berkata kepada-Nya: "Mereka kehabisan anggur." 4 Kata Yesus kepadanya: "Mau apakah engkau dari pada-Ku, ibu? Saat-Ku belum tiba." 5 Tetapi ibu Yesus berkata kepada pelayan-pelayan: "Apa yang dikatakan kepadamu, buatlah itu!" 6 Di situ ada enam tempayan yang disediakan untuk pembasuhan menurut adat orang Yahudi, masing-masing isinya dua tiga buyung.  7 Yesus berkata kepada pelayan-pelayan itu: "Isilah tempayan-tempayan itu penuh dengan air." Dan merekapun mengisinya sampai penuh. 8 Lalu kata Yesus kepada mereka: "Sekarang cedoklah dan bawalah kepada pemimpin pesta." Lalu merekapun membawanya. 9 Setelah pemimpin pesta itu mengecap air, yang telah menjadi anggur itu--dan ia tidak tahu dari mana datangnya, tetapi pelayan-pelayan, yang mencedok air itu, mengetahuinya--ia memanggil mempelai laki-laki,  10 dan berkata kepadanya: "Setiap orang menghidangkan anggur yang baik dahulu dan sesudah orang puas minum, barulah yang kurang baik; akan tetapi engkau menyimpan anggur yang baik sampai sekarang."

 

Kita akan melihat pada setiap ayat secara beransingan, dalam format komentar, bermula dengan ayat satu dalam buku Yohanes bab2.

 

Yohanes 2:1 Pada hari ketiga ada perkawinan di Kana yang di Galilea,

 

Terdapat banyak contoh di dalam Alkitab yang merujuk kepada peristiwa pada hari ketiga. Yang paling yang jelas adalah kebangkitan Kristus pada hari ketiga. Kita boleh mengambil tema pembebasan, keselamatan atau life, yang berhubungan dengan hari ketiga.

 

Perkumpulan bagi perkahwinan ini berlaku pada hari ketiga. Perkahwinan pada zaman kuno selalunya berlangsung selama berhari-hari dan di sii kita lihat satu perlambangan yang selalu digunakan di dalam kitaran tujuh-tahun, di mana banyak perkara akan bermula pada hari ketiga dalam kitaran kudus ini. Terdapat implikasi yang sama dengan Israel kuno, yang berkumpul bersama-sama dan tiba di padang belantara di Sina pada bulan yang ketiga selepas meninggalkan Mesir untuk memasuki satu perjanjian dengan Allah (Kel 19:1). Kejadian dalam buku Keluaran baba 19 boleh dibandingkan dengan perkahwinan yang dihadiri oleh Kristus dan murid-muridnya. Para jemaah membasuh pakaian mereka, yang mana mempertalikan pakaian kahwin seseorang dan jubah putih untuk mengalahkan dunia ini (Wah 6:11; 3:5) dengan merendahkan hati (1 Pet 5:5).

 

Jemaah diminta bersedia menjelang hari yang ketiga (Kel 19:11, 15). Kerana pada hari ketiga Allah, melalui Malaikat, yakni Kristus, akan datang dalam penglihatan semua orang (Kel 19:11) untuk memasuki ke dalam perjanjian.

 

Keluaran 19:10 Maka Tuhan berfirman kepada Musa, “Pergi kepada umat dan berdoalah dengan mereka hari ini dan esok hari, dan biarlah mereka memcuci pakaian mereka. Dan biarlah mereka bersedia bagi hari yang ketiga. Kerana pada hari ketiga Tuhan akan turun dari Gunung Sinai dalam penglihatan semua orang.

 

Demikian juga, Kristus yang ditemani oleh murid-muridnya, datang ke majlis perkahwinan itu, di mana perjanjian di antara pengantin perempuan (sama dengan Jemaat) dan pengantin lelaki (boleh dibangdingkan dengan Kristus) akan dilakukan. Kristus telah mengungkap dirinya melalui tandanya yang pertama ini kepada hamba-hamba, menggambarkan umat yang dipanggil.

 

Kita juga mungkin menduga bahawa sebutan hari yang ketiga ini mempunyai perlambangan yang berhubungan kepada cerita dalam Yoshua 9:1-27. Dalam catatan ini, keturunan Gideon, yang dikenali sebagai golongan Hittiti, memahami bahawa Tuhan Allah ada bersama dengan Yoshua. Mereka tahu bahawa kecuali mereka memberikan diri mereka ke dalam tangan Yoshua, mereka tidak akan hidup. Persediaan mereka dalam “pakaian wineskin, yang dipakai dan tercabik serta ditampal” menggambarkan keadaan rohani mereka sementara mereka mendekati tubuh Israel di bawah Yoahua.

 

Pada hari yang ketiga Yoahua tiba di kota-kota mereka. Kita boleh melihta tema yang berkembang. Yoshua naka Nun (Maksud: Keselamatan datang elalui ketahanan ) boleh dilihat berjajaran dengan Kristus (lihat karya tulis Yoshua, Sang Mesiah, Anak Allah (No. 134)). Mereka dari golongan fasik akan diberikan peluang untuk dimasukkan ke dalam tubuh Israel. Yoshua bertanya kepada mereka, “Siapakah kamu dan dari mana kamu datang?” golongan Hittiti menjawab dengan hela. Mereka mendekati Yoshua, dan walaupun mereka adalah jiran, mereka berkata, “Kami adalah hambamu, datang dari negara yang jauh”. Ini menggambarkan keadaan rohani mereka.

 

Peristiwa-peristiwa ini terikat di dalam Yesus yang mendapat dua lagi orang murid, Filipus dan Natanael (Yohanes 1:43, 47),  pada hari yang ketiga selepas pembaptisannya oleh Yohanes Pembaptis. Yesus melihat Natanael berjalan menuju ke arahnya. Kristus berkata, “Lihatlah, sesungguhnya Israel yang tidak ada muslihat”, tidak sama dengan golongan Hittiti yang datang kepada Yoshua dengan tipu helah. Kristus tahu siapa Natanael sementara dia mendekati dia dan dari mana dia datang. Ini dinyatakan oleh fakta bahawa Mesiah melihat Natanael duduk di bawah pohon ara (Yoh 1:48). Dia membuahkan buah roh. (Rujuk karya tulis Mengutuk Pohon Ara (No. 90)). Natanael mendekati Mesiah tanpa tipu helah, tujuannya ialah untuk mencari kebenaran dalam kejujuran. Ini seharusnya tujuan kita juga. Tidak ada yang menipu Allah.

 

Kota Galilia digunakan dan dirujuk sedemikian, yang mana ianya mampu mempertalikan kita, sebagai individu dan badan jemaat. Galilia boleh diertikan lebih daripada hanya suatu tempat di Israel. Selebihnya ia boleh menjelaskan diri kita sebagai individu dan seabgai satu jemaat. Kita boleh menguraikan Galilia untuk menandakan bahawa:

 

Kristus datang sebagai lampu yang terang, ke Galilia orang fasik, mereka yang pernah hidup dalam kegelapan (yes 9:1). Kristus datang menyembuhkan setiap penyakit di kalangan kita (Mat 4:23). Kita mengalu-alukan Kristus ke dalam hati kita (Yohanes 4:45) dan menggunakan kita untuk mencapai orang lain (Yoh 4:3, 4). Kita  telah diberikan roh untuk mengajar semua bangsa (Kisah 2:7). Mereka yang mendengar kita akan mengetahui bahawa kita adalah kepunyaanNya, dalam Kristus, kerana kita bercakap dengan bahasa asing (Mat 26:73, Mar 14:17), yang mana berbeza daripada orang lain. Dunia ini, dengan tidak boleh disangkal lagi, memilih kita, kerana kita memelihara hukum dan kesaksian Yesus Kristus (Mat 26:69). Kristus boleh dilihat di dalam diri kita, selepas kebangkitannya 9Mat 26:32). Oleh kerana Kristus hidup di dalam diri kita sekarang, kita sebagai Jemaat mengikuti dia dan melayan dia, supaya kita boleh datang bersama dengan dia ke Yerusalem rohani (Mark 15:41), ibu kepada semua kita (Gal 4:26).

 

Konsep-konsep ini digambarkan di dalam murid-murid Kristus. Semua murid Mesiah adalah kaum Galilia, kecuali satu – Yudas Iskariot (Mat 4:18, Yoh 1:43-44, Kisah 1:11; 2:7). Rujuk Youngblood, R. F. (1995). Nelson's new illustrated Bible dictionary. Edisi Revised dari: Nelson's illustrated Bible dictionary; termasuk indeks. Nashville: T. Nelson.

 

“dan ibu Yesus ada di sana”

 

Maria (yang mana disalah terjemahkan, ia sebenarnya Mariam) mempunyai pertalian darah dengan orang yang berkahwin itu, oleh kerana itu, tidak ada jemputan yang diperlukan. Peranan utamanya ialah untuk membantu dalam jemuan kahwin tersebut, membawa tugasan yang diperlukan dalam jamuan tersebut. Dia juga mengarahkan hamba-hamba tentang apa yang ahrus dilakukan.

 

Injil Yohanes tidak pernah merujuk ibu Yesus sebagai Maria. Ini adalah berujuan untuk membezakan, seperti yang kita akan lihat nanti. Seperti yang kita tahu, wanita adalah mewakili jemaat atau bangsa (Wah 12:4-6). Dalam kejadian ini, kita boleh terjemahkan ibu Yesus ini mewakili bangsa kuno Israel fizikal dan keimamatan Lewi melalui keturunan Abraham.

 

Kewujudannya sudah dilihat di sana, megilustrasikan fakta bahawa dia menggambarkan keimamatan Lewi yang mengambil bahagian di dalam Perjanjian Allah. Kita juga harus perhatikan fakta bahawa ibu Yesus adalah separuh Lewi. Memberikan pertolongan melambangkan, dalam hal ini, sistem pengorbanan yang mana keimamatan mengambil bahagian semasa elemen pertama dalam perjanjian.

 

Ayat 2: Yesus dan murid-murid-Nya diundang juga ke perkawinan itu.

 

Menjadi sebahagian daripada jamuan kahwin, seseorang harus dijemput. Ia adalah Allah yang membuat pilihan. Kristus boleh dikatakan tidak memberi jemputan. Allah mengumpul orang dan memberikan kepada Kristus (Yoh 6:39).

 

Kristus menggambarkan pengantin lelaki bagi Jemaat (Mat 9:15; Mar 2:20). Lima muridnya yang datang bersamanya mewakili lima jemaat dalam Wahyu, yang mewakili pengantin perempuan yang memperolehi kerajaan (hanya setengah individu-individu yang berjaya dari jemaat Laodikia dan Sardis). Dalam aspek ini, teliti karya tulis Daud dan Goliat (No. 126)).

 

Apabila kita lihat ia sebagai satu perjanjian yang sedang berlangsung, kita melihat bahawa jemputan Kristus mempunyai dua tujuan. Jemputannya dihantar beribu tahun sebelumnya emlalui Abraham (Kej 12:3, 22:18). Lihat juga pada karya tulis Perjanjian Allah (No. 152).

 

Kejadian 26:4 Aku akan membuat banyak keturunanmu seperti bintang di langit; Aku akan memberikan kepada keturunanmu seluruh negeri ini, dan oleh keturunanmu semua bangsa di bumi akan mendapat berkat,  karena Abraham telah mendengarkan firman-Ku dan memelihara kewajibannya kepada-Ku, yaitu segala perintah, ketetapan dan hukum-Ku."

 

Menerima jemputan ini memerlukan sesuatu dari bahagian kita. Abraham mengambil jemputannya untuk memasuki kedalam perjanjian dengan Allah, melalui ketaatan terhadap hukum Allah, peraturan dan perintah hukum. Dia menganggap hukum Allah adalah satu harta yang harus dikecapi. Kita juga harus melakukan demikian, sekiranya kita menerima jemputan ini. Kita harus terus mentaati firman serta hukum Allah, sekiranya kita ingin mengekalkan Roh Kudus, dan mahu menjadi sebahagian daripada jamuan kahwin. Perumpamaan tentang lima orang perawan pintar dan lima perawan bodoh menunjukkan bahawa mereka yang masih mempunyai minyak dalam lampu mereka yang menyala, akan memasuki jamuan kahwin ini. Secara luar mereka kelihatan sama sahaja. Tetapi hanya mereka yang memelihara firman Allah dan mempunyai Roh Kudus yang boleh masuk apabila pengantin itu tiba.

 

Amsal 21:20 Harta yang indah dan minyak ada di kediaman orang bijak, tetapi orang yang bebal memboroskannya.

 

Semua orang, dari semua bangsa akan diberikan keselamatan melalui Kristus.

 

Galatia 3:8 Dan Kitab Suci, yang sebelumnya mengetahui, bahwa Allah membenarkan orang-orang bukan Yahudi oleh karena iman, telah terlebih dahulu memberitakan Injil kepada Abraham: "Olehmu segala bangsa akan diberkati."

 

Allah Bapa memilih kita sebelum bumi dijadikan dan meletakkan kita ke dalam tubuh Kristus.

 

Efesus 1:4 Sama seperti Dia memilih kita di dalam Dia sebelum dunia ini dijadikan, supaya kita menjadi suci dan tanpa cacat cela di hadapan Dia.

 

Kita harus  perhatikan bahawa selepas pembaptisan, orang Kristian yang mualaf diberitahu untuk menjadi suci dan tanpa cacat cela dihadapan Dia di dalam kasih. Allah adalah Suci (Im 19:2). Hukum-hukumNya terbit dari sifat keperibadianNya, seperti yang kita lihat, hukumNya adalah suci (Rom 7:12). Hukum-hukumNya datang dari kasih, kerana Allah adlah kasih (1 Yoh 4:16). Justru itu, kita harus mempunyai kesimpulan yang sama  seperti Abraham, dan Solomo, dalam perkara ini, yang mana takut akan Allah dan memelihara hukum-hukumNya (Peng 12:13).

 

Kita telah diberikan satu jemputan yang besar (Yes 55:1-13) dengan tidak ada bayaran (Wah 22:17) untuk menjadi anak-anak Allah (lihat karya tulis Roh Adopsi (No. 34)). Filipus, sebagai contoh telah diberikan satu jemputan untuk ‘mengikuti’ Kristus (Yoh 1:43). Ia adlah jemputan untuk mengangkat salib (Mar 10:21). Ia adalah satu seruan untuk menjadi korban hidup (Rom 12:1). Ramai orang yang telah menolak tawaran ini (Luk 14:15-24). Tetapi ia belum terlambat lagi (Yoel 2:12-13); bagi mereka yang menerima jemputan ini akan diberkati (Mat 25:34).

 

Ayat 3: Ketika mereka kekurangan anggur, ibu Yesus berkata kepada-Nya: "Mereka kehabisan anggur."

 

Ini menunjukkan bahawa semua korban binatang yang disembahkan oleh keimamatan akan berakhir dan ditujukan kepada Kristus. Kita boleh anggap ‘wain yang habis’ semasa jamuan perkahwinan tersebut menggambarkan proses penebusan, yang mana digambarkan melalui korban binatang yang digunakan oleh keimamatan Lewi. Kejadian di dalam jamuan kahwin itu berjajaran dengan penebusan umat manusia. Sistem korban harus diakhiri demi sistem yang baru mengambil tempat. Darah sapi jantan dan anak sapi akan digenapi oleh Kristus, yang telah ditetapkan untuk mati sekali dan untuk semua (Ibr 7:27, 9;24-28, 10:10, 12, 14; 1 Pet 3:18). Allah  telah membuka pintu bagi keselamatan melalui Kristus. Itulah sebab mengapa ibu Kristus datang kepada dia. Kita harus merenungkan konsep bahawa Mariam melambangkan bangsa di bawah keimamatan fizikal. Cara Mariam menggambarkan dirinya yang prihatin kepada wain, memberi perhatian kepada fakta bahawa keimamatan tahu bahawa korban darah diperlukan.

 

Jangan kita lupa, tetamu dalam majlis perkahwinan tersebut meminum wain. Perkataan yayin (SHD 3196) adlah dari kata dasar yayan yang tidak digunakan – meragikan atau membuihkannya. Justru itu wain sebagai wain ragi dan oleh itu ia juga bererti intoksikasi. Ada orang yang menganggap bahawa wain tidak boleh diminum, dan bahawa rujukan untuk wain di Alkitab ditujukan kepada jus anggur yang tidak diragikan. Pandangan ini menyeleweng dalam pemahaman dalam Alkitab. (Rujuk kepada karya tulis Wain di dalam Alkitab (No. 188)).

 

Dalam Alkitab, wain selalu diperhubungkan dengan keriangan dan kesenangan. Apabila Mariam berkata, “Mereka tidak ada wain”, dia juga melafazkan fakta bahawa mereka juga tidak boleh bergembira dengan kurnia Roh Kudus (1 Tes 1:6). Malah murid Kristus mempunyai kesukaran dalam memahami apa yang Mesiah cuba ajar mereka. Mereka hanya mula mengerti firman Allah apabila Roh Kudus dicurahkan kepada mereka pada hari Pentakosta.

 

Mariam mempunyai iman terhadap anaknya. Mungkin ada beberapa orang yang ada di sana yang ragu-ragu bahawa Kristus dikuasai Roh Kudus. Dia mungkin ingin membersihkan dirinya di hadapan semua yang hadir. Orang Farisi pada contoh yang seterusnya, apabila mempertahankan hak mereka, dengan berpuas hati dengan diri sendiri, berkata kepada Yesus, “Kami tidak dilahirkan dari perzinaan,” (Yoh 8:41), menyatakan secara tidak langsung bahawa Kristus itu dilahirkan dalam perzinaan. Mariam mungkin berfikir bahawa ini adalah peluang untuk menyingkirkan khabar angin yang sudah berleluasa.

 

Ayat 4: Kata Yesus kepadanya: "Mau apakah engkau dari pada-Ku, perempuan? Saat-Ku belum tiba."

 

Kristus memberi jawapan langsung kepada ibunya. Kristus menggunakan perkataan perempuan yang menggambarkan Israel fizikal dan ditujukan kepada keimamatan fizikal.

 

Galatia 4:4 Tetapi apabila kesudahan masa akan tiba, Allah menghantar anakNya, dibuat dari seorang perempuan, dibuat di bawah hukum.

 

Kita boleh membuat kesimpulan bahawa Kristus berkata kepada keimamatan bahawa mereka tidak mengenal apa yang dia ingin perkenalkan kepada perjanjian yang sedia ada, dan bahawa sistem pengorbanan yang mereka persembahkan akan digenapi di dalam dia. Kristus memperlihatkan perbezaan di antara struktur keagamaan fizikal pada hari itu, dan apa yang dia akan selesaikan, satu kelahiran semula dari tubuh rohani (Yoh 3:5).

 

Ya, masa pengorbanan Kristus sudah dekat. Tetapi seluruh proses yang terjadi harus menurut kepada kehendak Allah. Kita tidak boleh mengubah siap, bila, atau bagaimana kita ingin menyembah Satu Allah yang Benar.

 

Kekristianan moden telah salah faham dengan apa yang diperlukan dalam bahagian kedua perjanjian dan untuk tujuan ini mereka menyeleweng (Ibr 10:1-31). (Rujuk kepada karya tulis Tabut Perjanjian (No. 196)). Tujuan Kristus telah disalah faham oleh banyak organisasi agama. Untuk pemahaman yang lebih mendalam dalam aspek ini, rujuk kepada karya tulis: Tujuan Penciptaan dan Pengorbanan Kristus (No. 160) dan Peranan Mesiah (No. 226).

 

Ayat 5: Ibunya berkata kepada hamba-hamba, “Apa sahaja yang dia katakan, buatlah itu.”

 

Perkataan-perkataan ibu Yesus ini menghubungkan perkataan-perkataan yang dikatakan oleh Musa kepada Israel fizikal mengenai Mesiah.

 

Ulangan 18:15 Tuhan Allahmu akan memberi kepadamu seorang nabi seperti aku dari antara saudara-saudara kamu. Kamu harus mendengar kepada dia.

 

Ibunya, yang mewakili Israel kuno, faham bahawa hukum itu harus dipelihara (Ul 26:17-19). Hukum korban adalah integral kepada seluruh hukum (Kel 20 sehingga 34). Hukum korban ditujukan kepada Mesiah dan akan digenapkan di dalam dia. Hukum itu tidak dibuka dalam tindakan ini. Rentetan sistem penyembahan tidak berubah. Perlambangan ini mempunyai maksud yang lain (lihat karya tulis Perjanjian Allah (No. 152)). Kristus berkata:

 

Matius 5:17-19 "Janganlah kamu menyangka, bahwa Aku datang untuk meniadakan hukum Taurat atau kitab para nabi. Aku datang bukan untuk meniadakannya, melainkan untuk menggenapinya.  18 Karena Aku berkata kepadamu: Sesungguhnya selama belum lenyap langit dan bumi ini, satu iota atau satu titikpun tidak akan ditiadakan dari hukum Taurat, sebelum semuanya terjadi.  19 Karena itu siapa yang meniadakan salah satu perintah hukum Taurat sekalipun yang paling kecil, dan mengajarkannya demikian kepada orang lain, ia akan menduduki tempat yang paling rendah di dalam Kerajaan Sorga; tetapi siapa yang melakukan dan mengajarkan segala perintah-perintah hukum Taurat, ia akan menduduki tempat yang tinggi di dalam Kerajaan Sorga.

 

Kita diperintahkan untuk meneruskan di dalam hukum kebebasan yang sempurna (Yak 1:25).

 

Ini adalah perkataan-perkataan ibu Yesus Kristus yang terakhir dicatat. Kita lihat bahawa hanya hamba-hamba yang telah diberitahu untuk menuruti Kristus. Dia tidak mengarahkan hamba-hamba itu kepada orang lain. Kerana hanya melalui Kristus kita akan selamat (Kisah 15:11). Kita lihat bahawa pada masa ini, Kristus mengambil alih tugas dari ibunya. Ini juga menggambarkan kepada fakta bahawa tanggung jawab dan sabda diambil dari keimamatan fizikal Israel kuno dan diberikan kepada Jemaat, hamba-hamba Allah. Mereka sekarang berada dalam jagaan Jemaat (lihat karya tulis

 

Kita mungkin menganggap bahawa tema ini boleh dilihat dibawa bersama apabila Kristus meletakkan ibunya ke dalam jagaan “murid yang dia kasihi”.

 

Kita harus berwaspada bahawa istilah murid yang dia kasihi mempunyai maksud yang lebih besar. Dia mengasihi mereka yang diberikan kepadanya oleh Allah. Dia memnyerahkan dirinya kepada kawan-kawannya (Yoh 15:13). Murid yang dia kasihi boleh digunakan secara perlambangan untuk melambangkan Jemaat.

 

Yohanes 19:26 Apabila Yesus melihat ibunya berdiri disamping murid yang dia kasihi, dia berkata kepadanya, “ibu, dia adalah anakmu.” 27 Dan dia berkata kepada murid itu, “Dia adalah ibumu.” Dan dari itu murid itu membawa ibunya ke dalam rumahnya.

 

Apabila kita pandang ayat ini dari sudut siapa dua orang ini digambarkan, kita lihat Kristus mengajukan kepada keimamatan Lewi bahawa Jemaat yang dia telah dirikan adalah anaknya. Warisan ini terletak berama dengan anak ini. Kristus juga memberitahu kepada Jemaat bahawa ia harus mengenal dan menghormati perjanjian yang dipelihara oleh Israel kuno. Kita lihat ini mempunyai konotasi kepada hukum yang kelima, Hormatilah ibu dan ayahmu (Kel 20:12). Dari kematian Kristus, Jemaat bertanggung jawab terhadap upacara bagi perjanjian itu, hukum-hukum dan peraturan-peraturan Allah.

 

Dalam satu hari, seperti Alkitab beritahu, satu korban akan mengambil alih sisten korban Lewi (Mal 2:3), jadi satu susunan imam, selepas susunan Melkisedek akan ditubuhkan. Dengan sebab inilah, apabila diberitahu bahawa ibunya dan saudara-saudara berada di luar mahu bercakap dengan dia pada waktu dia berhadapan dengan orang farisi, dia berpaling kepada murid-muridnya dan berkata: “Lihatlah ibu dan saudara-saudaramu.” Dia berkata bahawa ibunya dan saudara-saudaranya adalah orang-orang yang melakukan kehendak Bapanya di sorga (Mat 12:46-50).

 

Siapa yang mendakwa bahawa dia adalah pengikut Kristus hari ini dan tidak mempedulikan hukum-hukum dan perintah-perintah Allah adalah melanggar hukum yang kelima, yakni menghormati ibu dan bapa. Dengan tidak menerima hukum-hukum dan perintah-perintah Allah ke dalam hati mereka, mereka secara literal berkata bahawa mereka tidak membawa ibu Kristus ke dalam rumah mereka. Mereka menolak perintah Kristus untuk menjadi ibunya, kerana mereka fikir hukum-hukum dalam Perjanjian Lama adalah tidak perlu dan tidak perlu dipelihara. Oleh kerana itu, mereka melanggar hukum tersebut, dengan tidak mengasihi dan menghormati ibu Kristus seperti mereka mengasihi diri mereka sendiri.

 

Ingat, mariam mempunyai anak lain yang boleh tinggal bersamanya. Tetapi apabila kita rujuk setiap seorang yang melambangkan dua pihak pada perjanjian Allah, kita lihat bahawa mereka akan dipasangkan dan hidup bersama. Perjanjian pertama sudah selesai. Ia akan dipasangkan dengan perjanjian yang kedua.

 

Ibu Kristus tidak meminta bantuan dari orang lain pada ketika perkahwinan itu. Dia tidak meminta orang lain datang dan membantu. Hanya mereka yang ada disana untuk melayan yang telah dipilih untuk bertugas. Mereka yang menuruti Allah dan anakNya Yesus Kristus digambarkan di dalam Alkitab sebagai hamba-hamba. (2 Tar 24:9; Tit 1”1; Yud 1:1; Yak 1:1; 2 Pet 1:1). Kerana tujuan kita adalah untuk melayani, bukan untuk dilayani.

 

1Korintus 4:1 Ini adalah cara bagaimana seseorang menghormati kita, sebagai hamba-hamba Kristus dan pelayan-pelayan kepada rahsia-rahsia Allah

 

Dia menggunaka orang yang lemah dan dasar duni ini untuk memalukan yang kuat (1 Kor 1:27).

 

Kita, Jemaat, terus berbakti dan menuruti Satu Allah yang Benar, Eloah, memlihta Sabat-sabatNya, Bulan-bulan baru dan hari-hari kudus (lihat karya tulis Hari-hari Kudus Allah (No. 97)). Kita tidak diberikan kuasa untuk membuka hukum-hukum Allah dan menggantikan Eloah, Allah yang Maha Kuasa, dengan Tuhan tritunggal (lihat kary tulis Allah yang kita Sembah (No. 2) dan Hukum yang Utama dan Terutama (No. 252)).

Ayat 6: Di situ ada enam tempayan yang disediakan untuk pembasuhan menurut adat orang Yahudi, masing-masing isinya dua tiga buyung. 

 

Tradisi orang Yahudi memerlukan beberapa jenis upacara pembasuhan. Orang Yahudi yang ketat membasuh tangan mereka sebelum makan, di antara, dan selepas makan. Upacara ‘pembersihan’ ini berlanjutan bukan sahaja membasuh tangan seseorang, tetapi juga membasug cawan seseorang dan kendi (Mar 7:3-4).

 

Bekas air adalah untuk menyimpan air. Orang digambarkan seperti kendi air di dalam Alkitab (Yes 66:20). Enam kendi air dari batu ini mungkin mewakili manusia, kerana enam mewakili jumlah manusia. Diperbuat dari batu boleh menggambarkan kepada fakta bahawa dengan menurut tradisi yang dibuat oleh manusia, hati kita akan menjadi keras, sama seperti batu.

 

Kristus memperluaskan konsep ini apabila dia menyangkal orang Farisi. Kristus mengajar bahawa kita harus membersihkan ‘bahagian dalam cawan’ dahulu supaya bahagian luar juga bersih (Mat 23:26). Cawan ini digunakan supaya ia adalah alat yang boleh menyimpan air, dan oleh kerana itu digambarkan sebagai kendi.

 

Nabi Yehezkiel bercakap tentang transformasi kendi-kendi ini dengan hati-hati batu, ke dalam kendi yang dipenuhi dengan Roh Kudus Allah, bersama dengan matlamat yang jujur untuk memelihara perkataan Allah.

 

Yehezkiel 36:25-26 Aku akan mencurahkan kepadamu air jernih, yang akan mentahirkan kamu; dari segala kenajisanmu dan dari semua berhala-berhalamu Aku akan mentahirkan kamu.  26 Kamu akan Kuberikan hati yang baru, dan roh yang baru di dalam batinmu dan Aku akan menjauhkan dari tubuhmu hati yang keras dan Kuberikan kepadamu hati yang taat. 27 Roh-Ku akan Kuberikan diam di dalam batinmu dan Aku akan membuat kamu hidup menurut segala ketetapan-Ku dan tetap berpegang pada peraturan-peraturan-Ku dan melakukannya.

 

Yehezkiel sedang bercakap tentang curahan pembersihan oleh Roh Kudus. Kita akan diberikan hati yang baru, supaya kita akan menuruti hukum-hukum Allah. Hukum-hukum Allahm, yang mana telah ditulis di atas batu, akan dituliskan di dalam hati (@ Kor 3:3).

 

Kita akan membersihkan tangan kita yang kotor, dan memurnikan hati kita.

 

Yakubos 4:8 Dekatlah dengan Allah dan Dia akan berada dekat dengan kamu. Bersihkan tanganmu, dosamu; dan sucikan hatimu, akal fikiran kamu yang kotor

 

Kendi pemurnian masih digunakan pada hari ini. Kita harus boleh melihat bahawa kita adlah kendi air Allah yang Maha Tinggi. Sekiranya kita menurut kepada perayaan-perayaan keagamaan kafir, yang ditubuhkan oleh manusia, seperti perayaan Krisman dan Paskah hari minggu, maka kita akan menjadi sama seperti orang Farisi. Keprihatinan kita adalah hanya untuk membersihkan diri kita secara luaran, dari luar, kelihatan semuanya berpegang kepada upacara-upacara ini, ‘tidak patuh kepada hukum-hukum Allah, dan berpegang kepada tradisi manusia’ (Mar 7:8).

 

Kita harus lebih prihatin terhadap pembersihan hati kita melalui penurutan hukum-hukum Allah dalam semua kebenaran.

 

1Petrus 1:22 Oleh kerana kamu telah menyucikan dirimu oleh kesetiaan kepada kebenaran, sehingga kamu boleh mengamalkan kasih persaudaraan yang tulus ikhlas, hendaklah kamu bersungguh-sungguh saling mengasihi dengan segenap hatimu.

 

Kita harus bertanya kepada dir kita, “Adakah kita masih membersihkan di sebelah luar, dan memelihara hukum-hukum Allah? Adakah kita masih memelihara perayaan-perayaan dan hari-hari kebaktian kerana tradisi yang telah ditubuhkan oleh manusia, yang dianggap berada di bawah nama Allah atau agama? Adakah kita menuruti Allah dalam kebenaran? Adakah kita mempunyai kasih yang ikhlas terhadap saudara-saudara kita? Adakah hati  kita suci?

 

Dunia ini menjadikan kita jauh dari Allah. Kita harus berfikir tentang pertobatan kita dari perayaan kafir dan berfikir untuk dibaptiskan, untuk membuka dosa-dosa kita (Kisah 22:16).  Mereka yang dibaptiskan harus terus memurnikan hati mereka dalam penurutan hukum-hukum Allah. Dengan mendekati dir kita kepada Allah, Dia akan mendekati diri kita (Yak 4:8).

 

Ayat 7: Yesus berkata kepada pelayan-pelayan itu: "Isilah tempayan-tempayan itu penuh dengan air." Dan merekapun mengisinya sampai penuh. 

 

Sekarang Kristus hanya berkata kepada hamba-hamba, kerana mereka mewakili Jemaat. Dia memerintah kita untuk mengisi kendi air. Kita mungkin menganggap bahawa Kristus memberitahu kita untuk mengisi air untuk semua bangsa, yang kita fahami adalah perkataan Allah. Jadi kendi air, yang telah diisi dengan air bagi pembasuhan tangan dan cawan melambangkan pembersihan bangsa-bangsa melalui firman (Ef 5:26).

 

Ibrani 10:22 marilah kita menghadap Allah dengan hati yang tulus ikhlas dan dengan keyakinan iman yang teguh oleh kerana hati kita telah dibersihkan dari hati nurani yang jahat dan tubuh kita telah dibasuh dengan air yang murni.

 

Ia adalah tugas kita untuk mengabarkan injil kepada semua bangsa, yang mana digambarkan dengan mengisi kendi air sehingga penuh. Tidak ada bangsa atau orang yang tidak mandapat manfaat dari pengorbanan Kristus, kecuali dari golongan Nephilim (lihat karya tulis Golongan Nephilim (No. 154)).

 

Kita semua mempunyai tugas yang harus dilakukan, dan kita harus melaksanaknnya dengan sempurna. Kita mempunyai Allah yang setia. Kita akan dipimpin langkah demi langkah. Mukzijat tidak akan terjadi sekiranya hamba-hamba itu tidak menurut, atau melakukan apa yang disuruh untuk mereka lakukan. Mereka mungkin tidak percaya hasilnya, atau membiarkan keraguan menghantui hati mereka. Boleh dikatakan bahawa kita adalah mukzijat yang sedang berlangsung. Kita telah dipenuhi dengan roh Allah. Pada ketika kita berhenti menyembah Satu Allah yang Benar, tidak beriman kepada anakNya, pada ketika itulah  mukzijat itu akan berhenti berlaku.

 

Ayat 8: Lalu kata Yesus kepada mereka: "Sekarang cedoklah dan bawalah kepada pemimpin pesta." Lalu merekapun membawanya. 

 

Kristus telah menukar air itu menjadi wain. Kita tahu bahawa Kristus adalah wain dan kita, kepunyaannya, adalah cabang-cabang (Yoh 15:1-11). Terdapat beberapa konsep dalam ayat ini yang menghubungkan perayaan perkahwinan. Kristus menukarkan  air di dalam kendi menjadi awin. Kita melihat dari ayat di atas bahawa Kristus adalag wain yang sebenarnya. Setiap cabang yang bersamanya akan menghasilkan buah. Dalam Yohanes 15:3 kita mendapati bahawa kita dibersihkan melalui perkataan Allah. Kita diberitahu untuk kekal tinggal di dalam Kristus. Kita sebagai cabang-cabangny “tidak boleh membuahkan buah dengan sendiri, kecuali ia tetap kekal di dalam pokoknya; tidak ada yang boleh, kecuali ia diam di dalam aku” (ayat 4). Dalam cara yang sama, hamba-hamba itu tidak boleh menjadikan wain tanpa bergantung di dalam Kristus.

 

Sementara perkahwinan itu berakhir, yang menggambarkan akhir kepada zaman ini, hanya sebahagian kecil sahaja yang diambil untuk Pemimpin acara. Tuhan Allah “adalah tuan kita” (Yer 3:14). Hamba-hamba itu mewakili mereka yang memelihara kesaksian dan iman Yesus Kristus. Hamba-hamba telah diberitahu bahawa mereka ‘sekarang’ boleh mengambil dari kendi air. Ini ditujukan kepada kehidupan Kristus yang diserahkan, dan darahnya telah dicurahkan, bagi pembersihan dosa.

 

Roma 6:22 tetapi sekarang seudah kamu telah dimerdekakan dari dosa dan setelah kamu menjadi hamba Allah, kamu beroleh buah yang membawa kamu kepada pengudusan dan sebagai kesudahannya ialah hidup yang kekal.

 

Kita telah diberikan peluang untuk mengambil wain. Kita sebagai hamba, mempunyai satu peluang untuk datang mengadakan satu perhubungan dengan Allah dan anakNya. Kita harus tidak menolak peluang ini, tetapi mengambilnya dan pergi di hadapan Allah sebagai hamba-hamba Kristus (Gal 1:10; Kol 4:12; Rom 1:1) yang mana dia sendiri melayani Allah (Fil 2:5-8).

 

Ayat 9: Setelah pemimpin pesta itu mengecap air, yang telah menjadi anggur itu--dan ia tidak tahu dari mana datangnya, tetapi pelayan-pelayan, yang mencedok air itu, mengetahuinya--ia memanggil mempelai laki-laki,

 

Allah telah merencanakan perkahwinan dan menyediakan pengantin perempuan. Dia menggunakan perlambangan ini untuk menyampaikan keselamatan bagi umat manusia. Cawan itu diambil dari kendi air, yang melambangkan umat manusia muncul untuk mewakili Kristus sebagai yang pertama dari buah pertama dan juga menggabungkan mereka yang membentuk tubuh, yakni umat pilihan. Ini semua akan diambil dari dunia, dari pengorbanan Kristus, dan dituangkan sebagai air minuman kepada Allah yang Maha Tinggi.

 

Kita boleh mengambil pelajaran dari sini. Roh Allah tidak akan ditinggalkan di dalam kendi. Ia akan dibawa ke hadapan Allah, untuk dicuba. Kita menyerahkan diri kita kepada Allah, sebagai korban yang hidup. Kita diberikan talenta melalui Roh, yang tidak harus disia-siakan (Mat 25:14-30).

 

Allah tahu akhirnya sejak dari permulaan (Yes 46:10; Wah 1:8). Kita boleh mengambil dari sini bahawa Bapa tidak memandang buluh. Setiap orang yang takut akan Dia dan hidup melalui firmanNya akan diterima dalam pandanganNya.

 

Hamba-hamba itu mengetahui dari mana wain itu datang. Sekiranya kita adalah hamba-hamba itu yang mengetahui, maka kita semua harus faham bahawa kita adalah bahagian dari tubuh Yesus Kristus, dan bahawa kita diselamatkan melalui campur tangan Yesus Kristus dan kurnia Roh Kudus. Kita diberi pemahaman bahawa terdapat mukzijat yang terlibat, dan bahawa Roh Tuhan adalah tubuh tersebut. Yang mana Roh Tuhan, yakni Roh kebenaran, memeteraikan Kristus dan memeteraikan kita semua, dan membuat kita sebahagian daripada tubuh itu. Kita menjadi sebahagian dari Allah, sama seperti Kristus sebahagian daripada Allah. Kita hidup di dalam Kristus, dan Kristus dan Allah Bapa hidup bersama. Kita semua mempunyai perhubungan. (Rujuk di dalam karya tulis Maksud Roti dan Wain (No. 100).

 

Ayat 10: dan berkata kepadanya: "Setiap orang menghidangkan anggur yang baik dahulu dan sesudah orang puas minum, barulah yang kurang baik; akan tetapi engkau menyimpan anggur yang baik sampai sekarang."

 

Allah Bapa membuat perbezaan di antara Dirinya dan bagaimana umat manusia berfikir dan beroperasi. Bapa di Sorga berfikir, beroperasi dan prihatin pada skala yang lebih besar daripada yang kita boleh bayangkan. Pemahaman Allah tidak terbatas (Maz 147:5). Bapa di Sorga adalah sempurna dalam pengetahuan (Ayub 37:16).

 

Menyediakan wain yang lebih baik di dalam majlis perkahwinan digambarkan di dalam Alkitab. Allah meramalkan dari kemuliaan kaabah pada masa-masa yang terkemudian.

 

Hagai 2:9 Kemuliaan kaabah ini akan lebih besar pada hari kemudian daripada kemuliaannya pada hari yang semula,’ firman Tuhan semesta alam.

 

Perkahwinan itu di dalam injil Yohanes berjajaran dengan perjanjian yang dibentuk oleh Allah dengan Abraham dan bagaimana ia berterusan bersama dengan Jemaat Allah. Kita sekarang memurnikan hati kita dalam penurutan kepada Allah. Allah telah menukar hati batu kita kepada hati di mana hukum-hukum ditulis.

 

Kita sekarang adalah anggota dalam tubuh Kristus. Sekiranya kita membaca yang dikatakan oleh Kristus dalam Yohanes 15:1-11 kita melihat bahawa ayat-ayat ini berhubungan dengan pernyataan perkahwinan di Galilia dan kepada Jemaat yang mengambil bahagian di dalam perjanjian Allah.

 

Yohanes 15:1-11 "Akulah pokok anggur yang benar dan Bapa-Kulah pengusahanya.  2 Setiap ranting pada-Ku yang tidak berbuah, dipotong-Nya dan setiap ranting yang berbuah, dibersihkan-Nya, supaya ia lebih banyak berbuah.  3 Kamu memang sudah bersih karena firman yang telah Kukatakan kepadamu. 4 Tinggallah di dalam Aku dan Aku di dalam kamu. Sama seperti ranting tidak dapat berbuah dari dirinya sendiri, kalau ia tidak tinggal pada pokok anggur, demikian juga kamu tidak berbuah, jikalau kamu tidak tinggal di dalam Aku. 5 Akulah pokok anggur dan kamulah ranting-rantingnya. Barangsiapa tinggal di dalam Aku dan Aku di dalam dia, ia berbuah banyak, sebab di luar Aku kamu tidak dapat berbuat apa-apa.  6 Barangsiapa tidak tinggal di dalam Aku, ia dibuang ke luar seperti ranting dan menjadi kering, kemudian dikumpulkan orang dan dicampakkan ke dalam api lalu dibakar.  7 Jikalau kamu tinggal di dalam Aku dan firman-Ku tinggal di dalam kamu, mintalah apa saja yang kamu kehendaki, dan kamu akan menerimanya. 8 Dalam hal inilah Bapa-Ku dipermuliakan, yaitu jika kamu berbuah banyak dan dengan demikian kamu adalah murid-murid-Ku." 9 "Seperti Bapa telah mengasihi Aku, demikianlah juga Aku telah mengasihi kamu; tinggallah di dalam kasih-Ku itu. 10 Jikalau kamu menuruti perintah-Ku, kamu akan tinggal di dalam kasih-Ku, seperti Aku menuruti perintah Bapa-Ku dan tinggal di dalam kasih-Nya. 11 Semuanya itu Kukatakan kepadamu, supaya sukacita-Ku ada di dalam kamu dan sukacitamu menjadi penuh.

 

Aktiviti-aktiviti Yesus Kristus di dalam inkarnasi tidak membuka perjanjian Allah yang dibuat dengan Israel. Kristus memperbaharui perjanjian itu dan membuat sistem interaksi yang baru dan lebih tinggi yang boleh dikecapi oleh umat manusia melalui aktiviti-aktiviti Roh Kudus. Kita, melalui penurutan kepada perjanjian Allah, boleh menyediakan diri kita, sebagai mempelai perempuan, bagi perkahwinan dengan domba (Wah 19:7).

q