Jemaat-jemaat Allah Al Masehi

[055]

 

 

 

 

 

Pertanyaan Lazim dalam Islam

(Edisi 1.0 20080612-20120121)

 

Semua ini merupakan kekunci-kekunci penting sekali dalam pengertian Quran. Sebab Jemaat dan fungsinya dielak oleh para pengulas Hadis, erti Koran (Qur’an) diremehkan dan disalah tanggap supaya para pengikut Islam tidak mendapat apa-apa pengertian sebenar daripadanya.

 

 

 

Christian Churches of God

 

PO Box 369, WODEN ACT 2606, AUSTRALIA

E-mail: secretary@ccg.org

 

(Hakcipta © 2008, 2012 Wade Cox dengan input oleh Jean-Alphonse Armand)

(tr. 2012)

 

Karya tulis ini boleh disalin semula dan didistribusikan secara bebas dengan syarat ia disalin semuanya tanpa apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat penerbit serta notis hakcipta harus disertakan.  Sebarang bayaran tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima salinan yang didistribusikan.  Petikan-petikan ringkas daripadanya boleh dimasukkan ke dalam artikel-artikel kritis dan karya ulasan tanpa melanggar undang-undang hakcipta.

 

Karya ini boleh didapati daripada Internet di:
http://www.logon.org dan http://www.ccg.org

 

Pertanyaan Lazim dalam Islam

 

 


 


Nabi yang dipanggil Muhammad

 

P1. Apakah nama sebenar Nabi ini bagi orang Arab?

J. Menjelang abad keenam Jemaat Pemelihara Sabat Tuhan di Timur tersebar dari hulu Nil sampai Arabia dan Asia Kecil hingga India dan Timur Tengah. Dari tahun 610 seorang mualaf Kristian Monofisit dibangunkan dan dididik sebagai imam. Dia bernama Qasim bin ‘Abdullah, bin ‘Abdul-Muttalib bin Hashim daripada kumpulan suku Hashim iaitu kakeknya. Dia menjadi mualaf Kekristianan Pemelihara Sabat (lihat juga naskah Keturunan Abraham Bahagian III: Ismael (No. 212C)).

 

Tidak lama kemudian keinginannya yang sungguh-sungguh untuk mencari kebenaran dalam Kitab Suci menarik perhatiannya kepada masalah-masalah dengan doktrin Nasaari Monofisit, yang nampaknya menyanggah teks asal itu sendiri. Pada dasarnya Roh sudah mula memanggilnya melalui tabir, yang dipanggil “Evangelion”. Dia mencarikan Jemaat sebenar. Tulisan suci Purana dari India menyatakan bahawa dia kemudian dikenal Jemaat-jemaat Tuhan yang berpangkalan di situ. Muhammad Jemaat memanggilnya dalam mimpi, dan Rasul Arabia menerima penglihatan ketika meditasinya dalam gua. Ini menakutkan namun mengilhaminya. Dengan itu dia menjadi umat Unitarian Pemelihara Sabat dari Jemaat di situ di Arabia, dibaptiskan (sekali lagi) sebelum misinya. Sebab bukan keturunan Harun atau Lewi, dia dicangkokkan ke dalam AhlulBayt pengantin-pengantin Rasulullah sebagai seorang Nasraani Sabi (TheoSebes/QEO-SEBHS/sebovmenoi – Penyembah Tuhan) Mursal. Beberapa Hadis menyokong fakta bahawa dia menjadi seorang Sabi. Sebagai Mursal (Pengantin Rasulullah) dia menerima pengertian yang semakin banyak. Akhirnya, daripada baptisannya, dia diperkuatkan dalam Roh Kudus (Ahmed) dan mencapai keadaan Mahmoodan lalu menjadi Muhammad sebagai umat Kristian sejati dalam Jemaat-jemaat Tuhan.

 

P2. Dikatakan bahawa istilah Yang Terpuji (atau Ahmed) ialah salah satu nama Nabi ini, sebagai rujukan dirinya sendiri, namun ini ialah rujukan kepada Roh atau Penghibur, dan sesetengah mengatakan ini bermaksud kedua-duanya dan membuktikan dukungan Nabi. Jadi, apakah Ahmad sebenarnya?

J. Umat Muslim pada umumnya tidak sedar bahawa Ahmed bukanlah nama Abu Qasim tetapi sebaliknya Roh Kudus, sebab mereka tidak membaca Alkitab, khususnya teks Yohanes dalam bahasa Aram (Aramaic).

 

Tentunya luar biasa jika Nabi tidak mengerti peranan Roh dan tidak mungkin dia akan cuba mengambil untuk dirinya peranan Roh itu.

 

Pada Surah 61:6 kita lihat bahawa Kristus dinyatakan rasul Tuhan. Khabar baik Ahmed adalah mengenai “Penghibur” yang diutus kepada Jemaat. Roh Kudus muncul menyampaikan kuasa Tuhan sebagai utusan atau penghibur Jemaat pada Pentakosta 30 CE, namun kuasanya disangkal atau dicemooh ramai. Teks itu merujuk kepada bahagian dalam Kisah bab 2 (lihat juga Kisah 8:11 dsb.). Hadis telah sengaja mengaburkan pemahamannya.

 

P3. Tahukah kita keturunan sebenar Nabi itu?

J. Keturunannya ialah Ismael kepada Kinana kepada Quraish, kepada Hashim kepada Qasim (lihat Muslim 2/245; Tirmidhi 2/201). Dia kemudian disalah panggil sebagai Muhammad yang tidak pernah menjadi namanya tetapi sebaliknya satu gelaran untuk badan Jemaat Tuhan.

 

Nabi ini terpengaruh oleh suku bapanya dan beberapa orang sezamannya di Mekah, Madinah dan Taif, yang telah menjadi monoteis. Jadi, mereka dapat menampung sesetengah daripada bentuk-bentuk Monofisit bukan-Trinitarian dalam Kekristianan, tetapi bukan bentuk-bentuk Trinitarian Athanasia, yang telah mempengaruhi pemujaan santo (orang kudus) dan relik sesuai dengan animisme Kasdim. Mereka telah menerima pakai pemujaan suatu ilah, “Maria,” dalam bentuk-bentuk kultus Ibu dewi, yang diperolehi di Arabia daripada Astarte dan berkait dengan Matahari sebagai entiti feminin dalam sesetengah misteri (lihat naskah Mistikisme Bab 5 Islam (No. B7_5)

).

 

P4. Kita lihat dan dengar di mana-mana, dalam pers dan dalam kehidupan sehari-hari, rujukan-rujukan kepada “nabi Islam, Muhammad” atau Mahomet atau Mohammed, dsb. Bukankah “MAHOMET” bermakna dia yang tidak terpuji daripada peniadaan yang diberikan oleh awalan “ma”? Sebaliknya, “MUHAMMAD” bermakna dia yang layak dipuji. Bolehkah anda jelaskan kontradiksi ini?

J. Muhammad ialah agama Ketuhanan itu (lihat Surah 48:29) iaitu, gambar-gambar Allah Maha Esa melalui Roh Tuhan. Muhammad ialah meterai nabi-nabi menurut Surah 33:40. Nama pengkhotbah tersebut haruslah jangan dikelirukan dengan penggunaan istilah Muhammad sebab ini hanya satu meterai atau gelaran.

 

Muhammad pada mulanya bukanpun satu nama. Perkataan Muhammad sama dengan makna jamak: orang-orang yang dianjurkan. Kita boleh lihat bahawa makna gelaran Muhammad sebenarnya seerti dengan apa saja gelaran yang dapat diberikan kepada orang-orang yang paling diberkati di kalangan Hasil-hasil Sulung.

 

Muhammad (Surah 3:144, 33:40, 47:2, 48:29) dan Mahmoodan (Surah 17:79) pastinya menyatakan satu hubungan kepada Ahmed, tetapi mungkin mempunyai nuansa yang berbeza dengan apa yang kita jangkakan sebagai perkataan-perkataan yang tidak mempunyai padanan tepat dalam bahasa Inggeris.

 

P5. Ada mengatakan bahawa Perjalanan Malam Nabi yang membawanya ke Yerusalem, kemudian ke Firdaus, merupakan satu visi. Apakah erti sebenar Perjalanan Malam itu?

J. Hadis telah mengubah satu teks dalam Quran dalam Surah 17:1 yang mana nabi itu menuntut bahawa dia mendapat visi di mana dia dijalankan pada waktu malam dari “Masjidilharam” (ditafsir sebagai Mekah) ke “Masjid Al-Aqsa” (ditafsirkan sebagai Gunung Bait di Yerusalem). Visi ini adalah untuk tujuan memperlihatkan tempat Bani Israel dalam Kitab Suci. Tradisi Hadis menuntut bahawa ini adalah di atas kuda bersayap “Buraq” dan dari situ nabi dibawa ke syurga dan kembali. Pemahaman asalnya adalah seperti yang digambarkan dalam terjemahan Pickthall dalam pendahuluan kepada Surah itu, yang mana difahami dia telah dibawa atas kuda syurgawi melalui tujuh langit ke hadirat Tuhan dalam visi, sama seperti bagaimana Paulus dan Yohanes menulisnya dalam Perjanjian Baru.

 

Banyak omong kosong dibicarakan tentang 27 Rajab. Malah sesetengah pengulas AS menuntut bahawa pada tanggal ini nabi naik dari masjid Al Aqsa ke syurga, yang mustahil secara alkitabiah dan teologi dalam kedua-dua sistem.

 

Islam

 

P1. Kita tahu bahawa umat Muslim menyembah satu Tuhan tetapi apakah agama mereka? Adakah Quran dimaksudkan untuk membentuk dasar satu agama baru?

J. Kumpulan yang dipanggil “Muhammad” membentuk jemaat sebagai Menyerah kepada Tuhan atau Al Islam. Hanya ada satu agama dan satu sistem ibadah dan itu ialah Islam yang disampaikan kepada Nuh dan Abraham dan Ishak dan Yakub dan kepada Musa dan Harun, dan kepada nabi-nabi dan kepada Kristus kepada Qasim dan jemaat iaitu “Muhammad” dan seterusnya melalui Jemaat-jemaat Tuhan sampai sekarang. Quran memberikan urutan otoritas itu dalam Surah 37 As-Saaffaat “Mereka yang Berbaris.”

 

Ketika iman ini diserang oleh kedua-dua umat Trinitarian dan Yahudi di Arabia, nabi Qasim, dan jemaat yang dipanggil “Muhammad”, dibangunkan di Arabia daripada umat Kristian Unitarian di situ, untuk menangani doktrin-doktrin palsu yang menyerang Kesatuan Tuhan dan segala amalan palsu yang diperkenal umat Trinitarian. Qasim dan Sidang Penatua menyediakan penjelasan kedoktrinan Alkitab memberikan kepimpinan kepada suku-suku padang gurun.

 

Di bawah Qasim mereka mendidik suku-suku Arab ke dalam Badan Kristus dan mendirikan badan jemaat di bawah dua belas itu. Ini ialah Muhammad. Mereka harus menentang monarki Yahudi atas suku-suku Arab dan kaum kafir yang bersekutu dengan mereka. Qasim diganti oleh empat Khalifah Berpedoman Benar atau waris. Kemudian sistem itu dihancurkan oleh golongan “mualaf” yang sebenarnya kaum kafir Arab yang menyusun satu sistem palsu dipanggil Hadis dan merosakkan makna dan struktur tulisan-tulisan yang disusun sebagai catatan jemaat Arab. Pembunuhan Ali dilakukan untuk memastikan penindasan iman benar dalam Arabia. Lihat naskah Pendahuluan kepada Komentar mengenai Qur’an (Q1).

 

P2. Kebanyakan umat Muslim merujuk kepada agama mereka sebagai Al Islam. Apakah makna Al Islam?

J. Alislam, bermakna Penundukan atau Penyerahan, ialah istilah yang digunakan untuk merujuk kepada sistem agama itu dan secara efektif menjadi nama agama itu. Bagaimanapun, ini sebenarnya nama sistem hukum atau Din (Surah 3:19, 85; 5:3; 61:7-9). Iman Benar ialah istilahnya. Dalam Perjanjian Baru ini ialah sekte yang dipanggil Jalan atau Iman yang Disampaikan kepada Orang-orang Kudus dari Semula dan itulah pengertian yang digunakan dalam Surah 61:7-9. Jelas daripada penggunaan dalam Quran, dan dibandingkan dengan Perjanjian Baru, bahawa KRISTUS ialah perwujudan agama kita sebagai pernyataan Tuhan kepada Mariam, ibunya. Dalam surat-surat Paulus contohnya kita baca Kristus adalah Kekristianan. Umat Kristian merupakan pengikut Kristus bukan pengikut Kekristianan. Agama itu juga dipanggil “Peringatan akan Allah” dan Kebenaran. Kesaksian Yesus ialah “Roh Nubuatan”. Terdapat satu lagi aspek yang nampaknya diterapkan juga seperti tercermin dalam Jibril (Surah 2:97). Jibril kadangkala salah dipanggil sebagai Roh Ameen (Surah 26:193) atau Roh Kebenaran, iaitu Roh Kudus (lihat Yoh. 14:17, 15:26, 16:13). Malaikat Tuhan muncul di depan Yohanes di Patmos sebagai seorang yang serupa anak manusia (Wahyu 1:13). Sesudah inkarnasi Kristus makhluk ini dikenal pasti sebagai Jibril, Malaikat kepada Para Nabi dan Jemaat (Dan. 8:15-12:13), serta kepada Rasul Arabia dalam gua.

 

P3. Saya seorang Muslim dan bersebab untuk membaca dengan teliti apa yang tertulis dalam Perjanjian Lama – sebab ia amat menyerupai banyak cerita dalam Qur’an. Saya tidak tahupun di mana hendak mula dengan Perjanjian Baru. Siapakah orang-orang yang menulisnya? Berapa tahunkah mereka hidup selepas Yesus? Pada dasarnya adakah semua Kristian memberi kepentingan sama kepada Perjanjian Lama dan Baru? Saya bertanya kerana ramai mualaf meminta supaya informasi ini diperjelaskan sesudah mereka menjadi Muslim. Rasanya kami ingin agama ditempatkan ke dalam perspektif sejarah tertentu.

J. Jawapannya juga boleh ditemui dalam Quran. Ketika Perjanjian Baru ditulis, Kitab Suci merupakan Perjanjian Lama. Perjanjian Baru ialah penjelasan tujuan nubuat Perjanjian Lama. Jadi, ia adalah komentar, sebagaimana Quran juga komentar, mengenai Hukum Tuhan.

 

Perjanjian Lama dijelaskan oleh Perjanjian Baru, dan Quran tidak boleh difahami tanpa Alkitab kerana ia adalah komentar korektif mengenainya. Hanya ada satu Al Islam dan ia disampaikan dari semula dan semua orang wajib mentaati hukum-hukum Tuhan yang hidup, Eloah atau Allah’. Anda tidak mungkin menjadi Muslim sejati jika tidak memelihara Sabat.

 

Daripada Surah: Mereka yang berbaris, kita lihat bahawa Wahyu Tuhan telah disampaikan daripada Adam kepada Nuh, dan kepada Abraham dan Ishak dan Yakub, dan kepada Musa dan Harun, dan kepada Kristus serta Para Nabi. Jadi, istilah menyerah diterapkan kepada Musa, Kristus dan Nabi dalam Perjanjian Lama dan Baru serta Quran.

 

Muhammad, sebagai Qasim dan Para Penatua, dan Empat Khalifah Berpedoman Benar mengerti Al Islam. Sesudah itu, ia merosot daripada kemurnian iman awalnya.

 

P4. Bila dituntut bahawa: “Hanya Islam agama yang diterima oleh Tuhan”, ada mengatakan terjemahannya yang lebih baik ialah: “Hanya ketundukan diterima oleh Tuhan”. Mana satu yang betul?

J. Islam ialah penyerahan kepada Tuhan. Jika anda tidak menyerah kepada Tuhan dan mematuhi segala perintahNya maka anda bukan Islam, tidak kira betapa banyak anda protes. Anda keldai yang sarat dengan kitab-kitab emas, tidak memahami apa-apa.

 

Mereka yang mentaati segala perintah Tuhan dan iman atau kesaksian Yesus Kristus ialah umat pilihan (Wahyu 14:12; 12:17).

 

P5. Dalam hati nurani kolektif, perkataan Jihad bermakna Perang Suci. Bolehkan anda jelaskan kepadaku makna tepat istilah ini?

J. Ini tiada kaitannya dengan suatu Perang Suci (lihat Surah 2:218; 3:142; 8:72,74; dsb.). Umat pilihan terbabit dalam pertempuran melawan dosa pada dua bidang. Kita harus bertempur melawan keinginan daging kita sendiri (1Pet. 2:11) dan juga harus melawan pencipta dosa, Setan si Iblis (lihat naskah Langkah-langkah Mengatasi Dosa (No. 11)). Umat pilihan dipanggil untuk mengatasi (Wahyu 2:7; 3:12; Surah 9:19,20), tetap dalam jalan Tuhan.

 

Qur’an (Koran)

 

P1. Bolehkah anda jelaskan apa makna perkataan Qur’an dan siapa menulisnya?

J. Quran (maksudnya “Kompilasi” atau “Repertoir”) hanya satu kompilasi ratusan wahyu yang sampai melalui nabi-nabi Jemaat selama bertahun-tahun. Asosiasi itu adalah sebab kenapa sesetengah tradisi mengatakan Rasul Arabia merupakan seorang Sabi. Sabiyah ialah nama Arab bagi orang Israel yang bukan keturunan dan bukan anggota penganut penuh Nabi; ini hanya merujuk kepada mereka yang dicantumkan ke dalam Jemaat melalui baptisan, tetapi kadang-kadang dikatakan merujuk kepada para pengikut Yohanes Pembaptis. Bagaimanapun, pernyataan terakhir ini mustahil daripada kesaksian Kitab Suci dan sejarah Jemaat. Sabiyah merujuk kepada Jemaat Pemelihara Sabat Roh Kudus. Semua wahyu ini dikompilasi menjadi satu buku di Arabia, mungkin di bawah Usman.

 

P2. Kebanyakan umat Muslim saat ini mengatakan bahawa kitab sejati dan asli Tuhan ialah Qur’an bukan Alkitab, dan bahawa Alkitab yang kita ada hari ini sudah korup. Adakah kebenaran dalam pernyataan bahawa teks Taurat dan/atau Injil telah dipalsukan?

J. Qur’an menyuruh para pengikutnya untuk menghiraukan tulisan-tulisan Alkitab termasuk Injil dan segala tulisan yang membentuk kanon Kitab Suci Kristian yang diterima (Surah 5:68). Tiada yang boleh menuntut dirinya pengikut Islam dan mengabaikan ajaran-ajaran Alkitab, seperti yang akan kita lihat daripada kata-kata Quran sendiri.

Islam moden berpura-pura bahawa kitab-kitab yang dibaca Nabi tidak sama dengan apa yang masih ada hari ini dan dengan itu mereka tidak perlu menurut perintah Nabi dalam mempelajari Taurat dan tulisan-tulisan yang membentuk Perjanjian Baru. Alkitab telah dilindungi oleh Tuhan seperti yang kita tahu dengan pasti daripada penemuan-penemuan dalam Gulungan Laut Mati serta dokumen-dokumen kuno sejarah. Mereka yang menuntut bahawa Alkitab telah hilang mencemari nama dan kuasa Tuhan Maha Esa Eloah ata Allah’.

Kita harus melaksanakan dan memelihara apa yang Tuhan perintahkan. Ini tidak boleh dilakukan dengan mendakwa bahawa kedua-dua Perjanjian Lama dan Baru telah diubah sehingga kita tidak tahu apa kata teks-teks asalnya, seperti dibuat Islam Moden. Gulungan Laut Mati membuktikan bahawa kita mempunyai tulisan-tulisan sama tepat sekarang seperti apa yang wujud sebelumpun lahirnya nabi Qasim dan kumpulan bergelar ‘Muhammad’. Qur’an tidak boleh difahami secara berasingan daripada Alkitab. Hanya dengan memiliki pengertian hukum dan kesaksian para nabi Perjanjian Lama dan Baru barulah Qur’an dapat difahami dengan betul. Itulah sebab kenapa nabi sendiri memerintahkan pembacaan Kitab Suci.

 

P3. Adakah Qur’an benar-benar Firman Allah Maha Esa?

J. Quran ialah komentar mengenai Kitab Suci dan meneguhkan Kitab Suci menurut Hukum dan Kitab Para Nabi dan Para Rasul yang mendahuluinya. Ia merincikan masalah-masalah yang jemaat di Arabia hadapi dengan suku-suku Yahudi yang cuba membasmi Kekristianan, dan yang menggunakan orang kafir Arab untuk membantu mereka.

 

Mereka yang tidak mengikuti Kitab Suci dan menggunakan Quran untuk menyesatkan Hukum dan Kesaksian ialah guru palsu dan Allah mengadili mereka. Mereka telah menghancurkan Islam sebagaimana golongan Trinitarian menghancurkan Kekristianan dan para Rabbi menghancurkan Yudaisme.

 

Quran harus dibaca bersama dengan Alkitab dan diikuti dengan Hukum Tuhan. Seseorang tidak boleh membaca Quran secara berasingan daripada seluruh Alkitab dan mendapat pengertian. Itu sebabnya kenapa para Imam atau guru dalam Islam mengetahui amat sedikit dan mengajar bahawa diizinkan untuk berbohong untuk mendapatkan mualaf atau menyerang agama Kristian. Berbohong bererti meruntuhkan Hukum Tuhan dan Perintah Kesembilan.

 

P4. Apakah bezanya antara Quran dan Sunnah? Adakah Sunnah hanya satu penafsiran Qur’an?

J. Sunnah Allah secara menyeluruh adalah Taurat, Mazmur, Injil dan Kitab-kitab Para Nabi. Semua ini dipanggil Tawrat, Zabur, Injil dan Sahaif masing-masingnya. Dalam kata lain, seluruh Kitab Suci.

 

Jika anda tidak membaca Alkitab anda tidak dapat memahami Quran. Quran tidak boleh dipisahkan daripada Alkitab. Semua tuntutan sedemikian dibuat agar Islam dapat dikaburkan dan iman disesatkan.

 

Malah umat Muslim moden menyatakan bahawa Alkitab, yang boleh didapati sehingga dan pada 632 CE bagi Nabi dan iman itu, telah hilang. Mereka berbuat demikian agar mereka dapat mengabaikan Alkitab dan dengan itu mengkorupsikan iman ini. Nabi memanggil guru palsu sebegitu keldai yang sarat dengan kitab-kitab emas. Mereka membawanya dengan patuh namun tidak mengerti apapun yang tertulis di dalamnya.

 

P5. Adakah perbezaan antara Alkitab dan Qur’an?

(Nota: Alkitab diwahyukan kepada lebih 40 nabi selama 1,500 tahun. Qur’an dikatakan diwahyukan kepada seorang nabi saja dalam 33 tahun dan ini palsu seperti yang kita lihat di atas.)

J. Orang-orang yang menuntut sebagai Muslim sekarang mengatakan bahawa Alkitab telah hilang dan apa yang ada bukanlah Taurat asal yang disebutkan dalam Quran. Mereka mendasarkan tuntutan palsu ini pada satu fiksi yang diperkenalkan dalam Kekhalifahan kemudian berkenaan kehilangan ini dalam Kekhalifahan dan sesudah itu para pemalsu ini bukan main merujuk balik kepada teks dalam Yeremia 8:8, yang memarahi para ahli Taurat dalam zamannya kerana mengganggu teks. Dengan cara sama golongan Trinitarian mengelak Alkitab dengan tuntutan-tuntutan mengenai tulisan-tulisan Paulus, dan banding kepada Gnostikisme Antinomian, dan mereka memelihara tradisi-tradisi Kultus Matahari dan Misteri. Kedua-dua sistem berdasar pada kebohongan dan tiada kaitan dengan hukum Tuhan dan akan menyebabkan perang dunia.

 

Quran mempunyai pesan yang amat jelas mengenai Alkitab atau Kitab Suci dan Hukum dan Perjanjian. Quran meneguhkan pesan Alkitab dan Hukum dan Kesaksian dan Perjanjian Tuhan. Tiada yang mengaku Muslim boleh menganuti Iman ini tanpa kepatuhan kepada Kitab Suci dan Hukum Tuhan dalam baptisan dan badan Jemaat Tuhan.

 

Quran ialah komentar mengenai Kitab Suci yang ditulis oleh para pemimpin Jemaat-jemaat Tuhan pada abad ketujuh Era Semasa di Arabia. Ia akan dibentangi dan dijelaskan dalam hubungannya kepada Kitab Suci. Hubungan teks-teks itu cukup mendalam. Mereka memiliki tempat mereka dalam sejarah Jemaat, sebagaimana surat-surat para rasul dalam sejarah Jemaat dalam abad pertama.

 

P6. Daripada Surah 2:4-6, 41-42, 89-91, 101 dan 136, bolehkah kita nyatakan bahawa apa yang Ahli Kitab (Orang-orang Kitab) miliki, dalam zaman Nabi, dianggap benar-benar asli oleh Qur’an?

J. Keluarga nabi memiliki teks-teks Alkitab. Kita tahu bila teks-teks ini ditulis dan kita tahu bahawa teks-teks itu semuanya betul. Gulungan Laut Mati menunjukkan kita teks apakah yang dimiliki orang-orang di Timur Tengah dan jemaat serta para petugasnya, dan bahawa teks-teks ini sama seperti pada zaman Kristus dan bahawa Eloah tidak berubah. Fiksi diperkenalkan bahawa teks asal telah hilang di bawah Kekhalifahan kemudian untuk mengelak daripada memelihara hukum itu. Mereka terpaksa menyatakan bahawa Qasim dan Muhammad memiliki teks-teks betul sebab jika tidak dia hanya seorang yang tak mengetahui kerana Quran merujuk kepada Ahli Kitab dan menuntut bahawa jika ada apa-apa keraguan berhubung Kitab Suci mereka harus ditanya sebagai pengadil akhir.

 

Perjanjian Baru (PB) ditulis oleh orang-orang jemaat abad pertama. Para rasul Matius dan Yohanes menulis injil mereka, dan murid-murid Markus dan Lukas menulis kitab masing-masing. Segala tulisan Paulus adalah asli dan Kitab Ibrani dikatakan telah dimulakan oleh Paulus dan disiapkan oleh seorang murid lain, mungkin Barnabas. Yohanes diterima sebagai penulis injil, surat-surat dan Wahyu yang disampaikan kepadanya ketika Tuhan menyampaikannya kepada Mesias.

 

Sejarah kanon ini diperincikan dalam naskah Alkitab (No. 164). Itu akan memberi anda perincian lebih. Ahli (Orang-orang) Kitab asal masih ada, tetapi mereka adalah minoritas. Ada tertulis: “Dan sesungguhnya Kami telah mendatangkan Al Kitab (Taurat) kepada Musa, dan Kami telah menyusulinya (berturut-turut) sesudah itu dengan rasul-rasul, dan telah Kami berikan bukti-bukti kebenaran (mukjizat) kepada Isa putra Maryam [salah dipanggil Maria oleh Trinitarian] dan Kami memperkuatnya dengan Ruhulkudus. Apakah setiap datang kepadamu seorang rasul membawa sesuatu (pelajaran) yang tidak sesuai dengan keinginanmu lalu kamu angkuh; maka beberapa orang (di antara mereka) kamu dustakan dan beberapa orang (yang lain) kamu bunuh?” (Surah 2:87).

 

P7. Nampaknya ada perbezaan penting antara Alkitab dan Qur’an. Orang telah menyimpulkan daripada ini bahawa adalah perlu untuk menolak satu dan mendukung yang satu lagi, atau mengambil sedikit daripada satu dan menggabungkannya dengan sedikit daripada yang satu lagi. Apa pendapat anda tentang ini?

J. Bila diterima dan dibaca secara berasingan, Quran, seperti Perjanjian Baru, boleh diputar belit dan ini pasti menjadi sumber perpecahan, kebencian, penganiayaan dan perang. Bila ketiga-tiga kitab dibaca bersama, seperti yang sepatutnya, pemahaman menjadi mungkin dan muncul rencana keselamatan lengkap yang tidak dapat disalahtafsirkan.

 

Quran hanya satu lagi elemen Jemaat Perjanjian Baru yang ditulis untuk orang Arab enam ratus tahun selepas PB Abad Pertama yang kini dalam Codex Alkitab.

 

P8. Apakah Qur’an telah berkembang dan/atau mengalami modifikasi selama berabad-abad?

J. Usman membakar apa saja bukti Jemaat yang bertentangan dengan rencananya dan bertindak sejauh mungkin untuk menipu “domba” satu langkah pada satu ketika tanpa disedari mayoritas. Bagaimanapun, pihak Ali tahu apa yang terjadi. Bila Usman meninggal Ali mengambil kuasa, namun para pengikut Usman telah menjadi kuat. Ali dibunuh dan akhirnya Jemaat terpaksa pergi ke bawah tanah lagi. Pembunuhan Ali dilakukan untuk memastikan penindasan iman benar di Arabia.

 

Ringkasan kisah ini diceritakan dalam naskah Pendahuluan kepada Komentar mengenai Qur’an (Q1).

 

Allah

 

P1. Apakah kodrat tuhan – Allah – umat Muslim? Adakah dia sama seperti Yahweh Kitab Suci?

J. Nama Yahovah (Yahweh) diterapkan kepada sekurang-kurangnya empat makhluk, tiga daripadanya malaikat atau utusan bagi Tuhan di Syurga pada waktu yang sama seperti yang kita lihat daripada contoh dengan Abraham dan Lot, dan kemusnahan di Sodom dan Gomora. Aspek-aspek ini telah diperiksa semuanya dalam naskah-naskah: Malaikat YHVH (No. 24); Nama-nama Tuhan (No. 116); Pra-Kewujudan Yesus Kristus (No. 243) dan Abraham dan Sodom (No. 91).

 

Ada berbagai nama untuk Tuhan dalam kedua-dua Alkitab dan Qur’an. Qur’an menggunakan nama Arab Allah’ yang berbentuk tunggal sepenuhnya dan tidak mengakui apapun kemajmukan. Ini ialah “kuasa” (atau Ilah) iaitu Tuhan.

 

Sesiapa yang tidak mengerti fakta bahawa hanya ada satu Tuhan Sebenar berada dalam bidaah. Seorang Unitarian Alkitabiah tidak menerima bahawa Yesus Kristus abadi bersama atau setara bersama dengan Eloah Bapa. Hanya ada satu ALLAH MAHA ESA dan Dialah Bapa segala sesuatu dan Dia telah mengutus Yesus Kristus (Yoh. 17:3). Memahami fakta itu adalah sangat penting untuk kehidupan kekal.

 

Allah’ ialah bentuk Arab bagi Eloah Tuhan Maha Esa yang memperluaskan diriNya untuk menjadi elohim melalui orang-orang yang dipanggilNya ke dalam sistemNya. Pemahaman nama Tuhan ini ialah ujian pemahaman dalam Roh Kudus. Orang Diteis atau Binitarian gagal ujian ini.

 

P2. Jika benar pengertian saya, umat Muslim menyembah Allah. Apakah hanya ini Allah mereka dan jika ya, bagaimana mereka mendapat nama ini untukNya?

J. Nama-nama Eloah dan Allah’ diperolehi daripada dua varian struktur bahasa sama.

 

Nama Arab, “Allah’” diperolehi daripada bahasa Aram Timur dan Kasdim yang lebih awal, “Elahh.” Ini berbentuk tunggal dan tidak mengakui kemajmukan. Dia ialah Tuhan Maha Esa Alkitab, “Eloah.” Bentuk tunggal “Eloah” dan Kasdim “Elahh” menjadi bentuk jamak “Elohim” dalam bahasa Ibrani dan “Elahhin” dalam Kasdim. Ini ialah makhluk diperluaskan iaitu Tuhan dan Anak-anak Tuhan yang merupakan bani syurgawi.

 

“Elohim” boleh bermaksud tunggal dalam penggunaan dan ketika ini digunakan untuk merujuk kepada “salah satu Elohim.” Bila digunakan dalam kasus “Eloah” ini biasanya “ha Elohim” atau “Elohim itu” atau “Tuhan itu.” Dalam bahasa Yunani, amalan ini berterusan dalam Koine sebagai “Ho Theos” dan “Theos” atau “ton Theon” akusatif dan hanya “theos” ialah rujukan kepada elohim. Untuk bentuk jamak bagi elohim ini menjadi “theoi.” Islam mengakui satu-satunya Allah Benar (Allah Maha Esa) dalam Yohanes 17:3 sebagai “Allah’”. Makna istilah ini daripada asal kunonya benar-benar merujuk kepada Tuhan sebagai “Kuasa itu.” Ini merujuk kepada partikel el, yang boleh digunakan untuk seorang yang perkasa atau Yang Mahakuasa dan juga bagi partikel yang merujuk kepada jamak sebagai mereka ini atau mereka di antara kita. Dalam segi ini ia sama dalam bahasa Ibrani dan Kasdim dan seterusnya bahasa Aram dan semua variannya. Dalam hal ini ia hanya berbentuk jamak bila digunakan bagi “mereka ini atau mereka itu.” Dalam hal ini memang aneh yang ini berbentuk jamak pada SHD 429 bila ditulis sebagai ‘elleh dalam bahasa Kasdim tetapi dikelompokkan dengan Eloah yang berbentuk tunggal sepenuhnya. Perkataan ini sama seperti Eloah (atau Eloahh) atau Elowahh dalam bahasa Ibrani dan merujuk kepada bentuk tunggal satu-satunya Allah benar. Bentuk jamak elohim atau elahhin dalam bahasa Kasdim adalah jamak melainkan artikel definit digunakan dan menjadikannya Ha elohim bererti Tuhan itu (lihat SHD 430 dan catatan). Justeru Tuhan ialah kuasa yang meluas kepada makhluk lain dalam bani syurgawi dan wujud sebagai mereka yang di antara kita. Dengan itu nama elohim dan yahovah digunakan untuk beberapa makhluk sebagai ciptaan Allah Maha Esa, dan semuanya bertindak bagiNya. Konsepnya sama dalam bahasa Kasdim atau Ibrani atau varian-varian yang berasal daripada bahasa-bahasa itu. Nama Allah’ hanyalah satu bentuk yang mengenal pasti pengertian Kuasa tunggal ini yang bertindak di antara kita. Ini mengandungi idea kemajmukan hanya sejauh mana wakil-wakil Kuasa itu bertindak baginya dan mengandungi elemen-elemen kuasanya.

 

Propaganda yang berasal daripada kumpulan Binitarian dan Trinitarian di Barat berhubung nama Tuhan dalam Islam ialah omong kosong tak berpengetahuan dan harus ditentang tiap kali diucapkan (lihat naskah-naskah Nama-nama Tuhan (No. 116) dan Nama Tuhan dalam Islam (No. 54)).

 

P3. Adakah Nabi mengakui Tuhan orang Yahudi sebagai Allah Maha Esa?

J. Agama Islam merujuk kepada satu-satunya Tuhan Benar sebagai Allah. Pengakuan iman Islam (Shahaadah) adalah betul dalam mana tiada Eloah selain Eloah (La Elaaha Ella Allah (lihat juga (Surah 37:35; 47:19)). Orang Muslim korup berkeras untuk menambah “Shahaadah” kedua yang menyatakan bahawa Muhammad ialah Utusan Tuhan. Ini secara definisinya ialah ‘Syirik’ (penyembahan berhala) dan tentangan mencolok terhadap Tuhan dan para utusanNya. Quran menyatakan bahawa iman itu tidak membeza-bezakan antara para nabi (Surah 3:83-84). Semua nabi setara dalam inspirasi mereka daripada Tuhan.

 

Muhammad dan empat khalifah pertama yang dipanggil khalifah-khalifah berpedoman benar sajalah yang merupakan pemimpin Muslim yang murni doktrin. Sesudah mereka Islam runtuh dan menjadi tersesat dengan tradisi-tradisi (dinamakan Hadis atau Ahadis) sebagaimana Yudaisme dan Kekristianan sebelum mereka.

 

Qasim dan Muhammad mulai berkhotbah semata-mata untuk meniadakan doktrin-doktrin Trinitarian Athanasia yang mereka lihat sebagai bidaah, dan untuk menyatukan bangsa Arab di bawah Monoteisme. Quran menggolongkan orang Kristian dengan dua set nama – Ahli (Orang) Kitab dan umat Kristian umumnya. Perbezaan ini kini hilang kerana umat Kristian moden tidak memahami perbezaan yang masih ada pada waktu itu. Perbezaan-perbezaan ini membabitkan orang Trinitarian yang berperang melawan Islam dan Jemaat Pergamus yang dianiaya, yang bersekutu dengan Islam.

 

P4. Seorang Kristian mengatakan kepada saya bahawa Allah memiliki jiwa. Adakah Allah memiliki jiwa seperti para malaikat, manusia dan makhluk lain, memandangkan semuanya dicipta sama seperti Tuhan? Adakah jiwa dicipta atau tidak?

J. Alkitab berbicara tentang satu roh dalam manusia. Ini berbeza daripada Roh Tuhan. Ini adalah seperti nafas kita. Ini ialah karunia hidup daripada Tuhan (Zakh. 12:1). Bila kita mati roh manusia meninggalkan kita (Maz. 146:4). Ini kembali kepada Tuhan (Pengkhotbah 12:7). Ketika Tuhan mencipta Adam Dia menghembuskan nafas hidup ke dalam hidungnya; demikianlah manusia itu menjadi makhluk yang hidup (Kej. 2:7; 1Kor. 15:45).

 

Jadi roh dalam manusia ini bukanlah jiwa yang terus hidup di “Syurga” selepas kita mati. Alkitab mengatakan manusia menjadi makhluk hidup atau seseorang. Makhluk sebegini boleh mati (Yehez. 20:18). Bila Alkitab berbicara tentang jiwa ia sebenarnya berbicara tentang nyawa tubuh. Jiwa (soul) boleh bermakna makhluk, atau manusia atau kehidupan. Kedua-dua binatang dan manusia mengalami kematian yang sama, tetapi manusia akan hidup kembali. Jadi roh manusia itulah yang membuatkan kita berbeza dengan binatang.

 

Tuhan bukan seseorang; Dia makhluk Roh murni. Mengajar bahawa Tuhan memiliki jiwa ialah satu lagi percubaan untuk menegaskan bahawa jiwa adalah kekal. Jiwa kekal ialah satu lagi bohong, sejenis dengan iblis setan tidak boleh mati dan mereka tidak boleh bertaubat.

 

P5. Apakah Roh Kudus dalam Qur’an? Adakah ekspresi Arab ruh al-qodos menandakan Roh Kudus, sebab ini amat menyerupai istilah Ibrani untuk Roh Kudus, ruach al qodesh?

J. Ahmed sememangnya bermakna Pembela/Penganjur atau “Paling Terpuji” dan merujuk kepada Roh Kudus yang mana Yesus (Yahoshua/Yosua) merupakan Bentaranya. Jemaat dibimbing oleh Roh Kudus dan inilah Ahmed/Penganjur yang disebutkan dalam Quran.

 

P6. Bila merujuk kepada Tuhan, kenapakah Quran menggunakan kedua-dua kata ganti “AKU” dan “KAMI”? Ada mengatakan ini adalah ciri gaya penulisan dalam bahasa Arab, atau seseorang dinamakan dengan menggunakan kata ganti “kami” sebagai tanda hormat atau pemuliaan. Sila nasihati saya supaya saya dapat memberi respon memadai kepada orang kafir yang membangkitkan pertanyaan ini.

J. Quran diceritakan melalui Nama Ketuhanan - Smillahalrahmanalrahim. Tiap bab didahului dengan rumusan setara “Dengan nama Allah-Alrahman-Alrahim” (Q1:1).

 

Permulaan bab 9 telah hilang dan sebab itu Bismillah tiada di situ. Bismillah bukan sebahagian daripada wahyu melainkan di mana ia muncul dalam wacana.

 

Dalam sebahagian besar Quran, Nama Ketuhanan memuji Ketuhanan melebihi segala sesuat (Q1:5). Selain itu, Nama Ketuhanan sering beralih antara berbicara sebagai orang pertama tunggal kepada orang pertama jamak dan kembali lagi bahkan dalam ayat yang sama (Q2:38). Corak-corak ini boleh dibanding secara langsung dengan firman Tuhan silih berganti dengan firman Elohim melalui Para Nabi dahulukala. Sama seperti “firman” Tuhan dalam Keluaran 4:22 dan Yeremia 31:9 berkenaan Israel, Nama Ketuhanan berbicara kepada kita sebagai anak-anaknya daripada Q31:16-19.

 

Dalam Q90:3, Nama itu mungkin bersumpah deminya sendiri dan demi Yesus (Q19:15 dan 33) masing-masing sebagai yang memperanak dan yang diperanakkan yang Ibrani 1:8-9 tunjukkan adalah “Elohim” (Mazmur 45:6-7) tertentu yang merupakan bawahan kepada Tuhan Mahatinggi.

 

Dalam Q43:57-60, Nama Ketuhanan berbicara menggambarkan Yesus sebagai Hamba dan Khalifah, secara tidak langsung, juga membuktikan keilahiannya. Ketuhanan sebaliknya meskipun sumber Roh (Q4:171, Q58:22) ia tidak memperanakkan (Q10:68, Q17:111, Q18:4, Q19:35, Q19:88-92, Q21:26, Q23:91, Q25:2, Q37:152, Q43:81, Q72:3) – kecuali dengan adopsi (Q39:4) – tetapi itupun memerlukan deklarasi usul nyata (Q33:5). Ia juga tidak diperanakkan (Q112:3) walaupun tiada tuhan wujud tanpanya (Q2:163). Namun meskipun materi ialah ibu kita, Roh ialah bapa kita, sementara Ketuhanan tidak memiliki pasangan (Q6:101). Meski begitu, Nama Ketuhanan ialah Bapa kita, dan demi namanya Ketuhanan ialah pelindung kita.

 

P7. Surah 12:87 mengandungi ekspresi dalam Arab ruh Allah, diterjemahkan sesetengah penterjemah sebagai rahmat Allah. Apakah konsepnya?

J. Perkataan dalam Surah 12 pada ayat 87 it bukan ruh Allah seperti mana ramai silap menafsirnya. Ini ialah rauh. Abdullah Yusuf Ali dalam nota kaki 1762 membuat pernyataan ini yang menegaskan bahawa ramai penterjemah telah silap menafsirnya. Dia berkata bahawa: “Rauh merangkumi idea suatu Rahmat yang menenangkan atau mententeramkan keadaan bingung kita dan khususnya sesuai di sini di mulut Yakub (Yaakub).”

 

Kristus dalam Quran

 

P1. Berbeza dengan Yudaisme Talmud, yang tidak mengakui Mesias, adakah Nabi Islam mengakui Yesus sebagai Mesias yang harus datang?

J. Keluarga Qasim telah berada di bawah pengaruh Kristian dan adalah Kristian; tetapi dia bukan Trinitarian dan itulah isu pada mana Islam diasaskan dan Quran ditulis. Harus diingati bahawa Nabi Arab itu menulis untuk menyangkal bidaah Trinitarian. Penganut Trinitarian menuntut bahawa Kristus ialah Tuhan sebenar sedangkan Alkitab jelas bahawa hanya ada satu Allah Benar dan bahawa Kristus merupakan anakNya yang diutusNya (Yoh. 17:3; 1Yoh. 5:20). Quran harus dibaca dalam keterangan itu namun ia juga harus dibaca dalam keterangan teks-teks yang tersedia bagi Qasim dan sidang Muhammad.

 

Tiada seorangpun yang memanggil dirinya Muslim akan dapat membaca Qur’an dan mengabaikan Taurat, atau Injil, atau Mazmur, atau Kitab-kitab Para Nabi.

 

P2. Tampaknya dalam Surah 4:171, Qur’an mengakui Yesus sebagai Firman Tuhan yang diutus kepada Maryam (Maria). Adakah ini suatu pemahaman baik Surah ini?

J. Ya, ini ruach ha qodes-Nya dan firmanNya yang Allah sebarkan dalam Kristus (lihat Surah 2:87; 3:45; 4:171; 5:46). Ayat itu ditujukan pada Ahli (Orang) Kitab. Dalam suratnya kepada Negus, raja Abyssinia (Etiopia), Muhammad berkata: “...Isa ialah hambaNya [Allah] dan utusanNya dan rohNya dan firmanNya yang disampaikanNya kepada Maria.” Yussuf Ali juga dalam nota kaki 676 merujuk kepada 3:59 dan menyatakan yang dia suatu roh yang berasal daripada Tuhan tetapi bukan Allah Maha Esa. Teks itu mempunyai kata-kata ditambah: Hanyasanya Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa, Maha Suci Allah (Dia Jauh Dimuliakan) daripada mempunyai anak; iaitu ‘Dia Jauh Dimuliakan’ ditambah untuk teks yang hanya mengatakan Maha Suci Allah daripada mempunyai anak. Teks ini tidak menyangkal anak melainkan bahawa Kemuliaan it milik Tuhan seorang.

 

P3. Quran menyangkal keras keilahian Kristus dan keanakan ilahinya. Apakah yang Quran ajar mengenai Kristus, dan adakah Islam setia kepada iman yang mula-mula disampaikan?

J. Seperti Alkitab, Quran harus diambil dalam konteks dan tidak boleh dibaca berasingan. Teks-teks daripada Quran yang dibaca berasingan memang kelihatan menyangkal fakta Kristus sebagai Anak Tuhan seperti yang kita segera lihat di atas namun teks itu telah ditambahkan lama kemudian (lihat naskah Kristus dan Quran (No. 163)).

 

Tiada nabi dapat berselisih dengan hukum dan apa yang dinyatakan di depannya dalam kesaksian (Yesaya 8:20). Pesan mana-mana nabi hanyalah penjelasan tentang semua yang telah terjadi, dan wahyu Tuhan mengenai semua yang bakal terjadi. Islam Berhadis telah memperkenalkan tafsiran yang bertentangan dengan Quran, serta dengan Kitab Suci. Begitu juga kebanyakan Kekristianan berselisih dengan Hukum dan Kesaksian. Kekristianan tidakpun mampu mematuhi Sepuluh Perintah. Yehuda tidakpun boleh mengakui bahawa mereka telah membunuh Mesias meskipun Kitab Suci mengatakan mereka akan membunuhnya, dan PB bersaksi bahawa mereka memang telah membunuhnya.

 

P4. Kenapakah Mesias dalam Quran tampaknya telah lahir seperti semua manusia; bukankah dia diperanakkan Tuhan?

J. Ini ialah sentimen Quran, yang mengatakan Kristus tidak diperanakkan Tuhan dalam erti fisik (lihat Surah 19:34; 4:171) tetapi Tuhan hanya berfirman: Jadilah engkau! Maka dia berada dalam tubuh Mariam dan janin manusia (Surah 3:59). Dengan proses ini Firman menjadi daging dan diam di antara kita (Surah 4:171; Yohanes 1:14).

 

P5. Dalam Qur’an, adakah ternyata bahawa Yesus lahir sebagai manusia yang mampu berdosa?

J. Kristus harus mampu untuk berdosa atau dia ialah robot dan tidak ada pengadilan Iblis. Dalam semua hal dia dicobai sama seperti kita (Ibrani 4:15; lihat naskah Tujuan Penciptaan dan Pengorbanan Kristus (No. 160)). Tiadapun dalam Quran ia menyatakan bahawa dia tidak mampu berbuat dosa, dan pengorbanannya serta keselamatan kita bergantung pada ini. Bagaimana lagi dia boleh menjadi Mesias sebagaimana Quran yang nyatakannya?

 

P6. Mengapakah doktrin Quran mengatakan bahawa Kristus tidak disalib tetapi seorang lain telah disalibkan dan pada waktu sama ia mengenal pasti Yesus sebagai Mesias? Teks ini bertentangan dengan injil.

J. Daripada Surah 3:55 dan 5:117, ia jelas menyatakan bahawa Tuhan mengizinkan Yesus (Isa) untuk mati dan bahawa Yesus telah dibangkitkan oleh Tuhannya, yang membawanya kembali kepadaNya. Islam Moden menolak komen mengenai Mesias malahan mereka menyangkal Injil yang mereka disuruh baca. Islam Moden tidak benar-benar ingin mematuhi dan melakukan apa yang dikatakan Quran.

 

P7. Dalam Surah 5:110, Qur’an merujuk kepada Yesus dan mengatakan dia berkhotbah kepada manusia daripada buaian. Bolehkan engkau jelaskan ini?

J. Teks ini berbunyi: engkau dapat berkata-kata dengan manusia (semasa engkau masih kecil) dalam buaian dan sesudah dewasa (lihat juga Yussuf Ali nota kaki 817 dan 3:46 dan nota 388 kepada teks itu). Ini merujuk kepada injil (Lukas 2:46) yang mana Kristus berbicara kepada para penatua di Bait dan yang kagum dengannya. Teks seterusnya menyebut tentang Tuhan berfirman kepada Kristus: (ingatlah) ketika Aku mengajarmu menulis membaca dan hikmat pengetahuan (lihat 3:48), khasnya Kitab Taurat dan Kitab Injil. Dalam teks ini ia juga merujuk kepada penyembuhan orang buta dan kusta dan kebangkitan orang mati dengan kehendak Tuhan bukan dengan kehendak dan kuasa Kristus sendiri. Penggunaan tanah liat untuk mencipta dan menyembuh disebutkan dalam teks ini.

 

Alkitab dan Kekristianan

 

P1. Adakah orang Muslim mempercayai Tuhan yang sama seperti orang Kristian?

J. Agama Islam memanggil satu-satunya Tuhan Benar sebagai Allah. Mudah bagi semua melihat bahawa tiada Tuhan melainkan Allah Maha Esa. Inilah hidup yang kekal itu, yaitu bahwa mereka mengenal Engkau, satu-satunya Allah yang benar, dan mengenal Yesus Kristus yang telah Engkau utus. (Yoh. 17:3).

 

Apa yang Nabi Arabia itu lakukan ialah menghancurkan sepenuhnya konsep Athanasia mengenai Trinitas, yang tidak pernah dipegang oleh Jemaat Kristian asal, dan sebab apa mereka telah terus dianiaya.

 

Trinitas dibangunkan atas dusta Binitarianisme yang diperkenalkan di Nicea pada 325 CE. Konsep Dualitas Kristus dan Tuhan berpunca daripada kesalahan ini (lihat naskah Salah Gambar Binitarian dan Trinitarian akan Teologi Awal Ketuhanan (No. 127b)). Nabi Qasim berhadapan dengan penyangkalan kesalahan ini terus-menerus, disebabkan penyebaran ajaran palsu it (lihat naskah Kristus dan Quran (No. 163)).

 

Kristus bukan saja prawujud; dia dulu dan sekarang merupakan elohim atau Elohi Israel, sebagai Yahovah, diutus oleh Yahovih atau Yahovah Semesta Alam, Elyon atau Tuhan Mahatinggi. Makhluk ini, satu-satunya Allah benar, ialah Eloah. Dialah tumpuan ibadah Bait sebagai HaElohim atau Elohim itu atau Allah. Kristus bukan Tuhan yang maha esa. Hanya makhluk ini, Eloah (Elahh bagi orang Kasdim dan Allah’h bagi Islam) diam seorang dalam keabadian tak kunjung hilang dan tiada apapun yang sezaman atau wujud bersama dengan Dia (lihat naskah Teologi Awal Ketuhanan (No. 127)). Ha Elohim (atau Elohim itu) ialah Eloah. Dia ialah Tuhan Mesias dan dia menetapkan Mesias dan mengurapinya sebagai elohim dengan minyak tanda kesukaan melebihi teman-teman sekutunya (lihat Maz. 45:6-7; Ibr. 1:8-9) dan Kristus setia kepada dia yang menjadikannya (lihat Ibr. 3:2 Marshall’s Greek English Interlinear RSV).

 

P2. Kebanyakan terjemahan Qur’an menggunakan perkataan agama atau agama Allah. Adakah kata agama ini ditemui dalam Qur’an asal?

J. Quran sering disalah tafsir dan disalah terjemah untuk menyembunyikan makna saling berkait antara Quran dan Alkitab.

 

Al-Baqarah (The Cow)

[2.138] Shibghah Allah. Dan siapakah yang lebih baik shibghahnya daripada Allah? Dan hanya kepada-Nya-lah kami menyembah.

[2.138] (Receive) the baptism of Allah, and who is better than Allah in baptising? and Him do we serve.

Qur'an Suci, diterjemahkan oleh M.H. Shakir dan diterbitkan oleh Tahrike Tarsile Qur'an, Inc., pada 1983.

 

Beberapa terjemahan lain disenaraikan di bawah.

Pickthall: (Kami mengambil) warna (kami) dari Allah, dan siapakah lebih baik daripada Allah pada pewarnaan. Kami ialah penyembahNya.

Darabadi: Kami memiliki celupan Allah! Dan siapa lebih baik pencelupannya daripada Allah! Dan kami ialah penyembahNya.

Mohammed Asad: [Katakanlah: “Hidup kami mendapat] warnanya dari Tuhan! Dan siapa dapat memberi warna lebih baik [kepada hidup] daripada Tuhan, sekiranya kami benar-benar menyembahNya?”

Yusufali: (Agama kami ialah) Warna Allah: dan siapa dapat mewarnai lebih baik daripada Allah? Dialah yang kami sembah.

 

Komen: Sibghah  ص ب غ: Akar-ertinya membayangkan celupan atau warna; nampaknya orang Kristian Arab mencampurkan celupan atau warna ke dalam air baptisan, menandakan orang yang dibaptis mendapat warna baru dalam hidup. Yusuf Ali.

Perkataan “Sibghatun” bermakna celupan, warna, pewarna. Jadi, kata-kata yang diperolehi daripada huruf-huruf akarnya bermakna: mencelup, mewarnai, membaptiskan, memandikan, membenamkan, mewarna corak, mengambil ciri, modus, dewasa, kode hukum, agama.

Dalam Ayat 138 Surah Al-Baqaraah Qur’an ciri-ciri Allah dan Kode HukumNya dipanggil Sibghah Allah.

 

Quran memerintahkan agar orang beriman bertaubat dan dibaptiskan. Hadis moden mengajar bahawa baptisan tidak perlu, dan menggunakan teks itu untuk menyatakan bahawa Allah membaptis dan bukan apa-apa baptisan fisik diperlukan, dan ini betul-betul berlawanan dengan maksud Quran dan Alkitab. Pesan Quran harus ditafsirkan dalam konteks Kitab Suci. Baptisan ialah syarat penting umat pilihan untuk mencapai Kebangkitan Pertama. Mereka yang mengajar sebaliknya, tidak mencapai Kerajaan Tuhan dan Taman Kebangkitan Pertama itu sendiri, dan menghalang semua yang mendengar mereka daripada berbuat demikian.

 

Alkitab jelas bahawa ada satu Iman, satu Tuhan, satu Baptisan, satu Allah dan Bapa dari semua yang di atas semua dan oleh semua dan di dalam semua (Efe. 4:5; Surah 2:138; 5:73; 6:82). Kebanyakan dunia secara efektifnya tidak dibaptiskan.

 

P3. Di manakah rujukan kepada “nabi bukan yahudi” yang Qur’an katakan ada di dalam Kitab-kitab? Saya telah mencari-carinya... Surah 7:157. Argumennya adalah istilah Ummi dan kata-kata turunannya tidak mungkin bererti “buta huruf,” tetapi ia bermakna “Bukan Yahudi.” Ketika mencari semua rujukan kepada perkataan ini dan turunannya (tujuh kali)-semua kasus tampaknya mengalir lebih baik dengan terjemahan Bukan Yahudi itu. Saya ada menemui salah satu tempatnya yang para ulama Islam moden anjurkan adalah rujukan-tetapi ini bukan daripada Taurat atau Injil. Ini ada dalam Yesaya 42. Ini menarik sebab ia memang menentukan satu tempat (di mana Kedar tinggal) yang menunjukkan kediaman orang Arab.

J. Surah 7:157-9 merujuk kepada Jemaat yang menuruti hukum-hukum Musa (159) (lihat Pickthall).

 

Para ulama Muslim cuba membuatkan teks itu merujuk kepada nabi buta huruf sebagai satu rujukan kepada Qasim (Muhammad) daripada jemaat Arabia dan Yusuf Ali mempunyai rujukan kepada ini (1127) dan merujuk kembali kepada komen-komen Musa yang mana dia mengatakan  Seorang nabi dari tengah-tengahmu, dari antara saudara-saudaramu, sama seperti aku, akan dibangkitkan bagimu oleh TUHAN, Allahmu. Dia mengabaikan komen-komen Musa daripada Ulangan 18:15. Qasim bukan daripada bani Israel dan bukan daripada saudara bani Israel dan tidak mungkin dimaksudkan di sini.

 

Ayat 16-18 menunjukkan bahawa Tuhan jelas mengatakan bahawa Dia akan membangkitkan nabi ini daripada Israel dan sesiapa yang tidak mendengarkannya akan dipertanggungjawabkan dan nabi yang mengucapkan kata-kata yang tidak diperintahkan baginya akan mati.

 

Teks ini hanya mungkin merujuk kepada Kristus dan bukan Qasim dan orang Muslim menggunakan teks ini untuk mengelak tuntutan untuk mengikuti hukum.

 

P4. Adakah Alkitab mengandungi nubuatan tentang nabi orang Muslim?

J. Untuk memahami teks-teks iman ini dengan betul, anda harus tunduk kepada Tuhan dan bertaubat dan dibaptiskan dan menerima Roh Kudus atau berada dalam proses itu (lihat naskah Pertaubatan dan Baptisan (No. 52)). Iblis ialah ilah dunia ini (2Kor. 4:4) dan dia mendirikan sistem agama tripartit ini yakni Yudaisme Palsu, Kekristianan Palsu dan Islam Palsu, agar iman ini tidak dapat difahami dan divisi itu boleh digunakan dalam zaman akhir untuk mendirikan sistem Binatang dan akhirnya membinasakan manusia.

 

P5. Siapakah “Ahli (Orang) Kitab”?

J. Apa yang kita harus diingat ketika membaca Quran adalah bahawa kita berbicara tentang tiga Kekristianan berbeza, dengan dua konsep tidak terpadan mengenai Tuhan. Jemaat Kristian di Timur termasuk salah satu jemaat asal yang diasaskan oleh Para Rasul, jemaat daripada Yohanes di Efesus dan Smirna, dan juga, kemudiannya, cabang-cabang kuasi sesat, termasuk pengikut Nestorianisme dan berbagai elemen, yang kemudiannya dipanggil Monofisit.

 

Monofisitisme, bagaimanapun, mempunyai penyimpangan sesat kemudian daripada sekte asal Para Rasul. Monofisitisme adalah kedua-dua doktrin Unitarian (juga sering dipanggil Arian) dan juga Asia. Kumpulan Athanasia ditentang di barat oleh umat Kristian Unitarian yang dipanggil Kristian Arian, oleh kumpulan Trinitarian dari Rom.

 

Ahli Kitab dilihat daripada Surah-surah 2:105, 111dst., 120, 144; 3:23, 64dst., 98dst.,110dst., 186dst., 199; 4:44dst., 123, 153dst., 171; 5:5, 15, 19dst., 59, 65, 68, 77, 29:46; 33: 26 dst.; XCVIII 1 sampai akhir; LVII: 29. Sejarah mereka diceritakan dalam naskah-naskah Distribusi Umum Jemaat-jemaat Pemelihara Sabat (No. 122) dan Peranan Perintah Keempat dalam Jemaat-jemaat Tuhan Pemelihara Sabat dalam Sejarah (No. 170).

 

P6. Apakah Nazarenisme; adakah ia Yudaisme, dan di manakah ia berkembang? Adakah Islam sejenis Nazarenisme Arab?

J. Kumpulan Nazarene (Nasrani) ialah satu daripada dua bentuk Yahudisasi di Timur Tengah Kristian. Mereka memelihara perbezaan mereka daripada Kekristiaan Bukan Yahudi. Yang pertama dipanggil sebagai Ebionit. Mereka hanya menerima injil menurut St Matius; mereka menolak Paulus sebagai bidaah murtad (dan menyangkal keilahian Kristus sebagaimana pengikut Trinitarian mengertinya).

 

Orang Nasrani mengakui kewajiban seluruh “Hukum Musa” untuk orang Kristian berketurunan Yahudi, namun mengizinkan Kristian Bukan Yahudi sebagai proselit pintu gerbang, untuk mengabaikan peringatan-peringatan ini (lihat ERE, art. “Yahudisasi”, Vol. 7, ms 611a).

 

Jadi mereka tidak dianggap sebagai sebahagian daripada jemaat atau Islam awal.

 

P7. Adakah orang Nasrani berbeza daripada orang Yahudi dan Kristian?

J. Orang Nasrani secara dasarnya ialah orang Yahudi Mesianik yang mengakui seluruh Hukum Musa dan pada dasarnya memperkenalkan suatu perbezaan ke dalam iman Kristian di Timur Tengah. Dengan itu mereka tidak mungkin daripada Islam dengan cara sama jemaat beroperasi.

 

P8. Siapakah Theophilus dari Dibous? Apakah peranannya bagi asal-usul Kekristianan di Arabia dan kepercayaannya?

J. Theophilus orang India datang dari pulau Dibous dan dilantik oleh Maharaja Contantius (mati November 3, 361) yang merupakan Maharaja Rom dari 337 sampai 361. Dia seorang Arian tetapi seperti bapanya Constantine dia tidak dibaptiskan secara rasmi sehinggalah dia hampir mati dan dibaptiskan sebagai seorang Arian dan dia memang memajukan pergerakan Arian sepanjang pemerintahannya. Tidak banyak yang diketahui dengan pasti sebab ahli-ahli teologi Trinitarian kemudian telah memfitnah semua dan menuntut bahawa Constantius dan uskup Antiokhia pada waktu itu ialah apa yang disebut semi-Arian. Ini suatu istilah dan sekte yang tidak muncul sehinggalah selepas Sidang Constantinople pada 381 dan tidak mungkin. Dia bertindak menentang kepentingan Yahudi dengan membatasi kapasitas untuk memiliki budak sendiri atau mengkonversi orang Kristian kepada Yudaisme sebagai budak. Para penulis yang lebih hampir kepada zaman itu lebih berkeras bahawa dia seorang Arian tulen dan sejarah para Maharaja menunjukkan dia tidak mungkin yang lain. Bagaimanapun, dia juga seorang pagan (penyembah berhala) dan mengekalkan gelaran Pontificus Maximus dan dia melantik Julian yang Murtad sebagai penggantinya pada November 361. Theophilus dari Dibous dilantik olehnya untuk pergi ke Asia Kecil sepanjang Selatan dan Tenggara khususnya dan ke Etiopia sebelum kematian Constantius dan kabarnya pada dekad keenam, yang bermakna dia dilantik sekitar 360 dan lama sebelum November 361. Dia juga dilaporkan telah pergi dari Asia Kecil dan Etiopia ke India. Ini kemungkinan sekali sebagai Uskup Agung Abyssinia, uskup Mueses mengikuti jejaknya ke India dan seterusnya ke China (lihat naskah Distribusi Umum Jemaat-jemaat Pemelihara Sabat (No. 122)).

 

Tidak ada keraguan bahawa Antiokhia bukan Trinitarian pada waktu itu dan orang Arian Sabataris menguasai Asia Kecil di bawah orang Paulicia dan orang Arab umumnya dan juga orang Nestoria. Ini berterusan hingga dan menyumbang kepada kebangkitan Islam sekitar 632.

 

P9. Dalam banyak teks dan terjemahan berhubungan dengan agama Islam kita lihat perkataan kafir muncul (dalam bahasa Arab al kafir). Siapakah orang-orang ini yang disebut sebagai al kafir atau orang tidak beriman dalam zaman Mohammad?

J. Orang kafir pada waktu itu ialah orang-orang yang menyangkal iman dengan melanggar Hukum dan kesaksian. Mereka mungkin pagan biasanya kerana pengikut Trinitarian khususnya dikenal pasti dengan doktrin-doktrin mereka. Bagaimanapun, orang Trinitarian tidak boleh menikah dalam Islam tetapi orang Unitarian Sabataris boleh.

 

P10. Dalam Surah 6:125, ia mengatakan bahawa Allah menuntun orang-orang tertentu untuk percaya, namun Dia juga menghukum mereka yang tidak percaya. Kita tahu Allah benar-benar adil, jadi bagaimanakah anda menjelaskan Surah ini?

J. Surah ini merujuk kepada panggilan Tuhan seperti disebutkan dalam teks PB yang mana Tuhan memanggil dan merupakan rujukan kepada Roma 8:29-30. Tuhan memanggil mereka yang Dia kehendaki dan membuka dada mereka kepada iman itu. Mereka yang tidak dipanggilNya dibiarNya menyimpang. Orang-orang ini ialah mereka yang tidak mahu percaya dan yang diserahkanNya kepada Kebangkitan kedua seperti yang kita lihat dalam teks-teks PB khususnya dalam Roma dan dalam Wahyu bab 20. Tiap orang dipanggil pada waktunya yang tepat.

 

P11. Ada juga ayat-ayat yang mengatakan untuk membunuh “bajingan”. Apakah makna ayat-ayat ini, dan perlukah meletakkannya dalam konteks era dalam mana ia ditulis?

J. Kitab PL jelas mengenai hukuman berdasarkan hukum dan Quran hanya memperkuat hukum dan hukuman yang dalam banyak kasus merupakan peruntukan kepada Kebangkitan Kedua.

 

P12. Surah 5:69 tidak mengatakan “orang Yahudi” tetapi menggunakan kata kerja “mereka yang di-Yahudisasi”. Orang beriman apakah yang dimaksudkan?

J. Mereka ialah orang Ebionit dan Nasrani yang disebutkan di atas.

 

P13. Mengapakah Qur’an membuat perbezaan antara orang Sabean dan Kristian?

J. Orang Sabean bukan khususnya Kristian Pemelihara Sabat walaupun mereka mungkin berasal daripada pencerobohan orang Abyssinia sekitar 300-350. Mereka merupakan orang Arab Selatan pada zaman Islam meskipun asal-usul mereka mungkin di Utara dan pada mulanya (mungkin sebelum Salomo) mereka memuja Ilah Bulan dan Shams pasangan matahari dan sistem Bintang Fajar Astarte. Mereka telah digulingkan di Selatan oleh dinasti lain. Kira-kira 300 A.D. para pendatang Abyssinia yang semakin bertambah menggulingkan dinasti Himyarite di Arabia Selatan, dan merasmikan “Kerajaan Saba, Raidan, Hadhramôt, dan Yemen”, yang, sesudah memberi jalan bagi selang kepada kerajaan Yahudi-Sabean dan penganiayaan agama yang keras, yang tentunya ditujukan pada bekas masyarakat Kristian Abyssinia (lihat Pereira, “Historia dos Martyres de Nagran”, Lisbon, 1899) didirikan kembali dengan campur tangan Bizantium pada 525. Selepas kekalahan Raja Muda Abraha di Mekah pada 570, orang Persia merebut kuasa. Arabia Selatan menjadi wilayah Persia sehingga penggabungannya dalam Islam.

 

Sesudah waktu ini terdapat tiga jenis kumpulan Sabean. Yang Pertama di Iraq dekat Basra juga dipanggil orang Nasoria atau Mandea atau orang Kristian St. John. Ada kumpulan Gnostik yang mengamalkan perendaman regular mungkin secara tahunan. Mereka hidup dalam harmoni dengan Islam namun mungkin bukan kumpulan yang disebut dalam Quran (lihat Yusuf Ali nota 76).

 

Satu lagi kumpulan pseudo-Sabean tinggal dekat Harran dan menarik perhatian sekitar 820. Mereka berambut panjang dan berpakaian aneh dan mungkin mengambil nama itu untuk mendapatkan hak istimewa kerana orang Sabean disebut dalam Quran dan mereka kemudian menyatakan mereka ialah Ahli Kitab (ibid).

 

P14. Adakah benar bahawa Islam dan Muslim merupakan neologisme yang ditempa oleh para biarawan atau rahib Kristian berdasarkan perkataan Arab “muslim”?

J. Perkataan Arab Muslim ialah partisip aktif bagi aslama yang mana kata nama perbuatannya ialah Islam. Jadi ini ialah hasil bahasa Arab sendiri. Ini bermakna Kepasrahan atau Penyerahan kepada Tuhan dan membawa bersamanya makna itu daripada bentuk akarnya.

 

Pertapa dan biarawan Kristian tidak terjadi sehinggalah abad-abad kemudian Jemaat Kristian sebelum saja kebangkitan Islam sendiri. Jadi mustahil ini merupakan ciptaan kumpulan-kumpulan menyimpang ini.

 

Empat Khalifah Berpedoman Benar

 

P1. Saya telah mendengar adanya cabang-cabang berbeza dalam Islam jika ya apakah dia?

J. Dua cabang utama Islam ialah Islam Sunni dan Syi’ah. Ada juga Mistik Sufi yang mempunyai banyak penginapan di seluruh dunia. Cabang utama lain ialah Karijite, Ahmadiyya, dan juga pergerakan Quranisme.

 

Rincian tentang ini dan cabang lebih kecil yang lain seperti

ditemui dalam rujukan di: http://en.wikipedia.org/wiki/Islamic_schools_and_branches

 

Terdapat juga berbagai kumpulan seperti orang Kurd yang merupakan suku Sala u Din atau Saladin jenderal besar Islam pada zaman Perang Salib. Juga orang Alawi di Syria yang merupakan satu lagi cabang kecil tetapi secara efektifnya menguasai politik dan korps pegawai. Konflik-konflik antara aliran Islam dan Liberal juga luas.

 

P2. Apakah yang dipercayai tiap cabang Islam?

J. Topik ini terlalu besar untuk rujukan di sini tetapi rincian boleh ditemui dalam Ensiklopedia Agama dan Etika (Encyclopedia of Religion and Ethics, ERE) dan berbagai artikel Wikipedia seperti di atas.

 

P3. Adakah konflik kepercayaan antara cabang-cabang Islam?

J. Islam penuh dengan sekte-sekte ganas dan terlampau dan perang-perang berikut. Masalah-masalah di Iraq banyak disebabkan oleh konflik Sunni/Syi’ah sama seperti konflik antara Iran dan Iraq dan di tempat lain juga.

 

P4. Bolehkah anda gambarkan apakah Khalifah itu? Adakah jabatan atau orang ini (yang mana mungkin) beroperasi hari ini?

J. Jabatan Khalifah merupakan penguasa/pemerintah dalam Islam. Ini diperolehi daripada Khalifah dalam bahasa Arab yang bermakna pengganti. Bentuk yang digunakan sekarang ialah Khalif. Kamus Universal Oxford mengatakan sebutan dengan a yang panjang adalah salah.

 

Ini ialah gelaran Muslim untuk pemerintah sipil dan agama sebagai pengganti kepada nabi Qasim dan pemimpin “Muhammad.” Bidang kekuasaannya ialah Kekhalifahan.

 

Empat khalifah pertama dipanggil Empat Khalifah Berpedoman Benar. Sesudah waktu it Islam dianggap merosot secara teologi di bawah Ummayad dan Abbasid. Ada satu siri naskah mengenai Islam di web pada www.ccg.org dan juga mengenai kejatuhan Yerusalem di bawah Omar dalam naskah Golgota: Tempat Tengkorak (No. 217). Lihat juga Mistikisme Bab 5 Islam (No. B7_5).

 

P5. Boleh tolong jelaskan apakah seorang Imam dan bagaimana seseorang menjadi Imam?

J. Ada dua makna dan penggunaan untuk Imam. Gelaran ini bermakna pergi dahulu atau mendahului. Ini digunakan bagi imam bertugas di Masjid Muslim.

 

Ini juga digunakan sebagai gelaran yang diberikan kepada berbagai pemimpin dan ketua Muslim termasuk Khalifah atau pangeran independen. Pengajian normal dan penerimaan masyarakat Muslim diperlukan.

 

Syurga Firdaus

 

P1. Apakah hubungannya antara suatu sistem yang menuntut bahawa mereka pergi terus ke syurga dengan 70 perawan yang melayani tiap permintaan seseorang (asalkan mereka merobek-robek sebanyak mungkin orang-orang yang tidak bersetuju dengan mereka) dengan Tuhan dan Kitab Suci atau Qur’an?

J. Jawapannya tiada, tiada doktrin sebegitu wujud dalam iman ini atau Quran dan sesiapa yang mengajar demikian ialah pembohong dan akan menghadapi pengadilan para nabi dan umat pilihan dalam kebangkitan kedua.

 

Dalam Surah 2, Al-Baqarah, pada ayat 111-113, Quran mengatakan:

“Dan mereka (Yahudi dan Nasrani) berkata: "Sekali-kali tidak akan masuk surga kecuali orang-orang (yang beragama) Yahudi atau Nasrani". Demikian itu (hanya) angan-angan mereka yang kosong belaka. Katakanlah: "Tunjukkanlah bukti kebenaranmu jika kamu adalah orang yang benar".

(Tidak demikian) bahkan barang siapa yang menyerahkan diri kepada Allah, sedang ia berbuat

kebajikan, maka baginya pahala pada sisi Tuhannya dan tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati.

Dan orang-orang Yahudi berkata: "Orang-orang Nasrani itu tidak mempunyai suatu pegangan", dan orang-orang Nasrani berkata: "Orang-orang Yahudi tidak mempunyai sesuatu pegangan," padahal mereka (sama-sama) membaca Al Kitab. Demikian pula orang-orang yang tidak mengetahui, mengatakan seperti ucapan mereka itu. Maka Allah akan mengadili di antara mereka pada hari kiamat, tentang apa-apa yang mereka berselisih padanya.”

 

Jadi Quran jelas bahawa Kebangkitan orang mati diterapkan kepada semua manusia dan bukan hanya kepada orang Kristian (Nasrani) atau Yahudi, atau memang sesiapapun yang dipanggil “Muslim.”

 

Alkitab dan Quran jelas bahawa kebangkitan orang mati adalah kepada Syurga-syurga Firdaus, sebagaimana ia dipanggil dalam Quran, dan kepada pengadilan. Tidak ada yang pergi ke syurga atau neraka sesudah mereka mati. Tiadapun benda seperti syurga dan neraka dalam Alkitab atau Qur’an (lihat naskah Jiwa (No. 92) dan juga Kebangkitan Orang Mati (No. 143)).

 

P2. Dari manakah datangnya idea bahawa orang menganggap kita boleh meledakkan satu sama lain dan entah bagaimana diizinkan masuk ke tempat syurgawi yang dikelolakan oleh perempuan-perempuan yang cantik dan bajik?

J. Tentu saja mereka yang memikirkan mereka mati syahid untuk iman dan bahawa mereka akan pergi terus ke syurga dan akan mendapat kira-kira 70 perawan cantik yang melayani permintaannya di syurga tidak mendapat idea ini daripada Quran, sebab ia tidak mengatakan benda sebegitu.

 

Jika anda mengatakan anda seorang Kristian, atau Yahudi, atau pengikut Islam, dan tidak mengakui kebenaran Kebangkitan orang mati, dan Kekuasaan Mesias, maka anda bukan pengikut Hukum dan Kesaksian Para Nabi dan iman Yesus Kristus dan tidak ada terang dalammu (Yesaya 8:20). Quran dan Alkitab tidak berbeza tentang ajaran ini. Ini juga tidak mungkin sebab jika Quran dan Alkitab berbeza, maka Quran karya palsu oleh nabi palsu.

 

Kristus mengatakan bahawa para malaikat di syurga tidak kawin dan tidak dikawinkan. Orang yang bangkit daripada mati tidak diizinkan kawin. Kristus berkata: “Sebab apabila orang bangkit dari antara orang mati, orang tidak kawin dan tidak dikawinkan melainkan hidup seperti malaikat di sorga.” (Markus 12:25)

 

P3. Perjanjian Baru berbicara tentang Syurga ketiga di mana letaknya firdaus, dan Quran menunjukkan Syurga ketujuh, di mana nabi menemuinya?

J. Istilah-istilah itu generik. Istilah PB merujuk kepada klasifikasi struktur Atmosfera, Surya dan Galaktik asas Bumi dan struktur syurgawi Takhta Tuhan yang “jauh di sebelah Utara.” Tujuh klasifikasi Quran ialah pengembangan semua ini yang membuat perbezaan antara Atmosfera, angkasa dalam dan luar, sistem Surya, Galaksi dan seterusnya.

 

Syariat/Syariah

 

P1. Atas dasar apakah Syariat didirikan? Dari manakah sumbernya, Quran atau Hadis atau bukan?

J. Syariat adalah berdasarkan Hadis dan tiada asasnya dalam Alkitab atau Quran. Ini bidaah.

 

P2. Adakah Islam mengizinkan poligami? Ramai orang menggunakan ayat 3 Surah 4 untuk menyatakan bahawa ini begitu, tetapi benarkah itu apa yang dikatakan teks ini?

J. Poligami jauh daripada ideal tetapi jika ada dalam masyarakat ini memerlukan regulasi. Itulah sebab kenapa Mohammad mengaturnya berdasarkan hukum Tuhan yang disampaikan kepada nabi Musa (lihat naskah Poligami dalam Alkitab dan Quran (No. 293).

 

P3. Adakah ayat-ayat dalam Qur’an yang menyebut persepuluhan, dan jika ya, adakah ini menunjukkan bahawa mereka yang menulis Qur’an benar-benar memberi persepuluhan mereka?

J. Tuhan berfirman melalui nabi Maleakhi bahawa Persepuluhan ialah tanda pertaubatan individu dan ujian kembalinya kepada Tuhan (Maleakhi 3:6-18). Perhatikan bahawa Persepuluhan ialah dasar tanda kembalinya kepada Tuhan menurut Surah-surah ini 2:43,83; 4:162; 5:12,55; 9:11; 19:31,55; 21:73; 27:3; 98:5 dsb. Jadi, nabi memerintahkan kepada Jemaat untuk mematuhi persepuluhan. Doktrin betul mengenai persepuluhan diterangkan dalam naskah Pemberian Persepuluhan (No. 161).

 

P4. Umat Muslim menuntut bahawa konsumsi alkohol dilarang dalam Qur’an? Adakah konsumsi atau kemabukan yang dilarang?

J. Seorang pemabuk tidak akan mewarisi Kerajaan Tuhan disebabkan masalah kendalinya. Kesederhanaan digalakkan – bukan pantang (lihat Surah 16:67; 2:219; 10:91 dan Wain di dalam Alkitab (No. 188)). Alkohol dengan sederhana adalah baik. Jika anda mempunyai masalah dengan alkohol, belajar untuk mengendalikannya.

 

Kalendar Islam

 

P1. Islam mengikuti kalendar lunar namun kenapa mereka tidak menghitung bulan-bulan daripada konjungsi tetapi sebaliknya bulan sabit?

J. Fuqaim, suatu suku Kinana pada zaman pra-Hadis memegang tanggungjawab bagi kalendar di Ismael sebagaimana orang Lewi dan Isakhar di Israel. Pada permulaan Islam, bani Israel dan Ismael mula-mula memelihara hari-hari raya pada hari yang sama atau serupa. Kalendar diramalkan dengan tepat bertahun-tahun sebelumnya, selama ribuan tahun, sehinggalah bulan sabit itu diperkenalkan daripada paganisme dan sistem Babel. Orang Arab mengikuti sistem asal sehingga zaman nabi.

 

Tidak lama selepas nabi itu mati segala ajarannya diselewengkan dan kalendar dikorupsi di bawah atau selepas Khalifah Omar. Apa yang kemudian dikenali sebagai Hadis mulai ditulis. Hadis telah merosakkan kalendar Islam disebabkan oleh interpretasinya akan Surah, dan selama berabad-abad sistem palsu ini mengkorupsi Islam dan sama sekali menghalang penyatuan atau perdamaian tiga keimanan utama.

 

Islam telah membuatkan Kalendar Tuhan suatu lelucon dengan menyalahgunakan kata-kata nubuatan dan mendislokasi kalendar daripada musim-musim dan tuaian-tuaian dalam cerita Alkitab. Justeru itu, rencana keselamatan dikaburkan bagi orang Arab yang menuntut mereka mengikut Tuhan dan iman Islam seperti diwahyukan kepada Abraham, Musa, Harun, para nabi, Kristus dan Jemaat, iaitu Muhammad sebenar teks-teks itu.

 

P2. Dalam Kekristianan dan Yudaisme terdapat bulan-bulan suci, adakah Islam mempunyai bulan-bulan suci sendiri?

J. Empat Bulan Suci dalam Islam ialah Rajab, Sha’aban, Ramadhan dan Muharram. Ini pada mulanya ialah empat bulan sama seperti yang ditemui dalam Yudaisme dan dalam Alkitab serta Israel Kuno. Empat bulan Suci Iman itu, iaitu Abib, Iyar dan Sivan sebagai tiga bulan pertama, dan Tishri sebagai bulan Ketujuh menurut Alkitab, dinyatakan kembali dalam Quran, tetapi nama-namanya tidak diberikan jadi Hadis merosakkan perhubungan itu juga. Hadis melakukan kepada Islam apa yang Talmud lakukan kepada Yudaisme.

 

Kalendar Jemaat Tuhan di Arabia dirosakkan oleh Hadis dan orang Arab pagan selepas kematian Khalifah Berpedoman Benar yang terakhir dan Bulan Sabit tidak diperkenalkan kepada Islam dan ritual-ritualnya selama hampir seribu tahun selepas pembentukan iman di sana.

 

Kita tahu dengan pasti bahawa nabi dan jemaat berpuasa menurut hari Bulan Baru seperti yang ditentukan oleh Kalendar Bait dan kita tahu bahawa Konjungsi itu dirayakan sebagai Bulan Baru menurut prasasti di Mekah yang dibuat setelah pembentukan Islam (lihat naskah Kalendar Ibrani dan Islam Didamaikan (No. 053)).

 

P3. Adakah Quran menganjurkan pemeliharaan Sabat hari ke 7?

J. Islam awal di bawah orang Arab menerima pakai minggu daripada orang Yahudi dan Kristian. Nama-nama minggu datang daripada amalan Yahudi dan Kristian Awal seperti al Jumaah, maksudnya pertemuan atau jemaah untuk ibadah, dan hari berikutnya atau hari ketujuh minggu dinamakan sebagai as-Sabt, Sabat, dan pada hari ini ibadah diperintahkan oleh Tuhan melalui para nabi dan pada hari Nabi Qasim sendiri melakukan doa gandaan di masjid dan tidak berdagang. Hari dihitung dari senja ke senja ke senja bila warna sudah tidak boleh dibezakan dalam benang. Ini tidak pernah berubah sejak zaman dahulu dan cocok dengan sistem Ibrani kuno.

 

Ketika Islam dipanggil untuk sembahyang Juma’ah, mereka harus bersegera mengingati Allah dan berhenti berdagang Surah 62 Juma’ah (Jemaat). Ini rujukan kepada fakta bahawa pada petang Jumaat segala perdagangan berhenti dan semua orang bersiap untuk Sabat. Mereka yang lebih licik dalam Islam kemudian mengarahkan ini kepada petang hari keenam saja, dan meninggalkan Sabat. Kekristianan menggantikan Sabat hari ketujuh dan menjadikan hari pertama minggu (dikenali sebagai hari Minggu) sebagai Sabat mereka, suatu amalan yang ditetapkan teguh oleh Zoroaster di Persia dari abad kelapan BCE.

 

Sabat diberikan untuk pembangunan rohani melalui penundukan kepada perintah ilahi dan melalui pembacaan, pendengaran, dan pengajian kitab-kitab suci dalam ibadah. Gagal menundukkan diri kepada Tuhan dan melalaikan berkat-berkat berwahyu Sabat bererti menjadikan diri sendiri bodoh. Dengan kata lain, membuatkan diri mampu mentaati hanya sebagai peniruan dan tanpa pemahaman rohani.

 

Muhammad berkata untuk memelihara Sabat dan sesiapa yang tidak berbuat demikian ialah kera. Seperti Kristus dan Para Rasul, seluruh Al Islam dari Adam sampai Kristus memelihara Sabat. Namun mereka yang mempercayai dusta telah merosakkannya dan mengubah hari ibadah iman kepada hari Minggu. Mereka juga memperkenalkan Easter untuk pemujaan Dewi kuno, yang menyebabkan kedua-dua Israel dan orang Arab dan Keturunan Ketura tersandung. Sama seperti itu, Juma’ah dibataskan kepada sesi sembahyang Jumaat dan Sabat dilupai dalam Islam. Lihat naskah Juma’ah: Bersiap untuk Sabat (No. 285).

 

Mengusulkan bahawa Ismael memiliki kalendar berlainan daripada Israel dan kemudian Yehuda dan Kekristianan awal adalah omong kosong. Minggu terkait kepada Sabat dan harus tetap dan memang terus tetap, ditahbiskan oleh Nabi untuk dipelihara (lihat naskah Sabat di dalam Qur’an (No. 274)).

 

P4. Kenapa Islam Moden tidak memelihara Sabat?

J. Islam dikorupsikan oleh pengaruh mistik timur dan orang pagan menghancurkannya. Kelompok mistik mencipta Hadis untuk menghancurkan Qur’an seperti mana orang Yahudi mencipta Talmud untuk menghancurkan Taurat. Malahan lambang Islam Moden iaitu bulan sabit dan bintang merupakan simbol sistem ibu dewi Istar atau Easter. Tiada satupun sistem agama utama yang mengikuti pesan Taurat, Kitab-kitab Para Nabi, atau Jemaat.

 

Abraham

 

P1. Apakah agama Abraham? Adakah dia Yahudi, Kristian atau Muslim?

J. Hanya ada satu agama dan satu sistem ibadah daripada Kaum Bapa (Leluhur) melalui Musa dan Kristus kepada Qasim dan para penatua “Muhammad” dan seterusnya melalui Jemaat Tuhan sampai sekarang ini.

 

Penyerahan dan Hukum Tuhan disampaikan kepada Abraham dan Ishak, nabi orang benar dan melalui keturunannya (Surah 37:83-113). Keturunan Abraham mempunyai peranan utama dalam masa depan dunia dan melalui mereka dunia diberi warisan besar.

 

P2. Siapakah “anak tunggal” Abraham? Umat Muslim menyatakan ini ialah Ismael anak sulungnya dan bukan Ishak.

J. Salah faham dalam Quran berhubung pengorbanan Ishak dijelaskan dalam teks Kejadian 22, Yudaisme, Islam, dan pengorbanan Ishak (No. 244). Ishak-lah yang disebutkan sebagai korban yang ditentukan dan bukan Ismael seperti yang diajar oleh Hadis. Konsep berkenaan upacara penggenapan menjadikan konflik ini tidak relevan; bagaimanapun, ia tidak menyebut Ismael secara langsung dalam teks tetapi sebaliknya Hadis.

 

P3. Adakah Abraham benar-benar bapa Monoteisme?

J. Tidak, Adam ialah Bapa Monoteisme dan semua kaum bapa serta para nabi merupakan monoteis.

 

P4. Qur’an mengatakan bahawa Abraham ialah sahabat Allah. Kenapa ini begini?

J. Sebab-sebabnya semua ditemui dalam Kitab Suci dan segala komen itu merupakan rujukan langsung kepada teks-teks dalam Kitab Suci. Sebab-sebabnya diterangkan dalam teks Kenapa Abraham dipanggil “Sahabat Tuhan”? (No. 35).

 

P5. Mana satukah Kitab-kitab Abraham?

J. Ini sebenarnya Agama Abraham dan bukan Kitab-kitab. Iman itu disampaikan kepada Abraham dan Dia dipanggil dari Ur-Kasdim. Warisan inilah yang dia berikan kepada keturunannya.

 

P6. Menurut Surah 2:130, adakah Abraham salah seorang daripada umat pilihan?

J. Surah dan ayat mengesahkan dia dipanggil Tuhan dan diberi iman itu dan iman inilah yang dia berikan kepada keturunannya. Ini ialah iman Penyerahan atau Al Islam dalam bahasa Arab. Ayat 130 mengatakan dia akan berada di akhirat sebagai salah seorang Orang Kudus dan dengan itu dia salah seorang umat pilihan. Teks Ibrani Kejadian menyatakan bahawa orang bukan Yahudi mengakuinya sebagai seorang raja daripada elohim dan dengan itu seorang anak Tuhan. Terjemahan-terjemahan bahasa Inggeris tidak menterjemah ini dengan betul.

 

P7. Dari segi apakah Abraham merupakan contoh untuk diikuti, menurut Surah 60:4?

J. Menurut ayat itu, Abraham dan semua yang bersamanya ialah contoh iman dan perbezaan antara orang beriman dan orang kafir, kecuali seperti yang Abraham lakukan, ketika dia berdoa meminta pengampunan bagi mereka.

 

P8. Apakah makna perkataan Arab hanif?

J. Seorang Hanif ialah seseorang yang memelihara segala kepercayaan monoteistik tulen nabi Abraham. Dengan kata lain, Jemaat Tuhan dan para nabi dan kaum bapa ialah Hanif daripada “Muhammad”, iaitu tubuh Kristus.

 

Perhatikan bahawa ramai Hanif merupakan sahabat Kristian malahan lawan Islam. Syaratnya ialah seseorang harus mengabdikan dirinya kepada iman Abraham. Sesudah keruntuhan Islam sejati selepas Empat Khalifah Berpedoman Benar sesetengah Hanif terpaksa menentang apa yang Islam telah jadi. Ada yang diklasifikasi sebagai Kristian Pemelihara Sabat dan ada lain sebagai lawan Islam.

http://en.wikipedia.org/wiki/Hanif

 

Nubuatan di dalam Qur’an

 

P1. Apakah yang Qur’an katakan dalam nubuat atau mengenai para nabi?

J. Quran mempunyai banyak untuk dikatakan tentang para nabi dalam Surah 2:61, 91, 136, 177, 213; 3:21, 80dst.

 

Inspirasi mereka dibincangkan dalam 4:163 dan 6:86dst. Ada musuh bagi tiap satunya (6:113). Tuhan telah membuat perjanjianNya dengan mereka (33:7). Kebanyakan nubuatan dalam Quran hanyalah pernyataan kembali rencana Keselamatan dalam Kitab Suci khususnya mengenai Syurga-syurga Firdaus (lihat Surah 2; 7; 13; 15; 18; 19; 22; 25; 36; 37; 38; 43; 44; 47; 52; 55; 56 dan 76). Disebabkan para Imam tidak mempelajari Kitab Suci mereka jahil tentang rangka waktu antara Syurga-syurga itu dan banyak berbeza dari segi selang waktu antara dua Syurga (Taman) Kebangkitan Pertama dan Kedua.

 

Orang Arab

 

P1. Bolehkan anda jelaskan konteks kepercayaan-kepercayaan orang Arab sebelum Islam muncul di kalangan orang Arab?

J. Orang Arab memiliki campuran kepercayaan yang berkisar antara Kekristianan, Paganisme dan Yudaisme. Kekristianan mereka merangkumi beberapa jenis mulai dari Sabatarianisme Unitarian, yang mana Qasim salah seorangnya, hingga Trinitarianisme dan seterusnya sampai Nestorianisme. Paganisme ini sebenarnya pemujaan Sin Ilah Bulan dan Shams atau Shamas pasangan perempuannya Matahari dan Bintang Fajar Istar, atau Easter, sang Dewi. Yudaisme di kalangan orang Arab sudah lama dikorupsi menjadi Mistikisme Talmud.

 

 

q