`Jemaat-jemaat Allah Al Masehi

[057]

 

 

 

 

FAQ Belajar Alkitab Perjanjian Lama

(Edisi 1.1 20000630-20011124)

 

Soalan-soalan yang Kerap Ditanya (FAQ) mengenai teks-teks Perjanjian Lama disenaraikan di dalam sini. Semua jawapannya bersandar pada premis bahawa Tuhan wujud dan bahawa Alkitab adalah firman Tuhan yang diilhami seperti yang dinyatakan kepada hamba-hambaNya para Nabi.

 

 

 

Christian Churches of God

 

PO Box 369, WODEN ACT 2606, AUSTRALIA

E-mail: secretary@ccg.org

 

(Hakcipta ã 2000, 2001 Wade Cox)

(Tr. 2004)

 

Karya tulis ini boleh disalin semula dan didistribusikan secara bebas dengan syarat ia disalin semuanya tanpa apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat penerbit serta notis hakcipta harus disertakan.  Sebarang bayaran tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima salinan yang didistribusikan.  Petikan-petikan ringkas daripadanya boleh dimasukkan ke dalam artikel-artikel kritis dan karya ulasan tanpa melanggar undang-undang hakcipta.

 

Karya ini boleh didapati daripada Internet di:
http://www.logon.org dan http://www.ccg.org


Kandungan

 

Allah Maha Esa…Tuhan wujud – Kenapa Tuhan abadi – Banyak nama untuk Tuhan – Mana satu nama, mana satu entiti – Elohim/Eloah – Elohim plural – Berapa ramai elohim – Yehovah/Yehovah Semesta Alam – SHD 3068/3069 – Dua makhluk berlainan – Pandangan Tuhan atas dosa – Tuhan dan HukumNya

 

Ciptaan Rohani…Malaikat YHVH: Adakah Kristus YHVH – Menyembah anak – Malaikat Agung Perjanjian Lama – Siapa berbicara kepada Abraham – Siapa yang dilihat Musa – Siapa yang berbicara kepada Musa dan Harun

 

Anak-anak Tuhan: Berapa ramai anak-anak Tuhan – Perbezaan dalam makhluk-makhluk syurgawi – 24 Takhta/Tua-tua – 4 makhluk hidup – 4 sungai/4 Kerubim – sistem-sistem berkepala Singa – Siapa angkatan syurgawi – Sebab derhaka – Kerub derhaka – Pemberontakan – Bani syurgawi jatuh bertaubat – Malaikat lelaki atau perempuan Lucifer: Makna Lucifer – Iblis masih dibenarkan pergi kepada Tuhan – Iblis bukannya sentiasa jahat – Abaddon/Apollyon Para malaikat: Tugas para malaikat – Bolehkah kita mengenalpasti malaikat-malaikat – Berdoa kepada malaikat-malaikat

 

Ciptaan Fizikal…Nefilim: Manusia sebelum Adam – DNA pra/post Adam – Nefilim tidak dibangkitkan Adam & Hawa: Kenapa mencipta manusia – takdir umat manusia – Adam memarahi Hawa – Kehidupan sebelum Adam – Cerita anak-anak – Epal buah dilarang – Kaum-kaum berlainan – Sayur atau daging dahulu – Keadaan fizikal orang mula-mula Nuh: Asal atau muka-muka dari Nuh – Banjir seluruh dunia – iman Nuh Abraham: Berkat-berkat untuk Hagar/Ismael

 

Hukum…Dua papan batu – 6 dan 4 atau 5 dan 5 – Perintah pertama – Sabat – Bacaan hukum – Masyarakat: Haram hingga terbenam matahari – Tidak menghampiri isteri-isteri – Kelahiran anak – Pakaian dan sebagainya – Menyumpah- Keganasan terhadap yang tidak bersalah – Penalti maut – Tatu – Jangan berhutang pada sesiapa – Perjudian Peraturan-peraturan Makanan: Cendawan – Makanan tambahan – Babi dan ikan – Memakan daging – Makanan & Hukum bersepuluh Persepuluhan & Persembahan: 3 atau 7 persembahan – cukai Pendamaian – Mencuri dari Tuhan

 

Israel…12 Hakim – Raja-raja – Penghitungan suku – Aturan suku – Musa: Tablet-tablet pecah – Bala tentera Firaun – Laut merah – Perjalanan tujuh hari – Kejatuhan Yerikho – Tali merah – Darah pada tiang pintu – Patung & Imej berhala: Patung emas – Kenapa anak lembu – Menyembah patung berhala – Anak lembu/salib emas – Divisi-divisi Israel

 

Yosua…Kehidupan Yosua – 12 batu/12 rasul – 2 pengintip

 

Hakim-hakim…Hakim-hakim 9:7-21 – Hakim-hakim 19 – 70 anak lelaki Gideon – Rambut Simson – Teka-teki kepada 30

 

Rut…saudara Rut

 

1 Samuel…1 Samuel 1:6 – 1 Samuel 17:40 – Daud

 

1 Raja-raja…1 Raja-raja bab 6

 

2 Raja-raja…2 Raja-raja bab 2

 

Ester…Ester 9:13 Percubaan-percubaan Nuremburg

 

Ayub…7 anak lelaki 3 anak perempuan – Ayub dalam Kejadian 46:13

 

Mazmur…Mazmur 82 – Mazmur 187

 

Amsal…Amsal 8 & 9 – Amsal 31

 

Pengkhotbah…Pengkhotbah 7:1 – Hari kelahiran

 

Nabi-nabi

 

Yesaya…Yesaya 19:23 – Yesaya 65:1-6 – Yesaya 1:29

 

Yeremia…Yeremia 4:15 dan seterusnya

 

Yehezkiel…Yehezkiel 46:20;-26:21;- Bait Suci Yehezkiel – Yehezkiel 20:37-38

 

Daniel…Daniel 12:1-2;-2:43;-7:9-10;- Daniel dan 3 dalam api  - Gua singa

 

Hosea…Hosea 2:15

 

Yoel…Yoel 2:23

 

Mikha…Mikha 6:4;- 5:5

 

Zakharia…Zakharia 14:16-19

 

Kalendar Tuhan…Bulan penuh – Waktu hilang – Angka 7 – Jubli-jubli: Apakah Jubli – Bagaimana untuk menghitung – Ditiup pada Pendamaian – 5 bulan dalam tahun ke 50 atau pertama – Penghujung Jubli Perayaan-perayaan: Di manakah dia meletakkan namanya – Perkumpulan-perkumpulan Tuhan – Lemat perayaan – Pentakosta: Shavuot – Sangkakala-sangkakala: Sangkakala ditiup – Perayaan Shofar – Tahun Baru – Pendamaian: Maksud – Cukai pendamaian – Setengah syikal

 

FAQ Perjanjian Lama [057]


 

Allah Maha Esa

 

Mengapa kamu percaya bahawa Tuhan wujud?

 

A: Telah tertulis bahawa hanya seorang bodoh sahaja yang mengatakan dalam hatinya bahawa tidak ada Tuhan. Seluruh struktur penciptaan menuntut bahawa Tuhan wujud: Dari Hukum-hukum Termodinamik hingga kepada fasa pemilihan ruang angkasa alam

 

semesta dan teori Mekanikal Kuantum. Asas falsafah Sebab-Akibat adalah singularis dan bukannya gangguan. Mengapakah kamu berfikir bahawa tidak ada Tuhan?

 

Kenapakah kamu fikir Tuhan adalah abadi? Hakikat bahawa Tuhan telah mencipta kita sepatutnya tidak bermakna bahawa Tuhan tidak akan mati. Mungkin Tuhan kamu hanya memiliki kuasa istimewa untuk mencipta seluruh dunia dan mungkin hayatNya hanyalah sangat panjang, bertahun-tahun lamanya.

 

A: Tuhan berada di luar waktu dan ruang. Alkitab sangat jelas bahawa hanya ada seorang Allah yang Maha Esa, yang tidak pernah dilihat atau boleh dilihat sesiapapun (Yohanes 1:18), dan yang diam di dalam terang yang tidak dapat didekati dan yang satu-satunya adalah abadi (1 Timotius 6:16).

 

Kita tahu ini adalah benar kerana fasa “pemilihan ruang angkasa alam semesta” ditentukan sebagai satu faktor sepuluh hingga kesepuluh, hingga kuasa ke 123. Ia tidak ditulis dalam catatan persepuluhan biasa, walaupun seluruh substruktur bahan dalam alam semesta digunakan. Dalam kata lain, terdapat satu titik asal, dan hanya satu sahaja untuk seluruh alam semesta.

 

Kini kita tahu dari teori umum relativiti dan teori mekanikal kuantum yang mengikutinya serta adaptasi-adaptasinya bahawa suatu substruktur, yang kita panggil “quarks”, membentuk asas bahan/jirim.

 

Kita tahu dari pereputan “K Mesons” bahawa terdapat haluan arah bagi waktu. Kita tahu bahawa struktur jirim dalam alam semesta adalah suatu struktur berarah dalam mana Ruang, Waktu, Jisim, Tenaga dan Graviti adalah ekspresi-ekspresi setara bagi satu intisari asas yang tunggal, dan intisari ini kita panggil roh. Alkitab difahamkan mengajar kita bahawa Tuhan menciptanya “ex nihilo” atau “dari kekosongan”. Ini juga adalah doktrin Gembala Hermas, tulisan terawal antara tulisan-tulisan yang tidak dimasukkan kini di dalam Perjanjian Baru.

 

Tuhan telah mencipta seluruh alam rohani, dan selepas itu mencipta alam fizikal. Ini dibincangkan di dalam karya-karya Bagaimana Tuhan Menjadi Suatu Keluarga (No. 187) dan Tujuan Penciptaan dan Pengorbanan Kristus (No. 160). Struktur penciptaan serta perlunya secara logik akan Sebab-Akibat Singularis serta ketidakmungkinan Penciptaan Mutlak dalam pekerjaan ini ditunjukkan dalam Penciptaan: Daripada Teologi Antropomorfik kepada Antropologi Teomorfik (B5).

 

Saya melihat di dalam konkordans saya bahawa terdapat banyak istilah dalam bahasa Ibrani yang diterjemahkan sebagai “Tuhan.” Adakah mereka bermaksud benda yang sama? Kenapakah orang Ibrani mempunyai begitu banyak perkataan bagi Tuhan?

 

A: Tidak, mereka tidak bermakna benda yang sama. Pelbagai nama untuk Tuhan adalah satu fungsi aktivitiNya di dalam penciptaan. Juga, makhluk-makhluk lain membawakan nama “Tuhan” serta “Yahovah” ketika mereka bertindak bagi pihak Allah yang maha esa. Nama Tuhan dalam bentuk singular adalah “Eloah.” “Elohim” adalah nama plural, yang boleh digunakan bagi makhluk-makhluk singular.

 

Dengan cara yang sama, “Yahovah” digunakan bagi pelbagai makhluk bani syurgawi termasuk Kristus, namun “Yahovih” tidak digunakan begitu. “Yahovih” adalah “Yahovah Semesta Alam” yang merupakan “Maha Tinggi” atau “Elyon”. Istilah “Aku adalah aku” adalah suatu korupsi idea ini. Teks tersebut adalah “‘eyeh ‘asher ‘eyeh” atau “Aku akan jadi apa yang aku akan jadi.” Istilah “Yahovah” adalah “Dia menjadikan” dalam ertikata pihak ketiga (lihat nota samping kepada Keluaran 3:14 dalam Alkitab Oxford Annotated RSV). Nama-nama Tuhan dalam pelbagai bentuknya dibincangkan dalam teks-teks Nama-nama Tuhan (No. 116) dan Pra-Kewujudan Yesus Kristus (No. 243).

 

Saya keliru dengan nama-nama berlainan yang diberikan dalam Alkitab untuk Tuhan. Saya telah membaca karya-karyamu dan semuanya masuk akal, namun ia tidak memberitahu saya nama mana untuk entiti apa. Sebagai contoh, bagaimanakah kamu tahu dalam Kejadian 1:1 bahawa Elohim ini adalah Allah Maha Esa dalam Roh? Dalam ayat 26 ia menyatakan, “Baiklah Kita menjadikan manusia menurut gambar dan rupa Kita…" Itu bunyinya seperti Elohim plural dan bukannya Allah yang Maha Esa. Dan saya melihat 2:4 dan selanjutnya dan ia menyatakan, “YHVH Elohim.” Siapakah Elohim dalam 1:1 dan siapakah YHVH Elohim dalam 2:4 dan bagaimana kamu tahu bagaimana untuk membezakan antara mereka? Ia memang mengatakan dalam 2:4 bahawa YHVH Elohim telah mencipta Langit dan Bumi. Adakah semua ini dicipta oleh YHVH Elohim melalui Elohim(-elohim)Nya?

 

A: Ya, ini adalah persoalan yang sangat penting. Kita mempunyai peraturan asas ini. Tiada seorangpun yang pernah melihat Tuhan, mendengar suaraNya, mahupun melihat rupaNya (Yohanes 1:18). Kita mendapat ini dari mulut Kristus dan diperkuatkan oleh Yohanes dan Paulus. Oleh itu, makhluk-makhluk yang disebutkan dalam Alkitab sebagai Elohim yang dilihat atau disentuh, adalah anak-anak Tuhan dan bukannya Allah yang Maha Esa. Allah Maha Esa ini tinggal dalam terang yang tidak dapat didekati dan tiada seorangpun yang pernah melihatNya atau dapat melihatNya. Semua yang dialami manusia telah disampaikan oleh Malaikat Besar Perjanjian Lama, yang telah memberikan Hukum Taurat itu kepada Musa dan telah menjadi Yesus Kristus, atau anak-anak Tuhan lain yang bekerja dengannya dan yang juga memakaikan nama Tuhan. Perhatikan karya-karya Nama-nama Tuhan (No. 116) dan Pra-Kewujudan Yesus Kristus (No. 243). Allah yang Maha Esa, Eloah telah mencipta segala sesuatu melalui kehendakNya dan segala makhluk bertindak di bawah kemahuanNya.

 

Haruskah saya simpulkan bahawa kita tidak tahu elohim manakah yang dimaksudkan dalam Kejadian 1:1 dan sememangnya ini tidak kisah kerana semua Elohim bertindak menurut arahan Eloah? Adakah kamu fikirkan bahawa Anak-anak Eloah yang dimaksudkan di sini oleh kerana kata plural yang digunakan dalam ayat 26? Jadi segalanya telah dicipta melalui Elohim untuk Eloah?

 

A: Kata Tuhan dalam Kejadian 1:1 merujuk kepada Eloah serta tindakan pertama penciptaan yang telahpun sempurna, yang merupakan perlanjutan diriNya sebagai Elohim. Oleh itu, makhluk lanjutan itu adalah Elohim dan Dia mencipta sebagai Elohim kerana ia melibatkan pelbagai makhluk-makhluk.

 

Ayub 38:4-7 menunjukkan konsepnya. Dia mencipta dan anak-anak Tuhan berkumpul bersama dan Bintang-bintang Fajar menyanyikan kesukacitaan atas penciptaan bumi. Maka, semuanya adalah elohim di bawah Allah yang Maha Esa (rujuk Yohanes 17:3). Ianya tidak penting siapa yang diberikan tugas-tugas dari penciptaan pertama itu, iaitu generasi elohim dari Eloah. Perhatikan karya-karya Bagaimana Tuhan Menjadi Suatu Keluarga (No. 187) dan Kerajaan Tuhan (No. 174).

 

Bolehkah kamu jelaskan dan ertikan istilah Ibrani untuk Tuhan, “Elohim”? Bukankah ia perkataan plural? Adakah kita mengertikannya sebagai meliputi Bapa, Anak dan Roh Kudus?

 

A: Istilah Ibrani “Elohim” adalah perkataan plural yang bermakna “Tuhan” dan “Tuhan-tuhan” plural, bergantung pada penggunaannya. Istilah singular untuk Tuhan adalah “Eloah.” Ini adalah “Elahh” dalam bahasa Kasdim. Perkataan plural bagi Tuhan dalam bahasa Kasdim adalah “Elahhin’” yang bermakna sama dengan Elohim. “Tuhan itu” disebutkan sebagai “Ha Elohim.” Bahasa Arab berasal dari bahasa Aramaik atau Kasdim timur, dan itulah sebabnya kenapa istilah Arab bagi Tuhan dalam bentuk singular adalah “Allah’”. Elohim meliputi semua anak-anak Tuhan selaku satu sidang elohim dan satu tubuh makhluk-makhluk roh. Alkitab merujuk kepada elohim sebagai satu pluraliti (kemajmukan) dan elohim dituliskan sebagai “aggelos” dalam bahasa Yunani dan “angels (malaikat)” dalam bahasa Inggeris. Sebagai contoh, Mazmur 8:5 mengatakan tentang Mesias bahawa “Namun Engkau telah membuatnya hampir sama seperti Allah (“rendah sedikit dari malaikat”), dan telah memahkotainya dengan kemuliaan dan hormat.” Ini diterjemahkan dalam bahasa Inggeris KJV sebagai “malaikat-malaikat” dari penulisannya dalam Septuagint (LXX) sebagai “aggelos”. Begitu juga dengan Vulgate, dan Syriac. Oleh itu, secara umumnya difahami dalam masa tiga ratus tahun sebelum dan selepas Kristus bahawa “elohim” adalah “anak-anak Tuhan” yang dipanggil “utusan-utusan” atau “malaikat-malaikat.” Teks ini juga dituliskan sebagai “malaikat-malaikat” dalam Ibrani 2:7. Malaikat Perjanjian Lama juga adalah seorang elohim. Mazmur 97:7 juga merujuk kepada elohim sebagai satu sidang elohim yang lebih luas. Ini adalah hal yang sangat penting dan menarik, yang telah diselindungi sistem Trinitarian (lihat karya Mazmur 8 (No. 14). Trinitas adalah sistem pagan Tuhan Triune/Bertiga, yang telah diperkenalkan dari Rom dalam Abad Keempat. Lihat juga karya-karya Umat-umat Pilihan Sebagai Elohim (No. 1); Malaikat YHVH (No. 24); Pra-Kewujudan Yesus Kristus (No. 243); Penciptaan: Daripada Teologi Antropomorfik kepada Antropologi Teomorfik (B5); Doktrin Jiwa Socratic (No. B6).

 

Dalam Kejadian 1:26 ia mengatakan bahawa manusia dicipta menurut gambar Elohim. Dalam 2:7 ia mengatakan bahawa YHVH Elohim membentuk manusia dari debu tanah. Dalam Wahyu 21:17 ia merujuk kepada ukuran manusia, yang juga ukuran malaikat. Bagi saya ia kelihatan memperkatakan tentang dua orang berlainan dan mungkin dua Tuhan berbeza. Adakah istilah-istilah dalam teks purba untuk manusia pada semua tempat yang saya rujukkan perkataan yang sama? Adakah yang dimaksudkan itu adalah makhluk-makhluk yang sama?

 

A: Alkitab memang berbicara mengenai pelbagai elohim. Elohim adalah satu sidang, seperti mana yang kita tahu dari Mazmur dan bahagian lain. Teks dalam Wahyu memperkatakan tentang ukuran manusia sebagai ukuran malaikat, dan itu memberitahu kita bahawa kita semua adalah saudara dan dibentuk mengikut gambar Tuhan. Aspek ini mempunyai kesan-kesannya terhadap angkatan malaikat. Kita semua akan menjadi saudara-saudara dan sebahagian dari Kota Tuhan di mana Allah adalah semua dalam semua. Perhatikan karya Kota Tuhan (No. 180).

 

Adakah Jehovah dan Jehovah Semesta Alam peribadi yang sama, atau adakah mereka makhluk-makhluk berlainan?

 

A: Mereka adalah makhluk-makhluk berlainan. Yahovah atau Jehovah dalam bahasa Inggeris (Tiada huruf J dalam bahasa Ibrani) telah diberikan Israel sebagai pusakanya oleh Yang Maha Tinggi (Ulangan 32:8 khususnya RSV). Sang Maha Tinggi atau “Elyon” adalah Yahovah Semesta Alam. Semua makhluk yang bertindak bagi pihak Yahovah Semesta Alam mempunyai gelaran, “Yahovah.” Kristus merupakan watak utama dalam Perjanjian Lama sebagai Malaikat Besar Yahovah yang memiliki gelaran ini, namun terdapat yang lainnya. Dalam Kejadian, bab 18 dan 19, kita perhatikan tiga Yahovah yang datang menemui Abraham. Yang senior (paling tua) terus bersama Abraham sementara yang dua lagi telah pergi kepada Lot di Sodom.

 

Mereka telah memusnahkan Sodom dengan memanggil hujan api dari Yahovah di Syurga. Maka, terdapat empat di situ dan Dia di Syurga yang menjatuhkan api ke atas Sodom. Dia ini adalah Yahovah Semesta Alam. Dia telah mengutus Mesias ke dunia ini sebagai pemberi Hukum dan sebagai pelindung Israel. Lihat juga karya-karya Nama-nama Tuhan (No. 116); Pra-Kewujudan Yesus Kristus (No. 243); Malaikat YHVH (No. 24); Teologi Awal Tentang Ketuhanan (No. 127). Penciptaan ada matlamatnya dan Kristus mempunyai peranan dalam penciptaan yang diberikan kepadanya oleh “Yahovah Semesta Alam” iaitu “Yahovih” (rujuk karya Tujuan Penciptaan dan Pengorbanan Kristus (No. 160).

 

Dalam tulisan-tulisanmu, kamu membezakan antara Yahovah (SHD 3068) dan Yahovih (SHD 3069). Kamu nyatakan bahawa Yahovih (SHD 3069) adalah lebih tinggi dari Yahovah (SHD 3068). Mengikut pemahaman saya, skrip asalnya hanyalah Tetragrammaton yang diterjemahkan sebagai YHVH tanpa sebarang huruf vokal. Kalau saya betul, bagaimanakah para penterjemah mendapatkan dua versi berlainan perkataan ini dan menjadikan satu lebih tinggi daripada yang satu lagi sedangkan kedua-duanya adalah YHVH?

 

A: Teks Ibrani telah mengekalkan perbezaan-perbezaan ini. Perubahan oleh Sopherim, dari “Yahovah” kepada “Adonai,” adalah satu asas hujah hal huruf vokal dari Adonai. Perhatikan komen-komen dalam Kamus Ibrani Strong’s (SHD) bagi 3068 dan 3069. Kamu akan melihat di sana kelainan-kelainannya. 3068 dibaca sebagai “Adonai” dan 3069 sebagai “elohim”.

 

Saya sedang membaca karya Hukum dan Perintah Tuhan Kedua (No. 254) dan dalam Ulangan 11:17 ‘Tuhan’ dirujukkan dengan dua cara berbeza dalam ayat yang sama. Adakah ini satu salah cetak atau adakah ia maksudkan 2 makhluk berlainan? Jika ya, tolong jelaskan perbezaannya. Juga, terangkan Korintus 6:17-18.

 

A: Istilah yang diterjemahkan sebagai “Tuhan” dalam teks itu adalah “Yahovah” (SHD 3068) (rujuk Greens Interlinear Bible). Septuagint tidak membuat sebarang perbezaan dalam penggunaan “Kurios,” dan ia juga diterjemahkan dengan cara yang sama.

 

Dalam 2 Korintus 17-18, ia sedang mengisahkan “Yang Maha Kuasa” dan tiada sebarang pembezaan. Terdapat perbezaan antara entiti-entitinya, seperti mana dalam Zakharia 2:8-11. “Yahovah” yang telah diutus untuk menyelamatkan Israel dan Yerusalem, telah diutus oleh “Yahovah Semesta Alam.” Inilah kelainannya yang disebutkan dalam Mazmur 45:6-7 dan dilihat dalam Ibrani 1:8-9 sebagai “Mesias.”

 

Bolehkan Allah memandang pada dosa? Saya pernah mendengar khutbah di mana pendetanya mengatakan “Allah tidak boleh memandang dosa, itulah sebabnya Kristus mengucapkan ‘Allah-Ku, Allah-Ku, mengapa Engkau meninggalkan Aku?’ sebab dia mengangkat dosa-dosa dunia.” Adakah ini benar?

 

A: Ya, Tuhan boleh memandang dosa namun kita memintaNya tidak berbuat begitu (Mazmur 51:9 dan seterusnya; Yesaya 59:2).

 

Pernyataan tersebut adalah satu dongeng yang disebarkan orang-orang yang tidak pernah membaca Mazmur betul-betul. Teks yang disebutkan Kristus itu adalah bentuk Aramaik bahasa Ibrani dalam Mazmur 22:1. Dalam Mazmur 22:24 kita bacakan bahawa Tuhan tidak menyembunyikan wajahNya daripada dia.

 

Peristiwa-peristiwa dalam Mazmur 22 semuanya merujuk kepada Kristus dan penyalibannya. Ayat 24 mengatakan:

 

“Sebab Ia tidak memandang hina ataupun merasa jijik kesengsaraan orang yang tertindas, dan Ia tidak menyembunyikan wajah-Nya kepada orang itu, dan Ia mendengar ketika orang itu berteriak minta tolong kepada-Nya.”

 

Fiksyen ini bertujuan menangani konsep penebusan dosa tanpa pemahaman sebenar ataupun memperakui persembahan Unjukan Berkas serta konsep-konsep benar Paskah. Oleh sebab mereka tidak menurut perintah-perintah Tuhan dan memelihara sistem-sistem pagan, mereka tidak memahami Kitab Suci serta Hukum-hukum Tuhan. Hal penyaliban itu serta aspek-aspek Mazmur 22 dikaji dalam karya-karya web pada http://www.ccg.org dan http://www.logon.org

 

Ezra 9:15 merujuk kepada Tuhan sebagai maha benar, dan Mazmur 119:172 merujuk kepada Hukum Tuhan sebagai benar. Adakah hubungan antara Tuhan dan HukumNya?

 

A: Allah adalah suci (Mazmur 145:17), sempurna (Matius 5:48), adil (Mazmur 145:17), baik (Mazmur 25:8) dan benar (Ulangan 32:4) dan HukumNya adalah suci (Roma 7:12), sempurna (Mazmur 19:7), adil (Mazmur 119:172), baik (Roma 7:12), dan benar (Mazmur 119:142). Ini adalah kerana Hukum itu terbit dari kudrat Allah dan bukannya dari tingkahNya. Ini diteliti dalam karya-karya Perbezaan di dalam Hukum (No. 96) dan Kasih dan Struktur Hukum (No. 200).

 

Ciptaan Rohani

 

Malaikat YHVH

 

Mengikut pemahaman saya, “YHVH Semesta Alam” adalah Bapa dan Raja adalah Kristus (Zakharia 9:9), namun dalam Zakharia 14:16 kita diberitahu bahawa “Maka semua … akan datang tahun demi tahun untuk sujud menyembah kepada Raja, TUHAN semesta alam...” Adakah Kristus juga memiliki gelaran “YHVH Semesta Alam” ini atau adakah ini mengenai “menyembah” kedua-dua Raja dan YHVH Semesta Alam?

 

A: Kristus telah diberikan nama-nama yang dia ada oleh Bapa dan bertindak bagi pihak Bapa mengikut perwakilanNya. Allah adalah Raja segala Raja dan Tuan segala Tuan, namun kita lihat Kristus datang sebagai Raja segala Raja dan Tuan segala Tuan diikatkan, sebagai satu gelaran, pada pahanya (Wahyu 19:15-16). Hanya Yahovah Semesta Alam saja yang disembah dan kerana itu Dia adalah Raja. Gelaran tersebut diberikan kepada Kristus sama seperti ia juga diberikan kepada umat pilihan.

 

Kristus juga diberikan satu nama yang baru dalam proses ini, yang juga akan dituliskan pada umat pilihan (Wahyu 3:12). Kita semua telah ditebuskan untuk menjadi satu bangsa raja-raja dan imam-imam (rujuk Wahyu bab 4 dan 5 untuk sidang serta pernyataan-pernyataan mereka mengenai orang-orang kudus dan Mesias).

Oleh kerana beberapa dari gelaran yang diberikan kepada Kristus ini saling bertindihan dengan gelaran-gelaran yang dikhususkan kepada Allah yang Maha Kuasa, ramai yang telah salahfaham tentang maksudnya dan percaya bahawa Kristus macam manapun adalah Tuhan seperti mana Allah adalah Tuhan, sebagai sebahagian dari satu Ketuhanan Trinitarian, Binitarian atau Diteistik.

 

Ini bukanlah hakikatnya. Gelaran-gelaran yang diberikan kepada Kristus semuanya menyampaikan konsep kewibawaan (kekuasaan) yang diwakilkan, sama seperti Mal’ak YHVH digelar YHVH, dan Elohim kerana dia mewakili YHVH Semesta Alam dan Eloah. Lihat karya-karya Yesaya 9:6 (No. 224) dan Nama-nama Tuhan (No. 116).

 

Dalam Daniel 2:45 kita membaca tentang Batu yang terungkit lepas dari Gunung dan kemudiannya dalam Daniel 7:13-14 kita membaca tentang pertabalan Anak di hadapan Yang Lanjut Usia. Nampaknya Anak datang dari Bapa berbeza dari  semua ciptaan lain. Ia hampir seperti sejenis pengklonan yang dilakukan Bapa pada diriNya sendiri. Bolehkah kamu memberi komen tentang ini? Jika ini berlainan dari penciptaan para malaikat dan penciptaan fizikal, maka pastinya agak sesuai untuk “menyembah” Anak selain daripada Bapa. Dia akan benar-benar berada di dalam Bapa dan Bapa di dalam Dia.

 

A: Kristus telah dicipta oleh Tuhan sama seperti semua anak-anak Tuhan diciptaNya. Kristus diutus ke dunia dengan cara berlainan dan merupakan “satu-satunya tuhan yang dilahirkan,” iaitu “monogenes Theos” dalam Yohanes 1:18. Penglihatan Daniel 2 dibincangkan dalam siri karya-karya berkenaan sifat (kudrat) Tuhan, Program Pembelajaran Alkitab (No. B1). Perhatikan khususnya karya Bagaimana Tuhan Menjadi Suatu Keluarga (No. 187).

 

Tidak, menyembah Anak seperti Bapa tidak boleh diterima. Alkitab jelas bahawa dia yang menguduskan dan mereka yang dikuduskan mempunyai asal yang sama (Ibrani 2:11). Doktrin yang mengatakan bahawa Bapa dan Anak adalah Tuhan yang satu, dan anak disembah dan datang untuk dikorbankan, adalah doktrin Attis, dan telah memasuki Kekristianan dalam Sidang abad keempat. “Bukankah kita sekalian mempunyai satu bapa? Bukankah satu Allah menciptakan kita?” (Maleakhi 2:10)

 

Siapakah Malaikat besar yang telah bersama dengan Israel dalam Perjanjian Lama?

 

A: Kepercayaan Jemaat pada abad pertama dan kedua adalah bahawa ini adalah Kristus. Dia telah memberikan Hukum Tuhan kepada Musa. Justin Martyr, dalam penulisannya kepada Maharaja Rom (sekitar tahun 150) dalam “First Apology”-nya, menyatakan secara kategorikal bahawa Jemaat Kristian mempercayai bahawa Malaikat Besar Perjanjian Lama yang telah memberikan Hukum itu kepada Musa adalah Kristus. Itu adalah ajaran Jemaat Katolik Asal. Lihat juga www.originalcatholicchurch.org. Perhatikan karya-karya Malaikat YHVH (No. 24); Teologi Awal Tentang Ketuhanan (No. 127); serta Pra-Kewujudan Yesus Kristus (No. 243).

 

Siapakah yang telah berbicara kepada Abraham? Adakah itu Yesus? Siapakah yang telah memusnahkan kota-kota itu?

 

A: Ia adalah malaikat Yahovah yang telah menjadi Yesus Kristus. Dia digelar Yahovah, seperti mana dua malaikat lain yang datang bersamanya untuk berjumpa Abraham, dan kemudian dua Yahovah lain itu telah pergi kepada Lot di Sodom dan Gomora. Mereka (Yahovah) kemudiannya memanggil api turun ke atas kota-kota tersebut dari Yahovah di Syurga (Kejadian 19:24). Yahovah di Syurga ini adalah Yahovah Semesta Alam atau Yahovih. Hal-hal ini diterangkan dalam karya-karya Umat-umat Pilihan Sebagai Elohim (No. 1); Malaikat YHVH (No. 24); Nama-nama Tuhan (No. 116); dan Pra-Kewujudan Yesus Kristus (No. 243).

 

Jika tiada seorangpun yang pernah melihat Tuhan seperti yang dikatakan Yohanes, maka siapakah itu yang dilihat Musa? Bukankah dia melihat Tuhan?

 

A: Tidak. Musa tidak melihat Allah yang Maha Esa. Kristus mengatakan bahawa tiada seorangpun yang pernah melihat rupanya atau mendengar suaranya pada bila-bila waktupun, dan ini juga diulangi oleh Yohanes dan Paulus (Yohanes 1:18; 1 Yohanes 5:20; 1 Timotius 6:16). Kepercayaan Jemaat mula-mula adalah bahawa Malaikat Perjanjian Lama yang telah memberikan Hukum itu kepada Musa adalah Kristus. Lihat karya-karya Malaikat YHVH (No. 24); Pra-Kewujudan Yesus Kristus (No. 243); dan Teologi Awal Tentang Ketuhanan (No. 127).

 

Dalam Keluaran (merujuk kepada 10 tulah), siapakah yang memberikan Harun dan Musa arahan-arahan untuk firaun?

 

A: Makhluk yang berada bersama Israel dalam padang gurun adalah batu yang merupakan Kristus. Dia adalah Malaikat Perjanjian Lama yang telah memberikan Hukum itu kepada Musa di Sinai. Ini adalah ajaran Jemaat asal dan ia adalah ajaran Jemaat hari ini (rujuk Justin Martyr, First Apology). Lihat karya-karya Malaikat YHVH (No. 24); Teologi Awal Tentang Ketuhanan (No. 127); dan Pra-Kewujudan Yesus Kristus (No. 243).

 

Anak-anak Tuhan

 

Berapa ramaikah Anak-anak Tuhan menurut Alkitab?

 

A: Anak-anak Tuhan disebutkan dalam teks-teks Perjanjian Lama, namun sebarang bilangan tidak diberikan. Ulangan 32:8 menyatakan bahawa bangsa-bangsa dibahagikan kepada anak-anak Tuhan menurut bilangan mereka (Ini diubah kemudiannya dalam Teks Masoretik namun RSV menulisnya betul). Maka kita ada bilangan 70 untuk ini mengikut tradisi, namun kita tahu bahawa ia lebih banyak lagi dari itu dari penglihatan Elia. Ayub 1:6; 2:1; dan 38:4-7 sekadar menyebut tentang anak-anak Tuhan serta Bintang-bintang Fajar.

 

Ayub 33:23 menggambarkan terdapatnya seribu dalam struktur tersebut yang mampu menebus manusia. Kita mendapati penggunaan istilah “tidak terkira banyaknya” bagi mereka dan istilah “tentera-tentera” juga diaplikasikan kepada mereka (Wahyu 19:14). Kitab Wahyu memberikan bilangan 200 juta penunggang kuda yang diketuai empat malaikat yang ditahan di Efrat untuk waktu yang ditetapkan untuk membunuh sepertiga manusia (Wahyu 9:16). Ini mungkin sekali adalah bilangan manusia dan bukannya bilangan angkatan syurgawi.

 

Kita tiada cara untuk mengetahui sama ada rujukan ini adalah bilangan menyeluruh atau tidak. Oleh itu, bilangan Anak-anak Tuhan, yang kadangkala disebut Utusan-utusan, dalam teks-teks ini mungkin 200 juta, namun pastinya dihitung sebagai tentera-tentera. Mungkin mereka seramai bilangan orang yang pernah wujud sejak Adam. Kita akan tahu apabila kita sampai kepada Kota Tuhan (No. 180) dan digabungkan bersama mereka sebagai Bait Suci yang hidup dan tempat tinggal bagi Allah dan Anak Domba itu.

 

Bolehkah kamu terangkan perbezaan-perbezaan antara semua makhluk syurgawi? Anak-anak Tuhan, Malaikat-malaikat, Kerubim, Nefilim? Adakah semua Anak-anak Tuhan itu Malaikat, dan semua Malaikat itu adalah Anak-anak Tuhan?

 

A: Semua umat syurgawi adalah anak-anak Tuhan. Mereka yang diutus kepada manusia adalah utusan-utusan, yang digelar malaikat. Mereka mempunyai pangkat dan kedudukan: Kerubim, Serafim dan Bintang-bintang Fajar. Semuanya adalah anak-anak Tuhan. Kristus adalah salah seorang mereka.

 

Nefilim merupakan hasil angkatan malaikat yang telah jatuh. Lihat karya Nefilim (No. 154). Mereka tiada kebangkitan. Iblis setan adalah anak-anak Tuhan yang telah jatuh dari kemuliaan. Kita semua akan menjadi Anak-anak Tuhan. Lihat karya-karya Bagaimana Tuhan Menjadi Suatu Keluarga (No. 187) dan Kerajaan Tuhan (No. 174) serta Umat-umat Pilihan sebagai Elohim (No. 1).

 

Bolehkah kamu terangkan secara ringkas tentang 24 takhta-takhta serta 24 tua-tua?

 

A: Sidang dalaman elohim mempunyai tiga puluh makhluk. Tiga puluh ini terdiri dari dua puluh empat tua-tua di bawah Imam Besar, iaitu Mesias. Empat Makhluk Hidup adalah kerubim di sekeliling takhta Tuhan. Mereka mempunyai tua-tua yang diperuntukkan kepada mereka mengikut aturan dua untuk satu sistem, dengan tiga sistem dan menjadikannya enam untuk satu divisi/divisyen. Allah berada di tengah pada takhta. Ini menjadikannya tiga puluh.

 

Terdapat mereka yang lain yang selanjutnya membentuk sidang tujuh puluh. Struktur ini digambarkan dalam sistem di dalam Israel, dan di Khemah Suci dan Bait Suci. Dua puluh empat divisi imam-imam besar serta Imam Besar membayangi sidang tua-tua itu. Tujuh puluh tambah dua pula membayangi sidang luaran. Israel terbahagi kepada empat divisyen dua belas suku, tiga suku untuk setiap divisyen, dan dengan keimamatan Lewi di khemah suci atau takhta (Lihat Bilangan 10). Divisi-divisi keimamatan diperuntukkan kepada divisi suku-suku itu. Struktur ini juga dibincangkan dalam karya Kerajaan Tuhan (No. 174). Perhatikan juga Bagaimana Tuhan Menjadi Satu Keluarga (No. 187).

 

Apakah 4 makhluk hidup itu dan apakah kepentingan mereka?

 

A: Empat Makhluk Hidup itu adalah Kerub-kerub penjaga yang diurapi yang berdiri di hadapan takhta Tuhan. Tabut [perjanjian] mempunyai dua pada Lapporah atau tutupnya dan dua lagi yang berjaga atas mereka. Lihatlah karya-karya Tabut Perjanjian (No. 196) dan juga Maksud Penglihatan Yehezkiel (No. 108). Karya Kerajaan Tuhan (No. 174) menjelaskan fungsi mereka.

 

Empat makhluk hidup dan Sidang itu melaksanakan tugas di dalam Angkatan Syurgawi berkaitan pentadbiran dan pengadilan. Secara efeknya, mereka adalah komander-komander kuadran alam semesta dan menutupi takhta Tuhan.

 

Makhluk-makhluk hidup ini mewakili empat peringkat sejarah keimamatan dan Israel. Peringkat pertama adalah khemah suci padang gurun dan para Hakim. Peringkat kedua atau kerub adalah sebagai Bait Suci pertama dari Salomo hingga penawanan tersebut. Peringkat ketiga adalah dari pendirian semula setelah kepulangan hingga pemusnahannya pada tahun 70 TM dan peringkat keempat adalah sebagai era tujuh jemaat hingga kedatangan semula Mesias.

 

Setiap peringkat adalah bagaikan kerub yang menutupi yang melindungi takhta Tuhan dan melalui tangan manusia (di bawah sayap-sayap itu) menunaikan tujuanNya di bumi. Makhluk-makhluk hidup ini telah digambarkan di bahagian lain Alkitab namun simbolisme bentuknya mempunyai maksud yang lebih mendalam lagi daripada benda ganjil rekaan dengan empat rupa berlainan itu. Dalam Wahyu 4:6-8, kita melihat rupa-rupa yang sama namun berasingan selaku empat makhluk hidup yang mana setiap satunya mempunyai salah satu rupa tersebut tetapi dengan enam sayap.

 

Adakah empat sungai yang mengalir dari Eden mempunyai apa-apa perkaitan simbolik dengan empat Kerubim di sekeliling takhta Tuhan?

 

A: Ya, secara simboliknya sungai-sungai itu mewakili empat divisi penciptaan. Penciptaan serta peranan kerubim telah dibincangkan dalam beberapa karya. Ini adalah Kerajaan Tuhan (No. 174); Tujuan Penciptaan dan Pengorbanan Kristus (No. 160); Doktrin Dosa Asal Bahagian 1 Taman Eden (246); Bagaimana Tuhan Menjadi Suatu Keluarga (No. 187).

 

Kamu telah merujuk kepada sistem-sistem berkepala manusia dan singa; apakah peranan-peranan atau tugas-tugas posisi-posisi ini?

 

A: Mereka adalah komander-komander (ketua panglima) kuadran sistem Tuhan. Mereka adalah kerub-kerub penjaga yang diurapi, dan mereka juga muncul seperti itu dalam Bait Suci dalam Yehezkiel. Wahyu menunjukkan bahawa mereka ada pada takhta Tuhan. Mereka menduduki posisi yang lebih tinggi dari 24 tua-tua itu, dan mereka diperhatikan di dalam Yehezkiel bab 1 dan selanjutn di mana mereka dikenalpasti sebagai Kerubim. Mereka mempunyai bidang-bidang tanggungjawab yang tetap seperti yang dapat kita lihat dari hakikat bahawa mereka tidak mengubah arah haluan mereka tidak kira di mana takhta itu menghala. Perhatikan karya-karya: Maksud Penglihatan Yehezkiel (No. 108); Bagaimana Tuhan Menjadi Suatu Keluarga (No. 187); Kerajaan Tuhan (No. 174) dan Kota Tuhan (No. 180).

 

Bolehkah kamu berikan saya seberapa banyak maklumat tentang Angkatan Syurgawi yang kamu dapat. Siapa sebenarnya mereka, berapa ramai, fungsi serta peranan mereka? Adakah Yesus sebahagian dari Bani Syurgawi?

 

A: Bani Syurgawi adalah anak-anak Tuhan. Mereka dipanggil utusan hanya kerana fakta misi mereka kepada manusia. Malaikat (Angel) adalah satu terbitan istilah Yunani bagi utusan. “Malak” dalam bahasa Ibrani telah menjadi “Malaikat” dalam bahasa Arab, dan seterusnya ke dalam bahasa Indonesia dan selanjutnya.

 

Bani Syurgawi tertumpu pada takhta Tuhan dan melayani Dia. Kristus adalah salah seorang dari anak-anak Tuhan itu pada mulanya. Proses ini diterangkan dalam karya-karya Bagaimana Tuhan Menjadi Suatu Keluarga (No. 187); Kerajaan Tuhan (No. 174) dan juga Pra-Kewujudan Yesus Kristus (No. 243).

 

Kita akan menjadi anak-anak Tuhan dan elohim dan ini diliputi dalam karya Umat-umat Pilihan sebagai Elohim (No. 1). Maksud Penglihatan Yehezkiel (No. 108) juga mempunyai maklumat berkaitan mengenai Kerubim. Bagaimana kita semua berpadan bersama diliputi dalam karya Kota Tuhan (No. 180).

 

Apakah sebabnya pendurhakaan angkatan syurgawi itu?

 

A: Ia telah sentiasa difahamkan bahawa sebabnya adalah bantahan mereka terhadap penciptaan kita. Quran memberikan ini sebagai sebab khususnya. Itulah sebabnya kenapa Iblis adalah penuduh saudara-saudara. Mereka menuduh malam dan siang kepada Tuhan. Lihat karya-karya Bagaimana Tuhan Menjadi Satu Keluarga (No. 187) dan Kerajaan Tuhan (No. 174). Domba dan Anak yang Hilang (No. 199) juga mempunyai perkaitan dalam hal ini seperti juga Penghakiman Terhadap Para Iblis (No. 80).

 

Bolehkah seorang kerub durhaka dan kehilangan kedudukannya? Jika ya, apakah nasibnya untuk masa depan?

 

A: Ya seorang, Iblis, dan mungkin dua telah durhaka. Mereka boleh bertaubat seperti juga semua anak-anak Tuhan. Lihat karya Penghakiman Terhadap Para Iblis (No. 80) dan juga Domba dan Anak yang Hilang (No. 199). Belas kasihan Tuhan kekal selamanya.

 

Jika satu pertiga dari angkatan syurgawi durhaka dan terdapat 30 dalam sidang dalaman maka boleh diandaikan bahawa 10 dari mereka telah durhaka. Adakah itu sebabnya terdapat 10 komponen; 7 era jemaat, 2 saksi, dan Mesias yang diperlukan untuk memperbaiki masalah/kerosakan yang terhasil oleh pendurhakaan bani syurgawi itu?

 

A: Mungkin seseorang boleh mengandaikan begitu dan ia kelihatan logikal, namun angka-angka yang digunakan sel-sel Satanist (pemuja Iblis) adalah mengikut aturan dua belas/dua belas. Ia kelihatan seperti mereka telah mendapat lebih ramai dari sepertiga sidang dalaman. Bagaimanapun, secara keseluruhannya mereka mendapat sepertiga seperti yang dinyatakan. Mungkin ianya dua kerub dan sepuluh itu. Kita akan tahu apabila kita sampai ke Yerusalem dan Kristus memberi kita maklumat yang baru.

 

Sepuluh komponen Bait Suci tidak berkait kepada individu-individu, melainkan dalam Mesias dan dua saksi-saksi itu. Yang tujuh adalah jemaat-jemaat kecuali kalau kita mengenalpasti tujuh malaikat kepada tujuh jemaat itu sebagai bakal-bakal pengganti dalam angkatan syurgawi, dan elemen-elemen manusia sebagai bahagian baru.

 

Jika angkatan malaikat yang durhaka (atau iblis setan) boleh bertaubat dan masih dapat menjadi anak-anak Tuhan, maka kamu mungkin percaya bahawa iblis setan yang tidak bertaubat akan dibunuh untuk selamanya? Jadi apakah bezanya antara kita dan mereka? Adakah manusia hanya satu lagi cara lebih kreatif untuk melakukan hal yang sama seperti yang dilakukan dengan para malaikat?

 

A: Ya, itulah jawapannya. Penciptaan manusia dengan sistem keluarga adalah satu lagi cara untuk memberikan para malaikat tanggungjawab-tanggungjawab serupa ke atas keluarga manusia, namun dengan batas penyeliaan lebih besar. Apabila Iblis membantah penciptaan kita dan sepertiga bani syurgawi membantah dan mendurhaka bersamanya, mereka kemudiannya diberikan tanggungjawab untuk kita. Mereka telah menjadi penuduh kita dan bukannya ibubapa rohani kita. Mereka telah menjadi penghalang kepada rencana itu serta keselamatan kita. Setelah pemberontakan terakhir pada penghujung milenium, para iblis akan dijadikan kepada bentuk fizikal dan mati. Inilah ertinya dibawah turun ke dalam Lubang dan mati seperti manusia, seperti yang kita lihat dalam Yehezkiel 28 dan juga dalam ertikata yang sama dalam Yesaya 14. Aspek ini dikaji dalam karya Kejatuhan Mesir: Nubuatan tentang Lengan-lengan Patah Firaun (No. 36); dan Lucifer: Pembawa Terang dan Bintang Fajar (No. 223). Mereka akan kemudiannya diletakkan di dalam kebangkitan fizikal pada Kebangkitan Orang Mati Kedua atau Umum. Kita hanya boleh bayangkan kesukaran-kesukaran yang mereka alami apabila ditangani, dalam memeriksa peranan-peranan mereka selama 6000 tahun terakhir serta kebinasaan yang diakibatkan mereka walaupun hanya gagal menghalang tindakan sesat, apalagi dengan mencetuskannya secara langsung dalam umat manusia.

Mungkin untuk melepaskan diri mereka dari penghitungan inilah sebabnya kenapa mereka membentuk teori serta doktrin itu di antara kultus-kultus misteri, khususnya kultus Orphic, iaitu iblis di kalangan manusia, seorang theos atau tuhan yang telah jatuh, dan yang perlu disucikan untuk kembali ke syurga. Dorongan terhadap kaum manusia dalam usaha ini mungkin satu reaksi dan satu keinginan untuk dikembalikan kepada keadaan asal mereka tanpa melalui proses kebangkitan kedua dan fizikal di bawah umat pilihan manusia dari Kebangkitan Pertama.

 

Doktrin jiwa adalah satu rekaan Socrates mengenai “psuche” sebagai reaksi kepada doktrin-doktrin Orphic itu, dan dari mana kita dapati jiwa abadi dan yang kemudiannya melanjut kepada syurga kumpulan Gnostik. Jiwa abadi ini adalah satu lagi dusta, sama seperti dusta bahawa para iblis tidak boleh mati dan tidak boleh bertaubat. Kristus telah diturunkan dari seorang elohim kepada rupa manusia dan dia mati di salib, telah dibangkitkan dan naik ke syurga. Jika dia boleh berbuat demikian, maka begitu juga dengan mana-mana iblis. Tuhan tidak mempunyai batas dalam penciptaan. Lihat karya-karya Pra-Kewujudan Yesus Kristus (No. 243); Penghakiman Terhadap Para Iblis (No. 80); Kebangkitan Orang Mati (No. 143); Jiwa (No. 92); Domba dan Anak yang Hilang (No. 199); Doktrin Jiwa Socratic (No. B6).

 

Saya telah membaca karya bertajuk Nefilim (No. 154). Malaikat-malaikat yang terlibat dalam dosa ini untuk mencipta Nefilim, jelas adalah lelaki. Oleh itu, adakah ini bermakna bahawa segala ciptaan rohani lebih menyerupaii jenis lelaki seperti mana kita fahami lelaki dan perempuan, atau adakah terdapat juga makhluk-makhluk roh yang menyerupai spesis perempuan?

 

A: Anak-anak Tuhan mempunyai kebolehan untuk menjelma kepada apa saja. Jika mereka dapat muncul sebagai lelaki, mereka juga dapat muncul sebagai perempuan dan sememangnya lazim muncul sebagai perempuan, seperti mana peristiwa Fatima dan sebagainya. Mereka muncul sebagai Keldai Bileam pada satu ketika. Iblis digelar ular dan kemungkinan besar telah betul-betul muncul kepadanya dalam bentuk itu. Kita sering membuat kesilapan memikirkan bahawa alam Roh adalah sekadar satu salinan alam kita ini. Kita melihat dengan samar-samar.

 

Alam Roh mempunyai kebolehan untuk bergerak melalui ruang dan waktu tanpa batas-batas yang kita ketahui atau dalam mana kita berfikir. Jisim, ruang, waktu, graviti dan tenaga adalah ekspresi-ekspresi setara bagi intisari fundamental tunggal itu yang kita kenali sebagai roh. Ada antara para saintis kita yang membuat kesilapan mengandaikan kewujudan Tuhan dari dasar ini.

 

Anak-anak Tuhan semuanya berkumpul di sini ketika dunia ini dicipta. Para pemimpin mereka, iaitu Bintang-bintang Fajar, bersorak-sorak gembira. Iblis ada di kalangan mereka sebagai seorang Bintang Fajar dan Kerub Berjaga yang telah diurapi. Fungsi perempuan adalah kebolehan dengan mana Tuhan akan menghasilkan lebih ramai anak-anak Tuhan.

 

Para iblis setan muncul sebagai lelaki untuk mengacau penciptaan itu. Memang mereka dapat menjadi perempuan namun jika begitu mereka akan terikat kepada ciptaan itu serta pengasuhan anak-anak yang mereka lahirkan. Mereka mungkin tidak matang dari segi emosi untuk tanggungjawab itu tanpa Roh Kudus Tuhan. Juga, perempuanlah yang telah mereka pengaruhi. Mereka kehilangan Roh Kudus itu apabila mereka akhirnya memberontak dan dibuang keluar dari syurga. Mereka kemudiannya terpaksa menghasilkan logon palsu. Oleh itu, mereka bukan lagi satu bersama. Perhatikan karya Satu Bersama dengan Bapa (No. 81).

 

Kita semua akan tidak berjantina dalam kebangkitan itu. Kebangkitan fizikal kedua juga nampaknya menuntut keadaan serupa. Lihat karya Kebangkitan Orang Mati (No. 143) dan Jadual Waktu Ringkasan Segala Zaman (No. 272).

 

Tahukah kamu tentang sebarang ayat kitab selain Mazmur 8:5 yang menyebut makhluk-makhluk roh (selain dari Bapa dan Seorang yang menjadi Kristus) sebagai elohim?

 

A: Ya, terdapat beberapa teks. Musa disebutkan sebagai seorang elohim dalam Keluaran 7:1. Abraham disebutkan sebagai elohim dalam teks Ibrani asal dalam Kejadian 23:6, yang dituliskan sebagai Raja Agung dalam bahasa Inggeris (dan Indonesia).

 

Iblis disebutkan sebagai elohim atau theoi dalam pelbagai teks. Paulus mengatakan terdapat banyak theoi (theoi polloi) atau elohim dalam Perjanjian Baru. Zakharia 12:8 menyebut bahawa keluarga Daud akan menjadi elohim dengan Malaikat Yahovah (Jehovah) sebagai kepalanya. Telah dituliskan: “Aku telah berfirman: Kamu adalah allah? …sedang Kitab Suci tidak dapat dibatalkan,” (Yohanes 10:34-35). Lihat karya Umat-umat Pilihan Sebagai Elohim (No. 1).

 

Mazmur 45:6-7 mengatakan bahawa Kristus, elohim kita, telah diurapi dengan minyak kesukaan melebihi teman-teman sekutunya. Maka, terdapatnya satu sidang. Mazmur 82 menyatakan aspek ini. Rujukan-rujukan lain diliputi dalam karya itu. Juga lihat karya Malaikat YHVH (No. 24).

 

Adakah 1000 korban yang dipersembahkan Salomo dalam Bait Suci merujuk kepada sidang 1000 Anak-anak Tuhan? Sama seperti Ayub 33:23-24 memperkatakan tentang seorang dari seribu dan penebusan melalui Mesias; atau Kejadian 20:16 menyebut 1000 keping perak kepada Abraham bagi pengesahan Sara namun seluruh sidang itu memerlukan pendamaian tersebut bagi kesalahan itu; atau Kidung Agung dengan 1000 perisai (Efesus 6:16 perisai iman untuk memadamkan panah-panah api musuh). Ringkasnya, adakah semua ayat-ayat ini berkaitan dengan sidang pentadbiran Tuhan seramai 1000 itu?

 

A: Ya, rujukan dalam Kejadian 20:16 itu sememangnya satu pendamaian seperti apa yang kita lihat dalam Ayub, di mana penebusan adalah dari seorang dari 1000 itu. Dan ironi Abimelekh, dalam menggunakan gelaran saudara, adalah kerana dosa dan kerosakan yang dideritainya.

 

Idea sebagai dilindungi oleh bani syurgawi juga jelas ternyata, sebagaimana ditebus oleh seorang dari 1000 itu. Hal ini kini agak esoterik. Tiada yang berkait dengannya, selain pandangan bahawa dosa adalah satu kesalahan terhadap Tuhan. Itulah sebabnya kenapa tiga puluh keping perak telah dibayar untuk Kristus. Kerana ia dianggap satu kesalahan terhadap sidang dan ia juga dianggap harga seorang hamba.

 

Lucifer

 

Apakah maksudnya nama Lucifer?

 

A: Lucifer maknanya pembawa Terang. Nama ini datangnya dari tugasnya sebagai Bintang Fajar planet ini. Ianya peranan yang membabitkan pengajaran serta pengawalan yang diambil alih oleh Kristus serta umat pilihan pada hujung zaman, yang akan datang tidak lama lagi, untuk pemerintahan Milenium itu. Istilah-istilah berkenaan diliputi dalam karya Lucifer: Pembawa Terang dan Bintang Fajar (No. 223).

 

Dalam mengimbas kembali bahawa Iblis telah datang ke hadapan Tuhan bersama para malaikat seperti yang dinyatakan dalam Ayub, saya tertanya-tanya sama ada dia masih mempunyai hak laluan ini kepada Tuhan dan adakah dia masih mempunyai pengaruh atas para malaikat?

A: Ya, dia adalah penuduh saudara kita dan dia masih mempunyai sepertiga syurga di bawah kuasanya. Ada yang dipercayai telah bertaubat dari aktiviti-aktiviti Jemaat mula-mula. Dia telah dibuang dan tahu bahawa waktunya singkat saja. Kristus mengatakan Dia melihat Iblis jatuh seperti kilat dari langit. Maka, dia seharusnya telah dilempar ke bawah. Wahyu mengatakan tentang waktunya yang singkat itu serta kemarahannya terhadap Jemaat oleh kerana masa yang pendek itu. Kita berada di dalam waktu itu. Malah, kita telahpun melampaui tempoh 1260 tahun perempuan itu dalam padang gurun. Meterai Kelima masih berterusan dan perempuan yang menunggang binatang itu, yang mabuk dengan darah orang-orang kudus, hampir tiba masanya dibinasakan. Lihat karya Jadual Waktu Ringkasan Segala Zaman (No. 272) dan juga Peranan Hukum Keempat di dalam Jemaat-jemaat Tuhan Pemelihara Sabat dalam Sejarah (No. 170).

 

Saya percaya bahawa Lucifer and Iblis adalah makhluk yang sama. Namun ini memberi sedikit masalah kerana ini bermakna bahawa Iblis bukan sentiasanya jahat, bukan? Nampaknya ini memang benar sekali kerana Yehezkiel 28:15 menunjukkan bahawa dia sempurna sejak hari dia diciptakan. Jadi adakah yang lebih baik dari menjadi sempurna?

 

A: Lucifer merupakan Kerub penjaga Takhta Tuhan yang telah diurapi, dan dia sempurna di kalangan anak-anak Tuhan. Lucifer bermakna “pembawa terang” dan oleh itu dia adalah pendidik bani syurgawi serta Bintang Fajar planet ini. Lihat karya Lucifer: Pembawa Terang dan Bintang Fajar (No. 223).

 

Dia dan bani syurgawi durhaka menjadi pelanggar. Mereka berdosa dan cuba mencapai kesetaraan dengan Tuhan. Mereka gagal di dalam ujian iman itu. Mereka telah menjadi penuduh saudara pada penciptaan Adam. Kristus bukan, dan tidak ingin mencapai kesetaraan dengan Tuhan dan tidak cuba mendapatkan apa yang bukan milikNya. Dia lebih suka dikaruniakan dan mendapat karunia kuasa melalui penurutan, dan kerana itu Dia menjadi seorang manusia dan telah merendahkan dirinya hingga mat, malah mati di palang salib itu (Filipi 2:5-7). Lihat karya Tujuan Penciptaan dan Pengorbanan Kristus (No. 160).

 

Dia telah menjadi anak Tuhan yang berkuasa melalui kebangkitanNya dari mati (Roma 1:4). Lihat karya Pra-Kewujudan Yesus Kristus (No. 243). Semua ciptaan Tuhan adalah sempurna, namun kita boleh memilih untuk merosakkannya, dan kita memang telah melakukan begitu. Rencana itu sempurna dan termasuk satu jaring keselamatan, jadi kita semua akan mencapai kesempurnaan dalam batas waktu Tuhan. Lihat karya Jadual Waktu Ringkasan Segala Zaman (No. 272).

 

Beberapa teman saya percaya bahawa bumi adalah tempat tahanan malaikat-malaikat yang telah berdosa. Dalam Lukas 8:31 saya membaca bagaimana iblis setan merayu untuk tidak dibuang ke dalam jurang maut. Juga Wahyu 9:11, 11:7, 17:8; 1 Petrus 3:19, 2 Petrus 2:4 dan Yudas 6 memberi gambaran seolah-olah hal ini lebih dari bumi secara umumnya. Adakah Abadon/Apolion seorang raja yang juga ditahan untuk dilepaskan kemudian hari atau adakah dia sama seperti Iblis? Di manakah mungkinnya tempat ini? Mungkinkah lautan?

 

A: Istilah Perjanjian Baru itu juga adalah “Tartaros,” yang dikhususkan bagi bani syurgawi durhaka. Abadon atau Apolion adalah pemusnah dan, kerana itu, adalah satu lagi gelaran untuk Iblis dan sistem diperintahnya. Bani durhaka atau bani iblis telah berkuasa ke atas bumi serta umat manusia selama 6000 tahun. Pada kedatangan semula Mesias, Iblis dan iblis setan akan ditahan selama tempoh seribu tahun milenium itu.

 

Juran maut itu adalah kematian, dan teks-teks menunjukkan bahawa para iblis akan mati seperti manusia. Mereka kemudiannya dibereskan di dalam kebangkitan kedua itu seperti semua yang lain. Hal ini telah dibincangkan dalam karya-karya Penghakiman Terhadap Para Iblis (No. 80) dan juga dalam Domba dan Anak yang Hilang (No. 199). Bila waktunya aktiviti-aktiviti ini dilihat dari karya Jadual Waktu Ringkasan Segala Zaman (No. 272).

 

Bani Malaikat

 

Ketika disoal apakah fungsi para malaikat atau apakah mereka, jawapan paling biasa didengar adalah bahawa mereka hanyalah utusan-utusan, lantas menunjukkan bahawa mereka secara asasnya adalah orang suruhan. Ini semacam tidak berpadanan. Contohnya, bab 38 Ayub adalah satu penjelasan kepada Ayub tentang bagaimana segala sesuatu telah dicipta. Pada ayat 7, ia mengatakan bahawa anak-anak Tuhan bersorak-sorai kerana penciptaan itu. Saya percaya anak-anak Tuhan di sini merujuk kepada para malaikat, jadi jika mereka telahpun wujud sewaktu penciptaan dunia, dan sebelum penciptaan manusia, apakah yang mereka lakukan sebelum itu?

 

A: Ya, itulah maksudnya. Istilah malaikat berasal dari kata Yunani “aggellos” yang bermakna “utusan” yang dipakaikan kepada makhluk-makhluk syurgawi. Dalam karya Septuagint, “aggellos” digunakan untuk menterjemahkan berbagai konsep. Ianya digunakan untuk menterjemahkan “anak-anak Tuhan” dalam Ulangan 32:8. Sewaktu zaman selepas Bait Suci, ahli-ahli taurat Yahudi mengubahnya hingga berbunyi “anak-anak Israel” untuk menjauhi dari konsep bahawa terdapatnya anak-anak Tuhan yang menjaga Israel, kerana Kristus dikaitkan dengan Malaikat Yahovah sebagai seorang anak Tuhan.

 

Dalam LXX, Yesaya 9:6 menyebut “Malaikat Penasihat Ajaib” untuk Mesias yang merupakan seorang anak Tuhan. Ayub 1:6 dan 2:1 menggunakan istilah “Aggeloi”, “Malaikat-malaikat Tuhan” untuk “anak-anak Tuhan.” Begitu juga dalam Ayub 38:4-7 di mana “malaikat-malaikat” digunakan bagi “anak-anak Tuhan.” Pemahaman maksud teks-teks Ibrani itu telahpun mula hilang pada waktu itu. Dan konsep Bintang-bintang Fajar Ibrani tidak begitu difahami oleh para penterjemah dalam terjemahan LXX itu. Nehemia mengatakan mereka terpaksa menjelaskan maksud bahasa Ibraninya kepada rakyat sewaktu zamannya kerana mereka tidak lagi memahaminya, dan hanya berbahasa Aramaik.

 

Ringkasnya, seorang Malaikat adalah seorang utusan. Sebelum penciptaan, tiada sesiapapun yang perlu dibawakan utusan, dan kerana itu mereka semua hanyalah anak-anak Tuhan. Apabila manusia dicipta, mereka diutus kepada manusia selaku utusan-utusan, dan kerana itu semua mereka yang terlibat dalam hal ini adalah malaikat. Perhatikan karya-karya Malaikat YHVH (No. 24); Pra-Kewujudan Yesus Kristus (No. 243) dan Bagaimana Tuhan Menjadi Suatu Keluarga (No. 187). Untuk rencana jangkamasa panjangnya, lihat karya Kota Tuhan (No. 180).

 

Adakah orang yang dapat mengenali malaikat sebaik saja melihat mereka, sementara orang lain tidak? Jika mereka muncul sebagai manusia, adakah kita patut tahu bahawa mereka adalah malaikat?

 

A: Para Bapa (Patriak) mengenali mereka, dari apa yang kita perhati mereka lakukan dan katakan di dalam Alkitab. Ia adalah “ujian itik.” Jika ia berjalan seperti itik dan berbunyi seperti itik, maka ia adalah itik. Kadangkala mereka ada bersama kita dan kita tidak diberitahu. Kita melayani para malaikat tanpa menyedarinya (Ibrani 13:2). Tuhan menyatakan kehendak-kehendakNya melalui hamba-hambaNya para nabi (Amos 3:7).

 

Orang-orang ini berbicara bagi Tuhan. Begitu juga, anak-anak Tuhan dalam bani syurgawi berbicara bagi pihak Tuhan, dan diutus kepada manusia sebagai “malaikat” atau utusan. Lihatlah karya-karya yang ada menyentuh hal Anak-anak Tuhan contohnya Malaikat YHVH (No. 24) dan juga Bagaimana Tuhan Menjadi Suatu Keluarga (No. 187).

 

Saya telah dikemukakan dengan Kejadian 48:16 sebagai ayat sokongan untuk berdoa kepada malaikat. Apakah pengertian sebenar teks ini?

 

A: Teks ini, serta komen oleh Stefanus, adalah satu-satunya teks dalam Alkitab di mana Kristus dialamatkan dalam doa. Musa berbicara kepadanya muka dengan muka, dan berdiri di antara dia dan Israel, seperti juga Daud. Daud mengalamatnya dalam Mazmur 45:6-7 apabila dia mengatakan: “..sebab itu Allah, Allahmu, telah mengurapi engkau dengan minyak sebagai tanda kesukaan, melebihi teman-teman sekutumu.” Dalam setiap kes terbabit, ianya satu permintaan terus kepada Kristus dalam peranannya sebagai pelindung Israel. Lihat karya Pra-Kewujudan Yesus Kristus (No. 243).

 

Dalam setiap kes, mereka digunakan sebagai komen-komen mengajar. Bagaimanakah kita akan tahu bahawa Malaikat Penebusan itu adalah elohim Israel (Zakharia 12:8; Ibrani 1:8-9), dilantik oleh Tuhannya, kecualilah kita mempunyai kesaksian langsung Kaum Bapa dalam Kitab Suci untuk menunjukkan hakikat ini. Mereka menggambarkan hubungan langsung para nabi dengan Kristus. Kita hanya berdoa kepada dan menyembah Allah yang Maha Esa.

 

Ciptaan Fizikal

Nefilim

Adakah insan manusia yang hidup di atas planet ini sebelum Adam, dan bilakah Adam dicipta?

 

A: Menurut kronologi Biskop Ussher, Adam telah dicipta pada tahun 4004 SM. Kita tahu dari arkeologi bahawa terdapat makhluk-makhluk yang dicipta di atas planet ini sebelum Homo Sapiens wujud.

 

Oleh itu, terdapat satu ciptaan lain sebelum Adam. Perbincangan mengenai apa yang dikatakan Alkitab berkenaan hal ini ditulis dalam karya Nefilim (No. 154) serta Doktrin Dosa Asal Bahagian 2 Generasi-generasi Adam (No. 248).

 

Penterjemahan kitab Kejadian untuk membataskan penciptaan kepada hanya anak-anak Set serta anak-anak Kain adalah satu rekaan Augustine dari Hippo pada awal abad kelima. Ia menyangkal pengertian orang-orang purba dan membuatkan Kekristianan langsung tidak bersedia untuk menangani penemuan-penemuan saintifik moden dalam tempoh dua ratus tahun terakhir. Doktrin palsu tunggal milik Augustine ini telah memungkinkan penghancuran teori Penciptaan bersama dengan doktrin palsu evolusi.

 

Adakah kamu tahu tentang sebarang maklumat dalam perbandingan DNA humanoid pra-Adam dengan DNA post-Adam? Adakah kamu dapati sebarang konflik dengan catatan Alkitab dan penemuan-penemuan arkeologi?

 

A: Ya, ujian-ujian terbaru yang dibuat ke atas Neanderthal telah mengasingkan struktur DNA mereka dan ianya suatu sistem 27 helai manakala bagi manusia ianya 8 helai. Kita sedang cuba mengasingkan struktur Cro-Magnon untuk melihat di mana penyimpangan sebenar antaranya dengan manusia moden. Nampaknya terdapat keengganan untuk membincangkan isu pelepasan sebarang hasilnya, kalaupun betul ada ujian yang telah dilakukan. Apa yang kita ada setakat ini menunjukkan bahawa primat-primat moden tiada kaitan langsung dari segi penciptaan dengan golongan Neanderthal itu. Contoh-contoh humanoid yang kita ada setakat ini dari Australia, seperti orang Arunka dan Paya Kowe (Kowe Swamp), mempunyai perbezaan-perbezaan jelas dengan manusia moden. DNA mitokondria mereka berbeza dari manusia moden. Lelaki Tasik Nitchie adalah seorang gergasi. Aspek-aspek ini telah diliputi di dalam karya Nefilim (No. 154).

 

Saya faham bahawa ciptaan pra-Adam itu adalah lebih biasa dan seperti yang dinyatakan dalam Yesaya tidak mengalami kebangkitan. Nefilim tidak akan dibangkitkan kerana mereka bukan bekas-bekas isian fizikal yang sesuai dipenuhi dan diusahakan Roh Kudus. Adakah ini betul? Setelah 6000 tahun pemerintahan salah planet ini, terdapat berbagai vektor-vektor seperti virus, transposon, dan sebagainya yang mampu memasukkan bahan genetik asing ke dalam DNA kita untuk menjadikan manusia hampir korup seperti Nefilim. Jika bani syurgawi durhaka itu telah diberikan tempoh yang lebih panjang dari 6000 tahun,  mereka mesti dapat mencapai apa yang cuba dicapai mereka dengan Nefilim. Adakah kamu setuju dengan ini?

 

A: Penyelesaiannya adalah bahawa Ciptaan itu telah dibuat menurut gambar Tuhan agar Roh Kudus dapat ditanam atau ditindihkan atasnya. Kemerosotan spesis ini memang sedang berlaku. Mungkin sekali pembatasan penciptaan kepada 6000 tahun bertujuan untuk menghadkan degradasi spesis melalui pengasingan genetiknya serta masalah-masalah lain. Pengurangan jangkamasa hayat menunjukkan adanya masalah. Juga, nampaknya telah ada percubaan sengaja untuk mengacau susunan DNA umat manusia oleh bani syurgawi melalui struktur pra-banjir Nefilim itu.

 

Tidak syak lagi bahawa kumpulan Neanderthal adalah dari satu sistem yang betul-betul berlainan namun struktur kemudian itu bukan. Orang Neanderthal dinyatakan mempunyai sistem 27 jalur/helai, sementara primat-primat terkini mempunyai sistem 8 helai. Kita mempunyai lebih banyak persamaan dengan DNA chimpanzee daripada Neanderthal. Kemampuan kita untuk terus hidup mungkin sekali terbatas jika tempohnya melebihi 6000 tahun tanpa terkawal.

 

Saya telah membaca beberapa respon tentang kebangkitan dan kamu nyatakan bahawa Nefilim tidak memiliki kebangkitan, namun Iblis dan iblis setannya akan mempunyai peluang untuk bertaubat. Boleh kamu jelaskan kenapa?

 

A: Bani durhaka adalah sebahagian dari Ciptaan Tuhan dan telah dijadikan menurut gambarNya dan melalui kehendakNya. Mereka boleh bertaubat dan boleh digunakan. Nefilim bukan sebahagian dari Ciptaan Tuhan. Mereka telah dicipta oleh bani durhaka itu khususnya untuk menghalang Rencana Tuhan, dan mereka tidak dibuat menurut gambar Tuhan. Oleh itu, mereka tidak mampu berfungsi dengan Roh Kudus seperti mana yang mampu dilakukan para iblis.

 

Tuhan wajib, dari segi logik dan moral, melanjutkan pertaubatan kepada CiptaanNya, tetapi tidak kepada benda-benda yang dicipta para iblis yang bertentangan dengan KehendakNya. Oleh itu, Dia akan melanjutkan kemampuan tersebut kepada para iblis dan mereka akan dihakimi kita mengikut Kitab Suci (1 Korintus 6:3). Begitu juga, Dia telah mengatakan bahawa kemampuan itu tidak akan diberikan kepada Nefilim. Mereka tidak memiliki kebangkitan (Yesaya 26:14). Perhatikan karya-karya Penghakiman Terhadap Para Iblis (No. 80); Kebangkitan Orang Mati (No. 143) serta Domba dan Anak yang Hilang (No. 199).

 

Nuh telah dipilih untuk diselamatkan dalam Bahtera itu kerana keturunannya adalah sempurna. Saya fahami hal ini sebagai bermakna bahawa keturunannya tidak dikorupsikan oleh Nefilim. Semua manusia yang telah dikorupsikan oleh Nefilim dan mati dalam banjir itu akan dibangkitkan, bukan begitu? Jika semua Nefilim tidak mati dalam banjir itu, adakah keturunan mereka akan mendapat kebangkitan atau tidak?

 

A: Tidak, Nefilim/Refaim tidak memiliki kebangkitan seperti yang kita tahu dari Yesaya 26:13. Segala hal berkenaan siapa diri mereka dan apa yang terjadi sebelum dan selepas banjir itu diliputi dalam karya Nefilim (No. 154).

 

Adam dan Hawa

 

Kenapakah Tuhan menginginkan suatu penciptaan manusia fizikal sedangkan Dia sudahpun mencipta makhluk-makhluk malaikat roh untuk menjadi Anak-anak Tuhan? Kenapa tidak hanya mencipta lebih ramai malaikat? Apakah perbezaan di dalam peranan-peranan memasuki keluargaNya?

 

A: Persoalan ini mungkin persoalan paling asas sekali bagi rencana keselamatan. Tuhan tentunya telah dapat mencipta seberapa banyak anak-anak rohani yang diperlukan atau dikehendakiNya. Jadi kenapa pula dia mencipta suatu ciptaan fizikal yang lebih lemah yang kemudiannya ditempatkan di bawah ciptaan rohani?

 

Soalan yang sama kemudiannya diaplikasikan kepada ciptaan fizikal. Kenapakah Tuhan mencipta manusia mengikut urutan binatang-binatang membiak yang akan menderita dan mungkin mati dalam proses itu? Kenapakah mereka akhirnya mati juga? Mengapakah Dia tidak mencipta mereka semua pada masa yang sama dan sekadar mendidik mereka?

 

Jawapannya mudah dan juga rumit. Dengan cara ini Dia akan perlu ditaati dan seluruh penciptaan akan perlu berjalan dengan iman. Bani malaikat akan melihat ciptaan fizikal itu ditakdirkan bagi peristiwa tertentu sebagai anak-anak Tuhan dan akan perlu berjalan dengan iman serta mengasuh mereka sebagai roh-roh melayani, seperti mana ibubapa mengasuh anak-anak. Ciptaan manusia dapat melihat jauh lebih sedikit dan itulah sebabnya iman yang dipamerkan di dalam mereka adalah lebih besar.

 

Iblis mempergunakan penciptaan ini untuk memimpin sepertiga bani syurgawi untuk mendurhaka. Anak-anak durhaka ini kemudiannya ditempatkan sebagai penjaga ciptaan tersebut untuk menguji keduanya serta mengadili keduanya.

 

Jemaat adalah satu kumpulan yang dipanggil keluar untuk menguji serta mengadili para iblis kerana mereka diukur menurut standard yang kita tetapkan. Dalam milenium kita akan melakukan tugas yang telah ditentukan untuk mereka lakukan sekarang ini di bawah hukum-hukum Tuhan. Para iblis telah memutuskan untuk membuat satu sistem lain dengan satu struktur ibadah lain yang tidak berhasil. Jadi kita lihat bahawa struktur itu telah dibuat untuk memastikan bahawa umat pilihan berjalan dengan iman dan hanya mereka yang mengerjakan iman dan penurutan saja yang dijadikan anak-anak Tuhan yang berkuasa dari kebangkitan dari mati.

 

Anak-anak Tuhan perlu diuji melalui iman dan tugas-tugas mereka. Oleh itu, ciptaan rohani diuji melalui ciptaan fizikal dan keduanya datang kepada keselamatan bersama-sama. Lihat karya-karya Bagaimana Tuhan Menjadi Suatu Keluarga (No. 187); Penghakiman Terhadap Para Iblis (No. 80); Tujuan Penciptaan dan Pengorbanan Kristus (No. 160); dan Kota Tuhan (No. 180).

 

Apakah nasib muktamad umat manusia?

 

A: Matlamat penciptaan manusia adalah untuk memerintah sebagai Tuhan (Zakharia 12:8). Nama Israel secara literalnya bermakna “dia akan memerintah sebagai Tuhan.” Kita telah dicipta untuk meninggikan kita, dan anak-anak Tuhan dari angkatan malaikat dalam ertikata interaksi bersama dan tanggungjawab yang dikongsikan. Kita seharusnya membawa diri kita, serta bani syurgawi, melalui Kebangkitan-kebangkitan itu ke Kota Tuhan. Perhatikan karya-karya Tujuan Penciptaan dan Pengorbanan Kristus (No. 160) dan Kota Tuhan (No. 180). Kita akan memerintah segenap langit dan setakat ini, kita hanya mampu meneka apa yang dirancangkan Tuhan untuk kita serta bani syurgawi lainnya (1 Korintus 2:9; Ulangan 4:19).

 

Dalam taman Eden, kenapakah Adam tidak menegur Hawa kerana memakan buah dari pohon pengetahuan baik dan jahat, dan sebaliknya ikut bersamanya?

 

A: Ianya tanggungjawabnya untuk menegurnya. Dia tidak melakukannya dan cara bagaimana kita diuruskan telah diubah. Bagaimanapun, Tuhan memang tahu bahawa dia akan melakukannya dan juga bahawa akan perlu untuk mengutus Kristus untuk menjadi kepala selaku anak domba yang disembelih. Kita ditulis dalam Buku Anak Domba itu, Buku Kehidupan serta Buku Kebangkitan sejak dari permulaan dunia ini.

 

Oleh itu, Tuhan jelas memahami peristiwa-peristiwa itu dan telah bersedia untuk semua itu di dalam sistem Keselamatan. Lihat karya-karya Doktrin Dosa Asal Bahagian 1 Taman Eden (246); dan Doktrin Dosa Asal Bahagian 2 Generasi-generasi Adam (No. 248).

 

Perjanjian Lama mengatakan bahawa Adam telah dicipta kira-kira 5000 tahun sebelum Yesus Kristus, namun sebenarnya telah ada beberapa tamadun seperti golongan Firaun pada tahun 4200 SM serta bangsa Cina sebelum itu. Dari segi sains, mereka telah menemui tulang-tulang manusia yang berusia berjuta-juta tahun. Bagaimanakah kita dapat mewajarkan kontradiksi ini?

 

A: Menurut kronologi Ussher, yang berpandukan Alkitab, Adam telah dicipta pada tahun 4005/4 SM. Penjelasan tentang ciptaan pra-Adam itu terkandung di dalam karya Nefilim (No. 154). Perhatikan juga karya-karya Doktrin Dosa Asal Bahagian 1 Taman Eden (246) dan Doktrin Dosa Asal Bahagian 2 Generasi-generasi Adam (No. 248).

 

Tahukah kamu mengapa begitu banyak cerita kanak-kanak hanya menggambarkan Adam dan Hawa berdosa dan membuat untuk diri mereka kain cawat dari daun-daun pohon ara (Kejadian 3:7)? Kebanyakan ceritanya berhenti di situ saja dan tidak menerangkan jangka waktu, bagaimana Adam dan Hawa telah diajar Tuhan, atau bagaimana sekalipun selepas dosa mereka Tuhan telah membuat pakaian kulit untuk mereka dan memakaikan Adam dan isterinya (Kejadian 3:21).

 

A: Penghentian teks itu di sini adalah berdasarkan pada beberapa premis palsu. Pertama, usaha mereka adalah usaha manusia dan berbeza dengan usaha Tuhan dalam pemakaian mereka dengan kulit binatang. Oleh itu penekanannya adalah pada usaha manusia dan bukannya usaha Tuhan (rujuk Roma 8:3).

 

Gambaran-gambaran popular sebegini adalah untuk beberapa sebab. Kumpulan Gnostik dan doktrin-doktrin mereka adalah vegetarian pertapa, dan mereka ingin menyembunyikan hakikat pembunuhan binatang-binatang itu serta pemakanan daging. Lihat karya Vegetarianisme dan Alkitab (No. 183).

 

Daun-daun itu ada simbolisme-nya di kalangan kultus-kultus rahsia. Dengan itu, mereka dipamerkan dengan lebih menonjol lagi. Daun-daun oak jelas dikutuk dalam Alkitab. Para imam Attis di Rom juga membuat tatu pada diri mereka dengan daun-daun ivy, yang keramat bagi tuhan mereka. Oleh itu, daun lazim digunakan dalam simbol-simbol mereka, sama seperti simbol zakar atau Asherah, dan anak kambing.

 

Apakah buah larangan itu sebenarnya buah epal? Saya tidak mendapatinya begitu dalam Alkitab saya, bolehkah kamu beritahu saya di manakah ia katakan bahawa Hawa telah memakan sebuah epal?

 

A: Anggapan bahawa Hawa telah memberikan buah epal kepada Adam adalah tidak biblikal. Ia berasal dari mitos-mitos dan misteri-misteri, dan ia dikaitkan dengan buah emas perselisihan. Cerita penuhnya terkandung di dalam karya Doktrin Dosa Asal Bahagian 1 Taman Eden (246).

 

Saya percaya pada Tuhan namun satu benda yang sukar saya fahami adalah jika “Adam dan Hawa” benar-benar manusia pertama atas bumi, maka dari manakah datangnya semua bangsa-bangsa manusia yang jelas berbeza antara satu sama lain?

 

A: Hanya ada satu bangsa, iaitu bangsa manusia. Kita semua adalah saudara. Bahasa-bahasa telah dikelirukan di Babel. Ianya sedikit-sedikit seperti pembiakan binatang. Orang berkulit hitam secara asasnya bertumbuh, dari segi pigmentasi kulit, selama banyak tahun. Mereka yang berkulit cerah terdapat di negeri-negeri di mana mereka memakai lebih banyak pakaian. Namun begitu, mereka masih lagi manusia yang sama dengan struktur asas yang sama. Jenis-jenis atau kategori darah berbeza dari timur ke barat, namun masih lagi mempunyai jenis-jenis asas yang sama.

 

Dari segi ertikata binatang, kita boleh katakan bahawa anjing German Shepherd dan Sheepdog berdua berasal dari serigala, dan tidak lama dahulu. Sungguhpun keduanya kelihatan berbeza namun mereka tetap anjing. Hal penciptaan telah dibincangkan dalam Doktrin Dosa Asal Bahagian 1 Taman Eden (246) dan Doktrin Dosa Asal Bahagian 2 Generasi-generasi Adam (No. 248). Perihal ciptaan pra-Adam yang telah dibinasakan dengan banjir itu diliputi dalam karya Nefilim (No. 154).

 

Semua variasi spesis manusia boleh dijelaskan dalam variasi-variasinya yang kita lihat berlaku dari segi pigmentasi serta keserupaan kekeluargaan/suku. Penemuan-penemuan dalam Gua Choukoutien di China menunjukkan kewujudan bersama keluarga-keluarga dengan apa yang kita anggap sebagai perbezaan-perbezaan kaum yang meluas di dalam apa yang kelihatan sebagai satu kumpulan keluarga.

 

Penemuan-penemuan oleh para antropologis ini diperiksa berbanding satu siri humanoid yang telah wujud sebelum manusia moden namun tiada kaitan kepada mereka. Hal ini dikaji dalam karya Nefilim (No. 154). Hal-hal ini juga telah dikaji dalam karya Kejatuhan Mesir (No. 36). Hal rumit ini terlalu luas untuk dijelaskan di sini dengan terperinci.

 

Firman Tuhan mengajar bahawa ianya perbuatan sumbang untuk mengahwini seorang saudara lelaki atau perempuan, namun bagaimana lagi keluarga Adam dan Hawa dapat bertumbuh? Adakah mungkin Dia telah mencipta isteri-isteri untuk anak-anak lelaki itu seperti mana Dia mencipta seorang untuk Adam?

 

A: Ini dijelaskan dalam karya-karya Rahel dan Hukum (No. 281) dan juga Doktrin Dosa Asal Bahagian 2 Generasi-generasi Adam (No. 248). Ianya juga dilarang dari segi aspek-aspek lain, namun Lot memperanakkan Amon dan Moab melalui anak-anak perempuannya, bertentangan kepada Hukum. Mereka menganggapnya satu keperluan, mengetahui bahawa dunia akan berakhir dengan api dan mereka percaya mereka dalam posisi tersebut pada masa itu.

 

‘Kain mengenali isterinya’. Adakah dia saudara perempuannya? Mengapakah dia boleh hidup sendirian sebelum kahwin, tanpa takut pada haiwan-haiwan liar?

 

A: Mungkin dia saudara perempuannya atau mungkin dia salah seorang dari Nefilim. Mungkin sekali dia adalah saudara perempuannya kerana itu saja penjelasannya untuk anak-anak Adam terus mengekalkan keturunan mereka murni. Lihat karya Doktrin Dosa Asal Bahagian 1 Taman Eden (246); Doktrin Dosa Asal Bahagian 2 Generasi-generasi Adam (No. 248); dan Nefilim (No. 154).

 

Adakah manusia mula-mula sekali memakan sayuran atau daging? Saya katakan sayuran kerana ia lebih senang didapati daripada memburu daging.

 

A: Dipercayai bahawa manusia mempunyai diet seimbang pada mulanya (Kejadian 1:28-30). Spesis keturunan Adam mempunyai proses yang telah digariskan dari rekod Alkitab. Ini diliputi dalam karya-karya Doktrin Dosa Asal Bahagian 1 Taman Eden (246) dan Doktrin Dosa Asal Bahagian 2 Generasi-generasi Adam (No. 248) dan juga Vegetarianisme dan Alkitab (No. 183). Karya Nefilim (No. 154) mungkin dapat memberikan beberapa pandangan lain yang menarik mengenai 140,000 tahun terakhir.

 

Terdapat perpecahan kepada persoalan ini. Dalam kes keturunan pra-Adam, jawapannya adalah kedua-duanya sekali. Manusia adalah omnivor dan memakan buah-buahan dan juga ulat dan serangga padanya dan dalam pohon-pohon. Struktur tubuh vegetarian menampakkan saluran usus yang signifikan, dan ini dibuktikan oleh binaan semula rangka Australopithecines seperti Lucy.

 

Apakah keadaan fizikal orang-orang alkitab yang mula-mula? Adakah mereka bersenam? Apakah yang kamu tahu tentang diet mereka? Apakah yang mereka lakukan apabila mereka jatuh sakit? Kenapakah begitu ramai yang terkena penyakit kusta dan buta? Bukankah mereka mempunyai pengetahuan yang banyak mengenai tumbuh-tumbuhan, minyak serta lain-lain yang berubat?

 

A: Jika umur kaum bapa boleh digunakan sebagai ukuran, mereka mempunyai diet serta struktur genetik yang jauh yang lebih baik berbanding kita. Nampaknya kita telah mengalami kemerosotan umur manusia kerana kita telah menurun dari jangka hayat 120 tahun kepada 70 tahun, dan kita semakin menurun dalam hal ini akibat masalah-masalah lain. Diet orang-orang dahulu dapat diperhatikan dari karya Hukum-hukum Pemakanan (No. 15).

 

Juga, mereka mempunyai jenis-jenis bijirin yang lebih baik waktu itu yang mempunyai vitamin serta mineral yang perlu. Kita telah mendapatkan hasil-hasil yang lebih banyak, dan ini kebanyakan masanya telah mengurangkan kebaikan pada makanan. Mereka memang telah mendapat senaman yang banyak kerana mereka berjalan kaki ke mana saja, atau menunggang kuda dan unta dan keldai. Pengetahuan mereka tentang ubat-ubatan agak tinggi. Kini kita mempunyai bukti langsung bahawa mereka telah mengimport tembakau dan kokain ke dalam Timur Tengah dari Amerika pada zaman Raja Daud (sekitar 1000 SM). Mereka menggunakan herba serta ubat-ubatan dengan meluas.

 

Bukti kita juga menunjukkan adanya pengetahuan surgeri yang lebih maju contohnya trepanning pada zaman mula-mula lagi. Kegagalan untuk memelihara hukum-hukum kuarantin telah mengakibatkan penularan penyakit kusta. Buta lazimnya adalah akibat dari jangkitan-jangkitan yang terbawa sejak lahir melalui perbuatan tidak bermoral, seperti mana keadaannya hingga ke hari ini. Mereka mempunyai kebolehan tinggi dalam pelayaran, dan terdapat satu empayar lautan dan perdagangan yang berpusat di Israel dan Phoenicia sejak tahun 1000 SM dan selanjutnya. Berlakunya kemerosotan dalam keadaan-keadaan dunia sejak abad keempat. Dalam abad keenam terdapat satu siri bencana-bencana, yang berserta dengan sikap Jemaat, telah menyumbang kepada Zaman Kegelapan. Sejak masa ini, dunia kehilangan tahap-tahap pengetahuan yang banyak dan kita hanya sedang mendapatkan kembali sekarang ini apa yang telah hilang itu.

 

Nuh

 

Dahulu pernah beberapa pendeta mengatakan bahawa salah seorang anak lelaki Nuh beristerikan seorang perempuan berkulit hitam, seorang lagi dengan perempuan timur dan seorang dengan perempuan berkulit putih. Ini, kata mereka (atau diandai mereka), adalah untuk mengekalkan 3  kaum itu. Setelah banjir itu mereka berpisah melalui migrasi mereka. Saya sukar mempercayai hal ini dan tertanya-tanya sama ada sebab sebenarnya kita mempunyai orang berlainan warna adalah kerana sekitaran dan bahawa kita semua sebenarnya adalah satu “kaum”, iaitu kaum manusia, dengan ibubapa sama iaitu Adam dan Hawa. Lagipun kita memerhatikan satu jenis evolusi di dalam pelbagai “jenis” binatang, bergantung pada bahagian mana dunia mereka datang, dan sebagainya. Apakah kamu fikir tentang asal-usul pelbagai “kaum” ini?

 

A: Pandangan ini menangguhkan isu itu kembali kepada Adam (maksudnya seorang yang kemerah-merahan atau merah). Satu lagi variasi adalah bahawa Nuh mempunyai kemampuan membuang kacukan, kerana dia tulen dalam keturunannya. Ini adalah dasar sebenar penjelasan-penjelasan itu. Setiap jenis anjing di atas planet ini berasal dari dua bentuk yang berdasarkan pada serigala. Kebolehan berada dalam pelbagai bentuk adalah ciri inheren umat mula-mula.

 

Penemuan-penemuan kita dalam Gua Atas Choukoutien di China (yang ditemui tahun 1930, digali oleh Pei (1939, 1940) dalam tahun 1933 menunjukkan suatu kumpulan yang pelik. Kumpulan yang satu ini yang terdiri dari dua orang lelaki dewasa, dua perempuan dewasa, seorang baligh, seorang anak, dan seorang bayi menunjukkan bidang ciri-ciri perkauman yang luas. Tengkorak-tengkorak perempuannya adalah satu Melanesoid dan satu lagi Eskimoid. Antara dua lelaki dewasa itu, seorang sudah berumur (dianggar pada usia 60), dan relatif kepada tengkorak Obercassel namun didefinisikan sebagai Mongoloid primitif. Weidenreich (1939) mendefinisikan ini sebagai terdiri dari tiga jenis kaum yang berlainan, iaitu jenis Mongoloid primitif, Melanesoid dan Eskimoid (R. M. dan C. H. Berndt Aboriginal Man in Australia, 1965, halaman 30).

 

Profesor Berndt berpandangan bahawa penduduk Australia masakini mempunyai kaitan dengan orang Mesir purba serta orang Dravidian Indian. Relik-relik Mesir dikatakan telah ditemui di beberapa bahagian Australia (lihat catatan-catatan kepada karya I. L Idriess’ Drums of Mer, edisi pertama re: the ancient artefacts in the caves of the Zogo Le). Terdapat juga banyak boomerang dari makam Tutankhamen yang kini berada di dalam muzium Mesir.

 

Penemuan-penemuan Choukoutien itu adalah pada sebuah gua dalam strata yang sama, semuanya hidup bersama nampaknya. Ini menunjukkan bahawa kumpulan-kumpulan keluarga, yang menduduki semula China, semuanya mempunyai kemampuan genetik berbagai-bagai hingga meliputi sekurang-kurangnya tiga kumpulan kaum dalam satu sistem keluarga. Hal ini belum lagi dikaji sepenuhnya dari segi pandangan ini atas sebab-sebab jelas.

 

Kisah epik Gilgamesh menyatakan bahawa Nuh juga telah membawa masuk tukang-tukang bersama dengan keluarga-keluarga mereka juga. Jika dilihat dari segi ini, maka lapan orang itu adalah kepala-kepala keluarga dan kaum perempuan tidak dikira di antara lapan orang itu. Ini juga menimbulkan hal-hal lain pula. Letusan kemunculan Nefilim ditentukan bertempat di Midrash pada kaki Og, yang kononnya curi-curi menumpang di atas bahtera itu dan Nuh membiarkan dia terus di situ. Lihat karya Nefilim (No. 154).

 

Persoalan kepelbagaian jenis-jenis kaum masakini secara mudahnya dijelaskan sebagai perbezaan pigmentasi serta corak-corak pembiakan setempat. Sebagai contohnya, kita dapat mengagak bahawa seseorang itu berasal dari Manx kerana mereka mempunyai garis tertentu pada telinga-telinga mereka berbanding rahang, yang tidak dilihat di mana-mana lagi di Britain. Pigmentasi hanyalah sekadar pertahanan terhadap sinar cahaya matahari. Pemetaan moden genome serta DNA menunjukkan bahawa kita semua berasal dari leluhur yang sama, dan tidaklah begitu lama dahulu. Perbincangannya cumalah di mana dan berapa jauh.

 

Adakah banjir Nuh itu suatu bencana sedunia ataupun terbatas kepada kawasan Mediterranean? Jika ia kejadian sedunia, bagaimanakah ianya mungkin bagi Nuh mengumpulkan semua jenis tumbuhan dan binatang ke dalam bahtera itu?

 

A: Alkitab menggambarkan bahawa ianya sedunia. Senario banjir setempat telah ditolak di dalam menyelesaikan masalah-masalah yang dilihat pakar-pakar geologi serta arkeologi yang bekerja menurut teori-teori usia planet masakini yang diterima. Bahtera itu pada dasarnya adalah satu kotak yang Tuhan perintahkan kepada Musa untuk dibina, dan yang telah dilakukannya, selama tempoh seratus tahun.

 

Binatang-binatang bumi ini adalah tanggungjawab Tuhan untuk mengumpul, dan dia memang telah mengumpulkan mereka. Kepelbagaian genetik binatang-binatang ini terkandung di dalam spesis-spesis baka, dan mereka mempunyai kemampuan dalam milenium selanjutnya untuk menjadi berpelbagai. Tumbuh-tumbuhan tidak perlu dikumpul kerana ia berbenih dan hanya bercambah apabila keadaan-keadaan sudah sedia, seperti sekarang ini. Begitu juga dengan spora-spora dan lain-lain.

 

Banyak benih juga telah dibawa masuk ke dalam bahtera itu dalam bentuk bekalan-bekalan makanan. Dengan, contohnya, tumbuhan gurun serta eucalyptus, api diperlukan untuk mencambahkan benih-benihnya. Kayu terus hidup di bawah air untuk waktu yang lama, jadi semua hutan-hutan telah sama ada dihanyutkan ke tempat-tempat tertentu, seperti mana dengan keadaan di kawasan Kutub Utara dengan pohon-pohon serta gajah mamot dan sebagainya, atau terbiar di tempatnya untuk tumbuh semula, mula-mula sekali melalui rumput untuk memulakan siri seterusnya.

 

Kita sedang menemukan lebih banyak lagi tentang spesis-spesis planet ini. Malah, prosedur-prosedur untuk memetakan genome manusia telah menunjukkan bahawa seluruh penciptaan telah didasarkan pada model yang serupa. Semua manusia adalah 99.99 peratus serupa, dan begitu juga dengan spesis-spesis lain. Tiada lagi kaum lain selain dari kaum manusia, dan kebanyakan binatang adalah dari satu spesis umum. Mamalia semuanya berdasarkan pada cetak biru yang serupa.

 

Kita tahu ianya bukan begitu dengan DNA golongan Neanderthal sebagai contohnya kerana mereka mempunyai struktur yang berbeza sepenuhnya berbanding DNA kita, malah chimpanzee sekalipun, yang mempunyai lebih banyak persamaan dengan kita daripada orang Neanderthal. Lihat karya Nefilim (No. 154).

 

Sewaktu satu khutbah, pastor kami sedang membicarakan iman. Dia membuat pernyataan ini, “Lihatlah pada iman Nuh. Tuhan menyuruh Nuh untuk membina bahtera itu sebelumpun dia mempunyai keluarga (seorang isteri, tiga anak lelaki, dan anak-anak perempuan menantu).” Dia katakan bahawa jika kamu membaca ini secara kronologi, kamu akan lihat bahawa ini adalah benar. Bolehkah kamu jelaskan hal ini kepada saya?

 

A: Alkitab mengatakan pada Kejadian 6:10: “Nuh memperanakkan tiga orang laki-laki: Sem, Ham dan Yafet.” Dia kemudiannya memberitahu Nuh (ayat 13-14) bahawa bumi telah penuh dengan kekerasan dan menyuruhnya membina bahtera itu. Anak-anak lelakinya telah menolong membina bahtera tersebut. Lain-lain versi kisah banjir ini semuanya saling bersetuju dalam aspek ini (rujuk Epik Gilgamesh).

 

Keturunan-keturunan, sehinggalah banjir itu, diliputi dalam karya Doktrin Dosa Asal Bahagian 2 Generasi-generasi Adam (No. 248). Genealogi Sem, anak lelaki bongsu Nuh, dicatatkan dalam karya Melkisedek (No. 128).

 

Menara Babel

 

Apakah pendapatmu akan tujuan Tuhan di Menara Babel? Apa yang kamu fikirkan Dia cuba lakukan?

 

A: Penyebaran di Babel adalah untuk memastikan bahawa manusia tidak menjadi elohim, menurut cara mereka sendiri dan membinasakan planet ini di bawah Iblis sebelum waktunya.

 

Iblis telah diberikan 6000 tahun sebagai Bintang Fajar planet ini. Seperti yang sedia maklum, Kristus akan perlu kembali agar kita diselamatkan. Jika tidak maka tiada manusia yang tertinggal hidup. Rencana Keselamatan dapat dilihat dari karya-karya. Lihat karya-karya Jadual Waktu Ringkasan Segala Zaman (No. 272); Lucifer: Pembawa Terang dan Bintang Fajar (No. 223); Milenium dan Keghaiban (No. 95). Ada banyak lagi karya lain yang mengisahkan nubuatan.

 

Apa sebenarnya yang berlaku di menara Babel itu, dan mengapakah Tuhan begitu prihatin terhadapnya? Seolah-olah ada sesuatu yang lebih berlaku di situ selain hanya membangunkan bangunan dengan menara tinggi yang akan mencapai langit.

 

A: Ya, memang lebih banyak dari itu. Sistem palsu di Babel telah dihapuskan dan bahasa-bahasa telah dikelirukan agar manusia tidak berkembang maju dengan begitu pantas sehingga membahayakan kewujudan planet ini lebih awal di dalam jangka masa yang telah diberikan kepada Iblis.

 

Mereka akan menjadi umpama elohim tetapi tanpa Roh Kudus dan dengan itu membinasakan planet ini serta merosakkan Rencana Tuhan. Sistem yang kamu lihat sedang terbentang sekarang ini mungkin boleh terjadi dua ribu tahun atau lebih yang lalu. Jika begitu, planet ini tidak akan wujud sekarang ini.

 

Abraham

 

Adakah Hagar atau Ismael telah menerima sebarang berkat dari hubungan mereka dengan Abram?

 

A: Benar, mereka memang telah menerima berkat. Kristus sendiri mengatakan, dari perintah Tuhan, Dia akan memberkati Ismael dan menjadikan satu bangsa yang besar darinya (Kejadian 21:17-18).

 

Lihatlah pelbagai karya yang mengisahkan Abraham: Kenapakah Abraham dipanggil "Sahabat Tuhan"? (No. 35); Malaikat Itu dan Korban Abraham (No. 71); Abraham dan Sodom (No. 91) dan juga perhatikan Kejadian 22, Judaisme, Islam dan Pengorbanan Ishak (No. 244).

 

Hukum

 

Adakah sebabnya kenapa perintah-perintah itu diberikan atas dua loh (keping) batu?

 

A: Ya, ada sebabnya. Dua loh itu kecil dan dibawa oleh Musa. Mereka nampaknya telah ditulis pada kedua-dua muka. Tablet-tablet ini nampaknya adalah salinan-salinan sebagai saksi ganda dua. Tablet-tablet hukum ini telah dimasukkan ke dalam Tabut Perjanjian (Lihat karya Tabut Perjanjian (No. 196); dan Perbezaan di dalam Hukum (No. 96)).

 

Hukum [Taurat] ini dijelaskan dalam siri Hukum Tuhan (No. L1). Konsep bagaimana ia ditulis pada batu menunjuk kepada Tuhan, iaitu gunung batu (Mazmur 18:31) dari mana asalnya kita dan Kristus (Yesaya 51:1) dan yang memahatkan HukumNya dalam hati kita melalui kuasaNya. Dia menjadi semua di dalam semua.

 

Dalam Ulangan 10 ia memperkatakan tentang perjanjian (Keluaran 34:28) sebagai Hukum Bersepuluh yang telah ditulis pada 2 tablet itu. Dalam ayat 5 ia mengatakan dia telah meletakkan tablet-tablet itu DALAM TABUT [PERJANJIAN]. Adakah ini HUKUMnya yang merupakan Perjanjian Baru yang ditulis pada hati dan fikiran umat pilihan? Adakah signifikan selebihnya kepada hal ini yang boleh kamu huraikan?

 

A: Ya, itulah signifikan bagi kedua-dua Tabut serta pemasukan tablet-tablet itu di dalamnya. Hukum Tuhan patutnya diletakkan dalam hati serta fikiran umat pilihan. Aspek ini diperiksa dalam karya-karya: Perbezaan di dalam Hukum (No. 96); Tabut Perjanjian (No. 196); Firman Tuhan (No. 184); dan Hukum Tuhan (No. L1).

 

Adakah perintah-perintah itu terbahagi dalam lot-lot 4 dan 6 ataupun 5 dan 5?

 

A: Andainya kamu maksudkan pembahagian berdasarkan dua Perintah Terbesar Hukum itu; Perintah Besar Pertama adalah “Kasihilah Allah Tuhanmu dengan segenap fikiranmu dan segenap hatimu dan segenap kekuatanmu.” Yang kedua adalah sepertinya: “Kasihilah sesama sendiri seperti dirimu.” Perintah-perintah itu terbahagi kepada dua divisi sedia ada di mana empat perintah pertama adalah mengenai kasih Tuhan dan enam yang terakhir adalah mengenai kasih manusia. Maka, Perintah Keempat berkenaan hari Sabat, meliputi aspek Hukum serta kesaksian mengenai Kalendar Tuhan serta ibadahNya dan merupakan hujung teknikal Perintah Besar Pertama.

 

Perintah Kelima, berhubung kasih ayah dan ibu, adalah yang pertama dengan satu janji. Ia mengaitkan kehidupan atas bumi ini serta formasi keluarga, iaitu blok binaan yang dipilih Tuhan untuk membina masyarakat. Ini melanjut ke dalam keluarga syurgawi Jemaat serta anak-anak Tuhan. Maka, Perintah ini membentuk satu hubungan antara empat perintah pertama dan enam yang terakhir hinggakan, dari satu segi, kedua-dua jawapan itu adalah betul.

 

Hukum Taurat terbahagi kepada dua perintah besar yakni empat yang pertama dan enam yang terakhir yang dihubungkan oleh perintah kelima, yang menggabungkan kedua-dua Perintah Besar Pertama dan Kedua. Perhatikan karya-karya dalam siri Hukum Tuhan (No. L1), serta karya-karya berkaitan.

 

Bolehkah kamu ertikan dan tafsirkan perintah pertama?

 

A: Telah dituliskan (Keluaran 20:2-3):

 

“"Akulah TUHAN, Allahmu, yang membawa engkau keluar dari tanah Mesir, dari tempat perbudakan. Jangan ada padamu allah lain di hadapan-Ku.”

 

Golongan Roman Katolik menggabungkan perintah kedua kepada perintah ini dan membahagikan perintah kesepuluh kepada dua, iaitu sesuatu yang mustahil, berdasarkan teks dalam Ulangan 5.

 

Kata-kata bagi “Tuhan Allahmu” di sini bukan sekadar “Yahovah.” Ianya “Yahovah Elohim” yang bermakna Tuhan dalam bentuk lanjutan dan kreatifNya. Jika itu adalah Yahovah, seperti yang Bullinger katakan, mungkin boleh diperdebatkan bahawa Hukum itu terbatas kepada Israel, yang sebenarnya tidak.

 

Dua perintah pertama adalah dalam bentuk perbicaraan pihak pertama. Yang lainnya pula adalah dalam bentuk pihak ketiga. Ulangan mempunyai struktur yang sama bagi dua Perintah pertama. Seksyen dalam Ulangan tersebut dibahaskan sebagai ulangan dan penerangan jelas oleh Musa mengenai sepuluh perintah asal itu, yang ada dalam Keluaran (rujuk Soncino Commentary, Chumash halaman 458).

 

“Jangan ada padamu elohim lain di hadapan-Ku.” Bermaksud bahawa tiada elohim lain yang patut diletakkan di hadapan, atau disembah sebagai, atau untuk menggantikan tempat Allah yang Maha Esa, yang dalam bentuk singularnya adalah “Eloah” iaitu Tuhan Bait Suci yang menempatkan namaNya pada Yerusalem. Lihat teks dalam Ezra 4:24-7:26 untuk penggunaan nama Eloah berhubung Bait Suci dan Hukum Taurat. Ia adalah Hukum Eloah.

 

Eloah mempunyai seorang anak, dari Amsal 30:4-5. Oleh itu, Anak itu bukanlah Allah Maha Esa, Eloah. Perintah Pertama serta aplikasi Hukum dan Kitab Para Nabi telah digariskan dalam teks Hukum dan Perintah Tuhan Pertama (No. 253) yang disediakan bagi Pembacaan Hukum itu dalam Tahun Sabat 1998.

 

Mengenali Allah yang Maha Esa, serta Yesus Kristus yang diutusNya, adalah hidup kekal (Yohanes 17:3). Penjelasan nama-nama Tuhan serta posisi Yesus Kristus terkandung dalam karya-karya Nama-nama Tuhan (No. 116); Tuhan Dinyatakan Bab 1 – Monoteisme Kuno (No. G1); serta Pra-Kewujudan Yesus Kristus (No. 243).

 

Keluaran 16 (sebelum 10 perintah itu disampaikan) ayat 23 “...Inilah yang dimaksudkan TUHAN: Besok adalah hari perhentian penuh (bagaimanakah mereka mengetahui bahawa itu adalah Sabat sedangkan ia tidak diberikan di Sinai? Semestinya ia telah diperturunkan secara lisan dari Adam hingga Musa), sabat yang kudus bagi TUHAN." Ayat 28 “Sebab itu TUHAN berfirman kepada Musa: "Berapa lama lagi kamu menolak mengikuti segala perintah-Ku dan hukum-Ku?” Ayat 29 “TUHAN telah (perbuatan dahulu) memberikan sabat itu kepadamu...”. Bilakah Tuhan memberikan mereka Sabat itu?

 

A: Hukum itu telah diberikan kepada Adam pada penciptaan. Bukan saja Sabat telah ditetapkan pada ketika itu tetapi korban-korban serta Kalendar juga telah diasaskan. Persembahan korban Habel lebih diperkenankan Tuhan daripada korban Kain kerana ia adalah korban darah, dan dia lebih benar lagi.

 

Doktrin SDA mengenai vegetarianisme pra-banjir adalah salah, seperti mana pandangan bahawa hukum itu tidak diberikan hinggalah Sinai. Lihat karya Vegetarianisme dan Alkitab (No. 183); dan juga Rahel dan Hukum (No. 281). Paskah juga telah wujud sebelum Sinai, dan Bulan-bulan Baru, serta urutan Kalendar itu telahpun ditetapkan sejak minggu pertama penciptaan. Lihat juga karya Kalendar Tuhan (No. 156). Perhatikan karya-karya Doktrin Dosa Asal Bahagian 1 Taman Eden (246) dan Doktrin Dosa Asal Bahagian 2 Generasi-generasi Adam (No. 248). Sistem pra-banjir telah binasa kerana ia melanggar hukum-hukum Tuhan. Lihat karya Nefilim (No. 154).

 

Perintah-perintah itu telahpun wujud dan diketahui ketika Abraham masuk ke dalam Mesir. Lihat karya Abraham dan Sodom (No. 91). Lihat juga pada karya Doktrin Bileam dan Nubuatan Bileam (No. 204). Abraham telah memberikan persepuluhan kepada Melkisedek lebih empat ratus tahun sebelum Sinai. Lihat karya Melkisedek (No. 128).

 

Perintah Keempat meliputi satu sistem aturan Tuhan dan sistem ini akan dikuatkuasakan apabila Kristus kembali. Lihat karya Hukum dan Perintah Tuhan Keempat (No. 256). Sabat-sabat akan dipelihara bersama dengan Bulan-bulan Baru (Yesaya 66:23). Hari-hari raya akan dirayakan dan bangsa-bangsa akan mengutus wakil-wakil mereka ke Yerusalem setiap tahun, atau jika tidak mereka tidak akan mendapat hujan pada musimnya dan tulah-tulah Mesir akan didatangkan kepada mereka. Ini adalah catatan Alkitab dan Alkitab tidak boleh dibatalkan.

 

Membaca Hukum

 

Kita sedang melihatkan arahan pada Ulangan 31:9-12 untuk membacakan Hukum itu pada setiap tahun Sabat sewaktu Perayaan Pondok Daun. Pada hari apakah dalam Perayaan ini hal itu harus dilakukan? Idea bahawa hukum itu harus dibaca pada satu hari adalah idea Yahudi dan mereka melakukannya pada Hari Besar Terakhir.

 

A: Hukum itu dibaca sepanjang perayaan ini dalam tahun ketujuh. Membaca Hukum serta kesaksian itu dengan betul, dengan menggunakan Hukum serta Kitab Para Nabi dan menjelaskannya dengan betul seperti mana yang dilakukan Ezra dan Nehemia di Yerusalem, akan mengambil masa sepanjang perayaan Pondok Daun.

 

Itulah sebabnya kenapa Tuhan mengkehendakinya dilakukan setiap tahun ketujuh, dan bahawa ia dikhususkan untuk tujuan-tujuan pembacaan itu agar Israel tidak melupakan Hukum-hukum Tuhan. Lihat karya-karya Pembacaan Hukum Dengan Ezra dan Nehemia (No. 250) dan juga siri Hukum yang tersenarai di bawah Hukum Tuhan (No. L1) yang telah dibaca pada Pembacaan hukum yang diperintahkan yang terakhir pada tahun 1998.

 

Masyarakat

 

Bagaimanakah kenajisan hingga matahari terbenam itu berkait dengan kita hari ini sebagai dikuduskan? Adakah satu waktu sekarang ini, atau di masa depan di mana Dia tidak mahu kita tidur dengan isteri-isteri kita? Jika ya, bila dan kenapa harus begini kamu fikir?

 

A: Seluruh proses pengudusan untuk hari Ketujuh Bulan Pertama dan hari Kesepuluh bulan Ketujuh secara logiknya memerlukan puasa dalam semua aspek, termasuklah pasangan-pasangan kita.

 

Pengasingan dari pasangan-pasangan kita sepenuhnya akan tiba pada Kedatangan Semula itu. Imam-imam Besar sentiasa menganggap diri mereka sebagai terasing apabila mereka masuk ke dalam Bait Suci pada hari-hari kudus. Mereka membatalkan kelayakan mereka apabila tidak suci secara ritual. Kita haruslah mempersediakan diri kita untuk masuk ke dalam satu hubungan dengan Kristus.

 

Bolehkah kamu tolong jelaskan petikan-petikan ini tentang hari-hari itu dan apa maksudnya tidak menghampiri isteri-isterimu? Saya percaya ini ada kaitannya dengan kedatangan kedua Yesus, namun saya tidak begitu pasti.

 

A: Proses ini membabitkan pengudusan umat pilihan. Di bawah hukum itu, seorang lelaki secara ritualnya adalah tidak suci/tahir jika ada mengeluarkan semen (air mani) sehinggalah matahari terbenam, dan tujuannya di sini adalah untuk memastikan bahawa bani Israel dikuduskan pada hari bila mana Tuhan datang kepada mereka.

 

Proses pengudusan Israel ini dikaji dan diterangkan dalam karya-karya Pengudusan Bait Suci Tuhan (No. 241) dan juga dalam karya Pengudusan Orang-orang yang Berdosa Tidak Sengaja dan Tidak Sedar (No. 291). Perhatikan juga Yehezkiel 45:18-20.

 

Seluruh proses kalendar serta pengudusan yang berlaku dalam struktur rencana Tuhan itu seperti yang dijelaskan dalam kalendar serta Sabat-sabat, Bulan-bulan Baru dan Hari-hari Sucinya, semuanya menunjuk kepada Mesias dan pemulihan planet ini. Lihat karya-karya Kalendar Tuhan (No. 156); dan Hukum dan Perintah Tuhan Keempat (No. 256).

 

Kita adalah Bait Suci Tuhan dan Hukum Taurat Tuhan akan hidup di dalam hati kita. Kita akan pergi dari jemaat kepada para bangsa selaku Bait Suci Tuhan dan akan menjadi Kota Tuhan. Lihat karya-karya Firman Tuhan (No. 184); Mengukur Bait Suci (No. 137); dan Kota Tuhan (No. 180).

 

Mengapakah seorang perempuan dianggap najis selama empat puluh hari sesudah melahirkan seorang anak lelaki, dan lapan puluh hari selepas melahirkan anak perempuan?

 

A: Terdapat beberapa isu rumit yang timbul dari peraturan-peraturan pentahiran kaum perempuan (rujuk Pentahiran dan Penyunatan (No. 251)). Sains telah mengkaji makanan dalam banyak aspeknya, khususnya fisiologi serta nilai zatnya. Hasilnya, kini kita dapat memahami kenapa makanan-makanan tertentu adalah “halal” dan yang lain tidak dan telah dilarang bagi kita (lihat karya Hukum-hukum Pemakanan (No. 15)). Bagaimanapun, dalam generasi-generasi kita selama ini kita telah mengikuti peraturan-peraturan makanan ini hanya kerana Tuhan telah menyuruh kita berbuat demikian. Kita tahu bahawa Tuhan telah memberikan hukum-hukumNya kepada kita agar kita dapat hidup dengan sihat, seimbang, dan teratur. Peraturan-peraturan berhubung kaum perempuan belum lagi dikaji dalam cara yang sama, oleh itu kita harus melakukan apa yang sudah biasa kita lakukan. Bergantunglah pada hakikat bahawa jika Tuhan mengatakan begitu, maka ianya untuk kebaikan kita untuk melakukannya. Hal-hal ini juga dilayakkan dalam dan melalui aspek-aspek rohani mereka, sebagaimana mereka berkait kepada Mesias.

 

Istilah “perempuan najis” mungkin mengganggu bagi ramai orang. Ia seolah-olah menjijikkan, namun ia tidak. Ia hanyalah satu waktu pengasingan kerana perempuan itu memerlukan rehat dan pemahaman. Istilah “najis” tidak sama dengan “orang berdosa.” Pentahiran tersebut dari segi saintifiknya adalah waktu penyucian selama tujuh hari. Ianya satu tindakan semulajadi dan fizikal, di mana selaput dinding rahim, oleh kerana tidak menerima ovum subur untuk proses persenyawaan, disingkirkan semasa haid. Lazimnya, ia satu tempoh tujuh hari dalam setiap 28 hari. Proses penyucian ini membenarkan penerusan umat manusia untuk apa hukum ini, seperti juga semua yang lain, adalah satu rahmat dari Tuhan (Kejadian 1:28). Penggenapan perintah-perintah ini terikat kepada kehidupan seharian umat manusia. Hukum Tuhan berkuatkuasa dalam kepenuhannya dari segi fizikal dan rohani (2 Korintus 7:1).

 

Dalam teks Imamat 12:4 kita lihat istilah “tidak boleh ia kena kepada sesuatu apapun yang kudus.” Dalam istilah-istilah ini kita perhatikan simbolisme sejajar berkenaan pengasingan umat pilihan dalam pentahiran. Pembezaan ini dibuat sehingga Kristus. Teorinya adalah bahawa perempuan dalam keadaannya itu akan menajiskan sesuatu yang kudus. Bagaimanapun, sesuatu yang kudus itu juga akan menguduskan benda yang berada dalam keadaan pentahiran tersebut. Untuk sebab itulah, perempuan yang mengalami pendarahan itu dan yang memerlukan penyembuhan telah ditahirkan dengan menyentuh jubah Kristus. Ini tidak menjadikan Kristus najis tetapi sebaliknya Roh Kudus mengalir daripadaNya kepada dia lantas menjadikannya tahir.

 

Matius 9:20-22 20 Pada waktu itu seorang perempuan yang sudah dua belas tahun lamanya menderita pendarahan maju mendekati Yesus dari belakang dan menjamah jumbai jubah-Nya. 21 Karena katanya dalam hatinya: "Asal kujamah saja jubah-Nya, aku akan sembuh." 22 Tetapi Yesus berpaling dan memandang dia serta berkata: "Teguhkanlah hatimu, hai anak-Ku, imanmu telah menyelamatkan engkau." Maka sejak saat itu sembuhlah perempuan itu.

 

Tindakan ini menunjuk kepada dua perkara. Pertama adalah bahawa Kristus adalah Imam Besar yang baru yang jubahnya dikhususkan dari Keluaran 28:33-34; 39:25-26 dan yang mana patamnya juga Kudus bagi Tuhan (Keluaran 28:36; 39:30). Pelajaran kedua adalah bahawa dengan iman melalui Roh Kudus, penyucian dan pentahiran dilanjutkan kepada mereka yang sakit dan memerlukan penyembuhan. Ini diulang sekali lagi dalam Matius, agar kita dapat melihat kepentingan kehadiran Kristus kepada impak Hukum itu dan kitab para nabi serta pemulihan orang yang sakit dan yang memerlukan penyembuhan dan yang najis.

 

Maka, dari Hukum, sesuatu yang tidak kudus tidak boleh menyentuh sesuatu yang kudus. Ini dituntut dari para imam dan jawapannya diberikan. Namun dari hukum dan nubuatan Tuhan sendiri, situasi yang sama menunjuk kepada satu masa hadapan apabila Tuhan akan mencurahkan RohNya kepada semua orang dan membuatkannya Kudus dalam hukumNya dan Dia akan menulisnya pada hati-hati mereka. Tindakan ini disempurnakan melalui Mesias.

 

Oleh itu semua orang dijadikan kudus dalam Roh dan ditahirkan melalui Mesias dalam Roh Kudus. Peraturan Pentahiran itu menunjuk kepada penyucian ibu manusia selaku Israel iaitu Jemaat, dan Pengantin perempuan bagi Kristus, dan ibu kepada bangsa yang baru. Dari posisi ini kita perhatikan bahawa ibu disucikan dan dapat mengambil bahagian dalam Perjamuan Suci dan Paskah sebagai anggota umat pilihan, disucikan dalam Roh Kudus.

 

Jika umat Kristian sepatutnya memelihara hukum-hukum pemakanan Perjanjian Lama, bagaimana dengan hukum-hukum Perjanjian Lama yang lain contohnya tidak memakai pakaian yang bercampur bulu kambing dan lenan/linen? Bagaimana dengan peraturan kuarantin, dan apabila seorang perempuan mengalami pendarahan? Patutkah umat-umat Kristian memelihara semua ini juga?

 

A: Ya, mereka sepatutnya memelihara peraturan-peraturan itu. Ada antaranya yang dibincangkan dalam karya Pentahiran dan Penyunatan (No. 251). Peraturan kuarantin adalah sangat penting dan telahpun diabaikan dengan teruk sekali. TB telah dihapuskan di Australia dengan usaha keras empat puluh tahun yang lalu dan kini, disebabkan kegagalan untuk melakukan kuarantin ketat, ianya telah kembali dan ada antaranya yang resistan.

 

Apabila seseorang diminta untuk menjadi saksi dalam mahkamah perundangan, ia diminta “bersumpah.” Namun saya percaya kitab suci ada mengatakan untuk tidak bersumpah. Adakah sebarang cadangan bagaimana untuk menangani keadaan ini?

 

A: Israel ada bersumpah nazar di hadapan Tuhan. Hukum Taurat mengatakan “Janganlah kamu bersumpah dusta demi nama-Ku, supaya engkau jangan melanggar kekudusan nama Allahmu; Akulah TUHAN.” (Imamat 19:12). Terdapat banyak rujukan di mana Israel bersumpah benar. Daud pernah bersumpah kepada Yonatan (1 Samuel 20:12). Israel telah disuruh bersumpah (Ezra 10:5). Yesaya 65:16 menubuatkan bahawa bumi akan bersumpah demi Tuhan kebenaran, dan Alkitab tidak dapat dibatalkan.

Idea untuk tidak bersumpah dalam Kekristianan datang dari Matius 5:34-36 apabila Kristus mengatakan: “Janganlah sekali-kali bersumpah, baik demi langit, karena langit adalah takhta Allah, maupun demi bumi, karena bumi adalah tumpuan kaki-Nya, ataupun demi Yerusalem, karena Yerusalem adalah kota Raja Besar; janganlah juga engkau bersumpah demi kepalamu, karena engkau tidak berkuasa memutihkan atau menghitamkan sehelai rambutpun.”

 

Ini telah ditafsirkan sebagai bermaksud kamu sama sekali tidak patut bersumpah. Untuk sebab itu, pengesahan-pengesahan dibenarkan di dalam mahkamah undang-undang. Teks dari Kristus adalah “Jika ya, hendaklah kamu katakan: ya, jika tidak, hendaklah kamu katakan: tidak.” Maksud sebaliknya di sini adalah bahawa orang-orang pagan bersumpah demi kubur ibu mereka, dan demi pelbagai idea-idea pelik yang lain. Sumpah tersebut adalah: “Adakah kamu bersumpah demi Tuhan yang mahakuasa untuk menyatakan apa yang benar, semua yang benar, dan tiada lagi melainkan yang benar maka bantulah kamu Tuhan?” Ini sejajar dengan sentimen teks dalam Yesaya itu. Kata “bersumpah” telah diubah kepada “mengesahkan” dan istilah “Tuhan yang mahakuasa” telah dibuka. Desakan untuk perubahan tersebut telah datang dari golongan Ateis dan Pagan, namun ia juga membantu mereka yang benar-benar percaya untuk menghindari kemungkinan bahawa mereka melanggar pernyataan Kristus di sini dalam Matius 5:34-37. Maka begitulah, dia telah menghasilkan satu benteng di sekeliling sentimen bersumpah itu dengan menggunakan teks-teks dalam Keluaran 20:7; Bilangan 30:2; Ulangan 23:21. Maka, kita dapat simpulkan bahawa Yehuda pernah memperkenalkan amalan-amalan berkaitan bersumpah di bawah Hukum yang melanggar Hukum itu serta Roh Tuhan. Perhatikan karya-karya Hukum dan Perintah Tuhan Kesembilan (No. 262); Hukum dan Perintah Tuhan Ketiga (No. 255) dan Bersumpah Demi Tuhan (No. 32)).

 

Apakah pandangan kamu tentang apakah hukuman sepatutnya bagi kekejaman terhadap mereka yang tidak bersalah?

 

A: Pelaksanaan hukuman terkandung di dalam karya-karya Hukum Tuhan (No. L1). Perhatikan karya-karya: Hukum dan Perintah Tuhan Keenam (No. 259); Hukum dan Perintah Tuhan Ketujuh (No. 260); Hukum dan Perintah Tuhan Kelapan (No. 261) dan Hukum dan Perintah Tuhan Kesembilan (No. 262).

 

Dalam kebangkitan kedua, kekejaman terhadap orang tidak bersalah dibereskan oleh Tuhan. Semua akan dibangkitkan dan semua akan dilatih semula dalam Roh Kudus. Perhatikan logik pelepasan Iblis. Pada hujung Milenium itu, Tuhan memerintahkan pelepasan Iblis demi untuk menangani planet ini. Dia juga membenarkan dia terus berkuasa di atas planet ini selama enam ribu tahun sedangkan Dia berkuasa untuk menahan dia, dan sememangnya akan menahan dia sewaktu Milenium.

 

Dalam segi ini, Tuhan bersubahat dalam kejahatan-kejahatan dunia ini dan bertanggungjawab kerana membiarkan kejahatan-kejahatan ini berlaku. Adakah kita menghakimi Tuhan kerana ini: Tidak sama sekali. Seluruh penciptaan ini adalah satu latihan pengajaran dan pada akhirnya kita tidak akan kehilangan sesiapapun. Kita akan memelihara hukum-hukum Tuhan dan mengasihi sesama sendiri kerana ianya jelas kepada kita semua apa yang akan berlaku apabila kita tidak melakukan begitu. Matlamat semua hukuman adalah pemulihan serta perlindungan semua orang terbabit.

 

Apakah pendirian anda tentang hukuman mati? Adakah ia berunsur Alkitab? Jika ya, bagaimana ia harus dilaksanakan?

 

A: Ya, setiap satu dari Hukum Bersepuluh itu disokong oleh hukuman mati. Aplikasi hukuman mati itu diliputi dalam karya Hukum dan Perintah Tuhan Keenam (No. 259) serta Hukum dan Perintah Tuhan Kelima (No. 258).

 

Imamat 19:28 dan Ulangan 14:2 mengajar pelajar Alkitab tentang apa berhubung tatu?

 

A: Memasangkan tatu dan membuat tanda atau karapas adalah satu amalan purba yang dilarang di bawah hukum-hukum Tuhan. Asal-usul sistem ini ditemui dalam kebanyakan masyarakat kuno. Istilahnya (tat) sebenarnya berasal dari Polynesia dan bererti, “mengetuk berulang kali.” Sejarah dan zaman-zaman purba dalam kedua Mesir dan Mesopotamia ada di dalam karya Mencacah Tatu (No. 5). Tatu-tatu terawal di Mesir purba mempunyai bentuk seperti lalat (dikaitkan mungkin atau nampaknya dengan dewa Ekron) dan juga satu bentuk palang seperti swastika.

 

Saya menghargai perintah Alkitab untuk “Tidak berhutang kepada sesiapapun.” Saya telah membaca bagaimana hari ke 7 dalam kitar 7 tahun dapat berhasil. Bagi saya ianya kelihatan seolah-olah terdapat peruntukan untuk “berhutang” kepada orang lain sekurang-kurangnya untuk satu masa tertentu, kerana jika tidak, bagaimana pula adanya hutang yang berlanjutan melampaui tahun ke 6 yang perlu diampuni pada tahun ke 7? Pada hari dan zaman ini, nampaknya tiada cara untuk membeli tanah atau rumah dalam masa 6 tahun. Bagaimana kita dapat hidup dalam suasana-suasana ekonomi masakini dan masih menurut hukum ini?

 

A: Alkitab cukup jelas bahawa ianya tidak baik untuk mengenakan bunga (atau faedah) pada sebarang pinjaman. Sistem dunia kita ini memperhambakan anak-anak kita serta golongan miskin. Tiada hutang yang boleh dilanjutkan melebihi tahun Sabat. Kita patut tidak berhutang apapun kepada sesiapa. Kita harus melunaskan hutang-hutang kita. Ini sangat sukar dalam masyarakat moden. Umat kita boleh dikatakan telah dijual kepada perhambaan oleh sistem yang kita ada. Kita semua sedang bertungkus-lumus bebas dari hutang dan mempermudahkan gaya hidup kita. Kita mendapatinya sangat sukar, dan kita telah menjadikannya lebih sukar lagi untuk anak-anak kita daripada kita. Orang-orang Yahudi mengesampingkan hal ini dengan mengatakan bahawa ia hanya kena pada orang Yahudi namun mereka hanyalah salah satu dari dua belas suku. Rumah-rumah kita berlebihan harganya. Umat kita binasa kerana tiada pengetahuan dan mereka yang memelihara Hukum-hukum Tuhan menjadikan diri mereka mangsa. Lihat karya-karya Hukum Tuhan (No. L1) khususnya Hukum dan Perintah Tuhan Kelapan (No. 261).

 

Adakah berjudi dibolehkan? Bukankah ia sekadar membelanjakan wang yang diusahakan untuk mendapatkan lebih banyak?

 

A: Hukum bekerja berdasarkan penambahan produktif. Mendapatkan wang dari kerugian seorang yang lain adalah bertentangan dengan maksud Hukum Tuhan. Gereja Roman Katolik membenarkan, dan malah menggunakan perjudian. Ini hampir unik dalam sistem berbahasa Inggeris. Berjudi di Amerika dan di Australia telah dibenarkan bertambah dan sistem mesin poker telah mencerobohi hampir semua tempat, hinggakan akibatnya buruk sekali. Berjudi boleh menjadi kelakuan kompulsif yang menagihkan untuk orang tertentu seperti mana dengan para pemabuk serta pengguna dadah yang lain. Para penjudi kompulsif berdusta, menipu, malah mencuri untuk meneruskan serta menyokong tabiat mereka itu. Pada tahap ini ia merosakkan hubungan, perkahwinan dan keluarga. Ramai orang yang membunuh diri apabila keadaan tidak terkawal lagi.

 

Para penjudi yang bermasalah mempunyai gaya fikiran tertentu di mana otak mereka beroperasi berbeza daripada orang lain. Kemungkinan mendapat keuntungan membuatkan otak memindah silang impuls-impuls dan menghasilkan aktiviti luar biasa. Mereka tidak mampu menahan diri mereka. Nikmatnya adalah di dalam keghairahan dalam mana mereka menggadaikan segalanya dan kemungkinan hilang semuanya. Hanya kehilangan atau kerugian itu saja adalah kelepasan sebenar dan menyeluruh. Akibat-akibat sosial dari perjudian adalah sangat buruk sekali dan ia akan dilupuskan dalam masyarakat yang adil.

 

Peraturan-peraturan Makanan

 

Kita berhati-hati untuk menurut hukum-hukum pemakanan Tuhan. Seorang teman kami tidak memakan cendawan kerana ia mempunyai spora untuk membiak dan dia tidak menganggap spora itu sebagai benih (atau biji). Adakah saya bersalah di dalam memakan cendawan?

 

A: Tidak, Cendawan boleh dimakan. Idea ini datang dari konsep bahawa oleh kerana kita telah diberikan tumbuhan berbiji untuk dimakan berserta haiwan-haiwan yang halal dan tumbuhan berspora tidak disebutkan secara khusus, maka apa saja yang tumbuh dari spora adalah haram kerana tidak disebutkan antara makanan yang boleh dimakan atau tidak.

 

Jika tumbuhan yang membiak melalui spora tidak boleh dimakan atas alasan tidak halal maka kita sudah pasti menghadapi masalah besar. Kita tidak boleh memakan Roti Beragi sama sekali kerana yis (ragi) adalah hasil spora. Persembahan-persembahan sewaktu Pentakosta pastinya menjadi satu kontradiksi pelik kerana kedua roti Pentakosta adalah beragi. Jika begitu, ertinya Tuhan menyuruh kita melawan hukum-hukumNya sendiri.

 

Bir diragikan oleh yis (ragi). Wain ditapaikan oleh yis. Spora-spora liar ada dalam udara dan kita menelan mereka setiap masa. Semua makanan ada terdedah kepada aktiviti spora tertentu. Namun Tuhan memberitahu kita bahawa hanya tujuh hari saja kita tidak harus memakan ragi. Ini merupakan kes semangat berlebih-lebihan yang tidak berdasarkan pengetahuan. Mereka yang mengatakan ini pastinya berusaha untuk taat setia kepada apa yang mereka tahu namun telah memungut kesilapan ini daripada beberapa kumpulan yang lebih tersasar dalam memelihara hukum-hukum makanan.

 

Salah seorang akademik dalam sistem Oxford/Cambridge telah menerbitkan satu buku beberapa tahun yang lalu mengenai Kristus serta kultus cendawan. Pertimbangan seperti itu adalah hasil daripada imaginasi yang terlalu aktif. Jemaat Tuhan sepatutnya dapat mengenalpasti kepalsuan ini.

 

Kita tahu bahawa hukum-hukum makanan itu sedang berkuatkuasa, namun jika seseorang itu memerlukan suplemen (zat tambahan), contohnya kalsium, haruskah ia hasil daripada binatang halal atau tumbuhan, ataupun oleh kerana ia tidak dimakan sebagai makanan, ini tidak penting?

 

A: Ini idea yang menarik. Kebanyakan suplemen makanan yang diperlukan adalah disebabkan oleh vegetarianism, iaitu suatu pemesongan hukum-hukum Alkitab. Kalaulah peraturan-peraturan makanan dituruti dan haiwan-haiwan yang halal dimakan, keperluan untuk suplemen-suplemen makanan ini akan berkurang dengan banyaknya. Jika sayuran berkualiti dimakan seimbang, maka kemungkinannya dikurangkan. Jika vitamin diperlukan, maka proses perkilangan biasanya tidak membabitkan haiwan-haiwan haram. Dalam kes insulin, ada jenis-jenis yang boleh didapati daripada haiwan-haiwan yang halal. Hukum-hukum makanan melindungi planet ini serta alam sekitarnya sekali. Perhatikan karya-karya Hukum-hukum Pemakanan (No. 15); Vegetarianisme dan Alkitab (No. 183); Wain di dalam Alkitab (No. 188); dan Keseimbangan (No. 209).

 

Ada orang yang saya kenali yang menolak memakan babi dan ikan tertentu. Adakah mereka bersikap fanatik atau mungkinkah ada sebab yang munasabah untuk hal ini dalam abad ini di mana pembekuan sedia ada?

 

A: Ada sebab munasabah untuk ini. Hukum-hukum pemakanan telah diberikan di dalam Alkitab. Tuhan tidak melakukan apa-apa tanpa sebab yang baik. Hukum-hukum pemakanan telah diketepikan oleh ahli-ahli antropologi seperti Mary Douglas atas sebab-sebab taboo. Dr Nanji dan French telah menunjukkan dalam tahun 1986 bahawa daging babi merupakan penyebab sirosis hati. Terdapat banyak sebab-sebab saintifik lain yang dibincangkan dalam karya Hukum-hukum Pemakanan (No. 15).

 

Terdapat sebab-sebab baik untuk tidak memakan semua jenis-jenis haiwan haram yang dilarang dalam Imamat 11 dan Ulangan 14, serta peraturan pengolahan makanan. Hukum-hukum pemakanan tidak disingkirkan dalam Perjanjian Baru, dan Kisah 10 membincangkan tentang pertaubatan bangsa bukan Yahudi, dan bukannya Petrus memakan makanan haram. Perhatikan juga karya Keseimbangan (No. 209); Vegetarianisme dan Alkitab (No. 183) dan Wain di dalam Alkitab (No. 188).

 

Adakah hukum-hukum pemakanan Alkitab melarang memakan daging? Atau hanya daging-daging tertentu seperti daging babi?

 

A: Hukum makanan melarang pemakanan jenis-jenis daging tertentu umpamanya daging babi. Semua binatang yang memamah biak dan mempunyai kuku berbelah adalah halal untuk dimakan. Oleh itu, seseorang boleh memakan zirafah tetapi tidak babi. Babi, antara lainnya, telah ditunjukkan menyebabkan sirosis hati yang disebabkan suatu bahan kimia dalam tisu lembut dagingnya yang tidak dapat dibuang. Terdapat sebab-sebab saintifik yang munasabah untuk semua hukum-hukum pemakanan.

 

Ikan yang boleh dimakan harus mempunyai sirip dan sisik. Sebabnya bagi ini adalah bahawa ikan tanpa sisik tidak mempunyai kebolehan untuk memisahkan logam-logam berat serta toksin lantas menjadikan mereka tidak sesuai untuk dimakan manusia. Sebagai contohnya, seseorang boleh memakan tuna tetapi tidak ikan yu. Sebabnya adalah tuna mempunyai sisik, dan itu nampaknya menunjukkan adanya satu proses di mana tahap-tahap raksa (merkuri), walaupun sama dengan apa yang ada pada ikan yu, digabungkan dengan selenium untuk menjadikannya tidak boleh didapati bagi penghadaman manusia. Selenium itu sekali lagi terikat dengan bahan arsenat, yang terlalu kecil untuk memberi kesan kepada penghadaman manusia. Udang serta makanan laut seumpamanya mempunyai logam-logam berat dalam bentuk-bentuk tersebar di seluruh tubuh mereka. Kerang menyebabkan pelbagai entero-virus dan merupakan agen-agen penjangkit semula. Lihat karya Hukum-hukum Pemakanan (No. 15).

 

Imamat 11 dan Ulangan 14 nampaknya menunjukkan kita seharusnya memakan jenis-jenis makanan tertentu dan menghindari jenis-jenis yang lain. Adakah hukum-hukum pemakanan ini berkait kepada hukum bersepuluh?

 

A: Seluruh hukum serta tulisan para nabi adalah lanjutan dari Dua Perintah Terbesar. Ini adalah:

 

  1. Kasihilah Allah Tuhanmu dengan segenap hatimu dan segenap fikiranmu dan segenap kekuatanmu.
  2. Kasihilah antaramu sesama sendiri.

 

Hukum Bersepuluh berada langsung di bawah kedua ini. Empat Perintah pertama bersandar pada Perintah Besar Pertama sementara enam yang terakhir bergantung dari Perintah Besar Kedua. Perintah Kelima menghubungkan kedua-duanya bersama. Tanggungjawab untuk “menghidupkan” meliputi satu siri aspek-aspek alam sekitar serta individu. Kesejahteraan planet ini bergantung sebahagiannya pada hukum-hukum pemakanan ini. Semua ini dijelaskan dalam karya Hukum-hukum Pemakanan (No. 15).

 

Kaitan kepada Hukum Taurat ditemui dalam siri Hukum Hukum Tuhan (No. L1) dan khususnya pada Hukum dan Perintah Tuhan Kelima (No. 258) dan Hukum dan Perintah Tuhan Keenam (No. 259).

 

Kesemua Hukum-hukum Tuhan terikat dalam Hukum Bersepuluh dan kitab para nabi menjelaskan semuanya. Perjanjian Baru hanya sekadar mengulas mereka. Itulah sebabnya kenapa ianya begitu tidak munasabah untuk mencadangkan bahawa Mesias akan membatalkan mereka dalam apa sekali carapun. Itulah sebabnya kenapa kita diperintah untuk membaca Hukum Taurat itu setiap tahun Sabat agar kita memahami bagaimana Hukum itu bekerja dan berinteraksi. Seluruh Hukum terbit keluar dari kudrat Tuhan dan mencerminkan kudrat tersebut.

 

Persepuluhan dan Persembahan

 

Saya pernah menganggotai suatu jemaat, yang mempunyai persembahan-persembahan khas yang dipungut pada hari Perayaan, tujuh kali dalam setahun. Saya juga telah membaca di dalam Ulangan 16 dan dalam Keluaran 23 bahawa terdapat tiga perayaan untuk dihadiri dan bahawa persembahan-persembahan dilakukan di sini. Tidakkah Tuhan akan lebih senang hati dengan tujuh persembahan tahunan daripada hanya tiga saja?

 

A: Jika Tuhan mengingini tujuh persembahan dalam setahun, pastinya Dia akan mengatakan tujuh dan bukannya tiga kali setahun. Jika Dia mengingini persembahan setiap minggu, Dia pastinya telah mengatakan begitu. Sebaliknya, Dia menubuhkan sistem persepuluhan serta tiga persembahan setahun pada tiga musim perayaan itu. Isu persepuluhan serta persembahan dibincangkan dalam karya-karya Pemberian Persepuluhan (No. 161) dan Hukum dan Perintah Tuhan Keempat (No. 256).

 

Saya sedang mengkaji karyamu Pemberian Persepuluhan (No. 161), apabila saya membaca bahawa persembahan diberi 3 kali setahun dan bukannya 7. Saya setuju. Kamu juga ada menyebut Pendamaian tegas dilarang sebagai satu persembahan. Bolehkah kamu beritahu saya di mana saya dapat temui larangan persembahan Pendamaian di dalam kitab suci ini?

 

A: Hukum berkenaan cukai Pendamaian ada pada Keluaran 30:15: “Orang kaya janganlah mempersembahkan lebih dan orang miskin janganlah mempersembahkan kurang dari setengah syikal itu pada waktu dipersembahkan persembahan khusus itu kepada TUHAN untuk mengadakan pendamaian bagi nyawa kamu sekalian.” Pada asalnya ia adalah cukai tanpa pengecualian dalam Israel. Kini ia adalah cukai tanpa pembezaan yang dibayar untuk kita oleh Kristus, dan keselamatan terbuka kepada bangsa bukan Yahudi dan mereka memasuki Israel oleh rahmat dan pengangkatan sebagai anak-anak Tuhan.

 

Konsep ini dikembangkan dalam Kisah 10:34; Roma 3:22,23; 10:12. Persembahan ini adalah persembahan khusus. Bullinger juga memahami poin ini dalam nota-notanya kepada Alkitab Companion pada Keluaran 30:15. Apabila persembahan dipungut sewaktu Pendamaian, ianya satu pelanggaran langsung terhadap Hukum itu serta penolakan terhadap kuasa menyeluruh penebusan Kristus serta perlanjutan Keselamatan kepada orang bukan Yahudi.

 

Pastor saya mengatakan bahawa jika seorang umat percaya tidak memberikan persepuluhan, ertinya dia merompak dari Tuhan dan kerana itu adalah seorang perompak, dan bahawa para perompak tidak akan pergi ke syurga. Betulkah dia dari segi Alkitab?

 

A: Pastor kamu sedang merujuk kepada teks di dalam Maleakhi 3:7-12. Jika kamu tidak memberi persepuluhan, kamu merompak Tuhan. Ini diliputi dalam karya Pemberian Persepuluhan (No. 161). Ianya tanda kembalinya individu kepada Tuhan. Bagaimanapun, ia hanya satu tanda dan pastor kamu tidak boleh mengambil kedua-duanya sekali. Hukum Tuhan harus dipelihara dan begitu juga dengan perintah-perintah berkenaan hari-hari raya. Persepuluhan serta Persembahan terikat kepada Perayaan-perayaan Tuhan. Perhatikan karya Hukum dan Perintah Tuhan Keempat (No. 256). Ianya terlalu mudah untuk para pendeta menyebut hukum tentang persepuluhan, namun tidak memperdulikannya pada semua aspek-aspek penting yang lain. Mungkin kamu akan dapatinya menarik untuk meninjau siri berkenaan Hukum Tuhan (No. L1).

 

Tiada seorangpun yang pergi ke syurga. Ianya ujian umat Kristian sejati dalam jemaat awal. Jika sesiapa mengatakan bahawa mereka adalah umat Kristian dan bahawa apabila mereka mati mereka akan pergi ke syurga, mereka tidak patut dipercayai. Itu adalah ujian seorang Kristian dan seorang Gnostik. Sesiapa yang mengatakan bahawa apabila mereka mati mereka akan pergi ke syurga, menunjukkan dengan pernyataan ini bahawa mereka adalah Gnostik dan bukannya Kristian (lihat karya Justin Martyr, Second Apology). Ini diliputi dalam karya-karya Jiwa (No. 92) serta Kebangkitan Orang Mati (No. 143).

 

ISRAEL

 

Bukankah terdapat 12 hakim dalam Israel? Adakah ini ada kaitannya dengan adanya dua belas suku?

 

A: Dua belas orang hakim Israel itu mempunyai kaitan kepada dua belas suku itu dan dipilih daripada mereka. Para rasul juga mengetuai dua belas suku serta 144,000 juga diperuntukkan kepada mereka. Dua belas rasul serta dua belas hakim itu semuanya mewakili dua puluh empat tua-tua sidang dalaman, dan dua puluh empat imam besar dari divisi Bait Suci juga mempunyai simbolisme ini. Perhatikan karya-karya Kota Tuhan (No. 180) dan Simson dan Para Hakim (No. 73).

 

Tahukah kamu berapa orang raja Israel dari Saul sehingga pembuangan negeri oleh orang Asyur?

 

A: Terdapat senarai raja-raja dalam Alkitab Companion pada Apendiks 50 namun kronologinya cukup salah. Raja-raja kerajaan gabungan Israel dan Yehuda merupakan Saul, Daud dan Salomo.

 

Yerobeam memerintah atas Israel sejak Divisi itu, sementara Rehabeam pula memerintah atas Yehuda. Dari masa itu, raja-raja Israel adalah: Nadab, Baesa, Ela, Zimri (7 hari), Omri, Ahab, Ahazia, Yoram, Yehu, Yoahas, Yoas, Yerobeam II, Zakharia, Salum (1 bulan), Menahem, Pekahya anak Menahem, Pekah anak Remalya, dan Hosea. Pada tahun 722 SM, kejatuhan Samaria kepada orang Asyur terjadi dan Israel telah ditawan. Jumlah: 22 raja Israel.

 

Persoalan ini melibatkan salah satu suku Israel. Suku-suku mempunyai bilangan tiga belas ketika dua suku separa Efraim dan Manasye dihitung berasingan namun apabila mereka dihitung sebagai satu suku tunggal mereka semuanya berjumlah dua belas. Dalam Kejadian 49 Efraim dan Manasye dihitung sebagai satu suku. Dalam Yehezkiel 48 dua suku separa Efraim dan Manasye ini dianggap sebagai dua suku berlainan, lantas menjadikan bilangan suku Israel tiga belas. Tanpa mengira bagaimana seseorang menghitung suku-suku itu, hakikatnya adalah Dan telah diabaikan di sini. Kenapakah Dan ditinggalkan dari 144,000 itu?

 

A: Hak pusaka ada dengan Yusuf kerana Ruben kehilangannya melalui percabulan dengan salah seorang isterinya. Lewi adalah keimamatan dan kerana itu menjadi suku ketiga belas, namun tidak mengambil bahagian dalam berkat-berkat fizikal Israel secara langsung tetapi sebaliknya melalui persepuluhan, yang diberikan kepadanya selaku keimamatan. Yusus, sebagai pemegang hak pusaka, mempunyai bahagian dua kali ganda menurut hukum. Ini mula-mula pergi kepada Efraim dan kemudiannya kepada Manasye. Lihat karya-karya Hukum dan Perintah Tuhan Kelima (No. 258) dan Hukum Tuhan (No. L1) serta siri Hukum secara amnya.

 

Dalam Bilangan 10 kita perhatikan susunan perang suku-suku Israel. Ini adalah Timur: Yehuda, Isakhar, dan Zebulon; Selatan: Ruben, Simeon, dan Gad; Barat: Efraim, Manasye dan Benyamin; Utara: Dan, Asyer, dan Naftali. Ini berbeza dari Yehezkiel 48, yang merupakan sistem dalam nubuatan ataupun milenium. Dalam sistem itu, Yusuf kembali kepada satu peruntukan tunggal dan Dan mengambil semula aturan mereka. Ruben pergi kepada Utara bersama Yehuda selaku anak sulung, dan ini kini adalah penerbalikan susunan perang suku-suku asal. Terdapat juga peruntukan kawasan-kawasan tanah berdasarkan suku-suku itu, yang tidak dibincangkan di sini. Tanah-tanah Israel akan meluas sampai ke Efrat.

 

Teks dalam Wahyu 7 merujuk kepada keimamatan untuk imam-imam dalaman Kristus yang terdiri dari 144,000 itu. Semua ini diambil keluar sebagai korban-korban hidup yang terdiri dari satu sidang 72 orang setiap tahun untuk tempoh empat puluh Jubli jemaat berada dalam gurun belantara. 72 x 2000 sama dengan 144,000. Ini dijelaskan dalam karya Tuaian-tuaian Tuhan, Korban-korban Bulan Baru dan Umat 144,000 (No. 120). Fungsi utama Lewi adalah sebagai imam, jadi mereka meneruskan tugas-tugas biasa mereka dan mengambil bahagian dalam keimamatan 144,000 itu.

 

Untuk mencapai ini, Dan yang mempunyai satu lagi janji hak pusaka besar untuk ditunaikan, menyerahkan sebahagian dari pusakanya seperti juga Efraim, dan mereka berkongsi dalam 12,000 Yusuf yang sentiasanya adalah suatu suku gabungan. Manasye mengambil 12,000 bahagiannya, dan ini cukup menarik. Dan kemudiannya mengambil hak pusakanya dan menjadi hakim dalam Israel seperti yang dijanjikan dalam Kejadian 49:16. Ini adalah tujuan ayat: “Aku menanti-nantikan keselamatan yang dari pada-Mu, ya TUHAN.” Hanya pada kedatangan semula itu sahaja barulah Dan menerima pusakanya sebagai Hakim dalam Israel. Ini adalah catatan Alkitab dan tidak dapat dibatalkan.

 

Dan kemudiannya mengambil tempatnya pada pintu gerbang Timur dalam sistem Yehezkiel bersama dengan Yusuf dan Benyamin, iaitu anak-anak Rahel. Ini adalah tempat kemasukan Mesias dan kerana itu adalah kerusi Penghakiman. Terdapat satu lagi poin di dalam janji-janji pusaka itu yang belum lagi digenapi, dan ini adalah pemanggilan umat ke Yerusalem. Hak pusaka itu diambil oleh Isakhar dan Zebulon (Ulangan 33:18-19). Lihat karya Memanggil Umat ke Yerusalem (No. 238). Tiada satupun dari tiga suku ini yang telah mengerjakan janji-janji hak pusaka ini setakat ini, dan catatan Alkitab tidak boleh dibatalkan. Firman Tuhan tidak kembali kosong atau tanpa apa-apa hasil.

 

Adakah Tuhan memberi sebarang petunjuk akan kriteria bagi susunan perang suku-suku itu (seperti mana dinyatakan dalam jawapanmu yang menyebut Bilangan 10) dan bagi susunan suku-suku itu pada pintu-pintu gerbang (disebutkan dalam Yehezkiel 48)? Lewi tidak termasuk dalam susunan perang itu (di mana Efraim dan Manasye dianggap sebagai anak-anak Israel) namun Lewi ada termasuk di dalam aturan pintu gerbang (di mana Efraim dan Manasye diwakili Yusuf)?

 

A: Lewi hadir di dalam aturan perang dalam Bilangan 10 dengan mengangkat Tabut Perjanjian serta Bait Suci, namun dipecahkan untuk tujuan-tujuan ini. Lihat karya Tabut Perjanjian (No. 196). Mereka memikul struktur fizikal dan dengan itu, merupakan suatu mazhab imam-imam yang dikhususkan untuk tujuan itu.

 

Kita adalah Bait Suci Tuhan sekarang ini dan kita adalah [Pembawa] Firman Tuhan. Kita adalah Tabut Perjanjian itu dan itulah sebabnya kenapa Yeremia telah disuruh untuk menyembunyikannya di tempat dia sembunyikannya. Jika mereka menjumpainya semula di mana ia disembunyikan, kita akan perlu mengutus satu pasukan untuk menguburkannya sekali lagi. Terdapat satu mazhab baru imam-imam menurut mazhab Melkisedek, dan yang termasuk Lewi yang membayar persepuluhan-persepuluhan dalam keturunan Abraham kepada Melkisedek, dan kerana itu adalah satu keimamatan lebih rendah. Maka, Lewi adalah satu daripada keimamatan bagi sistem Milenium itu dan dengan itu muncul dalam aturan pintu gerbang seperti mana rasul-rasul dua belas suku ada pada setiap satu. Lihat juga karya-karya Melkisedek (No. 128); dan Firman Tuhan (No. 184). Susunan pintu gerbang ini dalam Yehezkiel memberitahu kamu tentang susunan pintu gerbang Kota Tuhan. Oleh itu, kita juga mendapat petunjuk akan dasar-dasar para rasul atas suku-suku dari penempatan serta penyebaran mereka. Ini adalah satu hal lain. Lihat karya Kota Tuhan (No. 180).

 

Ianya juga pandangan kami bahawa pengaturan suku-suku dalam Gerbang-gerbang itu menggambarkan susunan Perbarisan. Seperti yang kamu sedia maklum, Mesias sentiasa masuk melalui pintu gerbang timur dan itulah sebabnya kenapa ia ditutup bata pada waktu ini dalam tembok pada Gunung Bait di Yerusalem. Saksi-saksi berkenaan mungkin akan memecahkan gerbang itu apabila mereka sampai, demi persediaan untuk atau pada ketibaan Mesias, apabila Bukit Zaitun terbelah dan Kebangkitan Pertama berlaku. Lihat karya Saksi-saksi (No. 135). Oleh kerana Dan adalah hakim, ia juga berada di pintu gerbang Timur bersama dengan suku-suku pusaka, namun Dan memimpin anak-anak Rahel, iaitu suku pusaka Yusuf (iaitu Efraim, Manasye serta anak perjanjian, Benyamin). Maka, Dan menjadi yang pertama dan bukan yang terakhir. Yehuda adalah pasukan belakang dan bukannya Dan, kerana Mesias adalah perlindungan di belakang kita. Ini akan berlaku juga semasa Milenium. Telah dituliskan: Manasye memakan Efraim, dan Efraim memakan Manasye (iaitu takat di mana kita berada sekarang ini), dan bersama-sama mereka melawan Yehuda. Sekali lagi, Alkitab tidak mungkin dibatalkan. Lihat juga karya Rahel dan Hukum (No. 281). Ini mungkin juga memberi petunjuk tentang perpindahan hak pusaka dari barat ke timur.

 

Tiga suku juga diberikan warisan atas Yordan, iaitu setengah Manasye, Ruben dan Gad serta beberapa Efraim dan Dan juga menyertai mereka di Gilead. Dan juga berpecah kepada dua dalam penjajahan itu. Israel dan Asyur akan keluar dari Eropah di utara, sambil berpegangan tangan, untuk menduduki semula Timur Tengah juga. Kita berpindah ke Eropah pada abad kedua TM apabila Empayar Parthian jatuh dan menyertai perikatan Israel-Het-Phoenicia yang lainnya di Britain dan Eropah Barat dalam abad keempat. Kumpulan pemberontak Bar Kochba Yehuda telah pergi ke Amerika setelah kegagalan pemberontakan dalam abad kedua. Lihat karya Peperangan Unitarian/Trinitarian (No. 268).

 

Karya Allen Tongkat Yehuda dan Pusaka Yusuf salah mengenalpasti gerakan-gerakan suku dan meremeh-temehkan isu itu. US and BC in Prophecy, yang diterbitkan oleh Jemaat Tuhan Sedunia (Worldwide Church of God), sekadar memperkukuhkan lagi kesilapan-kesilapan sejarah tersebut dengan menciplak karya Allen. Gerakan dari Eropah akan berlaku selepas perang-perang sangkakala Kelima dan Keenam. Perang-perang akhir raja-raja Utara dan Selatan sudah hampir bermula. Lihat juga Tujuh Meterai (No. 140) dan Tujuh Sangkakala (No. 141). Gerakan tersebut akan bermula dengan pembanjiran Netherlands serta negara-negara aras rendah pada masa depan yang tidak begitu lama lagi (lihat karya Pemanasan Global dan Nubuatan Alkitab (No. 218).

 

Ini adalah merujuk kepada peruntukan 24 tua-tua itu. Saya sedari adanya 4 kerubim di sekeliling takhta Tuhan. Bagi saya ini membentuk 4 kuadran atau kawasan-kawasan tanggungjawab; dari situ saya bahagikan 24 dengan 4 dan mendapati 6 tua-tua yang diberi tanggungjawab di bawah setiap kerub. Divisi tersebut mungkin berterusan dengan 12 para hakim itu serta 12 para rasul di mana setiap satunya dibagikan tanggungjawab di bawah seorang kerub, dengan 3 hakim dan 3 rasul untuk setiap kuadran. Adakah ini betul?

 

A: Ya, ideamu betul. Israel dibahagikan sebagai dua divisi kepada satu suku. Terdapat tiga suku kepada satu kuadran. Zodiak merupakan korupsi divisi-divisi kerajaan yang digambarkan suku-suku itu.

 

Kuadran Timur, dan pertama, di bawah Singa itu iaitu dari Yehuda adalah: Yehuda, Isakhar dan Zebulon. Mereka adalah yang pertama dalam aturan perbarisan itu. Kedua adalah sistem Selatan, atau manusia, yang terdiri dari Ruben, Simeon dan Gad. Ketiga adalah sistem Barat, atau berkepala Lembu, iaitu Efraim, Manasye dan Benyamin. Keempat, atau terakhir, adalah sistem Utara atau Burung Nasar/Helang, yang juga digambarkan oleh Kala Jengking dan mempertimbang dalam pengadilan. Suku-suku ini adalah Dan, Asyer dan Naftali.

 

Mereka ini adalah pasukan belakang Israel, maka adanya gambaran sengat di ekor dan juga simbol perjalanan ular. Khemah-khemah Suci serta keimamatan berjalan di antara Kuadran Pertama dan Kedua. Posisi Tabut Perjanjian diperiksa dalam karya Tabut Perjanjian (No. 196). Lihat juga karya-karya Maksud Penglihatan Yehezkiel (No. 108); Kerajaan Tuhan (No. 174). Struktur ini akan menjadi Kota Tuhan. Lihat karya Kota Tuhan (No. 180).

 

Musa

 

Dalam ayat ini (Keluaran 32:19) ia menyatakan bahawa Musa telah memecahkan 2 tablet (loh) itu. Kemudian dia naik semula agar ia dituliskan semula. Adakah ini mempunyai apa-apa maksud signifikan? Adakah maksud selebihnya selain hal Musa menjadi marah?

 

A: Ya, ini besar signifikannya. Simbolismenya adalah bahawa Israel akan melanggar hukum itu dan menjadi tidak mampu untuk memeliharanya dalam keadaan berdosa, kerana terpisah dari Tuhan. Kali kedua mewakili Musa yang baru yang datang sebagai Yesus Kristus, yang akan menaiki Gunung Tuhan dan kembali dengan Roh Kudus, yang akan menguncikan hukum Tuhan dalam semua hati kita.

 

Itulah sebabnya kenapa, apabila Kristus naik ke takhta Tuhan pada [Hari Raya] Unjukan Berkas pada jam 9 pagi berikutan kebangkitannya, dia kembali hari itu juga dan menghembuskan Roh Kudus pada murid-muridnya dan mengatakan, “Terimalah Roh Kudus” (Yohanes 20:22).

 

Bolehkah kamu tolong terangkan jika isteri Musa serta 2 anaknya telah pergi bersama Musa ketika dia kembali ke Mesir untuk memimpin umat Tuhan ke arah kemerdekaan? Keluaran 4:20 nampaknya menunjukkan bahawa mereka ada bersama pada sebahagian perjalanannya; namun, Keluaran 18:1-5 menunjukkan bahawa Yitro telah membawa isteri Musa serta anak-anaknya.

 

A: Zipora telah pergi ke Mesir bersama Musa dan dua anak lelaki mereka seperti yang kita lihat dalam Keluaran 4. Dia nampaknya telah cuba menghalang penyunatan Eliezer dan hampir menyebabkan dia terbunuh kerana hal itu. Dia kemudiannya telah melakukannya sendiri untuk menyelamatkan nyawanya dan menuduh Musa kerana itu. Penggunaan bahasa dalam teks-teks ini adalah berbentuk akusatif/menuduh. Dia sendirinya adalah keturunan Abraham, melalui anak-anak Ketura, dan sepatutnya tahu tentang hal ini.

 

Keluaran 18:2 mengatakan bahawa Musa telah menyuruhnya pulang. Mungkin pada waktu inilah dalam Keluaran 4:26 apabila dia menyuruhnya pulang kepada bapanya Yitro dari tempat bermalam itu, dan kerana itu dia tidak sampai ke Mesir. Perjumpaan Harun dan Musa dalam ayat seterusnya (Keluaran 4:27) tidak menyebut tentang dia ataupun anak-anaknya. Tiada lagi selain kekuatan rohani tanpa ragu-ragu yang akan dapat membawa Israel keluar dari Keluaran ini dengan fikiran mereka tertumpu pada Tuhan.

 

Dalam Keluaran 14 ia mengatakan tentang bala tentera Firaun. Siapakah mereka ini dan adakah mereka mempunya maksud simbolik?

 

A: Seluruh kisah Musa dan Keluaran itu adalah berkenaan bangsa itu, dan juga angkatan syurgawi derhaka yang ia sembah dan melalui siapa ia diperintah. Signifikan hal ini diliputi dalam karya mengenai Keluaran yang dipanggil Musa dan Dewa-dewa Mesir (No. 105).

 

Seluruh struktur Alkitab adalah berbentuk kiasan atau alegori, serta perumpamaan-perumpamaan berkenaan struktur Rencana Keselamatan. Kamu juga pasti menyukai karya Pentakosta di Sinai (No. 115), yang membawa kisah Keluaran itu ke Sinai serta pemberian Hukum Taurat itu. Karya seterusnya dalam aspek itu adalah Anak Lembu Emas (No. 222). Dengan itu, kita mempunyai kedua-dua angkatan fizikal dan angkatan rohani, yang Tuhan bereskan melalui Kristus. Lihat juga pada karya Pra-Kewujudan Yesus Kristus (No. 243).

 

Saya perlukan sedikit maklumat tentang pembelahan Laut Merah itu. Saya pernah melihat sesuatu yang menyatakan adanya penjelasan saintifik untuk hal ini. Sebarang rujukan alkitab adalah penting sekali untuk apa yang sedang saya carikan.

 

A: Sudah begitu lama para saintis serta orang ramai secara umumnya telah cuba menjelaskan keajaiban Israel dan Keluaran itu dalam penyeberangan Laut Merah. Ada jurubahasa yang cuba membuatkannya membaca Laut Buluh dan meletakkannya sebagai satu kawasan paya dalam kawasan terusan itu. Orang Israel dikatakan menyeberang atas kawasan paya laut buluh itu dan kereta-kereta kuda orang Mesir telah tenggelam. Namun begitu, itu bukanlah apa yang Alkitab katakan telah berlaku.

 

Terdapat satu lagi versi yang meletakkan Pi ha Hiroth pada Teluk Aqaba. Telah ditegaskan bahawa ruang-ruang dalam gunung-gunung bersebelahan telah membolehkan banjir itu menyapu ke bawah jumlah tanah yang banyak dan bahawa terdapat satu jambatan di bawah air, beberapa ratus kaki di bawah. Oleh itu, laut itu telah menimbun pada tepi-tepi jambatan bawah air itu dan orang Israel menyeberang ke Midian berdekatan Jebel el Laws dalam Saudi Arabia. Nama ini bermakna, “Gunung Hukum” dalam bahasa Arab. Terdapat satu video yang dikatakan telah dibuat pada tapak ini. Kita tiada bukti akan kesahihannya. Apabila kami dapat menghantar satu pasukan ke sana, kami akan mencari tempat lintasan itu.

 

Pada hari apakah dalam bulan pertama Israel telah memulakan perjalanan tujuh harinya mengelilingi tembok-tembok Yerikho?

 

A: Israel, di bawah Yosua, menyeberang ke dalam Tanah Perjanjian pada hari kesepuluh bulan Pertama, dan telah dikhususkan kepada Tuhan dalam persunatan pada hari itu. Mereka berhenti empat hari dan pada hari Keempat belas bulan Pertama, mereka menyembelih Paskah dan memakan gandum lama Kanaan pada Hari Kudus Roti Tidak Beragi Pertama (Yosua 5:11). Tindakan ini membolehkan Rahab diambil kira melalui benang merah pada jendelanya, dan keselamatan sekali lagi telah dilanjutkan kepada orang asing sebagai sebahagian dari Israel.

 

Yosua 5:13 mengatakan bahawa “Ketika Yosua dekat Yerikho, ia melayangkan pandangnya, dilihatnya seorang laki-laki berdiri di depannya dengan pedang terhunus di tangannya.”

 

Ini dipercayai berlaku antara hari ke 15 dan hari ke 21 bulan Pertama. Kita boleh andaikan bahawa mereka telah memelihara hari ke 15 sebagai hari suci seperti yang diperintahkan. Kita boleh membuat satu dari dua kesimpulan. Perintah Kristus selamu Panglima Bala Tentera Tuhan telah datang kepadanya ketika dia dekat Yerikho. Kita boleh andaikan bahawa cerita ini adalah bergabung dan bahawa dia telah berbicara dengan Kristus pada hari ke 14, dan bahawa aktiviti-aktiviti angkatan itu telah bermula dari 15 Nisan dan berlangsung selama tujuh hari. Hari-hari Bertujuh itu adalah Hari-hari Suci, dan tembok-tembok itu roboh dan anak-anak Israel masuk pada Hari Suci terakhir Roti Tidak Beragi. Ini mempunyai merit di mana simbolisme perayaan Roti Tidak Beragi adalah untuk menyingkirkan dosa, sebagai dendam dan kejahatan, dari antara kita. Kejatuhan Yerikho dilambangkan oleh aktiviti ini. Masalahnya dengan hal ini adalah bahawa aktiviti utama pertempuran ini berlangsung pada Hari Suci.

 

Kita mungkin dapat simpulkan bahawa ini telah dilakukan untuk menunjukkan bahawa kemenangan bani itu telah dibolehkan oleh kelakuan Israel yang betul sebagai Jemaat yang memelihara perayaan-perayaan Tuhan. Dari segi ini, kes ini mempunyai merit. Dalam pandangan yang satu lagi, kita boleh katakan bahawa cerita ini sedang berterusan; bahawa peristiwa-peristiwa yang berlaku sepanjang Perayaan itu dan aktiviti-aktiviti hari Terakhir berlangsung pada hari selepas Hari Suci. Dalam segi ini, kita mengatasi bantahan itu namun kita kehilangan kuasa penuh simbolisme Pertempuran tersebut serta tujuan perayaan Roti Tidak Beragi.

 

Cerita ini terkandung dalam karya Kejatuhan Yerikho (No. 142) namun aspek ini tidak begitu dikembangkan di situ. Tujuh hari itu mungkin sekali adalah tujuh hari Roti Tidak Beragi dari 15 hingga 21 Abib. Pertempuran serta kemenangan itu berlangsung pada hujung Perayaan itu. Hasil akhirnya adalah bahawa hari pertama adalah 15 Abib, namun ia mungkin 16 Abib. Ianya tidak diambil kira sebagai berlaku selepas hari ke 21, kerana simbolisme penuh Abib akan hilang.

 

Kristus mungkin muncul kepada Yosua sebagai prototaip pada 14 Abib.

 

Kejatuhan Yerikho kedengaran sedikit seperti kitab Wahyu dengan perbarisan mengelilingi kota itu selama tujuh hari, dan mengelilinginya sebanyak tujuh kali pada hari ketujuh. Adakah ini satu kebetulan, atau adakah kaitannya di sini?

 

A: Tindakan-tindakan Perjanjian Lama merupakan satu gambaran Perjanjian Baru serta Jemaat. Seluruh cerita empat puluh tahun dalam padang gurun serta penaklukan Tanah Perjanjian itu adalah satu gambaran empat puluh Jubli dalam padang gurun jemaat.

 

Kristus menemui Yosua, anak kepada Nun dari Efraim, di padang Yerikho sebagai panglima Bala Tentera Tuhan, dan dia akan kembali semula kepada Israel untuk menyelamatkan mereka serta menempatkan mereka semula di dalam pusaka mereka. Karya Kejatuhan Yerikho (No. 142) membincangkan kesamaan-kesamaan yang kamu katakan.

Adakah sebarang signifikan kepada tali merah yang Rahab telah disuruh untuk meletakkan pada jendela rumahnya agar tentera Israel tidak membunuh dia ataupun keluarganya. Adakah ini konsep yang sama dengan darah yang disapu pada tiang pintu rumah-rumah orang Israel pada Paskah pertama?

 

A: Ya, namun tidak ramai orang yang membuat kaitan tersebut. Kalaulah Yehuda memahami hal itu, maka mereka semua akan diinsafkan. Itulah sebabnya kenapa kita memelihara Perjamuan Suci pada 14 Abib dan Malam Berjaga-jaga pada 15 Abib. Itulah sebabnya kenapa benda pertama yang dibuang oleh kumpulan pagan dari Jemaat adalah Paskah, dan menggantikannya dengan Easter dengan mempergunakan biskop-biskop dalam Rom dari Anicetus dalam tahun 152 hingga Victor dalam tahun 190-192. Sebaik saja mereka melakukan itu, Jemaat di Rom telah diputuskan dari Kristus dan yang selebihnya menjadi mudah. Lihat karya Pertikaian-pertikaian Quartodeciman (No. 277) dan juga karya-karya Perjamuan Suci (No. 103), Paskah (No. 98) dan Pengudusan Bait Suci Tuhan (No. 241).

 

Patung & Berhala

 

Nampaknya terdapat kontradiksi di dalam kisah patung atau patung-patung emas yang sama ada dibuat atau dibenarkan dibuat oleh Harun ketika Musa berada di atas Gunung itu. Setelah siap anak atau anak-anak lembu tuangan itu, dia berkata pada Keluaran 32:4 “Hai Israel, inilah tuhan-tuhanmu, yang telah menuntun engkau keluar dari tanah Mesir.” Kemudian Nehemia 9:18 mengatakan bahawa mereka membuat anak lembu tuangan untuk diri mereka, lantas menunjukkan satu patung tunggal. Bolehkah kamu tolong jelaskan perbezaannya?

 

A: Ya, ini satu lagi kontradiksi di dalam Alkitab, yang memberi satu pengajaran. Harun dicatatkan sebagai berkata: “Ini adalah tuhan-tuhanmu, wahai Israel” dan Nehemia mengatakan bahawa Harun telah mengatakan, “Ini adalah tuhanmu, wahai Israel.” Harun sedang berbicara tentang anting-anting yang telah digunakan di dalam pembuatan tersebut, yang sendirinya merupakan azimat-azimat yang telah dikumpulkan, dan dari mana anak lembu itu dibuat.

 

Rujukan Nehemia adalah dalam bentuk singular/tunggal untuk menggambarkan ianya hanya satu patung berhala saja yang diperbuat dari banyak azimat berlainan. Anak lembu itu dibiarkan dibuat kerana ia berguna sebagai satu pengajaran dan menyingkirkan para penyembah berhala dari kalangan para imam. Azimat-azimat juga telah disingkirkan dari bangsa ini. Tujuan keberhalaan di sebalik perlindungan-perlindungan untuk lubang-lubang kepala ini dijelaskan dalam karya Asal-usul Pemakaian Anting-anting dan Barangan Perhiasan Pada Zaman Dahulukala (No. 197). Cerita Anak Lembu ini serta teologi di sebaliknya ditemui dalam karya Anak Lembu Emas (No. 222).

 

Dalam pembacaan lanjut tentang kisah Israel membuat patung berhala ketika Musa tiada, saya tertanya-tanya kenapa mereka memilih untuk membuat anak lembu dan bukannya singa atau beruang atau binatang lain. Adakah apa-apa sebab tertentu kenapa mereka memilih untuk membuat anak lembu?

 

A: Anak lembu adalah simbol dewa bulan, Sin. Tanduk-tanduknya, yang dilambangkan oleh bulan sabit, juga dikaitkan dengan jari Ashirat, iaitu satu nama lagi bagi tuhan yang dikaitkan dengan aspek-aspek feminin, sebagai Istar. Tanduk-tanduk dalam Mesir juga dikaitkan dengan Hathor yang merupakan simbol kesuburan sebagai seorang perempuan mengandung yang bertanduk. Sebagai ibu dewi, dia juga dikaitkan dengan Isis dan juga Nut. Isis adalah pasangan Osiris dan ibu kekasih Horus, sama seperti Easter (atau Istar atau Ashtoreth) dalam sistem Baal-Easter. Mereka semuanya sebahagian dari kultus-kultus matahari rahsia.

 

Trinitas terbit dari sistem ini sebagai Tuhan Triune dan muncul dalam Mesir sebagai Osiris, Isis dan Horus; dalam Palestin sebagai Baal, Ashtoreth (Asytoret) dan bintang Fajar sebagai elemen ketiga; dan dalam Rom ianya Jupiter, Juno, dan Minerva yang merupakan perawan Kehamilan Suci. Elemen-elemen ini telah dipindahkan ke dalam Kekristianan secara keseluruhannya setibanya abad-abad kelima dan keenam. Istilah “Easter” datang dari “Istar,” begitu juga “Ostar” atau “Ostara.”

 

Minotaur bagi orang Crete (Cretan) adalah sama seperti dewa Chemosh (Kamos) dan Milcom (Milkom) bagi orang Moab dan Amon. Korban-korban manusia dipersembahkan kepada tuhan itu dan kadangkala dimasak hidup-hidup di dalamnya. Ini adalah asal-usul adat mempersembahkan anak-anak sebagai korban dalam api kepada Molokh. Anak Lembu Emas ini telah disembah di kalangan orang Celt Irish sehingga abad ke 5 dan kanibalisme dicatatkan berlaku di kalangan orang Scots di Perancis sewaktu abad yang sama. Butir-butirnya terdapat dalam karya-karya Anak Lembu Emas (No. 222) dan Asal-usul Krismas dan Easter (No. 235).

 

Saya dengar bahawa penggunaan gambar/patung dibenarkan berdasarkan Yohanes 3:14 “Dan sama seperti Musa meninggikan ular di padang gurun, demikian juga Anak Manusia harus ditinggikan.” Pertimbangannya adalah bahawa Kristus telah menyetujui pembuatan serta pemujaan ular tembaga itu, dengan apa orang Israel telah disembuhkan dalam padang gurun. Saya tahu Kristus pastinya tidak akan menyokong penyembahan patung namun apakah pemahaman sebenar teks itu?

 

A: Musa telah menggunakan ular tembaga itu sebagai satu simbol kepada Israel bahawa mereka berkuasa atas ular-ular itu dan ianya bertindak sebagai sokongan psikologikal untuk mereka yang telah dipatuk ular (rujuk Bilangan 21:9). Tiada seorangpun yang berdoa kepadanya atau menyembahnya. Musa sedang menangani masalah bagaimana untuk membimbing umat tidak terpelajar itu kepada satu takat di mana Tuhan dapat bekerja dengan mereka. Ianya juga satu nubuatan yang merujuk kembali kepada posisi dalam Kejadian di mana keturunan perempuan itu akan meremukkan kepala ular itu sementara ular itu akan meremukkan tumitnya. Ini merujuk kepada pertempuran antara Kristus, selaku kepala Israel dan Jemaat, dan Iblis. Ia menunjuk ke hadapan kepada penebusan manusia oleh Kristus yang ditinggikan yang mati untuk dosa-dosa kita. Karya-karya ini adalah relevan: Musa dan Dewa-dewa Mesir (No. 105); Pentakosta di Sinai (No. 115) dan Salib: Asal-Usul dan Maksudnya (No. 39).

 

Yosua

 

Saya sedang membuat satu laporan mengenai Yosua di dalam Alkitab. Saya mempunyai beberapa persoalan, namun kekurangan sumber. Saya perlukan bibliografi asas kehidupan Yosua dan bagaimana caranya dia bertindak. Bolehkah kamu tolong?

 

A: Kamu boleh dapati satu idea tentang kehidupan Yosua, serta simbolisme tentang apa yang telah dia lakukan serta sekitarannya, dengan melihat pada lima karya yang memberi latar belakang kepada Keluaran serta signifikan apa yang telah dilakukannya: Paskah (No. 98); Musa dan Dewa-dewa Mesir (No. 105); Pentakosta di Sinai (No. 115); Anak Lembu Emas (No. 222); dan Kejatuhan Kota Yerikho (No. 142).

 

Dia adalah anak lelaki Nun dari suku Efraim. Konsep namanya di sini bermakna, “Keselamatan dari Tuhan (Yahoshua) datangnya melalui Ketahanan (Nun).” Nama-nama ini adalah nama-nama Mesias. “Yesus” adalah perkataan (bahasa Inggeris) yang berasal dari bentuk penulisan bahasa Yunani bagi “Yosua.” Terjemahan sebenarnya dalam bahasa Inggeris adalah Yosua (lihat karya Yosua, Mesias, Anak Tuhan (No. 134)).

 

Dia seorang muda semasa di Mesir, yang keluar bersama dengan Musa. Dia adalah salah seorang dari dua belas pengintip dan hanya dia seorang saja dari dua belas ini, bersama dengan Kaleb dari Yehuda, yang telah memasuki Tanah Perjanjian itu. Dia naik menjadi pemimpin perang Israel dan telah dipilih sebagai Hakim Israel untuk memasuki Tanah Perjanjian itu. Dia telah menawan Yerikho dan kemudiannya kota-kota yang disebutkan dalam teks Alkitab selanjutnya. Dia hidup hingga 110 tahun umurnya. Dia telah dikuburkan dalam pusakanya pada sebelah Utara bukit Gaash pada sempadan tanah pusakanya, iaitu kota Timnat-Serah di Gunung Efraim. Karya Septuagint menambah kepada Yosua 24:30 bahawa mereka telah menguburkan bersamanya pisau-pisau batu yang telah digunakannya untuk menyunat Israel di Gilgal.

 

Perhatikan Kitab Yosua untuk melihat butir-butir tentang penaklukan tersebut serta kehidupannya kerana itu adalah kisah paling komprehensif sekali. Kamu akan menemui sketsa-sketsa kehidupannya di dalam kamus-kamus Alkitab di perpustakaanmu. Kamus Interpreters Dictionary of the Bible adalah sebuah jilid yang baik dan begitu juga dengan ISBE.

 

Saya sedang membaca buku Yosua dan mendapati beberapa perkara menarik. Satu daripadanya adalah, apabila dia membawa bangsa itu menyeberangi Yordan untuk masuk ke tanah yang dijanjikan Tuhan untuk mereka, dia telah menyuruh seorang imam melangkah masuk ke Yordan dan ia terbelah sama seperti laut merah itu dan umat itu telah menyeberang atas tanah kering. Adakah ini satu gambaran awal tentang pembaptisan? Juga, mereka harus menyunat semula kaum lelaki kerana mereka telah mengembara di padang gurun selama empat puluh tahun. Mengapakah mereka tidak disunat lapan hari selepas lahir? Yosua telah diperintahkan untuk mengambil 12 batu dan membuat satu peringatan. Adakah 12 batu itu mewakili 12 rasul itu?

 

A: Yosua adalah teks yang menarik. Simbolisme memasuki tanah perjanjian itu adalah seperti dengan Israel dalam Keluaran itu. Paskah telah membawa mereka keluar dari Mesir. Ini adalah suatu taip Kristus, yang merupakan Anak Domba Paskah. Mereka sepatutnya telah masuk ke dalam tanah perjanjian itu apabila kumpulan dua belas orang itu telah diutus untuk mengintip negeri tersebut namun hanya dua orang saja, iaitu Yosua dan Kaleb, yang cukup berdedikasi. Mereka berdua ini melambangkan Israel dan Yehuda.

 

Mereka kemudiannya terpaksa menghabiskan waktu empat puluh tahun dalam padang gurun sebelum mereka dibenarkan masuk. Ini adalah sama seperti tempoh Empat Puluh Jubli yang dihabiskan Jemaat dalam padang gurun. Mereka tidak disunat agar ada perbezaan antara generasi lama, yang menolak pusaka mereka, dengan mereka yang bukan sebahagian dari keputusan itu dan dilahirkan dalam padang gurun. Kumpulan itu mewakili Jemaat.

 

Jemaat harus bersedia sekali lagi untuk kedatangan Mesias, dan begitu juga Israel. Imam yang berdiri di dalam Yordan adalah melambangkan pembaptisan. Orang-orang ini telah dipimpin melalui Yordan dan kemudian disunat ke dalam Israel dan Perjanjian tersebut. Penyunatan di sini mewakili pembuangan dosa dari bangsa bukan Ibrani dan dari bangsa Israel. Terdapat dua belas batu yang ditinggalkan di bahagian tengah sungai tersebut. Ini merupakan penanda sempadan serta divisi Israel dan dunia. Dua belas batu juga telah diambil sebagai mezbah di Gilgal.

 

Oleh itu, terdapat dua lot bilangan dua belas sebagai dua puluh empat batu. Ini dalam dua divisi mewakili dua aspek keimamatan serta para rasul dan hakim. Simbolisme tentang apa yang berlaku di situ serta kaitannya kepada Rencana Keselamatan dan Kedatangan Semula Mesias dijelaskan dalam karya Kejatuhan Kota Yerikho (No. 142).

 

Apakah maksudnya 2 orang pengintip yang bersembunyi di kawasan bukit selama 3 hari itu (Yosua 2:1-24)? Terdapat banyak rujukan kepada 3 hari, contohnya tanda Yunus, dan sebagainya.

 

A: Ini adalah satu lagi contoh konsep dua saksi. Kita melihatnya dengan Yohanes dan Mesias, dan kita akan melihatnya lagi apabila kedua saksi itu sampai. Dua pengintip itu berperanan sebagai saksi-saksi terhadap tamadun kepada mana mereka diutus untuk mengintip. Dalam zaman akhir, dua saksi itu akan berdiri selama 1,260 hari dan kemudiannya mereka akan dibunuh oleh sistem-sistem dunia. Mereka akan terbiar di jalanan selama 3 ½ hari dan kemudiannya dibangkitkan. Lihat karya-karya Kejatuhan Kota Yerikho (No. 142) dan Saksi-saksi (No. 135).

Hakim-hakim

 

Apakah maksud petikan ini (Hakim-hakim 9:7-21) berbanding 4 jenis pohon yang berlainan serta komponen-komponen lain teks ini?

 

A: Pohon-pohon Hakim-hakim 9:7-21 mewakili pohon-pohon kuasa Israel serta sistem palsu keempat Antikristus yang dibenarkan memerintah atasnya, dan yang akhirnya membinasakannya.

 

Pohon-pohon bergerak mara, dalam ertikata tegas dalam bahasa Ibrani, dengan kesungguhan terhadap matlamat. (rujuk Companion Bible, nota samping kepada ayat 8). Yang pertama adalah zaitun, yang mewakili keistimewaan-keistimewaan serta kekuasaan agama Israel (rujuk Roma 11 dan Zakharia 4 berkenaan pohon zaitun). Pohon-pohon Zaitun adalah kuasa kesaksian bangsa Israel. Dengan minyaknya, bangsa itu memberi hormat kepada Tuhan. Dalam kata lain, kuasa kesaksiannya telah digunakan bagi memuliakan Tuhan. Namun roh, yang mewakili pohon-pohon itu, mengkehendakinya menyertai dalam suatu sistem pengagungan diri yang palsu.

 

Mereka bertanya pada pohon  ara, yang merupakan simbol keistimewaan-keistimewaan kebangsaan Israel (Matius 21:19-20; Markus 11:13, 20, 21; Lukas 13:6-9). Ini adalah janji hak lahirnya. Pohon ara berpegang pada hak lahirnya walaupun di bawah cubaan bani syurgawi derhaka itu, yang ingin mencubanya demi mengalahkan janji hak lahirnya.

 

Pohon anggur merupakan keistimewaan rohani Israel. Kerana taman anggur Tuhan adalah seluruh keluarga Israel (rujuk Yesaya bab 5 dan Yohanes bab 15). Kata “meninggalkan” dalam ayat 13 adalah “meninggalkan” dalam ayat 11, dan konsepnya adalah tentang meninggalkan kuasa Roh Kudus melalui pencubaan bani derhaka ini serta sistem palsunya. Anggur di sini adalah “tirosh” atau “anggur baru” yang menyenangkan kedua Tuhan dan manusia. Ini merupakan wain Perjamuan Suci serta Paskah orang-orang kudus Tuhan.

 

Semak duri merupakan pohon bagi sistem Antikristus yang palsu serta sistem ibadah palsu itu, yang membaham Israel melalui bani derhaka itu serta Misteri Babilon dan kultus-kultus matahari. Ini dilihat sebagai membaham bangsa palsu itu yang di bawah sistem Antikristus. Ini juga dapat dilihat dari konsep cerita Gideon. Lihat karya Bala Tentera Gideon dan Zaman Akhir (No. 22).

 

Dalam Hakim-hakim 19 kita membaca tentang satu situasi di mana seorang Lewi mempunyai seorang gundik yang telah pergi selama 4 bulan dan dia menyusulinya untuk berdamai dengannya setelah gundiknya berkelakuan serong terhadapnya. Ianya serupa seperti semasa zaman Lot. Perempuan tersebut telah diperkosa hingga mati oleh anak-anak Belial, kemudian orang Lewi itu telah memotong-motong mayatnya dan mengirimkan 12 potongan itu ke seluruh daerah Israel. Adakah simbolisme di sini untuk kita hari ini dan kenapakah mereka tidak teragak-agak untuk menyerahkan perempuan kepada orang-orang ini sebagaimana juga Lot sedia menyerahkan anak-anak perempuannya?

 

A: Ya, terdapat kesejajaran-kesejajaran jelas dalam cerita ini. Mudah untuk terpengaruh membuat kesimpulan bahawa simbolisme orang Lewi ini adalah mengenai Kristus, selaku elohim Israel. Gundik dari Betlehem-Yehuda (seorang perempuan Yahudi dari suku Mesias) yang tidak setia itu adalah Israel yang telah diambil masuk dan bertaubat sebagai jemaat. Betlehem-Yehuda juga merupakan orang bangsa lain dalam Tamar dan Rut.

 

Terdapat dua tempoh yang masing-masingnya ada empat bulan penuh, iaitu dua lot 120 hari nubuatan. Ini dibenarkan berlaku agar mesej kepada suku-suku akan difahami. Suku Benyamin adalah yang paling bongsu dan “anak perjanjian.” Saul juga dari Gibea. Suku itu hampir pupus dan kemudiannya dibenarkan dibangunkan semula dengan perampasan anak-anak perempuan suku-suku.

 

Jemaat telah dikasari dan dibunuh oleh anak-anak Israel. Israel mengambil keputusan untuk menghukum Benyamin, namun kehilangan 40,000 orang dalam masa dua hari. Namun Benyamin telah dihapuskan melainkan 600 orang yang membentuk nukleus suku yang baru. Mesej sebenarnya di sini adalah bahawa Israel membayar harganya kerana pelayanan mereka terhadap Jemaat dan anak-anak perjanjian itu juga telah dihapuskan dan kemudiannya dibangunkan semula dengan dibiayai semua orang.

 

Gideon

 

Bolehkah kamu jelaskan sama ada Gideon mempunyai 70 anak lelaki (Hakim-hakim 8:30) atau 72 kerana Abimelekh dan Yotam adalah anak-anaknya, dan tidak dihitungkan antara yang mati dalam Hakim-hakim 9:5? Apakah maknanya bilangan-bilangan serta sistem-sistem ini?

 

A: Ya, tujuh puluh orang itu mewakili para tua-tua Israel serta sidang Jemaat. Sanhedrin telah sentiasa disebutkan sebagai golongan tujuh puluh orang, namun lazimnya difahami sebagai tujuh puluh campur dua orang. Mereka mewakili Sidang Tuhan dan difahamkan mempunyai dua orang itu. Ini digambarkan oleh tujuh puluh orang itu bersama dengan Eldad dan Medad yang berada di luar perkhemahan di bawah Musa. Musa dan Harun juga menggambarkan posisi-posisi Kristus dan Tuhan atas tujuh puluh orang itu.

 

Posisi ini juga dilihat di dalam Sanhedrin sewaktu zaman Kristus, di mana golongan Tujuh puluh itu diseliakan oleh Imam Besar dan timbalannya (Hanas dan Kayafas pada waktu Kristus). Ini kemudiannya telah menjadi Nasi atau putera dan Imam Besar. Lukas 10:1, 17 menunjukkan bagaimana tujuh puluh orang itu telah dilantik oleh Kristus dan diutus keluar, namun teks itu dalam bahasa Yunani membaca “hebdomekonta” [duo] atau tujuh puluh [dua].

 

Gideon mewakili kisah jemaat pada zaman akhir. Perhatikan karya Bala Tentera Gideon dan Zaman Akhir (No. 22).

 

Simson

 

Benarkah kuasa Simson berpunca dari rambutnya, atau adakah dia hanya menganggap begitu?

 

A: Rambutnya merupakan simbol kuasa Roh Kudus. Sebelum Mesias, tahap paling hampir kepada orang kudus yang boleh dicapai adalah sebagai orang nazir yang telah mengangkat sumpah, dan rambut mereka tidak dipotong.

 

Selain dari itu, Tuhan menurunkan kuasanya pada individu-individu tertentu menurut pemilihan mereka sebagai para nabi atau raja, umpamanya Daud, atau golongan tua-tua Israel, dan para Hakim. Kini, semua orang mendekati Tuhan melalui Kristus dan diberikan Roh Kudus. Apa yang mereka lakukan dengannya menentukan kemasukan mereka ke dalam Kebangkitan Pertama.

 

Tuhan juga memanggil mereka yang dipilih dan ditentukan takdir olehNya. Mereka ini adalah golongan yang dipanggil dan dipilih dalam Roma 8:29-30, dan dengan itu mereka dibenarkan dan dimuliakan. Ramai yang dipanggil namun sedikit sahaja yang dipilih. Lihat karya Simson dan Para Hakim (No. 73) untuk penjelasan yang lebih menyeluruh tentang operasi Roh Kudus dalam kitar-kitar serta penjelasan beberapa perumpamaan penting.

 

Simson telah memberikan teka-teki kepada tiga puluh temannya (Hakim-hakim 14:12-14). Kemudiannya isteri Simson telah memberitahu mereka jawapannya, hinggakan dia menjadi marah dan pergi ke kota serta membunuh 30 orang dan mengambil pakaian-pakaian kebesaran mereka lalu memberikannya kepada teman-temannya itu. Soalan saya adalah ini: Adakah terdapat sebarang simbolisme kepada cerita ini?

 

A: Cerita ini menumpu kepada struktur sidang dalaman Tuhan dan juga kepada keselamatan bangsa lain. Sidang ini terdiri daripada tujuh puluh orang campur dua. Namun sidang dalaman ini terdiri daripada dua puluh empat panglima/komander atau penatua divisi yang diperuntuk kepada empat kerubim pelindung itu, dalam divisi-divisi serta struktur-struktur berdua kepada satu unit berdua belas seperti mana dengan imam-imam besar yang melambangkan mereka; dan kemudiannya ke dalam kuadran-kuadran berenam dalam tiga unit sebagaimana dengan suku-suku Israel yang dibahagikan kepada kuadran-kuadran bertiga yang membentukkan dua belas suku itu (lihat Bilangan 10).

 

Anak Domba serta Yang Lanjut Usia termasuk dalam sidang dalaman takhta seramai tiga puluh itu. Iblis juga disingkirkan dari sidang ini dan akan digantikan. Tiga puluh pakaian itu mewakili peruntukan Roh Kudus dalam kuasa serta peluang keselamatan yang sampai kepada bangsa-bangsa asing. Jika mereka telah pergi kepada Tuhan, Dia pastinya akan memberitahu mereka bahawa daripada bangkai singa keluarnya buah atau manisan Roh Kudus.

 

Kata “Essene” bermakna “Lebah” dan ini merupakan agama purba Asyur hinggalah zaman Kristus, dan terlihat di dalam imam-imam Celibate dari sistem Baal-Easter. Sebaliknya mereka membajak dengan lembu betina Simson dan dia membunuh mereka dan mengambil pakaian-pakaian mereka yang sedia ada. Ini adalah amaran kepada bani iblis setan juga. Lihat karya Simson dan Para Hakim (No. 73); Penghakiman Terhadap Para Iblis (No. 80); Daud dan Goliat (No. 126) dan Pinata (No. 276).

 

Rut

 

Dalam buku Rut, Boas mewakili Kristus dan Rut, Jemaat. Siapakah yang diwakili saudara Rut itu, yang tidak melaksanakan kewajipannya untuk mengahwini dia? Adakah Iblis atau seorang atau sesuatu yang lain?

 

A: Ia melambangkan Lewi dan Yehuda secara keseluruhannya kerana menghampakan bangsa asing disebabkan kebencian mereka terhadap orang asing, dan juga melambangkan Iblis serta Bani derhaka yang telah diberikan tanggungjawab atas bangsa asing namun telah gagal membawa mereka ke dalam Kerajaan Tuhan sebagai pengantin-pengantin.

 

Saudara lebih tua itu adalah Lewi dan Yehuda, serta Kerub Penjaga yang diurapi iaitu Lucifer. Lihat karya Rut (No. 27) dan perhatikan juga Lucifer: Pembawa Terang dan Bintang Fajar (No. 223) serta Domba dan Anak yang Hilang (No. 199).

 

1 Samuel

 

Boleh berikan komen tentang 1 Samuel 6. Sekali lagi saya dapati ia mengandungi nombor 5. Bagaimanakah orang Filistin mempunyai suatu konsep persembahan (tebusan) salah? Adakah sebarang signifikan berhubung kota-kota dan agama-agama mereka? Juga, adakah tabut itu dipulangkan sekitar waktu Pentakosta memandangkan mereka sedang menuai gandum?

 

A: Dalam teks ini dalam 1 Samuel 6 kita perhatikan Tabut itu mendapat gelaran keilahiannya sendiri sebagai “Tabut Yahovah (Tuhan).” Hukum Taurat dimasukkan dalam Tabut itu, kerana Hukum itu datangnya dari Yahovah Semesta Alam kepada seluruh Bani syurgawi melalui Roh Kudus.

 

Tabut itu telah dirampas setelah Perayaan-perayaan bulan Ketujuh dan berada dengan orang Filistin selama tujuh bulan. Ini adalah simbolismenya. Israel seharusnya hidup dengan hukum Tuhan dan memelihara Hukum itu sebagai Kudus, Sempurna, Benar dan Kebenaran yang Baik, yang juga adalah sifat Tuhan.

 

Tabut itu telah diberikan kepada orang asing dan mereka memilikinya namun tidak hidup menurut hukum-hukum Tuhan, dan kerana itu tulah-tulah atau sumpahan Mesir turun ke atas mereka. Dengan itu, mereka telah menarik borok-borok serta tikus, yang merupakan tulah-tulah Mesir. Mereka mendapat buasir, dalam kata lain, dan pastinya barah serta lain-lain, di samping tulah tikus itu.

 

Bagaimanapun, kita tahu bahawa lima kota Raja-raja Filistin semuanya telah ditimpa tulah-tulah tersebut dan mereka diberikan tempoh hingga Paskah, dan kemudiannya Paskah kedua yang dialami sewaktu perhitungan Omer itu serta tempoh lima puluh hari ke Pentakosta, iaitu Tuaian Gandum.

 

Oleh itu, orang Filistin telah diberikan peluang keselamatan. Mereka diperuntukkan lima bulan rahmat, dari Hari Besar Terakhir hingga Persediaan untuk Pengudusan Bait Suci dan Paskah, yang tidak dipelihara mereka dan kerana itu mereka dihakimi dan kutukan Ulangan 28 datang kepada mereka yang di bawah pengadilan ini. Lihat karya Berkat dan Kutukan (No. 75).

 

Mereka tidak bertaubat dan tidak mengambil Paskah Pertama itu, dan sesudah itu gagal dengan Paskah kedua, seperti yang diperuntukkan oleh Hukum. Lihat karya Hukum dan Perintah Tuhan Keempat (No. 256). Ini menunjuk kepada masa depan pada peluang yang akan diberikan kepada bangsa asing di mana Hukum Tuhan itu diperturunkan kepada mereka seperti mana orang Filistin ini telah diserahkan tanggungjawab atas Tabut itu.

 

Lima Raja ini mempunyai dua tulah itu sebagai saksi terhadap mereka, yang mereka lambangkan di dalam persembahan-persembahan mereka bagi borok-borok (buasir) dan tikus. Lima kota Filistin ini adalah serupa kepada lima bangsa yang kemudiannya telah diberikan kawasan Samaria dan Galilea. Lima ini merupakan simbol rahmat. Melalui rahmat, Tuhan menyampaikan keselamatan kepada bangsa lain.

 

Orang Filistin gagal hidup menurut hukum-hukum Tuhan dan kerana itu mendapat balasannya. Mereka betul-betul terpaksa melepaskan Hukum Tuhan serta Tabut itu, yang melambangkan Roh Kudus yang datang dari Tuhan. Mereka terpaksa memulangkannya kepada mereka yang berhak atasnya. Serupa dengan itu, sesiapa bangsa asing yang masuk ke dalam Jemaat dan tidak hidup sesuai dengan perintah-perintah Tuhan akan disingkirkan dan tidak boleh memasuki Kerajaan Tuhan. Jika mereka tidak berbicara sesuai dengan Hukum Taurat dan Kesaksian (Nabi-nabi), maka tidak ada terang di dalam mereka (Yesaya 8:20).

 

Roh Kudus telah memberi perintah kepada para imam Filistin sama seperti ia telah memerintah Bileam. Lihat karya Doktrin Bileam dan Nubuatan Bileam (No. 204). Orang Filistin memang tahu tentang agama Israel, dan telah memerhatinya dari dekat selama berabad lamanya.

 

Hasilnya juga menjadi suatu saksi pada Israel. Mereka telah meminta satu tanda agar mereka tahu bahawa Tuhan Israel-lah yang telah mengenakan mereka dengan tulah-tulah tersebut. Ia sepatutnya jalan melalui Rumah Matahari, yang berdiri pada sempadan Yehuda dan Dan.

 

Ini satu lagi amaran untuk Israel, kerana mereka telah murtad ke dalam ibadah kultus-kultus matahari dan Baal-Easter selama beribu tahun lamanya. Mereka tidak akan belajar, hingga ke hari inipun, kerana mereka adalah satu bangsa yang degil dan suka memberontak, iaitu seluruh bani Israel.

 

Kereta lembu itu telah sampai di padang Yosua, iaitu nama Mesias, dan kereta itu telah digunakan sebagai bahan bakaran dan lembu-lembu itu telah dipersembahkan sebagai korban bakaran kepada Tuhan di tempat itu yang dipanggil sebagai Rumah Matahari Bet-Semes.

 

Tabut itu telah diletakkan di atas Batu Besar Habel di Bet-Semes. Ini adalah satu rujukan kepada Jemaat yang telah dimulakan dengan Adam, dan korban-korban mula-mula yang diterima adalah korban-korban Habel yang benar. Roh Kudus telah diberikan kepada kaum bapa, dan Jemaat telah diasaskan pada Batu itu iaitu Tuhan di mana Tabut itu mewakili Roh Kudus. Pada batu ini Tuhan akan membangunkan jemaatNya melalui Roh Kudus dan pada dasar para rasul dengan batu penjuru utamanya yang merupakan Yosua, Mesias, Anak Tuhan. Perhatikan karya-karya Tabut Perjanjian (No. 196); Doktrin Dosa Asal Bahagian 2 Generasi-generasi Adam (No. 248); Yosua, Mesias, Anak Tuhan (No. 134).

 

Ketika Daud membunuh Goliat, kita dimaklumkan bahawa dia telah memungut 5 batu dari sungai itu, yang mana salah satunya telah membunuh Goliat (1 Samuel 17:40). Mengikut pandanganmu, adakah sebarang simbolisme kepada adanya 5 batu ini dan bukannya 4 atau 6 atau 7 batu?

 

A: Ya, memang ada simbolismenya. Lima batu itu mewakili lima jemaat yang berjaya masuk ke dalam Kerajaan Tuhan dalam Wahyu, bab 2 dan 3. Dua jemaat tidak berjaya. Ini adalah Sardis dan Laodikia, di mana hanya individu-individu tertentu sahaja dari organisasi-organisasi ini yang akan berjaya.

 

Salah satu jemaat ini digunakan oleh Mesias, di sini diwakili oleh Daud, untuk menyerang gergasi sistem-sistem dunia pada dahinya, di mana terdapatnya tanda sistem ini. Pada zaman akhir, kebenaran serta batu Daud selaku Raja Israel terlantik yang tepat sasarannya, yang belum lagi bangun untuk mengambil takhtanya, akan mengalahkan sistem ini. Simbolisme struktur-struktur agama dunia ini serta hubungan Filistin kepada mereka dilihat dalam karya Daud dan Goliat (No. 126).

 

Apakah yang telah dicapai Raja Daud dalam hidupnya? Kenapakah kisah hidupnya penting? Bagaimanakah Tuhan telah menyentuh hidupnya?

 

A: Daud telah dipilih Tuhan untuk menjadi Raja Israel, dan Daud telah dikurniakan Roh Kudus demi mencapai tujuan itu. Dia juga telah ditempatkan dalam pelbagai keadaan serta ujian untuk menyediakan pengajaran-pengajaran untuk kita semua, tentang bagaimana seharusnya tingkahlaku seseorang pada siapa Tuhan berkenan.

 

Dia telah digunakan untuk membuat segala persediaan untuk Bait Suci Tuhan. Daud menyediakan dan kemudiannya Salomo membina Bait Suci itu. Ini bertujuan sebagai satu gambaran bagi ajaran-ajaran penciptaan serta Rencana Keselamatan. Kisah pertempurannya dengan Goliat, serta signifikans teologi peristiwa tersebut, diliputi dalam karya Daud dan Goliat (No. 126).

 

Tempat Daud di dalam Rencana Tuhan akan dibincangkan dalam karya Pemerintahan Raja-raja (No. 282). Zamannya di dalam sejarah serta kemasukan ke dalam Yerusalem dibincangkan dalam karya Jadual Waktu Ringkasan Segala Zaman (No. 272). Dia akan menjadi raja Israel di bawah Mesias sebagai elohim, sebagaimana juga umat pilihan dari Zakharia 12:8.

 

1 Raja-raja

 

Dalam Keluaran 20:3,4 Tuhan menyuruh kita untuk tidak membuat sebarang patung yang menyerupai apa sekalipun. Ketika saya mempelajari 1 Raja-raja 6, khususnya ayat 23 dan selanjutnya, saya mendapati bahawa Salomo telah membuat 2 kerubim daripada kayu minyak dan telah membuat patung yang lain. Kenapa begini? Juga apakah signifikans kerubim, pohon kurma serta bunga mengembang yang dibuat?

 

A: Perintah Kedua dibaca dengan dua cara. Pertama adalah bahawa sebarang patung sama sekali tidak boleh dibuat. Cara kedua adalah bahawa sebarang patung yang akan disembah tidak boleh dibuat. Pernyataan “Jangan sujud menyembah kepadanya atau beribadah kepadanya,” mensyaratkan pembuatan patung itu sendiri.

 

Ini jelas sekali adalah maksudnya, kerana jika tidak, arahan-arahan bagi pembinaan Tabut Perjanjian tentunya bertentangan langsung kepada Perintah Kedua itu, dan tindakan-tindakan Salomo di sini, serta dalam bait suci seterusnya, pasti semuannya melanggar Perintah itu. Juga, kita akan dapati bahawa Bait Suci Yehezkiel adalah melanggar Hukum itu.

 

Israel tidak pernah menyembah sebarang patung ataupun objek, dan kerubim di sini tidak dikecualikan. Dari Yehezkiel kita melihat identiti serta tujuan Kerubim Penjaga yang diurapi itu. Ada empat semuanya. Mereka digambarkan sebagai kerubim berkepala Lembu, berkepala Singa, berkepala Burung Nasar, dan berkepala Manusia. Mereka mengelilingi takhta Tuhan. Lihat karya-karya Maksud Penglihatan Yehezkiel (No. 108); Kerajaan Tuhan (No. 174); Pentakosta di Sinai (No. 115)

 

2 Raja-raja

 

Dari 2 Raja-raja bab 2, adakah apa-apa signifikans kepada fakta bahawa sejurus sebelum Elia memberikan jubahnya kepada Elisa dan diangkat Tuhan, mereka telah pergi dari Gilgal ke Betel, ke Yerikho, dan akhirnya ke Yordan, di mana setiap kalinya Elia menyuruh Elisa untuk menunggunya?

 

A: Gilgal di sini bukanlah Gilgal terkenal yang berdekatan Yerikho, tetapi yang berada antara Tibna dan Silo (rujuk 4:38). Dalam kes ini, ianya satu bulatan. Arahan-arahan tersebut merupakan satu ujian ketaatan serta perjalanan kuasa itu. Dia telahpun ditakdirkan, sejak pengurapannya, untuk mengikut Elia dan menghapuskan mereka yang tidak dihapuskan Yehu. Ketaatannya menunjukkan pertumbuhannya dan identifikasinya, dan kemudian penerimaan kuasa olehnya setelah pengangkatan Elia dalam kereta kuda Tuhan. Pada setiap tempat, Elisa telah ditemui para nabi dan diberitahu bahawa tuannya akan pergi hari itu. Kesan keseluruhan ini adalah untuk mengukuhkan Elia dalam pandangan para nabi, dan sebagai nabi utama Tuhan.

 

Bolehkah kamu tolong jelaskan kenapa 2 Raja-raja 25:8 dan Yeremia 52:12 berdua nampaknya menggambarkan kejadian yang sama namun menuliskan tarikh-tarikh berlainan? Pertanyaan sama diajukan bagi pelepasan Yoyakhin dari penjara dalam 2 Raja-raja 25:27 dan Yeremia 52:31.

 

A: Ayatnya dalam Raja-raja adalah bahawa dia datang “ke” Yerusalem pada hari ketujuh bulan itu. Dia telah membakar kota itu. Yeremia mengatakan dia masuk “ke dalam” Yerusalem. Ini lebih kurang seperti kejatuhan Yerusalem kepada pihak Australia dan British pada Disember 1917. Serangan dibuat pada hari ketujuh, dan ia ditawan pada hari kelapan, namun Allenby tidak memasukinya sehinggalah pihak Australia telah mengukuhkan kedudukan itu, dan kontingen-kontingen ada pada tempat mereka pada hari kesebelas bulan itu. Aspek ini telah diperiksa dalam karya Firman Tuhan (No. 184).

 

Dalam kes pembebasan Yoyakhin, perintah itu nampaknya telah diberikan pada hari kedua puluh lima namun tidak dilaksanakan hinggalah hari kedua puluh tujuh. Teks-teks 2 Raja-raja 25:27 dalam Septuagint dan Syriac mengatakan “dan membawanya keluar dari penjaranya.” Teks dalam Yeremia tidak mengatakan begitu. Maka, kita harus simpulkan bahawa dia telah diperintahkan dibebaskan, dan bahawa dia tidak mengambil tempatnya pada meja raja selama dua hari. Ini mungkin bertujuan memulihkan dia.

 

Esther

 

Adakah kamu fikir Ester 9:13 adalah satu nubuatan tentang 10 orang yang telah digantung setelah pengadilan-pengadilan Nuremburg?

 

A: Ini adalah satu kesamaan yang menarik namun tidak semestinya nubuatan. Kitab Ester sememangnya bukan hanya satu kisah tentang Yehuda 2,500 tahun yang lalu. Haman adalah seorang bangsa Amalek. Agag telah dibunuh Samuel di hadapan Saul kerana Saul telah membiarkan dia hidup. Aktiviti itu menunjuk ke masa depan dalam nubuatan.

 

Perang-perang bangsa Amalek menunjuk ke hadapan kepada zaman akhir pada penghujung empat puluh Jubli dalam padang gurun itu. Mereka diadakan sejurus sebelum Israel memasuki tanah perjanjian. Israel telah berada empat puluh tahun dalam Keluaran dan kemudiannya melawan perang-perang orang Amalek. Israel berada empat puluh Jubli di dalam padang gurun dan kemudiannya berperang dalam perang-perang abad ke 20. Perang-perang Sangkakala Kelima dan Keenam masih belum dilalui. Perhatikan karya-karya Tujuh Meterai (No. 140) dan Tujuh Sangkakala (No. 141).

 

Sepanjang tempoh terakhir itu, dari tahun 1914 hingga hari ini, kita telah memerhatikan satu usaha untuk mengalahkan dan menghapuskan Yehuda, dan juga Israel. Orang Yahudi bukanlah orang Israel ini. Yehuda hanyalah satu Suku Israel, dan Lewi adalah salah satunya sementara bukan semua Lewi ada dalam Yehuda. Peristiwa Holocaust ada terlibat dalam kisah Ester dan penggantungan di Nuremburg itu adalah sebahagian dari cerita itu, namun ia telah berlanjutan selama berdekad-dekad.

 

Perang-perang Arab juga adalah sebahagian dari proses itu. Mesias akan datang untuk menyelamatkan mereka yang menunggunya dengan penuh perhatian. Yehuda akan ditaubatkan pada zaman akhir pada hujungnya. Penjelasan Kisah Ester adalah di dalam karya Komentar Mengenai Ester (No. 63).

 

Ayub

 

Bolehkah kamu jelaskan signifikans fakta bahawa Ayub mempunyai 7 orang anak lelaki dan tiga anak perempuan. Bilangan-bilangan ini muncul lagi dalam mana dia mempunyai 7000 kambing domba dan 3000 unta, 5000 lembu dan 5000 keldai betina. Bilangan-bilangan ini pastinya mempunyai maksud penting?

 

A: Bilangan-bilangan 7, 3 dan 5 dipercayai menandakan kesempurnaan dan kecukupan menurut Daath Mikra (rujuk Soncino nota samping kepada Ayub). Aspek ini juga dilibatkan dalam fungsi nombor-nombor ini berhubung jemaat. Tujuh roh Tuhan serta tujuh malaikat bagi tujuh jemaat itu diiringi oleh tiga kaki dian Mesias serta dua orang saksi lantas menjadikan jumlahnya sepuluh.

 

Dari tujuh jemaat itu, hanya lima saja yang boleh dianggap layak, dan kerana itu nombor lima juga merupakan angka bagi rahmat atau kasih karunia. Seluruh struktur ini adalah struktur kelimpahan dan kecukupan sesuai dengan kehendak Tuhan, namun semua ini dibenarkan dibinasakan Iblis kerana mereka telah berdosa. Perhatikan karya-karya Simbolisme Nombor (No. 7) dan Hari-hari Lahir (No. 287).

 

Intinya adalah mengenai kesempurnaan yang dibuang melalui dosa. Anak-anak kecil dikuduskan dalam ibubapa mereka, namun terbunuh kerana dosa. Tuhan membenarkan tindakan-tindakan ini berlaku untuk menguji serta menangani umat dalam keimaman itu. Ayub tidak mampu menyelamatkan anak-anaknya kerana mereka sudahpun dewasa dan mereka telahpun memeluk suatu sistem agama asing dalam amalan-amalan yang mereka lakukan seperti yang diketahui Ayub, dan dengan itu korban-korban itu.

 

Pengajaran ini adalah untuk jemaat dan bangsa. Bangsa tidak terlindung dalam janji-janji hak pusaka melalui keberhalaan. Jemaat dalam dosa tidak terlindung. Apa yang hilang juga dapat diganti melalui iman dan kesetiaan. Perpecahan 5000 itu adalah melalui rahmat. Lima dengan yang lima, perawan bijak dan yang bodoh juga adalah satu pertimbangan dalam konsep pembendungan dan kehilangan keselamatan.

 

Bolehkah kamu berikan sedikit pandangan tentang kitab Ayub? Adakah Ayub ini juga adalah Ayub yang disebutkan dalam Kejadian 46:13?

 

A: Ya, lazimnya dianggap bahawa Ayub adalah anak kepada Isakhar yang disebutkan dalam Kejadian 46:13. Nampaknya mungkin sekali bahawa Ayub berada di Midian dan teman-temannya itu nampaknya adalah orang Midian. Karya ini mungkin sekali telah diserahkan kepada dan dituliskan oleh Musa ketika dia berada di Midian, dan merangkum persediaan bagi Keluaran serta penulisan kitab-kitab Pentateuch. Besar kemungkinan ia buku pertama Alkitab yang ditulis.

 

Mazmur

 

Bolehkah kamu terangkan Mazmur 82? Adakah mazmur ini merujuk kepada bani malaikat ataupun umat pilihan manusia?

 

A: Teks ini merujuk kepada semua anak-anak Tuhan, syurgawi mahupun duniawi. Dia mengatakan dia seorang Anak Tuhan dan Dia memetik Mazmur ini dalam Yohanes 10:34-35, dan mengatakan bahawa Kitab Suci tidak boleh dibatalkan. Kita semua akan menjadi elohim (rujuk juga Zakharia 12:8). Kita semua akan menjadi anak-anak Tuhan dan seperti elohim atau tuhan. Teks ini juga memperkatakan tentang bani derhaka itu yang mengadili dengan tidak adil (golongan miskin di sini adalah yang ditindas) kerana dalam 82:7 ia mengatakan: “Namun seperti manusia kamu akan mati dan seperti salah seorang pembesar kamu akan tewas.” Maka, mereka yang tidak adil di kalangan elohim itu dibawa turun ke lubang itu dan mati seperti manusia dan tewas seperti pembesar manusia. Tema ini juga dibincangkan dalam Yehezkiel 28 dan seterusnya, dan Yesaya 14.

Dalam teks ini, kita melihatkan Mesias yang berdiri sebagai hakim di antara sidang elohim. 82:8 mengatakan, “Bangunlah ya elohim, hakimilah bumi, sebab Engkaulah yang memiliki segala bangsa.” Ini adalah Mesias, dan versi sebenar Ulangan 32:8 (RSV) menyatakan Israel dibagikan kepada Yahovah sebagai pusakanya ketika bangsa-bangsa dibagi-bagikan menurut anak-anak Tuhan. Namun begitu, di sini semua bangsa adalah sebahagian dari pusaka tersebut dan dengan itu kita melihat bahawa semua bangsa akan datang ke dalam Israel dan berada di bawah Mesias. Oleh itu, seluruh umat akan berada di bawah Mesias selaku hakim dan raja. Lihat juga karya Kota Tuhan (No. 180).

 

Mazmur 137 menunjukkan bahawa penawan Israel meminta mereka menyanyikan “nyanyian Sion.” Ini nampaknya seperti satu permintaan yang ganjil jika kamu menawan satu bangsa, untuk meminta mereka mengingati nyanyian-nyanyian mereka dan makna-makna nyanyian itu. Ada idea kenapa adanya permintaan ini dari penawan mereka?

 

A: Tawanan-tawanan Yehuda telah dibawa pergi, sama seperti Israel telah dibawa pergi oleh orang Asyur di bawah Salmaneser pada tahun 722 SM. Orang Babilon itu sedang mengejek mereka. Nyanyian-nyanyian Sion adalah Mazmur-mazmur Tuhan. Secara efektifnya mereka mengatakan, “Kamu tidak dilindungi oleh Tuhan kamu. Di manakah Dia sekarang? Nyanyikan kamu satu nyanyian kepada Dia.” Tujuan penawanan adalah untuk memimpin kita kepada pertaubatan dan kepada satu pengetahuan tentang Tuhan Semesta Alam. Setiap kali kita jatuh masuk ke dalam jalan kekafiran, kita dimasukkan dalam penawanan dan ini mungkin sekali akan berlaku semula tidak lama lagi.

 

Amsal

 

Saya mempunyai pertanyaan tentang buku Amsal, bab 8 dan 9. Saya telah mendengar dari orang, bahawa hikmat di dalam kitab ini adalah Kristus. Adakah ini benar? Saya telah sentiasa percaya, bahawa ia memperkatakan tentang Roh Kudus atau satu aspek Roh itu. Ada orang yang cuba membuktikan kewujudan abadi Kristus dengan teks itu. Apakah jawapan sebenarnya?

 

A: Hikmat dituliskan di sini dalam bentuk feminin dan difahamkan sebagai “Sophia,” sebutan Yunani bagi “hikmat.” Roh Kudus adalah fungsi atau kuasa Tuhan, yang memberikan hikmat. Raja-raja memerintah dalam hikmat melaluinya, seperti yang dikatakan teks itu dalam ayat-ayat 15 dan 16. Tuhan memiliki hikmat sejak dari mula, sebelum pekerjaan-pekerjaanNya dahulu. Teks itu mengatakan: “Sudah pada zaman purbakala aku dibentuk, pada mula pertama, sebelum bumi ada.”

 

Pihak Trinitarian tidak boleh menggunakan ini sebagai sokongan teks bagi keabadian Kristus, kerana ia jelas mengatakan bahawa hikmat itu telah dibentuk dari dahulukala: dari permulaan. Oleh itu, hikmat adalah satu ciptaan Tuhan, sama ada ia merujuk kepada Kristus ataupun Roh Kudus.

 

Teks yang merujuk kepada Kristus adalah dalam ayat 30:

 

“aku ada serta-Nya sebagai anak kesayangan, setiap hari aku menjadi kesenangan-Nya, dan senantiasa bermain-main di hadapan-Nya; aku bermain-main di atas muka bumi-Nya” (Ibrani: tebel 'arez, dan diterjemahkan sebagai bumi dalam KJV: Lihat Bullinger nota samping kepada ayat 31 Companion Bible).

 

Barangsiapa yang menemui hikmat, menemui kehidupan dan Tuhan berkenan padanya. Ini adalah Roh Kudus, yang diperkatakan, kerana kosmologi Alkitab bergantung pada kuasa Tuhan ini untuk mengikat semua anak-anak Tuhan bersama sejak pembentukan mereka.

 

Oleh itu, untuk Kristus menjadi satu dengan Tuhan, dia memerlukan Roh Kudus untuk mencapainya dan dengan itu, Roh Kudus secara logiknya adalah pendahulu kepada kesatuan Umat Syurgawi. Hakikat bahawa ia disingkirkan dari anak-anak Tuhan yang menderhaka, mengukuhkan lagi hakikat ini.

 

Komen-komen dalam bab 9 menggambarkan hikmat sebagai seorang perempuan yang mendirikan rumahnya. Dia telah menegakkan ketujuh tiangnya. Dia telah memotong ternak sembelihannya, mencampur anggurnya dan dia telah mengutus pelayan-pelayan perempuannya. Dia adalah Jemaat. Roh Kudus adalah Jemaat kerana tanpanya, Bait Suci Tuhan tidak mungkin wujud. Kita adalah Bait itu. Kita adalah bangunan batu-batu hidup yang merupakan Bait Suci Tuhan. Perempuan ini adalah pengantin Kristus. Para pelayan perempuannya adalah umat pilihan dari jamuan perkahwinan. Tujuh tiang itu adalah malaikat-malaikat Tujuh Jemaat dan merupakan tujuh roh Tuhan.

 

Boleh dikatakan dibawa jemputan untuk datang memakan roti dan anggurku, yang telah aku campurkan, merujuk kepada Kristus. Tetapi ingat bahawa Yohanes jelas mengatakan bahawa Kristus harus pergi kepada Bapa iaitu Bapanya dan Bapa kita, dan Tuhan dia serta Tuhan kita. Apabila dia kembali kepada Para Rasul, dia kemudiannya dapat menghembuskan roh itu pada mereka dan mengatakan, “Terimalah Roh Kudus.” (Yohanes 20:22). Teks itu sendiri menjelaskan.

 

Takut akan Tuhan adalah permulaan hikmat, dan mengenali Roh Kudus adalah pengertian. “Karena oleh aku umurmu diperpanjang, dan tahun-tahun hidupmu ditambah.” Dari Amsal 9:13, kita diberikan satu contoh perempuan yang bodoh, iaitu jemaat palsu di bawah roh palsu yang diasaskan oleh bani derhaka itu di bawah Iblis. Ia ada disebutkan dalam Perjanjian Baru (rujuk 1 Timotius 4:1-2).

 

Tidak diragukan lagi kita membincangkan dua perempuan di sini dan seorang dari mereka bersama dengan Tuhan sejak dahulukala dan adalah perempuan yang merupakan Jemaat. Konsep-konsep ini dijelaskan dalam karya-karya Roh Kudus (No. 117); Satu Bersama dengan Bapa (No. 81); Perkembangan Model Neo-Platonis (No. 17); Bagaimana Tuhan Menjadi Suatu Keluarga (No. 187) dan Kota Tuhan (No. 180).

 

Saya pernah menganggotai sebuah jemaat, yang mengajar bahawa mesej utama Amsal 31 adalah bahawa kaum perempuan haruslah tunduk kepada suami-suami mereka. Sungguhpun saya setuju bahawa kepala kepada perempuan adalah suaminya, saya mula terfikir bahawa ada maksud selebihnya kepada Amsal 31. Pada pendapatmu, apakah mesej utama dalam teks itu?

 

A: Raja itu adalah Kristus dan perempuan itu adalah Jemaat, dan Jemaat pula terdiri dari kaum lelaki sebagai kepala keluarga, dan kaum perempuan sebagai perempuan itu. Mesej utamanya adalah bahawa jemaat haruslah bertindak seperti perempuan amsal 31 itu pada setiap waktu. Penjelasan teks ini diberikan dalam karya Amsal 31 (No. 114). Terlalu kerap teks ini dipergunakan oleh jemaat-jemaat untuk mendiamkan kaum perempuan dan menolak tanggungjawab-tanggungjawab mereka sendiri.

 

Pengkhotbah

 

Pengkhotbah 7:1 menyatakan “Nama yang harum lebih baik dari pada minyak yang mahal, dan hari kematian lebih baik dari pada hari kelahiran.” Bolehkah kamu terangkan kenapa hari kematian adalah lebih baik daripada hari kelahiran? Ini kelihatannya terbalik dengan apa yang dipercayai kebanyakan orang.

 

A: Merayakan hari kelahiran adalah satu kebiasaan pagan yang berasal dari orang Babilon. Lihat karya Hari-hari Lahir (No. 287). Idea ini telah diteruskan oleh golongan Satanist dan Stargazer (Pemerhati Bintang), yang menggunakannya sebagai penentuan takdir dan untuk meninggikan individu melebihi Tuhan dan mendewakannya. Posisi Alkitab melarang pandangan ini. Takdir kita adalah untuk menjadi anak-anak Tuhan. Kita menunggu-nunggu kebangkitan orang mati agar kita menjadi anak-anak Tuhan dalam kuasa melalui Roh Kudus agar Tuhan menjadi semua dalam semua (Efesus 4:6). Perhatikan karya-karya Jiwa (No. 92); dan Kebangkitan Orang Mati (No. 143).

 

Jadi, kamu katakan bahawa hari kematian adalah lebih baik daripada hari kematian kerana kita semakin dekat kepada takdir akhir manusia iaitu menjadi anak Tuhan dalam kuasa, untuk Tuhan menjadi semua dalam semua? Menarik sekali bagaimana Iblis telah menipu kebanyakan dunia untuk merayakan hari jadi mereka sambil mengelirukan mereka tentang takdir mereka setelah kebangkitan dari mati.

 

A: Ya, Doktrin Jiwa serta rekaan dusta-dusta besar Syurga dan Neraka adalah sebahagian dari penipuan sistem agama palsu yang telah ditubuhkannya.

 

NABI-NABI

 

Yesaya

 

Adakah Firaun mempunyai maksud simbolik bagi keluaran di masa depan nanti yang kian menjelang?

 

A: Sodom dan Mesir adalah nama-nama bagi bangsa-bangsa di bawah kuasa para iblis. Dalam ertikata ini Firaun adalah satu gelaran bagi Iblis, seperti juga Tirus dan Babilon. Dalam Keluaran yang akan datang, iblis setan di bawah Iblis akan dibelenggu. Alkitab menunjukkan bahawa Israel akan berarak keluar dari utara, beriringan tangan dengan Asyur, dan sebuah jalan utama akan dibina dari utara ke Yerusalem dan juga dari Mesir ke Asyur (Yesaya 19:23). Mereka semua akan melayani bersama, dan Israel akan menjadi bahagian ketiga bersama mereka. Mereka semua akan diberkati bersama oleh Tuhan dan mereka akan melayani Tuhan bersama dari Yerusalem.

 

Yesaya berjalan telanjang dan tidak berkasut selama tiga tahun sebagai satu tanda kepada Mesir dan Etiopia bahawa mereka akan ditawan, dan negeri pinggir pantai juga akan ditawan, telanjang dan tidak berkasut oleh orang Asyur (Yesaya 20:3-6). Dalam fasa akhir pelanggaran itu akan disembuhkan dan mereka akan melayani Tuhan bersama di Yerusalem. Perhatikan karya Jadual Waktu Ringkasan Segala Zaman (No. 272); Sangkakala-sangkakala (No. 136); Hari Tuhan dan Hari-hari Terakhir (No. 192); Tujuh Sangkakala (No. 141); dan Milenium dan Keghaiban (No. 95).

 

Siapakah yang dimaksudkan di sini dalam Yesaya?

 

Yesaya 65:1-6 1 Aku telah berkenan memberi petunjuk kepada orang yang tidak menanyakan Aku; Aku telah berkenan ditemukan oleh orang yang tidak mencari Aku. Aku telah berkata: "Ini Aku, ini Aku!" kepada bangsa yang tidak memanggil nama-Ku. 2 Sepanjang hari Aku telah mengulurkan tangan-Ku kepada suku bangsa yang memberontak, yang menempuh jalan yang tidak baik dan mengikuti rancangannya sendiri; 3 suku bangsa yang menyakitkan hati-Ku senantiasa di depan mata-Ku, dengan mempersembahkan korban di taman-taman dewa dan membakar korban di atas batu bata; 4 yang duduk di kuburan-kuburan dan bermalam di dalam gua-gua; yang memakan daging babi dan kuah daging najis ada dalam kuali mereka; 5 yang berkata: "Menjauhlah, janganlah meraba aku, nanti engkau menjadi kudus olehku!" Semuanya ini seperti asap yang naik ke dalam hidung-Ku, seperti api yang menyala sepanjang hari. 6 Sesungguhnya, telah ada tertulis di hadapan-Ku: Aku tidak akan tinggal diam, malah Aku akan mengadakan pembalasan, ya, pembalasan terhadap diri mereka

 

A: Terdapat dua kumpulan di sini. Satu kumpulan mewakili bangsa-bangsa asing dalam jemaat yang mencari Tuhan dan menurut perintah-perintahNya. Yang satu lagi mewakili bangsa Israel, dan mereka yang mengaitkan diri mereka dengannya – iaitu mereka yang mengenal Tuhan namun memakan daging babi dan lain-lain benda keji dan membakar ukupan pada mezbah-mezbah mereka yang dibuat dan dibina bertentangan dengan Hukum Tuhan.

 

Mereka ini adalah imam-imam palsu sistem agama palsu yang membinasakan perintah-perintah Tuhan dan menyesatkan umat. Mereka mengasingkan diri mereka sebagai suci daripada umat yang mereka pimpin. Tuhan mengatakan bahawa orang-orang ini adalah satu kekejian dalam pandanganNya, seperti asap dalam hidungNya. Untuk memahami sepenuhnya kesan-kesan teks ini, kamu harus tahu di mana sepuluh suku Israel ditemui. Israel bukanlah bangsa Yahudi, namun Yehuda adalah salah satu dari dua belas suku Israel. Terdapat elemen-elemen Yehuda, yang juga terjerumus ke dalam mentaliti benar diri ini. Ianya berpunca dari orang Farisi dan telah memasuki Judaisme rabbinikal dari sumber itu.

 

Pergerakan Suku-suku serta lokasi mereka dibincangkan dalam karya Peperangan Unitarian/Trinitarian (No. 268). Identiti imam-imam palsu ini serta apa yang berlaku kepada mereka juga dibincangkan dalam karya Pesanan-pesanan Wahyu 14 (No. 270).

 

Yesaya 26:14; 43:17 dan Yeremia 51:57 dipergunakan orang tertentu untuk mendakwa bahawa terdapat ramai orang yang tidak akan dibangkitkan dari mati. Siapakah yang dimaksudkan ayat-ayat ini? Adakah ia hanya dari satu jangkamasa tertentu saja?

 

A: Teks dalam Yesaya 26:13-14 merujuk kepada Refaim, yang tiada kebangkitan. Mereka adalah Nefilim dari Kejadian 6:4. Identiti-identiti mereka diperiksa dalam karya Nefilim (No. 154). Yeremia 51:57 merujuk kepada kejatuhan Babilon serta kematian angkatan yang bersama mereka. Ini tidak sama dengan Refaim dalam Yesaya. Orang-orang ini ditidurkan dan mati. Bagaimanapun, hal-hal ini dikaji dalam karya Penghakiman Terhadap Para Iblis (No. 80) dan Kebangkitan Orang Mati (No. 143).

 

Apakah maksudnya dengan mentahirkan dirinya untuk taman-taman dewa? Kenapa merujuk sekali lagi kepada hal memakan daging babi? Apakah signifikans tikus itu? (Yesaya 66:17)

 

A: Struktur kultus-kultus Misteri dibina sekeliling Asherah, yang lazimnya adalah pohon oak/beringin. Yesaya 1:29 memulakan turutan ini dan kita melihatnya di dalam teks-teks dalam 57:5; 65:3; and 66:17. Ia menyatakan pohon-pohon oak, taman-taman, pohon oak, taman dalam turutannya. Ini merupakan tempat-tempat pemujaan dalam kultus-kultus Misteri. Daun oak juga dikutuk dalam 1:30. Asherah adalah satu phallus (bentuk zakar) dan ia lazimnya digunakan dengan alat berupa zakar.

 

Pemotongan mistletoe serta lain-lain benda yang dikaitkan dengan solstis adalah sebahagian dari perayaan ini. Ia adalah asas kepada Krismas dan Easter. Dalam gambaran-gambaran kultus-kultus misteri dalam lukisan-lukisan dinding Rom, terdapat juga anak kambing. Ini nampaknya adalah punca larangan Alkitab terhadap anak kambing yang dimasak dalam susu induknya. Suatu alat berupa zakar juga ada digambarkan dan itulah sebabnya kenapa misteri-misteri itu juga popular dengan kaum perempuan. Upacara-upacara kesuburan yang dikaitkan dengan sistem-sistem ini telah masuk sebagai perayaan-perayaan Krismas dan Janus. Mereka kemudian melanjutkannya dengan Karnival dan Shrove kepada Ash Wednesday (Hari Rabu Abu), dan kemudiannya Lent, dan seterusnya ke dalam perayaan-perayaan Easter. Tiada satupun antaranya yang berciri Kristian, dan itulah apa yang dikutuk Tuhan di sini. Lihat karya Asal-usul Krismas dan Easter (No. 235).

 

Tikus itu adalah 'akbar (SHD 5909 yang sebutannya adalah 'akbawr) yang maksudnya menyerang, dan dengan itu seperti seekor tikus yang mengunggis. Terdapat dua puluh tiga ahli famili Muridae di Palestin, dan kami tidak pasti mana satu spesis yang tepat. Terdapat satu amalan kultus yang di mana tikus ladang dikorbankan dan dimakan, dan Maimonedes mengekalkan tradisi ini hingga ia dibawa keluar oleh orang-orang Haran. Haran merupakan pusat kultus Bulan Babilon sejak 2000 SM, dan dengan itu adalah pusat kultus-kultus misteri. Ia menjadi pusat kekafiran Lunar sehinggalah Zaman-zaman Kristian. (rujuk Interpreters Dictionary of the Bible, vol. 2, halaman 524). Mereka menyembah Dewa Bulan, Sin, dan sistem Triune Ibu dewi, serta sistem Easter dan matahari. Sistem sama ini telah menembusi Kekristianan. Lihat juga pada karya Anak Lembu Emas (No. 222).

Masalah sebenarnya adalah bahawa Israel tidak bertaubat daripada kejahatan ini. Rakyat berbahasa Inggeris, serta orang Aryan Eropah, telah terikat kepada dosa mereka dan kepada perayaan-perayaan pagan ini.

 

Seluruh kalendar sivil USA adalah berdasarkan pada hari-hari Korban Manusia yang pagan. Ianya mustahil bahawa ini hanya satu kebetulan. Pihak pentadbir tentunya telah dipengaruhi kekafiran serta kepercayaan ilmu sihir pada tahap-tahap pembuatan keputusan. Tuhan akan membereskan orang-orang ini tidak lama lagi.

 

Yeremia

 

Yeremia 4:15 dan selebihnya nampaknya menggambarkan seorang nabi pada zaman akhir yang memberi amaran kepada bangsa-bangsa dan mengutuk agama-agama palsu dan sebagainya. Bagaimana kita tahu apabila nabi ini sudah berada di kalangan kita? Adakah turutan waktu untuk nabi ini?

 

A: Teks in merujuk kepada suara dari Dan yang mengabarkan malapetaka dari pergunungan Efraim. Peringatkan bangsa-bangsa bahawa “Dia” akan datang dan pengepung atau penjaga datang dari negeri jauh. Istilah dalam teks ini tidak sama seperti Penjaga-penjaga di tempat lain dan kerana itu tidak mungkin memaksudkan bani syurgawi.

 

Teks in telah dikorupsikan dalam beberapa Alkitab kerana implikasi-implikasinya. Adanya suara itu tidak bermakna ianya seorang nabi saja tetapi sebaliknya ia adalah satu amaran yang dikeluarkan pada zaman akhir berhubung kedatangan Mesias dan mungkin adalah usaha ramai orang dari jemaat. Namun begitu ianya satu amaran yang khusus. Persoalan ini telah dikaji dalam karya Amaran Zaman Akhir (No. 44).

 

Yehezkiel

 

Yehezkiel 46:20 nampaknya mengatakan bahawa korban-korban binatang akan dilakukan semula dalam Kerajaan nanti? Adakah ini mungkin?

 

A: Ya, memang benar dan ia memang akan dilakukan. Pengorbanan binatang-binatang adalah untuk perayaan-perayaan dan sistem-sistem ibadah pada hari-hari Sabat dan Bulan-bulan Baru. Zakharia 14:16-21 jelas menunjukkan juga bahawa akan ada binatang yang disembelih dan dimakan dalam Yerusalem, dan kuali-kuali akan kudus kepada Tuhan. Perhatikan karya-karya: Milenium dan Keghaiban (No. 95); Vegetarianisme dan Alkitab (No. 183); Kalendar Tuhan (No. 156); dan Hukum dan Perintah Tuhan Keempat (No. 256).

 

Kita membacakan dalam Yehezkiel bab 26 tentang kemusnahan Tirus oleh Nebukadnezar. Dalam ayat 21 ia mengatakan bahawa Tirus akan tiada lagi dan tidak akan ditemui lagi. Namun, dalam Matius 15:21, kita dapati Yesus pergi ke Tirus. Bagaimanakah ini berlaku?

 

A: Tirus telah ditawan Nebukadnezar setelah pengepungan tiga belas tahun (Yesaya 23:1; Josephus. A of J, x, 11, 1; Contr. Apion, i, 20). Nubuatan ini mula digenapi sejak itu. Nubuatan ini meliputi satu tempoh masa dan menanganinya sebagai satu deklarasi.

 

Nasib Sidon adalah berlainan. Tirus telah dibinasakan dan menjadi satu tanjung di laut itu dan ia dijadikan seperti batu tandus. Garison-garison atau tiang-tiangnya masih kelihatan hari ini dalam laut. Kawasan ini memang dikenali pada zaman Kristus dan teks yang kamu sebutkan ini mengatakan bahawa dia pergi ke daerah atau kawasan Tirus dan Sidon. Ia dituliskan sebagai “pinggir-pinggir pantai” dalam KJV. Teks dalam Yehezkiel itu juga adalah berkenaan bani syurgawi derhaka itu, dan Tirus menandakan Iblis dan kita melihat perkembangan hal ini dalam teks-teks Yehezkiel 28. Teks dalam bab 29 kemudiannya membincang hal Mesir pula serta kejatuhannya. Lihat karya Kejatuhan Mesir: Nubuatan tentang Lengan-lengan Patah Firaun (No. 36).

 

Adakah tujuannya kenapa dalam Bait Yehezkiel itu terdapat ukiran-ukiran muka singa muda yang mengadap pohon kurma dan muka manusia yang mengadap pohon kurma itu pada sebelah satu lagi?

 

A: Ya, memang ada tujuannya. Makhluk-makhluk berkepala singa dan berkepala manusia adalah dua makhluk hidup di sekeliling takhta Tuhan. Pohon kurma itu menggambarkan Mesias, iaitu pohon yang digunakan Musa untuk membersihkan air di Meriba dalam perjalanan ke Sinai. Dalam kata lain, kita tidak mungkin bahagian dari Roh Kudus tanpa Mesias.

 

Penderhakaan itu membabitkan sepertiga dari Bani Syurgawi, namun satu kawasan hanyalah satu kuadran, maka seharusnya dua kuadran telah terlibat dalam penderhakaan itu. Mereka adalah sistem-sistem berkepala manusia dan aeon. Kedua-dua makhluk ini akan digantikan dan elohim, dengan Mesias, disenaraikan dalam Alkitab. Mereka adalah Musa (Keluaran 7:1) dan Abraham. Teks yang menyatakan Abraham seorang elohim telah disalahtafsirkan hingga ianya mustahil ditemui melainkan dalam versi Ibrani asalnya. Lihat karya-karya Kerajaan Tuhan (No. 174): Bagaimana Tuhan Menjadi Satu Keluarga (No. 187); dan Perjanjian Tuhan (No. 152).

 

Kebanyakan orang yang memasuki Israel sejak perang tidak memelihara Hukum Tuhan. Apakah yang kamu faham tentang petikan kitab yang berikut?

 

Yehezkiel 20:37-38 37 Aku akan membiarkan kamu lewat dari bawah tongkat gembala-Ku dan memasukkan kamu ke kandang dengan menghitung kamu. 38 Aku akan memisahkan dari tengah-tengahmu orang-orang yang memberontak dan mendurhaka terhadap Aku; Aku akan membawa mereka keluar dari negeri, tempat mereka tinggal sebagai orang asing, tetapi di tanah Israel mereka tidak akan masuk. Dan kamu akan mengetahui bahwa Akulah TUHAN.

 

A: Bangsa Yahudi hanyalah sebahagian dari Israel. Terdapat bangsa-bangsa sepuluh suku itu yang masih berada di luar sana yang lebih besar dan lebih kuat lagi dari orang Yahudi. Pada zaman akhir akan ada Keluaran kedua. Keluaran ini jauh lebih besar dari yang pertama. Ia disebutkan dalam Yesaya (66:18-23).

 

Tempoh ini memperlihatkan Kebangkitan Pertama dan kemudian perpecahan bangsa-bangsa di Armagedon (Harmagedon). Setelah peristiwa itu, bangsa-bangsa akan dituntut untuk melepaskan umat Israel dari antara mereka, dan mereka akan dikembalikan ke bawah tongkat itu, seperti mana Israel dalam Keluaran pertama.

 

Ada antara mereka yang sudah kembali akan dihantar pergi sebagai tawanan. Mereka yang derhaka ini juga akan mati dalam padang gurun. Satu-satunya umat yang akan kembali adalah mereka yang memelihara Hukum Tuhan sama ada secara fizikal ataupun rohani. Semua yang lain akan dibiarkan mati dalam padang gurun. Setiap satu akan lalu di bawah tongkat pengadilan itu.

 

Bangsa-bangsa ini, yang tidak menurut dan mengutus wakil-wakil mereka ke Yerusalem setiap tahun pada perayaan Pondok Daun, tidak akan mendapat hujan bila tiba musimnya. Mereka yang cuba melepaskan diri mereka dari hukum ini dengan menggunakan pengairan, seperti Mesir, akan dibinasakan oleh tulah-tulah (Zakharia 14:16-19). Akhirnya, semua akan memelihara Perintah-perintah Tuhan serta Hari Raya, Bulan Baru dan Hari Sabat.

 

Mereka yang menegaskan bahawa Hukum itu telah dipakukan kepada “stauros” dalam Kolose 2:14 akan mati begitu saja. Tiada lagi perbincangan. Itu adalah catatan Kitab Suci, dan Kitab Suci tidak boleh dibatalkan. Lihat juga pada karya Mengukur Bait Suci (No. 137) dan juga Hukum dan Perintah Tuhan Keempat (No. 256).

 

Daniel

 

Bolehkah kamu jelaskan kepada saya Daniel 7:23-27?

 

A: Kerajaan keempat adalah “paha besi” bab 2. Kerajaan ini adalah Empayar Rom. Ia mengikuti emas Babilon dan perak Media Persia dan tembaga Yunani serta sistem Hellen. Ia kemudiannya terus kepada kaki besi dan tanah liat.

 

Kaki ini merujuk kepada Kerajaan Rom Suci yang dibentuk pada tahun 590 TM dan kekal sehingga revolusi-revolusi tahun 1848, berakhir pada tahun 1850 dan dikurung pada tahun 1870. Sepuluh raja itu memang muncul dan membentuk sebahagian dari sistem ini. Mereka telah menindas orang-orang kudus sepanjang tempoh 1260 tahun kerajaan itu. Mereka mula-mula sekali telah menundukkan sepuluh suku itu melalui tipu muslihat dan perbuatan khianat setelah kejatuhan Empayar Parthian dan pergerakan masuk ke dalam Eropah (lihat karya Peperangan Unitarian/Trinitarian (No. 268)).

 

Kaki juga mempunyai sepuluh jari, yang membentuk struktur kembar Alcwin atau “Benda” Eropah: Parlimen orang Aryan. Pada zaman akhir, kesatuan ini membentuk satu binatang. Seluruh struktur ini adalah sistem Antikristus, namun menuntut bagi dirinya kuasa Tuhan serta mempergunakan dakwaan tersebut menentang yang lain. Sistem ini akan menganiaya Orang-orang Kudus milik Yang Mahatinggi sepanjang 1260 tahun itu, dan dalam abad ke 20 dari Perang Dunia I dan Peristiwa Holocaust hingga hujung Perang Dunia II dan kematian Stalin.

 

Sistem ini telah mengubah waktu dan hukum untuk para pengikutnya. Waktu “tiga dan setengah masa” untuk 1260 tahun itu adalah waktu yang sama seperti dalam Wahyu 12. Jemaat diburu oleh naga itu, yang cuba menghapuskan keturunan perempuan itu. Namun bumi menolongnya dan menelan Jemaat agar ia tidak dapat dikenalpasti dan  seterusnya dimusnahkan oleh sistem agama palsu ini dan kuasa naga itu.

 

Sistem ini akan menubuhkan satu kerajaan terakhir selama satu jam, yang akan memerintah bumi ini dan kemudian kecelakaan akan turun ke atasnya. Kerajaan ini akan diserahkan kepada Orang-orang Kudus pada perang-perang akhir zaman. Tidak lama lagi Kristus akan datang untuk menyelamatkan mereka yang menunggunya dengan penuh perhatian.

 

Dalam Daniel 12:1-2, Tuhan memberitahu kita tentang suatu masa apabila Mikhael akan berdiri dan akan terjadi satu waktu kesusahan besar yang tidak pernah terjadi sebelum itu. Kemudian Alkitab mengatakan: ‘Dan banyak dari antara orang-orang yang telah tidur di dalam debu tanah, akan bangun, sebagian untuk mendapat hidup yang kekal, sebagian untuk mengalami kehinaan dan kengerian yang kekal’. Kebangkitan apakah ini dan apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan bangun untuk “mengalami kehinaan kekal”?

 

A: Waktu ini merujuk kepada Hari Tuhan dan kepada seluruh struktur kebangkitan itu. Konsep di sini mengenai hidup kekal bermakna pemulihan kembali kepada kelompok rohani selaku anak-anak Tuhan. Istilah “kekal” di sini adalah SHD 5769 “owlam” yang bermakna waktu di luar pemikiran atau hingga titik lenyap dari konsep disembunyikan.

 

Istilah Ibrani yang dituliskan sebagai “kehinaan” sebenarnya adalah dua perkataan, di mana kedua-duanya tidak terbatas kepada apa yang kita fahami sebagai kehinaan. Yang pertama adalah SHD 2781 “cherpah,” yang bermakna teguran atau keaiban. Yang kedua adalah SHD 1860 “dera’own,” yang bermakna membenci, dan dalam ertikata ini ia adalah kehinaan.

 

Pandangannya adalah bahawa setiap individu akan menghadapi penghakiman. Keaiban serta kebencian yang dirasai seseorang apabila dosa dimaklumkan adalah satu hal yang sungguh berat. Kita disembuhkan oleh rahmat dan kasih Tuhan. Itu tidak bermakna kita tidak berasa malu kerana apa yang telah kita lakukan masing-masing, dan ramai yang akan melalui kesedaran ini sebagai makhluk-makhluk rohani dan mengetahui bahawa makhluk rohani lain juga mengenali dosa mereka.

Itulah sebabnya kenapa pengampunan begitu utama sekali bagi kasih Tuhan. Jika kita tidak boleh mengampuni orang lain, bolehkah kita mengharapkan pengampunan dan, paling penting sekali, bagaimanakah kita menangani keaiban yang datang dari pengetahuan sempurna sebagai makhluk rohani? Butir-butir proses-proses ini dijelaskan dalam karya-karya: Jiwa (No. 92); Kebangkitan Orang Mati (No. 143); dan Kota Tuhan (No. 180).

 

Dalam Daniel 2:43 terdapat satu pernyataan mengenai jari-jari kaki patung itu yang mengatakan bahawa “mereka akan bercampur oleh perkawinan [dengan keturunan manusia], tetapi tidak akan merupakan satu kesatuan, seperti besi tidak dapat bercampur dengan tanah liat.” Persoalan saya adalah siapakah “mereka” yang disebutkan di sini, dan apakah yang dimaksudkan dengan tidak bercampur oleh perkahwinan [dengan keturunan manusia]?

 

A: Sepuluh raja-raja ini juga adalah kuasa-kuasa rohani sebagai anak-anak Tuhan dari Ulangan 32:8 yang dibagi-bagikan bangsa-bangsa menurut bilangan anak-anak Tuhan. Ada dua kerubim, Iblis dan Aeon serta sepuluh yang lain yang membentuk dua belas elohim dalaman bagi bani derhaka itu. Ini juga kemudiannya dilanjutkan kepada tujuh puluh dalam bentuk asalnya.

 

Ini satu sebab kenapa Ulangan 32:8 telah diubah setelah kejatuhan bait suci itu dan tulisan Ibrani MT milik Yahudi adalah tidak betul. Salah satu dari sedikit versi Alkitab yang betul di sini adalah versi RSV. Satu lagi adalah New American Bible milik Roman Katolik. Oleh itu, kerajaan itu adalah milik Antikristus sepanjang tempoh kewujudannya. Ia adalah gambar binatang Kerajaan Rom Suci dan kemudiannya bagi kesatuan Eropah pada zaman akhir. Kesatuan ini diberikan kekuasaan atas seluruh dunia dan Kristus kembali untuk memusnahkannya.

 

Iblis setan tidak dibenarkan bercampur dengan perkawinan seperti mana yang mereka lakukan sebelum banjir. Itu terjadi dalam Tanda Yunus dan Jubli keempat puluh. “..zaman raja-raja…” bermakna hujung zaman kuasa kelima dan keenam. Lihat karya Jadual Waktu Ringkasan Segala Zaman (No. 272).

 

Daniel 7:9-10 nampaknya menyebut tentang nyala api pada takhta Tuhan. Apakah simbolisme api? Begitu banyak benda-benda yang muncul dalam fikiran: semak yang berapi, tiang api, berjalan atas bara api, dan sebagainya.

 

A: Api adalah kuasa rohani yang mengalir dari Takhta Tuhan. Sebagai Yang Lanjut Usia, Dia tinggal dalam terang yang tidak boleh dihampiri. Tiada seorangpun yang pernah melihatNya, ata dapat melihatNya. Dia satu-satunya yang kekal abadi (1 Timotius 6:16). Dalam aspek inilah, sebagai Allah yang Maha Esa dan Pencipta, Dia dilihat sebagai Hakim Alam Semesta. Dia telah memberikan kuasa ini kepada Kristus dalam pengadilan.

 

Api digunakan untuk menggambarkan roh-roh, dan kuasa Tuhan, dan juga para iblis setan yang jatuh dari kemuliaan mereka di hadapan takhta ini. Itulah sebabnya kenapa nyala api begitu penting sekali dalam demonologi, khususnya dalam pusat-pusat kuasanya, contohnya di Rom dalam Tokong Vesta dan di antara curia.

 

Dalam kitab Daniel, kita membaca tentang tiga teman Daniel yang dibuang ke dalam perapian. Adakah sebarang simbolisme di sini, dan jika ada apakah dia? Juga, kenapa tiga orang dan bukannya tujuh, atau dua belas, sebagai contohnya?

 

A: Ketiga-tiga teman itu telah dipilih bersama Daniel untuk menggambarkan penawanan Israel serta penebusannya dari penganiayaan.

 

Sistem Triune juga diwakilkan dalam ketiga orang ini. Mereka telah diambil dan diberikan nama-nama dari sistem Babilon itu dan mereka bertiga ini mewakili dengan cara mereka tersendiri umat pilihan yang dipanggil keluar di bawah perlindungan Tuhan. Anak Manusia telah diutus untuk melindungi mereka. Seperti mana Kristus berjalan bersama mereka bertiga ini di dalam perapian itu, begitulah juga dia berjalan bersama kita hari ini. Kepanasan perapian itu telah ditingkatkan dan seperti mana ia membunuh mereka yang mengikat begitu juga ia akan menghapuskan sistem itu pada zaman akhir.

 

Begitu banyak sekali rujukan kepada singa-singa dalam kitab suci. Adakah kamu mempunyai sebarang idea kenapa Daniel telah dibuang ke dalam gua singa dan bukannya binatang lain ataupun ujian lain?

 

A: Singa merupakan pemangsa terbesar yang boleh didapati di Mesopotamia. Mereka menggunakan mereka untuk tujuan-tujuan disiplin, hingga setakat Kerajaan Rom. Mereka tidak memberi mereka makanan dengan cukup agar mereka akan menggoyakkan mangsa-mangsa mereka hingga mati dan memakan mereka.

 

Ramai umat Tuhan telah diuji dengan cara ini dan telah dikoyakkan oleh haiwan-haiwan liar. Daniel sama sekali tidak tahu sama ada Tuhan akan melindunginya atau tidak. Begitu juga keadaannya dengan kejadian perapian itu. Mereka telah berkata, “Kami tidak tahu sama ada Tuhan akan menyelamatkan kami atau tidak, tetapi kami tidak akan menyembahmu.” Dalam kejadian ini pula, raja itu mengisytiharkan pengadilannya sendiri apabila dia mengatakan, “Allahmu yang kausembah dengan tekun, Dialah kiranya yang melepaskan engkau.” Dalam kejadian ini, Tuhan melakukannya sebagai teladan kepada raja itu.

 

Raja itu terperangkap dalam hukumnya sendiri. Dekrinya itu tidak boleh diubah lagi walaupun dia sedar bahawa dia telah tertipu ke dalam rancangan untuk membunuh Daniel. Hakikat bahawa Raja Astyages telah menghabiskan malam itu berpuasa untuk Daniel, menunjukkan hormatnya, dan Tuhan mendengar doa-doa raja itu. Mereka yang ingin membunuh Daniel telah menyediakan ujian itu.

 

Pandangan Alkitab adalah ini: “Siapa menggali lobang akan jatuh ke dalamnya, dan siapa menggelindingkan batu, batu itu akan kembali menimpa dia.” (Amsal 26:27). Orang-orang ini kemudiannya telah dibunuh dan dimakan oleh singa-singa yang sama yang ingin mereka pergunakan untuk membunuh Daniel, berserta isteri-isteri dan anak-anak mereka. Ini adalah satu pengajaran yang kuat tentang hukum-hukum Tuhan (lihat Hukum Tuhan (No. L1)).

 

Hosea

 

Apakah makna Pintu Pengharapan dan lembah Akhor dalam Hosea 2:15?

 

A: “Akhor” maknanya, “kesusahan.” Pintu Pengharapan adalah Kristus yang merupakan pintu keselamatan. Lembah kesusahan menjadi pintu pengharapan. Teks ini harus dibandingkan dengan Yosua 7:24-26. Israel telah dibebani kerana keberhalaan beberapa orang antaranya dan salah seorang, Akhan, telah dilempar batu hingga mati. Kemurkaan Tuhan telah diredai pada hari itu, dan lembah Akhor juga telah menjadi satu lembah pengharapan kepada mereka yang percaya dalam Tuhan melalui Mesias. Lihat juga karya Kejatuhan Yerikho (No. 142).

 

Hosea membawa cerita Yosua ke hadapan kepada zaman akhir, dan keberhalaan yang mencemari Israel melalui sistem Baal-Easter akan disingkirkan. Israel akan dipulihkan semula dan mereka akan memanggil Yahovah, “Ishii” dan “Baali” tidak lagi. Kerana Dia akan membuang nama-nama dewa-dewa berhala ini dari antara kita.

 

Yoel

 

Bolehkah kamu jelaskan Yoel 2:23 untuk saya. Ada Alkitab yang menterjemahkan “hujan awal” sebagai “guru kebenaran”. Adakah ini merujuk kepada Yesus dan/atau orang lain?

 

A: Yoel 2:23 adalah satu nubuatan berhubung Mesias dan Roh Kudus. Hujan dalam Israel adalah sedikit dan mereka telah ditempatkan di situ dalam Kanaan agar mereka berada di dalam hubungan langsung dengan Tuhan. Berkat hujan merupakan petunjuk hubungan tersebut. Ini bertentang langsung dengan Mesir yang bergantung pada pengairan banjir. Tanaman jelai dan gandum bergantung pada hujan yang turun untuk mengembangkan sistem akar mereka dan kemudiannya sistem dahannya dengan betul. Hujan akhir adalah perlu untuk memasakkan gandum bagi tuaian. Namun ia harus tidak terlalu lewat kerana jika ya maka tanaman itu menjadi hitam.

 

Oleh itu, hujan akhir jatuh awal dalam bulan pertama untuk membolehkan Unjukan Berkas serta tuaian berikutnya untuk mencapai perkembangan penuhnya. Kristus adalah anak domba Paskah, namun Dia juga adalah persembahan Unjukan Berkas pada jam 9 pagi hari Minggu. Ini juga memulakan perhitungan ke arah Pentakosta sebanyak lima puluh hari yang jatuh pada hari Minggu pada jam 9 pagi lima puluh hari kemudian.

 

Apabila Kristus ditunjukkan sebagai Unjukan Berkas, pada pagi hari Minggu sesudah kebangkitan malam sebelumnya (lihat Yohanes 20:17), Dia menyuruh Maria Magdalena untuk pergi dan memberitahu murid-muridnya bahawa dia akan pergi kepada BapaNya dan Bapa mereka, TuhanNya dan Tuhan mereka.

 

Lewat hari yang sama sebelum gelap, Dia kembali dan berbicara dengan murid-muridnya serta menghembuskan Roh Kudus atas mereka. Ini merupakan tanda bahawa Dia telah kembali dengan hujan Roh Kudus. Aspek hujan akhir ini mempunyai makna dua kali lipat. Dia adalah Mesias bagi dua kedatangan. Ini adalah hujan awal penanaman dan juga Paskah tuaian itu. Perhitungan Omer telah bermula ke arah tuaian gandum, iaitu tuaian kita sendiri.

 

Hujan akhir akan datang bersama Pemulihan segala sesuatu yang disebutkan oleh Maleakhi. Proses itu sedang mula dilaksanakan sekarang ini. Dalam beberapa tahun, saksi-saksi itu akan ada bersama kita dan kemudiannya neksus hukum itu akan dipulihkan. Kemudian, Mesias akan datang. Maka hujan akhir adalah penurunan terakhir Roh Kudus atas seluruh umat manusia. Namun banyak kesukaran perlu dilalui untuk sampai ke situ, memandangkan kebanyakan umat manusia nampaknya berusaha keras untuk membinasakan dirinya serta tidak memperdulikan Tuhan.

 

Mikha

 

Apakah maksudnya: Akutelah mengutus Musa dan Harun dan Miryam? Apakah simbolisme yang dikaitkan dengan mereka ini apabila kita membaca kitab suci (Mikha 6:4)

 

A: Musa, Harun dan Miryam telah diutus di hadapan Israel apabila mereka dibawa keluar dari negeri Mesir. Simbolisme di sini dalam Mikha 6:4 adalah bahawa Tuhan sedang menyatakan kontroversiNya dengan Israel. Dia bertanya dengan apakah Dia telah melelahkan Israel? Apakah yang dilakukanNya kepada kita? Dia meminta kita untuk bersaksi terhadapNya. Dia telah membawa kita keluar dari Mesir dan Dia telah mengutus pemimpin, imam, dan nabi kepada kita seperti yang diwakili ketiga-tiga orang ini. Dia tidak melakukan apa-apa sebelum memberi amaran kepada umatNya melalui hamba-hambaNya para nabi.

 

Dia mengingatkan Israel tentang apa yang dirancangkan orang Moab di bawah Balak dan bagaimana mereka ingin mempergunakan Bileam bin Beor. Bagaimanapun, Tuhan adalah adil. Dia juga mengatakan bahawa Dia menuntut kita berlaku adil, mencintai kesetiaan, dan hidup dengan rendah hati di hadapan Tuhan kita. Mereka yang kaya kerana menggunakan neraca palsu dan merompak dari golongan miskin. Mereka yang kaya penuh dengan kekerasan dan para penduduk kota-kota kita bercakap dusta dan penuh dengan penipuan.

 

Dia akan memukul Israel kerana patung-patung Omri dan seluruh perbuatan keluarga Ahab yang menyembah Baal-Easter. Kerana ini Dia akan menjadikan kita suatu ketandusan dan pencelaan. Israel masih menyembah dewi Easter itu hingga ke hari ini. Mereka dipenuhi hamba-hamba Baal-Easter dan kumpulan Khemarim, atau imam-imam berjubah hitam, yang menyembah kultus-kultus matahari dan Easter. Hukum-hukum mereka tidak berdasarkan hukum Tuhan dan mereka mengubah hukum-hukum ini setiap hari kepada sistem Eropah palsu ini. Penduduk kota itu ditegur dalam pernyataan ini.

 

Bab 5 menyebut tentang Mesias serta pengasasan Israel olehnya. Bab 6 mencatatkan tegurannya terhadap Israel. Bagi seluruh proses ini, kita melihat satu jangkamasa 2000 tahun atau empat puluh jubli. Mesias datang, dan Yehuda diberikan masa 40 tahun untuk bertaubat namun tidak berbuat begitu, dan mereka telah dihapuskan. Jemaat telah dihantar ke dalam padang gurun selama empat puluh jubli, dan sebuah mazhab baru Melkisedek telah diasaskan. Mesias adalah kepalanya. Sewaktu tempoh ini, Israel diberikan hak pusakanya dan akan ditundukkan di hadapan Tuhannya, dan kemudiannya para bangsa akan dibawa masuk ke dalamnya.

 

Tempoh masa ini dibincangkan dalam karya Jadual Waktu Ringkasan Segala Zaman (No. 272). Karya-karya Mengukur Bait Suci (No. 137) serta Pesanan-pesanan Wahyu 14 (No. 270) juga penting untuk memahami apa yang terjadi.

 

Boleh kamu tolong jelaskan apakah makna Mikha 5:5. Siapakah 7 gembala itu serta 8 pemimpin manusia?

 

A: Mikha 5:2-3 merujuk kepada Mesias dan maksud teks itu dibincangkan dalam karya Mikha 5:2-3 (No. 121). Teks dalam Mikha 5:5 merujuk kepada pencerobohan negeri Israel dalam zaman akhir oleh Asyur. Yesaya 5:3 merujuk kepada Jemaat, yang Kristus telah lepaskan kepada dunia sehinggalah ia mengeluarkan mereka yang tergolong dalam umat pilihan yang telah ditakdirkan. Kemudian, sisa saudara Kristus akan dikembalikan kepada umat Israel, yang juga merupakan Jemaat.

 

Pada hujung zaman itu, akan berlaku satu kesesakan besar dan Mesias akan kembali untuk menyelamatkan mereka yang menunggunya dengan penuh sabar. Dia akan berdiri dalam Israel sebagai gembala besar Israel. Istilah menggembalakan bermakna menjaga sebagai kawanan kambing domba.

 

Bandingkan ayat-ayat berikut dengan ayat ini. Mazmur 80:1; Yeremia 31:10; Yehezkiel 34:23; dan khususnya Kejadian 49:24. Dia akan menjadi besar juga merujuk kepada Mazmur 22:27; 72:8; 98:1; Yesaya 49:5,7; 52:13; Zakharia 9:10. Bahasa Ibrani berkenaan orang Asyur adalah tegas. Istilah-istilah “apabila ia menginjak tanah kita” boleh dibandingkan dengan Yesaya 7:20; 8:7-10; 37:31-36;

 

Turutan bagi apa yang berlaku selanjutnya juga dapat dibandingkan dengan Yesaya 44:28; 59:19; Zakharia 1:18-21; 9:13; 10:3; 12:6. Pada zaman akhir, bangsa-bangsa Israel akan begitu dilemahkan oleh pengkhianatan dari dalam dan kemurtadan, hinggakan orang Asyur akan memasuki Israel. Mereka kemudian akan kembali kepada Mesias dalam pertaubatan.

 

Dalam turutan yang mengikuti, akan dibangkitkan tujuh gembala dan lapan pemimpin utama. Turutan ini belum lagi digenapi. Konsep tujuh gembala adalah seumpama tujuh malaikat kepada tujuh jemaat itu. Lapan pemimpin utama itu adalah seumpama hakim-hakim dalam Israel selaku pemimpin-pemimpin perang. Apa sebenarnya nubuatan ini belum lagi diperlihatkan.

 

Jangkamasa yang ada menunjukkan bahawa ini mungkin berlaku dalam sepuluh tahun selanjutnya. Tujuh bangsa di bawah Efraim akan dikobarkan dengan Manasye sebagai yang kelapan. Sistem Eropah akan sekali lagi memulakan perang itu – Perang Dunia III. Kali ini, rakyat berbahasa Inggeris akan dibinasakan oleh pengkhianatan dari dalam, melalui agensi sistem Eropah ini. Mereka akan bertempur atas tanah mereka sendiri demi nyawa mereka sendiri.

 

Mesias akan kembali dan bangsa-bangsa akan dibawa kepada pertaubatan kerana mereka sendiri hampir binasa sepenuhnya. Zakharia 2:8-13 menunjukkan bahawa Yahovah Semesta Alam mengutus Yahovah ke Yerusalem dalam zaman akhir, dan Mesias akan berdiri di situ untuk melindunginya. Yehuda akan dipulihkan pada zaman akhir, seperti juga Yerusalem.

 

Yesaya menunjukkan bahawa sesudah ini, Asyur dan Israel akan datang beriringan tangan keluar dari utara. Dalam kata lain, Asyur juga akan dibawa kepada pertaubatan. Cuba perhatikan proses itu dalam karya-karya Mengukur Bait Suci (No. 137) dan Jadual Waktu Ringkasan Segala Zaman (No. 272).

 

Teks dalam Mikha 5:7-8 menunjukkan bahawa sisa Yakub akan menjadi kuat seperti singa muda di kalangan bangsa-bangsa lain pada waktu itu. Adanya pembezaan antara negeri Asyur dan Negeri Nimrod dalam teks ini (rujuk Kejadian 10:8-10). Tempat-tempat masuk maknanya laluan-laluan negeri Nimrod.

 

Dalam kata lain, kita akan dibersihkan dari kemurtadan dan kelemahan melalui kesesakan kita serta kekuatan penyelamatan Mesias. Pada zaman akhir, kita pasti akan melalui proses pelemahan dan penguatan itu. Manasye telah memakan dari Efraim, dan kini Efraim harus memakan dari Manasye, namun pada akhir zaman kedua-duanya akan memakan dari Yehuda di bawah Mesias.

 

Zakharia

 

Bilakah kamu fikir nubuatan Zakharia 14 ini akan berlalu?

 

Zakharia 14:16-19 16 Maka semua orang yang tinggal dari segala bangsa yang telah menyerang Yerusalem, akan datang tahun demi tahun untuk sujud menyembah kepada Raja, TUHAN semesta alam, dan untuk merayakan hari raya Pondok Daun. 17 Tetapi bila mereka dari kaum-kaum di bumi tidak datang ke Yerusalem untuk sujud menyembah kepada Raja, TUHAN semesta alam, maka kepada mereka tidak akan turun hujan. 18 Dan jika kaum Mesir tidak datang dan tidak masuk menghadap, maka kepada mereka akan turun tulah yang ditimpakan TUHAN kepada bangsa-bangsa yang tidak datang untuk merayakan hari raya Pondok Daun. 19 Itulah hukuman dosa Mesir dan hukuman dosa segala bangsa yang tidak datang untuk merayakan hari raya Pondok Daun.

 

A: Sesudah kedatangan Mesias, tentera-tentera semua bangsa akan dibawa turun ke  Harmagedon dan ditundukkan. Kemudian Keluaran Besar Kedua akan berlaku. Sistem struktur Milenium akan diasaskan di Yerusalem dan Hukum Tuhan akan dikeluarkan dari situ. Semua bangsa akan dituntut untuk memelihara Hari-hari Suci Alkitab (rujuk Yesaya 66:23) dan mengutus wakil-wakil mereka ke Yerusalem untuk Hari Raya Pondok Daun dan khususnya untuk Pembacaan Hukum Taurat dalam tahun ketujuh. Jika mereka tidak pergi ke Yerusalem setiap tahun, bangsa tersebut tidak akan menerima hujan dan akan menderitai tulah-tulah Mesir. Ini mula berkuatkuasa dari Jubli ke 121, iaitu yang ke 41 sejak Mesias, dan yang ke 50 sejak Pemulihan di bawah Ezra serta Nehemia dan pengeluaran jilid akhir kanun Kitab Suci, yang kita sebut Perjanjian Lama. Lihat karya-karya Jadual Waktu Ringkasan Segala Zaman (No. 272); dan Pembacaan Hukum Dengan Ezra dan Nehemia (No. 250). Ini adalah catatan Kitab Suci dan Kitab Suci tidak boleh dibatalkan. Kosmologi Gereja Roman Katolik dipinjam dari orang pagan dan Gnostik, dan telah sepenuhnya meniadakan doktrin-doktrin Jemaat asal melalui tradisi-tradisi yang diperkenalkan mereka.

 

Kalendar Tuhan

 

Dalam beberapa tulisan literatur, ada rujukan kepada meniup sangkakala pada bulan penuh. Dari pencarian dalam Konkordans Strong’s, saya tidak menemui istilah “Bulan Penuh” walau sekalipun. Perlukah kita menentukan bila bulan penuh berlaku?

 

A: Tidak, ia tidak disebutkan namun ada orang yang cuba menjadikan Mazmur 81:3 berkata “bulan penuh” sedangkan ia sebenarnya adalah “bulan baru” Abib atau tahun baru dalam Abib atau Nisan yang bertujuan sebagai perayaan berupacara Tahun Baru Bulan Pertama. Ia adalah suatu Bulan Baru. Jika Bulan Baru ditetapkan dengan betul menurut konjunksi itu, maka hari-hari raya itu memang akan jatuh pada hari yang betulpun.

 

Perayaan-perayaan adalah berpusat pada dan ditentukan dari Bulan-bulan Baru menurut konjunksi. Aspek-aspek ini dibincangkan dalam karya-karya: Bulan dan Tahun Baru (No. 213); Kalendar Tuhan (No. 156). Ada antaranya yang jatuh pada bulan penuh namun semuanya ditetapkan dari Bulan Baru. Bulan penuh mempunyai signifikans bagi paganisme dan kultus-kultus yang tidak berasaskan alkitab.

 

Disebabkan petikan Yosua 10:13 di mana ia mengatakan bahawa bulan tidak bergerak selama sehari, ada yang telah mengatakan bahawa waktu telah kehilangan dan bahawa kita tidak dapat menentukan hari-hari sebenar yang telah dikhususkan Tuhan untuk ibadah. Adakah hakikat ini memberikan sebarang kesan dari segi kalendar kepada kita hari ini?

 

A: Terdapat beberapa keajaiban yang dikaitkan dengan matahari dan bulan. 2 Raja-raja 20:11 dan Yesaya 38:8 juga menunjukkan bahawa matahari bergerak terbalik. Amos 8:9 mengatakan ia turun pada waktu tengahari. Yesaya 60:20 menyebut “tidak pernah terbenam.” Ianya menjadi gelap Yesaya 13:10; Yehezkiel 32:7; Yoel 2:10:31; 3:15 dan Matius 24:29; Wahyu 6:12; 8:12; 9:2; 16:8.

 

Keajaiban ini akan berulang lagi (Lukas 23:44, 45). Mazmur 19:4-6 mengisahkan pergerakan itu. Hal penting untuk diperhatikan di sini adalah, tidak pernah sekalipun sesiapa nabi-nabi Tuhan mencadangkan bahawa waktu telah kehilangan atau hari telah disalahtempat. Seluruh zaman Bait Suci telah dikawalatur menurut Kalendar dan tidak pernah ada sebarang cadangan, dari zaman Yosua hingga tutupnya Bait itu, bahawa hari Sabat serta hari-hari lain telah disalahtempat. Kristus senyap tentang hal ini dan telah memelihara seluruh kalendar Bait Suci itu.

 

Jika satu hari telah hilang, maka Dia telah ditunjukkan sebagai Unjukan Berkas pada hari yang salah dan tidak hasil sulung terbaik. Tidak pernah ada sebarang cadangan bahawa Sabat telah disalahtempat melainkan bagi beberapa anggota Protestan yang tidak sedia maklum yang cuba menjadikan hari Minggu sebagai hari Sabat. Satu kumpulan lagi dalam Islam yang juga tidak mengetahui, cuba menjadikan hari keenam dalam minggu sebagai hari Sabat dengan menggunakan hujah-hujah yang sama seperti yang digunakan pihak Protestan untuk hari Minggu.

 

Kamu telah mengulas bahawa nombor tujuh adalah signifikan. Adakah sebarang kaitan antara 7 hari dalam minggu dengan rencana Tuhan?

 

A: Ya, nombor 7 adalah simbol kelengkapan rohani sempurna dan ia berkait kepada seluruh penciptaan. Tujuh hari dalam minggu juga adalah dari penciptaan lengkap itu. Sabat Hari Ketujuh adalah sebahagian dari Rencana Tuhan, sebagai satu “Sabbaton” atau minggu yang sempurna yang dijadikan lengkap oleh pendamaian kepada Tuhan pada hari terakhir, iaitu hari Sabat. Orang Ibrani dan Arab sentiasa mengakhiri minggu pada hari Sabat.

 

Minggu tujuh hari datang ke dalam sistem Roma dari orang Mesir. Orang Babilon telah memulakan korupsi minggu tersebut dengan mengira hari ketujuh dari Bulan Baru dan bukannya terasing daripadanya (rujuk ERE, vol. 3, halaman 63). Lihat juga karya Kalendar Tuhan (No. 156).

 

Jubli

 

Apakah itu Jubli, dan jika ada, apakah signifikansnya?

 

A: Jubli adalah kitar lima puluh tahun yang penting dalam kalendar serta Hukum Tuhan. Jubli menentukan kitar-kitar persepuluhan serta hakmilik dan kawalan tanah. Ia memastikan kebebasan dari penindasan dan perhambaan.

 

Jubli adalah satu kitar lima puluh tahun dengan tahun Jubli sebagai tahun kelima puluh, namun bermula dalam tahun keempat puluh sembilan dengan [hari] Pendamaian dan berlanjutan hingga Pendamaian dalam tahun Kelima puluh. Jubli ditiupkan pada Pendamaian. Hukum Taurat dibaca pada tahun ketujuh kitar ini dan juga dengan Jubli ketika semua tanah dipulangkan kepada keturunan pemilik-pemiliknya dalam suku-suku itu. Bermula dari hari selepas Hari Besar Terakhir pada hujung Pondok Daun, tanah-tanah itu kemudiannya dikerjakan. Ini dibuat agar tuaian tersedia semula untuk tuaian jelai pada Paskah serta Upacara Unjukan Berkas dalam Roti Tidak Beragi. Lihat karya-karya Hukum dan Perintah Tuhan Keempat (No. 256); Kalendar Tuhan (No. 156); Pembacaan Hukum Dengan Ezra dan Nehemia (No. 250); dan Pemberian Persepuluhan (No. 161).

 

Kami telah pelajari bahawa terdapat kitar-kitar masa 7 tahun yang serupa dengan minggu 7 hari dan bahawa tahun ke 7 setiap kitar adalah seperti Sabat hari ke 7 di mana adanya perhentian. Kemudian, sesudah 7 kitar ini, atau 7 X 7 (49) terdapat satu tahun perhentian istimewa yang dipanggil Jubli. Bagaimanakah tahun Jubli dihitung sekarang ini? Ia tidak akan memulakan kitar seterusnya sebagai tahun 1, begitukah?

 

A: Jubli dikira sebagai tahun kelapan kitar itu. Ia berlangsung dari Pendamaian tahun Sabat hingga Pendamaian tahun Jubli, tidak seperti tahun-tahun biasa. Ini adalah supaya pemulihan tanah dapat dibuat dan pemegang-pemegang baru dapat memulakan pembajakan serta penanaman untuk tuaian sewaktu Paskah tahun kemudiannya yang juga tahun pertama kitar Jubli dan Sabat baru. Kitar Jubli dibincangkan dalam karya-karya: Kalendar Tuhan (No. 156); Pemberian Persepuluhan (No. 161); dan Hukum dan Perintah Tuhan Keempat (No. 256).

 

Jubli nampaknya “ditiupkan” pada Pendamaian (Imamat 25:7) dan saya andaikan ini adalah hari istimewa sewaktu tahun ke 8 itu. Jika sebenarnya ia bermula dengan Pendamaian, maka di dalam tahun manakah 7 bulan pertama itu jatuh, yang bermula sebaik saja hari terakhir tahun ke 7 sebelumnya? Adakah ia lanjutan tahun ke 7 itu ataupun adakah ruang masa ini tidak dikira sama sekali sehingga Pendamaian? Adakah ini bererti bahawa fungsi-fungsi Jubli bermula pada Pendamaian dan kemudiannya melanjut sebahagiannya ke dalam Tahun Pertama Baru ini?

 

A: Dalam tahun ke 48 kitar jubli ini, iaitu tahun Keenam dalam kitar Sabat Ketujuh, Tuhan memberikan tuaian tiga kali ganda. Tahun seterusnya di mana ini berlaku adalah tahun 2025. Tahun Sabat kitar tersebut bermula pada 1 Abib, seperti semua tahun-tahun lazim. Dari Sangkakala-sangkakala, pembacaan hukum itu disediakan, seperti yang kita perhatikan dalam pemulihan Ezra dan Nehemia. Tahun Jubli bermula dari Pendamaian dalam tahun Sabat dan berlanjutan hingga Pendamaian dalam tahun Jubli. Pada Pondok Daun tahun Sabat tersebut, Hukum dibacakan dan perayaan-perayaan Jubli serta perhentian yang sepatutnya bagi tanah dan pohon-pohon, berlangsung.

 

Dari peniupan Pendamaian dalam tahun jubli, semua tanah dipulangkan kepada para pemiliknya. Hanya rumah-rumah di dalam kota/pekan saja yang boleh dijual sampai bila-bila. Selepas Hari Besar Terakhir yang mengikuti Pondok Daun, seluruh pemulihan itu sudahpun berkedudukan. Ini digelar tahun kelapan untuk tujuan-tujuan perhitungan. Tempoh lima bulan ini digunakan untuk membajak dan menyemai agar tuaian pertama dapat berlangsung pada bulan Abib tahun pertama kitar yang baru itu. Lihat karya-karya Pemberian Persepuluhan (No. 161); Hukum dan Perintah Tuhan Keempat (No. 256); Pembacaan Hukum Dengan Ezra dan Nehemia (No. 250); dan Kalendar Tuhan (No. 156).

 

Dalam satu pertanyaan sebelumnya, ada dikatakan bahawa tahun Jubli adalah dari Pendamaian ke Pendamaian seterusnya atau dalam musim luruh tahun berkenaan. Hasil tanaman yang disimpan, dimakan, dan tidak ada penamanan ataupun pembayaran persepuluhan. Apakah yang berlaku pada lima bulan berikutnya dan adakah bulan-bulan itu berada di dalam tahun ke 50 ataupun tahun 1 kitar seterusnya?

 

A: Alkitab mengatakan bahawa bulan-bulan itu berada dalam tahun kelapan kitar itu, iaitu tahun Jubli. Namun begitu, Jubli yang sebenarnya ditiup dari Pendamaian ke Pendamaian. Itulah sebabnya kenapa terdapat tahun tuaian bertiga dalam tahun ke 48 dari kitar Jubli itu, untuk membolehkan tempoh perhentian lanjutan ini. Persediaan untuk tuaian-tuaian itu harus dilakukan selepas Hari Besar Terakhir dari kitar Perayaan dalam bulan Ketujuh, dan kerana itu, tempoh itu adalah seperti biasa untuk tujuan-tujuan pertanian. Struktur tersebut diperiksa dalam karya-karya Hukum dan Perintah Tuhan Keempat (No. 256) dan Pemberian Persepuluhan (No. 161).

 

Bilakah Jubli itu berakhir? Adakah jubli-jubli berlainan bagi jenis-jenis orang berlainan?

 

A: Hanya ada satu jubli sebenar – jubli Alkitab. Ianya selama lima puluh tahun dan terdiri dari tujuh kitar tujuh tahun dengan tahun kelima puluh sebagai jubli. Jubli juga dipanggil sebagai Tahun yang Diperkenan Tuhan dan telah diisytiharkan oleh Kristus dalam tahun 27 TM, iaitu tahun dia dibaptiskan oleh Yohanes. Penetapan tahun jubli itu dibuat dari sebilangan rujukan-rujukan Alkitab. Lihat karya Hukum dan Perintah Tuhan Keempat (No. 256).

 

Jubli-jubli berlangsung dalam tahun-tahun 27 dan 77 setiap abad dari era terkini, dan tahun-tahun 24 serta 74 SM. Pembacaan Hukum berlaku pada setiap tahun Sabat dan dalam setiap jubli. Jubli diisytiharkan atau ditiupkan dari Pendamaian tahun Sabat ke Pendamaian tahun Jubli. Lihat karya Pembacaan Hukum Dengan Ezra dan Nehemia (No. 250).

 

Pada tahun itu, semua tanah harus dipulihkan dan jubli berperanan sebagai tahun kelapan kitar. Dari hujung Hari Besar Terakhir bagi Perayaan-perayaan Pondok Daun, tanah-tanah dibajak dan disemai untuk Tuaian-tuaian tahun kemudiannya dalam bulan Abib dan terus kepada Tuaian Gandum pada Pentakosta.

 

Hari Tahun Baru bermula pada 1 Abib iaitu kira-kira bulan Mac dalam Kalendar Roma Pagan. Ini dijelaskan dalam karya Bulan dan Tahun Baru (No. 213). Kalendar telah ditetapkan Tuhan sejak Penciptaan dan diperlukan untuk sistem ibadah yang betul. Lihat Kalendar Tuhan (No. 156). Tahun 2000 adalah satu rekaan manusia dan bukannya suatu tahun jubli. Lihat karya Signifikans Tahun 2000 (No. 286).

 

Hari-hari Perayaan

 

Kami diberitahu untuk memelihara hari-hari suci YHVH – di mana Dia menempatkan NamaNya. Dalam dunia hari ini dengan segala kekeliruan dalam jemaat-jemaat, bagaimanakah kami dapat betul-betul mengetahui di manakah Dia menempatkan namaNya untuk hari-hari perayaanNya?

 

A: Mencari tempat di mana Yahovah telah menempatkan namaNya adalah perintah yang sama untuk mengenalpasti tubuh Kristus untuk Paskah. Kita semua diperintahkan unttuk mengenalpasti tubuh Kristus demi menyertai Perjamuan Suci serta turutan Paskah dengan tubuh itu. Untuk melakukan itu, kita lazimnya memeriksa jemaat manakah yang taat kepada doktrin-doktrin Jemaat Tuhan Asal. Pada masa lalu, ini agak mudah kerana kita lazimnya berada di bawah tanah dan ditindas namun setia terhadap kebenaran itu.

 

Doktrin kudrat Tuhan memang sedia difahami, dan Kristus dikenali sebagai Malaikat Besar Perjanjian Lama yang telah menyampaikan Hukum itu kepada Musa, dan tidak pernah dikelirukan dengan Allah Maha Esa. Abad ini, Kalendar Hillel telah diperkenalkan dari Judaisme dalam beberapa cabang, yang telah menjadikan keadaan semakin berbagai-bagai.

 

Tugasnya agak mudah dari luarannya. Kamu harus mencari orang-orang di dunia ini yang melakukan apa yang telah dilakukan oleh Jemaat selama dua ribu tahun; memelihara Kalendar asal dengan semua Sabatnya serta Hari-hari Rayanya (termasuklah acara Unjukan Berkas dan Bulan-bulan Baru) dan menyembah Allah yang Maha Esa dalam nama AnakNya, Yesus Kristus.

 

Sebaik saja kamu menemui mereka, kamu telahpun menjumpai tempat di mana Tuhan telah menempatkan tanganNya dan di mana Kristus akan berada untuk Perayaan itu. Tiada yang telah berubah – hanya ada lebih banyak kepalsuan dan kebingungan dalam zaman akhir. Karya oleh Samuel Kohn, Para Pemelihara Sabat di Transylvania (B4) akan menunjukkan kamu apakah yang dilakukan jemaat sewaktu Reformasi di Eropah. Kita masih melakukan benda yang sama.

 

Jika kaum lelaki harus pergi ke Yudea sekurang-kurangnya 3 kali setahun, pada waktu Paskah, Pondok Daun, dan Hasil Sulung, dan kini Yesus adalah Paskah kita dan Pentakosta adalah Hasil Sulung kita, maka hanya tinggal Pondok Daun saja sebagai Hari Raya yang diwajibkan, bukan? Kenapakah kita ada Acara mingguan untuk mendengar firman itu? Apakah yang dilakukan kaum lelaki Israel pada waktu lainnya dalam tahun? Kita sepatutnya hanya perlu menghadiri acara ibadah sebanyak 2 atau 3 kali setahun.

 

A: Perkumpulan-perkumpulan Tuhan yang diperintahkan terdapat dalam Imamat 23 dan Bulan-bulan Baru dalam Bilangan 10. Sabat adalah perkumpulan diperintahkan serta hari raya Tuhan yang pertama. Oleh itu, ia mendahului yang lain dan semua perkumpulan Tuhan yang diperintahkan berpunca dari teks ini serta perintah Keempat. Jemaat Perjanjian Baru harus memelihara Pentakosta di tempat dan waktu yang betul bersama-sama, dan jika tidak, Roh Kudus pasti tidak turun atas mereka. Sabat mingguan telah dipelihara oleh jemaat Perjanjian Baru; dan begitu juga dengan Bulan-bulan Baru. Mereka juga merayakan Paskah dan Roti Tidak Beragi, Unjukan Berkas, iaitu perayaan pertama Hasil Sulung, Pentakosta, Sangkakala-sangkakala, Pendamaian, Pondok Daun dan Hari Besar Terakhir. Kisah Para Rasul menunjukkan mereka memelihara hari-hari perayaan itu. Kolose 2:16 menunjukkkan bahawa mereka memelihara Sabat, Bulan Baru dan Hari-hari Raya, dan tidak membiarkan sesiapa menghakimi mereka dalam cara mereka memeliharanya.

 

Alkitab cukup jelas, Kristus akan menguatkuasakan hari Sabat, Bulan Baru dan Hari-hari Raya apabila Dia kembali, dan jika kamu tidak memelihara hari-hari ini kamu akan mati kerana kelaparan atau tulah-tulah Mesir (Yesaya 66:23; Zakharia 14:16-19). Saksi-saksi itu adalah yang pertama untuk menangani isu ini apabila mereka tiba ke sini dan Elia memulihkan Neksus Hukum itu serta memulihkan segala sesuatu. Dengan itu, semua perdebatan akan tamat.

 

Apakah sebenarnya “lemak korban hari raya” yang disebutkan dalam Keluaran 23:18?

 

A: Lemat korban hari raya dalam konteks ini adalah sama seperti yang digunakan bagi perintah untuk memakan lemak (sedap-sedapan) dan meminum minuman manis dalam Pemulihan Ezra dan Nehemia (Nehemia 8:10). Ia tiada kaitan dengan pemakanan, ataupun penggunaan lemak binatang. Ia adalah konsep makanan dan minuman hari raya yang dibahagi-bahagikan, serta korban-korban yang dibuat sebaik saja hari raya itu dimulakan. Oleh itu, orang Lewi dan golongan miskin dapat memakan.

 

Itulah sebabnya kenapa hanya ada tiga korban, satu pada permulaan setiap musim perayaan. Persepuluhan Kedua juga digunakan untuk aktiviti ini seperti yang kita lihat dengan perintah Nehemia pada Hari Sangkakala-sangkakala. Lemak korban hari raya, korban-korban itu, tidak dibiarkan sampai pagi. Dalam kata lain, semuanya haruslah dikumpulkan dan digunakan, disebarkan kepada golongan miskin agar mereka juga dapat menikmati hari raya itu pada waktunya.

 

Pentakosta

 

Pada hari apakah Pentakosta?

 

A: Banyak jemaat Kristian, yang merayakan hari-hari kudus Tuhan, menghitung hari Pentakosta dengan mengira lima hari dari hari selepas Sabat mingguan yang jatuh dalam tempoh Roti Tidak Beragi. Ini adalah Persembahan Unjukan Berkas (hari Minggu) yang memulakan perhitungan masa ke Pentakosta. (Imamat 23:15-17).

 

Jemaat mula-mula telah memelihara Pentakosta pada hari Minggu. Hanya orang Yahudi saja yang ada merayakan Sivan 6, dan itupun hanya sesudah Bait Suci itu dimusnahkan. Lihat karya Persembahan Unjukan Berkas (No. 106b).

 

Apakah maknanya Shavuot?

 

A: Catatan: Shavuot = Perayaan Minggu-mingguan atau Pentakosta.

 

“Tidak seperti Hari-hari Cuti lain dalam Tanach [Kitab Suci Ibrani], Perayaan Minggu-mingguan tidak diberikan tarikh tetap dalam kalendar tetapi sebaliknya kita diperintah untuk merayakannya pada hujung satu tempoh 50 hari yang dikenali sebagai “Perhitungan Omer” (Shavuot adalah hari ke 50). Permulaan tempoh 50 hari ini ditandakan oleh pembawaan masuk Korban Omer ke dalam Bait Suci seperti yang kita baca, “Kemudian kamu harus menghitung, mulai dari hari sesudah sabat itu, yaitu waktu kamu membawa berkas persembahan unjukan, harus ada genap tujuh minggu... sampai pada hari sesudah sabat yang ketujuh kamu harus hitung lima puluh hari…Pada hari itu juga kamu harus mengumumkan hari raya dan kamu harus mengadakan pertemuan kudus” (Imamat 23:15-16, 21).”

 

Lewat zaman Bait Suci Kedua, satu perdebatan timbul antara golongan Boethusia dan Farisi mengenai sama ada “hari sesudah sabat” itu [Ibrani: Mimohorat Ha-Shabbat] merujuk kepada hari Minggu sewaktu Hag HaMatzot [Hari Raya Roti Tidak Beragi] ataupun hari kedua Hag HaMatzot (iaitu 16 Nisan). Seperti golongan Boethusia serta Israel Purba sebelum mereka, golongan Karaite menghitung 50 hari Omer itu dari hari Minggu sewaktu Hag HaMatzot [Roti Tidak Beragi] dan berikutan dari itu, sentiasa merayakan Shavuot pada hari Minggu.”

 

Petikan atas diambil dari orang Yahudi Karaite:

 

www.karaite-korner.org/shavuot.shtml

 

Golongan Yahudi Karaite mengikut Judaisme orang Saduki. Tidak kira sama ada Paulus adalah seorang Farisi; golongan Saduki yang menguasai Bait Suci. Penjelasan kumpulan Karaite ini juga menyerupai sistem Jemaat dan Bait Suci Purba di samping orang Samaria.

 

Sangkakala-sangkakala

 

Saya telah membaca karya Sangkakala-sangkakala (No. 136). Saya perhatikan bahawa sangkakala-sangkakala ditiupkan pada perkumpulan yang diperintahkan ini. Adakah sangkakala dibunyikan pada waktu-waktu lain juga?

 

A: Ya, memang betul. Sangkakala-sangkakala ditiupkan pada Bulan-bulan Baru serta hari-hari raya dalam pelbagai bentuk. Ianya baik untuk melihat makna “sangkakala” dalam Kamus Strong’s dan kemudian melihat bilakah ia diperintah ditiupkan. Juga perhatikan karya-karya Kalendar Tuhan (No. 156); Hari-hari Suci Tuhan (No. 97) serta Bulan dan Tahun Baru (No. 213).

 

Patutkah Hari Raya Sangkakala-sangkakala dipanggil Hari Raya Shofar atau Yom Teruah, Hari Peniupan? Dengan menggunakan versi Interlinear Bible (Ibrani, Yunani, Inggeris)

 

A: Imamat 23:24 (Ibrani) Dalam bulan yang ketujuh, pada tanggal satu (2320) bulan itu, kamu harus mengadakan hari Sabat (7677) (Sabbathown) yang diperingati (2146) MENANDAKAN (8643) hari pertemuan (4744) kudus (6944).

Imamat 23:24 (Inggeris) Dalam bulan yang ketujuh, pada tanggal satu bulan itu, kamu harus mengadakan hari Sabat, satu Sambutan yang Diperingati, hari pertemuan kudus.

 

Bilangan 29:1 (Ibrani) Pada bulan yang ketujuh, pada tanggal satu bulan itu, haruslah kamu mengadakan pertemuan yang kudus, maka tidak boleh kamu melakukan sesuatu pekerjaan berat; itulah hari (yom) peniupan (8643) [serunai] (dimasukkan, namun tiada istilah Ibrani atau bilangan baginya) bagimu. 8643 Teruah (Teruwah) sejenis peniupan. 8643 berasal dari 7321, menyakitkan telinga, meniupkan bunyi amaran, jeritan. Menyuarakan (amaran, dengan kuat, berteriak) binasa, melaungkan bunyi sukacita, bijak, menjerit membunyikan amaran, kemenangan.

 

Saya dapati penggunaan kata Sangkakala lazimnya diterjemahkan sebagai Tanduk Domba Jantan dalam Interlinear Bible…iaitu shofar. Sangkakala-sangkakala….2689 Shofar…7782. Adakah Shofar di samping Sangkakala Perak harus dibunyikan? Adakah peniupan…pembunyian amaran itu untuk membangunkan kita kepada peristiwa-peristiwa Pendamaian dan Pondok Daun yang hampir tiba?

 

A: Hari Sangkakala-sangkakala adalah Bulan Baru. Bunyi tanduk domba jantan itu didengari mereka yang memelihara Bulan-bulan Baru. Hari Sangkakala-sangkakala adalah suatu istilah tradisional yang diaplikasikan kepada perayaan itu. Ianya juga satu Bulan Baru dan kerana itu korban dua kali ganda diaplikasikan kepada hari ini dan juga perintah Bulan Baru. 3117 mendahului 8643 dalam Bilangan 29:1 dan Green menafsirkan ini sebagai “hari peniupan sangkakala-sangkakala.” Kita katakan Hari Pendamaian atau Yom Kippur namun, oleh kerana kita lazim berbahasa dalam bahasa Inggeris, kita lebih lazim mengatakannya Hari Pendamaian dan ia memberi makna kepada kita. Kata “teruwah” bermakna suatu “kebisingan” atau “sorakan sambutan: atau “sahutan perang” dan khususnya bunyi sangkakala-sangkakala itu sebagai amaran. Kata tersebut membawa bersamanya makna jelas mengeluarkan bunyi amaran iaitu sebagai bunyi perang sangkakala-sangkakala. Penggunaan sangkakala berlaku di tempat lain dalam Bilangan.

 

Dalam menangani isu Sangkakala-sangkakala ini, kita harus sentiasa ingat bahawa ianya Hari Kudus dua kali ganda, dan aktiviti-aktiviti Bulan Baru juga dilaksanakan. Lihat karya-karya Kalendar Tuhan (No. 156); Bulan-bulan Baru (No. 125); Hari-hari Suci Tuhan (No. 97); dan Sangkakala-sangkakala (No. 136).

 

Banyak kali saya mendengar tentang Sangkakala-sangkakala atau hari mulanya bulan ke 7 yang dirayakan sebagai Tahun Baru Yahudi. Saya tertanya-tanya sama ada ini adalah benar, dan sama ada orang Yahudi telah sentiasa mempunyai ini sebagai Tahun Baru mereka?

 

A: Hari Sangkakala-sangkakala telah sentiasa dirayakan dalam Kalendar Bait Suci, namun ia bukanlah Tahun Baru di bawah sistem Bait Suci. Menurut Mishnah, kita melihatnya menceroboh masuk sebagai Tahun Baru, di samping Tahun Baru 1 Abib atau Bulan Pertama. Perayaan Rosh Hashanah, yang dirayakan orang Yahudi moden, tidak memasuki Judaisme hinggalah abad Ketiga era masakini. Rabbi Samuel Kohn membuat komen ini sebagai bukti pengaruh Yahudi atas sebuah mazhab Sabatarian (pemelihara Sabat) di Eropah sesudah Reformasi. Ini terkandung dalam karya Para Pemelihara Sabat di Transylvania, CCG Publishing, 1998 yang boleh didapati dari pejabat-pejabat CCG di USA dan Australia.

 

Kesan Kalendar Hillel tahun 358 telah dirancang untuk mengutamakan sistem penundaan dalam kalendar Yahudi. Secara efektifnya ia menjadikan Tahun Baru Babilon sebagai cara untuk menentukan permulaan tahun dan dengan efektifnya memindahkan Tahun Baru, dan dengan itu juga semua Hari-hari Suci, sebanyak satu atau dua hari. Akibatnya, Judaisme jarang memelihara kalendar yang betul. Lihat karya-karya Kalendar Tuhan (No. 156); Bulan dan Tahun Baru (No. 213); dan Kalendar dan Bulan: Penundaan atau Perayaan? (No. 195).

 

Pendamaian

 

Oleh kerana setiap firman Tuhan ada tujuannya, apakah maksudnya hari Pendamaian dari Imamat 23:27 dan berikutnya?

 

A: Pendamaian menunjuk ke arah pendamaian Bangsa serta planet ini kepada Tuhan dalam Mesias. Kambing Azazel itu, bila diletakkan dalam padang gurun, adalah simbol pembelengguan Iblis bagi sistem Milenium itu. Aspek ini dibincangkan dalam karya Azazel dan Pendamaian (No. 214). Mula-mula sekali Imam Besar akan melakukan tugas-tugasnya dengan berpakaian lenan, melambangkan Mesias imam dari Kedatangan Pertama. Setelah pendamaian itu dilakukan, Imam Besar itu kemudiannya bertukar kepada pakaian diraja Imam Besar yang melambangkan Mesias Raja pada kedatangan semula Mesias dan dalam Kedatangan Kedua. Lihat juga karya Pendamaian (No. 138).

 

Nampaknya Mesias telah membayar cukai/ufti khusus sewaktu Pendamaian dari teks ini (Keluaran 30:11-16). Jika ini betul, adakah ia kerana dia memelihara seluruh hukum itu, yang menuntut agar ia dibayar walaupun dia menjadi wang tebusannya, pendamaian, kaphar?

 

A: Ya, ini adalah didrachma atau cukai setengah syikal Keluaran 30:11-16. Ia ditunjukkan di sini bahawa kita adalah bebas namun, agar tidak berbuat salah dan melanggar hukum itu sebelum kematiannya dan pendamaiannya, cukai itu dipungut dengan cara ini untuk menunjukkan kepada kita bahawa dia telah membayarnya untuk kita. Teks ini menunjukkan bahawa kita dilarang dari membuat pungutan pada hari Pendamaian kerana ia satu penghinaan kepada pengorbanan Mesias yang mendamaikan. Hanya tiga persembahan/korban setahun sahaja yang dibenarkan mengikut hukum.

 

Mengenai Keluaran 30:13 “Inilah yang harus dipersembahkan tiap-tiap orang yang akan termasuk orang-orang yang terdaftar itu: setengah syikal, ditimbang menurut syikal kudus --syikal ini dua puluh gera beratnya--; 1/2 syikal itulah persembahan khusus kepada TUHAN. Adakah ini bermakna bahawa seseorang itu memberikan satu syikal penuh, dengan 1/2 syikal digunakan untuk penyelenggaraan tempat kudus dan 1/2 syikal lagi adalah persembahan khusus kepada Tuhan?

 

A: Tidak, hanya sekeping setengah syikal saja yang diberikan dalam cukai ini. Ia dikurangkan kepada satu pertiga syikal sewaktu tawanan Babilon itu kerana syikal masa itu adalah tiga puluh gera menurut sistem sukatan dan berat mereka. Cukai ini menunjuk ke arah Penyelamatan Mesias yang telah membayar cukai kita bagi kita sebagai korban yang mendamaikan. Itulah sebabnya kenapa ianya dilarang untuk membuat pungutan pada hari Pendamaian dalam sebarang Jemaat. Ia adalah cukai banci sewaktu Israel purba dan dengan itu, juga terlarang bagi Yehuda dan ianya dibayar oleh Kristus dan kerana itu terlarang juga bagi umat Kristian. Jemaat mula-mula telah memelihara hari ini seperti yang kita lihar dari Kisah 27:9.

 

q