Jemaat
Jemaat Allah Al Maséhi
[060]
FAQ Pelajaran Alkitab
Perbandingan Agama
(Edition 1.1 20000730-20011208)
FAQ
(Frequently Asked Questions), atau Soalan-soalan Yang Biasa Ditanyakan mengenai
Perbandingan Agama disenaraikan di dalam penulisan ini.
Christian Churches of God
E-mail: secretary@ccg.org
(Copyright 2002 Wade Cox)
(Tr. 2002)
Karya tulis ini boleh
disalin semula dan didistribusikan secara bebas dengan syarat ia disalin
semuanya tanpa apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat
penerbit serta notis hakcipta harus disertakan. Sebarang bayaran tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima
salinan yang didistribusikan.
Petikan-petikan ringkas daripadanya boleh dimasukkan ke dalam
artikel-artikel kritis dan karya ulasan tanpa melanggar undang-undang hakcipta.
Karya ini boleh didapati daripada Internet di:
http://www.logon.org
and http://www.ccg.org
Trinitarian/Unitarian…Gereja-gereja yang kurang terkenal—Semi-Arianisme—Arians
Eukumenisme…Penggabungan denominasi-denominasi
Islam…Allah-Ramadan-Qur’an-Khalifah-Imam
Judaisme…Kalendar Hillel
Golongan Protestan…Tahap-tahap dosa—Martin Luther—Fenomena “drop out”
Paganisme/Kekafiran… Para Kristian menentang
Saksi-saksi Yehovah/Jehovah’s Witnesses…Pemindahan darah-Kedatangan Kristus-Kebangkitan-Pencemuhan terhadap JW
Dokrin Jiwa…Kelahiran semula-Jiwa abadi-Salib terbalik-Zaman Kecelakaan Yahudi (Holocaust)--Tradisi Apostolik…Pembaptisan bayi-Lahir Katolik/Mati Katolik
Monasticisme…Apakah dia
Gnosticisme…Ertikata Bythus-Syurga dan Neraka
Khatan/Sunat…Anak-anak baru-lahir bagi orang Kristian
Buddhisme…Tujuan yang sama dengan agama Kristian-Dalai Lama-Chakra-Aspek penyembuhan
Hinduisme…Adakah ia berbentuk ekumenisme-Rig Veda-Perayaan keagamaan
Shamanisme…Definisi seorang Shaman—Jiwa-jiwa dibebaskan dari Purgatori
Freemasonry…Agama atau Kelab—Mithraisme…Misteri-misteri kosmik
Advent Hari Ketujuh/Seventh Day Adventists…Dokrin-doktrin palsu—Assyro-Babylonian…Jari Ashirat-Mother goose-Senarai eponim-Oreb dan Zeeb-Mardi Gras-Pinata-Tantara
Zoroastrianisme…Ahriman
Dokrin Mistik Kristian…Doktrin-doktrin preteris-Darah Suci dan Cawan Suci-Kubur St James-Pemetaan DNA-Hermes-Kultus
Syahadat Kristian (Christianity Creed)…dokumen R
Sistem-sistem Agama Kebangsaan…Holocaust dan Vatican-Scots-Celts-Teori Gaia-Tara-Teori Chaos/Kekacauan-Berkat Toronto-Teks Sumeria
J
– Jawapan
Perosakan Pada Kepercayaan
Bolehkan anda bantu perihal
kepercayaan-kepercayaan asas Islam, Judaisme dan agama Kristian? Saya juga mahu
membuat perbandingan sama ada mereka serupa atau berlainan.
J: Islam bermula dari Adam, dan kepercayaannya serupa melalui
Nuh, Abraham, dan Para Pengetua (Patriarchs).
Agama Kristian, Yahudi dan Islam semuanya mengaku adalah berdasarkan Alkitab
dan Hukum Allah. Namun, mereka semua berbalah antara satu sama lain dalam hal
pengertiannya dan kesejatiannya. Ini seolah-olah pencetus Perang Dunia III.
Gulungan Kitab
(Skrol) Laut Mati menyangkal perakuan agama Islam bahawa Alkitab yang asal
telah hilang. Pemalsuan dan salah tafsir yang berlaku dengan versi King James
(KJV) tidak menolong keadaan. Judaisme/agama Yahudi adalah suatu buatan selepas
zaman Bait Suci yang berdasarkan tradisi, yang menjadikan Alkitab seperti suatu
kepura-puraan saja dan biasanya menyatakan pendirian yang bertentangan dengan
apa yang sebenarnya Alkitab katakan. Kultus-kultus matahari dan misteri, dan
Gnosticisme telah mengkorupsikan agama Kristian. Kesilapan pemahaman Islam
moden telah menghapuskan hubungkait antara Alkitab dan Qur’an (Koran). Islam hanya tulen pada nabi
Muhammad dan Empat Khalifah Terpimpin. Ia dicemari selepas itu.
Anda akan
memahami bagaimana perkara-perkara ini terjadi daripada penulisan-penulisan
berikut: Christ and the Koran [163]; Sabbath in the Qur’an [274]; The Juma’ah: Preparing for the Sabbath [285];
Genesis 22, Judaism, Islam and the
Sacrifice of Isaac [244]. Lihat juga artikel-artikel di dalam siri-siri The Law of God [L1); God’s Calendar [156] dan The Origins of Christmas and Easter [235].
Anda akan ketahui perihal perubahan-perubahan yang telah berlaku selepas zaman
Bait Suci pada ketiga-tiga agama ini dan pencemaran ketiganya demi tujuan
politik.
Oleh kerana kini sebahagian daripada
Skrol-skrol Laut Mati telahpun diperlihatkan kepada orang awam,
sekurang-kurangnya sebahagian daripada golongan beragama Kristian telah
memperbetulkan berbagai doktrin atau dalam kes-kes tertentu, memperkukuhkan
ajaran-ajaran yang sudah lama dipelihara apabila bukti-bukti dijumpai yang
menuliskan kepercayaan-kepercayaan tertentu. Adakah perkara ini berlaku di
dalam Islam atau Judaisme?
J: Tidak; walaupun nampaknya ganjil, mereka semua cuba
bersungguh-sungguh untuk tidak mengendahkan skrol-skrol ini. Islam sudah
beberapa abad lamanya mendakwa bahawa mereka tidak perlu memelihara Hukum,
seperti yang ternyata di dalam Alkitab, dengan alasan ia bukannya teks yang
sama seperti pada zaman Para Nabi dan Bait Suci.
Namun kini,
walaupun ada buktinya, mereka tetap tidak mengendahkan hakikat bahawa
skrol-skrol tersebut menunjukkan bahawa kita mempunyai versi yang serupa,
dengan hanya beberapa pembetulan kecil yang perlu dibuat kerana para guru
Judaisme (rabbinical Judaisme) telah
mengubah teksnya selepas kemusnahan Bait Suci itu (sebagai contohnya, Ulangan
32:8). Judaisme Talmud juga telah memutarbelitkan Alkitab, jadi mereka juga
‘buta’ dan sengaja berbuat demikitan.
Saya diberitahu bahawa tiga agama utama
itu iaitu Kristian, Islam, dan Judaisme semuanya mempunyai struktur monoteistik
(kepercayaan bahawa ada satu Allah saja). Adakah ini benar, dan bolehkah anda
terangkannya?
J: Ketiga-tiga agama Kristian, Islam dan Judaisme semuanya berdasarkan
pada kepercayaan yang sama dan kerana itu bersifat monoteis. Teisme Rasional,
Alkitab, dan ketiga-tiga iman yang terbit daripadanya adalah pada dasarnya
bersifat Monoteis.
Masalah timbul
dengan penerapan fahaman kultus-kultus matahari dan dengan kemasukan struktur
pagan yang berasaskan Tuhan Bertiga (Triune
God). Agama Kristian, dengan sistem bertiga ini, bukan bersifat monoteis.
Islam, apabila ia membentuk sistem-sistem bertiga, yang berpusat pada Ali
contohnya, juga bukan monoteis.
Struktur monoteisme
berasal daripada kewujudan satu Allah sejati, yang satu-satunya adalah kekal
abadi dan melalui kehendakNya semua makhluk lain wujud serta bekerja. Itulah
dia monoteisme dan itulah struktur Alkitab. Topik ini diliputi di dalam
penulisan Ancient Monotheism [G1].
Trinitarian/Unitarian
Trinitarian –
percaya Allah adalah Tiga; Unitarian – percaya Allah adalah Satu
Bolehkah anda kenalkan beberapa gereja
bukan Trinitarian yang kurang diketahui? Apakah kepercayaan-kepercayaan mereka
yang lain? Di manakah mereka berpusat?
J: Gereja Kristian terpisah kepada dua kumpulan, iaitu
Unitarian dan Trinitarian selepas majlis-majlis abad keempat. Pada dua abad
pertama, semua orang adalah Unitarian di mana mereka percaya bahawa Kristus
adalah Malaikat Agung Perjanjian Lama. Para Trinitarian tidak wujud lagi di
dalam agama Kristian. Yang ada hanyalah mereka yang kafir di Rom dan menyembah
Jupiter, Juno, dan Minerva sebagai Anak Dara Suci (Immaculate Virgin).
Sistem
Binitarian yang melibatkan penyembahan dewa Attis telah menyusup masuk ke dalam
agama Kristian dari Rom dan juga melibatkan penyembahan Adonis dari timur. Ia
telah diterima sebagai Modalisme pada abad ketiga dan menjadi Binitarianisme di
Nicaea pada tahun 325 pada abad keempat. Selepas Trinitas diterima dari
Constantinople pada 381, keimanan telah berpecah semula. Ia berpecah disebabkan
pengenalan Easter pada abad kedua. Lihat pada karya The Quartodeciman Disputes [277]; dan The Origins of Christmas and Easter [235].
Para Unitarian
telah berbalah dengan para Trinitarian selama beberapa abad lamanya. Lihatlah
pada karya The Unitarian/Trinitarian Wars
[268]. Para Unitarian ini adalah pemelihara Sabat. Mereka disalahnamakan
sebagai golongan Arian. Keluarga Muhammad berasal daripada keturunan pemelihara
Sabat ini.
Pada abad
keempat, Gereja Abyssinia telah menghantar biskup utama (archbishop) mereka ke China melalui India. Dia telah mendirikan
golongan Kristian di China, yang merupakan golongan Unitarian pemelihara Sabat.
Ramai daripada golongan ini juga terbentuk di kalangan persekutuan-persekutuan
dagangan orang Arab yang menjadi Muslim. Mereka ini digelar sebagai Hue Hue.
Butir-butirnya ada di dalam penulisan General
Distribution of the Sabbath-keeping Church [122]. Golongan pemelihara Sabat
masih wujud lagi di China dan terdapat seramai sejuta orang di dalam golongan
ini. Ramai yang telah membentuk fahaman Sabellianisme yang menyimpang, dan kini
berlainan daripada doktrin-doktrin asal. Ada antara mereka yang menganggap
Yesus sebagai Allah dan Bapa.
Pada waktu
Reformasi, Jemaat Unitarian telah berpecah kepada dua cabang. Satu adalah unsur
radikal Unitarian, yang terbentuk dari kalangan kumpulan-kumpulan Protestan dan
memelihara hari Minggu dari tempoh Katolik mereka. Unsur yang satu lagi
datangnya dari Jemaat Waldenses pra-Reformasi (pre-Reformation Waldensian Church) dan mereka ini adalah pemelihara
Sabat. Keturunan mereka ada di Eropah sehingga hari ini. Masalah-masalahnya
boleh dilihat di dalam karya-karya: The
Role of the Fourth Commandment in the Historical Sabbath-keeping Churches of
God [170]; dan Socinianism, Arianism
and Unitarianism [185].
Sistem Unitarian
radikal menyangkal pra-kewujudan Kristus dan, dari segi sejarah, merupakan
suatu inovasi yang agak baru. Islam juga telah membentuk idea ini lebih awal
lagi. Ini bukanlah doktrin Unitarian asal, mahupun Islam, mahupun Judaisme asal
yang berasaskan Kitab Suci, berkenaan Mesias. Sejarah tentang apa yang terjadi
kepada Gereja di Transylvania terkandung di dalam karya Rabbi Samuel Kohn, The Sabbatarians in Transylvania, CCG
Publishing, USA, 1998. Lihat juga karya The
Pre-Existence of Jesus Christ [243] untuk butir-butir yang lain dan
syahadat (creed) orang-orang Goth.
Sehinggalah
beberapa dekad yang lalu, kesemua Jemaat Pemelihara Sabat adalah mereka yang
bukan Trinitarian. Gereja Advent Hari Ketujuh (Seventh Day Adventist) menjadi jemaat Trinitarian, secara formalnya
selewat-lewatnya tahun 1978. Gereja Allah Seluruh Dunia (Worldwide Church of God) pada tahun 1993/94 dan Gereja Tuhan (Church of God/SD) di Denver menjadi
jemaat Binitarian pada tahun 1995. Konferens US yang lain menjadi diteis.
Jemaat-jemaat
Tuhan yang lain berkisar daripada Trinitarian, ke Binitarian, ke Diteis. Satu
daripadanya, iaitu Jemaat-jemaat Kristian Allah (CCG), adalah Unitarian asal
dan berpegang pada kepercayaan-kepercayaan abad pertama. Golongan Unitarian
Universal adalah apa yang digelarkan Unitarian radikal, seperti juga Konferens
Umum Jemaat-jemaat Allah di Georgia.
Saya pernah mendengar mengenai Arianisme,
tapi apakah itu Semi-Arianisme, yang saya dapati jarang disebutkan?
J: Istilah Arianisme digunakan untuk menutupi struktur
Unitarian yang mengakui pra-kewujudan Kristus dan bertujuan untuk menghadkannya
kepada zaman Arius, daripada Alexandria, dan juga konflik-konflik yang tertumpu
di sekitar Majlis Nicaea pada 325.
Kumpulan yang
juga terbit daripada pertelingkahan tersebut, yang digelar kumpulan Masedonia (Macedonian faction), juga dipanggil
semi-Arianisme. Kebanyakan nomenklatur dan penggunaannya timbul daripada propaganda
Trinitarian. Lihatlah karya-karya Arianism
and Semi Arianism [167]; Socinianism, Arianism and Unitarianism
[185]; Binitarianism and
Trinitarianism [076]; The Holy
Spirit [117]; Consubstantial with the Father [081] dan The Development of the Neo-Platonist Model [017].
Bolehkah anda jelaskan beberapa
kekeliruan berkenaan identiti kumpulan Arian yang timbul apabila meneliti
perbalahan-perbalahan antara kumpulan-kumpulan Unitarian/Arian dengan
Athanasian/Trinitarian?
J: Kekeliruan ini sengaja diperkenalkan oleh para Trinitarian
untuk membuatkan seolah-olah doktrin Unitarianisme bukanlah berasal daripada
Jemaat awal, tetapi daripada Arius iaitu seorang paderi utama atau presbyter di Alexandria. Kadangkala, ia
juga dirujukkan sebagai Eusebianisme, kerana Eusebius lebih senior kepada
Arius. Arius asalnya tidak berada di Nicaea, dan hanya dipanggil bila
diperlukan, sebagai penasihat ke atas logik.
Terdapat juga
sebilangan biskop-biskop lain di situ yang telah dilatih oleh Lucian daripada
Antiokhia (Antioch), iaitu seorang
ahli teologi Gereja yang hebat dari penghujung
abad ketiga hingga permulaan abad keempat. Pada hakikatnya, Arius
hanyalah salah seorang daripada sebarisan orang, sejak Kristus dan Para Rasul
lagi, yang bersifat Unitarian semuanya. Trinitarianisme adalah produk Abad
Keempat. Kerana itu mereka terpaksa mengeruhkan isu ini dengan propaganda dan
melabelkannya sebagai Arianisme. Mereka juga menggelarkannya sebagai suatu
agama yang menyimpang (heresy),
walaupun sebenarnya, kesemua umat percaya sebelum itu (Ante-Nicene atau
Pra-Nicene) merupakan Unitarian untuk selama 200 tahun pertama iman ini.
Justin Martyr,
di dalam pengakuannya akan kepercayaan agama Kristian kepada Maharaja di Rom
pada sekitar tahun 150, dengan jelas mengenalpasti Kristus sebagai Malaikat
Yahovah yang telah memberikan Hukum kepada Musa di Sinai. Sukar untuk kita
menggelarkan Justin dan Jemaat di Rom sebagai golongan Arian, kerana Arius
hanya dilahirkan satu setengah abad kemudiannya. Lihat pada karya-karya Early Theology of the Godhead [127]; Consubstantial with the Father [081]; Socinianism, Arianism and Unitarianism
[185].
Eukumenisme
Adakah penggabungan tangkal-tangkal itu
untuk membentuk satu anak lembu menubuatkan penggabungan masa hadapan antara
agama-agama banyak kepada satu agama yang bersatu? Kita telah mendengar pasal
penggabungan baru-baru ini antara beberapa denominasi contohnya antara Lutheran
dengan Katolik. Adakah ini akan berterusan sepertimana yang mungkin telah
dinubuatkan oleh kejadian Anak Lembu Emas?
J: Engkau mungkin betul. Alkitab menyatakannya sebagai Rahsia,
Babel yang Besar, Ibu kepada Pelacur. Dengan itu, ‘pelacur beragama’ dari
kultus-kultus Misteri, yang dilambangkan oleh Anak Lembu Emas ini, adalah
sebahagian daripada sistem yang sama. Mereka semuanya bersatu untuk menentang
Mesias tetapi mereka sendiri akan dimusnahkan oleh Binatang itu pada hari-hari
terakhir. Israel telah dipaksa untuk memakan emas yang membentuk anak lembu itu
dengan meminum air emas yang dicampurinya. Ini juga adalah nubuatan.
Islam
Setahu saya, orang-orang Muslim menyembah
Allah. Adakah ini satu-satunya Tuhan mereka dan jika iya, bagaimanakah mereka
mendapatkan nama ini untuk Dia?
J: Nama bahasa Arab ini, “Allah” berasal daripada perkataan
Aramaik Timur atau Kasdim, “Elahh.” Ia membawa maksud “satu” (singular) dan
bukan “banyak” (plural). Dia adalah satu-satunya Allah Sebenar di dalam
Alkitab, “Eloah.” Bentuk singular ini “Eloah” dan “Elahh” menjadi bentuk plural
dengan “Elohim” (bahasa Ibrani) dan “Elahhin” (bahasa Kasdim).
“Elohim” boleh
digunakan secara singular dan dengan itu boleh digunakan untuk merujuk kepada
“salah seorang daripada Elohim.” Apabila ia digunakan bagi menunjuk kepada
“Eloah”, penggunaannya adalah “ha Elohim” atau “Elohim itu” atau “Allah itu.”
Dalam Yunani, amalan ini berterusan di dalam bahasanya Koine sebagai “Ho Theos”
dan “Theos” atau “ton Theon” atau secara ringkasnya “theos” untuk merujuk
kepada elohim. Bagi memberi maksud plural bagi elohim ia menjadi “theoi.” Islam
mengenali Allah Benar yang Tunggal di Yohanes 17:3 sebagai “Allah.”
Orang Muslim memelihara puasa selama
sebulan (bulan kesembilan) jadi saya terfikir kalau-kalau puasa ini ada asas
Alkitabnya. Jika tidak, adakah Alkitab mewajibkan umat Kristian berpuasa pada
masa-masa tertentu?
J: Qur’an memerintah supaya orang percaya memelihara bulan
puasa. Ini adalah bulan persediaan, yang kini telah berubah, seperti juga
perayaan-perayaan yang lain, kepada suatu sistem kekafiran.
Lent adalah
suatu pemutarbelitan kepada persediaan bagi bulan pertama untuk memelihara hari
Paskah sepertimana pada Hukum Alkitab. Sistem pagan telah mengubahnya, seperti
juga nampaknya dengan Ramadan. Catatan Alkitab mengenainya bertentangan dengan
perayaan ini dan Qur’an hanya menyatakan untuk memelihara bulan puasa, yang
kita fahami sebagai jangkamasa daripada 1 Abib atau Nisan sehingga penghujung
perayaan Roti Tanpa Ragi pada 21 Abib.
Saya seorang Muslim dan mempunyai sebab
tersendiri bagi meneliti apa yang tertulis di dalam Perjanjian Lama – kerana ia
sememangnya berpadanan rapat dengan banyak cerita yang terdapat di dalam
Qur’an. Saya tidak tahupun di mana saya harus bermula bagi Perjanjian Baru.
Siapakah penulis-penulisnya? Berapa tahun mereka hidup selepas Yesus/Isa?
Secara amnya adakah semua Kristian memberi taraf yang sama kepada Perjanjian
Lama dan Baru? Saya bertanya kerana ramai mualaf (orang yang telah memeluk
agama Islam dari agama lain) telah telah meminta agar menyelesaikan persoalan
ini selepas mereka menjadi Muslim. Ringkasnya kami mahu supaya agama diperhatikan
dari suatu perspektif sejarah.
J: Jawapannya juga boleh didapati di dalam Qur’an. Sewaktu
Perjanjian Baru ditulis, Kitab Suci (Scriptures)
bermaksudkan Perjanjian Lama. Perjanjian Baru merupakan penerangan kepada
tujuan bernubuat Perjanjian Lama. Maka, ia adalah suatu komentari, seperti juga
Qur’an adalah suatu komentari, tentang Hukum Allah.
Dengan
penelitian, kita lihat bahawa Wahyu Allah diberikan daripada Adam kepada Nuh,
dan kepada Abraham/Ibrahim serta Ishak dan Yakub, dan kepada Musa dan Harun,
dan kepada Kristus dan Para Nabi. Muhammad dan Empat Khalifah Terpimpin
memahami Al Islam. Selepas itu, ia jatuh daripada kesucian asal imannya.
Perkara yang
sama berlaku kepada umat-umat Kitab Suci. Sejarah mereka diberitakan di dalam
karya General Distribution of the
Sabbath-keeping Churches [122] dan The
Role of the Fourth Commandment in the Historical Sabbath-keeping Churches of
God [170].
Muhammad telah
menyuruh untuk memelihara Sabat dan barangsiapa yang tidak berbuat demikian
adalah seekor kera. Seperti Kristus (Isa) dan Para Rasul, kesemua umat Al Islam
dari Adam hinggalah Kristus telah memelihara Sabat. Tetapi mereka yang
mempercayai dusta telah memutarbelitkannya dan mengubah hari penyembahan iman
ini kepada hari Minggu. Mereka juga memperkenalkan hari Easter bagi penyembahan
terhadap Dewi dahulukala tersebut, yang telah menyebabkan kejatuhan kedua-dua
orang Israel dan Arab serta Keturunan Keturah. Dengan cara yang sama, Juma’ah
telah dihadkan kepada sesi sembahyang Jumaat dan Sabat telah dilupai di dalam
Islam. Lihatlah karya The Sabbath in the
Qur’an [274], dan juga The Juma’ah:
Preparing for the Sabbath [285].
Begitu juga,
orang-orang pendusta ini telah mencipta konsep Trinitas dan memperkenalkannya
pada abad keempat. Ini telah menyebabkan perpecahan besar di dalam agama
Kristian. Qur’an merujuk kepada kedua-dua kumpulan ini. Umat-umat Kitab Suci
dilihat daripada Surah II: 105, 111 dan seterusnya, 120, 144; Surah III: 23, 64
dan seterusnya, 98, 110 dan seterusnya, 186, 199; Surah IV: 44, 123, 153 dan
seterusnya, 171; Surah V: 5, 15, 19 dan seterusnya, 59, 65, 68, 77; Surah XXIX:
46; Surah XXXIII: 26; Surah XCVIII: 1 hingga akhir; Surah LVII: 29.
Keluarga Nabi
memiliki teks-teks Alkitab. Kita tahu bila mereka ditulis dan kita tahu bahawa
teks-teks ini semuanya betul. Skrol-skrol Laut Mati menunjukkan kepada kita apa
dia teks-teks yang dipunyai oleh Nabi, dan bahawa mereka adalah serupa dengan
apa yang ada pada zaman Kristus dan juga bahawa Eloah tidak pernah berubah.
Cerita rekaan diperkenalkan yang memberitahu bahawa teks-teks asal telah hilang
semasa zaman kekuasaan khalifah yang terkemudiannya, untuk mengelak daripada
memelihara hukum ini. Seperti yang diperkatakan oleh Nabi, mereka tidak dapat
tunggu untuk sesi sembahyang tamat supaya mereka dapat teruskan dengan
perdagangan mereka pada hari Sabat. Umat-umat Buku (Kitab Suci) itu telah
diberikan perlindungan di bawah Khalifah-khalifah Terpimpin, dan mereka
disahkan dan hidup di kalangan Islam tanpa dianiaya sehinggalah abad ini.
Perjanjian Baru
telah ditulis oleh anggota-anggota Jemaat abad pertama. Rasul-rasul Matius dan
Yohanes menuliskan injil mereka masing-masing, dan murid-murid iaitu Markus dan
Lukas pula yang menulis injil mereka. Tulisan-tulisan Paulas adalah yang sejati
dan Buku Ibrani diandaikan telah dimulakan oleh Paulus dan diakhiri oleh
seorang lagi murid, mungkin sekali Barnabus. Yohanes diterima sebagai penulis
injil, surat-surat dan Wahyu diberikan kepadanya apabila Allah memberikannya
kepada Mesias.
Sejarah canon (prinsip atau hukum gereja)
dihuraikan di dalam karya The Bible [164].
Ini akan memberikan lebih banyak maklumat terperinci. Orang-orang asal buku itu
masih ada lagi, tetapi mereka tinggal minoriti. Ada tertulis: “sesungguhnya
kami memberikan kepada Musa Kitab Suci dan kami menyebabkan sebilangan orang
pengutus berita untuk mengikutiNya, dan kami memberikan kepada Yesus anak
Mariam bukti-bukti yang jelas dan kami telah menyokong mereka dia di dalam Roh
Kudus. Pernahkah terjadi di mana apabila datang seorang pengutus berita
kepadamu dengan berita yang tidak kamu inginkan, kamu menjadi sombong dan beberapa daripadanya kamu tidak percaya
dan beberapa lagi kamu sembelih?”
Adakah Allah
Yang Maha Pemurah, Maha Mengasihani, Allah Sebenar yang Tunggal, telah
kehilangannya sepertimana yang diakui oleh beberapa Imam? Atau adakah Dia tidak
cukup berkuasa untuk menampung kata-kata nabiNya bagi sepanjang zaman?
“Dan mereka
mengatakan hati kami menjadi keras.
Bukan tetapi Allah telah menyumpah mereka kerana tidak percaya. Sesungguhnya
kecil sahaja percaya mereka.”
Daripada apakah
manusia dicipta. Dia ditebus dengan campuran darah dan air, yang mengalir
keluar dari samping Mesias iaitu Al Tarikh: Bintang Fajar yang baru. Lihatlah
karya yang meneliti hal ini iaitu Christ
in the Koran [163]. Karya-karya di www.logon.org
juga terdapat di dalam bahasa Arab dan bahasa-bahasa lain.
Perjanjian Lama
diterangkan oleh Perjanjian Baru, dan Qur’an tidak boleh difahami tanpa Alkitab
kerana ia adalah komentari yang memperkemaskannya. Hanya ada satu saja Al Islam
dan ia telah diberikan sejak dari mula lagi dan semua manusia diwajibkan
memelihara hukum-hukum Allah yang hidup, Eloah atau Allah’. Anda tidak boleh
menjadi Muslim yang sejati seandainya anda tidak memelihara Sabat/Sabtu.
Bolehkah and terangkan apa dia seorang
Khalifah? Juga, adakah pangkat atau orang ini (apa sekalipun dia ini) tetap
beroperasi pada hari ini?
J: Pangkat Khalifah adalah sebagai seorang ketua di dalam
Islam.
Ia berasal
daripada perkataan Arab “khalifah” yang bermaksud pewaris. Bentuk yang
digunakan sekarang adalah Khalif. Kamus Universal Oxford menyatakan bahawa
sebutan panjang a tersebut tidak
baik.
Ia adalah
pangkat Muslim bagi ketua agama dan sivil selaku pewaris kepada nabi Muhammad.
Bidang kekuasaannya dipanggil Khalifat (Caliphate).
Empat khalifah
pertama telah digelar sebagai Empat Khalifah Terpimpin Benar (Four Rightly Guided Caliphs).Selepas itu
Islam boleh dikatakan telah merosot secara teologi di bawah golongan Ummayid
dan Abbasid. Ada suatu siri karya pasal Islam di www.ccg.org
di Internet dan juga berkenaan kejatuhan Yerusalem di bawah Omar di dalam
penulisan Golgotha: The Place of the
Skull [217]. Sila rujuk juga di dalam buku Mysticism pada bab 5 yang bertajuk Islam, CCG Publishing 2001 pada www.ccg.org/english/s/B7_5.html.
Bolehkah anda terangkan apakah dia
seorang Imam dan bagaimana seseorang itu menjadi Imam?
J: Ada dua maksud dan penggunaan bagi Imam. Gelaran ini
bermakna pergi ke hadapan atau mendahului. Ia digunakan bagi imam yang bertugas
di sesuatu Masjid (Muslim).
Ia juga
digunakan sebagai gelaran kepada pelbagai pemimpin Muslim atau ketua
termasuklah para Khalifah dan bangsawan-bangsawan bebas. Lazimnya ia memerlukan
seseorang itu belajar dan diterima oleh sesuatu masyarakat Muslim.
Judaism
Apakah penangguhan (postponements) yang dibuat oleh Kalendar Yahudi atau Hillel?
J: Kalendar Hillel menangguhkan Perayaan-perayaan bulan Ketujuh
dengan “penangguhan-penangguhan” yang diperkenalkan, yang pada asalnya dibentuk
pada tahun 344 oleh dua rabbi Babel (Babylon)
dan diperkenalkan di bawah Rabbi Hillel II pada 358 TM (Tahun Masehi). Mereka
tidak disiapkan sehinggalah abad kesebelas. Sejak abad kesebelas perayaan Rosh
Hashanah yang telah diperkenalkan pada abad ketiga Selepas Masehi dari Babel ke
dalam Judaisme, telah digunakan untuk menentukan pengiraan bulanan dan sebagai
hari Tahun Baru. Pada tahun 2000 perayaan Rosh Hashanah ini menangguhkan hari
Pendamaian (Atonement) daripada
Tarikh sebenarnya yang bersepadan dengan Sabat 7 Oktober sebanyak dua hari
sehinggakan hari Pendamaian ini bermula pada petang 8 Oktober dan melalui hari
Minggu malam dan Isnin 9 Oktober.
Ini adalah dua
hari lebih lewat daripada kalendar bait suci dahulukala yang mengikut tatacara
yang menentukan permulaan bagi setiap bulan dengan hari Tahun Baru sebenar yang
jatuh pada bulan Abib iaitu bulan pertama, berpatutan dengan Hukum Allah.
Lihatlah pada karya-karya God’s Calendar
[156]; The Moon and the New Year
[213]; The Calendar and the Moon
Postponements of Festivals? [195].
Pandangan
Kristian yang asal mengenai hari Pendamaian boleh dilihat dari karya-karya Atonement [138]; dan Azazel and Atonement [214]. Kunci kepada
Pendamaian adalah pertaubatan dan kembali kepada penurutan Hukum-hukum Tuhan.
Golongan Protestan
Kebanyakan Protestan mengatakan bahawa
dosa, kecil atau besar, adalah tetap dosa. Adakah anda percaya adanya
tahap-tahap dosa?
J: Golongan Protestan berpendirian teguh dalam hal berkenaan
asal-usul dosa. Alkitab menyatakan dengan jelas bahawa dosa adalah pelanggaran
hukum (1 Yohanes 3:4). Namun begitu, mereka tidak memelihara hukum Allah secara
amnya dan bergantung pada majlis-majlis abad keempat untuk variasi-variasi
Hukum yang diperkenalkan kepada jemaat. Mereka hanya berdasar kepada Augustine
bagi teologi yang tersalur daripada perubahan-perubahan tersebut dan juga
penumpuan perbincangan tentang Allah pada peringkat intra-ketuhanan.
Itulah sebabnya
kenapa Reformasi Protestan telah gagal. Ia gagal kerana fahaman Protestan tidak
pergi lebih jauh daripada Augustine dan memulihkan iman yang asal. Dengan itu,
mereka tidak boleh berhadapan dengan dosa dengan cara yang betul. Pengakuan-pengakuan
Protestan di dalam Reformasi itu, semuanya melibatkan Hukum Bersepuluh, namun
mereka tidak memelihara sempurna yang Keempat dan yang Pertama, dan mungkin
sekali juga yang Kedua.
Doktrin
menyatakan bahawa jika anda melanggar satu hukum, ertinya anda melanggar
seluruh hukum. Juga, sesiapa yang bukan di dalam iman adalah di dalam dosa
(Roma 14:23). Hormat akan orang tertentu juga adalah dosa, dan dalam hal ini,
jemaat telah tidak mencukupi syaratnya (Yakobus 2:9). Yohanes menyatakan bahawa
ada dosa yang tidak membawa kepada maut. Ini bermakna bahawa dosa-dosa yang
terlekat pada kita dalam perjalanan tahunan kita, dicucikan bersih dan kita
tetap dibenarkan tinggal di dalam tubuh Kristus dan Kebangkitan Pertama yang
disebutkan dalam Wahyu 20. Mereka yang melakukan dosa dengan sengaja akan
dihantar terus kepada kebangkitan kedua dan berhadapan dengan kematian kedua.
Barangsiapa yang dilahirkan di dalam Allah tidak berdosa lagi (1Yohanes 3:9).
Pembezaan di
dalam dosa ini membentuk dasar bagi pandangan-pandangan mengenai dosa yang
mematikan dan dosa yang boleh diampuni. Gereja pada umumnya telah menjadikan
pembezaan ini kepada suatu mainan selang abad-abad lalu, namun pembezaan inilah
yang membentuk doktrin asal Jemaat Perjanjian Baru. Dosa penzina dari Korintus
itu begitu besar sehingga dia “diserahkan kepada Iblis” agar nyawanya boleh
diselamatkan pada hari-hari terakhir (1 Korintus 5:5). Dengan itu dia dibuang
daripada Jemaat dan daripada penghakiman sehinggalah dia bertaubat. Dalam kata
lain, dia dibiarkan ke kebangkitan kedua supaya dia boleh diselamatkan. Dia
telah diberikan peluang itu untuk bertaubat dan nampaknya dia benar-benar
bertaubat.
Kini ada
cabang-cabang Antinomianisme yang mungkin disalahanggap sebagai Protestanisme,
yang menyatakan bahawa hukum Allah telah dibuang sama sekali (iaitu dipakukan
kepada Stauros di dalam Kolose 2:14), dan dengan itu tidak mungkin ada dosa
lagi berdasarkan keadaan ini. Pandangan ini sedang berkembang dan meningkat di
seluruh dunia.
Lihat
karya-karya The Origins of the Wearing of
Earrings and Jewellery in Ancient Times [197]; The Origins of Christmas and Easter [235] dan juga The Golden Calf [222].
Apakah status Martin Luther? Saya tahu
bahawa dia telah dibuang gereja tetapi adakah dia telah dipulihkan ke dalam
iman? Jika iya, kenapa pula dia dipulihkan? Bukankah dia telah menyimpang dari
kebenaran?
J: Kesan daripada Vatican II adalah untuk memulihkan
Gereja-gereja Protestan kepada perhubungan dengan Rom dan dengan itu, golongan
Protestan kini hanyalah saudara yang terpisah dan bukan lagi agama yang
tersimpang.
Vatican I di
bawah Pius IX membawa kesan menguatkuasakan Perintah (Bull) Unam Sanctam.
Tujuannya dinyatakan pada ruang tepi. Tajuk ruang dan tafsiran serta tujuannya
disertakan di dalam karya Theory of the
Just War [110].
Untuk membuka
dialog, Vatican II telah dimulakan di bawah John XXIII dan diteruskan oleh Paul
VI. Ada perpecahan yang serius di dalam gereja sekarang ini dan untuk memuaskan
hati mereka yang berkeras menentang, suatu pernyataan doktrin yang baru telah
dikeluarkan oleh pihak Vatican yang dipanggil Perkumpulan Kudus Doktrin Iman.
Dasar-dasar bagi
Pemeriksaan Penghukuman (Inquisition)
telah didirikan di bawah pimpinan John Paul II dan kebimbangan tentangnya telah
disuarakan oleh anggota-anggota Roman Katolik yang terserlah, contohnya Morris
West. Percubaan-percubaan terkini untuk mewalikan (canonisation) John XXXIII dan Pius IX menyebabkan bermacam pendapat
bertentangan timbul di dalam gereja. Satu daripadanya mengatakan bahawa kita
sedang kembali kepada cara-cara lama, sementara yang satu lagi menyatakan
bahawa kita meneruskan proses pemodenan. Ini adalah suatu helah psikologi yang
signifikan. Helah itu adalah dengan memperkenalkan suatu perubahan yang tidak
mungkin diterima dan pada masa yang sama, menyangkal terjadinya apa-apa
perubahan.
Mereka yang
tidak mahu apa-apa perubahan tidak akan berganjak dari pendirian mereka, dan
begitu juga dengan mereka yang mahukan perubahan, masing-masing berpaut pada
aspek yang mereka inginkan. Lambat-laun, pihak yang membangkang akan binasa
seperti katak di dalam air panas. Oleh itu, dalam ertikata ini, kita ada Luther
yang menyimpang, Luther yang kudus yang memperkukuhkan gereja, dan hasilnya
tetap Luther yang menyimpang. Bolehkah Martin Luther yang sejati tolong
tunjukkan dirimu? Begitu juga dengan Canterbury dan kumpulan
Anglikan/Episkopalian. Perhatikan tentangan dari Canterbury terhadap pengumuman
terakhir Ratzinger daripada Pemeriksaan Vatican (Vatican Inquisition).
Setakat lewat abad ke 20, fenomena “drop
out” (perhentian keanggotaan) telah timbul sebagai suatu daya yang utama namun
tidak kelihatan di dalam kehidupan beragama penduduk Amerika. Jemaat-jemaat
Protestan Utama bukan kerugian kepada gereja-gereja lain, tetapi kepada suatu
bentuk agama di mana individu-individu tidak memerlukan sistem institusi
tradisional. Pada hari ini masyarakat seolah-olah puas hati dalam membentuk
kepercayaan-kepercayaan peribadi mereka sendiri, tanpa melibatkan diri mereka
ke dalam sesuatu kumpulan atau masyarakat seagama, yang sebelum ini menyifatkan
kehidupan beragama. Adakah anda setuju atau tidak dengan pernyataan di atas?
J: Orang-orang kita telah kerap-kali dianiaya oleh Institus
Kristian tradisional. Kita telah terpaksa berpaut kuat pada Alkitab melalui
penganiayaan yang berterusan. Zaman Holocaust
telah dibentuk untuk menghapuskan kita dan juga Yehuda. Barangsiapa yang
berdasarkan Alkitab sahaja telah dianiaya oleh apa yang disebutkan suatu sistem
umum.
Tidak hairanlah,
selepas memutarbelitkan seluruh sistem Alkitab, bahawa apabila berhadapan
dengan era yang lebih terbuka dan bebas, sistem ini tidak dapat kekal. Di dalam
karya Rabbi Kohn pada tahun 1894 anda akan lihat apakah yang telah dilakukan
oleh sistem yang kononnya Kristian ini terhadap kita umat Kristian yang
sebenar. Mereka membunuh golongan wanita kita hanya kerana mereka memasak
dengan lemak angsa dan bukan dengan lemak babi, dan kerana kita memelihara
Sabat. Apabila golongan Roman Katolik ini telah menghentikan perbuatan membunuh
seperti itu, golongan Lutheran pula telah mengganti mereka. (Kohn, Sabbatarians in Transylvania, CCG
Publishing, kata-kata pendahuluan oleh Cox, 1998).
Sejarah Jemaat
Pemelihara Sabat dihuraikan di dalam General
Distribution of the Sabbath-keeping Churches
[122]; dan The Role of the
Fourth Commandment in the Historical Sabbath-keeping Churches of God [170].
Lihat juga pada karya The Quartodeciman
Disputes [277].
Paganisme
(Kekafiran)
Kenapakah begitu ramai Kristian yang
menentang orang Pagan? Kami bukannya orang jahat yang menyembah iblis. Lagipun
paganisme telah wujud lama sebelum agama Kristian dan dari satu segi beberapa
daripada iman berbeza dalam agama Kristian boleh dikatakan sebagai Pagan.
Ambillah sebagai contoh golongan Katolik yang menyembah Mariam bersama-sama
dengan Yesus Kristus. Di dalam kepercayaan Wicca, anda akan dapati bahawa dewi
boleh dipadankan dengan Mariam sementara dewa itu dengan Yesus Kristus hanya
kerana dewi ini melahirkan dewa tersebut setiap tahun. Dewa ini mengaruniakan
nyawanya dan kemudiannya mati pada musim sejuk hanya untuk dilahirkan kembali
pada musim bunga, seperti juga Kristus. Saya rasa hal ini haruslah diterangkan
kepada lebih ramai Kristian sebelum mereka senang-senang pergi menghakimi
golongan Pagan.
J: Nampaknya anda salah faham tentang keadaan ini. Apa yang
engkau lakukan adalah bertentangan dengan Hukum Allah. Asal-usul kepercayaanmu
jelas difahami dan dimasukkan di dalam beberapa karya pada www.ccg.org. Lihatlah pada karya-karya The Doctrine of Original Sin Part 1 The
Garden of Eden [246] dan Doctrine of
Original Sin Part 2 The Generations of Adam [248].
Apa yang anda
katakan mengenai kepercayaan Katolik adalah benar. Penyembahan Mariam, sebagai
dewi ibu, telah masuk ke dalam agama Kristian daripada sistem Baal-Easter, yang
membentuk paganisme pada asalnya. Ia adalah kepercayaan asal golongan Aryan.
Paganisme adalah agama yang didasarkan kepada kitaran Hari Pengorbanan Manusia.
Allah mengutuk
sistem ini dan kami, sebagai Kristian, dilarang menggunakannya. Jemaat Allah
telah dianiaya selama dua ribu tahun kerana kami tidak menerima sistem Easter
yang mengajar tentang Tuhan/Dewa yang mati, sama ada ia Attis di Rom, atau
Adonis bagi orang Yunani, atau Osiris bagi orang Mesir. Anda tentu berminat untuk
melihatnya di dalam karya The Origins of
Christmas and Easter [235], begitu juga dengan karya The Golden Calf [222].
Jemaat Kristian
yang sebenar tidak pernah menerima perayaan-perayaan pagan ini. Gereja awal di
Rom dan Constantinople telah memperkenalkan kepalsuan-kepalsuan ini ke dalam
gereja untuk menggalakkan pengikut-pengikut Attis dan Mithras dan Sol Invictus
Elagabal, iaitu bentuk awam bagi kultus-kultus matahari, untuk memeluk agama
Kristian. Aspek-aspek pertapaan golongan Gnostik juga telah dimasukkan. Lihat
pada karya Vegetarianisme and the Bible
[183] untuk meneliti aspek-aspek ini.
Kesemua
aspek-aspek ini di dalam penyembahan Allah Bertiga (Triune God) telah didirikan sejak pemberontakan Angkatan di bawah
Setan. Roh inilah yang engkau sembah. Sistem Triune dan tuhan berkepala tiga
pada pohon adalah asas kepada paganisme. Ia sudah didirikan beribu tahun
dahulu. Lihat pada buku Mysticism [B7].
Tidak lama lagi
tempoh masa bagi Tuhan dunia ini akan tamat dan sistemnya akan dilenyapkan sama
sekali. Pengikut-pengikutnya mungkin menyembah sistem ini sebagai dewi itu,
atau Gaia atau bentuk-bentuk lain, tetapi ia berasal daripada sistem yang sama
dan Tuhan Bertiga.
Bumi ini
mempunyai masa yang singkat sehingga sebelum 2027 untuk bertaubat. Kemudian perhubungan
Hukum itu akan dipulihkan dan agama-agama yang mereka sembah akan diperlihatkan
sebagai tidak berkuasa langsung. Dunia ini akan mula memelihara hukum Allah
dari masa itu atau jika tidak mereka akan kebuluran sampai maut di bawah sistem
alam semulajadi mereka yang tidak punya kuasa. Yang kononnya dewi itu, suatu
iblis, akan dikurungkan di dalam jurang maut selama seribu tahun bersama dengan
iblis-iblis yang lain.
Dunia akan
dididik semula pada Kebangkitan Kedua, iaitu kesemua manusia selebihnya yang
telah ditipu oleh Setan dan sistemnya. Itulah sebabnya sistem reincarnation atau penjelmaan semula
telah diterapkan di dalam dunia. Ianya bertujuan untuk memperdayakan mereka
yang terlibat di dalam kebangkitan.
Mereka akan
dididik semula dan diberikan peluang untuk memahami dan bertaubat. Mereka
seharusnya berterima kasih kerana kita mempunyai Allah yang mengasihani.
Perempuan sihir di Endor itu telah takut apabila dia melihat elohim naik
daripada tanah sebagai Samuel. Namun, iblis-iblis ini sekalipun tahu akan
adanya hanya satu Allah Sebenar yang Tunggal dan mereka gementar.
Tidak lama lagi,
sistem palsu Kristian yang melibatkan dewi ibu dan kultus-kultus matahari akan
lenyap. Golongan Khemarim yang berjubah hitam daripada sistem Baal-Easter akan
lenyap dan bumi ini akan terbebas daripada penyembahan palsu. Kultus-kultus
Misteri daripada sistem Misteri Babel, yang telah menjadi seperti
pelacur/perempuan sundal di bumi ini, akan tiada lagi.
Kultus-kultus
ini pada asasnya adalah serupa kerana mereka berasal daripada sumber yang sama
dengan Pemberontakan Angkatan Syurga dan Tuhan Bertiga. Apabila pelacur itu
dibinasakan pada suatu masa hadapan yang tidak lama lagi, kepercayaan pagan
akan mengalami suatu kebangkitan untuk seketika dan kemudiannya ia akan dibinasakan
dan manusia akan kembali kepada Persepuluhan Allah yang sebenar dan sistemNya.
Setiap orang
harus mengkaji sistem-sistem mereka sendiri dan asal-usulnya dan bertaubat.
Umat-umat terpilih tidak membenci sesiapa. Mereka membenci apa yang berlaku. Allah
belum lagi berurusan dengan dunia ini. Apabila Saksi-saksi tersebut mengambil
tempat mereka di Yerusalem, kita akan lihat kuasa Tuhan dalam berdepan dengan
sistem dunia ini. Kita harus mengasihi semua orang dan mendoakan keselamatan
mereka. Ianya sesuatu yang menakutkan untuk jatuh ke dalam tangan Allah yang
hidup.
Saksi-saksi Yehovah
Jehovah’s
Witnesses
Nampaknya anggota-anggota golongan ini
sanggup mati daripada menerima pemindahan darah. Adakah ini pemikiran yang
rasional (waras)? Juga berdasarkan kitab manakah mereka percaya begitu?
J: Doktrin ini datang daripada teks Alkitab yang melarang
daripada memakan darah. Teks-teks tersebut adalah arahan-arahan yang telah
diberikan kepada Nuh, dan juga Musa. Sebagai contoh, Kejadian 9:4: “Hanya
daging yang masih ada nyawanya, yakni darahnya, janganlah kamu makan.” Idea ini
datangnya dari fakta bahawa darah adalah nyawa dan jika memakan darah itu
maksudnya sama seperti mengambil masuk suatu nyawa. Inilah adalah suatu
pembacaan salah dan tidak waras berkenaan teks tersebut.
Pengendalian
tidak rapi ke atas darah dengan virus HIV, serta penjangkitan penyakit-penyakit
kelamin lain melalui darah yang tidak ditapis dengan baik, telah memberikan
Saksi-saksi Yehovah lebih banyak bukti untuk menyokong pendirian mereka, namun
ia tetap suatu penafsiran salah teks Alkitab. Perintah untuk tidak memakan
darah adalah begitu sahaja dan telah diberikan untuk memastikan bahawa
binatang-binatang sembelihan dikeluarkan darahnya dengan sempurna. Ianya
bergantung pada seseorang individu itu sama ada dia mahu menerima rawatan
pemindahan darah atau tidak. Memilih untuk mati kerana pemahaman salah Alkitab
ini adalah pilihan perseorangan.
Tetapi, memaksa
seseorang yang lain untuk mati kerana penafsiran bodoh ini, adalah suatu perkara
lain. Itulah sebabnya kenapa beberapa kerajaan negeri masuk campur dan
mengambil hak pilihan itu daripada ibubapa dalam keadaan-keadaan yang mengancam
nyawa di mana si anak mungkin akan mati jika tanpa pemindahan darah.
Situasi-situasi seperti ini adalah satu permasalahan etika.
Perbuatan
penyangkalan hak-hak ibubapa ini adalah suatu masalah yang serius, kerana
perbuatan mengkhatan/menyunat anak lelaki sedang dihalang melalui hujah-hujah
yang lebih bodoh lagi daripada penyokong-penyokong anti-Hukum Alkitab, bukan
saja di kalangan orang kafir tetapi juga di kalangan para Trinitarian juga.
Kini semakin sukar untuk mengkhatankan seorang anak di UK, dan ianya semakin
meningkat. Lihat pada The Food Laws [015]
dan Purification and Circumcision [251].
Daripada perbincangan dengan beberapa
anggota golongan ini, mereka seolah-olah menyatakan bahawa Yesus Kristus telah
kembali ke bumi ini pada 1914. Namun kita tidak dapat melihatnya kerana dia
suatu makhluk roh. Mereka mengatakan bahawa tahun ‘normal’ terakhir bagi bumi
ini adalah pada 1913, dan 1914 adalah pengakhiran tempoh masa bangsa lain (gentiles). Adakah 1914 mempunyai apa-apa
tempat khas di dalam perkiraan urutan masa? Juga kenapa pula kita tidak sedar
bahawa Kristus telah kembali? Saya tidak boleh bayangkan bagaimana peristiwa
ini boleh terlepas daripada perhatian orang.
J: Ya, kita sudah biasa mendengar hujah mereka ini. Ia
berdasarkan pada salahfaham terhadap
suatu nubuatan yang kurang terserlah di dalam Kitab Suci. Mereka telah tentukan
bahawa 1914 adalah peperangan akhir zaman. Mereka telah tentukan bahawa ini
adalah penggenapan kepada 2520 tahun, atau tujuh kali dari masa Nebukadnezar
dan Peperangan di Carchemish. Ini adalah tujuh kali bagi Nebukadnezar yang
disebutkan di dalam Daniel. Malangnya bagi mereka, ia hanyalah 2518 tahun
daripada Peperangan di Carchemish, yang berlangsung pada 605 SM (Sebelum
Masehi), dan kerana itu mereka telah memindahkan peristiwa itu ke 607 SM untuk
mencukupi tempoh tersebut.
Juga, mereka
tidak memahami kepentingan nubuatan mengenai Tangan-tangan Patah Firaun di
dalam Yehezkiel 28-30, dan mereka membuat andaian salah iaitu 1914 dan bukannya
1916, serta menamatkannya di situ dan bukan melanjutkannya ke 1996. Begitu
juga, mereka tidak faham akan masalah-masalah Islam fundamental (asas) yang
membawa kepada penyatuan semula Gereja Koptik Mesir dengan Rom dan kepada
penubuhan Mesir sebagai suatu kuasa yang seakan-akan bersifat fundamental.
Mereka telah salahtafsir terhadap keseluruhan nubuatan itu di dalam
hubungkaitnya dengan hari-hari terakhir dan kerana itu mereka, sama seperti
golongan SDA bagi tahun 1844, terpaksa membentuk penerangan-penerangan yang
lain terhadap kegagalan kedatangan kembali (advent)
dan akibat-akibatnya.
Urutan bagi
perbuatan-perbuatan mereka boleh difahami dengan lebih dalam lagi daripada
analisa suatu siri karya; The Millenium
and the Rapture [0 95]; The Fall of
Egypt - The Prophecy of Pharaoh’s Broken Arms [036]; dan Outline Timetable of the Age [272].
Saya telah dapati beberapa kali di mana
anda telah mengatakan bahawa selepas kebangkitan kita semua adalah tanpa
jantina. Adakah kita akan mengenali anak-anak kita, datuk nenek kita? Saya
diberitahu bahawa kita akan tetap hidup secara berkeluarga, tiada orang akan
mati, anak-anak akan mengenali nenek moyang mereka, boleh membina kediaman kita
di mana saja kita hendak, dan sebagainya. Saya pasti engkau telah mendengarnya
sebelumnya. Adakah Saksi-saksi Yehovah disalah-maklumkan di dalam hal ini?
J: Saksi-saksi Yehovah disalah-maklumkan berkenaan fungsi-fungsi
sistem Milenium (seribu tahun) dan Kebangkitan Kedua. Kebangkitan Pertama
terjadi pada permulaan Milenium. Umat-umat terpilih akan semuanya dibangkitkan
dan menjadi makhluk-makhluk roh. Mereka mengambil tempat iblis-iblis itu selama
1000 tahun. Yang selebihnya di dalam planet ini akan meneruskan hidup dan bumi
ini akan dipulihkan. Manusia akan hidup dan mati seperti biasa di dalam
keluarga mereka.
Dunia ini akan
diperintah dari Jerusalem dan Kalendar asal akan dipelihara bersama-sama dengan
kesemua sistem-sistem yang asal. Mereka yang tidak memelihara perintah-perintah
Tuhan dan hari-hari Sabat, Bulan-bulan baru, dan Perayaan-perayaan akan tidak
mendapat hujan apabila tiba musimnya serta menderitai tulah-tulah Mesir
(Zakharia 14:16-19).
Pertalian Hukum Tuhan
akan dipulihkan daripada Saksi-saksi itu. Lihat karya The Witnesses [135]. Pada masa itu, manusia akan berada di bawah
syarat Berkat dan Kutukan Ulangan 28 (lihat The
Blessings and the Curses [075]). Pada penghujung sistem Milenium ini,
Pemberontakan terakhir akan terjadi. Mereka yang terlibat akan mati dan
iblis-iblis akan diubah kepada bentuk manusia dan mati bersama-sama (lihat
karya The Judgement of the Demons [080]).
Mereka akan
kemudiannya semuanya dibangkitkan. Kesemua orang yang pernah hidup, yang tidak
mengambil bahagian di dalam Kebangkitan Pertama, akan dibangkitkan kepada
Kebangkitan Kedua bersama-sama dengan para iblis. Mereka adalah tanpa jantina
atau aseksual. Tiada lagi perkahwinan selepas takat ini. Setiap nyawa diberikan
tempoh masa 100 tahun untuk bertaubat. Mereka semuanya akan diperbetulkan,
diubahkan dan kemudiannya dijelmakan baru. Mereka yang memilih untuk mati akan
dibiarkan mati dan mereka akan hanya terbakar.
Kemudiannya maut
tidak lagi wujud, dan begitu juga nubuatan palsu dan roh Setan. Setan akan
diberikan peluang baru untuk menjadi suatu makhluk baru dan suatu anak baru
Allah yang terlahir secara roh, sepertimana juga dengan Hitler, Paus Borgia,
dan semua orang jahat yang pernah hidup. Lihatlah pada karya-karya Outline Timetable of the Age [272] dan Lost Sheep and the Prodigal Son [199].
Rencana Allah
adalah sempurna. Kita melayani seorang Allah yang Maha Mengetahui, Maha Kuasa,
Sempurna KebaikanNya dan Benar, yang menjadi Bapa kepada semua. Dia yang
menyucikan dan mereka yang disucikan mempunyai asal-usul sama (Ibrani 2:11).
Kita tidak akan kehilangan sesiapapun.
Sebagai seorang anggota Saksi-saksi
Yehovah, saya telah banyak membacakan komen-komen negatif mengenai kumpulan
kami. Saya tidak akan mengutuk agama orang lain dan saya hairan kenapa begitu
ramai orang yang menjatuhkan orang lain tanpa mengenalipun apa yang mereka
sendiri percayai. Jika mengaku sebagai hamba Tuhan, kenapa tidak berkelakuan
sesuai dengan perakuan tersebut? Ramai yang mengaku mereka menurut Alkita,
namun kelakuan mereka menunjukkan yang sebaliknya. Saya cuba sedaya-upaya saya
untuk mengasihi semua orang, tidak kira apa agama mereka atau kaum. Jika Allah
seorang yang adil dan tidak berat sebelah, siapa pula kita untuk berkelakuan
sebaliknya?
J: Kita memang harus mengasihi jiran kita seperti diri kita
sendiri. Tiada orang yang membenci dirinya sendiri, jadi kenapa pula harus
membenci yang lain.
Jemaat
Saksi-saksi Yehovah, (atau lebih tepat lagi Menara Penjaga [Watch Tower] dan Lembaga Risalah Alkitab
[Bible Tract Corporation] mempunyai
tafsiran yang palsu di dalam sebilangan bahagian Kitab Suci. Kami setuju dengan
sistem ini dalam satu hal dan tidak bersetuju dengannya berkenaan Hukum Tuhan
dan Sabat. Kami faham akan sejarahnya dan memahami asal-usul mereka serta
bagaimana mereka sampai kepada tahap mereka sekarang.
Kita juga tahu
bahawa mereka telah menyediakan respon-respon yang tertentu dan bahawa, sebagai
suatu gereja, mereka tidak digalakkan untuk mempelajari pandangan-pandangan
orang lain selain jemaat mereka dan mereka menarik orang kepada
pendapat-pendapat yang bertentangan dengan Kitab Suci.
Keinginan kami
adalah untuk memulihkan Iman Kristian Abad Pertama yang benar. Untuk
melaksanakannya kami perlu mendedahkan beberapa ajaran palsu yang ada pada
kebanyakan badan agama. Golongan Saksi-saksi Yehovah ini terkenal dengan
kutukan mereka terhadap sistem umum (mainstream),
sehinggakan mereka pergi dari pintu ke pintu.
Yohanes
Pembaptis telah menyatakannya dengan tegas dan begitu juga Kristus dan begitu
juga dengan saksi-saksi itu apabila mereka sampai nanti. Saksi-saksi Yehovah,
seperti juga semua orang lain di planet ini harus mula memelihara hukum-hukum
Allah atau mati. Tiada perundingan dalam hal ini.
Mereka harus
memelihara Bulan-bulan baru dan Sabat (Yesaya 66:23) dan Perayaan-perayaan
Tuhan (Zakharia 14:16-19) dan mereka harus menghantar wakil-wakil kebangsaan
nanti ke Yerusalem pada setiap tahun atau menghadapi keadaan kemarau apabila
tiba musimnya dan tulah-tulah Mesir akan dijatuhkan ke atas mereka.
Ini ada pada
Kitab Suci dan pernyataan Kitab tidak boleh dipatahkan. Lihat pada karya Law and the Fourth Commandment [256].
Doktrin Jiwa
Adakah anda percaya pada penjelmaan
semula (reincarnation)? Kenapa pula
terjadi keadaan-keadaan di mana saya terjumpa dengan orang-orang yang saya rasa
saya kenal (walaupun hakikatnya tidak pernah berjumpa) dan berada di
tempat-tempat yang saya rasa sudah biasa (walaupun pertama kali datang ke
situ)? Saya sedar bahawa Kitab menyatakan bahawa untuk setiap orang telah
ditentukan satu tempoh masa (satu hayat) tetapi adakah kemungkinannya bahawa
manusia mempunyai lebih dari satu hayat?
J: Penjelmaan semula adalah hasil daripada doktrin Jiwa dan
bertentangan dengan Alkitab. Kebiasaan yang kita rasai dengan orang biasanya
terbentuk daripada ingatan kita tentang orang-orang, ekspresi (muka,
gaya-gaya), kata-kata dan pertalian. Kaum Celt juga memperolehi doktrin ini
daripada sistem-sistem Aryan yang lain. Ia adalah suatu kepalsuan yang
membebankan. Kita terpaksa berhadapan dengan masalah-masalah yang timbul
kerananya di India. Pengajian Falsafah pada asalnya adalah suatu agama yang
dicipta untuk membebaskan sesiapa yang waras daripada kitar kelahiran semula (wheel of rebirth) yang diajarkan oleh
golongan Celt Hiperborea. Alkitab mengajarkan Kebangkitan orang Mati dan
kehidupan yang akan datang sebagai makhluk-makhluk roh daripada kedua-dua
kebangkitan tersebut. Pendirian Alkitab dalam hal ini dihuraikan di dalam
karya-karya The Soul [092]; The Resurrection of the Dead [143] dan The City of God [180].
Kita semua tahu bahawa jiwa kita yang
tidak diperanakkan, juga tidak mati, iaitu maknanya kelahiran seseorang
bermaksud penciptaan orang tersebut dan kematiannya bermaksud bahawa tubuhnya
telah berhenti berfungsi. Kenapa pula mereka katakan bahawa Yesus hidup kembali
3 hari selepas disalibkan? Jika jiwa meninggalkan tubuh selepas mati apakah
yang istimewanya dalam kes Yesus? Sama ada dia tidak mati selepas disalibkan
atau selepas kematiannya jiwanya telah pergi ke syurga?
J: Doktrin jiwa abadi bukanlah doktrin sebenar agama Kristian.
Ia memasuki agama Kristian daripada sistem-sistem Gnostik dan sebagai
pembaharuan doktrin-doktrin Socrates. Pada abad pertama dan kedua, jika anda
mengatakan kepada sebarang orang Kristian sejati bahawa apabila engkau mati
engkau akan naik ke syurga, mereka akan tahu bahawa engkau seorang penyamar.
Hakikatnya, Gereja di Rom telah menulis kepada maharaja pada sekitar 150-154
dan memberitahunya bahawa jika dia terjumpa dengan sesiapa yang menyatakan diri
mereka sebagai Kristian dan bahawa setelah mereka mati mereka akan naik ke
syurga, maka dia harus jangan mempercayai yang mereka ini orang Kristian. Pada
hari ini terdapat berjuta-juta orang yang mengaku sebagai Kristian tetapi
percaya pada kewujudan jiwa kekal, dan syurga dan neraka.
Pada hakikatnya,
Alkitab (dan juga Qur’an) hanya mengajarkan dua Kebangkitan orang mati.
Kebangkitan Pertama berlangsung pada kedatangan Mesias, dan yang kedua terjadi
1000 tahun kemudiannya pada penghujung Milenium. Di dalam kebangkitan orang
mati kedua atau am ini, semua manusia akan dibangkitkan dan diadili. Engkau
akan mendapat ideanya dengan membaca karya-karya: The Soul [092]; The
Resurrection of the Dead [143]; dan The
Millenium and the Rapture [095].
Benarkah salib terbalik (inverted cross) berasal dari rasul
Petrus?
J: Pandangan mitos menyatakan bahawa Petrus telah disalibkan
terbalik kerana dia menyatakan dirinya tidak layak untuk mati sepertimana
Tuhannya. Sebenarnya, simbol-simbol yang terbalik (songsang) kesemuanya
dikaitkan dengan korban dan sihir jahat (black
magic), dan itulah sebabnya salib dilukiskan sebagai suatu X, iaitu simbol
asas penterbalikan di dalam sihir. Seluruh sistem korban dan penterbalikan ini
berpunca daripada logik bahawa: “Lebih sukar lagi keadaannya, maka lebih besar
lagi korban yang diperlukan untuk menghalang tragedi itu.” Inilah sebabnya
mengapa begitu banyak korban-korban yang menggerunkan di dalam upacara-upacara
orang-orang Carthage (Carthaginians),
dan juga di kalangan penduduk benua Amerika Pra-Columbian (sebelum kedatangan
Christopher Columbus). Cirlot telah meliputi aspek ini di dalam “The Dictionary
of Symbols” atau Kamus Simbol-simbol (mukasurat 158 dan seterusnya. Orang-orang
Yunani dan Roma telah meniru penggunaan “stauros” dan penyaliban itu sendiri
daripada orang-orang Phoenicia. Ia merupakan suatu pacak yang terbalik pada
asalnya sebelum orang-orang Roma memperbaharuinya dengan menambahkan palang
melintang untuk memperlambatkan kematian. Adat menterbalikkan atau memusingkan
kepala patung orang saleh (saint) ke
bawah atau menghadap dinding, di peringkat-peringkat kurang terpelajar
masyarakat Roman Katolik, berasal dari proses penterbalikan bersihir. Dengan
menterbalikkan patung tersebut, anggota-anggota ini mengharapkan agar orang
saleh ini menterbalikkan sikapnya terhadap mereka (Cirlot, mukasurat 159). Ini
adalah upacara pagan yang berdasarkan pada doktrin Jiwa Abadi dan tidak
bertempat di dalam agama Kristian. Lihatlah penulisan-penulisan The Cross: Its Origin and Significance
[039]; The Resurrection of the Dead
[143]; dan The Soul [092].
Saya terserempak dengan satu artikel yang
mencerminkan komen-komen Rabbi Ovadia Yosef “mangsa-mangsa Holocaust (kesukaran yang dilalui bangsa Yahudi semasa Perang Dunia
Kedua), yang semuanya seramai enam juta orang Yahudi, orang-orang kesian yang
telah mati pada tangan orang-orang jahat Nazi itu…merupakan jelmaan semula
jiwa-jiwa sebelumnya yang telah berulang-kali berdosa dan melakukan
perkara-perkara yang tidak patut, dan telah dijelmakan semula untuk
memperbetulkan keadaan.” Dari manakah puncanya pemikiran seperti itu? Ia nampak
sungguh menyakitkan bagi sesiapa yang telah kehilangan orang yang dikasihi
semasa zaman itu atau bagi sesiapa yang hidup melaluinya. Bagaimanakah keamanan
dan kegembiraan akan tercapai bagi manusia dan bumi ini?
J: Idea penjelmaan semula adalah suatu pemutarbelitan terhadap
doktrin kebangkitan orang mati. Perjanjian Lama dan Baru mengajarkan
Kebangkitan Orang Mati. Kebangkitan secara umum adalah selama 100 tahun. Tempoh
ini adalah pada penghujung pemerintahan Milenium Mesias. Rencana ini dinyatakan
di dalam karya Outline Timetable of the
Age [272] dan juga di dalam karya The
Resurrection of the Dead [143]. Dengan itu, bumi ini akan mengalami
kebangkitan kepada bentuk daging dan proses ini juga diliputi di dalam
Yehezkiel bab 37.
Dari satu segi
peristiwa ini boleh dikatakan sebagai penjelmaan semula, dan ini telah diambil
oleh orang-orang tersebut untuk menyokong doktrin penjelmaan semula. Salah satu
daripada helah Setan adalah mengembangkan doktrin penjelmaan semula dan dia
telah berbuat demikian sejak dari mula lagi. Dia tahu bahawa apabila manusia
bangun pada waktu Kebangkitan Kedua, dan ini melibatkan kebanyakan penduduk
bumi ini, jika mereka berfikir bahawa ini hanyalah satu kitar hidup lagi di
dalam penjelmaan semula diri mereka, mereka akan lebih susah lagi diuruskan
nanti. Dari satu segi ia benar. Kita nanti terpaksa membujuk mereka bahawa
inilah satu-satunya peluang mereka dan mereka berada di dalam penghakiman pada
masa itu dan mereka akan tidak berpeluang lagi. Dari satu segi ini akan
mensia-siakan sebahagian daripada masa dan proses pembelajaran kita untuk
memperbetulkan pemikiran sebegitu.
Idea bahawa Holocaust diperuntukkan bagi orang
berdosa yang telah dijelmakan semula adalah suatu idea ganjil Hindu/Buddha yang
didasarkan kepada hukum Dharma dan Kharma. Ia sememangnya tidak berkaitan
dengan Alkitab dan merupakan suatu penghinaan terhadap orang-orang yang
terselamat daripada Holocaust.
Andaian di sebalik pendapat ini adalah:
1.
Orang-orang
Yahudi adalah daripada Yehuda dan Yehuda adalah sebahagian daripada umat-umat
pilihan Israel.
2.
Allah
melindungi orang-orang yang benar.
3.
Allah tidak
melindungi Yehuda di dalam zaman tersebut, jadi maknanya orang-orang Yahudi
yang mati bukanlah orang-orang benar. Mereka pasti telah berdosa dan oleh
kerana begitu ramai yang telah berdosa (dan mati) maknanya kesemua mereka ini
adalah jelmaan semula yang dijelmakan pada masa yang sama untuk dibiarkan
menderita.
Pendapat ini
tidak mengambil kira gerakan besar-besaran oleh orang-orang Eropah selama
berabad-abad lamanya yang cuba untuk menghapuskan Hukum Allah dan orang-orang
yang memeliharanya. Oleh itu, jika akur pada pendapat bahawa Allah tidak
melindungi Judaisme per se, maka orang-orang ini perlu sedar bahawa mereka
berada di dalam suatu sistem penyembahan yang palsu dan mereka harus bertaubat.
Realitinya
adalah tuhan dunia sedang cuba untuk menghapuskan umat-umat terpilih dan gereja
benar dengan menggunakan sumber-sumber gereja palsu dan dia tahu bahawa masanya
sudah singkat. Setan hanya mempunyai maksimum duapuluh lima tahun lagi sebelum
dia akan dikurung di dalam jurang maut. Dalam jangkamasa ini dia akan cuba
untuk menghapuskan gereja dan umat Israel serta membinasakan kebanyakan
manusia.
Komen-komen
seperti yang dikemukakan oleh ketua kepada Shas akan hanya mengapikan
ketegangan yang sedia ada dan meningkatkan kemungkinan terjadinya peperangan.
Ia juga memesongkan masyarakat daripada tujuan struktur dan rencana Alkitab.
Tradisi Apostolik/Tradisi Rasul
Hippolytus menyebut pasal Tradisi
Apostolik 21:16 (AD 215). Adakah engkau tahu apa yang dia maksudkan di sini?
Pernyataannya adalah mengenai pembaptisan bayi. Apakah itu Tradisi Apostolik?
Adakah ia suatu buku di dalam Alkitab? Ia ada cara penandaan Alkitab yang
serupa iaitu 21:16 (bab 21 ayat 16).
J: Rujukan Hippolytus mengenai pembaptisan ini terdapa di dalam
ANF Vol V, mukasurat 236 dan tidak mempunyai rujukan sepertimana yang engkau
katakan, juga tidak menyebut di situ pasal pembaptisan bayi. Perkenalan
pembaptisan bayi nampaknya telah dibuat pada abad ketiga, dan kita dapati suatu
tretis (treatise -buku yang memberi
penerangan) mengenai pembaptisan telah ditulis oleh Cyprian selepas pertengahan
abad ketiga. Keputusan telah dibuat untuk tidak mengikuti peraturan perkhatanan
hari kelapan, namun seseorang bayi boleh dibaptiskan pada hari kedua atau
ketiga (ANF, ibid, mukasurat 353 dan seterusnya).
Tiada tradisi
apostolik tentang pembaptisan bayi yang tercatat pada rekod sejauh yang kita
tahu. Sememangnya buku tulisan Cyprian itu hanyalah suatu permohonan maaf awal
(early apology) dan tidak merujuk
kepada tradisi tersebut, di mana dia sepatutnya telah mencatatkan rujukan itu
jika tradisi sebegitu telah benar-benar wujud kerana dia menulis suatu sokongan
bagi pembaptisan bayi (cf ibid, mukasurat 354 Ep. LVIII, 3). Dengan itu, komen
Hippolytus adalah penting di sini.
Komen-komen yang
telah dibuat oleh Tertullian juga menunjukkan bahawa keadaannya bukan seperti
itu, kerana dia menyatakan bahawa pembaptisan harus ditundakan sehinggalah
anak-anak telah bertumbuh dalam iman dan telah dapat mengenali Kristus. Dia
merujuk kepada hujah mengenai para penaja, dan ini menunjukkan bahawa
perkenalan pembaptisan bayi serta para penaja adalah pada bahagian pertama abad
ketiga dan dia memberi hujah menentang pembaharuan ini di dalam buku penerangan
tentang pembaptisan itu (ANF Vol. III, mukasurat 678). Dia juga mengatakan
bahawa jangkamasa sebelum hari Paskah merupakan masa yang paling sesuai untuk
pembaptisan. Kemudian setiap hari selepas hari Paskah dan hari-hari perayaan
juga merupakan masa yang sesuai. Gereja-gereja Tuhan, yang mengamalkan
pembaptisan dewasa, telah sentiasa membaptis mengikut peraturan ini sama ada
untuk persediaan bagi hari Paskah atau pada waktu perayaan.
Irenaeus
mengatakan dalam 2:22.4 “Kerana Dia datang untuk menebus semua melalui diriNya
sendiri – iaitu yang melaluinya telah dilahirkan kembali kepada Tuhan – Bayi,
dan kanak-kanak, dan budak lelaki, dan para belia dan orang tua. Dengan itu Dia melalui segala zaman, menjadi bayi bagi
bayi, dan dengan itu menguduskan bayi; menjadi anak bagi kanak-kanak untuk
menguduskan mereka yang berada pada tahap umur ini…” Kini, Wall dan yang
lain-lain berpendapat bahawa ini adalah pernyataan fakta penting berkenaan
kewujudan pembaptisan bayi pada gereja awal (ANF, Vol. 1, mukasurat 391 fn 9).
Namun begitu, topik yang dibincangkan di sini adalah mengenai pengudusan,
bukannya pembaptisa. Pembacaan Perjanjian Baru akan menunjukkan kepada kita
bahawa kita sedang berhadapan dengan hal Pengudusan/Penyucian, di mana bagi
mereka yang masih bayi, kanak-kanak atau anak muda adalah melalui ibubapa
mereka. Irenaeus tidak berbicara tentang pembaptisan bayi. Dia berbicara
tentang pengudusan menyeluruh semua manusia melalui Kristus. Terminologi yang
digunakan tidakpun menyebut tentang wanita, jadi jika tetap mengatakan bahawa
ini adalah berkenaan suatu hubungan sebenar yang berlaku secara langsung, akan
menyisihkan para wanita daripada pembaptisan. Perbincangan ini, dengan itu,
adalah bergantung pada fakta-fakta Kitab Suci yang sedia diketahui mengenai
pengudusan kanak-kanak.
1Korintus
7:12-14 menyatakan maksud sebenar kepada apa yang dirujukkan oleh Irenaeus itu
dan menunjukkan bahawa kanak-kanak tidak dibaptiskan tetapi dikuduskan oleh
ibubapanya yang percaya, sama seperti keadaan di mana pasangan yang tidak
percaya akan dikuduskan selagi setuju untuk tinggal bersama dengan pasangannya
yang percaya. Sebagai ulangan, tiada bukti mengenai pembaptisan bayi pada
Gereja awal, dan tiada juga tradisi diketahui mengenai pembaptisan sebegini.
Perjanjian Baru sememangnya merekodkan banyak pembaptisan tetapi tidak pernah
menyebut tentang pembaptisan anak oleh orang dewasa; yang kononnya dirujukkan
Hippolytus itu. Kebanyakan bahan sebegini telah dibuat berdasarkan salah-petik,
atau salah-bentuk seperti yang kita telah lihat di sini, demi untuk menyokong
tradisi-tradisi kemudiannya yang tidak mempunyai dasar Alkitab.
Seorang saudara telah cuba untuk
meyakinkan saya bahawa seseorang itu seharusnya tidak hanya mempercayai Alkitab
tetapi juga harus mempercayai tradisi rasul berdasarkan 2 Tesalonika 2:15; di
mana hujah asasnya adalah “engkau dilahirkan seorang Katolik, engkau akan mati
seorang Katolik, jadi jangan banyak soal!” Apakah yang Allah mahukan kita
percaya di dalam FirmanNya?
J: Apakah kata-kata Kristus kepada orang Farisi? Engkau telah
menyangkal firman Tuhan dengan tradisi-tradisimu. Yang kononnya tradisi rasul
itu sebenarnya bukan berasal dari para rasul. Alkitab jelas tentang hal ini:
Barangsiapa tidak berbicara menurut Hukum dan Kesaksian, tiada terang di dalam
diri mereka (Yesaya 8:20). Ini meliputi setiap paderi atau pendeta yang
berbicara bertentangan dengan Hukum-hukum Allah dan Kesaksian Yesus Kristus.
Itulah sebabnya kenapa dunia ini begitu kacau-bilau, dan kenapa agama Kristian
kini mendapati dirinya dihantui persamaan dengan paganisme dan sihir. Ini
adalah kerana ia telah meniru amalan-amalan mereka untuk tujuan politik dan
kemudiannya telah menggelarkan amalan-amalan ini sebagai tradisi-tradisi
Gereja.
Easter adalah
dewi pagan di dalam penyembahan Baal, yang telah dikutuk Tuhan melalui
hamba-hambaNya para nabi. Ini sekarang telah menjadi tradisi di dalam banyak
gereja. Jika Yahovah adalah Allah, sembahlah Dia, tetapi jika Baal adalah
tuhanmu ikutlah dia. Tapi jangan katakannya sebagai tradisi Gereja. Lihatlah
pada Pernyataan Kepercayaan-kepercayaan Iman Kristian (Statement of Beliefs of the Christian Faith [Al]). Inilah merupakan
tradisi sebenar Para Rasul.
Mormon
Adakah agama Mormon itu sejenis agama
Kristian? Saya tahu bahawa mereka mengakuinya sebegitu, tetapi benarkah?
J: Pertanyaan kamu memerlukan definisi seorang Kristian yang
sebenar. Apakah dia agama Kristian? Alkitab menjawab soalan tersebut di dalam
Wahyu 12:17 dan 14:12. Maka marahlah naga itu kepada perempuan itu, lalu pergi
memerangi keturunannya yang lain. Inilah mereka yang memelihara hukum-hukum
Allah dan iman atau kesaksian Yesus Kristus.
Hukum-hukum
Allah mewajibkan penyembahan Allah Sebenar yang Sejati, yang disembah Yesus dan
merupakan Bapanya dan Bapa kita, dan merupakan Allahnya dan juga Allah kita.
Kristus memelihara Sabat Hari Ketujuh Minggu. Dia memelihara hari Paskah dan
hari Roti Tanpa Ragi. Dia telah memelihara Pengunjukan Berkas Persembahan, yang
diperintahkan di dalam Imamat 23. Dia dan Gereja awal telah memelihara
Bulan-bulan Baru dan Perayaan Pentakosta yang juga daripada Imamat 23.
Dia dan Gereja
awal telah memelihara hari Peniupan Serunai dan Pendamaian daripada Imamat 23.
Dia juga memelihara perayaan Pondok Daun dan Hari Terbesa Terakhir daripada
Imamat 23. Dia dan murid-muridnya telah memakan hanya daging-daging halal
daripada Ulangan 14 dan Imamat 11. Dia telah mendirikan Perjamuan Tuhan/Suci
pada 14 Abib dan mati pada hari itu juga sebagai anak Domba Paskah, dan juga
menyuruh kita memelihara hari-hari tersebut. Dia telah bangkit daripada mati
dan Jemaat mempercayai bahawa ia akan dibangkitkan daripada mati apabila dia
kembali nanti. Mereka tidak percaya akan adanya jiwa abadi, atau syurga, atau
neraka.
Mereka juga
tidak memelihara perayaan-perayaan pagan dan tidakpun mahu duduk makan bersama
dengan mereka daripada sistem pagan Baal-Easter (Lihatlah pada karya The Origins of Christmas and Easter [235]).
Jika kumpulan Mormon melakukan semua ini, maka mereka adalah Kristian sebenar.
Jika tidak, mereka bukanlah Kristian sebenar. Apa yang perlu kamu lakukan
hanyalah memastikan bahawa kamu melakukan semua ini, dan hidup sepertimana
Kristus dan para rasul telah hidup, dan kamu akan menjadi Kristian yang
sebenar. Barangsiapa yang tidak melakukan semua yang dinyatakan di atas
bukanlah Kristian yang sebenarnya. Jika kita mengasihi Dia, kita harus
memelihara hukum-hukumNya.
Saya telah dilawat oleh beberapa orang
Mormon dan saya telah bertanya mengenai kepercayaan mereka tentang pembaptisan
orang mati dan pengumpulan genealogi untuk mencari nama orang yang perlu
dibaptiskan. Mereka seolah-olah percaya bahawa mereka yang tidak dibaptiskan
tidak akan diselamatkan. Perkataan ‘Mormo’ disenaraikan sebagai membawa
ertikata Raja Hantu atau mayat hidup oleh LaVey di dalam kitab setan. Adakah
nama yang jahat ini merupakan asalnya nama Mormon?
J: Perhatian terhadap orang mati ini agak ganjil bila
dibandingkan dengan apa yang diajarkan Alkitab. Yes LaVey memang telah menyebut
Mormo sebagai dewa orang mati dan besar kemungkinan tipu-muslihat ini telah
dilibatkan di dalam agama Mormon sejak dari mula. Ianya kini menjadi tumpuan
agama tersebut. Gelaran Mormon memang membawa maksud pengikut Mormo iaitu dewa
orang mati. Itulah sebabnya kenapa sebilangan daripada mereka menolak
penggunaan nama itu. Namun begitu mereka tetap mempertunjukkan kesemua
ciri-ciri sesuatu kultus orang mati. Cuma mereka tidak melibatkan mayat orang
mati di dalam perayaan-perayaan upacara mereka.
Begitu menarik
sekali untuk memerhatikan persaman-persamaan dan sifat-sifat ganjil di dalam
nama dan upacara orang Mormon. Pusat-pusat agama mereka mempunyai perlambangan
Freemasonry dan khasnya Freemasonry berupacara Scot (Scottish rite freemasonry) di dalam kesemua bahan-bahan cetak lama
mereka. Begitu juga dengan rumah-rumah ibadat serta lukisan-lukisan mereka yang
dirujukkan kepada rumah ibadat Masonik. Suratkhabar lama mereka merupakan
rujukan langsung kepada dunia ghaib (occult).
Kamu harus
melihatnya sendiri dan mempunyai sedikit pemahaman tentang free masonry dan lambang-lambangnya untuk benar-benar menilai semua
ini, tetapi tiada ragu-ragu lagi bahawa ia telah dibangunkan oleh
pengikut-pengikut free masonry
berupacara Scot dan Mormonisme telah meniru cosmologinya. Itulah salah satu
sebabnya kenapa kumpulan ini telah diserang dan dibunuh sehingga terpaksa
melarikan diri dari negeri Missouri. Hukuman untuk mereka yang membuka
rahsia-rahsia kultus ini adalah mati. Kesetiaan mereka, seperti juga golongan
Roman Katolik, melebihi batas-batas sempadan kerajaan dan negara.
Ramai daripada
pengikut Mormon dan khasnya para wanita nampaknya tidak memahaminya.
Pertanyaan-pertanyaan saya tidak dapat dijawab di beberapa bahagian kritikan
dan mungkin sekali beberapa daripadanya dihalang daripada diketahui umum.
Gelaran Malaikat Moroni (Moron-i),
yang telah memberikan Buku Mormon, melibatkan penggunaan akhiran kata Ibani i yang membawa maksud “bagi/daripada”
contohnya “kaum atau orang (bagi)”, sebagai contoh perkataan Ashkenazi
(Ashkenaz-i) membawa maksud anak-anak (bagi) Ashkenaz (yang merupakan anak-anak
Gomer). Jadi, dengan cara lazim yang sama ini, Malaikat Moroni membawa maksud
malaikat bagi moron (orang-orang
bodoh).
Kebetulan-kebetulan
yang begitu banyak tidak mungkin tidak disengajakan. Sesiapa saja itu yang
telah merangka agama ini mempunyai pengetahuan yang luas tentang masonry serta dunia ghaib dan juga
mempunyai naluri humor (sifat suka berjenaka) yang sangat halus.
Saya telah mendengar khabar bahawa
orang-orang Mormon memakai pakaian dalam yang kudus dan bahawa barang-barang
ini mempunyai simbol atau tanda padanya. Adakah ini benar dan jika iya apakah
kepentingan amalan tersebut?
J: Satu pertanyaan yang menarik. Berikut adalah kesaksian
seorang bekas Mormon mengenai subjek ini. Maklumat Asas Tentang Pakaian Bait
Suci:
“Sudah lama
(sekitar sepuluh tahun) sejak kali terakhir saya membeli atau memakai pakaian
sebegitu, tapi dengan tidak mengambil kira apa-apa pembaharuan yang telah
berlaku sejak itu, berikut adalah apa yang saya tahu: Pakaian Bait Suci pertama
sekali dipakai setelah seseorang itu menerima “pemberian” (endowment) Bait Sucinya yang pertama. Sewaktu pemberian ini, orang
tersebut diberikan suatu “nama baru”, diajarkan cerita penciptaan dunia
(daripada perspektif agama ini), mengangkat sumpah berkenaan imannya,
mempelajari cara untuknya memasuki Kerajaan Syurgawi, dan diberikan arahan
dalam hal-hal lain. Antara topik-topik arahan tersebut adalah cara pemakaian betul
pakaian-pakaian Bait Suci. Pakaian ini haruslah dipakai di bawah pakaian
kebiasaannya setiap masa, kecualilah pada masa-masa tertentu, yang ditentukan
sendiri oleh anggota tersebut dengan bersertakan doa, di mana pakaian tersebut
akan terdedah kepada yang bukan anggota atau mungkin menghalang
aktiviti-aktiviti yang berpatutan. Contoh-contoh yang diberikan kepada saya di
mana pakaian ini boleh ditanggalkan adalah waktu mandi, hubungan seks,
aktiviti-aktiviti seperti berenang (di mana pakaian ini tidak boleh ditutupi
oleh sebarang baju mandi dan pasti akan basah), dan bagi lawatan ke pejabat
doktor atau hospital, di mana pakaian ini mungkin dapat dilihat dengan jelas
oleh mereka yang bukan anggota. Pekerja-pekerja bait juga menerangkan bahawa
ada situasi-situasi lain yang membolehkan penanggalan sementara pakaian
tersebut, bergantung pada pertimbangan anggota tersebut, tetapi mengingatkan
bahawa pakaian-pakaian itu adalah sumber perlindungan rohani dan fizikal, dan
haruslah dipakai berterusan seboleh-bolehnya. Sebagai contoh, tidak disarankan
untuk menanggalkannya sewaktu tidur dan tidur tanpanya.
Suatu masa di
satu perjumpaan Puasa dan Kesaksian, saya masih ingat saya terdengar seorang
lelaki, yang telah menjadi penasihat kumpulan belia sewaktu saya masih remaja,
telah memberi ucapan bagaimana pakaian dalamnya itu telah melindunginya
daripada kecederaan fizikal. Dia telah berada di suatu stesen minyak untuk
mengepam minyak. Keretanya adalah daripada jenis di mana bukaan tangki
minyaknya terletak pada bahagian belakang kereta di bawah pemegang plat lesen.
Tiba-tiba, sebuah kereta telah datang dari belakangnya dan menyebabkannya
tersepit antara bampar depan kereta tersebut dan bampar belakang keretanya pada
aras di atas lutut. Dia bersaksi bahawa bahagian kakinya yang tersepit itu
ditutupi oleh pakaiannya, dan kerana itu “hanya lebam dan bukan patah.” Dia
mengambil ini sebagai bukti kuasa perlindungan pakaiannya itu. Mungkinkah ini
hanya disebabkan kekuatan perlanggaran itu tidak cukup untuk mematahkan kakinya?
Walaupun ini adalah satu-satunya cerita pengalaman benar yang pernah saya
dengar tentang kuasa perlindungan pakaian itu, saya juga telah mendengar
beberapa cerita daripada jenis mitos urban Mormon yang “menggalakkan keimanan”.
Satu cerita tertumpu pada seorang anggota yang telah disambar kilat. Dua
anggota wanita telah melihat kejadian tersebut yang berlaku di tengah padang
dan telah bergegas menghampirinya. Apabila mereka tiba, mereka dapati bahawa
dia sudah mati, terbakar teruk pada bahagian muka, sebelah bawah tangan dan
hujung-hujung kaki. “Tapi lihat,” kata seorang kepada yang satu lagi, “setiap
bahagian yang ditutupi pakaian dalamannya tidak terbakar!” Dan memang betul,
pakaian serta kulit di bawahnya tidak terbakar langsung. Saya terfikir pada
masa saya mendengar cerita itu bahawa ia suatu cerita yang pelik. Maksud saya,
dia sudah matilah! Apa bezanya kalau badannya masih lagi sempurna tetapi
kepalanya sudah dibakar? Mungkin mereka perlu membuat pakaian yang mempunyai
penutup kepala…
Dari segi
fizikal, pakaian-pakaian tersebut kelihatan seperti versi pendek pakaian
dalaman jenis “long john”. Pakaian lelaki terdiri daripada baju lengan pendek
dan bukaan leher yang lebih melengkung daripada kemeja T lelaki yang biasa.
Bahagian bawahnya pula hampir menyentu lutut. Pakaian bagi wanita pula adalah
serupa kecuali pada lebih banyak pilihan bukaan leher (melengkung, bentuk V,
atau segi empat sama), dan lengan bajunya lebih pendek berbanding lelaki.
Bahagian bawahnya juga hampir menyentuh lutut. Kedua-dua pakaian lelaki dan
perempuan ada yang bentuknya satu bahagian atau dua, dan di dalam pelbagai
jenis dan berat kain, contohnya nilon, kapas, kapas/poli. Kesemua pakaian Bait
berwarna putih tulen, walaupun saya ada terdengar bahawa bagi anggota yang
menyertai tentera, pakaian mereka berwarna hijau kuning seperti zaitun, tetapi
saya tidak pernah lihat yang ini. Kesemua pakaian Bait juga ditandakan dengan
simbol-simbol pada bahagian kanan dada, kiri dada, pusat, dan satu lutut.
Tanda-tanda ini dijahitkan ke atas kain tersebut dengan benang putih (walaupun
bagi kes pakaian ketenteraan, mungkin sekali benangnya berwarna hijau kuning).
Tanda-tanda ini melambangkan frasa-frasa tertentu yang diambil daripada upacara
pemberian Bait itu. Para anggota diberitahu bahawa mereka tidak dibenarkan
memotong, menjahit, atau mengubahkan pakaian-pakaian tersebut macam mana
sekalipun. Sebagai contoh, ia tidak boleh dipendekkan, dipinkan, atau
digulungkan untuk membolehkan pemakaian baju luaran yang lebih pendek atau
seluar pendek. Pengecualian terhadap peraturan “tiada perubahan” ini hanya
boleh dilakukan bagi anggota-anggota yang cacat secara fizikal.
Apabila pakaian
tersebut sudah lusuh, para anggota dinasihati untuk memotong keluar
bahagian-bahagian yang telah ditandakan itu dengan gunting dan membakarnya.
Dengan tiadanya tanda-tanda tersebut, pakaian ini bukan lagi suci, dan kini
boleh digunakan sebagai kain pembersih, seperti juga mana-mana kain yang sudah
buruk.”
--Serratia
Monasticisme
Apakah Monasticisme dan dari manakah
datangnya?
J: Asalnya, monasticisme ini dikaitkan dengan kultus-kultus
dewa Attis dan sistem Easter Asia Minor (Kecil). Paderi-paderi dewi yang
dikenali sebagai Essene (jangan kelirukan yang ini dengan masyarakat Qumran
yang digelarkan sebegitu oleh Pliny), hidup membujang dan ada antaranya yang
telah mengasi diri mereka demi pelayanan mereka terhadap tuhan mereka ini.
Apabila
kultus-kultus ini mencerobohi agama Kristian dan membawa bersamanya sistem
Easter, tradisi-tradisi asetik (pertapaan) yang sama juga telah memasuki iman
itu. Monastik yang pertama, atau orang yang disahkan sebagai pengasas
Monasticisme Kristian, adalah Anthony. Athanasius disahkan sebagai penulis
riwayat hidupnya, dan menjadi terkenal mungkin sekali kerana hakikat ini pada
abad keempat.
Ada sedikit
perbalahan tentang jangkamasa tepat hidupnya, dan ada juga yang sangsi bahwa
dia pernah wujud. Hakikatnya adalah, bahawa orang-orang Monastik awal adalah
pertapa yang tidak hidup berkelompok, seperti yang ada sekarang. Mereka telah
hidup dalam sel-sel atau kumpulan kecil, yang membentuk sebahagian daripada
kompleks yang sama.
Cara hidup
mereka perlahan-lahan menjadi semakin popular dan, pada zaman pertengahan,
mazhab-mazhab monastik ini telah membentuk kuasa sebenar dan akhirnya, pada
abad ke duabelas, mengeluarkan diakones serta paderi yang telah berkahwin
daripada biara-biara dan dari kalangan pendeta gereja secara keseluruhannya.
Gnosticisme/Fahaman Gnostik
Apakah maksud Bythus?
J: Bythus adalah gelaran bagi jurang Gnostik (Gnostic abyss) namun seperti dalam
kebanyakan perkara, mereka nampaknya telah menyelitkan satu kelainan padanya di
mana ia wujud sebagai jurang Ketuhanan (abyss
of Deity) yang berterusan daripada tingkat-tingkat tidak terlihat dan tidak
bernama tempat hadirnya Aeon sempurna pra-wujud yang dipanggil mereka sebagai
asas pertama iaitu Leluhur (Progenitor)
dan Bythus.
Hippolytus (vi,
37) menyebut tentang bagaimana ahli Gnostik yang bernama Valentinus telah
berkata: Dia yang telah diperkatakan oleh Plato sebagai raja segalanya, orang
inilah bapa dan Bythus dan asas pertama daripada seluruh aeon.
Para Valentinian
berpendapat bahawa itu adalah suatu proses pembatasan diri. Bythus ini telah
membentukkan suatu siri pasangan-pasangan aeon, lelaki dan perempuan, di mana
tiap satu pasangan ini boleh digelar sebagai pleroma. Aeon itu adalah suatu
kesatuan (unity), yang memperlihatkan
dirinya sebagai satu kebanyakan (plurality).
Gnosticisme yang
terkemudiannya memperlihatkan mereka sebagai suatu persekutuan
kewujudan-kewujudan Ketuhanan yang berterusan secara berpasangan daripada Bapa
yang tertinggi, setiap pasangan membentuk pasangan seterusnya, dan menurun
kebesarannya apabila semakin jauh daripada sumbernya. (ERE, Aeons, Vol. 1,
mukasurat 149).
Doktrin-doktrin
Syzygy ada persamaannya juga di dalam Mithraisme dan kedua-duannya berasal
daripada sistem Babel (Babilon), yang telah diperlembutkan oleh Gnosticisme
(ERE). Dengan ertikata yang sama juga mereka mempunyai persamaan (counterpart; hal yang mirip) di dalam
Shintoisme Jepun, Buddhisme Mahayana, Zoroastrianisme, Idea-idea Platonik,
Kuasa-kuasa Philos dan Stoic Logoi dan seterusnya.
Sistem Shinto
sepertimana ternyata pada Kojiki adalah berasaskan pantheisme sepenuhnya.
Sebagai Izanagi dan Izanami, asas-asas kelelakian dan kewanitaan
dipersonifikasikan dan digambarkan sebagai sungguh bernafsu. Aeon-aeon
membiakkan ini dibentuk daripada tuhan-tuhan yang abstrak.
Di dalam Sekolah
Utara Adibuddha, kelima-lima Buddha perenungan (Vairochana, Aksobhya,
Ratnasambhava, Amitabha, dan Amoghasiddhi) mengeluarkan lima Buddha perenungan
masa depan, sumber bumi-bumi berlima, yang membentuk alam semesta ini. Mereka
membentuk kelima-lima unsur tanah, air, api, udara dan bahan angkasa raya (ether) atau Brahmanisme ortodoks.
Kepercayaan Zoroastrian juga mempunyai sistem aeon yang serupa tetapi
berlipat-dua di dalam kerajaan-kerajaan Terang dan Kegelapan. Ahuramazda
mengetuai kerajaan Terang sementara Ahriman mengetuai kerajaan Kegelapan.
Pleroma Gnostik
juga adalah nama yang diberikan kepada keseluruhan siri tersebut apabila
digabung bersama yang kemudiannya berhadapan dengan Bythus sebagai bahagian
perempuan seperti apa yang Tiamat lakukan pada Apsu. Namun begitu, Gnosticisme
tidak pernah membentuk suatu badan pendapat yang sama.
Hippolytus
memberi amaran kepada kita bahawa ada banyak pendapat-pendapat berbeza di
kalangan mereka berkenaan Bythus itu sendiri. Beberapa pemikir berpendapat
bahawa Bythus di luar pleroma tersebut sementara yang lain berpendapat dia di
dalamnya tetapi terasing daripada yang lainnya oleh Horus iaitu suatu sempadan
yang dipersonifikasikan (ERE Vol. 1, mukasurat 54-55) dan mungkin sekali ini
mencerminkan rahsia-rahsia Mesir, kerana asal-usul sosio-ekonomi fahaman
Gnosticisme, mengikut kata Green, terletak pada sistem Alexandria.
Ada juga yang
mengalihkan Bythus itu daripada kepala siri tersebut dan menyebabkannya
mengikut ogdoad yang pertama. Ada yang menganggapnya sebagai bujang, yang lain
pula menganggapnya sebagai tanpa jantina atau aseksual. Yang lain lagi
menyatakan bahawa Sige adalah pasangannya sementara yang lain dua kuasa itu
iaitu Fikiran dan Azam Tekad.
Pertalian
spekulasi Gnostik berkenaan Bythus dipertunjukkan di dalam suatu ayat Irenaeus
(Epiphaneus xxxii, 7) “Sebab ada yang mengatakan bahawa dia tidak berkahwin dan
bukan lelaki ataupun perempuan, atau mungkinpun bukan sesuatu yang nyata.”
Mungkin inilah rujukan yang dipersoalkan.
Dalam keadaan
lain dia digambarkan dari suatu segi yang seakan-akan fahaman Buddhisme sebagai
lebih mulia, melampaui segala tentangan: Yang Mutlak serupa dengan Tiada;
Makhluk yang mana kewujudannya juga mungkin tidak dapat disahkan. Daripada
konsep Gnostik inilah, golongan Mistik telah membentuk proses fikiran berikut:
“Saya melihat
dan mengenali makhluk yang mewakili semua, iaitu Byss dan Abyss, dan generasi
kekal Trinitas Suci, yang diturunkan dan merupakan yang pertama bagi dunia ini
dan segala makhluknya melalui Kebijaksanaan Ketuhanan” (oleh Jacob Behmen,
dipetik oleh James, Varieties of
Religious Experience, mukasuarat 411 dan juga ERE, mukasurat 55).
Bagaimanakah kamu membandingkan
kepercayaan Kristianmu dengan pengkajianmu tentang budaya-budaya dahulukala
serta pertalian antara Timur Tengah dan Amerika Selatan dahulukala? Bagaimana
pula dengan Syurga dan Neraka?
J: Nampaknya tiada konflik antara apa yang Alkitab katakan
dengan apa yang para Saintis sedang temukan setiap hari. Konfliknya ada pada
cara tafsiran kebanyakan orang Kristian moden.
Sebagai contoh,
kita tidak pernah dan tidak akan percaya pada doktrin Syurga dan Neraka. Ini
bukanlah Doktrin Kristian. Ia datang daripada kumpulan Gnostik pada abad kedua.
Justin Martyr telah mengatakan di dalam Permohonan Maaf Keduanya (Second Apology) kepada maharaja bagi
pihak Gereja di Rom sekitar 150-155 bahawa dia telah telah terjumpa dengan
orang yang mengatakan bahawa mereka Kristian dan bahawa apabila mereka mati
mereka akan naik ke Syurga, dan supaya jangan mempercayai mereka yang begitu.
Ini merupakan
ujian Kristian sebenar dan palsu pada zaman itu, dan ia masih lagi menjadi
ujian bagi Kristian sebenar pada hari ini. Sesiapa yang mengatakan bahawa
apabila mereka mati mereka akan naik ke syurga bukanlah Kristian yang sebenar.
Doktrin jiwa serta syurga dan neraka ini adalah doktrin yang kafir dan
menghujat serta telah sentiasa dianggap begitu oleh Jemaat Kristian yang benar
seperti kami.
Perkara ini
diperiksa di dalam karya-karya The Soul [092]; The Resurrection of the Dead [143]; The Millennium and
the Rapture [095]; dan The City of
God [180]. Doktrin-doktrin Gnostik dan sejarahnya juga dibincangkan di
dalam karya-karya The Nicolaitans [202]
dan Vegetarianism and the Bible [183]. Engkau
juga pasti suka membaca karya-karya The
Nephilim [154] dan Outline Timetable
of the Age [272].
Khatan/Sunat
Patutkah anak baru lahir bagi
ibubapa Kristian dikhatankan atau adakah ia tidak perlu?
J: Amalan mengkhatan mungkin
sekali merupakan salah satu daripada upacara paling tua pada semua tamadun. Ia
didapati di kalangan semua bangsa dan kawasan (lihat karya Purification and Circumcision [251]). Sunat mempunyai faedah yang
baik pada kawasan-kawasan iklim gurun panas untuk mencegah penyakit. Selain
kesan ini, amalan asalnya nampaknya mempunyai hubungan dengan konsep kelahiran
kembali dan penjelmaan semula. Sejak dari zaman purbakala lagi, kulup atau kulit
hujung kemaluan lelaki yang telah dikhatan akan diletakkan pada suatu tempat
yang berdekatan dengan totem-totem lelaki yang telah dikhatan, sama ada di
dalam batu atau pokok atau tempat yang serupa. Daripada apa yang kita tahu
kini, nampaknya amalan mengkhatan ini sebenarnya terikat pada konsep kelahiran
kembali seseorang individu itu di dalam tubuh keturunannya. Ini nampaknya telah
tersebar sebagai satu konsep di kalangan kesemua suku bangsa dahulukala. Ia
mempunyai hubung-kait khusus dengan konsep pembohongan di dalam dosa asal itu,
iaitu, ‘engkau tidak akan mati’.
Nampaknya,
dengan memberikan ordinan pengkhatanan kepada Abraham sebagai keperluan hari
kelapan, Allah sebenarnya mencelah dan memberikan maksud langsung dan sebenar
pada amalan pagan yang sedia-ada. Allah mahu menyatakan bahawa, “Aku adalah
batu atau totem dan objek pembangkitan semulamu dan pelanjutan kehidupanmu.”
Bahawa ianya harus dilakukan pada hari kelapan dan bukan pada waktu masuknya
umur baligh (remaja), dipindahkan daripada alam kewujudan-sendiri dan
kedewasaan seseorang individu dan diletakkan pada tahap karunia cuma-cuma Allah
sebagai anggota bangsa Israel. Allah di sini menyerang terhadap pembohongan
doktrin-doktrin jiwa dan penjelmaan semula yang ada pada ajaran-ajaran pagan atau
berunsur setan kepunyaan sistem-sistem Sin dan Ishtar (lihat karya-karya The Golden Calf [222] dan The Origins of Christmas and Easter [235].
Pada
gereja awal, kontroversi khatan telah timbul apabila golongan pro-Hellenic (Hellenizing) menyangkalnya dan golongan
pro-Judaisme pula menyokongnya (Kisah Para Rasul 11:2; 15:1,5; 21:21). Paulus
sendiri telah disunatkan dan, di bawah tekanan golongan Yahudi, dia
mengkhatankan Timotius (Filipi 3:5; Kisah Para Rasul 16:3). Dia menganggapnya
sebagai tanda sokongan ketuhanan terhadap bangsa itu (Roma 3:1 dan seterusnya).
Namun begitu, di dalam kes pemeluk agama dari bangsa lain, ia dianggap tidak
perlu (Kisah Para Rasul 15:19 dam seterusnya; Galatia 5:2-4). Paulus menganggap
bahawa ada atau tiadanya sunat secara fizikal itu, tiada bezanya pada
perjanjian antara lelaki dewasa dan Allah (Roma 3:30 dan seterusnya; 4:9 dan
seterusnya; 1 Korintus 7:18 dan seterusnya; Galatia 5:6; 6:12 dan seterusnya;
Kolose 3:11). Melalui iman Hukum didirikan dan kebenaran melalui iman. Kerana
mereka yang telah disunat tidak memelihara hukum itu sendiri, tetapi cuba
memuliakan diri dengan daging terhadap kita yang memang memelihara hukum
(Galatia 6:12 dan seterusnya). Kerana sunat yang sebenar adalah rohani. Di
dalam ajarannya Paulus memperkukuhkan pernyataan Yeremia (Yeremia 4:4; 6:10;
9:26; Ulangan 10:16; 30:6). Dia membenarkan prosedur-prosedur berbagai bagi
keadaan-keadaan yang berlainan (Kisah Para Rasul 16:3, Galatia 2:1).
Bukan-Trinitarian
atau yang digelar sebagai mazhab-mazhab Arian bersetuju dengan Para Trinitarian
dalam hal ini. Para Trinitarian atau Katolik telah berkuasa tidak lama selepas
itu dan pada tahun 590 telah mendirikan Empayar Roma Suci. Eugene IV telah
membuat pengisytiharan rasmi Roman Katolik di dalam Perintah (Bull) Cantate Domino (4 Feb. 1441). Dia
berpendapat bahawa tuntutan-tuntutan serta upacara-upacara Hukum, betapa
sesuaipun untuk masa itu, telah dimansuhkan oleh kedatangan Kristus dan
sakramen-sakramen (upacara agama) Perjanjian Baru. Dengan itu, pembaptisan
dilihat sebagai pengganti kepada penyunatan.
Di
dalam Gereja Koptik (orang Kristian Mesir), pembaptisan tidak dilihat sebagai
pengganti penyunatan. Apabila pembaptisan bayi telah diperkenalkan, anak lelaki
dibaptiskan pada umur 40 hari sementara anak perempuan dibaptiskan pada umur 80
hari. Prosedur ini betul-betul mencerminkan perundangan penyucian dan
pengkhatanan para lelaki tetap sesuatu yang umum (ERE, Vol. 4 mukasurat 119).
Golongan Kopt merupakan sebahagian daripada Gereja Kristian terawal bagi Afrika
Utara daripada Mesir. Mereka berpecah dari apa yang disebut gereja ortodoks
pada sekitar tahun 451 disebabkan doktrin-doktrin yang telah timbul dari
Constantinople (381) dan Chalcedon (451). Mungkin boleh disimpulkan daripada
bukti-bukti pada golongan Kopt ini, bahawa pembaptisan tidak dilihat sebagai
mengganti tempat penyunatan. Walaupun golongan Copt ini mengambil masuk
pembaptisan bayi berdasarkan pada perbezaan penyucian lelaki/perempuan, yang
lelaki masih lagi dikhatankan, sepertimana amalannya pada Israel dahulukala.
Dengan itu, lelaki dan penyunatan itu sendiri dilihat sebagai faktor membezakan
di dalam pembezaan penyucian, yang mencerminkan pembezaan yang terdapat di
dalam Alkitab.
Kita
boleh menyimpulkan daripada amalan-amalan gereja Koptik awal, yang juga
diamalkan di kalangan mazhab-mazhab pemelihara Sabat di Eropah dan Asia Minor,
bahawa penyunatan bayi dianggap suatu keperluan sebagai sebahagian daripada
bangsa Israel dan Gereja. Hanya lelaki dewasa bangsa lain sahaja yang tidak
perlu disunatkan, apabila mereka memasuki Gereja sebagai orang dewasa. Oleh
kerana tindakan penyunatan fizikal ini memberi laluan kepada penggenapan rohani
daripada pembaptisan dan penyunatan hati, dan oleh kerana pembaptisan bayi
tidak diamalkan oleh gereja awal (lihat Repentance
and Baptism [052]), boleh disimpulkan bahawa penyunatan fizikal pada hari
kelapan bagi anak lelaki yang baru lahir adalah tanda bagi bangsa Israel
sebagai Jemaat. Setelah berada di dalam Jemaat, para Gentile (bangsa lain) menyunatkan anak-anak mereka, seperti juga
orang lain. Amalan ini adalah umum dan tidak ditentang secara rasmi oleh sistem
Katolik sehinggalah abad kelima-belas. Kita mungkin boleh simpulkan daripada
pertalian antara tujuh hari penyucian itu dan aktiviti-aktiviti pengkhatanan
pada hari kelapan, bahawa kita berhadapan dengan rencana keselamatan. Hari
ketujuh penyucian berhubung-kait dengan sistem Milenia terakhir dan penyucian
bumi. Hari kelapan berhubungan dengan
kebangkitan terakhir dan pemulihan segala insan dunia ini, sebagai sebahagian
daripada bangsa Israel dan dengan itu sebahagian daripada Kota Allah (rujuk
Wahyu 21:1-3 dan karya The City of God
[180]).
Buddhisme
Apa pendapatmu tentang agama
Buddha? Mungkinkah Buddhisme dan agama Kristian mempunyai tujuan yang sama?
J: Buddhisme adalah agama yang
bersifat penyangkalan. Ia menolak kewujudan Tuhan pada peringkat-peringkat
tertinggi. Ia merupakan ciptaan pahlawan kshatryan Sidartha atau Gautama pada
abad keenam sebelum Masehi untuk menerangkan roda kitar kelahiran golongan
Hindu Aryan sepertimana juga pada orang Yunani yang mencipta falsafah dengan
tujuan sama untuk menerangkannya di kalangan kaum Celt Hyperborea di Britain
dan Eropah.
Oleh
kerana agama Kristian berpusat sepenuhnya pada Allah, kedua-dua agama ini tidak
mungkin ada apa-apa persamaan kecualilah, mungkin, pada tujuan-tujuan sementara
dan luaran sahaja. Asal-usul para uddhi diterangkan di dalam buku Mysticism, bab 7, CCG Publishing di www.ccg.org/english/s/B7_7.html
Engkau adakah apa-apa
maklumat tentang Dalai Lama?
J: Riwayat dan butir terperinci
tentang Tenzin Gyatso iaitu Dalai Lama ke 14 boleh didapati di www.dalailama.com.
Dalai
adalah suatu perkataan Mongolia yang bererti “Lautan” dan Lama adalah suatu
perkataan Tibet yang bermaksud “Guru Rohani/Agama” dan dengan itu Dalai Lama
membawa maksud Lautan Kebijaksanaan/.
Dia dianggap sebagai jelmaan semula ke 14 bagi orang yang menjadi Dalai Lama
pertama.
Ada
ramai Lama di Tibet dengan berbagai pangkat. Mereka dipilih semasa kanak-kanak
berdasarkan pada doktrin penjelmaan semula dan pendapat bahawa manusia
dijelmakan semula mengikut hukum Dharma. Ia seumpama suatu buku kira-kira
(lejar) kredit/debit yang membataskan manusia ke dalam suatu bentuk kewujudan
yang kononnya mereka patut terima kerana apa yang telah mereka buat pada
penjelmaan yang lalu.
Saya tidak melihat chakra
disebutkan di dalam Alkitab. Bukankah ia penting untuk diketahui?
J: Konsep chakra-chakra adalah
suatu masalah fizikal bagi Buddhisme dan mazhab-mazhab yang dipengaruhi mereka.
Alkitab tidak menyebut tentang mereka kerana mereka tidak penting untuk
keselamatan.
Mereka
boleh diukur dengan medan-medan elektromagnet tertentu tetapi mereka tiada
kepentingan di dalam rencana keselamatan dan perbadanan Kristus.
Bagaimana dengan aspek
penyembuhan? Terdapat banyak buku berkenaan penyembuhan yang melibatkan chakra.
J: Persoalan di dalam
penyembuhan sebegitu adalah berkenaan iman. Penyembuhan yang engkau katakan ini
berasal dari sistem-sistem Hindu dan Buddha.
‘Berapa
lama lagikah engkau akan berbelah-bagi. Jika Yahovah Tuhanmu ikutlah Dia tetapi
jika Baal adalah tuhanmu ikutlah dia.’
Hinduisme
Dengan cara apakah agama
Hindu berbentuk ecumenikal (gabungan)?
J: Agama Hindu adalah suatu
struktur politeis (pelbagai tuhan) yang mungkin boleh disebutkan sebagai berbentuk ekumenikal hanya dari segi
bagaimana ia telah mengambil masuk dewa-dewa ke dalam kumpulan dewanya mengikut
kesesuaiannya dengan sistemnya sendiri. Ia tiada toleransi terhadap
struktur-struktur lain yang bertentangan dengan kosmologinya.
Itulah
sebabnya kenapa ia semakin menentang misi-misi Kristian. Buddhisme timbul dari
India sebagai reaksi terhadap sistem kelas dan kasta yang tegas di dalam agama
Hindu. Agama Islam telah diperkenalkan dengan kedatangan para penakluk dan
dibangunkan kerana hakikat itu. Pembahagian di India dan permusuhan yang
disebabkan konflik agama ini, sedang berlanjutan ke arah peperangan
termonuklear. Ia sebenarnya tidak boleh dianggap bersifat “ekumenikal”.
Guru saya mengatakan bahawa
Perjanjian Lama dianggar tarikh penulisannya sehingga pada 600 SM (Sebelum
Masehi), namun ia mengandungi idea-idea yang diterbitkan daripada Rig Veda yang
berusia lebih tua lagi. Sebagai kesimpulan, penulis-penulis Alkitab hanya
mereka-rekanya sendiri berdasarkan pada ‘mitos-mitos’ sebelumnya (dia membuat
perbandingan khasnya dengan Kejadian). Adakah anda setuju?
J: Dia ini adalah seorang Hindu
yang kurang pengetahuan. Kitab Rig Veda adalah berasaskan Mitos-mitos Kejadian
Aryan, yang dibawa masuk ke India pada sekitar 1000 SM.
Fahaman
Tuhan Bertiga (Triune God) telah
dibawa masuk ke dalam India pada sekitar 1700 SM dari Asyur, pada masa yang
sama apabila bangsa Israel di bawah Para Bapa berada di Mesir. Lihat pada
penulisan Wolperts, “A New History of India.” Pengiraan usia Alkitab kepada 600
SM itu tidak betul. Lihat pada karya The
Bible [164]. Ia akan memberikan pengiraan-pengiraan tarikhnya dan struktur.
Tuhan-tuhan Hindu merupakan watak-watak daripada teks-teks Kasdim/Ibrani yang
diambil daripada penyembahan Nenek-Moyang (Ancestor
Worship). Aspek-aspek ini telah diperiksa di dalam karya Mysticism pada bab-bab 1,6,7,8 dan 9 di www.ccg.org.
Saya berbangsa India dan kini
sedang belajar di Sekolah India, Bahrain. Saya mempunyai pertanyaan-pertanyaan
berikut:
1)
Terangkan faedahnya meraikan
perayaan-perayaan agama Kebangsaan di rumah dan di sekolah-sekolah?
2)
Bolehkan anda beritahu saya
tentang suatu perayaan Hindu oleh Raksha Bandhan dan menerangkan kenapa dan
bagaimana ia seharusnya dirayakan supaya kanak-kanak bukan saja dapat
menikmatinya tetapi juga memahami kepentingannya?
J: Beribu tahun dahulu, manusia
telah berhenti daripada memelihara perayaan-perayaan Tuhan dan membentuk
sistem-sistem penyembahan. Sistem yang telah sedia diperturunkan oleh Tuhan
adalah berfaedah dan manusia memerlukan jangkamasa-jangkamasa ini untuk berehat
dan memperbaharui rohani.
Apabila
golongan Aryan menceroboh India pada sekitar 1000 SM mereka membawa bersama
suatu struktur penerangan penciptaan yang berdasarkan pada penyembahan di Timur
Tengah, dan telah mendirikan di sini suatu sistem Sanskrit yang berdasarkan
bahasa Kasdim atau Semitik dahulukala.
Watak-watak
dahulukala di dalam tradisi-tradisi pusaka dijadikan Tuhan melalui penyembahan
nenek moyang. Sheba atau Shiva menjadi Dewa Hindu. Nuh atau Nu menjadi Seri Nu
iaitu Dewa wang atau kekayaan. Golongan Nephilim menjadi golongan Raksasa.
Daripada
pandangan ini, kultus-kultus angkatan jatuh itu atau iblis, golongan iblis
perempuan yang digelar Rakshani telah dibentuk. Asalnya mereka merupakan iblis
perempuan dan roh-roh kayu. Kemudiannya, dan sebagai batal, mereka disamakan
dengan yogini atau roh-roh batu di dalam animisme (kepercayaan bahawa semua
benda bernyawa) dan begitu juga dengan banasat-banasat. Chungu merupakan satu
lagi iblis pokok daripada suku kaum yang lebih primitif lagi di dalam
kepercayaan animisme India.
Perayaan-perayaan
yang dibentuk berasaskan upacara-upacara animistik dan penggantian ini telah
digunakan untuk menggantikan perayaan-perayaan asal yang Tuhan telah berikan
kepada Nabi Nuh atau Noah sewaktu bumi dipulihkan semula. Semua ini adalah
upacara-upacara sekunder (gantian) yang digunakan untuk memelihara manusia
dengan tiadanya perayaan-perayaan sebenar asal Tuhan yang telah ditinggalkan
oleh golongan Aryan sebelum mereka mencerobohi India dan mendirikan sistem
agama dan kasta Hindu.
Sekarang
kepada bahagian kedua pertanyaanmu.
Raksha
Bandhan merupakan suatu adat resam Hindu yang menandakan kasih sayang antara
adik beradik. Raksha bererti “Perlindungan,” (diterbitkan daripada konsep
perlindungan daripada iblis-iblis seperti di atas) Bandhan bererti “Ikatan”. Ia
dirayakan pada ‘Shravan sud Poornima’ setiap tahun, mengikut kalendar Hindu.
Pada hari ini kakak/adik perempuan akan mengikatkan suatu ‘Rakhi’ berwarna pada
pergelangan tangan abang/adik lelaki mereka dan meminta abang/adik lelaki
mereka untuk melindungi mereka daripada malapetaka. Dipercayai bahawa apabila
Indra sedang bersedia untuk pergi kepada suatu peperangan, Indrani telah
mengikat benang pada tangannya untuk perlindungannya dan kejayaannya dan dengan
itu adat ini telah dimulakan. Kononnya, Raksha Bandhan adalah peristiwa yang menggambarkan
ikatan kasih sayang antara adik-beradik lelaki dan perempuan.
Asal-usul
golongan Raksasa ini diterangkan di dalam karya The Nephilim [154]. Untuk melihat kalendar asal bagi golongan Aryan
rujuk pada karya God’s Calendar [156].
Shamanisme
Kepercayaan Pawang atau Dukun
Bagaimanakah anda
mendefinisikan seorang Shaman/Pawang? Saya rasa tidak ramai lagi yang tinggal
sekarang ini, tetapi kita dapati semakin banyak pengamal-pengamal kepawangan.
Apakah ciri-ciri seorang Shaman yang sebenar?
J: Perkataan Shaman berasal
daripada bahasa Rusia yang berdasarkan perkataan Tungus saman. Asalnya dan kebanyakannya, mereka ini merupakan
paderi-paderi atau doktor-paderi di kalangan suku kaum utara di benua Asia.
Mereka asalnya bersifat animistik dan terbit daripada rahsia-rahsia di Timur
Tengah dan kawasan-kawasan dataran tinggi atau steppe Rusia. Mereka membentuk dasar agama bagi suku kaum
Uralik/Altaik (Uralic/Altaic), yang tersebar di seluruh utara Siberia dan
hinggalah Eropah.
Kumpulan-kumpulan
linguistik yang mana terkandung struktur asal tersebut, meliputi
kumpulan-kumpulan Uralik-Altaik termasuklah orang-orang Finno-Ugrik,
Hungarian/Magyar, Vogul dan Manshi, Manchu/Tungus, Manchuria, Mongol, Korea
Lama dan Jepun. Bentuk-bentuk itu telah tersebar ke Amerika Utara kepada suku
Indian Amerika. Mereka membentuk asas pengaruh-pengaruh animistik ke atas
Buddhisme Mahayana.
Struktur
Shamanisme diterangkan dengan baik sekali di dalam karya Mirceau Eliade iaitu Shamanism. Kepercayaan asasnya adalah
bahawa kesemua baik dan buruknya kehidupan disebabkan oleh roh-roh atau
semangat, yang hanya boleh dipengaruhi oleh para Shaman. Ini boleh
diaplikasikan kepada Indian Amerika Barat Laut dan pawang-pawang perubatan
mereka yang menyerupai Shaman jenis Asia. Istilah menshamankan atau “to Shamanize” secara intransitif bererti
melaksanakan penjampian seseorang shaman dan menerapkan kepercayaan kepawangan (kamus Oxford
Universal).
Bangsa
Cina mengesahkan mereka tetapi menganggap bahawa untuk bernubuat seseorang itu
harus dirasuk oleh suatu Shen. Shen ini lazimnya dipercayai akan berbohong.
Makhluk Shen ini berkaitan dengan perkataan Kasdim itu dan juga perkataan Arab Djinn, dan dengan itu bermakna roh atau
iblis.
Yang berikut telah disertakan
di dalam notis Perayaan Ogos di tempat kerja: Hari cuti khas Cina di mana
legenda mengatakan bahawa pada setiap bulan lunar ketujuh, jiwa-jiwa akan
dibebaskan daripada purgatori untuk dibiarkan berkeliaran di dunia. Adakah hari
cuti Cina sebegitu? Saya tahu bahawa bulan Ogos jatuh lebih kurang pada bulan
lunar kelima tetapi Komiti Kepelbagaian Budaya telah menampalkannya pada bulan
Ogos kerana sebab-sebab tertentu.
J: Ia betul-betul kedengaran
seperti suatu tradisi pengaruh Jesuit (sejenis paderi Katolik) daripada zaman
pengaruh Roman Katolik yang awal. Ia sudah pasti tidak datang daripada golongan
Hue Hue Islam atau pemelihara Sabat yang mendahuluinya.
Perayaan
yang kamu maksudkan ini berasal daripada kultus penyembahan nenek moyang.
Korban untuk nenek moyang telah dipersembahkan di perkuburan pada musim bunga
dan musim luruh dan dibuat di atas “Papan orang mati” sewaktu perayaan-perayaan
bermusim.
Ini
adalah pada haribulan pertama, ketiga dan kelima belas bulan Pertama, Perayaan
“Terang-Bersih” (genap 6 April), haribulan kelima bulan Kelima, haribulan
kelima belas bulan Ketujuh, haribulan kelima belas bulan Kelapan, haribulan
pertama bagi bulan Kesepuluh, hari terakhir tahun, dan majlis-majlis khas
seperti perkahwinan (ERE, Vol. 3, mukasurat 731).
Pada
hari kelima belas bulan Ketujuh, suatu perayaan istimewa diadakan untuk
“hantu-hantu lapar” yang tiada keturunannya untuk mempersembahkan korban kepada
mereka. Persembahan yang biasa dipersembahkan kepada mereka oleh masyarakat ini
secara umumnya dan bukan semestinya untuk tujuan berbuat baik.
Persembahan-persembahan ini biasanya diberikan untuk mententeramkan roh-roh
“yatim-piatu” ini yang mungkin sebaliknya akan menyakitkan orang yang hidup.
Idea
purgatori ini hanya mungkin telah datang daripada pengaruh Roman Katolik di
bawah pekerjaan para Jesuit. Secara amnya, orang-orang Cina yang lebih
berpengetahuan di bawah pengaruh Confucius, telah menolak perlunya
korban-korban sebegitu dan pembicara besar Chucius pada abad ke 12 telah
menyatakan keraguannya tentang kewujudan roh hantu sama sekali. Golongan Hue
Hue dan pemelihara Sabat percaya pada kebangkitan orang mati dan menyangkal
adanya roh hantu.
Pengaruh
ini mungkin datang daripada Shamanisme awal kerana ada pandangan di kalangan
shaman Jepun berkenaan bulan orang mati. Ini mungkin sekali diperkembangkan dan
diperkukuhkan oleh para Jesuit yang datang kemudiannya, dan kerana itu kita
dapati adanya pandangan berkenaan purgatori sepertimana yang tercatat di dalam
notis yang kamu dapat itu.
Freemasonry
Adakah Freemasonry itu suatu
agama ataupun suatu kelab (sosial) rahsia untuk lelaki?
J: Freemasonry adalah suatu
agama. Ada dua cabangnya. Upacara York dan upacara Scottish (York rite; Scottish rite) Beberapa
kumpulan (lodge) di Eropah tidak
bersekedudukan dengan kumpulan-kumpulan berbahasa Inggeris. Ada sebanyak
tigapuluh tiga peringkat dengan pelbagai tempat-tempat yang lain.
Ada
dua kumpulan iaitu Kumpulan Merah (Red
Lodge) dan Kumpulan Biru (Blue Lodge).
Kumpulan Biru merupakan kumpulan umum persaudaraan dan ramai orang yang tidak
sama sekali memasuki Kumpulan Merah. Kumpulan Merah adalah suatu hierarki
rahsia dan lebih tinggi tahap seseorang itu, lebih banyak rahsia yang akan
diberitahu kepadanya. Ia suatu agama pada peringkat-peringkat yang lebih
tinggi. Banyak buku telah dituliskan mengenai subjek ini.
Mithraisme
Saya membaca baru-baru ini
mengenai Misteri-misteri Kosmik Mithras dan juga beberapa lagi sistem-sistem
agama yang lain. Saya dapati bahawa ada persamaan corak agama pada beberapa
sistem ini. Bolehkah anda beritahu kenapa beberapa perkara ini serupa di dalam
beberapa agama?
J: Mereka mempunyai asal-usul
pada kultus-kultus matahari. Mithraisme adalah bentuk peribadi kultus-kultus
matahari yang dianggotai lelaki sahaja dan digelar sol invictus Mithra. Bentuk umumnya adalah sol invictus Elagabal. Perempuan juga menyertai kultus-kultus
tersebut di dalam bentuk-bentuknya Misteri-misteri Isis dan juga Attis serta
Adonis. Kebanyakan daripadanya berhubung-kait dengan Asyur-Babel (Assyro-Babylonian), yang juga disebarkan
melalui paganisme sebagai shamanisme.
Itulah
sebabnya sistem Kristian Umum menyembah Tuhan Bertiga dan perayaan-perayaan
mereka juga ditiru dan serupa dengan yang ada di dalam paganisme. Semuanya
terbit daripada sistem Babel (Babilon) yang sama. Lihatlah pada karya Doctrine of Original Sin Part 1 The Garden
of Eden [246]; dan Origins of
Christmas and Easter [235].
Kumpulan Advent Hari Ketujuh
Seventh Day Adventists
Saya telah terdengar bahawa Ellen G.
White telah membuat nubuatan-nubuatan palsu dan saya tertanya-tanya kalau-kalau
ini benar dan apakah dia? Tujuan saya bertanya di sini adalah kerana saya
mempunyai beberapa orang sahabat yang rapat dari gereja Advent Hari Ketujuh.
Saya pernah menyertai acara kebaktian mereka sebelum ini dan walaupun saya
tidak setuju dengan keseluruhan ajaran mereka, saya tidak dapati apa-apa yang
menyebabkan saya terfikir bahawa mereka adalah suatu kultus. Juga apakah idea
ini bahawa Mikhael iaitu Malaikat Utama adalah juga Kristus, sesuatu yang telah
saya terdengar sekali semasa kebaktian mereka namun tidak dibicarakan lebih
lanjut. Saya juga sedar tentang nubuatan-nubuatan palsu yang telah terbit
daripada pergerakan Millerite pada pertengahan tahun-tahun 1800; tapi bukan ini
yang saya maksudkan di sini.
J: Doktrin Gereja Advent Hari Ketujuh sehingga pada 1978 adalah
bahawa Kristus merupakan Malaikat Besar di dalam Perjanjian Lama yang dikenali
sebagai Mikhael. Lihat pada karya-karya The
Angel of YHVH [024]; dan The
Pre-Existence of Jesus Christ [243].
Kebanyakan
daripada mereka percaya bahawa Kristus adalah Mikhael. Mereka telah disesatkan
oleh para Trinitarian daripada sistem Roman Katolik melalui keluarga-keluarga
yang diselinapkan ke dalam gereja. Mereka kehilangan iman sebenar dan pemahaman
tentang asal-usul Allah. Kini mereka ada berjuta anggota yang memikirkan bahawa
asalnya mereka adalah Trinitarian. Ellen G. White adalah seorang nabi palsu.
Dia membuat kesilapan serius pada sistem Milenia kerana dia telah cuba untuk
membentuk kosmologi vegetarian (pemakan sayuran) akhir zaman dan ada banyak
teks penting Alkitab yang perlu diatasinya atau tidak diendahkannya.
Kesilapan-kesilapannya
serta tafsiran-tafsiran palsunya terkandung di dalam karya-karya The Millenium and the Rapture [095] dan
juga Vegetarianism and the Bible [183]
serta Wine in the Bible [188].
Asyur-Babel/Assyro-Babylonian
Di dalam jawapanmu kepada pertanyaan
mengenai anak lembu, engkau ada menyebut pasal bulan sabit dan ‘jari
Ashirat.’ Adakah ini jari yang
memanggilkan, bagi penyembah-penyembah bulan, bulan yang kian menyusut
sepertimana dilihat di langit pada waktu bentuk sabitnya atau apakah gunanya?
Bulan sabit ini terpapar pada bendera-bendera dan menjadi suatu lambang yang
biasa ternampak di mana-manapun hari ini. Kenapa begitu?
J: Jari Ashirat adalah sebahagian kuno daripada sistem
penyembahan dan urutan-urutan masa Asyur-Babel. Sistem ini memasuki Mesir
melalui Misteri-misteri Osiris, Isis dan Horus yang berpadanan dengan sistem
Baal-Easter. Ia adalah rujukan terhadap bulan sabit, dan sabit ini dilihat
sebagai simbol dewi Ashirat atau Istar. Ia seperti jari, di mana sabit itu
diumpamakan sebagai kuku jari, yang memanggil hamba-hamba Easter atau Ashirat
kepada pelayanannya. Pada hakikatnya ia digunakan sebagai penentu jangkamasa
untuk tarikh-tarikh penting serta disiplin, sepertimana yang akan kita lihat
selanjutnya tentang jari Ashirat.
Jelas terbukti
juga bahawa sabit, sepertimana ia digunakan di Timur Tengah dan di dalam sistem
observasi orang Yahudi, telah diterbitkan daripada sistem pagan selepas
kejatuhan Bait Suci. Lihatlah petikan berikut daripada The Crescent and the Bull oleh Erich Zehren, mukasurat 190: Tell
Ta’annek telah dijumpai pada tahun 1901 di bawah pimpinan Ernst Sellin. Tulisan
kuneiform tertentu telah ditemui, termasuklah surat-surat kepada Raja Taanak,
iaitu Ishtarjashar.
Suatu perenggan
surat daripada seorang Jeneral Mesir berbunyi:
“Setiap yang
kamu dengar tuliskan kepadaku, supaya saya boleh memahaminya. Jika jari Ashirat
memperlihatkan dirinya, saya ingin untuk mengenalinya dan menurutnya. Dan laporkan
kepadaku tanda dan hal tentangnya.”
“Bagaimanakah
Ashirat MENUNJUKKAN jarinya? Ashirat bersepadan dengan Ishtar dan Inanna dan
jarinya hanya boleh ditemui di langit, di mana suatu ‘jari’ mungkin dapat
dilihat dalam bentuk bulan sabit pada penghujung bulan. Surat jeneral Mesir
tersebut menunjukkan adanya suatu tarikh. Apabila bulan sabit menghampiri Venus
(planet Zuhrah) dia menjangkakan suatu laporan.” “Perhubungan ini adalah suatu
permintaan untuk bertindak pada suatu masa tertentu.”
“Surat ini adalah
daripada pertengahan milenium kedua Sebelum Masehi, iaitu lebih kurang
pertengahan jangkamasa antara Abraham dan Musa”, mukasurat 191. Daripada sini
kita dapati bahawa sebahagian besar dunia terikat ke dalam misteri-misteri
Babel di dalam sistem agama mereka hingga hari ini.
Adakah kamu tahu dari mana datangnya
konsep Ibu Angsa (Mother Goose) dan
telur emas itu? Adakah ia hanya suatu cerita untuk kanak-kanak dan tidak
berbahaya atau adakah ia mempunyai maksud-maksud lain?
J: Perhubungan Angsa dan Keabadian dan Dewi Ibu berasal dari Mesir kuno. Firaun atau
raja tidak bebas untuk berbuat sepertimana yang kita anggap boleh dilakukan
oleh raja. Setiap aspek kehidupan seharian mereka dikawal ketat, termasuklah
juga masa yang mereka gunakan untuk perhubungan seks. Begitu juga, mereka hanya
dibenarkan memakan daging anak lembu dan angsa (Frazer, The Golden Bough, iii, 13).
Apabila seorang
Firaun mangkat angsa akan dikorbankan. Setiap firaun dianggap sebagai dewa
Osiris seperti juga orang-orang biasa di dalam kultus orang mati, dan orang
yang mati tersebut akan digelar Osiris itu dan ini. Dewi Ibu Nut merupakan ibu
kepada Osiris. Dengan itu perhubungan tersebut dibuat. Dewi-dewi Isis dan
Nephthys hadir, sama seperti Anubis dan Horus dan dewa-dewa legenda Mesir,
berkumpul di sekeliling si mati. Dua perempuan berkabung ada di situ untuk
mewakili dewi-dewi tadi.
Frazer
menyatakan bahawa angsa dikorbankan sewaktu pengebumian (petikannya
disalahletak di vi, 15). Osiris merupakan tuhan kebangkitan sepertimana juga
Attis di Barat dan Adonis di Timur. Dewa pertumbuhan yang nazak ini dikaitkan
dengan amalan ini dengan Shrove (tumbuhan) di Shrovetide dan beruang Shrovetide
di Eropah. Jerami shrove tersebut telah digunakan untuk menggalakkan angsa
bertelur lebih banyak sebagai simbol kesuburan (viii, 326).
Variasi-variasi
pada tema ini kemudiannya berlanjutan melintasi zaman sehinggalah kepada konsep
dewi ibu dan simbol angsa. Burung undan (angsa putih, bukan kelabu) juga adalah
suci bagi Apollo dan mempunyai perkaitan serupa di Eropah kerana sama jenisnya
dengan angsa.
Dengan itu, kita
ditumpukan semula kepada kultus-kultus kesuburan dan sistem Easter (lihat The Origins of Christmas and Easter [235]). Terdapat juga satu cerita
berkaitan yang berpatutan dan saya cadangkan agar kamu melihatnya pada karya The Nicolaitans [202]).
Apakah kepentingannya Senarai Eponim
Asyur?
J: Di dalam kajian perihal Asyur, senarai inilah di mana
petugas-petugas Asyur memberikan nama-nama mereka kepada tahun tugasan mereka.
Dengan itu, senarai nama-nama ini bersamaan dengan senarai tarikh-tarikh yang
dikira dari mereka.
Apabila membaca peristiwa berkenaan
Gideon di dalam Hakim-hakim 7 dan 8, mungkinkah Oreb dan Zeeb itu suatu
perwakilan bagi 2 kerubim yang telah berpaling tadah (jatuh)? Adakah sesuatu
pada pengertian nama-nama mereka yang boleh menunjukkan siapa atau apakah yang
mereka wakili?
J: Oreb (SHD 6157) “arob” terbit daripada kata dasar untuk
nyamuk dan terus kepada “mengerumuni/berkelompok” (to swarm) dan dengan itu diaplikasikan kepada pelbagai lalat atau
sekelompok/sekawan. Oleh itu, putera Oreb juga boleh dinyatakan sebagai Dewa
Lalat (Lord of the Flies), iaitu
Tuhan bagi Ekron.
Adakah apa-apa hubungan antara agama dan
pesta Mardi Gras? Nampaknya seperti ada hubungan apabila saya mendengar tentang
pemeliharaan hari-hari tertentu seperti, hari Selasa Gemuk (Fat Tuesday). Karnival-karnival secara
amnya, kelihatan seperti mempunyai hubungan dengan pemeliharaan upacara agama.
Pada bulan Januari, ada suatu keramaian yang dipanggil Karnival Musim Sejuk,
dan juga Perarakan Easter yang diminati ramai.
J: Benar, memang ada hubungan antara Mardi Gras dan agama. Ini
adalah karnival kuno yang berhubung-kait dengan Shrove. Selasa Gemuk itu datang
dari Selasa Shrove kuno. Pada asalnya hari Rabu Abu (Ash Wednesday) tidak ada kaitan dengan Pesta Lenten yang merupakan
perkabungan bagi shrove tersebut, yang telah dibakar dan abunya mewakili Shrove
yang telah dibakar.
Gelaran bagi
Rabu Abu adalah caput jejunii. Ada
perbezaan liturgi antara caput jejunii
ini dan “initium quadragesimae” iaitu
gelaran bagi hari Minggu pertama di dalam Lent.
Pada asalnya
apabila sistem Easter telah diperkenalkan, perayaan tuhan yang sedang mati
memulakan puasa 36 hari pada hari Isnin selepas hari Minggu pertama di dalam
Lent (ERE, art Shrove-Tide, Shrove Tuesday, xi, 477). Selepas zaman Gregory I
yang digelar Yang Besar, dan pembangunan Empayar Roma Suci, hari Rabu Abu
adalah hari yang mula-mula sekali didirikan dari kalangan empat hari puasa
tambahan yang digelar “caput jejunii.” Minggu adanya tempoh ini merupakan
minggu yang sama di mana adanya Karnival atau Mardi Gras tersebut. Sistem
shrove itu telah dan masih lagi dikaitkan kepada minggu Karnival dan istilah
“Carniprivium” diberikan kepada hari Minggu Quinquagesima.
Adat-adat yang
diamalkan di Scotland menunjukkan pertalian dengan “adat-adat Bacchanalian bagi
Shrove tide, dengan lesen Saturnalian Krismas” (ERE mukasurat 478). Asalnya
hari Rabu Abu adalah perkabungan bagi tuhan yang sedang mati dan kematian
shrove di karnival.
Frazer telah
membuat kajian menyeluruh ke atas adat tersebut di dalam The Golden Bough di iv. 2220-221, serta 226 dan seterusnya. Ia
telah disebarkan ke seluruh Eropah sehinggalah abad ini. Ia bukannya suatu adat
Kristian yang asal dan berasal daripada adat-adat pagan yang telah diterap
bersama dengan sistem Easter pada abad kedua dan yang tidak disepadankan
sepenuhnya sehinggalah permulaan abad ketujuh di bawah Gregory.
Hari Rabu Abu
tiada kaitan langsung dengan sistem Alkitab. Ia asalnya merupakan peringatan
bagi kematian shrove Bacchanalian. Kerana itu, Karnival tersebut merupakan Hari
Terakhir Shrove dan hari Selasa Gemuk merupakan hari terakhir sebelum Shrove
tersebut di bakar pada hari Rabu Abu, di mana tiada fungsi atau tujuan Kristiannya
langsung.
Pesta-pesta
tersebut semuanya mempunyai asal-usul di dalam kultus-kultus Misteri dan
membawa kepada sistem Easter bagi Baal-Easter. Anda akan melihat asal-usulnya
di dalam karya The Origins of Christmas
and Easter [235] dan juga The Golden
Calf [222].
Pada parti-parti harijadi kanak-kanak dan
juga beberapa parti-parti dewasa seperti pemandian bayi (baby showers), permainan pinata nampaknya semakin banyak digunakan
untuk menambahkan hiburan. Perkataan ini tidak ada di dalam kamus saya. Engkau
tahukah asal-usul permainan ini?
J: Pada asalnya, Pinata tersebut dibuat mengikut bentuk rupa
ikan duyung wanita (mermaid) walaupun
kini ia tidak semestinya suatu ikan duyung. Kadangkala, ia adalah suatu bintang
bermata enam. Bintang tuhan ini terbit daripada sumber yang sama dengan ikan
duyung tersebut. Ikan Duyung adalah simbol bagi dewi Derceto atau Ceto atau
Kato yang merupakan Atargatis, yang berkaitan dengan bangsa Filistin dan kultus
Dagon serta juga sistem Baal-Easter.
Ikan ini keramat
bagi Atargatis atau Derceto sama seperti burung merpati. Amalan mengambil air
bagi Bait Suci daripada kolam-kolamnya, terbit daripada kultus ini dan kerana
itu penggunaan air suci terbit daripada sistem Baal-Easter. Ini juga adalah
asal-usul amalan memakan ikan pada hari Jumaat sempena hari kematian tuhan,
sama ada Attis atau Adonis atau Osiris, bergantung pada kawasan.
Ikan duyung ini
dipukul dengan kayu pemukul untuk memecahkan pinata atau bungkusan biji benih yang ada padanya supaya biji benih
ini kemudiannya jatuh ke atas bumi dan tumbuh semula. Inilah sebabnya kenapa
pinata di dalam permainan tersebut mempunyai gula-gula di dalamnya untuk
melambangkan biji benih tersebut.
Pada zaman-zaman
dahulukala mereka meletakan orang di dalam kulit-kulit dan memukul mereka.
Biasanya upacara-upacara ini melibatkan pengorbanan nyawa manusia. Shrove
Bacchanalian diterbitkan daripada amalan ini, seperti juga hari Rabu Abu, yang
asalnya tiada kaitan dengan Lent, tetapi sebaliknya berkaitan dengan pembakaran
Shrove dari minggu sebelumnya dan yang mati pada hari Selasa Shrove. Beruang
(-buatan) Shrovetide juga dipukul sebagai amalan di Eropah pada hari ini.
Kisah-kisah
mengenai amalan-amalan ini boleh dilihat di dalam karya-karya The Origin of Christmas and Easter [235];
The Pinata [276]; David and Goliath [126].
Baru-baru ini seseorang telah memberitahu
saya tentang “agama” ini yang dipanggil Tantra. Saya telah merujuknya pada
laman web. Apa yang saya dapat daripada percakapan saya dengan orang ini dan
laman web itu sendiri adalah, ini merupakan kepercayaan di dalam menemukan
pertalian rohani di dalam perhubungan dan nafsu seks. Kalau saya tidak silap,
mereka mengajar bahawa seseorang itu dapat menemui kepuasan sempurna di
dalamnya…maksudnya secara seksual dan rohani. Tapi bukankah ini bertentangan
sepenuhnya dengan apa yang Allah beritahu pada kita?
J: Memang betul. Yoga Tantrik menurut garis panduan yang sama.
Ia bukanlah sesuatu yang baru. Perhubungan seksual telah menjadi asas bagi
kultus-kultus dan misteri-misteri matahari sejak beribu tahun lalu. Ia
mendasarkan keseluruhan sistem Baal-Easter kerana ia adalah suatu
pemutarbelitan pada hukum kelima dan struktur kekeluargaan.
Lihat pada
karya-karya Law and the Fifth Commandment
[258] dan Law and the Seventh
Commandment [260] dan siri-siri Hukum secara amnya: lihatlah The Law of God [L1].
Zoroastrianisme
Saya berminat di dalam ilmu pengetahuan;
di manakah boleh saya dapat suatu perlambangan (bentuk ukiran atau lukisan) roh
zoroastrian Ahriman (jika ada di mana-mana)?
J: Ya, nampaknya ini bukanlah persoalan yang senang. Terdapat
suatu ukiran (agak) awal yang memperlihatkan Ahriman dipijak-pijak oleh Ahura
Mazda atau Ohrmazd. Ia ada di dalam “Lembah Raja-raja Iran” Naqsh-I Rustam.
Ia merupakan
suatu gambaran bagaimana Raja Ardashir I (224-241 TM) dipersembahkan dengan
cincin kedaulatan oleh Ohrmazd. Di dalam meterai-meterai Achaemenid yang lebih
awal Tuhan tidak pernah dipamerkan dalam bentuk manusia dan dan pertunjukan
kuasa-kuasa alam semesta dilihat sebagai daya-daya kuasa dan dengan itu
dipamerkan sebagai simbol-simbol. Ada gambar foto ukiran Ardashir ini di dalam
hasil karya Mythology: An Illustrated
Encyclopaedia, Black Cat, pada mukasurat 43.
Gambaran yang
kemudiannya memperlihatkan Ahriman dalam bentuk manusia dengan perhiasan kepala
yang menyerupai ular. Terdapat penemuan arkeologi baru-baru ini berkenaan
Ardashir dan ukiran-ukirannya di Iran, dan kerana itu Oxford dan Cambridge
sepatutnya ada gambar-gambar foto terkini tentang gambaran-gambaran Ahriman dan
Ahura Mazda yang kemudiannya.
Doktrin-doktrin Mistik Kristian
Apakah pandangan anda tentang
doktrin-doktrin Preteris yang nampaknya semakin popular baru-baru ini? Saya
bukan ingin mempengaruhi jawapanmu, tetapi saya berpendapat bahawa idea-idea
ini tentang bagaimana Kristus telah kembali pada 70 TM, adalah penyimpangan
peminda (revisionist heresy) yang
tiada asas di dalam Alkitab. Apakah pandangan anda?
J: Kami anggap bahawa apa yang engkau maksudkan ini adalah
pendapat Preteris yang menyatakan bahawa Kristus telahpun kembali, ataupun,
sedang aktif di atas bumi ini. Hujah bahawa dia telah kembali pada 70 TM adalah
suatu versi tidak munasabah bagi pendapat ini. Saksi-saksi Yehovah nampaknya
juga mempunyai versi lain yang ganjil berkenaannya iaitu tahun 1914.
Pendapat yang
paling membimbangkan sekali adalah pendapat bahawa Kristus kini sedang
memerintah sebagai Gereja Roman Katolik, dan telahpun begitu sejak gereja ini
didirikan. Ini dipercayai sebagai zaman seribu tahun (milenium) yang tercatat
di dalam Wahyu 20, walaupun masa sudah berlalu melebihinya. Jikalah Empayar
Roma Suci yang wujud semasa jangkamasa tahun 590 - 1850 (atau 1260 tahun)
adalah Kerajaan Allah di bumi, lebih baik memilih untuk mati sahaja.
Kristus
mengatakan bahawa jika mereka memberitahu kamu yang mereka adalah Mesias, atau
memberitahumu bahawa Dia ada di situ atau di sini, maka janganlah percaya pada
mereka (Markus 13:21). Kita semua akan melihat dia datang kembali di atas
awan-awan dengan kemulian dan kekuasaan besar dan kita akan dikumpulkan bersama
(Markus 13:26-27). Apabila Dia kembali ke sini, kita akan lihat bumi ini
berterusan selama seribu tahun menurut Hukum Alllah, dan manusia akan
mempelajari penurutan melalui proses “sebab dan kesan” di bawah naungan Ulangan
28 (lihatlah The Blessings and the Curses
[075] dan The Millenium and the
Rapture [095].
Di dalam buku-buku seperti The Holy Blood and the Holy Grail (Darah
Suci dan Cawan Suci) dan juga Bloodline
of the Holy Grail (Keturunan Persaudaraan Cawan Suci), beberapa poin-poin
penting dan menarik telah ditimbulkan berkenaan Perjanjian Baru dan agama
sepertimana ia wujud secara amnya. Bolehkah anda terangkan kepada saya kenapa,
secara amnya, idea-idea dan konsep-konsep mereka ini adalah salah, namun engkau
percaya bahawa versimu tentang sejarah keagamaan adalah betul?
J: Kenapa pula kita harus mempercayai mana-mana satu daripada
kitab-kitab ini? Apakah yang menjadikan Alkitab sungguh penting? Bagaimana
dengan Kitab Gita dan teks-teks yang lain? Mari kita mula dari awal. Allah
mencipta langit dan bumi. Dia mencipta manusia. PenciptaanNya ada tujuannya.
Kalaulah tiada tujuannya maka Allah telah berbuat begitu untuk bersuka-suka
saja. Kalaulah begitu, maka kita boleh katakan bahawa kita ini hanyalah
seumpama suatu perhiasan saja bagi galaksi Bima Sakti ini. Hakikatnya kita
tidak percaya begitu dan begitu juga dengan orang-orang dahulukala.
Allah mempunyai
tujuan bagi manusia. Tujuan ini melibatkan penghakiman dan kehidupan selepas
kematian. Jika kita akan dihakimi maka kita harus dihakimi mengikut suatu
standard yang masuk akal. Ini haruslah konsisten dan tidak berubah di dalam
aplikasinya dan peraturannya. Allah tidak pernah berubah dan Kristus adalah
tetap sama, kelmarin, hari ini atau selamanya.
Allah mempunyai
tanggungjawab moral dan etika untuk menyatakan kehendakNya serta standard yang
akan menjadi dasar bagi penghakiman kita. Jika tidak, dia hanyalah seorang yang
bertindak sewenang-wenangnya tanpa menghormati orang. Juga, hukum haruslah
berdasarkan pada kriteria tertentu yang lain, selain daripada fakta bahawa Dia
telah menerbitkan mengikut ragam hati. Jika benarlah bahawa Dia telah
menerbitkannya mengikut ragam hati, maka Dia hanyalah seorang penindas saja.
Daripada semua
rekod yang kita ada, Alkitablah satu-satunya yang paling konsisten sekali dan
yang disokong oleh catatan sejarah serta aktiviti bermukjizat yang baik. Allah
menyatakan kehendakNya melalui hamba-hambanya para nabi. Kita ada bukti tentang
pengantaraan ini dan nubuatan ilahi yang telah membuahkan hasilnya.
Peraturan
Alkitab adalah bahawa segala nubuatan haruslah menurut Hukum dan Kesaksian
(Yesaya 8:20). Kesemua buku di dalam Alkitab telah dinyatakan sebagai nubuatan
dan diakui sebagai karya ilahi oleh perbadanan Israel dan para imam. Ini telah
dilanjutkan ke semua gereja termasuklah juga mereka yang mennyangkal Hukum
Allah dalam aplikasinya hari ini.
Buku-buku
seperti yang saudara katakan itu tidak menyatakan bahawa ia mewakili suara
Tuhan dan tidak menurut Hukum dan Kesaksian. Oleh itu, mereka tiada pengesahan
asas itu yang membolehkan mereka dianggap sebagai diilhami atau disuarakan
Tuhan sepertimana para rasul di dalam Perjanjian Baru menerangkan Perjanjian
Lama dan Kitab Suci secara amnya.
Di dalam
pembacaan karya-karya seperti itu, kita harus menimbang setiap satu sama ada
konsisten dengan catatan Alkitab dan kemudiannya terpaksa menolaknya kerana
bertentangan, khasnya dalam perkara-perkara yang kritikal bagi pemahaman
rencana Allah. Standard ini boleh digunakan ke atas Qur’an dan karya-karya yang
lain.
Apabila standard
ini diaplikasikan kepada apa yang Qur’an katakan sebenarnya, bertentangan
dengan apa yang para imam Muslim katakan tentang apa yang Qur’an katakan, kita
tidak dapati apa-apa pertentangannya dengan teks Alkitab. Namun, jika kita
mengikut apa yang Islam moden katakan sebagai ajarannya, maka kita akan
melakukan kesilapan besar.
Dengan itu, kita
haruslah menilai setiap tulisan menurut dakwaan tulisan-tulisan itu tentang
dirinya sendiri, dan menurut para saksi serta penulis, dan juga mengikut
tafsiran dan konsistensi karya-karya di antara persuratan Kitab Suci
sepertimana diilhamkan oleh Allah kepada para nabi. Begitu juga dengan sebarang
tulisan kita sendiri yang haruslah menurut Hukum dan Kesaksian, kerana jika
tidak, maka tiada terang di dalam diri kita.
Itulah sebabnya
semua bahan yang kumpulan kami terbitkan akan disemak dengan terperinci oleh
perbadanan jemaat dan diperbetulkan jika ada apa-apa yang tidak sesuai. Jika
kamu melihat teks hasilan kumpulan kami yang bertentangan dengan Hukum Allah
dan Kesaksian Yesus Kristus serta para nabi, tolong tunjukkan kepada kami
supaya kami dapat memperbetulkannya, ataupun menerangkan kenapa ia tidak salah.
Kami akan berikan penerangan, dengan syarat orang itu menyatakan bantahan yang
munasabah.
Apakah buktinya bahawa kubur yang ditemui
pada abad ke 9 di Santiago de Compostela, iaitu di barat laut Sepanyol
(Galicia), adalah, seperti yang didakwa, kubur Yakobus?
J: Yakobus, biskop Yerusalem dan saudara Kristus telah mati
syahid pada 63 TM dan diganti oleh Symeon anak Maria dan Clophas. Tiada
kemungkinannya bagi kumpulan Desposyni membenarkan mayatnya dihantar ke
Galicia.
Yakobus
merupakan santa (saint) penaung bagi
Galicia dan di bawah sepanduknya-lah orang-orang Sepanyol mula mengusir keluar
orang-orang Muslim. Mazhab Santa Yakobus dari Compostella telah bertapak lebih
lewat lagi dari itu dan pada hakikatnya tempat ini bukanlah pusat asal mazhab
ini. Asalnya ia berpusat pada dua tempat iaitu Leon di Leon dan Ucles di
Castille.
Satria-satria
Santiago mempunyai hakmilik di dalam kedua-dua kerajaan itu tetapi Ferdinand II
dari Castille dan Alphonse VIII dari Castille, semasa mengaruniakan mazhab
tersebut, telah menetapkan syarat-syarat bahawa pusat-pusat mazhab itu haruslah
berada di negeri-negeri masing-masing. Perbalahan panjang ini telah dihentikan
pada 1230 apabila Ferdinand III telah menyatukan kedua-dua takhta. Kemudiannya
Ucles di Cuenca telah dianggap sebagai ibu pejabatnya.
Tapak suci (shrine) Santa Yakobus telah dilindungi
oleh kumpulan ini. Keperluan mendirikan tapak suci bagi santa-santa penaung dan
semangat keagamaan di dalam peperangan-peperangan di Sepanyol telah membentuk
momentumnya sendiri untuk mendapatkan satu atau dua reliknya sendiri, dan
badan/mayat santa penaung Sepanyol merupakan pilihan logik untuk mereka
buatkan.
Saya berminat di dalam apa yang kamu
katakan mengenai pemetaan DNA (DNA
Mapping). Saya telah membaca komen-komen para saintis dari pelbagai buku,
terlalu banyak untuk disebutkan di sini. Gambaran yang saya dapat daripada
semua itu adalah: Dan kini KAMI tahu…..jadi berjaga-jagalah kamu Tuhan!
Nampaknya Tuhan hanya berguna untuk manusia pada waktu Ia diperlukan sahaja.
J: Cuma ada satu bangsa saja iaitu bangsa manusia dan kini kita
boleh membuktikan fakta ini dengan sempurnanya. “Raksasa” prasangka perkauman (racism) mungkin telah berlalu tetapi ia
hanya telah diganti dengan suatu ancaman yang lebih hebat lagi ke atas
kebebasan manusia. Kecacatan genetik keluarga dan suku kaum boleh diasingkan
dan mungkin juga keluarga manusia yang normal dibinasakan sebagai suatu konsep.
Ini merupakan
doktrin terkemudian para setan, yang membuatkan hal pelarangan perkahwinan
suatu yang lebih nyata lagi. Lihatlah pada karya The Doctrines of Demons of the Last Days [048] dan juga Vegetarianism and the Bible [183].
Pemetaan genom
manusia akan menjadikan Kejadian nyata. Pernyataan “mereka akan seperti elohim”
kini lebih jelas. Itulah sebabnya kenapa menara Babel telah dibinasakan dan
bahasa dikelirukan.
Ketika meneliti suatu senarai Para Bapa
Gereja saya terlihat nama Hermes, siapakah dia individu ini dan apakah yang
dipercayainya dan/atau diajarkannya?
J: Hermes pertama (asal) bukanlah seorang bapa gereja. Dia
disebutkan sepintas lalu saja oleh Para Bapa Ante Nicene kerana
pandangan-pandangannya. Dia dipanggil Hermes Trismegistus. Dia telah dianggap
sebagai (dewa) Hermes atau Merkuri yang kelima yang telah membunuh Argus dan
disebabkan itu telah melarikan diri ke Mesir. Orang Mesir menggelarnya Thoth
dan menamakan bulan pertama kalendar mereka sempena namanya, di sini berpadanan
dengan bulan September.
Dia telah
membina bandar Hermopolis dan disembah di Phenae. Dia merupakan seorang
monoteis yang mengajar di Mesir tentang tuhan yang tidak boleh dinamakan. Dia
disebutkan di dalam ANF pada volum 1:289; VII:15, 210, 215. Hermes yang kedua
pula merupakan orang Messalia atau Eustathia. Epiphanius menyebut bahawa mazhab
itu telah diasaskan pada zaman Constance tetapi Theodoret mengatakan bahawa
mereka bermula pada zaman Valentian.
Siri II Para
Bapa Post Nicene (Selepas Majlis Nicaea) volum XIV pada mukasurat 240 telah
mencatatkan tentang mazhab tersebut. Suatu gua-kubur Hermes telah ditemui satu
abad yang lalu di Via Salaria Vetus di luar Porta Pinciana (CE vol. II,
mukasurat 419, 517). Tidak banyak yang diketahuinya mengenainya kecuali
bagaimana dia telah mati syahid pada sekitar 119 TM. Katalog Liberia Abad
Keempat telah menyebut mengenainya sebagai telah dikebumikan di Perkuburan S.
Basilia. Basilika bawah tanah abad keempat ini didirikan di atas kubur itu.
Adrian I (772-95) telah memindahkan mayat Hermes ke kota. Asal-usul
Kekristianan gua-gua kubur Hermes dan mayat-mayat Petrus serta Hyacinth yang
ditemui di situ disahkan telah ditemui oleh Guiseppe Marchi 21 Mac 1845 (CE
Vol. IX mukasurat 643).
Kultus-kultus sering dianggapkan sebagai
mempunyai agenda-agenda tersembunyi serta menggunakan ilmu pukau fikiran untuk
memastikan kesetiaan anggota-anggota mereka. Apakah itu suatu kultus? Adakah
mereka ini bersifat seperti yang saya nyatakan di atas? Jika tidak, kenapa pula
perkataan “kultus” membawa pengertian sebegitu?
J: Perkataan “Kultus” di ambil dari Cultus dan bermaksud “menyembah”. Kultus Kristian terbesar adalah
Gereja Roman Katolik. Ia telah mengembangkan pengertian penindasannya oleh
sistem-sistem Kristian umum dan mengenakannya ke atas golongan-golongan yang
lebih kecil serta mengecam mereka kerana mempunyai kepercayaan yang berlainan
atau kerana menolak daripada mengikuti kebiasaan umum.
Ini sesuatu yang
biasa berlaku di dalam sejarah, dan sistem Kristian yang utama itu telah
berulang-kali menghapuskan mereka yang berselisih faham dengannya,
menganggapkan agama seperti politik. Fungsi
Kultus telah dihuraikan di dalam karya The Cult Mentality [074]. Penganiayaan jemaat pemelihara Sabat
sebagai suatu kultus telah berterusan sejak kultus-kultus hari Minggu
mengambil-alih tempat sebagai agama Kristian majoriti. Lihat pada karya The Role of the Fourth Commandment in the
Historical Sabbath-keeping Churches of God [170].
Tujuan peristiwa
Holocaust adalah untuk menghapuskan
semua umat-umat percaya Alkitab yang memelihara hukum daripada Eropah pada abad
ini. Ia nyaris-nyaris berjaya. Pada hari ini terdapat beberapa hal yang lebih
aneh lagi yang membinasakan kumpulan-kumpulan kecil. Beberapa kumpulan kecil
juga melakukan pembunuhan diri.
Suatu kumpulan
di Uganda baru-baru ini telah berpecah dari Gereja Roman Katolik dan kononnya
menyatakan bahawa ia mahu memulihkan Hukum Allah. Selepas itu,
anggota-anggotanya didapati telah dikurung dan dipaku-tutupkan ke dalam bangunan
gereja yang kemudiannya telah dibakar oleh ketua-ketuanya. Kedengaran ganjil
sekali.
Kultus di dalam
peristiwa di Waco telah dilabelkan sebagai kultus yang gila, namun kita ketahui
sekarang ini tentang beberapa perkara luar biasa yang telah berlaku di situ yang telah merunsingkan ramai penduduk
Amerika. Masyarakat Kristian kebanyakan (umum), pernah menghapuskan
kumpulan-kumpulan kecil yang tidak bersefahaman dengan mereka melalui cara-cara
yang ganjil dan mengerikan di sepanjang zaman. Lihatlah pada buku Sabbatarians in Transylvania (CCG
Publishing 1998).
Syahadat Kristian/Christian Creed
Di dalam pertanyaan-pertanyaan sebelumnya
anda telah merujuk kepada “Dokumen R”. Bolehkah kamu tolong terangkan lebih
lanjut mengenainya? Siapa penulisnya? Pada jangkamasa bila? Adakah laman web
atau lain-lain yang mengandungi salinannya yang telah diterjemahkan supaya kami
boleh membacanya?
J: Dokumen R merupakan salinan terawal yang diketahui bagi
syahadat (butiran kepercayaan) gereja, daripada mana Syahadat Para Rasul telah
dibentukkan, atau lebih tepat lagi dipalsukan kerana ia tiada kaitan langsung
dengan para rasul.
Herbert Thurston
telah membentangkan kandungannya di dalam artikelnya di dalam artikel berkenaan
syahadat di dalam Catholic Encyclopaedia.
Ia menunjukkan dengan jelas bahawa gereja di Rom, selewat-lewatnya pada akhir
abad kedua, telah menggelarkan dirinya sebagai Gereja Suci dan bukan Gereja
Katolik. Ia bersifat Unitarian dengan Kristus sebagai bawahan Allah Bapa, dan
percaya pada Kebangkitan Orang Mati. Hasil daripada pembentukan-semula
Tertullian, Roh Kudus dianggap sebagai kuasa Allah dan bukannya suatu makhluk
perorangan.
Sistem-sistem Agama Kebangsaan
Saya telah membaca komen-komen berkenaan
kem-kem pengurungan Croatia dan Vatican. Sukar untuk saya tidak memikirkan
peristiwa-peristiwa itu. Walaupun saya seorang Katolik bangsa German secara
lahir, pelanggaran jelas Hukum Besar Kedua itu adalah sesuatu yang sukar
dipercayai. Selain berpuasa dan berdoa bagi pertaubatan dunia, dan penyembuhan
penduduk dunia serta planet ini dan, sememangnya, penurutan terhadap Allah
Sebenar yang Tunggal, apa lagi yang boleh kita lakukan?
J: Apa yang lebih membimbangkan adalah bagaimana tiadanya akuan
daripada orang-orang ini bahawa mereka sebenarnya telah berbuat salah. Kita
mempunyai bukti sah angkat-sumpah dari dalam mahkamah-mahkamah perundangan yang
mengadili jenayah-jenayah perang daripada paderi-paderi Franciscan ini. Seorang
daripadanya telah mengaku telah membunuh sendiri seramai 44,000 orang. Namun
kita dapati bahawa ada paderi-paderi di forum-forum dunia yang masih menafikan
kebenaran kejadian-kejadian tersebut.
Terdapat hampir
15,000 kem pengurungan (concentration)
dan penghapusan (extermination) di
Eropah pada masa itu. Bangsa Yahudi telah silap dari segi penggambaran mereka
mengenai sistem ini sebagai hanya suatu Kecelakaan Yahudi.
Tujuannya adalah
untuk menghapuskan setiap yang bukan Trinitarian dan terutamanya pemelihara
Sabat daripada Eropah. Ia merupakan usaha kerjasama antara sistem-sistem Roman
Katolik dan Lutheran. Sekitar 18 juta orang telah dibunuh. Ia memerlukan
usahasama sistem Roman Katolik/Lutheran Eropah untuk melakukannya. Kem tawanan
yang pertama telah diserahkan oleh SA kepada Gereja Lutheran pada Disember
1932. Ini sepuluh tahun sebelum kononnya bermula jangkamasa Holocaust 1942-45.
Ini serupa
dengan suruhanjaya Kebenaran dan Pemulihan di Afrika Selatan. Tanpa kebenaran
tidak ada pemulihan. Tanpa pengakuan daripada Gereja Roman Katolik berkenaan
perbuatannya dan asal-usul sistemnya, tidak mungkin akan ada pertaubatan.
Ini bukan
hanyalah Holocaust yang selama tiga
tahun di Eropah. Sepertimana yang anda boleh lihat, penghapusan ini telah
dimulakan di Afrika pada awal abad ini (abad ke 20). Namun begitu kejadian
Pemeriksaan Penghukuman (Inquisition)
telah dimulakan berabad yang lalu. Lihat pada karya The Unitarian/Trinitarian Wars [268]. Rujuk juga pada karya The Role of the Fourth Commandment in the
Historical Sabbath-keeping Churches of God [170].
Inquisition yang terakhir terjadi di dalam
Negeri-negeri Kepausan (Papal) antara
1823 dan 1946. 200,000 orang telah dihukum mati atau menjadi hamba abdi. 1.5
juta orang telah ditempatkan di bawah pengawasan berterusan. Boleh dikatakan
bahawa tali gantung terdapat di setiap penjuru. Orang-orang dibicarakan dalam
bahasa Latin dan mereka tidak dapat mempertahankan diri mereka serta juga tidak
mengetahui secara terperinci tuduhan-tuduhan yang dikenakan ke atas mereka.
Malachi Martin, ahli sejarah Jesuit itu, telah memberikan butir-butirnya di
dalam karyanya The Decline and Fall of
the Roman Church, mukasurat 250-254) dan seterusnya. Apabila penduduknya
membuat pungutan suara bagi menentukan sama ada mereka akan terus bersama
dengan sistem kepausan atau menjadi sebahagian daripada republik, daripada hanya
segelintir mereka yang dibenarkan mengundi, lebih 130,000 orang telah mengundi
untuk menyertai Republik dan hanya lebih kurang 3000 saja yang masih mahu
tinggal tetap.
Kita harus
kembali kepada Allah yang Hidup dengan doa dan puasa serta bertaubat daripada
dosa-dosa kita dan penyimpangan serta penyembahan berhala kita. Kita harus
pastikan kita benar-benar menurut Hukum Besar Pertama sebelum kita dapat
teruskan dengan Hukum Besar Kedua dengan lebih terperinci lagi, tetapi sebelum
kita dapat memastikannya dengan Hukum Pertama itu, kita harus mengasihi
kebenaran dan menumbuhkan keinginan sejati untuk mengasihi semua orang.
Jika kita tidak
mengasihi jiran kita yang kita sedia nampak, bagaimana pula kita dapat
mengasihi Allah yang belum pernah kita nampak. Kamu telah mengambil langkah
pertama dalam suatu perjalanan panjang yang menuju kepada pemulihan.
Orang-orang Scot pada asalnya tidak
datang dari Scotland. Di manakah letaknya kawasan tertua yang ditemui yang
mengandungi asal-usul mereka serta bahan-bahan peninggalan mereka dan
bagaimanakah mereka tiba ke Scotland?
J: Orang-orang Scot mempunyai latarbelakang kaum yang sama
dengan orang-orang Irish. Ini bermakna bahawa orang Scot adalah suku kaum Celt.
Dengan mengambil suatu langkah ke belakang dari Sepanyol, nampaknya ada suatu
pertalian dengan Georgia di Caucasus.
Perkataan Iberia (daripada bahasa Latin Iberi) iaitu negeri orang-orang Iberi,
datang daripada perkataan Yunani Iberes
yang telah digunakan bagi kedua-dua suku kaum ini. Satu adalah suku di Sepanyol
dan yang satu lagi orang-orang Iberia iaitu suatu suku Asia yang duduk
berdekatan dengan Caucasus.
Orang-orang
Godel (Godelians) merupakan anak-anak
Yafet (Japeth) tetapi nama Iberi
nampaknya adalah bentuk Yunani bagi perkataan Semitik Yafet itu. Alkitab
menggelarkan penduduk asal Sepanyol sebagai Godelians
yang membawa erti “anak-anak Godel”. Orang-orang Iberia ini dianggap sebagai
nenek moyang masyarakat Basque.
Iberia kuno di
Asia adalah kawasan yang lebih kurang di mana letaknya Georgia pada hari ini.
Bahasa Iberia adalah juga gelaran Inggeris Tengah bagi bahasa Basque (lihat
Kamus Oxford Universal). Titik paling timur di mana kita masih menjumpai
bahan-bahang peninggalan mereka adalah di kawasan Urumqi di Tien Shan di
Kawasan Autonomi Uygur (Xinjiang Uygur Zizhiqu) yang terletak di Barat Laut
China.
Mumia-mumia
mereka ditemui dengan pakaian dan bahan tenunnya yang masih sempurna. Mereka
memakai baju tartan pemburu berwarna biru dan coklat sejak masa itu lagi, dan
tartan genggang (plaid) lama denga
jalur-jalur hitam serta merah-putih juga ada. Orang lelaki kaum ini mencapai
sehingga ketinggian enam kaki enam inci sementara perempuannya mencapai hingga
enam kaki. Mereka semuanya berambut kuning-perang (dan bermata biru?).
Seorang pakar
tekstil telah menulis suatu karya yang bertajuk “Mumia-mumia Urumqi” (Mummies
of Urumqi). Ia meliputi kesemua aspek pakaian dan mengandungi gambar-gambar
mumia-mumia tersebut. Sebenarnya orang-orang Cina menemuinya dan menutupi
penemuan itu agak lama sehinggalah seorang pelawat dibiarkan terjumpanya oleh
beberapa orang ahli akademik China yang inginkan publisisti bagi penemuan itu.
Adakah perbezaan antara orang-orang Celt
dan Celt Hyperborea? Saya pernah mendengar kedua-dua istilah itu digunakan
tetapi tidak tahu sama ada ia kumpulan yang sama atau kedua-duanya kumpulan
yang berlainan.
J: Istilah ini telah digunakan oleh orang Yunani untuk merujuk
kepada orang-orang Celt yang tinggal di utara atau seperti kata mereka “di atas
(cth. Angin) Utara.” Mereka dikatakan tinggal di suatu pulau di sebelah utara
dan kerana itu kita boleh simpulkan bahawa yang dimaksudkan adalah Britain.
Orang-orang Celt
ini dikenali oleh orang-orang Yunani yang telah mencipta ilmu Falsafah sebagai
jalan untuk membebaskan diri mereka daripada belenggu fahaman roda kitar
kelahiran semula (wheel of rebirth) yang telah diperkenalkan oleh
orang-orang Celt kepada dunia semasa Milenium Pertama Sebelum Masehi. Kisah
mereka belum habis dituliskan dan mungkin kita akan lakukannya tidak lama lagi.
Lihatlah pada karya-karya The
Unitarian/Trinitarian Wars [268]; The Cross: Its Origin and Significance [039];
dan The Golden Calf [222]. Lihat juga
pada laman web www.Abrahams-Legacy.org.
Apakah yang anda tahu tentang teori Gaia?
Adakah ia benar? Apakah pendapat anda? Adakah apa-apa hasil karya atau puisi
atau lain-lain daripada agama-agama yang meramalkan berlakunya konsep ini?
J: Hipotesis Gaia ini telah dicipta secara falsafah daripada
Parmenides dan struktur yang satu. Plato yang telah menghasilkannya dan
struktur ini diperiksa di dalam Proclus’
Commentary on Plato’s Parmenides.
Teori Ibu Dewi
atau Ibu Bumi ini adalah suatu struktur panteis (ramai tuhan), yang
berakar-umbi daripada shamanisme animistik. Ia kini sedang dibentukkan kepada
Teologi Proses menurut Sekolah Kyoto sepertimana yang diasaskan di bawah
Hartsehorne dan Whitehead.
Varian-varian
Teologi Zaman Baru (New Age Theology)
mahu membentuknya sebagai teori bertentangan kepada Penciptaan di bawah suatu
Allah Bapa. Tujuannya adalah untuk menjadikan ketuhanan sebagai sesuatu yang
bersifat panteis dan wujud sebagai roh semangat di seluruh aspek alam. Ini
adalah suatu teori lama yang berdasarkan pada kesilapan secara falsafah dan
teologi.
Kini ia terbentuk
di dalam teori-teori berkenaan struktur alam semesta yang bermula daripada Letupan Besar (Big Bang) sepertimana dihuraikan oleh Hawking dan mungkin Penrose.
Apakah maksud perkataan Tara, dari segi
agama?
J: Nama Tara ini adalah bahasa Irish dan merujuk kepada Bukit
Suci Tara di Ireland di mana batu yang dikatakan adalah batu tugu Yakub dari
Betel telah dibawa melalui Mesir dan Sepanyol hingga sampai ke Ireland pada
sekitar 700 SM dan diletakkan di situ. Perkataan tara (SHD 8652) sebagai “penjaga pintu” juga diterbitkan mengikut
gaya ini/
Raja-raja
dimahkotakan di atasnya sejak masa itu. Batu ini dikatakan telah dibuka dan
dipindahkan ke Scone di Scotland oleh Fergus sewaktu dia membangunkan monarki
Scot (sistem raja Scot). Tarikh-tarikh yang diberikan adalah tidak betul. Ia
telah dibawa ke Biara Westminster oleh Edward I pada tahun 1297.
Kesemua raja dan
ratu England telah dimahkotakan di atasnya sejak masa itu. Ia dipercayai
menandakan Raja-raja Israel sebenar. Baru-baru ini ia dikembalikan ke Scotland.
Tara merupakan
nama kuno bagi takhta raja-raja Ireland. Ia berasal daripada maksud Kasdim
“pintu” dan oleh itu “istana”; dan lantas kepada “pintu gerbang” atau “mulut”.
Dengan itu, ia adalah “tempat raja-raja”. Perkataan tara (SHD 8652) sebagai
bermaksud “penjaga pintu” juga diterbitkan dari gaya sama. Kedua-dua maksud
perkataan ini digunakan di dalam Alkitab. Tara juga merujuk kepada suatu sistem
timur dewi Tara, yang dibincangkan di dalam karya Cox, Mysticism, CCG, 2001.
Apakah kepentingannya dari segi falsafah,
teori kekacauan (chaos theory) untuk
sains dan agama?
J: Teori kekacauan ini berdasarkan premis bahawa tidak ada
susunan tertentu pada alam semesta ini. Alam semesta bereaksi dan bukannya
dipengaruhkan oleh apa-apa aturan (order).
Aturan yang tidak dapat difahami bukannya suatu kekacauan, ia cumalah sesuatu
yang tidak difahami. Teori ini mempunyai implikasi ketara terhadap agama kerana
maksudnya adalah tiada Tuhan yang mengaturkan struktur itu. Dengan itu tiada
tujuan pada struktur tersebut.
Daripada ini
kita dapat suatu fahaman akhlak yang relatif: Apa sahaja yang berfaedah untuk
diusahakan adalah sesuatu beretika (dibenarkan).Tiada kemutlakan moral. Dengan
Sains, kita ada suatu siri hukum, yang berdasarkan aturan. Hukum-hukum
Termodinamik adalah suatu contoh utama dari segi ini. Aspek ini diteliti di
dalam karya Creation: From
Anthropomorphic Theology to Theomorphic Anthropology [B5]. Tentangan
terhadap teori kekacauan ini boleh didapati di dalam hasil kerja para saintis
seperti Hawking dan Penrose.
Falsafah “Sebab
dan Akibat” (Causation) juga terlibat
sama dengan aspek-aspek ini. Falsafah ini bersifat tunggal (Singularist) sepertimana ditunjukkan
daripada karya Creation ibid. Dengan
itu ia bukanlah sesuatu yang telah mengalami perubahan dan sememangnya bukan
sesuatu kekacauan. Pereputan K Mesons akan menunjukkan bahawa ini suatu teori
yang tidak betul. Lihat jugalah Creation
(ibid). Seleksi volum ruang fasa di 10 hingga 123 juga bertentangan dengannya
(ibid). Ia tertulis: Hanya seorang yang bodoh saja akan berkata di dalam hati
bahawa tidak ada Tuhan.
Apakah dia itu “Berkat Toronto” dan dari
manakah ia datang?
J: Ia datang dari Toronto, Kanada. Para hadirin didedahkan
kepada bentuk fikiran histeria (hysterical
mindset) di dalam kebaktian mereka dan mereka disentuh pada kepala dan
kemudiannya rebah dalam keadaan-keadaan serba ghairah atau lain-lain yang
serupa. Ia adalah suatu doktrin Pentakosta karismatik yang berhubung-kait
dengan doktrin-doktrin lain yang melibatkan hal berkata-kata dengan tidak
menentu dan semua yang berkenaan. Ini telah dibincangkan di dalam karya-karya: The Tongues Question [109]; Tongues Were to
Cease When? [182]; The Toronto
Blessing, Hysteria and Demon Possession [149].
Apa pendapat anda tentang teks Sumeria
kuno yang menyebut tentang suatu banjir dan pernyataan “Tablet itu
menggambarkan suatu kapal yang besar yang diperintah oleh seorang raja bernama
Ziusudra, yang berusaha mengekalkan tumbuhan dan bibit bangsa manusia”? Adakah
kamu fikir mungkin Tuhan telah memerintah seorang lain untuk membina kapal
seperti juga Nuh? Juga adakah apa-apa teks kuno dalam bahasa Ibrani yang telah
ditemui? Jika ya, benarkah nama Tuhan dituliskan sebagai YHVH?
J: Ya, teks tersebut memang menarik. Ziusudra adalah istilah
Sumeria bagi nama tersebut. “Epik
Gilgamesh” memberikan bentuk Mesopotamia-nya iaitu “Utnapishtim” (bermakna
‘yang jauh’). Bentuk Yunani-nya pula adalah “Xisouthros.” Kesemua ini adalah
versi-versi kepada cerita Nuh.
Di dalam “Epik
Gilgamesh” dia digambarkan sebagai berdoa kepada Sin, iaitu dewa bulan. Ini
adalah asal-usul perkataan Anglo-Saxon bagi dosa (sin). (Rujuk pada karya The
Golden Calf [222]. Karya ini mengandungi butiran yang paling terperinci).
Ukuran-ukuran bahtera itu telah diubahsuaikan. Di dalam “Epik Gilgamesh”
keluarga-keluarga para pekerja juga dibawa naik.
Di dalam teks
Sumeria tersebut, yang engkau maksudkan itu, Ziusudra sujud pada Anu dan Enlil,
dewa-dewa Sumeria. Teks ini juga memberikan epik penciptaan dan kisah
penciptaan “orang-orang berkepala hitam”
(suatu gelaran bagi orang-orang Babilon dan juga untuk orang-orang Cina di
dalam teks-teks mereka, dan di sini bermaksud penduduk dunia secara
keseluruhannya) dan yang mendahului
penciptaan binatang. Banjir tersebut adalah tujuh hari dan membanjiri lima
pusat kultus dunia ini, yang telah ditempatkan di bawah dewa-dewa oleh majlis
dewa-dewa di kayangan.
Kisah-kisah ini
adalah versi-versi peristiwa banjir tersebut yang telah diubahsuaikan sedikit
sebanyak dan dituliskan supaya berpusat di sekitar dewa-dewa kuno mereka. Namun
begitu, mereka menunjukkan konsep yang terperinci tentang majlis elohim dan
persamaan dengan cerita banjir serta tujuannya sekali. Semuanya adalah versi
bagi cerita Nuh.
Versi Ibrani
adalah YHVH dan bukannya YHWH. Tiada huruf w
di dalam bahasa Ibrani. Vav disebut sebagai bunyi w senyap tetapi ditulis sebagai V. Teks-teks awal tidak mempunyai
huruf vowel (a,e,i,o,u). Dengan itu YHVH adalah bentuk betul bagi teks
tersebut. Kita ada “Lachish Ostracon,” yang datang dari zaman Yeremia.
Terjemahan moden oleh Albright menggambarkannya sebagai Yahweh. Teks-teks
Elephantine yang diterjemahkan oleh Ginsberg menunjukkan bahawa bentuk dasarnya
bukanlah Yah (ditulis Jah di dalam bahasa Inggeris) tetapi Yaho dan kerana itu
teksnya adalah Yahovah dan bukannya Yahweh. Ia ditulis sebagai YHVH dalam
bahasa Ibrani klasik. Dokumen-dokumen tersebut semuanya ada di dalam teks-teks
hasil karya James B Pritchard The Ancient
Near East…, Princeton, 1958.